NAVIGATION
37. Page
TUGAS TAJDID
Oleh kerana Badiuzzaman Said Nursi dan Risalah an-Nur yang ditulisnya mempersembahkan al-Quranul Karim dalam bentuk yang sesuai dengan kefahaman semasa serta kesan yang dibawanya, beliau dan Risalah an-Nur telah menjadi ‘Maa sodaq’ (bukti kebenaran) bagi hadis yang bermaksud: “Pada setiap seratus tahun Allah mengutuskan seorang mujaddid untuk memperbaharui agama ini” dengan maknanya yang sebenar.
Badiuzzaman menerangkan keadaan rohaninya yang mempersiap sediakan dirinya untuk tugas memperbaharui (agama) di kurun ini yang telah diterima baik oleh para ulama’ sama ada di negara kita sendiri atau di dunia Islam yang melihat keadaan ini seperti berikut:
“Semasa perang dunia yang lalu serta sebelum lagi, dalam suatu kejadian (mimpi) yang benar, aku telah melihat bahawa aku berada di kaki Gunung Agri (Aghri) yang masyhur dengan nama Gunung Ararat. Tiba-tiba gunung itu meletup dengan dahsyat. Bongkah-bongkah pecahannya yang seperti gunung telah bertaburan ke serata dunia. Dalam keadaan yang dahsyat itu aku melihat bahawa almarhumah ibuku berada di sampingku. Aku berkata:
Ibu jangan takut! Ini adalah kehendak Allah. Dia adalah ar-Rahim dan al-Hakim. Tiba-tiba dalam keadaan itu aku melihat bahawa seorang yang penting berkata kepadaku bagaikan menyuruh: Terangkanlah mukjizat al-Quran!
38. Page
Aku terjaga dan memahami bahawa akan berlaku satu letupan yang besar. Selepas letupan dan perubahan itu tembok-tembok yang berada sekitar al-Quran akan runtuh. Al-Quran akan mempertahankan dirinya sendiri secara langsung. Serangan ke atas al-Quran akan dilakukan. Mukjizatnya akan menjadi zirah atau baju besi wajanya. Seseorang seperti aku akan menjadi calon untuk menzahirkan sedikit mukjizat tersebut pada masa ini sedangkan ia mengatasi kemampuanku dan aku telah memahami bahawa aku telah dicalonkan.”
“Ya, sesungguhnya keimanan dan agama, kehidupan bermasyarakat dan syariat serta hak orang ramai dan politik berkehendakkan seorang mujaddid yang amat penting pada zaman ini. Tetapi tajdid yang paling penting ialah tajdid dari sudut pemeliharaan hakikat-hakikat keimanan dan merupakan tajdid yang paling suci dan paling besar. Apabila dibandingkan kepadanya, daerah-daerah syariat, kehidupan bermasyarakat dan berpolitik berada pada tahap kedua, ketiga atau keempat.
Keutamaan yang berlebihan mengenai tajdid agama dalam riwayat hadis pula adalah berdasarkan tajdid dalam hakikat-hakikat keimanan. Tetapi, oleh sebab sudut-sudut kehidupan masyarakat Islam dan politik keagamaan yang luas secara zahirnya dan menarik pada sudut kekuasaannya dilihat lebih penting pada pandangan manusia yang mencintai kehidupan maka dari sudut pandangan tersebut mereka melihat dan memberi makna melalui kanta itu.
Kesyukuran yang tiada sempadan kepada Allah S.W.T. kerana telah menjadikan peribadi maknawi pelajar-pelajar sebenar Risalah an-Nur melakukan tugas tajdid dalam pemeliharaan hakikat-hakikat keimanan pada kurun ini.
Seramai empat puluh ribu orang mengakui bahawa Risalah an-Nur telah bertarung habis-habisan menghadapi serangan kesesatan dan kezindikan yang amat dahsyat melalui penyebaran yang berkesan dan penuh keterbukaan dalam tugas yang suci itu sejak dua puluh tahun, lantas menyelamatkan keimanan ratusan ribu ahli iman.
39. Page
Tetapi janganlah memandang seseorang yang buntu dan lemah seperti diriku yang buntu kerana memikul bebanan yang ribuan kali ganda melebihi kemampuanku sebegini.”
Dalam suratnya yang lain juga, ketika Badiuzzaman menarik dirinya ke belakang dengan mengatakan bahawa zaman ini adalah zaman berjamaah, dan pada perihal tajdid beliau sentiasa menonjolkan Risalah-risalah an-Nur dan keperibadian maknawi pelajar-pelajar Nur kepada pandangan dan melakukan penegasan kepada perkara-perkara berikut:
“Kelebihan-kelebihan yang dilihat oleh kalian bukannya kelebihan saya bahkan itu semua adalah milik Risalah an-Nur. Risalah an-Nur juga adalah tafsir bagi satu hakikat al-Quran. Satu sosok peribadi maknawi perlu menjadi mujaddid pada zaman yang bercelaru serta zaman pencerobohan penguatkuasaan dan peribadi maknawi kesesatan ini seperti kedatangan para mujaddid yang berkhidmat untuk agama dan keimanan pada setiap kurun. Ia tidak akan pernah menyerupai zaman dahulu. Sehebat manapun seseorang, dia boleh kalah apabila berhadapan dengan peribadi maknawi.
Oleh sebab kemungkinan Risalah an-Nur menjadi mujaddid dalam sudut itu adalah kuat, sifat-sifat itu bukanlah milik saya sama sekali. Bahkan seperti yang saya tulis berulang kali, kehidupan saya hanya ibarat sebiji benih kepada Risalah an-Nur. Dengan limpahan al-Quran dan kurniaan Allah Taala, daripada benih itu dengan kuasa penciptaan Ilahi, ia berubah menjadi pohon Risalah an-Nur yang berbuah dan tinggi nilaiannya. Saya hanya sebiji benih yang telah hancur dan lenyap. Semua nilaian adalah milik Risalah an-Nur yang merupakan makna dan tafsir al-Quran yang memiliki kebenaran.