KHIDMAT RISALAH AN-NUR SELEPAS KEWAFATAN BADIUZZAMAN

71. Page

KHIDMAT RISALAH AN-NUR SELEPAS KEWAFATAN BADIUZZAMAN


Semasa perbezaan dan kumpulan-kumpulan di bawah nama yang berlainan muncul dalam Jamaah Risalah an-Nur selepas kewafatan Badiuzzaman, Husrau Efendi telah memelihara khidmat Risalah an-Nur dengan setia dan tidak pernah terpesong daripada garisan yang asal.


Demi apa yang diserahkan oleh semua orang yang mengenali dirinya, sepanjang hidupnya Husrau Efendi tidak pernah berganjak daripada Khidmat Risalah an-Nur dan daripada dustur-dustur Khidmat Nur walaupun sekadar bulu roma. Beliau telah meneruskan khidmat yang diwarisi daripada gurunya tanpa mencampur adukkannya walaupun dengan sebarang kotoran.


Matlamat utama beliau adalah kepatuhan pada dustur-dustur khidmat tanpa memasukkan sebarang takwilan, ketaatan mengikuti Sunnah Rasulullah yang merupakan roh khidmat Nur dan kegigihan menentang bidaah. 


Husrau Efendi tidak pernah menjadikan khidmat dakwahnya sebagai jalan mengumpul harta seperti yang berlaku dalam kumpulan lain. Sebaliknya beliau telah mengorbankan seluruh harta benda demi khidmat dakwahnya. Beliau tidak pernah hidup dalam keadaan senang-lenang dengan kekayaan dunia. Apa yang beliau tahu, tugas hidupnya yang paling penting ialah penyebaran khidmat dakwah yang dilakukan dalam sebuah bilik sederhana yang dikhususkan oleh kakaknya kepada beliau.


Tentu sekali wajar dimaklumkan bahawa, semasa bermulanya perpecahan yang menyedihkan, akibat berhadapan dengan perselisihan sebahagian sahabat-sahabat dakwah dengan beliau serta perpisahan mereka kerana tarikan politik, Husrau Efendi bersama para pelajar Nur di sekelilingnya tidak pernah menjadikan khidmat suci ini sebagai alat kepada mana-mana fitnah politik. Pada tahun yang bergolak itu, dalam kerangka pandangan Risalah an-Nur terhadap politik, beliau tidak pernah menjadikan khidmat al-Quran ini sebagai kebun belakang bagi mana-mana pertubuhan politik.


72. Page

Atas nama untuk memelihara dustur yang paling utama bagi khidmat Nur, Husrau Efendi tidak pernah memihak kepada mana-mana bidaah. Beliau tidak pernah menggadaikan walaupun sekecil-kecil perkara kepada para pemusnah dalaman dan luaran, kepada para pengagih kedudukan dan jawatan dunia politik dan kepada mereka yang mempunyai kuasa. Beliau telah memelihara kemuliaan khidmat sepanjang hidupnya.


Disebabkan pendirian yang mulia ini, di samping menjadi wasilah kepada tercapainya usaha dakwah ini secara selamat hingga ke hari ini; dengan khidmatnya yang sedemikian beliau telah mengukuhkan kenyataan mengapa Ustaz Nursi memujinya dalam bentuk yang menepati realiti iaitu: “Oleh sebab beliau memperoleh rahsia keikhlasan yang sebenar dengan sifat terpuji iaitu tidak mementingkan diri, tidak riya’ dan tidak suka kemasyhuran, maka beliau ialah wakil yang sangat penting bagi saya dan bagi peribadi maknawi Nur.” 


Ini kerana selepas daripada gurunya Badiuzzaman Said Nursi, Husrau Altun Basak telah menjadi penerus yang kuat bagi tugas ukhrawi beliau di dunia dan menjadi ‘khairul khalfi’ (sebaik-baik pengganti) yang tepat. Husrau Efendi juga ialah pemilik dan pemelihara yang paling amanah bagi juzuk-juzuk Risalah an-Nur.


Hasilnya, dengan asas-asas yang telah dibina dan ditetapkan oleh gurunya Said Nursi, Husrau Efendi telah berkhidmat tanpa pernah berpisah dan jemu walau sebesar zarah daripada jalan dan aliran nurani dan Qurani yang mana ciri dan kerangkanya telah digariskan. Beliau telah melahirkan ribuan Said dan Husrau yang baru. 


73. Page

Selepas memorandum dikemukakan oleh pihak tentera, Husrau Efendi meneruskan kehidupannya yang penuh penderitaan di penjara-penjara Isparta, Eskisehir, Bursa, Bergama dan Buca. Dengan keadaan umurnya 72 tahun, bersama 96 orang pelajarnya, keadaan beliau amat rumit sehingga pada hari ini pun sukar untuk diterangkan. Beliau telah diheret ke mahkamah dan beliau menempuh hukuman selama tujuh tahun dalam mahkamah kerajaan sementara. Beliau telah menjadi satu catatan pengajaran yang telah menjadi milik sejarah dari sudut pemaparan semangat perjuangan dan kefahaman beliau.


Pada penghujung usia kehidupannya, ketika beliau baru sahaja keluar dari penjara, beliau bersama para pelajarnya telah menubuhkan Hayrat Vakfi (Yayasan Hayrat) di Istanbul dan tidak lama selepas itu, pada bulan Ramadhan yang bersamaan dengan Ogos 1977, beliau berpindah ke Akhirat dengan meninggalkan ribuan pelajar Nur yang berkemampuan dan terlatih di belakangnya. Rahmatullahi Alaihi.


Apa yang beliau yakini dan ketahui ialah, tujuan terbesar bagi kehidupannya yang sederhana yang ditempuhi dalam khidmat keimanan dan al-Quran yang penuh dengan pemenjaraan dan tahanan, seksaan dan tekanan adalah sama seperti gurunya Badiuzzaman Said Nursi dan seperti semua tokoh besar Islam iaitu ‘I’lau Kalimatillah’ (meninggikan Kalimah Allah).


Mereka ialah insan-insan istimewa yang telah berjaya memiliki keazaman sebesar ummah mereka. Mereka tegar menghalalkan apa saja kesengsaraan yang ditanggungi demi keselamatan iman umat Muhammad. Mereka sanggup melaksanakan khidmat yang memerlukan pengorbanan hatta nyawa ini dalam keistiqamahan yang semata-mata mengharapkan keredhaan Ilahi. Mereka telah melaksanakan tugas kehidupan yang paling penting. Mereka juga tidak pernah memberikan nilai kepada dunia.


Kita memohon daripada Allah Subhanahu wa Taala supaya kita turut dikurniakan rahsia Badiuzzaman Said Nursi dan Husrau Efendi yang meneruskan khidmat iman dan al-Quran tanpa gentar selepasnya dan insan-insan agung seperti mereka.


Mudah-mudahan Allah tidak memisahkan kita daripada tujuan-tujuan yang bercahaya itu dan daripada keistiqamahan dalam daerah keredhaan-Nya pada pertimbangan keimanan dan kekufuran fitnah akhir zaman. Moga Allah menghidupkan kita dengan nur-Nya dan mengambil kita ke sisi-Nya dengan nur tersebut. Amin.