PENJAUHAN DIRI DARIPADA POLITIK

40. Page

PENJAUHAN DIRI DARIPADA POLITIK


Badiuzzaman Said Nursi sentiasa menjauhkan khidmat Risalah an-Nur dan para pelajarnya daripada politik dunia yang berdasarkan tipu daya. Ini kerana beliau melihat bahawa berkhidmat untuk agama dan ilmu melalui perantaraan politik dalam zaman yang tidak menentu ini tidak akan mendatangkan hasil dan tidak berfaedah. Oleh sebab beliau meyakini bahawa wasilah paling utama untuk mendapat kehidupan abadi adalah melalui khidmat keimanan, sambil merasakan berusaha untuknya dengan seluruh keazaman adalah lebih perlu, maka beliau berkata seperti berikut:


“Bahaya terbesar bagi umat Islam pada zaman ini ialah kerosakan hati dan kecederaan iman akibat kesesatan yang datang daripada ilmu sains dan falsafah. Jalan penyelesaian tunggal bagi masalah ini ialah nur dan memperlihatkan nur supaya hati dapat disembuhkan serta keimanan dapat diselamatkan. Jika mereka digerakkan dan dikalahkan dengan belantan politik, ketika itu orang-orang kafir akan jatuh ke tahap munafik. Orang munafik selalunya lebih berbahaya daripada orang kafir. Ini bermakna, pada masa sebegini belantan tidak boleh menyembuhkan hati. Pada ketika itu kekufuran akan memasuki hati dan bersembunyi lalu berubah kepada kemunafikan. Pada zaman ini seseorang yang lemah seperti saya tidak akan boleh melakukan kedua-dua tugas (menyebarkan) nur dan (memukul dengan) belantan. Justeru, oleh sebab saya terpaksa memeluk nur dengan seluruh kekuatan, walau apa pun keadaannya sepatutnya saya tidak melihat kepada belantan politik.


Dengan menjauhkan diri daripada politik, beliau telah mengalihkan perhatian mata-mata yang telah buta kerana kecenderungan berpolitik kepada nur-nur al-Quran. Beliau tidak menjatuhkan nilai hakikat-hakikat al-Quran yang seperti permata ke tahap kaca di bawah tuduhan propaganda politik. Beliau memahami bahawa politik yang berlangsung atas dasar manfaat persendirian adalah binatang yang buas. Dengan membahaskan natijah politik yang buruk, beliau berkata;  أعوذ بالله من الشيطن و السياسة dan tidak mencampuri kehidupan politik.