PENGARANG:

Imam Badiuzzaman Said Nursi


PENTERJEMAH:

Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat


PARA PENTERJEMAH:

Sadik Ozata Firdaus Sahiddin Celal Akar Prof Dr. Majdi Haji Ibrahim

Dr Nor Azma Mohamad Khassim Prof Madya

Dr. Raudlotul Firdaus binti Fatah YasinMohd Naim bin Mohd Noor

 

EDITOR BAHASA:

Prof Md Sidin Ishak


TERBİTAN:

Penerbitan Hayrat


BAHASA ASAL:

Bahasa Turki Uthmaniyah


BAHASA TERJEMAHAN:

Bahasa Melayu


PENERANGAN:

Terjemahan koleksi Risalah an-Nur yang merupakan tafsir maknawi al-Quran ini adalah terjemahan daripada Bahasa Turki Uthmaniyyah ke bahasa Melayu. Ia diterjemahkan dengan mengambil kira semua perincian makna teks dalam salinan asal. Terjemahan* kami melalui empat peringkat sebelum diterbitkan, iaitu;


  1. Terjemahan Risalah an-Nur dilakukan oleh mereka yang memahami Risalah an-Nur dalam kedua-dua bahasa
  2. Terjemahan ini telah melalui semakan dan suntingan yang diselia oleh jawatankuasa semakan
  3. Terjemahan akan melalui bacaan pruf oleh pakar-pakar bahasa
  4. Jawatankuasa penterjemah menilai cadangan yang berkaitan dengan redaksi seterusnya mengeluarkan versi akhir.


Risalah yang diterjemahkan terdiri daripada karya utamanya iaituKalimah-Kalimah (Sözler), Himpunan Surat (Mektubat), Kilauan (Lemalar) dan Sinaran ( Şualar). Di samping itu, Imam Badiuzzaman Said Nursi menyusun beberapa risalah yang beliau pilih daripada karya utamanya ke dalam beberapa risalah lain seperti Tongkat Musa (Asa-yı Musa), Dzulfikar, al-Talasim, Siraj an-Nur dan Sikke-i al-Tasdiq al-Ghaybi. Atas sebab ini, dalam terjemahan ini, kami mengambil kira klasifikasi dan susunan Imam Badiuzzaman Said Nursi dalam naskhah asal dan ia telah dipersembahkan kepada umum selaras dengan karangan yang asal sebagaimana adanya ia.

Semoga Allah SWT menerima dan meredhai terjemahan yang telah dilakukan ini.


* Sebahagian terjemahan bahasa melayu masih belum lengkap 4 peringkat penterjemahan seperti dijelaskan di atas. Semakan sedang dilakukan kepada sebahagian terjemahan ini. Kami meletakkan semua terjemahan ke dalam laman sesawang ini untuk anda mendapat manfaat darinya. Terima kasih