NAVIGATION
68. Page
AL-QURAN TAWAFUQ
Dengan menyatakan bahawa pada tulisan al-Quran juga terdapat mukjizat yang menjadikan mata sebagai khitab kepada manusia zaman ini yang akalnya telah turun ke mata dan meragui semua perkara yang tidak kelihatan akibat bencana materialistik dan dengan tujuan untuk memperlihatkan keindahan yang lembut dan bermakna tersirat yang disebut sebagai ‘tawafuqat’, Badiuzzaman yang meyakini bahawa tujuan kehidupannya yang paling besar ialah khidmat kepada al-Quran telah berhasrat menuliskan senaskhah al-Quran.
Untuk merealisasikan cita-cita tersebut, beliau mengagihkan tiga juzuk kepada setiap seorang daripada sepuluh pelajarnya yang alim dan terkedepan lalu meminta mereka menonjolkan keistimewaan tawafuq yang sememangnya wujud dalam al-Quran. Ketika melakukannya, beliau memperingatkan supaya mereka menjadikan mashaf yang ditulis oleh Hafiz Osman yang setiap muka suratnya terdiri daripada lima belas baris ayat-“barkanar” (istilah penulisan al-Quran yang setiap muka suratnya bermula dengan satu ayat baru dan berakhir dengan ayat) sebagai asas serta melakukannya dengan penuh keikhlasan dan tidak mencampurkannya dengan kehendak dan ikhtiar mereka sendiri. Peringatan beliau adalah seperti berikut:
“Janganlan kalian campur adukkan ikhtiar kalian! Janganlah kalian tiadakan apa yang ada!”
Bersama dengan Ahmad Husrau Efendi yang merupakan muridnya yang paling hampir kebanyakannya sama ada al-hafiz, ustaz ataupun guru khat Arab seperti Hafiz Ali, Ustaz Khalid, Muallim Ghalib, Ustaz Sabri, Hafiz Zuhdi, Tigli Haqqi, Hafiz Taufiq as-Syami yang merupakan para pelajarnya menjadi calon dalam khidmat menulis al-Quran bertawafuq. Kemudian mereka menyerahkan juz-juz yang telah tulis oleh mereka kepada Badiuzzaman.
69. Page
Selepas penelitian panjang, Badiuzzaman menyatakan keputusannya seperti berikut:
“Tawafuq itu pada cara Husrau menulis. Kerana itu sekiranya Husrau memiliki kemahiran, dia tidak merosakkan Tawafuq. Saya telah menasihati agar sesiapa pun jangan mencampurkan kemahirannya! ini bermakna kemahiran yang paling tinggi adalah tidak merosakkan tawafuq. Ini kerana tawafuq itu ada.”
Antaranya, walaupun Husrau tidak dapat menyaingi mereka dalam khat Arab, tiba-tiba beliau mengatasi semua penulis dan guru khat Arab itu. Berbanding dengan saudara kita yang paling pakar dalam khat Arab, beliau telah melebihinya sepuluh tahap. Secara umumnya mereka mengakuinya dan berkata: “Ya, beliau telah mengatasi kami dan kami tidak boleh mengatasinya.” Maknanya, pena Husrau ialah keramat keajaiban Mukjizat Al-Quran dan Risalah an-Nur yang menyerupai mukjizat.”
Ini kerana dalam naskhah tersebut, sebanyak 2,806 Lafaz Allah di dalam al-Quran, kesemuanya datang sama ada pada kedudukan yang selari dari atas ke bawah dalam satu muka surat, ataupun dalam kedudukan bersetentang dengan lafaz Allah di muka surat selepasnya, ataupun pada kedudukan bertindih dengan yang berada di muka surat belakangnya. Lafaz-lafaz Allah ini bersejajar antara satu sama lain dalam satu bentuk yang menakjubkan, yakni dengan sebutan yang khusus ia berada dalam tawafuq.
Begitu juga perkataan yang datang daripada kata akar yang sama dari sudut makna ataupun dalam banyak kalimah yang bererti dan berhikmah yang menyokong makna satu sama lain bertawafuq dengan satu keharmonian yang menarik.
Tawafuq terzahir secara begitu luar biasa pada pena Ahmad Husrau Altun Basak sehingga Said Nursi berkata: “Sekiranya akal faham, ia akan berkata Subhanallah! Sekiranya hati mengerti ia akan berkata Baarakallah! Sekiranya mata melihat ia akan berkata Masya-Allah!”
70. Page
Ya, akhirnya penulis al-Quran bertawafuq telah menjadi muktamad iaitu Ahmad Husrau Altun Basak!
Dalam surat-suratnya yang berlainan, Said Nursi menyatakan rasa gembira yang lahir daripada pena Ahmad Husrau seperti berikut: “Wahai Husrau yang mulia, benar dan mubarak, yang menunjukkan satu wajah mukjizat al-Quran mukjizul bayan melalui penanya yang ajaib serta buku kebajikannya sentiasa ditulis dengan pahala orang yang membaca al-Quran yang ditulisnya dan yang sangat berharga!”
“Masya-Allah! Baarakallah! Pena Husrau yang merupakan sebatang kunci emas al-Quran bukan sahaja menggembirakan kita bahkan turut menggembirakan para makhluk rohani dan malaikat.”
“Wahai Husrau! Insya-Allah, tidak lama lagi, dengan pencetakan al-Quran Azimus Sha’n yang ditulismu, fikirkanlah doa-doa rahmat daripada dunia Islam yang akan menghujani rohmu, bersyukurlah kepada Allah dengan Alhamdulillah!”
Husrau Efendi telah menulis sembilan naskhah al-Quran iaitu tiga naskhah semasa Badiuzzaman masih sihat dan enam naskhah lagi selepas itu.
Hari ini, jutaan manusia dalam dunia Islam sedang membaca al-Quran Tawafuq yang dicetak pada tahun 1984 setelah beliau bersama para pelajarnya menubuhkan “Hayrat Vakfi (Yayasan Khairat)” dan mereka mendoakan kerahmatan roh beliau. Rahmatullahi Alaihi.