NAVIGATION
56. Page
HURUF UTHMANI DAN HURUF RUMI
Keperihatinan Badiuzzaman ke atas huruf-huruf al-Quran ini menyebabkan beliau dituduh sebagai melampau, dan beliau berhadapan dengan soalan berikut: “Walaupun sibuk dengan hakikat-hakikat al-Quran dan keimanan yang amat penting, mengapakah engkau meninggalkannya sementara waktu dan membahaskan bilangan-bilangan huruf hijaiyyah yang lebih jauh daripada makna?” Beliau memberi jawapan berikut: “Saya melakukannya kerana batu asas al-Quran iaitu huruf-hurufnya sedang diserang pada zaman yang malang ini dan pihak musuh sedang berusaha untuk menukarkannya.” Beliau telah mengambil setiap peluang untuk menegaskan kepentingan khidmat menjagaan huruf al-Quran.
Dalam hal ini, Badiuzzaman meletakkan sasaran berikut di hadapan para pelajarnya:
“Wahai saudara! Memandangkan kesempurnaan rahmat-Nya, Allah S.W.T. menjayakan kita dalam satu bentuk yang menunjukkan bahawa Dia menerima kita sebagai golongan yang berkhidmat kepada al-Quran. Kita perlu bersandar kepada marhamah, inayah dan taufiq-Nya lalu berusaha menjadi lingkungan menyeluruh yang bersandar antara satu sama lain di sekitar sumber yang bercahaya itu. Kita perlu mendiamkan mereka yang berusaha untuk menghapuskan huruf al-Quran. Kita juga perlu menyebabkan orang-orang yang berniat untuk menjadikan al-Quran dilupai melupakan niat mereka.
Pertama, kalau kita ada anak, kita wajib mengajar mereka tentang al-Quran, paling kurang kepada seorang anak kita, kalau tidak ada kepada kanak-kanak lain yang bersedia. Kalau kita tidak boleh mengajar kita perlu menghasilkan seseorang untuk mengajar melalui penjagaan dan galakan.”
57. Page
Dalam karya beliau yang bernama ‘Pintu Pertama Nur’, dalam bahagian yang bermula dengan kata-kata “apabila tiba waktu mempelajari tulisan yang tidak akan lapuk daripada Risalah an-Nur” pula, dengan pengajaran yang mereka perolehi daripada guru-guru mereka, para pelajar Risalah an-Nur berkata seperti berikut:
“Keuntungan yang kami dapat melalui penulisan Risalah an-Nur yang ditulis dengan huruf al-Quran adalah amat besar. Kami mempelajari tulisan yang tidak akan lapuk dalam masa yang singkat. Tambahan pula, semasa kami menulis, kami mendapat ilmu. Dengan memperbanyak bahagian-bahagian Risalah an-Nur juga, oleh sebab dikhidmatkan untuk al-Quran dan keimanan, kami mendapat keuntungan maknawi yang amat besar. Dengan menulis, pengetahuan akan mendiami ingatan secara lebih kukuh. Kerana itulah sehingga kini beribu-ribu belia telah dan sedang mempelajari huruf al-Quran melalui penulisan Risalah an-Nur.”
Mereka yang tidak boleh membaca huruf al-Quran dan memang tidak mendapat peluang untuk mempelajarinya, boleh beristifadah daripada tulisan-tulisan huruf lain sehingga mendapat peluang tersebut dan mempelajarinya. Sememangnya perkara ini adalah satu kemestian kepada mereka. Tetapi dustur berikut perlu menjadi ukurannya:
“Oleh sebab salah satu tugas Risalah an-Nur adalah memelihara huruf al-Quran, penggunaan huruf baru (Latin) hanya dibenarkan mengikut tahap keperluan, Insya-Allah.”
Kelonggaran ini bermakna, apabila telah mendapat peluang untuk belajar serta memahami Risalah an-Nur, dengan mengatakan bahawa keadaan masih terpaksa, dia tidak lagi boleh menjadikan huruf itu sebagai asas kepada dakwahnya.