SURAT GULA

50. Page

SURAT GULA


Said Nursi yang melihat bahawa pemeliharaan dan pembelajaran huruf al-Quran yang merupakan tulisan dan huruf kebanyakan alam Islam sebagai salah satu khidmat yang utama bagi pelajar-pelajar Risalah an-Nur. Walaupun tidak pernah menerima hadiah seumur hidupnya, sambil bersumpah beliau sering berkata seperti berikut:


“Saya bersumpah menegaskan bahawa orang yang menulis satu risalah kecil dengan kefahaman untuk dirinya, ibarat suatu hadiah yang besar kepada saya bahkan setiap satu muka suratnya menggembirakan saya seperti sekilogram gula!” 


Tentang bangkangan ke atas perkhidmatan menulis yang telah banyak dibahaskan oleh beliau seperti dalam surat yang masyhur dengan nama ‘Surat Gula’ ini, Ustaz Badiuzzaman mendefinisikannya seperti berikut: 


“Apa yang dikesalkan, oleh sebab musuh-musuh Risalah an-Nur yang tidak beriman dan tidak aman dari kalangan jin dan manusia tidak mampu berhadapan dengan kubu-kubu Risalah yang kukuh seperti waja dan hujah-hujahnya yang kuat seperti pedang berlian, dengan helah-helah yang amat tersembunyi dan peralatan yang terselindung, seperti syaitan mereka menyerang dan menghentam dari sudut mematahkan semangat dan membantutkan tekad mereka yang menulis serta menyebabkan mereka berhenti daripada menulis tanpa disedari.”


Ketika saya menambah ungkapan “وأزواجهم وأولادهم” dalam doa dan munajat, saya terkenangkan kalian, apatah lagi kalian sememangnya berpihak melalui hati dan pena, atas nama kalian, soalan-soalan kalian ini sangat menggembirakan saya dan telah menjadi satu khabar gembira ketika saya mengingini kalian berhak mendapat bahagian dalam keuntungan dan doa maknawi saya sebanyak seratus kali dalam dua puluh empat jam dan lima ratus kali secara bayangan.” Pujian beliau dari sudut ini menarik perhatian.