NAVIGATION
9. Page
BADIUZZAMAN SAID NURSI (1877-1960)
Badiuzzaman Said Nursi lahir pada tahun 1293 Hijrah bersamaan 1877 Masihi di kampung Nurs, daerah Khizan di wilayah Bitlis. Selepas tinggal bersama keluarganya sehingga berumur sembilan tahun, beliau mendapat pendidikan awal daripada abangnya Molla Abdullah. Sepanjang tempoh pengajian beliau yang singkat di madrasah-madrasah dan di samping para ulama’ yang berlainan, hafalannya yang kuat, akalnya yang tajam dan kelakuannya yang berani telah menarik perhatian mereka. Beliau telah menamatkan semua kitab tentang ilmu usul yang diajar di madrasah-madrasah kelolaan ulama’-ulama’ Uthmaniyyah dalam satu tempoh yang menakjubkan, iaitu tiga bulan.
Dalam banyak ujian yang dijalankan oleh guru-guru beliau, dalam semua perbahasan ilmiah yang disertai, kemampuan ‘muhakamah’ (penghujahan) beliau telah diakui kehebatannya oleh semua orang. Disebabkan hafalan yang sangat kuat dan kebijaksanaan yang begitu hebat, gurunya Molla Fathullah telah menganugerahkan gelaran Badiuzzaman semasa beliau masih dalam usia kanak-kanak. Gelaran ini telah diterima baik oleh semua ulama’ di timur Turki.
Selepas zaman mudanya yang sibuk dengan ilmu dan tarbiah nafsiyyah, Badiuzzaman pergi ke pusat-pusat pengajian seperti Bitlis, Shirwan, Si’rid, Tello dan Mardin dan madrasah-madrasah di kawasan itu. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan para ulama’ yang masyhur.
10. Page
Pada tahun-tahun tersebut, beliau telah menghafal sembilan puluh jilid kitab berkenaan dengan ilmu-ilmu alat seperti Sorof, Nahu dan Mantiq bersama-sama dengan ilmu agama seperti Tafsir dan Ilmu Kalam. Begitu banyak yang dihafal sehingga melalui kaedah mengulangkaji, apa yang dihafalnya tiga jam setiap hari beliau hanya boleh menamatkannya dalam masa tiga bulan sekali.
Atas jemputan Hassan Pasha, beliau pergi ke Van. Ketika beliau bercampur-gaul dengan orang-orang kerajaan terutamanya Datuk Bandar, timbul keyakinan bahawa beliau perlu mempelajari ilmu-ilmu moden terkini untuk membolehkan beliau menyampaikan Islam menurut kefahaman semasa. Oleh sebab itu dengan minat dan dorongan sendiri, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu seperti Matematik, Geologi, Fizik, Kimia, Astronomi, Sejarah, Geografi dan Falsafah dalam tempoh yang singkat. Sepanjang berada di Van selama lima belas tahun, Badiuzzaman disibukkan dengan kegiatan mengajar di sebuah madrasah yang bernama Khorkhor yang terletak di kaki kubu Van yang dibina daripada seketul batu besar. Di samping itu beliau turut berceramah dan membimbing kaum keluarganya.
Semasa menjadi tetamu kepada Datuk Bandar Van, al-marhum Tahir Pasha di rumah tumpangannya, satu berita yang dibaca dalam akhbar telah menjadi titik perubahan dalam hidup beliau.
Dalam akhbar tersebut, disebut bahawa dalam satu ucapan di dewan umum, sambil menunjukkan al-Quran
11. Page
yang dipegang ditangannya, Menteri Penjajahan England iaitu Gladston telah berkata seperti berikut: “Selagi al-Quran ini masih ada di tangan umat Islam, kita tidak akan mampu untuk menguasai mereka! Apa yang perlu kita buat dan laksanakan ialah merampas al-Quran ini daripada tangan mereka. Ataupun kita perlu mendinginkan umat Islam daripada al-Quran.”
Berita ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri beliau yang memiliki roh keimaman kurun ini.
Maka beliau bersumpah: “Aku akan mengisbatkan (membuktikan) dan memperlihatkan bahawa al-Quran adalah mentari maknawi yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan!” Lantas beliau mewaqafkan kehidupannya demi tekad ini.