NAVIGATION
44. Page
PENENTANGAN TERHADAP BIDAAH
Mujahadah menentang bidaah juga ialah satu asas yang penting bagi dakwah Risalah an-Nur. Dalam perbahasan Sunnah Saniyyah (agung) Badiuzzaman berkata: “Bidaah ialah mewujudkan perkara-perkara baharu dalam hukum-hukum ubudiah. Bidaah ditolak kerana ia bercanggah dengan ayat “اليوم اكملت لكم دينكم ”.
Said Nursi menggariskan sempadan-sempadan lingkungan ‘sahabat’, ‘saudara’ dan ‘pelajar’ Risalah an-Nur, dengan berkata bahawa:
“Sifat dan syarat bagi sahabat adalah seperti berikut: Secara muktamad dia perlu berpihak bersungguh-sungguh kepada khidmat kita yang berkaitan dengan kalimah-kalimah dan cahaya-cahaya al-Quran ini dan tidak boleh berpihak kepada kezaliman, bidaah dan kesesatan melalui hati serta dia perlu berusaha untuk beristifadah daripada Risalah an-Nur.” Said Nursi tidak pernah menerima sesiapa yang berpihak dengan bidaah hatta sebagai sahabat Risalah an-Nur.
“Saya telah melihat bahawa kafilah para nabi, siddiqin, syuhada’, wali Allah dan para solehin yang amat bercahaya dan gemilang dalam kafilah manusia yang berpindah pergi ke masa dahulu menyingkap kegelapan masa depan lalu berjalan atas jalan lurus dan luas yang menuju keabadian.
Lantas saya berkata “فسبحان الله”. Sesiapa yang memiliki perasaan walaupun sebesar zarah perlu mengetahui bahawa tidak menyertai kafilah besar dan bercahaya yang menerangi kegelapan masa depan dan berjalan dengan keselamatan yang sempurna ini adalah amat rugi dan malang.
Agaknya, orang yang keluar daripada kafilah yang agung itu dengan mencipta bidaah, dari manakah orang itu boleh menemui cahaya? Dari jalan manakah dia boleh pergi?
45. Page
Pembimbing kita Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa:
“ وكل ضلالة في النار كل بدعة ضلالة ”.
Agaknya maslahat apakah yang ditemui oleh sebahagian celaka yang layak dengan ungkapan “ulama jahat” dan fatwa apakah yang mereka berikan terhadap perintah yang muktamad ini, sehingga mereka boleh melawan keterangan syiar-syiar Islam secara tidak bermanfaat dan bermudharat dan melihat bahawa pertukaran adalah mungkin?
Paling tidak pun kesedaran sementara yang datang daripada sinaran maksud yang sementara telah menipu para ulama jahat itu.”
Manakala dalam menentang penggunaan huruf Latin yang merupakan salah satu daripada bidaah akhir zaman yang paling besar, dalam Kilauan Kelapan belas dengan berkata: “Sebahagian daripada para penjahat pada akhir zaman yang merupakan masa tersebarnya bidaah-bidaah dan huruf rumi ialah para ulama jahat iaitu mereka yang membantu dan memberi fatwa kepada bidaah demi memenuhkan perut mereka dengan perkara haram kerana ketamakan.” Risalah an-Nur telah menentang penggunaan huruf baru (Latin) dan melihat bahawa pemeliharaan huruf al-Quran adalah tugas terpenting bagi para pelajarnya.
Dalam kerangka ini, dalam banyak surat, beliau menerangkan bahawa “Sebagaimana Risalah an-Nur memelihara hakikat-hakikat keimanan daripada kezindikan, Risalah an-Nur turut menjaga huruf al-Quran daripada bidaah”.
Kerana menurut Said Nursi berpihak kepada bidaah bukan sahaja dikira sebagai dosa-dosa besar bahkan ia adalah antara dosa terbesar.
Dalam satu surat yang ditulis oleh beliau sendiri ketika berada di Barla, beliau berkata: “Kalian bertanya mengenai tujuh dosa besar. Kabair (dosa-dosa besar) itu banyak. Tetapi dosa-dosa terbesar dan dosa-dosa yang digelar sebagai ‘Mubikatus Sab’ah’ ada tujuh.” Kemudian beliau telah menyusun tujuh dosa terbesar tersebut seperti berikut: “Membunuh, berzina, meminum arak, menderhakai ibu-bapa (memutuskan hubungan silaturrahim), berjudi, bersaksi palsu dan berpihak kepada bidaah yang memudharatkan agama.”