MENJAGA HURUF AL-QURAN

46. Page

MENJAGA HURUF AL-QURAN


Roh dan asas bagi Risalah an-Nur ialah berkhidmat kepada al-Quran. Dalam kerangka ini, salah satu daripada tujuan-tujuan yang amat dititikberatkan oleh Said Nursi ialah perkhidmatan kepada tulisan huruf al-Quran dan menjaganya. Beliau berkata seperti berikut:


“Salah satu tugas yang penting bagi Risalah an-Nur adalah menjaga huruf Arab yang merupakan tulisan dan huruf bagi kebanyakan dunia Islam.”


Dalam suratnya yang bertajuk “Satu Peringatan Kepada Saudara-saudara Akhiratku!” tentang bagaimana boleh menjadi pelajar Risalah an-Nur, Badiuzzaman menggariskan sempadan-sempadan berikut: 


“Tugas yang paling penting bagi orang yang mengikut Risalah an-Nur ialah menulis Risalah an-Nur dan menjadikan orang lain turut menulisnya serta membantu menyebarkannya. Orang yang menulisnya dan menyebabkan orang lain menulisnya layak menerima pelajar Risalah an-Nur. Di bawah gelaran itu di samping mendapat bahagian dalam doa-doa kebaikan dan keuntungan maknawi saya yang mungkin seratus kali dalam setiap dua puluh empat jam melalui lidah saya, kadang-kadang lebih banyak, dia turut mendapat bahagian daripada doa-doa dan keuntungan ribuan saudara Risalah an-Nur dan pelajarnya yang berharga yang membaca doa seperti saya.” 


Dalam Kilauan Kelapan belas kita melihat bahawa perincian-perincian yang dibuat oleh Badiuzzaman dalam takrif ‘pelajar Risalah an-Nur’ adalah selari dengan apa yang dikukuhkan oleh Saidina Ali (R.A.) dengan ungkapan yang berbeza pada baris-baris berikut: 


47. Page

“Secara terkilan Saidina Ali R.A. membicarakan tentang peristiwa pemaksaan penggunaan huruf-huruf asing (huruf Latin atau rumi) dalam masyarakat Islam dan bantuan ulama-ulama jahat kepada bidaah dan secara membimbing beliau turut membicarakan sebahagian orang yang berada di antara dua kejadian ini bahawa, mereka berjuang menghadapi huruf-huruf asing serta menentang ulama-ulama yang jahat itu dengan Ismul A’zam (Nama Allah yang Agung) yang merupakan doa ‘Sakinah’. Maka tidak syak lagi bahawa pada zaman ini orang-orang tersebut ialah para pelajar dan penyebar Risalah an-Nur. Ini kerana mereka memelihara huruf al-Quran dan menentang sebahagian ulama (yang ahli bidaah).”


Bolehkah pelajar Risalah an-Nur tidak mempeduli dan mengabaikan penerangan-penerangan yang diterangkan sendiri oleh gurunya dan mengisyaratkan tentang perlunya “murid-murid al-Quran berusaha sedaya upaya untuk memelihara huruf al-Quran berhadapan dengan penukaran hurufnya”? 


Bolehkah perkhidmatan menulis dan matlamat pemeliharaan huruf al-Quran yang telah diteruskan tanpa sebarang perubahan dan tanpa henti oleh Badiuzzaman sepanjang hidupnya ini dianggap sebagai satu kesempurnaan yang hanya tertentu dan terkhusus kepada sebahagian pelajar selepas kematian beliau? Bolehkah khidmat ini ditunjukkan melalui penjelasan-penjelasan sendiri sebagai satu keghairahan terpuji yang hanya dikhususkan kepada para pelajar itu? Maka bolehkah ia menjadi satu penilaian yang betul?


48. Page

Walhal ketika Badiuzzaman menerangkan bahawa Risalah an-Nur adalah pedoman yang kekal dan pembimbing yang tidak akan mati bagi ahli hakikat, beliau sentiasa menunjukkan Risalah an-Nur sebagai sumber rujukan yang asal kepada para pelajarnya. Beliau selalu berkata: “Orang yang mahu bersuhbah (bercakap) dan bertemu dengan saya dalam jalan hakikat, jika dia membuka mana-mana risalah, dia tidak akan bertemu dengan saya bahkan dengan gurunya yang merupakan khadam al-Quran dan mendapat pengajaran daripada hakikat-hakikat keimanan dengan kelazatan.”


Sekiranya begitu, kata-kata beliau sepatutnya menjadi rujukan mutlak dalam perkara-perkara yang dipertikaikan. Berdasarkan prinsip, penerangan-penerangan yang tidak jatuh bertentangan dengan Risalah an-Nur perlu kita terima. Tiada sesiapa pun dalam dakwah ini riwayatnya lebih muktabar daripada kata-kata Imam abad ini sendiri.


Walau apa pun alasannya, sekiranya mana-mana tajuk yang disentuh dalam karya yang tidak mati seperti Risalah an-Nur yang mengandungi program perkhidmatan abad ini diterima sebagai telah dikatakan berdasarkan satu maslahat yang tiada asal-usul, penerimaan tersebut langsung tiada bezanya dengan tuduhan ‘takiyyah’ (menipu) yang disandarkan kepada Saidina Ali R.A. 


Menyifatkan pahlawan Islam dan pembimbing ahli Iman yang sebegini dengan penerangan-penerangan yang tidak diterima beliau, bukanlah kasih sayang kepadanya. Badiuzzaman juga menjauhkan dirinya daripada kasih sayang yang seperti itu.


49. Page

Ini kerana Badiuzzaman amat mementingkan perkhidmatan penjagaan huruf al-Quran sehingga dalam surat yang ditulisnya pun, beliau mengucapkan:

“اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ بِعَدَدِ حُرُوفَاتِ رَسَائِلِ الَّتِى كَتَبْتُمْ وَ تَكْتُبُونَ”

Iaitu “Semoga (jaminan) salam (keselamatan), kerahmatan dan keberkatan Allah (dilimpahkan) ke atas kalian sebanyak bilangan huruf-huruf daripada Risalah an-Nur yang telah dan sedang kalian tulis!” kepada para pelajarnya. Dengan cara ini beliau menggalakkan mereka menulis.


Sebagai salah satu ayat daripada tiga puluh tiga ayat dalam perbahasan isyarat-isyarat al-Quran, melalui isyarat dan petunjuk ayat “وَأَيْدِيكُم بِوُجُوهِكُمْ فَامْسَحُوا”, penyataan seperti berikut adalah mohor pembenaran secara ghaib untuk mengetahui apakah perkhidmatan menulis itu pada hakikatnya dan bagaimanakah ia perlu difahami: “Hadapkanlah wajah kalian kepada Nur (Risalah an-Nur) yang datang daripada sumber itu serta kaji dan beristifadahlah dengannya serta sebarkanlah ia dengan pena-pena di tangan kalian dan berusahalah untuk menaikkan darjat masyarakat daripada kerendahan akhlak kepada ketinggian dan kemajuan.”