NAVIGATION
36. Page
DUSTUR IQNA’
Menurut Risalah an-Nur, dua keadaan yang teruk sedang dihidupkan dalam masyarakat Islam.
Pertama: Penyebaran kekufuran mutlak yang bersumberkan falsafah dan sains yang bersandar kepada asas-asas materialisme yang rosak.
Kedua: Pengutamaan manusia kepada kaca-kaca dunia yang boleh pecah ke atas permata ini walaupun mereka mengetahui akhirat hasil perasaan manusia yang mengatasi akal dan hati.
Petua yang diberikan oleh farmasi-farmasi Nur untuk dua keadaan yang teruk ini ialah: Kekufuran pada masa dahulu datang daripada kejahilan dan melawan mereka adalah mudah. Ini kerana wujudnya kepatuhan dalam masyarakat Islam. Kata-kata ulama langsung memberi kesan kepada orang Islam. Sedangkan pada masa ini kekufuran telah tersebar. Kepatuhan itu telah musnah. Maka untuk mempengaruhi akal dan hati manusia pada hari ini hanyalah melalui dalil dan bukti.
Dengan menyatakan bahawa: “Untuk memenangi orang yang bertamadun adalah dengan cara memuaskan hati dan akal mereka bukan melalui paksaan seperti orang badwi yang tidak memahami kata-kata,” melalui banyak risalahnya, Risalah an-Nur telah membuktikan tajuk-tajuk keimanan dengan hujah dan bukti-bukti yang kuat, menyangkal pandangan para pengingkar dan telah mengukuhkan keimanan ramai orang dengan cara ini.
Menurut Risalah an-Nur, satu-satunya cara untuk menyelamatkan insan yang telah terbiasa melakukan dosa daripada keadaan mereka adalah dengan menunjukkan bahawa dalam keimanan dan beramal soleh di dunia lagi terdapat kelazatan-kelazatan syurgawi serta memperlihatkan dalam dosa-dosa pula terdapat kesakitan pada kelazatannya dan mengalahkan perasaannya.