NAVIGATION
5. Page
MUKADDIMAH
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Syukur dan pujian sebanyak bilangan zarah alam semesta kepada Rabb yang menurunkan al-Quranul Karim yang berkhitab (memberi mesej) kepada segenap lapisan manusia pada setiap kurun dengan hakikat-hakikatnya yang kekal sehingga qiamat; dan yang mengutuskan seorang pewaris rasul yang mulia kerana permohonan bantuan bagi umat Muhammad dalam setiap waktu kesusahan dan kesempitan dari kalangan ‘Ahlul Bait’.
Selawat dan salam sebanyak huruf yang ditulis oleh pena dan dibahasakan dengan kata-kata kepada kebanggaan seluruh alam (S.A.W.) yang memberi khabar gembira bahawa: “Sesungguhnya dalam setiap seratus tahun, Allah akan mengutuskan seseorang yang memperbaharui agama-Nya kepada umat ini” dan memberi pujian nubuwwah kepada ulama-ulama tersebut dengan bersabda bahawa: “Ulama-ulama umat ini adalah seperti para rasul Bani Israil”.
6. Page
Oleh sebab al-Quran ialah ‘Kalamullah’, ia adalah khazanah yang tidak akan habis dan luak. Oleh sebab Firman Ilahi datang daripada keazalian, ia akan menuju keabadian. Pada setiap kurun, bertepatan dengan asas-asas yang sama, ribuan tafsir yang bermatlamatkan pengistifadahan insan dan mengandungi perincian yang lebih indah daripada satu sama lain telah ditulis dengan perbahasan tentang kehalusan-kehalusan ‘lahuti’ (nisbah kepada ketuhanan) al-Quran yang memberikan ketenangan kepada akal. Dengan limpahan dan ilham daripada al-Quran, para alim yang muhaqqiq dan mudaqqiq telah menulis tentang petua-petua yang sesuai bagi setiap kurun dan merawat penyakit-penyakit generasi mereka dengan penawar-penawar yang mereka pungut daripada farmasi Kalam Ilahi yang tiada bandingan.
Dengan kemunculan fitnah dahsyat pada akhir zaman dan kesannya yang dikhabarkan melalui hadis-hadis dalam seratus tahun yang kita hidup ini, kemanusiaan telah diheret kepada bencana dan kehancuran maknawi dalam bentuk yang belum pernah kita lihat dalam sejarahnya.
7. Page
Dari satu sudut, pensisteman ‘pemikiran mengingkari uluhiyyah’ secara berani telah mengusik rukun-rukun iman atas nama falsafah dan sains. Daripada satu sudut lagi, penemuan ruang kelakuan-kelakuan yang paling bertentangan terhadap agama untuk dirinya sendiri diterima oleh banyak negara serta penyebaran fahaman ini dengan cepat melalui alat-alat komunikasi yang maju. Perkara ini bagaikan penyakit berjangkit yang menular sehingga ke pelosok dunia paling jauh. Perbuatan lahwiyyat dan dosa kepada akhlak anarki yang sakit daripada satu sudut yang lain dan usaha penyampaian keadaan ini dengan cara-cara yang menipu dan alat-alat yang menarik perhatian menjadi sebab paling utama bagi kesempitan maknawi (rohani).
Selepas keruntuhan daulah antarabangsa Uthmaniyyah, seluruh dunia Islam yang tinggal tidak bertuan dan tanpa ketua telah diuji secara khusus dengan dendam dan permusuhan dunia barat yang disimpan selama seribu tahun sehingga menjumpai kelompangan dan dengan rencana-rencana kurun ini yang penuh muslihat dan tiada belas kasihan.
Ketika Badiuzzaman Said Nursi, berjuang dengan tenaga yang tidak luput untuk menghadapi pemusnahan berencana yang menjulang panjinya pada kurun kita yang disaksikan beliau secara dekat pada tahun-tahun akhir ini, beliau memberitahu melalui khutbah di Syam pada tahun 1910 bahawa jalan keluar kita ialah:
“Penawar bagi abad yang sakit, bangsa yang berpenyakit dan anggota yang lumpuh ialah menuruti al-Quran. Penawar bagi benua besar yang malang, negara hebat yang tidak bertuah dan kaum mulia yang tidak bertuan ialah kesatuan Islam.”
Penerbitan Altun Basak
8. Page
Badiuzzaman Said Nursi, di halaman Masjid Fatih (1952)