Maqam Kedua - Risalah Mukjizat al-Quran

88. Page

Maqam Kedua Zulfiqar


Kalimah Kedua Puluh Lima: Risalah Kemukjizatan Al-Quran

Dan Tambahan-Tambahannya.





Ketika terdapat mukjizat yang kekal seperti Al-Quran di tangan, pada fikiran saya, mencari burhan yang lain adalah tidak perlu.


Ketika terdapat bukti kebenaran seperti Al-Quran di tangan, adakah susah  kepada hatiku untuk mendiamkan para pengingkar?




PERINGATAN


Kami telah berniat untuk menulis lima syu’lah (nyalaan) pada permulaan kalimah ini. Tetapi, di hujung-hujung syu’lah pertama, kami terpaksa menulis dengan sangat cepat supaya ia dapat dicetak menggunakan huruf-huruf lama (huruf Al-Quran). Hatta ada harinya kami menulis dua hingga tiga puluh mukasurat dalam dua hingga tiga jam. Sebab itulah kami telah menulis tiga syu’lah secara ringkas dan sepintas lalu. Jadi, buat masa ini masih berbaki dua syu’lah lagi. Kami berharap daripada para saudara agar memandang kecacatan, kekurangan, kerumitan dan kesalahanku dengan pandangan insaf dan tolak ansur. 


Said Nursi



Kebanyakan ayat-ayat yang ada di dalam Risalah Kemukjizatan Al-Quran ini, setiap satunya sama ada merupakan ayat-ayat yang menjadi titik kritikan para kuffar ataupun disanggah oleh para saintis ataupun terdedah kepada was-was dan keraguan para syaitan jin dan manusia. Justeru Kalimah Kedua Puluh Lima ini menjelaskan hakikat-hakikat dan intipati-intipati ayat-ayat tersebut dalam bentuk yang apabila dibuktikan menurut kaedah-kaedah ilmu, maka noktah-noktah yang dianggap sebagai kekurangan oleh orang kafir dan ilmuwan itu menjadi kerlipan mukjizat dan asas-asas kesempurnaan Balaghah (ketinggian bahasa) Al-Quran. Untuk tidak memeningkan, jawapan yang pasti telah diberikan tanpa menyebut keraguan-keraguan mereka. Seperti “وَ الْجِبَاَلَ اَوْتَادًا”  “وَ الشَّمْسُ تَجْرِى”. Cuma pada Maqam pertama bagi Kalimah Kedua Puluh, keraguan-keraguan mereka telah disebut dalam tiga ke empat ayat. Walaupun Risalah Kemukjizatan Al-Quran ini sememangnya ditulis secara sangat ringkas dan segera, namun dalam noktah ilmu balaghah dan ilmu-ilmu bahasa Arab, ia telah diterangkan secara ilmiah, mendalam dan kuat sehingga mampu mengkagumkan mereka yang alim. Sebenarnya dalam setiap perbahasannya semua ahli teliti tidak akan memahami kesemuanya dan beristifadah dengan sempurna. Tetapi di kebun itu ada habuan/bahagiannya yang penting untuk semua orang. Walaupun bersamanya terdapat kecacatan pada ungkapan dan ayatnya dek kerana ditulis dalam keadaan yang sangat pantas dan tergesa-gesa, namun ia menerangkan hakikat-hakikat yang sangat penting bagi masalah-masalah pada noktah ilmu.


Said Nursi



89. Page

Risalah Kemukjizatan Al-Quran


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْاِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اَنْ يَاْتُوا بِمِثْلِ هٰذَا الْقُرْآن لَا يَاْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًاصَدَقَ اللَّهُ الْعَظ۪يم



Kami telah mengisyaratkan hampir empat puluh wajah kemukjizatan daripada wajah kemukjizatan yang tidak terkira dalam Al-Quranul Hakim Al-Mu’jizul Bayan yang merupakan khazanah mukjizat dan mukjizat Agung baginda Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam risalah-risalahku yang berbahasa Arab, Risalatun Nur, tafsirku yang berjudul Isyaratul I’jaz dan Kalimah Kedua Puluh Empat yang lalu. Sekarang, kami akan menerangkan lima wajah daripadanya dengan menyusun wajah-wajah itu di dalamnya secara  ringkas dan kami akan mengisyaratkan kepada takrif dan hakikatnya melalui satu muqadimah.


Muqadimah

Ianya tiga bahagian. 


Bahagian pertama: Apakah Al-Quran? Bagaimanakah mentakrifkannya? 


Jawapan: Sebagaimana diterangkan dalam Kalimah Kesembilan Belas dan dalam kalimah-kalimah lain, Al-Quran ialah: 


Terjemahan azali bagi kitab besar alam semesta ini; penterjemah abadi bagi lidah-lidah berlainan yang membaca ayat penciptaan (ayat takwiniyyah); pentafsir bagi kitab alam ghaib dan alam syahadah ini; penyingkap khazanah-khazanah maknawi bagi nama-nama Ilahi yang tersembunyi di bumi dan langit; anak kunci bagi hakikat-hakikat yang terselindung di bawah garisan peristiwa; lidah alam ghaib di alam nyata; khazanah kesantunan abadi Ar-Rahman dan ucapan azali As-Subhan yang datang dari alam ghaib yang berada di belakang tabir alam nyata; mentari, asas dan kejuruteraan alam maknawi Islam ini; peta suci alam-alam ukhrawi; kata-kata yang menerangkan, tafsir yang terang,  burhan(bukti) yang muktamad, penterjemah yang menyinarkan cahaya  bagi dzat, sifat, nama-namadan urusan-urusan Ilahi; murabbi alam kemanusian ini; air dan cahaya bagi Islam yang merupakan keinsanan agung; hikmah hakiki bagi bangsa manusia; mursyid dan pemberi hidayat  sebenar yang memandu manusia kepada kebahagiaan; dan kitab syariat, doa, hikmah, pengabdian, perintah dan seruan, zikir dan fikir bagi insan; serta satu-satunya dan selengkap-lengkap kitab suci yang mengandungi kitab-kitab yang banyak yang akan menjadi rujukan untuk semua keperluan maknawi bagi semua insan. 


Malah ia merupakan sebuah kitab samawi yang ibarat sebuah perpustakaan suci. Ia mengetengahkan serba satu risalah untuk setiap masyrab (aliran) yang berlainan serta maslak (jalan) yang berasingan bagi semua auliya’, siddiqin, ‘arifin dan muhaqqiqin. Ia layak dengan selera setiap masyrab serta mampu meneranginya dan bertepatan dengan tujuan setiap maslak serta mampu menggambarkannya.


Bahagian Kedua dan pelengkap takrif: 

Oleh sebab Al-Quran datang daripada ‘Arasy yang agung, nama yang agung dan martabat  teragung bagi setiap nama-Nya, maka sebagaimana diterang dan dibuktikan dalam Kalimah Kedua Belas, Al-Quran ialah Kalam Allah dari sudut kedudukan-Nya sebagai Rabb seluruh alam. Dari sudut gelaran-Nya sebagai Ilah segala maujudat, ia merupakan Firman Allah. Juga satu khitab atas nama Al-Khaliq segenap langit dan bumi. Ia merupakan satu mukalamah (perbualan) dari sudut Rububiyyah Mutlak; satu Khutbah Azali atas nama kesulatanan umum Subhaniyyah; dan sebuah catatan keprihatinan Ar-Rahman pada pandangan rahmat luas yang meliputi. Dengan cirinya sebagai keagungan kehebatan Uluhiyyah ia merupakan himpunan perkhabaran yang kadang kadang terdapat katakunci pada permulaannya. Kerana ia diturunkan dari keluasan nama-nama teragung, ia merupakan kitab suci pemancar kebijaksanaan (hikmah) yang melihat dan menyelidik semua kandungan ‘Arasy teragung. Dari rahsia inilah maka Al-Quran diberikan dan akan sentiasa diberi gelaran  Kalamullah dengan kelayakan yang sempurna. Martabat yang datang selepas Al-Quran ialah kitab-kitab dan suhuf-suhuf bagi nabi-nabi yang lain. Manakala satu bahagian bagi Kalimah-kalimah Ilahi yang lain pula ialah satu mukalamah(perbualan) yang zahir dalam bentuk ilham melalui iktibar yang khas, tajuk yang kecil, tajalli yang khusus, nama yang kecil, rububiyyah yang khas, kesultanan yang tertentu dan rahmat yang khusus. Ilham-ilham (kepada) malaikat, manusia dan haiwan adalah amat berbeza dari sudut kemenyeluruhan dan kekhususannya.


Bahagian Ketiga: Al-Quran ialah sebuah kitab samawi yang secara umum mengandungi kitab-kitab semua nabi yang berlainan kurun, risalah-risalah seluruh wali yang berlainan aliran dan karya-karya asfiya’ yang berlainan jalannya. Enam sudutnya adalah bersinar dan suci daripada prasangka-prasangka syubhat.Titik persandarannya ialah wahyu samawi dan kalam azali dengan yakin. Tujuan dan matlamatnya ialah kebahagiaan abadi dengan musyahadah (secara penglihatan). Isinya ialah hidayah yang

90. Page

murni dengan jelas. Atasnya ialah cahaya keimanan dengan dharurat (secara keterpaksaan). Bawahnya ialah dalil dan burhan dengan ‘ilmal yaqin. Kanannya ialah penyerahan hati dan sanubari dengan pengalaman. Kirinya ialah penggunaan akal dan kefahaman dengan ‘ainal yaqin. Buahnya ialah rahmat Ar-Rahman dan Darul jinan (syurga) dengan haqqal yaqin.  Maqam dan keistimewaannya diterima oleh malaikat, jin dan manusia dengan kefahaman yang benar. Setiap satu sifat pada tiga juzuk yang berkaitan dengan takrif Al-Quran telah dan akan diisbatkan dengan pasti di tempat-tempat lain. Dakwaan kami bukanlah dakwaan semata-mata tetapi setiap satunya dibuktikan dengan bukti-bukti yang kukuh.


Syu’lah Pertama: 

Syu’lah ini mempunyai tiga sinaran.


Sinaran Pertama: Balaghah Al-Quran di tahap mukjizat. Balaghah itu pula ialah suatu balaghah luarbiasa yang lahir daripada kelancaran susunan ayatnya, keindahan kekukuhannya, keunggulan uslubnya (gaya bahasa), ketakjuban dan kecantikannya, kejernihan penjelasannya, ketinggian dan kejernihannya, kekuatan dan kebenaran maknanya, kefasihan lafaz dan kejelasannya sehingga ia mempersilakan dan mencabar para sasterawan yang paling bijak, pengkhutbah(juru cakap) yang paling hebat dan cendekiawan yang paling pandai bagi bani adam kepada persaingan selama seribu tiga ratus tahun dan ia mengusik urat-urat (hati) mereka(mencemuh/menghinakan) dengan dahsyat. Walaupun ia telah mencabar, namun para bijak pandai yang kepalanya mencecah langit kerana kesombongan dan kemegahan mereka itu, tidak mampu membuka mulut untuk mencabarnya lantas menundukkan kepala dengan penuh kehinaan. Justeru kami mengisyaratkan wajah mukjizat pada balaghahnya dengan dua gambaran: 


Gambaran pertama: Kemukjizatannya ada dan wujud. Kerana penghuni jazirah (semenanjung) Arab pada kurun itu kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang ummi (buta huruf). Kerana keummian, mereka memelihara/menghafal perkara yang menjadi kebanggaan mereka, peristiwa bersejarah dan bidalan perumpamaan yang akan membantu keindahan akhlak mereka melalui syair dan balaghah menggantikan penulisan. Satu kata-kata yang bermakna dihafal dan  diperturunkan/diwariskan daripada generasi terdahulu kepada generasi selepasnya melalui minat/tarikan syair dan balaghah. Maka, sebagai natijah kehendak fitrah tersebut, di pasar perdagangan maknawi kaum itu yang paling berharga ialah barang kefasihan(kepetahan) dan balaghah. Sehingga seorang sasterawan yang hebat bagi suatu kabilah ialah ibarat seorang wira bangsa yang paling besar. Dengannyalah mereka paling banyak berbangga. 


Justeru selepas kedatangan Islam, kaum yang bijak menguruskan dunia dengan akal mereka, merupakan kaum yang paling terkedepan dan paling tinggi darjatnya berbanding dengan kaum-kaum lain di dunia dalam balaghah yang merupakan kehendak/keperluan mereka yang paling berharga dan sebab kebanggaan dan paling dikehendaki oleh mereka. Balaghah adalah sangat berharga sehingga dua kaum boleh berperang besar kerana/akibat/dek sepatah kata oleh seorang pujangga dan dengan sepatah kata jugalah mereka berdamai. Sehingga mereka telah menulis tujuh kasidah bagi tujuh sasterawan yang dinamakan al-Mu’allaqatus Sab’ah (tujuh yang digantung) di kalangan mereka dengan emas di dinding Kaabah dan mereka berbangga dengannya. Justeru di zaman yang begitu, ketika balaghah menjadi sesuatu yang paling berharga al-Quran telah diturunkan. Ia sebagaimana berharganya sihir di zaman Nabi Musa ‘Alaihissalam dan ilmu perubatan di zaman nabi Isa ‘Alaihissalam. Mukjizat-mukjizat mereka yang utama datang dalam jenis yanag begitu. Justeru semasa itu, Al-Quran telah mengajak ahli-ahli balaghah arab bertanding/beradu menerusi surah terpendeknya melalui Firmannya: 


وَاِنْ كُنْتُمْ فِى رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَاْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِه

Al-Quran mencabar mereka dengan berkata: “Jika kalian tidak beriman kalian adalah terlaknat/ dilaknati. Kalian akan memasuki neraka. Ia meremehkan/ mencemuh/ memperlekeh/ mengapi-apikan hati mereka. Ia memecahkan keangkuhan mereka secara dahsyat. Ia merendahkan akal-akal mereka yang sombong itu. Sejak permulaan/awal lagi ia menghukum mereka dengan penghapusan abadi seterusnya menghukum mereka dengan penghapusan abadi di neraka bersama dengan penghapusan duniawi. Ia berkata: “Sama ada kalian perlu melawan ataupun jiwa dan harta kalian dalam kehancuran.”


Justeru, sekiranya penentangan adalah mungkin, maka mungkinkah sama sekali, ketika ada jalan yang senang untuk membatalkan dakwaan tersebut melalui tentangan sebanyak satu atau dua  patah perkataan, tetapi mereka menjadikan jalan perang yang paling bahaya dan paling banyak masalah sebagai pilihan? Ya adakah dapat diterima bahawa walaupun kaum yang bijak dan bangsa yang berpolitik itu pernah memerintah dunia dengan politik pada suatu masa meninggalkan satu jalan yang paling pendek, tenang dan ringan dan mereka memilih sebatang jalan yang panjang yang boleh menghumban segala harta dan nyawa mereka ke dalam bahaya? Ini kerana sekiranya para pujangga mereka boleh menyanggah dengan beberapa huruf nescaya Al-Quran tidak

91. Page

akan meneruskan dakwaannya. Malah mereka juga akan terselamat daripada kemusnahan maddi dan maknawi. Namun, mereka memilih sebatang jalan yang dahsyat dan panjang seperti perperangan. Ini bermakna, perperangan dengan huruf adalah tidak mungkin dan mustahil. Kerana itulah mereka terpaksa berperang dengan pedang.


Malah terdapat dua sebab yang kukuh untuk menyaingi Al-Quran dan membuat tiruannya/menirunya. Satunya: Sikap musuh yang sangat suka menentang/menyanggah. Yang satu lagi: Sikap teman-temannya yang suka meniru. Sesungguhnya di bawah dua sebab yang kuat ini, jutaan kitab berbahasa Arab telah ditulis namun tiada suatupun yang menyerupainya. Sama ada alim atau buta huruf, sesiapa yang melihat kepadanya dan kepada mereka pasti akan berkata bahawa: Al-Quran sama sekali tidak seperti semua ini. Tiada suatupun yang boleh menyainginya. Justeru, sama ada Al-Quran di bawah kesemuanya - namun keadaan itu adalah terbatal dan mustahil menurut kesepakatan kawan dan lawan - ataupun Al-Quran berada di atas semua kitab yang ditulis tersebut. Jika engkau berkata: “Bagaimanakah kami mengetahui bahawa tiada sesiapapun berusaha untuk menentangnya? Adakah tiada sesiapa yang meyakini dirinya sendiri sehingga tidak mencabar? Adakah dengan saling bekerjasama  antara satu sama lain juga tidak boleh mendatangkan hasil?”


Jawapan: Sekiranya penentangan adalah mungkin, ‘ala kulli hal nescaya usaha akan dilakukan. Kerana permasalahan kemuliaan dan maruah mempunyai bahaya jiwa dan harta. Sekiranya usaha dilakukan, ala kulli hal nescaya akan terdapat penyokong yang sangat ramai. Ini kerana penentang dan seteru kepada kebenaran sentiasa ramai. Sekiranya ada penyokong ‘ala kulli hal dia akan terkenal. Ini kerana satu perjuangan yang kecil akan menarik pandangan hairan manusia dan akan memasyhurkannya dalam kisah-kisah lagenda. Sesungguhnya satu perjuangan dan kejadian yang hebat sebegitu tidak pernah kekal sebagai rahsia. Perkara-perkara yang memburukkan Islam hatta yang paling hodoh dan paling jijik sentiasa diceritakan dan menjadi masyhur. Walhal tidak pernah diriwayatkan tentang penentangan selain daripada satu atau dua cerita Musailamatul Kazzab. Walaupun secara zahirnya apa yang diucapkan oleh Musailamah itu mempunyai balaghah, namun oleh sebab ia dinisbahkan kepada Al-Quran yang memiliki kecantikan dan keindahan, maka kata-katanya dinukilkan dalam sejarah sebagai perkara yang mengarut. Justeru, kemukjizatan dalam balaghah Al-Quran sememangnya wujud seperti hasil dua darab dua ialah empat. Maka memang menjadi begitu.


Gambaran kedua: Kami akan menerangkan tentang hikmat mukjizat Al-Quran pada balaghahnya dalam lima noktah. 


Noktah Pertama: Terdapat satu jazalah (kelancaran) yang hebat dalam ayat-ayat al-Quran. Kelancaran dan kekukuhan di dalam ayat tersusun itu, dan  kelancaran ayat tersebut telah diterangkan di dalam Isyaratul I’jaz daripada awal hingga akhir. 


Apa jua yang mengira saat, minit dan jam bagi jam dan melengkapkan susunan satu sama lain, ketersusunan pada bentuk yang ada dalam setiap ayat Al-Quranul Hakim, susunan pada kalimah-kalimahnya dan penyusunan yang ada pada kesesuaian antara satu ayat dengan yang lain, telah diterangkan dalam Isyaratul I’jaz sehingga akhirnya dalam bentuk yang begitu jelas, maka sesiapa yang mahu boleh merujuk kepadanya dan beliau boleh melihat kelancaran menakjubkan dalam ketersusunan ini dalam bentuk yang (diterangkan) ini. Untuk memperlihatkan susunan dalam satu bahagian ayat, kami akan menyebut hanya satu dua contoh.


Contohnya: وَلَئِنْ مَسَّتْهُمْ نَفْحَةٌ مِنْ عَذَابِ رَبِّكَ

Untuk memperlihatkan azab yang dahsyat dalam ayat ini, ia ingin memperlihatkan dengan memperlihatkan kesan yang dahsyat bagi azab yang paling sedikit. Bermakna untuk memberitahu taqlil (menyedikitkan, penisbahan kepada sedikit,) pada semua bahagian ayat juga melihat kepada taqlil ini dan akan memberikan kekuatan kepadanya. 

Sesungguhnya, lafaz لَئِنْ ialah tashkik (memberikan syak). Syak merujuk kepada sedikit. 

Lafaz مَسّ ialah sentuhan yang lembut dan sedikit. Juga memberi makna sedikit. 

Lafaz نَفْحَةٌ ialah sesuatu yang bahannya merupakan hembusan kecil yang memberi makna sedikit sebagaimana sighahnya mengisyaratkan kepada marratun wahidatun (satu kali). Menurut kaedah ilmu sorof, kata nama marrah bermakna satu dan ia menunjukkan sedikit. Tanwin tankiri pada نَفْحَةٌ adalah untuk taqlil kerana terlalu kecil yang hampir-hampir tidak diketahui/dikenali

Lafaz مِنْ ialah untuk tab‘idh (menunjukkan sebahagian). Ia bermakna secebis dan menunjukkan sedikit. 

Lafaz عَذَابِ, jika dibandingkan dengan nakal dan ‘iqab ialah sejenis hukuman yang ringan dan menunjukkan kepada sedikit. 

Lafaz رَبِّكَ juga mengisyaratkan sedikit. Ini kerana, jika dibandingkan dengan Al-Qahhar, Al-Jabbar dan Al-Muntaqim lafaz Rabb memberi makna kasih sayang. 


Justeru ia memberitahu bahawa jika secebis azab yang sedikit memberi kesan seperti yang dinyatakan,maka kalian boleh mengkiaskan betapa dahsyatnya‘iqab Ilahi. Maka sebagaimana bahagian-bahagian kecil dalam ayat ini melihat dan menolong satu sama lain, setiap satunya juga menguatkan maksud keseluruhannya dengan lidah

92. Page

masing-masing. Contoh ini memandang kepada lafaz dan maksud ayat pada tahap tertentu.


Contoh kedua: وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Bahagian-bahagian ayat ini mengisyaratkan kepada lima syarat penerimaan sedekah.


Syarat Pertama: Memberikan sedekah semasa tidak berhajat kepada sedekah kerana مِنْ pada lafaz وَمِمَّا mengungkapkan syarat itu dengan tab‘idh (sebahagian).


Syarat Kedua: Bukannya mengambil daripada harta si fulan dan memberikannya kepada si fulan, bahkan memberi daripada harta sendiri. Lafaz رَزَقْنَاهُمْ mengungkapkan syarat ini. Bermakna, berilah daripada harta milik kalian. 


Syarat Ketiga: Tidak membuatkan (pihak yang menerima) merasa terhutang budi.  نَا pada رَزَقْنَا mengisyaratkan kepada syarat ini. Iaitu Aku yang memberikan rezeki kepada kalian. Tiada rasa terhutang budi semasa kalian memberi kepada hamba-Ku daripada harta-Ku. 


Syarat Keempat: Berilah kepada orang yang membelanjakannya untuk nafkahnya. Ini kerana, sedekah kepada orang yang membelanjakannya pada maksiat adalah tidak diterima/tidak sah. Lafaz يُنْفِقُونَ mengisyaratkan kepada syarat ini.


Syarat Kelima: Iaitu memberi atas nama Allah kerana رَزَقْنَاهُمْ mengungkap tentangnya. Iaitu, harta adalah milik-Ku dan kalian perlu memberi atas nama-Ku.


Bersama syarat-syarat ini, terdapat juga perluasan. Iaitu, sebagaimana sedekah itu dilakukan dengan harta, ia juga boleh dilakukan dengan ilmu. Begitu juga dengan perkataan, perbuatan dan nasihat. Justeru ما pada مِمَّا mengisyaratkan kepada bahagian-bahagian itu dengan keumumannya. Malah ayat itu sendiri turut mengisyaratkannya kerana ia adalah mutlaq dan mengungkapkan keumuman. Justeru dalam ayat pendek yang mengungkap tentang sedekah, ia mengurniakan kepada akal sebuah daerah yang luas bersama dengan lima syarat. Ia merasakannya melalui bahagian-bahagiannya. Demikianlah terdapat begitu banyak susunan begini dalam bahagian-bahagian ayat.


Kalimah-kalimah juga memiliki satu daerah penyusunan yang menghadap satu sama lain dan sama luas begini. Kemudian kata-katanya juga, contohnya: di dalam قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ terdapat enam ayat. Tiganya musbat (positif) tiganya manfi (negatif). Bersama dengan pengisbatan enam martabat tauhid ia menafikan enam jenis kesyirikan. Setiap satu ayatnya boleh menjadi dalil serta natijah kepada ayat yang berikutnya. Kerana setiap satu ayat mempunyai dua makna. Dengan satu makna ia menjadi natijah dan dengan satu makna lagi ia menjadi dalil. Bermakna di dalam surah Ikhlas terdapat surah-surah yang terangkum daripada dalil-dalil yang tersusun dan mengisbatkan satu sama lain sebanyak tiga puluh surah Ikhlas. 


Contohnya


قُلْ هُوَ اللّٰهُ ِلاَنَّهُ اَحَدٌ ِلاَنَّهُ صَمَدٌ ِلاَنَّهُ لَمْ يَلِدْ ِلاَنَّهُ لَمْ يُولَدْ ِلاَنَّهُ لَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ


وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ ِلاَنَّهُ لَمْ يُولَدْ ِلاَنَّهُ لَم يَلِدْ ِلاَنَّهُ صَمَدٌ ِلاَنَّهُ اَحَدٌ ِلاَنَّهُ هُوَ اللّٰهُ


هُوَ اللّٰهُ فَهُوَ اَحَدٌ فَهُوَ صَمَدٌ فَاِذَا لَمْ يَلِدْ فَاِذَا لَمْ يُولَدْ فَاِذَا لَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ


Kiaskanlah yang lain berdasarkan perkara ini.


Contohnya: آلٓم ذٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ



Setiap satu daripada empat ayat ini mempunyai dua makna. Satu makna merupakan dalil kepada ayat-ayat lain. Dengan makna yang satu lagi ia merupakan natijah kepada mereka. Ia menjadi hasil satu ukiran susunan mukjizat daripada enam belas kaitan kemunasabahan. Di dalam Isyaratul I’jaz telah diterangkan dalam satu bentuk yang sangat hebat sehingga ia membentuk satu ukiran susunan kemukjizatan.


Sepertimana telah diterangkan di dalam Kalimah Ketiga Belas, seolah-olah terdapat mata yang sentiasa melihat dan wajah yang memerhati bagi setiap satu ayat Al-Quran kepada kebanyakan ayatnya sehingga ia memanjangkan kaitan maknawi bagi kesesuaian kepada mereka. Setiap satunya menjalin ukiran mukjizat. Justeru Isyaratul I’jaz telah menerangkan kelancaran susunan ayat ini dari atas sampai ke bawah.


Noktah Kedua: Balaghah yang luarbiasa di dalam maknanya. Lihatlah kepada contoh yang menjadi keterangan di dalam Kalimah Ketiga Belas ini.


93. Page

Contohnya: Jika ingin merasai balaghah maknawi di dalam ayat:


سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Bayangkan diri kamu berada di padang pasir di era jahiliyyah sebelum Nur Al-Quran datang. Kamu akan dapati bahawa pada ketika itu semua benda dilitupi tirai kejumudan(kekakuan) tabiat di bawah kejahilan dan kelalaian lalu dengari dan perhatikanlah ayat-ayat seperti:

سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ

Ataupun:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوَاتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ

Bagaimanakah maujudat alam yang telah mati atau tidur itu bagaimana mereka dibangkitkan di dalam fikiran mereka yang mendengar dengan gema سَبَّحَ تُسَبِّحُ, menjadi sedar, bangun dan berzikir. Dan bebintang yang masing-masing menjadi pelita yang kaku di langit gelap itu serta makhluk-makhluk yang sengsara di bumi, melalui laungan dan cahaya تُسَبِّحُ pada pandangan mereka yang mendengar mempamerkan wajah langit dalam bentuk mulut, semua bintang,  masing-masing ialah kalimah yang menunjukkan hikmah dan cahaya yang membawa kebenaran dan bebola bumi adalah kepala serta daratan dan lautan masing-masing ialah lidah dan semua binatang dan tumbuhan masing masing menjadi kalimah yang menuturkan tasbih.


Contohnya: lihatlah kepada perumpamaan yang diisbatkan dalam Kalimah Kelima Belas ini: dengar dan lihatlah ayat-ayatnya:

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ اِنِ اسْتَطَعْتُمْ اَنْ تَنْفُذُوا مِنْ اَقْطَارِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ فَانْفُذُوا لَا تَنْفُذُونَ اِلاَّ بِسُلْطَانٍ فَبِاَءِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ وَ نُحَاسٌ فَلاَ تَنْتَصِرَانِ


وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ

Apakah yang ia katakan? Ia berkata: “Wahai manusia dan jin yang sombong dan degil di dalam kelemahan dan kehinaan dan degil dan memberontak di dalam kedhaifan dan kefakiran! Jika kalian tidak mentaati perintah-perintah-Ku, jika kalian mampu, keluarlah daripada lingkungan kerajaan-Ku! Bagaimanakah kalian boleh berani sehingga kalian boleh mengingkari perintah-perintah Sultan yang bebintang, bulan-bulan dan matahari-matahari mentaati perintah-perintah-Nya seperti tentera-tentera yang patuh. Malahan kalian menentang terhadap Al-Hakim Zuljalal dengan keingkaran kalian walhal Dia memiliki tentera-tentera taat yang sangat besar. Kalaulah syaitan-syaitan kalian boleh bertahan, mereka boleh merejam syaitan-syaitan tersebut dengan peluru-peluru yang seperti gunung. Kalian juga melakukan penderhakaan di Negara Al-Malik Zuljalal dengan kekufuran kalian sedangkan terdapat daripada tentera-tenteranya makhluk-makhluk yang bukannya kecil seperti kalian, bahkan jika dapat dibayangkan kalian menjadi musuh yang kafir sebesar gunung dan bumi, bintang-bintang sebesar bumi dan gunung boleh melontarkan besi-besi berapinya kepada kalian dan memporak perandakan kalian. Kalian turut melanggar undang-undang yang berkait rapat dengan makhluk seperti mereka yang jika diperlukan mereka boleh melanggarkan bumi kalian ke muka kalian dan dengan izin Allah mereka boleh menghujankan bintang-bintang umpama bola yang seperti peluru ke atas kalian.” 


Maka kiaskanlah lagi ayat-ayat lain kekuatan dan balaghah serta ungkapan-ungkapannya yang tinggi di dalam makna-maknanya dengan perkara-perkara ini.


Noktah Ketiga: Keunggulan yang luar biasa pada uslubnya. Ya, uslub-uslub Al-Quran adalah unik, unggul, ajaib dan memuaskan. Ia langsung tidak meniru apa-apa atau sesiapapun. Sesiapapun juga tidak boleh menirunya. Ia sentiasa dan tetap menjaga kelunakan, keremajaan dan keunikan uslub-uslubnya sebagaimana ia diturunkan. Sebagai contoh, kami telah menulis di dalam Isyaratul I’jaz tentang uslub yang unggul pada potongan-potongan huruf seperti [ الٓمٓ الٓرٰ طٰهٰ يٰسٓ حٰمٓ عٓسٓقٓ ] yang seperti katakunci pada sebahagian surah mengandungi lima enam sinaran. Sebagai contoh huruf yang disebutkan pada permulaan surah-surah, telah mengambil separuh daripada setiap satu bahagiannya daripada bahagian-bahagiannya yang banyak seperti majhurah, mahmusah, syadidah, rakhawah, zalaqah dan qalqalah yang merupakan bahagian-bahagian yang dimaklumi bagi huruf. Ia telah menyeparuhkan semua bahagian yang tidak menerima pembahagian sebagai separuh terbanyak daripada yang ringan dan separuh tersedikit daripada yang beratnya. Ketika penyeparuhan bahagian-bahagian yang saling masuk memasuki dan berada di dalam satu sama lain dan ragu-ragu di dalam dua ratus kemungkinan yang umum melalui hanya satu jalan yang tersembunyi dan tidak akan diketahui secara fikir, di jalan itu, penghalaan kata-kata dalam perjalanan yang luas/jauh itu, tidak mungkin merupakan kerja pemikiran manusia. Kebetulan tidak akan boleh mencampurinya. Justeru huruf pada permulaan-permulaan surah yang merupakan satu katakunci Ilahi, bersama dengan lima enam lagi sinaran mukjizat seperti ini yang mereka

94. Page

tunjukkan dan dengan para ulama ilmu rahsia huruf, pentahkik para wali telah mengeluarkan banyak rahsia daripada potongan-potongan itu dan mereka telah menemui hakikat-hakikat yang hebat sehingga pada mereka potongan-potongan ini sendiri merupakan satu mukjizat yang sangat bercahaya. Kerana kita bukanlah pakar kepada rahsia-rahsia itu serta kerana kita tidak boleh mengisbatkan sampai peringkat mata boleh melihat kepada orang ramai, kita tidak boleh membuka pintu itu. Cukuplah kita hanya menyerahkan kepada lima enam sinaran mukjizat yang dijadikan penjelasan tentang mereka di dalam Isyaratul I’jaz. 


Sekarang kita akan mengisyaratkan kepada setiap uslub Al-Quran menurut surah, maksud, ayat, kata-kata dan kalimah. 


Contohnya: Jika diteliti kepada surah عَمَّ ia memperlihatkan keadaan-keadaan akhirat, hasyir, syurga dan neraka dalam satu bentuk yang begitu dahsyat dengan satu uslub unggul yang sangat hebat sehingga ia mengisbatkan perbuatan Ilahi dan karya-karya Rabbani di dunia ini bagaikan ia melihat satu persatu keadaan ukhrawi lalu memuaskan hati. Oleh kerana penerangan uslub di dalam surah ini panjang, kami mengisyaratkan kepada satu dua noktah sahaja. Begini: 

Pada permulaan surah ini, untuk mengisbatkan Hari Qiamat ia berkata: “Aku telah menjadikan untuk kalian muka bumi sebuah buaian yang merehatkan, gunung ganang sebagai tiang yang mempunyai harta dan galian yang mempunyai khazanah untuk rumah dan kehidupan kalian, pasangan yang mencintai dan menenangkan satu sama lain, malam itu sebagai selimut untuk kerehatan kalian, siang itu sebagai medan kehidupan, matahari sebagai lampu yang memberi cahaya dan menghangatkan, awan-gemawan sebagai mata air kehidupan lalu aku telah mengalirkan air daripadanya. Kami boleh mewujudkan daripada air yang ringkas itu kepada semua benda berlainan yang berbunga dan berbuah yang membawa semua rezeki kalian dengan senang dan di dalam masa yang singkat. Maka, Hari Qiamat yang merupakan ‘yaumul fasl’ menanti kalian. Mendatangkan hari itu tidaklah pernah berat kepada kami. Justeru, selepas ini kehancuran gunung-ganang, kemusnahan langit, penyediaan neraka dan pemberian kebun dan taman kepada ahli syurga di hari Qiamat, ia mengisyaratkan kepada pengisbatan mereka secara tersembunyi.” Secara makna ia berkata: “Memandangkan Dia boleh melakukan kerja-kerja ini kepada gunung dan bumi di hadapan mata kalian, di Akhirat juga Dia boleh melakukan kerja-kerja yang menyerupainya.” Bermakna gunung di permulaan surah melihat kepada keadaan gunung-ganang semasa Qiamat manakala kebun pula di penghujungnya melihat kepada taman dan kebun di Akhirat. Maka kiaskanlah noktah-noktah lain dengan noktah ini. Lihatlah betapa indah dan tingginya uslub yang dimilikinya.


Contoh:

[قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ ] الخره

(Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemeintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.)

Sehingga akhir menerangkan dengan satu uslub yang tinggi tentang urusan-urusan Ilahi pada bani insan, penjelmaan-penjelmaan Ilahi dalam putaran siang dan malam, perlakuan-perlakuan Rabbani yang berlaku pada musim-musim tahunan dan perbuatan-perbuatan Rabbani pada kehidupan dan kematian, hasyr dan nasyr duniawi di atas mukabumi dalam satu uslub yang tinggi sehingga dapat menundukkan akal golongan yang teliti/para pengkaji. Oleh sebab uslubnya yang terang dan tinggi luas, dilihat  dengan sedikit penelitian buat masa ini kami tidak akan membuka khazanah itu.


Contohnya:

اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ وَاَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

وَاِذَا الْاَرْضُ مُدَّتْ وَاَلْقَتْ مَا فِيهَا وَ تَخَلَّتْ وَاَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

( Apabila langit terbelah..Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh.. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong.Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh.)

Menerangkan tentang peringkat ketundukan dan ketaatan langit dan bumi terhadap perintah Allah Subhanahu wa Taala melalui satu uslub yang begitu tinggi seperti berikut: 


Seorang panglima besar membentuk dan membuka dua kawasan untuk kerja-kerja yang perlu untuk perjuangan seperti bahagian-bahagian  peperangan, latihan tentera dan pusat pendaftaran pengambilan tentera. Selepas kerja peperangan dan latihan telah tamat, panglima agung itu akan menuju ke arah dua kawasan kawasan itu untuk menggunakan dan memanfaatkannya dengan menukarnya untuk kerja-kerja lain. Kawasan-kawasan itu setiap satunya melalui lidah petugas-petugasnya ataupun jika dia berbicara dengan lidahnya sendiri akan berkata: Wahai Panglimaku berikan aku sedikit masa supaya aku boleh membersih dan membuang benda-benda remeh-temeh dan habuk-habuk yang lama kemudian tuan datanglah. Maka selepas buang kami sedia untuk menerima perintah tuan. Silakanlah, lakukanlah apa yang tuan mahu lakukan. Kami akan patuh dengan perintah tuan. Semua kerja yang tuan lakukan semuanya benar, baik dan ada maslahat. Sama seperti itu: Langit dan bumi ialah dua daerah yang telah dibuka untuk tanggungjawab, latihan dan ujian. Selepas tamat tempoh langit dan bumi akan membersihkan barang-barang kawasan tanggungjawab dengan perintah



95. Page

Allah. Mereka berkata: Ya Rabbana! Silakanlah, gunakanlah kami untuk apa saja yang Engkau inginkan. Tanggungjawab kami ialah mentaati-Mu. Setiap apa yang Engkau lakukan adalah benar. Maka lihat dan perhatikanlah kepada kehebatan uslub pada ayat-ayatnya.


Contohnya lagi:

يَا اَرْضُ ابْلَعِى مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ اَقْلِعِى وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِىَ الْاَمْرُوَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِىِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

(Dan difirmankan: Wahai bumi telanlah airmu, dan langit berhentilah dari hujanmu. Dan surutlah air, serta terlaksanalah perintah Allah. Dan bahtera itu berhenti di atas Gunung Judi, serta dikatakan bahawa kebinasaanlah bagi orang yang zalim))

Maka kami akan menunjukkan satu uslubnya pada sebuah cermin perumpamaannya untuk mengisyaratkan kepada satu titis daripada lautan balaghahnya. 


Dalam suatu perperangan umum, setelah menang, seorang komander, mengumum dan mengarahkan “berhenti menembak” kepada tenteranya yang menembak dan “berhenti menyerang” kepada tenteranya yang sedang menyerang. Ketika itu tembakan dihentikan dan serangan berhenti. “Kerja sudah tamat dan kita telah menang. Bendera-bendera kita telah dipacakkan di puncak kubu di pusat-pusat musuh. ” Dia akan mengatakan bahawa orang-orang zalim biadap yang menuju Asfala Safilin itu telah menerima hukuman mereka. Sama seperti itu juga: Sultan Yang Tiada Seumpamanya telah memberi arahan kepada langit dan bumi untuk menghapuskan Kaum Nabi Nuh. Selepas  melakukan tugas mereka Dia berfirman: “Wahai bumi! Telanlah airmu. Wahai langit! Berhentilah, tugasmu sudah tamat.” Maka air telah ditarik. Bahtera petugas Ilahi yang menjalankan tugas khemah telah dibina di puncak bukit. Orang-orang zalim telah mendapat balasan mereka. 


Maka lihatlah kepada ketinggian uslub itu. Dia berkata: Bumi dan langit mendengar arahan dan taat seperti dua askar yang patuh. Justeru uslub ini mengisyaratkan bahawa, alam semesta marah dengan penderhakaan manusia. Melalui isyarat ini, langit dan bumi menjadi benci dan berkata: “Zat yang bumi dan langit taati seperti dua askar tidak boleh diingkari dan tidak patut diingkari.” Ia mengungkapkan satu ancaman yang keras. Maka, dalam bentuk yang ringkas, bermukjizat, indah dan umum, dalam beberapa ayat Dia menerangkan peristiwa umum seperti taufan dahsyat melalui semua natijah dan hakikat-hakikatnya. Kiaskanlah titis-titis lain lautan ini dengan titisan ini.


Sekarang lihatlah kepada uslub yang al-Quran tunjukkan melalui jendela kalimah-kalimahnya. Contohnya: lihatlah kepada perkataan كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

Pada ayat: وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ 

Ia menunjukkan satu uslub yang sangat halus. Begini: Ada satu peringkat bagi bulan iaitu daerah bintang-bintang suraya. Ia menyamakan bulan pada waktu hilal (bulan sabit) dengan satu dahan putih kurma yang telah tua. Dengan penyamaan ini di sebalik tirai hijau langit seoalah-olah ada sebatang pokok, satu dahannya yang putih, runcing dan bercahaya mengoyakkan tirai lalu menampakkan kepalanya, bintang suraya, bagaikan satu gugusan bagi dahan itu dan bintang-bintang lain masing-masing menjadi buah-buah bercahaya bagi pohon penciptaan yang tersembunyi itu dengan memperlihatkan kepada mata khayalan bagi pendengar; sekiranya perasaanmu ada kamu akan memahami bahawa betapa munasabah, indah, halus dan tingginya uslub ungkapan pada pandangan penghuni padang-pasir yang mana punca rezeki mereka yang paling utama ialah kurma.


Contohnya: Sebagaimana telah diisbatkan di penghujung Kalimah Kesembilan Belas, kalimah تَجْرِى pada وَ الشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا membuka jendela satu uslub yang tinggi seperti berikut. Begini: Dengan lafaz  تَجْرِى  iaitu: Dengan ungkapan matahari beredar  ia memahamkan keagungan as-Sani’ dengan memperingatkan urusan-urusan kudrat Ilahi yang tersusun pada putaran musim sejuk dan musim panas serta siang dan malam dan ia mengalihkan pandangan kepada tulisan-tulisan Samadaniyyah yang pena qudrat telah tuliskan pada muka surat-muka surat musim-musim itu. Lantas ia memberitahu tentang hikmah al-Khaliq Zuljalal.


وَجعلناَ الشَّمْسَ سِرَاجًا iaitu, ia membuka jendela kepada satu uslub yang hebat melalui ungkapan lampu sehingga ia memperlihatkan satu dalil kepada tauhid dengan memahamkan tentang kehebatan as-Sani’ dan kebaikan al-Khaliq dengan memperingatkan bahawa alam ini ialah sebuah istana dan barang-barang di dalamnya pula ialah perhiasan, makanan dan keperluan yang telah disediakan untuk manusia dan benda hidup dan matahari juga ialah sebuah lampu yang ditugaskan sehingga matahari yang golongan musyrik sangkakan sembahan yang paling penting dan paling terang ialah satu lampu yang digunakan dan makhluk yang kaku. Bermakna dalam ungkapan سِرَاج ia mengingatkan tentang rahmat al-Khaliq pada rububiyyah-Nya. Ia memahamkan keihsanan-Nya di dalam keluasan rahmat dan dalam pemahaman itu dia

96. Page

menyedarkan tentang kepemurahan di dalam keagungan kesultanan-Nya dan di dalam penyedaran ini ia memaklumkan keesaan-Nya dan berkata secara maknawi: “Sebuah lampu yang kaku dan diperintah langsung tidak layak kepada penyembahan dalam mana-mana sudut sekalipun.”


Juga di dalam ungkapan تَجْرِى yang berlalu ia mengingatkan tentang urusan-urusan teratur yang ajaib pada putaran siang malam dan musim sejuk dan musim panas. Serta di dalam peringatan itu ia memahamkan keagungan qudrat as-Sani’ yang tersendiri pada rububiyyah-Nya. Bermakna, daripada noktah-noktah matahari dan bulan ia mengalihkan akal manusia kepada lembaran-lembaran malam dan siang serta musim sejuk dan panas dan menarik pandangan perhatiannya kepada baris-baris peristiwa yang tertulis di lambaran-lembaran itu. Ya, Al-Quran tidak membicarakan tentang matahari kerana ia matahari. Mungkin ia menceritakan mengenai zat yang mencahayakannya. Ia juga tidak menceritakan tentang isi kandungannya yang tidak perlu bagi manusia. Bahkan ia membicarakan tentang tugas matahari yang mana ia melakukan tugas satu pusat kepada peraturan seni Rabbani, satu markas kepada aturan penciptaan Rabbani serta satu penenun kepada kesepaduan seni rabbani pada benda-benda yang telah ia jalin menggunakan benang siang dan malam bagi An-Naqqash (Pengukir) azali. 

Kamu boleh mengkiaskan kalimah-kalimah Al-Quran yang lain kepada semua ini. Seolah-olah ketika mana setiap satunya ialah kalimah yang ringkas dan tertulis, semuanya melakukan tugas  kunci kepada peti harta makna-makna yang lembut dan halus.


Justeru kerana kebanyakan uslub Al-Quran dalam bentuk yang lepas adalah tinggi dan bersinar sehingga, kadang-kadang seorang Arab Badawi boleh terpesona dengan satu kata-kata. Dia akan bersujud walaupun belum memeluk Islam. Seorang badwi telah sujud ketika terdengar perkataan فَاصْدَعْ بِمَا تُومَرُ . Mereka berkata kepadanya: Adakah kamu telah memeluk Islam? Dia menjawab: “Tidak, aku sujud kepada balaghah kata-kata ini.


Noktah Keempat: Kefasihan yang menakjubkan di dalam lafaznya. Ya sepertimana secara makanawi Al-Quran adalah terlalu balaghah menurut sudut uslub penerangan, dalam lafaznya terdapat satu kefasihan yang sangat mudah difahami. Sifatnya yang tidak membosankan ialah Dalil qat’i tentang kewujudan kefasihannya dan pengakuan ulama-ulama pakar dalam ilmu bayan dan maani ialah satu bukti yang jelas kepada hikmahnya. Ya sekiranya diulang ribuan kali, ia tidak menjemukan bahkan memberi kelazatan. Ia tidak memberatkan daya ingatan kanak-kanak yang kecil bahkan boleh dihafal. Ia tidak menyusahkan bahkan menyenangkan kepada telinga yang sangat sakit dan mudah terkesan daripada kata-kata yang sedikit. Ia menjadi seperti air manisan kepada mulut orang yang ditimpa sakarat. Suara/Bacaan yang merdu Al-Quran pada telinga dan mindanya menjadi enak seperti air zamzam sama seperti pada mulut dan derıa rasanya. Rahsia hikmah kenapa al-Quran tidak membosangkan ialah kerana Al-Quran merupakan kekuatan dan makanan untuk hati, santapan dan kekayaan untuk akal, air dan cahaya untuk roh serta ubat dan penawar untuk jiwa maka ia tidak akan membosankan. Kita boleh makan roti(nasi) setiap hari dan kita tidak pernah jemu. Tetapi jika kita memakan buah yang paling enak setiap hari, ia kan membosankan. Bermakna kerana Al-Quran merupakan satu kebenaran, hakikat, kenyataan, hidayah dan kefasihan yang menakjubkan, maka ia tidak membosankan. Sebagimana ia sentiasa memelihara keremajaannya, ia juga memelihara kesegaran dan kemanisannya. Sehingga seorang pakar balaghah yang teliti daripada pemimpin-pemimpin Quraisy dari kalangan musyrik telah pergi untuk mendengar Al-Quran. Dia telah mendengar kemudian kembali dan berkata: “Kata-kata itu mempunyai satu kemanisan dan kesegaran yang hebat dan langsung tidak sama dengan kata-kata manusia. Aku mengetahui syair-syair dan ramalan-ramalan (penilik nasib). Al-Quran langsung tidak menyerupai kata-kata mereka itu. Paling tidak untuk memperdaya para pengikut kita, kita perlu mengatakan ianya adalah sihir. Justeru musuh-musuh Al-Quran yang paling degil juga turut hairan dengan kefasihan Al-Quran. 


Menerangkan punca-punca kefasihan di dalam ayat-ayat, kata-kata dan ayat-ayat Al-Quranul Hakim boleh menjadi panjang. Kerana itu, dengan meringkaskan kata-kata, kami akan memperlihatkan satu kelancaran dan kefasihan lafaz yang terhasil dengan kedudukan huruf hijaiyyah di dalam satu ayat sahaja sebagai contoh dan satu kilau kemukjizatan yang berkilau daripada kedudukan itu.


ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ ….الخره


 Sesungguhnya di dalam ayat ini terdapat semua huruf hijaiyyah. Lihatlah walaupun semua bahagian-bahagian huruf yang berat dan susah ada bersama-sama ia tidak merosakkan keharmoniannya. Bahkan ia telah menambahkan satu nada kefasihan yang menarik dan bersesuaian dan bersandaran daripada tali-tali yang berlainan. Serta perhatikanlah kepada kilauan mukjizat itu, huruf hijaiyyah yang paling ringan iaitu يا  dan الف kerana bertukar dengan satu sama lain setiap satunya diulangi dua puluh satu kali bagaikan saudara. ميم dan نون , kerana bersaudara dan mengambil tempat satu sama lain, setiap satunya disebutkan tiga puluh tiga kali. ص س ش , kerana mereka bersaudara dari sudut makhraj, sifat dan suara setiap satunya disebutkan tiga kali.

97. Page

Walaupun ع غ bersaudara ع lebih ringan disebutkan enam kali, manakala  غ kerana berat menjadi separuh lalu disebutkan tiga kali.


Kerana ط ظ ذ ز bersaudara dari segi makhraj, sifat dan suara setiap satunya disebut dua kali. ل dan الف  dalam bentuk لا  keduanya bersama  dan bersatu dan الف dalam bentuk لا  bahagiannya ialah separuh لام. Kerana itu ل empat puluh dua kali, الف sebagai separuhnya telah disebut dua puluh satu kali. همزه dan ها kerana bersaudara dari segi makhraj, همزه tiga belas dan kerana ها lebih ringan sedikit empat belas kali. kerana ك ف ق bersaudara , oleh kerana ق lebih satu titik, ق sepuluh, ف Sembilan dan ك Sembilan. ب sembilan, ت dua belas, kerana tahap ت ialah tiga ia telah disebutkan dua belas kali. ر ialah saudara لام. Tetapi mengikut kiraan abjad ر dua ratus dan ل sembilan. Kerana ia telah naik enam tahap ia telah jatuh enam peringkat. Serta kerana ر ditakarrurkan (diulang) dari segi lafaz, ia adalag berat lalu hanya disebut enam kali. Kerana keberatan dan sesetengah sudut kesesuaian setiap satu  خ ح ث ض disebut sekali. Kerana و lebih ringan daripada ها dan همزه dan lebih berat daripada يا dan الف ia disebut tujuh belas kali, empat tahap lebih tinggi daripada همزه yang berat dan empat tahap lebih bawah daripada الف  yang ringan.


Justeru, melalui keadaan yang tersusun yang luarbiasa ini, dengan hubungan tersembunyi itu dan dengan susunan yang indah, susunan yang teliti dan halus itu serta penyerasian dalam peringatan ini bagi huruf-huruf ini menunjukkan sampai keyakinan dua kali dua ialah empat bahawa, ini bukanlah kemampuan akal manusia untuk dia boleh melakukannya. Kebetulan pula adalah mustahil untuk mencampuri urusannya. Maka sebagaimana penyusunan yang ajaib dan aturan yang unik dalam kedudukan huruf ini menjadi punca kepada kelancaran dan kefasihan lafaz, lebih banyak hikmah yang terselindung dapat ditemui. Memandangkan penyusunan begini telah diambil berat dalam huruf-hurufnya, sudah tentu satu penyusunan yang ada rahsia, penyerasian yang bercahaya pada kalimah, ayat dan makna-maknanya telah diperhatikan sehingga jika mata melihat, ia akan berkata Masya-Allah dan jika akal memahami ia akan berkata barakallah.


Noktah Kelima: Kemurniaan dalam penerangannya. Iaitu ketinggian, kekukuhan dan kehebatan. Sepertimana terdapat kelancaran pada susunannya, kefasihan pada lafaznya, balaghah pada maknanya dan keunggulan pada uslubnya, pada penerangannya juga terdapat satu kemurnian yang tinggi. Ya di dalam semua bahagian kata dan peringkat pengucapan seperti targhib dan tarhib, puji dan cela, pembuktian dan bimbingan serta pemahaman dan pembisuan, penjelasan Al-Quran adalah pada darjat tertinggi.


Contohnya: Daripada contoh-contoh yang tidak terkira daripada maqam targhib dan tasywiq, contohnya penjelasan-penjelasannya di dalam surah هَلْ اَتَى عَلَى الْاِنْسَانِ menarik seperti air Kautsar dan mengalir dengan mudah seperti mata air Salsabila, enak seperti buah-buahan syurga dan indah seperti pakaian bidadari. 


Contoh daripada contoh-contohnya yang sangat banyak pada maqam tarhib dan tahdid

Penerangan Al-Quran pada permulaan surah هَلْ اَتَيكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ, memberi kesan seperti timah/peluru yang mendidih di lubang telinga golongan sesat, seperti api  yang membakar  di dalam otaknya, seperti zaqqum yang terbakar dalam kerongkongnya, seperti neraka yang menyambar di wajahnya, kesakitan di dalam perutnya dan seperti dhori’ yang berduri(duri yang kering). Ya, keadaan hampir hancur keranan kemarahan dan kebencian satu petugas azab seperti neraka yang menunjukkan ancaman satu zat, pengucapan dan pemerucapan kata-kata تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ menunjukkan betapa dahsyatnya amaran/ancaman zat tersebut.


Daripada ribuan contoh maqam pujian, penerangan Al-Quran dalam lima surah yang pada permulaannya ada Alhamdulillah adalah cerah seperti matahari, cantik seperti bintang, hebat seperti langit dan bumi, menarik seperti malaikat, berbelas seperti rahmat kepada anak-anak kecil di dunia dan indah seperti syurga di akhirat.


Contoh daripada ribuan contoh pada maqam celaan dan larangan: اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيهِ مَيْتًا celaan dalam ayatnya juga mencela sebanyak enam peringkat. Ia melarang daripada mengumpat dengan keras enam tahap. Begini: Adalah dimaklumi: Hamzah  أ pada permulaan ayat adalah soalan dengan makna istifham al-inkari (persoalan dalam bentuk sindiran). Makna soalan itu, boleh memasuki semua kalimah-kalimah dalam ayat tersebut seperti air. Dalam setiap kalimah mengandungi satu hukum dhimni/tersembunyi


Pertamanya: Melalui hamzah ‘أ’ ia berkata: “Adakah akal kalian yang menjadi tempat soalan dan jawapan tiada sehinggakan ia tidak memahami sesuatu yang buruk sebegini?” 

Keduanya: Melalui lafaz يُحِبُّ: “Adakah hati kalian yang menjadi tempat suka dan benci telah rosak sehinggakan ia menyukai satu perkara yang amat dibenci?”

98. Page

Ketiganya: Melalui kalimah اَحَدُكُمْ: “Apakah yang telah berlaku kepada kehidupan bermasyarakat dan kemodenan kalian yang mengambil hidupnya daripada jamaah sehinggakan ia boleh menerima satu perbuatan yang meracuni hidup kalian sebegini?” 

Keempatnya: Melalui kalam اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ: “Apa yang telah berlaku kepada keinsanan kalian sehinggakan kalian mengoyakrabakkan sahabat kalian dengan gigi seperti raksasa?” 

Kelimanya: Melalui kalimah اَخِيهِ: “Adakah rasa belas dan silaturrahim kalian telah tiada sehinggakan kalian tanpa keinsafan tergamak menggigit saudara dalam banyak sudut kalian yang merupakan peribadi maknawi yang dizalimi? Dan tiada langsungkah akal kalian sehingga kalian menggigit anggota tubuh badan kalian sendiri dengan gigi kalian seperti orang gila?” 

Keenamnya: Melalui perkataan مَيْتًا: “Di manakah sanubari kalian? Adakah fitrah kalian telah rosak sehinggakan kalian melakukan perbuatan yang amat dibenci seperti memakan daging saudara kalian yang sepatutnya kalian menghormatinya dalam penuh kemuliaan?” 


Maknanya melalui peneranagan ayat ini dan penunjukan kalimah-kalimahnya yang berasingan: Mencela dan mengumpat adalah tercela  secara akli, hati dan kemanusiaan, dan secara sanubari, fitrah, perkauman dan kebangsaan. Justeru lihatlah! Bagaimanakah ayat ini secara penuh mukjizat melarang enam peringkat daripada dosa itu dengan mencela celaan secara penuh mukjizat dari enam tahap. 


Salah satu contoh daripada ribuan contoh pada maqam isbat ialah dalam ayat:

فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ

Untuk mengisbatkan hasyir dan menghapuskan istib’ad(melihat jauh dari akal)) ia menerangkan dalam satu bentuk yang tiada pengisbatan yang lebih tinggi daripadanya. Begini, dalam Hakikat Kesembilan bagi Kalimah Kesepuluh, sepertimana telah diisbat dan dijelaskan dalam Kilauan Kelima bagi Kalimah Kedua Puluh: 


Sesungguhnya al-Quran memperlihatkan kepada manusia bahawa dalam setiap musim bunga, pada cara menghidupkan bumi, walaupun Dia mengadun dan mencampur adukkan contoh-contoh hasyr dalam tiga ratus ribu bentuk dengan cara yang sangat teratur dan berasingan, ia berkata: “Sesungguhnya hasyr dan Qiamat tidak akan pernah menjadi berat kepada Tuhan yang melakukan semua ini.” 


Malah, penulisan ratusan ribu jenis makhluk secara bersama-sama di dalam satu sama lain tanpa kesalahan dan kesilapan dengan pena Qudrat pada mukasurat bumi menjadi lambang Al-Wahidul Ahad yang Esa. Oleh sebab itu di samping mengisbatkan keesaan yang seperti matahari, melalui ayat ini juga ia menunjukkan Qiamat dan Hasyr semudah dan sepasti terbit dan terbenamnya matahari. Justeru ia menyebutkannya secara terperinci di dalam banyak surah sebagaimana ia menunjukkan hakikat ini dari aspek cara pada lafaz كَيْفَ.


Contoh: Dalam Surah قٓ وَ الْقُرْآنِ الْمَجِيدِ

ia mengisbatkan Hasyr dengan satu penjelasan yang sangat terang, indah, lembut dan tinggi sehingga ia memberi keyakinan dalam satu bentuk yang pasti seperti kedatangan musim bunga. Justeru perhatikanlah: Sebagai jawapan kepada kata-kata orang kafir yang mengingkari dan menganggap bahawa kebangkitan semula tulang-tulang yang telah reput adalah pelik dan tidak boleh berlaku, Allah berfirman:


(أَفَلَمْ يَنْظُرُوا إِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَزَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِنْ فُرُوجٍ) الخره

(Maka tidakkah mereka memandang ke langit di atas mereka, bagaimana Kami membinanya serta Kami menghiasinya, dan tiada padanya retak-renggang?)


Sehingga akhir ayat sampai كَذٰلِكَ الْخُرُوجُ. Penjelasannya mengalir seperti air. Bersinar seperti bintang. Memberikan kelazatan dan keseronokan kepada hati dan menjadi rezeki seperti kurma. 


Juga daripada contoh-contoh maqam isbat yang paling halus ia berkata: 

يٰسٓ وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ اِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ


Iaitu, Aku bersumpah dengan Al-Quran yang berhikmah bahawa engkau adalah dari kalangan para Rasul. Sumpah ini mengisyaratkan bahawa hujjah risalah adalah sangat yakin dan benar sehingga ia telah naik ke maqam takzim dan penghormatan maka sumpah dilakukan dengannya. Justeru ia berkata dengan isyarat ini: Engkau ialah Rasul. Kerana di tanganmu ada Al-Quran. Al-Quran pula adalah benar dan kata-kata Al-Haq. Ini kerena dalamnya terdapat hikmah yang sebenar dan atasnya materai kemukjizatan.


Juga kemukjizatan maqam isbat dan contoh-contohnya yang bermukjizat ialah:


 (“قَالَ مَنْ يُحْيِى الْعِظَامَ وَهِىَ رَمِيمٌ) (قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِى اَنْشَاَهَا اَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ)



99. Page

Iaitu manusia berkata: “Siapakah yang akan menghidupkan semula tulang-tulang yang telah reput? Maka jawablah: Sesiapa yang mencipta dan menghidupkan mereka pertama kali, dialah yang akan menghidupkannya semula.” Sebagaimana telah digambarkan dalam perumpamaan ketiga bagi Hakikat Kesembilan dalam Kalimah Kesepuluh: Satu zat, ketika dia membentuk semula sebuah pasukan tentera yang besar di hadapan mata dalam satu hari, andainya seseorang berkata: Zat itu boleh mengumpulkan satu pasukan tentera yang telah bersurai untuk berehat dengan bunyi semboyan. Dan dia boleh membawa mereka dalam satu berisan. Sekiranya engkau wahai manusia berkata: Aku tak percaya. Engkau akan memahami betapa bodohnya/gilanya pengingkaran itu.


Sama seperti itu juga bagaimanakah Zat al-Qadirul Alim dengan امر كن فيكون mencatat dan menempatkan semula jasad-jasad yang seperti pasukan tentera bagi semua haiwan dan benda hidup yang lain dengan kesempurnaan susunan dan zarah-zarah dan benda-benda halus bagi tubuh-tubuh itu dengan neraca hikmah daripada tiada dan menjadikan jenis-jenis dan kelompok-kelompok benda hidup yang seperti ratusan ribu tentera di atas muka bumi pada setiap kurun hatta setiap musim bunga, boleh menghimpunkan zarah-zarah asasi dan juzuk-juzuk asli yang telah mengenali dengan satu sama lain dengan memasuki ke bawah peratuan sekujur tubuh seperti pasukan tentera dengan satu laungan melalui tiupan Sangkakala Israfil? Bolehkah ia ditanya secara istibad(dilihat jauh dari akal)? Jika ditanya, ia adalah satu ketidakwarasan yang sangat bodoh. 


Penjelasan al-Quran pada maqam irsyad (bimbingan) adalah sangat mengesankan, halus dan sangat mesra dan belas sehingga ia memenuhkan roh dengan kerinduan, hati dengan kelazatan, akal dengan keterujaan dan mata dengan air mata. Daripada ribuan contohnya cuma yang berikut iaitu:

... ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً 

hingga akhir… sebagaimana telah diisbat dan diterangkan dalam perbahasan ayat ketiga dalam maqam pertama bagi Kalimah Kedua puluh, ia berkata kepada Bani Israil: Apakah yang telah berlaku kepada kalian sehingga walaupun batu yang keras memancarkan air seperti paip daripada dua belas puncanya apabila berhadapan dengan mukjizat seperti tongkat Nabi Musa ‘Alaihissalam, kalian masih tidak peduli dengan semua Mukjizat Nabi Musa Alaihissalam? Mata kalian kering tanpa airmata, hati kalian keras tanpa api (kerinduan)? Oleh kerana makna irsyadi ini telah diterangkan dalam kalimah tersebut, kami ringkaskannya di sini dengan membiarkan yang selebihnya di sana.


Daripada ribuan contoh maqam ifham dan ilzam , lihatlah hanya kepada dua contoh berikut. Contoh pertama:

وَاِنْ كُنْتُمْ فِى رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَاْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِه وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللّٰهِ اِنْ كُنتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya: jika ada keraguan kalian, panggillah semua pembesar dan penyokong yang akan membantu dan menjadi saksi kalian. Buatlah satu tandingan kepada satu surahnya. Oleh kerana ia telah diterang dan diisbatkan dalam Isyaratul I’jaz, di sini kami hanya mengisyaratkannya secara ijmal. Al-Quran menyatakan: “Wahai insan dan jin! Jika kalian meragui bahawa al-Quran adalah Kalam Ilahi dan kalian menyangka ia adalah kalam manusia, mari, inilah medannya. Ayuh! Kalian juga datangkanlah sebuah kitab seperti al-Quran daripada seorang ‘ummi’ seperti Muhammad al-Amin SAW yang tidak pernah tahu membaca dan menulis serta tidak pernah melihat bacaan dan tulisan/belajar membaca dan menulis. Arahkanlah dia melakukannya. Kalau kalian tidak boleh melakukan yang ini, carilah yang tidak ummi. Arahkanlah seorang sasterawan/ pujangga/ ahli bahasa yang paling masyhur dan alim. Jika yang ini pun kalian tidak boleh lakukan, jangankan seorang, gunakanlah karya-karya indah bagi seluruh ahli balaghah, pemidato bahkan semua sasterawan yang telah pergi, mintalah bantuan keseluruhan sasterawan yang akan datang dan ambillah/dapatkanlah juga bantuan/ keazaman/himmah tuhan-tuhan kalian. Berusahalah dengan seluruh upaya kalian. Datangkanlah satu kitab serupa dengan al-Quran ini. Jika ini pun kalian tidak mampu lakukan, maka datangkanlah sebuah karya yang menjadi pencabarnya hanya dari segi balaghah tanpa memandang kepada hakikat-hakikat al-Quran yang tidak boleh ditiru dan mukjizat maknawinya yang banyak. Melalui cabaran ayat “فَاْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ”: Ia berkata: Ayuh, aku tidak mahukan kebenaran makna daripada kalian. Biarlah ia (mengandungi) cerita rekaan, dusta dan cerita dongeng sekalipun. Ini pun kalian tidak boleh lakukan? Ayuh! Biarlah ia bukannya sebanyak ayat al-Quran, cuma datangkanlah pencabar untuk (cabaran)“بِعَشْرِ سُوَرٍ” yakni sepuluh surahnya. Inipun kalian tidak boleh lakukan? Ayuh, datangkanlah pencabar untuk satu surahnya! Inipun banyak sebenarnya. Ayuh, tunjukkanlah pencabar untuk satu surahnya yang pendek. Bahkan yang inipun kalian tidak boleh dan tidak akan dapat lakukan. Malah dengan mendatangkan pencabar kepada perkara ini walaupun kalian berhajat sebanyak ini; sesungguhnya kehormatan dan maruah kalian, kemuliaan dan agama kalian, keturunan dan harga diri kalian, nyawa dan harta kalian, dunia dan akhirat kalian akan terselamat. 


100. Page

Jika tidak, kalian akan menjadikan nyawa dan harta kalian hilang dalam kecelakaan tanpa kehormatan, maruah, agama, harga diri dalam kehinaan di dunia dan di akhirat. Menurut isyarat “فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِى وَقُودُهَا النَّاسُ وَ الْحِجَارَةُ” kalian akan menyebabkan kalian terhukum dengan kurungan abadi di jahannam dan menjadi bahan bakar kepada api neraka bersama dengan berhala kalian. 

Serta memandangkan kalian telah memahami lapan peringkat kelemahan kalian, sudah tentu kalian juga perlu tahu bahawa al-Quran adalah mukjizat sebanyak lapan kali. Sama ada kalian datang kepada iman ataupun diam dan pergilah ke neraka! Justeru lihatlah kepada hujah al-Quran Mukjizul Bayan pada maqam ifham dan katakanlah “لَيْسَ بَعْدَ الْبَيَانِ الْقُرْآنِ بَيَانٌ”

. Ya tidak akan ada penerangan selepas penerangan al-Quran dan tidak pernah diperlukan. 


Contoh kedua:


فَذَكِّرْ فَمَا اَنْتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلاَ مَجْنُونٍ

  • اَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُونِ قُلْ تَرَبَّصُوا فَاِنِّى مَعَكُمْ مِنَ الْمُتَرَبِّصِينَ
  • اَمْ تَاْمُرُهُمْ اَحْلاَمُهُمْ بِهٰذَا
  • اَمْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
  • اَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ بَلْ لَا يُومِنُونَ فَلْيَاْتُوا بِحَدِيثٍ مِثْلِهِ اِنْ كَانُوا صَادِقِينَ
  • اَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْئٍ
  • اَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ
  • اَمْ خَلَقُوا السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ بَلْ لَا يُوقِنُونَ
  • اَمْ عِنْدَهُمْ خَزَاءِنُ رَبِّكَ
  • اَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُونَ
  • اَمْ لَهُمْ سُلَّمٌ يَسْتَمِعُونَ فِيهِ فَلْيَاْتِ مُسْتَمِعُهُمْ بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ
  • اَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ
  • اَمْ تَسْاَلُهُمْ اَجْرًا فَهُمْ مِنْ مَغْرَمٍ مُثْقَلُونَ
  • اَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ
  • اَمْ يُرِيدُونَ كَيْدًا فَالَّذ۪ينَ كَفَرُوا هُمُ الْمَكِيدُونَ
  • اَمْ لَهُمْ اِلٰهٌ غَيْرُ اللّٰهِ سُبْحَانَ اللّٰهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ


Justeru kami akan menerangkan satu hakikat untuk memberi contoh hanya kepada maqam ifhamiyyah daripada ribuan hakikat bagi ayat di atas. Begini: Melalui lafaz اَمْ اَمْ dengan lima belas peringkat istifham inkari taajjubi, ia mendiamkan semua bahagian golongan sesat dan menutup semua punca syubhat. Ia tidak membiarkan walaupun satu lubang syaitan untuk golongan sesat masuk dan bersembunyi di dalamnya melainkan ia menutupnya. Sudah tentu Ia tidak membiarkan walaupun satu tabir kesesatan untuk mereka bersembunyi di bawahnya melainkan ia mengoyaknya. Ia tidak membiarkan walaupun satu penipuan mereka melainkan ia menghancurkan kepalanya. 


Dalam setiap petikan, ia membatalkan kesimpulan pemikiran kufur bagi satu kumpulan sama ada dengan kata-kata yang ringkas ataupun oleh sebab kebatilan tersebut adalah jelas maka ia menyerahkan kebatilannya kepada kejelasan tanpa perlu berkata apa-apa atau oleh sebab ia telah menyanggahnya secara terperinci dalam ayat-ayat lain, di sini ia mengisyaratkannya secara umum. 

Sebagai contoh: Petikan pertama mengisyaratkan kepada ayat وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِى لَهُ. Manakala Petikan ke lima belas pula ia menjadi simbol kepada ayat لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ اِلاَّ اللّٰهُ لَفَسَدَتَا.

Selebihnya kiaskanlah Petikan yang lain dengan yang ini. Begini: Pada permulaan ia berkata: “Sampaikanlah hukum-hukum Allah. Engkau bukannya peramal/tukang ramal. Ini kerana kata-kata tukang ramal adalah tidak menentu dan sekadar andaian. Manakala kata-katamu adalah benar dan berdasarkan keyakinan. Tidak mungkin engkau seorang yang gila kerana musuh-musuhmu juga mengakui kesempurnaan akalmu.


اَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُون

Sungguh menghairankan! Adakah mereka berkata seperti orang-orang kafir yang tiada pertimbangan bahawa engkau adalah penyair? Adakah mereka menantikan kemusnahanmu? Maka katakanlah olehmu: “Tunggulah kalian! Aku juga sedang menunggu.” Hakikat-hakikat besarmu yang terang adalah suci daripada khayalan-khayalan syair dan tidak memerlukan perhiasannya.


اَمْ تَاْمُرُهُمْ اَحْلاَمُهُمْ بِهٰذَا

Ataupun: Adakah mereka mengatakan akal kami adalah cukup untuk kami seperti ahli falsafah yang bergantung kepada akal mereka lalu enggan mengikutimu? Walhal akal juga menyuruh mereka mengikutmu. Ini kerana semua yang dikatakanmu adalah logik. Tetapi akal tidak boleh menyainginya secara sendirian.


اَمْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ



101. Page

Ataupun: Adakah mereka ingkar kerana mereka tidak tunduk kepada kebenaran seperti para penzalim yang melampau? Walhal akibat bagi para Firaun dan Namrud yang merupakan ketua para penzalim yang sombong adalah dimaklumi.


اَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ بَلْ لَا يُومِنُونَ

Ataupun: Adakah mereka menuduhmu seperti para munafik yang penipu dan tidak berhati perut dengan mengatakan bahawa al-Quran adalah kata-katamu? Walhal sampai sekarang dalam hati mereka, mereka mengakui bahawa engkaulah insan yang paling benar kata-katanya dengan memanggilmu sebagai Muhammad Al-Amin. Ini bermakna mereka tidak berniat untuk beriman. Jika tidak, suruhlah mereka mencari pesaing Al-Quran di antara karya-karya manusia.


اَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْئٍ


Ataupun mereka menyangka bahawa diri mereka adalah terbiar, tidak bermakna, tiada tujuan, tiada tugas dan tiada pencipta seperti ahli falsafah sia-sia yang mempercayai bahawa alam semesta adalah sia-sia dan tiada tujuan? Agaknya adakah mata mereka telah buta dan tidak dapat melihat bahawa alam semesta dari atas sampai ke bawah dihias dengan hikmah-hikmah, berbuah dengan tujuan-tujuan dan maujudat daripada zarah-zarah sampai kepada matahari-matahari ditugaskan/dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas dan diperintahkan/dipergerakkan dengan perintah-perintah Allah.


اَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

Ataupun: Adakah mereka seperti para Materialis yang telah kefiraunan mengkhayalkan bahawa mereka terjadi dengan sendiri, mencari makan sendiri dan menciptakan semua perkara yang diperlukan mereka sehingga mereka enggan beriman dan beribadah? Bermakna mereka menyangka semua mereka adalah pencipta. Walhal Al-Khaliq kepada satu benda perlu menjadi Al-Khaliq kepada semua benda. Bermakna kesombongan dan kebongkakan mereka telah membodohkan mereka ke tahap paling teruk hatta mereka menyangka sesuatu yang lemah secara mutlak yang tewas berhadapan dengan seekor nyamuk dan mikrob sebagai Al-Qadirul Mutlaq. Memandangkan mereka telah jatuh dari akal dan keinsanan sejauh ini, lebih rendah berbanding haiwan bahkan benda-benda jumud/kaku, maka janganlah terkesan dengan keingkaran mereka ini. Anggaplah mereka ini sebaris dengan binatang berbahaya dan bahan yang kotor. Jangan pandang dan jangan berikan keutamaan.


اَمْ خَلَقُوا السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ بَلْ لَا يُوقِنُونَ

Ataupun: Adakah mereka mengingkari Allah seperti golongan mu’attilah (aliran falsafah yang mengingkari Allah) yang tidak berotak dan bebal yang mengingkari Al-Khaliq maka mereka tidak mendengari Al-Quran? Jika begitu, suruhlah mereka mengingkari apa yang ada di langit dan bumi ataupun suruhlah mereka berkata kamilah yang menciptakannya. Suruhlah mereka keluar daripada segenap lorong/ kepompong/ kolong / lohong akal dan masuk ke dalam perkara mengarut pada ketidaksiumanan. Ini kerana burhan-burhan/bukti-bukti ketauhidan dapat dilihat dan dibaca sebanyak bintang di langit dan sebanyak bilangan bunga-bungaan di muka bumi. Ini bermakna mereka tidak berniat mencari keyakinan dan kebenaran. Sedangkan mereka tahu bahawa satu huruf tidak akan wujud tanpa penulis. Maka bagaimanakah mereka menyangka bahawa kitab alam semesta ini yang pada tiap-tiap hurufnya tertulis sebuah kitab sebagai tiada penulis?

اَمْ عِنْدَهُمْ خَزَاءِنُ رَبِّكَ

Ataupun: Adakah mereka mengingkari asal usul kenabian seperti sesetengah cendekiawan yang sesat dan seperti penganut Brahma yang menafikan ikhtiar/kehendak Allah Subhanahu wa Taala, maka mereka tidak mengimanimu? Jika begitu, suruhlah mereka mengingkari semua kesan-kesan hikmah, tujuan-tujuannya, penyusunannya dan buah-buahnya serta kesan-kesan rahmat dan inayah serta semua mukjizat bagi sekalian nabi yang kelihatan pada seluruh makhluk dan  mempamerkan ikhtiar dan kehendak. 


Ataupun suruhlah mereka katakan bahawa khazanah-khazanah ihsanat (kurniaan) yang diberikan kepada makhluk berada di sisi dan di tangan kami. (Sehingga) mereka menunjukkan mereka tidak layak untuk diberi layanan. Engkau juga janganlah berasa sakit disebabkan keingkaran m’ereka. Katakanlah: Sesungguhnya haiwan-haiwan Allah yang tidak berakal itu banyak.


اَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُونَ

Ataupun: Adakah mereka seperti golongan muktazilah dalam ilmu kalam yang menjadikan akal sebagai hakim mengkhayalkan bahawa diri mereka ialah pemantau dan penyelidik kerja-kerja al-Khaliq dan mahu menjadikan al-Khaliq Zuljalal dipertanggungjawabkan? Awas jangan sesekali putus asa/ menyerah kalah. Tidak ada apa-apa faedah daripada keingkaran mereka yang mementingkan diri begitu. Engkau juga janganlah mempedulikannya. 


اَمْ لَهُمْ سُلَّمٌ يَسْتَمِعُونَ فِيهِ فَلْيَاْتِ مُسْتَمِعُهُمْ بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ



102. Page

Ataupun: Adakah mereka seperti para bomoh dan pemuja semangat yang mengikut jin dan syaitan menyangka telah ditemui satu jalan lain ke alam ghaib maka mereka mengkhayalkan bahawa mereka memiliki tangga untuk naik ke langit yang ditutup kepada syaitan mereka, seterusnya mereka mendustakan berita-berita langitmu? Sesungguhnya pengingkaran para penipu yang sebegini ibarat sesuatu yang tiada/sia-sia.


اَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ

Ataupun adakah mereka seperti ahli falsafah musyrik yang beriktikad tentang sekutu tuhan yang bernama ‘uqul Asyarah dan Arbabul Anwa’ serta seperti Sabaiyyun yang menyandarkan sejenis/sedikit/secebis ketuhanan kepada bebintang dan para malaikat dan seperti orang kafir dan sesat yang menisbahkan anak kepada Allah Subhanahu Wa Taala menisbahkan anak yang berlawanan dengan kewujudan, keesaan, kesamadan dan istighna mutlaq (kekayaan mutlaq) zat al-Ahadus Samad dan menyandarkan jantina perempuan yang menyalahi ubudiah, kemaksuman dan jantina para malaikat? 


Adakah mereka menyangka bahawa mereka adalah pemberi syafaat kepada diri sendiri sehingga mereka tidak mengikutimu? Sudah tentu dan pastinya, menyandarkan tanasul (keturunan) yang merupakan wasilah pembiakan dan pertolongan, ikatan kehidupan dan kebaqaan bagi makhluk-makhluk yang mumkin, fana, berhajat kepada pengekalan/ kekekalan sejenisnya, berjisim, mutajazzi(boleh dipecah), boleh membiak, lemah, memuja dunia dan merindukan pewaris yang membantu seperti manusia dan menisbahkan anak kepada Zat Zuljalal yang wajib wujud, kekal, kebaqaan-Nya azali dan abadi, zat-Nya mujarrad(bebas) dan mu‘alla daripada jisim, zat-Nya munazzah(suci) dan mubarra’ daripada tajazzi dan takassur, qudrat-Nya muqaddas daripada kelemahan dan tiada sekutu, serta menyandarkan sejenis anak iaitu anak perempuan yang tidak terhitung yang tidak disukai hatta insan-insan yang lemah, mumkin dan miskin itu serta tidak munasabah kepada kemuliaan sifat sombongnya adalah satu kebingungan dan suatu kemengarutan kebodohan yang bersangatan. Ini kerana pendustaan dan keingkaran insan-insan hina yang berfikiran begitu adalah sia-sia/ kosong/ tidak bermakna. Kamu tidak sepatutnya terpedaya. Jangan berikan telinga kepada setiap kebingungan seorang yang bebal dan kemengarutan seorang yang gila.


اَمْ تَسْاَلُهُمْ اَجْرًا فَهُمْ مِنْ مَغْرَمٍ مُثْقَلُونَ

Ataupun: Adakah mereka seperti pemuja dunia yang terlampau yang telah terbiasa dengan ketamakan dan kebakhilan merasakan tanggungjawabmu berat sehingga mereka melarikan diri daripadamu? Tidakkah mereka tahu bahawa kamu hanya menginginakan ganjaran dan bayaran hanya daripada Allah? Serta adakah memberi satu persepuluh atau satu perempat puluh kepada mereka yang fakir daripada harta yang dikurniakan Allah kepada mereka demi keberkatan serta untuk terlepas daripada sifat hasad dan doa buruk orang fakir serta perintah mengeluarkan zakat itu suatu yang berat maka mereka menjauhkan diri daripada Islam? Sesungguhnya di samping pendustaan mereka ini tidak penting, mereka berhak kepada penampar bukannya memberi jawapan. 

اَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ

Ataupun: Adakah mereka seperti penganut Budha yang mendakwa mengetahui perkara ghaib dan para pemuja akal yang mengkhayalkan bahawa sangkaan mereka adalah benar (yakin) maka mereka tidak menyukai berita-berita ghaibmu? Adakah mereka mempunyai kitab ghaib sehingga mereka tidak menerima kitab ghaibmu? Jika begitu, mereka membayangkan seolah-olah alam ghaib yang tidak dibuka kepada sesiapa selain para rasul yang menerima wahyu  dan tidak ada sesiapapun mampu memasukinya bersendirian/ sendiri-sendiri itu sedia dan terbuka di samping mereka lalu mereka menulis sambil mengambil maklumat daripadanya dan berada dalam khayalan mereka. Dengan itu, janganlah pendustaan-pendustaan mereka yang mementingkan diri yang sombong yang telah melakukan pencerobohan yang sangat melampau batasan memberimu rasa putus asa. Ini kerana dalam masa yang terdekat hakikat-hakikat kamu akan mengucar-kacirkan mimpi mereka.


اَمْ يُرِيدُونَ كَيْدًا فَالَّذ۪ينَ كَفَرُوا هُمُ الْمَكِيدُونَ

Ataupun: Adakah mereka seperti para munafik dan para zindik penipu yang mana fitrah mereka telah rosak dan jiwa mereka telah mereput yang mahu memperdaya dan mengubah serta melakukan helah dan mengalih masyarakat daripada hidayah yang tidak sampai ke tangan mereka sehingga kadang-kadang mereka memanggilmu kahin (tukang ramal), kadang-kadang orang gila dan kadang-kadang ahli sihir? Adakah mereka mahu menjadikan/ memaksa orang lain mempercayai apa yang mereka sendiri tidak percaya? 


Janganlah kamu menganggap para penipu yang banyak muslihat begini sebagai manusia lalu terkesan dengan tipu daya dan keingkaran mereka dan janganlah futur (lemah semangat). Bahkan tambahkanlah/ kobarkanlah lagi semangat. Ini kerana mereka menipu diri mereka sendiri dan memudaratkan diri sendiri. Sesungguhnya kejayaan mereka dalam keburukan adalah sementara, istidraj dan dalam perancangan Ilahi.


اَمْ لَهُمْ اِلٰهٌ غَيْرُ اللّٰهِ سُبْحَانَ اللّٰهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ataupun: Adakah mereka seperti para penganut Majusi yang menyangkakan  kewujudan dua tuhan berlainan yang bernama pencipta kebaikan dan pencipta keburukan dan seperti pemuja asbab (sebab-sebab) yang memberikan sejenis ketuhanan

103. Page

kepada sebab-sebab yang berlainan dan mengkhayalkan mereka sebagai satu titik persandaran untuk diri mereka sendiri ataupun seperti penyembah berhala yang bersandar kepada tuhan-tuhan lain lalu menentangmu? Adakah mereka beristighna/  daripadamu (tidak memerlukanmu/menjauhi/menghindari daripadamu)?


Maknanya menurut hukum  لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ اِلاَّ اللّٰهُ لَفَسَدَتَا,

mereka buta dan tidak dapat melihat intizam akmal(peraturan yang sempurna) dan insijam ajmal(kelancaran yang indah) yang dilihat seperti siang ini di seluruh alam semesta. Walhal sekiranya terdapat dua penghulu di sebuah kampung, dua datuk bandar di sebuah kota dan dua sultan di sebuah negara, nescaya intizam akan lintang-pukang dan insijam akan huru-hara. Sedangkan Allah telah meletakkan intizam yang sangat halus daripada sehalus sayap lalat sehingga sebesar lilin-lilin di langit. sesungguhnya Dia tidak membiarkan ruang kesyirikan hatta seluas sayap lalat. Memandangkan mereka ini secara jelas bertindak menyalahi akal dan hikmah dan berlawanan dengan jiwa setahap ini, janganlah pendustaan mereka mengekang kamu daripada tugas memberi peringatan.


Justeru, kami secara ringkas telah menjelaskan hanya satu jauhar(inti pati) penerangan berkenaan ifham dan ilzam (menjelaskan dan mendiamakan dengan hujah) daripada ratusan jauhar ayat di atas yang merupakan rantaian kebenaran. Kalaulah aku mampu memperlihatkan beberapa jauharnya lagi nescaya kamu akan berkata bahawa ayat itu sendiri adalah satu mukjizat.


Tetapi penerangan al-Quran pada ifham (pemahaman) dan ta’lim(pengajaran) adalah sangat luarbiasa, sangat halus dan lancar sehingga orang buta yang paling teruk boleh memahami penerangan tentang satu hakikatnya yang paling dalam dengan mudah. Ya, secara mudah dan jelas al-Quran Mukjizul Bayan memberitahu dan mengajar tentang banyak hakikat yang samar dalam bentuk yang akan membelai pandangan umum, tidak akan melukakan/ mencederakan perasaan umum dan tidak akan menyulitkan dan meletihkan fikiran awam. Begitu juga uslub-uslub al-Quran yang turun dan berkata dengan kata-kata yang mengikut tahap mukhatab pada uslub mutakallim yang disebut sebagai تَنَزُّلاَتٌ اِلٰهِيَّةٌ اِلَى عُقُولِ الْبَشَرِ melalui sebahagian penyerupaan dan perumpamaan dalam bentuk mutasyabihat boleh memahamkan seorang buta yang paling buta huruf tentang hakikat-hakikat Ilahi yang samar dan rahsia-rahsia Rabbani yang tidak boleh dipintas dengan fikiran cendekiawan yang paling mutabahhir (meluas ilmunya). 

Sebagai contoh: Melalui perumpamaan اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى dalam satu contoh ia menunjukkan tentang Rububiyah Ilahi umpama satu kesultanan dan martabah Rububiyyah bagaikan seorang Sultan duduk di atas takhta kesultanannya dan menjalankan urusan kerajaan. 


Ya, al-Quran merupakan kalam al-Khaliq Zuljalal alam semesta ini yang lahir daripada martabat agung Rububiyyah, menjadi yang paling atas berbanding semua martabat, membimbing mereka yang naik ke martabar-martabat itu, melepasi tujuh puluh ribu tabir, memandang dan menerangi tabir-tabir itu, mengagihkan limpahannya dan menyebarkan nurnya kepada ribuan peringkat mukhatab yang berbeza dari sudut kefahaman dan kepandaian. Walaupun ia telah hidup di atas abad dan kurun yang berlainan keadaan dan suasananya dan telah melemparkan makna-maknanya ke tengah dengan mabzuliah (usaha) sebanyak ini, namun tanpa kehilangan walau sezarah daripada kesempurnaan sifat muda dan keremajaannya, ia sentiasa amat segar dan amat halus, memberikan pengajaran yang difahami secara sangat mudah, dalam bentuk yang teramat senang kepada setiap yang buta walaupun menggunakan pengajaran yang sama dan kata-kata yang sama. Maka jika dipandang kepada mana-mana sudut kitab bermukjizat yang turut memberi pengajaran serta memuaskan dan mengenyangkan banyak peringkat yang mana kefahaman mereka berbeza dan darjat mereka berlainan, nescaya satu kilauan mukjizat akan dapat dilihat.


Hasilnya: Apabila lafaz al-Quran seperti Alhamdulillah dibaca, ia memenuhkan gua yang merupakan telinga bukit. Malah lafaz yang sama turut memuati telinga kecil lalat yang kecil dengan sempurna. Sama seperti itu juga, sepertimana makna-makna al-Quran  mengenyangkan akal-akal sebesar bukit, dengan kata-kata yang sama ia turut boleh mengajar dan memuaskan akal-akal biasa sekecil lalat. Ini kerana al-Quran menyeru semua peringkat jin dan manusia kepada keimanan. Serta boleh mengajar dan membuktikan ilmu-ilmu keimanan kepada kesemuanya. Sekiranya begitu, orang awam yang paling buta huruf dengan akhassul khawas(para wali Allah yang terpelih) akan bersama berganding bahu dan  bertemu lutut mendengar dan beristifadah daripada pengajaran al-Quran. Bermakna al-Quranul Karim adalah hidangan langit yang hebat sehingga fikiran, akal, hati dan roh yang berada di ribuan peringkat yang berbeza menemui makanan maknawi mereka dari hidangan itu, mengambil selera mereka dan menikmati apa yang mereka suka. Hasrat mereka tercapai. Hatta banyak pintu terus tertutup dan telah dibiarkan untuk mereka yang datang di masa hadapan. Jika kamu inginkan contoh untuk maqam ini, seluruh al-Quran dari mula hingga akhir ialah contoh-contoh untuk maqam ini. Ya, seperti semua mujtahidin, siddiqin, hukama Islam, muhaqqiqin, ulama usul fiqh, mutakallimin, aulia’ul arifin, aqtabul asyiqin, ‘ulama mudaqqiqin dan seluruh orang Islam, para murid al-Quran dan pendengar pengajarannya secara sepakat berkata: “Kami memahami pelajaran kami dengan baik.” 


Hasilnya, seperti maqam-maqam lain, kilauan mukjizat al-Quran turut bersinar pada maqam ifham dan ta’lim



104. Page

Sinaran Kedua: Keluarbiasaan kesyumulan Al-Quran. Sinaran ini mempunyai lima kilauan.


Kilauan Pertama: Kesyumulan dalam lafaznya.


Sudah tentu kesyumulan itu dapat dilihat dengan jelas daripada ayat-ayat yang disebutkan dalam kata-kata yang terdahulu serta dalam kata-kata ini. Ya sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh hadis لِكُلِّ آيَةٍ ظَهْرٌ وَبَطْنٌ وَ حَد وَمَطْلَعًاٌ وَلِكُلٍّ شُجُونٌ وَغُصُونٌ وَ فُنُونٌ

, lafaz-lafaz al-Quran telah diperingatkan secara yang sangat hebat sehingga dapat ditemui banyak wajah bagi setiap ayat hatta setiap kalimah hatta setiap huruf hatta kadang-kadang pada waqaf. Ia memberikan habuan daripada pintu yang berbeza-beza kepada setiap mukhatab.


Contoh: وَ الْجِبَاَل اَوْتَادًا

Satu kalam yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku telah menjadikan gunung-ganang sebagai pasak dan tiang.” Habuan bagi seorang yang buta huruf daripada kalam ini ialah, dia melihat gunung-ganang yang kelihatan seperti pasak yang secara zahirnya telah menusuk bumi. Lalu dia memikirkan manfaat dan nikmat padanya lantas bersyukur kepada al-Khaliq-nya. 


Habuan bagi seorang penyair daripada kalam ini ialah, dia mengkhayalkan muka bumi bagaikan satu lantai. Kubah langit ibarat khemah/kanvas hijau besar yang telah diletakkan di atasnya dan telah dihiasi dengan lampu-lampu elektrik. Saujananya/luasnya dalam bentuk ruang tamu/bilik/dewan dan gunung-ganang di kaki langit ibarat tiang pasak bagi khemah tersebut. Dia akan memuja muji as-Sani’ Zuljalal-nya dengan penuh kekaguman. 


Habuan bagi seorang pujangga yang tinggal di dalam khemah daripada kalam ini ialah, dia menggambarkan muka bumi sebagai padang pasir dan banjaran gunung-ganang ibarat khemah-khemah Badawi yang sangat banyak dan berlainan. Seolah-olah lapisan tanah telah dilempar ke atas tiang-tiang yang tinggi. hujung-hujung tiang yang tirus/tajam itu telah menarik tabir-tabir tanah itu ke atas. Ia menghadap satu sama lain dan menjadi kediaman bagi makhluk-makhluk yang sangat berlainan. Dia akan bersujud kehairanan di hadapan al-Fatir Zuljalal yang membina dan meletakkan makhluk-makhluk yang besar itu umpama khemah-khemah di atas muka bumi dengan cara yang mudah sebegini. 


Habuan bagi seorang pujangga yang pakar geografi ialah, dia memikirkan bebola bumi ibarat sebuah kapal yang berenang/berlayar di lautan luas udara ataupun cakerawala. Manakala gunung-ganang ibarat pasak dan tiang yang dipasang di atas kapal itu untuk mengukuh dan menyeimbangkannya. Dia akan berkata سُبْحَانَكَ مَا اَعْظَمَ شَانَكَ di hadapan al-Qadir Zulkamal yang menjadikan bebola bumi yang besar seperti sebuah kapal yang tersusun, meletakkan kita di dalamnya dan memperjalankan kita ke seluruh alam.


Habuan bagi seorang bijakpandai yang pakar dalam tamadun dan peradaban masyarakat daripada kalam ini ialah: Dia memahami muka bumi sebagai sebuah dewan. Tiang/Tonggak bagi kehidupan dewan itu ialah kehidupan makhluk bernyawa. Manakala tiang/tonggak bagi kehidupan makhluk bernyawa itu ialah air udara dan tanah yang merupakan syarat-syarat/sumber kehidupan. Tiang/Tonggak dan pasak bagi air, udara dan tanah ialah gunung-ganang. Ini kerana gunung-ganang ialah gedung air, sikat/penyaring udara (ia menyerap gas-gas yang berbahaya lalu membersihkan udara) dan pelindung tanah/daratan (ia melindungi tanah/daratan daripada menjadi paya dan ditenggelami laut) dan sebagai khazanah keperluan hidup manusia. Dia dengan penuh pengagungan akan memuja-muji as-Sani’ Zuljalali wal Ikram yang menjadikan gunung-ganang yang besar itu tiang kepada muka bumi yang menjadi dewan kehidupan kita sebegini rupa dan yang memilihnya sebagai gudang untuk sara hidup kita.


Bahagian bagi seorang ahli falsafah hikmah/kebijaksanaan tabiat daripada kalam ini ialah: Dia memahami bahawa gempa dan kegoncangan yang terjadi merupakan natijah perubahan dan percampuran di dalam perut bumi. Ia menjadi tenang/diam dengan kemunculan gunung-ganang. Ini kerana, sebab/punca kepada kestabilan pada madar (pusat) dan mihwarnya (paksinya) dan punca kepada ketiadaan gempa dengan irtija’ (gegaran) daripada lingkungan tahunannya ialah kewujudan gunung-ganang. Kemarahan dan kemurkaan bumi menjadi tenang apabila ia bernafas melalui jendela gunung-ganang. Lantas dia akan beriman sepenuhnya dan berkata اَلْحِكْمَةُ لِلّٰهِ


Contoh: Kalimah  رَتْقًا dalam ayat اَنَّ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا.


Kepada seorang alim yang tidak keliru/ berbaur (fikiran) dengan perincian falsafah, kalimah tersebut memberi kefahaman seperti berikut: Ketika langit berada dalam keadaan mulus tanpa awan dan bumi tandus tanpa hidupan, membuka (pintu) langit dengan hujan dan bumi dengan sayuran lalu menjadikan semua benda hidup daripada

105. Page

air itu melalui sejenis perkahwinan/penjodohan dan talqih (pendebungaan/memupuk) ialah kerja al-Qadir Zuljalal. Maka dia memahami bahawa muka bumi ialah kebun kecilnya dan awan gemawan yang merupakan pelindung muka langit adalah sejenis span di kebunnya lalu dia sujud di hadapan keagungan kudrat-Nya.


Kepada seorang bijak pandai yang muhaqqiq (mengkaji), kalimah tersebut memberi kefahaman seperti berikut: Sesungguhnya sewaktu permulaan penciptaan, langit dan bumi merupakan pepejal yang tiada bentuk, adunan kering yang tiada manfaat dan bahan bercampur tanpa anak dan makhluk. Maka dia memahami bahawa al-Fatirul Hakim membuka dan menghamparkan mereka lalu memberi bentuk yang cantik, rupa yang bermanfaat dan menjadikannya tempat hidup kepada makhluk yang indah dan banyak. Maka dia berasa kagum terhadap keluasan hikmah Ilahi.


Kepada ahli falsafah moden kalimah tersebut memberi kefahaman seperti berikut: Pada mulanya bumi kita dan semua planet yang tergolong dari jajaran matahari/ sistem suria bergabung dengan matahari dalam bentuk adunan yang belum terbuka. Maka dia memahami bahawa al-Qadirul Qayyum telah membuka adunan itu kemudian menempatkan satu demi satu planet-planet tersebut di tempatnya. Kemudian Dia membiarkan matahari di tempatnya dan membawa bumi kita ke sini. Seterusnya Dia menghiasi dunia dengan menabur tanah kepada bumi dan menurunkan hujan daripada langit dan mencurahkan sinaran daripada matahari dan meletakkan kita ke dalamnya. Maka ahli falsafah itu akan mengeluarkan kepalanya daripada dasar/kerendahan falsafah tabiat dan berkata امنت بالله الواحدالاحد.


Contoh: Huruf ل dalam ayat وَ الشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا, menyatakan maknanya sendiri, makna فى dan makna الى

Justeru, huruf ‘للِمُسْتَقَرٍّ memahamkan orang awam bahawa dia melihat huruf ‘ل’ tersebut pada makna ‘الى’ lalu memahami bahawa matahari yang merupakan lampu bergerak yang memberi cahaya dan memanaskan kalian. Sudah tentu suatu hari perjalanannya akan berakhir dan akan sampai ke tempat tinggalnya dan akan mengambil rupa yang mana kalian tidak akan mendapat manfaatnya. Dia pun memikirkan nikmat-nikmat besar yang dikaitkan oleh al-Khaliq Zuljalal dengan matahari lalu berkata Subhanallah dan Alhamdulilah.


Kepada alim juga ia menunjukkan ل itu pada makna الى. Tetapi dia menggambarkan bahawa matahari bukan hanya sebuah lampu bahkan sebuah pengait sulaman Rabbani yang dijalin di ruang kerja Musim Panas dan Musim Sejuk. Juga dakwat surat Samadani yang ditulis pada muka surat malam dan siang serta bekas dakwat bagi cahaya. Ia memperingatkan peraturan alam yang dilambangkan dan diisyaratkan oleh pergerakan pantas matahari. Seterusnya dia melafazkan Masya Allah kepada ciptaan as-Sani’ul Hakim dan Barakallah kepada hikmah-Nya lantas tunduk bersujud. 


Kepada seorang ahli falsafah yang pakar dalam Kosmografi ‘ل’  difahami dengan makna ‘فى’ seperti berikut: Dengan perintah Ilahi melalui satu pergerakan seperti zanbaraq/pusat/ paksi, ia mengatur susunannya di markasnya sendiri dan di atas paksinya/ orbitnya dan menggerakkannya. Dengan penuh kekaguman dan penghargaan ahli falsafah itu akan berkata القدرةلله dan العظمةلله terhadap as-Sani' Zuljalal yang mencipta dan mengatur sebuah jam besar yang sebegitu lalu membuang falsafah (daripada hidupnya) dan masuk ke dalam hikmah al-Quran. 


Kepada seorang bijak pandai yang teliti ia meletakkan ل itu pada makna ‘illah(sebab) dan makna zarfiyyah (menjadi kandungan). Ia memahamkannya seperti berikut: As-Sani’ul Hakim menjadikan sebab-sebab zahir sebagai tirai kepada kerja-kerja-Nya. Oleh sebab itu, melalui undang-undang Ilahi yang bernama tarikan umum (graviti), Dia telah mengikat planet-planet yang seperti batu tarbil itu dengan matahari dan dengan daya tarikan itu, melalui pergerakan yang berbeza tapi tersusun, Dia menggerakkan/memperjalankan planet-planet tersebut dalam daerah hikmah-Nya. Malah untuk melahirkan daya tarikan itu Dia telah menjadikan pergerakan matahari pada pusatnya sendiri sebagai satu sebab luaran

Maknanya, maksud لِمُسْتَقَرٍّ ialah فِى مُسْتَقَرٍّ لَهَا ِلاِسْتِقْرَارِ مَنْظُومَتِهَا yakni: Matahari berada pada kedudukannya sendiri. Ia bergerak/berputar untuk ketetapan dan keteraturan sistemnya. Ini kerana pergerakan/ putaran melahirkan haba/kepanasan dan haba/kepanasan melahirkan tenaga dan tenaga melahirkan daya tarikan magnetik merupakan satu undang-undang Ilahi dan peraturan Rabbani yang jelas. Justeru, apabila bijak pandai itu memahami satu hikmah yang sebegini daripada satu huruf al-Quranul Hakim itu akan berkata: “Alhamdulillah hikmah sebenar itu pada al-Quran dan falsafah itu tidak bernilai walaupun satu sen.”


Kepada pemilik fikiran dan hati yang seni /penyair, makna yang difahaminya daripada ل dan istiqrar (ketetapan) tersebut adalah seperti berikut: Matahari ialah pohon nurani. Planet-planet ialah buah-buahnya yang bergerak. Namun berlainan dengan pohon, matahari perlu bergerak supaya buah-buah itu tidak jatuh. Jika ia tidak bergerak buah-buah itu akan gugur dan berselerak. Malah dia juga boleh mengkhayalkan bahawa Matahari ialah ketua halaqah (lingkungan) zikir yang khusyuk berzikir. Pada pusat halaqah zikir dia boleh berzikir dan menggerakkan/menghasilkan zikir yang penuh juzbah. Dalam satu risalahku telah menyebut tentang makna ini seperti berikut: 



106. Page

Ya, matahari ialah suatu yang berbuah. Ia bergerak supaya buah-buanya yang bergerak tidak gugur. Sekiranya ia berhenti dan berdiam, juzbah (graviti) akan hilang. Maka menangislah para majezubnya yang tersusun di angkasa.


Contoh: Dalam اُولٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ada suatu sukut (tidak diperincikan) dan satu itlaq (tidak dihadkan). Dia tidak menentukan apakah bentuk kejayaan yang akan mereka peroleh. Supaya setiap orang dapat menemui apa yang dikehendakinya padanya. Dia menyebut kata-kata sedikit supaya ia menjadi panjang. Ini kerana matlamat sebahagian mukhatab ialah selamat daripad neraka. Sebahagiannya hanya memikirkan syurga. Sebahagiannya mengharapkan kebahagiaan abadi. Sebahagian hanya mengharapkan keredhaan Allah. Sebahagiannya mengetahui bahawa tujuan amalan ialah melihat Allah dan begitulah seterusnya. Pada banyak tempat yang seperti ini, al-Quran membiarkan ayat itu mutlak supaya ia menjadi umum. Ia tidak menyebutnya (sebahagian) supaya ia boleh menyatakan makna yang banyak. Ia meringkaskannya supaya semua orang mendapat bahagiannya.  


Justeru ia menyebut اَلْمُفْلِحُونَ. Ia tidak menentukan kejayaan apakah yang diperoleh. Seolah-olah dengan diam/senyapsukut itu ia berkata: Wahai Muslimin! Berita gembira kepada kalian! Wahai Muttaqi! (orang yang bertaqwa) Engkau berjaya menghindari neraka. Wahai Orang Soleh! Engkau telah mendapat syurga. Wahai al-‘Arif Billah!(yang mengenali Allah!) Engkau telah mendapat keredhaan Allah. Wahai Perindu/Cinta! Engkau telah dapat melihat Allah. Dan begitulah seterusnya. Demikianlah sebagai contoh, kami mendatangkan hanya satu contoh kesyumulan lafaz al-Quran daripada ribuan contoh bagi setiap kalam, kalimah, huruf dan sukut (kesenyapanperkara yang didiamkan). Kamu boleh mengkiaskan ayat dan kisah-kisah kepada ini semua.


Contoh lain: Ayat فَاعْلَمْ اَنَّهُ لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ mempunyai wajah dan peringkat yang banyak sehingga semua tingkat para wali pada setiap suluk dan martabat mereka telah melihat keperluan mereka kepada ayat ini dan mengambil daripadanya makanan maknawi dan makna segar yang layak dengan martabatnya. Ini kerana Allah ialah satu isim yang  jami’ (menghimpunkan). Maka padanya terdapat tauhid-tauhid sebanyak Asmaul Husna.  اَىْ لَا رَزَّاَقَ اِلاَّ هُوَ لَا خَالِقَ اِلاَّ هُوَ لَا رَحْمٰنَ اِلاَّ هُوَ dan begitulah seterusnya.


Contoh lain: Daripada kisah-kisah al-Quran iaitu Kisah Nabi Musa ‘Alaihissalam, bagaikan tongkat Musa ‘Alaihissalam ia memiliki ribuan faedah. Dalam kisah itu terdapat banyak tujuan dan wajah yang sangat banyak seperti taskin (menenangkan) dan tasalli (hiburan) untuk Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, tahdid (ancaman) kepada kuffar, taqbih (memburukkan) golongan Munafik dan taubikh (celaan) kepada orang Yahudi. Kerana itulah ia telah diulang dalam banyak surah. Bersama dengan ifadah semua tujuan di setiap tempat hanya salah satunya menjadi maksud sebenar yang lainnya mengikutnya. 


Jika engkau berkata: Bagaimanakah kami akan ketahui semua makna dalam contoh-contoh terdahulu. Adakah al-Quran menghendaki mereka dan mengisyaratinya?


Jawapan: Memandangkan al-Quran ialah khutbah azali, ia berkhitab dan mengajar semua bani Adam yang telah diatur di atas dan di sebalik kurun-kurun secara berlainan dan berperingkat. Sudah tentu ia akan menyusun dan mendatangkan makna-makna bermacam yang mengikut tahap kefahaman yang berlainan itu dan akan memberi peringatan tentang isyarat-isyarat kehendak-Nya.


Ya, menurut kaedah-kaedah ilmu Sorof dan Nahu, mengikut dustur-dustur Ilmu Bayan dan Maani dan melalui undang-undang seni Balaghah, makna-makna yang bermacam bagi kalimah al-Quran yang seperti makna-makna di sini telah diisbatkan dalam Isyaratul I’jaz. Di samping itu, semua wajah dan makna yang menurut ilmu Bahasa Arabnya sahih dan dengan syarat benar menurut usul-usul agama, maka ia adalah makbul mengikut seni Maani, munasabah menurut Ilmu Bayan dan mustahsan(yang dilihat baik)berdasarkan Balaghah. Malah menurut ijma’ ahli ijtihad, ahli tafsir, ahli Usuluddin dan ahli Usul Fiqh dan penyaksian ikhtilaf mereka, ia adalah daripada makna-makna al-Quran.


Ia telah meletakkan serba satu isyarat kepada makna-makna tersebut berdasarkan darjat-darjatnya. Sama ada secara lafziyyah (lafaz) atau maknawiyyah (makna). Jika itu maknawiyyah, maka satu petunjuk sama ada daripada siyaq atau sibaq (perkembangan) kalam ataupun daripada ayat lain, mengisyaratkan kepada makna tersebut. 


Sesungguhnya ratusan ribu tafsir yang sesetengahnya ditulis dua puluh, tiga puluh, empat puluh, enam puluh hatta lapan puluh jilid oleh para muhaqqiq ialah satu burhan/bukti yang jelas ke atas kesyumulan lafaz al-Quran dan kemukjizatannya. Apapun, sekiranya kami menunjukkan isyarat yang menunjukkan kepada setiap makna dengan undang-undangnya dan kaedahnya kata-kata akan menjadi sangat panjang. Kerana itu kita meringkaskannya dan memindahkan/menyerahkan sebahagiannya kepada Isyaratul I’jaz.


107. Page

Kilauan Kedua: Kesyumulan luar biasa dalam maknanya. 


Ya di samping al-Quran menganugerahkan ma’khaz(rujukan) semua mujtahid, mazaq(perasaan) semua arifin, masyrab semua wasilin, maslak semua kamilin, mazhab semua muhaqqiqin daripada khazanah maknanya, ia sentiasa menjadi pedoman kepada mereka dan selalu menjadi mursyid pada taraqqiyat (peningkatan) mereka lalu  menyebarkan cahaya kepada jalan mereka daripada khazanahnya yang tidak pernah luak. Sesungguhnya hakikat ini adalah musoddaq (diakui) dan muttafaqun ‘alaih (disepakati) oleh kesemua mereka.


Kilauan Ketiga: Kesyumulan luar biasa pada ilmunya.


Ya, sepertimana al-Quran mengalirkan ilmu-ilmu syariat yang banyak dan bermacam-macam, ilmu-ilmu hakikat yang beraneka dan banyak, ilmu-ilmu tariqat yang berlainan dan tidak terkira daripada lautan ilmunya sendiri, ia turut mengalirkan daripada lautnya itu hikmah sebenar daerah kemungkinan, ilmu-ilmu hakiki daerah kewajiban dan pengetahuan-pengetahuan samar daerah akhirat secara tersusun dan dengan banyak. Jika didatangkan contoh untuk kilauan ini, nescaya perlu ditulis satu jilid. Oleh itu, sebagai contoh kami hanya memaparkan kalimah-kalimah yang sebanyak dua puluh lima ini. Ya, hakikat-hakikat benar bagi semua kalimah yang sebanyak dua puluh lima ini hanyalah dua pulh lima titisan dari lautan ilmu al-Quran. Sekiranya terdapat kekurangan pada kalimah-kalimah itu, ia adalah kerana kekuranganku dalam kefahaman.



Kilauan Keempat: Kesyumulan luar biasa pada perbahasannya.


Ya, di samping menghimpunkan perbahasan menyeluruh bagi insan dan tugas insan, alam semesta dan al-Khaliq langit dan bumi, dunia dan akhirat, masa lalu dan masa depan, azali dan abadi, ia menerangkan semua perbahasan dasar dan utama bermula daripada kejadian (makhluk) daripada nutfah sehingga masuk ke dalam kubur, daripada adab makan dan tidur sehingga perbahasan-perbahasan qadha’ dan qadar, daripada enam hari penciptaan alam sehingga kepada tugas-tugas pada tiupan angin yang diisyaratkan melalui sumpah-sumpah وَالْمُرْسَلاَتِ وَالذَّارِيَاتِ, daripada campur tangan-Nya kepada hati dan kehendak insan melalui isyarat وَمَا تَشَاونَ اِلاَّ اَنْ يَشَاءَ اللّٰهُ dan يَحُوُلُ بَيْنَ الْمَرْئِ وَقَلْبِهِ sehingga وَالسَّمٰوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَم۪ينِه۪ yakni penguaasaan-Nya ke atas seluruh langit, daripada (penciptaan kebun-kebun) bunga, anggur dan tamar (di atas) muka bumi (melalui) وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَاَعْنَابٍ sehingga hakikat-hakikat ajaib yang diifadahkan melalui اِذَا زُلْزِلَتِ الْاَرْضُ زِلْزَالَهَا, daripada keadaan langit dalam perihal ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَاءِ وَهِىَ دُخَانٌ sehingga ia terbelah akibat dukhan (asap) dan keguguran bebintangnya lalu berselerak di cakerawala yang tidak bertepi, daripada pembukaan dunia untuk ujian sehingga penutupannya, daripada kubur yang merupakan rumah pertama akhirat, kemudian barzakh, mahsyar, titian Sirat sehingga syurga, sehingga kebahagiaan abadi, daripada wuku’at (kejadian-kejadian) masa lalu, penciptaan tubuh Nabi Adam dan pergaduhan dua anak lelaki baginda sehingga Banjir Besar Nabi Nuh, sehingga tenggelamnya kaum Firaun dan sehingga kepada peristiwa-peristiwa penting bagi kebanyakan para nabi, daripada percakapan azali yang diisyaratkan oleh اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ sehingga kejadian abadi yang diifadahkan oleh وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ اِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ , dalam bentuk yang begitu hebat sehingga penerangan itu menjadi satu penerangan yang sesuai dengan Zat Zuljalal yang mentadbir seluruh alam semesta seperti sebuah istana, membuka dan menutup dunia dan akhirat seperti dua buah bilik, mengurus muka bumi seperti sebuah taman dan langit seperti atap yang telah dihiasi dengan lampu-lampunya, pandangan-Nya kepada masa lampau dan masa hadapan seperti malam dan siang serta ibarat dua muka surat, memandang keazalian dan keabadian seperti semalam dan hari ini dalam bentuk rantaian peristiwa yang telah bercantum dua bahagiannya dan telah bergabung seperti masa kini.


Apabila seorang tukang membicarakan tentang dua buah dewan yang dibina dan diuruska olehnnya, maka dia menyediakan pelan/perancangan, senarai dan kandungan kerja-kerjanya. (Begitulah juga) al-Quran. Ia merupakan kalam yang sesuai dengan penerangan satu Zat yang menjadikan dan menguruskan alam semesta ini, yang menulis dan memperlihatkan senarai dan kandungan kerjanya -kalau boleh dikatakan- program (pelan)nya. Dari mana-mana sudut pun tidak kelihatan kesan tasannu’ (pura-pura/kepalsuan) dan takalluf (keberatan). Sebagaimana tiada padanya kesan-kesan peniruan dan tanda penipuan seolah-olah ia bercakap bagi pihak yang lain dengan mengandaikan ia di tempat orang itu, dengan penuh kesungguhan, penuh kehalusan, penuh ketulusan, penerangannya yang murni, jernih dan terang, sebagaimana cahaya siang boleh berkata: “Aku datang daripada matahari,” al-Quran juga boleh berkata: “Aku adalah penerangan dan kalam Allah.”


Ya, kepada siapakah al-Quran Mukjizul Bayan yang memenuhkan dunia dengan gema takdir dan istihsan, dengan zamzam pujian dan kesyukuran, mengubah muka bumi kepada sebuah dewan zikir, sebuah masjid dan persiaran keseniaan Ilahi ini bersesuaian dan kalam siapakah ia selain daripada as-Sani’ dan al-Mun’im yang menghiasi dunia dengan seni-seni yang antik, memenuhkannya dengan nikmat-nikmat yang lazat, mencurahkan nikmat-nikmat-Nya yang sangat bernilai dengan keajaiban seni yang sangat hebat dengan penuh seni dan penuh nikmat sehebat itu, mengatur bagaikan tersusun, menaburkannya di muka bumi dan membariskannya dengan baik ini. Selain

108. Page

Dia siapakah yang boleh mengakui bahawa al-Quran adalah miliknya? Kata-kata siapakah lagi selain kata-kata-Nya? Cahaya apakah lagi yang menerangi siang selain matahari? Milik siapakah penerangan al-Quran yang membongkar rahsia alam semesta dan menerangi alam, selain daripada Nur Mentari Keabadian? Siapakah yang mampu mendatangkan saingan dan mencipta tiruannya? Yang sebenarnya, adalah mustahil bagi Seniman yang menghiasi dunia ini dengan hasil kesenian-Nya tidak bercakap dengan manusia yang menghargai karya seni-Nya. Memandangkan Dia boleh menjadikan dan mengetahui, sudah tentu Dia berkata-kata. Memandangkan Dia berkata-kata sudah tentu perkara yang sesuai dengan kata-kata-Nya ialah al-Quran. Bagaimanakah Malikul Mulki yang mempedulikanpeka dengan penyusunan sekuntum bunga tidak mempedulikan satu kalam yang bergema di seluruh kerajaan-Nya? Adakah Dia menjadikannya milik yang lain dan mensia-siakannya?

 

Kilauan Kelima: Kesyumulan luar biasa pada uslub dan keringkasan al-Quran. 


Dalam Kilauan ini ada lima cahaya.


Cahaya Pertama: Uslub al-Quran memiliki satu (kaedah) penghimpunan yang sangat mengkagumkan sehingga satu surah boleh mengambil lautan luas al-Quran yang mengambil alam semesta ke dalamnya ke dalam surah tersebut. Satu ayat boleh mengambil khazanah surah tersebut ke dalamnya. Kebanyakan ayat, masing-masing ialah satu surah dan kebanyakan surah, masing-masing ialah sebuah al-Quran kecil.

Justeru perkara ini ialah sebuah kehalusan bimbingan yang besar dan satu pemudahan yang indah daripada keringkasan yang penuh kemukjizatan. Ini kerana walaupun setiap orang  berhajat kepada al-Quran sepanjang masa, namun disebabkan oleh kebodohannya ataupun sebab-sebab lain, orang-orang yang tidak membaca seluruh al-Quran setiap masa atau yang tidak mendapat peluang untuk membaca al-Quran, maka supaya dia tidak terhalang daripada al-Quran, setiap satu surah ibarat sebuah al-Quran hatta suatu ayat yang panjang boleh mengambil tempat/ dikira sebagai sebuah surah pendek. Hatta para ahli Kasyaf telah bersepakat bahawa al-Quran telah dimasukkan di dalam al-Fatihah dan al-Fatihah pula di dalam Bismillah. Bukti hakikat ini ialah ijma’ ahli tahqiq.


Cahaya Kedua: Di samping ayat-ayat al-Quran menghimpunkan semua peringkat kalam, ilmu-ilmu hakiki dan keperluan insan seperti suruhan dan tegahan, wa’d dan wa’id, targhib dan tarhib, zajr (amaran) dan irsyad (bimbingan), kisah dan perumpamaan, hukum-hakam, ilmu-ilmu Ilahi dan ilmu alam, peraturan dan syarat-syarat kehidupan peribadi, masyarakat, kehidupan hati, maknawi dan ukhrawi bersekali dengan dalalah dan isyaratnya, ia juga telah diterima setahap kebenaran خُذْ مَا شِئْتَ لِمَا شِئْتَ yang bermaksud: “Ambillah apa sahaja yang kau inginkan daripada al-Quran untuk apa sahaja yang kau inginkan”, sehingga ia dikira sebagai ‘dhurubul amsal’(Peribahasa) di kalangan ahli hakikat.


Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran memiliki kesyumulan yang menyeluruh sehingga ia mampu menjadi penawar bagi setiap penyakit dan menjadi gudang bagi setiap keperluan. Ya, ia perlu menjadi begitu. Ini kerana pedoman mutlak bagi segenap peringkat ahli kamal yang sentiasa melangkau martabat pada setiap peningkatan semestinya sangat perlu memiliki keistimewaan ini.


Cahaya Ketiga: Keringkasan al-Quran yang penuh kemukjizatan.

Kadang-kadang ia menyebut dua sudut bagi satu kesinambungan yang panjang dalam bentuk yang mampu memperlihatkan kesinambungan itu dengan indah. Kadang-kadang ia memasukkan banyak bukti bagi satu dakwaan secara jelas atau secara isyarat atau secara simbolik atau secara kiasan ke dalam satu kalimah. Sebagai contoh: Dalam ayat وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلاَفُ اَلْسِنَتِكُمْ وَ اَلْوَانِكُمْ

dengan menyebut permulaan dan penamat rantaian penciptaan alam semesta yang membentuk tanda-tanda dan dalil-dalil rantaian keesaan ia memperlihatkan rantaian yang kedua dan memperbacakan rantaian pertama. 


Ya, darjat pertama muka surat alam yang menyaksikan as-Sani’ul Hakim ialah permulaan penciptaan langit dan bumi. Seterusnya ialah pemeriahan langit dengan periasan bintang-bintangnya dan muka bumi dengan hidupannya. Seterusnya ialah penukaran musim dengan kepatuhan/ menerusi penggerakan matahari dan bulan. Berikutnya ialah rantaian urusan di dalam silih ganti dan kitaran malam dan siang. Seterusnya lagi sehinggalah ia sampai kepada pengkhususan, pengasingan dan perincian rupa dan suara yang merupakan tempat paling banyak bagi pembiakan makhluk yang banyak.


Memandangkan sekiranya terdapat penyusunan berhikmah yang menakjubkan dalam perincian pada rupa individu-individu yang paling jauh daripada aturan dan terdedah kepada percampuran tasaduf (kebetulan) dan jika diperlihatkan penggunaan pena al-Hakim yang seniman di atasnya, sudah tentu semua muka surat yang jelas keteraturannya akan difahami sendiri dan memperlihatkan ukirannya. Malah memandangkan kesan kesenian dan hikmah pada penciptaan langit dan bumi yang luas kelihatan, sudah tentu kesan kesenian dan ukiran hikmah as-Sani’ yang meletakkan langit dan bumi dengan hikmah sebagai batu/kerangka asas bangunan istana alam semesta adalah sangat jelas pada semua juzuknya. Justeru ayat ini telah melakukan satu

109. Page

mukjizat yang indah dengan menzahirkan yang tersembunyi dan menyembunyikan yang zahir.


Sebenarnya daripada فَسُبْحَانَ اللّٰهِ حِينَ تُمْسُونَ sehingga وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْاَعْلَى فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ, rantaian bukti yang bermula dengan وَمِنْ آيَاتِهِ وَمِنْ آيَاتِهِ

sebanyak enam kali ialah satu rantaian permata, rantaian cahaya, rantaian kemukjizatan dan rantaian kemukjizatan keringkasan.



Hati mengingini agar aku memperlihatkan permata-permata yang tersembunyi dalam harta karun tersebut. Tapi apa yang boleh aku lakukan, hal saya sekarang tidak mengizinkan. Dengan menangguhnya ke waktu lain, buat masa ini aku tidak membuka pintu tersebut. 


Serta contoh, dengan kalam فَاَرْسِلُونِ يُوسُفُ اَيُّهَا الصِّدِّيقُ, di tengah-tengah kalimah يُوسُفُ terdapat ayat berikut: ِلَى يُوسُفَ ِلاَسْتَعْبَرَ مِنْهُ الرُّويَا فَاَرْسَلُوهُ فَذَهَبَ اِلَى السِّجْنِ وَ قَالَ يُوسُفُ . Bermakna walaupun ia meringkaskan lima ayat dalam satu ayat dan memukjizatkannya ia tidak merosakkan kejelasan dan tidak menyusahkan kefahaman.


Contohnya juga: اَلَّذِى جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْاَخْضَرِ نَارًا. Berhadapan keingkaran manusia derhaka yang bagaikan mencabar dengan mempersoalkan tentang siapakah yang akan menghidupkan kembali tulang yang telah reput, al-Quran berkata: “Sesiapa yang menciptanya mula-mula Dialah yang akan menghidupkannya kembali. Zat yang menjadikan itu pula mengetahui setiap perkara dan setiap keadaan. Malah, Tuhan yang mengeluarkan api daripada batang kayu yang hijau boleh menghidupkan tulang yang telah reput. Justeru kalam ini melihat dakwaan penghidupan semula dari sudut yang banyak dan membuktikannya.


Mula-mula ia bermula dengan rantaian kurniaan yang diberikan kepada manusia dengan kalam ini, menggerakkannya dan menyebabkan dia memikirkannya. Oleh sebab ia telah diperincikan dalam ayat-ayat lain, maka ia meringkaskannya dan menyerahkannya kepada akal. Iaitu sebagaimana Dia memberikan kepada kalian buah dan api daripada pokok, rezeki dan bijian daripada rumput dan biji benih serta haiwan dan tumbuhan daripada tanah, maka kalian tidak boleh melarikan diri, terbiar tidak tentu arah dan pergi kepada yang tiada dan bersembunyi daripada Zat yang menjadikan muka bumi sebuah buaian menarik yang mana setiap rezeki kalian telah diletakkan di dalamnya dan dunia sebagai sebuah istana yang di dalamnya terdapat semua keperluan kalian. Tanpa tugas, kalian tidak akan boleh memasuki kubur untuk berbaring dengan rehat tanpa dikejutkan. 


Kemudian ia mengisyaratkan kepada dalil dakwaan tersebut dan secara simbolik dengan kalimah اَلشَّجَرِ الْاَخْضَرِ ia berkata: “Wahai manusia yang mengingkari Hasyr! Lihatlah kepada rimbunan pepohon! Sesungguhnya kekuasaan satu Zat yang menghidupkan dan menghijaukan pohonan tidak terhitung yang telah mati seperti tulang ketika musim sejuk pada musim bunga dan memperlihatkan tiga contoh Hasyr iaitu daun, bunga dan buah hatta pada setiap batang pokok tidak boleh dicabar dengan keingkaran dan istib’ad (memandang jauh). 


Kemudian ia mengisyaratkan kepada satu dalil lagi dan berkata: “Bagaimanakah kalian melakukan istib’ad terhadap Zat yang mengeluarkan suatu bahan yang halus, ringan dan bercahaya seperti api daripada suatu bahan yang pejal, berat dan gelap seperti kayu kepada kalian dan terhadap pemberian kehidupan yang seperti api dan perasaan yang seperti cahaya kepada tulang-temulang yang seperti kayu api?” 


Kemudian ia menjelaskan satu dalil lagi dan berkata: “Sesungguhnya Zat yang mencipta api daripada pohon yang masyhur yang mengeluarkan api untuk orang badwi sebagai ganti mancis apabila dua dahannya yang masih hijau digeselkan, menghimpunkan dua tabiat berlawanan seperti hijau dan basah serta kering dan panas. Dia menjadikannya asas kepada perkara ini. Setiap benda hatta unsur-unsur asli dan tabiat-tabiat asal melihat kepada perintahnya, bergerak dengan kekuatannya, memperlihatkan bahawa tiada sesuatupun yang terbiar lalu bergerak secara tabii. Maka pengeluaran semula manusia yang dijadikan dari tanah dan kembali kepada tanah daripada tanah tidak boleh diistiba’adkan. Ia tidak boleh dicabar dengan penderhakaan.” 


Kemudian dengan memperingatkan tentang pohon Nabi Musa yang terkenal, (maka secara tidak langsung ia memperlihatkan bahawa) dakwaan/dakwah Nabi Muhammad Sollalahu ‘Alaihi Wasallam juga adalah dakwaan/dakwah Nabi Musa ‘Alaihissalam. Ia mengisyaratkan secara tersembunyi kepada kesepakatan para nabi lalu menambah satu lagi makna halus kepada mukjizat kalimah ini.


Cahaya Keempat: Kemukjizatan al-Quran adalah sangat syumul dan luar biasa. Ini kerana, kalau diperhatikan akan kelihatan bahawa kerana rahmat dan belas kepada kefahaman-kefahaman golongan yang biasa dan awam, kadang-kadang bagai memperlihatkan sebuah lautan di dalam sebuah cerek ia memperlihatkan dustur-dustur yang sangat luas, sangat panjang dan menyeluruh dan peraturan-peraturan umum menerusi satu juzuk yang mudah dan satu peristiwa yang khusus.


Kita akan mengisyaratkan hanya kepada dua contoh daripada ribuan contohnya.


110. Page

Contoh Pertama: Iaitu tentang tiga ayat yang diterangkan secara terperinci dalam Maqam Pertama bagi Kalimah Kedua Puluh. Menerusi tajuk mengajar nama-nama kepada diri Nabi Adam ‘Alaihissalam, ia menyatakan pengajaran semua ilmu dan seni yang diilhamkan kepada bani Adam. 


Menerusi peristiwa para malaikat sujud dan syaitan tidak sujud kepada nabi Adam ‘Alaihissalam, ia menyatakan bahawa sebagaimana kebanyakan makhluk daripada ikan sampai kepada malaikat patuh kepada bangsa manusia manakala makhluk-makhluk berbahaya daripada ular sampai kepada syaitan pula tidak mentaati dan bermusuh dengan manusia. 


Menerusi peristiwa kaum Nabi Musa ‘Alaihissalam menyembelih baqarah atau lembu betina menyatakan bahawa adat penyembahan lembu (yang diambil daripada kisah penyembahan lembu di Mesir dan memperlihatkan kesan dalam peristiwa al-‘ijl (anak lembu Samiri)) telah disembelih dengan pisau Musa ‘Alaihissalam


Malah melalui tajuk keluarnya air dan anak sungai daripada batu serta kehancuran dan pergolekannya, ia menyatakan bahawa lapisan batu yang berada di bawah lapisan tanah menjadi khazanah untuk salur-salur air dan menjadi ibu/induk kepada tanah.


Contoh Kedua: Ayat-ayat dan bahagian-bahagian Kisah Nabi Musa ‘Alaihissalam yang banyak diulang dalam al-Quran yang mana setiap satu ayatnya hatta setiap bahagiannya telah ditunjukkan sebagai klu/pangkal/ petunjuk bagi suatu dustur menyeluruh dan menyatakan dustur tersebut. 


Sebagai contoh: Firaun memerintahkan menterinya: يَا هَامَانُ ابْنِ لِى صَرْحًا  “Binakan untukku sebuah menara yang tinggi. Aku akan meninjau keadaan langit dan melihatnya. Daripada perjalanan langit, agaknya wujudkah Tuhan yang melakukan urusan di langit seperti yang didakwa oleh Musa?” Justeru dengan kalimah صَرْحًا dan dengan peristiwa tertentu ini, ia menyatakan sebuah dustur yang pelik dalam susur galur pemerintahan bagi para Firaun Mesir yang menginginkan gunung-ganang kerana berada di padang pasir yang tidak berbukit, mendakwa ketuhanan kerana merupakan penyembah tabiat dan tidak mengenali al-Khaliq, mengekalkan nama dengan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan, membina piramid-piramid yang masyhur umpama gunung kerana memuja kemasyhuran, memumiakan mayat-mayat mereka dan menjaganya di pusara-pusara yang seperti bukit kerana terpengaruh dengan sihir dan reinkarnasi.


Contoh: اَلْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ ia berkata kepada Firaun yang lemas: “Hari ini Aku akan menyelamatkan jasadmu yang tenggelam”. Atas tajuk ini, ia turut menyatakan suatu dustur kehidupan para Firaun yang menggambarkan kematian dan memberi pengajaran berdasarkan kepercayaan tanasukh(reinkarnasi), dengan memumiakan mayat mereka ia mengambilnya dari masa silam lalu menghantarnya ke tempat pameran generasi masa hadapan yang akan datang, ia menyatakan satu isyarat ghaib yang bermukjizat bahawa sepertimana sekujur jasad Firaun yang tenggelam tersebut dicampak daripada laut  kawasan tenggelam ke pantainya ditemui di akhir zaman ini, dia akan dicampak melalui gelombang lautan masa ke pantai kurun ini.


Contoh: يُذَبِّحُونَ اَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَهمْ melalui tajuk peristiwa anak-anak lelaki Bani Israel disembelih manakala wanita dan perempuan dibiarkan hidup yang dilakukan di zaman salah seorang Firaun, ia menyatakan banyak pembunuhan yang menimpa bangsa Yahudi di setiap kurun dan banyak negara serta peranan yang dimainkan oleh wanita dan gadisnya dalam kehidupan manusia dalam bermaksiat. 


وَلَتَجِدَنَّهُمْ اَحْرَصَ النَّاسِ عَلَى حَيَوةٍ وَتَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاَكْلِهِم السُّحْتَ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ وَيَسْعَوْنَ فِى الْاَرْضِ فَسَادًا وَاللّٰهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ وَقَضَيْنَا اِلَى بَنِى اِسْرَاءِيلَ فِى الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِى الْاَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلاَ تَعْثَوْا فِى الْاَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dua hukum Qurani ini yang ditujukan kepada orang Yahudi ini, mengandungi dua dustur umum yang dahsyat yang dilakukan dengan ‘almari tipu helah’ dalam kehidupan masyarakat manusia bangsa itu. Ini kerana seperti mana al-Quran menyatakan bahawa bangsa itulah yang mengkucar-kacirkan kehidupan masyarakat manusia, menggalakkan usaha dan pekerjaan dengan modal lalu melaga-lagakan antara orang miskin dengan yang kaya, melakukan riba yang berkali ganda lalu menjadikannya sebab kepada penubuhan bank dan menghimpunkan harta melalui helah dan tipu daya, ia turut menyatakan bahawa bangsa itulah juga yang menyertai setiap jenis pertubuhan perosak untuk membalas dendam ke atas negara-negara dan kuasa yang telah menindas dan selalu menzalimi mereka serta turut campur tangan dalam semua kehuru-haraan.


Contoh: فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ “Jika kalian benar mintalah kematian. Sesekali kalian tidak akan memintanya.” Justeru melalui satu tajuk berkenaan peristiwa tertentu bagi sebuah jemaah kecil dalam majlis Nabawi, ia menyatakan bahawa lisanul hal bangsa Yahudi yang terkenal dengan sifat sangat cintakan hidup dan takutkan mati daripada semua bangsa lain tidak akan mengingini kematian dan tidak akan meninggalkan sifat cintakan kehidupan sampai Qiamat.


Contoh: ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ dengan tajuk ini ia menyatakan tentang ketentuan takdir masa hadapan bangsa itu dalam bentuk yang umum. Justeru, oleh

111. Page

sebab dustur-dustur dahsyat yang sebegini pada fitrah dan takdir bangsa inilah, maka al-Quran memperlakukan mereka dengan cara yang sangat keras dan memberikan tamparan didikan yang dahsyat. Maka daripada contoh-contoh tadi kiaskanlah semua juzuk dan kisah Nabi Musa dan Bani Israel dengan kisah ini. Sekarang, di sebalik kalimah-kalimah ringkas dan juzuk-juzuk perbahasan al-Quran seperti kemukjizatan kilauan keringkasan pada Cahaya Keempat ini, terdapat kilauan-kilauan kemukjizatan yang sangat banyak. Sesungguhnya kepada yang arif, satu isyarat adalah mencukupi.


Cahaya Kelima: Keluarbiasaan al-Quran dari sudut maqasid dan masail(perkara), maani(makna) dan uslub, lataif(perangai) dan mahasin(perkara yang indah).


Ya jika diperhatikan kepada surah-surah dan ayat-ayat al-Quran Mu’jizul Bayan khususnya pembukaan-pembukaan surah, permulaan ayat dan maqto’nya, kelihatan bahawa dengan menghimpunkan semua jenis balaghah, semua bahagian fadhilat kalam, semua jenis uslub yang tinggi, semua individu keindahan akhlak, semua ringkasan ilmu-ilmu alam, semua senarai ma’rifah Ilahiyyah, semua dustur bermanfaat bagi kehidupan peribadi dan masyarakat manusia dan semua peraturan bercahaya bagi hikmah tinggi alam semesta langsung tidak kelihatan sebarang tanda kecelaruan. Sebenarnya menghimpunkan jenis-jenis berlainan sebanyak itu di suatu tempat tanpa menimbulkan perdebatan dan kecelaruan hanya boleh  menjadi kerja satu susunan mukjizat al-Qahhar. Sebenarnya sudah tentu dalam semua kesyumulan ini bersama dengan peyusunan tersebut, sepertimana telah diterangkan dan dibuktikan dalam dua puluh empat kalimah yang lalu, mengoyakkan tirai kebiasaan yang merupakan punca kejahilan yang sangat besar dengan penerangan yang tajam, mengeluarkan dan memperlihatkan keluarbiasaan yang terselindung di bawah tirai adat, menghancurkan kemelampauan tabiat yang menjadi sumber kesesatan dengan pedang emas bukti, membelah lapisan tebal lena kelalaian dengan gema laungan umpama guruhnya, membuka dan mendedahkan rahsia terkunci alam semesta dan segala keajaiban penciptaan alam yang melampaui hikmah manusia adalah  tentunya kerja-kerja luarbiasa suatu mukjizat seperti al-Quran yang cintakan hakikat, membuka ghaib, menyuluh hidayah dan menunjukkan kebenaran.


Ya, sekiranya ayat-ayat al-Quran diperhatikan dengan keinsafan kelihatan bahawa ia tidak menyerupai rantaian suatu pemikiran tadriji(secara berperingkat) yang menumpukan satu dua tujuan seperti semua kitab yang lain. Bahkan ia mempunyai sikap spontan dan pada masanya, difahami daripada perjalanannya bahawa itu ditempatkan dan setiap taifahnya yang datang bersama secara bebas memiliki tanda kedatangannya dari tempat yang jauh dan sangat serius dan penting dalam bentuk perkhabaran yang satu-satu dan pendek pendek. 


Ya, selain daripada al-Khaliq alam semesta siapakah yang boleh melakukan perkhabaran yang sangat berkaitan tentang al-Khaliq alam semesta setahap ini? Keluar secara sangat jauh daripada kemampuannya lalu menyebabkan al-Khaliq Zuljalal berkata-kata dengan caranya sendiri dan menyebabkan alam semesta berkata dengan benar.


Ya, di dalam al-Quran kelihatan percakapan as-Sani’ alam ini dan kerja mempercakapkan secara sangat bersungguh-sungguh, hakiki, tinggi dan benar oleh-Nya. Tidak ada walau satu pun tanda yang boleh menirunya. Ia bercakap dan mempercakapkan. Sebagai contoh kemustahilan, sekiranyaMusailimatul Kazzab keluar daripada kemampuannya yang tidak berpenghujung lalu meniru percakapan al-Khaliq Zuljalalnya yang merupakan Pemilik kemuliaan dan kemegahan tersebut dengan fikirannya sendiri dan mempercakapkan alam semesta dengannya, nescaya akan ada ribuan lambang peniruan dan ribuan tanda kepalsuan. Kerana dalam keadaan yang paling hina setiap keadaan mereka yang memakai sikap yang paling tinggi, ia memperlihatkan kepeniruanannya. Maka lihat dan perhatikan ayat وَالنَّجْمِ اِذَا هَوَى مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْىٌ يُوحَى yang memberitahu dengan sumpah ini.


Sinaran Ketiga: Kemukjizatan yang terhasil melalui perkhabaran ghaib al-Quran Mukjizul Bayan, menerusi pemeliharaan keremajaannya di setiap kurun dan melalui kehadirannya yang sesuai dengan setiap lapisan manusia. Sinaran ini mempunyai tiga jilwah.


Jilwah Pertama: Perkhabaran ghaibnya. Ada tiga pancaran bagi penjelmaan ini. 

Pancaran Pertama: Perkhabaran ghaibnya tentang masa lampau. Ya secara sepakat melalui lidah seorang zat yang ‘ummi’ dan ‘amin’, al-Quranul Karim menceritakan tentang kejadian-kejadian penting dan peristiwa-peristiwa penting para nabi melalui perkhabaran yang kuat dan bersungguh-sungguh sehingga diakui oleh kitab-kitab seperti Taurat dan Injil. Ia selari dengan tajuk-tajuk yang telah disepakati oleh kitab-kitab terdahulu. Dalam perbahasan yang tidak disepakati, ia memperincikan hakikat peristiwa yang berkenaan dengan cara membetulkannya. Ini bermakna, seribu pandangan ghaib al-Quran melihat hal ehwal masa silam melebihi kitab-kitab terdahulu dan ia mensucikan kitab-kitab itu dalam perkara-perkara yang disepakati bagaikan seorang pembenar. Manakala pada masalah-masalah yang tidak disepakati ia menjadi perungkai bagaikan seorang penyemak. Walhal perkhabaran al-Quran tentang kejadian dan hal ehwal masa lalu bukanlah kerja yang ‘aqli untuk dikhabarkan melalui akal. Bahkan perkara naqli yang bergantung kepada sam’iyyat. Naqal pula adalah khusus

112. Page

bagi ahli qiraat dan kitabah (mereka yang boleh membaca dan menulis – lawan ummi). Kawan dan lawan telah bersepakat bahawa al-Quran turun kepada seorang tokoh yang tidak boleh membaca dan menulis, terkenal dengan sifat amanah dan digelar ummi. Malah ia mengkhabarkan hal ehwal masa lalu itu dalam bentuk yang hebat yakni ia membicarakannya seolah-olah ia nampak semua peristiwa itu. Ini kerana, ia mendapat ikatan kehidupan dan roh satu peristiwa yang panjang. Ia menjadikannya sebagai mukadimah kepada tujuannya. Ini bermakna, fazlakah(singkatan) dan khulasah(ringkasan) di dalam al-Quran menunjukkan bahawa (Tuhan) yang memperlihatkan khulasah dan fazlakah ini melihat semua masa lalu dengan seluruh hal ehwalnya. Ini kerana sepertimana seorang yang pakar dalam suatu ilmu atau seni memperlihatkan kemahiran dan keupayaan orang-orang itu dengan satu kata-kata yang ringkas dan dengan satu seni kecil yang singkatan, sesungguhnya khulasah dan roh peristiwa yang disebutkan dalam al-Quran juga memperlihatkan bahawa yang memberitahu perkara-perkara itu mengetahui segala peristiwa dan melihatnya. Sekiranya boleh dikata, ia mengkhabarkan dengan satu kemahiran yang luarbiasa. 

Pancaran Kedua: Perkhabaran ghaibnya tentang masa hadapan. 

Bahagian ini ada banyak jenis perkhabaran. Bahagian Pertama adalah khusus. Bahagian ini adalah khusus sebahagian kepada ahli kasyaf dan para wali. Contoh: Muhyiddin al-‘Arabi telah menemui terlalu banyak perkhabaran ghaib dalam surah آلٓم غُلِبَتِ الرُّومُ.

Imam Rabbani telah melihat isyarat dan perkhabaran bagi muamalah ghaib yang banyak melalui potongan-potongan huruf pada permulaan surah. Begitulah seterusnya. Bagi para ulama’ kebatinan, al-Quran dari mula sampai akhir adalah daripada jenis perkhabaran ghaib. Kita pula akan mengisyaratkan kepada satu bahagian yang akan menjadi milik semua. Ini juga banyak peringkatnya. Kita hanya akan membicarakan tentang hanya satu peringkat. Justeru al-Quranul Hakim berkata kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Perkhabaran ghaib yang dinyatakan oleh banyak ayat seperti:

فَاصْبِرْ اِنَّ وَعْدَ اللّٰهِ حَق *

لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ اِنْ شَاءَ اللّٰهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُوسَكُمْ وَ مُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ *


هُوَ الَّذِى اَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ *

وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ فِى بِضْعِ سِنِينَ*

لِلّٰهِ الْاَمْرُ *

فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ بِاَيِّكُمُ الْمَفْتُونُ *

اَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُونِ *

قُلْ تَرَبَّصُوا فَاِنِّى مَعَكُمْ مِنَ الْمُتَرَبِّصِينَ *

وَاللّٰهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ *

فَاِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَ لَنْ تَفْعَلُوا *

وَ لَنْ يَتَمَنَّوْهُ اَبَدًا *

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِى الْآفَاقِ وَفِى اَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ اَنَّهُ الْحَقّ *


قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْاِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اَنْ يَاْتُوا بِمِثْلِ هٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَاْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا *


يَاْتِى اللّٰهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ اَذِلَّةٍ عَلَى الْمُومِنِينَى اَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللّٰهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لاَئِمٍ *

قُلِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا *


قُلْ هُوَ الرَّحْمٰنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِى ضَلاَلٍ مُبِينٍ *


وَعَدَ اللّٰهُ الَّذ۪ينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى الْاَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذ۪ينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِى ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ اَمْنًا *


telah terbukti benar. Justeru perkhabaran ghaib yang merasakan satu keyakinan yang kukuh tanpa keraguan, penuh kesungguhan dan keyakinan daripada lidah seorang insan yang menerima terlalu banyak tentangan dan kritikan dan mungkin kehilangan dakwahnya disebabkan oleh kesalahannya yang paling kecil memperlihatkan dengan muktamad bahawa insan itu mendapat ilmu daripada Ustaz Azalinya kemudian baginda menyampaikannya. 

Pancaran Ketiga: Perkhabaran ghaib tentang hakikat-hakikat Ilahi, hakikat-hakikat alam dan urusan-urusan Akhirat. Ya, penerangan al-Quran tentang hakikat-hakikat Ilahi dan penjelasan kauniyahnya(mengenai alam semesta) yang membongkar rahsia alam semesta dan membuka misteri penciptaan alam adalah perkhabaran ghaib yang paling penting. Ini kerana, pergi mencari hakikat-hakikat ghaib itu dalam jalan kesesatan yang tidak terhitung secara istiqamah bukanlah dan tidak mungkin adalah kelebihan akal manusia. Adalah dimaklumi bahawa para cendekiawan manusia yang paling bijak tidak sampai dengan akal mereka walaupun kepada yang terkecil bagi perkara-perkara itu. Selepas penjelasan al-Quran tentang hakikat-hakikat Ilahi dan alam yang telah ditunjukkannya, selepas pemurnian jiwa dan penyucian hati dan selepas peningkatan rohani dan kesempurnaan akal, fikiran manusia akan berkata: “Sodaqta” dan akan menerima hakikat-hakikat tersebut dan berkata: “Barokallah!” kepada al-Quran.

Penerangan dan pengisbatan bahagian ini sebahagiannya telah ada dalam Kalimah Kesebelas. Tidak perlu diulang lagi. Hal ehwal akhirat dan barzakh pula secara jelas tidak mampu difikirkan dan difahami oleh akal secara bersendirian. Tetapi melalui jalan-jalan yang ditunjukkan oleh al-Quran, ia mengisbatkannya bagaikan telah melihatnya. Dalam Kalimah Kesepuluh telah diterangkan dan diisbatkan tentang betapa benar dan haknya perkhabaran ghaib ini. Rujuklah kepadanya.

113. Page

Jilwah Kedua: Keremajaan al-Quran. 

Al-Quran memelihara kesegaran dan keremajaannya bagaikan ia diturunkan secara segar di setiap kurun. Ya, sebagai satu khubah yang azali dan oleh sebab ia berkhitab kepada semua lapisan manusia di semua kurun secara sekali gus, al-Quran perlu mempunyai satu keremajaan yang begitu kekal. Malah, ia dilihat dan kelihatan begitu. Hatta ia memandang, memperlihatkan dan memberi pengajaran daripada kurun-kurun yang berlainan dari segi pemikiran dan berlawanan dari segi persediaan, seolah-olah ia dikhususkan kepada kurun tersebut. Kesan-kesan manusia dan undang-undangnya menua, berubah dan diganti seperti manusia. Tetapi hukum-hukum al-Quran dan undang-undangnya adalah sangat tetap dan kukuh sehingga semakin kurun berlalu semakin banyak ia memperlihatkan kekuatannya.

Ya, kurun ini dan orang ahli Kitab kurun ini yang paling banyak bergantung kepada diri sendiri dan menutup telinga terhadap kata-kata al-Quran adalah sangat berhajat kepada khitab al-Quran “يَا اَهْلَ الْكِتَابِ يَا اَهْلَ الْكِتَابِ” yang penuh bimbingan. Ini kerana khitab itu seolah-olah secara langsung menghadap kepada kurun ini. Lafaz “يَا اَهْلَ الْكِتَابِ” turut mengandungi makna “يَا اَهْلَ الْمَكْتَبِ”. Dengan seluruh kesungguhan, kesegaran dan keremajaannya ia mengumandangkan laungan “يَا اَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا اِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَ بَيْنَكُمْ” ke seluruh penjuru alam. 


Sebagai contoh, di hadapan al-Quran yang tidak mampu dibantah, individu-individu dan jemaah-jemaah hatta ketamadunan sekarang yang merupakan natijah pemikiran semua bangsa manusia bahkan para jin juga telah mengambil kedudukan sebagai penyanggah kepada al-Quran. Mereka menentang kemukjizatan al-Quran dengan sihir mereka. Maka sekarang ini,  untuk mengisbatkan dakwaan kemukjizatan al-Quran pada ayat “قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْاِنْسُ وَالْجِنُّ” terhadap penentangan baharu yang dahsyat ini, kami akan membandingkan ketamadunan asas-asas dan dustur-dustur yang diletakkannnya dalam bentuk penentangan dengan asas-asas al-Quran.


Di Tahap Pertama: Perbandingan-perbandingan dan neraca-neraca daripada Kalimah Pertama sehingga ke Kalimah Kedua Puluh Lima dan ayat-ayat yang merupakan hakikat-hakikat serta kepaala-kepala kalimah itu mengisbatkan kemukjizatan al-Quran dan kemenangannya ke atas ketamadunan di tahap dua kali dua empat.

Di Tahap Kedua: Menyimpulkan sebahagian dustur-dusturnya sebagaimana telah diisbatkan dalam Kalimah Kedua Belas. Sesungguhnya melalui falsafahnya, ketamadunan sekarang menerima ‘kekuatan’ sebagai noktah sandaran dalam kehidupan bermasyarakat manusia. Menganggap ‘manfaat’ sebagai tujuannya. Ia menjadikan ‘perdebatan’ sebagai dustur kehidupannya. Menerima ‘perkauman’ dan ‘semangat kebangsaan yang negatif’ sebagai tali pengikat kumpulan-kumpulannya. Manakala matlamatnya ialah ‘sesetengah perkara lagha’ demi mententeramkan keinginan nafsu dan menambahkan hajat manusia. 


Sedangkan keistimewaan kekuatan ialah pencerobohan’. Keistimewaan manfaat ialah ‘pergaduhan’. Ini kerana ia tidak mencukupi untuk setiap kehendak. Keistimewaan dustur perbalahan ialah ‘menghentam sesama sendiri’. Keistimewaan perkauman pula, oleh sebab ia adalah menyara hidup dengan cara menelan yang lain maka ia adalah ‘pencabulan’. Justeru, daripada daripada dustur-dustur ketamadunan inilah maka bersama dengan semua kecantikannya, ia memberikan sejenis kebahagiaan palsu kepada dua puluh peratus manusia dan telah mencampak lapan puluhnya kepada ketidaktenteraman dan kehinaan.

Tetapi hikmah al-Quran pula, sebagai ganti kepada kekuatan, noktah persandarannya ialah ‘menerima kebenaran’. Sebagai ganti kepada manfaat, matlamatnya ialah ‘menerima kelebihan dan redha Ilahi’. Sebagai ganti kepada dustur perbalahan ia menjadikan dustur ‘bertolong bantu’ sebagai asas dalam kehidupan. Sebagai ganti kepada perkauman dan kebangsaan ia menerima ‘ikatan agama, kelas dan negara’ sebagai tali pengikat kumpulan-kumpulan. Matlamatnya ‘menghalang kemelampauan keinginan nafsu yang haram’ lalu mendorong roh kepada ketinggian dan menjamin keinginan yang tinggi dan mendorong manusia kepada kesempurnaan kemanusiaan lalu menjadikannya insan (sebenar). 

Sesungguhnya keistimewaan kebenaran ialah ‘kesepakatan’. Keistimewaan kelebihan ialah ‘persandaran’. Keistimewaan taawun ialah ‘berlumba membantu satu sama lain’. Keistimewaan agama ialah ukhuwwah dan tarikan(injizab). Keistimewaan mengikat nafsu amarah dengan menahannya dan membiarkan roh bebas dengan menyebatnya kepada kesempurnaan ialah ‘kebahagiaan di dua dunia’. Justeru dengan kebaikan-kebaikan yang diambil oleh ketamadunan masa kini  daripada agama-agama samawi yang terdahulu dan terutamanya daripada bimbingan-bimbingan al-Quran,  maka pada pandangan hakikat yang sebegini ia telah kalah kepada al-Quran. 

Tahap Ketiga: Sebagai contoh kami hanya akan memperlihatkan tiga atau empat masalah daripada ribuan masalah. Ya, oleh sebab dustur-dustur dan undang-undang  al-Quran datang daripada keazalian maka ia akan pergi kepada keabadian. Ia tidak menua lalu terhukum dengan kematian seperti undang-undang ketamadunan. Ia sentiasa muda dan kuat. Sebagai contoh: Dengan semua kumpulan kebajikannya, dengan semua disiplin dan peraturannya yang keras bagai memaksa dan dengan semua pusat-pusat pendidikan moralnya, ketamaduan tidak boleh menentang dua isu al-Quranul Hakim lalu telah tersungkur kalah. Sebagai contoh: “وَاَقِيمُوا الصَّلوَةَ وَآتُوا الزَّكَوةَ”

dan “  وَاَحَلَّ اللّٰهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَوا”

Kami akan menerangkan kemenangan penuh kemukjizatan al-Quran ini dengan satu mukadimah. Seperti berikut: Sebagaimana telah diisbatkan di dalam Isyaratul I’jaz,

114. Page

sebagaimana sumber semua keruntuhan manusia ialah satu kalimah, sumber semua akhlak yang buruk juga ialah satu kalimah: 

Kalimah Pertama: “Biarlah aku kenyang, jika yang lain mati kerana kebuluran apa aku peduli?”

Kalimah Kedua: “Kamu kerja aku makan.”


Ya golongan awam dan atasan yakni golongan kaya dan miskin dalam kehidupan bermasyarakat manusia (akan) hidup dengan senang (apabila terdapat) keseimbangan di antara mereka. Asas keseimbangan itu ialah ‘Rasa belas dan kasih’ pada golongan atasan serta ‘penghormatan dan ketaatan’ pada golongan bawahan. Sekarang, kalimah pertama mendorong golongan atasan kepada kezaliman, kebiadaban dan ketiadaan belas. Manakala kalimah kedua, apabila ia mendorong golongan awam kepada kebencian, hasad dan penentangan lalu merampas kerehatan manusia beberapa kurun, maka seperti yang dimaklumi semua, natijah daripada persaingan dengan usaha dan modal, muncullah peristiwa besar Eropah di kurun ini. Justeru, sebagaimana ketamadunan tidak dapat mendamaikan dua lapisan manusia itu dengan semua perkumpulan kebajikannya, institusi-institusi moralnya dan disiplin serta peraturan mereka yang ketat, ia juga tidak dapat merawat dua luka parah dalam kehidupan manusia. Al-Quran membendung dan menyembuhkan kalimah pertama dari dasarnya dengan kewajipan zakat. Ya, ayat al-Quran berdiri di pintu alam lalu mengatakan bahawa riba adalah dilarang. Demi untuk menutup pintu pergaduhan, ia menyuruh manusia menutup pintu bank (yang mengamalkan riba). Malah ia melarang murid-muridnya masuk (terlibat dengan bank yang sebegitu).


Asas Kedua: Ketamadunan masa kini tidak menerima poligami. Padanya, hukum al-Quran itu dianggap dan diterima sebagai menyalahi hikmah dan berlawanan dengan maslahat kemanusiaan. Ya, sekiranya hikmah dalam pernikahan hanyalah sekadar untuk melampiaskan syahwat, maka sepatutnya poligami harus adamenjadi. Sedangkan dengan penyaksian semua haiwan dan pembenaran tumbuh-tumbuhan yang berkahwin adalah sabit bahawa  hikmah dan tujuan pernikahan ialah melahirkan zuriat. Kelazatan melampiaskan syahwat pula ialah satu upah kecil yang diberikan untuk menjadikan tugas itu diberi perhatian. Memandangkan dari segi hikmah dan hakikat, sesungguhnya perkahwinan adalah untuk zuriat dan pengekalan jenis, sudah tentu kepada seorang lelaki yang boleh menghamilkan dalam banyak masa sehingga seratus tahun, seorang wanita yang hanya boleh melahirkan sekali dalam setahun dan hanya subur separuh bulan dan jatuh ke dalam putus asa (masuk dalam tempoh menopaus) pada usia lima puluh tahun adalah tidak memadai. Maka (sebab itukah) ketamadunan sekarang moden terpaksa menerima tempat pelacuran yang sangat banyak?


Asas Ketiga: Ketamadunan sekarang yang tiada pertimbangan mengkritik ayat al-Quran di atas (hukum) pemberian satu pertiga (harta pusaka) kepada wanita. Sedangkan oleh sebab kebanyakan hukum dalam kehidupan bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kebanyakan(pada kebiasaan); berdasarkan kebanyakan seorang wanita biasanya menemui seseorang yang akan melindunginya. Manakala lelaki terpaksa melakukan usaha sama dengan seseorang yang akan menjadi beban kepadanya dan meninggalkan/menanggungkan  nafqahnya kepadanya. Justeru, seorang wanita dalam keadaan ini sekiranya dia mendapat separuh daripada bapanya, ia akan menjadikan suaminya kekurangan. Sekiranya lelaki mendapat dua bahagian daripada bapanya, dia akan memberikan satu bahagian untuk pengurusan seorang wanita yang dikahwininya, lalu dia menjadi sama dengan saudara perempuannya. Justeru, (kerani inilah) keadilan al-Quran mewajarkan begini dan telah menghukumkan begini.(29)


(29)  Nota ini ialah satu cebisan daripada pembelaan Layihah Tamyiz terhadap mahkamah dan mendiamkannya. Ini telah menjadi nota kaki kepada maqam ini. aku juga berkata kepada mahkamah pengadilan: Satu keputusan salah yang menghukum seorang manusia yang bersandarkan kepada pembenaran dan kesepakatan tiga ratus lima puluh ribu tafsir dan menuruti/berpandukan iktikad nenek moyang kita yang telah berlalu dalam tempoh seribu tiga ratus lima puluh tahun, dalam seribu tiga ratus lima puluh tahun dan di setiap kurun, satu dustur Ilahi yang paling qudsi dan berhakikat dalam kehidupan bermasyarakat tiga ratus lima puluh juta insan, tentunya sekiranya ada keadilan di muka bumi, ia akan menolak keputusan itu dan akan membatalkan hukuman itu.



115. Page

Asas Keempat: Sebagaimana al-Quran dengan keras melarang penyembahan berhala, ia juga melarang pemujaan gambar yang merupakan sejenis peniruan kepada penyembahan berhala. Ketamadunan pula menganggap gambar-gambarnya adalah daripada kebaikannya sendiri lalu ia mahu menentang al-Quran. Sedangkan gambar-gambar yang tiada bayang atau yang berbayang itu sama ada merupakan kezaliman yang membatu ataupun sifat riya’ yang berjasad ataupun keinginan/hawa nafsu yang berjisim. Ini  kerana ia menyebat dan mendorong keinginan dan manusia kepada kezaliman, riya’ dan hawa nafsu. Al-Quran pula dengan penuh belas kasihan, untuk memelihara kehormatan wanita ia memerintahkan pemakaian tabir sifat malu. Supaya sumber kasih sayang itu tidak menanggung kehinaan di bawah kaki keinginan-keinginan yang keji. Supaya mereka tidak menjadi alat pemuas nafsu dan barang yang tidak berharga. Ketamadunan pula mengeluarkan para wanita daripada sarangnya, mengoyak tabirnya, dan telah menggilakan manusia/mencabut kepalanya. Sedangkan kehidupan berkeluarga itu berterusan/ berkekalan/ berlanjutan dengan/melalui rasa hormat dan cinta yang bersambut  di antara wanita dan lelaki. Sedangkan pendedahan aurat melenyapkan rasa hormat dan rasa cinta yang sejati lalu meracuni kehidupan keluarga. Lebih-lebih lagi pemujaan gambar. Bagaimana ia telah menggoncang akhlak dalam keadaan yang teruk dan menjadi sebab kepada keruntuhan roh dapat difahami dengan perkara berikut: Sesungguhnya sejauh mana memandang jenazah al-marhumah seorang wanita yang cantik yang berhajat kepada rahmat dengan pandangan syahwat dan keinginan amat meruntuhkan akhlak, begitulah juga memandang kepada gambar-gambar wanita yang telah mati ataupun gambar-gambar wanita yang masih hidup yang ibarat jenazah kecil mereka dengan penuh hawa nafsu, lama-kelamaan akan menggoyahkan perasaan tinggi keinsanan dan merosakkannya. Justeru, seperti tiga contoh ini, di samping setiap masalah daripada ribuan masalah al-Quran berkhidmat untuk memastikan kebahagiaan manusia di dunia, ia turut berkhidmat kepada kehidupan abadinya. Kamu boleh mengkiaskan masalah-masalah yang lain dengan masalah-masalah yang telah disebutkan.


Sebagaimana ketamadunan masakini tewas kepada dustur-dustur al-Quran yang berkenaan dengan kehidupan bermasyarakat manusia dan muflis di hadapan kemukjizatan maknawi al-Quran pada noktah hakikat, begitulah juga telah diisbatkan dengan qat’i bahawa falsafah Eropah dan hikmah manusia yang merupakan roh ketamadunan hikmah falsafah adalah lemah dan hikmah al-Quran adalah mukjizat pada perbandingan di antara dua hikmah dengan hikmah al-Quran melalui neraca-neraca dalam dua puluh lima kalimah. Ia sepertimana kelemahan dan kemuflisan hikmah falsafah serta kemukjizatan dan kekayaan hikmah al-Quran telah diisbatkan dalam Kalimah Kesebelas dan Kedua Belas. Kamu boleh merujuk kepadanya.


Malah, sebagaimana ketamadunan masa kini tewas kepada kemukjizatan al-Quran dari segi ilmu dan amalan, begitulah juga nisbah sastera dan balaghah ketamadunan ini kepada sastera dan balaghah al-Quran. Ia adalah seperti nisbah kesedihan dan tangisan putus asa yang kelam bagi seorang anak yatim tanpa pembela serta kebisingan nyanyian seorang kaki botol yang mabuk yang dalam keadaan yang hina berbanding dengan nyanyian kesedihan daripada perpisahan yang sementara oleh seorang kekasih yang mulia dengan penuh kerinduan dan pengharapan serta qasidah-qasidah peniup semangat cintakan negara (patriotik) yang penuh galakan untuk mendorong kepada kemenangan ataupun peperangan dan pengorbanan-pengorbanan yang mulia. Ini kerana, dari sudut pengaruh uslub, sastera dan balaghah memberikan sama ada kesedihan ataupun kegirangan. 


Kesedihan pula ada dua jenis. Sama ada lahir daripada kesedihan yang gelap yang datang daripada kehilangan para kekasih yakni ketiadaan kekasih dan ketiadaan tuan. Ia merupakan kesedihan yang diberikan oleh kesusasteraan sebuah tamadun yang bercampur kesesatan, memuja tabiat dan terbiasa dengan kelalaian. 

Kesedihan kedua datang daripada perpisahan dengan kekasih yakni ada kekasih, cuma bila berpisah ia memberi satu kesedihan yang penuh kerinduan. Justeru kesedihan ini ialah kesedihan yang membawa hidayah dan menyebarkan cahaya yang diberikan oleh al-Quran.

Manakala kegirangan /keceriaan/ kegembiraan, ia juga ada dua jenis. Satunya mendorong nafsu kepada keinginannya. Itu pula merupakan urusan kesusasteraan tamadun penggiat teater, kaki wayang dan novel. Kegirangan /keceriaan/ kegembiraan kedua ialah galakan yang suci yang latif dan beradab untuk mendiamkan nafsu yang bertujuan menyampaikan roh, hati dan akal kepada rahsia ketinggian, tanah air asal dan kediaman abadi. Itu pula ialah kegirangan /keceriaan/ kegembiraan yang diberikan oleh al-Quran Mukjizul Bayan yang mendorong manusia kepada syurga dan kebahagiaan abadi serta melihat Allah dan membawanya kepada keseronokan. 

Justeru, makna agung dan hakikat besar yang diifadahkan oleh لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْاِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اَنْ يَاْتُوا بِمِثْلِ هٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَاْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

, (Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur’an ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain”. Al-Israa’ Ayat 88

116. Page

disangka dengan kecuaian oleh orang yang cetek kefahamannya sebagai satu gambaran yang mustahil untuk satu balaghah yang mubalaghah. Tidak sama sekali! Ia bukan mubalaghah dan bukan satu gambaran yang mustahil bahkan ia adalah satu balaghah yang benar-benar hakikat dan satu gambaran yang mungkin dan akan berlaku. Satu wajah bagi gambaran itu bermakna: Sekiranya semua kata-kata indah insan dan jin yang bukan mengalir daripada al-Quran dan bukan milik al-Quran dihimpunkan, maka ia tidak akan dapat menandingi al-Quran. Malah ia tidak pernah dibandingkan maka tidak diperlihatkan. 

Wajah kedua bermakna: Ketamadunan, hikmah falsafah dan kesusasteraan asing yang merupakan natijah-natijah pemikiran dan hasil-hasil usaha jin, insan hatta syaitan adalah di tahap yang lemah di hadapan hukum-hakam, hikmah dan balaghah al-Quran. Walaubagaimana pun, kami telah perlihatkan contohnya.


Jilwah Ketiga: Al-Quranul Hakim memberi tumpuan dan berkhitab kepada setiap peringkat manusia pada setiap kurun seolah-olah ia secara langsung adalah khusus kepada peringkat tersebut. Ya, sudah tentu al-Quran yang mengajar dan menyeru semua bani Adam dengan semua golongannya kepada keimanan yang merupakan ilmu yang paling tinggi dan teliti dan kepada makrifatullah yang merupakan sains/pengetahuan yang paling luas dan nurani serta kepada hukum-hukum Islam yang merupakan makrifah/ maklumat yang paling penting dan pelbagai teramat perlu memberikan satu pengajaran yang sesuai dengan semua jenis dan kelompok. Sedangkan pengajarannya adalah satu/sama, tidak terpisah. Oleh itu, perlu ada peringkat-peringkat dalam satu pengajaran. Berdasarkan tahap, setiap satunya mengambil satu bahagian pengajaran daripada satu tirai daripada tirai-tirai al-Quran. Kami telah menyebutkan banyak contoh bagi hakikat ini maka bolehlah dirujuk kepadanya. Cumanya di sini kami hanya akan mengisyaratkan kepada habuan kefahaman bagi hanya dua peringkat bagi satu atau dua bahagiannya.


Sebagai contoh: “لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ”


Habuan kefahaman golongan awam yang merupakan golongan kebanyakan daripada ayat di atas ialah: Allah Taala adalah suci daripada bapa, anak, yang serupa dan pasangan. Bagi golongan yang lebih pertengahan daripada ini (mereka faham bahawa ia adalah) penafian ketuhanan Nabi Isa ‘Alaihissalam, para Malaikat dan benda-benda yang boleh beranak. Ini kerana menafikan sesuatu yang mustahil secara zahir adalah tidak berfaedah. Oleh sebab itu dikehendaki sesuatu pewajar hukum yang yang boleh menjadi sumber faedah dalam balaghah. Justeru, apa yang dikehendaki daripada penafian anak dan bapa yang terkhusus kepada jasmani pula ialah penafian ketuhanan bagi apa jua yang memiliki anak, bapa dan sesuatu yang setara dengan sesuatu itu serta memperlihatkan ketidaklayakan itu semua untuk disembah. Daripada rahsia inilah maka Surah al-Ikhlas sentiasa dapat/ boleh memberi faedah kepada semua. 

Habuan kefahaman bagi golongan yang lebih terkehadapan/maju: Allah Taala adalah suci daripada semua ikatan-ikatan yang boleh menghidukan peranakan dan pemberanakan terhadap semua maujudat. Dia bebas daripada para sekutu, pembantu dan apa yang sejenis dengan-Nya. Bahkan nisbah-Nya kepada maujudat ialah al-Khallaqiyyah. Dia menjadikan dan mewujudkan dengan perintah ‘Kun Fayakun’ dan iradah azali dan ikhtiar-Nya. Dia bebas daripada setiap ikatan yang menafikan kesempurnaan seperti wajib, terpaksa dan terjadi tanpa kehendak. 

Habuan kefahaman bagi golongan yang lebih tinggi ialah: Allah Taala adalah azali, Abadi, Awal dan Akhir. Tiada sebarang tandingan, yang setara, yang serupa, yang sama, yang seumpama dan diumpamakan dengan-Nya sama ada pada zat, pada sifat ataupun pada perbuatan-Nya. Cuma dalam perbuatan-perbuatan-Nya dan urusan-urusan-Nya terdapat perumpamaan yang mengifadahkan penyamaan: “وَلِلّٰهِ الْمَثَلُ الْاَعْلَى”

Kamu boleh mengkiaskan pemilik habuan-habuan yang berbeza-beza seperti golongan ‘arifin, asyiqin dan siddiqin kepada golongan ini.


Contoh Kedua: “مَا كَانَ مُحَمَّدٌ اَبَا اَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ”


Habuan kefahaman bagi golongan pertama daripada ayat di atas ialah: Saidina Zaid yang merupakan pembantu Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ataupun yang dipanggil anakku oleh baginda telah menceraikan isterinya yang mulia kerana mendapati isterinya tidak sekufu dengannya. Dengan perintah Allah, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengambilnya. Ayat ini berkata: “Sekiranya Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam memanggil kalian sebagai “anakku”. Baginda bercakap dari sudut kerasulan. Baginda bukanlah bapa kalian dari segi peribadinya sehingga wanita yang dikahwini baginda  tidak sesuai dengan baginda.” 

Habuan kefahaman bagi golongan kedua:  Seorang ketua yang besar memandang/menjaga rakyatnya dengan rasa kasih seperti bapa. Sekiranya ketua itu ialah seorang Raja Nurani zahir dan batin, waktu itu oleh sebab rasa belasnya seratus kali ganda lebih lebih terkehadapan daripada rasa kasih bapa maka anggota masyarakat itu memandang kepadannya dengan pandangan kebapaan bagaikan (mereka adalah) anak sebenarnya. Oleh sebab pandangan bapa tidak boleh berubah kepada pandangan pasangan/suami dan oleh sebab pandangan perempuan juga tidak berubah dengan mudah kepada pandangan pandangan isteri, maka oleh sebab perkahwinan baginda dengan anak perempuan orang mukmin tidak sesuai kepada rahsia ini menurut pandangan umum maka al-Quran berkata: “Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam

117. Page

mengasihi kalian dengan pandangan belas kasihan Ilahi dan melakukan pergaulan bagaikan bapa. Atas nama kerasulan, kalian adalah seperti anak-anak baginda. Tetapi dari segi peribadi keinsanan  baginda bukanlah bapa kalian supaya pernikahan baginda dengan anak kalian menjadi tidak munasabah. 

Golongan ketiga faham seperti berikut: Maknanya ialah, kalian tidak sepatutnya menasabkan (diri kalian) kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Kalian tidak boleh bergantung kepada kasih baginda yang seperti bapa dengan bersandar kepada kesempurnaan baginda lalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Ya, terdapat ramai orang bergantung kepada para pembesar dan mursyid mereka lalu menjadi malas. Hatta sesetengah orang berkata: Solat kami telah ditunaikan (seperti sesetengah Alawi (pengikut Syiah)).


Nuktah Keempat: Sesetengah orang memahami satu isyarat ghaib seperti berikut daripada ayat di atas. Anak-anak lelaki Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak akan menjadi lelaki dewasa, maka atas satu hikmah tiada keturunan/anak-anak baginda (membesar) sebagai lelaki dewasa. Namun oleh sebab melalui ifadah (ungkapan) rijal ia mengisyaratkan bahawa baginda menjadi bapa kepada Nisa’, maka  zuriat baginda akan berterusan menerusi nisa’. Kesyukuran kepada Allah kerana zuriat mulia Saidatina Fatimah Radhiyallahu ‘Anha iaitu dua purnama bercahaya bagi dua rantaian nurani seperti Saidina Hasan Dan Hussain meneruskan keturunan maknawi dan maddi mentari kenabian baginda.

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَ عَلَى آلِهِ


Syu’lah Pertama dengan tiga Syua’telah tamat.

Syu’lah Kedua: Syu’lah Kedua mempunyai tiga Nur.

  Nur Pertama: Walaupun kewujudan satu kelancaran yang murni/ suci, keselamatan yang tinggi, tasanud (keadaan saling bersandaran) yang kukuh dan tanasub (keadaan saling bersesuaian) yang utuh, ta’awun (keadaan saling bantu-membantu) yang kuat di antara ayat-ayat dan bentuk-bentuknya dan tajawub (keadaan saling jawab-menjawab) yang tinggi di antara ayat-ayat dan maksud-maksudnya adalah sabit melalui penyaksian ribuan imam yang bijak seperti al-Zamakhsyari, as-Sakkaki dan Abdul Qahir al-Jurjani bagi Ilmu Bayan dan  Maani. Walaupun  terdapat lapan atau sembilan sebab utama yang boleh mematahkan dan merosakkan tajawub, ta’awun, tasanud, kelancaran dan keselamatan itu, namun sebab-sebab itu tidak merosakkan bahkan memberi kekuatan kepada kelancaran, keselamatan dan tasanudnya. Sebab-sebab itu hanya melaksanakan sedikit hukumnya lalu telah mengeluarkan kepala mereka daripada tirai peraturan dan kelancaran sebagaimana sebahagian juluran dan duri-duri kecil keluar daripada sebatang pohon yang tetap dan tegak. Tetapi itu semua tidak keluar untuk merosakkan kesesuaian pokok. Bahkan juluran dan duri-duri itu keluar untuk memberikan buah yang merupakan sebab kepada penyempurnaan dan keindahan pokok yang berhias itu. Sama seperti itu, sebab-sebab ini juga mengeluarkan kepala-kepala mereka yang tajam untuk mengifadahkan makna-makna berharga kepada kelancaran susunan al-Quran. 

Justeru, walaupun al-Quranum Mubin itu diturunkan berperingkat-peringkat menurut keadaan dan sedikit-sedikit secara berasingan dalam dua puluh tahun, namun padanya terdapat kesempurnaan kemunasabahan yang memperlihatkan seolah-olah ia telah turun secara sekaligus.

Al-Quran itu juga, walaupun datang menurut asbabun Nuzul (sebab-sebab penurunan) yang berlainan dan berasingan, ia memperlihatkan kesempurnaan persandaran yang begitu hebat seolah-olah ia telah turun dengan sebab yang satu. 

Al-Quran itu, walaupun datang sebagai jawapan kepada soalan-soalan yang berlainan dan berulang-ulang, namun ia memperlihatkan kesebatian/keserasian dan kesatuan yang sangat hebat seolah-olah ia adalah satu jawapan kepada soalan yang satu. 

Walaupun al-Quran datang untuk menjelaskan hukum-hukum kejadian yang berubah-ubah dan banyak, namun ia memperlihatkan satu kesempurnaan penyusunan yang begitu hebat seolah-olah ia adalah penjelasan bagi peristiwa yang satu. 

Walaupun al-Quran turun dengan tanazzulat kalamiyyah dalam uslub-uslub yang sesuai dengan kefahaman para mukhatab yang tidak terkira dalam keadaaan yang berlainan dan bermacam-macam, namun  ia memperlihatkan satu kecantikan tamasul dan kelancaran yang sangat indah sehinggakan seolah-olah keadaan adalah satu dan satu tahap kefahaman yang memperlihatkan satu kelancaran yang mengalir seperti air. 

Malah walaupun al-Quran itu menjadi mutakallim yang menghadap kepada kelas-kelas/lapisan mukhatab yang berbeza dan dan banyak, namun terdapat

118. Page

kemudahan penjelasan, kelancaran aturan dan kejelasan pemahaman sehingga seolah-olah mukhatabnya ialah satu kelas/lapisan. Sehingga setiap golongan merasai bahawa secara jelas mukhatab hanyalah dirinya sendiri. 

Walaupun al-Quran turun untuk membawa dan memberi petunjuk kepada sesetengah tujuan berbentuk bimbingan yang bermacam-macam dan berperingkat-peringkat, namun ia mempunyai satu kesempurnaan istiqamah, ketelitian perbandingan dan keindahan penyusunan yang begitu hebat seolah-olah tujuannya adalah satu. 

Justeru, sebab-sebab ini ialah sebab-sebab kecelaruan, namun telah digunakan dalam kemukjizatan penerangan al-Quran serta pada kelancaran dan kemunasabahannya. Ya, setiap orang yang hatinya tidak sakit, akalnya sejahtera, sanubarinya tiada penyakit dan perasaannya tenang akan nampak satu kelancaran yang indah, tanasub yang gemilang, keseimbangan yang menawan dan kefasihan yang tetap pada penerangan al-Quran. Serta orang yang pada pandangannya terdapat mata yang baik nampak bahawa pada al-Quran terdapat satu mata yang sangat hebat sehingga mata itu melihat seluruh alam semesta dengan zahir dan batinnya bagaikan satu muka surat yang jelas dan di hadapan mata, berpusing sebagaimana yang ia kehendaki dan melafazkan makna-makna muka surat itu dalam bentuk yang diingininya. Sekiranya kami menerangkan hakikat Nur Pertama itu dengan contoh-contoh, maka ia memerlukan beberapa jilid. Jika begitu, dengan berpada dengan penerangan-penerangan mengenai pengisbatan hakikat ini dalam risalah-risalah berbahasa Arabku yang lain, dalam Isyaratul I’jaz dan dalam dua puluh lima buah kalimah lalu aku memperlihatkan himpunan al-Quran secara sekaligus.

  

Nur Kedua: Nur ini adalah mengenai keistimewaan kemukjizatan yang ada pada ringkasan-ringkasan yang diperlihatkan di penghujung ayat-ayat al-Quranul Hakim dan pada uslub unggul pada sudut Asmaul Husna.


Satu peringatan: Akan didatangkan ayat yang banyak dalam Nur Kedua ini. Ayat-ayat itu, bukanlah contoh bagi nur kedua sahaja bahkan menjadi contoh bagi masalah-masalah dan sinaran-sinaran yang terdahulu.  Menerangkan ini semua dengan haknya yang sebenar memakan masa yang panjang. Maka buat masa ini aku terpaksa meringkaskan dan mengijmalkannya. Untuk itu dengan mengisyaratkan satu persatu ayat yang merupakan contoh daripada rahsia kemukjizatan ini dalam bentuk yang sangat ringkas, kami menangguhkan perinciannya kepada waktu yang lain.

Justeru, al-Quran Mukjizul bayan biasanya menyebutkan sesetengah ringkasan di penghujung ayat-ayatnya sehingga ringkasan-ringkasan itu mengandungi sama ada Asmaul Husna ataupun makna-maknanya ataupun mendorong akal kepada tafakkur ia menyerahkannya kepada akal ataupun ia mengandungi satu kaedah menyeluruh daripada maqasid al-Quran sehingga ia membuat ringkasan untuk mengukuh dan menguatkan ayat. Justeru, sesetengah isyarat daripada hikmah al-Quran yang tinggi dan sesetengah renjisan daripada air kehidupan hidayah Ilahi pada ringkasan-ringkasan itu terdapat sesetengah percikan daripada petir/kilat kemukjizatan al-Quran. Sekarang kami hanya akan menyebutkan sepuluh daripada isyarat-isyarat yang banyak itu secara ijmal. Kami juga akan mengisyaratkan satu contoh daripada contoh-contohnya yang sangat banyak dan dan makna mujmal bagi hakikat daripada setiap satu daripada hakikat-hakikatnya yang banyak. Kebanyakan sepuluh isyarat ini, berada terhimpun bersama-sama dalam kebanyakan ayat lalu membentuk satu ukiran kemukjizatan yang hakiki. Serta kebanyakan ayat-ayat yang kami datangkan sebagai contoh adalah contoh kepada kebanyakan isyarat. Kami hanya akan memperlihatkan satu isyarat daripada setiap ayat. Kami akan mengisyaratkan secara ringkas hanya kepada makna bagi yang telah disebutkan/dinyatakan perbahasannya dalam Kalimah-kalimah yang terdahulu daripada ayat-ayat yang akan kami datangkan.

     

Keistimewaan Jazalah yang Pertama:  Al-Quranul Hakim, melalui penerangan-penerangannya yang bermukjizat membentangkan dan menghamparkan perbuatan dan karya-karya as-Sani’ Zuljalal kepada pandangan. Kemudian ia mengistikhrajkan (mengeluarkan) nama-nama Ilahi pada karya-karya dan perbuatan-perbuatan-Nya itu, ataupun mengisbatkan satu tujuan asal al-Quran seperti Hasyir dan tauhid. Contoh daripada contoh-contoh makna yang pertama: 

خَلَقَ لَكُمْ مَا فِى الْاَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّيهُنَّ سَبْعَ سَمٰوَاتٍ” “وَهُوَ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيمٌ”

Contoh daripada contoh-contoh bahagian kedua: 

“اَلَمْ نَجْعَلِ الْاَرْضَ مِهَادًا وَ الْجِبَالََ اَوْتَادًا وَخَلَقْنَاكُمْ اَزْوَاجًا”

Sehingga akhirnya sampai kepada “اِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا”. Seperti makadimah satu natijah dan satu maksud yang penting yang kesan-kesannya telah dibentangkan dalam ayat pertama, ia menghamparkan karya-karya-Nya yang menjadi saksi melalui tujuan dan peraturannya kepada ilmu dan qudrat. Ia mengistikhrajkan nama al-‘Alim. Dalam ayat yang kedua, sebagaimana telah diterangkan sedikit dalam Noktah Ketiga Sinaran Pertama Syu’lah Pertama, dengan menyebutkan perbuatan-perbuatan besar Allah Taala, dan kesan-kesan-Nya yang agung, ia menyebutkan Hasyir yang merupakan yaumul Fisal (hari perpisahan) di penghujungnya sebagai natijah.


Nuktah Balaghah yang Kedua: Al-Quran membuka dan memperlihatkan tenunan/jalinan kesenian Ilahi kepada pandangan manusia. Kemudian ia memintas/memijak/memintal jalinan/tenunan pada natijah itu di dalam nama-nama ataupun menyerahkannya kepada akal. Contoh daripada contoh-contoh pertama: 



119. Page

قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْاَرْضِ اَمَنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَىَّمِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْاَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللّٰهُ فَقُلْ اَفَلاَ تَتَّقُونَ فَذٰلِكُمُ اللّٰهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ



 Justeru, di permulaan ia menyebut: “Siapakah yang menyediakan langit dan bumi sebagai dua khazanah untuk rezeki kalian dan menurunkan hujan dari sana dan mengeluarkan biji benih dari sini? Adakah sesiapa selain Allah yang boleh mendatangkan langit dan bumi yang luas sebagai dua khazanah yang patuh? Jika begitu, kesyukuran hanya terbatas untuk-Nya.” Dalam perenggan yang kedua ia berkata: “Siapakah pemilik mata dan telinga kalian yang merupakan anggota kalian yang paling berharga? Dari kilang dan kedai manakah kalian telah membelinya? Hanya Rabb kalian yang boleh memberikan mata dan telinga berharga yang latif ini. Dialah yang mewujudkan dan mentarbiah kalian. Ini semua Dia yang telah berikan. Jika begitu, Rabb hanyalah Dia dan hanya Dia yang boleh menjadi al-Ma’bud.” Dalam perenggan yang ketiga ia menyebut: “Siapakah yang menghidupkan bumi yang telah mati lalu menghidupkan ratusan ribu golongan yang telah mati? Siapakah selain Allah dan selain al-Khaliq seluruh alam semesta yang boleh melakukan kerja ini? Sudah tentu hanya Dia yang melakukannya. Dia yang menghidupkan. Memandangkan Dia adalah al-Haq maka Dia tidak akan mensia-siakan hak. Dia akan menghantar kalian ke sebuah mahkamah tertinggi. Sebagaimana Dia telah menghidupkan bumi, Dia juga akan menghidupkan kalian.” Dalam perenggan yang keempat ia berkata: “Siapakah selain Allah yang boleh menguruskan dan mentadbir alam semesta yang luas ini seperti sebuah istana dan sebuah kota dengan penuh penyusunan? Memandangkan tiada sesiapa atau sesuatu yang boleh menjadi seperti itu selain Allah, maka qudrat yang menguruskan alam semesta yang besar beserta semua jirimnya dengan penuh kesenangan adalah tiada kekurangan setahap itu dan tidak berpenghujung sehingga tidak akan ada sebarang keperluan-Nya kepada sekutu, campur tangan, pertolongan dan bantuan. Yang menguruskan alam semesta yang besar tidak akan membiarkan/ menyerahkan makhluk-makhluk yang kecil kepada tangan lain. Maknanya, mahu tidak mahu kalian akan berkata Allah. Justeru perenggan pertama dan keempat menyebut Allah. Perenggan kedua menyebut Rabb dan perenggan ketiga menyebut al-Haq. Maka fahamilah betapa bermukjizatnya ayat فَذٰلِكُمُ اللّٰهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ. Demikianlah Allah Taala menyebutkan urusan-urusan-Nya yang agung dan tenunan-tenunan qudrat-Nya yang utama. Kemudian, kilang karya-karya dan tenunan-tenunan yang agung itu menyebut  فَذٰلِكُمُ اللّٰهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ yakni, dengan menyebut nama-nama al-Haq, Rabb dan Allah ia memperlihatkan sumber urusan-urusan yang agung itu.


Daripada contoh-contohnya yang kedua:

اِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِى تَجْرِى فِى الْبَحْرِ بِمَايَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا اَنْزَلَ اللّٰهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَاَحْيَا بِهِ الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْاَرْضِ َٓلايَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Demikianlah, selepas mengira tenunan/jalinan kesenian seperti tajalli kekuasaan Uluhiyyah pada penciptaan langit dan bumi yang memperlihatkan kesempurnaan Qudrat dan dan keagungan Rububiyyah Allah Taala dan menjadi saksi kepada keesaan-Nya dan tajalli Rububiyyah pada persilih gantian malam dan siang, tajalli rahmat dengan penundukan kapal yang merupakan perantara terbesar kepada kehidupan bermasyarakat manusia di lautan, tajalli keagungan qudrat pada pembawaan/ penukaran muka bumi kepada bentuk mahsyar keajaiban setelah menghantar air kehidupan dari langit kepada bumi yang telah mati dan menghidupkan bumi dengan seratus ribu kelompoknya, tajalli rahmat dan qudrat pada penciptaan haiwan-haiwan berlainan yang tidak terkira banyaknya di muka bumi daripada tanah yang biasa, tajalli rahmat dan hikmah pada penggerakan dan pengurusan angin untuk membawanya kepada keadaan yang baik untuk pernafasan untuk menugaskan dan mentadbir dengan tugas-tugas yang agung seperti khidmat untuk pernafasan dan percambahan/pendebungaan tumbuhan dan haiwan, tajalli Rububiyyah pada penundukan awan-gemawan yang merupakan perantara rahmat di antara bumi dan langit seperti menghimpunkan dan menyuraikannya dalam keadaan tergantung seperti mahsyar keajaiban dan mengarahkannya berehat lalu memanggilnya bertugas seperti tentera ayat al-Quran mendorong akal kepada hakikat-hakikatnya dan kepada perinciannya dan untuk menyuruhnya bertafakkur ia menyebut لايَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ. Untuk menyedarkan akal-akal melaluinya maka ia menyerahkannya kepada akal.    

    

Keistimewaan Jazalah yang Ketiga: Kadang-kadang al-Quran memperincikan perbuatan-perbuatan Allah Taala. Kemudian ia meringkaskannya dengan satu kesimpulan. Memberi qanaah dengan perinciannya, menjadikannya dipelihara dengan ijmal dan mengikatnya. Sebagai contoh:

وَكَذٰلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَاْوِيلِ الْاَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا اَتَمَّهَا عَلَى اَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ اِبْرَاهِيمَ وَاِسْحٰقَ اِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ


Justeru menerusi ayat di atas, al-Quran mengisyaratkan nikmat-nikmat yang diberikan kepada Saidina Yusuf ‘Alaihissalam dan moyang-moyangnya. Ia berkata: “Allah Subhanahu wa Taala telah meninggikan kalian dengan maqam kenabian di kalangan semua manusia, mengikat semua rantaian para nabi kepada rantaian kalian, menjadikan rantaian kalian sebagai ketua semua rantaian di kalangan bangsa manusia, mendatangkan keturunan kalian dalam bentuk kamar pendidikan dan hidayah kepada ilmu-ilmu Ilahi dan hikmah Rabbani, lalu menghimpunkan kesultanan dunia dengan ilmu dan hikmah secara penuh kebahagiaan dengan kebahagian abadi akhirat pada kalian, menyebutkan dan mengira nikmat Ilahi yang menjadikannya sebagai ketua yang mulia, nabi yang tinggi dan pembimbing yang bijaksana untuk Mesir dengan ilmu dan hikmah.” Seterusnya al-Quran menyebutkan bahawa Allah telah mengistimewakan Nabi Yusuf ‘Alaihisssalam, bapa-bapa dan moyangnya dengan ilmu dan hikmah.

120. Page

Kemudian ia berkata: “Rabbmu adalah al-‘Alim dan al-Hakim. Rububiyyah dan hikmah-Nya menuntut supaya Dia menjadikanmu, bapa-bapa dan moyangmu sebagai penerima kepada nama al-‘Alim dan al-Hakim.” Demikianlah al-Quran mengijmalkan nikmat-nikmat yang terpisah itu dengan kesimpulan ini. Contohnya lagi:


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٦) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (٢٧)


Sesungguhnya ayat ini memperlihatkan urusan-urusan Allah pada kehidupan bermasyarakat bangsa manusia seperti berikut: Kemuliaan dan kehinaan, kefakiran dan kekayaan adalah bergantung dengan kehendak dan iradah Allah Taala secara langsung. Maknanya hatta urusan-urusan yang paling serabut bagi lapisan kasrah sekalipun adalah dengan kehendak dan takdir Ilahi. Tasaduf (kebetulan) tidak boleh campurtangan. Justeru, selepas hukum ini dinyatakan, kerja yang paling penting dalam kehidupan insan ialah rezekinya. Ayat tadi mengisbatkan dengan satu atau dua mukadimah bahawa ia telah dihantar daripada khazanah Rahmat ar-Razzaqul Haqiqi  secara langsung. Ia seperti berikut: 

Ia berkata: “Rezeki kalian adalah bergantung kepada kehidupan bumi. Pembangkitan bumi pula memandang kepada musim bunga. Musim bunga pula adalah di tangan Zat yang menundukkan matahari dan bulan serta menukar malam dan siang. Oleh itu, hanya Zat yang boleh memenuhkan seluruh muka bumi dengan semua buah sahaja dapat memberikan sebiji epal kepada seseorang sebagai rezeki yang hakiki dan menjadi ar-Razzaq hakiki kepadanya. Kemudian al-Quran juga berkata: “وَ تَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ”. Dalam ayat ini ia mengijmalkan dan mengisbatkan perbuatan-perbuatan yang ada perincian tersebut. Yakni Dialah yang memberi rezeki yang tidak terhitung kepada kalian yang boleh melakukan perbuatan-perbuatan ini. 


Nuktah Balaghah yang Keempat: Kadang-kadang al-Quran menyebut makhluk-makhluk Allah dengan satu susunan, kemudian, dengan memperlihatkan bahawa terdapat peraturan dan neraca bagi makhluk-makhluk itu dan terdapat buah-buah baginya. Ia seolah-olah memberikan satu ketelusan dan sinaran yang kemudian memperlihatkan nama-nama Ilahi yang jilwahnya didapati daripada susunannya yang seperti cermin itu. Seolah-olah makhluk-makhluk yang disebutkan itu ialah lafaz-lafaz dan nama-nama itu adalah makna-maknanya. Ataupun nama-nama itu adalah benih bagi buah-buah tersebut ataupun ringkasan-ringkasannya. 

Sebagai contoh: 

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِينٍ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِى قَرَارٍ مَكِينٍ ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ اَنْشَاْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ “فَتَبَارَكَ اللّٰهُ اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ”


Demikianlah al-Quran menyebutkan dan menyusun peringkat-peringkat penciptaan insan yang ajaib, menakjubkan, unggul, tersusun dan seimbang itu dalam bentuk yang seperti cermin sehingga ia kelihatan secara sendiri di dalam “فَتَبَارَكَ اللّٰهُ اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ” dan berkata kepada dirinya sendiri. Hatta, ketika seorang penulis wahyu menulis ayat ini, sebelum kalimah ini belum datang lagi ia telah mengucapkan kalimah ini. Beliau telah menyangka “agaknya adakah wahyu juga telah datang kepadaku?”. Sedangkan  ia adalah ketelusan dan kelancaran kesempurnaan kalam sebelum ini. Contohnya lagi:  

اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِى اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِاَمْرِهِ اَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالْاَمْرُ تَبَارَكَ اللّٰهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Demikianlah al-Quran memperlihatkan keagungan qudrat Ilahi dan kekuasaan Rububiyyah dalam ayat di atas dalam bentuk yang sangat hebat sehingga Matahari bulan dan bintang-bintang bagaikan askar-askarnya yang patuh siaga untuk perintah-Nya, memutarkan malam dan siang seperti garisan putih dan hitam ataupun seperti dua pita di belakang satu sama lain lalu oleh sebab ia telah memperlihatkan al-Qadir Zul jalal yang menulis ayat-ayat rububiyyah-Nya di atas mukasurat-mukasurat alam semesta dan berdiri di atas arasy rububiyyah-Nya, lalu jika setiap roh mendengarnya mereka akan menjadi tidak sabar untuk melafazkan “بَارَكَ اللّٰهُ مَاشَاءَ اللّٰهُ فَتَبَارَكَ اللّٰهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ”, maknanya “تَبَارَكَ اللّٰهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ” menjadi kesimpulan, benih, buah dan air kehidupan yang terdahulu.

        

Keistimewaan Jazalah yang Kelima: Kadang-kadang al-Quran menyebut tentang perkara-perkara juz’i berbentuk maddi yang terdedah kepada perubahan dan menjadi punca kepada cara yang berlainan. Untuk mengubah itu semua kepada bentuk hakikat-hakikat yang sabit, al-Quran mengijmalkan dan mengikatnya dengan nama-nama yang sabit, nurani dan kulli. Ataupun ia mengakhirinya dengan satu natijah yang boleh mendorong kepada tafakkur dan renungan. Contoh daripada contoh-contoh makna pertama:    

وَعَلَّمَ آدَمَ الْاَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلٰئِكَةِ فَقَالَ اَنْبِئُونِى بِاَسْمَاءِ هٰولاَءِ اِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ قَالوُا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ  الْحَكِيمُ*


 Demikianlah, mula-mula ayat ini menyebutkan satu peristiwa juz’i iaitu ilmu merupakan punca kepada pengutamaan Saidina Adam ‘Alaihissalam ke atas para malaikat dalam masalah khilafah. Kemudian dalam peristiwa itu al-Quran menceritakan peristiwa kekalahan para malaikat kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam dari sudut ilmu. Kemudian ia mengijmalkan dua peristiwa ini dengan dua nama yang kulli. Yakni “اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ”. Yakni oleh sebab al-‘Alim dan al-Hakim ialah Engkau, maka Engkau telah

121. Page

mengajar Adam lalu dia telah mengalahkan kami. Oleh sebab Engkau adalah al-Hakim, Engkau memberikan kami menurut persediaan kami. Engkau memberikan pengutamaan menurut persediaannya. Contoh daripada contoh-contoh makna yang kedua:

     “وَاِنَّ لَكُمْ فِى الْاَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّافِى بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَاءِغًا لِلشَّارِبِينَ” hingga akhir dan “وَفِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ”.

Justeru, dua ayat ini selepas memperlihatkan ayat bahawa Allah Taala telah menjadikan makhluk-makhluk-Nya seperti biri-biri, kambing, lembu dan unta sebagai mata air susu yang murni, bersih dan lazat untuk insan, ciptaan-Nya seperti anggur dan kurma sebagai sajian dan kawah nikmat yang latif, lazat dan manis untuk manusia serta mukjizat qudrat-Nya yang kecil seperti lebah sebagai pembuat manisan yang baik yang berpenawar dan manis, lalu untuk mendorong kepada mengkiaskan benda-benda lain juga ia berkata “اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ”

dan mengakhirinya.


Nuktah Balaghah yang Keenam: Kadang-kadang berlaku bahawa ayat membentangkan hukum-hukum Rububiyyah kepada peringkat kasrah yang luas, kemudian menempatkannya dengan satu ikatan wahdah yang ibarat sudut kesatuan ataupun menempatkannya dan satu kaedah yang menyeluruh. Sebagai contoh:

“وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ وَلاَ يَودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ” demikianlah, dalam Ayatul Kursi di samping mengisbatkan sepuluh peringkat ketauhidan melalui sepuluh ayat pada warna-warna yang berbeza, melalui ayat “مَنْ ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلاَّ بِاِذْنِهِ” ia memotong dan melempar kesyirikan dan campur tangan yang lain dengan satu kekerasan yang tajam. Serta oleh sebab ayat ini menzahirkan Ismul A’zam maka makna-maknanya yang merujuk kepada hakikat-hakikat Ilahi adalah di tahap yang tertinggi sehingga ia memperlihatkan satu urusan Rububiyyah di tahap yang tertinggi. Malah setelah menyebutkan tadbir Uluhiyyah yang menghadap secara serentak kepada semua langit dan bumi di tahap yang tertinggi sebagai satu sifat penjagaan yang merangkumi semua,  ia menyimpulkan satu ikatan wahdah dan sudut kesatuan dan sumber-sumber tajalli/jelmaan  yang teringgi itu dengan “وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ”. 


Contohnya lagi:

اَللّٰهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ وَاَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَاَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِىَ فِى الْبَحْرِ بِاَمْرِهِ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْاَنْهَارَ وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَاءِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَآتَيكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَاَلْتُمُوهُ وَاِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوهَا


Sesungguhnya ayat-ayat ini, mula-mula (menceritakan) kepada insan bagaimana Allah Taala telah menjadikan alam semesta yang luas ini ibarat sebuah istana lalu menghantar air kehidupan daripada langit ke bumi. Kemudian sebagaimana Dia telah menugaskan bumi dan langit untuk menyampaikan rezeki kepada manusia, memberi kemudahan beristifadah kepada setiap orang daripada setiap jenis buah yang ada di seluruh muka bumi serta dengan menganti-gantikan buah-buah usahanya kepada manusia lalu untuk menyediakan setiap jenis sumber kehidupannya, Dia telah menundukkan kapal tersebut kepada insan. Yakni, Dia telah memberi satu keadaan yang begitu hebat kepada laut, angin dan pokok sehingga, angin menjadi seperti cemeti, kapal sebagai kuda dan laut seperti padang pasir di bawah tapak kaki kuda itu. 

Di samping menjadikan manusia ada hubungan dengan seluruh muka bumi melalui perantaraan kapal, Allah telah menundukkan anak-anak sungai dan sungai-sungai yang besar masing-masing ibarat perantara pengangkutan fitrah bagi insan serta dengan memperjalankan matahari dan bulan lalu untuk mempersembahkan musim-musim dan nikmat-nikmat al-Mun’imul Haqiqi yang berwarna warni yang berubah-ubah dalam musim-musim kepada insan Dia telah menjadikan (matahari dan bulan) sebagai dua petugas yang patuh. Untuk mengalih almari yang besar itu Dia telah menjadikan keduanya ibarat dua pengemudi. Manakala malam dan siang telah ditundukkan kepada manusia yakni untuk tidur yang tenang Dia telah menjadikan malam sebagai selimut dan siang sebagai tempat berdagang untuk sara hidupnya. 

Justeru, selepas membilang nikmat-nikmat Ilahi ini, Dia memperlihatkan betapa nikmat-nikmat yang diberikan kepada insan adalah satu daerah yang sangat luas lalu memperlihatkan di tahap mana nikmat yang tidak terhitung dalam daerah itu melalui natijah-natijah itu. Yakni, melalui lidah persediaan dan keperluan fitrah, apa saja yang telah diminta oleh insan semuanya telah diberikan. Nikmat Ilahi kepada insan tidak akan habis dengan kiraan dan tidak akan luak. Ya, memandangkan langit dan bumi ialah hamparan nikmat bagi manusia dan benda-benda seperti matahari, bulan, malam dan siang yang merupakan sebahagian daripada nikmat di atas hidangan itu, maka sudah tentu nikmat-nikmat yang menghadap kepada insan tidak mungkin dikira dan dihitung.

    

Rahsia Balaghah yang Ketujuh: Kadang-kadang berlaku bahawa al-Quranul Karim memperlihatkan tujuan-tujuan dan buah-buah musabbab untuk meminggirkan sebab zahirnya daripada kemampuan mengadakan dan memperlihatkan bahawa ia adalah jauh daripadanya. Supaya difahami bahawa sebab hanyalah satu tirai yang zahir. Ini kerana, mengehendaki tujuan-tujuan yang sangat bijaksana dan buah-buah yang penting sepatutnya hanya menjadi urusan Dzat yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Sebabnya pula adalah tidak berakal dan kaku. Malah, dengan menyebutkan buah dan tujuannya, ayat memperlihatkan bahawa sebab-sebab secara zahirnya kelihatan bersambung dan bersatu dengan musabbab-musabbab pada pandangan zahir dan wujud. Tetapi, pada hakikatnya di antara mereka terdapat satu jarak yang jauh. Terdapat kejauhan yang sangat jauh seperti dari sebab kepada pewujudan musabbab sehingga tangan bagi satu sebab yang terbesar tidak dapat mencapai pewujudan satu musabbab yang paling bawah. Justeru, pada jarak yang jauh di antara sebab dan musabbab, satu persatu nama Ilahi muncul bagaikan bintang. Tempat kemunculan mereka ialah jarak

122. Page

maknawi itu. Ia adalah sebagaimana gunung-ganang kelihatan bersambung dan dekat dengan kaki langit di daerah ufuk pada pandangan zahir.

Sedangkan sebagaimana terdapat satu jarak yang besar yang merupakan tempat muncul semua bintang dan tempat tinggal benda-benda yang lain daripada daerah ufuk gunung sehingga kaki langit, maka terdapat satu jarak maknawi sebegitu di antara sebab-sebab dan musabbab-musabbab yang mana ia dapat dilihat melalui teropong keimanan dan nur al-Quran. 

Sebagai contoh: 

فَلْيَنْظُرِ الْاِنْسَانُ اِلَى طَعَامِهِ اَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبا ثُمَّ شَقَقْنَا الْاَرْضَ شَقا فَاَنْبَتْنَا فِيهَا حَبا”

“وَ عِنَبًا وَ قَضْبًا وَ زَيْتُونًا وَ نَخْلاً وَ حَدَاءِقَ غُلْبًا وَ فَاكِهَةً وَ اَبا مَتَاعًا لَكُمْ وَ لِاَنْعَامِكُمْ

Demikianlah, dengan menyebut mukjizat qudrat Ilahi melalui satu susunan hikmah, ayat suci ini mengikat sebab-sebab kepada musabbab-musabbab lalu melalui lafaz “مَتَاعًا لَكُمْ” pada yang paling akhir ia memperlihatkan satu tujuan yang mengisbatkan bahawa terdapat al-Mutasarrif yang tersembunyi yang melihat tujuan itu dan memantaunya di dalam semua sebab dan musabbab yang berkesinambungan itu dan sebab-sebab itu adalah tirai-Nya. Ya, melalui ungkapan “مَتَاعًا لَكُمْ وَ ِلاَنْعَامِكُمْ” al-Quran meminggirkan semua sebab daripada kemampuan mewujudkan. Secara maknawi ia berkata: “Untuk menyampaikan rezeki kepada kalian dan haiwan kalian maka air datang dari langit. Oleh sebab pada air itu tiada kemampuan untuk merasa kasihan kepada kalian dan haiwan kalian lalu mengasihi dan menyampaikan rezeki, maka maknanya air tidak datang sendiri bahkan dihantar. Tanah pula direkahi dengan tumbuh-tumbuhannya lalu rezeki kalian datang dari situ. 

 Namun oleh sebab tanah yang tiada perasaan dan akal itu adalah sangat jauh daripada kemampuan untuk memikirkan rezeki kalian lalu mengasihi kalian, maka tanah itu tidak merekah secara sendiri bahkan ada Dzat yang membuka pintu itu dan memberikan nikmat-nikmat ke tangan kalian. Malah oleh sebab rumput-rampai dan pokok-pokok adalah sangat jauh daripada memikirkan rezeki kalian lalu dengan penuh belas kasihan menyampaikan buah-buah dan biji-bijiannya kepada kalian, maka ayat di atas memperlihatkan bahawa mereka ialah tali-tali dan pita-pita yang dihulurkan oleh al-Hakimur Rahim dari sebalik tabir kerana Dia telah memasang nikmat-nikmat-Nya kepada tali dan pita itu dan menghulurkannya kepada benda-benda hidup. Justeru, daripada penerangan-penerangan ini kelihatan tempat-tempat kemunculan banyak nama seperti ar-Rahim, ar-Razzaq, al-Mun’im dan al-Karim

Contohnya lagi:

“اَلَمْ تَرَ اَنَّ اللّٰهَ يُزْجِى سَحَابًا ثُمَّ يُولِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلاَلِهِ وَ يُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَ يَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْاَبْصَارِ

 يُقَلِّبُ اللّٰهُ الَّيْلَ وَ النَّهَارَ اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَعِبْرَةً ِلاُولِى الْاَبْصَارِ وَاللّٰهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِنْ مَاءٍ فَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِى عَلَى بَطْنِهِ وَ مِنْهُمْ مَنْ يَمْشِى عَلَى رِجْلَيْنِ وَ مِنْهُمْ مَنْ يَمْشِى عَلَى اَرْبَعٍ يَخْلُقُ اللّٰهُ مَا يَشَاءُ اِنَّ اللّٰهَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِير”

Demikianlah ketika ayat ini menjelaskan urusan yang ajaib pada penurunan hujan melalui pembentukan awan yang merupakan salah satu daripada mukjizat terpenting daripada mukjizat Rububiyyah dan tabir paling menakjubkan bagi khazanah rahmat, ia berkata: “Seolah-olah keadaan ketika juzuk-juzuk awan telah berserakan di ruang udara lalu bersembunyi, kemudian berkumpul dan terbentuk semula dengan izin Ilahi adalah sebagaimana askar-askar yang pergi berehat berkumpul semula dengan satu bunyi semboyan. Kemudian Allah Taaala menyatukan cebisan-cebisan awan bagaikan kelompok-kelompok kecil membentuk satu pasukan tentera. Lantas Dia menghantar air kehidupan kepada benda hidup daripada cebisan-cebisan awan yang dalam saiz dan bentuk gunung-ganang yang bergerak di hari Qiamat itu, dan dalam bentuk salji dan hujan air batu dari sudut keputihan warna dan kebasahan. Tetapi dalam penghantaran itu kelihatan satu iradah dan niat. Ia datang berdasarkan hajat maka maknanya ia dihantar. Ketika ruang udara adalah bersih, terang dan tiada sebarang benda, cebisan-cebisan seperti gunung tidak berhimpun secara sendiri-sendiri bagaikan satu mahsyar keajaiban, bahkan satu zat yang mengenali benda hiduplah yang menghantarnya. Justeru, kelihatan tempat-tempat kemunculan nama-nama seperti al-Qadir, al-‘Alim, al-Mutasarrif, al-Mudabbir, al-Murabbi, al-Mughis dan al-Muhyi pada jarak maknawi itu.             


Keistimewaan Jazalah yang Kelapan: Kadang-kadang berlaku bahawa al-Quran menyebutkan perbuatan-perbuatan yang ajaib Allah Taala di dunia ibarat persiapan untuk menjadikan hati menerima dan dalam bentuk persediaan untuk menyediakan akal kepada pembenaran/penerimaan perbuatan-perbuatan-Nya yang luarbiasa di akhirat. Ataupun ia menyebut perbuatan-perbuatan ajaib Ilahi yang di masa hadapan atau ukhrawi dalam bentuk yang sangat hebat sehingga datang rasa qanaah kita kepada itu semua melalui banyak bandingan yang kita saksikan. Sebagai contoh: 

“اَوَ لَمْ يَرَ الْاِنْسَانُ اَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَاِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ”

Sehinggalah kepada penghujung surah. Justeru dalam perbahasan ini dalam masalah Hasyir, untuk mengisbatkan Hasyir, al-Quranul Hakim mengisbatkannya dalam tujuh atau lapan bentuk dengan cara yang berlainan. Mula-mula ia memaparkan penciptaan pertama kepada pandangan, ia berkata: “Kalian melihat penciptaan kalian yang daripada nutfah kepada ‘alaqah, daripada ‘alaqah kepada mudghah, daripada mudgah hinggalah kepada penciptaan insan. Maka bagaimanakah boleh berlaku kalian mengingkari penciptaan yang berikutnya?” Ia adalah seperti itu bahkan lebih senang. 

Malah Allah Taala mengisyaratkan kurniaan-kurniaan agung yang telah diberikan-Nya kepada insan melalui kalimah “اَلَّذِى جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْاَخْضَرِ نَارًا” lalu ia

123. Page

berkata: “Dzat yang memberi nikmat begini kepada kalian tidak akan membiarkan kalian tanpa tujuan. Dia tidak akan membiarkan kalian masuk ke dalam kubur tanpa dibangkitkam semula. 

Secara tidak langsung ia berkata: “Kalian nampak pokok-pokok yang telah mati lalu dihidupkan lalu menghijau. Oleh sebab kalian tidak dapat mengkiaskan kehidupan tulang-tulang seperti kayu api maka kalian melihatnya jauh dari akal. Adakah yang menciptakan langit dan bumi boleh menjadi lemah untuk menghidup dan mematikan manusia yang merupakan buah langit dan bumi? Adakah yang menguruskan sebatang pohon yang besar tidak dapat memberikan keutamaan kepada buah pohon itu lalu menjadikannya harta kepada yang lain? Adakah kalian menyangka Dia akan menjadikan pohon penciptaan yang telah diadun dengan hikmah dengan semua juzuknya sebagai sia-sia dan tiada faedah dengan meninggalkan seluruh natijah pohon tersebut? Al-Quran berkata: “Dzat yang akan menghidupkan kalian ialah Dzat yang seluruh alam semesta adalah ibarat askar yang patuh kepada-Nya. Mereka tunduk kepada perintah ‘Kun Fayakun’ dengan penuh kepatuhan. Dia ialah satu Dzat yang bagi-Nya menjadikan sebuah musim bunga adalah semudah sekuntum bunga dan kepada qudrat-Nya menjadikan semua haiwan adalah semudah mewujudkan seekor lalat. Qudrat yang sebegitu tidak boleh dicabar melalui penghinaan dengan mempersoalkan  “مَنْ يُحْيِى الْعِظَامَ” terhadap zat-Nya. Kemudian melalui ungkapan “فَسُبْحَانَ الَّذِى بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْئٍ”: Dia adalah al-Qadir Dzul jalal yang tali kendali setiap benda di tangan-Nya dan anak kunci setiap benda di sisi-Nya. Dia dengan senang boleh mengubah malam dan siang, musim sejuk dan musim panas seperti lembaran-lembaran buku. Dia menutup dan membuka dunia dan akhirat seperti dua buah kediaman. Memandangkan begini, “وَ اِلَيْهِ تُرْجَعُونَ” ialah  natijah semua dalil. Yakni, Dia menghidupkan kalian daripada kubur, membawa kalian ke mahsyar lalu kalian akan melihat perhitungan kalian di hadrat keagunyan-Nya. 

Justeru, ayat-ayat ini, telah menyiagakan akal untuk menerima Hasyir. Ini kerana Dia telah memperlihatkan bandingan-bandingannya dengan perbuatan-perbuatan duniawi. Malah kadang-kadang berlaku bahawa al-Quran menyebutkan perbuatan-perbuatan ukhrawi-Nya dalam bentuk yang manusia merasai/menyedari bandingan-bandingan duniawinya. Supaya tiada ruang untuk istib’ad dan keingkaran. Sebagai contoh: “اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ” hingga akhir dan “اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ” hingga akhir serta “اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ”. Demikianlah dalam surah-surah ini al-Quran menyebut tentang perubahan-perubahan agung dan urusan-urusan Rububiyyah di Hari Qiamat dan Hasyir dalam bentuk yang sebegitu supaya manusia menerima perubahan-perubahan yang memberi kegerunan kepada hati dan tidak boleh difikirkan itu dengan mudah. Ini kerana mereka telah nampak bandingan-bandingan itu semua di dunia sebagai contoh pada Musim Luruh dan Musim Bunga. 


Isyarat kepada makna ijmal tiga surah tersebut juga adalah sangat panjang. Oleh sebab itu kami akan memperlihatkan satu kalimah sebagai contoh. Contohnya kalimah “اِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ”  mengifadahkan bahawa pada Hasyir seluruh amalan bagi semua orang diedarkan dalam keadaan tertulis dalam satu muka surat. Oleh sebab masalah ini sendiri adalah sangat menghairankan maka akal tidak dapat memikirkannya. Tetapi bandingan penyebaran suhuf itu adalah sangat jelas sepertimana bandingan-noktah-noktah lain dalam Hasyir Musim Bunga sebagaimana yang telah isyaratkan oleh surah itu. Ini kerana setiap pohon yang berbuah ataupun rumput yang berbunga juga mempunyai amalan-amalan, perbuatan-perbuatan, tugas-tugasnya dan jika ia telah bertasbih memuji nama-nama Ilahi dalam mana-mana bentuk maka terdapat ubudiah-ubudiahnya. 

Justeru, semua amalannya ini berserta sejarah kehidupannya ditulis pada semua benihnya dan tunas-tunasnya lalu muncul pada musim bunga dan muka bumi yang lain. Sebagaimana ia mengingatkan amalan-amalan induk dan asal-usulnya dalam bentuk yang sangat fasih melalui lidah bentuk dan rupa yang telah diperlihatkannya, melalui dahan, ranting, daun bunga dan buahnya ia menyebarkan lembaran amalannya. Justeru, yang melakukan kerja ini dengan penuh hikmah, pemeliharaan, ketelitian, asuhan dan latif di hadapan mata kita inilah yang berkata: “اِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ”. Maka kiaskanlah noktah-noktah yang lain dengan perkara ini dan sekiranya kamu mempunyai kekuatan, istinbatlah. Untuk membantu kamu kami akan menyatakan perkara berikut juga iaitu “اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ”. Kalam ini, sebagaimana ia mengisyaratkan satu tamsilan yang terang melalui lafaz takwirnya, yakni dengan makna membalut dan menghimpun ia turut memberi petunjuk kepada bandingannya. 

Pertama: Ya,  Allah Taala membuka tirai ketiadaan, athir dan langit lalu Dia mengeluarkan satu lampu seperti berlian yang menerangi dunia seperti matahari daripada khazanah rahmat-Nya lalu memperlihatkannya kepada dunia. Selepas dunia ditutup, Dia akan membalut berlian itu ke dalam tirainya lalu mengangkatnya/mengalihnya. 


Kedua: Ataupun ia seperti pegawai yang ditugaskan untuk menyebarkan/membentangkan barang-barang cahayanya dan membalut cahaya dan kegelapan secara bersilih ganti ke atas bumi. Setiap senja Allah mengarahkan pegawai itu mengumpulkan semula barang dagangannya dan bersembunyi. Kadang-kadang disebabkan adanya tirai awan ia melakukan jual beli hanya sebentar. Kadang-kadang bulan menjadi tirai di hadapan wajahnya lantas menjejaskan sedikit urusannya. Maka sepertimana dia mengumpulkan barang dagangannya dan buku catatan urusannya, sudah tentu pada suatu masa pegawai itu akan berhenti daripada tugasannya. Hatta walaupun tiada sebab pemberhentian tugas, namun dengan membesarnya dua titik yang ketika ini masih kecil tetapi mula membesar di atas wajahnya, dengan perintah Allah,

124. Page

matahari akan mengambil semula cahaya yang telah dilitupkannya ke atas muka bumi dengan izin Allah. Maka Allah akan membalut kepala matahari dan berkata: “Mari, tugasmu di bumi telah tamat. Pergilah ke neraka. Bakarlah mereka yang menyembahmu dan menghina petugas-petugas yang taat sepertimu dengan pengkhianatan (secara tidak benar)”. Lalu matahari membaca firman “اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ” dengan wajahnya yang bertitik hitam.


Nuktah Balaghah yang Kesembilan: Kadang-kadang al-Quranul Hakim menyebutkan sesetengah maksud yang juz’i. Kemudian, melalui perantaraan perkara-perkara yang juz’i itu, untuk mendorong akal-akal kepada di maqam yang kulli, ia mensabitkan tujuan yang juz’i itu dengan cara mengakuinya melalui Asmaul Husna yang ibarat satu kaedah yang menyeluruh, kemudian mentahkik dan mengisbatkannya. Contohnya:    

قَدْ سَمِعَ اللّٰهُ قَوْلََ الَّتِى تُجَادِلُكَ فِى زَوْجِهَا وَتَشْتَكِى اِلَى اللّٰهِ وَاللّٰهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا اِنَّ اللّٰهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Justeru al-Quran berkata: Allah Taala adalah as-Sami’ul Mutlaq. Dia mendengar setiap benda. Hatta melalui nama al-Haq-Nya Dia mendengar pertikaian seorang isteri yang mengadu tentang suaminya terhadapmu yang merupakan satu peristiwa yang paling juz’i. Malah melalui nama ar-Rahim-Nya Dia mendengar dakwaan seorang wanita yang merupakan penerima jilwah rahmat-Nya yang paling latif dan sumber kepada satu hakikat yang paling memerlukan pengorbanan tentang suaminya secara benar dan pengaduannya kepada Allah Taala dalam bentuk perkara yang besar dengan penuh perhatian dan memandangnya dengan nama al-Haq-Nya. Justeru untuk menyeluruhkan/mengkullikan tujuan yang juz’i ini, maka sudah tentu Zat yang mendengar peristiwa yang paling juz’i bagi makhluk, melihat dan di luar daerah kemungkinan alam semesta  perlu menjadi satu Zat yang mendengar dan nampak semua benda. Yang menjadi Rabb kepada alam semesta perlu nampak masalah dan mendengar rintihan makhluk-makhluk kecil yang dizalimi di dalam alam semesta. Yang tidak nampak masalah dan tidak mendengar rintihan mereka tidak boleh menjadi Rabb. Jika begitu melalui ayat “اِنَّ اللّٰهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ” ia mensabitkan dua hakikat yang besar. Contohnya lagi:

سُبْحَانَ الَّذِى اَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَى الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا اِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ


Justeru, selepas menyebut tentang  perjalanan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang merupakan permulaan Mikraj, al-Quran berkata: “اِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ”. Kata ganti diri pada “اِنَّهُ” adalah sama ada untuk Allah Taala ataupun untuk Rasulullah. Sekiranya ia adalah untuk Rasulullah, maka maksudnya adalah seperti berikut: Al-Quran mengatakan bahawa dalam pengembaraan yang juz’i ini terdapat satu perjalanan yang umumi dan satu mikraj yang kulli yang sampai ke Sidratul Muntaha, sampai ke Qaabal Qausain, baginda telah mendengar dan melihat tanda-tanda Rabbani dan keajaiban-keajaiban ciptaan Ilahi yang muncul kepada mata dan telinga baginda pada martabat-martabat nama-nama yang kulli. Al-Quran memperlihatkan bahawa pengembaraan baginda yang kecil dan juz’i itu ibarat anak kunci satu pengembaraan yang kulli dan terhimpun keajaiban. Sekiranya kata ganti diri tersebut merujuk kepada Allah Taala, maka ia bermaksud seperti berikut: Untuk menjemput seorang hamba-Nya ke hadrat-Nya dalam satu pengembaraan lalu menugaskannya dengan satu tugas,  Dia menghantarnya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang merupakan tempat perhimpunan para Nabi lalu mempertemukannya dengan para Nabi setelah memperlihatkan bahawa baginda ialah pewaris mutlak kepada asal agama sekalian Nabi. Seterusnya Allah telah memperjalankannya sampai ke Qaabal Qausain pada kerajaan dan Malakut-Nya. Justeru, secara zahir zat itu ialah seorang hamba yang mengembara dalam satu mikraj yang juz’i. Tetapi pada hamba ini terdapat satu amanah yang berhubungkait dengan seluruh alam semesta. Baginda adalah bersama dengan nur yang akan mengubah warna dunia. Oleh sebab baginda adalah bersama dengan anak kunci yang akan membuka pintu kebahagiaan abadi, maka Allah Taala menyifatkan hamba-Nya ini dengan sifat mendengar dan nampak semua benda. Ini supaya baginda memperlihatkan hikmah-hikmah amanah, nur dan anak kunci itu yang meliputi seluruh alam. 

Contohnya lagi: 

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ جَاعِلِ الْمَلٰئِكَةِ رُسُلاً اُولِى اَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِى الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ اِنَّ اللّٰهَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ

Justeru, dalam surah ini al-Fatir Zul jalal langit dan bumi telah menghias langit dan bumi dalam bentuk yang begitu hebat lalu dengan memperlihatkan kesan-kesan kesempurnaan-Nya Dia menyebabkan para penyaksinya yang tidak terkira melafazkan puja dan pujian kepada-Nya. Begitulah juga Dia telah menghias kedua-duanya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira sehingga langit dan bumi sangat memuji dan memuja al-Fatirur Rahman-Nya itu melalui semua nikmat dan lidah-lidah mata nikmatnya. 


Selepas surah ini berkata begitu, ia berkata lagi: “Sudah tentu Zat Zul Jalal yang memberikan sayap kepada para malaikat yang merupakan penghuni di bintang-bintang yang merupakan istana-istana langit dan di buruj-buruj yang merupakan negara-negara tinggi untuk mereka bersiar-siar dan terbang di sana sepertimana manusia dengan haiwan dan burung yang bersiar-siar dan berjalan dengan peralatan-peralatan dan sayap-sayap yang telah di berikan oleh al-Fatir di dalam bandar-bandar dan negara-negara bumi itu perlu berkuasa kepada setiap benda.” 

Sesungguhnya yang memberikan sayap kepada lalat untuk ia terbang dari sebiji buah kepada buah yang lain, juga kepada pipit untuk ia terbang dari sebatang pokok ke pokok yang lain, maka Dialah juga yang memberikan sayap kepada para malaikat supaya



125. Page

mereka terbang dari Zuhrah ke Musytari dan dari Musytari ke Zuhal. Malah para Malaikat adalah tidak terbatas kepada kejuz’ian seperti penghuni bumi. Suatu tempat tertentu tidak dapat mengikat mereka. Allah memberikan perincian melalui kalimah-kalimah “مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ” sebagai isyarat bahawa para Malaikat berada pada empat butir bintang atau lebih. Justeru, melalui ungkapan pelengkapan para malaikat dengan sayap-sayap yang merupakan kejadian yang juz’i, dengan mengisyaratkan kepada kilang keagungan qudrat yang sangat kulli dan umumi, Dia mentahkikkan dan mensabitkannya dengan natijah “اِنَّ اللّٰهَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ”


Nuktah Balaghah yang Kesepuluh: Kadang-kadang ayat al-Quran menyebutkan tentang amalan-amalan insan yang penuh kederhakaan dan mencelanya dengan satu ancaman yang keras. Namun kemudiannya ia ditamatkan dengan sebahagian nama yang mengisyaratkan kepada rahmat lalu menghiburkan manusia. Ini supaya kekerasan ancaman itu tidak mencampakkan (manusia) kepada keputusasaan dan ketiadaaan harapan,. Sebagai contoh: 

قُلْ لَوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ اِذًا لاَبْتَغَوْا اِلَى ذِى الْعَرْشِ سَبِيلاً سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًا كَبِيرًا تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوَاتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪ وَ لٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ اِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا


Justeru ayat di atas berkata: “Katakanlah sekiranya terdapat sekutu-Nya seperti yang kalian katakan, sudah tentu akan berlaku kecelaruan di mana kesan huluran dan campur tangan kepada ‘arasy Rububiyyah-Nya akan kelihatan. Sedangkan tiap-tiap makhluk daripada tujuh lapisan langit sehingga kepada benda hidup yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop, sama ada kulli atau juz’i, kecil atau besar melalui lidah-lidah jilwah dan ukiran bagi semua nama yang diterimanya bertasbih kepada Zat Zul Jalal yang memiliki Asmaul Husna itu lalu mereka menyucikan-Nya daripada sekutu dan bandingan. Ya, sebagaimana langit menyucikan-Nya melalui kalimahnya yang memancarkan cahaya yang dipanggil matahari dan bintang dan melalui hikmah dan penyusunannya dan mengakui keesaan-Nya, ruang udara juga bertasbih dan menyucikan-Nya dengan suara awan dan melalui kalimah-kalimah petir, guruh dan titisannya dan mengakui keesaan-Nya. Begitulah juga bumi, di samping bertasbih dan mentauhidkan al-Khaliq Zul jalal melalui kalimah-kalimah-Nya yang bernyawa yang dipanggil haiwan, tumbuhan dan maujudat, setiap pohonnya juga bertasbih dan mengakui ketunggalan-Nya melalui kalimah-kalimah daun, bunga dan buah-buahnya. Begitu juga makhluk yang paling kecil dan ciptaan yang paling juz’i, bersama dengan kekerdilan dan kejuz’iannya, memperlihatkan dan mentasbihkan nama-nama kulli yang sangat banyak bagi Zat Zul jalal melalui isyarat ukiran-ukiran dan cara-cara yang dibawanya lalu mengakui keesaan-Nya. 

Al-Quran mengifadahkan betapa kekufuran dan kesyirikan yang manusia lakukan adalah berlawanan dan bertentangan dengan seluruh alam semesta yang telah benar-benar meletakkan tugas ubudiyyah ke tempatnya dengan penuh ketaatan dengan bertasbih kepada al-Khaliq Zul jalal-nya secara sekaligus, dengan satu lidah, secara sepakat lalu menjadi saksi kepada keesaan-Nya. Ia adalah perbuatan yang sangat jelik dan layak kepada hukuman. Sedangkan manusia merupakan intisari alam semesta ini dan natijahnya, khalifahnya yang rapuh, dan buahnya yang sensitif. Namun. untuk tidak menjatuhkan manusia ke dalam keputusasaaan secara keseluruhan, dan untuk memperlihatkan hikmah mengapakah Allah memberi ruang kepada jenayah yang tidak terhingga dan keingkaran yang tidak terkira seperti itu dan mengapakah alam semesta tidak musnah di atas kepala mereka, maka al-Quran berkata: “اِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا”. Dengan penutup itu, al-Quran memperlihatkan hikmah penangguhan hukuman lalu membiarkan satu pintu harapan terbuka. 


Justeru, fahamilah daripada sepuluh isyarat kemukjizatan itu bahawa pada natijah-natijah pada penamat-penamat ayat bersama dengan titis-titis hidayah terdapat kilauan kemukjizatan yang banyak sehingga apabila berhadapan dengan uslub-uslub yang unggul-unggul itu, para cendekiawan balaghah yang paling besar telah menggigit jari dan mengetap bibir mereka kerana sangat hairan dan kagum. Mereka telah berkata: مَا هٰذَا كَلاَمُ الْبَشَرِ  lalu mengimani اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْىٌ يُوحَى dengan haqqal yaqin. Maknanya, dalam sesetengah ayat, bersama dengan semua isyarat yang disebutkan, ia turut mengandungi banyak lagi keistimewaan-keistimewaan lain yang tidak dimasukkan dalam perbahasan kita. Ini kerana pada ijma’ keistimewaan-keistimewaan itu kelihatan satu ukiran kemukjizatan yang begitu hebat sehingga yang buta juga dapat melihatnya.

  

Nur Ketiga Syu’lah Kedua: Al-Quran tidak mungkin dikiaskan dengan kalam-kalam yang lain. Ini kerana peringkat-peringkat kalam, mempunyai empat sumber dari sudut ketinggian, kekuatan,  keelokan dan kecantikan. Pertama mutakallim, kedua mukhatab, ketiga maksud dan keempat ialah maqam. Bukan seperti para sasterawan yang secara salah hanya memperlihatkan maqam. Oleh itu, perhatikanlah “siapa yang telah berkata?”,  “kepada siapakah ia dikatakan?”, “mengapa dia telah berkata?” dan “pada maqam apakah dia telah berkata?” yang terdapat dalam kata-kata. Janganlah hanya memandang dan berhenti pada kata-kata semata-mata. 

Memandangkan kalam mendapat kekuatan dan kecantikannya daripada empat sumber ini, maka jika diperhatikan kepada sumber al-Quran, nescaya darjat balaghah, ketinggian dan kecantikannya dapat difahami. Ya, memandangkan kalam memandang kepada mutakallim, maka sekiranya kalam itu adalah perintah atau tegahan, ia turut mengandungi iradah dan qudrat menurut peringkat mutakallim. Waktu itu kata-kata menjadi tidak terlawan dan memberi kesan fizikal seperti elektrik, dan ketinggian dan kekuatan kalam tersebut bertambah menurut nisbah itu. 



126. Page

Sebagai contoh:  “يَا اَرْضُ ابْلَعِى مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ اَقْلِعِى” Yakni, wahai bumi, tugasmu sudah selesai sedutlah airmu. Wahai langit tiada lagi keperluan, hentikanlah hujan. 

Contohnya lagi: “فَقَالَ لَهَا وَ ِلْلاَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا اَوْ كَرْهًا قَالَتَا اَتَيْنَا طَاءِعِينَ” yakni Allah telah berfirman: “Wahai bumi! Wahai langit! Mahu tidak mahu, datanglah kalian. Jadilah kalian taat kepada hikmah dan qudrat-Ku. Keluarlah daripada ketiadaan dan datanglah ke tempat pameran ciptaan-Ku di alam wujud.” Lalu kedua-duanya berkata: “Kami datang dengan penuh ketaatan. Kami akan melaksanakan semua tugas yang Engkau telah perlihatkan kepada kami dengan kuasa-Mu.” 

Demikianlah, renunglah kepada kekuatan dan ketinggian perintah-perintah yang hakiki dan dilaksanakan/ dipatuhi yang mengandungi kekuatan dan iradah itu. Kemudian adakah perbualan manusia yang bagaikan mengarut kepada benda-benda kaku dalam bentuk perintah seperti “اُسْكُنِى يَا اَرْضُ وَانْشَقِّى يَا سَمَاءُ وَقُومِى اَيَّتُهَا الْقِيَامَةُ” boleh dikiaskan dengan dua perkara itu? 

Ya, di manakah keinginan-keinginan yang lahir daripada cita-cita dan perkara-perkara sia-sia yang lahir daripada keinginan-keinginan itu? Di manakah pula hakikat perintah pada perlaksanaan tugas seorang ketua yang bersifat dengan hakikat keketuaan? Ya, di manakah takhta perintah seorang ketua yang perintahnya dilaksanakan oleh angkatan tenteranya yang patuh dan besar? Sekiranya perintah sebegitu didengari daripada seorang askar bawahan, ketika dua perintah itu adalah sama, namun dari sudut makna terdapat perbezaan seperti di antara seorang askar dengan seorang panglima tentera. 

Contohnya: “اِنَّمَا اَمْرُهُ اِذَا اَرَادَ شَيْئًا اَنْ يَقُوَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ”

Contohnya lagi: “وَاِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوالِآدَمَ”

Perhatikan kepada kekuatan dan ketinggian dua perintah dalam dua ayat tadi kemudian perhatikan kata-kata manusia yang berbentuk perintah. Agaknya tidakkah kata-kata itu bagaikan nisbah seekor kelip-kelip dengan matahari? Ya, pemberian gambaran oleh pemilik yang hakiki pada permulaan kerja dan penerangan-penerangan yang telah disampaikan oleh seniman yang hakiki berkenaan hasil seninya ketika dia bekerja, kurniaan-kurniaan yang telah dijelaskan oleh seorang pemberi nikmat yang hakiki ketika mengurniakan yakni sekiranya untuk mencampurkan kata-kata dan perbuatan dan untuk menggambarkan perbuatannya sendiri kepada mata dan telinga berkata seperti berikut: “Perhatikanlah! Sesungguhnya aku telah melakukan perkara ini dan aku melakukannya begini. Sesungguhnya aku telah melakukan perkara ini untuk perkara ini. Ini akan menjadi begini dan justeru kerana perkara ini maka aku melakukan perkara ini seperti ini.” 

Sebagai contoh: 

اَفَلَمْ يَنْظُرُوا اِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَ زَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِنْ فُرُوجٍ * وَالْاَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَ اَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِىَ وَ اَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ * تَبْصِرَةً وَ ذِكْرَى لِكُلِّ عَبْدٍ مُنِيبٍ * وَ نَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا فَاَنْبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَ حَبَّ الْحَصِيدِ * وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَهَا طَلْعٌ نَضِيدٌ * رِزْقًا لِلْعِبَادِ وَ اَوْحَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذٰلِكَ الْخُرُوجُ *

Gambaran ini yang umpama bintang yang bersinar di langit Al-Quran dan di buruj surah tersebut serta seperti buah-buah syurga ini menyebutkan banyak peringkat dalil melalui penyusunan balaghah di dalam perbuatan-perbuatan itu lalu mengisbatkan Hasyir yang merupakan natijahnya melalui ungkapan “كَذٰلِكَ الْخُرُوجُ”. Maka di manakah perihal mendiamkan mereka yang mengingkari Hasyir di permulaan surah dan di manakah perbahasan sia-sia oleh manusia tentang perbuatan-perbuatan yang amat sedikit kaitannya dengan mereka? Gambar-gambar bunga tiruan tidak boleh berada di tahap yang sama dengan bunga-bunga sebenar yang hidup. Penjelasan tentang mafhum-mafhum daripada “اَفَلَمْ يَنْظُرُوا” sehingga “كَذٰلِكَ الْخُرُوجُ” secara baik pasti memakan masa. Maka dengan mengisyaratkan (kepada satu perkara) kami akan beralih tajuk.

Ia seperti berikut: Di permulaan surah, oleh sebab orang kafir mengingkari Hasyir maka untuk memaksa mereka menerima Hasyir, al-Quran telah membentangkan mukadimah seperti berikut: Ia berkata: “Adakah kalian tidak memerhatikan langit yang berada di atas kalian? Bagaimanakah kami telah membinanya dalam bentuk yang sangat tersusun dan hebat? Malah adakah kalian tidak nampak bagaimana kami telah menghiasi bulan dan matahari dengan bintang-bintang? Kami tidak meninggalkan sebarang kesilapan dan kekurangan. Serta adakah kalian tidak nampak bagaimana kami telah menghamparkan bumi untuk kalian dan kami telah membentangkannya dengan penuh hikmah? Kami telah mengukuhkan gunung-ganang di tempat itu. Kami telah memeliharanya daripada limpahan/ hentaman lautan. Tidakkah kalian nampak bahawa kami telah menjadikan sayur dan tumbuhan yang berpasangan dari setiap jenis yang penuh warna-warni di tempat itu? Kami telah mengindahkan setiap penjuru bumi dengan benda-benda yang indah itu. Tidakkah kalian melihat bagaimana kami menghantar air yang berkat dari langit? Dengan air itu Aku telah menjadikan kebun, taman biji benih dan pohon-pohon berbuah lazat yang tinggi seperti kurma lalu Aku menghantar dan menyampaikan rezeki kepada hamba-hamba-Ku melaluinya. Tidakkah kalian nampak bahawa dengan air itu Aku telah menghidupkan semula negara yang telah mati? Sebagaimana Aku mengeluarkan pohon-pohon ini dengan qudratku daripada negara yang telah mati, kalian juga akan keluar begitu semasa Hasyir. Pada hari Qiamat Bumi akan mati namun kalian akan keluar dalam keadaan selamat. Justeru, di manakah jazalah penerangan yang telah diperlihatkan dalam pengisbatan Hasyir ayat tadi yang hanya merupakan satu daripada ribuan isyarat yang kami boleh isyaratkan dan di manakah kalimah-kalimah yang dihamburkan oleh insan untuk satu dakwaan?

Daripada permulaan risalah ini sampai sekarang, atas nama mencari kebenaran dalam bentuk penghujahan yang saksama dan untuk menyuruh seorang musuh yang degil menerima kemukjizatan al-Quran, kami telah membiarkan banyak hak al-Quran



127. Page

terselindung. Kami telah meletakkan matahari itu sebaris dengan lilin-lilin lalu kami membandingkannya. Sekarang dengan menyempurnakan tugas mencari kebenaran, al-Quran telah mengisbatkan kemukjizatannya dalam bentuk yang terang. Maka sekarang bukan atas nama mencari kebenaran, kami akan mengisyaratkan maqam sebenar al-Quran yang tidak mungkin dibandingkan melalui satu atau dua kalimah atas nama hakikat. 

Ya, nisbah kalam-kalam yang lain kepada ayat-ayat al-Quran adalah seperti nisbah pantulan halus bagi bintang-bintang yang kelihatan pada kaca-kaca dengan bintang-bintang yang sama. Ya, di manakah kalimah-kalimah al-Quran yang setiap satunya menggambarkan dan memperlihatkan tiap-tiap hakikat yang sabit? Di manakah pula fikiran manusia dan makna-makna yang telah dilukis dengan kalimah-kalimah oleh perasaan manusia pada cermin-cermin kecilnya? Ya, di manakah kalimah-kalimah al-Quran yang hidup seperti malaikat yang mengilhamkan nur-nur hidayah dan merupakan kalam al-Khaliq Zul jalal matahari dan bulan dan di manakah pula kalimah-kalimah menyengat bagi manusia untuk membangkitkan hawa nafsunya melalui hembusan-hembusan sihirnya dan kehalusan-kehalusannya yang menipu? Ya, apa jua nisbah makhluk perosak dan serangga yang menyengat dengan para malaikat yang mulia dan rohaniyyin yang nurani, itulah juga nisbah kalimah-kalimah manusia dengan kalimah-kalimah al-Quran. Kalimah Kedua Puluh Lima ini bersama dua puluh empat kalimah yang terdahulu telah mengisbatkan hakikat-hakikat ini. Dakwaan kami ini bukannya tiada dalil, burhannya ialah natijah yang telah disebutkan. 

Ya, di manakah lafaz-lafaz al-Quran yang setiap satunya adalah cengkerang mutiara-mutiara hidayah, sumber hakikat-hakikat keimanan, punca asas-asas keislaman, yang datang secara langsung daripada Arasy ar-Rahman, yang memandang ke atas alam semesta dan kepada manusia di luarnya lalu turun dan mengandungi ilmu, qudrat dan iradah serta khitab azali? Di manakah lafaz-lafaz manusia yang mengikut nafsu, menyembahnya, sia-sia dan mengikut kehendak? Ya, di manakah al-Quran yang menjadikan al-Quran ibarat  sebatang pohon Tuba lalu menyebarkan alam Islam ini dengan semua maknawiyat, syiar dan kesempurnaan dustur dan hukum-hakamnya dalam bentuk daunan kemudian memperlihatkan tiap-tiap asfiya’ dan walinya ibarat sekuntum bunga dengan air kehidupan pohon itu dalam bentuk yang segar dan indah lalu membuahkan semua kesempurnaan dan hakikat-hakikat alam dan Ilahi lalu menjadikan banyak benih pada buah-buahnya sebagai dustur yang praktikal dan ibarat program dan al-Quran yang memperlihatkan hakikat-hakikat berkesinambungan yang juga dalam bentuk pohon yang berbuah? Di manakah kalam manusia yang kita maklumi? ”اَيْنَ الثَّرَا مِنَ الثُّرَيَّا”. Walaupun al-Quran telah membuka dan mempamerkan semua hakikatnya di pasar alam semesta Selama seribu tiga ratus lima puluh tahun, namun semua orang, setiap bangsa, setiap negara telah dan masih mengambil (manfaat) daripada permata-permata dan hakikat-hakikatnya. Ini kerana, baik kebiasaan itu, atau usaha itu atau peredaran zaman atau perubahan-perubahan yang besar langsung tidak dapat merosakkan, mengusangkan, mengeringkan, menjatuhkan nilai dan memadamkan keindahan hakikat-hakikatnya yang berharga dan uslub-uslubnya yang cantik. Maka keadaan tersebut secara sendirinya merupakan satu kemukjizatan.

Sekarang, jika seseorang muncul, kemudian memberikan satu penyusunan ke atas sebahagian daripada hakikat yang telah al-Quran bawakan menurut kehendaknya sendiri dan bagaikan anak kecil, kemudian jika dia menisbahkan sesetengah ayat al-Quran untuk menyanggah lalu berkata: “Aku telah menuturkan kata-kata yang hampir sama dengan al-Quran”, maka ia adalah satu kata-kata yang sangat bodoh kerana sebagai contoh, melalui hasil kesenian seorang tukang yang mahir yang membina sebuah istana yang megah yang batu-batunya daripada permata-permata yang berlainan dan menghiasinya dengan ukiran-ukiran yang ada perkiraan yang memandang kepada semua ukiran hebat istana pada kedudukan batu-batu itu, kemudian sekiranya seseorang yang biasa yang cetek pemahamannya tentang ukiran-ukiran yang hebat itu, tiada kemahiran tentang semua permata dan perhiasan istana itu dan merupakan tukang bagi rumah-rumah yang biasa memasuki istana itu lalu merosakkan ukiran-ukiran bernilai tinggi pada batu-batu yang berharga itu kemudian jika dia memberikan satu penyusunan dan bentuk bagaikan anak kecil dan menurut kehendaknya dan menurut keadaan sebuah rumah yang biasa kemudian jika dia meletakkan sebahagian manik-manik yang suka dilihat oleh anak-anak kecil kemudian berkata: “Kalian tengoklah! Aku memiliki kemahiran dan harta yang lebih banyak daripada jurubina Istana itu dan aku memiliki perhiasan-perhiasan yang lebih bernilai...” adalah seperti nisbah kesenian seorang pemalsu/penipu yang mengarut bagaikan orang gila.



Syu’lah Ketiga: 

  Cahaya Pertama:  Satu wajah kemukjizatan al-Quran Mu’jizul Bayan telah diterangkan dalam Kalimah Ketiga Belas. Maka ia telah diambil ke maqam ini untuk memasukkannya ke dalam barisan/turutan wajah-wajah kemukjizatan yang lain yang merupakan saudara-saudaranya. Justeru, sekiranya kamu mahu melihat dan merasai bagaimanakah setiap ayat al-Quran menyuraikan kegelapan kekufuran melalui penyebaran nur kemukjizatan dan hidayah yang masing-masing seperti an-Najmus Thaqib  (bintang yang bercahaya), maka andaikanlah dirimu berada di zaman jahiliyyah dan di padang pasir badwi itu, iaitu ketika semua benda telah dibaluti dengan tabir kejumudan dan tabiat di bawah kegelapan kejahilan dan kelalaian. Kemudian secara tiba-tiba dengar dan renungi ayat-ayat seperti: 

 “ سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * يُسَبِحُِ للّهِ مَا فِى السَّموَاتِ وَمَا فِى اْلاَرْضِ اْلمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِاْلحَكِيمِ “



128. Page

Bagaimanakah maujudat alam yang telah mati ataupun tidur itu dibangkitkan dalam otak mereka yang mendengar melalui gema يُسَبِحُ سَبَّحَ dan bagaimanakah mereka berjaga dan bangun lalu berzikir. Serta bagaimanakah tiap-tiap bintang yang masing merupakan bebola api di wajah langit yang gelap itu dan makhluk-makhluk sengsara di muka bumi pada pandangan mereka yang mendengar melalui laungan “ تُسَبِّح ُلَهُ السَّموَاتُ السَّبْع ُوَاْلاَرْضُ  “ memperlihatkan bumi dalam bentuk wajah langit ialah mulut, tiap-tiap bintang ialah kalimah yang menunjukkan hikmah dan nur yang membawa kepada hakikat. Manakala bumi ialah kepala, daratan dan lautan, masing-masing ialah lidah, semua haiwan dan tumbuhan masing-masing ialah kalimah yang menghamburkan tasbih. 


Jika tidak, dengan memandang dari zaman ini sehingga ke zaman itu kamu tidak akan dapat merasai perincian rasa yang disebutkan. Ya, jika kamu memandangnya melalui satu keadaan ataupun melalui tabir kebiasaan yang hanya permukaan dan biasa yang menyebarkan nurnya sejak daripada zaman itu, menjadi ilmu yang dikenali melalui peredaran zaman, bersinar dengan cahaya-cahaya Islam yang lain dan mengambil warna siang dengan mentari al-Qurannya nescaya kamu tidak akan benar-benar dapat melihat bahawa apakah jenis kegelapan yang telah disuraikan oleh setiap ayat di dalam zam-zam kemukjizatan yang sangat manis. Malah kamu tidak akan dapat merasai jenis kemukjizatan yang sebegini di dalam bermacam-macam jenis kemukjizatan. Jika kamu mahu merenungi satu darjat kemukjizatan al-Quran Mu’jizul Bayan yang paling tinggi, maka dengar dan renunglah menerusi teropong perumpamaan berikut: 


Mari kita mengandaikan sebatang pohon ajaib yang sangat besar, pelik dan sangat rimbun. Pohon itu berada di dalam satu peringkat tertutup yang terselindung di sebalik tabir ghaib. Adalah dimaklumi bahawa sebatang pohon perlu memiliki hubungan, keserasian dan keseimbangan di antara semua anggotanya seperti dahan, buah, daun, dan bunganya seperti mana anggota-anggota tubuh manusia memerlukan satu sama lain. Setiap juzuknya mengambil satu bentuk dan diberikan satu rupa daripada pohon itu berdasarkan perihalnya. 

Justeru, jika muncul seseorang yang ada kaitan dengan pohon yang tidak kelihatan malah sekarang pun belum kelihatan itu, lalu dia melukiskan setiap anggota pohon itu, menggariskan batasannya, melukis dengan satu keserasian daripada dahan ke buah dan daripada buah ke daun dan dia memenuhkan lukisan yang sesuai yang akan memperlihatkan bentuk dan rupa anggotanya yang sama di ruangan tengah antara pangkal dan hujung pohon itu yang amat jauh daripada satu sama lain, maka sudah tentu tidak akan ada kesangsian bahawa pelukis itu nampak dan mengetahui pohon ghaib itu melalui pandangannya yang menembusi keghaiban kemudian menggambarkannya.


Sama seperti itu juga, penjelasan Furqani al-Quran Mu’jizul bayan berkenaan hakikat kemungkinan iaitu berkenaan hakikat pohon penciptaan yang memanjang daripada permulaan dunia sampai kepada penghujung akhirat yang paling jauh dan berserakan daripada tanah ke langit dan daripada zarah kepada matahari, telah memelihara keserasian itu dan telah memberikan gambaran yang sesuai kepada setiap anggota dan buah sehingga semua muhaqqiq berkata Masya-Allah dan Barakallah kepada penggambaran al-Quran di penghujung kajian mereka lalu menyatakan “Al-Quran, engkau sahajalah yang membongkar dan mendedahkan rahsia alam semesta dan misterinya.”

“وَلِلّهِ اْلمَثَلُ اْلاَعْلَى”

Tidak salah untuk kita mengumpamakan nama dan sifat Ilahi, urusan dan perbuatan Rabbani itu ibarat sebatang pohon Tuba Nurani yang lingkungan besar pohon nurani itu merentas memanjang daripada keazalian menuju keabadian.  Sempadan keluasannya bercambah di ruang angkasa yang tiada sempadan dan meliputinya. Sempadan urusannya memanjang daripada sempadan “فَالِقُ اْلحَبِّ وَالنَّوَى” dan “يَحُولُ بَيْنَ اْلمَرْءِ وَقَلْبِهِ”  sehingga ke sempadan  “خَلَقَ السَّموَاتِ وَاْلاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ dan “وَالسَّموَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ”.


Melalui keserasian sebanyak itu, hakikat-hakikat nama dan sifat dan urusan serta perbuatan-Nya telah menerangkan hakikat nurani itu dengan semua dahan dan tangkainya, tujuan dan buahnya dalam bentuk yang sesuai dengan satu sama lain, munasabah kepada satu sama lain dan tidak akan merosakkan satu sama lain, tidak akan merosakkan ketetapan satu sama lain dan tidak akan menakutkan satu sama lain sehingga semua ahli kasyaf dan hakikat dan semua ashabul ‘irfan (mereka yang berilmu) dan hikmah yang berjalan di daerah malakut berkata Subhanallah kepada penerangan Furqani itu lalu mengakui kebenarannya dengan mengucapkan: “Alangkah benar, alangkah tepat, alangkah indah dan alangkah sesuainya (penerangan itu)!”


Contohnya lagi: al-Quran menggambarkan enam rukun iman yang memandang kepada semua daerah kemungkinan dan daerah kewajiban serta ibarat sebatang dahan bagi dua pohon agung itu sambil memelihara satu keserasian yang begitu hebat di antara buah yang paling halus dan bunga-bungaan bagi ranting dan tangkai rukun-rukun itu dan mentakrifkannya dalam suatu bentuk yang sangat seimbang dan menzahirkannya dalam jenis keserasian di tahap yang tertinggi sehingga akal manusia lemah daripada kesedarannya dan hairan kepada keelokannya. 


Dalil bahawa al-Quran memelihara keelokan keserasian, kesempurnaan hubungan dan keseimbangan yang sempurna di antara lima Rukun Islam yang ibarat satu tangkai daripada dahan keimanan itu dan memelihara yang di antaranya yang sampai kepada



129. Page

ranting yang paling halus, adab yang paling kecil, tujuan yang paling jauh, hikmah yang paling dalam, buah yang paling juz’i ialah kesempurnaan susunan, keseimbangan, keserasian yang baik dan keteguhan Syariat Agung Islam yang lahir daripada nas, wajah, isyarat dan kesimpulan al-Quran yang syumul itu kerana ia adalah saksi teradil yang tidak mungkin dicela dan bukti muktamad yang tidak mungkin mendatangkan keraguan. Ini bermakna, tidak mungkin penerangan al-Quran adalah bersandarkan kepada ilmu juzi manusia terutamanya kepada ilmu seorang yang ummi. Bahkan ia bersandar kepada ilmu yang meliputi dan merupakan Kalam Zat yang boleh melihat kesemua benda sekaligus dan menyaksikan semua hakikat di tengah-tengah keazalian dan keabadian. Amanna. (Kami beriman)


Cahaya Kedua: Oleh sebab kami telah menerangkan dan menggambarkan dengan tamsilan dalam Kalimah Kedua Belas dan telah mengisbatkan dalam kalimah-kalimah yang lain bahawa falsafah manusia yang muncul ke medan penentangan terhadap hikmah al-Quran adalah sangat rendah, maka dengan menyerahkannya kepada kalimah-kalimah itu lalu sekarang kami akan membuat sedikit perbandingan dalam sudut yang lain. Ia seperti berikut:

 Falsafah dan hikmah keinsanan memandang dunia sebagai sabit/tetap. Kedua-duanya membicarakan tentang perihal dan keistimewaan maujudat secara terperinci. Sekiranya ia membicarakan tentang tugas-tugas maujudat terharap as-Sani’ sekalipun, ia membicarakannya secara ijmal (ringkas). Seolah-olah ia hanya membicarakan tentang ukiran dan huruf-huruf kitab alam semesta namun tidak memberi keutamaan kepada maknanya. 

Al-Quran pula memandang dunia sebagai sementara, tidak kekal, menipu, tidak tetap dan berubah-ubah. Al-Quran membicarakan secara ijmal tentang perihal maujudat dan sifat-sifatnya yang palsu dan berbentuk luaran. Tetapi menyebutkan secara terperinci tentang tugas-tugas penuh ubudiyyah yang ditugaskan oleh as-Sani’ kepada mereka dan dalam bentuk apa dan bagaimanakah tugas-tugas tersebut memberi petunjuk kepada nama-nama as-Sani’ dan tentang ketundukan tugas-tugas itu terhadap perintah-perintah takwiniyah Ilahi. Justeru, kami akan memandang kepada perbezaan-perbezaan dalam masalah perincian dan pengijmalan falsafah manusia dan hikmah al-Quran ini supaya kita akan nampak yang mana satukah hakikat yang sebenar dan sumber kebenaran. 

Justeru, sebagaimana jam di tangan kita kelihatan tidak bergerak dari segi bentuk, tetapi akibat pergerakan-pergerakan roda-roda gendeng di dalamnya, terdapat gegaran yang berterusan dan ketidaktentuan pada alat dan roda-roda tersebut. Sama seperti itu, walaupun dunia ini yang merupakan jam besar qudrat Ilahi kelihatan tidak berubah dari segi zahirnya, namun (maujudat) di dalamnya bergolek/berpusing dalam gempa dan perubahan yang berterusan serta dalam kefanaan dan kelenyapan. 

Ya, oleh sebab masa telah masuk ke dalam dunia, maka malam dan siang adalah ibarat satu jarum berkepala dua yang mengira saat jam besar itu. Tahun berada di kedudukan sebagai sebatang jarum yang  mengira minit jam itu. Kurun pula ialah sebatang jarum yang menghitung jam bagi jam tersebut. 

Justeru, masa mencampakkan dunia ke dalam gelombang/ombak kelenyapan. Ia menyerahkan seluruh masa lalu dan masa hadapan kepada ketiadaan lalu meninggalkan hanya masa sekarang kepada kewujudan. Sekarang, berserta dengan bentuk yang telah diberikan oleh dunia ini, berdasarkan tempat juga, dunia tetap ibarat sebuah jam yang bergegar dan tidak tetap. Ini kerana, oleh sebab ruang udara mengubah tempat dengan cepat dan oleh sebab ia beralih daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain dengan cepat, maka dengan kepenuhan dan pengosongannya dengan awan beberapa kali pada sesetengah hari, ia memberi satu perubahan yang ibarat bentuk perubahan jarum yang menghitung saat. Sekarang, kedudukan bumi yang merupakan lantai rumah dunia pula, oleh sebab wajahnya berubah dengan cepat dari sudut  kematian dan kehidupan, tumbuhan dan haiwan, maka ia memperlihatkan bahawa sudut dunia  yang ibarat jarum yang mengira minit ini adalah sementara. Sebagaimana ia menjadi begini dari segi muka bumi, melalui perubahan-perubahan dan gegaran-gegaran dalam perutnya dan munculnya gunung-ganang di penghujung proses itu dan berlakunya tanah runtuh memperlihatkan bahawa sudut dunia ini adalah pejalan/pengembara yang sangat perlahan seperti satu jarum yang mengira jam. Kedudukan langit yang merupakan bumbung rumah dunia pula, perubahan-perubahan seperti pergerakan-pergerakan jirim-jirim, kemunculan bintang-bintang berekor dan kejadian gerhana bulan dan matahari serta keguguran bintang-bintang memperlihatkan bahawa langit juga tidak sabit dan menuju ke arah ketuaan dan kemusnahan.

Perubahan-perubahannya secara zahir adalah berat dan lambat seperti satu jarum yang mengira hari dalam jam mingguan. Tetapi ia memperlihatkan bahawa walaubagaimana sekalipun ia tetap menuju kepada kesementaraan, kelenyapan dan kemusnahan. 

Justeru dari sudut keduniaannya, dunia telah dibina di atas tujuh rukun itu. Rukun-rukun itu sentiasa menggoncangkannya. Tetapi semasa dunia yang digoncang dan bergerak ini memandang kepada as-Sani’nya, maka pergerakan-pergerakan dan perubahan-perubahan itu dilihat sebagai penggunaan pena qudrat untuk menulis maktubat (tulisan-tulisan) Samadaniyyah. Perubahan-perubahan keadaan itu pula ialah cermin-cermin yang memperlihatkan dan memperbaharui jilwah penciptaan nama-nama Ilahi dengan sifat-sifat yang berbeza. 


Sesungguhnya di samping pergi kepada kefanaan dari sudut keduniaannya, dunia turut berlari ke arah kematiannya dan berada dalam kegoncangan. Walaupun ia lancar seperti air yang mengalir pada hakikatnya, namun melalui kelalaian ia telah membeku



130. Page

kemudian kelegapan dan kekeruhan muncul dengan pemikiran tabiat maka ia telah menjadi tabir kepada akhirat. Justeru, melalui perincian falsafah oleh falsafah yang sakit dan hikmah tabiat dan dengan perkara-perkara melalaikan yang mempesona dalam ketamadunan yang mungkar dan hawa nafsunya yang sangat mabuk ia menambah kekakuan dunia lalu telah menebalkan kelalaian seterusnya menggandakan percampurannnya dengan sampah sarap ia melupakannya daripada as-Sani’ dan akhirat.

Tetapi al-Quran pula dari sudut keduniaan, melalui ayat-ayat seperti: اَلْقَارِعَةُ مَا الْقَارِعَةُ * اِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ * وَ الطّوُرِ وَ كِتَابٍ مَسْطوُرٍ, ia mencarik-carik dan mencampakkan dunia yang dalam keadaan itu seperti kapas. 

Melalui penerangan-penerangan seperti: اَفَلَمْ يَنْظُرُوا فِى مَلَكوُتِ السَّمٰوَاتِ وَ الْاَرْضِ* اَفَلَمْ يَنْظُرُوا اِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا * اَوَلَمْ يَرَ الَّذ۪ينَ كَفَرُوا اَنَّ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا, ia memberi kejernihan kepada dunia itu dan melenyapkan kecelaruannya. 

Melalui cahaya-cahaya seperti وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا اِلاَّ لَعِبٌ وَ لَهْوٌ dan اَللّٰهُ نُورُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ ia mencairkan dunia yang beku. 

Ayat-ayat seperti  اَللّٰهُ نُورُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ, اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ dan اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ dan اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ dan وَنُفِخَ فِى الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمٰوَاتِ وَ مَنْ فِى الْاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَاءَ اللّٰهُ menghancur-leburkan keabadiaan yang disangkakan oleh dunia melalui ungkapan mereka yang bercampur kematian. 

Ayat-ayat seperti: يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِى الْاَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ dan وَ قُلِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

melalui laungan-laungannya yang seperti guruh di langit menyurai kelalaian yang melahirkan pemikiran tabiat. 

Justeru, ayat-ayat al-Quran yang menghadap kepada alam semesta dari hujung ke hujung pergi menurut asas ini. Ia mendedahkan dan memperlihatkan hakikat dunia dengan keadaan sebenarnya. Dengan memperlihatkan betapa hodohnya dunia yang jelik ia memalingkan wajah manusia daripadanya lalu memperlihatkan wajah cantik dunia yang memandang kepada as-Sani’ dan memacakkan mata manusia kepadanya. Ia mengajarkan hikmah yang hakiki. Ia mengajarkan tentang makna-makna kitab alam semesta. Ia tidak memandang sangat kepada huruf dan ukiran-ukirannya. Ia tidak seperti falsafah mabuk yang jatuh cinta kepada yang hodoh lalu melupakan makna dan menyebabkan manusia membazirkan waktunya dalam perkara-perkara yang sia-sia dengan ukiran huruf-huruf.   


Cahaya Ketiga: Dalam cahaya kedua, kami telah mengisyaratkan kepada kerendahan hikmah manusia di hadapan hikmah al-Quran dan kepada kemukjizatan hikmah al-Quran. Sekarang, dalam cahaya ini, kami akan memperlihatkan tahap hikmah-hikmah asfiya’ dan auliya’ yang merupakan murid-murid al-Quran dan para bijak pandai falsafah Isyraqiyyun yang merupakan bahagian yang bercahaya dari kalangan bijak pandai di hadapan hikmah al-Quran lalu kami akan mengisyaratkan kepada kemukjizatan al-Quran dalam sudut itu. Justeru dalil paling benar kepada ketinggian al-Quranul Hakim, burhan yang paling terang kepara kesahihannya dan alamat paling kuat kepada kemukjizatannya: 


Al-Quran telah menerangkan semua martabat bagi semua bahagian tauhid dengan cara memelihara semua keperluannya lalu tidak merosakkan keseimbangannya dan telah memeliharanya. Al-Quran juga telah memelihara keseimbangan semua hakikat Ilahi yang tinggi, telah menghimpunkan semua hukum yang telah dikehendaki oleh semua Asmaul Husna dan telah memelihara kemunasabahan hukum-hukum tersebut. Malah al-Quran telah menghimpunkan urusan-urusan Rububiyyah dan Uluhiyyah dengan kesempurnaan timbangan. Sesungguhnya pemeliharaan, perimbangan dan penghimpunan  itu ialah satu keistimewaan. Adalah muktamad/qat’i bahawa ia tidak wujud pada hasil kerja manusia dan tiada pada natijah-natijah pemikiran-pemikiran manusia-manusia yang agung. Ia tiada sama ada pada karya para wali yang sampai ke alam malakut atau pada kitab-kitab golongan Isyraqiyyun yang masuk ke dalam perut setiap perkara ataupun pada pada makrifat-makrifat para Ruhaniyyin yang boleh menembusi alam ghaib. Seolah-olah ibarat pembahagian kerja, setiap bahagiannya hanya berpaut kepada satu atau dua ranting daripada pohon rimbun hakikat. 

Manusia hanya sibuk dengan buah dan daun pohon itu. Sama ada ia tidak mempunyai berita tentang yang lain ataupun tidak memandangnya. Ya, hakikat yang mutlak tidak boleh dilitupi oleh pandangan-pandangan yang terbatas. Ia memerlukan satu pandangan yang menyeluruh seperti al-Quran supaya ia melitupinya. Selain daripada al-Quran secara zahirnya mereka mengambil pengajaran daripada al-Quran juga tetapi mereka hanya nampak satu atau dua sudut hakikat yang kulli secara sempurna melalui akal yang juz’i dan sibuk dengannya dan terkurung/terbatas dengannya. Mereka meruntuhkan keseimbangan hakikat-hakikat dan memadamkan kesesuaiannya sama ada melalui ifrat ataupun tafrit. Hakikat ini telah diterangkan dengan satu perumpamaan menakjubkan dalam Dahan Kedua Kalimah Kedua Puluh Empat. Sekarang pula kami mengisyaratkan permasalahan ini melalui satu perumpamaan yang lain. Contohnya: 


Mari kita andaikan bahawa terdapat satu peti harta karun yang penuh dengan jenis-jenis permata yang tidak terkira banyaknya di dasar laut. Para penyelam yang mahir telah menyelam untuk mencari permata-permata harta karun tersebut. Oleh sebab mata mereka tertutup(30) maka mereka memahaminya melalui rabaan/gagauan tangan. Kepada sesetengah penyelam, mereka mendapat permata yang panjang maka penyelam itu


(30) Makna tertutup di sini boleh di fahami seperti berikut: Sama ada penyelam zaman dahulu menyelam sambil menutup mata ataupun dasar laut terlalu gelap maka mereka tidak boleh melihat kerana tiada lampu di kepala. Ataupun mereka diuji dengan menyelam sambil mata tertutup.

131. Page

menghukumkan bahawa semua khazanah adalah terdiri daripada permata yang panjang seperti tiang. Apabila dia mendengar tentang permata-permata lain daripada sahabat-sahabatnya dia mengkhayalkan bahawa permata-permata itu adalah serpihan daripada berlian, batu cincin dan ukiran-ukiran yang telah ditemuinya. Sebahagiannya pula mendapat permata yaqut yang berbentuk sfera. Yang lain pula menjumpai permata ambar bersegi empat dan begitulah seterusnya. Setiap mereka percaya bahawa permata yang mereka lihat/dapat dengan tangan mereka ialah permata yang asli dan jumlah besar bagi khazanah itu lalu menyangka bahawa apa yang mereka dengar (daripada yang lain) ialah tambahan dan cebisan daripada khazanah itu. Waktu itu keseimbangan hakikat-hakikat menjadi rosak. Kesesuaian juga akan hilang. Ia mengubah warna banyak hakikat. Mereka terpaksa mentakwil dan bersusah payah untuk melihat warna hakikat yang hakiki. Hatta sesetengah mereka pergi ke tahap ingkar dan penyahfungsian. mereka yang memerhatikan kitab-kitab para bijak pandai Isyraqiyyun dan kitab-kitab ahli tasawuf yang bergantung kepada kekasyafan dan apa yang disaksikan mereka tanpa menimbangnya melalui neraca Sunnah pasti akan mengakui hukum kami ini tanpa kesangsian. Maknanya walaupun mereka telah mendapat sesuatu daripada perkara yang seperti hakikat-hakikat al-Quran dan pengajarannya, (namun)-kerana mereka bukan al-Quran- maka ia menjadi kurang seperti ini. Ayat-ayat al-Quran yang merupakan lautan hakikat juga ialah penyelam bagi harta karun di dalam laut itu. Tetapi mata mereka terbuka dan melihat keseluruhannya. Mereka nampak apa yang ada dan tiada dalam harta karun itu. Ia menyifatkan menerangkan dan memperlihatkan harta karun itu dengan satu kesesuaian, penyusunan dan kekemasan. Contohnya: Sebagaimana ia melihat keagungan Rububiyyah yang telah diperlihatkan oleh ayat يَوْمَ نَطْوِى السَّمَاءَ كَطَىِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ” “dan ayat ““وَالْاَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمٰوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ, ia melihat dan memperlihatkan kesyumulan rahmat yang telah diperlihatkan oleh ayat: “اِنَّ اللّٰهَ لَا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْئٌ فِى الْاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ هُوَ الَّذِى يُصَوِّرُكُمْ فِى الْاَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ”, وَكَاَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اَللّٰهُ يَرْزُقُهَا وَاِيَّاكُمْ” “ dan ayat “مَا مِنْ دَابَّةٍ اِلاَّ هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا”.

Serta sebagaimana ia telah melihat dan memperlihatkan keluasan sifat mencipta yang telah diifadahkan oleh ayat” خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَ النُّورَ”, ia melihat dan memperlihatkan kesyumulan tasaruf dan keluasan Rububiyyah yang telah diifadahkan oleh ayat:  “خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ”. Ia melihat dan memperlihatkan hakikat agung yang telah diifadahkan oleh ayat “ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا” serta hakikat penuh kepemurahan yang telah diifadahkan oleh ayat “وَ اَوْحَى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ” dan hakikat agung kebijaksanaan yang mengandungi perintah yang telah diifadahkan oleh ayat “وَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِاَمْرِهِ “. Ia melihat dan memperlihatkan hakikat kerahiman penuh tadbir yang telah diifadahkan oleh ayat: “اَوَ لَمْ يَرَوْا اِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلاَّ الرَّحْمٰنُ اِنَّهُ بِكُلِّ شَيْئٍ بَصِيرٌ”, hakikat agung yang telah diifadahkan oleh ayat: وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ وَلاَ يَودُهُ حِفْظُهُمَا dengan hakikat penuh pemantauan yang telah diifadahkan oleh ayat   وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْ seperti hakikat meluas yang diifadahkan oleh ayat هُوَ الْاَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيمٌ, melihat dan memperlihatkan kehampiran yang telah diifadahkan oleh ayat: وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَ نَحْنُ اَقْرَبُ اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ dan hakikat tinggi yang telah diisyaratkan oleh ayat تَعْرُجُ الْمَلٰئِكَةُ وَالرُّوحُ اِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ اَلْفَ سَنَةٍ seperti hakikat lengkap yang telah diifadahkan oleh ayat: اِنَّ اللّٰهَ يَاْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْاِحْسَانِ وَاِيتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَ يَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ, ia juga melihat dan memperlihatkan setiap rukun keimanan yang enam dari semua sudut ilmu dan amalan ukhrawi dan duniawi secara terperinci, setiap rukun Islam yang lima secara sengaja dan bersungguh/serius dan semua dustur yang menjamin Saadatud Daraini. Ia memelihara keseimbangannya lalu meneruskan kesesuaiannya lalu keindahan yang terhasil daripada kesesuaian rangka keseluruhan hakikat-hakikat itu dan satu kemukjizatan maknawi al-Quran daripada sumber keindahan akan lahir. Justeru, daripada rahsia agung inilah para Ulama Ilmu Kalam, walaupun mereka merupakan murid-murid al-Quran, walaupun sebahagiannya telah menulis ribuan karya berkenaan rukun-rukun iman yang mana masing-masing sepuluh jilid, namun oleh sebab mereka telah mengutamakan akal berbanding dengan naqal (seperti muktazilah), maka mereka tidak dapat mengifahkan dengan jelas, mengisbatkan dengan qat’i dan memuaskan hati dengan bersungguh seperti sepuluh ayat al-Quran. Seolah-olah mereka telah membuat lombong di bawah gunung-ganang yang tinggi/jauh lalu pergi sampai kepada penghujung dunia dengan paip yang banyak melalui rantaian sebab-sebab lalu di sana mereka memutuskan kesinambungannya/ rantaiannya. Kemudian mereka mengisbatkan makrifah Ilahi dan kewujudan Wajibul Wujud yang ibarat air kehidupan. 


Ayat yang suci pula, setiap satunya bagaikan tongkat Nabi Musa ‘Alaihissalam boleh mengeluarkan air di mana sahaja dan dapat membuka jendela dari setiap benda. Ia memperkenalkan as-Sani’ Zul jalal. Hakikat ini memang telah diisbatkan dalam Risalah Qatrah berbahasa Arab yang mengalir daripada laut al-Quran dan dalam kalimah-kalimah yang lain dan kami telah memperlihatkannya. Justeru, daripada rahsia ini jugalah semua pemimpin kumpulan yang sesat yang pergi kepada batin setiap perkara, tanpa mengikut Sunnah dan dengan bergantung kepada apa yang disaksikan dan berpatah balik dari pertengahan jalan dan mengetuai satu jemaah lalu membentuk satu kumpulan, oleh sebab tidak dapat memelihara kesesuaian hakikat dan keseimbangannya maka mereka jatuh ke dalam bid’ah dan kesesatan sebegini lalu telah mendorong/memandu segolongan manusia ke jalan yang salah. Justeru semua kelemahan mereka ini memperlihatkan kemukjizatan ayat-ayat al-Quran.


132. Page

Khatimah:


Dua kilauan kemukjizatan daripada kilauan-kilauan kemukjizatan al-Quran telah disebutkan dalam  Rasyhah Keempat Belas Kalimah Kesembilan Belas bahawa tiap-tiap pengulangan yang dianggap sebagai punca kelemahan dan setiap keringkasan dalam ilmu-ilmu penciptaan itu merupakan sumber kilauan kemukjizatan. 


Malah, kilauan kemukjizatan al-Quran yang bersinar di wajah mukjizat para nabi dalam al-Quran telah diperlihatkan secara jelas pada Maqam Kedua Kalimah Kedua Puluh. Oleh sebab banyak lagi kilauan kemukjizatan telah disebut dalam kalimah-kalimah lain yang seperti ini dan dalam risalahku yang berbahasa Arab maka dengan berpadakan kepada itu semua kami hanya akan mengatakan perkara berikut: 

Satu lagi mukjizat al-Quran: Sebagaimana semua mukjizat para Nabi telah memperlihatkan ukiran kemukjizatan al-Quran, begitulah juga al-Quran, ia menjadi mukjizat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan semua kemukjizatannya. Semua Mukjizat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga merupakan kemukjizatan al-Quran kerana ia memperlihatkan persandaran al-Quran kepada Allah Taala dan dengan kezahiran sandaran itu maka setiap kalimahnya menjadi satu mukjizat. Ini kerana waktu itu satu kalimah menjadi seperti benih dan boleh mengandungi sebatang pohon hakikat secara maknawi. Ia juga boleh mempunyai hubungan dengan semua anggota hakikat agung seperti markas hati. Oleh sebab ia bersandar kepada satu ilmu yang meliputi dan kehendak yang tiada sempadan maka ia boleh memandang kepada benda-benda yang tidak terhitung banyaknya melalui huruf, bentuk, keadaan dan kedudukannya. Justeru, daripada rahsia inilah para Ulama’ ilmu Huruf mendakwa bahawa mereka menemui rahsia sebanyak satu muka surat daripada satu huruf al-Quran dan mereka mengisbatkan dakwaan mereka kepada pakar ilmu tersebut.

Himpunkanlah semua syu’lah (nyalaan), sinaran, kilauan, nur, dan cahaya risalah ini daripada permulaannya sampai ke sini di hadapan mata kalian dan perhatikan kesemuanya secara sekaligus. Kalian akan dapati bahawa kini kesemuanya sedang membaca dakwaan di permulaan, yakni: قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْاِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اَنْ يَاْتُوا بِمِثْلِ هٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَاْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

sebagai natijah yang qat’i dengan suara yang lantang dan mengumumkannya.


سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ * رَبَّنَا لَا تُواخِذْنَا اِنْ نَسِينَا اَوْ اَخْطَاْنَا * رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى وَيَسِّرْلِى اَمْرِى وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِى يَفْقَهُوا قَوْلِي * ** اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ اَفْضَلَ وَ اَجْمَلَ وَ اَنْبَلَ وَ اَظْهَرَ وَ اَطْهَرَ وَ اَحْسَنَ وَ اَبَرَّ وَ اَكْرَم وَ اَعَزَّ وَ اَعْظَمَ وَ اَشْرَفَ وَ اَعْلَى وَ اَزْكَى وَ اَبْرَكَ وَ اَلْطَفَ صَلَوَاتِكَ وَ اَوْفَى وَ اَكْثَرَ وَ اَزْيَدَ وَ اَرْقَى وَ اَرْفَعَ وَ اَدْوَمَ سَلاَمِكَ صَلاَةً وَ سَلاَمًا وَ رَحْمَةً وَ رِضْوَانًا وَ عَفْوًا وَ غُفْرَانًا تَمْتَدُّ وَ تَزِيدُ بِوَابِلِ سَحَاءِبِ مَوَاهِبِ جُودِكَ وَ كَرَمِكَ وَ تَنْمُوا وَ تَزْكُوا بِنَفَاءِسِ شَرَاءِفِ لَطَاءِفِ جُودِكَ وَ مِنَنِكَ اَزَلِيَّةً بِاَزَلِيَّتِكَ لَا تَزُوُ اَبَدِيَّةً بِاَبَدِيَّتِكَ لَا تَحُوُ عَلَى عَبْدِكَ وَ حَبِيبِكَ وَ رَسُولِكَ مُحَمَّدٍ خَيْرِ خَلْقِكَ وَاِمَامِ حَضْرَتِكَ وَلِسَانِ حُجَّتِكَ النُّورِ الْبَاهِرِ اللاَّمِعِ وَ الْبُرْهَانِ الظَّاهِرِ الْقَاطِعِ وَ الْبَحْرِ الذَّاخِرِ وَ النُّورِ الْغَامِرِ وَ الْجَمَاِ الزَّاهِرِ وَ الْجَلاَلِ الْقَاهِرِ وَ الْكَمَاِ الْفَاخِرِ صَلاَتَكَ الَّتِى صَلَّيْتَ بِعَظَمَةِ ذَاتِكَ عَلَيْهِ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ كَذٰلِكَ صَلاَةً تَغْفِرُ بِهَا ذُنُوبَنَاوَذُنُوبَ كَاتِبُهُ وَرُفَقَاءِه۪ وَ تَشْرَحُ بِهَا صُدُورَنَا وَصُدُورَوَ تُطَهِّرُ بِهَا قُلُوبَنَاوَقَلْبِهُ وَ تُرَوِّحُ بِهَا اَرْوَاحَنَا وَ تُقَدِّسُ بِهَا اَسْرَارَنَا وَ تُنَزِّهُ بِهَا خَوَاطِرَنَا وَاَفْكَارَنَا وَ تُصَفِّى بِهَا كُدُورَاتِ مَا فِى اَسْرَارِنَا وَ تَشْفِى بِهَا اَمْرَاضَنَا وَ تَفْتَحُ بِهَا اَقْفَاَ قُلُوبِنَا وَقَلْبَهُ بِنُورِالْفَتْحَ الْمُب۪ينَ * يَااَكْرَمَ الْاَكْرَم۪ينَ وَيَا اَرْحَمَ الرَّحِم۪ينَ ** رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ وَ آخِرُ دَعْوَيهُمْ اَنِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Tambahan Pertama:

Tambahan ini ialah satu daripada tambahan-tambahan yang dilampirkan dengan Kalimah Kedua Puluh Lima berdasarkan maqamnya. Ia merupakan Martabat Ketujuh Belas Maqam Pertama Sinaran Ketujuh.


Musafir dunia yang mengetahui bahawa iman ialah tujuan kehidupan dan nyawa kehidupan di dunia ini, tidak pernah letih dan tidak pernah kenyang dan pengembara yang bertanyakan tentang Rabbnya daripada alam semesta berkata kepada hatinya sendiri: “Mari kita merujuk kepada kitab yang bernama al-Quran Mu’jizul Bayan yang dikatakan kata-kata dan kalam bagi Zat yang kita cari, yang paling masyhur, paling terang, paling bijak di dunia ini dan mencabar semua yang tidak menyerah kepadanya di setiap kurun. Mari kita ketahui apakah yang dikatakan olehnya. Tetapi, mula-mula kita perlu mengisbatkan bahawa kitab ini ialah kitab al-Khaliq kita.” Demikianlah dia mula menyiasat. 


Oleh sebab pengembara tersebut berada di zaman ini maka mula-mula dia telah menumpukan kepada Risalah an-Nur yang merupakan kilauan maknawi kemukjizatan al-Quran dan telah melihat seratus tiga puluh risalahnya, nuktah-nuktah ayat-ayat al-Qurannya, cahaya-cahayanya dan tafsiran-tafsirannya yang berasas. Walaupun Risalah an-Nur telah menyebarkan hakikat-hakikat al-Quran secara bersungguh-sungguh/bagaikan mujahid ke setiap penjuru di kurun yang sangat bebal dan tidak beragama seperti ini, namun oleh sebab tiada sesiapa dapat berhadapan dengannya maka ia membuktikan bahawa al-Quran yang merupakan guru, sumber, rujukan dan mataharinya adalah samawi/dari langit bukannya kalam manusia. Hatta Kalimah Kedua Puluh Lima dan penghujung Maktub Kesembilan Belas yang merupakan satu hujah al-Quran daripada ratusan hujah Risalah an-Nur telah

133. Page

mengisbatkan bahawa al-Quran adalah mukjizat dengan empat puluh wajah di tahap yang sangat hebat sehingga sesiapa saja yang telah melihatnya tidak akan mengkritik dan membantah bahkan hairan dengan pengisbatan-pengisbatannya dan amat  memujinya dengan penuh penghargaan. Dengan menyerahkan sudut mengisbatkan wajah kemukjizatan al-Quran dan hakikatnya sebagai Kalamullah yang benar kepada Risalah an-Nur, ia telah memerhatikan kepada beberapa noktah yang memperlihatkan kebesarannya dengan hanya satu isyarat yang pendek.


   Noktah Pertama: Sebagaimana al-Quran dengan semua mukjizatnya dan semua hakikatnya yang merupakan dalil kepada kesahihannya ialah Mukjizat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, begitulah juga Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan semua mukjizat, dalil kenabian dan kesempurnaan ilmunya ialah mukjizat al-Quran dan satu hujah yang kuat bahawa ia adalah Kalamullah.


   Noktah Kedua:, bersama dengan pengubahan kehidupan bermasyarakat  dalam bentuk yang sangat nurani, bahagia dan berhakikat di dunia ini, Al-Quran telah melakukan perubahan yang hebat pada manusia, nafsu, hati, roh, akal, kehidupan peribadi, kehidupan bermasyarakat dan kehidupan politik dan telah meneruskan dan menguruskannya sehingga dalam tempoh empat belas kurun. Dalam setiap minit, enam ribu enam ratus enam puluh enam ayatnya dibaca dengan penuh penghormatan oleh lidah paling tidak lebih daripada seratus juta orang manusia. Al-Quran mentarbiah manusia, menyucikan diri mereka, membersihkan hati, memberi peningkatan dan ketinggian kepada roh, memberikan istiqamah dan nur kepada akal serta memberikan nyawa dan kebahagiaan kepada kehidupan. Maka sudah tentu tiada yang seumpama, sehebat, seluarbiasa dan semukjizat kitab yang sebegini.


   Noktah Ketiga: Dari kurun itu sampai sekarang ini, al-Quran telah memperlihatkan suatu balaghah yang sangat hebat sehingga ia telah menurunkan qasidah yang masyhur dan unggul bernama “Al-Mu‘allaqatus Sab’ah”(tujuh qasidah yang digantung) oleh ahli bahasa paling masyhur di kurun itu yang ditulis dengan dakwat emas dan tergantung di dinding Kaabah ke tahap yang sangat rendah sehingga semasa qasidah bapanya diturunkan dari Kaabah, anak perempuan Labid telah berkata: “Qasidah ini tiada lagi bermakna di hadapan ayat-ayat al-Quran.” Malahan ketika seoarang arab badwi mendengan ayat “فَاصْدَعْ بِمَا تُومَرُ”  dibacakan, dia telah tunduk bersujud. Mereka bertanya kepadanya: “Adakah kamu telah menjadi seorang Muslim?” Dia menjawab: “Tidak, aku telah sujud kepada balaghah ayat tersebut.” Malahan ribuan ulama yang ulung dan para sasterawan yang pakar dalam ilmu balaghah seperti Abdul Qahir al-Jurjani, Sakkaki dan Zamakhsyari telah memutuskan dengan ijma’ dan kesepakatan bahawa balaghah al-Quran adalah di luar batasan kemampuan manusia dan tidak mungkin diatasi. Malah sejak zaman itu lagi al-Quran sentiasa berkata dalam bentuk yang boleh menjentik/mengusik sanubari dan boleh mematahkan keangkuhan para sasterawan dan pakar balaghah yang sombong dan ananiyyah dengan cara mengajak mereka ke medan pertandingan: “Sama ada kalian datangkan satu surah yang seumpamanya ataupun kalian terimalah kebinasaan di dunia dan akhirat.” Walaupun al-Quran telah mengumumkan begitu namun para ahli balaghah kurun itu meninggalkan meninggalkan penentangan yang merupakan jalan pendek dengan cara mendatangkan satu surah yang seumpamanya lalu memilih jalan peperangan yang panjang dan mencampakkan jiwa dan hartanya kepada kebahayaan. Ini  mengisbatkan bahawa pergi di jalan yang pendek itu adalah tidak mungkin/mustahil. Dengan minat/keghairahan untuk menyerupai al-Quran dan menirunya oleh sahabat-sahabat al-Quran, manakala dengan dorongan untuk menyanggah al-Quran dan mengkritiknya oleh musuh-musuhnya semenjak zaman itu, maka jutaan kitab berbahasa Arab telah dan sedang ditulis oleh mereka dan meningkat melalui percambahan fikiran berlegar di tengah-tengah/ berada di pasaran. Namun tiada satupun yang dapat menyainginya. Hatta jika seseorang yang paling buta juga mendengarnya, dia pasti berkata bahawa al-Quran ini tidak sama dengan semua itu dan bukan di tahapnya. Sama ada ia di bawah mereka ataupun mengatasi kesemuanya. Tiada seorang pun orang kafir atau orang gila di dunia boleh berkata bahawa al-Quran berada di bawah itu semua. Maknanya tahap balaghahnya adalah di atas semua itu. Hatta seseorang telah membaca ayat   “سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ”. Dia berkata aku tidak dapat melihat balaghah yang dikatakan luar biasa itu. Lalu dikatakan kepadanya: “Kamu juga pergilah ke zaman itu seperti pengembara ini dan dengarlah di sana.” Maka dia pun ketika mengkhayalkan dirinya berada di sana dia nampak bahawa maujudat alam berada di ruang udara yang menderita, gelap, kaku, kosong tanpa perasaan dan tugas, tiada batasan dan tiada sempadan dan di sebuah dunia yang tidak tetap dan fana. Tiba-tiba ketika dia mendengar ayat ini daripada lidah al-Quran dia telah nampak bahawa ayat ini telah membuka tabir yang begitu hebat di wajah dunia dan meneranginya sehingga untuk mendengar titah azali dan firman sarmadi ini, ia memberi pengajaran kepada makhluk berakal/berperasaan yang diatur dalam barisan kurun lalu memperlihatkan bahawa alam semesta ini ibarat  sebuah masjid yang besar yang mula-mula langit dan bumi, semua makhluk berada dalam zikir dan tasbih yang hidup dan diletakkan dalam keadaan penuh kegembiraan dan senang hati dengan penuh keriuhan/kemeriahan semasa melaksanakan tugas. Begitulah yang telah disaksikan olehnya dan dengan mengecapi tahap balaghah ayat ini maka dengan mengkiaskannya dengan kehebatan balaghah ayat-ayat lain dia memahami satu hikmah daripada ribuan hikmah yang telah meneruskan  kehebatan kesultanannya tanpa henti selama empat belas kurun dengan penuh penghormatan dengan cara menguasai separuh bumi dan seperlima bangsa manusia.



134. Page


   Noktah Keempat: Al-Quran telah memperlihatkan satu kebenaran yang manis sehingga banyak pengulangan yang memberi kebosanan daripada satu benda yang paling manis sekalipun tidak membosankan mereka yang membaca al-Quran bahkan pengulangan tilawahnya telah menambah kemanisannya kepada orang-orang yang hatinya belum rosak dan minat/deria rasanya belum rosak sejak sekian lama. Hakikat ini telah diterima oleh semua dan telah menjadi bidalan. 

Malah kesegaran, keremajaan, kemudaan dan keunikan yang sebegitu telah memperlihatkan bahawa walaupun ia telah hidup selama empat belas kurun dan boleh didapati dengan mudah oleh semua orang, al-Quran tetap memelihara kesegarannya bagaikan baru diturunkan sekarang ini. Ia memiliki suatu keremajaan yang bagaikan berkhitab kepada setiap kurun itu sendiri. Walaupun segala cabang ilmu diletakkan di sisinya dengan banyak dan gigih untuk sentiasa beristifadah daripadanya, dan walaupun cabang-cabang ilmu itu telah mengikut dan mencontohi uslub ifadahnya, namun ia tetap memelihara keunikannya pada uslub dan cara penerangannya itu seperti sediakala.


   Noktah Kelima: Sebelah sayap al-Quran berada di masa lalu dan sebelah lagi di masa hadapan. Akar dan satu sayapnya menjadi hakikat-hakikat yang disepakati oleh para Rasul terdahulu dan ini membenarkan dan mengukuhkan mereka. Mereka juga membenarkan perkara ini melalui lisanul hal tawafuq. Begitulah juga buah-buahnya yang mendapat nyawa daripadanya seperti para wali dan asfiya’, semua tarikat benar bagi kewalian yang mempunyai limpahan dan menjadi punca hakikat, dihasilkan dan hidup di bawah perlindungan sayap kedua dan menunjukkan bahawa melalui kesempurnaan mereka yang bernyawa/hidup pohon-pohon berkat adalah hidup, serta semua ilmu Islam yang berhakikat menjadi saksi bahawa al-Quran ialah sumber kebenaran/kebenaran itu sendiri, himpunan hakikat dan satu kehebatan yang tiada tandingan dalam kesyumulannya.


   Noktah Keenam: Enam sudut al-Quran adalah nurani dan memperlihatkan kebenaran dan kesahihannya. Ya,  hujah dan tiang-tiang burhan di bawahnya, kilauan tanda kemukjizatan di atasnya, hadiah-hadiah saadatud darain di hadapan dan pada matlamatnya dan noktah persandaran di belakangnya, hakikat-hakikat wahyu samawi, pembenaran oleh akal-akal yang mustaqim yang tidak terkira di kanannya serta ketenteraman yang sejati, tarikan yang bersungguh dan penyerahan hati-hati yang sejahtera dan sanubari-sanubari yang bersih di kirinya, mengisbatkan bahawa al-Quran itu ialah satu kubu samawi bumi yang luar biasa, hebat, kukuh, dan tidak boleh diserang.


Daripada enam maqam juga, al-Mutasarrif alam semesta ini yang menyetujui bahawa  al-Quran adalah benar dan kebenaran itu sendiri serta bukan kalam manusia dan tidak salah, yang mula-mula sentiasa mengizharkan keindahan di alam semesta ini, memelihara kebaikan dan kebenaran serta menjadikan adat menghapuskan dan melenyapkan yang palsu dan penipu sebagai dustur perbuatan, dengan cara memberikan satu maqam penghormatan dan martabat kejayaan yang paling makbul, paling tinggi dan paling berhikmah kepada al-Quran itu, Dia membenarkan dan menyetujuinya. 


Begitu juga iktiqad dan penghormatan oleh seorang Rasul yang merupakan sumber agama Islam dan penterjemah al-Quran secara lebih banyak berbanding yang lain, keadaannya dalam satu hal yang lena bagaikan tidur semasa penurunan al-Quran, ketidakbolehan kalam-kalam lain mengatasi dan tidak menyerupainya walaupun sedikit, penerangannya tanpa keraguan dan dengan ketenangan mengenai peristiwa-peristiwa lama yang hakiki yang telah pergi dan akan datang dengan keumumannya melalui al-Quran yang penuh keghaiban, sifat penterjemah itu yang tidak kelihatan sebarang helah dan kedudukan yang salah di bawah pandangan yang sangat peka, malah baginda mengimani dan mengakui setiap hukum al-Quran dengan segala kekuatannya dengan cara yang sangat hebat, malah sebarang benda pun tidak menggoyahkannya. Ini menunjukkan sesungguhnya baginda mengakui bahawa ia adalah kalam yang samawi dan benar bagi al-Khaliqur Rahimnya sendiri.


Malahan, seperlima bangsa manusia, bahkan sebahagian besarnya, hubungan mereka yang penuh tarikan dan penuh beragama kepadanya di hadapan mata, pemberian perhatian oleh mereka yang bagaikan memuja hakikat dan penuh kerinduan, malah perhimpunan bagaikan kelkatu oleh jin, malaikat dan hatta ruhaniyyin yang seolah-olah amat menyanjung kebenaran di sekelilingnya ketika ia dibacakan melalui penyaksian banyak petanda dan kejadian, mengakui kemakbulan al-Quran di seluruh alam semesta dan kedudukannya di maqam yang tertinggi. 


Malahan semua peringkat bangsa manusia, daripada yang paling bodoh dan buta sehingga kepada yang paling pandai dan alim, perolehan habuan yang penuh daripada ajaran al-Quran oleh setiap mereka dan dan kefahaman mereka akan hakikat-hakikatnya yang paling dalam serta istikhraj (pengeluaran) semua hajat dan jawapan yang bersangkut paut dengan ilmu setiap golongan seperti para mujtahid dengan ratusan pengetahuan dan ilmu Islam terutamanya syariat yang agung dan para muhaqqiq ilmu Usuluddin dan Ilmu Kalam juga daripada al-Quran ialah satu tandatangan bahawa al-Quran ialah sumber kebenaran dan punca hakikat.


135. Page

Seterusnya, walaupun sangat berhajat kepada penentangan sampai sekarang, para saterawan arab yang didapati paling maju dari segi kesusasteraan, keengganan mereka untuk mendatangkan sesuatu yang seumpama balaghah satu surah al-Quran yang hanya merupakan satu wajah daripada kemukjizatan al-Quran sedangkan ia mempunyai tujuh wajah; ketidakmampuan para ahli balaghah dan bijak pandai mereka yang datang sampai sekarang dan mahukan kemasyhuran melalui perdebatan untuk bersemuka dengan mana-mana wajah kemukjizatannya dan kebisuan mereka yang penuh kelemahan ialah satu tandatangan bahawa al-Quran ialah satu mukjizat dan mengatasi keupayaan manusia.


Ya, satu kata-kata yang telah zahir nilai, ketinggian dan balaghahnya  dari sudut ia dikatakan “daripada siapa”, “kepada siapa” dan “untuk apa”, maka tidak akan ada yang seumpama al-Quran dan ia tidak mungkin diatasi. Ini kerana, al-Quran ialah khitab dan kata-kata Rabb seluruh alam dan al-Khaliq seluruh alam semesta dan satu perbualan-Nya yang tidak mempunyai sebarang petanda yang boleh merasakan peniruan dan kepura-puraan pada mana-mana sudut. Maka, sudah tentu mendatangkan sesuatu yang seumpama al-Quran Mu’jizul Bayan yang mempunyai mukhatab yang diutuskan atas nama semua makhluk dan paling masyhur dan ternama bagi bangsa manusia, menitiskan kekuatan dan keluasan iman mukhatab itu dan agama Islam yang besar lalu dengan menaikkan pemiliknya ke maqam qaaba qausain yang diturunkan dengan penerimaan kepada mukhatabat samadaniyyah dan menerangkan dan menjelaskan imannya yang paling tinggi dan paling luas yang membawa masalah-masalah berkenaan dengan kebahagiaan di dua dunia, merujuk kepada natijah-natijah penciptaan alam dan tujuan-tujuan Rabbani padanya serta mengifadahkan dan memberitahu melalui sikap penciptanya yang memperlihatkan, mengubah dan menjadikan semua sudut alam semesta yang luas seperti peta, jam dan rumah adalah tidak mungkin. (Amanna) Malah darjat/tahap kemukjizatannya tidak mungkin dapat diatasi. (ya)


Malah penzahiran dan pengisbatan keistimewaan, nuktah, sifat, rahsia dan makna-makna yang tinggi yang tidak terkira serta perkhabaran ghaib yang banyak dari setiap jenis perkara ghaib dalam al-Quran yang telah diterangkan oleh ribuan ulama pakar yang tinggi kepandaiannya yang mentafsirkan al-Quran dan menulis tafsir sebahagiannya tiga ke empat puluh hatta tujuh puluh jilid melalui sandaran/sanad dan dalil-dalil mereka, terutamanya seratus tiga puluh kitab Risalah an-Nur,  pengisbatan setiap satunya tentang keistimewaan al-Quran dan nuktahnya melalui burhan-burhan yang qat’i, lebih-lebih lagi Risalah Kemukjizatan Al-Quran; seperti Maqam Kedua Kalimah Kedua Puluh yang mengeluarkan banyak benda daripada kehebatan tamadun seperti keretapi dan kapal terbang daripada al-Quran, Sinaran Pertama yang bernama Isyarat-isyarat al-Quran yang memberitahu tentang ayat-ayat yang mengisyaratkan kepada Risalah an-Nur dan elektrik, Lapan Risalah Kecil yang bernama Rumuzat as-Samaniyyah yang memperlihatkan bahawa huruf al-Quran adalah sangat tersusun, mempunyai rahsia dan bermakna, risalah kecil yang mengisbatkan kemukjizatan  ayat di akhir Surah al-Fath pada sudut perkhabaran ghaib melalui lima wajah, setiap juzuk Risalah an-Nur, penzahiran satu hakikat dan satu nur al-Quran olehnya ialah satu tandatangan bahawa tiada yang seumpama al-Quran, ia adalah mukjizat dan luar biasa serta wujudnya lidah alam ghaib dan kalam al-‘Allamul Ghuyub di alam syahadah/nyata ini.


Justeru kerana keiztimewaan dan kelebihan al-Quran yang disebutkan yang diisyaratkan dalam enam Noktah, enam sudut dan enam maqam, maka kebijaksanaan nurani-Nya yang hebat, kesultanan qudsi-Nya yang agung, telah berterusan dengan penuh penghormatan dengan cara menerangi wajah-wajah kurun dan menyuluh wajah bumi juga selama seribu tiga ratus tahun. (ya).

Malah kerana kelebihan-kelebihan itulah al-Quran telah memperoleh keistimewaan-keistimewaan qudsi seperti pemberian paling kurang sepuluh pahala, sepuluh kebajikan dan sepuluh biji buah yang baqa bagi setiap hurufnya.(Amanna) Hatta pemberian seratus, seribu dan lebih banyak buah oleh satu huruf sesetengah ayat dan surah serta peningkatan nur, pahala dan nilai setiap huruf daripada sepuluh kepada ratusan pada waktu-waktu yang berkat. (ya). Begitulah musafir dunia itu fahami dan telah berkata kepada hatinya: Demikianlah al-Quran yang bermukjizat dari setiap sudut sebegini telah menjadi saksi begitu dalam bentuk dalil-dalil dan pengisbatan kepada kewujudan al-Wajibul Wujud dan keesaan, sifat dan nama-Nya melalui ijma’ surah-surahnya, kesepakatan ayat-ayatnya, keselarian rahsia dan nur-nurnya serta ketepatan buah dan kesan-kesannya sehingga penyaksian yang tidak terkira oleh semua ahli iman telah menitis daripada satu penyaksian itu. Justeru, sebagai satu isyarat pendek kepada pengajaran tauhid dan keimanan yang telah diperolehi oleh pengembara ini, pada Martabat Ketujuh Belas Maqam Pertama telah dikatakan seperti berikut:

لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودالواحد الاحد الَّذِى دَّلَ عَلَى وُجُوبِ وُجُودِهِ فِى وَحْدَتِهِ الْقُرْانُ الْمُعْجِزُ الْبَيَانِ اَلْمَقْبُولُ الْمَرْغُوبُ ِلاَجْنَاسِ الْمَلَكِ وَ الْاِنْسِ وَ الْجَانِّ اَلْمَقْرُوءُ كُلُّ آيَاتِهِ فِى كُلِّ دَقِيقَةٍ بِكَمَالِ الْاِحْتِرَامِ بِاَلْسِنَةِ مِآتِ مِلْيُونٍ مِنْ نَوْعِ الْاِنْسَانِ الدَّاءِمُ سَلْطَنَتُهُ الْقُدْسِيَّةُ عَلَى اَقْطَارِ الْاَرْضِ وَ الْاَكْوَانِ وَ


عَلَى وُجوُهِ الْاَعْصَارِ وَ الزَّمَانِ وَ الْجَارِى حَاكِمِيَّتُهُ الْمَعْنَوِيَّةُ النُّورَانِيَّةُ عَلَى نِصْفِ الْاَرْضِ وَ خُمْسِ الْبَشَرِ فِى اَرْبَعَةَ عَشَرَ عَصْرًا بِكَمَالِ الْاِحْتِشَامِ وَ كَذَا شَهِدَ وَ بَرْهَنَ بِاِجْمَاعِ سُوَرِهِ الْقُدْسِيَّةِ السَّمَاوِيَّةِ وَ بِاِتِّفَاقِ آيَاتِهِ النُّورَانِيَّةِ الْاِلٰهِيَّةِ وَ بِتَوَافُقِ اَسْرَارِهِ وَ اَنْوَارِهِ وَ بِتَطَابُقِ حَقَائِقِهِ وَ ثَمَرَاتِهِ وَ آثَارِهِ بِالْمُشَاهَدَةِ وَ الْعَيَانِ


136. Page

Tambahan Kedua:


Kalimah Kedua Puluh: Dua Maqam 


Maqam Pertama:

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

* ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوالِآدَمَ فَسَجَدُوا اِلاَّ اِبْلِيسَ


“ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً” “اِنَّ اللّٰهَ يَاْمُرُكُمْ اَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً”

 Suatu hari, ketika membaca ayat-ayat di atas, tiga nuktah daripada limpahan al-Quranul Hakim telah diilhamkan untuk menghadapi bisikan-bisikan iblis. Bentuk was-was adalah seperti berikut: Ia berkata: “Kalian berkata: Al-Quran ialah mukjizat serta dalam balaghah yang tidak berpenghujung serta merupakan hidayah kepada semua pada setiap masa.” Sedangkan, apakah makna yang ada pada pengulangan secara mendesak dalam bentuk yang bagaikan sejarah/lapuk bagi sesetengah peristiwa-peristiwa juz’i sebegitu? Apakah kaitan yang ada pada menyebutkan satu peristiwa terpencil sebegini seperti menyembelih seekor lembu dengan penyifatan yang sangat penting begitu hatta menamakan surah yang panjang itu juga dengan nama “البقره”? Begitu juga peristiwa sujud kepada Nabi Adam, ia hanyalah perintah ghaib. Akal tidak boleh memikirkannya. Ia hanya dapat diperoleh dan diyakini selepas iman yang kuat. Sedangkan al-Quran memberi pengajaran kepada semua ahli akal. Pada banyak tempat ia berkata “اَفَلاَ يَعْقِلُونَ” dan menyerahkannya kepada akal. Serta apakah hidayah/petunjuk yang ada pada menerangkan sesetengah keadaan biasa batu-batan yang seperti kebetulan dengan penuh perhatian? 

Bentuk nuktah-nuktah yang diilhamkan adalah seperti berikut:

Nuktah Pertama: Dalam al-Quranul Hakim terdapat banyak peristiwa yang juz’i. Ia telah menyembunyikan satu dustur yang kulli di sebalik setiap satunya dan diperlihatkan sebagai petunjuk/klu/pembayang bagi satu undang-undang yang umum. Sebagaimana ayat “عَلَّمَ آدَمَ الْاَسْمَاءَ كُلَّهَا”

 ialah pengajaran nama-nama yang merupakan satu mukjizat untuk kelayakan khilafah Nabi Adam ‘Alaihissalam terhadap para malaikat yang juga merupakan satu peristiwa juz’i. Ia adalah pembayang satu dustur kulli seperti berikut: Pengajaran bagi ilmu tidak terkira yang diajar dan pengetahuan yang meliputi jenis-jenis alam semesta dan makrifah yang syumul dan banyak kepada urusan dan sifat-sifat al-Khaliq dari sudut kelengkapan persediaan kepada bangsa manusia, kerana Dia telah memberikan satu pengutamaan pada dakwaan pemikulan amanah agung terhadap bangsa manusia, bukan hanya kepada malaikat, bahkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Seperti mana yang telah difahamkan oleh al-Quran, dia ialah khalifah maknawi bumi dengan bentuk umumnya.


 Di samping sujud para malaikat kepada Nabi Adam, ketidaksujudan syaitan yang merupakan peristiwa juz’i yang ghaib menjadi pembayang bagi dustur kulli yang disaksikan yang sangat luas. Peristiwa tersebut merasakan satu hakikat yang sangat besar. Ia seperti berikut: dengan menyebutkan ketaatan dan ketundukan para malaikat kepada diri/sosok Nabi Adam dan ketakaburan dan kedegilan syaitan; dengan memahamkan kepatuhan banyak jenis maddi alam semesta dan wakil maknawi jenis-jenis itu kepada bangsa manusia dan kesiagaan dan keterikatan golongan khusus bangsa manusia kepada semua pengsitifadahan, lalu dengan mengingatkan betapa bahan-bahan yang buruk dengan wakil-wakilnya dan penghuni kejinya yang merosakkan persediaan bangsa itu dan yang memandu kepada jalan-jalan yang salah menjadi halangan yang sangat besar dan musuh yang sangat dahsyat pada jalan kesempurnaan bangsa manusia itu, ketika al-Quran Mu’jizul Bayan menceritakan satu peristiwa juz’i dengan Nabi Adam, al-Quran melakukan satu perbualan tinggi dengan seluruh alam semesta dan dengan bangsa manusia.


Nuktah Kedua: Benua Mesir, oleh sebab ia merupakan sebahagian Padang Pasir luas yang merupakan negara pasir dan oleh sebab ia berubah menjadi sebuah ladang yang sangat subur akibat/hasil limpahan Sungai Nil yang berkat, maka di kejiranan sahara yang menyerupai neraka itu, kewujudan satu kawasan berkat yang seperti syurga sebegitu telah membawa perladangan dan pertanian di kalangan penduduknya ke dalam bentuk yang sangat digemari/disukai. Ia telah mengukuh dengan sangat hebat pada sikap penduduk di situ sehingga telah menaikkan pertanian ke tahap yang suci, manakala sapi dan lembu yang merupakan perantara pertanian ke tahap yang mukaddas bahkan ke tahap sembahan. Hatta bangsa Mesir di zaman itu telah memberikan satu kesucian di tahap menyembah sapi dan lembu. Justeru, Bani Israil di zaman itu juga telah berada di benua itu. Habuan yang telah diambil mereka daripada didikan itu difahami daripada peristiwa  عِجِلْ”.

Demikianlah, melalui penyembelihan seekor lembu, al-Quranul Hakim memahamkan bahawa melalui risalahnya, Nabi Musa ‘Alaihissalam telah menyembelih dan membunuh pemikiran menyembah lembu yang telah masuk ke dalam adat bangsa dan telah bekerja/memberi kesan kepada sikap mereka itu. Justeru, melalui satu peristiwa yang juz’i serta melalui satu kemukjizatan yang tinggi al-Quran sentiasa menerangkan satu dustur yang kulli bahawa ia sebuah pengajaran hikmah yang sangat perlu kepada semua. Sebagai kiasan kepada perkara ini bahkan peritiwa-peristiwa juz’i yang disebutkan dalam bentuk sesetengah peristiwa sejarah ialah pembayang-pembayang bagi dustur-dustur yang kulli. Hatta sebagi contoh kepada tujuh ayat Kisah Nabi Musa yang disebut dan diulangi dalam banyak surah, di dalam Risalah Lamaat Kemukjizatan al-Quran, kami telah menerangkan bagaimana setiap

137. Page

juzuk ayat-ayat yang juz’i itu mengandungi satu dustur kulli yang penting. Jika kalian mahu, rujuklah kepada risalah itu.


Nuktah Ketiga: ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً وَاِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْاَنْهَارُ وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ وَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Ketika membaca ayat di atas, muwaswis (syaitan yang memberi was-was) telah berkata: “Apakah makna yang ada pada perbahasan dan penerangan sesetengah keadaan tabii yang fitrah bagi batu-batu yang diketahui oleh semua orang dan yang biasa itu dalam bentuk masalah-masalah yang paling penting dan besar? Apakah kaitannya dan adakah ia perlu?

Terhadap was-was ini, satu noktah daripada limpahan al-Quran telah diilhamkan seperti berikut: Ya, terdapat kaitan dan keperluan. Serta terdapat satu kaitan yang besar, satu makna yang sangat penting dan satu hakikat yang besar dan penting setahap itu sehingga ia telah dimudahkan dan diringkaskan satu tahap hanya melalui keringkasan al-Quran yang bermukjizat dan kelatifan bimbingannya. Ya, keringkasan yang merupakan satu asas kemukjizatan al-Quran serta kelatifan bimbingan dan kebaikan fahaman yang merupakan cahaya hidayah al-Quran menghendaki supaya hakikat-hakikat kulli dan dustur-dusturnya yang dalam dan umum diperlihatkan dengan gambaran-gambaran yang lembut dan juz’i terhadap golongan awam yang membentuk majoriti di kalangan mukhatab al-Quran dan  hanya pembayang dan satu bentuk yang biasa bagi hakikat-hakikat yang besar itu diperlihatkan terhadap golongan awam yang fikiran mereka adalah biasa/ringkas/mudah. Malah, tasarruf-tasarruf Ilahi yang luar biasa di bawah tabir adat dan di bawah bumi diperlihatkan secara ringkas. Justeru, berdasarkan kepada rahsia ini, melalui ayat berikut al-Quranul Karim berkata: “Wahai Bani Israil dan Bani Adam! Apakah yang telah berlaku kepada kalian sehingga hati kalian menjadi lebih kaku dan lebih keras berbanding dengan batu. Sedangkan, tidakkah kalian nampak bahawa batu-batu besar yang sangat keras dan kaku dan membentuk lapisan yang besar di bawah tanah itu begitu taat dan tunduk terhadap perintah-perintah Ilahi yang sebanyak itu? Ia sangat lembut/lunak dan patuh di bawah urusan-urusan Rabbani kerana semudah mana tasarruf-tasarruf Ilahi pada pembentukan pokok di udara bergerak/berlaku, semudah itu jugalah yang berlaku pada batu-batu di bawah tanah yang kasar dan tuli itu. Hatta aliran-aliran air(31) yang tersusun dan urat-urat air bergerak dengan penuh hikmah seperti peredaran darah dalam urat-urat saraf tanpa dihalang oleh batu-batu itu.” Malah al-Quran mengisyaratkan bahawa sepertimana ranting-ranting tumbuhan dan pokok di udara bercambah dengan kesenangan, dengan kesenangan yang sama juga urat-urat halus akar bertebaran secara tersusun melalui perintah-perintah Ilahi tanpa dihalang oleh batu-batu di bawah tanah. Dengan ayat tadi al-Quran mengajar satu hakikat yang luas dan melalui pengajaran tersebut ia memberi makna ini kepada hati-hati yang keras itu dan secara simbolik berkata: “Wahai Bani Israil dan wahai Bani Adam! Bagaimanakah kalian tergamak menentang perintah-perintah Zat yang sebegitu dengan keras/kasar walaupun kalian daif dan lemah? Sedangkan lapisan agung batu-batu keras dan besar itu melaksanakan tugas-tugasnya yang sensitif dalam kegelapan dengan penuh ketundukan di hadapan Zat itu secara sempurna. Mereka tidak memperlihatkan ketidaktaatan. Bahkan batu-batu itu, di atas tanah, kepada semua benda hidup, bersama dengan air kehidupan menjadi pemelihara khazanah yang begitu baik kepada punca kehidupannya yang lain dan wasilah kepada pembahagian yang begitu adil dan menjadi perantara untuk pengagihan yang begitu berhikmah. Ini kerana, pada qudrat al-Hakim Zul Jalal ia adalah lembut seperti lilin madu bahkan seperti udara, tiada penentangan dan dalam keadaan bersujud terhadap keagungan qudrat-Nya. Sebabnya, ketersusunan ciptaan dan urusan Ilahi yang berhikmah dan berinayah yang kita saksikan di atas tanah itu turut berlaku di bawah bumi. Bahkan hikmah dan Inayah Ilahi bertajalli dalam bentuk yang lebih menakjubkan dari segi hikmah dan lebih menghairankan dari segi penyusunan. Cuba kalian perhatikan! Bagaimanakah bBatu-batu besar yang paling keras dan tiada perasaan memperlihatkan kelembutan terhadap perintah-perintah takwini seperti lilin madu dan tiada penentangan dan tiada kekerasan setahap itu kepada air yang latif, akar-akar yang lembut dan urat-urat seperti sutera itu yang merupakan petugas Ilahi. Seolah-olah seorang kekasih, menghancurkan hatinya akibat sentuhan mereka yang latif dan indah itu lalu menjadi tanah di jalan-jalannya. 


Malah melalui ayat “وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ” al-Quran memperlihatkan pembayang satu hakikat agung seperti berikut: Sepertimana gunung yang masyhur hancur-lebur dan batu-batunya berterabur akibat tajalli (Zat Allah) dalam peristiwa permohonan Nabi Musa untuk Melihat Allah, melalui tajalliyat Jalaliyyah dalam bentuk gempa bumi atau sesetengah kejadian tanah, batu-batan dari puncak gunung-ganang yang terjadi bagaikan daripada seketul batu yang asalnya telah membeku daripada air di


(31) Ya, menerangkan tiga tugas yang paling utama bagi lapisan batu-batan yang merupakan batu asas bagi sebuah istana yang  hebat dan bergerak yang dinamakan Bumi yang ditugaskan oleh al-Fatir Zul Jalal hanya sesuai/cocok dengan al-Quran.
Sesungguhnya tugas pertama lapisan batu-batan:  Sebagaimana tanah menjadi ibu kepada tumbuh-tumbuhan lalu membesarkannya dengan qudarat Rabbani, batu pula menjadi bapa saudara kepada tanah lalu menghasilkannya melalui qudrat Ilahi.
Tugas Kedua: Berkhidmat kepada aliran/perolakan/kitaran air yang tersusun yang ibarat peredaran darah dalam tubuh bumi. 
Tugas Fitrah Ketiganya: Menjadi gedung simpanan bagi kewujudan dan kelangsungan sumur, kali, mata air dan sungai melalui neraca yang tersusun. Ya, batu-batan menulis dan merenjiskan dalil-dalil keesaan ke wajah bumi dalam bentuk air kehidupan yang telah mereka alirkan melalui seluruh kekuatan dan sepenuh mulutnya.

138. Page

Dalam petikan ketiga al-Quran berkata: “وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ”. Melalui petikan ini, dengan mengingatkan sebuah kisah yang masyhur iaitu peristiwa hancur leburnya gunung yang besar akibat kehebatan tajalliyat Jalaliyyah yang berlaku semasa Nabi Musa bemunajat di Tursina dan tergoleknya batu-batannya ke kawasan sekitarnya akibat kegerunan tersebut, al-Quran mengajar satu makna yang seperti berikut: “Wahai Kaum Nabi Musa! Bagaimanakah kalian boleh menjadi tidak takut daripada Allah? Walhal gunung-ganang yang terdiri daripada batu-batan bercerai berai kerana takutkan-Nya dan untuk mendapat janji daripada kalian, walaupun Jabal Tur telah diangkat ke atas kalian malah walaupun kalian mengetahui dan telah melihat kehancuran gunung dalam peristiwa baginda memohon untuk melihat Allah, maka dengan keberanian manakah kalian tidak gentar daripada berasa takut kepada-Nya lalu kalian meletakkan hati kalian dalam kekerasan dan kekasaran?”


Malah dalam petikan pertama al-Quran berkata: “وَاِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْاَنْهَارُ”. Melalui petikan ini, dengan memperingatkan tentang sungai-sungai seperti Nil, Dajlah dan Furat yang bersumber dari gunung-ganang, ia memahamkan bahawa batu-batan adalah dalam bentuk penerima dan patuh yang menunjukkan kehebatan dan seperti mukjizat yang sangat hebat di hadapan perintah-perintah takwiniyyah dan memberikan makna seperti berikut kepada hati-hati yang jaga: “Sudah tentu adalah tidak mungkin gunung-ganang itu menjadi sumber sebenar bagi sungai-sungai yang besar begitu. Ini kerana andaikata air gunung-ganang itu terputus/terhenti/habis sepenuhnya lalu masing-masing menjadi kolam yang berbentuk kon/tirus, tanpa kehilangan keseimbangan terhadap arus/aliran sungai-sungai besar yang deras dan banyak itu, maka ia hanya mampu bertahan selama hanya beberapa bulan. Manakala hujan yang biasanya/selalunya tembus/telap ke dalam tanah sejauh satu meter di hadapan penggunaan yang banyak itu tidak boleh menjadi sumber yang mencukupi. Ini bermakna, sumber-sumber sungai-sungai tersebut bukanlah satu kerja yang biasa, tabii dan tasaduf/kebetulan. Bahkan dalam bentuk yang sangat luar biasa, al-Fatir Zul Jalal mengalirkannya daripada khazanah ghaib-Nya semata-mata. Justeru, sebagai isyarat kepada rahsia ini, untuk mengifadahkan makna ini dalam hadis diriwayatkan bahawa untuk setiap satu daripada tiga sungai tersebut satu titis daripada syurga sentiasa menitik dan mempunyai keberkatan daripada-Nya. Malah dalam suatu riwayat telah dikatakan bahawa sumber tiga batang sungai tersebut adalah dari Syurga. Hakikat riwayat tersebut ialah: “Memandangkan sebab-sebab maddi tidak boleh menjadi sumber yang banyak setahap ini bagi semua itu. Maka sudah tentu sumber-sumbernya adalah dari alam ghaib dan datang dari suatu khazanah rahmat kerana keseimbangan penggunaan dengan sumbernya yang berterusan.


Justeru, dengan memperingatkan makna itu al-Quranul Hakim memberi pengajaran seperti berikut dan berkata:  “Wahai Bani Israil dan wahai Bani Adam! Dengan kekerasan hati dan kekasaran kalian, kalian melakukan keingkaran terhadap perintah-perintah Zat Zul Jalal dan dengan kelalaian kalian memejamkan mata kalian kepada cahaya makrifah Mentari Sarmadi yang mengalirkan sungai-sungai besar seperti Nil yang berkat lalu mengubah Mesir kalian menjadi sebuah syurga dan dengan memberikan mukjizat qudrat-Nya dan saksi-saksi keesaan-Nya kepada hati alam semesta dan akal bumi di tahap kekuatan, kezahiran dan limpahan sungai-sungai yang besar itu, ia menyampaikannya kepada hati dan akal jin dan manusia. 


Malah, penerimaan sesetengah batuan yang tiada rasa dan kaku kepada mukjizat qudrat yang dalam bentuk yang menakjubkan begini(32) walaupun ia telah memperlihatkan al-Fatir Zul Jalal itu seperti cahaya matahari telah memperlihatkan matahari, maka bagaimanakah kalian menjadi buta dan tidak nampak nur makrifah-Nya itu? Justeru, lihatlah bagaimana satu balaghah telah dipakaikan kepada tiga hakikat itu. Perhatikan juga kepada balaghah yang berbentuk bimbingan. Agaknya kekasaran dan kekerasan yang manakah yang ada sehingga ia boleh bertahan dan tidak dilanyak di hadapan balaghah bimbingan yang panas sebegitu? Justeru, sekiranya kalian telah faham daripada awal sampai sekarang, lihatlah satu kilau kemukjizatan al-Quranul Hakim yang berbentuk bimbingan dan bersyukurlah kepada Allah.


سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ * اَللّٰهُمَّ فَهِّمْنَا اَسْرَارَ الْقُرْآنِ كَمَا تُحِبُّ وَ تَرْضَى وَ وَفِّقْنَا ِخِدْمَتِهِ آمِينَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ * اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى مَنْ اُنْزِلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ الْحَكِيمُ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ *



Said Nursi


(32) Sebagaimana Nil yang berkat muncul dari Jabal Qamar, salah satu cabang yang paling penting bagi Sungai Dajlah terbit dari gua batu dari daerah Mukus yang merupakan salah satu daripada wilayah Van. Cabang yang penting bagi Sungai Furat juga terbit dari kaki sebuah gunung di daerah Diyadin. Asal usul gunung-ganang secara penciptaannya adalah sabit bahawa daripada batu-batu yang telah membeku yang datang daripada bahan/unsur yang cair. “سُبْحَانَ مَنْ بَسَطَ الْاَرْضَ عَلٰي مَاءٍ جَمَدٍ” yang merupakan sebahagian daripada zikr nabawi menandakan secara qat’i bahawa asal penciptaan bumi adalah seperti berikut: “Bahan/unsur yang seperti air membeku dengan perintah Ilahi lalu menjadi batu. Batu menjadi tanah dengan izin Ilahi. Lafaz ardh dalam zikir bermakna tanah. Maknanya, air itu sangat lembut maka tidak boleh didirikan di atasnya.Batu sangat keras maka tidak boleh diistifadahkan. Kerana itu al-Hakimur Rahim meratakan/membentangkan tanah di atas batuan lalu menjadi tempat tinggal/habitat bagi benda hidup.

139. Page

Maqam Kedua Kalimah Kedua Puluh.

Kilauan kemukjizatan al-Quran yang bersinar pada wajah Mukjizat para Nabi.

Sila beri perhatian kepada dua soalan dan dua jawapan di penghujung.


“بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُبِينٍ”

Empat belas tahun sebelum ini (sekarang sudah melebihi 30 tahun)(33) aku telah menulis satu perbahasan berbahasa Arab dalam tafsirku yang bernama Isyaratul I’jaz berkenaan rahsia ayat di atas. Sekarang hasrat dua orang saudaraku yang padaku adalah penting iaitu mereka telah memintaku memberi sedikit penerangan dalam Bahasa Turki mengenai perbahasan tersebut. Maka, bergantung dengan taufiq Allah Taala dan bersandarkan dengan limpahan al-Quran, aku pun berkata:


“Menurut satu pendapat, Kitabul Mubin ialah al-Quran. Ayat suci di atas menerangkan bahawa basah dan kering serta setiap perkara terdapat di dalamnya. Adakah begitu?  Ya, semua perkara terdapat di dalamnya. Tetapi tidak semua orang dapat melihat setiap perkara di dalamnya. Ini kerana, itu   terdapat pada tahap-tahap yang berbeza. Kadang-kadang benih-benihnya, kadang-kadang bibit-bibitnya, kadang-kadang ijmal-ijmalnya, kadang-kadang dustur-dusturnya dan kadang-kadang alamat-alamatnya berada dalam bentuk yang sama ada jelas ataupun secara isyarat ataupun secara simbolik ataupun secara kabur ataupun dalam bentuk peringatan. Tetapi menurut keperluan, dalam bentuk yang sesuai dengan tujuan al-Quran dan pada kaitan kehendak maqam, al-Quran diifadahkan dengan salah satu bentuk-bentuk ini. Sebagai contoh: Keluarbiasaan ciptaan yang merupakan natijah kemajuan manusia dalam sudut kesenian dan ilmu dan sebagai kehebatan ilmu, benda-benda seperti pesawat, elektrik, kereta api dan telegraf telah dihasilkan dan telah mendapat tempat yang paling luas dalam kehidupan maddiyyah manusia. Semestinya  al-Quranul Hakim yang berkhitab kepada seluruh bangsa manusia tidak mengabaikan itu semua. Ya, al-Quran tidak membiarkannya. Al-Quran telah mengisyaratkan kepada itu semua juga melalui dua sudut.

Sudut Pertama: Melalui bentuk mukjizat para Nabi. Jenis yang kedua ialah: al-Quran mengisyaratkannya dalam bentuk sesetengah peristiwa bersejarah. Contohnya:  Sebagaimana al-Quran telah memberi isyarat kepada kereta api melalui ayat-ayat seperti:    

قُتِلَ اَصْحَابُ الْاُخْدُودِ النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ اِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُومِنِينَ شُهُودٌ وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ اِلاَّ اَنْ يُومِنُوا بِاللّٰهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Dan begitu juga ayat:(34)

فِى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ وَخَلَقْنَا لَهُمْ مِنْ مِثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

Ayat berikut pula melambangkan elektrik bersama dengan mengisyaratkan kepada nur dan rahsia yang banyak.

اَللّٰهُ نُورُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَامِصْبَاحٌ اَلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ اَلزُّجَاجَةُ كَاَنَّهَاكَوْكَبٌ دُرِّى يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلاَ غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيئُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِى اللّٰهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ

Bahagian kedua ini, oleh sebab ramai individu telah menyentuh tentangnya malah oleh sebab ia berhajat kepada banyak tumpuan dan penjelasan, maka buat masa ini aku berpada dengan ayat-ayat yang mengisyaratkan kepada keretapi dan elektrik sebelum ini dan aku tidak akan membuka pintu itu.


Bahagian Pertama: Al-Quran mengisyaratkannya dalam bentuk mukjizat para Nabi. Kami juga akan menyebutkan sesetengah contoh daripada bahagian itu sebagai contoh. 


Mukadimah:  Sesungguhnya sebagaimana al-Quranul Hakim (menyatakan bahawa Allah) telah mengutuskan para Nabi sebagi perintis  dan imam dari sudut peningkatan maknawi kepada golongan manusia, (Allah) juga telah mengurniakan sesetengah kejaiban kepada setiap mereka dalam peningkatan/kamajuan maddi lalu sekali lagi (Allah) menjadikan mereka sebagai pakar dan guru kepada manusia. Al-Quran memerintahkan manusia mengikut mereka secara mutlak. Justeru, sebagaimana al-Quran menggalakkan manusia beristifadah daripada para Nabi dengan membicarakan kesempurnaan-kesempurnaan maknawi para Nabi, maka perbahasan tentang mukjizat-mukjizat mereka juga menghidukan satu galakan supaya menyaingi bandingan mereka dan menirunya. Hatta boleh dikatakan bahawa seperti kesempurnaan-kesempurnaan maknawi, kesempurnaan-kesempurnaan dan keluarbiasaan-keluarbiasaan berbentuk maddi juga, mula-mula al-Quran telah menghadiahkan mukjizat kepada tangan bangsa manusia. Justeru yang mula-mula menghadiahkan kapal yang merupakan mukjizat Nabi Nuh ‘Alaihissalam dan jam yang merupakan mukjizat Nabi Yusuf ‘Alaihissalam kepada manusia ialah tangan mukjizat. Isyarat yang latif kepada hakikat ini ialah:  Kebanyakan ahli seni, menjadikan seorang Rasul sebagai tauladan dalam satu-satu bidang seni. Contohnya para tukang kapal menjadikan Nabi Nuh ‘Alaihissalam, tukang jam menjadikan Nabi Yusuf ‘Alaihissalam dan tukang jahit menjadikan Nabi Idris ‘Alaihissalam sebagai tauladan.


(33)  Maqam Kedua ini ditulis pada tahun 1926 di Barla, Isparta.
(34) Ayat ini mengisyaratkan bahawa ia adalah kereta api. Ia telah menyebabkan Dunia Islam  ditawan. Orang kafir telah mengalahkan umat Islam dengannya.

140. Page


 Ya, memandangkan ahli tahqiq dan ilmu balaghah telah bersepakat bahawa setiap ayat al-Quran mempunyai banyak wajah bimbingan dan bermacam-macam sudut hidayah, jadi ayat-ayat tentang Mukjizat para Nabi yang merupakan ayat-ayat al-Quran Mu’jizul Bayan yang paling terang, masing-masing bukan sebagai kisah-kisah sejarah bahkan semuanya mengandungi banyak makna bimbingan. Ya, dengan menyebutkan mukjizat para Nabi, al-Quran menggariskan batasan akhir ilmu dan kesenian manusia. Ia meletakkan jarinya/menunjukkan kepada tujuan-tujuan yang paling kehadapan. Ia menentukan matlamat akhir mereka. Dengan menolak tangan dorongan ke belakang manusia ia mendorong manusia kepada tujuan tersebut. Sebagaimana masa lalu menjadi gudang kepada benih-benih masa hadapan dan menjadi cermin urusan-urusannya, masa hadapan juga  ialah ladang masa lalu dan cermin hal-ehwalnya. Sekarang, sebagai contoh kami akan menerangkan hanya beberapa contoh daripada sumber yang sangat luas itu.


 Contoh: Ayat وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ yang menerangkan penundukan angin sebagai mukjizat Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam mengatakan bahawa Nabi Sulaiman telah menghabiskan jarak perjalanan sejauh dua bulan dengan terbang di udara dalam masa satu hari. Justeru, dalam perkara ini al-Quran memberi isyarat bahawa jalan adalah terbuka kepada manusia untuk mereka menempuh perjalanan yang sebegini melalui udara. Oleh itu, wahai manusia! Memandangkan jalan terbuka untukmu, maka sampailah dan hampirilah martabat ini. Melalui lidah ayat ini Allah Taala berkata secara maknawi: “Wahai manusia! Oleh sebab seorang hamba-Ku telah meninggalkan hawa nafsunya maka aku  telah menunggangkannya ke atas udara. Jika kalian juga meninggalkan kemalasan diri dan beristifadah dengan baik daripada sesetengah undang-undang adat-Ku, kalian juga boleh menaikinya.


Seterusnya, ayat berikut:”فَقُلْنَا اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانْفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا” hingga akhir yang menerangkan tentang salah satu mukjizat Nabi Musa ‘Alaihissalam mengisyaratkan bahawa daripada khazanah-khazanah rahmat yang tersembunyi di bawah tanah boleh diistifadah melalui alat-alat yang biasa. Hatta pada satu tempat yang keras seperti batu, air kehidupan boleh ditarik keluar menggunakan sebatang tongkat. Justeru, ayat ini berkata kepada manusia dengan makna ini: Kalian boleh menemui air kehidupan yang merupakan limpahan rahmat yang paling latif menggunakan sebatang tongkat. Jika begitu, ayuh berusaha dan mencarinya! Melalui lidah perlambangan ayat ini Allah Taala berfirman secara maknawi: “Wahai manusia! Memandangkan aku memberikan sejenis tongkat kepada tangan hamba-Ku yang bergantung kepada-Ku sehingga dia boleh menarik keluar air kehidupan di setiap tempat yang dikehendakinya dengan tongkat tersebut. Kamu juga, jika kamu bersandar kepada undang-undang rahmat-Ku, kamu boleh mendapatkan satu alat yang menyerupainya begitu ataupun hampir sama dengannya. Maka lakukanlah! Justeru, salah satu daripada kemajuan-kemajuan manusia yang penting ialah mewujudkan satu alat sehingga apabila ia dihentak pada kebanyakan tempat ia memancarkan air. Ayat ini telah menggariskan sempadan penghujung dan akhirnya yang lebih terkehadapan. Begitulah ayat sebelum ini telah menentukan noktah-noktah akhir yang lebih terkehadapan daripada kapal terbang yang sedia ada sekarang ini.


  • Contohnya lagi: Ayat “وَاُبْرِى الْاَكْمَهَ ıوَالْاَبْرَصَ وَاُحْيِى الْمَوْتَى بِاِذْنِ اللّٰهِ”  yang berkenaan dengan mukjizat Nabi Isa ‘Alaihissalam, sebagaimana al-Quran menggalakkan manusia secara jelas supaya mengikut akhlak tinggi Nabi Isa ‘Alaihissalam, begitulah juga ia menimbulkan minat kepada keseniaan tinggi dan Tibbur Rabbani (perubatan yang berteraskan keyakinan kepada Allah) di tangan baginda itu secara simbolik. Justeru ayat ini mengisyaratkan bahawa untuk penyakit yang paling lama/usang/tua juga penawar boleh ditemui. Jika begitu wahai manusia dan Bani Adam yang ditimpa musibah! Janganlah kalian berputus asa. Setiap walau apapun penyakit ia boleh diubati. Cari dan temukanlah ia. Hatta memberi satu warna kehidupan yang sementara kepada kematian juga adalah mungkin. Melalui lidah isyarat ayat ini, Allah Taala berfirman secara maknawi: “Wahai Manusia! Aku telah mengurniakan dua hadiah kepada hambaku yang telah meninggalkan dunia kerana-Ku. Pertamanya penawar bagi penyakit maknawi dan yang satu lagi ialah ubat bagi penyakit-penyakit maddi. Justeru, hati-hati yang telah mati dibangkitkan dengan nur hidayah. Pesakit-pesakit yang bagaikan telah mati juga mendapat kesembuhan melalui nafas dan ubatnya. Maka kamu juga boleh menemui penawar bagi setiap penyakitmu dalam farmasi hikmah-Ku. Berusalah dan dapatkannya! Sudah tentu jika kamu mencari kamu akan menemuinya.

Demikianlah ayat ini menggariskan sempadan yang sangat terkehadapan berbanding dengan kemajuan sekarang ini pada sudut perubatan manusia dan ayat ini mengisyaratkan dan memberi galakan kepadanya. 


Contohnya lagi: Ayat “وَ اَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ” dan وَ آتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ وَ فَصْلَ الْخِطَابِ   

yang berkenaan tentang Nabi Daud ‘Alaihissalam dan ayat   “وَاَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ” yang tentang Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam mengisyaratkan bahawa, melembutkan besi ialah satu nikmat Ilahi yang paling besar kerana melaluinya ia memperlihatkan kelebihan seorang Rasul yang mulia. Ya, melembutka besi yakni melembutkan besi seperti adunan tepung dan mencairkan tembaga serta menemui galian-galian/logam-logam dan mengeluarkannya ialah asal-usul, ibu, asas dan sumber semua ciptaan berbentuk maddi oleh manusia. Justeru ayat ini mengisyaratkan bahawa pelembutan besi ialah satu nikmat yang besar dalam bentuk satu mukjizat kepada seorang khalifah muka bumi yang besar dan kepada Rasul yang besar dan menjadi punca kepada kebanyakan ciptaan

141. Page

umum dengan cara melembutkan besi seperti adunan tepung dan menghaluskannya seperti dawai/wayar dan dengan mencairkan tembaga. Memandangkan, Allah telah memberikan hikmah kepada lidah dan seni kepada tangan seorang Rasul malah seorang khalifah yakni kepada seorang penguasa maknawi dan maddi. Dia menggalakkan kepada hikmah pada lidahnya secara jelas. Sudah tentu terdapat isyarat penggalakan kepada kesenian di tangannya. Melalui lidah isyarat ayat ini, Allah Taala berfirman dengan makna: “Wahai Bani Adam! Aku telah mengurniakan sejenis hikmah kepada lidah dan hati seorang hamba-Ku yang mentaati perintah-perintah taklif-Ku sehingga dia memisahkan semua benda dengan penuh kejelasan lalu memperlihatkan hakikatnya dan Aku juga telah mengurniakan sejenis kesenian kepada tangannya juga sehingga di tangannya dia boleh mengubah besi kepada apa jua bentuk seperti lilin lebah. Dia memperoleh satu kekuatan yang penting untuk tugas kekhalifahan dan kekuasaan. Memandangkan perkara ini adalah mungkin dan diberikan malah adalah penting serta kalian juga sangat memerlukannya dalam kehidupan bermasyarakat kalian, maka kalian juga, jika kalian taat kepada perintah-perintah takwini-Ku, hikmah dan kesenian tersebut boleh diberikan kepada kalian juga. Dengan peredaran masa, kalian akan mencapai dan dapat menghampirinya. Justeru kemajuan yang paling terkehadapan manusia pada sudut keseniannya dan pemerolehan keupayaan yang paling penting dari sudut kekuatan maddinya adalah melalui pelembutan besi dan pencairan tembaga. Dalam ayat, tembaga telah dingkapkan sebagai ‘Qitr’. Ayat-ayat ini mengubah pandangan semua bangsa manusia kepada hakikat dan mengingatkan dengan keras kepada insan-insan masa lalu dan masa kini yang tidak menghargai betapa pentingnya hakikat ini.


Contohnya lagi: Ayat  “قَالَ الَّذِى عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ اَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ اَنْ يَرْتَدَّ اِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرا عِنْدَهُ”

hingga akhir yang memberi petunjuk kepada peristiwa luar biasa bahawa untuk membawa takhta Balqis ke sisi baginda seseorang yang alim dan berilmu dari kalangan wazir Nabi Sulaiman

‘Alaihissalam telah berkata: “Aku boleh mendatangkan takhta itu ke sisi Tuan dalam tempoh sekelip mata/ sebelum tuan mengerdipkan mata” mengisyaratkan bahawa mendatangkan benda-benda dari jarak yang jauh dalam keadaan yang sama dari segi bentuk dan rupa adalah mungkin. Malah telah berlaku bahawa Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam yang dimuliakan dengan kerasulan beserta dengan kesultanan serta untuk menjadi punca kepada kemaksuman baginda dan keadilannya, Allah Taala telah mengurniakan kebolehan dapat melihat sendiri seluruh pelusuk negaranya yang sangat luas tanpa kesusahan, melihat keadaan rakyatnya dan mendengar permasalahan mereka dalam bentuk mukjizat. Maknanya, sebagaimana Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam bergantung kepada Allah Taala lalu memintanya melalui lidah kemaksumannya, seseorang itu juga, jika dia meminta melalui lisan persediaannya daripada Allah Taala dan sekiranya dia bertindak sesuai dengan undang-undang adat dan inayah-Nya, dunia boleh menjadi seperti sebuah bandar kepadanya. Maknanya, ketika takhta Balqis berada di Yaman, di Syam ia telah tersedia dan telah dilihat yang sama atau dengan gambarannya. Sudah tentu bersama dengan gambaran orang-orang di sekitar tahkta, suara mereka juga telah didengari. Justeru al-Quran mengisyaratkan kepada penarikan gambaran dan suara pada jarak yang jauh dalam bentuk yang hebat dan secara maknawi berkata: “Wahai pemilik kesultanan/kekuasaan! Jika kalian mahu melaksanakan keadilan yang sempurna, berusahalah untuk melihat dan memahami seluruh muka bumi seperti Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam. Ini kerana dengan naik ke tahap boleh melihat seluruh negara bila-bila dia mahu, seorang pemimpin yang mengutamakan keadilan dan seorang raja yang menjaga rakyat terselamat daripada tanggungjawab-tanggungjawab maknawi ataupun dapat melakukan keadilan yang sempurna.” Melalui lidah simbolik ayat ini Allah Taala berfirman secara maknawi: “Wahai Bani Adam! Aku sendiri yang memberikan keadaan dan peristiwa-peristiwa dunia supaya hamba-Ku menguasai sebuah kerajaan yang luas dan melaksanakan keadilan yang sempurna.


Memandangkan Aku telah memberikan kemampuan untuk menjadi khalifah di muka bumi kepada setiap insan secara fitrah, maka sudah tentu berdasarkan kemampuan tersebut Aku juga telah memberikan persediaan yang boleh melihat, memandang/memerhatikan dan memahami muka bumi kerana ia adalah sejajar dengan hikmah-Ku. Walaupun tidak boleh mencapai noktah itu secara peribadi namun dari segi bangsa dia boleh mencapainya. Walaupun tidak dapat menggapainya secara maddi namun boleh menggapainya secara maknawi seperti para wali. Maka, kalian boleh beristifadah daripada nikmat yang agung ini. Ayuh! Biar Aku melihat kalian dan kalian berusahalah sebegitu dengan syarat tidak melupakan tugas ubudiyyah kalian dan ubahlah muka bumi kepada sebuah taman yang setiap sudutnya diperlihatkan kepada setiap kalian dan memperdengarkan suara-suara pada setiap sudutnya kepada kalian. Dengarlah firman ar-Rahman pada ayat “هُوَ الَّذِى جَعَلَ لَكُمُ الْاَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَاِلَيْهِ النُّشُورُ”. Justeru, ayat ini secara simbolik memperlihatkan sempadan akhir penarikan gambaran dan suara yang sangat terkehadapan yang merupakan salah satu daripada hasil seni manusia yang halus dan menghidukan/memperrasakan galakan ke arahnya. 


Contohnya juga, Ayat-ayat “مُقَرَّنِينَ فِى الْاَصْفَادِ” hingga akhir dan “وَ مِنَ الشَّيَاطِينِ مَنْ يَغُوصُونَ لَهُ وَ يَعْمَلُونَ عَمَلاً دُونَ ذٰلِكَ” hingga akhir yang memberitahumengifadahkan tentang penundukan jin, syaitan dan roh-roh yang keji lalu menghalang kejahatan mereka dan penggunaan mereka dalam kerja-kerja yang bermanfaat oleh Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam  juga berkata: “Jin yang merupakan penghuni bumi yang paling penting selepas manusia dari kalangan yang mempunyai kesedaranberakal boleh menjadi

142. Page

pembantu/khadam manusia. Perhubungan dengan mereka boleh dilakukan. Para syaitan juga terpaksa meninggalkan permusuhan, mahu tidak mahu boleh dipergunakan kerana Allah Taala. Allah telah menundukkan mereka kepada seorang hamba-Nya yang tunduk kepada perintah-perintah-Nya. Secara makna, melalui lidah simbol ayat ini, Allah Taala berfirman: “Wahai insan!  Aku menjadikan para jin, syaitan dan yang jahat taat kepada hamba-Ku yang taat kepada-Ku., Jika kalian juga patuh kepada perintah-Ku, banyak maujudat hatta jin dan syaitan juga boleh patuh kepada kalian.”

Justeru ayat ini menggariskan batasan paling akhir bagi penarikan roh dan komunikasi dengan jin seperti spiritisme yang ditapis dari kesenian dan ilmu manusia serta yang terzahir daripada kesensitifan maddi dan maknawinya yang luar biasa. Ia juga menetapkan bentuk-bentuknya yang paling berfaedah dan turut membuka jalan kepadanya. Tetapi, bukan menjadi tunduk dan badut lalu menjadi mainan kepada jin, syaitan dan roh-roh keji yang kadang-kadang menamakan dirinya sebagai orang mati seperti yang sekarang ini, bahkan menundukkan mereka dengan mantera-mantera/jampi-jampi al-Quran dan terselamat daripada kejahatan mereka.


Seterusnya, ayat-ayat mengenai peristiwa Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam menarik Ifrit dan menundukkannya yang mengisyaratkan kepada penjelmaan roh-roh serta sesetengah ayat seperti “فَاَرْسَلْنَا اِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيا”, beserta dengan mengisyaratkan penjelmaan para Ruhaniyyin, ayat-ayat itu turut mengisyaratkan kepada pemanggilan roh. Tetapi pemanggilan roh yang baik yang diisyaratkan bukannya seperti yang telah dilakukan oleh orang masa kini yang tidak menghormati roh-roh yang yang sangat serius dan di alam yang serius itu dengan cara menggunakannya untuk sesetengah permainan yang mengarut/merapu dan untuk (kepentingan) dirinya sendiri bahkan (perbuatan memanggil roh itu) dilakukan dalam keadaan yang serius dan untuk tujuan yang serius. 

Sebahagian para wali yang bertemu dengan roh ketika mana mereka mahu iaitu tokoh-tokoh seperti Muhyiddin Ibnu Arabi menjadi tertarik kepada mereka lalu membina hubungan dengan mereka, pergi ke tempat mereka lalu mendekati sedikit alam mereka dan beristifadah secara maknawi daripada kerohanian mereka. Inilah yang diisyaratkan oleh ayat-ayat al-Quran yang berkait dengannya. Ayat-ayat tersebut merasakan suatu galakan di dalam isyarat dan menggariskan had paling terkehadapan bagi kesenian dan ilmu halus/ghaib seperti ini dan memperlihatkan gambarannya yang paling baik.


Contohnya lagi: Ayat-ayat;

اِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالََ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالْأِشْرَاقِ  يَا جِبَالُ اَوِّب۪ي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَاَلَنَّا لَهُ الْحَد۪يدَ danعُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ 

yang berkenaan dengan mukjizat-mukjizat Nabi Daud ‘Alaihissalam memberi petunjuk bahawa  Allah Taala telah memberikan suatu kekuatan, suara yang lantang dan lantunan yang menarik kepada tasbih/zikir Nabi Daud ‘Alaihissalam sehingga membawa gunung-ganang kepada rasa semangat lalu masing-masing umpama fonograf yang besar dan seperti manusia membentuk sebuah halaqah mendatar di sekeliling pemimpin zikir lalu bertasbih/berzikir secara bersama/sebagai satu halaqah. Agaknya adakah perkara ini mungkin dan adakah ia hakikat? Ya, ia adalah hakikat. Setiap gunung yang bergua boleh berkata-kata dengan setiap manusia dan melalui lidah manusia seperti burung kakaktua. Ini kerana, melalui perantaraan pantulan gema cuba kamu lafazkan Alhamdulillah di hadapan gunung. Gunung juga akan melafazkan Alhamdulillah sama seperti kamu. Memandangkan Allah Taala telah mengurniakan kebolehan ini kepada gunung-ganang, sudah tentu kebolehan tersebut boleh dipertingkatkan/diperkembangkan dan benih itu akan bertunas. 

Justeru, oleh sebab Allah Taala telah mengurniakan tugas khilafah di muka bumi kepada Nabi Daud ‘Alaihissalam bersama dengan risalah (kerasulannya) dalam bentuk yang tersendiri/secara yang khusus, maka sebagai mukjizat yang sesuai kepada risalah yang luas dan kekuasaan yang besar itu,  Dia telah mempertingkatkan benih kebolehan itu  sehingga banyak gunung yang besar mencontohi Nabi Daud ‘Alaihissalam seperti tentera, pelajar dan murid lalu melalui lidahnya dan dengan perintahnya mereka bertasbih kepada al-Khaliq Zul Jalal. Apa jua yang Nabi Daud ‘Alaihissalam katakan, mereka juga mengulanginya. Dengan sebab kebanyakan dan kesempurnaan perantara komunikasi dan wasilah perhubungan di zaman ini, seorang komander yang hebat menyebabkan tentera besarnya yang telah berpecah ke gunung-ganang melafazkan Allahu Akbar dalam satu masa, menjadikan gunung-ganang yang besar berkata-kata dan menjadi riuh-rendah. Memandangkan komander manusia menyebabkan gunung-ganang berkata-kata melalui lidah para penghuninya secara majazi, sudah tentu komander Allah Taala  yang hebat boleh menjadikan mereka berkata-kata dan bertasbih secara hakiki. Bersama dengan ini kami telah menerangkan dalam Kalimah-kalimah sebelum ini bahawa setiap bukit mempunyai satu peribadi maknawi dan terdapat tasbih dan ibadah yang sesuai dengannya. Maknanya sebagaimana setiap gunung berzikir melalui lidah manusia menerusi rahsia pentulan gema, terdapat juga zikir-zikir mereka kepada al-Khaliq Zul jalal melalui lidah khusus mereka sendiri.


Ayat “وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ” memperlihatkan bahawa Allah Taala telah mengurniakan lidah jenis-jenis burung serta lidah-lidah persediaannya, yakni dalam tugas apakah mereka boleh kerjakan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ‘Alaihimassalam. Ya, memandangkan ia adalah hakikat, memandangkan muka bumi ialah hidangan ar-Rahman, maka ia telah dibina kerana kemuliaan insan. Maka, semua haiwan dan kebanyakan burung yang beristifadah daripada hidangan itu boleh menjadi

143. Page

patuh dan pembantu kepada insan. Sebagaimana dengan menggunakan haiwan yang paling kecil seperti lebah madu dan ulat sutera, dengan membuka jalan istifadah yang besar dengan ilham Ilahi, dengan menggunakan merpati dalam sesetengah kerja dan dengan mempertuturkan burung-burung seperti kakaktua, Allah telah menambah benda-benda yang baik kepada keindahan tamadun manusia, begitulah juga sekiranya bahasa persediaan burung dan haiwan lain diketahui dan terdapat banyak kelompoknya sehingga masing-masing boleh digunakan dalam kerja-kerja penting  seperti binatang-binatang jinak yang teman mereka. Sebagai contoh: Untuk menghadapi serangan belalang, maka sekiranya bahasa burung perling yang menghapuskan belalang sebelum makan diketahui dan sekiranya pergerakannya disusun, ia boleh digunakan secara percuma dalam satu khidmat yang sangat berfaedah. Justeru, ayat ini menggariskan sempadan paling akhir bagi istifadah, dan  penundukan sejenis ini daripada burung-burung, menjadikan benda-benda kaku bercakap seperti telefon dan fonograf dan beristifadah daripada unggas. Ayat ini menetapkan tujuannya yang paling jauh. Mengisyaratkan kepada gambarannya yang paling hebat dengan jarinya dan memberikan sejenis galakan. Justeru melalui lidah simbol ayat-ayat ini Allah Taala berfirman secara maknawi: “Wahai manusia! Untuk menjadi punca kepada seorang daripada kalian yang menjadi hamba-Ku yang sempurna, kepada kenabiannya dan keadilan sempurna kesultanannya, maka Aku menundukkan makhluk-makhluk yang besar dalam kerajaan-Ku kepadanya lalu mempertuturkan mereka dan akau memberikan kepadanya sebilangan besar daripada tentera-Ku dan haiwan-haiwan-Ku sebagai pembantu. Jika begitu, memandangkan Aku telah mengamanahkan satu amanah agung yang dihindari oleh langit, tanah dan gunung-ganang daripada memikulnya kepada setiap kalian dan telah memberikan persediaan menjadi khalifah muka bumi, maka pada siapa pun tali kendali seluruh makhluk, kalian perlu taat kepadanya. Ini supaya makhluk-makhluk dalam kerajaannya juga boleh taat kepada kalian dan sekiranya kalian boleh mendapatkan atas nama zat yang di tangannya tali kendali mereka semua dan sekiranya kalian dapat naik ke maqam yang sesuai dengan persediaan kalian. 

Memandangkan hakikat adalah begini, maka sebagai pengganti kepada penggunaan fonograf, bermain dengan merpati, menjadikannya penghantar surat dan percakapan burung kakaktua yang ibarat suatu hiburan yang tiada makna, berusahalah kalian ke arah satu hiburan suci yang paling menarik, paling tinggi dan paling mulia supaya gunung-ganang masing-masing menjadi fonograf besar kepada kalian seperti Nabi Daud supaya alunan zikir seperti tali muzik daripada pohonan dan tumbuhan hasil daripada sentuhan bayu yang bertiup masuk ke dalam telingamu, gunung memperlihatkan perihalnya sebagai keajaiban makhluk yang melakukan tasbih/zikir melalui ribuan lidah dan supaya tiap-tiap burung memakai rupa teman yang mesra seperti Hud-hud Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam ataupun pembantu yang taat. Malah ia akan menghiburkan kalian. Juga supaya ia mendorong dengan penuh minat kepada kesempurnaan yang kalian telah bersedia untuknya. Juga supaya seperti kelalaian yang satu lagi, ia tidak menjatuhkan kalian daripada maqam yang dituntut oleh keinsanan.


Contohnya lagi: Dalam ayat “قُلْنَا يَا نَارُ كُونِى بَرْدًا وَسَلاَمًا عَلَى اِبْرَاهِيمَ” yang berkenaan mukjizat Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, terdapat tiga isyarat yang latif/ halus.

Pertama: Seperti sebab-sebab tabiat yang lain, api juga tidak bergerak secara rambang mengikut citarasa dan tabiatnya sendiri. Bahkan di bawah perintah ia melakukan satu tugas iaitu tidak membakar Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dan ia diperintahkan untuk tidak membakar.


Kedua: Api mempunyai satu tahap di mana ia membakar melalui kedinginannya. Yakni memberi satu kesan seperti membakar. Dengan lafaz (35)سَلاَمًا Allah Taala berkata kepada kedinginan: “Kamu juga jangan membakar melalui kedinginanmu seperti kepanasan. Maknanya api pada peringkat itu memperlihatkan satu kesan seperti membakar dengan kesejukannya. Di samping ia adalah api ia juga dingin. Ya, dalam hikmah tabiat terdapat satu tahap api dalam bentuk api yang putih yang tidak menyebarkan kepanasan kepada sekelilingnya dan oleh sebab ia menarik kepanasan di sekelilingnya kepada diri sendiri,  maka dalam kedinginan sebegini, ia membekukan benda-benda yang cair seperti air lalu secara maknawi membakar dengan kedinginannya. Sesungguhnya zamharir ialah sejenis api yang membakar dengan kedinginannya. Maka, sudah tentu terdapat zamharir di dalam neraka yang menghimpunkan semua peringkat api dan semua jenisnya.


Ketiga: Sebagaimana satu unsur maknawi seperti keimanan dan zirah (baju besi) seperti keislaman boleh menghalang kesan api Neraka dan boleh memberikan keamanan, terdapat juga unsur maddi yang boleh menghalang kesan api duniawi. Ini kerana, dengan kehendak nama al-Hakim, dan dengan kedudukan dunia sebagai darul hikmah, Allah Taala melakukan urusan di sebalik tabir asbab. Maka,, sepertimana api tidak membakar tubuh Nabi Ibrahim Alayhimussalam, pakaian baginda juga tidak dibakar. Allah telah mengurniakannya suatu keadaan yang kalis api. Sebagaimana api tidak membakar Nabi Ibrahim Alayhimussalam, ia tidak membakar pakaiannya juga. Justeru, melalui petunjuk isyarat ini, ayat ini berkata secara maknawi: Wahai umat Ibrahim! Jadilah Kalian seperti Ibrahim. Supaya pakaian kalian menjadi baju perisai di sini dan di sana kepada api yang menjadi musuh kalian yang paling besar. Sebagaimana Allah memakaikan keimanan kepada roh kalian lalu ia menjadi baju perisai kalian untuk menghadapi api neraka, terdapat  sesetengah bahan yang telah disembunyikan dan


(35) Sebuah tafsir menyatakan, sekiranya Allah tidak menyebut: “سَلاَمًا” nescaya ia akan membakar dengan kedinginannya.

144. Page

disediakan oleh Allah Taala  dalam bumi untuk kalian. Bahan-bahan itu melindungi kalian daripada keburukan api. Cari, gali/keluarkan dan pakailah ia. Justeru, daripada kemajuan dan penemuan manusia yang penting ialah mereka telah menemui satu bahan dan pakaian yang tidak dapat dibakar api dan boleh bertahan terhadap api. Ayat ini pula, jika dibandingkan dengannya memperlihatkan satu hiasan akan ditenun di kilang Hanifan Musliman yang sangat tinggi, latif, baik dan tidak akan terkoyak sampai bila-bila.


Contoh seterusnya: Ayat “وَعَلَّمَ آدَمَ الْاَسْمَاءَ كُلَّهَا”

berkata bahawa mukjizat teragung dalam dakwaan khilafah tertinggi bagi Nabi Adam ‘Alaihissalam ialah ta’limul asma’ (pengajaran nama-nama semua benda). Justeru, sebagaimana tiap-tiap mukjizat para nabi yang lain menjadi simbol kepada keluarbiasaan manusia yang khusus, maka mukjizat Nabi Adam ‘Alaihissalam yang merupakan bapa sekalian Nabi dan Fatihah Diwan Kenabian (Mukadimah Puisi Kenabian) mengisyaratkan penghujung semua kesempurnaan dan kemajuan manusia dan matlamat-matlamatnya yang paling terkehadapan secara hampir seperti jelas.

Melalui lisan isyarat ayat ini, Allah Subhanahu wa Taala berkata secara maknawi: “Wahai Bani Adam! Oleh sebab Aku telah mengajarkan semua nama kepada bapa kalian sebagai hujah keutamaannya ke atas para malaikat dalam dakwaan khilafahnya, memandangkan kalian juga merupakan anak-anak dan pewaris keupayaannya, maka kalian perlu mempelajari semua nama lalu memperlihatkan kelayakan kalian kepada pengutamaan ke atas semua makhluk. Ini kerana jalan ke martabat yang timggi seperti pergi ke maqam-maqam tertinggi di atas semua maklumat dalam alam semesta dan makhluk-makhluk besar seperti bumi menjadi patuh kepada kalian adalah terbuka kepada kalian. Ayuh, marilah ke hadapan dan berpautlah kepada tiap-tiap nama-Ku dan naiklah. Tetapi  bapa kalian pernah terpedaya sekali kepada syaitan lalu dia telah jatuh dari maqam seperti syurga ke muka bumi buat sementara waktu. Maka, jangan sekali-kali kalian juga mengikuti syaitan dalam kemajuan kalian lalu menjadikannya sebagai penyebab kepada kejatuhan kalian daripada langit-langit hikmah Ilahi kepada kesesatan tabiat. Dongakkanlah kepala kalian masa demi masa dengan memerhatikan Asmaul Husna-Ku lalu jadikanlah ilmu dan kemajuan kalian itu sebagai anak tangga untuk naik ke langit itu. Supaya kalian dapat naik kepada nama-nama Rabbani yang merupakan sumber dan hakikat ilmu dan kesempurnaan kalian dan kalian dapat memandang Rabb kalian melalui teropong nama-nama itu dan dengan hati kalian.


Satu Nuktah yang penting dan satu rahsia yang paling utama:

Ayat yang menakjubkan ini memberitahu mengifadahkan dan mengungkap tentang semua kesempurnaan ilmu, kemajuan sains dan keluarbiasaan ciptaan melalui ungkapan pengajaran nama-nama yang diterima oleh manusia  dari segi kelengkapan persediaannya dan padanya terdapat satu simbol yang tingi seperti berikut: Setiap kesempurnaan, setiap ilmu, setiap kemajuan, setiap pengetahuan mempunyai satu hakikat yang tinggi dan hakikat itu pula bersandar kepada satu nama Ilahi.


Dengan bersandar kepada nama yang mempunyai tirai yang sangat banyak itu, tajalliyat yang bermacam-macam dan lingkungan-lingkungan yang berlainan, pengetahuan, kesempurnaan dan kesenian itu menemui kesempurnaannya/puncaknya dan menjadi hakikat. Jika tidak ia adalah satu bayang yang tidak sempurna.


Contoh: Kejuruteraan ialah satu ilmu. Hakikat dan titik puncaknya ialah sampai kepada nama al-‘Adl dan al-Muqaddir Allah Taala lalu menyaksikan jilwah-jilwah nama itu yang penuh hikmah pada cermin kejuruteraan dengan kehebatannya. Contoh lain: Perubatan ialah satu ilmu dan juga satu kesenian. Penghujung dan hakikatnya juga ialah bersandar kepada nama asy-Syafi bagi al-Hakimul Mutlaq lalu menemui kesempurnaan perbuatan dengan melihat jilwah-jilwah-Nya yang penuh kerahiman di atas muka bumi yang merupakan farmasi agung-Nya pada ubat-ubatan dan ia menjadi hakikat. Contohnya lagi: Hikmatul Ashya’ yang membahaskan tentang hakikat maujudat, dengan melihat tajalliyat agung nama al-Hakim Allah Subhanahu wa Taala yang penuh tadbir dan tarbiah pada benda-benda, pada manfaat-manfaat dan pada maslahat-maslahatnya dan dengan sampai dan bersandar kepada nama itu hikmah ini boleh menjadi hikmah. Jika tidak sama ada ia berubah kepada khurafat (perkara yang mengarut) dan menjadi tidak bermakana ataupun mebuka jalan kepada kesesatan seperti falsafah tabiat(alam). Demikianlah tiga contoh untukmu. Kiaskanlah kesempurnaan dan pengetahuan yang lain-lain kepada tiga contoh ini. Justeru al-Quranul Hakim, melalui ayat ini menepuk tangan dorongan di belakang insan dan mendorongnya daripada khazanah agung ayat ini ke noktah-noktah paling tinggi yang dia sangat ketinggalan di belakang dalam kemajuan-kemajuan sekarang ini, ke sempadan yang paling terkehadapan dan ke martabat-martabat yang paling puncak lalu dengan memperlihatkan martabat-martabat itu dengan jarinya  ia berkata “Ayuh mara!”. 

Demikianlah buat masa ini kami menutup pintu itu dengan berpada dengan permata/mutiara ini.


Contoh berikutnya: Banyak ayat-ayat yang nyata seperti قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الإنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا   yang memberitahu tentangmengifadahkan jazalah pada penerangan, balaghah pada ifadah, kesyumulan pada makna dam ketinggian dan kemanisan pada uslub-uslub wajah kemukjizatan yang paling terang bagi al-Quranul Hakim yang merupakan mukjizat teragung  Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan penutup Diwan kenabian, pemimpin para Nabi ‘Alaihimussalam yang semua mukjizat mereka ibarat satu mukjizat kepada

145. Page

dakwaan kerasulannya, kebanggaan alam semesta ini dengan apa yang ada padanya, penerima secara terperinci bagi semua nama dengan seluruh martabatnya yang telah diajarkan secara ijmal kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam, yang dengan jalal (kehebatan) membelah bulan dengan cara mengangkat jarinya ke atas dan daripada jari itu juga dia dengan jamal (keindahan) mengalirkan air seperti al-Kauthar dengan menurunkannya ke bawah dan yang dibenarkan dan dikuatkan dengan seribu mukjizat, mengubah pandangan insan dan jin daripada wajah kemukjizatan mukjizat abadi ini kepada wajahnya yang paling terang. 

Ia mengusik/menyentuh perasaan sekalian insan dan jin. Ia membangkitkan minat para sahabatnya dan kedegilan para musuhnya lalu dengan satu dorongan yang besar dan dengan satu galakan yang hebat ia memandu sahabat dan musuhnya kepada menyaingi dan menirunya, yakni ia mendorong agar membuat tandingannya dan menyerupakan kalamnya kepadanya. Ia juga meletakkan mukjizat itu kepada tempat pandangan manusia dalam sejenis bentuk sehingga seolah-olah satu-satunya tujuan kedatangan insan ke dunia ini ialah menjadikan mukjizat itu sebagai matlamat dan dustur lalu menjalankan/melaksanakan natijah penciptaan insan dengan memerhatikan dan mengetahuinya.


Hasilnya: Mukjizat para Nabi ‘Alaihimussalam yang lain, masing-masing mengisyaratkan kepada keluarbiasaan ciptaan dan mukjizat Nabi Adam ‘Alaihissalam pula bersama dengan asas-asas keseniaan mengisyaratkan intisari ilmu dan pengetahuan, keluarbiasaan dan kesempurnaannya adalam bentuk yang ijmal dan melakukan galakan. Tetapi, al-Quran Mu’jizul Bayan yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam pula memperlihatkan penerimaannya secara terperinci kepada hakikat ta’limul Asma’ dan tujuan-tujuan benar ilmu dan pengetahuan yang merupakan hak da hakikat dan kesempurnaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi secara jelas. Dengan galakan yang sangat besar, ia mendorong manusia kepada semua itu. Malah ia mendorong dan menggalakkan dalam suatu bentuk sehingga dengan cara itu ia menerangkan seperti berikut: “Wahai manusia! Maksud tertinggi daripada alam semesta ini ialah pengabdian insan yang menyeluruh terhadap penzahiran Rububiyyah dan tujuan terakhir manusia ialah sampai kepada ubudiyyah itu dengan ilmu dan kesempurnaan.” Serta ia memberitahu mengifadahkan dalam suatu bentuk sehingga dengan ifadah itu ia mengisyaratkan seperti berikut:


Sudah tentu bangsa manusia akan berbondong-bondong ilmu dan sains di akhir zaman. Mereka akan mendapat semua kekuatannya daripada ilmu. Hukum dan kekuatan pula akan beralih ke tangan ilmu. Malah oleh sebab al-Quran Mu’jizul Bayan itu telah berulang kali mengenengahkan jazalah dan balaghah al-Quran, secara isyarat ia menerangkan bahawa balaghah dan jazalah yang merupakan perkara yang paling terang bagi ilmu dan pengetahuan akan mendapat suatu rupa yang paling diminati di akhir zaman dengan semua jenisnya. Hatta semua manusia, untuk menjadikan fikiran mereka diterima di kalangan satu sama lain dan untuk menjadikan hukum-hukumnya dilaksanakan kepada satu sama lain, mereka mendapat senjata yang paling tajam daripada jazalah penerangan al-Quran dan kekuatan yang tiada tandingan daripada balaghah penyampaiannya. Hasilnya: Kebanyakan ayat-ayat al-Quran, setiap satunya ialah anak kunci khazanah kesempurnaan dan miftah harta karun ilmu. Sekiranya kamu mahu, untuk kamu sampai ke langit al-Quran dan ke bintang-bintang ayatnya, jadikanlah dua puluh kalimah yang lepas sebagai satu tangga yang mempunyai dua puluh anak tangga dan naiklah! Lihatlah melaluinya bahawa al-Quran ialah matahari yang sangat terang. Perhatikanlah bagaimana ia menyiram nur yang suci dan menyebarkan cahaya yang terang ke atas hakikat-hakikat mumkinat.


Natijah: Memandangkan ayat-ayat yang berkenaan dengan para Nabi memiliki satu bentuk ifadah seperti menggariskan sempadan yang lebih di hadapan/maju bagi keluarbiasaan kemajuan manusia masa kini dengan jenis isyarat masing-masing. Memandangkan petunjuk setiap ayat kepada makna-makna yang bermacam-macam telah dibuktikan, bahkan muttafaqun ‘Alaih. Serta memandangkan terdapat perintah-perintah mutlak berkenaan mengikut dan mencontohi para Nabi. Maka, bersama dengan petunjuk kepada makna-makna yang sarih bagi ayat-ayat yang lepas, boleh dikatakan bahawa petunjuk dalam bentuk isyarat kepada yang penting-penting bagi kesenian dan pengetahuan manusia serta digalakkan.


Dua jawapan yang penting kepada dua soalan yang penting:


Pertama: Sekiranya kamu berkata: Memandangkan al-Quran diturunkan untuk manusia, mengapakah ia tidak menjelaskan tentang keluarbiasaan tamadun yang merupakan perkara yang paling penting pada pandangan manusia? Mengapakah ia hanya berpada dengan suatu simbol yang tersembunyi, petanda yang khafi, isyarat yang ringan/halus dan peringatan yang lemah?


Jawapan: Ini kerana setakat itu sahajalah hak-hak keluarbiasaan ketamadunan manusia dalam perbahasan al-Quran. Kerana, tugas asal al-Quran ialah mengajar tentang kesempurnaan dan urusan daerah Rububiyyah serta tugas dan keadaan daerah ubudiyyah. Maka, hak-hak keluarbiasaan manusia ini dalam dua daerah itu hanyalah satu petunjuk yang daif dan satu isyarat yang lemah. Ini kerana jika

146. Page

kehebatan-kehebatan manusia itu mahukan haknya daripada daerah Rububiyyah, waktu itu ia hanya boleh mendapat hak yang sangat kecil/sedikit

Sebagai contoh: Sekiranya kapal terbang ciptaan manusia berkata kepada al-Quran: berikan satu hak kata-kata kepada saya, berikan satu tempat (untuk saya) di kalangan ayat-ayatmu! Sudah tentu planet-planet, Bumi, Bulan yang merupakan kapal-kapal daerah rububiyyah itu akan berkata atas nama al-Quran: “Kamu hanya boleh mendapat satu tempat sebesar saizmu/tubuhmu.” Sekiranya kapal-kapal selam ciptaan manusia mahukan satu tempat daripada ayat-ayat al-Quran, maka kapal-kapal selam daerah itu yakni Bumi dan bintang-bintang yang berenang/berlayar di samudera luas cakerawala dan lautan udara akan berkata kepada kapal-kapal selam itu: “Tempatmu di sisi kami adalah sekecil tidak boleh dilihat.” Sekiranya lampu-lampu elektrik yang terang dan seperti bintang mahu masuk ke celah-celah ayat dengan mahukan hak kata-kata, nescaya matahari-matahari, syihab-syihab (meteor) yang merupakan lampu-lampu elektrik daerah itu dan bintang-bintang serta pelita-pelita yang menghiasi wajah langit akan berkata: “Kamu hanya boleh masuk ke dalam perbahasan dan penerangan menurut nisbah cahayamu.” Sekiranya lampu-lampu itu mahukan hak mereka dari segi ketelitian seni dan menuntut maqam daripada ayat-ayat, waktu itu sekor lalat akan berkata “diam!” kepada mereka. “Kalian tidak mempunyai hak walaupun sebesar sayapku. Ini kerana, sekiranya semua seni halus dan peralatan rapuh yang diperoleh melalui juzuk pilihan manusia pada kalian dikumpulkan, semua itu tidak akan menjadi seajaib seni halus dan peralatan-peralatan lembut pada tubuhku yang kecil.” Ayat “اِنَّ الَّذ۪ينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللّٰهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ”  hingga akhir akan mendiamkan kalian.

Sekiranya perkara-perkara yang luarbiasa itu pergi ke daerah ubudiyyah lalu mahukan hak mereka daripada daerah itu, waktu itu mereka mendapat jawapan seperti berikut daripada daerah itu: “Hubungan kalian dengan kami adalah sangat sedikit dan kalian tidak boleh memasuki daerah kami dengan senang. Ini kerana program kami adalah seperti berikut: Dunia ialah sebuah rumah pertamuan. Insan pula akan menginap sekejap di atasnya. Dia adalah tetamu yang banyak tugasnya serta ditaklifkan dengan mendapat perkara-perkara yang perlu untuk kehidupan abadi dalam umur yang pendek. Kerja-kerja yang paling penting dan perlu akan didahulukan. Sedangkan kalian memandang dunia yang fana ini sebagai sebuah tempat tinggal yang abadi dan di sebalik tabir kelalaian, dilihat dalam satu bentuk yang telah dilakukan dengan perasaan menyembah dunia pada kalian. Oleh itu, habuan kalian daripada ubudiyyah yang diasasskan di atas asas-asas sikap menyanjung kebenaran dan memikirkan akhirat adalah sangat sedikit. Tetapi, sekiranya terdapat para seniman yang dihormati dan ahli kasyaf yang dilhami yang berkhidmat untuk manfaat hamba-hamba Allah semata-mata yang merupakan ibadah yang bernilai, manfaat-manfaat umum, kerehatan umum dan kesempurnaan kehidupan bermasyarakat  dan tentunya mereka membentuk kelompok yang kecil di belakang dan di kalangan kalian, petunjuk dan isyarat-isyarat al-Quran ini sebenarnya adalah mencukupi dan sempurna bagi zat-zat yang istimewa itu untuk mendorong mereka kepada usaha dan menghargai hasil seni mereka. 


Soalan Kedua:

Sekiranya kamu berkata: Sekarang selepas tahkikat ini tiada lagi keraguanku dan aku mengakui bahawa dalam al-Quran bersama hakikat-hakikat yang lain, terdapat isyarat dan petunjuk kepada keluarbaisaan ketamadunan masa kini dan bahkan lebih ke hadapan. Setiap benda yang diperlukan oleh kebahagiaan duniawi dan ukhrawi manusia terdapat di dalamnya pada nisbah nilainya. Tetapi mengapakah al-Quran tidak menyebutkan itu semua secara jelas? Supa orang-orang kafir yang paling keras kepala juga terpaksa mengakui dan hati kami juga tenang.


Jawapan: Agama merupakan satu ujian. Taklif Ilahi ialah suatu cubaan. Supaya roh-roh yang tinggi dan yang rendah diasingkan dalam medan persaingan. Sebagaimana api diberikan kepada satu bahan/hasil galian supaya permata dan arang, emas dan tanah diasingkan daripada satu sama lain, begitulah juga taklif Ilahi di negara ujian ini adalah satu cubaan/ujian dan satu dorongan kepada perlumbaan. Supaya jawahir/jauhar yang tinggi dan bahan-bahan yang rendah pada bahan galian persedian manusia dibezakan daripada satu sama lain. Memandangkan al-Quran telah diturunkan dalam bentuk cubaan di negara ujian ini untuk menyempurnakan manusia di medan perlumbaan ini, sudah tentu ia akan membuka pintu kepada akal di tahap boleh mengisyaratkan hanya kepada perkara-perkara ghaib masa hadapan yang berbentuk duniawi dan yang akan kelihatan kepada semua serta mengisbatkan hujahnya. Sekiranya ia menyebut secara sarih, rahsia taklif akan rosak. Seolah-olah ia akan masuk ke dalam kejelasan umpama menulis لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ  secara jelas melalui bintang-bintang di wajah langit. Waktu itu, mahu tidak mahu semua orang akan membenarkan. Tidak akan berlakau perlumbaan dan ujian juga menjadi hilang/sia-sia.  Roh yang seperti arang akan bersama dengan roh yang seperti permata.


Hasil: Al-Quranul Hakim adalah berhikmah. Ia memberi suatu kedudukan kepada setiap benda berdasarkan nilainya. Justeru oleh sebab al-Quran melihat buah-buah dan kemajuan-kemajuan insan yang terlindung dan ghaib dalam kegelapan masa hadapan dan memperlihatkannya dalam bentuk yang lebih baik daripada apa yang kita telah dan akan kita lihat. Maknanya, al-Quran ialah kalam satu Zat yang melihat semua waktu dan semua benda di dalamnya dalam masa yang sama/secara serentak. Demikianlah satu kilauan kemukjizatan al-Quran yang bersinar di wajah mukjizat para Nabi.


اَللّٰهُمَّ فَهِّمْنَا اَسْرَارَ الْقُرْآنِ وَ وَفِّقْنَا لِخِدْمَتِهِ فِى كُلِّ آنٍ وَ زَمَانٍ * سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ * رَبَّنَا لَا تُواخِذْنَا اِنْ نَسِينَا اَوْ اَخْطَاْنَا * اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ وَ كَرِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا وَ مَوْلَينَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَ نَبِيِّكَ وَ رَسُولِكَ النَّبِىِّ الْاُمِّىِّ وَ عَلَى آلِهِ وَ اَصْحَابِهِ وَ اَزْوَاجِهِ وَ ذُرِّيَّاتِهِ وَ عَلَى النَّبِيِّينَ وَ الْمُرْسَلِينَ وَ الْمَلٰئِكَةِ الْمُقَرَّبِينَ وَ الْاَوْلِيَاءِ وَ الصَّالِحِينَ اَفْضَلَ صَلاَةٍ وَ اَزْكَى سَلاَمٍ وَ اَنْمَى بَرَكَاتٍ بِعَدَدِ سُوَرِ الْقُرْآنِ وَ آيَاتِهِ وَ حُرُوفِهِ وَ كَلِمَاتِهِ وَ مَعَانِيهِ وَ اِشَارَاتِهِ وَ رُمُوزِهِ وَدَلاَلاَتِهِ وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَ الْطُفْ بِنَا يَا اِلٰهَنَا يَا خَالِقَنَا بِكُلِّ صَلاَةٍ مِنْهَا بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ


وَ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 


آمِينَ


Said Nursî



147. Page

Ya, al-Quranul Hakim ialah pentafsir yang paling tinggi bagi al-Quran agung alam semesta ini dan penterjemahnya yang paling balaghah. Ya, itulah al-Furqan yang mengajarkan ayat-ayat takwiniyyah/ yang ditulis dengan pena qudrat pada muka-mukasurat alam semesta dan di atas lembaran-lembaran masa kepada jin dan manusia. Serta ia memandang mereka atas nama as-Sani’ melalui pandangan makna harfi kepada maujudat yang setiap satunya merupakan huruf yang bermakna. Dia berkata “betapa indahnya ia telah dijadikan” dan “betapa ia menjadi petunjuk kepada keindahan as-Sani’-nya dalam bentuk yang cantik. Dengan ini ia memperlihatkan kecantikan sebenar alam semesta. Tetapi falsafah yang mereka katakan sebagai ilmu dan hikmah pula telah hanyut dan keliru pada hiasan-hiasan dan hubungan-hubungan huruf maujudat dan tersasar daripada jalan kebenaran. Melalui makna harfi kepada huruf-huruf kitab besar ini, yakni ketika perlu memandang atas nama Allah, namun tidak berbuat begitu lalu memandang maujudat atas nama maujudat melalui makna ismi(nama) maka begitulah ia bicarakan. Sebagai gantian kepada kata-kata: Betapa indah ia diciptakan, ia berkata alangkah indahnya lalu ia menghodohkannya. Dengan perkara ini ia menghina alam semesta lalu menjadikannya sebagai  pengadu daripada dirinya sendiri dirinya menderita/bersalah. Ya, falsafah yang tiada agama ialah satu kemengarutan yang tiada hakikat dan penghinaan kepada alam semesta.


Asas Kedua: Perbandingan Hikmah al-Quranul Hakim, tarbiah akhlak yang telah diberikannya kepada kehidupan peribadi dan pengajaran yang diberikan oleh hikmah falsafah:

Seorang pelajar falsafah yang sejati ialah seorang firaun. Tetapi yang menyembah benda yang paling remeh untuk manfaatnya ialah firaun yang hina. Dia menganggap setiap benda yang bermanfaat sebagai Rabb untuk dirinya sendiri. Pelajar yang tidak beragama itu juga suka memberontak dan keras kepala. Tetapi untuk suatu kelazatan dia adalah pemberontak miskin yang menerima seburuk-buruk kehinaan. Dengan mencium kaki individu-individu yang seperti syaitan untuk satu manfaat yang tiada nilai, dia adalah si keras kepala keji yang memperlihatkan kerendahan. Pelajar yang tiada agama itu juga ialah si sombong yang kasar. Tetapi oleh sebab di hatinya tiada noktah persandaran, dia adalah seorang yang kasar dan mementingkan diri yang lemah dengan kelemahan yang bersangatan. Pelajar itu juga ialah orang yang merisaukan diri sendiri yang menyembah manfaat maka dia adalah seorang pemikir keseronokan diri sendiri yang penipu yang matlamat himmah-nya ialah mententeramkan kehendak-kehendak nafsu, perut dan  kemaluan dan penipu yang mencari manfaat peribadinya dalamn sesetengah manfaat perkauman.

Namun, murid sejati hikmah al-Quran pula ialah seorang hamba. Tetapi dia juga tidak merendahkan diri dengan menyembah makhluk-makhluk yang terbesar. Malah dia juga seorang hamba mulia yang tidak menerima sesuatu benda yang merupakan manfaat terbesar seperti syurga sebagai tujuan ibadah. Dia juga murid yang tawadhuk, sejahtera dan lemah-lembut. Tetapi dia tidak pernah merendahkan diri dengan menghina diri dengan kehendaknya di luar daerah keizinan selain daripada al-Fatir-nya. Dia juga fakir dan daif dan mengetahui kefakiran dan kedaifannya. Tetapi  dengan harta ukhrawi yang dikurniakan oleh al-Malikul Karim-nya kepadanya dia mendapat faedahberasa cukup dan oleh sebab dia bersandar kepada qudrat Tuannya yang tiada penghujung maka dia adalah orang yang kuat. Serta semata-mata liwajhillah(kerana Allah) dan untuk keredhaan Ilahi, dia beramal dan bekerja untuk fadhilat. Demikianlah tarbiah yang telah diberikan oleh dua jenis hikmah difahami melalui perbandingan dua jenis murid.


Asas Ketiga: Tarbiah-tarbiah yang telah diberikan oleh hikmah falsafah dan hikmah al-Quran kepada kehidupan masyarakat manusia: 

Hikmah falsafah ialah ia menerima kekuatan sebagai noktah sandaran dalam kehidupan bermasyarakat. Ia menganggap manfaat sebagai matlamatnya. Ia mengenali jidal/perbalahan sebagai dustur kehidupan. Ia mengira sifat perkauman dan kebangsaan yang negatifsalah sebagai pengikat jemaah-jemaah. Buahnya/hasil pula mententeramkan hawa nafsu dan menambahkan hajat-hajat kemanusiaan. 

Sedangkan urusan/sifat kekuatan ialah kemelampauan. Sifat manfaat ialah berebut/bergaduh di atasnya kerana tidak cukup untuk semua kehendak. Sifat dustur perbalahan ialah pertembungan. Sifat perkauman ialah kemelampauan/pencerobohan kerana ia makan dengan cara nenelanmemakan yang lain. Justeru, daripada hikmah inilah ia menyalahi/bertentangan dengan kebahagiaan manusia telah dicabut dari tangannya. 

Hikmah al-Quran pula menerima kebenaran sebagai ganti kekuatan sebagai noktah sandaran. Ia menerima fadhilat dan keredhaan Ilahi sebagai ganti kepada manfaat dalam tujuan. Ia menjadikan dustur taawun (saling membantu) menggantikan dustur perbalahan dalam kehidupan. Ia menerima ikatan agama, peringkat/tingkatan/kumpulan/kelompok dan kenegaraan sebagai ganti kepada perkauman dan kebangsaan dalam ikatan jemaahnya. Tujuannya menjadi penghalang kepada kemelampauan hawa nafsu lalu mendorong roh kepada ketinggian dan mententeramkan kehendak tingginya dan memandu insan kepada kesempurnaan insan lalu menjadikannya insan. Sifat kebenaran ialah kesatuan/kesepakatan. Sifat fadhilat ialah persandaran. Sifat dustur taawun ialah berusaha membantu satu sama lain. Sifat agama ialah ukhuwwah dan tarikan. Sifat mengikat membiarkan nafsu bebas dengan mengendalikannyacara mengikat nafsu dengan menahan diri dan menyebat roh kepada kesempurnaan ialah kebahagiaan dua dunia.



148. Page

Asas Keempat: Jika kamu mahu memahami sudut ketinggian al-Quran dalam semua kalimah Ilahi dan sudut keunggulannya di atas semua kalam, perhatikanlah dua perumpamaan berikut:


Perumpamaan Pertama: Seorang Sultan mempunyai dua jenis perbualan/ perhubungan/ komunikasi dan dua cara khitab

Pertamanya, bercakap menggunakan telefon khas yang berkenaan dengan hajat yang khusus untuk satu kerja yang juz’i dengan rakyat yang biasa. 

Yang satu lagi: bercakap melalui dutanya ataupun petugasnya yang besar dengan tujuan menyebarkan dan mengumumkan perintah-perintahnya ke setiap pelosok dan percakapan melalui firman/titah mulia/tinggi yang menzahirkan kehebatannya berdasarkan gelaran kesultanan agung, dengan nama khilafah terbesar dan dengan kelebihan sebagai penguasaan yang menyeluruh.


Perumpamaan Kedua: Seseorang menghadapkan cermin di tangannya ke arah matahari. Dia mendapat satu cahaya sebanyak/sekadar saiz cermin itu dan cahaya yang menghimpunkan tujuh warna. Dia menjadi ada hubungan dan berbual dengan matahari melalui nisbah itu. Sekiranya dia menghalakan cermin yang bercahaya itu ke rumahnya yang gelap ataupun ke kebunnya yang di bawah atap, dia tidak dapat beristifadah menurut kadar nisbah nilai matahari bahkan berdasarkan kemampuan cermin itu. Yang lain pula, membuka jendela-jendela yang luas dari dalam rumahnya ataupun dari atap kebunnya. Dia membuka jalan-jalan menuju kepada matahari di langit. Dia sentiasa berbual, bercakap dengan cahaya kekal matahari sebenar/hakiki dan berbual dengan rasa terhutang budi seperti yang berikut melalui lisanul halnya. 

Dia berkata: “Wahai matahari yang merupakan si cantik dunia dan bunga langit yang menyaduri muka bumi dengan cahayanya dan mentertawakan wajah semua bunga! Seperti itu semua engkau telah menerangi dan mencahayai rumah dan kebun kecilku. 

Walhal pemilik cermin tidak boleh berkata seperti ini. Pantulan matahari di bawah syarat itu pula kesan-kesannya adalah terbatas. Itu adalah menurut  kaitan tersebut. Justeru, perhatikanlah al-Quran melalui teropong dua perumpamaan/tamsilan ini supaya kamu boleh melihat kemukjizatannya dan memahami kesuciannya. 

Ya, al-Quran berkata: “Sekiranya pohon-pahon di darat menjadi pena, jika lautan menjadi tinta dan sekiranya pena-pena itu menulis kalimah-kalimah Allah Taala nescaya tidak boleh akan memhabiskan. Sekarang, sebab pemberian maqam terbesar kepada al-Quran di kalangan kalimah-kalimah yang tidak habis itu: al-Quran telah datang daripada Ismul A’zam dan daripada setiap martabat keteragungan setiap nama. Serta berdasarkan kedudukannya sebagai Rabb sekalian alam, ia adalah kalam Allah. Serta berdasarkan gelaran Ilah semua maujudat, ia adalah firman Allah. Berdasarkan kelebihan sebagai al-Khaliq langit dan bumi ia adalah satu khitab. Malah pada sudut Rububiyyah mutlak ia adalah satu percakapan/. Serta bagi pihak kesultanan menyeluruh as-Subhan ia adalah satu khutbah azali. Pada noktah rahmat luas yang meliputi, ia adalah satu buku keprihatinan ar-Rahman. Dengan siftnya sebagai keagungan kehebatan Uluhiyyah ia adalah satu himpunan perkhabaran yang kadang-kadang padanya terdapat kata kunci. Serta sebuah kitab suci yang menyebarkan hikmah yang memandang dan menyiasat  semua yang dilitupi oleh arasy yang agung melalui penurunan daripada litupan Ismul A’zam. Justeru daripada rahsia inilah gelaran Kalamullah telah diberikan kepada al-Quran dengan kelayakan yang sempurna.



Tetapi kalimah-kalimah Ilahi yang lain pula: Sebahagiannya ialah kalam yang zahir melalui iktibar yang khas, gelaran yang juz’i, tajalli juz’i bagi nama yang khusus, Rububiyyah yang khas, kesultanan yang khusus dan rahmat yang tertentu. Peringkat-peringkat pada sudut kekhususan dan kulliyyah(keseluruhan) adalah berlainan. Kebanyakan ilham adalah dari jenis ini. Tetapi peringkatnya adalah sangat berlainan, sebagai contoh yang paling juz’i dan biasanya ialah ilham binatang/haiwan. Kemudian ilham kesemua manusia. Kemudian ilham kesemua malaikat. Kemudian ilham para wali. Kemudian ilham para malaikat yang agung. 

Justeru, daripada rahsia inilah seorang wali yang bermunajat tanpa perantaraan melalui telefon hati berkata: “حَدَّثَنىِ قَلْبىِ عَنْ رَبِّى” yakni: Hatiku memberi khabar tentang Rabbku. Dia tidak berkata: Ia memberi khabar daripada Rabbul ‘Alamin. Dia turut berkata: Hatiku ialah cermin dan ‘arasy Rabb-ku. Dia tidak berkata: ia adalah ‘arasy Rabbul ‘Alamin. Ini kerana, menurut kadar kemampuannya dan pada darjat nisbah penyingkapaningkatan hijab-hijab yang hampir tujuh puluh ribu, ia boleh menjadi penerima khitab. Justeru, setinggi mana firman seorang sultan yang keluar melalui sifat kesultanan agungnya berbanding dengan percakapan juz’i seorang manusia biasa, dan sebanyak dan sejauh mana  istifadah daripada limpahan matahari di langit berbanding dengan istifadah daripada tajalli pantulannya di cermin, al-Quran yang agung juga adalah pada tahap itu dan di atas semua kalam dan setiap kitab. 

Selepas al-Quran, terdapat ketinggian-ketinggian pada nisbah darjat-darjat kitab-kitab suci dan suhuf-suhuf Samawi yang pada tahap kedua. Mereka mendapat habuan daripada rahsia ketinggian itu. Sekiranya semua kata-kata indah sekalian jin dan manusia yang tidak meleleh daripada al-Quran dikumpulkan, ia tetap tidak dapat mencapai dan menyaingi martabat suci al-Quran. Jika kamu mahu memahami sedikit bahawa al-Quran datang daripada Ismul A’zam dan martabat keteragungan setiap nama, perhatikanlah ifadah-ifadah yang kulli, umumi dan tinggi bagi ayat-ayat seperti:  “آيت الكرسى”

dan ayat “قُلِ اللّٰهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ” dan ayat “وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ”

 dan ayat “ يُغْشِى اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِاَمْرِهِ” dan ayat “يَا اَرْضُ ابْلَعِى مَاءَ وَيَا سَمَاءُ اَقْلِعِى” dan ayat “ تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوَاتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ “ dan ayat “ مَا خَلْقُكُمْ وَلاَ بَعْثُكُمْ اِلاَّ كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ” dan ayat “اِنَّا عَرَضْنَا الْاَمَانَةَ عَلَى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَالْجِبَالِ” dan ayat “يَوْمَ نَطْوِى السَّمَاءَ كَطَىِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ” dan ayat “وَمَا قَدَرُوا اللّٰهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْاَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ” dan ayat “لَوْ اَنْزَلْنَا هٰذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَاَيْتَهُ”

serta perhatikanlah kepada permulaan-permulan surah yang mempunyai “اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ” ataupun “يُسَبِّحُ” supaya kamu dapat melihat pancaran rahsia agung ini. 

Perhatikanlah juga kepada pembukaan-pembukaan semua “الٓمٓ” , “الٓرٰ” dan “حٰمٓ”, kamu akan tahu kepentingan/keutamaan al-Quran di sisi Allah Ta‘ala. Sekiranya kamu telah memahami rahsia yang bernilai bagi Asas Keempat ini, kamu akan memahami bahawa kebanyakan wahyu yang datang kepada para Nabi adalah melalui perantaraan para malaikat dan kebanyakan ilham tanpa perantaraan. Kamu juga akan memahami rahsia bahawa wali terbesar tidak mencapai tahap mana-mana Nabi. Serta kamu akan memahami keagungan dan kemuliaan suci al-Quran serta rahsia ketinggian kemukjizatannya. Malah kamu akan memahami rahsia keperluan ‘Mi’raj’ yakni pergi sampai ke langit, sampai ke ‘Sidratul Muntaha’ sampai ke ‘Qaaba Qausain’ lalu bermunajat dengan Dzat Dzuljalal yang “اَقْرَبُ اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ”  lalu sampai ke tempatnya dalam sekelip mata. Ya, sebagaimana pembelahan bulan ialah satu mukjizat kerasulan dan telah memperlihatkan kenabiannya kepada jin dan manusia, begitulah juga Mi’raj. Ia merupakan satu mukjizat ubudiyyah-nya dan telah memperlihatkan kehabibannya/perihalnya sebagai kekasih Ilahi kepada roh-roh dan malaikat.  


اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ كَمَا يَلِيقُ بِرَحْمَتِكَ وَبِحُرْمَتِهِ


آمِين


Said Nursî



149. Page



بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ  وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ


Cebisan ini telah dipetik daripada Kilauan Keenam Belas


Saudara-saudaraku yang mulia dan setia dari Senirkent: Tuan Ibrahim, Tuan Syukru, Tuan Hafiz Huseyin dan Hafiz Rajab!


Tiga soalan yang kalian kirimkan melalui Hafiz Taufiq (tentang kefahaman yang) sekian lama dikritikdisentuh oleh mereka yang tidak percayakan Tuhan.


Masalah Pertama: Menurut makna zahir yang diifadahkan oleh ayat حَتَّى اِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِى عَيْنٍ حَمِئَةٍ mengatakan bahawa dia telah melihat matahari terbenam dalam sumber air berlumpur yang panas.


Masalah Kedua: Di manakah Sadd (tembok) Dzulqarnain?

Masalah Ketiga: Tentang kedatangan Nabi Isa ‘Alaihis Salam pada akhir zaman dan peristiwa baginda membunuh Dajjal.


Jawapan kepada soalan-soalan ini adalah panjang. Cuma, kami berkata dengan satu isyarat yang ringkas. Oleh sebab ayat-ayat al-Quran menerangkan dalam bentuk boleh difahami oleh semua menurut uslub bahasa Arab dan pandangan zahir, maka banyak kali ia menerangkan dalam bentuk penyerupaan dan perumpamaan. 

Justeru, “تَغْرُبُ فِى عَيْنٍ حَمِئَةٍ”  yakni Dzulqarnain telah melihat bahawa matahari terbenam di persisir pantai Lautan Atlantik yang kelihatan seperti sumber air yang berlumpur dan panas ataupun di puncak gunung berapi yang menyala dan berasap. 

Yakni, pada pandangan zahir di persisiran pantai Lautan Atlantik, di masa kawasan berlumpur di sekitarnya  telah panas dan berwap akibat kehebatan/keterikan musim panas, Dzulqarnain telah melihat keterbenaman matahari secara zahir pada sebahagian Lautan Atlantik yang kelihatan kepadanya dari jauh dalam bentuk kolam mata air di belakang wap itu. Ataupun beliau telah melihat matahari yang merupakan mata langit berselindung di sebalik gunung yang matanya yang berapi baru terbuka di puncak gunung berapi yang berhambur dengan mencampurkan batu, tanah dan cecair/air galian. Ya, balaghah penerangan bermukjizat al-Quranul Hakim memberi pengajaran tentang banyak masalah melalui ayat ini. 

Mula-mula: Dengan menerangkan perjalanan Dzulqarnain ke arah maghrib (barat) di masa yang sangat panas dan ke arah kawasan berpaya/berlumpur dan bersamaan denagn ketika matahari hampir tebenam dan waktu sebuah gunung berapi mula menghamburkan isinya, ia memberitahumengifadahkan banyak masalah yang ada iktibar seperti penaklukan benua Afrika secara keseluruhan. 

Adalah di maklumi bahawa pergerakan matahari yang dilihat adalah berbentuk zahir dan satu dalil kepada pergerakan tersembunyi bebola Bumi dan mengkhabarkan tentangnya. Yang dikehendaki bukannya hakikat bagaimana matahari terbenam malah sumber air ialah suatu penyerupaan. Dari jauh, lautan yang luas kelihatan seperti kolam yang kecil. Penyerupaan laut yang kelihatan di sebalik kabus dan wap yang keluar akibat kepanasan dan kawasan berpaya/berlumpur seperti sumber air di dalam lumpur dan kalimah “عَيْنٍ” yang bermakna sumber air, matahari dan mata adalah sangat bermakna dan munasabah menurut bahasa Arab dan rahsia-rahsia/kaedah-kaedah balaghah. Sebagaimana ia kelihatan begitu dari kejauhan pada pandangan Dzulqarnain, khitab Samawi al-Quran yang datang daripada ‘Arasy Teragung dan mengawal jirim-jirim langit, ungkapannya bahawa matahari yang melaksanakan tugas dan ditundukkan sebagai lampu di rumah tamu ar-Rahman berselindung/bersembunyi di sumber air Rabbani seperti Lautan Atlantik sesuai dengan keagungan dan ketinggiannya dan dengan uslubnya yang bermukjizat, ia memperlihatkan laut sebagai mata air yang panas dan mata yang berasap dan kepada mata-mata samawi ia kelihatan begitu.


Hasilnya: Ungkapan Lautan Atlantik sebuah mata air yang berlumpur, pada noktah kejauhan kepada Dzulqarnain, maka beliau nampak lautan yang luas itu seperti sebuah mata air. Pandangan al-Quran pula dari sudut ia hampir kepada setiap benda, ia tidak pernah dan tidak akan memandang menurut pandangan Dzulqarnain yang dari jenis salah anggap, bahkan oleh sebab al-Quran telah datang dengan memandang ke langit, maka oleh sebab kadang-kadang bebola bumi kelihatan seperti medan, kadang-kadang seperti istana, kadang-kadang seperti buaian kadang-kdang seperti sehelai muka surat, maka ungkapan Lautan Atlantik yang luas yang berkabus dan berwap sebagai sebuah mata air memperlihatkan keagungan dan ketinggiannya.

       

Said Nursi.


(37)  Hatta ungkapan  “عَيْنٍ” pada ayat “فِى عَيْنٍ حَمِئَةٍ” memperingatkan makna yang latif dari sudut rahsia-rahsia balaghah. Ia seperti berikut: selepas wajah langit menatap keindahan rahmat di atas muka bumi melalui mata mataharinya,

150. Page

Tambahan Keempat:


Kilauan Ketujuh:

Berkenaan tujuh Jenis perkhabaran ghaib bagi ayat di penghujung Surah Fath.


بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ * لَقَدْ صَدَقَ اللّٰهُ رَسُولَهُ الرُّويَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ اِنْ شَاءَ اللّٰهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُوسَكُمْ وَ مُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا هُوَ الَّذِى اَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَ كَفَى بِاللّٰهِ شَهِيدًا * مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ اَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَيهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللّٰهِ وَ رِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ اَثَرِ السُّجُودِ ذٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرَيةِ وَ مَثَلُهُمْ فِى الْاِنْجِيلِ كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْاَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللّٰهُ الَّذ۪ينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَ اَجْرًا عَظِيمًا



Tiga ayat Surah al-Fath ini mempunyai banyak wajah kemukjizatannya. Wajah perkhabaran dengan yang ghaib daripada sepuluh wajah menyeluruh kemukjizatan al-Quran

Mu’jizul Bayan, kelihatan dengan tujuh atau lapan wajah dalam tiga ayat ini.


Pertama: Ayat “لَقَدْ صَدَقَ اللّٰهُ رَسُولَهُ الرُّويَا” hingga akhir secara qat’i mengkhabarkan tentang Fathu Makkah (pembukaan Kota Makkah) sebelum ia berlaku. Selapas dua tahun ia telah berlaku dalam bentuk yang telah dikhabarkannya.


Kedua: Ayat   memberitahu mengifadahkan bahawa walaupun Sulhu Hudaibiyyah (perjanjian damai Hudaibiyyah) secara zahir kelihatan tidak memihak kepada Islam dan musyrikin Quraisy kelihatan menang satu tahap, namun dari segi makna Sulhu Hudaibiyyah akan menjadi iabarat satu pembukaan maknawi yang besar dan akan menjadi anak kunci kepada pembukaan-pembukaan yang lain. Begitulah yang telah dikhabarkannya. 

Pada hakikatnya, melalui Perjanjian Hudaibiyah pedang telah diletakkan dalam sarungnya, namun pedang berlian al-Quranul Hakim yang bagaikan petir telah muncul dan telah membuka/menakluki banyak hati dan fikiran. Dengan sebab perjanjian damai mereka telah bercampur dengan satu sama lain. Mereka telah melaksanakan hukum kecantikan Islam dan nur-nur Al-Quran dengan mengoyak tabir-tabir kedegilan dan ketaksuban perkauman. 

Sebagai contoh, individu-individu yang tidak menerima kekalahan seperti Khalid bin Walid yang merupakan pakar peperangan dan Amru bin al-As yang merupakan pakar politik, melalui Sulhu Hudaibiyyah, pedang al-Quran yang  memperlihatkan jilwahnya telah mengalahkan mereka lalu selepas mereka tunduk menyerah kepada Islam dengan penuh patuh ke Madinah Munawwarah, Saidina Khalid telah menjadi Saifullah dan menjadi pedang bagi pembukaan-pembukaan Islam.


Satu soalan yang penting: Apakah hikmah kekalahan para sahabat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam Fakhrul ‘Alamin dan Habibu Rabbul ‘Alamin terhadap musyrikin pada akhir peperangan Uhud dan pada awal peperangan Hunain?


Jawapan: Oleh sebab terdapat ramai individu seperti Saidina Khalid yang akan menjadi pembesar di masa hadapan kepada para Sahabat agung yang berada dalam saf Sahabat di zaman itu di kalangan musyrikin, maka pada noktah pandangan masa-masa hadapan yang megah dan mulia, untuk tidak meruntuhkan kemegahan mereka secara keseluruhan, sebagai hikmah Ilahi dan suatu ganjaran segera bagi kebaikan di masa hadapan mereka maka ia telah diberikan kepada mereka pada masa lalu dan tidak meruntuhkan kemegahan mereka secara keseluruhan. Maknanya para sahabat di masa itu telah kalah kepada para Sahabat di masa hadapan. Supaya para sahabat di masa hadapan itu tidak masuk Islam akibat kilauan pedang tetapi dengan galakan kilatan hakikat dan kemegahan fitrah mereka itu tidak terlalu dihina.


Ketiga: melalui kaitan ayat “لاَ تَخَافُونَ” ia memberitahu: kalian akan bertawaf/mentawafi Kaabah dalam keamanan yang betul-betul aman. Melalui perkhabarannya bahawa ketika kaum-kaum Badwi di Semenanjung Arab kebanyakan di samping menjadi musuh, dan ketika kaum di sekitar Makkah dan kaum Quraisy adalah musuh, dalam masa yang hampir, kalian akan bertawaf di sekitar Kaabah tanpa sebarang rasa ketakutan, ia memberi petunjuk dan mengkhabarkan bahawa Semenanjung Tanah Arab akan menjadi taat, semua Quraisy masuk ke dalam Islam dan peletakan keamanan yang sempurna. Sebagaimana telah dikhabarkannya begitulah yang berlaku.


Keempat: Ungkapan “هُوَ الَّذِى اَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ” dengan keqat’ian yang sempurna mengkhabarkan bahawa: agama yang Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bawa akan mengatasi/mengalahkan semua agama. Sedangkan waktu itu ketika agama Nasrani, Yahudi dan Majusi yang waktu itu mempunyai ratusan juta pengikut merupakan agama rasmi negara-negara besar yang mempunyai ratusan juta pengikut seperti Rom, China dan Iran, agama yang dibawa oleh Muhammad al-‘Arabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang dalam keadaan tidak dapat betul-betul mengalahkan kabilah kecilnya sendiri, ia mengkhabarkan bahawa ia akan mengalahkan semua agama dan menang ke atas semua negara. Malah ia mengkhabarkan dengan sangat jelas dan qat’i. Masa hadapan telah membenarkan bahawa Islam telah sampai  pedangnya daripada Lautan Pasifik sampai ke Lautan Atlantik.



151. Page

Kelima: Ayat “مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ اَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَيهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللّٰهِ وَ رِضْوَانًا”  permulaan ayat ini, dengan mengkhabarkan tentang budi pekerti yang tinggi dan keistimewaan yang berharga yang menjadi sebab kepada kedudukan para Sahabat sebagai yang paling istimewa di kalangan bangsa manusia selepas para Nabi, dengan maknanya yang jelas, beserta dengan memberitahu tentang sifat-sifat khusus istimewa yang berbeza-beza yang akan dipakai oleh peringkat para Sahabat di masa akan datang, dengan makna berbentuk isyaratnya, menurut ahli tahqiq ia mengisyaratkan dengan susunan Khulafaur Rasyidin yang akan mengambil tempat selepas kewafatan Rasulullah, ia mengkhabarkan tentang sifat khusus bagi setiap sahabat yang menjadi sebab keistimewaan mereka yang paling masyhur.

Sebagaimana “وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ” memperlihatkan Saidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu Anhu yang masyhur dan terkenal dengan kebersamaan yang khusus (bersama baginda), perbualan khas dan yang paling awal mati dan sekali lagi tetap bersama baginda Rasulullah, “اَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ” memperlihatkan Saidina Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu yang akan menggentarkan negara-negara di bumi dengan penaklukannya di masa hadapan dan akan memperlihatkan kekerasan seperti petir terhadap orang yang zalim melalui keadilannya. Sebagaimana “رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ” mengkhabarkan di masa hadapan tentang Saidina Usman Radhiyallahu Anhu yang mengorbankan rohnya untuk tidak menumpahkan darah di kalangan Muslim kerana sifat marhamah dan kasihnya yang sempurna ketika satu fitnah yang dahsyat dipersiapkan lalu memilih untuk disyahidkan secara dizalimi ketika membaca al-Quran, “تَرَيهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللّٰهِ وَ رِضْوَانًا” mengkhabarkan tentang Saidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu yang memilih kezuhudan yang sempurna, ibadah, kefakiran dan iqtisad walaupun beliau mendapat kekuasaan dan khilafah dengan penuh kelayakan dan kepahlawanan serta yang diakui oleh semua orang tentang kekekalan dan kebanyakannya dalam rukuk dan sujud dan beliau tidak bertanggungjawab dengan peperangan-peperangan di dalam fitnah-fitnah itu dan niat dan keinginannya adalah kelebihan daripada Ilahi.


Keenam: Petikan “ذٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرَيةِ”  merupakan perkhabaran ghaib melalui dua sudut.


Sudut Pertama: ia mengkhabarkan sifat-sifat sahabat pada Kitab Taurat yang merupakan perkara ghaib jika dinisbahkan kepada satu zat yang ummi seperti Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ya, sebagaimana telah diterangkan dalam Maktub Kesembilan Belas, dalam Taurat terdapat petikan tentang para Sahabat Rasululullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang akan datang pada akhir zaman: “Panji mereka yang suci adalah bersama mereka.” 

Yakni para sahabat baginda ialah mereka yang taat dan ahli ibadat dan ahli kebaikan dan kewalian yang sifat-sifat itu telah diifadahkan dengan ungkapan mereka yang suci yakni muqaddas. Walaupun berlaku perubahan disebabkan penterjemahan Taurat yang banyak kepada bahasa-bahasa yang berbeza, ia membenarkan ketetapan ayat “مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرَيةِ” melalui ayat-ayatnya yang banyak.


Sudut Kedua: melalui petikan “مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرَيةِ” , ia mengkhabarkan bahawa para Sahabat dan Tabiin akan mencapai suatu tahap dalam ibadah sehingga kenuranian dalam roh mereka akan bersinar di wajah mereka dan akan kelihatan tanda-tanda di muka mereka dari jenis mohor kewalian yang terhasil daripada sujud yang banyak di dahi mereka. Ya, masa hadapan telah mengisbatkan perkara ini dalam bentuk yang terang dengan kejelasan dan keqat’ian. Ya, dalam fitnah dan kehuru-haraan politik yang sebanyak itu, sangat ramai individu yang menunaikan seribu rakaat solat pada malam dan siang hari seperti Zainal Abidin dan menunaikan Solat Subuh dengan wudhuk solat Isyak seperti Tawus al-Yamani telah memperlihatkan rahsia “مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرَيةِ”.


Ketujuh: Petikan “وَمَثَلُهُمْ فِى الْاِنْجِيلِ كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْاَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارِ”

merupakan perkhabaran ghaib melalui dua sudut.

Sudut Pertama: Perkhabaran tentang perkhabaran Injil mengenai para Sahabat yang merupakan perkara ghaib jika dinisbahkan kepada Nabiyyul Ummi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ya, dalam injil pada penyifatan Rasul yang akan datang di akhir zaman terdapat ayat-ayat seperti “مَعَهُ قَضِيبٌ مِنْ حَدِيدٍ وَاُمَّتُهُ كَذٰلِكَ”. Yakni, bukan tanpa pedang seperti Nabi Isa ‘Alaihis Salam, bahkan akan datang seorang Rasul yang memiliki pedang dan akan diperintahkan berjihad dan para sahabatnya juga berpedang dan akan diperintahkan untuk berjihad. Pemilik kepingan besi itu  akan menjadi pemimpin dunia. Ini kerana disebut pada satu tempat dalam Injil: “Aku pergi supaya pemimpin alam datang.” 

Maknanya, difahami daripada dua petikan Injil tadi bahawa para Sahabat secara zahirnya akan kelihatan sedikit dan lemah pada permulaan. Tetapi dengan berkembang biak seperti benih ia meninggi lalu menebal dan menjadi kuat. 

Ketika golongan kuffar mencekik para sahabat, ketika golongan sahabat Nabi menegukkan kebencian kuffar kepada diri mereka sendiri, lalu menjadikan mereka tercekik, ketika itu para sahabat menundukkan bangsa manusia melalui pedang mereka lalu mereka membuktikan bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam pemimpin mereka adalah pemimpin seluruh alam. Sama seperti itu ayat Surah al-Fath ini memberitahu tentang maknanya.

Sudut Kedua:  Petikan ini mengkhabarkan bahawa secara zahir para Sahabat telah menerima Sulhu Hudaibiyyah kerana jumlah mereka yang sedikit dan kelemahan mereka, sudah tentu, semestinya/tidak dapat tidak selepas sedikit masa mereka akan

152. Page

mendapat satu kemajuan, kehebatan dan kekuatan yang begitu secara pantas sehingga mereka akan memperbanyakkan  tunas-tunas yang pendek, lemah, kurang dan tidak berkat dari sudut kelalaian-kelalaian bangsa manusia di zaman itu yang ditanam dengan tangan qudrat dalam bentuk yang sangat tinggi, kuat, subur/berbuah dan berkat, di ladang muka bumi dan mereka akan mendapat kekuatan dan akan membiarkan kerajaan-kerajaan yang hebat dalam kebencian yang datang daripada ghibtah, hasad dan cemburu. 

Ya, masa hadapan telah memperlihatkan perkhabaran ghaib ini dalam bentuk yang sangat terang. Dalam perkhabaran ini terdapat satu lagi petunjuk yang tersembunyi iaitu ketika al-Quran memuji Sahabat dengan penyifatan-penyifatan yang penting, walaupun janji satu ganjaran yang paling besar diperlukan dari sudut kedudukan, namun melalui kalimah “مَغْفِرَةً” ia mengisyaratkan bahawa di masa hadapan akan terdapat beberapa kesilapan yang besar akibat fitnah-fitnah di kalangan para Sahabat. Ini kerana “مَغْفِرَةً” menandakan akan berlakunya kesilapan. Pada pandangan para Sahabat di zaman itu, “مَغْفِرَةً” akan menjadi hasrat/keinginan yang paling penting dan kurniaan paling tinggi. Ganjaran yang paling besar pula ialah keampunan dan tidak menghukum. Sebgaimana kalimah “مَغْفِرَةً” memperlihatkan satu petunjuk yang latif, begitulah juga ia mempunyai kaitan dengan ayat “لِيَغْفِرَلَكَ اللّٰهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَاَخَّرَ” di permulaan surah. Permulaan surah, bukan maghfirah daripada dosa-dosa sebenar kerana terdapat ‘ismah’(maksum) dan tiada dosa. Bahkan maghfirah dengan suatu makna yang sesuai dengan maqam kenabian dan dengan memberi khabar gembira kepada para Sahabat dengan maghfirah di akhir surah, ia menambahkan lagi kelatifan kepada petunjuk itu. 

Demikianlah tiga ayat yang disebutkan di akhir surah al-Fath. Kami telah membicarakan hanya tujuh wajah hanya daripada wajah perkhabaran ghaib yang banyak daripada sepuluh wajah kemukjizatan.  Di penghujung Kalimah Kedua Puluh Enam yang berkenaan dengan Juzuk iktiari dan taqdir, telah diisyaratkan kepada satu kilauan kemukjizatan yang penting pada kedudukan huruf-huruf ayat yang akhir ini. Ayat yang akhir ini, sebagaimana ia memandang kepada para Sahabat melalui ayat-ayatnya, melalui kaitan-kaitannya juga tetap memandang kepada keadaan para Sahabat. Sebagaimana ia memberitahu tentang sifat-sifat para Sahabat melalui lafaz-lafaznya, melalui pengulangan bilangan huruf-huruf pada ayat itu, sekali lagi sebagaimana ia mengisyaratkan kepada individu-individu yang berada di kalangan lapisan masyhur Sahabat seperti  Ashabul Badr, Uhud, Hunain, Ahli Suffah dan mereka yang melakukan Bai’atur Ridhwan, ia memberitahu tentang lebih banyak rahsia melalui tawafuk yang merupakan sejenis ilmu jifir dan anak kuncinya dan melalui pengiraan huruf.


سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ



153. Page

Satu Pelengkap: Bertepatan dengan perkhabaran ghaib yang diberikan oleh ayat di penghujung surah al-Fath, akan dibicarakan sedikit tentangnya melalui makna isyari (isyarat) di sini. Ini kerana khabar yang sama pada ayat yang akan datang diberi melalui makna isyari yang sama.


وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا* وَمَنْ يُطِعِ اللّٰهَ وَ الرَّسُولَ فَاُولٰئِكَ مَعَ الَّذ۪ينَ اَنْعَمَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الصِّدِّيقِينَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِينَ وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا

Kami akan mengisyaratkan kepada dua nuktah daripada ribuan nuktah dalam penerangan ayat ini.


Nuktah Pertama: Melalui mafhum-mafhum al-Quran Mu’jizul Bayan, sebagaimana ia memberitahu tentang hakikat-hakikat dengan makna sarihnya, ia turut memberitahu tentang banyak makna isyari melalui uslub dan bentuknya. Setiap ayat mempunyai banyak peringkat maknanya. Oleh sebab al-Quran datnga daripada ilmu yang meliputi maka semua maknanya boleh jadi dimaksudkan. Ia tidak terbatas kepada satu atau dua makna seperti kata-kata manusia yang melalui fikiran juzi dan kehendak peribadinya. Justeru, berdasarkan kepada rahsia ini, hakikat-hakikat al-Quran yang tidak terkira telah diterangkan oleh ahli tafsir. Terdapat banyak lagi hakikatnya yang belum ditafsirkan oleh para pentafsir. Terutamanya selain daripada makna yang sarih pada huruf-hurufnya, terdapat banyak ilmu yang penting pada isyarat-isyaratnya.


Nuktah Kedua: Justeru, melalui ungkapan “مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الصِّدِّيقِينَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِينَ وَحَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا”  ayat suci ini, bersama dengan memberitahu tentang kewujudan thoifah para Nabi, kafilah Siddiqin, jamaah Syuhada, golongan Solihin dan bangsa Tabi‘in dalam bangsa manusia yang ahli Siratul Mustaqim dan penerima nikmat-nikmat Ilahi yang hakiki, setelah memperlihatkan yang paling sempurna bagai lima kumpulan itu dalam alam Islam juga secara berasingan dan jelas, sebagaimana ia memberi petunjuk kepada mereka dengan menyebutkan imam-imam lima kumpulan itu dan mula-mula ketua mereka melalui sifat mereka yang paling masyhur lalu memberitahu tentangnya, melalui kilauan kemukjizatan dalam jenis perkhabaran ghaib, ia menentukan keadaan ketua bagi kumpulan-kumpulan itu melalui satu aspek. 

Ya, sebagaimana مِنَ النَّبِيِّينَ secara jelas memandang kepada Saidina Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, melalui petikan  وَ الصِّدِّيقِينَ ia memandang kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu. Malah sebagaimana ia mengisyaratkan bahawa beliau ialah yang kedua dan yang paling awal akan menggantikan tempat baginda selepas Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, nama Siddiq secara husus akan dilayak kepadanya oleh ummat dan beliau akan mengepalai para siddiq. Melalui kalimah وَ الشُّهَدَاءِ    ia memberitahu tentang Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali Ridhwanullahi Alaihim Ajmain secara bersama-sama. Malah ia mengisyaratkan bahawa ketiga-tiga mereka akan menjadi khalifah Nabi selepas as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu dan ketiga-tiga mereka juga akan syahid dan kelebihan kesyahidan mereka juga akan ditambah kepada kelebihan-kelebihan mereka yang lain dan memberitahu tentangnya dalam bentuk yang ghaib/terselindung. Dengan mengisyaratkan kepada individu-individu yang unggul seperti Ashabus Suffah, Badar, dan Bai‘atur Ridhwan melalui kalimah “وَالصَّالِحِينَ”, dengan memperlihatkan galakan kepada mengikut mereka dengan makna sarih melalui ayat “وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا” dan pengikutan pada para Tabi‘in sebagai sangat mulia dan baik, melalui makna isyari-nya, sebagai yang kelima daripada khalifah yang empat dan bersama dengan kesedikitan tempoh khilafah yang membenarkan hukum hadis syarif  “الْخِلاَفَةَ بَعْدِى ثَلاَثُونَ سَنَةً”, untuk memperlihatkan nilainya sebagai tinggi, melalui makna isyarinya ia memperlihatkan Saidina Hassan Radhiyallahu ‘Anhu


Hasilnya: Sebagaimana ayat terakhir Surah al-Fath memandang kepada khalifah yang empat, ayat ini juga sebagai sokongan,  dari jenis perkhabaran ghaib, ia memandang dengan bentuk isyarat sebahagiannya kepada keadaan mereka di masa hadapan. Justeru kilauan-kilauan kemukjizatan bagi jenis perkhabaran ghaib yang daripada jenis kemukjizatan al-Quran adalah sangat banyak dalam ayat-ayat al-Quran sehingga tidak terhitung. Penetapan ahli zahir kepada empat ke lima puluh ayat adalah melalui pandangan zahir. Pada hakikat pula melebihi seribu. Kadang-kadang dalam satu ayat terdapat perkhabaran ghaib melalui empat atau lima wajah.


Penerangan Kedua bagi Pelengkap ini:(38) Ayat “فَاُولٰئِكَ مَعَ الَّذ۪ينَ اَنْعَمَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الصِّدِّيقِينَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِينَ وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا “ yang menguatkan isyarat ghaib di penghujung surah al-Fath ini serta menerangkan bahawa siapakah ahli Siratul Mustaqim dalam surah al-Fatihah yang dimaksudkan pada ayat “صِرَاطَ الَّذ۪ينَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ”, serta memperlihatkan kafilah pendamping yang paling nurani, mesra, ramai dan menarik di jalan abadul abad yang sangat panjang dan mendorong ahli iman dan pemilik-pemilik akal secara penuh mukjizat supaya menyertai dan mengiringi kafilah itu pada noktah mengikut dengan kuat, sekali lagi seperti ayat terakhir penghujung surah al-Fath, ia mengisyaratkan kepada khalifah yang empat dan Saidina Hassan Radhiyallhu ‘Anhu yang merupakan khalifah kelima melalui makna-makna isyari dan simbol yang lain daripada makna yang dikehendaki yang disebut sebagai ma‘aridhul kalam dan mustatba‘atut tarakib dalam ilmu Balaghah. 

Ia mengkhabarkan tentang perkara-perkara ghaib dalam beberapa sudut. Ia seperti berikut: Ayat ini telah memberitahu tentang bahawa kafilah para Nabi, thoifah siddiqin, jamaah syuhada’, jenis-jenis Solihin dan golongan Tabi‘in yang merupakan ahli Siratul


(38) Dua penerangan ini adalah pengulangan dalam satu sudut. Tetapi oleh sebab ia diminati oleh para penyalin, maka mereka telah mencatatkan kedua-duanya.


154. Page

Mustaqim yang menerima nikmat-nikmat Ilahi dalam bangsa manusia adalah Muhsinin melalui makna sarihnya. Sebagaimana ia telah memperlihatkan thoifah-thoifah itu yakni thoifah pewaris para Nabi yang berkesinambungan daripada rahsia pewarisan kenabian Nabi Akhir Zaman dan kafilah Siddiqin yang yang berkesinambungan daripada sumber kesiddiqan as-Siddiqul Akbar dan kafilah syuhada’ yang terikat dengan martabat syahadah khalifah yang tiga, jamaah Solihin yang diikat denga rahsia “وَ الَّذ۪ينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحَاتِ”,

golongan Tabi‘in yang menjunjung rahsia “قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ” dan pergi dalam bimbingan para Sahabat dan Khulafaur Rasyidin adalah yang paling sempurna dan paling afdal dalam alam Islam juga daripada jenis perkhabaran ghaib, melalui kalimah  “وَالصِّدِّيقِينَ”, dari sudut makna isyari, ia mengkhabarkan bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang akan menggantikan tempat Rasulullah Sollallahu Alaihi wa Sallam selepas baginda, menjadi kahlifah baginda dan akan terkenal dengan gelaran as-Siddiq di kalangan umat dan akan menjadi ketua kafilah siddiqin. 

Melalui kalimah “وَالشُّهَدَاءِ”, ia memberi khabar tentang kesyahidan tiga daripada Khulafaur Rasyidin dan selepas as-Siddiq (R.A) tiga orang (yang akan mati) syahid akan menjadi khalifah. Ini kerana kalimah syuhada’ ialah jamak. Kadar paling sedikit bagi jamak ialah tiga. Maknanya selpasa as-Siddiq (R.A), Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali Radhiyallahu ‘Anhum akan memimpin Islam dan mereka akan mati syahid.  Perkhabaran ghaib yang sama telah berlaku. 

Serta melalui ungkapan “وَالصَّالِحِينَ”, berserta dengan perkhabaran bahawa akan ditemui ramai insan soleh, taqwa dan ibadat yang mendapat pujian Taurat dalam ketaatan dan ibadat seperti ahli Suffah, melalui ayat  “وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا”, dengan memuji pengikutan para Tabiin yang mendampingi dan mengikut para Sahabat dalam ilmu dan amalan, beserta dengan memperlihatkan dampingan mereka kepada empat khalifah itu dalam perjalanan keabadian adalah hasan dan baik, walaupun secara zahirnya tempoh khilafah Saidina Hasan adalah sesingkat beberapa bulan adalah sedikit, namun berdasarkan hukum “اِنَّ الْخِلاَفَةَ بَعْدِى ثَلاَثُونَ سَنَةً” dan melalui pembenaran perkhabaran ghaib Nabi dan dengan memperlihatkan tempoh khilafah yang singkat bagi Saidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu yang membenarkan perkhabaran ghaib Nabi secara penuh mukjizat dalam hadith “اِنَّ ابْنِى حَسَنٌ هٰذَا سَيِّدٌ سَيُصْلِحُ اللّٰهُ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِيمَتَيْنِ”; yang menyumbang kepada perdamaian di antara dua pasukan tentera yang besar dan dua jamaah Islam; dan yang menghentikan perbalahan di kalangan mereka sebagai penting lalu, untuk memperlihatkan beliau sebagai khalifah kelima ke dalam khalifah yang empat, melalui makna isyari dari jenis perkhabaran ghaib ia mengisyaratkan kepada nama khalifah kelima dalam kalimah “وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا” melalui rahsia yang dipanggil mustatbaatut tarakib dalam ilmu Balaghah. 

Justeru terdapat banyak lagi rahsia seperti perkhabaran-perkhabaran isyari yang telah disebutkan.  Oleh sebab ia bukan maksud kami maka buat masa ini pintu tidak dibuka. Terdapat banyak ayat al-Quranul Hakim yang setiap ayat adalah dari jenis perkhabaran ghaib melalui wajah yang banyak. Perkhabaran ghaib al-Quran dari jenis ini adalah ribuan/beribu-ribu.


Khatimah: Satu nuktah daripada nuktah-nuktah kemukjizatan yang terzahir dari sudut tawafuq al-Quranul Hakim adalah seperti berikut: 

Jumlah  هو di tempat nama الله, رحمن, رحيم, ربّ, dan ismul Jalalah dalam al-Quranul Hakim adalah lebih kurang 4000. 

Jenis kedua perkiraan abjad بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ  ialah melalui tertib huruf hijaiyyah. Itu pun menjadikan empat ribu. Oleh sebab kasir-kasir kecil pada bilangan-bilangan yang besar tidak merosakkan tawafuq maka kekurangan-kekurangan kecil tidak dipandang. Serta bersama dengan dua huruf wau ‘atof yang dikandungi oleh  “الٓمٓ”  menjadikan lebih kurang dua ratus lapan puluh. Bersama dengan bertawafuq dengan nama Jalali yang lebih kurang dua ratus lapan puluh dalam surah al-Baqarah serta kepada bilangan lebih kurang dua ratus lapan puluh ayat, melalui perkiraan kedua dalam bentuk abjad hijaiyyah tetap menghasilkan lebih kurang empat ribu. Itu juga di samping bertawafuq dengan bilangan lima nama masyhur yang telah disebutkan di atas, tanpa melihat kelebihan pada  بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ , ia bertawafuq dengan bilangannya. 

Maknanya berdasarkan kepada rahsia tawafuq ini  bukan sahaja   ialah satu nama yang mengandungi musammanya, serta nama kepada al-Baqarah, serta nama kepada al-Quran, satu fahrasat ringkas kepada keduanya,  contoh dan kesimpulan kedua-duanya, benihnya serta mujmal bagi  بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ. Di samping  melalui satu perkiraan masyhur  بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ  adalah sama dengan bilangan nama Rabb, sekiranya sabdu pada huruf “ر”  dikira dua “ر”, waktu itu ia menjadi sembilan ratus sembilan puluh lalu menjadi sebab kepada rahsia penting yang banyak lalu menerusi sembilan belas hurufnya ia adalah kunci kepada sembilan belas ribu alam.

Daripada tawafuq-tawafuq yang latif bagi lafzul Jalalah dalam al-Quran mu’jizul bayan ialah lapan puluh lafzul Jalalah pada bahagian atas bagi barisan akhir muka surat, sebagaimana ia memandang satu sama lain dengan tawafuq, pada bahagian bawah juga sama lapan puluh Lafzul Jalalah memandang satu sama lain dengan tawafuq. Betul-betul di bahagian tengah garisan akhir lima puluh lima lafzul Jalalah, terletak di atas satu sama lain lalu dengan secara sekata seolah-olah ia adalah satu lafzul Jalalah yang terdiri daripada lima puluh lima lafzul Jalalah. Di permulaan baris terakhir, satu kalimah pemisah pendek yang sebahagiannya tiga huruf sahaja dengan dua puluh lima tawafuq yang sempurna, sekiranya ia menyertai tawafuq sempurna lima puluh tawafuq di tengahnya, ia menjadi lapan puluh tawafuq lalu ia bertawafuq dengan lapan puluh tawafuq pada separuh pertama dan lapan puluh tawafuq pada separuh yang akhir. Agaknya bolehkah tawafuq-tawafuq yang latif, zarif, tersusun, seimbang dan bermukjizat seperti ini menjadi tiada nuktah dan tiada hikmah? Hasya, mana mungkin! Bahkan melalui pembayang tawafuq itu, satu dafinah/perbendaharaan yang penting dapat dibuka.


رَبَّنَا لَا تُواخِذْنَا اِنْ نَسِينَا اَوْ اَخْطَاْنَا

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ



155. Page

Satu Cebisan daripada Tambahan Keempat


Penerangan Ringkas Bagi Kkemukjizatan al-Quran 


Suatu masa, aku telah melihat dalam mimpi bahawa aku berada di kaki Gunung Ararat (Agri). Tiba-tiba gunung itu meletup lalu batu-batannya yang sebesar bukit telah bertebaran keseluruh alam dan telah menggoncang dunia.

Tiba-tiba seseorang telah muncul di sampingku. Dia berkata: “Terangkanlah dengan ringkas dan ringkaskanlah dengan kemujmalan (rumusan) tentang kemukjizatan al-Quran yang engkau ketahui!

Semasa dalam mimpi lagi aku telah memikirkan kata-kata itu. 

Aku berkata: “Ledakan di sini ialah perumpamaan kepada satu perubahan pada manusia. Dalam perubahan tentunya hidayah al-Furqan akan meninggi di setiap penjuru malah ia akan menjadi pemerintah. Penerangan kemukjizatannya, akan datang waktunya! Kepada penyoal itu aku berkata sebagai jawapan: Kemukjizatan al-Quran, tertajalli daripada tujuh sumber yang menyeluruh serta terdiri daripada tujuh unsur

Sumber Dan Unsur Pertama: Kelancaran bahasa yang lahir daripada kefasihan (kepetahan) lafaznya, 

ketuntasan bayan yang  lahir secara sekaligus. daripada jazalah  nazamnya, balaghah makna, bada‘ah (keunggulan) mafhum, baraah (kesucian) madhmun(ungkapan), gharabah (keunikan) uslub-uslub. Ia telah bercampur dengan itu semua. Pada sifat kemukjizatannya terdapat ukiran penerangan yang menakjubkan serta kesenian bahasa yang mengkagumkan. Pengulangannya tidak pernah membosankan insan.


Sumber Dan Unsur Kedua pula: Ia adalah khazanah ilmu ghaib samawi dan lidah alam ghaib samawi yang mengandungi -secara sekaligus-  asas-asas yang ghaib samawi dalam urusan-urusan kauniyyah  dan rahsia-rahsia ghaib samawi dalam hakikat-hakikat Ilahi dan perkara-perkara ghaib samawi yang telah hilang di masa lalu dan keadaan-keadaan yang ghaib yang terselindung di masa hadapan. Itu berbicara dengan alam syahadah dan antara rukun-rukun dengan simbol. Sasarannya ialah bangsa manusia. Ini adalah kilauan nurani satu kemukjizatan.


Sumber Dan Unsur Ketiga pula: Terdapat kesyumulan yang luarbiasa pada lima sudutnya. Pada lafaznya, maknanya, hukum-hakamnya, ilmunya dan pada neraca maksud-maksudya. 

Lafaznya mengandungi kebarangkalian-kebarangkalian yang sangat luas serta wajah yang banyak sehingga setiap satunya dikagumi pada pandangan balaghah, sahih menurut bahasa Arab dan layak kepada rahsia syaraktasyri’.

Pada maknanya: Penerangan yang bermukjizat itu meliputi kesemua  masyrab para wali, rasa para ‘arifin, mazhab para salikin(golongan tarikat), jalan-jalan mutakallimin, manhaj para hukama’. Pada penunjukannya terdapat kesyumula dan pada maknanya terdapat keluasan. Ia telah meliputi serta telah mengandunginya secara sekaligus. Jika kamu melihat melalui jendela ini, nescaya kamu akan nampak betapa luas medannya.


KelengkapanPengambilan/isti’ab/pemanfaatan pada hukum-hakamnya: Syariat yang luar biasa ini telah diistinbatkan daripadanya. Semua dustur kebahagiaan dua dunia, sebab keamanan, pengikat kehidupan bermasyarakat, uslub penerangannya mengandungi wasilah-wasilah tarbiah serta hakikat-hakikat keadaan secara sekaligus.

Ketenggelaman/istighraq dalam ilmunya: martabat dalalah padanya, ilmu-ilmu kauniyyah  serta ilmu-ilmu Ilahi telah menghimpunkan syurga pada tembok-tembok/kubu isyarat dengan simbol dan surah-surah.


Pada tujuan dan matlamat: keseimbangan, ittirad, selari dengan dustur-dustur fitrah, ittihad, ia telah memelihara dan menjaga neracanya.

Justeru pada keluasan lafaznya, pada kelapangan makna, para menyerapan hukum dan pada keseimbangah matlamat, kesyumulan penuh kemuliaan.


Sumber Dan Unsur Keempat pula: Ia melimpahkan limpahan nurani kepada setiap kurun menurut darjat kefahaman dan martabat sasteranya serta kepada lapisan-lapisan setiap kurun menurut tahap persediaan dan penerimaannya.

Pintunya terbuka untuk setiap kurun dan setiap lapisan/peringkatnya, seolah-olah pada setiap nafas, Kalam Rahmani itu diturunkan secara segar pada setiap masa dan di setiap tempat.

Apabila zaman semakin menua, al-Quran pula semakin muda. Simbolnya menjadi semakin jelas. Manakala Khitab Ilahi itu mengoyak tabir alam dan asbab.

Lalu memancarlah nur ketauhidan daripada setiap ayat pada setiap masa. Ia mengangkat tabir syahadah di atas yang ghaib. Ketinggian khitabnya menarik pandangan manusia kepada tafakkur dan penelitian.Kerana ia adalah lisanul ghaib yang benar-benar bercakap dengan alam syahadah. 

Intisari daripada unsur ini: Sesungguhnya kesegarannya yang luarbiasa dan meliputi adalah bagaikan samudera yang tiada tepian. Ini kerana, kerencaman pada cara penurunan wahyu Ilahi kepada akal manusia yang bertujuan untuk membiasakan akal fikiran adalah suatu kemesraan yang disenangi/disukai oleh insan dan jin.


Sumber Dan Unsur Kelima pula: Dalam nukilan/naqal dan hikayatnya serta dalam perkhabarannya yang benar, Al-Quran memperingatkan manusia dengan cara

156. Page

menaqalkan suatu uslub unggul yang penuh makna daripada noktah-noktah asasi bagaikan penyaksi yang sedia ada.

Apa yang dinaqalkannya ialah perkara berikut: Perkhabaran tentang apa yang awal, keadaan-keadaan akhir, rahsia-rahsia neraka dan syurga serta hikaya-hikayat tentang hakikat-hakikat ghaib, rahsia-rahsia syahadah, rahsia-rahsia Ilahi dan ikatan-ikatan kauniyyah

Ia adalah hikayat yang jelas kerana tiada peristiwa telah menolak dan  tiada mantiq yang telah mendustakannya. Bahkan walaupun mantiq tidak menerimanya  namun ia langsung tidak boleh menolaknya. 

Sesungguhnya pada noktah-noktah yang disepakati, apa yang dinaqalkan itu adalah untuk mengakui Kitab-kitab Samawi yang dihalobai seluruh alam. 

Manakala dalam perkara-perkara yang diselisihi ia membahaskanya sebagai pembetul/pentashih. Keluarnya perkara-perkara naqli ini daripada seorang yang ummi adalah keluarbiasaan zaman.


Sumber Dan Unsur Keenam ialah: Al-Quran merupakan pembawa dan pengasas Dinul Islam. Sekiranya engkau mencari di setiap tempat dan masa, nescaya tiada masa lalu dan tiada masa depan yang berupaya untuk menjadi seperti Islam.

Tali langit inilah yang memegang dan memutarkan bumi kita pada lingkungan tahunan dan hariannya. Ia telah menekan Bumi dengan kuat bahkan juga telah menaikinya/menungganginya. Ia tidak akan membiarkan penderhakaan.


Sumber Dan Unsur Ketujuh: Enam cahaya yang keluar daripada enam sumber tadi tiba-tiba bergabung. Daripadanya keluar satu kebaikan, daripada ini datang satu keyakinan dan wasitah (perantara) nurani.

Satu rasa yang keluar daripadanya diketahui sebagai nikmat kemukjizatan, lidah kita tidak cukup untuk mengungkapnya. Fikiran juga cetek. Kelihatan namun bintang langit itu tidak boleh dipegang.

Dalam tempoh tiga belas kurun telah ada kecenderungan untuk mencabar di kalangan musuh-musuh al-Quran. Dan telah bangkit minat untuk meniru di kalangan sahabat al-Quran. Justeru inilah satu burhan kemukjizatan. Dua kecenderungan yang kuat ini telah tertulis di medan.  Jutaan kitab berbahasa Arab telah datang ke kutubkhanah/perpustakaan kewujudan. 

Sekiranya itu semua menjatuhkan satu neraca Tanzil, sekiranya dibandingkan, bukan sahaja alam yang tiada tandingan bahkan orang yang paling buta akan berkata dengan mata telinga: ini semua adalah ciptaan manusia dan itu pula adalah dari langit.

Dia juga akan memutuskan bahawa itu tidak sama dengan semua ini. Ia tidak boleh berada di tahapnya. Jika begitu sama ada ia adalah lebih rendah/bawah daripada semua, dan ini secara jelas merupakan kebatilan yang telah dimaklumi. Jika begitu, ia di atas semua. Kandungannya dalam masa selama itu, pintu terbuka, dan telah diwaqafkan kepada manusia. Ia telah menyeru roh dan fikiran kepadanya.

Manusia bertindak padanya, dan telah menjadikannya hartanya. Dengan kandungan-kandungannya dia tetap tidak menentang al-Quran dan bila-bila pun tidak boleh menentangnya. Telah berlalu zaman imtihan/ujiannya

Ia tidak menyerupai kitab-kitab lain, ia tidak boleh menjadi pembias/pemantul kepada semua itu kerana dalam tempoh dua puluh tahun, penurunannya secara munajjam (beransur-ansur) menurut hajat, berbeza-beza dan patah demi patah merupakan satu hikmah Rabbani.

Sebab-sebab nuzulnya berbeza dan berlainan. Persoalan berulang dan berbeza pada satu perkara. Peristiwa-peristiwa hukumnya bermacam-macam dan berubah-ubah. Masa penurunannya berlainan dan berasingan.

Keadaan penerimaannya bermacam-macam dan berbeza-beza. Bahagian mukhatabnya berlainan dan pelbagai. Tujuan bimbingannya mutadarrij (beransur-ansur) dan berasingan. Binaannya bersandar kepada asas-asas itu. Sama ada jawapannya ataupun khitabnya. Bersama dengan ini juga kelancaran dan keselamatan, tanasub dan persandaran telah memperlihatkan kesempurnaannya, maka saksinya ialah ilmu Bayan dan Ma‘ani.

Dalam al-Quran terdapat satu keistimewaan dan tiada pada kalam yang lain. Jika kamu mendengar suatu kalam, kamu akan nampak pemilik kalam yang sebenar di sebaliknya dan kamu akan temui di dalamnya. Inilah uslub insani.

Al-Quran pula secara zahir memperlihatkan keakuan mukhatab itu. Mukhatab adalah tirai/tabir kepada pemilik kalam kerana satu khitab dan kalimah al-Wajibul wujud yang tiada penafian dan tiada penghujung, telah menghadap kepada mukhatab yang tidak berhidayahnya daripada azal sehingga abad secara sekaligus. Ia juga berkata-kata. Sultan keazalian dan keabadian di sebalik kalam terbatas sebegitu hanyalah menerima satu kilauan tajallinya. Sekiranya ada suatu tempatnya penekanannya dalam daerah imkan, nescaya semua kalimah yang tidak berpenghujung itu didengar secara sekaligus, ataupun sekiranya semua mukhatabnya menjadi satu telinga dalam bentuk zarah alam semesta, nescaya telinga alam itu serta nur keimanan serta keyakinan sanubari, bahkan di belakang ataupun dalam kalam yang tidak berpenghujung, di dalam kejalalan agungnya yang tidak berpenghujung, kehebatan as-Subhan itu akan nampak timsalnya.

Maknanya dalam uslub-uslub tanzil, kepelbagaian tanazzulat Ilahi ialah tajalli asma’ dan sifat kerana nampak di sebalik kalam. Ia merupakan satu pandangan keimanan.

Semua orang boleh mengatakan matahari ialah milikku dan telah dibakar untukku. Di duniaku yang merupakan rumahku, matahari di cermin itu tersenyum kepadaku. Makhluk langit itu juga memandangku.



157. Page

Sekiranya Allah memberikan perasaan juga kata-kata kepadanya, nescaya si cantik itu akan berbicara denganku.  ia pasti menjadi wasitah penerangan di dalam cermin.

Pemikiran yang terbatas memberikan hak ini kepadanya. Malah turut boleh berkata Tuhanku berbicara denganku. Aku melihatnya di sebalik kalam-Nya. Yakni melalui keimanan kepada ar-Rahman yang nurani.

Semua yang mempunyai roh serta seluruh alam semesta berkata begini secara serentak. Kerana pada-Nya tiada kesesakan. Tiada juga keterbatasan. Dia adalah sarmadi, tidak bertempat.

Wahai penyoal yang misali! Kamu yang telah meminta keringkasan, aku pula telah mengisyaratkan. Sekiranya kamu mahukan perincian, ia di luar kemampuanku! Lalat tidak dapat menyaksikan langit/yang bukan manusia. Kerana daripada empat puluh jenis kemukjizatan itu hanya satunya ialah kejazalahan nazamnya, penerangannya tidak muat di dalam Isyaratul I’jaz.

Seratus muka surat tafsirku tidak cukup untuknya. Ilham-ilham nurani sepertimu adalah banyak. 


Aku mahu daripadamu penerangan yang terperinci.


اُولاَشْمَزدَسْتِ اَدَبِ غَرْبِ هَوَسْ بَارِ هَوَاكَارِ دَهَادَارْ

دَاْبِ اَدَبِ اَبَدْ مُدَّتِ قُرْآنِ ضِيَا بَارِشِفَا كَارِهُدَادَارْ



Satu keadaan yang menggembirakan makna dzauq bagi insan-insan kamil, tidak menggembirakan pemilik satu kehendak sepeti anak kecil dan tabiat seperti orang bodoh. Tidak akan menghiburkan mereka. Bedasarkan kepada hikmah ini, telah dibela secara sempurna dalam satu perasaan yang rendah, bodoh/jahat, serta berbaur nafsu dan syahwat, tidak akan tahu kelazatan roh.

Peradaban masa kini yang telah meleleh/mengalir daripada Eropah, melalui pandangan seperti novel/cereka, tidak akan nampak kelatifan yang tinggi dan keistimewaan yang hebat pada al-Quran. Serta tidak dapat merasainya.

Batu uji pada dirinya sendiri tidak dapat menala kepadanya. Dalam kesusasteraan terdapat tiga bidang kelangsungan/pusingan; ia berlegar di dalam itu semua dan tidak dapat keluar ke luarnya.

Sama ada ia baik dengan rasa cinta ataupun semangat dan kehebatan ataupun penggambaran hakikat. Justeru sastera asing pula tidak pernah dan tidak akan menyanjung kebenaran pada noktah semangat. 

Bahkan dengan bertepuk tangan ke atas kekejaman bangsa manusia yang zalim menimbulkan/menyuntik perasaan menyanjung kekuatan. Ia tidak akan tahu rasa cinta hakiki pada noktah kebaikan dan rasa cinta.

Ia menyuntik satu kelazatan yang menghamburkan syahwat pada diri-diri. Pada madah penggambaran hakikat, ia tidak akan memandang alam semesta dalam bentuk hasil seni Ilahi.

Ia tidak akan dapat melihatnya dalam bentuk satu acuan ar-Rahman. Bahkan ia memegang dan menggambarkannya pada noktah tabiat, malah tidak akan dapat keluar daripadanya.

Maka suntikan untuk masanya, menjadi rasa cinta kepada tabiat. Perasaan menyanjung maddinya bertempat di hatinya juga; sebab itu ia tidak dapat menyelamatkan dirinya secara mudah.

Sekali lagi kepada kegelisahan rohnya yang datang daripadanya dan lahir daripada kesesatan, adab yang menenangkan serta menidurkan yang telah biadab itu tidak dapat memberikan faedah yang sebenar.

Ia telah menemui ubat tunggalnya itu pun ialah novel-novel/cereka. Hidup yang mati seperti buku dan mayat mati yang bergerak seperti wayang tidak akan dapat memberikan kehidupan.

Bagai penjelmaan seperti teater, melalui tiga jenis novel/cereka mereka itu yang seperti hantu kubur langsung pula tidak pernah malu.

Ia telah meletakkan lidah yang palsu ke mulut manusia, malah telah memasang mata yang fasiq ke wajah insan dan telah memakaikan skirt kejalangan kepada dunia. Maka ia hanya mengenal kecantikan yang kaku.

Sekiranya ia memperlihatkan matahari, ia mengingatkan pembaca kepada aktres rupawan yang berambut perang. Secara zahir ia berkata: “Kemaksiatan adalah buruk, tidak cocok kepada insan.”

Ia memperlihatkan natijah yang memudaratkan. Sedangkan ia boleh membuat satu gambaran yang sangat mendorong kepada kemaksiatan sehingga melelehkan air liur dan akal tidak dapat kekal waras.

Ia membengkakkan selera/syahwat, menggelegakkan hawa nafsu dan perasaan juga tidak lagi mendengar kata-kata. 

Manakala adab dalam al-Quran tidak pernah mencampur adukkan hawa nafsu.

Ia memberi perasaan menyanjung kebenaran, cinta hanya kepada kecantikan, rasa menyanjung kecantikan dan minat menyanjung hakikat malah juga tidak pernah memperdaya.

Ia tidak memandang alam semesta dalam sudut tabiat bahkan suatu hasil seni Ilahi. Ia membahaskannya pada noktah suatu acuan ar-Rahman dan tidak pernah mengelirukan akal.

Ia menyuntik nur makrifah as-Sani’. Ia memperlihatkan ayat-Nya pada setiap benda. Kedua-duanya memberikan kesedihan yang sayu namun tidak pernah menyerupai satu sama lain.



158. Page

Manakala adab anak-anak Eropah, memberikan satu kesedihan yang pilu yang lahir daripada kehilangan kekasih dan ketidakpunyaan, tetapi tidak dapat memberikan kesedihan yang mulia/tinggi/bermakna.

Kerana, tabiat yang pekak, malah juga rasa kesedihan memilukan yang dia ambil daripada kekuatan yang buta secara diilhamkan, dia mengenali alam sebagai tempat yang menakutkan/sunyi, tidak pernah memperlihatkan jenis yang lain.

Ia memperlihatkan dalam bentuk itu. Malah juga ia memegang yang disedihkan, ia meletakkannya di kalangan orang asing sebagai tidak bertuan, ia tidak meninggalkan sebarang harapan.

Melalui perasaan berdebar ia berikan kepada dirinya sendiri ini, lama-kelamaan ia pergi sampai kepada kemulhidan (menafikan kewujudan Tuhan), ia memberikan jalan sampai kepada ta’til (fikiran bahawa sesuatu perkara itu tidak logik) dan susah untuk berpatah balik/kembali ke pangkal jalan, bahkan tidak akan dapat kembali lagi.


Adab al-Quran pula: Memberikan sejenis kesedihan iatu kesedihan yang penuh kecintaan bukan keyatiman. Lahir daripada perpisahan dengan kekasih dan tidak pernah datang daripada kehilangannya.

Pandangnnya pada alam semesta, sebagai ganti kepada tabiat yang buta, asas perbahasannya ialah hasil seni Ilahi yang ada perasaan serta ada rahmat dan tidak pernah membicarakan tentang tabiat.

Sebagai ganti kepada kekuatan yang buta, asas penerangan kepadanya ialah qudrat Ilahi yang berinayah dan berhikmah. Oleh sebab itu alam semesta tidak pernah memakai bentuk sebagai sabuah tempat yang menakutkan/sunyi.

Bahkan pada pandangan mukhatab yang sedih ia menjadi sebuah tempat perhimpunan para kekasih. Jawab-menjawab di setiap penjuru dan kasih-mengasih di setiap sudut tidak pernah memberikan kegelisahan kepadanya.

Penjagaan di setiap penjurunya meletakkan yang sedih itu di kalangan kumpulan itu. Ia memberikan kesedihan yang penuh kerinduan dan perasaan yang murni/tinggi dan tidak pernah memberikan kesedihan yang memilukan.

Kedua-duanya memberikan serba satu minat. Melalui minat yang diberikan oleh sastera asing, nafsu jatuh ke dalam debaran, kehendak menjadi lapang dan tidak dapat memberikan ketengan kepada roh.

Minat al-Quran pula: Roh jatuh ke dalam debaran, minat memberikan ketinggian. 

Justeru, berdasarkan kepada rahsia ini, Syari’at Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak pernah mahukan perkara yang melalaikan.

Ia mengharamkan sesetengah alat yang melalaikan dan mengizinkan sebahagiannya kerana halal. Maknanya alat yang menatijahkan kesedihan dari al-Quran ataupun minat at-Tanzil  tidak akan memberi mudarat.

Sekiranya ia memberikan kesedihan seperti anak yatim ataupun minat nafsu, alat itu adalah haram. Ia berubah menurut peribadi; semua orang tidak pernah menyerupai satu sama lain.



159. Page

Satu petikan tambahan Habbah Risalah an-Nur.

Jika kalian mahu kalian boleh menulis terjemahannya.


اعلم ان من لطائف اعجازالقرآن ومن دلائل انه رحمة عامة للكافة انه كما اَنَّ لكل احد من العالم عالم يخصه كذلك لكل ياعتبارمشربه من القرآن قرآن يخصه ويربّيه ويداويه ومن مزايا لطف ارشاد ان آياته مع كالانسجام وغاية الارتباط وتمام الاتصال بينها يتيسرلكل احد ان ياخذ من السّورالمتعددة آياتًا متفرقة لهداية وشفائه كما اخذها عموم اهل المشارب واهل العلوم “حاشيه” فبينما تراها اشتاتا باعتبار المناز والنزو اذًا تراها قد صارت كقلادة  منتظمة ائتلقت مع اخوانه الجديدة فلا بالفصل من الامل تنتقص ولابالوصل بالآيات الاخرتستوحش فهذا السريشيرالى ان لاكثرالآيات الفرقانية مع سائر الايات مناسبات دقيقه تجوز ذكرها معها واتصالهابها.. فكما انّ سورة الاخلاص اشتملت على ثلاثين سورة بضم جملها بعض دليلاً ونتيجة كما ذكر “لمعات فى صحيفه٩٣” كذلك القران الكلّى الجزئى والنوع المحضرفي الشخص يشتمل بجامعية الايات للمعات المتعددة و بمناسبة الكل للكل يحتوي على الوف الوف قرآن فى نفس القرآن فلكل ذي حقيقة فيه كتاب يخصه ومن اتبعه اللّٰهم يا منزل القرآن اجعل القرآن مونساًلى ولطلبة رسائل النور فى حياتنا و بعد مماتنا ونوراً فى قلبى وقلوبهم وقبرى وقبورهم آمين.. لااله الااللّٰه محمّد رسول اللّٰه عليه الصلاة والسلام



Dua Burhan Teragung Tauhid dan satu Nuktah Kemukjizatan Surah al-Ikhlas



Alam semesta ini sesempurnanya adalah burhan yang agung.

Lisanul ghaib

bertasbih dan mentauhidkan dengan syahadah. Ya, melalui pentauhidan

ar-Rahman

ia dalah penzikir dengan suara yang besar:

La Ilaha illa Hu


Semua sel zarah, semua rukun dan anggotanya, masing-masing adalah lidah yang berzikir, bersama dengan suara yang

besar itu berkata: La Ilaha illa Hu

Pada lidah-lidah itu terdapat kepelbagaian, pada suara-suara itu terdapat martabat-martabat. Tetapi berhimpun pada satu noktah, zikirnya dan suaranya ialah La Ilaha illa Hu    

Ini adalah lidah terbesar. Ia berzikir dengan suara yang besar. Semua bahagiannya, zarahnya bersama dengan suara yang besar itu berkata: La Ilaha illa Hu

Alam ini membaca satu persepuluh di dalam halaqah zikir, dan al-Quran tempat syuruqnya (terbitnya) nur. Semua yang mempunyai roh berfikir: La Ilaha illa Hu

Al-Furqan Jalilus Sya’n ini ialah burhan yang bertutur bagi ketauhidan itu, semua ayat lidah yang benar. Pancaran-pancaran petir keimanan. Bersama-sama berkata: La Ilaha illa Hu

Jika kamu menekapkan telinga ke dada al-Furqan ini, dari dalam ke dalam secara jelas kau akan mendengar satu suara Samawi berkata: La Ilaha illa Hu

Suara itu sememangnya sangat tinggi, paling tegas, hakiki dan sangat sejati, sangat mesra dan memuaskan dan dipersiapkan dengan burhan. Berulangkali menyebut: La Ilaha illa Hu

Pada burhan yang munawwar ini, enam sudutnya adalah telus/jernih. Lambang kemukjizatan diukir dan dicetak di atasnya(1). Nur hidayah yeng bersinar di dalamnya(2) berkata: La Ilaha illa Hu

Ya, burhan dan mantik yang diringankan ditenun di bawahnya(3), akal yang bertutur di kanannya(4), yang disusun di setiap sudut , akal berkata kamu benar berkata: La Ilaha illa Hu

Di kirinya(5) yang kanan menjadikan sanubari sebagai saksi. Di hadapannya kecantikan yang elok. Pada sasarannya kebahagiaan. Anak kuncisetiap nafas nya ialah La Ilaha illa Hu

Pada pewarisan yang merupakan hadapan(6) ialah tempat bersandar samawi kepadanya, wahyu Rabbani yang sebenar. Enam sudut ini adalah bercahaya, pada burujnya bertajalli: La Ilaha illa Hu

Ya, kewaswasan yang mencuri/membalut, ataupun waham syubhah yang mengetuk, apakah daya yang ada pada si murtad itu untuk ia boleh memasuki petir ini, tembok surah-surah adalah tinggi, setiap kalimah ialah malaikat yang menuturkan: La Ilaha illa Hu

Laut ketauhidan bagaimanakah al-Quran Azimus-Sya’n itu. Setitik titisannya sebagai perumpamaan Surah al-Ikhlas, tetapi satu simbolnya  yang pendek adalah daripada simbol-simbol yang tidak terkira. Ia menolak semua jenis kesyirikan. Malah juga mengisbatkan tujuh jenis tauhid. Tiganya manfi dan tiganya musbat dalam enam ayat ini secara sekaligus/serentak:

Ayat pertama: “قُلْ هُوَ”   isyarat yang tiada qarinah/bandingan. Maknanya ia telah ditentukan dengan kemutlakan. Pada penentuan itu ada ketentuan. Yakni لَا هُوَ اِلاَّ هُوَ   

Ia satu isyarat kepada tauhid penyaksian. Sekiranya ia ditenggelamkan kepada pandangan tauhid yang memancarkan hakikat ia berkata: لَا مَشْهُودَ اِلاَّ هُوَ

Ayat kedua: “اَللّٰهُ اَحَدٌ”  yang merupakan penyataan kepada tauhid Uluhiyyah.  Lidah hakikat dan kebenaran berkata: لَا مَعْبُودَ اِلاَّ هُوَ

Ayat Ketiga: “اَللّٰهُ الصَّمَدُ” cengkerang kepada dua mutiara tauhid. Permata pertamanya: Tauhid Rububiyyah. Ya, lidah aturan alam berkata: لَا خَالِقَ اِلاَّ هُوَ

Permata Keduanya: Tauhid Qayyumiyyah. Ya, pada keseluruhan alam semesta, pada kewujudan serta kebaqaan lidahnya yang berhajat kepada pemberi kesan berkata: لَا قَيُّومَ اِلاَّ هُوَ  

Keempat: “لَمْ يَلِدْ” ia adalah tauhid Jalaliyyah yang tertutup, menolak-jenis-jenis syirik dan memotong kekufuran tanpa penyerupa/keliru/syubhat.

Yakni yang berubah, berketurunan, ataupun berbahagian tentunya bukan al-Khaliq, bukan al-Qayyum dan bukan Ilah.

“لَمْ” menolak fikiran anak dan fikiran memperanakkan dan memotongnya secara sekaligus. Kerana terkesan daripada kesyirikan inilah kebanyakan manusia telah menjadi keliru.

Maka kesyirikan Saidina Isa ‘Alaihis Salam ataupun ‘Uzair ‘Alaihis Salam adalah malaikat ataupun hasil peranakan akal mendapat tempat dalam bangsa manusia masa demi masa.

Kelima: Isyarat tauhid sarmadi “وَ لَمْ يُولَدْ”  seperti berikut: Sekiranya sesuatu itu tidak al-Wajib, al-Qadim dan azali, ia tidak boleh menjadi Ilah.

Yakni, sama ada dari segi tempoh ia adalah baharu ataupun dilahirkan dari segi daripad bahan, ataupun berpisah daripada satu yang asal, sudah tentu ia tidak boleh menjadi tempat berlindung bagi alam semesta ini.

Tiap-tiap fahaman menyembah sebab, menyembah bintang, menyembah berhala, menyembah alam merupakan sejenis kesyirikan. Masing-masing merupakan satu tahap dalam kesesatan.

Keenam: “وَ لَمْ يَكُنْ” ialah satu tauhid yang lengkap. Pada zat-Nya tiada sama ada bandingan, ataupun sekutunya pada perbuatan-Nya ataupun yang serupa pada sifat-Nya, lafaz  لَمْ adalah tempat pandangan.

Enam ayat ini ialah natijah kepada satu sama lain dari segi makanan, serta burhan bagi satu sama lain dan burhan yang berkesinambungan ialah satu keistimewaan. Natijah-natijah ialah tempat menetap pada surah ini.

Maknanya dalam surah Ikhlas ini, ia adalah berkesinambungan pada ukuran sosoknya sendiri serta terkandung tiga puluh surah yang tersusun, ini ialah tempat pameran kepada semua ini.


لاَ يَعْلَمُ الْغَيْبَ اِلاَّ اللّٰهُ

Said Nursî

160. Page

Tambahan Kelima:


Masalah Kesepuluh Risalah Buah yang merupakan Sinaran Kesebelas. Bunga Emirdag


Ini adalah satu jawapan yang sangat kuat kepada sanggahan-sanggahan terhadap pengulangan dalam al-Quran.


Wahai para saudaraku yang mulia dan setia!

Sebenarnya masalah ini telah menjadi bercampur aduk kerana keadaanku yang sengsara dan tiada kelatifan. Tetapi di bawah ungkapan-ungkapan yang bercampur aduk itu aku mengetahui sejenis kemukjizatan yang sangat bernilai. Namun malangnya aku tidak berupaya untuk memberitahu tentangmengifadahkannya. Semalap manapun ungkapannya, dari sudut ia merupakan milik al-Quran serta ibadah tafakkur serta cengkerang bagi mutiara yang kudus, tinggi dan bersinar. Bukan kepada pakaiannya yang koyak tetapi lihatlah kepada berlian di tangannya. Malah oleh sebab aku dalam keadaan sangat sakit, sengsara dan tiada makanan, satu atau dua hari dalam bulan Ramadhan maka aku terpaksa menulis risalah ini dengan memasukkan hakikat yang sangat banyak dan hujah yang bermacam-macam secara sangat ringkas dan pendek dalam satu ayat. Janganlah dipandang kepada kekurangan.(39)

Saudara-saudaraku yang mulia dan setia; ketika membaca al-Quran Mu’jizul Bayan dalam bulan Ramadhan, mana-mana ayat daripada tiga puluh tiga ayat yang diterangkan dalam isyarat-isyarat kepada Risalah an-Nur Sinaran Pertama, aku lihat bahawa muka surat, helaian dan kisah ayat itu juga memandang kepada Risalah an-Nur dan murid-muridnya pada noktah mendapat habuan daripada kisah. Terutamanya ayat Nur Surah an-Nur, sebagaimana ia memandang kepada Risalah an-Nur dengan sepuluh jari, ayat-ayat zulmat di belakangnya juga memandang penuh kepada para penentangnya. 

Memberi habuan yang lebih. Seolah-olah maqam itu, keluar daripada juz’iyyah lalu mendapat kulliyyah dan di kurun ini satu peribadi/sosok sempurna bagi kulli itu ialah Risalah an-Nur dan murid-muridnya. Begitulah yang aku rasa. 

Ya, khitab al-Quran memperlihatkan kemukjizatan dan kesyumulan yang begitu tinggi melalui sudut keluasan, ketinggian dan keliputan yang telah diambilnya mula-mula dari maqam luas Rububiyyah ‘Ammah al-Mutakallimul Azali, serta daripada maqam luas zat Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan mukhatab atas nama bangsa manusia bahkan alam semesta, serta daripada maqam yang sangat lapang bagi bimbingan-bimbingan semua bangsa manusia dan bani Adam di segenap kurun, serta daripada maqam penerangan-penerangan meliputi yang sangat tinggi bagi undang-undang Ilahi berkenaan dengan Rububiyyah al-Khaliq dunia dan akhirat, bumi dan langit, keazalian dan keabadian dan alam semesta serta tentang pengurusan semua makhluk bahawa; martabat zahir dan biasa yang membelai kefahaman lapisan awam yang merupakan golongan paling ramai daripada mukhatab pengajaran juga menjadikan lapisan atas sebagai pemilik yang sempurna. Seolah-olah bukan hanya satu bahagian daripada kisah dan bukan satu renungan dapada kisah bersejarah, bahkan sebagai individu-individu bagi dustur yang kulli, dengan berkhitab kepada setiap kurun dan setiap lapisan ia diturunkan dengan segar dan lebih-lebih lagi dengan pengulangan yang banyak, menyebut  “اَلظَّالِمِينَ اَلظَّالِمِينَ” lalu ancaman  dan penerangannya yang keras tentang musibah langit dan bumi yang merupakan balasan/hukuman kezaliman mereka menyebabkankita memandang kezaliman yang tiada tandingang di kurun ini dengan azab yang menimpa Kaum Ad, Tsamud dan Firaun dan memberi hiburan kepada ahli Iman yang di zalimi melalui keselamatan/kejayaan para Nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa ‘Alaihimas Salam. Ya, pada ahli ghaflah dan kesesatan, semua masa yang telah berlalu dan kurun serta abad yang telah mati yang merupakan sebuah negara ketiadaan yang sunyi dan dahsyat dan sebuah perkuburan yang menyakitkan dan musnah, seperti muka surat bernyawa, dari hujung ke hujung mempunyai roh, alam menakjubkan yang hidup, dalam bentuk sebuah negara Rabbani yang maujud dan berkaitan dengan kita, seperti tabir-tabir/layar-layar wayang, kadang-kadang ia membawa kita ke zaman-zaman itu dan kadang-kadang membawa zaman itu kepada kita, memperlihatkannya kepada setiap kurun dan setiap lapisan lalu al-Quran Mu’jizul Bayan yang memberi pengajaran dengan kemukjizatan yang tinggi, dengan kemukjizatan yang sama, alam semesta ini yang kaku, sengsara, mati, sebuah tempat yang sangat menakutkan, bergolek dalam perpisahan dan kelenyapan pada pandangan kesesatan sebagai sebuah kitab as-Samad, sebuah bandar ar-Rahman dan sebuah tempat pameran ciptaan Rabbani, ia memperbualkan benda-benda kaku itu dengan satu sama lain masing-masing dalam bentuk petugas dengan menghidupkannya lalu menyegerakannya untuk membantu satu sama lain lalu al-Quran Azimus Sha’n ini yang memberikan ajaran-ajaran/pengajaran-pengajaran  hikmah yang hakiki, bercahaya dan enak kepada bangsa manusia, jin dan malaikat, sudah tentu ia memperoleh keistimewaan-keistimewaan kudus seperti kedapatan pahala pada setiap hurufnya kadang-kadang sepuluh, kadang-kadang seratus dan kadang-kadang ribuan, ketidakbolehan mendatangkan seumpamanya sekiranya seluruh jin dan manusia berkumpul, percakapannya yang sesuai dengan seluruh bani Adam dan alam semesta, penulisannya dengan minat di hati jutaan hafiz setiap masa, sifatnya yang tidak menjemukan dengan banyak pengulangan dan banyak perkara yang diulang-ulangnya,


(39)  Sebagai Masalah Kesepuluh bagi Risalah Buah Penjara Denizli, ia adalah sekuntum bunga kecil yang bercahaya bagi Emirdag dan Ramadhan as-Syarif ini. Melalui satu penerangan hikmah pengulangan dalam al-Quran, ia melenyapkan waham-waham yang busuk dan beracun bagi golongan sesat.


161. Page

penempatannya yang sempurna dalam kepala kanak-kanak yang rapuh dan ringkas bersama dengan tempat dan ayat-ayat iltibas yang banyak dan sifatnya yang menarik umpama air zam-zam pada telinga mereka yang sakit dan mereka yang terkesan daripada kata-kata yang sedikit dan berada dalam sakarat dan memperolehkan kebahagiaan di dua dunia kepada murid-muridnya. 

Dengan rahsia benar-benar memelihara martabat keummian penterjemahnya, tanpa memberi ruang kepada sebarang kesusahan, kepura-puraan dan sikap menunjuk-nunjuk, dengan hikmah membelai salasah fitrinya dan kedatangannya secara langsung dari langit dan kefahaman biasa lapisan awam yang paling ramai dengan tanazzulat kalam, ia membuka mukasurat-mukasurat yang paling zahir dan jelas seperti langit dan bumi yang paling banyak, lalu dengan mengajarkan tentang mukjizat qudrat-Nya yang luar biasa di bawah kebiasaan itu dan tentang baris-baris hikmah-Nya yang bermakna, ia memperlihatkan kemukjizatan yang indah dalam kelatifan irsyad.

Melalui rahsia memberitahu bahawa ia juga adalah kitab doa(1), seruan(2), zikir(3) dan tauhid(4) yang mewajarkan perulangan, pada pemahaman makna-maknanya yang berlainan kepada peringkat mukhatab yang berlainan dalam satu ayat dan dalam satu kisah menerusi pengulangannya yang cantik dan manis, dalam peristiwa yang juz’i dan biasa, perkara-perkara yang paling juz’i dan tidak penting juga pada pandangan marhamahnya, melalui rahsia memberitahu kewujudannya pada daerah tadbir dan iradahnya, pada pengambilan peristiwa juz’i bagi para sahabat kepada pandangan perhatian dalam pembinaan agama Islam dan pembentukan syariat; pada sudut serta kewujudan dustur-dustur yang kulli (1), pemberian buah-buah yang sangat penting yang ibarat benih-benih oleh peristiwa-peristiwa juz’i itu pada pembinaan Islam dan Syariat yang umumi (2) juga ia memperlihatkan sejenis kemukjizatan. 

Ya, mengulangi sesetengah ayatnya yang sekuat ribuan natijah dan sebahagian ayatnya yang merupakan natijah bagi dalil-dalil yang tidak terkira pada pembinaan perubahan yang tidak terbatas, tiada penghujung , dahsyat dan luas yang memberi pengajaran kepada banyak peringkat secara berasingan sebagai jawapan kepada soalan-soalan berulang-ulang yang sangat banyak, mencebis-cebiskan alam semesta yang besar lalu mengangkat dunia dengan mengubah bentuknya pada hari Qiamat, lalu akan membina Akhirat yang agung di atasnya/menggantikannya dan akan mengisbatkan bahawa semua juz’iyyat dan kulliyyat daripada zarah sampai ke bintang berada di tangan dan pada tasarruf satu Zat, terhadap kezaliman bangsa manusia yang menjadikan alam semesta, bumi, langit dan unsur-unsurnya marah dan membenci, akan memperlihatkan kemurkaan Ilahi dan kemarahan Rabbani atas nama/untuk natijah penciptaan alam semesta melalui pengulangan keperluan, dengan sifat keperluan pengulangan, dalam tempoh dua puluh tahun, bukanlah satu kekurangan bahkan satu kemukjizatan yang sangat kuat, balaghah yang sangat tinggi dan jazalah dan kefasihan yang sangat bertepatan dengan kewajaran/kehendak keadaan.

Sebagai contoh: ayat  بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ, sebagaimana ia telah diterangkan dalam Kilauan Keempat Belas Risalah an-Nur, ialah suatu hakikat yang menghubungkan langit dan bumi, menerangi alam semesta dan semua orang setiap minit berhajat kepadanya sehingga sekiranya ia diulangi jutaan kali sekalipun tetap terdapat keperluan. Bukan terdapat keperluan dan kerinduan setiap hari seperti roti semata-mata bahkan setiap hari seperti udara dan cahaya.

Contohnya lagi: Ayat “اِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ”, keselamatan para rasul dan azab bagi kaum-kaum mereka yang diceritakan dalam surah itu, dengan mengulangi ayat yang sekuat ribuan hakikat itu bagi pihak natijah penciptaan alam semesta dan atas nama Rububiyyah ‘Ammah, memberikan pengajaran bahawa azab kaum-kaum yang zalim itu adalah kehendak keagungan Rabbani dan keselamatan para Nabi adalah kehendak sifat ar-Rahim Ilahi, walaupun diulangi ribuan kali, tetap terdapat keperluan dan kerinduan dan ia adalah balaghah yang ringkas, bermukjizat dan tinggi.


Contohnya juga: ayat “فَبِاَىِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ”

yang diulang-ulang dalam Surah ar-Rahman dengan ayat “وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ”  dalam surah al-Mursalat, dua ayat ini yang melaungkan kepada jin dan bangsa manusia tentang kekufuran dan kezaliman orang kafir yang menjadikan alam semesta marah, bumi dan langit berang, merosakkan natijah-natijah penciptaan alam, menyambut kehebatan dan kesultanan Ilahi dengan keingkaran dan mengambil ringan serta pencerobohan mereka terhadap hak-hak seluruh makhluk, kepada kurun-kurun, bumi dan langit dengan penuh ancaman, adalah berhubung kait dengan ribuan hakikat yang sebegini, dan sekiranya ia diulang-ulang ribuan kali dalam satu pengajaran umum yang sekuat ribuan masalah, ia tetap mempunyai keperluan dan merupakan satu kemajazian yang tinggi dan kemukjizatan balaghah yang indah.


Contoh lagi: Dalam munajat Rasul yang bernama Jaushanul Kabir yang merupakan sejenis munajat al-Quran yang hakiki dan sempurna dan sejenis khulasah yang muncul daripada al-Quran, pada pengulangan ayat “سُبْحَانَكَ يَا لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اَنْتَ الْاَمَانُ الْاَمَانُ خَلِّصْنَا وَ اَجِرْنَا وَ نَجِّنَا مِنَ النَّارِ” sebanyak seratus kali, pada pengulangan ayatnya, hakikat terbesar dari segi alam semesta seperti tauhid, tugas yang paling utama daripada tiga tugas agung seperti tasbih dan taqdis terhadap Rububiyyah ke atas makhluk-makhluk, dari sudut kewujudan masalah paling dahsyat bagi bangsa manusia seperti menyelamatkan diri daripada kesengsaraan abadi, natijah yang paling diperlukan oleh ‘ubudiyyah dan kelemahan manusia, sekiranya ia diulang ribuan kali maka ia tetap sedikit.

Justeru,  pengulangan dalam al-Quran memandang kepada asas-asas sebegini. Hatta kadang-kadang dalam satu muka surat, dari sudut kehendak maqam, keperluan pemahaman dan balaghah penerangan, ia memberitahu tentang hakikat

162. Page

tauhid secara terang dan tersembunyi sebanyak dua puluh kali. Bukannya memberi kebosanan/kejemuan bahkan ia memberi kekuatan dan kerinduan/minat.

Dalam Risalah an-Nur, telah diterangkan betapa pengulangan al-Quran adalah sangat tepat, munasabah dan sangat diterima dari segi balaghah melalui hujah-hujahnya. Melalui surah-surah Makkiyyah al-Quran dengan surah-surah Madaniyyah-nya pada sudut balaghah dan sudut kemukjizatan dan pada wajah tafsil dan ijmalnya, rahsia dan hikmah kelainannya daripada satu  sama lain adalah seperti berikut: 

Oleh sebab para mukhatab dan penentang di saf pertama di Makkah ialah musyrikin dan golongan ummi Quraisy, maka oleh sebab ada keperluan mengulang untuk satu uslub yang tinggi dan pengijmalan dan pengisbatan yang bermukjizat, meyakinkan dan memberi kepuasan dari segi balaghah, maka kebanyakan surah-surah Makkiyyah mengulang-ulang rukun-rukun iman dan martabat-martabat tauhid dengan sangat kuat, tinggi, bermukjizat dan secara majazi. Kemudian dengan memberitahu mengifadahkan tentang tempat permulaan dan tempat kembali, Allah dan Akhirat, bukan hanya dalam satu muka surat, dalam satu ayat, dalam satu klausa dan dalam satu kalimah; bahkan kadang-kadang dalam satu huruf dan pada bentuk-bentuk seperti taqdim (mengawalkan) dan ta’khir (mengkemudiankan), ta’rif (makrifah) dan tankir (nakirah), hazaf (pemansuhan/pemadaman) dan zikir (penyataan/penyebutan), mengisbatkan dengan begitu kuat sehingga para imam bijak pandai ilmu balaghah juga menerimanya dengan kehairanan.


Dalam Risalah an-Nur dan terutamanya Kalimah Kedua Puluh Lima yang mengisbatkan empat puluh wajah kemukjizatan al-Quran secara ijmal, bersama dengan tambahan-tambahannya dan tafsir Isyaratul I’jaz yang daripada Risalah an-Nur Bahasa Arab yang mengisbatkan wajah kemukjizatan pada nazam al-Quran dengan cara yang sangat luar biasa secara fi’li telah memperlihatkan bahawa terdapat uslub balaghah yang paling tinggi dan kemukjizatan majaz yang paling tinggi pada surah-surah dan ayat-ayat Makkiyyah. Tetapi oleh sebab mukhatab dan penentang saf pertama pada surah-surah dan ayat-ayat Madaniyyah ialah Ahli Kitab seperti Yahudi dan Nasrani yang mengakui Allah, maka oleh sebab ada keperluan penjelasan bukan tentang usul-usul agama yang tinggi dan rukun-rukun iman terhadap Ahli Kitab melalui uslub yang murni, jelas dan terperinci daripada kehendak balaghah, irsyad dan ketepatan maqam dan keperluan keadaan bahkan pada syariat dan hukum-hakam yang menjadi punca ikhtilaf dan tentang perkara juz’i yang merupakan dasar-dasar dan sebab-sebab bagi perkara-perkara cabang dan undang-undang yang kulli, maka dalam kebanyakan penerangan-penerangan yang melalui perincian, penjelasan dan uslub yang murni pada surah-surah dan ayat-ayat Madaniyyah itu melalui cara penerangan yang tiada bandingan yang terkhusus kepada al-Quran, ia menyebutkan tentang fazlakah, khatimah, hujah yang tingi dan kuat serta ayat ketauhidan dan keimanan dan akhirat yang mengkullikan peristiwa syarak itu dan menjamin penjunjungannya dengan keimanan kepada Allah dalam peristiwa juz’i dan cabang itu secara serentak/sekaligus. Ia menerangi dan meninggikan maqam itu. Oleh sebab terdapat balaghah, keistimewaan, jazalah dan nuktah yang sangat tinggi pada fazlakah-fazlakah dan khatimah-khatimah seperti: “اِنَّ اللّٰهَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ, اِنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيمٌ, وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ, وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ” yang kebanyakannya datang di hujung-hujung ayat yang memberitahu tentangmengifadahkan tauhid dan akhirat, maka dengan menerangkan sepuluh perkara daripada nuktah dan keistimewaan yang sangat banyak bagi fazlakah dan khatimah itu pada Nur Kedua Syu’lah Kedua Kalimah Kedua Puluh Lima ia telah mengisbatkan kewujudan satu mukjizat teragung pada khulasah-khulasah itu kepada mereka yang keras kepala. Ya, al-Quran mengangkat pandangan mukhatab secara sekaligus/tiba-tiba kepada noktah-noktah yang tinggi dan kulli dalam penerangan-penerangan perkara cabang sayarak dan undang-undang kemasayarakatan itu lalu dengan mengubah/mengalih uslub yang murni kepada uslub yang tinggi, daripada pengajaran syariat kepada pengajaran tauhid, ia memperlihatkan bahawa di samping al-Quran merupakan kitab syariat, hukum-hakam dan hikmah, ia juga kitab aqidah, iman, zikir, fikir, doa dan seruan/dakwah lalu dengan memberikan pengajaran maksud bimbingan al-Quran yang banyak pada setiap maqam, ia menzahirkan jazalah yang berbeza daripada jenis balaghah ayat-ayat Makkiyyah dan terang penuh kehebatan. Kadang-kadang, contohnya pada  “رَبُّ الْعَالَمِينَ” dan “رَبُّكَ”, melalui ungkapan “رَبُّكَ” ia memberitahu tentang keahadan dan melalui “رَبُّ الْعَالَمِينَ” ia memberitahu tentang kewahidan. Di dalam, keahadan ia memberitahu tentangmengifadahkan kewahidan. Hatta dalam satu klausa, sebagaimana ia melihat dan menempatkan sebutir zarah dalam anak mata, ia menempatkan matahari dalam anak mata langit melalui ayat dan tukul yang sama dan menjadikannya mata kepada langit.

 Sebagai contoh: Di belakang ayat “خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ” ia berkata “وَ هُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ”

 Pada kehebatan penciptaan bumi dan langit, hatimu juga mengetahui dan menguruskan lintasan-lintasannya. Melalui sudut penerangan-penerangan yang seperti kata-kata, perbualan yang ringkas dan juz’i yang mengambil martabat yang murni dan ummi itu dan kefahaman awam kepada pandangan, melalui cara itu ia berubah menjadi perbualan yang tinggi, menarik, umum dan memberi bimbingan.


Soalan: Kadang-kadang satu hakikat yang penting, oleh sebab ia tidak kelihatan dengan pandangan yang luaran dan kaitan pada penerangan satu fazlakah tauhid yang tinggi daripada peristiwa yang juz’i dan biasa pada sesetengah maqam  dan dustur yang kulli tidak diketahui, maka satu kekurangan boleh disangkakan. Sebagai contoh, dalam Peristiwa Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam mengambil adiknya melalui satu helah, penyataan

163. Page

satu dustur yang tinggi berbunyi “وَ فَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ” tidak kelihatan kaitannya dari segi balaghah. Apakah rahsia dan hikmah ini?


Jawapan: Pada kebanyakan surah-surah panjang yang setiap satunya adalah al-Quran kecil dan pada yang sederhana dan pada banyak muka surat dan maqam, ia mengandungi bukan hanya dua atau tiga maksud bahkan mahiyyah al-Quran mengandungi banyak kitab seperti kitab zikir, iman dan fikir, kitab syariat, hikmah dan irsyad dan pengajaran-pengajaran yang berbeza, dari sudut memberitahu tentangmengifadahkan kemeliputan Rububiyyah Ilahi ke atas setiap benda dan tajalliyat-Nya yang hebat, al-Quran yang merupakan sejenis qiraat kitab besar alam semesta, sudah tentu melalui sifat yang telah diajarkan daripada makrifatullah, martabat-martabat tauhid dan hakikat-hakikat iman dengan cara mengikut banyak maksud di setiap maqam, hatta kadang-kadang dalam satu muka surat, ia membuka satu pengajaran lain di maqam yang satu lagi sebagai contoh melalui satu hubungan yang lemah dari segi zahir dan banyak kaitan-kaitan yang kuat mengikuti kaitan yang lemah itu. Ia menjadi sangat bertepatan dengan maqam tersebut, dan martabat balaghahnya menjadi tinggi.  


Soalan Kedua: Apakah hikmah al-Quran mengisbatkan akhirat, tauhid dan ganjaran dan balasan bagi insan ribuan kali dalam al-Quran secara terang, berselindung dan secara isyarat lalu memberinya kepada pandangan dan apakah hikmah Dia memberi pengajaran pada setiap surah, muka surat dan maqam?


Jawapan: Dalam daerah kemungkinan dan perubahan-perubahan yang bersangkutan dengan perjalanan hidup alam semesta dan pada masalah-masalah yang paling utama/penting, paling besar dan paling dahsyat berkenaan tugas yang menjadi punca kepada kesengsaraan dan kebahagiaan abadi bangsa manusia yang mengambil amanah teragung dan khilafah di bumi ke bahu kita; pada sudut memberi pengajaran tentang perkara yang paling agung, melenyapkan keraguan yang tidak terkira dan mematahkan keingkaran dan sifat keras kepala yang sangat dahsyat, tentunya untuk memperakukan perubahan-perubahan yang dahsyat itu dan menjadikan mereka menerima masalah-masalah yang sebesar keagungan perubahan-perubahan dan yang paling perlu dan daruri kepada manusia, bukan ribuan kali, bahkan sekiranya ia memperlihatkannya kepada mereka jutaan kali sekalipun ia tetap tidak menjai pembaziran sehingga melalui pengulangan jutaan kali, justeru perbahasan-perbahasan itu dibaca dalam al-Quran, tidak menjemukan dan keperluan tidak mungkin diputuskan.

Sebagai contoh: Hakikat khabar gembira kebahagiaan abadi yang telah diperlihatkan oleh  “اِنَّ َالَّذ۪ينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا اَبَدًا”

, hakikat kematian yang setiap minit memperlihatkan dirinya sendiri kepada manusia yang buntu, oleh sebab ia telah berkata bahawa ia menyelamatkan manusia serta dunianya serta semua kekasihnya daripada penghapusan abadi/hukuman bunuh abadi lalu memperolehkan satu kesultanan abadi, sekiranya ia diulang berbilion kali dan sekiranya ia memberi keutamaan sebanyak alam semesta ia tetap tidak menjadi pembaziran dan tidak akan jatuh nilainya. Justeru, sudah tentu menarik pandangan perhatian al-Quran Mu’jizul Bayan kepada masalah-masalah itu ribuan kali secara sarih, berselindung dan secara isyarat yang mengajarkan masalah-masalah bernilai yang tidak terkira jenis ini, mengubah alam semesta seperti sebuah rumah dan berusaha memuaskan hati dan meyakinkan dalam membina perubahan-perubahan dahsyat yang merosakkan bentuknya (alam semesta) bukanlah pembaziran bahkan ia memperbaharui/menyegarkan semula ihsan-Nya yang masing-masing ibarat hajat daruri seperti roti, ubat, udara dan cahaya.

Contoh seterusnya: Hikmah penyataan ayat-ayat ancaman seperti “اِنَّ الْكَافِرِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ” dan “اَلظَّالِمِينَ عَذَابٌ اَلِيمٌ”  dengan penuh kekerasan dan kesungguhan dan melalui kekuatan dan pengulangan yang banyak oleh al-Quran ialah: 

Sebagaimana telah diisbatkan secara qat’i dalam Risalah an-Nur, kekufuran manusia ialah satu pencerobohan yang sangat dahsyat terhadap hak-hak alam semesta sebahagian besar makhluk sehingga menjadikan langit dan bumi marah dan membawa unsur-unsur kepada keberangan lalu menampar mereka yang zalim melalui banjir besar.

Melalui penerangan ayat: “اِذَا اُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِىَ تَفُورُ تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ”  Neraka menjadi marah kepada para pengingkar yang zalim itu sehingga ia mencapai tahap seolah-olah hampir berkecai/hancur kerana kemarahannya. Justeru, terhadap jenayah umum  dan pencerobohan yang tiada batasan  sebegini, bukan pada noktah kekerdilan dan ketidakpentingan, bahkan melalui hikmah memperlihatkan kepentingan hak-hak rakyat Sultan Alam Semesta sendiri dan kejelikan yang tidak terkira para pengingkar itu pada kekufuran dan kezalimannya terhadap kebesaran jenayah yang zalim dan kedahsyatan pencerobohan yang bagaikan kafir dalam firman-Nya, maka jika Dia mengulangi jenayah itu dan hukumannya dengan cara yang sangat keras dan bersungguh bukan seribu bahkan jutaan hatta bilionan sekalipun, ia tetap tidak menjadi pembaziran dan kekurangan kerana sejak seribu tahun ratusan juta manusia membacanya dengan penuh kerinduan dan keperluan setiap hari tanpa jemu. Ya, untuk setiap hari, setiap masa dan setiap orang, suatu alam berlalu pergi. Oleh sebab pintu suatu alam yang segar dibuka untuknya, sebagaiman untuk menerangi setiap alamnya yang sementara, dengan pengulangan lafaz “لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ” sebanyak seribu kali dengan hajat dan kerinduan dia menjadikan “لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ” sebagai lampu kepada setiap tabir yang berubah itu, begitulah juga, untuk tidak menetapkan/menggelapkan tabir-tabir yang banyak dan sementara serta alam semesta bergerak yang diperbaharui itu, untuk tidak menjelikkan gambaran-gambarannya yang terpantul pada cermin kehidupannya dan

164. Page

untuk tidak mengubah keadaan-keadaan tetamu itu yang boleh menjadi saksi bagi pihaknya menentangnya, maka melalui hikmah menghargai dengan membaca al-Quran dan  hukuman/balasan-balasan jenayah itu dan ancaman-ancaman keras Raja Azali yang mematahkan sifat keras kepala mereka dan berusaha menyelamatkan diri daripada kemelampauan nafsu, maka al-Quran mengulangi sangat bermakna dan melalui kekuatan, kekerasan pengulangan yang setahap ini, syaitan pun turut melarikan diri daripada menganggap ancaman-ancaman al-Quran sebagai tidak berasas. Ia memperlihatkan bahawa azab neraka kepada para pengingkar yang tidak menderi itu semua adalah keadilan itu sendiri.

Contohnya lagi: Pada pengulangan kisah-kisa para Nabi dan kisah Nabi Musa Alaihissalam yang mengandungi banyak hikmah dan faedah seperti kitab Tongkat Nabi Musa ‘Alaihis Salam, memperlihatkan kenabian sekalian Nabi sebagai satu hujah kepada kebenaran/kesahihan Kerasulan Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu melalui hikmah bahawa yang tidak dapat mengingkari semua itu tidak akan dapat mengingkari kerasulan ini pada noktah hakikat dan oleh sebab tidak semua orang berupaya dan dapat/berjaya membaca seluruh al-Quran setiap masa maka mengulangi kisah-kisah itu seperti rukun-rukun iman yang penting untuk mendatangkan setiap surah yang panjang dan sederhana sebagai sebuah al-Quran kecil, bukanlah satu pembaziran bahkan merupakan kehendak balaghah dan mengajarkan bahawa Peristiwa Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ialah peristiwa terbesar seluruh bangsa manusia dan masalah alam semesta yang paling agung. 

Ya, dengan memberikan maqam tertinggi kepada Dzat Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam al-Quran dan mengambil empat rukun iman ke dalamnya, “مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ”  yang menyamai rukun “لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ”, Risalah Muhammadiyyah, hakikat terbesar alam semesta dan Dzat Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, yang palig mulia di kalangan seluruh makhluk dan peribadi maknawi dan maqam qudsinya yang meneyeluruh yang dinamakan sebagai Hakikat Muhammadiyyah, hujah dan tanda-tanda yang sangat banyak bahawa ia adalah matahari paling terang bagi dua dunia dan kelayakannya kepada maqam yang hebat ini telah diisbatkan dalam Risalah an-Nur dalam bentuk yang qat’i

Satu daripada seribunya adalah seperti berikut: al-‘Allamul Ghuyub telah mengetahui dan nampak bahawa Hakikat Muhammadiyyah yang merupakan peribadi Maknawi zat Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam itu akan menjadi ibarat sebatang pohon Tuba syurga di masa hadapan melalui keistimewaan baginda; kemasukan sesuatu yang seumpama dengan segala kebajikan yang dilakukan oleh sekalian umat baginda di sepanjang masa buku catatan amalan kebajikannya melalui dustur “اَلسَّبَبُ كَالْفَاعِلِ”; rasa terhutang budi bukan sahaja daripada jin, manusia dan malaikat bahkan alam semesta, langit dan bumi kerana mendapat cahaya melalui nur yang telah dibawa oleh baginda; sumbangan doa tumbuh-tumbuhan melalui lidah persediaannya, doa haiwan melalui lidah perluan fitrinya dan ucapan selawat, salam dan doa-doa rahmat kepada zat itu setiap hari oleh insan-insan soleh umatnya yang jutaan bahkan bilionan doa mereka yang fitri dan tidak pernah ditolak melalui penyaksian bahawa ia memang diterima di hadapan mata kita serta sumbangan keuntungan/perolehan maknawi mereka mula-mula kepada zat Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam itu; kemasukan nur-nur yang tidak terkira kepada buku catatan amalan dari sudut pembacaan al-Quran sahaja disebabkan pemberian kebajikan dan buah yang bermula daripada sepuluh pahala sehingga seratus hatta seribu pada setiap satu huruf daripada tiga ratus ribu hurufnya yang dibaca oleh seluruh ummatnya dan berdasarkan maqam itu Dia telah memberikan kepentingan yang besar itu dalam al-Quran-Nya dan telah memperlihatkan masalah keinsanan yang paling penting bagi penerimaan/pemerolehan syafaat baginda dengan mengikutnya dan menuruti Sunnah terpujinya dalam firmannya/sabdanya serta pengambilan peribadi manusiawinya yang merupakan sebiji benih pohon Tuba yang hebat itu dan keadaan insaninya yang di permulaan kepada pandangan secara kadang-kadang. Justeru, hakikat-hakikat al-Quran yang diulang-ulang adalah pada nilai ini, maka pada pengulangannya fitrah yang sejahtera menjadi saksi kepada kewujudan suatu mukjizat maknawi yang kuat dan luas. Melainkan kepada mereka yang ditimpa penyakit hati dan sanubari akibat wabak taun materialistik. Mereka masuk ke dalam kaedah: 


“قَدْ يُنْكِرُ الْمَرْءُ ضَوْءَ الشَّمْسِ مِنْ رَمَدٍ وَ يُنْكِرُ الْفَمُ طَعْمَ الْمَاءِ مِنْ سَقَمٍ”

165. Page

Dua Nota Kaki yang merupakan Khatimah kepada Masalah Kesepuluh ini.


Pertama: Dua belas tahun sebelum ini, aku telah mendengar bahawa seorang zindiq yang paling dahsyat dan keras kepala telah memulakan niat buruknya terhadapap al-Quran melalui penterjemahannya dan telah berkata: “Al-Quran perlu diterjemahkan supaya apa yang dimilikinya diketahui. Yakni, supaya setiap orang nampak pengulangan-pengulangannya yang tiada makna/tidak perlu dan supaya terjemahannya dibaca pada tempatnya.” Begitulah dia telah merencanakan satu perancangan yang dahsyat/jahat. Tetapi hujah-hujah yang tidak mungkin dicela/dicalari bagi Risalah an-Nur telah mengisbatkan secara qat’i bahawa tidak akan ada terjemahan hakiki bagi al-Quran; bahasa-bahasa lain tidak akan dapat memelihara keistimewaan-keistimewaan dan nuktah-nuktah al-Quran sebagaimana bahasa Arab yang merupakan bahasa Nahu; terjemahan insan yang biasa dan juz’i tidak akan dapat menggantikan ungkapan-ungkapan yang penuh mukjizat dan menyeluruh bagi kalimah-kalimah al-Quran yang setiap hurufnya memberikan pahala daripada sepuluh sampai seribu dan terjemahan-terjemahan itu tidak boleh dibaca di masjid-masjid untuk menggantikannya. Begitulah Risalah an-Nur telah menggagalkan/mensia-siakan perancangan yang jahat/dahsyat itu melalui kesebarannya di setiap tempat. Tetapi para munafik yang belajar/mengambil pelajaran daripada zindiq itu, sekali lagi/tetap untuk syaitan, akibat usaha mereka yang bodoh dan bagaikan orang gila seperti anak-anak bodoh yang cuba meniup untuk memadamkan matahari al-Quran, maka aku merasakan bahawa aku telah ditaqdirkan/disuruh untuk menulis masalah kesepuluh ini walaupun aku dalam keadaan yang sangat sempit, menekan dan susah. Oleh sebab aku tidak berjumpa dengan yang lain-lain, aku tidak tahu keadaan sebenar.


Nota Kaki Kedua daripada Khatimah: Selepas kami dibebaskan dari penjara Denizli, aku telah duduk di tingkat atas Hotel Sehir yang terkenal. Pohon-pohon kawak yang banyak di taman-taman yang indah di hadapan saya, masing-masing dalam bentuk satu halaqah zikir dalam bentuk yang manis malah susuk pohon-pohon itu, dahan-dahannya, daun-daunnya dan  gerak tariannya yang asyik dan menarik melalui sentuhan/belaian udara/semilir/angin telah menyentuh hatiku yang sedih dan sayu akibat perpisahan daripada para saudaraku dan akibat keseorangan serta telah bekerja. Tiba-tiba musim luruh dan musim sejuk terlintas di fikiran dan telah menghempap satu kelalaian ke atasku. Maka aku berasa amat kasihan kepada pohon-pohon kawak dan benda-benda hidup yang menawan itu yang berjilwah dengan keriangan yang sempurna itu sehingga mataku bergenang dengan air mata. Kesedihan-kesediahan perpisahan dan kelenyapan yang sepenuh dunia dengan cara memperingatkan dan merazakan ketiadaan dan perpisahan mereka di bawah tabir alam semesta yang berhias telah berkumpul/berhimpun di benak/kepalaku

Tiba-tiba nur yang telah didatangkan oleh hakikat Muhammad  datang membantu. Ia telah mengubah kesediahan dan kesayuan yang tidak terkira itu kepada kegembiraan. Hatta, daripada sejuta limpahan tentang diriku seperti semua orang dan setiap ahli iman hanya pada waktu itu, untuk bantuan dan hiburan yang menyentuh keadaan itu, aku telah terhutang budi selama-lamanya kepada Zat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam

Ia seperti berikut: Jadilah pandangan kelalaian, perkara-perkara menawan yang diberkati itu kelihatan dalam satu musim yang tiada tugas dan tiada natijah, lalu dengan memperlihatkan pergerakan mereka bukan daripada keriangan bahkan kejatuhan mereka ke dalam kekosongan dalam keadaan seolah-olah menggigil daripada ketiadaan dan perpisahan, seperti semua orang lain, ia sangat menyentuh perasaan-perasaanku yang menjadi punca kepada rindu kebaqaan  dan cinta keindahan serta kasih sesama bangsa dan kehidupan padaku, sehingga, ketika ia mengubah dunia yang begini kepada neraka maknawi dan akal kepada alat yang menyeksa, nur yang telah didatangkan oleh Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai hadiah kepada manusia telah mengangkat tabir itu; sebagaimana hikmah-hikmah dan makna-maknanya yang sebanyak setiap daunan bagi pohon-pohon kawak itu menggantikan penghapusan, ketiadaan, kekosongan, ketiadaan tugas, kesia-siaan dan perpisahan telah diisbatkan dalam Risalah an-Nur, ia telah memperlihatkan bahawa terdapat natijah dan tugas yang terpisah kepada tiga bahagian: 


Bahagian Pertama: Memandang kepada nama-nama as-Sani’ Dzul Jalal. Contoh:  Sebagaimana seorang tukang yang hebat mebuat sebuah jentera, semua orang mengucapkan Masya-Allah dan Barakallah lalu bertepuk tangan, begitulah juga: Jentera itu juga, dengan memperlihatkan natijah-natijah yang dimaksudkan daripadanya secara keseluruhan, ia mengucapkan tahniah dan bertepuk tangan kepada tuannya/pembuatnya melalui lisanul halnya. Maka setiap benda hidup dan setiap benda adalah jentera seperti ini dan bertepuk tangan kepada Penciptanya dengan ucapan-ucapan tahniah.


Hikmah-hikmah Bahagian Kedua: Memandang kepada pandangan benda hidup dan makhluk yang berakal. Ia menjadi sebuah tempat kajian yang menawan dan serba satu kitab makrifah. Dengan meninggalkan makna-maknanya dalam fikiran benda hidup, gambaran-gambarannya dalam daya ingatan mereka dan lauh-lauh misali dan dalam daerah kewujudan pada buku-buku catatan alam ghaib, lalu meninggalkan alam syahadah dan menarik diri ke alam ghaib. Maknanya ia meninggalkan satu tubuh yang berbentuk gambaran dan memperoleh banyak tubuh maknawi, ghaib dan berbentuk ilmu.

166. Page

 Ya, memandangkan Allah ada dan ilmu-Nya meliputi. Sudah tentu, ketiadaan, penghapusan, kekosongan, kemusnahan dan kefanaan adalah tiada dalam dunia ahli iman pada noktah hakikat dan dunia mereka yang kafir adalah penuh dengan ketiadaan, perpisahan, kekosongan dan kefanaan. Justeru, hakikat ini, dengan memberikan pengajaran peribahasa/bidalan yang berlegar pada lidah semua dan datang ini lalu berkata: “Sesiapa yang memiliki Allah, maka semua benda ada kepadanya/untuknya dan jika Allah tiada untuk seseorang maka setiap benda adalah tiada dan kosong kepadanya.”


Hasilnya: Sebagaimana keimanan menyelamatkan insan daripada penghapusan abadi ketika kematiannya, begitulah juga ia turut menyelamatkan dunia khas setiap orang daripada penghapusan dan kegelapan kekosongan. Kekufuran pula, terutamanya sekiranya ia kekufuran mutlak, ia memenghapuskan insan itu dan dunia khasnya dengan kematian lalu mencampak/menghumbannya ke dalam kegelapan neraka maknawi. Ia mengubah kelazatan-kelazatan hidupnya kepada racun yang pahit/menyakitkan/pedih. Semoga berdengunglah telinga-telinga mereka yang mengutamakan kehidupan duniawi ke atas akhirat. Biarlah mereka datang dan mencari satu penyelesaian kepada perkara ini ataupun suruhlah mereka masuk ke dalam keimanan. Semoga mereka terselamat daripada kerugian-kerugian yang dahsyat ini!


سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ


Saudara kalian yang sangat berhajat kepada doa dan sangat merindukan kalian:

Said Nursi.


167. Page

Khatimah Masalah Kesebelas Risalah Buah yang merupakan Sinaran Kesebelas.

Tentang satu nuktah kemukjizatan yang sangat penting.


Ini ialah satu isyarat yang pendek kepada satu hakikat panjang yang tiba-tiba terlintas tanpa sengaja di hatiku selepas maghrib dan memperlihatkan mukjizat ghaib yang jelas bagi surah “قُلْ اَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ”.


بِسْــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ *

 قُلْ اَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ١٣٥٢ * مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ١٣٦١ * وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَ * وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِى الْعُقَدِ ١٣٢٦ * وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ ١٣٤٧ *

Maka surah agung yang hebat ini berkata: “Lindungilah diri kalian daripada makhluk-makhluk jahat dan syaitan manusia dan jin yang berusaha untuk alam-alam ketiadaan di alam semesta. Sambil mengarahkan kepada Rasul kita dan umatnya, sebagaimana ia memandang kepada setiap kurun melalui makna isyari, kepada kurun kita yang ajaib ini juga lebih banyak melalui makna petunjuk bahkan mamandang dalam bentuk yang jelas dan menyeru para khadam al-Quran kepada isti’azah. Mukjizat ghaib ini akan diterangkan secara ringkas melalui lima isyarat. Ia seperti berikut:


Empat kali mengulangi kalimah syarr (kejahatan) dalam lima ayatnya ini, mengisyaratkan dengan jari kepada emapat kejahatan maddi dan maknawi yang dahsyat dan bergelora yang tiada tandingan bagi kurun ini dalam empat bentuk bersama dengan munasabah/hubungan maknawi yang kuat dan memberi arahan “berlindunglah kalian” daripada ini semua secara maknawi tentunya bimbingan ghaib yang layak/sesuai/cocok dengan kemukjizatan al-Quran.


Contohnya: Mula-mula, ayat “قُلْ اَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ١٣٥٢ ”, berselari dengan kiraan abjad dan jifir kepada tarikh seribu tiga ratus lima puluh dua ataupun empat (1352 atau 1354), maka ia mengisyaratkan kepada perang dunia kedua yang sedia untuk terjadi/ hampir meletus akibat perasaan tamak, hasad, persaingan yang paling luas dalam diri manusia dan akibat perang dunia pertama. Secara maknawi ia berkata kepada Umat Muhammad: “Janganlah kalian masuk ke dalam peperangan itu! Berlindunglah kepada Rabb kalian!” Melalui satu makna ramzi dan melalui satu iltifat yang khusus kepada para pelajar Risalah an-Nur yang merupakan khadam-khadam al-Quran, secara tidak langsung ia mengkhabarkan  tentang kelepasan mereka daripada satu kejahatan dahsyat di penjara Eski Sehir dengan tarikh yang sama dan kepada kesia-siaan perancangan penghapusan pada hak mereka dan secara maknawi memberi arahan “beristiazahlah kalian”.


Contohnya lagi: Ayat “مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ١٣٦١”  tanpa mengira sabdu memberi jumlah seribu tiga ratus enam puluh satu (1361), sebagaimana ia menunjukkan dengan jari kepada pemusnahan yang tidak berperi kemanusiaan dan penuh kezaliman oleh peperangan yang tiada bandingan itu melalui tarikh Masihi dan Hijri; pada masa yang sama, melalui keselarian (tawafuq) kepada keselamatan para pelajar Risalah an-Nur yang sedaya upaya berusaha demi khidmat al-Quran daripada perancangan penghapusan yang besar ke atas mereka, daripada suatu bala yang menyakitkan dan dahsyat dan daripada penjara Denizli, satu makna ramzi turut memandang kepada mereka dan berkata “peliharalah diri kalian” daripada kejahatan makhluk.


Contohnya lagi: Ayat  “اَلنَّفَّاثَاتِ فِى الْعُقَدِ١٣٢٨” tanpa mengira sabdu ia bersamaan (bertawafuq) dengan tarikh seribu tiga ratus dua puluh lapan (1328), namun sekiranya  huruf Lam pada sabdu dikira, dengan jumlah seribu tiga ratus lima puluh lapan (1358),  ia bersamaan dengan tarikh perubahan pemerintahan melalui pemikiran merosakkan natijah-natijah yang menguntungkan al-Quran bagi perubahan kemerdekaan pada kita oleh golongan kejam bangsa asing yang mencetuskan peperangan-peperangan dunia ini dengan ketamakan dan hasad dengki serta persediaan/persiapan untuk melahirkan kejahatan yang secara ganas menghapuskan kemajuan peradaban/ketamadunan selama seribu tahun melalui penghembusan-penghembusan kejahatan-kejahatan maddi dan maknawi yang sihir dan beracun kepada kepala setiap orang menerusi lidah radio diplomat politik mereka dan penerapan perancangan-perancangan rahsia mereka kepada butang dan simpulan kemampuan manusia, ia benar-benar bertepatan dengan makna “اَلنَّفَّاثَاتِ فِى الْعُقَدِ”.


Contoh seterusnya: Ayat  “وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ”, tanpa mengira sabdu dan tanwin, sekali lagi ia menghasilkan seribu tiga ratus empat puluh tujuh (1347), maka kebersamaan dan ketepatannya yang benar-benar melalui makna isyari ini dalam tarikh yang sama dengan kedatangan kegoncangan-kegoncangan yang penting di negara ini akibat paksaan perjanjian bangsa asing dan dengan perubahan-perubahan penting dalam bangsa yang beragama ini akibat penguasaan/keleluasaan falsafah dan pada tarikh yang sama dengan tarikh pertembungan dahsyat bagi mereka yang dengki dan bersaing yang menyediakan peperangan dunia kedua di beberapa negara sudah pastinya merupakan satu kilauan kemukjizatan ghaib bagi surah yang suci ini.


168. Page

Suatu peringatan: Setiap ayat mengandungi banyak makna. Setiap makna juga adalah kulli. Di setiap kurun terdapat individu-individunya. Dalam perbahasan kami, yang memandang kepada kurun kita ini hanyalah lapisan makna isyari. Dalam makna yang kulli itu, kurun kita ialah seorang individu. Tetapi ia telah memperoleh satu kekhususan sehingga ia memandang kepadanya melalui tarikhnya. Selama empat tahun, oleh sebab aku tidak mengetahui apa jua perkembangan atau natijahnya ataupun adakah perjanjian damai telah berlaku atau tidak dan aku tidak bertanya tentangnya maka aku tidak mengetuk lagi pintu surah suci ini untuk mengetahui sebanyak mana lagi terdapat isyaratnya kepada kurun dan peperangan ini. Ataupun oleh sebab bahagian-bahagian Risalah an-Nur dan terutamanya risalah-risalah Rumuzat Samaniyyah telah menerangkan dan mengisbatkan sedikit  bahawa terdapat banyak lagi rahsia dalam khazanah ini maka aku menyerahkannya kepada risalah-risalah tersebut dan tidak memanjangkannya.


Jawapan kepada soalan yang mungkin terlintas. Dalam kilauan kemukjizatan ini, kemasukan kalimah-kalimah “مِنْ” dan “شَرِّ”  ke dalam perkiraan dalam ayat “مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ” pada permulaan serta dan hanya kalimah “شَرِّ” dan ketidakmasukan kalimah “وَمِنْ” dalam ayat “وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ” di hujung, serta pengabaian kedua-dua kalimah tersebut dalam ayat  “وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِى الْعُقَدِ” adalah kerana petunjuk dan isyarat kepada satu munasabah yang sangat halus dan latif. Ini kerana di kalangan makhluk, selain daripada keburukan-keburukan terdapat juga kebaikan-kebaikan. Malah semu keburukan tidak mungkin datang kepada setiap orang. Sebagai isyarat/ramz kepada perkara ini, “مِنْ” dan “شَرِّ” yang memberitahu tentangmengifadahkan/memberitahu sebahagian telah masuk (ke dalam perkiraan) dan semasa si dengki berdengki ia semuanya adalah keburukan, maka tiada keperluan kepada sebahagian.


Melalui petunjuk  “النَّفَّاثَاتِ فِى الْعُقَدِ”, oleh semua kerja yang berkaitan dengan pemusnahan oleh para bomoh dan diplomat tukang sihir yang melempar api ke atas muka bumi untuk menfaat mereka sendiri adalah kejahatan itu sendiri maka tiada lagi keperluan kepada kalimah “شَرِّ”.



Satu nota kaki bagi nuktah kemukjizatan yang berkaitan dengan surah ini:


Sebagaimana surah ini melalui empat ayat daripada lima ayatnya memandang melalui makna isyari kepada empat perubahan dan ribut besar yang jahat bagi/di kurun kita ini, sama seperti itu juga, empat kali secara berulangkali melalui kalimah “مِنْ شَرِّ” sabdu tidak dikira, ia empat kali memandang kepada kurun semasa fitnah/musibah Jenghiz Khan dan Holago kejatuhan/keruntuhan Daulah Abbasiyyah yang dianggap paling dahsyat bagi Alam Islam/Dunia Islam melalui  makna isyari dan maqam jifri dan banyak mengisyaratkan dengan jari kepadanya. Ya, kalimah “شَرِّ” tanpa sabdu berjumlah lima ratus (500), “مِنْ” sembilan puluh (90). Kalimah-kalimah “غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَ” bukan kepada zaman ini, bahkan kalimah “غَاسِقٍ” berjumlah seribu seratus enam puluh satu (1161) dan “اِذَا وَقَبَ” berjumlah lapan ratus sepuluh (810), ia mengisyaratkan kepada kejahatan-kejahatan maddi dan maknawi di masa itu.


Banyak ayat yang memandang kepada masa hadapan, dari sudut pengisyaratan ayat-ayat itu kepada kurun kita serta kepada kurun Holago,  Imam Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Ghausul A’zam Quddisa Sirrahu yang memberi khabar dari masa hadapan juga telah sama memandang kepada kurun kita dan kepada kurun itu dan telah mengkhabarkan pada karamah ghaib mereka. 



169. Page

Satu tambahan bagi nota kaki Masalah Kesebelas dalam Risalah Buah.


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ


 لاَ اِكْرَاهَ فِى [الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ] ١٣٥٠ مِنَ الْغَىِّ] [فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ] ١٩٢٩ [وَيُومِنْ بِاللّٰهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ] ٩٤٦ [بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى] ١٣٤٨ لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللّٰهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ] [اَللّٰهُ] ١٠١٢ [وَلِىُّ الَّذ۪ينَ آمَنُوا] ٩٤٥ [يُخْرِجُهُمْ مِنَ [الظُّلُمَاتِ] اِلَى النُّورِ] ١٣٢٧ [وَالَّذ۪ينَ كَفَرُوا اَوْلِيَاوهُمُ [الطَّاغُوتُ]]١٤١٧ [يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ اِلَى١٣٣٨ [الظُّلُمَاتِ]] [اُولٰئِكَ اَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُنَ] ١٢٩٥



Telah terlintas di hatiku bahawa dalam ayat-ayat di atas yang merupakan pelengkap Ayatul Kursi, bersekali dengan tawafuq yang betul-betul bertepatan dengan dua kali nama Risalah an-Nur, serta bentuk perjuangannya/mujahadahnya, serta pembuktiannya serta masa penulisan dan penyempurnaannya, tawafuqnya yang betul-betul bertepatan dengan tarikh usaha memadamkan nur alam Islam melalui peperangan tahun seribu dua ratus sembilan puluh (1290) oleh ahli kufur dan tarikh perjanjian-perjanjian dahsyat yang dilakukan memang untuk mencampak (umat Islam) daripada nur kepada zulmat pada tahun seribu tiga ratus tiga puluh lapan dengan cara beristifadah daripada Peperangan Dunia yang Pertama serta beberapa kali pembandingan di antara nur dan zulmat serta nur yang datang daripada nur al-Quran dalam mujahadah maknawi ini mengkhabarkan bahawa ia akan menjadi noktah persandaran kepada ahli iman melalui makna isyari. Mak aku pun terpaksa dan telah menulisnya. Kemudian aku telah nampak bahawa kesesuaian/kemunasabahan maknanya dengan kurun ini adalah sangat kuat sehingga sekiranya tiada petanda tawafuq sekalipun, sebagaimana ayat-ayat ini memandang kepada setiap kurun, ia tetap berbicara dengan kita melalui makna isyari. Begitulah yang aku yakini.


 Ya, mula-mula ayat لاَ اِكْرَاهَ فِى [الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ] ١٣٥٠ , melalui maqam jifri dan abjadi,  ia mengisyaratkan dengan jari kepada tarikh seribu tiga ratus lima puluh (1350) dan berkata dengan makna isyari: “Sebenarnya, pada tarikh itu, kebebasan jiwa/sanubari yang menentang paksaan dan desakan dalam agama melalui pemisahan agama dari dunia, mujahadah diniyyah dan jihad melalui senjata demi agama, menjadi undang-undang asas dan dustur politik di beberapa negara dan negara berubah kepada sebuah republik sekular. Namun akan berlaku jihad agama yang maknawi untuk menentangnya melalui pedang iman tahqiqi. Ini kerana petunjuk dan bimbingan (ar-rusydu wal irsyad) dalam agama serta kebenaran hakikatnya menzahirkan burhan-burhan yang kuat pada tahap boleh memperlihatkannya kepada mata lalu mengkhabarakan bahawa nur yang menerang dan menjelaskan akan muncul daripada al-Quran lalu memperlihatkan satu kilauan kemukjizatan. Malah sampai kepada kalimah  [خَالِدُونَ], asal semua perbandingan dalam Risalah an-Nur, sebagai sumbernya, sama seperti perbandingan-perbandingan itu, melalui perbandingan antara nur dan zulmat, iman dan kegelapan-kegelapan secara berulangkali adalah satu petanda yang tersembunyi bahawa pahlawan agung bagi perjuangan jihad maknawi yang terdapat pada tarikh itu ialah Risalah an-Nur yang bernama Nur kerana pedang berlian maknawinya yang membongkar ratusan misteri/rahsia yang terdapat alam agama tidak meninggalkan keperluan kepada pedang-pedang maddi.


Ya, kesyukuran yang terhingga kerana selama dua puluh tahun, Risalah an-Nur sememangnya telah memperlihatkan perkhabaran ghaib ini dan kilauan kemukjizatan. Kerana rahsia agung inilah maka para pelajar Risalah an-Nur tidak mencampuri urusan politik dunia dan perkembangannya serta perjuangan maddi mereka dan tidak mementingkannya dan tidak merendahkan/mencemarkan diri dengannya. Para pelajarnya yang hakiki berkata kepada musuhnya yang paling dahsyat dan terhadap pencerobohannya yang ada kebencian: Wahai si Bedebah/Malang! Aku berusaha menyelamatkanmu daripada penghapusan abadi dan mengeluarkanmu daripada darjat yang paling rendah dan menyakitkan bagi kehaiwanan yang fana kepada kebahagiaan keinsanan yang baqa’! Tetapi engkau berusaha untuk mematikan dan menghapuskanku.Kelazatanmu di dunia ini adalah sangat sedikit, sangat pendek dan hukuman dan balamu di akhirat adalah sangat banyak dan sangat panjang. Kematianku adalah suatu perlepasan. Ayuh berhambus! Aku tidak akan sibuk denganmu, buatlah apa sahaja yang kamu boleh buat. Dia tidak membenci musuhnya yang zalim itu bahkan berasa kasihan dan mengasihinya. Dia berusaha mengislahnya dengan berkata kalaulahmudah-mudahan dia terselamat.


Kedua: Dua ayat suci ini:  [بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى١٣٤٧] وَيُومِنْ بِاللّٰهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ ٩٤٦], berserta dengan hubungan maknawi yang kuat, melalui perkiraan maqam jifri dan abjadi, ialah petunjuk/petanda yang secara makna dan kiraan jifir benar-benar bertepatan dengan pertamanya nama Risalatun Nur dan keduanya kepada tahaqquqnya, kesempurnaannya dan penaklukan/pembukaan-pembukaannya yang terang/bercahaya kerana di kurun ini dan pada tarikh tersebut, Risalatun Nur adalah satu ‘urwatul wusqa. Yakni, satu rantai dan tali Allah yang sangat teguh dan tidak akan terungkai. Ia menerangkan melalui makna ramzinya bahawa sesiapa yang menghulurkan tangan dan berpaut/berpegang teguh kepadanya mendapat keselamatan.


Ketiga: Ayat اَللّٰهُ [وَلِىُّ الَّذ۪ينَ آمَنُوا] ٩٤٦]

, mempunyai satu ramz kepada Risalatun Nur melalui makna dan juga kiraan jifir. Ia seperti berikut. (40)


Said Nursi


(40)  Sebab sebahagian nuktah ini tidak dipertuliskan buat masa ini ialah kerana ia menyentuh sedikit dunia dan politik. Maka kami juga dilarang untuk memandangnya. Ya, ayat [اِنَّ الْاِنْسَانَ لَيَطْغَى] memandang dan memperlihatkan taghut ini.