KHIDMAT RISALAH AN-NUR

30. Page

KHIDMAT RISALAH AN-NUR


Selepas perang pembebasan, Badiuzzaman Said Nursi pergi ke Ankara atas jemputan kerajaan pada masa itu. Beliau telah membicarakan tentang fitnah dahsyat yang menanti umat Islam seperti berikut:


“Pada tahun 1938 saya telah pergi ke Ankara. Dalam fikiran-fikiran kuat golongan beriman yang bergembira kerana kemenangan tentera Islam ke atas Greece, saya melihat ada suatu usaha yang penuh muslihat untuk memasukkan fikrah zindik yang sangat dahsyat ke dalamnya lalu merosakkan dan meracuninya. Saya berkata: Aiwah! Naga ini akan mengganggu rukun-rukun iman.”


Malang sekali kerana apa yang dirisaukan Said Nursi benar-benar terjadi dan ia mengganggu rukun-rukun iman lebih daripada apa yang dirisaukan. Selepas meninggalkan Ankara, semasa tinggal di Van, pada masa itu kerana syak wasangka dan keraguan pihak kerajaan, Badiuzzaman dibawa ke Barla iaitu satu daerah dalam Isparta dan beliau menceritakannya seperti berikut: 


“Saya mengucapkan ratusan ribu syukur kepada Allah dan sebagai menceritakan nikmat, saya berkata: Semua tekanan dan seksaan ibarat batang-batang kayu kepada api semangat dan keazaman yang menerangi cahaya al-Quran. Ia menyalakan dan memarakkannya. Cahaya al-Quran yang menerima tekanan tersebut dan yang tersebar dengan bahang semangat, telah menjadikan Barla dan negeri ini bahkan seluruh negara ibarat sebuah madrasah. Mereka menyangka saya terkurung di sebuah kampung. Sebaliknya ia bertentangan dengan sangkaan para zindik. Barla ibarat kerusi pengajian dan kebanyakan tempat seperti Isparta ibarat sebuah madrasah. 

الحمد لله هذا من فضل ربي

Alhamdulillah, ini adalah kurniaan Tuhanku.”


31. Page

Said Nursi telah mula menulis cahaya-cahaya di pekan kecil di kaki bukit dengan jalan-jalan perhubungannya yang sempit. Setiap satu ibarat penawar yang bersandarkan al-Quran bagi penyakit-penyakit maknawi zaman kini dan menjadi wasilah kepada kejayaan akhirat golongan beriman dan kepada kebahagiaan mereka. Karya-karya ini yang mengandungi perincian dan cara rawatannya telah disebarkan ke seluruh pelosok Anatolia oleh murid-murid Nur. Risalah-risalah cahaya telah menjadi penawar dan ubat maknawi kepada jutaan manusia. Segala perancangan mereka yang gelap telah menjadi sia-sia.


Badiuzzaman Said Nursi menyatakan tentang kesan yang diberikan dan natijah yang ditujuinya seperti berikut: “Risalah an-Nur tidak hanya membaiki satu usaha pemusnahan yang kecil dan sebuah rumah yang kecil sahaja, bahkan ia membaiki satu tindakan pemusnahan yang menyeluruh dan sebuah kubu besar melingkungi Islam yang mana batu-batunya sebesar gunung.


Ia bukan hanya memulihkan sekeping hati dan sanubari yang khusus, bahkan berusaha untuk mengubati segenap hati dengan kerosakan yang dahsyat dan alat-alat memusnah yang dikumpul dan dihimpun sejak seribu tahun, dan fikrah-fikrah umum terutamanya asas-asas Islam yang menjadi tempat sandaran golongan awam mukmin dan sanubari umum yang menghadapi pemusnahan dengan keruntuhan usaha dan syiar-syiar dengan mukjizat Al-Quran, dan luka-lukanya dengan ubat-ubat al-Quran dan keimanan.


Sudah tentu, untuk merawat kerosakan dan luka-luka yang menyeluruh dan dahsyat sebegini kewujudan hujah-hujah dan alat-alat setuntas Haqqul Yakin dan sekukuh gunung serta ubat-ubat mujarab dan penawar-penawar yang tidak terkira dan ibarat seribu penawar adalah perlu. Maka, Risalah an-Nur yang muncul daripada mukjizat maknawi al-Quran mukjizul bayanlah yang menjalankan tugas tersebut padai zaman ini. Di samping itu Risalah an-Nur turut menjadi asas kepada peningkatan dan kemajuan dalam martabat-martabat keimanan yang tidak terhitung.  


32. Page

Risalah-risalah cahaya dan dakwah cahaya yang mengambil seluruh kekuatannya daripada al-Quran, telah mendapat bantuan Ilahi dan kejayaan yang besar ke atas kekejaman dan kezaliman yang dahsyat.


Beliau menceritakan tentang kekuatan tafsir al-Quran ini dengan berkata bahawa “Risalah an-Nur tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan. Risalah an-Nur ialah cahaya yang terang apabila ditiup supaya terpadam. Risalah an-Nur ialah pembongkar yang mendedah dan merungkai rahsia agung alam semesta.” 


Demi dakwah suci ini Said Nursi telah diracun beberapa kali, dipenjara dan telah menghabiskan usianya dalam buangan. Namun, roda kezaliman dan kekejaman yang dihadapi beliau tidak mampu menghalang pendirian beliau sebagai ubat dan penawar kepada penyakit di hati orang beriman.


Dengan berkata: “Aku rela menghadapi seribu kesusahan seperti ini, asalkan masa depan kubu keimanan dalam keselamatan,” beliau tidak pernah menghiraukan kezaliman yang dihadapinya selama ini. Pada tahun 1952 ketika umurnya 76 tahun, dalam kenyataan beliau kepada Asyraf Adib, beliau mencabar pusat-pusat gerakan kezaliman. Ini menunjukkan bahawa walaupun sudah tua, ribut yang tercetus dalam rohnya setengah abad sebelum ini masih segar dan bugar.