PERKHIDMATAN MENULIS DAN KILANG PERCETAKAN

51. Page

PERKHIDMATAN MENULIS DAN KILANG PERCETAKAN



Mengaitkan penerangan Ustaz Badiuzzaman mengenai khidmat menulis dengan ketidakmampuan masa lalu serta dakwaan bahawa “sekarang sudah ada kilang percetakan, bukan lagi masa menulis” adalah sama sekali tidak akan selari dengan roh khidmat pemeliharaan huruf al-Quran. Sebaliknya, Ustaz Nursi menyambut dengan gembira kedatangan era percetakan semasa penyebaran khidmat Risalah an-Nur terutamanya selepas pembelian mesin pengganda sehingga beliau mengucapkan “selamat datang wahai penulis yang memiliki seribu pena!” 



Untuk kritikan yang telah dijangkakan ini, dalam Tambahan Emirdag, Said Nursi telah memberikan jawapan bernas seperti berikut: 


Pada suatu masa, ketika kereta api datang ke sebuah bandar, para pemandu kereta kuda bimbang dan berkata: “Habislah kerja kita”. Padahal dengan kedatangan kereta api, aktiviti bertambah dan keperluan kepada pemilik kereta kuda meningkat dua kali ganda. Insya-Allah, seperti itu juga penulis-penulis Nur tidak akan berhenti, malahan dengan menulis mereka akan mencatatkan lebih banyak kebajikan dalam buku amalan mereka”.