NAVIGATION
12. Page
KEDATANGAN KE ISTANBUL DAN
PROJEK MADRASAH AZ-ZAHRAA’ (1908)
Bagi Badiuzzaman, untuk menghadapi musuh-musuh dalaman dan luaran yang merancang untuk menghapuskan Uthmaniyyah dan seterusnya Islam, cara yang beliau ketengahkan ialah: “Merealisasikan satu sistem pengajian yang kukuh dan sesuai dengan kehendak generasi semasa yang boleh menyumbang kepada kedudukan yang tinggi bagi umat Islam dari segi fikrah dan ilmu serta mengguna pakai dasar kesatuan akal dan hati.”
Beliau berpandangan bahawa: “Cahaya sanubari ialah ilmu-ilmu agama. Nur bagi akal ialah ilmu-ilmu sains moden. Melalui gabungan kedua-duanya, hakikat akan muncul. Dengan dua sayap tersebut himmah (keazaman) para pelajar akan meningkat. Ketika kedua-duanya terpisah, akan lahir pada yang pertamanya sifat taassub (fanatik) dan pada yang keduanya muslihat dan keraguan.”
Daripada penerimaan ini, dengan bersungguh-sungguh beliau mencadangkan kewajaran penubuhan segera satu sistem pendidikan yang dinamakan oleh beliau sebagai Madrasah Az-Zahra’ dengan memperkenalkannya sebagai ‘adik perempuan kepada Universiti al-Azhar’ yang akan menggabungkan ilmu-ilmu agama dengan ilmu moden di timur Anatolia. Dengan tujuan untuk merealisasikan pandangannya ini dalam bentuk sebuah universiti Islam, beliau telah datang ke Istanbul pada tahun 1908.
Akhbar-akhbar pada hari itu mewara-warakan kedatangan beliau ke Istanbul seperti berikut: “Telah dilihat di ufuk-ufuk Istanbul satu ciptaan luar biasa iaitu suatu kebijaksanaan yang dikira seperti api bernama Said Nursi yang telah terbit dari sebalik puncak-puncak gunung batu Timur yang curam dan keras.”
13. Page
(Said Nursi yang dianggap luar biasa kebijaksanaannya, diibaratkan sebagai percikan api yang muncul seperti matahari di sebalik puncak gunung-ganang Timur Anatolia yang berbatu, keras dan curam telah dilihat di Istanbul.)
Di luar pintu bilik penginapannya di Hotel Sekerci yang terletak di Fatih, beliau telah menggantungkan satu papan kenyataan yang tertulis, “di sini setiap masalah akan dirungkai, setiap soalan akan dijawab tetapi soalan tidak akan ditanya...” dan beliau telah memberi jawapan kepada para ulama’ Istanbul yang datang dengan keterujaan untuk menziarahi beliau setelah mendengar namanya. Tujuan beliau adalah untuk menarik perhatian pusat khilafah kepada rakyat di Timur Anatolia dan untuk meraih sokongan terhadap rancangannya membina Madrasah Az-Zahra’ sama ada di Van atau Diyarbakir.
Badiuzzaman yang berpandangan bahawa perjuangan pendidikan ialah satu-satunya jalan keluar untuk kerajaan Uthmaniyyah menjauhkan diri daripada pusaran yang mengheretnya langkah demi langkah. Beliau juga telah melihat bahawa usaha yang akan mendorong kepada pemilikan semula idea nilai bangsa bagi anak-anak bangsa yang telah menjulang panji Islam selama beberapa kurun ini akan menjadi matlamat hidupnya.
14. Page
Beliau tidak menerima gaji dan jawatan besar yang ditawarkan oleh Sultan kepadanya melalui perantaraan Menteri Dalam Negeri yang disebut pada masa tersebut sebagai ‘Pengurus Besar Hal Ehwal Keselamatan’. Ini kerana beliau menghendaki supaya yang diambil berat adalah bukan peribadinya tetapi universitinya iaitu madrasah Az- Zahra’ yang akan mengajar ilmu agama dan ilmu moden secara bersama. Tetapi beliau tidak berjaya memperdengarkan hasratnya itu.
Badiuzzaman tidak berjaya mendapat sokongan yang secukupnya di pusat kerajaan Uthmaniah yang menjadi pentas permainan dunia barat yang tidak berhati perut pada awal kurun kedua puluh dan amat terkesan dengan apa yang diperolehnya daripada keadaan dunia. Dengan demikian beliau mengambil keputusan untuk menetap di Istanbul yang merupakan pusat pemerintahan Khilafah Islamiah dan bukan pulang ke negerinya atas alasan untuk melakukan dakwah melalui jalan politik.
Beliau telah menulis makalah-makalah di dalam surat khabar. Beliau berjumpa dengan individu-individu politik untuk menasihati dan menyedarkan mereka. Beliau telah memainkan peranan penting dalam beberapa rapat umum dan perhimpunan. Selepas perisytiharan ‘Masyrutiyyah’ (1908) beliau bersama-sama dengan beberapa sahabatnya telah menyertai persatuan Ittihad Muhammadi. Persatuan tersebut menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat. Sehingga dengan sebuah pidatonya, lima puluh ribu orang dari sekitar Bandar Adapazari dan Izmit telah menyertai persatuan tersebut.