SURAT TENTANG MENULIS

52. Page

SURAT TENTANG MENULIS


Dalam peringatan Said Nursi yang masyhur dengan nama ‘Surat tentang Menulis’ yang dilampirkan sejurus selepas ‘Risalah Ikhlas’ yang dikatakan beliau, “mesti dibaca paling kurang lima belas hari sekali” kerana kepentingannya. Dengan menyebutnya sebagai ‘Satu Surat Khusus kepada Sebahagian Saudaraku’ beliau menyatakan hakikat-hakikat berikut:


“Kepada saudara-saudara saya yang telah jemu menulis dan mengutamakan wirid-wirid lain dalam tiga bulan suci yang merupakan bulan-bulan ibadah ini berbanding menulis Risalah an-Nur yang dikira sebagai ibadah dari lima sudut, saya akan memperkatakan tentang satu noktah bagi dua hadis Nabi.


Pertama: [ يوزن مداد العلماء بدماء الشهداء ] او كما قال..

Bermaksud: “Di Padang Mahsyar, dakwat-dakwat yang telah digunakan oleh para ulama hakikat akan ditimbang setaraf dengan nilai darah para syuhada”.


Kedua: [ مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِي عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِي فَلَهُ أَجْرُ مِائَةِ شَهِيدٍ  ] او كما قال 

Bermaksud: “Pada waktu kerosakan umatku (semasa bidaah dan kesesatan berleluasa), sesiapa yang berpegang teguh dengan Sunnahku (Nabi Muhammad S.A.W.) dan hakikat-hakikat al-Quran serta berkhidmat untuknya, akan memperoleh seratus pahala mati syahid.” 


Wahai saudara-saudaraku yang telah jemu menulis kerana sifat malas dan wahai saudara-saudaraku dalam tariqat sufi! Kedua-dua hadis ini menunjukkan bahawa: Pada zaman sebegini, cahaya hitam yang mengalir daripada pena-pena yang diberkati yang berkhidmat kepada hakikat-hakikat keimanan, misteri-misteri syariat dan sunnat Nabi yang terpuji dan seberat satu dirham dakwat yang ibarat air kehidupan boleh memberi manfaat seberat seratus dirham darah syuhada kepada kalian di Padang Mahsyar. Sekiranya begitu berusahalah untuk memperolehnya.


53. Page

Jika kalian berkata: “Dalam hadis nabi terdapat ungkapan ulama, walhal sebahagian kami hanyalah penulis.”


Jawapan: Orang yang membaca risalah ini dengan kefahaman dan penerimaan selama satu tahun, Insya-Allah dia boleh menjadi ulama masa kini yang penting dan benar. Jika dia tidak faham sekalipun, memandangkan pelajar-pelajar Risalah an-Nur mempunyai keperibadian maknawi, tidak syak lagi bahawa peribadi maknawi itu ialah ulama yang besar dan penting bagi masa ini. Pena-pena kalian pula ialah jari-jemari peribadi maknawi itu. 


Walaupun saya melihat bahawa saya tidak layak, walau bagaimanapun kerana sangka baik kalian, kalian telah mengaitkan si miskin ini dengan kedudukan sebagai seorang alim, lalu kalian mengikut dan memberi kedudukan guru kepadanya. Oleh kerana saya tidak mahir menulis, pena-pena kalian dikira sebagai pena saya dan kalian layak mendapat pahala yang disebut dalam hadis nabi.”


54. Page

 FAEDAH DUNIAWI DAN UKHRAWI APABILA MENULIS RISALAH AN-NUR


“Dengan ilham yang diperoleh daripada dua hadis Nabi ini, kami akan menerangkan hanya beberapa faedah daripada faedah-faedah menulis Risalah an-Nur yang berbentuk duniawi dan ukhrawi yang banyak yang telah diterangkan dalam Risalah an-Nur dan diperakui melalui pengalaman para pelajarnya. 


Lima jenis ibadah:

  1. Bermujahadah secara maknawi menghadapi golongan sesat yang merupakan mujahadah paling penting.
  2. Berkhidmat kepada Ustaznya, dari sudut menyebarkan hakikat dalam bentuk bantuan. .
  3. Berkhidmat kepada para muslimin, dari sudut keimanan.
  4. Mendapat ilmu melalui pena.
  5. Melakukan ibadah tafakkur yang satu jam kadang-kadang dikira satu tahun ibadah.


Lima jenis faedah duniawi:

  1. Memperoleh keberkatan dalam rezeki. 
  2. Mendapat kerehatan dan kegembiraan dalam hati. 
  3. Menerima kesenangan dalam kehidupan.
  4. Memperoleh kejayaan dalam kerja.
  5. Mendapat bahagian daripada doa-doa yang khusus bagi semua pelajar Risalah an-Nur, kerana mempunyai kelebihan sebagai muridnya. 


55. Page

Terdapat dua natijah penting apabila berkhidmat kepada Risalah an-Nur melalui pena dan menjadi pelajarnya dengan kesetiaan:


  1. Memasuki kubur dengan keimanan. Ini berdasarkan petunjuk ayat al-Quran.
  2. Mendapat bahagian dalam keuntungan maknawi dan segala kebajikan semua pelajar. Ini pula melalui rahsia syarikat maknawi dalam daerah Nur. 


Oleh sebab mereka (para pelajar Nur) pada zaman tiada pelajar ini tergolong dari kalangan penuntut ilmu agama yang mendapat penghormatan daripada para malaikat di alam barzakh, sekiranya dia bertuah dan sekiranya dia benar-benar berjaya (ini adalah tetap dengan penyaksian sebahagian ahli kasyaf), seperti Hafiz Ali dan pelajar masyhur yang disebut dalam risalah buah, mereka akan mendapat kehidupan para syuhada.” 


Memperbanyak Risalah an-Nur dengan menulis iaitu khidmat yang dilakukan dari sudut menyebarkan hakikat hanya mewakili satu daripada hikmah dan kebaikan bagi lima jenis ibadah tersebut yang sebanyak ini. 


Selepas memberi dorongan tentang khidmat menulis sebanyak ini, merujuk kepada soalan “Saya terfikir, tiadakah ganjaran untuk perwira-perwira ini pada masa ini?” berkenaan pelajar-pelajar Nur yang sangat memberi perhatian kepada perkhidmatan ini, Badiuzzaman Said Nursi memberikan jawapan berikut:


“Tiba-tiba terlintas bahawa dengan menulis himpunan risalah-risalah ini, mula-mula mereka membaca betul-betul pengajaran keimanan yang kuat yang mendiamkan ahli falsafah dan membawa kepada keimanan ini kepada diri sendiri, mereka memperoleh satu khazanah maknawi. Dengan pena-pena yang berkat ini mereka seolah-olah turut melakukan khidmat-khidmat suci para pahlawan besar mujahid Islam pada masa dahulu yang dilakukan dengan pedang mereka. Sudah tentu (generasi) masa depan akan banyak bertepuk tangan menghargai mereka dan para pelajar Nur!