ASAS BAGI JALAN RISALAH AN-NUR: KHIDMAT IMAN DAN AL-QURAN

34. Page

ASAS BAGI JALAN RISALAH AN-NUR:

KHIDMAT IMAN DAN AL-QURAN


Badiuzzaman Said Nursi telah memberi amaran berikut tentang fikrah kekufuran yang teruk yang terbentuk dalam kurun ini yang akarnya berasal dari luar negara. 


“Perkara yang menyakiti saya hanyalah bahaya-bahaya yang menimpa agama. Pada masa dahulu bahaya datang dari luar. Oleh sebab itu cara mengatasinya adalah senang. Tetapi sekarang bahaya datang dari dalam. Cacing telah masuk ke dalam tubuh. Maka sekarang perlawanan menjadi susah. Saya membimbangi bahawa tubuh masyarakat ini tidak boleh bertahan menghadapinya kerana tubuh tersebut tidak menyedari musuhnya. Mereka menganggap bahawa musuh terbesar yang memotong urat nadi dan meminum darahnya itu sebagai kawan yang rapat. Jika mata hati masyarakat menjadi buta begini, ketika itu kubu keimanan dalam keadaan bahaya. Justeru penyakit saya, bahkan satu-satunya penyakit bagi saya ialah masalah ini.” 


“Saya melihat bahawa para pemimpin dalam kelalaian. Tiang kekufuran tidak boleh memikul kubu keimanan. Oleh sebab itu saya telah menumpukan semua kerja saya atas keimanan sahaja. Saya berfikir tentang kehidupan dalam masyarakat, kewujudan maknawinya dan suara hati dan keimanannya. Saya berusaha demi asas ketauhidan dan keimanan yang merupakan asas al-Quran kerana itulah tiang utama masyarakat Islam. Apabila tiang ini bergoncang, ketika itu tiadalah masyarakat!”


35. Page

“Saya hanya ada satu tujuan. Kita mendengar suara burung hantu Bolshevik (komunis) dalam negara Islam ini. Suara ini sedang merosakkan asas-asas keimanan dunia Islam dan menjadikan rakyat terutamanya golongan belia tidak beragama dan mengikat mereka kepadanya. Saya berjuang menentang mereka dengan semua yang saya miliki dan saya menyeru orang Islam dan golongan belia kepada keimanan. Saya berjuang menentang golongan yang tidak beriman dan ketika saya mendekati kubur, saya ingin masuk ke hadrat Allah dengan perjuangan ini insya Allah. Inilah semua usaha saya!” 


Justeru, pandangan inilah roh bagi jalan Risalah an-Nur. Kita boleh melihat dalam kata-kata Badiuzzaman yang berikut: 


“Sesungguhnya untuk mencapai matlamat tersebut, khidmat ini mengikut cara khidmat asli yang tiada seumpamanya dan menyampaikan secara bersih, bersopan santun dan dengan kata-kata yang lemah lembut”. Beliau menjadikan percakapan kepada diri sendiri sebagai asas permulaan. 


“Asas, asal, sumber, roh dan hakikat Risalah an-Nur ialah membenarkan hakikat-hakikat keimanan dari segi keimanan secara ghaib melalui penjelasan rahsia wahyu al-Quran, melalui hujah dan al-Quran secara ‘ilmu al-yakin’ (keyakinan melalui ilmu) yang menyampaikan secara tuntas dan amat jelas dengan kekuatan yang setahap dengan ‘haq al-yakin’ (keyakinan yang sebenar-benarnya).” 


Risalah an-Nur adalah sebuah tafsir maknawi yang menyampaikan jauhar-jauhar (permata-permata) al-Quran yang agung dan berharga kepada manusia dengan sayap akal dan hati dan juga merupakan pengajaran ilmu kalam yang kuat. Risalah An-Nur memiliki kekuatan ilmu dan pemikiran yang boleh menjawab keperluan-keperluan maknawi masa kini dan masa akan datang serta mengandungi kekayaan dunia pemikiran Islam. Oleh sebab itu dalam buku-buku ini terdapat kekuatan yang boleh mengatasi semua bantahan yang dilakukan terhadap rukun-rukun iman dan boleh mengalahkan semua orang yang membantah.”