NAVIGATION
62. Page
KEHIDUPAN AHMED HUSREV SECARA RINGKAS
Ahmad Husrau atau Ahmed Husrev dilahirkan pada tahun 1315 Hijrah bersamaan 1899 Masihi di sebuah kampung yang bernama Senirce (Senirje) dalam wilayah Isparta. Ayahnya ialah Muhammad Bey iaitu cucu kepada Haji Adham Bey merupakan datuk Bandar Isparta di penghujung zaman pemerintahan Daulah Uthmaniyyah. Ibunya ialah Aishah Hanim Efendi.
Keturunan sebelah bapanya dikenali sebagai ‘Golongan Serban Hijau’ dari kalangan Asyraf (keturunan Rasulullah) Isparta yang berkait dengan Saidina Abu Bakar (R.A.). Manakala sebelah ibunya, juga dinasabkan kepada keturunan mulia yang datang daripada anak Rasulllah iaitu Saidina Hussin (R.A.) dan moyangnya dikenali sebagai ‘Hafizul Qurra’.’
Pada tahun Badiuzzaman dibuang daerah ke Barla, Husrau Efendi pergi menziarahinya selepas melihat satu mimpi. Selepas ziarah itu, beliau menjadi salah seorang pelajarnya. Dalam khidmat Nur, beliau merupakan sahabat perbincangan Badiuzzaman serta pembantunya. Beliau juga orang kanan Badiuzaman yang paling penting.