NAVIGATION
170. Page
Maqam ketiga Dzul Fiqar
Surat Kesembilan Belas
Sekitar mukjizat al-Ahmadiah bagi Pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Risalah ini akan menerangkan lebih daripada tiga ratus mukjizat. Sebagaimana risalah ini menerangkan mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam , ia juga pada asasnya adalah satu karomah bagi mukjizat-mukjizat tersebut. Risalah ini adalah luar biasa daripada tiga atau empat sudut.
Pertamanya: Sesungguhnya penulisan risalah ini hanya memakan masa dua belas jam selama tiga atau empat hari. Setiap hari dua jam atau tiga jam kerja sama ada di celah-celah gunung atau di kebun-kebun berdasarkan apa yang pernah dihafal, tanpa merujuk kepada kitab-kitab walaupun risalah ini sebenarnya terdiri daripada nukilan-nukilan dan riwayat-riwayat. Risalah ini juga terdiri daripada lebih seratus muka surat. Sesungguhnya penulisan risalah ini memang merupakan satu perkara nyata yang luar biasa.
Keduanya: Walaupun risalah ini panjang, namun penyalinannya tidak membosankan dan pembacaannya tidak hilang kemanisannya. Malah risalah ini telah menyemarakkan kerinduan para penyalin yang malas dan mengobarkan semangat mereka. Buktinya, dalam masa setahun dan pada waktu-waktu yang sulit lagi menekan ini, sekitar 70 naskhah telah disalin di sekitar kami . Risalah ini juga telah mewariskan kepuasan kepada mereka yang menelusuri keadaan-keadaan tersebut bahawa risalah ini adalah suatu karomah bagi mukjizat kerasulan Nabi.
Ketiganya: Sesungguhnya tawafuq kalimah Rasul yang paling mulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam semua risalah-risalah dan lafaz al-Quran dalam petikan kelima pada salinan yang ditulis oleh salah seorang daripada para penyalin yang baru adalah sangat jelas. Sedangkan (ketika itu) beliau langsung tidak mengetahui apa-apa tentang tawafuq itu. Malah ia turut berlaku pada salinan yang ditulis oleh lapan orang penyalin lain yang tidak melihat satu sama lain dan (ketika itu) isu tawafuq masih belum muncul bagi kami.
Ya, telah jelas bahawa tidak mungkin orang yang memiliki sebesar zarah daripada sikap keinsafan, tidak dapat menyandarkan tawafuq ini kepada kebetulan. Maka sudah tentu sesiapa saja yang melihatnya akan meyakini dan memutuskan secara qat'i bahawa sesungguhnya perkara ini adalah satu rahsia daripada rahsia-rahsia ghaib dan satu karomah daripada karomah-karomah Risalah Mukjizat Ahmadiah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Sesungguhnya asas-asas tersebut pada permulaan risalah ini adalah sangat penting. Hadis-hadis yang dimuatkan dalam risalah ini dan sebahagian besarnya adalah hadis-hadis yang diterima (maqbul) dan sahih bagi para ulama hadis secara umumnya. Risalah ini menerangkan peristiwa-peristiwa yang paling sahih bagi kerasulan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Sekiranya ada keperluan untuk menyebut keistimewaan-keistimewaan risalah ini maka ia memerlukan penulisan sebuah kitab sepertinya. Oleh itu kami mempelawa orang yang merindui risalah tersebut untuk membacanya satu kali.
S. A
Peringatan
Sesungguhnya aku telah menukilkan banyak hadis-hadis yang mulia ke dalam risalah ini sedangkan aku tidak memiliki kitab-kitab hadis. Oleh itu, jika aku tersalah dalam lafaz-lafaz hadis yang telah aku paparkan dan aku tulis, maka hendaklah ia diperbetul atau dianggap sebagai hadis dari sudut makna. Ini kerana ada satu pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah harus untuk menukil dan meriwayatkan hadis dengan makna, yakni seorang perawi boleh mengambil makna hadis lalu meriwayatkan dengan lafaz daripada dirinya sendiri. Oleh itu, jika aku tersalah dalam lafaz-lafaz hadis maka hendaklah ia dilihat sebagai hadis dari sudut makna.
171. Page
Surat Kesembilan Belas
Mukjizat-mukjizat Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam/(S.A.W.)
باسمه سبحانه
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ
“…dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih memuji-Nya” al-Isra:44
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا * مُّحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ﴾
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkannya ke atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi. (28) Nabi Muhammad itu Rasulullah; .... (29) (al-Fath)
Oleh sebab Kalimah Kesembilan Belas dan Kalimat Ketiga Puluh Satu khusus mengenai kerasulan Ahmad (A.S.M) membuktikan kenabian Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan dalil-dalilnya yang jelas, maka kami menyerahkan pengisbatannya kepada kedua-dua kalimah tersebut, dan hanya sebagai pelengkap bagi kedua-dua kalimat tersebut, kami akan menerangkan sebahagian daripada kilauan-kilauan hakikat yang agung itu dengan “sembilan belas isyarat yang memiliki nuktah”.
Isyarat pertama yang memiliki satu nuktah: Tidak syak lagi bahawa Pemilik dan Pengatur alam ini melakukan sesuatu berdasarkan kepada Ilmu, bertindak berdasarkan kepada hikmah, mengatur segala sudut berdasarkan penglihatan, memelihara segala sesuatu berdasarkan kepada ilmu dan penglihatan, mengatur segala sesuatu dalam keadaan menghendaki dan mempunyai hikmah-hikmah, tujuan-tujuan dan faedah-faedah yang zahir ke atas alam ini. Justeru, oleh sebab pelaku sesuatu benda dia yang mengetahui, maka sudah semestinya mengetahui itu berbicara. Oleh sebab dia berbicara maka tiada keraguan bahawa dia akan berbicara dengan mereka yang memiliki kesedaran dan dengan mereka yang memiliki fikiran dan dengan sesiapa yang boleh berbicara. Oleh sebab dia akan berbicara dengan mereka yang memiliki fikiran, maka sudah tentu dia akan berbicara dengan jenis manusia yang memiliki kesedaran secara menyeluruh dan paling banyak memiliki kesedaran secara yang paling lengkap di kalangan makhluk yang memiliki kesedaran. Oleh sebab dia akan berbicara dengan bangsa manusia maka sudah tentu dia akan berbicara dengan mereka yang layak untuk menerima khitab dari kalangan manusia dan dengan insan yang sempurna, dan oleh sebab dia akan berbicara dengan anak Adam yang paling sempurna, yang paling tinggi persiapannya, yang paling tinggi akhlaknya dan sesiapa yang layak untuk menjadi ikutan bagi manusia, maka tiada keraguan bahawa Dia akan berbicara dengan (Nabi) Muhammad yang merupakan pemilik persiapan yang paling tinggi dan akhlak yang paling luhur dengan kesepakatan para sahabat dan para musuh. Baginda diikuti oleh seperlima umat manusia dan separuh bumi taat kepada pemerintahannya secara maknawi , yang mana masa hadapan telah bersinar selama seribu tiga ratus tahun dengan sinar nur yang datang dengannya, yang mana para orang nurani dan ahli iman bagi bangsa manusia memperbaharui bersamanya janji taat setia sentiasa lima kali sehari, dan berdoa kebaikan baginya dengan rahmat dan kebahagiaan, dan mencintai dan memujinya, Ya, Dia akan berbicara dengannya dan telah pun berbuat demikian, dan akan menjadikannya Rasul dan telah pun berbuat demikian, dan akan menjadikannya sebagai petunjuk bagi manusia lain dan telah pun melakukannya.
Isyarat kedua yang memiliki satu nuktah: Rasul yang paling mulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mendakwa kenabian dan menzahirkan firman (Tuhan) seperti al-Quran yang Agung keadaannya, dan menzahirkan seribu mukjizat yang jelas menurut ahli tahqiq. Maka sesungguhnya berlaku mukjizat-mukjizat ini adalah qat'i seperti qat'i dan berlakunya dakwaan kenabian. Mereka menyandarkan sihir kepadanya, seperti yang dinukil al-Quran al-Hakim pada banyak tempat dengan lidah orang kafir yang paling keras kepala untuk menzahirkan bahawa orang kafir yang keras kepala pun tidak dapat mengingkari kewujudan mukjizat-mukjizat dan berlakunya tersebut, tetapi mereka berkata (maha suci Nabi),
إِنَّهُ سِحْرٌ
"sesungguhnya itu adalah sihir".
Ini hanyalah untuk memperdaya diri mereka sendiri dan menipu para pengikut mereka.
172. Page
Ya, sesungguhnya mukjizat-mukjizat Nabi Ahmadiah S.A.W adalah muktamad seperti kekuatan seratus tawatur, Maka mukjizat adalah pengesahan dari pihak Pencipta sekalian alam bagi dakwaannya, seakan-akan Allah berfirman,
صَدَقْتَ
"kamu benar".
Apabila engkau berkata: "Sesungguhnya sultan telah menjadikanku pegawai dalam satu tugas tertentu" dalam majlis sultan atau di hadapan baginda, lalu engkau diminta bukti ke atas dakwaan ini. Apabila sultan berkata, "Ya, beta telah tugaskannya", maka ini adalah pengesahan bagi engkau. Demikianlah juga jika sultan menukar kebiasaannya dan cara berinteraksi dengan permohonan dan harapan kamu maka sesungguhnya dia telah mengesahkan dakwaan kamu dengan pengesahan yang lebih qati dan lebih kuat daripada kata-katanya "Ya". Demikianlah juga Rasul yang paling mulia telah mendakwa dan berkata: “Sesungguhnya aku adalah utusan bagi Pencipta alam semesta ini, dan buktiku bahawa dia akan mengganti kebiasaan-Nya yang berterusan dengan doa dan permohonanku.”
Justeru tengoklah ke jari-jariku! Sesungguhnya Dia mengalirkan air dari jari-jari tersebut seakan-akan jari-jari ini adalah mata air yang memiliki lima paip. Lihatlah ke bulan! Sesungguhnya Dia membelah bulan kepada dua belah dengan isyarat dari jariku. Lihatlah ke arah pokok ini! Sesungguhnya pokok itu datang kepadaku untuk membenarkan aku dan menjadi saksi kepadaku. Justeru lihatlah pada makanan yang sedikit itu, walaupun hanya mencukupi untuk dua atau tiga orang sahaja, namun ia telah mengenyangkan dua ratus atau tiga ratus orang.
Demikianlah, Baginda telah menzahirkan beratus-ratus mukjizat seperti ini, maka dalil-dalil kebenaran Rasul dan bukti-bukti kenabiannya tidak hanya terbatas kepada mukjizat-mukjizatnya sahaja, bahkan hampir kesemua pergerakan, perbuatan, keadaan, perkataan, akhlak dan tingkah laku, sirah dan gambarannya mengukuhkan kebenaran dan kesungguhan baginda pada mereka yang berfikir secara teliti. Sehingga ramai individu seperti Abdullah bin Salam yang mana ia adalah daripada kalangan ulama bani Israel yang masyhur telah beriman dengan hanya melihat wajah dan muka Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sambil berkata: “Sesungguhnya wajah ini bukanlah wajah penipu dan penyamar.”
Walau pun ahli tahqiq daripada ulama telah berkata bahawa dalil-dalil kenabian dan mukjizatnya mencapai seribu jenis, namun sesungguhnya baginda memiliki ribuan bahkan ratusan ribu dalil-dalil kenabian. Malah ratusan ribu daripada manusia yang berbeza-beza tingkat pemikiran mereka dengan beratus-ratus ribu jalan telah mengesahkan kenabiannya. Bahkan Al-Quran al-Hakim sahaja telah menerangkan seribu dalil ke atas kenabian Nabi Ahmad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selain daripada empat puluh jenis kemukjizatan.
Oleh sebab terdapat kenabian dari kalangan manusia, dan beratus-ratus ribu daripada mereka telah datang dan mengumumkan kenabian dan menzahirkan mukjizat-mukjizat kemudian pergi, maka tidak syak lagi bahawa kenabian Nabi Ahmad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah tetap secara qat'i dan mengatasi semua para Nabi. Ini kerana dalil-dalil, sifat-sifat dan keadaan-keadaan yang menetapkan kenabian seluruh Nabi-Nabi yang menjadi ruang lingkup kerasulan mereka seperti Nabi Musa 'Alaihis Salam dan Nabi Isa 'Alaihis Salam, serta mua’malah mereka dengan umat-umat mereka, semua perkara tersebut memang ada pada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pada aspek yang paling sempurna dan paling lengkap. Oleh kerana, hukum kenabian dan ‘illah-nya ditemui dalam dzat kerasulan Nabi Muhammad dalam bentuk yang lebih sempurna, maka tiada keraguan bahawa hukum kenabian adalah sabit baginya dengan ketetapan qat'i yang lebih zahir dan lebih jelas daripada seluruh Nabi 'Alaihimus Salam.
Isyarat ketiga yang memiliki satu Nuktah: Sesungguhnya mukjizat-mukjizat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah amat bermacam-macam. Oleh kerana kerasulannya adalah umum maka sesungguhnya kebanyakan jenis makhluk menzahirkan satu bahagian mukjizat daripada mukjizat-mukjizat baginda. Seolah-olah perumpamaan baginda adalah seperti utusan yang mulia bagi seorang Sultan yang memiliki kedudukan, datang dengan hadiah yang bermacam-macam ke sebuah kota yang menjadi tempat berkumpul dan tempat pertemuan pelbagai bangsa. Setiap kelompok akan mengutus kepadanya sesiapa yang menjadi wakil untuk menyambut dan mengalu-alukannya atas nama kelompoknya lalu bertepuk tangan bagi pihak kumpulannya.
173. Page
Maka demikianlah juga Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang merupakan Rasul yang paling agung bagi Sultan yang Azali dan Abadi ketika alam semesta dimuliakan dengan kedatangannya dan ketika baginda datang sebagai utusan daripada Pencipta alam semesta kepada manusia yang merupakan penduduk bumi dengan nur-nur hakikat dan hadiah-hadiah maknawi yang berkaitan dengan hakikat-hakikat alam semesta. Setiap kelompok mengucapkan tahniah di atas kenabiannya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengalu-alukanya. Bermula daripada batu, air, pokok, haiwan dan manusia sehingga berakhir dengan bulan, matahari dan bintang-bintang dengan lidah makhluk tersebut yang khas dengan membawa salah satu mukjizat daripada mukjizat baginda. Sesungguhnya jika disebut kesemua mukjizat-mukjizat maka diperlukan karangan yang berjilid-jilid. Para pentahqiq yang suci telah mengarang berjilid-jilid kitab sekitar dalil-dalil kenabian secara terperinci. Maka kami hanya ingin menunjukkan isyarat-isyaratnya secara mujmal sahaja kepada jenis-jenis kulli bagi mukjizat-mukjizat yang mutawatir dengan kemutawatiran yang maknawi dan sabit secara qat'i.
Justeru sesungguhnya dalil-dalil kenabian Ahmad S.A.W terbahagi kepada dua bahagian,
Bahagian pertama adalah keadaan-keadaan yang luar biasa yang disebut sebagai al-Irhasat yang telah muncul sebelum kenabian dan ketika kelahiran baginda.
Bahagian kedua adalah dalil-dalil kenabian yang lain, dan bahagian kedua ini terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian pertama adalah keadaan-keadaan luar biasa yang muncul setelah kerasulan baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagai pengesahan bagi kenabiannya.
Bahagian kedua adalah keadaan-keadaan luar biasa yang menzahirkan pada zaman kebahagiaan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Bahagian ini juga terbahagi kepada dua bahagian,
Bahagian pertama adalah dalil-dalil kenabian yang muncul dalam dzat, sirah, bentuk, akhlak dan kesempurnaannya.
Bahagian kedua, adalah mukjizat-mukjizat yang dianugerahkan kepada baginda dalam perkara-perkara luaran yang afaqi (horizontal). Bahagian kedua ini juga terbahagi kepada dua bahagian,
Bahagian pertama adalah, maknawi dan qurani.
Bahagian kedua adalah bersifat maddi (kebendaan) dan bersifat kauni (berkaitan dengan penciptaan alam). Bahagian ini pun terbahagi kepada dua bahagian,
Bahagian pertama adalah mukjizat luar biasa yang muncul pada waktu dakwaan kenabiannya untuk menundukkan sikap keras kepala ahli kekufuran, atau untuk menambah kekuatan keimanan orang beriman, seperti terbelahnya bulan, keluarnya air dari jari-jemari Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, mengenyangkan orang ramai dengan makanan yang sedikit, percakapan haiwan, pokok, batu dan mukjizat-mukjizat yang mencapai dua puluh jenis. Setiap jenisnya mencapai tahap mutawatir maknawi, dan bagi setiap jenis terdapat bahagian yang banyak dan bermacam-macam.
Bahagian kedua adalah peristiwa-peristiwa yang diberitahu tentang kejadiannya pada masa hadapan. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengkhabarkan tentangnya menerusi pemberitahuan oleh Allah kepada baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan perkara tersebut telah muncul dengan benar sebagaimana ia dikhabarkan. Justeru kita bermula dengan bahagian terakhir, dan memaparkan intisarinya secara mujmal.[1]
Isyarat keempat yang memiliki satu noktah: Sesungguhnya perkara-perkara ghaib yang Rasul mulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam khabarkan menerusi pemberitahuan oleh al-‘Allamul Ghuyub (Allah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib) adalah tidak terkira dan tiada batasan. Kami telah mengisyaratkan jenis-jenisnya dalam ‘Kalimah Kedua Puluh Lima’ yang dikhususkan mengenai kemukjizatan al-Quran. Kami telah menjelaskan dan membuktikannya pada suatu tahap. Oleh yang demikian, maka kami menyerahkan pemberitahuan-pemberitahuan secara ghaibnya yang berkaitan dengan zaman-zaman lampau, para Nabi yang terdahulu, hakikat-hakikat ketuhanan, hakikat-hakikat alam semesta dan hakikat-hakikat akhirat ke dalam kalimah tersebut dan tidak akan menyentuh tentangnya buat masa ini, kecuali sebahagian kecil contoh-contoh juz'i daripada perkhabaran yang ghaib, benar dan amat banyak oleh baginda tentang peristiwa-peristiwa yang akan menimpa para sahabat dan ahli keluarga baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam setelah kewafatan baginda dan apa yang akan dihadapi dan ditemui umatnya pada masa akan datang.
174. Page
Kami akan menerangkan enam asas sebagai pendahuluan sehinggalah hakikat tersebut difahami dengan pemahaman yang sempurna.
Asas pertama: Pada hakikatnya mungkin sahaja setiap keadaan dan setiap tingkah laku Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjadi saksi ke atas kebenaran dan kenabiannya, tetapi tidak semestinya setiap keadaan dan tingkah lakunya perlu menjadi menjadi luar biasa. Ini kerana Allah yang Maha Benar telah mengutuskan baginda sebagai seorang manusia supaya baginda menjadi pembimbing dan pemimpin bagi manusia dalam suasana kemasyarakatan, amalan-amalan dan pergerakan-pergerakan yang boleh memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada mereka. Baginda menerangkan kepada mereka tentang ciptaan Rabbani yang indah dan perlaksanaan kudrat Ilahi yang luar biasa pada perkara-perkara biasa yang setiap satu daripadanya adalah mukjizat kudrat Ilahi.
Jika Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah luar biasa dalam perbuatannya dan di luar ruang lingkup kemanusiaan, maka baginda tidak boleh menjadi imam bagi mereka dengan dzatnya, dan baginda tidak boleh mengajar dan mendidik mereka dengan segala perbuatan, keadaan dan tingkah lakunya.
Tetapi sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam hanya menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa dan menunjukkan mukjizat-mukjizat ketika diperlukan dari masa ke semasa demi membuktikan kenabian baginda ke atas mereka yang keras kepala sahaja.
Tetapi dengan kewajaran rahsia percubaan dan ujian yang merupakan rahsia taklif, maka mukjizat-mukjizat tersebut bukanlah di tahap untuk memaksa semua orang menerimanya sama ada ia suka atau tidak. Ini kerana rahsia ujian dan hikmah taklif menuntut supaya pintu dibuka di hadapan akal dan peranan membuat pilihan tidak dirampas daripada tangan akal. Jika mukjizat itu amat jelas maka ketika itu tiada lagi pilihan utuk akal. Maka nescaya Abu Jahal akan membenarkan (dakwah Rasulullah) sebagaimana Saidina Abu bakar membenarkannya. Maka tiadalah lagi faedah dan manfaat daripada taklif dan ujian lalu arang dengan berlian akan menjadi sama nilainya.
Di antara perkara luar biasa yang paling ajaib adalah ribuan orang daripada bangsa manusia yang berbeza-beza dan bermacam-macam dengan pelbagai tabiat dan pemikiran (tanpa keinginan untuk berlebihan) telah beriman dengan sebab satu mukjizat atau satu dalil daripada beribu-beribu sudut mukjizat dan dalil-dalilnya. Ataupun menerusi satu kalam baginda. Ataupun dengan memandang wajah baginda yang mulia. Ataupun melalui satu tanda daripada tanda-tandanya dan begitulah seterusnya. Walaupun begitu, masih terdapat sebahagian daripada orang yang malang dan sengsara pada zaman ini terjerumus ke dalam kesesatan. Seolah-olah semua dalil dan peninggalan-peninggalan yang sabit dan qat'i bagi kenabiannya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang mencapai ribuan dan yang dinukil kepada kita dengan nukilan yang benar dan membawa ribuan manusia, mereka yang teliti dan golongan yang berfikir kepada keimanan itu adalah tidak cukup bagi mereka.
Asas kedua: Sesungguhnya Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah seorang manusia, maka baginda berinteraksi dengan manusia dengan sifat baginda sebagai manusia dan juga sebagai seorang rasul. Baginda adalah penterjemah dan utusan bagi Allah melalui kerasulan baginda. Kerasulan baginda adalah bersandarkan kepada wahyu. Wahyu pula terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian pertama ialah wahyu yang sarih (jelas). Maka Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam perkara ini adalah penterjemah dan penyampai semata-mata. Baginda tidak campur tangan padanya. Contohnya seperti al-Quran dan sebahagian hadis-hadis Qudsi.
Bahagian kedua ialah wahyu dhimni (tersirat). Bahagian ini perkara mujmal dan ringkasannya bersandar kepada wahyu dan ilham tetapi perincian dan penggambarannya pula kembali kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kadang-kadang baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menerangkan perincian peristiwa mujmal yang datang daripada wahyu dan menggambarkan peristiwa itu berdasarkan kepada ilham dan wahyu. Ataupun baginda menerangkan perincian tersebut dengan firasat peribadinya. Adapun perincian-perincian dan gambaran-gambaran yang diterangkan oleh baginda dengan ijtihad peribadinya ini diterangkan dengan kekuatan kesucian yang tinggi dari sudut tugas kerasulan ataupun dengan iktibar kemanusiaan baginda menurut tahap kebiasaan, adat dan fikiran manusia.
175. Page
Maka tidak boleh dilihat setiap perincian yang diterangkannya di dalam setiap hadis yang memang wahyu semata-mata. Tidak boleh dicari kesan-kesan tinggi bagi kerasulan dalam pemikiran-pemikiran dan perlakuan-perlakuannya yang ia adalah kewajaran kemanusiaannya. Memandangkan sebahagian daripada peristiwa-peristiwa datang kepadanya sebagai wahyu dengan gambaran mutlak dan ringkas. Maka baginda menggambarkannya melalui firasat peribadinya dan sesuai dengan apa yang dimaklumi manusia. Kadang-kadang perkara-perkara mutasyabihat serta kemusykilan-kemusykilan dalam gambaran tersebut perlu kepada tafsiran. Bahkan memerlukan penerangan. Ini kerana, di sana terdapat sebahagian hakikat yang boleh didekatkan kepada kefahaman melalui pemberian contoh-contoh.
Sepertimana diceritakan bahawa pada satu hari telah terdengar satu bunyi dentuman yang dahsyat dari dalam bumi ketika majlis Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedang berlangsung. Lantas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
(هَذَا حَجَرٌ رُمِيَ بِهِ فِي النَّارِ مُنْذُ سَبْعِينَ خَرِيفًا فَهُوَ يَهْوِي فِي النَّارِ الآنَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى قَعْرِهَا.)
"Ini adalah seketul batu yang dicampak ke dalam neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu. Sekarang batu itu sedang jatuh ke dalam neraka sehingga berakhir (terhempas) di dasar neraka,"
Selepas satu jam, datanglah satu berita bahawasanya seorang munafik yang masyhur yang berumur tujuh puluh tahun telah mati, dan pergi ke neraka. Sesungguhnya berita ini telah menerangkan takwil kejadian yang disebutkan oleh Rasulullah melalui satu tamsil yang baligh (perumpamaan yang amat mendalam).
Asas Ketiga: Sesungguhnya apabila khabar-khabar yang dinukilkan adalah mutawatir maka ia adalah sabit secara qat'i. Mutawatir itu ada dua bahagian:
Pertama adalah mutawatir sarih (jelas).
Kedua adalah mutawatir maknawi.
Mutawatir maknawi pula terbahagi kepada dua:
Pertama adalah sukuti ( secara diam) yakni diperakui dengan berdiam diri. Sebagai contoh:
Seseorang dalam satu jemaah telah memberitahu tentang satu peristiwa yang berlaku di hadapan mata jemaah tersebut. Justeru, sekiranya pemberitahuan itu tidak didustakan oleh jemaah ini bahkan mereka menerimanya dengan berdiam diri, maka ia bermakna bahawa mereka menerima berita ini. Lebih-lebih lagi sekiranya peristiwa yang diberitahu itu berkaitan dengan jemaah tersebut, nescaya jemaah ini bersedia untuk mengkritik, dan tidak akan menerima kesalahan serta kelompok ini berpendapat bahawa pembohongan adalah satu perkara yang amat keji dan buruk. Maka sudah tentu bahawa diamnya jemaah tersebut menunjukkan bahawa berlakunya kejadian itu adalah satu dalil yang kuat.
Bahagian kedua daripada tawatur maknawi: Maknanya adalah jika seorang lelaki memberitahu mengenai berlakunya satu peristiwa, sebagai contoh jika dikatakan bahawa satu uqiyah daripada makanan telah mengenyangkan 200 orang lelaki, lalu para pemberita memberitahu dengan gambaran-gambaran dan cara-cara yang berbeza-beza, di mana seorang memberitahu dengan satu cara, yang lain pula dengan cara yang lain, orang yang ketiga dengan cara yang ketiga. Tetapi semuanya bersepakat di atas berlakunya kejadian tersebut. Maka demikianlah berlakunya sesuatu kejadian dengan kejadian yang muktamad adalah mutawatir secara maknawi dan qat'i. Manakala perbezaan gambaran tidak memudaratkan.
Tambahan pula kadang-kadang, khabar Ahad memberi kepastian dan ketetapan seperti kemutawatiran yang tersirat dalam syarat tertentu dan kadang-kadang khabar ahad memberi ketetapan dengan sebahagian tanda-tanda luaran.
Bahagian yang paling besar daripada mukjizat-mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan dalil-dalil kenabiannya yang dinukilkan kepada kita adalah nukilan yang mutawatir, sama ada dengan tawatur yang jelas atau maknawi atau sukuti. dan pada hakikatnya sebahagian daripadanya dinukilkan daripada jalan khabar Ahad melainkan ia mestilah dianggap qat'i dan sabit seperti mutawatir selepas menjadi maqbul (diterima) oleh para muhaddis pengkritik dalam syarat-syarat yang begitu.
176. Page
Ya, sesungguhnya sesiapa yang disebut sebagai hafiz daripada kalangan para muhaddis yang muhaqqiq, dan ribuan daripada para muhaddis yang muhaqqiq yang menghafaz seratus ribu hadis paling kurang dan para muhaddis yang bertaqwa yang solat subuh dengan wuduk solat Isya selama lima puluh tahun, dan ahli-ahli ilmu hadis dan tokoh-tokohnya dan mereka adalah pemilik kutub as-sittah (enam kitab hadis yang muktabar) dan diketuai oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Maka sesungguhnya khabar Ahad yang disahihkan dan diterima oleh para imam dan ulama tidaklah berkurangan sabitnya daripada sabitnya tawatur.
Ya, sesungguhnya para muhaqqiq dan pengkritik ilmu hadis yang memiliki pengkhususan dalam hadis dan terbiasa dengan sebahagian besar ungkapan-ungkapan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, gaya yang tinggi dan gambaran-gambaran penerangannya, dan juga mendapat kemahiran dalam hal ini sampai tahap jika mereka melihat satu hadis palsu di antara seratus hadis maka pastilah mereka mengatakan bahawa hadis tersebut palsu, dan bukan tergolong daripada hadis Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu mereka menolaknya. Cuma mereka bagaikan JAUHARI yang mengetahui jauhar hadis dan tidaklah kabur dengan kata-kata yang lain, bahkan sebahagian ahli muhaqqiq seperti ibnu al-Jauzi terlalu berlebih-lebihan dalam kritikan bahkan mendaifkan sebahagian hadis-hadis yang sahih, tetapi tidak bererti bahawa semua makna hadis yang palsu adalah salah, tetapi ini bermakna bahawa kata-kata tersebut bukanlah hadis Nabi yang mulia.
Soalan: Apakah faedah daripada sanad al-Mu'an'an, mereka berkata mengenai satu peristiwa yang diketahui umum tanpa faedah diriwayatkan fulan daripada fulan daripada fulan daripada fulan?
Jawaban: Faedahnya banyak, salah satu daripadanya sebagai contoh: Al-'an'anah sedikit sebanyak menerangkan bahawa di sana terdapat ijma’ di antara mereka yang ada dalam al-'an'anah daripada ahli hadis yang dipercayai dan benar yang mereka sendiri adalah hujah dalam perkara ini. Ia juga menzahirkan (sedikit sebanyak) kesepakatan ahli tahqiq yang berada dalam sanad. Maka ia seakan-akan setiap imam dan setiap ‘allamah dalam sanad tersebut dan dalam 'an'anah tersebut memberi tanda tangan ke atas hukum hadis tersebut, dan meletakkan cop mereka ke atas kesahihan hadis tersebut.
Soalan: Mengapakah tidak dinukil peristiwa-peristiwa kemukjizatan dengan perhatian yang tinggi dengan jalan-jalan yang banyak dan mutawatir sebagaimana hukum-hukum syariat wajib yang lain dinukilkan?
Jawapan: Oleh kerana kebanyakan manusia memerlukan kepada kebanyakan hukum-hukum syariat dalam kebanyakan waktu. Maka hukum-hukum syariah ini berhubung dengan setiap individu seperti fardu ain. Adapun mukjizat-mukjizat, bukan setiap manusia perlu kepada setiap satu daripada mukjizat. Jika apabila di sana terdapat keperluan maka mendengarnya sekali sahaja sudah memadai, dan seakan-akan mukjizat adalah seperti fardu kifayah di mana jika diketahui oleh sebahagian manusia itu sudah mencukupi. Oleh itu kadang-kadang berlaku terdapat seorang atau dua orang perawi bagi satu mukjizat dan terdapat sepuluh atau dua puluh orang perawi bagi satu hukum sedangkan kewujudan mukjizat itu dan benar berlakunya adalah sepuluh kali lebih kuat dan lebih banyak kesabitannya berbanding dengan kewujudan hukum itu.
Asas keempat: Sesungguhnya sebahagian daripada peristiwa-peristiwa masa hadapan yang dikhabarkan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bukanlah peristiwa-peristiwa yang bersifat juzuk, tetapi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu dengan gambaran yang bersifat juzuk mengenai kejadian yang kulliyah yang berulang-ulang, sedangkan kejadian itu memiliki sudut-sudut yang berbilang-bilang, maka dalam setiap kali Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menerangkan satu sudut daripada sudut-sudutnya, kemudian perawi hadis mengumpulkan sudut-sudut tersebut. Oleh itu ia seakan-akan kelihatan berlawanan dengan kenyataan.
177. Page
Sebagai contoh: Di sana terdapat riwayat-riwayat yang berbeza-beza sekitar Saidina Imam Mahdi. Perincian dan gambaran-gambaran dalamnya adalah berbeza, tetapi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengkhabarkan mengenai kemunculan imam Mahdi (bersandarkan kepada wahyu) sebagaimana yang ditetapkan dalam salah satu cabang Kalimah Kedua Puluh Empat untuk memelihara kekuatan maknawi bagi ahli Iman pada setiap zaman, dan tidak menjatuhkan mereka ke dalam keputus asaan di hadapan peristiwa-peristiwa yang menakutkan dan amat menakjubkan. Ia juga bertujuan untuk mengikat ahli iman dengan ikatan maknawi dengan ahli bait baginda (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang mereka adalah rantaian nurani bagi dunia Islam, maka setiap abad terdapat semacam dengan imam mahdi bahkan terdapat banyak Imam al-Mahdi daripada ahli bait[2] seperti imam mahdi yang datang pada akhir zaman, sehingga terdapat daripada para khalifah Bani Abbasiah yang digolongkan daripada keturunan Nabi yang berstatus al-Mahdi yang mengumpulkan sifat-sifat yang banyak yang dimiliki oleh imam mahdi yang besar. Lalu bercampurlah sifat-sifat para khulafa yang bersifat al-Mahdi dan kutub-kutub yang bersifat al-mahdi yang datang sebelum mahdi yang besar yang mereka adalah sepertinya dan contohnya dengan sifat-sifat al-mahdi yang besar dan hakiki. Oleh itu terdapat perbezaan dalam riwayat-riwayat.
Asas kelima: Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidaklah mengetahui ghaib daripada dirinya sendiri dengan rahsia
لَا يَعْلَمُ الْغَيْبَ إِلَّا اللهُ
tidak mengetahui ghaib kecuali Allah
Tetapi Al-Hak SWT yang memberitahunya lalu baginda pun memberitahu. Al-Hak SWT adalah Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. maka hikmah dan rahmat-Nya memerlukan penutup bagi kebanyakan perkara-perkara ghaib dan ia ingin supaya ia tetap misteri. Kerana perkara-perkara yang seorang manusia benci di dalam dunia ini lebih banyak daripada yang ia cintai. maka mengetahui perkara-perkara ghaib sebelum berlaku adalah sesuatu yang menyakitkan, dan melalui rahsia ini maka kematian dan ajal dibiarkan sebagai misteri, dan musibah-musibah yang akan turun ke atas manusia turut diselindung di bawah tirai ghaib. Oleh sebab hikmah rabbani dan rahmat Ilahi memerlukan hal sedemikian, maka sesungguhnya tidak diperincikan kejadian-kejadian yang menakutkan dan menakjubkan yang menimpa umat dan para sahabatnya selepas kewafatan baginda sehingga rahmat baginda yang lebih sensitif terhadap ummatnya tidak dilukai dengan luka yang besar, dan kasih sayang baginda yang berganda terhadap keluarga dan para sahabatnya tidak dilukai dengan luka yang dalam ini adalah daripada tuntutan hikmah dan rahmat[3] Allah.
Akan tetapi Allah memberitahu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengenai peristiwa-peristiwa yang penting demi sebahagian hikmah-hikmah dengan satu pemberitahuan dengan gambaran yang tidak menakutkan, kemudian baginda memberitahunya mengenai peristiwa-peristiwa itu. Kemudian Allah memberitahunya mengenai peristiwa-peristiwa yang baik sebahagiannya adalah secara mujmal manakala sebahagiannya yang lain adalah secara terperinci, lalu baginda pun memberitahu. Maka para muhaddis sempurna yang berada di tahap tertinggi dalam ketakwaan, keadilan dan kebenaran berasa takut yang amat sangat kepada ancaman dalam hadis,
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Sesiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah ia bersiap-siap menempati tempatnya di neraka[4].
Dan mereka juga menjauhi dengan bersungguh-sungguh terhadap ancaman yang dahsyat dalam ayat
﴿فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَذَبَ عَلَى اللهِ﴾ الزمر:32
maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta atas Allah (Al-Zumar 32)
Maka mereka telah menukilkan kepada kita berita-berita tersebut dengan nukilan yang benar.
178. Page
Asas keenam: Telah diterangkan sifat-sifat dan keadaan-keadaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melalui sirah dan tarikh, tetapi kebanyakan sifat-sifat dan keadaan-keadaan itu berkaitan dengan sifatnya sebagai manusia, sedangkan keperibadian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang maknawi lagi diberkati dan perihal Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang suci adalah tinggi dan bersifat nurani sampai ke tahap sifat-sifat yang disebutkan dalam sirah dan tarikh tidak sesuai dengan sosok maknawinya yang tinggi, dan martabat itu tidak sesuai dengan tahap Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang tinggi dan mulia. Ini kerana dengan rahsia كَالْفَاعِلِ اَلسَّبَبُ (yang menjadi sebab adalah seperti yang melakukan), ibadat agung yang sebesar ibadat semua umatnya ditambah ke dalam lembaran kesempurnaannya setiap hari bahkan sehingga ketika ini pun.
Sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menerima rahmat Ilahi yang mutlak dengan penerimaan yang tiada had melalui kemampuannya yang tiada berpenghujung, Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga menerima doa-doa yang tidak putus dan tidak terhitung daripada umatnya yang tidak terkira ramainya. Keadaan-keadaan dan tingkah laku kemanusiaan yang disebutkan dalam sirah dan tarikh juga tidak memuatkan perihal Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang lengkap dan diberkati itu yang merupakan natijah dan buah paling sempurna bagi alam ini serta penterjemah al-Khaliqul Kauni (Pencipta alam semesta) dan kekasih-Nya. Hakikat juga tidak dapat menyerap kesempurnaannya.
Sebagai contoh: Tidak dapat muat intipati yang sempurna lagi diberkati bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan hakikat kesempurnaannya oleh tingkah laku yang zahir dalam peristiwa pertikaian terhadap peribadi yang diberkati ini (yang mana Saidina Jibril ‘Alaihis Sallam dan Saidina Mikail ‘Alaihis Sallam bersama Nabi dalam ghazwah Badar sebagai pembantu dan penjaga) dengan seorang arab badwi di pasar di mana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berbincang dengannya dalam pembelian seekor kuda dan mengemukakan al-Khuzaimah sebagai satu-satunya saksi.[5]
Supaya seseorang tidak mengikut ikutan yang salah dalam pemahaman maka hendaklah dia sentiasa mengangkat tinggi kepalanya di antara sifat-sifat yang diperdengarkan menurut perihal kemanusiaannya dan memandang kepada perihalnya yang hakiki dan keperibadiannya yang maknawi dan nurani yang berdiri di sisi martabat risalahnya. Jika tidak, orang itu telah tidak beradab terhadap Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam atau terjerumus ke dalam syubhat. Untuk menjelaskan rahsia ini maka dengarlah permisalan ini:
Terdapat sebiji benih kurma. Benih itu diletakkan di bawah tanah lalu benih tersebut merekah dan menjadi pohon berbuah yang besar. Pohon itu terus tumbuh dan membesar secara berterusan. Ataupun terdapat sebutir telur burung merak lalu telur tersebut diberikan haba lalu menetaslah seekor anak burung merak. Kemudian ia menjadi burung merak yang sempurna, menarik, cantik, mempunyai corak di setiap sudut dan dihias dengan kudrat Ilahi. Kemudian burung itu kian membesar dan sentiasa bertambah cantik.
Sekarang, di sana terdapat sifat-sifat dan keadaan-keadaan yang khas bagi benih dan telur. Pada kedua-duanya terdapat bahan-bahan yang amat halus. Maka pohon kurma yang berasal daripada benih dan burung merak yang keluar daripada telur, kedua-duanya memiliki sifat-sifat dan bentuk-bentuk yang tinggi dan mulia berbanding dengan bentuk dan keadaan benih dan telur yang mudah dan biasa itu. Sekarang wajiblah untuk mengikat dan mengumpulkan sifat-sifat bagi benih dan telur tersebut dengan sifat-sifat pohon dan merak itu dan membuat perbahasan bersama-sama agar setiap masa akal manusia dapat mengangkat kepalanya terus daripada benih hinggalah kepada pohon, dan mengarahkan pandangannya daripada telur kepada merak dan teliti dalam pandangannya sehinggalah akalnya menerima sifat-sifat yang pernah ia dengar tersebut. Jika tidak, apabila dia mendengar daripada seorang daripada mereka: "Aku telah menuai seribu bathman tamar daripada benih sebesar satu dirham, dan telur ini adalah sultan burung-burung di angkasa," maka pasti dia akan cenderung untuk mendustai dan mengingkarinya.
Sebagaimana yang terdapat dalam contoh ini maka sesungguhnya sifat kemanusiaan Rasulullah adalah seperti benih dan telur tersebut. Adapun perihal baginda yang berkelip dan bersinar dengan tugas kerasulan adalah seperti pohon Tuba dan burung yang diberkati di syurga. Tambahan pula, sesungguhnya perihal ini masih di dalam penyempurnaan yang berterusan dan berkekalan. Oleh itu, ketika seseorang berfikir dalam keperibadian ini yang masuk ke dalam pertelingkahan dengan seorang arab badwi di pasar hendaklah mengangkat mata khayalnya dan melihat kepada keperibadian baginda yang dipenuhi nur yang menaiki buraq dan meninggalkan malaikat Jibril ‘Alaihis Salam di belakangnya dan berlari ke
قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى
Jika tidak, sesungguhnya dia telah tidak beradab dengan baginda ataupun nafsunya yang menyuruh kepada keburukan tidak mengakuinya.
179. Page
Isyarat kelima yang memiliki Nuktah:
Kami menyebut sebahagian daripada hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib.
Contoh pertama: Telah dinukilkan kepada kami dengan nukilan yang sahih dan mutawatir bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda di hadapan para sahabat di atas mimbar:
إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ، وَلَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِيمَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ[6]
Sesungguhnya anakku ini adalah penghulu, semoga Allah mendamaikan dengannya antara dua kelompok yang besar daripada kaum muslimin.
Maka ketika dua pasukan tentera yang paling besar bagi kaum Muslimin bertelingkah, Saidina al-Hasan telah berdamai dengan Saidina Muawiyah. Oleh yang demikian, Saidina al-Hasan telah membenarkan mukjizat ghaib datuknya yang paling mulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selepas 40 tahun.
Contoh kedua: Dinukilkan kepada kami dengan nukilan yang sahih, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saidina Ali:
سَتُقَاتِلُ النَّاكِثِينَ وَالْقَاسِطِينَ وَالْمَارِقِينَ[7]
Engkau akan memerangi orang yang tidak setia, puak khawarij dan orang yang keluar dari agama.
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai pertempuran Jamal, pertempuran Siffin dan pertempuran Khawarij dan ketika Saidina Zubair bin al-Awwam dan Saidina Ali saling kasih-mengasihi, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saidina Ali,
لَيُقَاتِلَنَّكَ يَوْمًا وَهُوَ غَيْرُ مُحِقٍّ[8]
dia (Saidina Zubair) akan memerangi kamu pada satu hari sedangkan dia bukan di pihak yang benar.
Dan begitu juga baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada isteri-isterinya yang suci
سَتَتَوَلَّى إِحْدَاكُنَّ عَلَى رَأْسِ فِتْنَةٍ عَظِيمَةٍ وَسَيُقْتَلُ الْكَثِيرُونَ حَوْلَهَا، وَتَنْبُحُ عَلَيْهَا كِلاَبُ الْحَوْأَبِ[9]
Salah seorang daripada kamu akan memimpin fitnah yang besar dan akan terbunuh ramai orang di sekelilingnya dan akan menyalak kepadanya anjing-anjing di al-Hauab.
Demikianlah hadis-hadis yang sahih dan sabit secara qat'i atau peperangan Saidina Ali selepas 30 tahun bersama Siti Aisyah, Saidina Az-Zubair bin al-Awwam dan Saidina Talhah ketika perang ‘Jamal’ (Unta) dan peperangannya bersama Saidina Muawiyah dalam perang Siffin dan bersama Puak Khawarij di Harura' dan Nahrawan. Sesungguhnya setiap satu itu adalah pengesahan secara nyata bagi khabar-khabar ghaib tersebut.
Begitu juga Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu Saidina Ali mengenai seorang lelaki yang akan membunuhnya dengan bersabda,
سَيُبَلِّلُ لِحْيَتَكَ بِدَمِ رَأْسِكَ[10]
Ia akan membasahkan janggut kamu dengan darah dari kepalamu
Saidina Ali mengenalinya dan ia adalah Abdul Rahman bin Muljam al-Khariji.
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu juga mengenai seorang lelaki daripada puak Khawarij dengan tanda yang aneh dalam dirinya dan disebut sebagai dzu as-Sadiyah lalu ditemui lelaki tersebut antara orang yang terbunuh lalu Saidina Ali mengemukakannya sebagai hujah bahawa beliau berada di pihak yang benar dan dalam waktu yang sama beliau mengiklankan mukjizat Nabi,[11]
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga pernah bersabda dengan riwayat yang sahih daripada Ummu Salamah dan selainnya, bahawa Saidina al-Husain akan terbunuh di al-Tuf atau Karbala[12], dan selepas 50 tahun berlakulah pertempuran yang menyayat dan membakar hati, lalu peristiwa ini membenarkan perkhabaran ghaib.
Baginda juga berkali-kali mengkhabarkan
إِنَّ آلَ بَيْتِي يَلْقَوْنَ قَتْلاً وَتَشْرِيدًا مِنْ بَعْدِي[13]
Sesungguhnya keturunanku akan menemui pembunuhan dan bala pengusiran selepasku.
Dan baginda menerangkan perkara itu pada suatu tahap. Lalu berlakulah sebagaimana yang baginda telah khabarkan.
Terdapat pertanyaan penting pada tahap ini.
Soalan: Sesungguhnya Saidina Ali berhak ke atas jawatan khalifah dengan hak yang sempurna dan beliau memiliki hubungan kerabat dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, keberanian dan ilmu yang mencurah-curah tiada bandingan, tapi mengapakah beliau tidak didahulukan dalam khilafah? Dan kenapa Islam pada zamannya ditimpa kecelaruan dan kekeliruan?
Jawapan: Seorang qutub yang agung daripada keturunan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berkata: Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ingin mengangkat Saidina Ali sebagai khalifah tetapi baginda diberitahu dari ghaib bahawa kehendak Allah sebaliknya. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menarik balik keinginannya dan mengikut kehendak Ilahi.
180. Page
Kemungkinanya salah satu daripada hikmah kehendak Ilahi ialah: Sesungguhnya para sahabat sangat perlu kepada kesepakatan dan persatuan selepas kewafatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Jika Saidina Ali memegang khilafah maka sudah tentu keadaan-keadaan dan tingkah lakunya yang tumbuh daripada ketiadaan sifat riya' kepada manusia dan sifat munafik dan daripada tindakan melulu dan tanpa rasa takut, yang menjadi jelas daripada zuhud, keberanian dan tanpa perlu kepada manusia lain pula dengan keberaniannya yang terkenal di hadapan alam semesta yang membangkitkan rasa persaingan bagi ramai orang dan kabilah dan berkemungkinan besar menyebabkan perpecahan. Peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ketika beliau menjadi khalifah menjadi saksi ke atas perkara itu.
Kemudian salah satu sebab daripada lambatnya kekhalifahan Saidina Ali adalah perlunya keberadaan seseorang seperti Saidina Ali yang memiliki keberanian dan firasat yang tiada bandingan, dan kekuatan yang besar dan dihormati seperti bani Hasyim dan keturunan Nabi di antara kaum-kaum yang membawa asas-asas pemikiran tujuh puluh tiga kelompok yang telah muncul selepas itu akibat bercampurnya kaum-kaum yang berbeza di antara satu dengan yang lain dengan ikhtilaf (perpecahan) yang besar[14] sebagaimana dikhabarkan oleh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Pada waktu munculnya peristiwa-peristiwa yang penuh dengan fitnah sehingga beliau tetap cekal di hadapan fitnah-fitnah ini. Ya, beliau telah sabit dan cekal dengan nyata. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberitahu Saidina Ali sebagai bersabda,
إِنَّنِي حَارَبْتُ مِنْ أَجْلِ نُزُولِ الْقُرْآنِ فَسَتُحَارِبُ أَنْتَ مِنْ أَجْلِ تَأْوِيْلِهِ.[15]
Sesungguhnya aku berperang demi turunnya al-Quran dan engkau akan berperang demi takwil al-Quran.
Kalaulah bukan Saidina Ali, mungkin kerajaan dan kesultanan (kekuasaan) duniawi akan membawa raja-raja dinasti Umayyah terpesong daripada jalan yang benar secara keseluruhannya. Namun seluruh pemimpin bani Umayyah menemui Saidina Ali dan keluarga Nabi di hadapan mereka, maka ketua-ketua bani Umayyah (walaupun mereka sendiri tidak melakukannya) terpaksa berusaha untuk menyaran dan mengarahkan para pengikut dan penyokong-penyokongnya untuk menjaga dan menyebarkan hakikat-hakikat Islam, hakikat-hakikat keimanan dan hukum-hukum al-Quran dengan segala kekuatannya agar mereka naik ke kedudukan ahli bait, menjaga kedudukan dan tahap mereka di mata kaum muslimin. Mereka mendidik ratusan ribu ahli ijtihad, ahli muhaqqiq dan ahli muhaddis yang sempurna, para wali dan orang suci. Jika tiada mereka kewalian, ketakwaan dan kesempurnaan ahli bait yang tinggi dan amat kuat di hadapan mereka, maka mereka sudah pasti terpesong secara sempurna! daripada jalan dengan kebarangkalian yang besar sepertimana yang berlaku pada hujung-hujung kerajaan bani Abbasiyah dan Umayyah.
(Jika dikatakan) Mengapa jawatan khalifah tidak kekal dalam Keluarga Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam? sedangkan mereka lebih berhak dan layak untuk memegang jawatan itu?
Jawapan: Sesungguhnya kerajaan dan kekuasaaan dunia adalah tipu daya dan mendatangkan fitnah. Adapun Keluarga Nabi telah diperintahkan untuk memelihara kebenaran Islam dan hukum-hukum al-Quran. Maka sesiapa yang menjadi khalifah, kerajaan dan kesultanan sama ada ia adalah seorang yang maksum seperti para Nabi ataupun dia adalah orang yang zuhud hatinya seperti para khulafa’ ar-rasyidin dan Saidina Umar bin Abdul Aziz daripada dinasti Umayyah dan al-Mahdi daripada dinasti Abbasiyyah agar pemilikan dunia tidak menipunya. Walhal kekhalifahan dinasti Fatimiyyah yang diasaskan dengan nama ahlul bait di Mesir, pemerintahan al-Muwahhidin di Afrika dan Daulah Safawiyah di Iran menunjukkan kepada kita bahawa kekuasaan dunia dan kerajaannya tidak sesuai bagi keturunan Nabi. Bahkan ia melupakan mereka terhadap tugas mereka yang asal iaitu menjaga agama dan berkhidmat kepada Islam.
Walhal apabila mereka meninggalkan kesultanan maka mereka telah berkhidmat kepada Islam dan al-Quran dengan khidmat yang cemerlang lagi besar. Lihatlah kepada qutub-qutub yang datang daripada zuriat Saidina al-Hasan lebih-lebih lagi qutub yang empat, khasnya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang merupakan ghaus al-a’zam (teragung) dan imam-imam yang datang melalui keturunan Saidina al-Husain khasnya Saidina Zainal Abidin dan Saidina Jaafar as-Sadiq yang setiap seorang daripada mereka adalah seperti imam mahdi secara maknawi. Mereka menghapus kezaliman dan kegelapan maknawi. Mereka menyebarkan nur-nur al-Quran dan hakikat-hakikat keimanan. Mereka menzahirkan bahawa mereka adalah para pewaris datuk mereka yang paling mulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
181. Page
Soalan: Apakah hikmah dan wajah rahmat di sebalik fitnah berdarah yang menimpa Islam di era ‘Asrus Saadah (kurun kebahagiaan) yang bercahaya? Sedangkan mereka tidak patut menerima azab Ilahi?
Jawapan: Sesungguhnya sebagaimana hujan dan ribut yang dahsyat pada musim bunga menggerakkan persiapan semua jenis tumbuhan, benih dan pokok lalu mengembangkannya. Maka setiap satu daripadanya akan mengembangkan bunga-bunga yang khusus kepada dirinya dan melaksanakan tugas yang sesuai dengan fitrahnya. Demikianlah juga fitnah-fitnah yang menimpa para sahabat dan tabiin. Ia menggoncang dan menggalakkan persiapan-persiapan yang berbeza dan lain-lain yang seperti benih dan merangsangnya, dan menakutkan semua kelompok bahawa Islam dalam keadaan bahaya dan api telah menyala, dan menjadikan mereka lari untuk menjaga Islam. Setiap satu daripada mereka meletakkan di atas bahunya tugas tertentu daripada tugas-tugas yang berbeza dan banyak terhadap masyarakat Islam sesuai dengan persiapannya. Mereka beramal dan bermujahadah dengan kesungguhan yang sempurna, sebahagian mereka berdiri dan berusaha untuk memelihara hadis-hadis yang mulia, sebahagian lagi ke atas syariat dan sebahagian lagi ke atas hakikat-hakikat keimanan, sebahagian lagi ke atas al-Quranul Karim. Demikianlah setiap kelompok sibuk dengan khidmat yang tertentu, dan mereka berusaha dalam melaksanakan tugas-tugas Islam dengan usaha yang bersemangat.
Lalu berkembanglah bunga-bunga yang banyak dengan warna-warna yang berbeza-beza, dan telah ditebarkan benih-benih dengan ribut tersebut ke negara-negara dunia Islam yang luas, lalu menukar setengah bumi menjadi taman bunga mawar, tetapi sayangnya muncul dalam kebun tersebut dan antara bunga-bunga mawar itu duri-duri bagi kelompok ahli bidaah juga. Seolah-olah tangan kudrat Ilahi telah menggoncangkan zaman itu dengan sifat jalal dan menggerakkannya dengan kuat kemudian membalikkannya. Ia mengasah kesungguhan mereka yang berazam, dan telah menggetarkannya. Lalu melalui kekuatan berpusat yang berasal daripada gerakan tersebut menerbangkan sangat ramai daripada ahli ijtihad, ahli hadis yang nurani, para hafiz yang suci, para asfia dan para qutub ke negara-negara Islam, dan menyebabkan mereka berhijrah untuk mencapai tujuan tersebut. Dan menggerak dan merasa teruja kaum muslimin di timur dan barat, dan membuka mata mereka untuk mendapat faedah daripada perbendaharaan al-Quran.
Sekarang kita kembali kepada apa yang kita bincangkan. Sesungguhnya peristiwa-peristiwa yang telah benar-benar berlaku yang tergolong dalam perkara-perkara yang ghaib sebagaimana yang telah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam terangkan mengenainya adalah terlalu banyak dan mencapai ribuan, dan kami akan tunjukkan beberapa contoh yang sebahagian sahaja.
Sesungguhnya pemilik kutub as-sittah yang masyhur dan diketuai oleh Imam al-Bukhari dan Imam al-Muslim telah bersepakat di atas kesahihan kebanyakan berita-berita yang akan kami terangkan, dan kebanyakan daripadanya adalah mutawatir dengan kemutawatiran maknawi, dan boleh dianggap sebahagian daripadanya adalah sabit dengan ketetapan yang qat'i sebagai mutawatir dengan kesepakatan ahli tahqiq ke atas kesahihannya.
Maka telah dinukil dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu para sahabat baginda sebagai bersabda:
سَتَغْلِبُونَ جَمِيعَ أَعْدَائِكُمْ، وَسَتُوَفَّقُونَ إِلَى فَتْحِ مَكَّةَ وَإِلَى فَتْحِ خَيْبَرَ وَإِلَى فَتْحِ الشَّامِ وَإِلَى فَتْحِ الْعِرَاقِ وَإِلَى فَتْحِ إِيرَانَ وَإِلَى فَتْحِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ[16].
Kalian (para sahabat) akan mengalahkan semua musuh kalian dan kalian diberi kejayaan untuk menakluk Makkah, Khaibar, Syam, Iraq, dan Iran dan Baitul Maqdis.
Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu:
سَتُقَسِّمُونَ فِيمَا بَيْنَكُمْ كُنُوزَ مُلُوكِ الْفُرْسِ وَالرُّومِ وَهُمَا أَكْبَرُ دَوْلَتَيْنِ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ[17]
Kamu akan membahagi-bahagikan di kalangan kamu khazanah raja-raja Parsi dan Rom. Kedua-duanya adalah dua negara yang paling besar pada zaman tersebut.
182. Page
Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak bersabda: أَخْمُنُ “Saya fikir” atau أَظُنُّ “Saya rasa”, Sebaliknya baginda memberitahu dengan perkhabaran yang qat'i dan seakan-akan melihat di hadapannya, lalu berita ini berlaku sebagaimana diberitahu.
Sedangkan ketika baginda memberitahu baginda terpaksa berhijrah, malah para sahabat baginda adalah sedikit, sedangkan musuh-musuhnya adalah di sekitar Madinah dan seluruh alam.
Telah dinukilkan juga (banyak kali) secara sahih dan qat'i bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selalu bersabda:
عَلَيْكُمْ بِسِيرَةِ اللذَّينَ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ[18]
Hendaklah kamu mengikut sirah (jalan hidup) dua orang setelahku iaitu Abu Bakar dan Umar.
Lalu baginda memberitahu bahawa Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar akan terus hidup setelahnya, dan mereka akan menjadi khalifah dan akan memiliki sirah (jalan hidup) yang menarik dalam sudut yang paling sempurna dan bergerak dalam keredhaan Allah dan keredhaan Nabi. Sesungguhnya Saidina Abu Bakar akan menjadi khalifah sekejap sahaja, manakala Saidina Umar akan menjawat lebih lama dan akan menakluk banyak negeri.
Begitu juga Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
زُوِيَتْ لِيَ الأَرْضُ، فَأُرِيتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَسَيَبْلُغُ مُلْكُ أُمَّتِي مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا[19]
Dilipatkan kepadaku bumi, lalu ditunjukkan kepadaku timur dan barat bumi dan akan sampai kerajaan umatku apa yang dilipatkan bagiku daripada bumi.
Maksudnya sesungguhnya umatku akan memerintah kerajaan dunia, timur dan barat. sesungguhnya tiadalah satu umat pun yang memerintah seperti kerajaan ini dan berlakulah sebagaimana baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu.
Dinukilkan juga dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu sebelum ghazwah Badar:
هَذَا مَصْرَعُ أَبِي جَهْلٍ وَهَذَا مَصْرَعُ عُتْبَةَ وَهَذَا مَصْرَعُ أُمَيَّةَ هَذَا مَصْرَعُ فُلاَنٍ وَفُلاَنٍ[20]
Ini adalah tempat Abu Jahal dibunuh, Ini adalah tempat ‘Utbah dibunuh. Ini adalah tempat Umayyah dibunuh. Ini adalah tempat si fulan dan si fulan dibunuh.
Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menunjuk ke tempat-tempat setiap seorang daripada pemimpin musyrikin Quraisy dan bersabda,
إِنَّنِي سَأَقْتُلُ أُبَي بْنَ خَلْفَ بِيَدِي[21]
Sesungguhnya aku akan membunuh Ubay bin Khalaf dengan tanganku.
Lalu berlakulah sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam khabarkan.
Dan dinukil dengan nukilan sahih dan qat'i dan baginda memberitahu dan seakan-akan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyaksikan para sahabat yang berperang di perang Mu'tah dan ini adalah perang yang masyhur dan berlaku dekat Syam dan jauhnya adalah selama sebulan perjalanan dari Madinah.
183. Page
Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
أَخَذَ الرَّايَةَ زَيْدٌ فَأُصِيبَ، ثُمَّ أَخَذَ جَعْفَرُ فَأُصِيبَ، ثُمَّ أَخَذَ ابْنُ رَوَاحَةَ فَأُصِيبَ، ثُمَّ أَخَذَهَا سَيْفٌ مِنْ سُيُوفِ اللهِ[22]
"Zaid telah mengambil bendera lalu dia dicederakan. Kemudian Jaafar telah mengambil lalu dia dicederakan, kemudian Ibnu Rawahah telah mengambil dan dicederakan; kemudian satu pedang daripada pedang-pedang Allah mengambil bendera tersebut.
Kemudian baginda memberitahu para sahabat baginda berkenaan peristiwa secara terperinci. Kemudian Ya'la bin Munabbih pulang dari perang selepas dua atau tiga minggu. Sebelum ia memberitahu apa yang berlaku di sana, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagai pemberitahu yang benar menerangkan secara terperinci dan Ya'la bersumpah sambil berkata, "Telah berlaku tepat sebagaimana yang engkau telah khabarkan.
Dan dinukil juga dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِنَّ الْخِلاَفَةَ بَعْدِي ثَلاَثُونَ سَنَةً ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَضُوضًا، وَإِنَّ هَذَا الأَمْرَ بَدَأَ نُبُوَّةً وَرَحْمَةً ثُمَّ يَكُونُ رَحْمَةً وَخِلاَفَةً، ثُمَّ يَكُونُ مُلْكًا عَضُوضًا، ثُمَّ يَكُونُ عُتُوًّا وَجَبَرُوتًا[23]
Sesungguhnya kekhalifahan selepasku adalah selama tiga puluh tahun dan kemudian menjadi kerajaan yang menggigit. Dan sesungguhnya urusan ini bermula dengan kenabian dan rahmat. Dan kemudian menjadi rahmat dan kekhalifahan, kemudian menjadi kerajaan yang menggigit, kemudian menjadi ketidakadilan dan kezaliman.
Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu masa kekhalifahan para khulafa ar-rasyidin yang empat bersama masa kekhalifahan Saidina al-Hasan yang berlangsung selama enam tujuh bulan, dan sesungguhnya khilafah berubah menjadi kerajaan selepas itu, kemudian berubah menjadi kekejaman dan kerosakan bagi umat. Kemudian berlakulah sebagaimana yang diberitahu.
Dinukilkan dengan nukilan yang sahih lagi qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
يُقْتَلُ عُثْمَانُ وَهُوَ يَقْرَأُ الْمُصْحَفَ وَإِنَّ اللهَ عَسَى أَنْ يُلْبِسَهُ قَمِيصًا وَإِنَّهُمْ يُرِيدُونَ خَلْعَهُ[24]
Usman akan dibunuh semasa membaca al-Quran. Sesungguhnya Allah hendak memakaikannya baju, tetapi mereka hendak mencabutnya.
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa Saidina Usman R.A akan menjadi khalifah dan sesungguhnya manusia ingin meminta pemecatannya, dan beliau akan dibunuh secara zalim ketika sedang membaca al-Quran, Lalu berlakulah sebagaimana diberitahu.
Dan dinukilkan dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berbekam pada satu hari, kemudian Abdullah bin az-Zubair meminum darahnya seperti minuman manisan sebagai bertabarruk lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadanya
وَيْلٌ لِلنَّاسِ مِنْكَ وَوَيْلٌ لَكَ مِنَ النَّاسِ[25]
Celakalah manusia daripada kamu dan celakalah bagimu daripada manusia.
Lalu baginda memberitahu bahawa Ibnu Zubair akan mengetuai umat dengan keberanian yang luar biasa, dan sesungguhnya dia akan menghadapi serangan-serangan dan bencana-bencana yang menakutkan, dan sesungguhnya manusia akan menghadapi kejadian-kejadian yang besar dan menakutkan dengan sebabnya. Lalu berlakulah sebagaimana baginda beritahu, di mana Abdullah mengumumkan kekhalifahannya di Mekah pada masa dinasti Umayyah, dan berperang beberapa kali dengan peperangan dalam keberanian dan kepahlawanan yang unggul. Namun pada akhirnya al-Hajjaj yang zalim telah menyerangnya dengan tentera yang besar, dan selepas pertempuran yang dahsyat tersungkurlah pahlawan yang agung ini sebagai syahid.
184. Page
Telah dinukilkan dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai timbulnya kerajaan dinasti Umayyah dan sesungguhnya kebanyakan raja dinasti itu akan menjadi zalim, dan sesungguhnya akan muncul di antara mereka Yazid dan Walid[26]. Sesungguhnya Muawiyah akan memegang kekuasaan ke atas umat, di mana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadanya:
إِذَا مَلَكْتَ فَأَسْجِحْ
Jika kamu menjadi raja maka hendaklah kamu berlembut.
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberi pesanan kepadanya untuk bertindak lembut dan adil.[27]
Nabi juga memberitahu mengenai kemunculan kerajaan dinasti Abbasiyah dengan sabdanya:
يَخْرُجُ وَلَدُ العَبَّاسِ بِالرَّايَاتِ السُّودِ وَيَمْلِكُونَ أَضْعَافَ مَا مَلَكُوا[28]
Akan keluar seorang anak al-Abbas dengan bendera-bendera hitam dan mereka memerintah berkali-kali ganda apa yang pernah mereka perintah.
Dan sesungguhnya pemeritahan mereka akan berterusan dalam masa yang lama. Lalu berlakulah sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu.
Dan dinukilkan dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
وَيْلٌ لِلعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدِ اقْتَرَبَ[29]
Celakalah bagi bangsa Arab daripada keburukan yang telah mendekat.
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu fitnah yang menakutkan daripada Genghis Khan dan Holago, sesungguhnya mereka akan menghapuskan dinasti Arab Abbasiyah. Lalu berlakulah sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu.
Dan dinukilkan juga dengan nukilan yang sahih lagi Qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saad bin Abu Waqqas ketika dia sakit tenat.
لَعَلَّكَ تُخَلَّفُ حَتَّى يَنْتَفِعَ بِكَ أَقْوَامٌ وَيَسْتَضِرَّ بِكَ آخَرُونَ[30]
"Mudah-mudahan engkau akan sembuh supaya banyak kaum mendapat manfaat denganmu dan yang lain-lain akan mendapat kemudaratan denganmu.
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa Saad akan menjadi panglima tentera yang agung pada masa hadapan, dan akan mengetuai penaklukan-penaklukan yang banyak dan banyak kaum mengambil manfaat daripadanya, atau mereka akan memeluk agama Islam, dan kaum-kaum yang lain mendapat kemudaratan atau akan hilang negara-negara mereka dengan tangan Saad.[31] Lalu berlakulah sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu. Saad bin Waqqas akan memimpin tentera Islam dan menghancurkan negara Parsi (Iran) dan menjadi sebab bagi masuknya ramai kaum ke dalam Islam dan mendapat hidayah.
Dinukil dengan nukilan yang sahih dan Qat'i bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengumumkan bagi para sahabat baginda mengenai kematian al-Najasyi (raja Habsyah yang telah memeluk agama Islam) pada hari kewafatannya pada tahun ketujuh Hijrah dan hatta Nabi solat jenazah ke atasnya. Selepas tujuh hari datang satu berita bahawa an-Najasyi telah meninggal pada hari Nabi telah beritakan.
Dan dinukil dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika bersama para sahabatnya yang terpilih di atas gunung Uhud atau Hira’, gunung itu goyang dan bergoncang, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اُثْبُتْ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدٌ[32]
tetaplah kamu, sesungguhnya di atas kamu ada seorang Nabi, seorang yang benar dan syahid.
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali akan menjadi syahid, lalu berlakulah sebagaimana Rasul beritakan.
Sekarang, wahai orang yang sengsara dan lemah, wahai hati yang mati. Wahai engkau yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang seorang bangsa Arab adalah seorang lelaki yang bijak, dan kamu menutup mata kamu di hadapan matahari itu, iaitu matahari hakikat.
185. Page
Kamu telah mendengar satu bahagian daripada lima belas bahagian bahkan daripada seratus bahagian daripada perkara-perkara ghaib yang hanya satu jenis daripada pelbagai mukjizatnya yang mencapai lima belas jenis dan kamu telah mendengar kepada mukjizat yang telah sabit daripadanya dengan kesabitan yang qat'i dengan tahap mutawatir maknawi. Maka sesungguhnya sesiapa yang melihat satu daripada pemberitahuan secara ghaib dengan mata akalnya disebut sebagai seorang genius yang besar yang menyingkap masa hadapan dengan firasatnya. Justeru, berdasarkan perkara ini, jika kita katakan sepertimu bahawa baginda adalah genius, maka adakah sesiapa yang memiliki kegeniusan yang suci pada tahap seratus orang genius yang agung akan tersalah pandang? Boleh kah baginda merendahkan dirinya untuk memberitahu berita-berita yang dusta? Maka tidak syak lagi bahawa perbuatan tidak mendengar kepada kata-kata orang yang memiliki seratus darjah daripada kegeniusan yang agung ini tentang kebahagiaan dunia dan akhirat merupakan tanda-tanda kegilaan dengan seratus darjah.
[1] Amat sayang sekali, saya tidak dapat menulis sebagaimana yang saya niatkan. Maka ia ditulis sebagaimana yang terlintas tanpa dirancang. Dan saya juga tidak dapat mengikut turutan pembahagian yang telah dinyatakan di atas.
[2] Al-Mahdi: Abu Abdullah Muhammad bin Al-Mansur. Khalifah ketiga Abbasiyyah. Lahir pada tahun 128 hijrah dan wafat pada tahun 169 hijrah.
[3] Dalil bahawa Allah tidak memberitahu Rasulullah secara sempurna tentang Saidatina Aisyah akan berhadapan dengan perang Jamal adalah supaya kasih-sayang baginda terhadap Aisyah tidak tercalar dan berkurangan. Baginda telah bersabda kepada para isterinya yang suci bahawa kalaulah Aku tahu, yanag mana satukah antara kalian akan terlibat dengannya. Tetapi kemudian telah disingkap sedikit lalu baginda telah berkata kepada saidina Ali: Sekiranya berlaku sesuatu antara kamu dengan Aisyah, maka فارفق وبلغها مأمنها (berlembutlah dengannya dan bawalah dia ke tempat yang aman).
[4] Al-Bukhari 1/52, Muslim 1/10
[5] Sunan Abi Daud 3/307, Musnad Ahmad 5/215, Sunan al-Baihaqi 7/66
[6] Sahih al-Bukhari, 2/962, sunan an-Nasai 1/135, Dalail an-nubuwwah al-Baihaqi 6/442
[7] Al-Mustadrak 3/150, Majma’ Az-Zawaid 5/186, al-Khasais al-Kubra 2/235
[8] Al-Musannaf Ibnu Abi Syaibah 7/535, al-Mustadrak 3/413
[9] Sahih Ibnu Hibban 15/126, Musannaf Ibu Abi Syaibah 7/536
[10] Kanzul ‘Ummal 13/62
[11] Sahih al-Bukhari 3/1321, Sahih Muslim 2/744, Dalail an-Nubuwwah 5/ 188
[12] Al-Mu’jam al-Kabir 3/107, Majma’ Az-Zawaid 9/188, A’lam an-Nubuwwah 182
[13] Al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain 4/524, Kanz al-‘Ummal 11/74
[14] Rujuk Riwayat Perselisihan Ummah kepada 73 golongan dalam Sunan an-Nasai 5/158, Sunan al-Baihaqi 8/187 dan Mishkat al-Masobih 1/61
[15] Sahih ibnu Hibban 15/385, Musnad Ahmad 3/13, al-mustadrak ‘ala as-sahihain 3/132, Khasais Ali 166, hilyah al-Awliya’ 1/67
[16] Sahih al-Bukhari 2/663, 3 1159
[17] Sahih al-Bukhari 3/1135, Sahih Muslim 4/2236
[18] Sunan Ibnu Majah 1/38, at-Tirmidzi 5/609, al-baihaqi 5/ 212, al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain 3/79, Fadhail as-Sohabah li ibni Hanbal 1/426
[19] Sahih Muslim 4/2215, Abi Daud 4/97
[20] Sahih Muslim 3/1404, Sirah al-Halabiah 2/430
[21] As-Syifa lil Qadhi ‘Iyyadh 1/116
[22] Al-Bukhari 3/1372
[23] Lihat Riwayat tersebut dalam al-Baihaqi 7/159, Musnad Ahmad 4/273, Mu’jam al-Awsath 6/ 345
[24] Musnad Ahmad 6/114, Kanzul ‘ummal 11/284
[25] Sunan ad-Daruqutni 1/228, al-isabah fi tamyiz as-Sohabah 4/93
[26] Musonnaf Ibnu Abi Syaibah 7/260 tetapi datang padanya; “orang pertama yang mengubah Sunnahku ialah seorang lelaki daripada Bani Umayyah”
[27] Riwayat tersebut ada dalam majma’ az-Zawaid 5/186, Dalail an-Nubuwwah li al-Baihaqi 6/446, Tarikh Madinah Dimasyq 59/61Al-Fitan li Naim bin Hammad 1/203, Musnad Imam Ahmad 1/209
[28] Al-Fitan li Naim bin Hammad 1/203, Musnad Imam Ahmad 1/209
[29] Al-Bukhari 3/1221, Muslim 4/2207
[30] Al-Bukhari 1/435, Ibnu Hibban 13/384
[31] Al-Bukahri 3/1407, Muslim 2/657
[32] Al-Bukhari 3/1344, Ibnu Hibban 15/441
186. Page
Isyarat keenam yang mempunyai nuktah:
Telah dinukil dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Siti Fatimah,
أَنْتِ أَوَّلُ أَهْل بَيْتِي لُحُوقًا بِي[1]
Engkau adalah keturunanku yang pertama mengikutiku (selepas kewafatanku) sebelum semua orang
Selepas enam bulan berlakulah apa yang Rasul khabarkan (kewafatan Siti Fatimah).
Dan beginilah sabda Nabi kepada Abu Dzar:
سَتَخْرُجُ مِنْهَا وَتَعِيشُ وَحْدَكَ وَتَمُوتُ وَحْدَكَ[2]
Kamu akan keluar dari Madinah. Dan kamu hidup keseorangan. Dan kamu mati keseorangan.
Lalu Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa Abu Dzar akan terusir dari Madinah, dan hidup dalam keseorangan dan mati dalam keseorangan di padang pasir, selepas 20 tahun berlakulah sebagaimana yang baginda beritahu.
Pada suatu hari Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidur di rumah Ummu Haram, iaitu makcik sebelah ibu bagi Anas bin Malik lalu baginda terjaga dan tersenyum lalu bersabda,
رَأَيْتُ أُمَّتِي يَغْزُونَ فِي البَحْرِ كَالْمُلُوكِ عَلَى الأَسِرَّةِ
"Aku telah melihat umatku menyerang di laut seperti raja-raja di atas tahta"
Lalu Ummu Haram bertawasul kepada baginda dan berkata:
اُدْعُ اللهَ حَتَّى أَكُونَ مَعَهُمْ
Berdoalah kepada Allah agar aku bersama mereka.
Baginda bersabda:
سَتَكُونِينَ مَعَهُمْ[3]
Engkau akan bersama-sama mereka.
Selepas 40 tahun Ummu Haram keluar untuk membuka Cyprus bersama suaminya, Ubadah bin as-Somit, lalu Ummu Salamah/ummu haram@ummu salamah? meninggal dunia di Cyprus, maqamnya menjadi tempat ziarah, Lalu berlakulah sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu.
Dan Dinukil dengan nukilan sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
يَخْرُجُ مِنْ ثَقِيفٍ كَذَّابٌ وَمُبِيرٌ[4]
Akan keluar dari Saqif seorang penipu yang mendakwa kenabian, serta zalim yang dahaga akan darah.
Dalam erti kata lain, akan keluar seorang lelaki daripada kabilah Saqif yang mendakwa kenabian, dan akan keluar daripada mereka juga seorang zalim yang suka menumpahkan darah, Lalu baginda memberitahu mengenai al-Mukhtar as-Saqafi yang masyhur mendakwa kenabian, dan al-Hajjaj yang zalim membunuh 100,000 orang.
Dan Dinukil dengan nukilan sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
سَتُفْتَحُ القُسْطَنْطِينِيَّةُ فَنِعْمَ الأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَنِعْمَ الجَيْشُ جَيْشُهَا[5]
Konstantinopel akan ditakluk. Pemimpin yang paling baik adalah pemimpin Konstantinopel dan tentera yang paling baik adalah tentera Konstantinopel.
Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa Istanbul akan dibuka oleh tangan kaum muslimin, Dan sultan Muhammad al-Fatih adalah pemilik martabat yang tinggi. Lalu berlakulah sebagaimana Nabi beritakan.
Telah dinukil dengan nukilan sahih dan Qat'i juga bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
إِنَّ الدِّينَ لَوْ كَانَ مَنُوطًا بِالثُّرَيَّا لَنَالَهُ رِجَالٌ مِنْ أَبْنَاءِ فَارِسٍ[6]
Sesungguhnya agama jika diamanahkan dengan bintang suraya maka sudah tentu didapatkan oleh lelaki-lelaki daripada kalangan anak-anak orang Parsi.
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan kepada para ulama, para wali yang tiada tandingannya yang dilahirkan dan dipelihara Iran dan diketuai oleh Abu Hanifah Rahimahullah.
187. Page
Dan Baginda bersabda:
عَالِمُ قُرَيْشٍ يَمْلأُ الأَرْضَ عِلْمًا[7]
Seorang alim Quraisy akan memenuhi bumi dengan ilmu.
Lalu Rasulullah mengisyaratkan kepada Imam Syafie rahimahullah dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenainya.
Dinukil dengan nukilan sahih dan qat'i bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
سَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي ثَلاَثًا وَسَبْعِينَ فِرْقَةً النَّاجِيَةُ وَاحِدَةٌ مِنْهَا، قِيلَ مَنْ هُمْ؟ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي[8]
Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga kelompok hanya satu yang selamat daripada kelompok-kelompok tersebut, Ditanya siapakah mereka? Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjawab, "Apa yang aku ke atasnya dan para sahabatku".
Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok, dan sesungguhnya kelompok sempurna yang terselamat daripada kelompok tersebut adalah ahlus sunnah wal Jamaah.
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda lagi:
القَدَرِيَّةُ مَجُوسُ هَذِهِ الأُمَّةِ[9]
Kelompok al-Qadariyah adalah Majusi umat ini.
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai kelompok Qadariyah yang menidakkan qadar dan terbahagi kepada kelompok-kelompok yang banyak.
Dan Baginda memberitahu mengenai kelompok Ar-Rafidah yang terbahagi kepada kelompok-kelompok dan cabang-cabang yang banyak.
Dan Dinukil dengan nukilan yang sahih dan qat'i juga, Bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada imam Ali yang maknanya adalah:
(سَيَهْلِكُ فِيكَ صِنْفَانِ مِنَ النَّاسِ كَمَا ضَلَّ فِي عِيسَى، أَحَدُهُمَا بِحُبٍّ مُفْرِطٍ، وَالْآخَرُ بِعَدَاوَةٍ مُفْرِطَةٍ،[10])
Akan binasa dalam kamu, dua kelompok manusia daripada manusia sebagaimana sesat dalam Nabi Isa, salah satu daripada kelompok tersebut adalah dengan kecintaan yang berlebih-lebihan dan yang lain adalah permusuhan yang berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Kaum nasrani telah berlebih-lebihan mencintai Saidina Isa dan melampaui batas syarak. Lalu mereka berkata, (Hasya) "Sesungguhnya baginda adalah anak lelaki Allah." Sedangkan Allah Maha suci daripada itu. Malah kaum Yahudi melampaui batas mereka kerana memusuhi Saidina Isa, dengan menolak kenabian Saidina Isa dan kesempurnaannya. Demikianlah juga engkau. Sebahagian manusia berlebih-lebihan mencintai engkau lalu melebihi batas syarak. Maka mereka akan binasa akibat kecintaan (yang berlebih-lebihan.)
Lalu bersabda mengenai mereka:
لَهُمْ نَبْزٌ يُقَالُ لَهُمْ الرَّافِضَةُ[11]
Mereka memiliki gelaran yang dipanggil sebagai al-Rafidah
Dan sebahagian manusia akan berlebih-lebihan dalam memusuhimu, dan mereka adalah al-Khawarij dan sebahagian yang cenderungcedurung yang berlebih-lebihan kepada bani Umayyah yang disebut sebagai an-Nasibah.
188. Page
Jika ditanya: Al-Quran menuntut kita mengasihi keluarga Nabi, dan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam amat menggalakkan cinta ini. Dan kadang-kadang cinta ini menjadi alasan bagi Syiah, kerana sesungguhnya ahli cinta adalah ahli yang mabuk /perkataan cadangan : berlebihan@melampau sampai satu tahap tertentu. Maka mengapakah syiah dan lebih-lebih lagi Rafidah tidak mengambil manfaat daripada kecintaan ini? Mungkin mereka adalah tawanan kecintaan yang berlebih-lebihan sebagaimana isyarat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam?
Jawapan: Cinta terbahagi kepada dua bahagian,
Bahagian pertama adalah cinta dengan makna harfi, iaitu cinta kepada Saidina Ali, Saidina al-Hasan, Saidina al-Husain dan keturunan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah cinta kerana Allah dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Maka kecintaan ini menambah kecintaan kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menjadi wasilah kepada kecintaan kepada Al- Hak swt, maka kecintaan ini adalah menurut syarak, dan berlebih-lebihan dalam kecintaan ini tidak memberi apa-apa kemudaratan, dan tidak melampaui batas, dan tidak perlu untuk mencela orang lain dan memusuhi mereka.
Dan yang lain adalah cinta dengan makna nama, atau mencintai dzat mereka. Atau apabila seseorang mencintai Saidina Ali dengan memikirkan keberanian, kepahlawanan dan kesempurnaannya dan mencintai Saidina al-Hasan dan al-Husain dengan memikirkan kelebihan-kelebihan kedua-keduanya tanpa memikirkan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam hatta jika mereka tidak mengetahui Allah dan rasulnya namun dia mencintai mereka, maka tidaklah kecintaan ini menyampaikan kepada kecintaan kepada Allah dan cinta Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan jika terdapat di dalam kecintaan ini berlebih-lebihan maka sesungguhnya ini mewajarkan celaan kepada orang lain dan memusuhi mereka./setakat sini bacaan waasil
Dan demikianlah mereka telah terjatuh ke dalam kerugian kerana sifat berlebih-lebihan mereka kepada Saidina Ali sebagaimana isyarat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan penolakan mereka terhadap Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar. Kecintaan yang negatif ini adalah penyebab kerugian.
Dan dinukil dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
إِذَا مَشَوْا مُطَيْطَاءَ وَخَدَمَتْهُمْ بَنَاتُ فَارِسَ وَالرُّومِ رَدَّ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ وَسَلَّطَ شِرَارَهُمْ عَلَى خِيَارِهِمْ[12]
Dan jika mereka berjalan dengan merentang tangan dan perempuan-perempuan Parsi dan Rom melayan mereka, maka Allah mengembalikan kekuasaan mereka di antara mereka. dan menguasakan orang jahat daripada kalangan mereka ke atas orang yang baik di kalangan mereka.
Maksudnya apabila perempuan-perempuan berketurunan Parsi dan Rom melayan kamu maka ketika itu berlakulah fitnah di antara kamu, dan berlakulah peperangan-peperangan di antara kamu, dan orang-orang jahat di antara kamu akan menguasai mereka yang baik dan bermanfaat daripada kamu. Selepas 30 tahun berlakulah sebagaimana yang baginda khabarkan.
Dinukil dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah bersabda
وَتُفْتَحُ خَيْبَرُ عَلَى يَدِ عَلِيٍّ[13]
Akan ditakluk Khaibar dengan tangan Ali
Pada hari kedua lebih daripada harapan berlakulah kejadian iaitu Saidina Ali merentap pintu benteng Khaibar dengan sebelah tangan seperti mukjizat Nabi, Lalu Saidina Ali menggunakan pintu tersebut sebagai perisai. Dengan taufik Allah berjaya ditawan, kemudian mencampakkan pintu itu di atas tanah, lapan orang lelaki yang kuat tidak dapat untuk mengangkat pintu tersebut daripada tanah. dalam riwayat yang lain empat puluh lelaki.
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ دَعْوَاهُمَا وَاحِدَةٌ[14]
Tidak berlaku kiamat sehingga dua kelompok saling berbunuhan sedangkan dakwaan mereka adalah satu.
Dan Baginda memberitahu mengenai perang yang berlaku di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyah di Siffin.
189. Page
Dan Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga bersabda:
إِنَّ عَمَّارًا تَقْتُلُهُ الفِئَةُ البَاغِيَةُ[15]
Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh kelompok pemberontak,
Lalu Ammar telah terbunuh di Siffin, Lalu Saidina Ali menggunakan ini sebagai dalil bahawa penyokong-penyokong Saidina Muawiyah adalah kelompok pemberontak, tetapi Saidina Muawiyah mentakwil hadis ini. Lalu Saidina Amru bin al-‘As berkata, "Kelompok pemberontak adalah mereka yang membunuhnya sahaja, bukannya semua daripada kami."
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
إِنَّ الفِتَنَ لاَ تَظْهَرُ مَادَامَ عُمَرُ حَيًّا[16]
Sesungguhnya fitnah-fitnah tidak muncul (di kalangan kamu) selagi Umar hidup. Maka telah berlaku begitu juga.
Kemudian sesungguhnya Suhail bin Amru ketika ia ditawan sebelum memeluk Islam, Saidina Umar berkata, "Izinkan aku untuk mencabut gigi-giginya, kerana sesungguhnya dia pernah memeras kaum kafir Quraisy untuk berperang dengan kefasihannya, Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
عَسَى أَنْ يَقُومَ مَقَامًا يَسُرُّكَ يَا عُمَرُ[17]
Semoga ia berdiri di tempat yang menggembirakan kamu, wahai Umar.
Dalam kejadian yang menyedihkan menyakit dan menyayat hati iaitu peristiwa kewafatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Saidina Abu Bakar berdiri di Madinah lalu menyampaikan khutbah yang memberi kesan dan mengucapkan takziah kepada semua dan menenangkan mereka dalam musibah mereka dengan padat yang sempurna. Sama seperti begitu Suhail pun berdiri juga di Mekah lalu menenangkan dan menggembirakan mereka dengan musibah mereka dan menyampaikan satu khutbah dengan kefasihannya yang terkenal yang sama dari sudut makna dengan khutbah Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Hatta kedua-dua khutbah hampir serupa dari sudut perkataan.
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Suraqah,
كَيْفَ بِكَ إِذَا لَبِسْتَ سُوَارَيْ كِسْرَى[18]
Bagaimanakah keadaanmu apabila kamu memakai dua gelang Kisra (raja Parsi).
Pada zaman kekhalifahan Saidina Umar, Kisra telah dimusnahkan, lalu didatangkan dengan perhiasan dan harta karun dan gelang-gelang kisra yang menarik. Lalu Saidina Umar memakaikan perhiasan tersebut kepada Suraqah, Lalu berkata:
“الحَمْدُ للهِ الذي سَلَبَهُمَا كِسْرَى وَأَلْبَسَهُمَا سُرَاقَةَ” فصدَّق الإخبار النبوي.
“Segala puji bagi Allah yang telah merampas kedua-dua gelang daripada Kisra dan memakaikan kedua-dua gelang tersebut kepada Suraqah.”
Ia menjadikan bahawa pemberitaan Nabi adalah benar.
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga bersabda,
إِذَا ذَهَبَ كِسْرَى فَلاَ كِسْرَى بَعْدَهُ[19]
Apabila Kisra Farisi pergi maka tiada Kisra selepasnya.
Nabi juga pernah bersabda kepada utusan Kisra:
لَقَدْ قَتَلَ ابْنُ كِسْرَى شِيرَوِيةَ بَرْوِيزَ أَبَاهُ كِسْرَى فِي يَوْمِ كَذَا[20]
Sesungguhnya anak Kisra yang bernama Syirawaih sekarang telah membunuh Barwiz ayahandanya, Kisra.
Lalu utusan Kisra pun mengambil kepastian dan kesahihan bahawa pembunuhannya berlaku pada hari yang Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu, lalu ia masuk Islam. Menurut beberapa hadis nama utusan itu adalah Fairuz.
Dan Telah dinukil dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai sepucuk surat yang diutus oleh Hatib bin Abi Balta'ah kepada kaum Quraisy secara rahsia. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengutus Saidina Ali dan Saidina al-Miqdad. Dan bersabda kepada mereka berdua,
Sesungguhnya di tempat tertentu ada sepucuk surat bersama seseorang lelaki/orang, pergilah kamu berdua dan datangkanlah surat itu.[21]
190. Page
Lalu mereka berdua pergi ke tempat yang tempat yang memang telah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu kepada mereka, dan membawa surat tersebut. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memanggil Hatib, dan bertanya mengapakah dia sanggup berbuat demikian, lalu dia memohon maaf dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menerima pemohonan maafnya.
Dan dinukilkan dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda berkenaan Utbah bin Abu Lahab:
يَأْكُلُهُ كَلْبُ اللهِ[22]
Ia dimakan oleh anjing Allah
Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai akibat Utbah yang mengejutkan, dan ketika keluar menuju ke Yaman seekor singa mendatangi dan memakannya, kejadian ini membenarkan khabar Rasul dan doa burukbaginda ke atasnya.
Dan Dinukil dengan nukilan yang sahih bahawa Saidina Bilal telah memanjat Kaabah ketika pembukaan Mekah lalu melaungkan azan, lalu duduklah para pemimpin Quraisy sambil berbual, Mereka adalah Abu Sufyan, Attab bin Usaid dan al-Haris bin Hisyam, Attab berkata: Sesungguhnya bapaku Usaid sangat/bertuah kerana dia pasti tidak menyaksikan hari ini, Lalu al-Haris "Tidakkah dapatkah Muhammad (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) menemui seorang lelaki selain gagak hitam ini untuk melaungkan azan?" Ia menghina Saidina Bilal, Lalu Abu Sufyan berkata: "Aku takut dan tidak berkata apa-apa. Hatta, jikalau tiada orang maka batu-batu di padang pasir ini akan memberitahunya, lalu baginda akan mengetahui perkara itu,"[23] Memang benar Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menemui mereka tidak lama kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu apa yang mereka katakan satu persatu. Pada ketika itu Attab dan al-Haris mengucap syahadah dan masuk Islam.
Maka Wahai orang mulhid yang miskin, wahai orang yang memiliki hati yang mati, wahai orang yang tidak mengenali rasul.
Lihatlah sesungguhnya dua orang daripada pemimpin Quraisy yang keras kepala telah memeluk agama Islam dengan satu pemberitahuan ghaib sahaja. Alangkah rosaknya hati kamu! Sesungguhnya kamu mendengar ribuan mukjizat seperti pemberitahuan ini yang mutawatir dengan tawatur maknawi. Walaupun begitu, kamu tetap tidak puas dengan kepuasan yang sempurna. Walau apa pun keadaan, marilah kita kembali kepada pokok perbincangan kita.
Dinukil dengan nukilan yang sahih bahawa Saidina al-Abbas telah menjadi tawanan di tangan para sahabat ketika perang Badar, lalu fidyah diminta daripadanya sebagai bayaran pembebasan lalu Saidina al-Abbas berkata, “Aku tidak memiliki harta.”
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
لَقَدْ أَوْدَعْتَ مَالًا فِي الْمَكَانِ الْفُلَانِيِّ عِنْدَ زَوْجِكَ أُمِّ الْفَضْلِ
Kamu meninggalkan harta sebanyak sekian-sekian, di tempat fulan di samping isteri kamu, Ummu Fadl. Lalu Saidina Abbas membenarkan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu berkata, “Ini adalah rahsia antara kami dan tiada yang mengetahui selain kami.”
Ketika itu beliau memeluk Islam dan menemui kesempurnaan iman. [24]
Dinukil dengan nukilan sahih dan Qat'i bahawa seorang penyihir yang perosak, Labid seorang Yahudi telah melakukan satu sihir yang ajaib dan berkesan untuk menyakiti Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Dia mengambil sebatang sikat dan menggulungkan rambut di sikat tersebut dan melakukan sihir ke atas sikat itu dan mencampakkannya ke dalam perigi. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saidina Ali dan kepada sahabat-sahabat.
اِذْهَبُوا إِلَى الْبِئْرِ الْفُلَانِيَّةِ وَائْتُوا بِأَدَوَاتِ وَآلَاتِ السِّحْرِ[25]
Pergilah ke perigi sekian dan datanglah dengan peralatan dan perkakas sihir
Lalu mereka pergi sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu dan mengambil peralatan tersebut. Setiap kali terurai satu simpulan maka Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendapati keringanan daripada kelesuan baginda.
Dan Dinukil juga dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada satu kelompok. Di dalam kelompok tersebut terdapat individu-individu yang mulia seperti Abu Hurairah dan Huzaifah,
ضِرْسُ أَحَدِكُمْ فِي النَّارِ أَعْظَمُ مِنْ أُحُدٍ[26]
Di dalam neraka, geraham salah seorang daripada kamu adalah lebih besar daripada gunung Uhud.
191. Page
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu akibat salah seorang daripada mereka yang menyakitkan lagi menakjubkan dengan kemurtadannya, lalu berkata Abu Hurairah, “Tiada siapa yang tinggal daripada jemaah tersebut kecuali aku dan seorang lelaki. Maka aku menjadi takut. Kemudian lelaki itu menyertai barisan Musailamah di perang yamama. Setelah itu dia terbunuh dalam keadaan murtad.”
Lalu muncullah hakikat pemberitahuan nabawi.
Dinukil dengan nukilan sahih bahawa sebelum memeluk Islam, Umair dan Safwan membuat keputusan untuk membunuh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan mendapat ganjaran harta yang banyak, Umair bermaksud membunuh Nabi lalu pergi ke Madinah. Lalu Rasul melihatnya dan memanggilnya lalu Rasul menyebut apa yang berlaku di antaranya dan Safwan, dan meletakkan tangannya di atas dada Umair lalu Umair berkata, "Ya" dan dia memeluk Islam.[27]
Telah berlaku khabar-khabar ghaib yang banyak sekali seperti ini, dan telah disebutkan dalam kitab enam yang sahih dan masyhur, dan telah diterangkan sanad-sanadnya dan kejadian-kejadian yang disebut dalam Risalah ini kebanyakannya adalah sabit dan qat'i dan yakin dalam kedudukan tawatur maknawi dan telah disebut oleh ulama hadis yang diketuai Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka masing-masing, di mana telah sepakat ahli tahqiq bahawa kedua-dua kitab ini adalah yang paling sahih selepas al-Quran, dan disebut juga sanad-sanad yang bersambung secara Mu'an'an dalam Sunan Imam al-Tarmizi, an-Nasa'i, Abu Daud, dalam Mustadrak al-Hakim dan Musnad imam Ahmad bin Hanbal dan Dalail an-Nubuwah milik al-Baihaqi.
Sekarang, wahai orang mulhid yang mabuk, Bagaimanakah kamu katakan bahawa Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah seorang yang genius kemudian kamu beredar tanpa mengambil sebarang perhatian kepadanya. Sudah pasti bahwa pemberitaan-pemberitaan yang benar bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib tidak kosong daripada dua bahagian:
Sama ada kamu katakan bahawa dalam peribadi yang suci itu pandangan yang tajam dan tepat dan kegeniusan yang luas, di mana beliau melihat dan mengetahui masa lalu dan masa hadapan bahkan dunia semuanya, dan melihat apa yang ada di dalam dunia, dan beliau memiliki mata yang melihat sudut-sudut dunia, timur dan barat, dan kegeniusan yang menyingkap semua zaman, masa lampau dan masa hadapan, Dan keadaan ini tidak mungkin berada dalam diri seorang manusia dan jika ditemui di dalam dirinya maka itu adalah anugerah luar biasa daripada anugerah-anugerah yang diberi daripada pencipta alam baginya, dan ini secara tepatnya adalah mukjizat yang paling agung semata-mata.
Ataupun engkau mempercayai bahawa diri yang diberkati itu adalah orang yang ditugaskan dan diperintah dan anak murid bagi dzat yang mana segala sesuatu berada di bawah pandangan dan pengurusan-Nya. Semua jenis alam semesta dan semua zaman di bawah perintah-Nya, dan semua tertulis dan dicatat dalam catatan-Nya yang besar, dan memberitahu anak murid dan menunjukkannya kepadanya apabila ia berkehendak, maka sesungguhnya Muhammad yang berbangsa Arab menerima pelajaran daripada Gurunya yang bersifat azali dan mengajar sebagaimana ia menerima.
Dinukil dengan nukilan yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika mengutus Khalid bin al-Walid untuk berperang kepada Ukaidir penghulu Daumatul Jandal baginda bersabda kepadanya,
إِنَّكَ تَجِدُهُ يَصِيدُ البَقَرَ[28]
Sesungguhnya kamu menemuinya ketika ia memburu lembu
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu bahawa Saidina Khalid bin al-Walid menemuinya ketika ia sedang memburu lembu liar, dan sesungguhnya ia akan menjadi tawanan tanpa sebarang pertempuran dan pertembungan, lalu Saidina Khalid pergi dan menemuinya sebagaimana disifatkan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menawan dan kemudian membawanya pulang.
Dan Dinukil dengan nukilan sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda mengenai sahifah yang ditulis kaum Quraisy menentang Bani Hasyim lalu mereka menggantung sahifah tersebut di atas atap Kaabah:
192. Page
Anai-anai telah memakan apa yang kamu telah tulis namun binatang tersebut tidak menyentuh nama-nama Allah yang ada di dalam sahifah tersebut. Mereka pun melihat sahifah tersebut. Mereka dapati sahifah tersebut adalah sebagaimana yang diberitahu oleh baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Dan Dinukil dengan nukilan sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai kemuculan taun yang besar ketika penaklukan Baitul Maqdis. Lalu Baitul Maqdisditakluk pada zaman Saidina Umar. Kemudian muncul satu taun yang dalam masa tiga hari seramai tujuh puluh ribu orang telah meninggal disebabkan taun tersebut. [30]
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga memberitahu mengenai pembinaan kota Basrah dan Baghdad sebelum kedua-dua kota tersebut wujud dan dibangun. Sesungguhnya perbendaharaan bumi akan memasuki Baghdad, dan orang arab akan berperang dengan orang Turki dan dengan bangsa-bangsa yang menetap di sekitar laut Khazar(Kaspia), dan kebanyakan bangsa-bangsa ini akan memeluk agama Islam, dan akan memerintah orang arab di tempat mereka sendiri, ketikamana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
يُوشِكُ أَنْ يَكْثُرَ فِيكُمْ العَجَمُ وَيَأْكُلُونَ فَيْئَكُمْ وَيَضْرِبُونَ رِقَابَكُمْ[31]
Hampir-hampir orang Ajam menjadi banyak di kalangan kamu, memakan harta rampasan kamu dan memenggal tengkok kamu.
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda lagi:
هَلاَكُ أُمَّتِي عَلَى يَدِ أُغَيْلِمَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ[32]
(Kemusnahan umatku berada di atas tangan budak-budak kecil daripada kaum Quraisy.)
Lalu baginda memberitahu mengenai kerosakan ketua-ketua bani Umayyah yang jahat seperti Yazid dan al-Walid.
Baginda juga memberitahu kemurtadan di sebahagian tempat seperti al-Yamamah.[33]
DanBaginda bersabda dalam perang Khandak yang terkenal:
إِنَّ قُرَيْشًا وَالأَحْزَابَ لاَ يَغْزُونِي أَبَدًا وَأَنَا أَغْزُوهُمْ[34]
Sesungguhnya Quraisy dan al-Ahzab tidak menyerangikubuat selama-lamanya tetapi akulah yang akan menyerangimereka.
Lalu zahirlah sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beritahu.
Dan Dinukil dengan nukilan sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda sebelum kewafatan baginda sebulan atau dua,
إِنَّ عَبْدًا خُيِّرَ فَاخْتَارَ مَا عِنْدَ اللهِ[35]
Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan lalu ia memilih apa yang ada di sisi Allah.
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu dengan itu tentang kewafatannya.
Dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda berkaitan dengan Zaid bin Suhan:
يَسْبِقُهُ عُضْوٌ مِنْهُ إِلَى الجَنَّةِ
Satu daripada anggota badannya mendahuluinya ke syurga. [36]
Lalu Rasul memberitahu bahawa salah satu daripada anggota badan Zaid akan menjadi syahid sebelumnya, bir zaman sonra Lalu terpotonglah salah satu tangannya dalam perang Nahawand, maksudnya tangan tersebut telah menjadi syahid sebelumnya, lalu itu memasuki syurga secara maknawi.
Perkara-perkara ghaib yang telah kami sebut ini adalah salah satu jenis daripada sepuluh jenis mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan kami tidaksebut satu bahagian daripada sepuluh bagi jenis tersebut secara keseluruhan. Sekarang kami telah menyebut secara umum bersama bahagian ini empat jenis daripada jenis pemberitaan secara ghaib yang sangat luas dalam kalimat ke dua puluh lima yang khas berkenaan kemukjizatan al-Quran.
Maka fikirkanlahdalam jenis ini dengan keempat-empat jenis yang besar yang di dalam jenis-jenis ini berita-berita ghaib dengan lidah al-Quran, dan perhatikanlah bagaimana ia menjadi dalil bagi kerasulan yang qat'i, dan tidak syak lagi dan bersinar, gemerlapan dan kuat. Sesiapa yang tidak rosak hati dan akalnya sama sekali tidak syak bahawa dia akan membenarkannya bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah utusan bagi Allah yang Maha Hak dan memiliki keperkasaan dialah Maha Pencipta segala sesuatu dan Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib, bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menerima berita-berita daripada-Nya.
193. Page
Isyarat ketujuh yang mempunyai nuktah:
Kami akan isyaratkan beberapa contoh yang sabit secara qat'i dan mutawatir maknawi daripada mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang khas dengan keberkatan makanan. Sebaiknya kita menyebut satu muqaddimah sebelum mendalami tajuk.
Muqaddimah: Sesungguhnya setiap satu daripada contoh-contoh yang mendatang sekitar mukjizat-mukjizat keberkatan ini dinukil dengan versi yang banyak, sehingga sebahagian daripada contoh-contoh ini telah dinukil dengan nukilan yang sahih dengan enam belas versi. Kebanyakan contoh-contoh ini berlaku di hadapan kehadiran jemaah yang banyak. Contoh-contoh ini juga disebut dan dinukil oleh ramai orang yang dipercayai ثقات dan benar (صادقون).
Sebagai contoh: Salah seorang telah meriwayatkan bahawa tujuh puluh orang telah memakan makanan dengan kadar satu sa' (kira-kira empat suapan) dan kesemua mereka kenyang. Kesemua orang (tujuh puluh orang) mendengar kata-kata perawi tersebut tanpa mendustakannya. Dengan erti kata lain mereka membenarkannya dengan sikap berdiam diri.
Pada hal, para sahabat yang bersungguh-sungguh dan benar (صادقون) yang mengumandangkan kebenaran (hak) dan hidup pada zaman itu iaitu zaman kebenaran dan hakikat; apabila melihat pembohongan dengan kadar sebesar atom dalam satu kata-kata maka mereka pasti menolak dan mendustakan kata-kata tersebut. Adapun peristiwa-peristiwa yang akan kami sebut di sini telah diriwayatkan oleh ramai perawi, dan juga telah disahkan oleh ramai orang dengan sikap mendiam diri. Oleh itu, setiap peristiwa yang sabit secara qat'i seakan-akan mutawatir maknawi.
Setelah memberi sepenuh perhatian untuk memelihara ayat-ayat dan al-Quran al-Karim, sejarah dan sirah menjadi saksi bahawa para sahabat lebih banyak, memberi sepenuh perhatian kepada pemeliharaan perbuatan dan perkataan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, terutama perhatian mereka dengan segala kekuatan yang mereka ada dengan menghafal keadaan-keadaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berkaitan dengan hukum-hukum dan mukjizat-mukjizat. Bahkan mereka memberi sepenuh perhatian kepada kesahihan keadaan-keadaan tersebut. Mereka tidak mengabaikan hatta kepada perkara yang paling kecil seperti gerak, sirah atau keadaan daripada keadaan-keadaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kitab-kitab hadis juga menjadi saksi bahawa mereka tidak mengabaikan bahkan mencatat hadis-hadis.
Kemudian ramai daripada mereka mencatat mukjizat-mukjizat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum-hukam lalu mengikat dengan tulisan pada era kebahagiaan, terutama tujuh orang Abdullah yang mendhabit (mencatatkan) perkara-perkara di atas dengan tulisan, terutama sekali para penterjemah al-Quran iaitu Abdullah bin ‘Abbas dan Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As. Ribuan penyelidik daripada golongan Tabi’in yang datang selepas tiga puluh atau empat puluh tahun telah mengikat hadis-hadis dan mukjizat-mukjizat nabi dengan tulisan. Diikuti pula selepas itu pada permulaan empat orang imam mujtahid dan ribuan ahli muhaddis yang juga penyelidik telah menukil dan menjaga hadis-hadis itu dengan tulisan. Kemudian datang selepas dua ratus tahun hijrah, enam orang pemilik kutub as-sittah (kitab-kitab hadis yang enam) yang diterima di sisi umat yang diketuai oleh al-Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Mereka meletakkan tugas menjaga hadis-hadis tersebut di atas pundak mereka.
Kemudian muncul pula ribuan pengkritik yang keras seperti Ibnu al-Jauzi. Mereka membezakan hadis-hadis palsu yang dimasukkan oleh sebahagian orang tidak beragama, jahil, lemah hafazannya atau lemah fikirannya lalu mereka menjelaskan hadis-hadis tersebut.
Kemudian datang selepas mereka ramai ulama yang cerdik dan juga menjadi para penyelidik seperti Jalaluddin as-Suyuti yang sebanyak tujuh puluh kali telah berjumpa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan beliau diberi kemulian dengan berbicara dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam keadaan jaga (yaqazah) sebagaimana yang telah disahkan perkara ini oleh ahli Kasyaf). Lalu mereka membezakan hadis-hadis sebenar yang sahih daripada segala kata-kata lain (selain hadis) dan hadis-hadis palsu.
194. Page
Demikianlah, peristiwa-peristiwa dan mukjizat-mukjizat yang akan kami sebut yang telah sampai kepada kita dalam keadaan sahih dan dinukil dari tangan ke tangan dan melalui banyak tangan orang yang dipercayai lagi amanah yang tidak dapat dikira dan tidak dapat dihitung.
اَلْحَمْدُ للهِ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي
Segala pujian bagi Allah, Ini adalah daripada kelebihan Tuhanku…
Berdasarkan kepada perkara ini, maka jangan sekali-kali tidak terlintas di dalam fikiran seseorang tentang bagaimana kita mengetahui bahawa peristiwa-peristiwa itu tidak tercemar, sedangkan peristiwa-peristiwa itu datang kepada kita sejak waktu itu sehingga waktu kita sekarang ini dan dengan jarak yang jauh namun peristiwa-peristiwa itu tetap murni.
Contoh Pertama Bagi Mukjizat Muktamat yang berkait Keberkatan Makanan: Para pemilik kitab-kitab hadis Sahih yang enam meriwayatkan dan di hadapan mereka adalah al-Imam al-Bukhari dan Muslim telah bersepakat bahawa Ummu Sulaim iaitu ibu kepada Saidina Anas telah menggoreng satu atau dua genggam buah kurma dengan minyak ketika majlis perkahwinan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan Siti Zainab Radhiyallahu ‘Anha. Kemudian Ummu Sulaim meletakkan kurma tersebut di dalam bekas. Kemudian beliau menghantar makanan tersebut kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersama Saidina Anas. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saidina Anas:
Serulah si fulan dan si fulan. Dan jemputlah setiap seorang daripada mereka yang kamu terserempak dengannya.
Saidina Anas pun menjemput sesiapa sahaja yang beliau temui. Kira-kira tiga ratus orang sahabat telah datang lalu mereka memenuhi Suffah dan bilik kebahagiaan (bilik Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) . Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
تَحَلَّقُوا عَشَرَةً عَشَرَةً
Iaitu, Buatlah bulatan (halaqah) sepuluh orang sepuluh orang
Kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan tangannya yang mulia dan diberkati di atas makanan yang sedikit itu, dan berdoa kepada Allah kemudian bersabda: Silakan).Kesemua sahabat yang berjumlah tiga ratus itu makan dan kenyang kemudian keluar. Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun bersabda kepada Saidina Anas:
اِرْفَعِ الطَّعَامَ
Angkatlah makanan itu
Kemudian Saidina Anas berkata, Aku tidak mengetahui adakah makanan itu menjadi lebih banyak ketika aku meletak atau ketika mengangkat makanan tersebut. Aku tidak pasti[37]
Contoh kedua: Abu Ayyub al-Ansari yang sebagai penolong Nabi SAW ketika baginda mengunjungi rumahnya Abu Ayyub berkata, "Saya telah membuat makanan bagi dua orang, yang mencukupi bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Abu Bakar as-Siddiq"
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اُدْعُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَشْرَافِ الأَنْصَارِ
Jemputlah tiga puluh orang daripada para pemuka golongan Ansar.
Para pemuka golongan Ansar datang dan makan.
Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda lagi,
اُدْعُ سِتِّينَ
(jemputlah enam puluh orang lagi,)
Saya menjumput enam puluh lagi Para pemuka golongan Ansar datang dan makan.
Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda lagi,
اُدْعُ سَبْعِينَ
(jemputlah tujuh puluh orang)
195. Page
Saya telah jemput tujuh puluh lagi, mereka datang dan makan. Namun demikian makanan yang tinggal di dalam bekas-bekas masih tetap berlebih. Setiap orang yang datang telah memeluk Islam di hadapan mukjizat ini dan mengucapkan janji setia. Sebanyak seratus lapan puluh orang lelaki telah makan makanan yang hanya cukup untuk dua orang.[38]
Contoh ketiga: Diriwayatkan dengan versi-versi yang berbilang-bilang melalui versi Saidina Umar bin al-Khattab, Abu Hurairah, Salamah bin al-Akwa' dan Abu Amrah al-Ansari bahawa mereka telah berkata, "Pasukan tentera telah ditimpa kelaparan dalam salah satu ghazwah. Lalu mereka merujuk kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
(اِجْمَعُوْا بَقِيَّةَ أَزْوَادِكُمُ الَّتِي فِي أَخْرَاجِكُمْ)
Kumpulkanlah baki bekalan kamu yang ada dalam bekas kamu.
Setiap orang datang dengan membawa sedikit kurma, paling banyak yang mereka bawa adalah empat genggam. Kemudian mereka meletakkan bekalan tersebut di atas karpet. Salamah berkata, "Aku mengira jumlah makanan tidak melebihi seekor kambing yang sedang membongkok.” Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa dengan keberkatan. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada mereka,
(لِيَأْتِ كُلَّ وَاحِدٍ بِوِعَائِهِ)
Hendaklah setiap seorang datang dengan membawa bekasnya.
Mereka bergegas dan datang dengan bekas-bekas masing-masing. Tiadalah satu bekas pun yang tinggal di dalam pasukan tentera tersebut melainkan bekas tersebut telah mereka penuhkan. Dan, Hanyalah lebihan daripada kurma tersebut sahaja yang tinggal.
Seorang perawi daripada sahabat berkata, "Aku dapati daripada kisah keberkatan ini, kalaulah datang semua penduduk bumi pastilah makanan itu cukup bagi mereka juga.[39]
Contoh Keempat: Para pemilik kitab-kitab hadis sahih dan diketuai oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Abdul Rahman bin Abu Bakar as-Siddiq telah berkata: "Kami berjumlah seratus tiga puluh orang sahabat bersama Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam satu perjalanan. Sebanyak empat genggam daripada gandum iaitu lebih kurang satu sa' telah dijadikan doh roti. Seekor kambing telah disembelih lalu dimasak. Hati dan kedua-dua buah pinggang binatang itu turut dipanggang. Kemudian Abdul Rahman berkata, "Demi Allah, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memotong bagi setiap seorang daripada seratus tiga puluh orang sepotong daripada daging panggang itu. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan daging yang dimasak ke dalam dua mangkuk. Kami makan daripada daging tersebut sehingga kami kenyang. Dan baki daripada kambing itu ada di dalam dua mangkuk. Kemudian saya memikulkan ke atas unta.[40]
Contoh Kelima: Kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan sebuah riwayat yang sabit secara qat'i: bahawa Saidina Jabir al-Ansari mengumumkan satu sumpah bahawa seribu orang lelaki telah memakan dari empat sa' roti yang diperbuat daripada barli dan daging anak kambing dalam Ghazwah al-Ahzab yang mulia. Namun demikian daging itu masih berbaki dan seakan-akan tidak dimakan sedikit pun. Kemudian Saidina Jabir berkata, “Sesungguhnya makanan telah dimasak pada hari itu di rumahku lalu kaum lelaki yang berjumlah seribu orang makan dari sa' itu dan daripada daging anak kambing kemudian pergi. Sedangkan periuk kami masih mendidih dan doh pula sedang dibuat roti. Rasul Allah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah meletakkan air liornya yang diberkati ke dalam periuk. Kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa untuk keberkatan.[41]
Lalu Saidina Jabir menyebut satu sumpah dengan nama Allah bahawa mukjizat keberkatan ini berlaku di hadapan kehadiran seribu sahabat dengan menjelaskan hubungan mereka dengan mukjizat itu. Jika demikian boleh dikatakan: Sesungguhnya peristiwa ini adalah sabit secara qat'i dan seakan-akan seribu orang meriwayatkan hadis ini.
196. Page
Contoh Keenam: Dinukil dengan nukilan yang sahih secara qat'i bahawa Abu Talhah yang masyhur, iaitu pakcik Saidina Anas, khadam kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berkata, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberi makan tujuh puluh atau lapan puluh orang lelaki sedikit roti yang terbuat daripada barli yang Anas bawa di bawah ketiaknya sehingga mereka kenyang. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan untuk memecahkan roti yang sedikit ini. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa untuk keberkatan. Oleh kerana, rumah itu sempit kecil, mereka pun datang sepuluh orang sepuluh orang secara bergilir-gilir. Kemudian mereka keluar dalam keadaan kenyang.[42]
Contoh Ketujuh: Kitab-kitab hadis sahih seperti sahih Muslim meriwayatkan dan begitu juga telah disebut dalam buku Asy-Syifa’ as-Syarif dengan nukilan yang sahih secara qat'i bahawa Saidina Jabir al-Ansari telah berkata: "Seorang lelaki telah meminta makanan daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bagi tanggungannya. Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun memberinya separuh bawaan unta daripada barli. Lalu lelaki tersebut dan tanggungan serta tetamu-tetamunya memakan daripada barli tersebut dalam jangka masa yang panjang. Kemudian mereka melihat dan dapati bahawa barli itu tidak luak. Mereka pun menimbang barli itu untuk mengetahui berapa yang kurang, tak semena-menanya diangkatlah keberkatan dan hilang. Barli itu pun mula berkurang. Beliau pun datang bertemu Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan memberitahu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan apa yang berlaku. Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkata kepadanya sebagai jawapan:
لَوْ لَمْ تَكِلْهُ لَأَكَلْتُمْ مِنْهُ وَلَقَامَ بِكُمْ
Jika kamu tidak menimbang barli itu maka kamu akan makan daripadanya dan, akan mencukupimu sepanjang hidup kamu. [43]
Contoh Kelapan: Sunan at-Tirmizi, Sunan al-Nasa'i, Dalail al-Baihaqi, Syifa’ as-Sharif, dan lain-lain telah meriwayatkan bahawa Samurah bin Jundub telah berkata: "Semangkuk besar daging telah dibawa kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian ramai orangmakan dari pagi hingga petang secara berbondong-bondong.”[44]
Berdasarkan kepada rahsia yang telah kami terangkan pada muqaddimah, sesungguhnya kejadian keberkatan ini bukan hanya riwayat Samurah bin Jundub sahaja, tetapi Samurah mengumumkan mengenai perkara ini sebagai wakil bagi kelompok yang makan dari makanan tersebut berdasarkan kepada pengesahan mereka seakan-akan Samurah adalah wakil mereka.
Contoh Kesembilan: Para penyelidik yang benar dan dipercayai seperti pemilik kitab asy-Syifa’ asy-Syarif, Ibnu Abu Syaibah yang masyhur dan Imam at-Tabrani telah meriwayatkan satu riwayat yang sahih bahawa Abu Hurairah telah berkata, "Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memerintahkanku untuk menjemput orang fakir daripada golongan Muhajirin yang mencecah bilangan mereka lebih daripada seratus orang. Mereka telah menjadikan Suffah masjid Nabi yang mulia sebagai tempat tinggal. Aku pun mencari dan mengumpulkan mereka. Lalu diletakkan di hadapan kami semua satu dulang makanan. Lalu kami makan sesuka hati kami kemudian beredar. Namun makanan itu masih penuh sepertimana diletak sebelumnya melainkan telah zahir kesan jari-jemari di atas makanan.[45]
Di sini, Saidina Abu Hurairah memberitahu dengan menggunakan nama kesemua ahli suffah yang sempurna bersandarkan kepada pengesahan mereka. Oleh yang demikian, riwayat ini adalah sabit secara qat'i dan seakan-akan semua ahli Suffah telah meriwayatkan mukjizat ini secara maknawi.
Adakah mungkin mereka yang benar dan sempurna hanya mengambil sikap berdiam diri tanpa mendustakannya jika berita ini tidak sahih dan benar?
Contoh Kesepuluh: Telah dinukil dengan nukilan yang sahih dan qat'i bahawa Saidina Imam Ali telah berkata: “Pada satu hari Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengumpulkan Bani Abdul Muttalib. Jumlah mereka adalah empat puluh orang lelaki. Sebahagian daripada mereka mampu memakan seekor anak unta secara keseluruhan dan meminum empat uqiyah susu. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam membuat satu cupak makanan bagi kesemua mereka. Kesemua mereka makan dan kenyang, tetapi makanan masih seperti sebelum dimakan. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam membawakan mereka susu dalam satu bekas yang terbuat daripada kayu yang hanya cukup untuk tiga atau empat orang paling banyak. Kesemua mereka telah minum dan kenyang. Namun susu yang tinggal seperti belum pernah diminum.[46]
197. Page
Ini adalah mukjizat keberkatan yang sabit secara qat'i seperti sabitnya keberanian dan kebenaran Saidina Ali.
Contoh Kesebelas: Telah dinukil dengan nukilan yang sahih, bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan Saidina Bilal al-Habsyi dalam majlis perkahwinan antara Saidina Ali dan Saidatina Fatimah az-Zahra’ untuk dibuat roti daripada empat atau lima cupak tepung dan disembelih seekor daripada anak unta. Saidina Bilal berkata, “Lalu aku datang membawa makanan. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun meletakkan tangannya yang diberkati d ke atas makanan tersebut. Kemudian datang para sahabat secara berkelompok. Mereka makan lalu keluar. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendoakan keberkatan ke atas makanan yang berbaki juga. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menghantar sedulang makanan kepada setiap seorang daripada isteri-isteri baginda yang suci. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan isteri-isteri baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk makan dari dulang tersebut dan memberi makan kepada sesiapa yang menziarahi mereka.[47]
Ya, sudah tentu perlukeberkatan dalam perkahwinan yang diberkati seperti ini dan berlakunya adalah sabit secara qat'i.
Contoh Kedua Belas: Al-Imam Ja'far as-Sadiq meriwayatkan daripada bapanya al-Imam Muhammad al-Baqir dan beliau pun daripada bapanya Zainal Abidin dan beliau pun daripada al-Imam Ali: bahawa Saidatina Fatimah az-Zahra’ telah memasak makanan yang hanya mencukupi untuk mereka berdua kemudian Sayidatina Fatimah mengutus Saidina Ali untuk menjemput Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datang dan mereka makan bersama. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memuliakan mereka (iaitu Saidina Ali dan keluarganya) dan memerintahkan untuk mengirim daripada makanan tersebut kepada setiap seorang daripada isteri-isterinya Setelah meninggalkan sedulang daripada makanan tersebut bagi diri Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan sedulang bagi Saidina Ali, Saidatina Fatimah dan kedua-dua anak-anak mereka. Sayidatina Fatimah berkata, “Kami pun mengangkat periuk kami, namun periuk itu masih penuh. Lalu kami makan daripada makanan tersebut dengan kehendak Allah beberapa/sekian lama.”[48]
Agaknya, mengapakah kamu tidak mempercayaimukjizat keberkatan ini yang zahir daripada silsilah riwayat yang penuh dengan nur yang tinggi seperti telah melihat mata kamu sendiri., Ya, syaitan pun tidak dapat menemui alasan di hadapan mukjizat ini (untuk mendustakannya)?
Contoh Ketiga Belas: Para imam yang benar seperti Abu Daud, Ahmad ibn Hanbal, dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Dukain al-Ahmasi bin Said al-Muzani, daripada seorang sahabat Nabi, Nu'man bin Muqarrin dan enam orang saudaranya yang telah diberi kemuliaan untuk dapat bersama dengan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Dan juga daripada riwayat Jarir dengan versi yang banyak daripada Saidina Umar bin al-Khattab, “Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan Saidina Umar untuk menambah bekalan dan makanan simpanan untuk perjalanan empat ratus orang penunggang kuda yang datang daripada kabilah Ahmasi.” Lalu Saidina Umar berkata: “Wahai Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, sesungguhnya makanan simpanan yang ada hanyalah beberapa sa', jumlah semuanya adalah dengan kadar anak unta membongkok.” Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِذْهَبْ فَزَوِّدْهُمْ
“Pergilah kamu dan tambahlah bekalan mereka.”
Saidina Umar pun pergi dan memberi apa yang mencukupi para pasukan berkuda yang berjumlah empat ratus orang itu berupa bekalan dan makanan simpanan sebanyak setengah bawaan daripada tamar.
Lalu berkata: “Yang tinggal adalah seperti sebelumnya seakan-akan tidak berkurang sedikitpun.”[49]
Berlakulah mukjizat keberkatan yang berkaitan dengan empat ratus orang lelaki, khasnya Saidina Umar dan mereka-mereka yang berada di belakang riwayat-riwayat ini Sikap berdiam diri mereka adalah satu pengesahan. Janganlah kamu katakan ini adalah khabar Ahad lalu kamu beredar. Peristiwa-peristiwa ini mewariskan keyakinan dan kepuasan sebagaimana mewariskan tawatur maknawi hatta walaupun ini adalah khabar Ahad.
198. Page
Contoh Keempat Belas: Para pemilik kita-kitab hadis sahih dan diketuai al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa bapa Saidina Jabir telah meninggal dunia dan meninggalkan hutang yang banyak. Para pemiutang adalah orang yahudi. Lalu Saidina Jabir memberikan semua harta benda bapanya kepada para pemiutang, tetapi mereka tidak berpuas hati. Pada hal Buah-buahan di dusun beliau pun tidak cukup untuk membayar baki hutang walaupun bertahun-tahun. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِقْطِفُوْا ثِمَارَ الْبُسْتَانِ وَاجْمَعُوهَا
Petik dan kumpulkan buah-buahan di kebun.
Lalu mereka melakukan sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam perintahkan. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berjalan-jalan di antara buah-buahan tersebut dan berdoa. Saidina Jabir dapat menunaikan semua hutang kepada para pemiutang bapanya daripada hasil itu. Ada pun yang tinggal daripada buah-buahan adalah sama dengan kadar hasil yang dipetik dalam setahun. Dalam riwayat lain, “yang tinggal adalah sama seperti apa yang diberi kepada para pemiutang.” Orang Yahudi amat berasa takjub daripada peristiwa ini dan kagum.[50]
Mukjizat keberkatan yang jelas ini adalah mukjizat keberkatan yang bukanlah hanya riwayat sebahagian para perawi seperti Saidina Jabir sahaja, tetapi mukjizat ini adalah setahap dengan mutawatir maknawi yang diriwayatkan oleh kesemua mereka sebagai wakil bagi para lelaki yang ramai yang peristiwa tersebut berkaitan dengan mereka.
Contoh Kelima Belas: Para penyelidik meriwayatkan dan di hadapan mereka adalah al-Imam at-Tirmizi dan al-Baihaqi sebuah riwayat yang sahih daripada Abu Hurairah bahawa beliau telah berkata, “Pasukan tentera telah diserang kelaparan dalam satu ghazwah daripada ghazwah-ghazwah.” Dalam satu riwayat: “ghazwah Tabuk.” Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
هَلْ مِنْ شَيْءٍ
Adakah sesuatu? Baginda seruh
Aku berkata, “Sedikit tamar di dalam bekas.” Dalam satu riwayat: “Lima belas biji kurma.” Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
فَأْتِ بِهِ
“Bawalah ke mari”
Lalu aku membawa kurma tersebut. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memasukkan tangannya yang diberkati ke dalam bekas tersebut lalu mengeluarkan segenggam lalu diletakkan ke dalam bekas dan berdoa untuk keberkatan kemudian memanggil tentera sepuluh orang sepuluh orang. Kesemua mereka makan. Kemudian Baginda bersabda:
خُذْ مَا جِئْتَ بِهِ وَاقْبِضْ عَلَيْهِ وَلاَ تَكُبَّهُ
(Ambillah apa yang engkau telah datang dengan kurma itu dan genggamlah. Dan janganlah engkau terbalikkan.)
Saya mengambil bekas, meletakkan tangan saya ke dalam bekas itu lalu tercapailah tanganku ke atas beberapa kurma sepertimana aku telah bawa kurma itu. Kemudian aku makan daripada kurma ini[51] semasa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam hidup dan ketika Abu Bakar, Umar dan Usman hidup.
Dan diriwayatkan melalui versi lain, "Aku telah menafkahkan daripada kurma-kurma ini seberat bawaan (beberapa ekor unta betina) di jalan Allah. Kurma bersama bekas itu dicuri ketika Usman terbunuh.[52]
Maka mukjizat keberkatan ini yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam kelompok manusia seperti ghazwah Tabuk. Abu Hurairah adalah seorang murid yang paling penting di Suffah yang juga merupakan madrasah yang suci dan rumah zikir bagi guru alam semesta dan kebanggaan alam, Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Beliau juga menerima doa Nabi untuk menambah hafazannya. Semestinya mukjizat ini sabit dan kuat seperti sabit dan kuatnya riwayat tentera dari sudut makna.
199. Page
Contoh Keenam Belas:
Kitab-kitab hadis sahih seperti Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah riwayat yang qat'i, iaitu, Saidina Abu Hurairah telah diserang kelaparan. Kemudian beliau mengikut Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ke rumahnya yang mulia. Mereka berdua menemui susu dalam bejana yang didatangkan sebagai hadiah dan diletak di sana. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkannya untuk memanggil ahli Suffah. Abu Hurairah berkata dalam dirinya, "Sesungguhnya aku dapat meminum semua susu. Aku lebih perlu kepada susu itu, tetapi aku mengumpulkan mereka sebagai mentaati perintah Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Aku pun membawa mereka. Jumlah mereka melebihi seratus orang.” Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadaku,
اِسْقِهِمْ
berikanlah mereka minum
Lalu aku memberi mereka minum susu yang ada di dalam bejana seorang demi seorang. Setiap seorang minum sehingga kenyang kemudian diberikan kepada yang lain dan demikianlah ahli suffah minum seorang demi seorang daripada susu yang murni itu, kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
بَقِيَ أَنَا وَأَنْتَ فَاشْرَبْ
Yang tinggal aku dan kamu maka minumlah
Lalu aku minum dan setiap kali aku sudah minum, baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadaku lagi, minumlah.
Sehinggalah aku berkata, “Demi dzat yang mengutusmu dengan hak yang memiliki kekuasaan, tidak ada tempat bagiku untuk minum.” Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengambil bekas itu. Lalu membaca bismillah, mengucapkan tahmid dan minum bakinya. Kesihatan bagimu wahai Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebanyak seratus ribu kali.” [53]
Bagi orang yang tidak menerima riwayat ini yang datang daripada Abu Hurairah yang menjadikan semua Ahli Suffah sebagai saksi secara maknawi, seakan-akan Abu Hurairah menjadi wakil bagi mereka dan dia adalah seorang murid yang benar, seorang hafiz dan masyhur bagi madrasah as-Suffah yang merupakan madrasah milik Nabi Muhammad yang suci, sedangkan mukjizat yang cemerlang ini adalah mukjizat keberkatan yang halus seperti susu yang murni lagi suci yang tiada syak dan tiada keraguan di dalamnya adalah riwayat yang sabit secara qat'i seperti ‘ainul yaqin dalam kitab-kitab hadis sahih yang enam dan diketuai oleh al-Imam al-Bukhari yang menghafal lima ratus ribu hadis. Saya katakan, orang yang tidak menerima riwayat itu dengan penerimaan yang qat'i seperti penerimaannya bagi mutawatir adalah sama ada rosak hatinya atau hilang akalnya.
Aku tertanya-tanya di dalam hati, adakah mungkin bagi seseorang seperti Abu Hurairah yang صادق benar, yang semua kehidupannya mengorbankan untuk hadis dan agama, beliau juga mendengar hadis ini,
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ[54]
Sesiapa yang berdusta menggunakan namaku secara sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di neraka.
Malah, beliau sendiri yang meriwayatkan hadis ini untuk menjatuhkan nilai yang telah dia hafal daripada hadis-hadis Nabi, untuk menimbulkan keraguan dalam kesahihan hadis-hadis Nabi, untuk meriwayatkan satu peristiwa yang tiada dasar baginya daripada kesahihan, kemudian berkata-kata dengan kata-kata yang berlawanan yang bertujuan untuk mendustakan ahli Suffah? Sama sekali tidak.
Wahai tuhanku, berilah keberkatan dalam apa-apa yang telah engkau berikan kepada kami dengan kehormatan keberkatan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ini, rezeki yang bersifat maddi dan maknawi.
200. Page
Satu Nuktah yang penting:
Diketahui umum bahawa ketika mana telah berkumpul banyak perkara-perkara yang lemah maka perkara-perkara tersebut akan menjadi kuat. Apabila benang-benang yang amat nipis dikumpulkan maka itu akan menjadi tali yang kuat. Apabila tali-tali yang kuat dikumpulkan semuanya maka tiadalah sesiapa yang boleh memotongnya. Kami telah terangkan lima belas contoh bagi bahagian pertama yang terdiri daripada lima belas bahagian bagi mukjizat keberkatan yang terdiri daripada lima belas jenis mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Maka setiap contoh daripada contoh-contoh itu adalah dalil yang kuat secara zatnya setahap mengisbatkan kenabian. Jika kita anggap bahawa sebahagian daripada contoh-contoh tidaklah kuat, maka kita tidak dapat mengatakan bahawa bahagian itu bukannya kuat kerana sesiapa yang berpakat dengan yang kuat maka ia akan menjadi kuat.
Sesungguhnya berkumpulnya contoh-contoh yang berjumlah lima belas ini dengan tawatur maknawi yang qat'i maka tidak syak di dalamnya menunjukkan satu mukjizat yang besar dan kuat. Maka mukjizat yang agung di dalam kelompok ini apabila digabungkan dengan bahagian-bahagian yang empat belas ini yang tidak menyebut isi mukjizat-mukjizat keberkatan maka pasti telah zahir di dalamnya satu mukjizat teragung yang kuat yang tidak terputus dan tidak terpisah seperti pembuatan tali-tali yang kuat dengan dikumpulkan. Kemudian mukjizat yang teragung ini ditambah ke dalam kelompok semua jenis-jenis mukjizat yang berjumlah empat belas. Maka kamu akan melihat bagaimana mukjizat-mukjizat ini menunjukkan bukti-bukti bagi kenabian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang qat'i dan kuat yang tidak bergoncang.
Maka tiang kenabian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah tiang yang kuat seperti gunung yang terdiri daripada kelompok ini. Maka sekarang kamu telah memahami dan dapati tahap kedunguan bagi sesiapa yang berpendapat bahawa atap yang kukuh dan tinggi itu (kenabian Rasulullah saw) boleh terjatuh dan tidak sabit dengan sebab perkara-perkara syubhah yang terbit daripada salah faham dalam bahagian-bahagian dan contoh-contoh ini.
Ya, sesungguhnya mukjizat-mukjizat yang khas mengenai keberkatan makanan, menunjukkan bahawa Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berbangsa Arab adalah orang petugas yang dikasihi bagi Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah yang memberi rezeki kepada semua dan mencipta rezeki. Baginda seorang hamba-Nya yang dihormati sehinggga Allah SWT berlawanan dengan adat kebiasaan-Nya mengirim kepada baginda daripada ketiadaan dan ghaib sahaja berupa hidangan-hidangan daripada berjenis-jenis rezeki..
Dan diketahui bahawa semenanjung arab adalah satu tempat yang terdapat sedikit air dan sedikit pertanian. Oleh itu para penduduk tanah Arab lebih-lebih lagi para sahabat pada awal Islam ditimpa kesempitan hidup. dan kebanyakannya menderita akibat kekurangan air. Berdasarkan kepada hikmah ini telah timbul mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang cemerlang dalam makanan dan air. Perkara-perkara yang luar biasa ini adalah lebih dianggap sebagai kekurniaan tuhan, kebaikan Rabbani dan hidangan Rahmani bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdasarkan kepada keperluan selain daripada dianggap sebagai mukjizat dan dalil di atas kenabian. Kerana sesungguhnya orang yang telah melihat mukjizat-mukjizat tersebut maka mereka telah pun membenarkan kenabian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, bahkan setiap kali muncul mukjizat maka bertambahlah keimanan dan menjadi nur di atas nur.
201. Page
Isyarat Kelapan:
Isyarat ini menerangkan satu bahagian daripada mukjizat-mukjizat yang muncul dalam keadaan-keadaan yang berkaitan dengan air.
Pengenalan: Diketahui umum bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di hadapan jemaah apabila diriwayatkan dari jalan al-Ahad tidak didustakan maka itu menunjukkan bahawa peristiwa-peristiwa tersebut adalah benar, kerana sesungguhnya dalam fitrah manusia terdapat kecenderungan secara fitrah yang membawa pemiliknya untuk berkata kepada pembohongan bahawa itu adalah satu pembohongan. Khasnya para sahabat Nabi yang mereka tidak berdiam diri di atas pembohongan lebih daripada mana-mana kaum, dan khasnya apabila peristiwa-peristiwa itu berkaitan dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan lebih khas lagi apabila para perawi mereka adalah daripada orang yang terkenal daripada kalangan sahabat. Maka tidak syak bahawa perawi bagi satu khabar yang ia khabarkan adalah sebagai seorang wakil bagi jemaah yang telah melihat peristiwa itu. Sedangkan mukjizat-mukjizat yang berkenaan dengan air yang akan kita sebut sekarang adalah, beribu-ribu para penyelidik tabiin telah menerima setiap satu daripada contoh-contoh daripada tangan-tangan para sahabat dengan versi-versi yang banyak. Kemudian mereka meletakkan mukjizat-mukjizat itu di tangan ahli-ahli ijtihad kurun kedua. Kemudian ahli-ahli ijtihad kurun kedua mengambil dan menerima dengan kesungguhan, penghormatan dan sanjungan yang sempurna. Lalu mereka menyerahkan contoh-contoh itu kepada para penyelidik pada kurun selanjutnya dan demikianlah berpindahnya pada setiap tingkatan daripada versi tangan-tangan yang kuat sehingga sampai ke zaman kita.
DanKemudian, kitab-kitab hadis yang tertulis pada era kebahagiaan dinukil ke kurun yang selanjutnya dengan nukilan yang sahih dan selamat, sehingga sampai kepada tangan para imam yang genius dalam ilmu hadis seperti imam al-Bukhari dan Muslim. Kemudian para imam melakukan penjelasan mengenai kedudukan hadis-hadis dengan penyelidikan yang sempurna. Mereka juga mengumpulkan apa-apa yang tiada syubhat bagi kesahihannya, dan mereka mengajar dan mempersembahkannya bagi kita,
جَزَاهُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيرًا
Semoga Allah memberi mereka ganjaran berupa kebaikan yang banyak
Maka peristiwa mengalir dan terbitnya air daripada jari-jari Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati dan pemberian minum kepada ramai manusia dan tentera adalah mutawatir. Mukjizat ini diriwayatkan oleh jemaah yang mustahil melakukan apa lagi berpakat untuk berbohong. Maka mukjizat ini adalah sabit secara amat qat'i. Lagi pun mukjizat ini berlaku secara berulang-ulang sebanyak tiga kali di dalam tiga jemaah yang besar. Mukjizat ini telah diriwayatkan sebagai satu riwayat yang sahih lagi qat'i oleh satu jemaah daripada para pemilik kitab hadis sahih seperti imam al-Bukhari, imam Muslim, imam Malik, Imam Syuaib, imam Qatadah melalui satu jemaah daripada golongan sahabat yang masyhur dan di hadapan mereka adalah Saidina Anas khadam Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Saidina Jabir dan Saidina Ibnu Mas'ud. Kami akan terangkan sembilan contoh daripada contoh-contoh yang banyak bagi mukjizat-mukjizat yang berkaitan dengan air.
202. Page
Contoh pertama: Para pemilik kitab-kitab hadis sahih dan diketuai oleh Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis sahih daripada Saidina Anas, beliau telah berkata: Kami berjumlah tiga ratus orang bersama Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di satu tempat dinamakan az-Zawra'. Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan kami berwuduk untuk mendirikan solat Asar, tetapi kami tidak menemui air. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun memerintahkan untuk dibawakan sedikit air. Kami pun bawakan air tersebut. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memasukkan tangannya yang diberkati ke dalam air tersebut, lalu aku melihat air mengalir dari jari-jarinya seperti air pancut. Semua yang ada bersama Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datang dan jumlah mereka adalah tiga ratus orang lelaki. Mereka berwuduk semuanya dan minum.[55]
Contoh ini diriwayatkan oleh Anas sebagai wakil bagi tiga ratus orang. Maka adakah mungkin kesemua tiga ratus ini tidak ikut serta secara maknawi dalam riwayat ini dan tidak mendustakan mukjizat ini jika mereka benar-benar tidak ikut serta?
Contoh kedua: Kitab-kitab hadis yang sahih memberitahu dan diketuai oleh Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, daripada Saidina Jabir bin Abdullah al-Ansari bahawa beliau telah berkata, "Kami berasa haus dan jumlah kami adalah seribu lima ratus orang pada hari Hudaibiyah, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berwuduk daripada bekas dari kulit yang bernama Qirbah. Kemudian baginda memasukkan tangannya ke dalam bekas tersebut. Lalu aku melihat air mengalir daripada jari-jarinya seperti air pancut. Seramai seribu lima ratus orang telah minum daripadanya dan mereka telah memenuhkan bekas masing-masing.[56]
Kemudiaan Salim bin Abu al-Ja'd bertanya kepada Jabir, "Berapakah bilangan kamu?, Beliau menjawab: "Hatta jika bilangan kami seratus ribu sekalipun, nescaya air itu cukup untuk kami, tetapi bilangan kami hanyalah seribu lima ratus orang.
Maka para perawi bagi mukjizat yang cemerlang ini mencapai seribu lima ratus orang secara maknawi. Ini kerana sesungguhnya dalam fitrah manusia terdapat kecenderungan yang mendorongnya untuk berkata: “Ini adalah satu pembohongan!” terhadap pembohongan. Sedangkan para sahabat tidak mungkin berdiam diri ke atas pembohongan di hadapan ancaman hadis yang mulia berikut:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ[57]
Sesiapa yang berdusta menggunakan namaku secara sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di neraka.
Sesungguhnya mereka memang berkorban dengan jiwa, harta, bapa, ibu, kaum dan kabilah mereka demi kebenaran dan hak. Lalu mereka menjadi galang ganti demi hakikat dan kebenaran. Oleh kerana mereka berdiam diri mengenai peristiwa ini. Maka ini bererti mereka telah menerima riwayat ini dan ikut serta secara makna dan mengesahkan riwayat ini.
Contoh ketiga: Kitab-kitab hadis sahih juga meriwayatkan dan di hadapannya adalah al-Bukhari dan Muslim bahawa Saidina Jabir telah berkata ketika mereka dalam perang Buwat, "Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
نَادِ بالوُضُوءِ
"serulah untuk berwuduk,"
Kemudian dikatakan kepada baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, "tiada air," lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِيتُونِي بِمَاءٍ قَلِيلٍ
bawakan aku sedikit air
203. Page
Lalu kami bawakan air yang sangat sedikit kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menutup bekas tersebut dengan tangannya, kemudian membacakan sesuatu yang saya tidak mengetahui apakah itu. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
رِدْنَا بِجَفْنَةِ الرَّكْبِ
Bawakan aku bekas besar yang di atas kenderaan
Lalu didatangkan bekas itu. Aku letakkan bekas tersebut di hadapan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memasukkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan merenggangkan di antara jari-jarinya. Aku pun menyiramkan air yang sedikit itu ke atas tangannya yang diberkati. Lalu aku melihat air mengalir sangat banyak dari jari-jemarinya yang diberkati itu, kemudian penuhlah bekas tersebut. Aku pun menyeru kepada sesiapa yang memerlukan air itu. Kesemua mereka datang, berwuduk dan minum daripada air tersebut. Aku berkata, "Tiada sesiapa yang tinggal lagi. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengangkat tangannya namun bekas tersebut masih penuh hingga atasnya.[58]
Mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang cemerlang ini adalah mutawatir maknawi. Ini kerana Saidina Jabir adalah orang yang mula-mula melakukan pekerjaan itu. Oleh itu beliau memiliki kalimah pertama dalam hal tersebut dan beliau mengumumkannya atas nama semua. Sesungguhnya beliaulah orang yang memberi khidmat ketika itu, maka beliau berhak untuk mengumumkannya terlebih dahulu berbanding sesiapa pun. Ibnu Mas'ud berkata dalam riwayat yang sama, "Lalu aku melihat air mengalir dari jari-jemari Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti air pancut.”
Apabila satu jemaah daripada para sahabat yang masyhur dan siddiq seperti, Saidina Anas, Saidina Jabir, Ibnu Mas'ud dan orang seperti mereka telah berkata, "Aku sudah melihat, maka adakah mungkin dia tidak melihat?
Sekarang kumpulkan ketiga-tiga contoh di atas, kemudian lihatlah bagaimana contoh-contoh itu adalah satu mukjizat yang cemerlang lagi kuat. Apabila telah berkumpul ketiga-tiga versi ini maka mukjizat terpancarnya air dari jari-jemari Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menetapkan secara sabit yang qat'i seakan-akan itu adalah mutawatir dengan kemutawatiran yang hakiki. Mukjizat memancarkan air oleh Saidina Musa daripada dua belas mata air daripada batu tidak mungkin untuk diangkat ke darjah terpancarnya air daripada sepuluh jari-jari Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang seakan-akan sepuluh pili air. Ini kerana terpancarnya air daripada batu adalah mungkin, dan ada contoh dalam kehidupan biasa. Namun terpancarnya air yang banyak daripada daging dan tulang seperti air al-Kausar adalah satu perkara yang tiada tolok bandingan menurut kebiasaannya.
Contoh Keempat: Imam Malik meriwayatkan dalam Muwatta’ miliknya yang buku muktamad daripada sahabat yang terkenal seperti Saidina Muaz bin Jabal bahawa beliau telah berkata: "Semasa ghazwah Tabuk, kami terserempak dengan satu mata air. Air mata air tersebut mengalir seperti benang nipis seperti nipisnya benang jaring. Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk mengumpulkan sedikit daripada air itu. Mereka pun mengumpulkan sedikit dengan tapak tangan masing-masing. Lalu Rasulullah mencuci tangan dan muka baginda. Kemudian kami mencurah semula air tersebut ke dalam mata air. Secara tiba-tiba tempat keluar air itu terbuka lalu mengalirlah air yang amat banyak yang cukup untuk semua tentera. Sehingga Imam Ibnu Ishak yang merupakan salah seorang perawi berkata, “Air daripada mata air tersebut telah mengalir di bawah tanah dan bersuara seperti guruh di langit.”
Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Muaz:
يُوشِكُ يَا مُعَاذُ إِنْ طَالَتْ بِكَ الحَيَاةُ أَنْ تَرَى مَا هَهُنَا قَدْ مُلِئَ جِنَانًا[59]
Hampir tiba, wahai Muaz, jika engkau panjang umur kamu akan melihat di sini telah dipenuhi dengan taman-taman.
Demikianlah yang berlaku.
204. Page
Contoh Kelima: Pada permulaan Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Saidina al-Barra’ dan Muslim daripada Salamah bin al-Akwa', dan semua para pemilik kitab hadis sahih daripada para perawi yang lain secara sepakat: Sesungguhnya mereka berkata: Kami terserempak dengan sebuah perigi sewaktu ghazwah al-Hudaibiyah. Kami berjumlah seribu empat ratus orang, sedangkan air perigi hanya cukup bagi lima puluh orang tidak lebih. Kami ambil semua air, tanpa meninggalkan setitik air pun di dalam perigi. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datang lalu duduk di tepi perigi dan meminta sebaldi air. Kami pun membawa air untuk baginda. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletak air liurnya ke dalam baldi tersebut dan berdoa kemudian baginda menuangkan air baldi ke dalam perigi. Tiba-tiba perigi itu mengeluarkan buih dan airnya berputar-putar, lalu menjadi penuh hingga ke mulut perigi. Kesemua tentera dan juga binatang tunggangan mereka minum sehingga puas. Mereka telah mengisi bekas-bekas sendiri juga.[60]
Contoh Keenam: Para pemilik kitab-kitab hadis sahih juga meriwayatkan dan diketuai oleh para imam hadis yang genius seperti Imam Muslim dan Ibnu Jarir at-Tabari dengan nukilan yang sahih daripada Abu Qatadah seorang sahabat Nabi yang masyhur dan beliau berkata: “Kami telah pergi ke Mu'tah untuk memberi bantuan kepada tentera disebabkan syahidnya para pemimpin tentera di sana. Sedangkan bersamaku ada satu bekas air daripada kulit. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِحْفَظْ عَلَى مِيضَئَتِكَ فَسَيَكُونُ لَهَا نَبَأٌ عَظِيمٌ
(Jagalah bekas air kamu dengan berhati-hati, ini kerana bekas itu memiliki berita besar.)
Atau jagalah bekas kamu dan kita akan mempunyai urusan dengan bekas tersebut. Tidak lama kemudian bermulalah rasa haus. Jumlah kami ketika itu tujuh puluh dua orang. (Disebut di dalam riwayat at-Tabari, tiga ratus orang). Lalu kami ditimpa kehausan. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkata kepadaku,
هَاتِ قِرْبَتَكَ
bawalah qirbahmu (bekas kulit)
Aku membawa bekas kulit tersebut. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan mulutnya ke mulut bekas kulit tersebut. Aku tidak mengetahui adakah baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengDanbus di dalam bekas kulit atau tidak. Kemudian datang tujuh puluh dua orang dan minum daripada bekas kulit tersebut. Kemudian mereka memenuhkan bekas-bekas masing-masing. Aku pun mengambil bekas kulit tersebut, baki air yang ada di dalam bekas kulit itu adalah sama banyak sebagaimana aku telah berikan bekas kulit itu kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[61]
Lihatlah mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang cemerlang ini, dan katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ بِعَدَدِ قَطَرَاتِ المَاءِ
Selawat dan salam ke atas Nabi dan ke atas keluarganya dengan bilangan titik-titik air.
Contoh Ketujuh: Kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan dan diketuai oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Imran bin al-Husain bahawa beliau berkata: "Kami ditimpa kehausan ketika bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam satu perjalanan. Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadaku dan Saidina Ali:
إِنَّ امْرَأَةً فِي مَوْقِعِ كَذَا تَذْهَبُ وَقَدْ حَمَلَتْ قِرْبَتَيْنِ مِنَ الْمَاءِ عَلَى دَابَّةٍ، فَائْتِيَا بِهَا
Sesungguhnya seorang wanita berada di tempat sekian sekian dan beliau membawa dua bekas kulit berisi air di atas binatang kenderaan. Bawalah dia ke sini.
Lalu saya pun pergi bersama Ali. Kami pun menemui seorang wanita sambil membawa air di tempat yang telah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sifatkan, lalu kami membawanya. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan kami untuk menuangkan sedikit air ke dalam bekas, lalu kami tuangkan. Kemudian baginda berdoa dengan keberkatan. Kami pun meletakkan air tersebut sekali lagi ke dalam bekas kulit yang dibawa oleh binatang kenderaan, lalu baginda perintahkan agar semua orang datang dan memenuhkan bekas-bekas mereka. Lalu semua yang berada di kafilah datang dan memenuhkan bekas-bekas mereka dan minum. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِجْمَعُوا لِلْمَرْأَةِ بَعْضَ الْأَشْيَاءِ
Kumpulkan bagi wanita ini beberapa barang
205. Page
Lalu mereka memenuhkan kain wanita itu. Imran berkata: “Aku membayangkan dua bekas kulit itu semakin penuh sedikit demi sedikit dan semakin bertambah, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada wanita itu:
فَإِنَّا لَمْ نَأْخُذْ مِنْ مَائِكِ شَيْئًا وَلَكِنَّ اللهَ سَقَانَا
Sesungguhnya kami tidak mengambil apa-apa daripada air milikmu tetapi Allah memberi kami minum daripada hazanah-Nya.
Atau sesungguhnya Allah telah memberi kami minum daripada khazanah rahmat-Nya. [62]
Contoh Kelapan: Para perawi meriwayatkan dan dimulai dengan Ibnu Khuzaimah yang masyhur dalam kitab hadis sahihnya daripada Saidina Umar, beliau berkata: Kami ditimpa kehausan dalam ghazwah Tabuk. Sebahagian orang telah menyembelih untanya lalu memerah apa yang ada dalam unta tersebut lalu meminum air hasil perahan tersebut. Lalu Saidina Abu Bakar berharap daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk berdoa, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengangkat kedua-dua tangannya dan belum sempat menurunkan kedua-dua tangannya sehingga awan berkumpul. Kemudian hujan turun sangat lebat sehingga kami pun memenuhkan bekas-bekas kami, kemudian hujan berhenti. Mukjizat ini memang khas untuk tentera kami dan ia tidak melebihi batas-batas kawasan kami.[63]
Ini bermakna, peristiwa ini bukannya kebetulan. Sesungguhnya ia adalah mukjizat yang khusus bagi Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sahaja.
Contoh Kesembilan: Diriwayatkan dengan nukilan yang sahih daripada Umar bin Syuaib dan beliau adalah cucu kepada seorang sahabat Nabi yang masyhur Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As dan telah disahkan oleh empat orang imam dalam ilmu hadis dan mereka meriwayatkan hadis daripadanya. Beliau berkata: Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menunggang seekor unta bersama pakciknya Abu Talib sebelum kenabian. Ketika mereka sampai di satu tempat bernama dzu al-Majaz sekitar Arafah. Abu Talib berkata, "Aku haus," Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun turun lalu menghentak bumi dengan kakinya, lalu keluarlah air dan Abu Talib pun minum.[64]
Salah seorang daripada para penyelidik telah berkata, "Peristiwa ini adalah tergolong dalam kategori al-Irhasat kerana berlaku sebelum kenabian. Namun jika terpancar mata air Arafah selepas seribu tahun di tempat tersebut mungkin boleh dikategorikan sebagai kekeramatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Demikianlah mukjizat-mukjizat yang berkaitan dengan air seperti kesembilan-sembilan contoh ini memberitahu kepada kita riwayat-riwayat dengan sembilan puluh jalan walaupun tidak sampai sembilan puluh contoh.
Ketujuh-tujuh contoh yang didatangkan pada permulaan adalah kuat dan sabit secara qat'i seperti tawatur maknawi. Namun dua contoh akhir yang didatangkan di penghujung, walaupun versi-versi kedua-duanya tidaklah kuat atau berbilang-bilang dan para perawi kedua-duanya juga tidaklah ramai sangat, namun para pemilik kitab-kitab hadis sahih seperti imam al-Baihaqi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Saidina Umar sebuah mukjizat yang sabit yang berkaitan dengan awan menyokong dan menguatkan mukjizat yang berkaitan dengan awan dalam contoh kelapan dan yang diriwayatkan daripada Saidina Umar. Mukjizat itu adalah seperti berikut: Saidina Umar memohon Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memanjatkan doa al-Istisqa' kerana tentera memerlukan air. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengangkat tangannya lantas berkumpullah awan-awan ketika itu juga. Hujan pun datang lalu menyiram tentera dengan air yang secukupnya. Kemudian hujan itu beredar. Seolah-olah awan-awan tersebut diperintah untuk menyiram tentera sahaja. Ia datang, melunaskan keperluan dan kemudian berlalu pergi. Peristiwa ini menyokong contoh kelapan dan mengisbatkan peristiwa tersebut dengan pengisbatan secara qat'i. Sesungguhnya seorang penyelidik seperti Ibnu al-Jauzi yang merupakan salah seorang ulama yang masyhur dan seorang penyelidik yang bersikap terlalu tegas dalam pensahihan bahkan beliau banyak mengkategorikan hadis-hadis yang memang sahih sebagai hadis-hadis palsu dan menolaknya, dan beliau berkata, “Sesungguhnya peristiwa ini berlaku ketika ghazwah Badar yang masyhur.” Sesungguhnya ayat:
وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ السَّمَاءِ مَاءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ
...dan Ia turunkan kepada kamu hujan dari langit untuk kamu bersuci dengannya... (al-Anfal:11) menjelas dan menerangkan hadis itu.
Memandangkan ayat ini mengisyaratkan peristiwa itu maka tiada sebarang syubhat mengenai kesabitannya.
Kemudian turunnya hujan dengan doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam secara tiba-tiba dan dengan cepat pula bahkan sebelum Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menurunkan kedua-dua tangan memang telah berlaku berulang kali. Itu merupakan mukjizat yang mutawatir secara istimewa dan berdiri sendiri secara zatnya. Telah diriwayatkan sebuah riwayat yang mutawatir bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah beberapa kali mengangkat kedua-dua tangan di dalam masjid dan hujan turun sebelum baginda menurunkan kedua-dua tangannya dan ketika itu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam masih di atas mimbar.
206. Page
Isyarat Kesembilan:
Sesungguhnya salah satu daripada jenis-jenis mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah ketaatan pokok-pokok kepada perintah Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti manusia dan datangnya pokok-pokok tersebut kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam keadaan tercabut daripada tempatnya. Mukjizat ini berkaitan dengan pokok-pokok secara mutawatir maknawi seperti tawaturnya terbit air dari jari-jari Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati. Mukjizat ini memiliki bentuk-bentuk yang berbilang-bilang dan telah sampai kepada kita melalui jalan yang banyak.
Ya, mungkin untuk dikatakan bahawa pokok yang mencabut akarnya sendiri dari tempatnya kerana perintah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah mutawatir dengan tawatur yang sahih. Ini kerana sesungguhnya ramai yang telah meriwayatkan mukjizat pokok yang sama dengan riwayat yang qat'i, iaitu setiap seorang daripada para sahabat yang siddiq dan masyhur seperti Saidina Ali, Saidina Abdullah bin Abbas, Saidina Abdullah bin Mas'ud, Saidina Abdullah bin Umar, Saidina Ya'la bin Murrah, Saidina Jabir, Saidina Anas bin Malik, Saidina Buraidah, Saidina Usamah bin Zaid, Saidina Ghailan bin Salamah. Ratusan imam daripada golongan tabi’in telah meriwayatkan mukjizat tersebut dengan versi yang berlainan daripada setiap sahabat daripada para sahabat yang tersebut, dan seakan-akan mereka telah menukilkan mukjizat tersebut kepada kita sebagai mukjizat mutawatir dengan tawatur yang berganda. Maka mukjizat yang berkaitan dengan pokok adalah merupakan mukjizat mutawatir maknawi yang sabit secara qat'i yang tidak menerima sebarang syubhat. Maka mukjizat yang agung ini walaupun berlaku berulang kali maka kami akan menerangkan beberapa bentuk yang sahih mengenainya dengan beberapa contoh.
Contoh pertama: Para imam dan diketuai oleh Imam Ibnu Majah, ad-Darimi dan Imam al-Baihaqi meriwayatkan satu nukilan yang sahih daripada Anas bin Malik dan daripada Saidina Ali. Al-Bazzar dan Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Saidina Umar bahawa tiga orang sahabat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berkata: “Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berasa sugul dan sedih daripada pendustaan para kafir, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
يَا رَبِّ أَرِنِي آيَةً لَا أُبَالِي مَنْ كَذَّبَنِي بَعْدَهَا[65]
(Wahai tuhanku, tunjukkan kepadaku satu tanda yang aku tidak peduli sesiapa yang mendustakanku selepas itu.)
Dalam riwayat Anas, bahawa Saidina Jibril hadir ketika itu, dan di sana terdapat sebatang pokok di sebelah wadi lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyeru kepada pokok tersebut dengan pemberitahuan Saidina Jibril sehinggalah pokok itu datang ke sebelah Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, kemudian bersabda kepada pokok tersebut: اِذْهَبِي (pergilah). Lalu pokok itu pergi dan tetap di tempatnya semula.[66]
Contoh kedua: Al-Qadhi ‘Iyadh, seorang ‘Allamah Maghribi di dalam kitabnya, asy-Syifa' asy-Syarif dengan sanad yang tinggi, sahih, dipercayai dan mu’an’an daripada Saidina Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa seorang Arab Badwi datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam satu perjalanan, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bertanya:
أَيْنَ تُرِيدُ؟
Ke manakah kamu inginkan?
Arab Badwi berkata, "ke keluargaku", lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
هَلْ لَكَ إِلَى خَيْرٍ مِنْ ذَلِكَ؟
"Adakah kamu ingin memiliki kebaikan yang lebih baik daripada itu?" Arab Badwi berkata, "Apakah itu?" Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(Engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah semata-mata tiada sekutu baginya dan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.)
Arab Badwi berkata: “Siapakah yang bersaksi dengan kesaksian ini?”
Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjawab:
هَذِهِ الشَّجَرَةُ السَّمُرَةُ
“Pokok yang berwarna coklat ini.”
207. Page
Ibnu Umar berkata, "Lalu pokok itu mencabut dirinya dari tempatnya dengan bergoyang-goyang dan datang membelah bumi kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meminta pokok itu untuk mengucapkan syahadah sebanyak tiga kali. Pokok itu mengucapkan kesaksian di atas benarnya Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan pokok itu pergi. Lalu pokok itu pergi dan tetap di tempatnya semula.[67]
Buraidah telah meriwayatkan melalui versi Ibnu Hasib al-Aslami dengan nukilan yang sahih lalu berkata, “Sedang kami bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam satu perjalanan tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dan meminta tanda atau mukjizat lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda sambil menunjuk ke arah sebuah pokok:
قُلْ لِتِلْكَ الشَّجَرَةِ رَسُولُ اللهِ يَدْعُوكِ
(Katakanlah kepada pokok tersebut bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memanggilmu.)
Lalu pokok tersebut bergoyang ke kanan dan ke kiri, mengeluarkan akar dari bumi dan datang ke hadapan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu berkata: "Salam sejahtera ke atas engkau, wahai Rasulullah". Kemudian arab Badwi berkata: "Perintahlah agar pokok itu kembali ke tempatnya semula". Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan pokok tersebut untuk kembali. Pokok itu pun kembalilah (ke tempat asalnya), Kemudian Arab Badwi itu berkata: "Izinkan daku sujud kepadamu." Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
(لَا إِذْنَ لِأَحَدٍ)
tiada keizinan bagi sesiapa pun
Lalu arab Badwi berkata, "Oleh itu, saya akan mencium tangan dan kakimu, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengizinkannya.[68]
Contoh ketiga: Kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan dan diketuai oleh sahih Muslim daripada Saidina Jabir Radhiyallahu ‘Anhu bahawa beliau berkata: “Kami berada dalam satu perjalanan bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mencari tempat membuang hajat, namun baginda tidak menemui satu pun tempat tertutup daripada pandangan manusia. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pergi kepada dua batang pokok. Lalu baginda memegang satu ranting daripada ranting-ranting daripada salah satu daripada dua pokok tersebut. Lalu pokok itu mengikuti Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti seekor unta yang taat mengekori penuntunnya. Baginda merapatkan kedua-dua pokok itu dengan cara yang sama. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
اِلْتَئِمَا عَلَيَّ بِإِذْنِ اللهِ
Jadilah kamu berdua satu ke atasku dengan izin Allah
Lalu kedua-dua pokok itu menjadi satu dan menjadi tabir kepada Rasulullah. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun duduk di belakang pokok-pokok itu. Selepas membuang hajat baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan kedua-dua pokok itu kembali ke tempat masing-masing.
Dalam sebuah riwayat lain Saidina Jabir Radhiyallahu ‘Anhu berkata, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkanku:
يَا جَابِرُ، قُلْ لِهَذِهِ الشَّجَرَةِ: يَقُولُ لَكِ رَسُولُ اللهِ اِلْحَقِي بِصَاحِبَتِكِ حَتَّى أَجْلِسَ خَلْفَكُمَا
Wahai Jabir, katakanlah kepada pokok ini, "Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadamu bersatulah dengan temanmu sehingga aku boleh duduk di belakang kamu berdua.”
Saya pun berkata begitu,
Lalu kedua-dua pokok tersebut bersatu. Ketika aku menunggu tiba-tiba Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datang dan mengisyaratkan dengan kepala baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang mulia begini ke kanan dan ke kiri. Lalu kedua-dua pokok itu pun pergi tempat masing-masing.[69]
208. Page
Contoh Keempat: Usamah bin Zaid (salah seorang panglima yang berani dan juga merupakan salah seorang daripada khadam Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) berkata dalam satu riwayat yang sahih, "Kami berada dalam satu perjalanan bersama Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak memiliki satu tempat kosong yang tertutup daripada pandangan manusia untuk membuang hajat. Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
هَلْ تَرَى مِنْ نَخْلٍ أَوْ حِجَارَةٍ؟
"Adakah kamu melihat pokok kurma atau batu?"
Aku berkata, "Ya" Lalu baginda bersabda:
اِنْطَلِقْ وَقُلْ لَهُنَّ إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُكُنَّ أَنْ تَأْتِيَنْ لِمَخْرَجِ رَسُولِ اللهِ، وَقُلْ لِلْحِجَارَةِ مِثْلَ ذَلِكَ.
"Pergilah dan katakan kepada pokok-pokok kurma bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan kamu untuk datang sebagai jalan keluar bagi Rasulullah dan katakan juga kepada batu seperti itu.
Lalu aku katakan kepada benda-benda tersebut. Demi Allah, pokok-pokok telah berkumpul dan batu menjadi dinding. Apabila selesai menunaikan hajat, baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadaku,
قُلْ لَهُنَّ يَفْتَرِقْنَ
"katakanlah kepada benda-benda tadi untuk bersurai.”
Demi jiwaku di dalam tangan-Nya aku bersumpah bahawa aku melihat pokok-pokok dan batu-batu itu bersurai sehingga ia semua kembali ke tempat asalnya.[70]
Terdapat beberapa orang perawi meriwayatkan kedua-dua peristiwa yang sama seperti yang telah diriwayatkan oleh Saidina Jabir dan Usamah Radhiyallahu ‘Anhu, mereka adalah Ya'la bin Murrah, Ghailan bin Salamah as-Saqafi dan Ibnu Mas'ud Radhiyallahu ‘Anhu ketika ghazwah Hunain.
Contoh Kelima: Seorang ‘Allamah pada zamannya, al-Imam Ibnu Fawrak yang digelar sebagai imam asy-Syafie kedua sebagai kinayah atas ijtihadnya dan kelebihannya yang sempurna mengkhabarkan sebuah khabar yang qat'i: “Suatu malam ketika ghazwah Taif, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meronda di atas kuda dalam keadaan mengantuk lalu hampir bertembung dengan sebatang pohon sidr. Lantas pokok itu terbelah dua untuk baginda untuk memberi laluan kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tanpa menyakitkan kuda. Maka Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun melintas bersama kuda di antara kedua-dua belahan tersebut. Pokok itu masih kekal berdiri begitu atas dua kaki sehingga ke waktu ini dan dalam keadaan yang diberkati.[71]
Contoh Keenam: Ya’la memberitahu dengan versinya dengan riwayat yang sahih bahawa sebatang pokok disebut sebagai Talhah atau Samurah telah datang dalam satu perjalanan lalu mengelilingi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan seakan-akan bertawaf mengelilingi baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian pokok-pokok itu kembali ke tempatnya semula. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِنَّهَا اِسْتَأْذَنَتْ أَنْ تُسَلِّمَ عَلَيْهَا
Sesungguhnya pokok itu meminta izin untuk mengucapkan selamat ke atasku.
Yakni, pokok itu meminta izin daripada tuhan sekalian alam untuk mengucapkan selamat ke atasku. [72]
Contoh Ketujuh: Sesungguhnya para muhaddis meriwayatkan dengan satu riwayat yang sahih daripada Ibnu Mas’ud bahawa beliau berkata, “Sesungguhnya sebatang pokok telah memberitahu kedatangan para jin Nusaibin ketika mereka datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk menganut Islam di satu tempat bernama Batnu al-Nakhl.”[73]
Al-Imam Mujahid meriwayatkan dalam hadis ini daripada Ibnu Mas'ud bahawa para jin meminta satu dalil. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan sebatang pokok untuk datang kepadanya, lalu pokok itu datang menarik akar-akarnya kemudian kembali semula ke tempat pokok itu sekali lagi. [74]
209. Page
Maka Satu mukjizat sudah mencukupi bagi kelompok jin. Maka saya tertanya-tanya: Bukankah sesiapa yang telah mendengar seribu mukjizat seperti pokok ini namun tidak mendapat hidayah kepada Islam adalah lebih syaitan daripada syaitan yang para jin mengunkapkan dalam ayat:
يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطاً
(Dan bahawa sesungguhnya orang yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran. (Al-Jin: 4))
Contoh Kelapan: At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas dengan riwayat yang sahih: “Rasul Allah bertanya kepada seorang Arab Badwi: Bagaimana pandangan kamu jika aku panggil segugusan daripada kurma ini lalu kamu akan menjadi saksi bahawa Aku adalah Rasulullah? Arab Badwi itu menjawab, “Ya,” Rasulullah pun memanggil gugusan tersebut. Lalu terputuslah gugusan itu dari atas pokok yang bertandan. Gugusan itu datang kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam keadaan melompat. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam suruh “Pulanglah”. Maka gugusan itu pun kembali semula ke tempat asal.[75]
Demikianlah sesungguhnya terdapat banyak contoh yang serupa dengan kelapan-lapan contoh ini. Telah dinukil kepada kita dengan versi-versi yang pelbagai. Umum mengetahui bahawa apabila telah berkumpul tujuh atau lapan utas tali maka tali-tali itu menjadi tali besar yang kukuh lagi kuat. Maka berdasarkan kepada perkara ini, maka tidak syak bahawa mukjizat pokok ini yang diriwayatkan daripada orang yang paling masyhur daripada orang yang paling masyhur dari kalangan para sahabat Nabi yang benar dengan versi yang berbilang-bilang. Ia memiliki kekuatan tawatur maknawi, bahkan ini adalah tawatur hakiki yang sebenar.
Apabila dinukilkan riwayat tersebut daripada para sahabat kepada para tabiin maka riwayat tersebut mengambil bentuk tawatur pada asalnya. Khasnya para pemilik kitab-kitab hadis sahih seperti al-Bukhari, Muslim, ibnu Hibban dan at-Tirmizi telah menyediakan jalan ini ke zaman sahabat dan menjadikannya teguh sehingga ke darjat dapat melihat hadis dalam kitab al-Bukhari (sebagai contoh) adalah seperti mendengar langsung hadis tersebut daripada para sahabat.
Maka tidakkah sebahagian daripada para makhluk yang pejal dan tidak berakal (yang menamakan diri mereka sebagai seorang manusia) lebih berhak ke neraka dengan tahap yang tidak bernilai dan lebih rendah daripada sepotong kayu api daripada sebatang pokok yang kering jika dia tidak mengenali dan tidak beriman kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedangkan pokok-pokok itu mengenali Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, mengesahkan kerasulannya, mengucapkan salam ke atasnya, menziarahinya, mendengar sabdanya dan mentaati perintah-perintahnya sebagaimana tertera dalam contoh-contoh.
Isyarat Kesepuluh
Sesungguhnya yang menguatkan mukjizat pokok ini lebih banyak iaitu mukjizat “حنين الجذع” (tangisan sebatang tamar) yang diriwayatkan sebagai riwayat yang mutawatir.
Ya, sesungguhnya tangisan sebatang tunggul yang kering kerana berpisah dengan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam secara sementara di masjid Nabawi yang mulia dengan dihadiri jemaah yang besar sememangnya menyokong dan menguatkan contoh-contoh mukjizat yang berkaitan dengan pokok-pokok yang telah kami terangkan. Kerana pasti ia juga adalah pokok, jenis kedua-duanya adalah sama. Tetapi pohon (tamar) ini adalah mutawatir dengan dirinya sendiri. Sedangkan pokok-pokok yang lain adalah mutawatir bagi setiap jenis daripada pokok itu. Bahagian-bahagian pokok-pokok yang lain itu atau banyak contoh daripadanya tidak mencapai tahap tawatur yang sarih (jelas) seperti pohon tamar ini.
Ya, sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selalu bersandar pada sebatang kurma kering semasa menyampaikan khutbah di masjid yang mulia. Apabila dibuat satu mimbar yang mulia, Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam naik ke atas mimbar dan mula menyampaikan khutbah. Apabila Nabi berkhutbah, batang pokok itu mula menangis dan merengek seperti rengekan unta yang didengari oleh semua jemaah. Sehinggalah Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendatangi batang pokok tersebut dan meletakkan tangannya lalu bercakap dengan batang pokok tersebut dan menenangkannya, barulah batang pokok tersebut berhenti menangis.
210. Page
Sesungguhnya mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ini telah diriwayatkan dengan versi yang banyak secara mutawatir.
Ya, sesungguhnya mukjizat “حنين الجذع” kerinduan tunggul kayu ini sangat masyhur dan tersebar secara mutawatir dengan tawatur yang haqiqi. Sesungguhnya mukjizat ini datang daripada jemaah yang tinggi daripada kalangan sahabat Nabi dengan lima belas versi. Beratus-ratus imam tabiin telah memberitahu kurun-kurun yang selanjutnya mengenai mukjizat itu dengan versi-versi ini.
Para ulamak daripada kalangan sahabat yang masyhur daripada jemaah tersebut daripada kalangan sahabat, ulama para sahabat yang masyhur dan ketua-ketua riwayat hadis seperti khadam Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam Anas bin Malik dan Jabir bin Abdullah al-Ansari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Sahl bin Saad, Abu Said al-Khudri, Ubai bin Kaab, Buraidah dan Ummul Mukminin Ummu Salamah Ridwanullahi ‘Alaihim (Allah meredhai mereka semuanya) mereka ini di atas kepala versi daripada versi-versi tersebut memberitahu umat mengenai mukjizat yang sama.
Kemudian para pemilik kitab-kitab hadis sahih dan di hadapan mereka al-Imam al-Bukhari dan Imam Muslim telah memberitahu zaman-zaman yang kemudian mengenai mukjizat besar yang mutawatir itu dengan versi-versi mereka.
Saidina Jabir Radhiyallahu ‘Anhu berkata dalam versinya, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila berkhutbah akan berdiri ke tiang yang kering yang disebut sebagai batang pokok kurma. Apabila dibuatkan baginya mimbar yang mulia. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam naik ke atas mimbar tersebut. Namun batang pokok kurma itu tidak dapat menahan diri untuk berpisah dengan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menangis dan merengek dengan satu suara seperti suara unta hamil.
Saidina Anas berkata dalam versinya, “ia berbunyi seperti kerbau, sehingga masjid bergegar kerana suaranya.”
Sahal bin Saad berkata dalam versinya, "Dan tangisan manusia menjadi bertambah apabila mereka mendapati tangisan dan ngongoian itu adalah daripada tunggul tamar tersebut.”
Ubai bin Kaab berkata dalam versinya, “Sehinggakan batang pokok tersebut terbelah dan merekah kerana tangisannya yang amat sangat.”
Dalam versi lain Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِنَّ هَذَا بَكَى لِمَا فَقَدَ مِنَ الذِّكْرِ
(Sesungguhnya batang pokok ini menangis apabila hilang daripada zikir.)
Maksudnya sesungguhnya tangisan batang pokok itu berlaku kerana terpisah daripada zikir Ilahi yang ada di dalam zikir dan khutbah yang dibaca di tempat batang pokok tersebut.
Dalam versi lain Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
لَوْ لَـمْ أَلْتَزِمْهُ لَمْ يَزَلْ هَكَذَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ تَحَزُّنًا عَلَى رَسُولِ اللهِ.
(Dan jika aku tidak mendiamkan batang pokok itu maka batang pokok itu tetap begitu sehingga hari kiamat kerana berasa sedih ke atas Rasulullah.)
Yakni, jika Aku tidak memeluk dan tidak menenangkan batang pokok itu, maka batang pokok itu terus menangis kerana berpisah dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sehingga hari kiamat.[76]
Hadrat Buraidah Radhiyallahu ‘Anhu berkata dalam versinya, apabila batang pokok menangis Rasul meletakkan tangannya ke atas batang pokok tersebut dan bersabda:
إِنْ شِئْتَ أَرُدُّكَ إِلَى الْـحَائِطِ الَّذِي كُنْتَ فِيهِ، فَتَنْبُتَ لَكَ عُرُوقُكَ وَيَكْمُلَ خَلْقُكَ وَيُـجَدَّدَ لَكَ خَوْصُكَ وَثَـمَرُكَ، وَإِنْ شِئْتَ أَغْرِسُكَ فِي الْـجَنَّةِ يَأْكُلَ أَوْلِيَاءُ اللهِ مِنْ ثَـمَرِكَ.
(Jika kamu hendak aku kembalikan kamu ke kebun yang kamu pernah berada di dalamnya, akar-akarmu tumbuh, bentukmu menjadi sempurna, daun dan buahmu menjadi baru. Jika kamu hendak aku akan menanammu di dalam syurga. Para wali Allah memakan daripada buahmu.")
Lalu Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendengar apa yang batang pokok katakan dan orang-orang yang di belakang pun telah mendengarnya. "Tanamlah aku di syurga supaya para wali Allah akan memakanku di satu tempat yang tidak pupus.” Lalu. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
قَدْ فَعَلْتُ
"Aku telah lakukan." Kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
اِخْتَارَ دَارُ الْبَقَاءِ عَلَى دَارِ الْفَنَاءِ
"Batang pokok itu telah memilih kehidupan yang abadi ke atas kehidupan yang fana."
Seorang imam yang masyhur iaitu Abu Ishak al-‘Isfaraini (salah seorang imam yang besar dalam ilmu kalam) telah meriwayatkan, “Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak pergi ke batang pokok tetapi batang pokok itu datang kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan perintah daripada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkannya lalu kembalilah batang pokok itu ke tempatnya.”
211. Page
Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘Anhu berkata, “Selepas peristiwa ini Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan agar batang pokok itu diletakkan di bawah mimbar.” Maka diletaklah batang pokok tersebut di situ. Batang pokok tersebut berada di sana sehingga masjid dirobohkan untuk diperbaharui. Kemudian ia dijaga oleh saidina Ubai bin Kaab Radhiyallahu ‘Anhu sehinggalah pupus.
Ketika al-Hasan al-Basri yang masyhur bercerita dengan para pelajarnya mengenai mukjizat itu, beliau menangis dan berkata, "Tunggul kayu itu rindu dan berminat kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Sedangkan kamu lebih berhak untuk rindu dan berminat kepada Baginda.[77]
Kami berkata bahawa, "Ya, sesungguhnya kerinduan dan kecintaan kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah dengan mengikut sunnah-sunnahnya yang tinggi dan syariatnya yang mulia.
Satu Nuktah penting:
Soalan: Jika dikatakan bahawa mengapakah mukjizat yang berkenaan dengan makanan yang mengenyangkan seribu manusia dalam ghazwah Khandak melalui satu sa' makanan, dan mukjizat berkenaan dengan minuman yang telah mengenyangkan seribu lima ratus orang menerusi air yang terpancut dari jari-jari Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati tidak diriwayatkan dengan versi-versi yang banyak dan dengan bentuk yang bersinar dan hidup sepertimana mukjizat kerinduan batang pokok ini telah diriwayatkan? Sedangkan kedua-dua mukjizat ini berlaku di hadapan jemaah yang jumlah individunya melebihi jumlah individu jemaah yang ada di hadapan mukjizat kerinduan batang pokok “حنين الجذع” ?
Jawapan: Sesungguhnya mukjizat-mukjizat yang muncul ada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah yang zahir dengan tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk menjadikan manusia membenarkan kenabiannya. Kisah “حنين الجذع” (tangisan tunggul tamar) tergolong daripada jenis ini di mana mukjizat ini telah zahir semata-mata sebagai hujah untuk mengesahkan kenabian, untuk menambah keimanan orang mukmin, untuk mendorong orang munafik kepada keikhlasan dan keimanan, dan membawa orang kafir kepada keimanan. Oleh itu, semua manusia, orang awam atau orang khawas telah melihatnya, dan kerana itu ia penyebarannya lebih diberi perhatian berbanding dengan selainnya.
Manakala mukjizat makanan dan mukjizat air ini lebih condong kepada karomah berbanding mukjizat, bahkan lebih kepada pemuliaan berbanding karomah. Bahkan kedua-dua mukjizat ini adalah majlis kenduri ar-Rahman yang diadakan berdasarkan keperluan perkara tersebut. Oleh itu jika peristiwa ini adalah dalil di atas dakwaan kenabian dan mukjizat bagi kenabian maka sesungguhnya tujuan asal daripada peristiwa ini adalah kerana tentera telah ditimpa kelaparan. Kemudian Allah menghidangkan satu kenduri bagi seribu lelaki daripada satu Sa' makanan daripada khazanah ghaib, sebagaimana Allah mencipta seribu kati buah kurma hanya daripada sebiji benih. Dia mengalirkan air dari jari-jemari pemimpin yang paling agung sebagai air kausar bagi tentera mujahidin yang ditimpa kehausan lalu memberi mereka minum. Oleh yang demikian, tidaklah sampai apa-apa contoh daripada contoh-contoh mukjizat makanan dan mukjizat air ke tahap mukjizat tangisan batang pokok. Walaupun begitu, contoh dan jenis-jenis kedua-dua mukjizat ini adalah mutawatir dan banyak dari sudut kulliyah sebagaimana mukjizat “حنين الجذع” (tangisan tunggul tamar).
Di samping itu tidak setiap seorang dapat melihat keberkatan makanan dan mengalirnya air daripada jemari Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bahkan hanya melihat bekasnya sahaja. Manakala tangisan batang pokok telah didengar oleh semua. Oleh itu mukjizat tangisan batang pokok lebih tersebar daripada mukjizat-mukjizat lain.
Jika dikatakan: Bahawa para sahabat Radhiyallahu ‘Anhu telah menjaga dengan perhatian sempurna yang lebih pada setiap keadaan daripada keadaan-keadaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bahkan setiap gerak daripada gerak-gerak Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu menukil keadaan-keadaan tersebut kepada sesiapa selepas mereka. Namun mengapakah diriwayatkan mukjizat-mukjizat seperti ini dengan sepuluh versi atau dua puluh versi? Sedangkan mukjizat-mukjizat ini mesti diriwayatkan dengan seratus versi?
Dan Mengapakah riwayat yang diriwayatkan daripada Saidina Anas, Jabir dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhum adalah banyak manakala riwayat daripada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radhiyallahu ‘Anhuma hanya sedikit?
Jawaban: Sesungguhnya jawaban bagi bahagian pertama daripada soalan telah ada dalam penutup ‘Asas ketiga’ daripada ‘isyarat ketiga’. Manakala jawapan bahagian kedua adalah seperti berikut:
Apabila perlu kepada ubat maka manusia akan pergi kepada doktor, dan apabila manusia perlu kepada perkara-perkara berkaitan kejuruteraan maka dia akan pergi kepada seorang jurutera lalu menukilkan maklumat kejuruteraan daripada jurutera itu. Bagi masalah-masalah syariat pula manusia akan mendapatkan berita daripada seorang mufti.
212. Page
Demikianlah sebahagian daripada ulama para sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertugas secara maknawi untuk mengajarkan hadis-hadis Nabi kepada kurun-kurun mendatang. Mereka berusaha untuk mencapai tujuan ini dengan segala kekuatan mereka.
Ya, sesungguhnya Abu Hurairah telah menghadiah dan mewakafkan segenap kehidupannya untuk menghafal hadis Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Adapun Saidina Umar Radhiyallahu ‘Anhu sibuk dengan urusan politik dan kekhalifahan yang besar. Oleh itu, beliau tidak meriwayatkan hadis kecuali sedikit Beliau bersandarkan kepada individu-individu tertentu seperti Abu Hurairah, Anas dan Jabir Radhiyallahu ‘Anhu dalam menyampaikan hadis-hadis kepada umat.
Memandangkan seorang sahabat Nabi itu bersifat benar, membenarkan, berkata benar, dibenarkan dan terkenal, apabila diberitahu mengenai sesuatu kejadian dengan satu versi maka itu sudah mencukupi baginya. Maka sahabat ini tidak berhajat kepada riwayat seorang perawi yang lain. Kerana itu sebahagian peristiwa-peristiwa yang penting diriwayatkan dengan dua atau tiga versi.
[1] Sahih Muslim 4/1905, Sunan an-Nasai 5/96
[2] Al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain 3/52, Dalail an-Nubuwwah 5/222
[3] Sahih al-Bukhari 3/1030, Muslim 3/1519
[4] Sunan at-Tirmizi 4/499, Dalail an-Nubuwwah li al-Baihaqi 6/482
[5] Musnad Imam Ahmad 4/335, Al-Mustadrak 4/468
[6] Sunan at-Tarmizi 5/834, Tuhfatul Ahwazi 9/104
[7] Musnad at-Toyalisi 39, al-Khasais al-kubra 2/237, Sirah al-Halabiyyah 1/14
[8] Sunan at-Tirmizi 5/26
[9] Sunan Abi Daud 4/222, al-Mustadrak 1/159
[10] Musnad Ahmad 1/160, al-Mustadrak 2/132, ad-Dur al-Mantsur 2/727
[11] Al-Mu’jam al-Kabir 12/242, Musnad Abi Ya’la 12/116
[12] Sahih Ibnu Hibban 15/112, dalalil an-Nubuwwah 6/525
[13] Riwayatnya terdapat dalam Sahih al-Bukhari 4/1542 dan Sunan an-Nasai 5/46
[14] Al-Bukhari 3/1320, Sahih Ibnu Hibban 15/128
[15] Al-Bukhari 1/172, Muslim 4/2236
[16] Isyarat kepadanya terdapat dalam Sahih al-Bukhari 1/196, Musnad Imam Ahmad 5/401
[17] Sirah an-Nabawiyyah Ibnu Hisham 3/200, A’lam an-Nubuwwah 161, al-iktifa bi ma tadhammanahu min maghazi Rasulillah 3/41
[18] Sunan al-Baihaqi 6/357, Dalail an-Nubuwwah 6/325
[19] Al-Bukhari 3/1135, Muslim 4/2236
[20] Al-Isobah fi Tamyiz as-Sohabah 1/337, as-Sirah al-Halabiyyah 3/292
[21] Sahih al-Bukhari 4/1557, Muslim 4/1941, Dalail an-Nubuwwah 5/17
[22] Dalail an-Nubuwwah li al-Asbahani 219
[23] Zadul Ma’ad 3/409, at-Tobaqat al-Kubra 4/200
[24] Ar-Raudhul anafi 3/134, Takhrij al-Ahadis wal Athar 2/40
[25] Al-Bukhari 3/1192, Muslim 4/1719
[26] Ar-Raudhul anafi 4/355
[27] Majma’ az-Zawaid 8/286
[28] Al-Mustadrak 4/565, Dalail an-Nubuwwah 5/253
[29] Sunan al-Baihaqi 6/365
[30] Al-Bukhari 3/1281, Muslim 4/1740, Sahih Ibnu Hibban 7/175
[31] Musnad ar-Rawiyani 351
[32] Al-Bukhari 6/2589, Sahih Ibnu Hibban 15/108
[33] Al-Bukhari 4/1591, Muslim 4/1781
[34] Musnad Imam Ahmad 4/262, Dalail an-Nubuwwah 3/457
[35] Muslim 4/1854
[36] A’lam an-Nubuwwah 157
[37] Al-Bukhari 5/1981, Muslim 2/1051, at-Tirmizi 5/357, al-Jam’u baina as- Sahihain 2/487, mishkat al-Masobih 3/1661
[38] Rujuk Riwayat penuhnya dalam Dalail an-nubuwwah al-Firyabi 44, Kanzul ‘Ummal 12/190, al-Mu’jam al-Kabir 4/185, Majma’ az-Zawaid 8/303, as-Sirah al-Halabiyyah 3/366, al-Khasais al-Kubra 2/80, Sirah an-nabiyy al-Mukhtar 145
[39] Sahih al-Bukhari 2/879, Muslim 3/1345, dalail an-Nubuwwah 4/119
[40] Al-Bukhari 2/923 dan 5/2058, Muslim 3/1626, al-Baihaqi 9/215, dalail an-Nubuwwah al-Firyabi 81, Dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 6/95, al-Khasais al-Kubra 2/80
[41] Al-Bukhari 4/1505, Sunan ad-Darimi 1/33, Musonnaf Abi Syaibah 6/314, Dalail an-Nubuwwah al-Firyabi 51
[42] Al-Bukhari 3/1311, Muslim 3/1612, Dalail an-Nubuwwah 6/89, al-Khasais al-Kubra 2/77
[43] Muslim 4/1784, Dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 6/114, al-Khasais al-Kubra 2/86
[44] Sunan an-Nasai 4/170, Al-Mustadral ‘ala As-Sahihain 2/675, Sunan at-Tirmizi 5/593, Dalail an-Nubuwwah 6/93
[45] Musonnaf Ibnu Abi Syaibah 6/315, Majma’ az-Zawaid 8/308, at-Tobaqat al-Kubra 1/256, Dalail an-Nubuwwah al-Firyabi 45, A’lam an-Nubuwwah 139, al-Khasais al-Kubra 2/81
[46] Sunan an-Nasai al-Kubra 5/125, Al-Ahadis al-Mukhtarah 2/72, Majma’ az-Zawaid 8/302, Kanzul ‘Ummal 13/76, Khasais ‘Ali 83, Fadhail as-Sahabah li Ibni Hanbal 2/712
[47] Musonnaf Abdur Razzaq 5/488, al-Mu’jam al-Kabir 22/411, Majma’ az-Zawaid 9/208
[48] At-Tabaqat al-Kubra 1/186
[49] Sahih Ibnu Hibban 14/462
[50] Sahih al-Bukhari 3/1312, Sunan an-Nasai 4/105
[51] Dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 1/130, as-Sirah al-Halabiyyah 3/165
[52] Sunan at-Tirmizi 5/685, Mishkat al-Masabih 3/1669
[53] Sahih al-Bukhari 5/2370
[54] Sahih al-Bukhari 1/52, Sahih Muslim 1/10
[55] Sahih al-Bukhari 3/1309, Sahih Muslim 4/1783
[56] Al-Bukhari 3/1310 dan 4/1526, Musnad Ahmad 3/329
[57] Al-Bukhari 1/52, Muslim 1/10
[58] Muslim 4/2307, Fathul Bari 6/586
[59] Sahih Muslim 4/1784, Muwatta’ Imam Malik 1/143, Sahih Ibnu Hibban 14/475, al-Khasais al-Kubra 1/454
[60] Al-Bukhari 3/1311, Musnad Ahmad 4/290
[61] Sahih Muslim 1/472, Dalail an-nubuwwah al-Firyabi 63, dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 4/283
[62] Sunan al-Baihaqi 1/23, Al-Khasais al-Kubra 2/73
[63] Sahih Ibnu Hibban 4/223, al-Mustadrak ‘ala as-sahihain 1/263, dalail an-nubuwwah al-baihaqi 5/231
[64] Tabaqat Ibnu Saad 1/152, al-Khasais al-Kubra 1/207, as-Sirah al-Halabiyyah 1/190
[65] Musnad Abi Ya’la 1/190, Musnad al-Bazzar 1/438, al-Matolib al-‘Aliyah 15/557, Dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 6/13
[66] Sunan Ibnu Majah 2/1336, Musnad Ahmad 3/113
[67] Sahih Ibnu Hibban 14/434, al-Khasais al-Kubra 2/60
[68] Al-Khasais al-kubra 2/59, A’lam an-Nubuwwah 1/192
[69] Sahih Muslim 4/2347, Dalail an-nubuwwah 6/8
[70] Dalail an-Nubuwwah 6/25, al-Khasais al-Kubra 2/61
[71] As-Sirah al-Halabiyyah 3/83, Sirah an-nabi al-Mukhtar 148
[72] Al-Mu’jam al-kabir 22/275, Akhbar Makkah li al-Fakihi 4/28, Sirah an-Nabi al-Mukhtar 148
[73] Al-Bukhari 3/1401
[74] Akhbaru Makkah li al-Fakihi 4/23
[75] Al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain
[76] Riwayat tersebut terdapat dalam sahih al-Bukhari 3/1314, Sunan al-Baihaqi 3/195, at-Tobaqat al-Kubra 1/253, as-Sirah al-Halabiyyah 3/366, Fathul Bari 6/603, Sirah an-Nabi al-Mukhtar 149
[77] Riwayat tersebut terdapat dalam sahih al-Bukhari 3/1314, Sunan al-Baihaqi 3/195, Sunan Ibnu Majah 1/454, Sunan ad-Darimi 1/31, Musannaf Abi Syaibah 6/319, Musnad Ahmad 1/249, Dalail an-Nubuwwah 2/558, al-Khasais al-Kubra 2/127, At-Tabaqat al-Kubra 1/253, As-Sirah al-Halabiyyah 3/366, Fathul bari 6/603, Sirah an-Nabi al-Mukhtar 149, ‘Umdatul Qari’ 6/215
213. Page
Isyarat Kesebelas:
Seperti isyarat kesepuluh yang telah diterangkan mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berlaku pada kelompok pokok. Isyarat kesebelas pula akan mengisyaratkan kepada munculnya mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pada kelompok batu dan gunung yang merupakan benda-benda pejal. Kami dengan peranan kami akan menyebut tujuh atau lapan contoh di antara contoh-contohnya yang amat banyak.
Contoh pertama: Sesungguhnya ‘Allamah Maghrib al-Qadi 'Iyadh meriwayatkan dalam kitabnya asy-Syifa' al-Syarif dengan sanad yang tinggi dan daripada para imam yang besar seperti al-Bukhari bahawa Saidina Ibnu Mas'ud iaitu khadam Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berkata: “Sesungguhnya ketika sedang makan bersama Rasulullah, kami mendengar tasbih makanan yang sedang dimakan.”[1]
Contoh kedua: Sesungguhnya kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan daripada Anas dan daripada Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anhu dengan riwayat yang sahih bahawa Anas Khadam Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berkata: “Kami bersama Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengambil beberapa ketul batu kecil dengan tapak tangannya, lalu batu-batu itu bertasbih dalam tangan baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan batu-batu tersebut dalam tangan Abu Bakar SiddiqRadhiyallahu ‘Anhu lalu batu itu bertasbih lagi/yine.[2]
Abu Dzar al-Ghifari Radhiyallahu ‘Anhu dalam versinya berkata: “Kemudian Nabi meletakkan batu-batu tersebut di tangan Umar Radhiyallahu ‘Anhu lalu batu-batu itu bertasbih juga. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengambil dan meletakkan batu-batu itu di atas bumi, lalu ia diam. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengambil batu-batu itu semula dan meletakkannya di tapak tangan Usman, maka batu itu mula bertasbih yine/lagi. Anas dan Abu Dzar berkata: “Kemudian Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan batu-batu tersebut di tangan kami lalu batu-batu itu diam.”[3]
Contoh ketiga: Telah sabit dengan riwayat sahih daripada Saidina Ali dan Jabir Radhiyallahu ‘Anhu daripada Saidatina Aisyah as-siddiqah Radhiyallahu ‘Anha, gunung dan batu pernah berkata kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, “Salam sejahtera ke atas engkau wahai Rasulullah.”
Saidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dalam versinya berkata: “Kami berada di Mekah bersama Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pada awal kenabiannya. Baginda telah keluar ke beberapa ceruk Mekah. Maka tiada sebatang pokok atau gunung/batu pun yang terserempak dengan baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melainkan telah berkata: “السلام عليك يا رسول الله” (“Salam sejahtera ke atas engkau, wahai Rasulullah!” kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.)[4]
Saidina Jabir Radhiyallahu ‘Anhu berkata dalam versinya: “Tidaklah Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melintasi seketul batu dan sebatang pokok kecuali batu dan pokok itu sujud atau tunduk kepada baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan berkata: “السلام عليك يا رسول الله”(Salam sejahtera ke atas engkau, wahai Rasulullah!)”[5]
Dalam satu riwayat daripada Jabir Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِنِّي لَأَعْرِفُ حَجَرًا كَانَ يُسَلِّمُ عَلَيَّ
(“Sesungguhnya aku mengenali seketul batu yang mengucapkan salam ke atasku.”)
Dikatakan bahawa ini adalah isyarat kepada Hajarul Aswad.[6]
Saidatina Aisyah telah berkata dalam versinya bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
لَـمَّا اِسْتَقْبَلَنِي جِبْرَائِيلُ بِالرِّسَالَةِ جُعِلْتُ لَا أَمُرُّ بِـحَجَرٍ وَلَا شَجَرٍ إِلاَّ قَالَ: اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ.[7]
(“Selepas Jibril menemuiku dengan membawa kerasulan, maka tidaklah aku melintasi satu batu atau pokok melainkan batu dan pokok itu berkata, “Salam sejahtera ke atas engkau wahai Rasulullah.”)
214. Page
Contoh Keempat: Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih daripada saidina al-‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyelimutkan beliau (al-Abbas) dan ke atas empat anak beliau iaitu Abdullah, Ubaidullah, al-Fadl dan Qutsam) dengan sehelai kain dinamakan “mulaat” dan berdoa dengan bersabda:
يَا رَبِّ، هَذَا عَمِّي وَصِنْوُ أَبِي وَهَؤُلَاءِ بَنُوهُ فَاسْتُرْهُمْ مِنَ النَّارِ كَسِتْرِي إِيَّاهُمْ بِمَلَاءَتِي.
(Wahai tuhanku, ini adalah pakcikku yang juga saudara kandung ayahku dan mereka pula anak-anaknya. Lindungilah mereka daripada api neraka seperti perlindungan yang aku lakukan ke atas mereka dengan kainku ini.)
Tiba-tiba pintu rumah, atap dan dinding-dinding rumah ikut doanya dan mengucapkan, “Amin, Amin”.
Contoh Kelima: Kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan secara sepakat dan dihadapannya adalah imam al-Bukhari, Ibnu Hibban, Abu Daud dan at-Tirmizi daripada saidina Anas, Abu Hurairah dan daripada Uthman dzun-Nurain, daripada sepuluh orang yang digembirakan dengan syurga dan Said bin Zaid, "Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Abu Bakar siddiq, Umar faruq, Usman zinnurain telah menaiki puncak gunung Uhud, lalu gunung itu bergetar kerana kehebatan mereka atau kerana kegembiraan dan kegirangannya. Lantas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اُثْبُتْ يَا أُحُدُ فَإِنَّـمـَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدَانِ[9]
Tetaplah engkau, wahai Uhud, sesungguhnya di atas engkau terdapat seorang Nabi, seorang siddiq dan dua orang syahid.
Hadis ini memberitahu satu pemberitahuan secara ghaib mengenai Saidina Umar dan Saidina Usman Radhiyallahu ‘Anhu akan menjadi syahid.
Telah diriwayatkan sebagai penyempurnaan bagi contoh ini bahawa ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berhijrah dari Mekah, kaum kafir Quraisy mula mengekori Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memanjat gunung Sabir lalu gunung Sabir berkata kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam: “Turunlah wahai Rasulullah, sesungguhnya aku takut mereka akan membunuhmu di atasku lalu Allah mengazabku. Lalu gua Hira' memanggil Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, "Datanglah kepadaku wahai Rasulullah."[10]
Maka dengan rahsia ini ahli kalbu berasa takut ketika berada di atas gunung Sabir dan berasa aman di dalam gua Hira'.
Difahami daripada contoh ini bahawa setiap gunung daripada gunung-gunung yang besar tersebut adalah hamba yang berdiri sendiri dan bertasbih serta diberi tugas. Difahami juga bahawa setiap gunung mengenali dan mencintai Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Turut difahami juga bahawa gunung-gunung itu tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tugas.
Contoh Keenam: Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih daripada Hadrat Abdullah Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam membaca ayat berikut di atas mimbar:
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعاً قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ
(Dan mereka tidak menghormati Allah dengan sebenar-benarnya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman-Nya, dan langit tergulung dengan kuatkuasa-Nya. Maha Sucilah Ia dan Maha Tinggi Ia dari apa yang mereka sekutukan. (39:67))
Kemudian baginda bersabda:
إِنَّ الْـجَبَّارَ يُعَظِّمُ نَفْسَهُ وَيَقُولُ: أَنَا الْـجَبَّارُ أَنَا الْـجَبَّارُ أَنَا الْكَبِيرُ الْـمُتَعَالِ
(Sesungguhnya Allah Yang Maha Perkasa mengagungkan diri-Nya dan berfirman: Akulah tuhan yang Maha perkasa, Akulah tuhan yang Maha Perkasa, Akulah tuhan yang Maha Besar dan Maha tinggi.)
Lalu bergegar dan bergoncanglah mimbar sehingga Kami berasa takut kerana ia bergoyang seolah-olah hampir menjatuhkan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[11]
215. Page
Contoh Ketujuh: Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih daripada dakwat umat dan penterjemah al-Quran Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma dan daripada Ibnu Mas'ud Radhiyallahu ‘Anhu yang merupakan khadam Nabi dan salah seorang ulama besar daripada kalangan sahabat. Kedua-duanya telah berkata: "Dahulu di sekeliling baitul Haram terdapat tiga ratus enam puluh berhala yang dipaku dengan menggunakan peluru di dalam batu. Apabila Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam masuk ke dalam masjid pada tahun penaklukan Mekah baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menunjuk dengan tongkat yang seperti busur di tangan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang mulia ke arah berhala-berhala masing-masing tersebut tanpa menyentuh berhala tersebut dan bersabda:
جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (17:81).
Maka tidaklah Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengarahkan ke wajah mana-mana berhala melainkan berhala itu jatuh ke belakang. Tidak pula Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengarahkan ke belakang berhala melainkan berhala itu jatuh tersembam sehinggalah tiada yang tertinggal walau satu berhala pun.[12]
Contoh Kelapan: Ini adalah kisah yang masyhur bagi seorang rahib bernama Buhaira yang masyhur. Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar sebelum kenabian bersama pakciknya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Abu Talib dan satu jemaah daripada Quraisy ke pelosok Syam untuk berniaga. Ketika sampai di sekitar gereja rahib Buhaira, mereka pun duduk di sana. Biasanya rahib tersebut tidak keluar kepada sesiapa dan hidup terasing, namun tiba-tiba rahib keluar dan mula berjalan di celah-celah mereka sehingga melihat Saidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberi gelaran al-Amin iaitu orang dipercayai, dan berkata: “Ini adalah penghulu alam semesta dan akan menjadi seorang rasul.”
Lalu kaum Quraisy berkata kepadanya: "Dari manakah kamu mengetahui ini ?"
Rahib yang diberkati itu berkata: "ketika kalian datang aku dapati bahawa di udara terdapat gumpalan awan di atas kalian. Ketika kalian duduk, maka awan-awan itu telah cendurung dan memayungi ke arah Muhammad al-Amin Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ini. Malah aku dapati bahawa batu dan pohonan dalam keadaan seolah-olah bersujud kepadanya. Perkara itu hanya dilakukan kepada para Nabi. [13]
Demikianlah lapan contoh bahkan mungkin di sana terdapat lapan puluh contoh. Apabila dikumpulkan kelapan-lapan contoh ini maka ia akan menjadi rantai yang kuat. Tiada satu pun perkara syubhat yang boleh memutuskan atau menggoncangkannya. Jenis ini daripada mukjizat atau bercakapnya benda-benda pejal sebagai dalil bagi kenabian adalah seperti di dalam hukum tawatur maknawi dan memberi makna keyakinan dan keqat'ian dari sudut kesyumulannya. Setiap satu contoh daripada contoh-contoh ini mendapat kekuatan lain daripada kelompoknya yang mengatasi kekuatan contoh itu sendiri. Ya sesungguhnya tiang yang lemah apabila saling berganding bahu dengan tiang-tiang yang kuat akan menjadi kuat dan kukuh. Jika seorang lelaki yang lemah masuk ke dalam tentera maka dia akan kuat sehingga tahap dia mampu mencabar seribu lelaki.
Isyarat Kedua Belas:
Isyarat ini terdiri daripada tiga contoh yang berkaitan dengan isyarat kesebelas tetapi sangat penting.
Contoh pertama: Sesungguhnya ayat ini
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللّهَ رَمَى
...Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar,... (8:17), memberitahu dengan nasnya yang qat'i dengan tahqiq semua pentafsir yang muhaqqiq dan pemberitahuan ahli hadis bahawa ketika perang Badar, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengambil segenggam tanah dan batu-batu kecil kemudian melempar benda-benda itu ke muka tentera kafir dengan bersabda:
شَاهَتِ الْوُجُوهُ
telah menjadi buruk muka-muka itu.
Lalu masuklah gengaman pasir tesebut ke dalam mata setiap orang kafir daripada kaum kafir tersebut sebagaimana telah sampai ke pendengaran setiap seorang daripada mereka kata-kata "telah menjadi buruk muka-muka" sedangkan itu adalah satu kata.
216. Page
Mereka seterusnya menjadi sibuk dengan mata mereka masing-masing dan tiba-tiba terpaksa berundur, walaupun mereka masih dalam keadaan menyerang.
Ahli-ahli hadis dan diketuai imam Muslim memberitahu juga, bahawa ketika kaum kafir melakukan serangan yang dahsyat ke atas kaum muslimin dalam ghazwah Hunain, sebagaimana yang berlaku ketika perang Badar, sekali lagi baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melemparkan segenggam tanah dan bersabda:
شَاهَتِ الْوُجُوهُ
(telah menjadi buruk muka-muka itu)
Lalu masuklah ke mata setiap daripada mereka dengan izin Allah segenggam daripada tanah sebagaimana setiap seorang daripada mereka telah mendengar kata-kata:
شَاهَتِ الْوُجُوهُ
lalu mereka berundur lari dalam keadaan sibuk dengan mata masing-masing.[14]
Maka oleh kerana peristiwa luar biasa yang berlaku ketika perang Badar dan perang Hunain ini bukan dalam lingkungan sebab-sebab biasa dan bukan termasuk dalam kudrat manusia menurut firman Allah al-Mu’jizul Bayan:
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللّهَ رَمَى
... Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar,...
Maknanya, peristiwa itu mengatasi kudrat manusia. Peristiwa ini tidak berlaku dengan kekuatan manusia, tetapi berlaku dengan kudrat Ilahi dengan dalam bentuk yang luar biasa.
Contoh kedua: Kitab-kitab hadis sahih dan diketuai oleh sahih al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa seorang wanita yahudi dalam perang Khaibar telah memasak dan menghantar makanan biryan berupa seekor kambing yang telah diracuni dengan racun yang bahaya. Kemudian dia mengirim kambing itu kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Para sahabat mula memakan kambing itu. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda secara tiba-tiba:
اِرْفَعُوا أَيْدِيَكُمْ، فَإِنَّـهَا أَخْبَرَتْنِي أَنَّـهَا مَسْمُومَةٌ
(Angkatlah tangan-tangan kamu, sesungguhnya kambing itu telah memberitahuku bahawa binatang itu telah diracun.)
Lalu, semua mengangkat tangan mereka, kecuali Bisyir bin al-Barra' yang meninggal kerana kesan suapan daging yang beliau ambil dengan sebab racun yang sangat kuat yang ada pada daging tersebut. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memanggil wanita Yahudi yang namanya adalah Zainab. Baginda bersabda kepadanya,
(مَا حَمَلَكِ عَلَى مَا صَنَعْتِ؟)
(Apakah yang membawamu di atas apa yang engkau lakukan?)
Perempuan yang jahat itu berkata, “Jika engkau seorang Nabi maka perbuatanku tidak memberi kemudaratan kepadamu, dan jika engkau seorang raja maka aku telah melegakan manusia daripadamu.”[15]
Dalam sebahagian riwayat, “Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak memerintahkan wanita itu untuk dibunuh.” Namun dalam sebahagian riwayat lain, “Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan agar wanita itu dibunuh,” Para penyelidik berkata, “Nabi tidak memerintahkan agar wanita itu dibunuh tetapi Nabi menyerahkan wanita itu kepada para waris Bisyir bin al-barra' lalu mereka membunuhnya.”
Maka dengarlah kepada dua atau tiga noktah yang menerangkan sudut kemukjizatan dalam kejadian yang ajaib ini:
Pertama: Dalam satu riwayat mengatakan bahawa sebahagian daripada sahabat telah mendengar kata-kata lengan kambing ketika lengan itu memberitahu bahawa lengan itu beracun.
217. Page
Kedua: Dalam satu riwayat lain selepas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberitahu mengenai racun, Rasul bersabda:
(قُولوا بِاسْمِ اللهِ ثُـمَّ كُلُوا، فَإِنَّهُ لَا يَضُرُّ السُّمُّ بَعْدَهُ)
Katakan bismillah kemudian makanlah sesungguhnya racun tidak memberi kemudaratan selepasnya
Walaupun Ibnu Hajar al-Asqalani tidak menerima riwayat ini tetapi selainnya daripada para ulama menerima riwayat ini.
Ketiga: Terdedahnya konspirasi yahudi yang penuh dengan tipu helah dan tidak berjayanya tipu daya mereka (seakan-akan telah diberitahu daripada ghaib secara tiba-tiba) walaupun mereka benar-benar ingin membunuh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para sahabat yang rapat sekaligus. Berlakunya kejadian ini sebagaimana telah diberitahu kepada baginda(daripada ghaib). Sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang tidak didengar daripadanya sama-sekali satu khabar yang berlawanan dengan realiti pada mata para sahabat:
إِنَّ ذِرَاعَ هَذِهِ الشَّاةِ تُـخْبِرُنِي
Sesungguhnya lengan kambing ini memberitahuku
Kita katakan bahawa semua ini telah mewariskan keyakinan qat’i bahawa sesungguhnya setiap seorang daripada mereka seolah-olah mendengar kata-kata ini daripada kambing itu dengan telinga masing-masing.
Contoh ketiga: Contoh ini adalah salah satu mukjizat daripada mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam tiga peristiwa selari dengan mukjizat "tangan putih” dan “tongkat” bagi Saidina Musa AS
Pertama: Imam Ahmad ibn Hanbal telah mengeluarkan sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri dan mengesahkannya bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberikan sebatang kayu kepada Qatadah bin Nu'man pada satu malam yang gelap dan hujan lalu bersabda:
اِنْطَلِقْ بِهِ فَإِنَّهُ سَيُضِيءُ لَكَ مِنْ بَيْنِ يَدَيْكَ عَشْرًا وَمِنْ خَلْفِكَ عَشْرًا، فَإِذَا دَخَلْتَ بَيْتَكَ فَسَتَرَى سَوَادًا فَاضْرِبْهُ حَتَّى يَـخْرُجَ فَإِنَّهُ الشَّيْطَانُ
Pergilah kamu dengan batang ini sesungguhnya batang ini akan menerangkan sepuluh hasta daripada setiap arahmu dan apabila kamu telah masuk ke dalam rumah kamu maka kamu akan melihat seorang hitam lalu pukullah benda itu sehingga ia terkeluar daripada rumahmu. Sesungguhnya itu adalah syaitan.
Kemudian Qatadah mengambil batang kayu tersebut dan batang itu meneranginya seperti tangan yang putih kemudian beliau masuk ke rumahnya dan menemui orang yang hitam itu lalu memukulnya sehingga keluar. [16]
Kedua: Pedang Ukasyah bin Mihsan al-Asadi telah patah ketika berperang dengan kaum musyrikin dalam ghazwah Badar al-Kubra -ghazwah ini adalah punca bagi perkara-perkara aneh lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberinya sebatang kayu yang tebal sebagai ganti pedang. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِضْرِبْ بِهِ
pukullah dengan kayu ini
Tiba-tiba kayu yang ada di tangannya bertukar dengan izin Allah kepada pedang putih yang panjang. Beliau berperang dengan pedang itu kemudian membawa pedang itu bersamanya sepanjang hayatnya sehinggalah beliau syahid dalam perang Yamamah.[17]
Sesungguhnya kejadian ini berlaku secara sabit dan qat'i kerana sesungguhnya Saidina Ukasyah Radhiyallahu ‘Anhu telah berbangga dengan pedang tersebut sepanjang hayatnya dan pedang ini terkenal dengan nama al-‘Aun. Maka kebanggaan Ukasyah Radhiyallahu ‘Anhu dengan pedang ini dan kemasyhuran pedang ini dengan nama al-‘Aun adalah lebih daripada pedang-pedang lain adalah dua hujah ke atas sabitnya peristiwa ini.
Ketiga: Seorang ‘Allamah Mesir dan daripada ulama abad seperti Ibnu Abdul Barr menukilkan dan mengesahkan hadis ini bahawa, “Pedang Abdullah bin Jahsy (beliau adalah anak bapak saudara Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) telah patah dalam ghazwah Uhud ketika sedang berperang. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberinya sebatang kayu. Kemudian kayu yang ada di tangannya bertukar kepada sebilah pedang, lalu beliau berperang dengan pedang itu. Pedang ini tetap kekal yang mana pedang ini adalah kesan mukjizat.
218. Page
Ibnu Sayyid an-Nas yang masyhur berkata dalam sirahnya: Selepas beberapa waktu Abdullah menjual pedang itu kepada seorang lelaki bernama Bugha' at-Turki dengan harga dua ratus dirham.[18]
Kedua-dua pedang ini adalah dua mukjizat seperti mukjizat tongkat Saidina Musa 'Alaihis Salam melainkan tongkat Saidina Musa tidak memiliki sudut kemukjizatan selepas baginda wafat. Sedangkan kedua-dua pedang ini masih tetap kekal.
Isyarat Ketiga Belas:
Salah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah menyembuhkan orang sakit dan orang cedera dengan hembusan nafas baginda yang diberkati. Mukjizat jenis ini adalah mutawatir dan terdapat contoh yang terlalu banyak. Namun jenis tawatur yang dimiliki mukjizat ini adalah maknawi. Malah sebahagian daripada perincian-perincian bahagian ini adalah mutawatir maknawi juga. Walaupun bahagian yang lain daripada hadis-hadis ini adalah hadis-hadis Ahad namun hadis-hadis ini mewariskan kepuasan ilmiah. Sesungguhnya para imam yang teliti dalam ilmu hadis telah pun menjadikan hadis-hadis Ahad yang berkenaan dengan mukjizat-mukjizat ini sebagai sahih. Mereka juga mentakhrij mukjizat-mukjizat tersebut. Sekarang kami akan menyebut beberapa contoh daripada contoh-contoh yang amat banyak bagi mukjizat ini.
Contoh pertama: Seorang Allamah Maghribi al-Qadhi 'Iyad telah meriwayatkan dalam kitabnya asy-Shifa asy-Syarif dengan 'an'anah yang tinggi daripada Saidina Saad bin Abu Waqqas yang merupakan seorang khadam dan panglima tentera Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, panglima tertinggi tentera Islam pada zaman kekhalifahan Saidina Umar Radhiyallahu ‘Anhu dan penakluk negara Parsi. Beliau juga merupakan salah seorang yang diberi khabar gembira sebagai ahli syurga, beliau berkata, Ketika perang Uhud saya bersama Rasulullah SAW. Rasulullah SAW hari itu melemparkan anak panah sehingga busurnya patah. Kemudian Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menghulurkan kepadaku anak-anak panah tanpa mata bilah.” lalu Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
اِرْمِ بِهِ
"Lemparkan anak panah itu."
Baginda menghulurkan kepadaku anak-anak panah yang tiada mata bilah, dan baginda suruh kepadaku, lemparkanlah. Saya pun melemparnya. Anak-anak panah itumeluncur seperti bebulu pelepah dan terbenam di dalam jasad orang kafir. Dalam keadaan itu pada hari tersebut juga sebiji mata Qatadah bin an-Nu'man telah tercedera sehingga jatuh di atas pelipisnya. Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun mengembalikan matanya ke tempatnya dengan berkat tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang menyembuhkan. Mata Qatadah yang baru sembuh itu menjadi lebih baik daripada matanya yang satu lagi.[19]
Kejadian ini menjadi begitu terkenal sehinggalah seorang cucu Qatadah ketika datang menemui Saidina Umar bin Abdul Aziz memperkenalkan dirinya sambil berkata bagaikan puisi:
(أَنَا اِبْنُ الَّذِي سَالَتْ عَلَى الْـخَدِّ عَيْنُهُ فَرُدَّتْ بِكَفِّ الْـمُصْطَفَى أَحْسَنَ الرَدِّ
فَعَادَتْ كَمَــا كَانَتْ لِأَوَّلِ أَمْرِهَا فَيَا حُسْنَ مَا عَيْنٍ وَيَا حُسْنَ مَا رَدِّ[20])
Aku adalah anak kepada orang yang meleleh matanya di atas pipi,
Lalu dikembalikan dengan tapak tangan al-Mustafa dengan pengembalian yang terbaik
Lalu kembalilah mata itu sebagaimana sebelumnya
Alangkah baiknya mata dan alangkah baiknya pengembalian
Diriwayatkan juga dengan riwayat yang sahih bahawa sebatang anak panah mengenai wajah Abu Qatadah yang terkenal ketika perang yang disebut sebagai Yaum Zi Qarad. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun menyapu luka itu dengan berkat tangan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Abu Qatadah berkata, "Aku tidak berasa sakit atau luka sama sekali."[21]
219. Page
Contoh kedua: Kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan yang diketuai oleh imam al-Bukhari dan imam Muslim bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah melantikkan Saidina Ali ketika perang Khaibar sebagai ketua pasukan tentera. Ketika itu Saidina Ali sakit mata dan berasa sakit yang amat sangat. Apabila Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meludah ke mata Saidina Ali maka bertukarlah ludah tersebut menjadi penawar bagi matanya. Lalu sembuh dengan izin Allah. Ketika datang hari esok, Saidina Ali menarik pintu kubu yang dibuat daripada besi yang amat berat dan memegang seperti perisai , lalu beliau menakluki kubu tersebut. [22]
Dalam kejadian itu juga Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menghembus di atas kesan pukulan pedang di kaki Salamah bin al-Akwa' lalu tiba-tiba kakinya sembuh.[23]
Contoh ketiga: Para pemilik kitab-kitab Sirah meriwayatkan yang diketuai oleh an-Nasai daripada Usman bin Hunaif, beliau berkata, "Sesungguhnya seorang lelaki buta telah datang kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah doakanlah bagiku agar Allah mencelikkan penglihatanku. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
فَانْطَلِقْ وَتَوَضَّأْ ثُمَّ صَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّي مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ،
يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّكَ، أَنْ يَكْشِفَ لِي عَنْ بَصَرِي، اَللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ.
“Bergeraklah kamu dan berwuduklah. Kemudian solatlah dua rakaat, dan katakanlah, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada engkau, dan menghadap kepada engkau dengan Nabiku Muhammad Nabi rahmat. Wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap denganmu kepada Tuhanmu, untuk mencelikkan bagiku penglihatanku. Ya Allah, jadikanlah baginda pemberi syafaat bagi diriku.”
Kemudian lelaki buta itu pulang dan telah melakukan begitu. Kami nampak bahawa matanya telah sembuh daripada buta dan melihat lebih baik.[24]
Contoh Keempat: Imam Besar Ibnu Wahab meriwayatkan bahawa ketika Mu'awwiz bin Afra' yang merupakan salah seorang daripada para syuhada perang Badar yang berjumlah empat belas orang sedang bertarung dengan Abu Jahal, musuh Allah yang dilaknat ini telah menebas tangan pahlawan ini. Beliau pun memegang tangannya yang terpotong itu dengan tangannya yang lain. Kemudian beliau datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun mencantumkan semula tangan tersebut ke tempat asalnya. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyapu di atas tangan tersebut dengan air liurnya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Lalu sembuh serta merta . Kemudian beliau kembali berperang dan bertarung sehingga menjadi syahid. [25]
Imam yang mulia Ibnu Wahb juga meriwayatkan bahawa bahu Khubaib bin Yasaf telah ditetak dengan pedang dalam ghazwah tersebut, lalu terluka dengan luka yang teruk seakan-akan hampir putus salah satu belahnya. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mencantumkan semula lengannya dengan bahunya dengan kemuliaan tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan menghembus ke atas bahunya lalu sembuh.[26]
Walaupun kedua-dua riwayat ini daripada riwayat hadis Ahad, namun pengesahan daripada seorang imam seperti Ibnu Wahb bagi kedua-duanya, berlaku pula ketika ghazwah Badar yang merupakan sumber banyak mukjizat, dan telah wujud juga contoh-contoh yang banyak yang menyerupai kedua-dua riwayat ini yang menafikan keraguan bahkan berlakunya kedua-dua kejadian itu adalah muktamad secara qat'i.
Mungkin di sana terdapat seribu contoh yang muktamad dalam hadis-hadis sahih yang menunjukkan bahawa tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati adalah penawar.
220. Page
Sesungguhnya perenggan yang berikut ini lebih layak untuk ditulis dengan emas dan berlian.
Ya, sesungguhnya semua peristiwa seperti zikir dan tasbih batu kerikil di tapak tangan baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagaimana yang telah dinyatakan dahulu; perihal kerikil-kerikil dan tanah dalam tapak tangan baginda yang sama bagaikan peluru berpandu dan bom yang menjadi penyebab kekalahan para musuh dengan rahsia ayat:
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللّهَ رَمَى
Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allahlah yang melempar;
Perihal salah satu jari tangan baginda yang sama membelah bulan kepada dua bahagian menerusi satu isyarat menurut nas: “.وَ انْشَقَّ الْقَمَرُ .dan terbelahlah bulan.” (al-Qamar:1);
Peristiwa air mengalir daripada sepuluh jemari tangan baginda yang sama bagaikan mata air dan peristiwa baginda memberi minum sehingga puas seluruh pasukan tentera menerusi jemari itu; dan perihal tangan yang sama menjadi penyembuh bagi orang yang sakit tercedera itu semua menunjukkan di tahap mana tangan yang diberkati itu merupakan mukjizat luar biasa milik qudrat Ilahi.
Seolah-olah telapak tangan yang mulia itu adalah satu majlis zikir as-Subhan yang kecil bagi para kekasih. Jika kerikil-kerikil masuk ke dalam tangan tersebut maka ia semua akan bertasbih kepada Allah dan menyebut nama Allah.
Tapak tangan itu juga seolah-olah sebuah gudang simpanan senjata yang kecil Rabbani terhadap para musuh. Maka apabila dimasuki oleh tanah dan pasir maka ia semua bertukar menjadi bom dan peluru berpandu.
Tapak tangan itu juga seolah-olah farmasi kecil ar-Rahman bagi orang yang cedera dan orang yang sakit. Apabila tangan itu menyentuh apa jua luka dan penyakit maka ia menjadi penawarnya.
Apabila tangan itu diangkat dengan sifat jalaliyyah (sifat keperkasaan) Allah, maka tangan itu membelah bulan dan menjadikannya ibarat dua busur.
Apabila tangan itu kembali dan turun dengan sifat jamaliyyah (sifat keindahan) maka tangan itu bertukar menjadi mata air rahmat yang memiliki sepuluh pancuran yang mengalir daripadanya air al-Kautsar.
Justeru, apabila hanya sebelah tangan milik peribadi mulia seperti ini menjadi paksi dan tempat tajalli mukjizat-mukjizat yang ajaib seperti ini, maka tidakkah difahami daripada perkara ini secara jelas betapa makbulnya peribadi ini di sisi pencipta alam semesta, betapa benarnya peribadi tersebut dalam dakwahnya dan betapa bahagianya mereka yang telah berbai’ah pada tangan tersebut.
221. Page
Soalan: Dikatakan bahawa sesungguhnya kamu telah berkata mengenai banyak riwayat bahawa perkara itu adalah mutawatir sedangkan pada masa yang sama kebanyakan daripada riwayat-riwayat tersebut kami baru mendengarnya buat pertama kali. Sepatutnya riwayat-riwayat yang mutawatir itu tidak patut tersembunyi seperti ini?
Jawapan: Sesungguhnya bagi para ulama syariah terdapat banyak perkara yang mutawatir dan perkara yang jelas oleh mereka namun tidak diketahui oleh orang yang bukan daripada kalangan mereka. Begitu juga terdapat pada ahli hadis perkara-perkata mutawatir yang banyak, namun bagi selain mereka perkara-perkara itu tidak mencapai walaupun ke tahap hadis Ahad. Demikianlah ahli setiap ilmu dan seni menerangkan perkara-perkara yang jelas dan teori-teori bersesuaian dengan ilmu itu. Sedangkan orang umum lain hanya bersandarkan kepada orang yang pakar dalam ilmu itu dan menyerahkan perkara itu kepada mereka, atau kepada mereka yang memang berkecimpung dalam ilmu tersebut dan mengetahui ilmu tersebut.
Oleh itu apa yang telah kami katakan bahawa sesuatu perkara itu adalah mutawatir hakiki, atau mutawatir maknawi atau apa yang mengifadahkan kemuktamadan kejadian-kejadian itu setahap dengan mutawatir memang telah diterangkan hukumnya oleh ahli hadis, ahli syariah dan ahli usul dan kebanyakan tingkatan ulamak dengan gambaran ini. Apabila orang awam yang lalai atau orang jahil yang menutup mata mereka sendiri tidak mengetahui, maka kekurangan dan kesalahan itu kembali kepada orang itu.
Contoh Kelima: Imam al-Baghawi telah mentakhrij dan mensahihkan bahawa kaki Ali bin al-Hakam telah patah dalam ghazwah al-Khandaq disebabkan pukulan daripada kaum kafir, lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengusap kaki tersebut lantas dia sembuh pada ketika itu juga tanpa turun dari kudanya.[27]
Contoh Keenam: Ahli-ahli hadis meriwayatkan dan diketuai oleh al-Imam al-Baihaqi bahawa imam Ali pernah sakit tenat. Beliau mengerang kerana sakit yang amat sangat dan berdoa untuk kebaikan dirinya. Lalu datanglah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan berdoa:
اللّهُمَّ اشْفِهِ
(“Ya Allah, sembuhkanlah ia.”)
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun menyentuhnya dengan kaki baginda kemudian bersabda:
(اِنْهَضْ)
“Bangunlah.”
Lalu Saidina Ali sembuh dan berkata, "Tidaklah aku mengadu disebabkan penyakit itu selepas itu."[28]
Contoh Ketujuh: Ini adalah kisah yang terkenal mengenai Syurahbil al-Ju'fi. Beliau terkena penyakit sejenis ketumbuhan di tapak tangannya daripada daging sehingga menghalangnya untuk memegang pedang atau tali kekang kuda. Lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyapu dengan tangan ke atas tumor yang ada di atas tapak tangan Syurahbil dan mengusap dengan tangannya yang diberkati. Maka tiada satu kesan pun yang tinggal daripada tumor itu.[29]
Contoh Kelapan: Enam orang kanak-kanak telah menerima satu mukjizat daripada mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam masing-masing.
Kanak-kanak Pertama: Seorang penyelidik yang sempurna yang juga merupakan seorang ahli hadis yang masyhur Ibnu Abu Shaibah meriwayatkan bahawa seorang wanita telah membawa bersama seorang anak lelaki menemui Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Anak lelaki tersebut memiliki kecacatan iaitu tidak boleh bercakap atau dungu. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkumur-kumur dengan air dan membasuh tangannya, kemudian memberi air itu kepada wanita tersebut, lalu berkata kepadanya:
(اِسْقِي الْوَلَدَ مِنْهُ)
“Berilah anak lelaki ini minum daripada air ini.”
222. Page
Selepas meminum air itu, tiada kesan yang tinggal daripada penyakit dan kecacatan anak lelaki itu. Anak lelaki itu menjadi berakal sempurna dan mengatasi orang lain yang bijak.[30]
Kanak-kanak Kedua: Saidina Ibnu Abbas meriwayatkan satu riwayat yang sahih. Telah dibawa kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seorang budak lelaki gila. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun meletakkan tangannya yang diberkati di atas dada budak itu. Budak itu pun muntah secara tiba-tiba dan keluarlah dari perutnya satu benda hitam seperti timun kecil, lalu sembuh dan beredar.[31]
Kanak-kanak Ketiga: Imam al-Baihaqi dan an-Nasa'i meriwayatkan sebuah riwayat sahih, bahawa periuk yang sedang mendidih jatuh dengan apa-apa yang ada di dalam periuk itu ke atas lengan seorang budak lelaki bernama Muhammad bin Hatib dan membakar seluruh lengannya. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyapu dan mengoles dengan ludahnya. Budak itu sembuh seketika itu juga. [32]
Kanak-kanak Keempat: Seorang budak lelaki yang yang besar tetapi bisu tidak dapat bercakap datang kepada Rasulullah , lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bertanya kepadanya:
(مَنْ أَنَا؟)
Siapakah aku?
Lalu berkatalah budak lelaki yang langsung tidak pernah bercakap itu, “أَنْتَ رَسُولُ اللهِ” dan budak itu mula bercakap.[33]
Kanak-kanak Kelima: Imam Jalaluddin as-Suyuti adalah seorang imam pada zamannya yang beberapa kali diberi penghormatan untuk melihat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di alam Yaqazah. Beliau telah mentakhrij dan mengesahkan bahawa seorang bayi telah dibawakan kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Bayi yang baru dilahirkan itu kemudiannya dikenal sebagai Mubarak al-Yamamah. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun berpaling kepada bayi tersebut. Lalu bayi tersebut mula bercakap, اَشْهَدُ اَنَّكَ رَسُولُ اللّٰهِ "Aku bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah, kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
بَارَكَ اللهُ
(“Semoga Allah memberi keberkatan.”)
Kemudiannya bayi itu tidak bercakap sama sekali sehinggalah besar. Bayi itu masyhur dengan nama Mubarak al-Yamamah kerana mendapat satu mukjizat daripada mukjizat-mukjizat Ahmad Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan doa baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan ucapan, "semoga Allah memberi keberkatan."[34]
Kanak-kanak Keenam: Suatu masa, ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedang bersolat, seorang budak yang nakal telah memotong solatnya dan melintas di hadapannya. Kemudian baginda berdoa ke atas budak itu:
اللَّهُمَّ اقْطَعْ أَثَرَهُ
(Ya Allah, kurangkanlah kesannya.)
Budak itu tidak dapat berjalan selepas itu dan keadaan itu berterusan begitu. Budak itu menerima balasan kenakalannya.[35]
Kanak-kanak Ketujuh: Sesungguhnya seorang perempuan yang memiliki tabiat kekanak-kanakan dan kurang rasa malu telah meminta sesuap makanan ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedang makan. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun memberi perempuan itu sesuap makanan. Lalu perempuan itu berkata: "Tidak, aku hendak suapan yang berada di dalam mulutmu" Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberinya suapan itu. Setelah memakan suapan tersebut, perempuan yang tidak malu itu bertukar menjadi perempuan yang paling pemalu sama dengan sifat malu setiap wanita kota Madinah.[36]
Demikianlah terdapat contoh-contoh yang mencecah angka lapan puluh bahkan angka lapan ratus seperti contoh-contoh yang lapan ini, dan kebanyakannya telah disebut dalam kitab-kitab sirah dan kitab-kitab hadis.
223. Page
Ya, apabila tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati itu seperti farmasi Lukman al-Hakim, air ludah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah seperti air mata air yang membangkitkan kehidupan bagi Saidina al-Khidir, hembusan nafas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pemberi pertolongan, penyelamat dan penyembuh seperti hembusan Saidina Isa. Apabila manusia terdedah kepada musibah-musibah dan ujian-ujian, maka sudah tentu bahawa banyak daripada mereka mengadu dan datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Sangat ramai pesakit, budak-budak dan orang gila yang datang menemui Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu kesemua mereka kembali dengan kesembuhan.
Sesungguhnya Abu Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Tawus al-Yamani yang merupakan antara imam golongan tabiin yang paling agung dan telah melakukan haji sebanyak empat puluh kali, telah mendirikan solat fajar dengan wuduk solat Isya selama empat puluh tahun, telah bertemu dengan ramai para sahabat, memberitahu dengan keyakinan dan menghukum dengan pasti lalu berkata bahawa:
“Sesungguhnya setiap orang gila yang telah datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan tangan ke atas dada orang gila itu lalu sembuh dengan kesembuhan yang mutlak. Tiada yang tinggal tanpa disembuhkan.”
Apabila seorang imam menghukum dengan pasti satu hukum yang menyeluruh seperti imam ini yang menemui era kebahagiaan. Tiada keraguan bahawa tiada seorang pesakit pun yang datang kepada baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melainkan sembuh belaka. Oleh kerana pesakit telah sembuh maka tiada keraguan bahawa orang yang akan datang kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk tujuan ini mencecah ribuan.
Isyarat Keempat Belas:
Sesungguhnya mukjizat yang agung daripada mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah perkara-perkara luar biasa yang muncul disebabkan doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Ya, mukjizat jenis ini adalah mutawatir dengan tawatur yang qat'i dan hakiki. Perincian-perincian dan contoh-contoh jenis ini sangat banyak dan tidak terhitung serta tidak terkira. Kebanyakan contoh mukjizat ini telah mencapai tahap tawatur, bahkan menjadi masyhur yang dekat kepada tawatur. Para imam yang terkenal telah menukil sebahagian daripada mukjizat-mukjizat ini dengan nukilan yang mengifadahkan kemuktamadan seperti hukum mutawatir yang masyhur. Kita akan menyebut sebagai contoh sebahagian daripada contoh-contoh jenis ini yang memang terlalu banyak sekali dan dekat kepada tawatur serta tersebar yang mencapai tahap masyhur. Kami juga akan menyebutkan beberapa bahagian bagi setiap contoh.
Contoh pertama: Para imam hadis telah meriwayatkan yang diketuai oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila berdoa untuk doa istisqa' maka doanya selalu dan cepat mustajab. Peristiwa ini di tahap tawatur dan berlaku beberapa kali. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah mengangkat kedua-dua tangannya beberapa kali untuk berdoa untuk doa istisqa’ ketika berada di atas mimbar. Namun hujan turun sebelum baginda menurunkan kedua-dua tangannya. Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini iaitu ketika tentera ditimpa kehausan beberapa kali kemudian awan datang dan mereka disirami hujan.
Bahkan ketika datuk Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam Abdul Muttalib keluar untuk melakukan permohonan hujan dengan wajah Nabi yang mulia sewaktu kecil, lalu turunlah hujan sebagai kehormatan bagi Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Peristiwa ini menjadi masyhur melalui beberapa syair Abdul Muttalib.
Saidina Umar telah bertawasul dengan al-Abbas selepas kewafatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan berkata:
اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا
Ya Allah, dahulu kami pernah bertawasul kepadamu dengan Nabi kami lalu engkau turunkan hujan. Sekarang kami bertawasul dengan pakcik Nabi kami maka turunkanlah hujan ke atas kami. Lalu turunlah hujan.[37]
224. Page
Imam Muslim dan Bukhari juga memberitahu bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam diminta untuk berdoa doa istisqa’. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun berdoa lalu turunlah hujan sehingga mereka terpaksa berkata, "Berdoalah agar Allah menghentikan hujan." Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun berdoa. Kemudian berhentilah hujan.[38]
Contoh kedua: Terdapat satu riwayat yang masyhur yang dekat kepada tawatur bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berdoa ketika beribadah secara tersembunyi sebelum bilangan para sahabat dan orang mukmin mencecah empat puluh,
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ بِعُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ أَوْ بِعَمْرِو بْنِ هِشَامٍ
(“Ya Allah perkuatkanlah Islam dengan Umar bin al-Khattab atau dengan Amru bin Hisyam.”)
Selepas beberapa hari Saidina Umar memeluk Islam dan menjadi sebab kepada fasa berterang-terangan dengan Islam dan mengagungkan Islam. Saidina Umar diberi gelaran dengan gelaran yang tinggi dan mulia iaitu al-Faruq.[39]
Contoh ketiga: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah mendoakan kebaikan untuk para sahabat yang mulia lagi terpilih bagi tujuan-tujuan yang berbeza-beza. Doa-doa tersebut dimakbulkan dengan penuh keajaiban sehingga kekeramatan doa-doa tersebut mencapai tahap mukjizat.
Sebagai contoh, Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendoakan kebaikan bagi Ibnu al-Abbas:
اللّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
(“Ya Allah, berilah pemahaman baginya di dalam agama dan ajarilah dia takwil.”)
Doa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dimakbulkan Allah sehingga Ibnu al-'Abbas menerima gelaran yang tinggi iaitu Turjuman al-Quran (penterjemah al-Quran) dan mendapat pangkat yang tinggi iaitu Hibrul Ummah (pendeta ummah). [40] Sehingga Saidina Umar memasukkannya ke dalam majlis para ulama dan para sahabat yang besar walau pun umurnya masih amat muda.
Para pemilik kitab-kitab hadis sahih meriwayatkan yang diketuai oleh imam al-Bukhari, bahawa ibu Saidina Anas telah memohon kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan berkata: "Doakanlah kebaikan bagi khadammu Anas dengan keberkatan dalam anak-anak dan hartanya.” Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa:
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِي مَا أَعْطَيْتَهُ
(“Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya dan berilah keberkatan baginya dalam apa yang engkau telah berikan padanya.”)
Lalu saidina Anas mengumumkan satu sumpah pada akhir hidupnya: "Aku telah menguburkan dengan tanganku seratus anak-anakku, namun tiada seorang pun yang hidup bahagia sepertiku dalam harta dan kekayaannya. Kamu semua melihat bahawa hartaku sangat banyak. Kesemua itu adalah dengan keberkatan doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.”[41]
Ahli-ahli hadis meriwayatkan yang diketuai oleh al-imam al-Baihaqi bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa bagi Abdul Rahman bin Auf yang merupakan salah satu daripada sepuluh orang yang diberi khabar gembira dengan syurga dengan hartanya banyak dan keberkatan. Lalu beliau mendapat kekayaan dengan keberkatan doa itu sehingga beliau pernah bersedekah di jalan Allah dengan tujuh ratus unta betina dengan bawaannya sekali.[42] Lihatlah kepada keberkatan doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan katakanlah: "Semoga Allah memberi keberkatan."
Para perawi meriwayatkan yang diketuai oleh al-Bukhari bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa bagi Urwah bin Abu Ja'dah dengan keberkatan dalam perniagaannya untuk mencari rezeki dan keuntungan yang banyak. Urwah berkata: “Aku selalu berniaga di pasar Kufah, lalu mendapat rezeki dalam sehari sebanyak empat puluh ribu, kemudian aku kembali ke rumahku."[43] Imam al-Bukhari pernah berkata mengenainya, "Jikalau dia membeli tanah maka ia akan mendapat suatu keuntungan."[44]
225. Page
Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga telah berdoa bagi Abdullah bin Jaafar dengan harta yang banyak dan keberkatan. Hadrat Abdullah bin Jaafar pun menerima kekayaan yang banyak sehingga masyhur dengan kekayaan tersebut pada zaman itu. Kemudian beliau menjadi masyhur dengan kedermawanan dengan kadar kemasyhurannya dengan kekayaan yang beliau terima dengan keberkatan doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[45]
Jenis ini memiliki banyak contoh. Cukuplah dengan keempat-empat contoh ini.
Para imam telah meriwayatkan yang diketuai oleh al-imam al-Bukhari bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa bagi Saad bin Abu Waqqas dengan bersabda,
اللَّهُمَّ أَجِبْ دَعْوَتَهُ
“Ya Allah kabulkanlah doanya.”
Manusia pada zaman itu berasa takut kepada doa Saad ke atas mereka kerana masyhur dengan doanya yang makbul.[46]
Rasulullah pernah berdoa kepada Abu Qatadah yang masyhur,
أَفْلَحَ الله وَجْهَكَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُ فِي شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ
(“Semoga Allah menjayakan wajahmu. Ya Allah, berkatilah rambut dan kulitnya baginya.”)
Rasulullah telah berdoa bagi Abu Qatadah untuk terus menjadi muda. Telah masyhur dalam riwayat-riwayat yang sahih bahawa Abu Qatadah ketika wafat dan umurnya ketika itu adalah tujuh puluh tahun tetapi seakan-akan seorang budak berumur lima belas tahun. [47]
Kisah yang masyhur bagi seorang penyair yang masyhur iaitu an-Nabighah, bahawa beliau telah membacakan sebuah syair daripada syair-syairnya ketika bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam,
بَلَغْنَا السَّمَاءَ فِي مَجْدِنَا وَسَنَائِنَا وَإِنَّا نُرِيدُ فَوْقَ ذَلِكَ مَظْهَرًا[48]
Kami telah mencapai langit dalam kemuliaan dan ketinggian kami
sesungguhnya kami ingin lebih tinggi daripada itu dari sudut mazhar kami
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkata kepadanya secara bergurau:
إِلَى أَيْنَ يَا أَبَا لَيْلَى؟
Kemanakah kamu wahai Abu Laila?
Yakni ke manakah kamu mahu dalam syairmu setelah langit dan ke manakah niatmu?
Beliau berkata: اِلَي الْجَنَّةِ يَا رَسُولَ "Ke syurga, wahai Rasulullah." Kemudian beliau membacakan syair yang lain yang memiliki kebijaksanaan. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendoakan kebaikan baginya,
لاَ يَفْضُضِ اللهُ فَاكَ
(“Tidaklah Allah merongakkan mulutmu.”)
An-Nabighah telah mencecah umur seratus dua puluh tahun. Dengan keberkatan doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, giginya tidak berkurangan walau satu pun. Apabila jatuh satu gigi maka gigi lain akan tumbuh di tempat itu.[49]
226. Page
Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berdoa bagi Imam Ali:
اللَّهُمَّ اكْفِهِ الحَرَّ وَالقَرَّ
“Ya Allah, cukupkanlah baginya kepanasan dan kesejukan.”
Dengan keberkatan doa ini Saidina Ali memakai baju panas pada musim sejuk dan memakai baju sejuk pada musim panas. Beliau berkata, "Aku tidak berasa kesulitan sejuk dan panas selama-lamanya hasil keberkatan doa itu.”[50]
Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga berdoa bagi sayidatina Fatimah az-Zahra’ Radhiyallahu ‘Anhu
اللَّهُمَّ لاَ تُجِعْهَا
“Ya Allah, janganlah Engkau laparkannya (sayidatina Fatimah)
Saidatina Fatimah berkata: "Aku tidak lagi berasa sakit akibat lapar selepas doa itu."[51]
Tufail bin ‘Amru meminta daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam satu mukjizat supaya beliau boleh menunjukkan mukjizat itu kepada kaumnya. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
اللَّهُمَّ نَوِّرْ لَهُ
“Ya Allah, terangilah baginya.”
Lalu muncul di antara kedua matanya nur, kemudian berpindah ke hujung tongkatnya. Oleh sebab itu dia terkenal dengan zu an-nur iaitu orang yang memiliki nur.[52] Setiap kejadian ini adalah daripada hadis-hadis masyhur yang mendapat keyakinan.
Pada satu hari Saidina Abu Hurairah pernah mengadu kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam:"Sesungguhnya aku ditimpa kelupaan." Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadanya,
اُبْسُطْ رِدَاءَكَ
“Bentanglah selendangmu.”
Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menuangkan sesuatu dari tangannya dan seakan-akan mengambil sesuatu dari ghaib dengan tangannya yang diberkati. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengulangi perbuatan itu dua atau tiga kali kemudian bersabda kepadanya,
(ضُمَّ رِدَاءَكَ الْآنَ)
“Peluklah selendangmu sekarang.”
Beliau pun mengangkat selendang itu. Kemudian Saidina Abu Hurairah bersumpah dengan rahsia maknawi bagi doa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, "Sesungguhnya aku tidak pernah lupa sesuatu apa pun selepas itu.” [53]
Kejadian-kejadian ini adalah daripada hadis-hadis yang masyhur.
Contoh Keempat: Kami menyebut beberapa peristiwa Nabi berdoa keburukan ke atas beberapa individu.
Pertama: Raja Parsi, Parwiz, telah mengoyak-ngoyakkan sepucuk surat yang dihantar kepadanya oleh Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Apabila mendengar khabar ini Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendoakan keburukan ke atasnya begini:
اللّهُمَّ مَزِّقْهُ
(“Ya Allah, koyaklah dia.”)
Maksudnya, koyaklah dia dan kerajaannya dengan koyakan yang dahsyat sebagaimana dia telah mengoyak suratku. Kemudian muncullah kesan daripada doa itu di mana dia telah dibunuh dan dikoyak rabak oleh anaknya, Syirwih dengan sebilah pisau. Saad bin Abu Waqqas pula mengoyak kerajaannya. Tiada yang tertinggal bagi kerajaan Sasaniyah sama ada kekuatan atau cengkaman di mana-mana tempat. [54] Namun Qaisar dan kerajaan-kerajaan lain tidak pula menerima akibat yang berupa koyakan kerana mereka menghormati surat-surat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada mereka.
227. Page
Kedua: Satu peristiwa yang masyhur dan hampir kepada tawatur. Banyak ayat-ayat al-Quran telah mengisyaratkan peristiwa yang berlaku pada era awal Islam ketika mana Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedang solat di masjidil haram para pemimpin Quraisy berkumpul dan menyakiti Nabi dengan teruk sekali. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun berdoa ke atas mereka ketika itu. Ibnu Mas'ud berkata, "Sesungguhnya aku telah menyaksikan ketika ghazwah Badar satu persatu ‘bangkai’ mereka yang telah menyakitinya dan sesiapa yang Rasul telah doakan keburukan ke atas mereka.[55]
Ketiga: Rasulullah berdoa ke atas kabilah Mudhariah yang merupakan kabilah yang paling banyak ditimpa kemarau kerana pendustaan mereka terhadap Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Hujan terputus daripada mereka. Kemarau menjelma dan barangan menjadi mahal. Kaum Quraisy yang berasal daripada kabilah Mudhar memohon rahmat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Nabi pun mendoakan bagi mereka. Hujan pun turun dan kemarau diangkat. Peristiwa ini masyhur dengan tahap tawatur.[56]
Contoh Kelima: Termakbulnya doa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan keburukan ke atas sebahagian individu yang tertentu dengan sempurna dan cepat. Bahagian ini memiliki contoh-contoh yang banyak namun kami hanya menyebut tiga contoh yang sabit secara qat'i sebagai contoh.
Pertama: Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendoakan ke atas Utbah bin Abu Lahab dengan doa berikut,
اللَّهُمَّ سَلِّطْ عَلَيْهِ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
"Ya Allah, kuasailah ke atasnya seekor anjing daripada anjing-anjingmu."
Ketika Utbah dalam satu perjalanan datanglah seekor singa. Singa itu mencarinya di dalam kafilah lalu menemuinya dan mengoyakkannya. Peristiwa ini adalah masyhur diriwayat dan disahihkan para imam hadis.[57]
228. Page
Kedua: Ini pula kisah Muhallim bin Jassamah. Amir bin al-Adbat telah dibunuh secara khianat. Sebelum itu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menjadikan Amir sebagai komander ke atas satu perang ma’rokah untuk jihad dan berperang. Ketika itu Muhallim bersamanya dalam sariyah ini. Apabila telah sampai berita pengkhianatan Muhallim, Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam amat murka, lalu mendoakan ke atas Muhallim:
اللّهُمَّ لاَ تَغْفِرْ لِمُحَلِّمٍ
Ya Allah janganlah engkau mengampunkan Muhallim
Selepas tujuh hari Muhallim binasa. Mereka meletakkannya di dalam kubur namun kubur melontarkannya. Setiap kali mereka meletakkannya di dalam kubur, kubur tidak menerimanya. Kemudian mereka terpaksa mendirikan satu dinding yang kukuh di antara dua batu, dan dengan cara ini dia ditanam di bawah bumi.[58]
Ketiga: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melihat seorang lelaki makan dengan tangan kirinya. Baginda bersabda kepadanya,
كُلْ بِيَمِينِكَ
Makanlah dengan tangan kananmu
Lelaki itu berkata: لَٓا اَسْتَط۪يعُ "Aku tidak boleh berbuat demikian." Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
لاَ استَطَعْتَ
"kamu tidak akan mampu mengangkatnya."
Selepas itu lelaki itu tidak dapat lagi mengangkat tangan kanannya. [59]
Contoh Keenam: Kami akan sebut beberapa kejadian daripada perkara-perkara luar biasa yang muncul dengan doa dan sentuhan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kejadian itu adalah sabit dengan sabitan yang qat'i.
Pertama: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberi Khalid bin al-Walid (Pedang Allah) beberapa helai rambutnya dan berdoa untuk kejayaan beliau. Khalid memelihara rambut tersebut di bawah kopiahnya. Tidaklah Saidina Khalid memasuki peperangan melainkan keluar daripada peperangan itu dengan kemenangan dan kejayaan dengan keberkatan rambut dan doa tersebut.
Kedua: Salman al-Farisi pernah menjadi hamba milik seorang Yahudi sebelum memeluk agama Islam. Beliau ingin menjadi seorang yang merdeka. Namun tuannya meminta daripadanya banyak perkara demi kemerdekaannya. Mereka berkata kepadanya, "Kamu mesti menanam terlebih dahulu tiga ratus batang pohon kurma dan tanaman ini mestilah berbuah. Kemudian kamu perlu membayar empat puluh uqiyah emas." Beliau mendatangi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengadu akan keadaannya. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menanam dengan tangannya sendiri sebanyak tiga ratus pohon kurma dekat kota Madinah, kecuali satu ditanam oleh orang lain. Semua yang ditanam Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berbuah sepanjang tahun itu. Sedangkan tanaman yang ditanam orang lain itu tidak berbuah. Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mencabut dan menanam semula. Tanaman itu berbuah juga. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menggosok ke atas emas seperti telur ayam dengan ludahnya. Kemudian berdoa dan memberikan telur itu kepada Salman lalu bersabda kepadanya:
اِذْهَبْ فَأَعْطِهِ لِلْيَهُودِ
“Pergilah dan berilah ini kepada orang yahudi.”
Saidina Salman pergi kepada mereka dan memberi mereka empat puluh uqiyah daripada emas tersebut. Emas tersebut masih seperti telur ayam seperti sebelumnya. [60] Kejadian ini adalah peristiwa yang paling luar biasa yang pernah melalui kehidupan Salman yang suci. Kejadian ini telah diriwayatkan oleh para imam yang tsiqah.
229. Page
Ketiga: Seorang sahabat perempuan bernama Ummu Malik menghadiahkan mentega kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang dari bekasnya yang dinamakan “ukkah”, kemudian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa untuknya sekali dan memberinya kembali bejana tersebut. Kemudian bersabda,
لَا تَصُبُّوا الْعَكَّةَ وَلَا تَعْصُرُوهَا
“Janganlah kamu menuangkan atau kamu memerah bejana itu.”
Kemudian Ummu Malik mengambil bekas daripada kulit tersebut. Bilamana anak-anaknya inginkan minyak mereka akan temui mentega di dalam bekas tersebut dengan keberkatan doa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Keadaan tersebut berjalan dalam jangka masa yang panjang. Kemudian mereka memerah bekas tersebut lalu hilanglah keberkatan tersebut.[61]
Contoh Ketujuh: Sesungguhnya terdapat banyak contoh bagi kemanisan air dan tersebarnya bau yang wangi daripada air tersebut dengan doa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan sentuhannya. Kami akan sebut dua tiga perumpamaan sebagai contoh.
Pertama: Ahli-ahli hadis meriwayatkan yang diketuai oleh al-Imam al-Baihaqi, "Sesungguhnya sebuah perigi yang disebut sebagai perigi Quba selalu putus atau kehabisan air. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun menuang bekas air wuduknya ke dalam perigi tersebut dan berdoa. Lalu bertambahlah air dan tidak terputus selepas itu buat selamanya.[62]
Kedua: Ahli-ahli hadis meriwayatkan yang diketuai oleh Abu Nuaim dalam buku Dalail an-Nubuwwah, bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah meludah ke dalam perigi yang terdapat dalam rumah Anas dan berdoa. Lalu jadilah air itu air yang paling enak dan paling manis di kota Madinah al-Munawwarah.[63]
Ketiga: Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datang dengan sebaldi air zamzam. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengambil sedikit daripada air itu ke dalam mulutnya lalu membuangkan air tersebut ke dalam baldi itu semula. Kemudian keluarlah dari baldi tersebut bau yang wangi seperti kasturi.
Keempat: Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa telah dikeluarkan air sepenuh baldi daripada sebuah perigi. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meludah di dalam baldi tersebut dan menuangkan air tersebut ke dalam perigi. Lalu mulalah keluar bau wangi seperti kasturi daripada perigi tersebut.[64]
Kelima: Hammad bin Salamah (seorang daripada wali Allah yang besar, dan tsiqah bagi imam Muslim dan para ulama Maghribi) meriwayatkan bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memenuhkan bejana daripada kulit dengan air kemudian menghembus ke dalamnya. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdoa dan mengikat bejana tersebut lalu memberi bejana tersebut kepada sebahagian sahabat, lalu bersabda kepada mereka:
(لَا تَحُلُّوهُ إِلَّا عِنْدَمَا أَرَدْتُمْ أَنْ تَتَوَضَّأُوْا، فَحَلُّوا وِكَاءَهُ فِي وَقْتِ الْوُضُوءِ)
“Janganlah kamu buka ikatan itu kecuali ketika kamu ingin berwuduk lalu bukalah ikatan itu ketika waktu wuduk.”
Mereka temui di dalam bekas tersebut susu yang murni dan di mulut bejana tersebut terdapat krim dan mentega. [65]
Sebahagian daripada kelima-lima peristiwa ini masyhur. Para imam yang agung telah meriwayatkan sebahagian daripada peristiwa-peristiwa ini. Kesemua contoh yang disebut dan tidak disebut menunjukkan kepada berlakunya mukjizat yang mutlak seperti tawatur maknawi dan menjadi dalil ke atas mukjizat tersebut.
230. Page
Contoh Kelapan: Di sana terdapat banyak contoh dan bahagian berkenaan bertukarnya kambing mandul dan tidak dapat mengeluarkan susu kepada kambing yang mengeluarkan susu yang amat banyak hanya dengan sentuhan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ke atas binatang tersebut dengan tangannya yang diberkati dan dengan doa. Kami akan sebut sahaja beberapa contoh yang masyhur dan sabit secara qat'i.
Pertama: Semua kitab-kitab yang muktamad bagi ahli sirah meriwayatkan bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar telah sampai ke rumah Ummu Ma'bad binti al-Khalid al-Khuza'iyah Radhiyallahu ‘Anhu ketika berhijrah, dan terdapat di sana seekor kambing betina yang kurus kering dan mandul tiada susu di dalamnya. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bertanya kepada Atikah:
أَلَيْسَ بِهَا لَبَنٌ؟
“Bukankah kambing itu memiliki susu?”
Ummu Ma'bad berkata, “Bahkan kambing itu tidak memiliki darah, bagaimanakah mungkin binatang itu memiliki susu?” Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pergi ke kambing itu dan mengusap dengan tangannya di atas belakang kambing tersebut dan mengusap tetek kambing tersebut dan berdoa kemudian bersabda,
اِئْتُوا بِوِعَاءٍ، وَاحْلِبُوا فِيهِ
“bawalah bekas dan perahlah”
Kemudian mereka memerah kambing tersebut. Selepas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar As-siddiq minum susu. Penghuni rumah minum sehingga kenyang. Kambing itu menjadi kambing yang kuat dan tetap diberi keberkatan . [66]
Kedua: Ini adalah kisah biri-biri Ibnu Mas'ud yang terkenal. Kisahnya adalah Ibnu Mas'ud menjadi seorang penggembala bagi sebahagian orang sebelum beliau memeluk agama Islam. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar As-siddiq pernah melewati satu tempat di mana Ibnu Mas'ud dan kambing-kambingnya berada. Lalu diminta daripadanya susu. Ibnu Mas'ud berkata, "Sesungguhnya kambing itu bukan milikku, kambing-kambing itu milik seseorang selainku." Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadanya,
اِئْتِنِي بِشَاةٍ عَقِيمَةٍ لَا لَبَنَ بِهَا
"bawakan aku seekor kambing yang mandul tiada susu dengannya."
Ibnu Mas'ud datang dengan seekor kambing yang tidak dikawani kambing jantan sejak dua tahun. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyapu tetek kambing tersebut dan berdoa. Kemudian mereka memerah kambing tersebut. Lalu mereka mengambil dan meminum susu yang murni daripada kambing tersebut. Ibnu Mas'ud masuk Islam setelah melihat mukjizat ini.[67]
Ketiga: Kisah kambing-kambing Halimah as-Sa'diyah ibu susu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang masyhur. Kabilah Bani Sa'ad telah ditimpa sedikit kemarau, haiwan-haiwan menjadi kurus kering tidak memiliki susu dan tidak makan sehingga kenyang. Ketika Nabi dihantar kepada ibu susunya, kambing-kambing Halimah as-Sa'diyah pulang petang hari dalam keadaan yang berlainan dengan yang lain iaitu dengan kenyang dan penuh dengan susu dengan keberkatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[68]
Maka di sana terdapat contoh-contoh bersifat rincian yang lain. Banyak lagi contoh-contoh seperti ini dalam kitab-kitab sirah tetapi contoh-contoh ini sudah memadai bagi tujuan asas.
231. Page
Contoh Kesembilan: Sebagai contoh kami menyebutkan beberapa contoh yang berbentuk rincian yang banyak dan masyhur bagi perkara-perkara yang luar biasa yang muncul selepas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyapu ke atas kepala sebahagian individu dan muka-muka mereka dengan kedua-dua tangannya yang diberkati dan berdoa bagi mereka.
Pertama: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah mengusap kepala Umar bin Saad, dan mendoakan kebaikan baginya. Ketika sahabat ini meninggal dunia ketika umurnya mencecah lapan puluh tahun, tiada sehelai uban pun ditemui di kepalanya dengan keberkatan doa itu.[69]
Kedua: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah meletakkan tangannya di atas dan mengusap kepala Qais bin Zaid dan berdoa untuk kebaikannya. Ketika meninggal dunia semua kepalanya putih kecuali tempat yang Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam letak tangannya tetap hitam legam.[70]
Ketiga: Sesungguhnya Abdul Rahman bin Zaid bin al-Khattab adalah seorang yang kecil dan hodoh lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengusap kepalanya dan mendoakannya. Kemudian dengan keberkatan doa itu sahabat ini bertukar menjadi paling tinggi dan paling kacak dari segi rupa.[71]
Keempat: Apabila muka 'A'iz bin Amr cedera ketika ghazwah Hunain, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyapu darah dari muka 'A'iz dengan tangan. Sebahagian daripada muka yang disentuh oleh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjadi bersinar dengan nur sehingga para muhaddisin mengungkapnya dengan “seperti tumpuk putih pada kepala kuda”. Iaitu Telah bersinar tempat yang disentuh tangan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti tumpuk putih pada dahi kuda.[72]
Kelima: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengusap dengan tangannya di atas wajah Qatadah bin Salamah dan mendoakan kebaikan baginya. Wajah Qatadah mula bersinar seperti cermin.[73]
Keenam: Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menjirus air bekas wuduk ke atas wajah Zainab anak tirinya yang merupakan anak perempuan Ummu Salamah Ummul Mukminin Radhiyallahu ‘Anhu semasa beliau masih kecil secara bergurau dan mesra. Selepas air mengenai wajahnya beliau bertukar menjadi cantik dan indah. Beliau menjadi keunggulan dari segi kecantikan[74]
Terdapat banyak contoh seperti kejadian-kejadian secara rincian ini. Sebahagian besar daripada contoh-contoh ini telah diriwayatkan oleh para imam hadis. Oleh itu jika kita menganggap setiap satu daripada rincian ini adalah khabar Ahad dan lemah, namun contoh-contoh ini menunjukkan berlakunya mukjizat yang mutlak secara mutlak daripada mukjizat-mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam hukum mutawatir maknawi. Sesungguhnya apabila satu peristiwa diriwayatkan dengan versi yang berbilang-berbilang dan dengan gambaran-gambaran dan bentuk-bentuk yang bermacam-macam dan banyak pula, maka berlakunya peristiwa asal adalah sabit secara qat'i. Hatta jika versi-versi dan gambar-gambar adalah lemah maka sesungguhnya kejadian peristiwa asal adalah sabit dan muktamad.
Sebagai contoh apabila terdengar satu bunyi yang kuat, sebahagian manusia akan berkata, "Telah hancur rumah sekian dan runtuh." Sebahagian lain pula berkata, "telah rosak rumah yang lain," Sebahagian yang lain pula berkata, "telah runtuh rumah yang lain," Sebahagian yang lain pula menyebut, "rumah yang ketiga" dan begitulah seterusnya. Setiap riwayat daripada riwayat-riwayat ini mungkin hadis Ahad atau daif atau berlawanan dengan kenyataan. Namun kejadian asal yang sabit dan pasti adalah sebuah rumah telah runtuh tiada keraguan di dalam perkara itu. Semua bersepakat di atas ini, sedangkan keenam-enam contoh-contoh secara rincian yang telah kita sebut adalah sahih, bahkan sebahagian daripada riwayat ini sampai ke tahap masyhur. Namun jika kita menganggap setiap satu daripada hadis-hadis ini adalah daif secara andaian, maka rincian-rincian di atas adalah dalil bagi satu mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang mutlak dengan dalil-dalil yang qat'i seperti runtuhnya rumah dengan pasti di dalam contoh di atas.
232. Page
Maka sesungguhnya mukjizat-mukjizat Rasul yang cemerlang yang wujud secara qat'i itu memang ada pada setiap jenis. Adapun rincian-rincian dan contoh-contoh mukjizat-mukjizat itu juga adalah gambar-gambar bagi mukjizat-mukjizat yang mutlak lagi menyeluruh atau contoh-contoh bagi mukjizat itu.
Sebagaimana tangan, jari-jemari, ludah, hembusan, sabda (atau doa) adalah permulaan bagi kebanyakan mukjizat, begitu juga semua perkara-perkara yang halus, perasaan-perasaan dan anggota tubuh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah paksi bagi kebanyakan perkara-perkara yang luar biasa. Kitab-kitab sirah dan sejarah telah menyebut perkara-perkara yang luar biasa itu dan menerangkan bahawa di dalam akhlak, gambar dan perasaan-perasaannya terdapat banyak tanda-tanda kenabian.
[1] Al-Bukhari 3/1312
[2] A’lam an-Nubuwwah 194
[3] Al-Mu’jam al-Awsath 4/245, Dalail an-Nubuwwah 6/65
[4] Riwayat-riwayat tersebut terdapat dalam Sunan at-Tirmizi 5/593, ad-Darimi 1/25, al-Mustadrak 2/677
[5] Dalail an-Nubuwwah 6/69, al-Khasais al-Kubra 1/114
[6] Sahih Muslim 4/1782
[7] Majma’ az-Zawaid 8/260, Kanzul ‘Ummal 11/206
[8] Al-Mu’jam al-Kabir 19/263
[9] Al-Bukhari 3/1344
[10] ‘Umdatul Qari’ 1/62
[11] Ibnu Hibban 16/322, Musnad Imam Ahmad 2/72
[12] Al-Khasais al-Kubra 1/438
[13] Musannaf Abi Syaibah 6/317, as-Sirah al-Halabiyyah
[14] Riwayat tersebut terdapat dalam Sahih Muslim 3/1402, Ibnu Hibban 14/430, al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain 1/268, Sunan ad-Darimi 2/289
[15] Al-Bukhari 3/1156
[16] Al-Mu’jam al-Kabir 5/119, Majma’ az-Zawaid 2/41
[17] Dalail an-Nubuwwah 3/98, Zadul Ma’ad 3/186
[18] Riwayatnya terdapat dalam Musannaf ‘Abdur Razzaq 11/279, Al-Isobah 4/36, Ar-Raudhul Anafi 3/285
[19] As-Sirah al-halabiyyah 2/504, Al-Mu’jam al-Kabir 8/19, Majma’ az-Zawaid 6/113, Dalail an-Nubuwwah 3/251
[20] Lihat al-baitain bila Nisbah dalam as-Sirah al-Halabiyyah 2/543, ar-Raudhul anfi 3/271
[21] Al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain 3/546
[22] Sahih Muslim 4/1872, Musannaf Abi Syaibah 7/394, Musnad Ahmad 5/358
[23] As-Sirah al-Halabiyyah 3/348, Dalail an-Nubuwwah 4/251
[24] Sunan an-Nasai 6/169
[25] Sirah an-Nabi al-Mukhtar 155
[26] As-Sirah al-Halabiyyah 3/349
[27] Dalail an-Nubuwwah 6/185
[28] Sunan an-Nasai al-Kubra 6/261, Musnad Imam Ahmad 1/107
[29] As-Sirah al-Halabiyyah 3/370, Dalail an-Nubuwwah lil Baihaqi 6/176
[30] As-Sirah al-Halabiyyah 3/370
[31] Sunan ad-Darimi 1/24, Musannaf Abi Syaibah 5/47, Musnad Imam Ahmad 1/254
[32] Sahih Ibnu Hibban 7/241, An-Nasai 4/366, Dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 6/174
[33] Dalail an-Nubuwwah al-Baihaqi 6/61, al-Khasais al-Kubra 2/114
[34] Kanzul’Ummal 12/172
[35] Sunan Abi Daud 1/188, Sunan al-Baihaqi 2/275
[36] Al-Mu’jam al-Kabir 8/231, Majma’ az-Zawaid 8/312
[37] Sahih al-Bukhari 1/342
[38] As-Syifa’ 1/327
[39] Al-Mustadrak ‘ala as-sahihain 3/89
[40] Al-Bukhari 1/66
[41] Al-Bukhari 5/2333
[42] Musnad ‘Abd bin Hamid 407, Sirah an-Nabi al-Mukhtar 156
[43] Sunan al-Baihaqi al-Kubra 6/112
[44] Al-Bukhari 3/1332
[45] Sunan an-Nasai al-Kubra 5/48
[46] Ibnu Hibban 15/350, at-Tirmizi 5/649
[47] Al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain 3/546
[48] Bait Puisi ini adalah milik an-Nabighah al-Ja’di. Lihat Khazanah al-Adab 3/161
[49] Musnad al-Harith 2/844, Majma’ az-Zawaid 8/126, Takhrij al-Ahadis wal athar 2/329
[50] Majma’ az-Zawaid 9/122
[51] Tahzibul Athar 1/286, al-Mu’jam al-Awsath 4/211
[52] ‘Umdatul Qari’ 14/208
[53] Al-Bukhari 1/56
[54] Mir’atul Jinan 1/35
[55] Al-Bukhari 3/1163
[56] Al-Bukhari 1/346, Miratul Jinan 1/35
[57] Sunan al-Baihaqi 5/211
[58] Sunan Abi Daud 4/171
[59] Sahih Muslim 3/1599
[60] Riwayat tersebut ada dalam Sunan al-Baihaqi 10/321, Al-Mu’jam al-Kabir 6/225
[61] Majma’ az-Zawaid 8/309
[62] As-Syifa’ 1/331
[63] Al-Khasais al-Kubra 1/105
[64] Sunan Ibnu Majah 1/216
[65] As-Syifa’ 1/329
[66] Dalail an-Nubuwwah 1/278
[67] Sahih Ibnu Hibban 15/536
[68] At-Tabaqat al-Kubra 1/112
[69] As-Syifa’ 1/334
[70] As-Syifa’ 1/334
[71] As-Syifa’ 1/335
[72] Al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain 3/677
[73] Mu’jam as-Sahabah 2/360, as-Syamail as-syarifah 30
[74] Al-Mu’jam al-Kabir 24/282
233. Page
Isyarat Kelima Belas:
Sebagaimana batu-batu, pokok-pokok, bulan, matahari mengetahui Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengesahkan kenabiannya dengan menunjukkan satu mukjizat daripada mukjizat-mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, begitu juga kelompok haiwan, kelompok orang mati, kelompok jin dan kelompok malaikat mengetahui peribadi yang diberkati tersebut dan mengesahkan kenabian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Oleh itu setiap kelompok menampilkan pengetahuan masing-masing dengan menampilkan sebahagian mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengumumkan pengesahan masing-masing bagi kenabian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Isyarat kelima belas ini mempunyai tiga cabang:
Cabang Pertama: Bahagian ini menerangkan bahawa haiwan-haiwan mengenali Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menunjukkan mukjizat-mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Bahagian ini memiliki contoh yang banyak. Namun kami akan menyebut sebahagian peristiwa yang masyhur dan sabit dengan tahap mutawatir maknawi, atau yang disahkan dan diterima oleh para imam yang penyelidik atau umat menerimanya.
Peristiwa pertama: Sebuah riwayat yang masyhur dengan tahap mutawatir maknawi iaitu mengenai dua ekor burung merpati yang datang dan berdiri seperti dua orang pengawal di hadapan pintu gua Thur tempat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar siddiq berkubu di dalam gua tersebut untuk menyelamatkan diri daripada kejaran kaum kafir. Labah-labah yang menutup pintu gua dengan satu tenunan yang tebal yang ajaib dan luar biasa seakan-akan melaksanakan tugas sebagai penjaga pintu. Maka Ubai bin Khalaf yang merupakan salah seorang daripada pemimpin Quraisy dan yang terbunuh dalam peperangan Badar di tangan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah melihat ke gua. Sahabat-sahabatnya berkata kepadanya, "Marilah kita masuk." Ubai berkata, "Bagaimana kita masuk? Sesungguhnya aku melihat satu tenunan labah-labah seakan-akan ia ditenun sebelum kelahiran Muhammad, dan di sana juga terdapat dua ekor burung merpati. Jikalau di dalam gua ini terdapat manusia, adakah kedua-dua burung itu tetap berdiri di situ?”[1]
Maka seperti itu, Imam al-Jalil Ibnu Wahab meriwayatkan juga bahawa terdapat sekelompok merpati yang diberkati telah melindungi Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas kepalanya pada hari pembukaan Mekah.[2]
Diriwayatkan juga daripada Saidatina Aisyah siddiqah satu riwayat sahih bahawa beliau berkata: "Di dalam rumah kami terdapat seekor burung jinak seperti merpati, apabila Rasulullah berada di rumah kami, burung itu berdiri diam tidak bergerak. Namun apabila Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar, burung itu mula bergerak, terbang, datang dan bergerak tanpa henti, dengan makna bahawa burung tersebut mendengar kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan diam ketika kehadiran Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan tenang.[3]
Peristiwa kedua: Peristiwa serigala ini mencapai tahap mutawatir maknawi dengan lima atau enam versi. Kisah yang ajaib ini telah diriwayatkan dengan versi yang banyak daripada sahabat-sahabat yang masyhur. Sebagai contoh, Abu Said al-Khudri, Salamah bin al-Akwa', dan Ibnu Abi Wahb, Abu Hurairah dan pemilik peristiwa itu sendiri iaitu pengembala Uhban Radhiyallahu ‘Anhum. Mereka memberitahu dengan versi yang berbilang-bilang bahawa seekor serigala telah menculik seekor kambing. Penggembala itu pun menyelamatkan kambing tersebut daripada serigala itu. Serigala berkata kepada pengembala, "Tidakkah kamu takut kepada Allah? Engkau telah mengambil rezeki milikku daripadaku?" Pengembala berkata, "Sungguh ajaib, seekor serigala berkata-berkata?" Serigala berkata, "Yang ajaib adalah keadaan kamu sendiri sesungguhnya terdapat seorang Rasul di belakang wadi/lembah ini memanggil kamu ke syurga sedangkan engkau tidak mengetahuinya."
Walaupun semua versi bersepakat di atas bercakapnya serigala, sesungguhnya menurut riwayat Abu Hurairah dan ini adalah adalah versi yang kuat, Pengembala berkata kepada serigala, "aku akan pergi tetapi siapakah yang akan menjaga kambing-kambingku?" Serigala berkata, "Aku akan menjaga kambing-kambing tersebut." Lalu pengembala meninggalkan pengembalaan kambing-kambingnya untuk serigala lalu datang menemui Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan memeluk agama Islam kemudian pulang semula dan mendapati serigala sedang mengembala. Tiada kambing yang kurang. Beliau pun menyembelih seekor kambing bagi serigala tersebut kerana serigala itu sudah menjadi ustaz baginya.[4]
234. Page
Dalam riwayat lain, Abu Sufyan dan Safwan bin Umayyah daripada kalangan pemimpin Quraisy telah melihat seekor serigala mengejar seekor rusa. Rusa itu memasuki Masjidil Haram yang mulia. Serigala itu berpatah balik. Mereka merasa kagum.
Serigala itu pun berkata dan memberitahu kerasulan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Abu Sufyan berkata kepada Safwan, "kami tidak menyebut kisah ini kepada sesiapa pun kerana aku takut penduduk Mekah akan kosong dan memasuki kepada pihak orang Islam”[5]
Kesimpulan, sesungguhnya kisah serigala ini telah memberi qana’ah sepertimana mutawatir maknawi yang sabit secara qat'i.
Kejadian Ketiga: Peristiwa unta yang diriwayatkan dengan lima atau enam versi daripada para sahabat yang masyhur. Sebagai contoh versi-versi yang berbilang-bilang bagi Abu Hurairah, Sa'labah bin Malik, Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Abu Awfa Radhiyallahu ‘Anhum dan para sahabat yang di atas. Setiap versi meriwayatkan secara sepakat bahawa seekor unta telah datang kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan sujud kepadanya sebagai ucapan salam penghormatan dan pengagungan kemudian bercakap dengan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Diriwayatkan juga dalam beberapa versi, bahawa unta tersebut telah mengamuk di dalam sebuah kebun lalu mengganas. Unta itu tidak membenarkan seseorang pun mendekati, malah menyerang. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datang kepada unta itu. Unta itu datang dan sujud kerana memuliakan dan duduk di sisi baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengikat dengan satu tali kekang. Unta berkata kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, "mereka telah menggunakanku dalam pelbagai perkara dan pekerjaan yang berat. Sekarang mereka hendak menyembelihku, oleh itu aku mengamuk." Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bertanya kepada pemilik unta,
(أَهُوَ كَذَلِكَ؟)
"Adakah perkara itu seperti yang dikatakan?
Pemilik unta berkata:"Ya."[6]
Begitu juga unta Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang dipanggil al-'Adba'. Unta itu tidak makan dan tidak minum selepas kewafatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sehingga mati.[7]
Sebahagian daripada para imam yang masyhur meriwayatkan seperti Abu Ishak al-Isfiraini bahawa unta itu telah berbicara dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam satu kisah yang penting.
Serta diriwayat satu riwayat sahih bahawa unta Jabir bin Abdullah telah keletihan dengan keletihan yang amat sangat dalam satu perjalanan. Unta tersebut tidak sanggup untuk berjalan. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyentuh dengan cucukan yang ringan. Unta berasa gembira dan semangat dengan layanan yang baik untuk unta tersebut sehingga sukar untuk dipegang tali kekang unta itu, dan tidak dapat dikejar di atas jalan kerana unta itu pantas berlari sebagaimana yang diriwayatkan Jabir.[8]
Kejadian Keempat: Para imam hadis meriwayatkan yang diketuai Imam Bukhari, telah tersebar khabar angin bahawa terdapat di sana peristiwa penting pada satu malam seakan-akan terdapat di sana musuh menyerang dari luar kota Madinah Munawwarah. Kemudian keluar para penunggang kuda yang berani. Mereka pergi dan melihat seorang lelaki datang, rupa-rupanya orang itu adalah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu bersabda kepada mereka:
لَيْسَ هُنَاكَ شَيْءٌ
“Tiada apa-apa di sana.”
Nabi telah menunggang kuda Abu Talhah dan memintas mereka dengan keberaniannya yang suci. Lalu menyiasat perkara tersebut dan kembali. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Abu Talhah:
وَجَدْتُ فَرَسَكَ بَحْرًا
(“Aku dapati kudamu ini seperti laut.”)
Yakni sesungguhnya kudamu ini amat laju dan tidak menggoncangkan penunggang kuda ini, sedangkan sebelumnya kuda itu lambat atau jenis yang diberi nama sebagai al-Qatuf (kuat menghentak). Selepas malam itu, tiada satu kuda pun dapat menandingi kuda itu dalam berlari.[9]
235. Page
Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah bersabda kepada kuda baginda dalam satu perjalanan ketika waktu solat: قِفْ “Berhentilah.” Lalu kuda itu berhenti dan tidak menggerakkan satu pun anggota badan daripada anggota-anggota badan yang lain sehinggalah baginda selesai solat.[10]
Kejadian Kelima: Khadam Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Safinah, menerima arahan daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk pergi menemui wali Yaman, Muaz bin Jabal lalu beliau keluar. Kemudian seekor singa menemuinya di dalam perjalanan. Safinah berkata kepada singa itu, "Sesungguhnya aku adalah khadam Rasulullah," Lalu singa itu mengaum dan beredar tanpa membahayakannya sedikit pun.
Diriwayatkan dengan versi lain, Safinah telah tersesat dalam perjalanan pulang kemudian dia terjumpa kepada seekor singa. Singa itu tidak memudaratkannya bahkan menunjukkan jalan baginya.[11]
Saidina Umar meriwayatkan bahawa seorang Arab Badwi datang kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan di tangannya ada seekor Dhob. Arab Badwi itu berkata kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, "Jika haiwan ini menyaksikan bahawa engkau adalah Rasulullah maka aku akan beriman. Jika tidak maka aku tidak akan beriman. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun bertanya kepada haiwan itu. Dhob itu bersaksi ke atas kerasulan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan lidah yang fasih[12].
Ummul mukminin Ummu Salamah meriwayatkan bahawa seekor rusa telah bercakap dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan bersaksi ke atas kerasulannya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[13]
Demikianlah di sana terdapat banyak contoh seperti ini dan telah masyhur secara qat'i. Kami telah sebut sebahagian contoh.
Kami katakan kepada sesiapa yang tidak mengenal Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, tidak mentaati dan tidak menurut perintahnya. Wahai manusia, ambillah iktibar, sesungguhnya serigala dan singa mengenal Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mentaatinya, maka perkara yang mesti kamu lakukan adalah berusaha agar kamu tidak jatuh ke tahap yang lebih rendah daripada haiwan dan serigala.
Cabang Kedua: Jenazah, jin, dan malaikat mengenali Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Bahagian ini memiliki peristiwa yang banyak, maka kami menerangkan sebahagian contoh yang masyhur, pada permulaan berkaitan dengan jenazah dan diriwayatkan oleh para imam yang dipercayai. Sedangkan contoh-contoh jin dan malaikat adalah mutawatir dan banyak bukannya satu tetapi seribu. Antara peristiwa berbicaranya orang mati adalah contoh-contoh berikut.
Pertama: Imam Hasan al-Basri memberitahu dan beliau adalah antara ulama zahir dan batin pada zaman tabiin. Beliau merupakan pelajar yang penting dan benar bagi Imam Ali, "Sesungguhnya telah datang seorang lelaki kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kemudian mula menangis dan mengadu kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Beliau berkata, "Aku memiliki seorang anak perempuan, kemudian mati di dalam wadi berdekatan. Lalu aku mencampakkannya di sana.” Rasul berasa tersentuh dan kasihan. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,
(نَذْهَبُ هُنَاكَ)
“Marilah kita ke sana,”
Lalu mereka pergi. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun menyeru kepada anak perempuan yang mati itu:
(يَا فُلَانَةُ)
“Wahai fulanah.”
Tiba-tiba anak perempuan itu berkata: “لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ”(aku sambut panggilan-Mu dan kebahagiaan untukmu selepas kebahagian)
(هَلْ تَرْغَبِينَ فِي أَنْ تَرْجِعِي إِلَى أَبَوَيْكَ مَرَّةً أُخْرَى)
Rasulullah bertanya:“Adakah engkau ingin kembali kepada kedua ibu bapamu sekali lagi?”
Anak perempuan itu menjawab: “Tidak, sesungguhnya aku telah menemui orang yang lebih baik daripada mereka.”[14]
236. Page
Contoh Kedua: Sebahagian imam yang besar lagi masyhur seperti Imam Baihaqi dan imam Ibnu ‘Adi memberitahu bahawa Saidina Anas bin Malik berkata: “Terdapat seorang perempuan tua memiliki seorang anak lelaki tunggal. Lalu anaknya mati secara tiba-tiba, perempuan solehah itu sedih dengan kesedihan yang amat sangat lalu berkata: “Wahai tuhanku, aku telah berhijrah demi redamu, berbaiat dan berkhidmat kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kembalikanlah kepadaku anak tunggalku yang menyimpan dan mengotakan bagiku kerehatan demi wajah rasulmu.” Anas berkata: "Lelaki yang mati itu bangun semula dan makan bersama kami."[15] Qasidah Burdah milik imam al-Busairi mengisyaratkan peristiwa yang ajaib ini dalam baitnya,
لَوْ نَاسَبَتْ قَدْرَهُ آيَاتُهُ عِظَمًا أَحْيَا اسْمُهُ حِينَ يُدْعَى دَارِسَ الرِمَمِ
Iatu, jika mukjizatnya menyamai kadar dirinya (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dari sudut kebesarannya . Nescaya namanya menghidupkan tulang belulang ketika disebut (namanya).
Contoh Ketiga: Para perawi pada permulaan seperti al-Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abdullah bin Ubaidullah al-Ansari, beliau berkata: “Aku bersama orang ramai yang menghadiri pengebumian Sabit bin Qais bin Syammas di dalam kubur selepas syahid pada perang al-Yamamah. Ketika memasukkannya ke dalam kubur, terdengar satu suara daripadanya secara tiba-tiba.
Beliau berkata: محمد رسول الله أبو بكر الصديق وعمر الشهيد وعثمان البر الرحيم” (Muhammad adalah Rasulullah, Abu Bakar adalah as-Siddiq, Umar adalah syahid dan Usman adalah baik dan penyayang). Kemudian kami menyingkapnya dan kami dapati jenazahnya tidak bergerak.[16] Lalu beliau mengkhabarkan kesyahidan Saidina Umar sebelum Saidina Umar menjadi khalifah.
Contoh Keempat: Imam Tabrani dan Abu Nu'aim dalam kitab Dalail an-Nubuwwah daripada Nu'man bin Basyir meriwayatkan bahawa Zaid bin Kharijah jatuh di pasar secara tiba-tiba dan meninggal dunia di sana. Lalu mereka memindahkannya ke rumah. Antara Maghrib dan Isya’ dan ketika wanita-wanita di sekitarnya menangis beliau berkata, "Dengarlah, dengarlah" kemudian beliau berkata dengan lidah yang fasih: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللّٰهِ"Muhammad Rasulullah. Salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.” Kemudian beliau berkata sedikit. Kami dapati jenazahnya tidak bergerak, telah meninggal.[17]
Demikianlah jikalau orang mati yang tidak memiliki kehidupan boleh mengesahkan kerasulan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedangkan orang hidup yang memiliki kehidupan tidak dapat berbuat demikian maka tidak syak bahawa orang hidup yang membuat kesalahan itu lebih hilang kehidupan daripada orang yang tidak memiliki kehidupan dan lebih mati daripada orang mati.
Adapun khidmat dan ketaatan para malaikat kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam serta keimanan jin dan ketaatan mereka kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah mutawatir dan memang ada dan dijelaskan dengan nas al-Quran dalam banyak ayat. Sesungguhnya lima ribu malaikat telah menjadi tentera Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di barisan hadapan tentera. Mereka berkhidmat kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti para sahabat dalam ghazwah Badar dengan nas al-Quran al-Karim. Hatta para malaikat tersebut menerima kemuliaan di kalangan para malaikat yang lain sebagai ashabul Badar. Masalah ini memiliki dua sudut,
Sudut Pertama: Wujudnya kelompok jin dan malaikat dan hubungan mereka dengan kita adalah muktamad secara qat'i seperti wujudnya kelompok haiwan dan manusia. Kita telah membuktikan perkara tersebut dalam Kalimah Kedua Puluh Sembilan dengan dalil-dalil qat'i. Tahap kemuktamadan bagi wujudnya kedua-dua kelompok ini adalah seperti pendaraban dua darab dua adalah empat. Kita serahkan pembuktian itu kepada kalimah tersebut.
237. Page
Sudut kedua: Ramai daripada umat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dapat melihat dan bercakap dengan malaikat dan jin dengan kemuliaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagai natijah mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Maka para imam hadis yang diketuai oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bersepakat bahawa malaikat Jibril telah datang sekali dalam bentuk seorang lelaki berbaju putih. Kemudian malaikat ini datang menemui Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika baginda sedang duduk bersama para sahabat dan berkata, kenalkanlah apakah itu Islam? Apakah itu Iman? Dan apakah itu Ihsan? Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun menjawab pertanyaan malaikat tersebut. Para sahabat yang hadir pun turut belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan agama mereka melalui peristiwa ini. Mereka melihat orang itu dengan penglihatan yang nyata, orang itu seperti seorang musafir melainkan tidak kelihatan apa-apa kesan perjalanan pada dirinya. Kemudian lelaki itu berdiri dan hilang secara tiba-tiba, Rasulullah berkata:
(لَقَدْ فَعَلَ جِبْرِيلُ ذَلِكَ مِنْ أَجْلِ أَنْ يُعَلِّمَكُمْ وَيُدَرِّسَ لَكُمْ)
"Itu adalah Jibril, yang datang untuk mengajar kamu agama kamu."[18]
Para imam hadis meriwayatkan satu riwayat yang sahih dan qat'i dengan tahap mutawatir maknawi bahawa para sahabat pernah melihat malaikat Jibril di sisi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beberapa kali dalam bentuk Dihyah iaitu seorang lelaki yang memiliki kecantikan dan keelokan (paras rupa). Sebagai contoh, Saidina Umar, Ibnu Abbas, Usamah ibn Zaid, Harith, Saidatina Aisyah as-Siddiqah dan Ummu Salamah Radhiyallahu ‘Anha meriwayatkan sebuah riwayat yang sabit dan qat'i, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah melihat malaikat Jibril banyak kali di sisi Rasul Allah dalam bentuk Dihyah.”[19] Adakah mungkin para sahabat berkata, "kami telah lihat" sedangkan mereka tidak melihat?
Saad bin Abu Waqqas penakluk Parsi dan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga meriwayatkan satu hadis yang qat'i sahih: "Sesungguhnya kami telah melihat dua orang lelaki yang berpakaian putih di kanan dan di kiri Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika ghazwah Uhud seakan-akan mereka berdua adalah dua orang pengawal. Kemudian kami ketahui bahawa mereka adalah malaikat Jibril dan malaikat Mikail."[20] Saya tertanya-tanya, apabila seorang pahlawan daripada pahlawan Islam seperti Saad telah berkata, "kami telah melihat" maka adakah mungkin beliau tidak melihat?
Abu Sufyan bin al-Harith bin Abdul Muttalib, sepupu Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meriwayat sebuah riwayat yang sahih lalu berkata: “Kami telah melihat pada ghazwah Badar pahlawan-pahlawan berkuda berbaju putih di antara langit dan bumi.”[21]
Begitu juga Saidina Hamzah meminta daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk menunjukkan kepadanya malaikat Jibril. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menunjukkan Jibril di dalam Kaabah. Beliau tidak sanggup untuk melihat Saidina Jibril, lalu pengsan dan jatuh tersungkur.[22] Kejadian memandang malaikat adalah banyak. Setiap kejadian ini menunjukkan kepada mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menunjukkan bahawa malaikat pun mengelilingi sekitar lampu kenabiannya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti kelkatu.
Ada pun peristiwa melihat, bercakap dan berbual dengan ramai daripada jin telah berlaku bukan hanya dengan para sahabat sahaja namun berlaku juga dengan orang awam daripada umat juga adalah banyak. Para imam hadis meriwayatkan sebuah riwayat yang paling kuat dan sahih bahawa Ibnu Mas'ud berkata, “Aku telah melihat Para jin di Batnu al-Nakhl pada malam mereka mendapat hidayah. Aku samakan mereka dengan kelompok az-Zut yang tinggi badannya daripada kabilah-kabilah Sudan. Para jin itu betul-betul menyerupai mereka.”[23]
238. Page
Terdapat satu kisah yang masyhur milik Khalid bin al-Walid yang dikeluarkan oleh para imam hadis dan mereka menerima kisah ini. Diriwayatkan bahawa seekor jin wanita telah keluar dalam bentuk wanita hitam ketika mereka menghancurkan patung yang dinamakan sebagai al-'Uzza. Lalu Khalid bin al-Walid membelah jin tersebut kepada dua dengan satu pukulan pedang. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda mengenai kejadian itu,
(إِنَّـهَا كَانَتْ تُعْبَدُ وَهِيَ فِي صَنَمِ الْعُزَّى، فَلَنْ تُعْبَدَ بَعْدَ ذَلِكَ.)
“Sesungguhnya jin tersebut disembah ketika berada di dalam patung al-'Uzza. Jin itu tidak akan disembah selepas itu.”[24]
Di sana terdapat satu riwayat yang masyhur daripada Saidina Umar, beliau berkata, "ketika kami bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam datanglah seekor jin yang bernama Hamah dalam bentuk seorang lelaki tua dan di tangannya tongkat lalu beriman. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun mengajarnya sebahagian daripada surah-surah pendek, lalu dia belajar dan beredar,[25] Walau pun sebahagian imam hadis mentajrih (menghukumkan kecacatan pada) riwayat yang terakhir ini tetapi para imam yang besar telah menghukum hadis ini sebagai sahih. Apapun keadaan, tiada hajat bagi kita untuk memperbanyak berbicara dalam bentuk ini, dan contohnya banyak.
Kami katakan sesungguhnya beribu-ribu qutub dan orang suci seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani benar-benar telah bertemu dengan malaikat dan jin. Umat Muhammad telah bercakap dengan malaikat dan jin dengan wasilah nur Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan tarbiah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam jua dan bimbingan baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada mereka, peristiwa ini memiliki contoh-contoh yang banyak yang mencapai tahap seratus mutawatir.
Cabang Ketiga:
Sesungguhnya penjagaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan maksumnya (pemiliharaan)adalah satu mukjizat yang cemerlang. Adapun ayat yang mulia ini,
وَاللهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
(…dan Allah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia… (al-Maidah:67))
Hakikatnya yang terang ayat ini menjadi dalil wujudnya mukjizat-mukjizat yang banyak.
Ya, apabila Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar, baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam secara bersendirian mencabar bukan kelompok yang tertentu, kaum tertentu, sebahagian daripada ahli politik atau salah satu agama daripada agama-agama sahaja tetapi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mencabar semua raja dan semua penganut agama yang ada.
Ketikamana bapa saudara Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjadi musuhnya yang paling besar begitu juga kaum dan kabilah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga menjadi musuh-musuhnya, namun selama dua puluh tiga tahun, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tetap tanpa pengawal, tanpa sebarang masalah atau penjagaan walau pun banyak kali terdedah kepada cubaan pembunuhan. Malah penjagaan dan pemeliharaan Allah selalu bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sehingga detik kewafatan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menaikinya ke kedudukan yang tertinggi dengan kebahagiaan dan kerehatan sempurna di atas katil dan di hari kewafatan baginda.
Semua itu menjelaskan seperti jelasnya matahari bahawa ayat ini
﴿وَاللهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ﴾ [المائدة: 67]
(…dan Allah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.)
Memberi makna hakikat yang kuat dan ayat ini juga merupakan titik sandaran yang kukuh.
Kita akan menerangkan sebagai contoh beberapa peristiwa yang menjadikan kewujudan penjagaan Allah adalah muktamad secara qat'i.
Peristiwa Pertama: Sesungguhnya ahli sirah dan ahli hadis memberitahu secara sepakat bahawa kabilah Quraisy telah berpakat di antara mereka satu kesepakatan yang muktamad untuk membunuh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sehingga menerusi perancangan daripada syaitan yang memasuki dalam bentuk manusia. Lalu mereka mengambil paling kurang seorang pemuda daripada setiap kabilah sehingga tidak berlaku fitnah antara kaum Quraisy. Bilangan mereka hampir mencecah dua ratus orang lelaki. Kemudian mereka menyerbu rumah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di bawah pimpinan Abu Jahal dan Abu Lahab. Ketika itu Saidina Ali bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saidina Ali:
تَنَامُ فِي فِرَاشِي هَذِهِ اللَّيْلَةَ
(“Engkau tidur di tempat tidurku pada malam ini.”)
239. Page
Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menunggu mereka sehingga mereka sampai. Mereka mengepung rumah, lalu baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar kepada mereka dan menabur sesuatu daripada tanah ke atas kepala mereka. Tiada seorang pun melihat Nabi. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar di antara mereka dan pergi. Dua ekor merpati dan seekor labah-labah telah menjadi pengawal Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam gua Tsaur dan memelihara Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam daripada ancaman Quraisy.[26]
Peristiwa Kedua: Antara peristiwa-peristiwa yang sabit dan qat'i adalah apabila Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersama Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah keluar dari gua menuju ke arah Madinah. Para pemimpin Quraisy mengutus seorang lelaki yang amat berani bernama Suraqah dengan menjanjikan ganjaran harta yang banyak supaya dia mengekori dan membunuh kedua-duanya. Dalam perjalanan setelah keluar daripada gua, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar melihat Suraqah datang. Saidina Abu Bakar siddiq mula gelisah, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepada Saidina Abu Bakar siddiq sepertimana dikatakan di gua,
لَا تَـحْزَنْ إِنَّ اللهَ مَعَنَا
(“Jangan sedih sesungguhnya Allah bersama kita.” (Taubah, 40))
Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memandang ke arah Suraqah, lalu terbenamlah kaki kudanya ke dalam tanah. Kemudian Suraqah dapat melepaskan diri dan meneruskan pengejarannya. Kemudian terbenam kaki-kaki kudanya ke dalam tanah sekali lagi. Sesuatu yang seakan-akan asap telah keluar dari tempat kaki kudanya terbenam. Dia sedar ketika itu bahawa tidak mungkin baginya atau bagi sesiapa pun untuk menyakiti Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Suraqah memohon keamanan, lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberinya keamanan dan memerintahkannya supaya memastikan tiada sesiapa pun mengekori mereka berdua lagi.[27]
Sempena kejadian ini kita menjelaskan juga apa yang berikut ini. Mereka memberitahu dengan pemberitahuan yang sahih bahawa seorang penggembala telah melihat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar lalu pergi ke Mekah untuk memberitahu kaum Quraisy mengenai keberadaan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan Saidina Abu Bakar. Namun sebaik sahaja penggembala itu memasuki Mekah, dia lupa akan tujuan keberangkatannya. Walau pun dia berusaha, dia tetap tidak dapat mengingatinya. Lalu terpaksa penggembala itu kembali ke tempat asalnya dan memahami bahawa dia sudah dilupakan tentang peristiwa itu.
[28]
Kejadian ketiga: Para imam hadis meriwayatkan dengan versi yang berbilang-bilang bahawa pada ghazwah Ghatafan dan Anmar, seorang lelaki bernama Ghauras yang merupakan seorang pemimpin yang berani bagi salah satu kabilah telah mendekati atas kepala Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tanpa disedari sesiapa. Lalu dia berkata kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam keadaan berdiri sambil menghunus pedangnya: “Siapakah yang dapat meyelamatkan daripadaku?”
Lantas baginda menjawab: “Allah!.”
Kemudian baginda berdoa:
اَللَّهُمَّ اكْفِنِيهِ بِـمَا شِئْتَ
(“Ya Allah, cukupkan bagiku daripadanya sebagaimana yang engkau kehendaki.”)
Tiba-tiba Ghauras dipukul ke tengah-tengah kedua bahunya dengan pukulan daripada ghaibu, dan terjatuhlah pedang daripada tangannya. Lalu tersungkurlah Ghauras di atas mukanya dan jatuhlah. Segera Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengambil pedang dengan tangannya dan bersabda:
وَمَنْ يَـمْنَعُكَ الْآنَ؟
(“Siapakah yang menghalangmu sekarang?”)
Kemudian baginda memaafkannya. Ghauras kembali kepada kaumnya. Orang ramai berasa pelik daripada perkara lelaki yang berani dan gagah dan bertanya kepadanya: “Apakah yang berlaku kepadamu? Mengapakah engkau tidak dapat melakukan sesuatu?”
Ghauras berkata: "Telah berlaku sekian dan sekian, aku datang kepada kamu daripada sisi manusia yang paling baik."[29]
240. Page
Telah berlaku kejadian seperti peristiwa ini dalam Ghazwah Badar, iaitu ketika seorang daripada golongan munafik telah mengangkat pedangnya pada masa kelamkabut, untuk menjatuhkan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tanpa disedari oleh sesiapa pun. Namun apabila Nabi melihatnya menggeletarlah munafik itu dan jatuhlah pedangnya.[30]
Kejadian keempat: Ramai ahli tafsir memberitahu mengenai sebab turunnya ayat:
﴿إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدّاً وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدّاً فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ﴾ [يس: 8-9]
(Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka sampai dagu mereka terdongak. Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka mereka tidak dapat melihat. (Yaasin: 8-9])
Imam-imam ilmu tafsir dan imam hadis dengan riwayat yang masyhur dan dekat dengan mutawatir maknawi menyatakan bahawa sebab nuzul ayat di atas ialah bahawa Abu Jahal telah bersumpah: "Demi Allah jika aku melihat Muhammad sedang sujud maka aku akan menghentamnya dengan batu ini.” Lalu Abu Jahal datang dengan seketul batu besar ketika Nabi sedang sujud untuk melempar batu itu ke atas Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Namun tangannya tetap terangkat seolah-olah diikat. Selepas menyempurnakan solat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun beredar. Kemudian tangan Abu Jahal bebas daripada ikatan. Hal yang demikian sama ada dengan bantuan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ataupun kerana tiada lagi keperluan untuk itu.[31]
Sama juga Dalam satu riwayat yang lain, bahawa al-Walid bin al-Mughirah (daripada kabilah Abu Jahal) datang kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan batu besar untuk memukul kepala Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika baginda sedang sujud. Lalu Allah mengaburkan pandangannya. Al-Walid tidak dapat melihat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di masjidil Haram dan pulang, Dia tidak dapat melihat orang yang mengutusnya juga melainkan mendengar suara-suara mereka sehinggalah apabila Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selesai solat kembalilah penglihatannya kerana tiada lagi keperluan.[32]
Diriwayatkan juga daripada Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu siddiq dengan riwayat yang sahih bahawa setelah turun surah: ﴿تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ﴾ datang isteri Abu Lahab, ﴿حَمَّالَة الْحَطَبِ﴾ yang bernama Ummu Jamil ke masjidil Haram dan di tangannya ada seketul batu. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedang duduk di dalam masjid bersama Saidina Abu Bakar. Ummu Jamil tidak melihat kecuali Abu Bakar, lalu bertanya, "Wahai Abu Bakar di manakah temanmu? Telah sampai kepadaku bahawa dia mencelaku, kalau aku menemuinya pasti aku memukul mulutnya dengan batu ini.”
Wanita itu tidak dapat melihat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sedangkan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berada di hadapannya.[33]
Tidak syak lagi bahawa pembawa kayu api berada di dalam neraka sepertiini tidak boleh menghadiri majlis Sultan yang dikatakan padanya: “لولاك لولاك لما خلقت الأفلاك” (Kalaulah bukan kamu dan kalaulah bukan kamu maka tidaklah aku mencipta alam ini,") Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan tidak mampu melihatnya. Itu adalah luar batasannya.
Peristiwa Kelima: Diriwayatkan dengan riwayat sahih bahawa Amir bin Tufail dan Arbad bin Qais ketika mereka menjadi delegasi kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. 'Amir berkata kepadanya, Aku akan sibukkan wajahmu daripada Muhammad kemudian kamu pukullah dia," Namun Amir tidak melihat Arbad melakukan sesuatu. Apabila mereka pulang Amir berkata, “Mengapakah engkau tidak memukulnya?” Ia berkata, “Bagaimanakah aku memukulnya, demi Allah, tidaklah aku berniat memukulnya melainkan aku menemui kamu di antara diriku dan dia (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam), Bagaimanakah aku akan memukulmu?”[34]
241. Page
Peristiwa keenam: Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih bahawa Syaibah bin Usman al-Hajabi (Saidina Hamzah Radhiyallahu ‘Anhu telah membunuh ayah dan pakciknya) telah datang secara sembunyi-sembunyi dalam Ghazwah Hunain atau Uhud untuk membalas dendam. Ketika Syaibah datang dari belakang Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengangkat pedangnya. Tiba-tiba pedangnya jatuh dari tangan. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memandangnya. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas dada Syaibah. Syaibah berkata, "Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan tangannya di atas dadaku sedangkan baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah makhluk yang paling aku benci bagiku dan tidaklah baginda mengangkat tangannya melainkan baginda adalah makhluk yang paling aku cintai." Lalu beliau beriman. Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadanya: (“هيا اذهب فقاتِل”) (“Ayuh, pergi dan berperanglah!.)”
Syaibah berkata: “Lalu aku maju ke hadapan dan perang di depan baginda SAW. Kalaulah aku menemui bapaku ketika itu nescaya aku akan membunuhnya.”[35]
Serta seorang lelaki bernama Fadhalah telah datang kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ingin membunuh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pada hari penaklukan Mekah. Namun Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memandangnya lalu tersenyum dan bersabda: (“ما كنتَ تُحدِّث به نفسك؟”)(Apakah yang telah kamu katakan pada dirimu?)
Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memohon keampunan kepada Allah baginya. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam meletakkan tangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas dada Fudhalah lalu beliau memeluk Islam. Kemudian Fudhalah berkata, “Demi Allah, aku berasa tidaklah Allah mencipta sesuatu lebih kucintai daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[36]”
Kejadian Ketujuh: Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih bahawa orang Yahudi telah merancang untuk membunuh Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Ketika salah seorang daripada mereka hampir untuk melemparkan seketul batu besar ke atas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, baginda telah bangun dan beredar dengan penjagaan Allah. Maka rancangan bunuh mereka telah gagal.[37]
Terdapat di sana peristiwa-peristiwa yang banyak seperti ketujuh-tujuh contoh ini. Imam-imam hadis meriwayatkan yang didahului oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiyallahu ‘Anhu, beliau berkata, "Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sentiasa dijaga dan dilindungi sehinggalah turun ayat ini: ﴿وَاللّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ﴾ (dan Allah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.(al-Maidah: 67]. Lalu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengeluarkan kepalanya dari kubah dan bersabda kepada orang-orang yang menjaga baginda: يا أيها الناس انصرفوا فقد عصمني ربي عزّ وجل.(Wahai manusia, bersurailah sesungguhnya tuhanku 'Azza wa Jalla telah menjagaku.) Maknanya: “Tiada lagi keperluan untuk mengawalku kerana sesungguhnya Tuhanku menjagaku.”
Begitulah, Risalah ini dari permulaan hingga setakat ini menerangkan bahawa setiap jenis dan setiap alam di alam semesta ini mengenal Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan memiliki hubung kait dengan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Risalah ini juga menerangkan mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ini muncul dalam setiap jenis makhluk di alam semesta ini. Oleh itu, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah seorang yang diperintahkan, dan Rasul bagi Allah yang hak bahkan dengan sifat Allah sebagai pencipta alam semesta dan Tuhan bagi segala makhluk.
Ya, seorang pegawai tertinggi atau ketua pemeriksa bagi seorang sultan amat dikenali oleh semua jabatan negara. Jika pegawai tinggi ini memasuki satu jabatan daripada jabatan itu maka pegawai tertinggi ini akan menemui hubungan dengan jabatan tersebut kerana dia memiliki perintah tertinggi atas nama sultan bagi semua jabatan tersebut. Namun apabila pegawai itu hanyalah seorang pemeriksa bagi jabatan keadilan sahaja (sebagai contoh) maka pegawai ini hanya memiliki hubungan dengan jabatan keadilan, sedangkan jabatan-jabatan lain tidak mengenalinya. Jika pegawai itu adalah pemeriksa bagi jabatan tentera, maka jabatan dalam negeri mengenalinya. Begitulah juga boleh difahami bahawa setiap kelompok dalam semua jabatan-jabatan kesultanan ketuhanan bermula daripada malaikatdan berakhir kepada lalat dan labah-labah amat mengenalinya atau Allah memperkenalkannya kepada mereka. Oleh itu, sesungguhnya baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah penutup segala Nabi dan Rasul bagi tuhan sekalian alam, dan kerasulan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah menyeluruh di atas kerasulan semua Nabi.
242. Page
Isyarat Keenam belas:
Sesungguhnya perkara-perkara luar biasa yang disebut sebagai al-Irhasat yang muncul sebelum kebangkitan Nabi adalah berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Perkara-perkara luar biasa ini adalah daripada dalil-dalil kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Perkara-perkara luar biasa ini terbahagi kepada tiga bahagian:
Bahagian pertama:
Pemberitahuan Taurat, Injil, Zabur, dan Suhuf para Nabi sekitar kenabian Ahmad Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. adalah dikategorikan sebagai Irhasat. Bahagian ini adalah muktamad dengan nas al-Quran.
Ya, memandangkan kitab-kitab ini adalah kitab samawi dan memandangkan oleh kerana para pemilik kitab-kitab tersebut adalah para Nabi, maka tidak syak bahawa adalah wajib dan pasti untuk kitab-kitab ini berbicara mengenai seorang lelaki (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang memansuh agama mereka, mengubah bentuk alam semesta dan menyinari separuh bebola bumi dengan nur yang datang bersamanya (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam).
Ya, sesungguhnya kitab-kitab ini yang memberitahu mengenai peristiwa-peristiwa kecil, adakah tidak memberitahu mengenai peristiwa-peristiwa berkaitan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang merupakan peristiwa yang paling agung bagi manusia? Oleh sebab kitab-kitab ini akan memberitahu mengenai Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang memang diketahui umum, sama ada mereka akan mendustakannya sehingga mereka sendiri dapat menyelamatkan agama mereka daripada kemusnahan dan kitab-kitab mereka daripada pemansuhan, atau sama ada mereka mengesahkannya sehingga agama mereka menjadi bersih daripada perkara-perkara khurafat dan penyelewengan dengan Nabi ini (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang juga memiliki pelabagai hakikat. Walhal memang tidak terdapat sebarang tanda-tanda pendustaan dalam mana-mana kitab dengan kesepakatan kawan dan lawan. Jadi, memang terdapat dalam kitab-kitab tersebut pengesahan yang nyata. Oleh kerana di sana terdapat pengesahan dengan bentuk qat'i dan mutlaq, dan terdapat juga di dalam kitab-kitab tersebut ‘illah yang qat'i dan sebab yang kuat dan kukuh boleh dianggap pengesahan ini wujud. Oleh itu, kita dengan peranan kita akan membuktikan wujudnya pengesahan ini dengan tiga hujah qat'i yang menjadi dalil ke atas pengesahan ini.
Hujah Pertama: Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkata kepada mereka dengan lidah al-Quran, "Sesungguhnya di dalam kitab-kitab kamu memang terdapat pengesahan terhadapku dan sifat-sifatku. Sesungguhnya kitab-kitab kamu memang mengesahkanku dalam perkara-perkara yang aku jelaskan." Walaupun Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selalu mencabar mereka dan memukul di atas kepala-kepala mereka dengan ayat-ayat seperti berikut:
﴿قُلْ فَأْتُواْ بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾
(Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israi'il - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Ali Imran: 93))
﴿فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءنَا وَأَبْنَاءكُمْ وَنِسَاءنَا وَنِسَاءكُمْ وَأَنفُسَنَا وأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَةَ اللّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ﴾
Maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta. (Ali Imran: 61)
Tidak seorang pun daripada kalangan ulama orang Yahudi dan para pendeta orang Kristian yang dapat menampilkan satu kesalahan pun daripada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Jika dapat ditampilkan kesalahan tersebut sudah pasti kesalah itu telah diumumkan di setiap tempat oleh orang kafir, orang yahudi dan dunia kekufuran yang jumlah mereka semuanya memang banyak. Mereka memang bersifat keras kepala dan memiliki hasad dengki yang amat sangat.
Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, “Sama ada kamu akan menemui kesalahanku atau sama ada aku berjihad ke atas kamu sehingga aku binasa.” Realitinya mereka memilih peperangan, kehinaan dan penghijrahan. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menemui kesalahan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Jika mereka menemui satu kesalahan sahaja maka sudah mereka terselamat daripada realiti ini.
243. Page
Hujah Kedua: Oleh kerana frasa-frasa yang terdapat dalam kitab-kitab Taurat, Injil dan Zabur tiada mukjizatnya sebagaimana yang terdapat dalam kitab al-Quran. Oleh kerana kitab-kitab ini diterjemahkan dan bukannya daripada kitab asal tetapi diterjemah daripada terjemahan-terjemahan terdahulu. Dengan kata lain, terjemahan atas terjemahan. Ditambah pula dengan terlalu banyak perkataan-perkataan asing yang masuk ke dalam kitab-kitab tersebut. Dan juga berlaku kekaburan antara kata-kata para pentafsir dan takwil-takwil mereka yang salah dengan ayat-ayat asal dalam kitab-kitab tersebut. Kemudian ditambah dengan penyelewengan-penyelewengan sebahagian orang yang jahil dan orang yang memiliki tujuan-tujuan yang buruk ke dalam kitab-kitab tersebut. Dengan semua gambaran di atas ini terdapat banyak penyelewengan-penyelewengan dan perubahan-perubahan dalam kitab-kitab tersebut. Sehinggakan seorang ‘Allamah yang masyhur syeikh Rahmatullah al-Hindi telah membuktikan penyelewengan di ribuan tempat dalam kitab-kitab tersebut kepada para pendeta serta kepada ulama Yahudi dan Kristian ini adalah hujah ke atas mereka lalu mendiamkan mereka.
Dengan jumlah penyelewengan ini sehingga era ini, seorang alim yang terkenal Hussein al-Jisri (rahmat Allah ke atasnya) telah mengeluarkan seratus sepuluh dalil sekitar kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dari kitab-kitab tersebut dan telah pun direkodkan dalam "Risalah Hamidiah" yang kemudiannya telah diterjemahkan oleh Allahyarham Ismail Hakki al-Munastri. Sesiapa yang ingin membaca dalil-dalil tersebut hendaklah ia merujuk pada risalah tersebut lalu melihat.
Banyak ulama Yahudi dan Kristian telah membuat keputusan dan mengakui dengan kata-kata mereka: "Sesungguhnya sifat-sifat Muhammad yang berbangsa Arab Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memang termaktub dalam kitab-kitab kami.”
Ya, pengakuan ini didahului oleh salah seorang daripada raja-raja Rom, Hercules yang masyhur dan beliau bukan beragama Islam. Hercules telah mengaku, "Ya sesungguhnya Isa 'Alaihis Salam telah memberitahu mengenai Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[38]
Begitu juga raja Rom dan pemerintah Mesir yang bernama al-Muqauqis dan seorang ulama Yahudi yang paling masyhur Ibnu Suria, Ibnu Akhtab dan saudara lelakinya, Kaab bin Usaid, Zubair bin Batiya, dan beberapa orang lagi seperti mereka dari kalangan ulama dan pemimpin yang tidak memeluk agama Islam yang mashur, mereka telah mengaku dengan berkata, "Ya, sesungguhnya sifat-sifatnya (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) ada di dalam kitab-kitab kami. Kitab-kitab kami berbicara mengenainya."[39]
Serta ramai yang meninggalkan sifat keras kepala dan memeluk agama Islam daripada kalangan ulama Yahudi yang masyhur dan daripada kalangan Pastor Kristian yang masyhur selepas mereka melihat sifat-sifat Nabi Muhammad di dalam kitab-kitab yang terdahulu dan mereka telah menjelaskan sifat-sifatnya di dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil. Mereka juga mendiamkan semua ulama Yahudi dan Kristian dengan perkara ini. Antara individu-individu yang memeluk agama Islam adalah seorang alim yang masyhur Abdullah bin Salam, Wahb bin Munabbih, Abu Yasir, Syamul[40] (beliau hidup pada zaman raja Yaman Tubba', beliau beriman sebagaimana Tubba’ beriman sebelum keutusan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tanpa menemui Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan dua orang anak Sa'yah iaitu Usaid dan Sa'labah.
Pada satu hari al-Arif billah Ibnu Haiban telah bertamu di puak Bani An-Nadir sebelum keutusan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lalu berkata kepada mereka, "Kemunculan seorang Nabi telah dekat. Ini adalah tempat hijrahnya.” Lalu Ibnu Haiban meninggal di sana. Ketika kabilah ini memerangi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam muncullah Asid dan Sa'labah. Mereka berdua menyeru kepada kabilah ini dengan suara yang tinggi sebagai berkata: وَاللّٰهِ هُوَ الَّذ۪ي عَهِدَ اِلَيْكُمْ ف۪يهِ ابْنُ الْهَيَبَانِ "Demi Allah, inilah yang dijanjikan oleh Ibnu Haiban," Maksudnya: "Janganlah kamu memerangi dengannya." Namun mereka tidak mahu mendengar kata-kata mereka berdua. Akibatnya, mereka ditimpakan musibah. [41]
Oleh sebab ramai daripada ulama yahudi telah beriman juga seperti Ibnu Bunyamin, Mukhairiq dan Kaab al-Ahbar. Mereka telah melihat sifat-sifat kenabian di atas pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam kitab-kitab mereka. Mereka menghujahkan dan mendiamkan ke atas sesiapa yang belum beriman.
244. Page
Bahira seorang rahib yang masyhur dan daripada golongan ulama Kristian (yang telah disebut terdahulu). Beliaulah yang memanggil orang Quraisy demi mencari Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika bermusafir bersama pakciknya ke Syam ketika berumur dua belas tahun. Beliau melihat awan tetap melindungi kafilah kemudian beliau faham bahawa orang yang beliau cari tertinggal di situ.[42]
Lalu beliau mengutus seseorang untuk membawa kepadanya orang yang beliau cari. Kemudian Bahira berkata kepada Abu Talib, "Baliklah bersamanya (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) ke Mekah. Sesungguhnya orang Yahudi yang dengki akan membuat tipu daya ke atasnya (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam). Sesungguhnya sifat-sifatnya disebut di dalam kitab Taurah. Mereka akan melakukan kejahatan atasnya[43].
Juga, Oleh sebab Nestorius dari Habsyah dan raja Habsyah an-Najasyi telah beriman bersama-sama. Mereka sudah melihat sifat-sifat kenabian di atas pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam kitab mereka berdua.
Seorang alim Kristian yang terkenal bernama untuk "Daghatir" telah melihat sifat-sifat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian beriman dan mengumumkan keimanannya di antara orang rom lalu syahid.
Haris bin Abu Syamr al-Ghassani adalah daripada pemimpin kristian. Para pemimpin rohani di Syam dan raja-raja mereka atau sahabat Ilya, Hercules, Ibnu Natur, Jarud dan seperti mereka daripada individu-individu terkenal telah melihat sifat-sifat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam kitab-kitab mereka dan beriman melainkan Hercules tidak menampilkan keimanannya kerana tamak ke atas kesultanan dunia.[44]
Salman al-Farisi juga adalah seorang penganut agama kristian seperti mereka pada asalnya. Namun setelah melihat sifat-sifat Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam beliau mula mencari baginda.[45]
Begitu juga seorang alim yang mulia bernama Tamim, raja Habsyah an-Najasyi yang masyhur, kaum Kristian Habsyah dan pendeta-pendeta Najran, mereka semua memberitahu dengan sepakat sambil berkata, "Kami telah menemui sifat-sifat kenabian dalam kitab-kitab kami lalu kami beriman.[46]"
Hujah Ketiga: Kami akan menyebut beberapa contoh berupa ayat-ayat daripada kitab-kitab Taurat, Injil dan Zabur yang berkaitan dengan Rasul kita Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Pertama: Terdapat satu ayat di dalam kitab Zabur,
اَللَّهُمَّ ابْعَثْ لَنَا مُقِيمَ السُّنَّةِ بَعْدَ الْفَتْرَةِ
(“Ya Allah, bangkitkanlah bagi kami seorang yang mendirikan sunnah selepas beberapa ketika.”)
Seorang yang mendirikan sunnah adalah antara nama Ahmad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Satu ayat daripada kitab Injil:
قَالَ الْمَسِيحُ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى أَبِي وَأَبِيكُمْ لِيَبْعَثَ فِيكُمُ الْفَارَقَلِيطَ.
“Isa berkata, “sesungguhnya aku pergi kepada Bapaku dan Bapamu agar Allah mengutus di kalangan kamu Al-Faraqlit" atau bermakna, “Akan datang kepada kamu al-Faraqalit.” iaitu Ahmad.
Ayat yang lain dari kitab Injil:
إِنِّي أَطْلُبُ مِنْ رَبِّي فَارَقَلِيطَ يَكُونُ مَعَكُمْ إِلَى الْأَبَدِ[47]
"Aku meminta daripada Tuhanku Faraqlit untuk bersama kamu selama-lamanya,"
Iaitu Aku meminta daripada Tuhanki seorang Nabi yang membezakan antara yang kebenaran dan kebatilan. Supaya dia bersama kamu sehingga selama-lamanya. Faraqlit adalah nama Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam kitab-kitab tersebut yang bermakna yang membezakan antara yang benar dan salah.
Dan satu ayat dari Taurah:
إِنَّ اللهَ قَالَ لِإِبْرَاهِيمَ إِنَّ هَاجَرَ تَلِدُ وَيَكُونُ مِنْ وَلَدِهَا مَنْ يَدُهُ فَوْقَ الْـجَمِيعِ وَيَدُ الْـجَمِيعِ مَبْسُوطَةٌ إِلَيْهِ بِالْـخُشُوعِ.
"Sesungguhnya Allah berfirman kepada Ibrahim, “Sesungguhnya Hajar melahirkan (Nabi Ismail) dan akan keluar (seorang anak, iaitu Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) daripada anaknya (Nabi Ismail) yang tangannya berada di atas semua dan tangan semua akan dihulurkan kepadanya dengan khusyu dan taat'.
Dan ayat yang lain dalam Taurat:
وَقَالَ يَا مُوسَى إِنِّي مُقِيمٌ لَـهُمْ نَبِيًّا مِنْ بَنِي إِخْوَتِـهِمْ مِثْلُكَ،
("Dan Allah berfirman, wahai Musa, Aku akan mendirikan seorang Nabi seperti kamu daripada anak-anak bagi saudara mereka bagi mereka.”)
Maknanya, “Aku mengutus seorang Rasul seperti Nabi daripada anak-anak Ismail yang mana mereka adalah saudara-saudara Bani Israel)
وَأُجْرِي قَوْلِي فِي فِيهِ وَالرَّجُلُ الَّذِي لَا يَقْبَلُ قَوْلَ النَّبِيِّ الَّذِي يَتَكَلَّمُ بِاسْمِي فَأَنَا أَنْتَقِمُ مِنْهُ.
“Dan Aku jalankan firmanku di dalam mulutnya. Lelaki yang tidak menerima sabda Nabi yang bersabda dengan namaku maka aku akan menyeksa di atas tindakannya.”
245. Page
Ayat ketiga daripada kitab Taurat:
قَالَ مُوسَى رَبِّ إِنِّي أَجِدُ فِي التَّوْرَاةِ أُمَّةً هُمْ خَيْرُ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ، يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ، وَيَنْهَوْنَ
عَنِ الْمُنْكَرِ، وَيُؤْمِنُونَ بِاللهِ، فَاجْعَلْهُمْ أُمَّتِي، قَالَ تِلْكَ أُمَّةُ مُـحَمَّدٍ[48]
("Musa berkata, Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menemui dalam kitab Taurah satu umat yang merupakan umat yang terbaik dikeluarkan untuk manusia, mereka menyuruh kepada kebaikan, melarang daripada kejahatan dan beriman kepada Allah. Maka jadikanlah mereka sebagai umatku, Allah berfirman, “Itu adalah umat Muhammad.”)
Perhatian: Sesungguhnya nama Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memang ada dalam kitab-kitab tersebut dengan berbentuk nama-nama Suryaniyah dan Ibriyah seperti مشفَّح Musyaffah, almunhamanna dan Himyato yang bermaksud Muhammad, adapun nama Muhammad tidak ada secara sarih (jelas) melainkan sedikit. Orang Yahudi yang banyak hasad juga melakukan penyelewengan terhadap bilangan yang terhad daripada nama Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang jelas ini, antaranya adalah satu ayat daripada kitab Zabur,
يَا دَاوُودُ يَأْتِي بَعْدَكَ نَبِيٌّ يُسَمَّى أَحْمَدَ وَمُـحَمَّدًا صَادِقًا سَيِّدًا أُمَّتُهُ مَرْحُومَةٌ
(“Wahai Daud, akan datang seorang Nabi selepasmu diberi nama Ahmad, (Muhammad) yang dipuji, (Saadiq) Yang benar dan (Saidina) penghulu. Umatnya adalah umat yang diberi rahmat.”[49])
Abdullah bin Amru bin al-As, yang merupakan tujuh orang Abdullah telah melakukan penelitian yang banyak dalam kitab-kitab yang terdahulu, Abdullah bin Salam merupakan orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan ulama Yahudi yang masyhur dan Kaab al-Ahbar yang terkenal yang merupakan salah seorang ulama besar bani Israel, Ketiga-tiga mereka telah mengumum dan menunjukkan ayat ini di dalam Taurat yang pada masa itu belum berlaku banyak penyelewengan lagi.
Sebahagian daripada ayat itu selepas Allah berfirman kepada Saidina Musa, Allah berfirman pula kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang akan datang selepasnya:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنّذِيرًا، وَحِرْزًا لِلْأُمِّيِّينَ، أَنْتَ عَبْدِي وَرَسُولِي، سَمَّـيْتُكَ
الْمُتَوَكِّلَ، لَيْسَ بِفَظٍّ وَلَا غَلِيظٍ، وَلَا صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ، وَلَا يَدْفَعُ بِالسَّيِّئَةِ السَّيِّئَةَ، بَلْ يَعْفُو
وَيَغْفِرُ وَلَنْ يَقْبِضَهُ اللهُ حَتَّى يُقِيمَ بِهِ الْمِلَّةَ الْعَوْجَاءَ بِأَنْ يَقُولُوا لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ.[50]
(“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi, pemberi khabar gembira, pemberi peringatan, dan penjaga bagi para ummiyyin, engkau adalah hamba dan rasulku, aku telah namakan engkau Mutawakkil, bukan bersikap kasar dan bukan keras, bukan orang yang memekik di pasar-pasar, tidak membayar keburukan dengan keburukan, tetapi memaaf dan mengampunkan, tidak Allah mencabutnya sehinggalah Allah mendirikan dengannya agama yang bengkok agar mereka mengatakan tiada Tuhan selain Allah.”)
Dan satu lagi ayat dalam kitab Taurat:
مُـحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ مَوْلِدُهُ بِـمَكَّةَ، وَهِجْرَتُهُ بِطِيبَةَ، وَمُلْكُهُ بِالشَّامِ، وَأُمَّتُهُ الْـحَمَّادُونَ.[51]
("Muhammad itu pesuruh Allah, tempat lahirnya di Mekah, hijrahnya ke Tibah (Madinah), kekuasaannya di Syam dan umatnya pula orang yang selalu mengucapkan tahmid.")
Lafaz "Muhammad" dalam ayat ini telah warid dengan nama Siryani bermakna Muhammad.
Dan satu lagi ayat dalam kitab Taurat:
أَنْتَ عَبْدِي وَرَسُولِي، سَمَّـيْتُكَ الْمُتَوَكِّلَ[52]
("Engkau adalah hamba dan rasul-Ku dan aku namakan engkau dengan al-Mutawakkil.")
Ayat ini dituju kepada Nabi yang akan datang sesudah Nabi Musa daripada anak-anak Nabi Ismail yang merupakan saudara-saudara kepada anak-anak Nabi Ishak.
Begitu jugaayat lain dalam kitab Taurah mengatakan:
عَبْدِي الْمُخْتَارُ لَيْسَ بِفَظٍّ وَلَا غَلِيظٍ
"Hambaku yang terpilih (al-Mukhtar) bukanlah kasar dan bukan juga keras,"
Makna al-Mukhtar adalah al-Mustafa iaitu nama Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
246. Page
Ayat yang ada dalam kitab Injil:
مَعَهُ قَضِيبٌ مِنْ حَدِيدٍ يُقَاتِلُ بِهِ وَأُمَّتِهِ كَذَلِكَ[53]
“Bersamanya batang daripada besi dia berperang dengan besi tersebut dan begitu umatnya.”
Ayat ini sekitar sifat Nabi yang datang selepas Nabi Isa 'Alaihis Salam.
Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga merupakan pemberi khabar gembira yang diberitakan dengan beberapa ayat daripada kitab injil dengan tajuk "ketua alam semesta" menampilkan bahawa akan datang seorang Nabi yang membawa sebilah pedang dan Nabi ini diperintahkan untuk berjihad, maksud batang daripada besi adalah pedang.
Ayat terakhir dari surah Al-Fath:
﴿وَمَثَلُهُمْ فِي الإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ﴾
(...dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula seperti pokok tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya, kerana Ia hendak jadikan orang kafir merana dengan perasaan marah. (Al-Fath : 29))
Ayat ini mengumumkan, sama seperti ayat yang terdapat dalam kitab Injil bahawa umat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam begitu juga sepertinya adalah para pemilik pedang-pedang, atau mereka akan diperintahkan untuk berjihad, dengan mengisyaratkan kepada ayat-ayat lain di dalam kitab Injil bahawa Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah pemilik pedang dan diperintah untuk berjihad.
Dalam bab tiga puluh tiga, kitab kelima daripada kitab Taurah ayat ini:
(أَقْبَلَ الْـحَقُّ تَعَالَى مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ وَطَلَعَ عَلَيْنَا مِنْ سَاعِيرَ، وَظَهَرَ فِي جِبَالِ فَارَانَ)
"Allah al-Hak telah datang daripada Tur Sina, muncul ke atas kami daripada Saa'iir, dan muncul di pergunungan Faran.”
Ayat ini sebagaimana telah memberitahu mengenai kenabian Nabi Musa 'Alaihis Salam dengan perenggan:
أَقْبَلَ الْـحَقُّ تَعَالَى مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ
Ayat ini juga memberitahu mengenai kenabian Nabi Isa 'Alaihis Salam dengan perenggan
وَطَلَعَ عَلَيْنَا مِنْ سَاعِيرَ
yang bermaksud gunung-gunung di Syam, Begitu juga memberitahu dengan kemestian mengenai kerasulan Ahmadiyah ke atas pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan perenggan,
وَظَهَرَ فِي جِبَالِ فَارَانَ
iaitu satu frasa mengenai gunung-gunung al-Hijaz dengan kesepakatan.
Terdapat satu ayat dalam kitab Taurat mengesahkan hukum bagi ayat yang terakhir daripada surah al-Fath,
﴿...ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ...﴾
dan berkaitan dengan para sahabat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang muncul dari gunung-gunung Faran itu adalah,
(إِنَّ مَعَهُ أَعْلَامُ الْقُدْسِيِّينَ، وَهِيَ فِي يَـمِينِهِ.)
Sesungguhnya bersamanya panji-panji milik orang yang suci yang berada di tangan kanannya.
247. Page
Ayat ini mensifatkan mereka sebagai orang yang suci atau para sahabat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang merupakan para wali yang salih lagi suci.
Terdapat satu ayat dalam bab empat puluh dua dari kitab Nabi Asy'iya’ ‘Alaihis Salam, iaitu:
(إِنَّ الْـحَقَّ سُبْحَانَهُ سَيَبْعَثُ عَبْدَهُ الْمُصْطَفَى الْمُجْتَبَى فِي آخِرِ الزَّمَانِ، وَسَيُرْسِلُ إِلَيْهِ الرُّوْحَ
الْأَمِينَ جِبْرَائِيلَ يُعَلِّمُهُ الدِّينَ الْإلَهِيَّ، وَهُوَ كَذَلِكَ سَيُعَلِّمُ النَّاسَ كَمَا عَلَّمَهُ الرُّوحُ الْأَمِينُ،
وَسَيَحْكُمُ بَيْنَ النَّاسِ بِالْـحَقِّ، وَهُوَ نُوْرٌ سَيُخْرِجُ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ، وَأَنَا أُخْبِرُكُمْ مَا أَخْبَرَنِي
الرَّبِّ قَبْلَ وُقُوعِهِ.)
"Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengutuskan hambanya al-Mustafa al-Mujtaba pada akhir zaman. Allah juga akan mengutus ruhul Amin Jibril kepadanya untuk mengajarnya agama Ilahi. Hambanya ini juga akan mengajar manusia sebagaimana yang telah diajar oleh ruhul Amin. Beliau akan menghukum antara manusia dengan hak. Beliau adalah nur yang akan mengeluarkan manusia daripada kegelapan. Aku memberitahu kamu apa yang Tuhan telah memberitahuku sebelum perkara itu berlaku."
Ayat ini menerangkan dengan penerangan yang sangat jelas sifat-sifat Nabi akhir zaman Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Terdapat satu ayat dalam bab keempat daripada kitab Nabi Mikhail yang disebut sebagai Misya'il:
(سَتَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَّةٌ مَرْحُومَةٌ تَـخْتَارُ الْـجَبَلَ الْـمُبَارَكَ لِتَعْبُدَ الْـحَقَّ تَعَالَى فِيهِ، وَيَـجْتَمِعُ فِيهِ خَلْقٌ كَثِيرٌ مِنْ كُلِّ إِقْلِيمٍ يَعْبُدُونَ الرَّبَّ الْوَاحِدَ وَلَا يُشْرِكُونَ بِهِ شَيْئًا.)
"Akan ada pada akhir zaman satu umat yang dirahmati yang mereka memilih gunung yang diberkat untuk menyembah Allah yang hak di dalamnya. Ramai yang berkumpul di dalamnya dari setiap daerah menyembah tuhan yang satu dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun.”
Demikianlah, ayat ini mengenalkan dengan gambaran yang jelas mengenai gunung Arafat yang merupakan gunung yang paling suci di dunia, banyak laungan takbir dan ibadat para jemaah haji yang datang dari setiap wilayah, dan umat Nabi Muhammad yang terkenal dengan gelaran umat yang dirahmati."
Terdapat satu ayat di bab tujuh puluh dua kitab Zabur, iaitu:
(يَـمْلِكُ مِنَ الْبَحْرِ إِلَى الْبَحْرِ، وَمِنَ الْأَنْـهَارِ إِلَى أَقْصَى الْأَرْضِ، يَأْخُذُ مُلُوكُ الْيَمَنِ وَالْـجَزَائِرِ إِلَيْهِ
هَدَايَا، وَيَسْجُدُ الْمُلُوكَ وَيَنْقَادُونَ لَهُ، وَيُصَلِّى عَلَيْهِ كُلُّ حِينٍ وَيُدْعَى لَهُ كُلَّ يَوْمٍ بِالْبَرَكَةِ،
وَأَنْوَارُهُ تَسْطَعُ مِنَ الْمَدِينَةِ، وَيَظَلُّ ذِكْرُهُ إِلَى أَبَدِ الْآبَادِ، وَاسْـمُهُ كَانَ مَوْجُودًا قَبْلَ وُجُودِ الشَّمْسِ
وَسَيَظَلُّ مُنْتَشِرًا مَا بَقِيَتِ الشَّمْسُ).
"Dia memerintah dari laut ke laut dan dari sungai-sungai ke bumi paling jauh. Dia mengambil hadiah daripada raja-raja Yaman dan negara Al jaria. Raja-raja sujud dan tunduk padanya. Selawat diucapkan ke atasnya pada setiap ketika. Dia didoakan dengan keberkatan pada setiap hari, nur-nurnya bersinar dari Madinah. Dia disebut secara berterusan sehingga berabad-abad, namanya sudah ada sebelum wujudnya matahari dan akan terus tersebar selagimana matahari ada.”
Demikianlah Ayat ini mensifatkan dengan gambaran yang amat jelas mengenai fenomena kebanggaan alam ke atas Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Saya tertanya-tanya, siapakah Nabi yang datang selain Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selepas Saidina Daud dan menyebarkan agamanya dari timur ke barat, membuatkan para raja membayar ufti kepadanya, membuatkan para sultan mengikutinya dan seakan-akan bersujud baginya, menerima selawat dan doa-doa daripada seperlima jumlah manusia setiap hari lalu bersinarlah nur-nurnya dari Madinah? Adakah di sana selain Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam?
248. Page
Ayat ketiga puluh, bab keempat belas, kitab Injil yohana yang diterjemah ke dalam bahasa Turki adalah:
(وَلَنْ أَتَكَلَّمَ مَعَكُمْ بَعْدَ هَذَا كَثِيرًا، لِأَنَّ رَئِيسَ هَذَا الْعَالَـمِ يَأْتِي، وَلَيْسَ عِنْدِي وَلَيْسَ فِيَّ أَبَدًا شَيْءٌ مِمَّا عِنْدَهُ هُوَ.)
"Aku tidak akan bercakap banyak dengan kamu selepas ini, kerana ketua dunia ini akan datang, dan aku tidak mempunyai dan tiada dalam diriku sesuatu daripada yang ada di sisinya.”
Ungkapan "ketua dunia" bermaksud kebanggaan dunia, dan gelaran kebanggaan dunia adalah gelaran yang paling terkenal kepada Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berbangsa Arab.
Begitu juga ayat ketujuh, bab enam belas daripada kitab Injil yohana/yohana, adalah:
(لَكِنِّي أَقُولُ لَكُمُ الْـحَقَّ إِنَّهُ خَيْرٌ لَكُمْ أَنْ أَذْهَبَ، لِأَنَّهُ إِنْ لَـمْ أَنْطَلِقْ لَا يَأْتِيكُمُ الْـمُعَزِّي.)
"Tetapi aku memberitahu kamu kebenaran bahawa adalah lebih baik bagi kamu untuk aku pergi, kerana jika aku tidak bertolak maka tidak datang kepada kamu pengucap takziah."
Demikianl, perhatikanlah,Siapakah ketua dunia dan pengucap takziah yang hakiki bagi manusia melainkan Muhammad yang berbangsa Arab Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam?
Ya, Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah kebanggaan dunia, dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah orang yang menyelamatkan orang yang fana daripada hukuman bunuh yang kekal, dan mengucapkan takziah kepada mereka.
Dan begitu juga ayat kelapan, bab enam belas kitab Injil yohana, ialah:
(وَمَتَى مَا جَاءَ، سَيُلْزِمُ الْعَالَـمَ فِي الْـخَطِيئَةِ وَالصَّلَاحِ وَالْـحُكْمِ)
"dan apabila dia datang, dia akan menjadikan dunia menerima dan berdiam menganai dosa, kebaikan dan kekuasaan.”
Maka siapakah yang akan mengganti kerosakan alam kepada kebaikan, dan menyelamatkan alam daripada dosa-dosa dan perbuatan syirik, menggantikan politik dunia dan kekuasaan di alam ini selain Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berbangsa Arab?
Begitu juga ayat kesebelas, bab enam belas, kitab Injil yohana adalah:
(لَقَدْ حَانَ وَقْتُ مَـجِيءِ رَئِيسِ الْعَالَـمِ.)
“Telah sampai masa kedatangan ketua dunia.”
Ketua/pemimpin dunia[54] tidak syak lagi adalah Ahmad Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang juga penghulu bagi umat manusia.
Dan ayat ketiga belas, bab dua belas, kitab kitab Injil yohana adalah:
(إِذَا جَاءَ رُوحُ الْـحَقِّ ذَاكَ، فَسَيُرْشِدُكُمْ جَمِيعًا إِلَى الْـحَقِيقَةِ؛ لِأَنَّهُ لَا يَنْطِقُ مِنْ عِنْدِهِ، وَسَيُحَدِّثُكُمْ عَنْ كُلِّ مَا سَمِعَ وَيُـخْبِرُكُمْ عَنِ الْأُمُورِ الْمُسْتَقْبَلِيَّةِ.)
"Apabila ruh kebenaran datang, maka beliau akan membimbing kamu semua kepada hakikat kerana beliau tidak bercakap dari dirinya sendiri, dan akan memberi kamu hadis daripada apa yang dia dengar dan memberitahukan kepadamu mengenai perkara-perkara masa hadapan.” Ayat ini jelas.
Aku tertanya-tanya siapakah orang yang mengajak manusia kepada kebenaran dan hakikat sekali gus? Segala yang beliau beritahu adalah wahyu, dan berkata dengan apa yang beliau dengar daripada malaikat Jibril dan memberitahu mengenai kiamat dan akhirat secara terperinci, selain Muhammad berbangsa Arab Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam? Siapakah orang selain Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam?
Begitulah juga, dalam kitab-kitab para Nabi 'Alaihis Salam terdapat nama-nama bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan bahasa Siryani dan Ibrani dengan makna Muhammad, Ahmad dan Mukhtar. Sama juga dalam Suhuf Saidina Syuaib 'Alaihis Salam namanya adalah Musyaffah[55] dengan makna Muhammad. Dalam kitab Taurah nama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah Almunhamanna juga bermakna Muhammad dan Himyato bermakna Nabi bagi Masjidil Haram. Dalam kitab Zabur, nama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah al-Mukhtar bermakna yang terpilih. Begitu juga dalam kitab Taurah, al-Khatamul-Hatam. Dalam kitab Taurah dan Zabur “Muqim as-Sunah” bermakna yang mendirikan sunnah. Dalam suhuf Ibrahim dan kitab Taurah "Mazmaz". Seperti itu, dalam kitab Taurah, ‘Ahyad’.[56] Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah bersabda:
اِسْمِي فِي الْقُرْآنِ مُـحَمَّدٌ، وَفِي الْإِنْـجِيلِ أَحْمَدُ، وَفِي التَّوْرَاةِ أَحْيَدُ[57]
("Namaku dalam Al-Quran adalah Muhammad, dalam kitab Injil adalah Ahmad. Dalam kitab Taurah adalah Ahyad")
249. Page
Sama juga Dalam Injil antara nama Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, "pemilik batang (besi) dan batang (kayu)" atau pemilik pedang dan tongkat.[58]
Ya, sesungguhnya Nabi yang paling agung di antara para nabi yang pemilik pedang, yang mana Nabi itu dan umatnya diperintah berjihad. Nabi itu adalah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Di dalam kitab Injil juga beliau adalah ‘Sahibul Taj’ (pemilik mahkota).[59]
Ya, sesungguhnya gelaran ‘Sahibul Taj’ (pemilik mahkota) ini adalah khusus bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, mahkota bererti serban. Secara umumnya kaum yang memakai serban dan igal (pengikat) di antara umat-umat terdahulu adalah bangsa Arab. Pemilik mahkota dalam injil bererti dengan pasti adalah Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Dalam Injil juga "البارقليط" atau "الفارقليط" yang mana ditafsirkan nama ini dalam tafsir-tafsir kitab Injil dengan makna pencinta, pengikut bagi yang hak dan pemisah antara hak dan batil. Nama ini adalah nama bagi seseorang yang datang pada masa hadapan dan mengajak manusia kepada kebenaran.
Nabi Isa ASM telah berkata di dalam Injil:
سَأَذْهَبُ كَيْ يَـجِيءَ رَئِيسُ الْعَالَـمِ
“Saya akan pergi agar ketua alam datang.”
Aku tertanya-tanya siapakah yang datang selepas Nabi Isa ASM dan memimpin alam, memisah dan membezakan antara hak dan batil, dan membimbing manusia seperti Nabi Isa ASM kalau bukan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam? Dengan makna bahawa Saidina Isa 'Alaihis Salam secara berterusan memberi khabar gembira dan memberitahu kepada ummatnya bahawa "akan datang seorang lelaki dan tidak akan ada hajat kepadaku lain. Aku hanyalah muqaddimah baginya dan pemberi khabar gembira mengenainya."
Sebagaimana ayat ini:
﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّراً بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ﴾ [60]
Dan ketika Nabi Isa bin Maryam berkata: Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. (as-Sof: 6].
Ayat ini mengatakan bahawa Saidina Isa 'Alaihis Salam memberi khabar gembira kepada umatnya dalam kitab Injil beberapa kali bahawa penghulu yang agung bagi manusia akan datang, dan menyebutnya dengan beberapa nama-namanya, dan nama-nama ini tidak syak lagi adalah dalam bahasa Siryani dan Ibrani sebagaimana pendapat ahli tahqiq. Sesungguhnya nama-nama tersebut bermaksud Ahmad, Muhammad dan Pemisah antara hak dan batil. Oleh itu sesungguhnya Saidina Isa 'Alaihis Salam telah memberi khabar gembira tentangAhmad banyak kali.
Soalan: Jika kamu katakan: Kenapa Saidina Isa ‘Alaihis Salam memberi khabar gembira lebih daripada Nabi-Nabi yang lain. Manakala Nabi-Nabi yang lain cukup dengan pemberitaan, tidaklah mereka memberi khabar gembira melainkan jarang-jarang?
Jawapan: Ia adalah kerana Ahmad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menyelamatkan Nabi Isa 'Alaihis Salam daripada pembohongan Yahudi yang menakjubkan lagi dahsyat dan daripada teduhan mereka yang kejam. Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga telah menyelamatkan agamanya daripada penyelewengan yang dahsyat. Dari sudut lain pula, Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mempunyai syariat yang tinggi, mudah dan universal yang melengkapkan kekurangan syariat yang dibawa oleh Saidina Isa dari sudut hukum iaitu syariat yang susah bagi Bani Israel yang memang tidak mengakui kenabian Nabi Isa 'Alaihis Salam. Oleh sebab itu, maka Saidina Isa AS memberi khabar gembira banyak kali sambil berkata: "akan datang ketua dunia."
Terdapat banyak bahas dan ayat-ayat yang banyak di dalam kitab Taurat, kitab Injil, kitab Zabur dan semua suhuf para Nabi mengenai Nabi yang akan datang pada akhir zaman sebagaimana yang dijelaskan oleh beberapa contoh-contoh. Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam disebut dalam kitab-kitab tersebut dengan nama-nama yang banyak.
Aku tertanya-tanya siapakah Nabi yang terakhir yang bahas oleh semua kitab-kitab para Nabi dengan ayat-ayat yang berulang-ulang yang begitu penting selain Hadrat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam?
250. Page
Bahagian kedua, Maksud daripada Irhasat dan tanda-tanda kenabian adalah:
Para kahin dan sebahagian daripada manusia yang al-Arifin billah yang mereka adalah para wali Allah sedikit sebanyak dan mereka yang hidup pada zaman itu dalam masa fatrah (zaman di mana tidak diutuskan para Nabi kepada manusia ketika itu) dan sebelum keutusuan Nabi Ahmad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Mereka telah memberitahu mengenai kedatangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan telah menyebarkan pemberitahuan-pemberitahuan mereka ini, bahkan menukilkan pemberitahuan-pemberitahuan dengan syair-syair mereka kepada era-era yang mendatang. Contoh-contoh itu banyak. Kami akan menyebut beberapa syair-syair yang terkenal dan tersebar, yang juga diterima dan dinukil oleh ahli-ahli sirah dan sejarah, antaranya:
Pertama: Seorang raja yang bernama "Tubba’'" iaitu salah seorang raja di Yaman telah melihat sifat-sifat Mulia Nabi, Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam kitab-kitab lama, dan percaya kepada-Nya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan mengumumkan syair seperti berikut:
شَهِدْتُ عَلَى أَحْمَـدَ أَنَّهُ رَسُولٌ مِنَ اللهِ بَارِي النَّسَمِ
فَلَوْ مُدَّ عُمْرِي إِلَى عُمْرِهِ لَكُنْتُ وَزِيرًا لَهُ وَابْنَ عَمٍّ
Aku bersaksi bahawa Ahmad adalah utusan daripada Allah,
Jika dipanjangkan umurku hingga ke umurnya pasti aku akan menjadi menteri baginya dan sepupunya[61]
Kedua: Sesungguhnya Qus bin Saa'idah yang masyhur yang merupakan seorang pemidato bangsa Arab yang paling masyhur dan penting. Begitulah beliau adalah seorang lelaki yang mengesakan Allah yang bersinar kesedarannya telah mengumumkan kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebelum keutusan kenabian dengan syair ini,
أَرْسَلَ فِينَا أَحْمَدَ خَيْرَ نَبِيٍّ قَدْ بُعِثَ
صَلَّى عَلَيْهِ اللهُ مَا عَجَّ لَهُ رَكْبٌ وَحَثَّ[62]
Allah telah mengutus dari kalangan kami Ahmad Nabi yang terbaik yang telah diutuskan
Allah mengucapkan selawat ke atas baginda selagi para penunggang kuda menghamburkan debu dan digalakkan kerana dia.
Ketiga: Sesungguhnya Kaab bin Luai yang merupakan salah seorang daripada moyang Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengisyaratkan kenabian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menerusi ilham, beliau berkata:
عَلَى غَفْلَةٍ يَأْتِي النَّبِيُّ مُحَمَّدٌ فَيُخْبِرُ أَخْبَارًا صَدُوْقًا خَبِيرُهَا[63]
Ketika dalam kelalaian datang Nabi Muhammad
Kemudian pemberitahunya memberitahu berita-berita yang benar
Keempat: Sesungguhnya Saif bin Zu Yazan yang merupakan salah seorang raja Yaman telah melihat sifat-sifat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam kitab-kitab terdahulu dan telah beriman dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bahkan sangat rindu kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Ketika datuk Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Abdul Muttalib pergi bersama kafilah Quraisy ke Yaman, Saif bin Zu Yazan memanggil mereka dan berkata kepada mereka, "Apabila dilahirkan di Tihamah seorang anak lelaki ada tanda seperti mohor (cap) di antara dua bahunya maka beliau akan menjadi imam kepada segala manusia dan sesungguhnya engkau wahai Abdul Mutalib adalah datuknya. Raja Yaman ini telah memanggil Abdul Mutalib secara rahsia dan memberitahunya sebelum kebangkitan Nabi bahawa Abdul Mutalib adalah datuk budak itu. Berita itu lahir daripada/sepertii karomah.[64]
Kelima: Waraqah bin Naufal yang terkenal, yang merupakan sepupu Saidatina Khadijah al-Kubra Radhiyallahu ‘Anha, Ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditimpa kegelisahan pada awal turunnya wahyu. Lalu Saidatina Khadijah menceritakan kejadian itu kepada Waraqah yang masyhur. Waraqah pun meminta daripada Saidatina Khadijah untuk membawakan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepadanya. Lalu datanglah Rasul kepada Waraqah, dan menceritakan kepadanya apa yang berlaku pada permulaan wahyu. Waraqah berkata kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam,
بَشِّرْ يَا مُحَمَّدُ اِنّ۪ٓي اَشْهَدُ اَنَّكَ اَنْتَ النَّبِيُّ الْمُنْتَظَرُ وَ بَشَّرَ بِكَ ع۪يسٰي
"Bergembiralah wahai Muhammad, sesungguhnya aku bersaksi bahawa engkau adalah Nabi yang ditunggu-tunggu dan Isa telah memberi khabar gembira tentang engkau."[65]
251. Page
Keenam: Sesungguhnya seorang arif billah disebut sebagai 'Askalan al-Himyari ketika melihat kaum Quraisy sebelum kenabian beliau bertanya kepada mereka, "Adakah seseorang daripada kalangan kamu yang mendakwa kenabian? Mereka menjawab "tidak" kepada soalannya. Kemudia dia bertanya lagi dengan soalan yang sama pada zaman kebangkitan. lalu mereka menjawab: "Ya, sesungguhnya seorang lelaki telah mendakwa kenabian." Lalu 'Askalan berkata: "Sesungguhnya alam semesta menunggunya."[66]
Ketujuh: Ibnu al-Ala' adalah seorang alim kristian yang masyhur memberitahu mengenai Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebelum kebangkitan dan sebelum beliau menemui Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Kemudian beliau datang dan melihat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan berkata kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, وَالَّذ۪ي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَقَدْ وَجَدْتُ صِفَتَكَ فِي الْأِنْج۪يلِ وَ بَشَّرَ بِكَاِبْنُ الْبَتُولِ "Demi dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku telah menemui sifatmu di dalam kitab Injil dan Ibnu al-Batul (anak Saidatina Maryam) telah memberi khabar gembira tentangmu."[67]
Kelapan: Raja al-Habsyah An-Najasyi telah berkata sebagaimana yang telah disebut sebelum ini: لَيْتَ ل۪ي خِدْمَتَهُ بَدَلاً عَنْ هٰذِهِ السَّلْطَنَةِ “Kalaulah aku dapat berkhidmat kepadanya sebagai ganti kesultanan ini.”
Maksudnya alangkah baiknya aku menjadi khadam bagi Muhammad yang berbangsa Arab Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagai ganti daripada kerajaan ini, sesungguhnya khidmat kepadanya adalah lebih baik daripada menjadi raja.[68]
Sekarang, selepas menyebut para arifin (Wali) yang memberitahu mengenai perkara ghaib dengan ilham Rabbani. Kami akan menyebut para peramal yang memberitahu mengenai perkara ghaib dengan perantaraan arwah-arwah dan jin,mereka memberitahu secara jelas sekali mengenai kedatangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengenai kenabiannya. Jumlah mereka adalah sangat banyak. Kami akan menyebut sebahagian daripada pemberitahuan-pemberitahuan mereka yang paling masyhur yang mencapai tahap mutawatir maknawi dan yang dinukil kebanyakan kitab-kitab tarikh dan sirah. Kita akan berbicara mengenainya secara ringkas dengan menyerahkan kisah-kisah dan kata-kata mereka yang panjang ke dalam kitab-kitab sirah.
Pertama: Seorang pendeta terkenal bernama Syiq yang memilik satu mata, satu tangan dan satu kaki seakan-akan setengah manusia. Sejarah merekodkan pemberitahuan-pemberitahuan peramal tersebut mengenai kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang dibuat selalu dan berulang kali dengan rekod yang mencapai tahap mutawatir dan dengan bentuk yang qat'i.[69]
Kedua: Seorang peramal yang hidup Syam yang masyhur, "Satih" yang merupakan satu keajaiban ciptaan. Di mana beliau tidak mempunyai tulang, Seakan-akan badannya tanpa anggota tubuh. Wajahnya berada di dada, beliau hidup lama, masyhur di kalangan manusia dengan pemberitahuan-pemberitahuannya yang benar mengenai perkara ghaib. Sehinggakan Kisra raja Parsi pernah mengutus kepadanya utusannya yang berilmu yang bernama Mubazan untuk bertanya kepadanya mengenai mimpinya yang aneh dan rahsia jatuhnya empat belas anjung istananya ketika Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dilahirkan. Satih berkata yang maknanya, "Akan menjadi pemerintah dalam kalangan kamu empat belas orang kemudian kesultanan kamu akan hilang. Dan akan datang seorang yang menampilkan agama baru, dia akan menghapus agama dan negara kamu." Lelaki yang bernama Satih ini telah memberitahu dengan gambaran yang jelas mengenai kedatangan Nabi akhir zaman.[70]
Sawad bin Qarib ad-Dusi, Khanafir, Af'a Najran, Jazal bin Jazlal al-Kindi, Ibnu Khalsah ad-Dusi, dan Fatimah bin an-Nu'man an-Najjariyah dan seperti mereka daripada peramal-peramal yang masyhur telah memberitahu mengenai kedatangan Nabi akhir zaman dan Nabi tersebut adalah Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagaimana disebut dalam kitab-kitab tarikh dan sirah secara terperinci.[71]
252. Page
Saadi binti Kuraiz yang merupakan salah seorang daripada saudara-mara Saidina Osman telah menerima khabar kenabian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melalui alam ghaib melalui ramalan, lalu berkata kepada Saidina Usman dzu an-Nurain Radhiyallahu ‘Anhu pada permulaan Islam, "Pergilah dan berimanlah kepadanya." Lalu Saidina Usman beriman pada permulaan Islam dan Saadi telah menyebut peristiwa ini dengan sebuah syair:
هَدَى اللهُ عُثْمَانَ بِقَوْلِي إِلَى الَّتِي بِهَا رُشْدُهُ وَاللهُ يَهْدِي إِلَى الْـحَقِّ
("Allah telah memberi hidayah kepada Usman dengan kata-kataku kepada sesuatu yang membimbingnya Dan Allah memberi hidayah kepada kebenaran."[72])
Kemudian, kelompok jin yang disebut sebagai pembisik-pembisik yang badan mereka tidak dapat dilihat tetapi suara-suara mereka didengari telah memberitahu berulang kali sebagaimana para peramal beritahu mengenai kedatangan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, antaranya:
Seorang jin pembisik telah membisik kepada Ziyab bin al-Haris seperti berikut ini dan menjadi sebab keislamannya dan Islam selainnya:
يَا ذِيَابُ يَا ذِيَابْ
اِسْمَعِ الْعَجَبَ الْعُجَابْ
بُعِثَ مُحَمَّدٌ بِالْكِتَابْ
يَدْعُو بِـمَكَّةَ فَلَا يُجَابْ
(Wahai Ziyab wahai Ziyab
dengarlah perkara yang ajaib lagi aneh
muhammad diutus dengan kitab
beliau memanggil di Mekah tetapi tidak dijawab[73])
Sama juga, seekor jin pembisik telah teriak kepada Sami'ah bin Qurrah al-Ghatafani seperti berikut: dan menjadi sebab bagi keimanan sebahagian manusia:
جَاءَ الْـحَقُّ فَسَطَعَ
وَدُمِّرَ بَاطِلٌ فَانْقَمَعَ
kebenaran telah datang lalu bersinar
kebatilan telah dimusnahkan lalu dihancurkan[74]
Dan demikianlah, sesungguhnya khabar gembira para pembisik dan pemberitahuan-pemberitahuan mereka adalah masyhur dan amat banyak.
Sebagaimana para peramal dan para pembisik telah memberitahu mengenai kerasulan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam begitu juga patung-patung dan binatang qorban yang disembelih untuk patung-patung telah memberitahu mengenai perkara tersebut, sebagai contoh.
Antara kisah-kisah yang masyhur bahawa patung kabilah Mazan telah membisik dan memberitahu mengenai kerasulan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagai berkata, هذا النبي المرسل جاء بالحق المنزل.
“Nabi yang diutus ini datang dengan kebenaran yang diturunkan.”[75]
Sebuah peristiwa yang masyhur yang menjadi sebab keislaman Abbas bin Mirdas, dikisahkan bahawa beliau memiliki sebuah patung bernama Dimar. Pada satu hari patung itu berbisik sambil berkata:
أَرْدَىضِمَّارُ وَكَانَ يُعْبَدُ مُدَّةً قَبْلَ الْبَيَانِ مِنَ النَّبِيِّ مُـحَمَّدٍ
Yakni "(Dimmar) telah disembah buat beberapa ketika sebelum kedatangan Nabi Muhammad.” maksudnya, “Sekarang telah datang keterangan Nabi Muhammad maka tiada ruang bagi kesesatan selepas itu.”[76]
Saidina Umar telah mendengar daripada seekor binatang sembelihan yang disembelih bagi patung sebelum Islam seperti berikut ini.
يَاآلَ الذَّبِيحِ، أَمْرٌنَـجِيحٌ، رَجُلٌ فَصِيحٌ، يَقُولُ: لَاإِلَهَ إِلاَّاللهُ
“Wahai pemilik binatang yang disembelih, urusan yang berjaya, lelaki yang fasih berkata, "tiada Tuhan selain Allah."[77]
Demikianlah terdapat banyak kejadian-kejadian seperti contoh-contoh ini yang diterima pakai oleh kitab-kitab yang dipercayai dan menukilkan kejadian-kejadian tersebut.
253. Page
Sebagaimana para peramal, para arif billah dan para hatifin (pembisik) hatta patung-patung dan binatang-binatang korban telah memberitahu mengenai kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan setiap peristiwa ini menjadi sebab pada keimanan sebahagian manusia, [78]begitu juga terdapat frasa-frasa yang tertulis dengan kaligrafi arab kuno di atas sebahagian batu, kubur dan batu nisan seperti frasa-frasa “محمد مُصْلِح أمين” (Muhammad adalah Pengislah dan al-Amin) Sebahagian manusia telah beriman dengan sebab ini.
Ya, sesungguhnya frasa yang terdapat di atas beberapa batu dengan kaligrafi arab kuno, "Muhammad, Muslih, Amin" bermaksud Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Terdapat di sana tujuh orang yang memakai nama Muhammad sebelumnya dan pada zaman yang dekat dengan zamannya dan hanya itu, dan tiada bagi mereka selain Nabi yang memiliki kelayakan dengan frasa muslih Amin dalam mana-mana sudut pun.
Bahagian Ketiga:
Perkara-perkara luar biasa dan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa keputeraan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah dikategorikan sebagai al-Irhasat.
Peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ini berkaitan dengan keputeraan baginda, dan di sana terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sebelum keutusan ini adalah dikategorikan sebagai mukjizat-mukjizat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam secara langsung. Peristiwa-peristiwa ini banyak. Kami akan menyebut sebagai contoh-contohnya yang masyhur dan dibenarkan serta diterima pakai oleh imam-imam hadis.
Pertama: Cahaya yang agung yang dilihat ibu Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pada malam kelahiran Nabi dan orang yang bersama dengannya seperti ibu Usman bin al-As dan ibu Abdul Rahman bin Auf, Mereka bertiga berkata: "Kami telah melihat nur ketika keputeraan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sehimgga menerangi bagi kami apa yang ada di antara timur dan barat.”[79]
Kedua: Jatuhnya hampir semua berhala dalam Kaabah pada malam itu.[80]
Ketiga: Bergoncangnya dan terbelahnya istana Iwan Kisra yang masyhur, dan runtuhnya empat belas anjung milik Kisra yang masyhur pada malam itu.[81]
Keempat: Surutnya tasik “Sawah", yang disucikan, dan terpadamnya api yang sentiasa menyala tanpa sekali pun terpadam sejak seribu tahun di Istakharabad yang dijadikan sembahan bagi orang Majusi pada malam itu.
Ketiga-tiga atau empat peristiwa ini adalah satu isyarat bahawa dzat yang baru lahir ini akan menghapuskan penyembahan api, memusnahkan Istana Kesultanan Parsi, dan akan menghalang pensucian benda-benda yang tidak Allah izinkan.[82]
Kelima: Peristiwa gajah yang diterangkan dengan nas qat'i dalam surah,
﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ﴾
(Tidakkah engkau mengetahui bagaimana… (al-fil :1)
Walaupun tidak berlaku pada malam keputeraan melainkan kejadian itu berlaku dekat dengan keputeraan. Dari sudut ini, peristiwa-peristiwa ini adalah juga daripada irhasat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Ketika itu Abrahah raja Habsyah telah datang untuk menghancurkan Kaabah dan di barisan hadapan terdapat seekor gajah besar dipanggil Mahmud. Apabila mereka sudah mendekati Mekah, gajah itu berhenti berjalan secara tiba-tiba, mereka tidak menemui jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka pun pulang. Namun burung-burung Ababil mengalahkan mereka dengan kekalahan teruk, mereka pun melarikan diri.
Kisah ajaib ini sangat masyhur dan terdapat di kitab-kitab sejarah secara terperinci. Maka peristiwa ini adalah daripada dalil-dalil kenabian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kerana Kaabah yang mulia yang merupakan kiblat, tempat lahir dan negara yang dicintai oleh Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah terselamat daripada penghancuran Abrahah dengan secara ghaib dan luar biasa dan dalam waktu yang dekat sekali daripada keputeraan. [83]
Keenam: Ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berada di sisi Halimah as-Sa'diyah ketika kecil, Halimah dan suaminya melihat beberapa kali awan melindungi Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sehingga tidak terganggu dek panas matahari. Lalu mereka berdua memberitahu orang ramai. Peristiwa yang sahih ini menjadi masyhur.[84]
254. Page
Begitu juga ketika bermusafir ke Syam ketika berumur dua belas tahun, dengan penyaksian rahib Buhaira, beliau telah melihat awan telah melindungi Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan beliau telah tunjukkan kepada lain. Orang ramai juga melihat awan tersebut.[85]
Begitu juga ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kembali bersama Maisarah, khadam Saidatina Khadijah al-Kubra Radhiyallahu ‘Anha daripada perniagaan sebelum kebangkitan. Saidatina Khadijah al-Kubra melihat bahawa atas Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dua orang malaikat dalam bentuk awan melindungi baginda dan memberitahu khadamnya Maisarah perkara tersebut, Maisarah berkata kepadanya, "Aku sudah melihat perkara itu sejak kami keluar."[86]
Ketujuh: Telah sabit dengan riwayat yang sahih bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam duduk di bawah pokok sebelum baginda diutuskan sebagai rasul. Dulunya, tempat ini kering lalu menghijau secara tiba-tiba. Dahan-dahan pokok itu condong dan membayangi Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[87]
Kelapan: Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah tinggal di rumah Abu Talib sewaktu kecil, Apabila Abu Talib dan anak-anaknya makan bersama Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, mereka kenyang, Jika Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak bersama Abu Talib dan anak-anaknya ketika makan, mereka tidak kenyang. Peristiwa ini masyhur dan berlakunya adalah qat'i.[88]
Ummu Aiman yang telah mendidik dan memberi khidmat kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam semasa kecil telah berkata, “Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak pernah mengadu kelaparan atau kehausan sama ada semasa kecil atau semasa dewasa.”[89]
Kesembilan: Keberkatan dan bertambahnya harta penyusunya, Halimah as-Sa'diyah dan susu kambingnya yang berlaku sebaliknya bagi kabilahnya. Sesungguhnya peristiwa ini masyhur dan kejadian ini adalah qat'i.[90]
Sesungguhnya lalat tidak menyakiti dan tidak hinggap di atas jasad Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang suci dan tidak juga di atas baju Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.[91] Sidi Abdul Qadir al-Jailani (semoga Allah mensucikan rahsianya) yang merupakan berasal daripada keturunan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang diberkati juga mewarisi keadaan ini daripada datuknya yang mana lalat tidak mengganggunya juga.
Kesepuluh: Bintang-bintang yang jatuh semakin banyak selepas keputeraan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam lebih-lebih lagi pada malam keputeraan. Peristiwa ini atau jatuhnya bintang-bintang (sebagaimana yang telah kami muktamadkan dengan bukti-bukti peristiwa tersebut dalam kalimah kelima belas dengan kemuktamadan yang qat'i) adalah satu isyarat dan tanda-tanda di atas terputusnya syaitan-syaitan dan jin daripada pemberitahuan mereka mengenai perkara-perkara ghaib. Maka memandangkan walaupun Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah muncul ke dunia dengan wahyu, maka semestinya hendaklah dijauhi pemberitahuan-pemberitahuan para peramal dan jin serta sesiapa sahaja yang memberitahu mengenai perkara-perkara ghaib yang hanyalah pemberitahuan yang kurang lengkap dan dicemari dengan pembohongan supaya tidak mewariskan perkara syubhat ke dalam wahyu dan tidak menyerupai wahyu.
Ya, sesungguhnya para peramal sebelum kebangkitan sangatlah banyak dan tersebar. Perkara tersebut berakhir selepas turunnya al-Quran. Malah banyak daripada para peramal tersebut telah beriman kerana mereka tidak menemui para pemberitahu mereka daripada kalangan jin. Sesungguhnya al-Quran juga telah melarang mereka sama sekali.
Dan mereka telah muncul pada zaman kita ini di Eropah antara mereka yang berkerja dengan menghadirkan ruh-ruh adalah jenis daripada peramalan dalam bentuk perantaraan.(Hipnotisme dan psikik). Allahu A’lam.
255. Page
Kesimpulan: Telah muncul sebelum kenabian Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam banyak peristiwa-peristiwa dan individu-individu yang mengesahkan kenabian Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengajak orang lain untuk melakukan pengesahan.[92]
Ya, sesungguhnya orang yang akan menjadi pemimpin maknawi bagi alam semesta, yang akan menukar gambaran maknawi bagi dunia, yang akan menjadikan dunia sebagai ladang bagi akhirat, yang akan mengumumkan nilai makhluk-makhluk dunia, yang akan membimbing jin dan manusia kepada kebahagiaan yang abadi, yang akan menyelamatkan jin dan manusia yang fana daripada hukuman mati yang abadi, yang akan menyingkap hikmah penciptaan dan rahsia yang terselindung bagi dunia serta teka-tekinya, dan yang akan mengetahui tujuan-tujuan pencipta alam semesta ini, yang akan mengajarkan tujuan-tujuan itu kepada manusia, yang akan mengenal pencipta ini dan akan memperkenalkannya kepada semua. Tidak syak lagi bahawa setiap sesuatu, setiap jenis dan setiap kelompok akan menyukai kedatangannya, akan menunggunya, akan menyambutnya dengan sambutan yang baik dan mengalu-ngalukannya, dan akan menepuk tangan baginya sebelum kedatangannya, dan jika diberitahu oleh penciptanya, maka baginda pun akan memberitahu. Sesungguhnya setiap makhluk memperlihatkan mukjizat-mukjizat baginda dan seakan-akan menyambutnya dengan sambutan yang baik, mengalu-ngalukannya dan mengesahkan kenabiannya dengan lidah mukjizat, sebagaimana kita lihat dalam isyarat-isyarat dan contoh-contoh yang terdahulu.
Isyarat Ketujuh Belas:
Sesungguhnya mukjizat yang paling besar milik Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam selepas al-Quran adalah dirinya sendiri yakni akhlak tinggi yang terhimpun dalam diri baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Lawan dan kawan telah bersepakat bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam berada di tahap tertinggi dalam setiap akhlak yang terpuji. Ini dikuatkan lagi dengan Saidina Ali yang merupakan ikon bagi sifat keberanian banyak kali berkata,
(لَمَّا اِشْتَدَّتِ الْـحَرْبُ كُنَّا نَلْتَجِئُ إِلَى الرَّسُولِ الْأَكْرَمِ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ وَنَتَحَصَّنُ بِهِ.[93])
"Apabila perang menjadi semakin berkecamuk kami beralih kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan berbenteng dengan Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ."
Demikianlah, Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam memang memiliki setiap akhlak mulia yang paling tinggi yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun. Kita menyerahkan penjelasan mukjizat yang agung ini kepada kitab Asy-Syifa’ yang mulia, milik seorang ‘allamah maghribi al-Qadi 'Iyad. Beliau telah menerangkan mukjizat-mukjizat tentang akhlak yang mulia dengan penerangan yang berharga dan telah mengisbatkan mukjizat ini dengan baik.
Begitu juga sesungguhnya antara mukjizat-mukjizat yang agung milik Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah dibenarkan oleh kawan dan lawan adalah syariat agung milik Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang belum ada dan tidak akan ada tandingannya sampai bila-bila pun. Kami menyerahkan sebahagian penerangan tentang mukjizat yang agung ini kepada Tiga Puluh Tiga Kalimah, Tiga Puluh Tiga Maktubat, Tiga Puluh Satu Lama'ah dan Tiga Belas Syu'a'at yang telah kami karangkan.
Begitu juga antara mukjizat-mukjizat yang agung dan mutawatir bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah peristiwa terbelahnya bulan.
Ya, sesungguhnya terbelahnya bulan ini di samping telah diriwayatkan secara mutawatir dengan pelbagai versi oleh Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Imam Ali, Anas, Huzaifah dan ramai lagi daripada kalangan para sahabat Nabi yang agung. Ayat al-Quran juga telah mengumumkan tentang mukjizat yang agung ini kepada alam semesta, sebagaimana yang disebut melalui nas al-Quran:
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ
(Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan. (al-Qamar:1)
256. Page
Kaum musyrikin Quraisy yang keras kepala tidak menghadapi khabar yang telah diberitahu oleh ayat ini dengan keingkaran, tetapi mereka hanya berkata, "Ini adalah sihir." Ini bermakna kejadian terbelahnya bulan adalah sesuatu yang pasti hatta ia diterima golongan kafir. Kami menyerahkan penjelasan mukjizat yang agung ini kepada ‘Risalah Terbelahnya Bulan’ yang merupakan tambahan bagi ‘Kalimah Ketiga Puluh Satu’ yang telah kami tulis tentang peristiwa terbelahnya bulan dalam risalah tersebut.
Sebagaimana Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menunjukkan mukjizat terbelahnya bulan bagi para penduduk bumi, Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam juga telah menunjukkan mukjizat Mikraj yang agung kepada para penduduk langit. Kita menyerahkan mukjizat yang agung ini iaitu mukjizat Mikraj kepada ‘Risalah Mikraj’ yang merupakan Kalimah Ketiga Puluh Satu, kerana risalah itu telah membuktikan betapa mukjizat yang agung ini adalah bersifat nur dan tinggi lagi sahih dengan bukti yang muktamad hatta di hadapan golongan atheis. Namun kita akan berbicara mengenai perjalanan ke Baitul Maqdis yang merupakan satu pendahuluan bagi mukjizat peristiwa Mikraj dan juga mengenai mukjizat yang berlaku pada pagi Mikraj berdasarkan kepada permintaan kaum Quraisy kepada Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk memberitahu sifat-sifat Baitul Maqdis. Mukjizat ini berlaku ketika Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam memberitahu kaum Quraisy mengenai Mikraj pada pagi berlakunya Mikraj. Namun kaum Quraisy mendustakan Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Mereka berkata, “Jika kamu memang telah pergi ke Baitul Maqdis maka trangkanlah kepada kami sifat-sifat bagi pintu-pintu dan dinding-dinding Baitul Maqdis serta keadaan-keadaan masjid tersebut.”
Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
فَكَرَبْتُ كُرْبًا لَمْ أَكْرِبْ مِثْلَهُ قَطُّ، فَجَلَّى اللهُ لِي بَيْتَ الْمَقْدِسِ وَكَشَفَ الْحُجُبَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ حَتَّى رَأَيْتُهُ فَنَعَتُّهُ وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَيْهِ.
Bermaksud: "Aku berada dalam kesusahan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini kerana soalan-soalan mereka. Lalu tiba-tiba Allah menzahirkan Baitul Maqdis bagiku dan menyingkap hijab antaraku dan masjid itu sehingga aku melihat masjid itu. Aku pun sifatkan masjid itu satu demi satu."
Demikianlah, pada masa itu Kaum Quraisy dapati bahawa Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah memberitahu mengenai Baitul Maqdis dengan satu pemberitahuan yang sahih dan sempurna.[94]
Begitu juga Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada kaum Quraisy:
(رَأَيْتُ قَافِلَةً لَكُمْ وَأَنَا فِي الطَّرِيقِ، وَسَتَصِلُ قَافِلَتَكُمْ غَدًا فِي وَقْتِ كَذَا.)
"Aku telah melihat sebuah kafilah milik kamu ketika aku berada di jalan. Kafilah kamu ini akan sampai esok pada waktu sekian."
Kemudian mereka mula menunggu kafilah tersebut pada masa yang ditetapkan. Namun kafilah itu terlambat selama satu jam. Ahli Tahqiq telah mengesahkan bahawa matahari berhenti selama satu jam agar pemberitahuan Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam menjadi benar[95] atau dengan kata lain, bumi memberhentikan perjalanan dan tugasnya selama satu jam untuk menunjukkan bahawa sabda Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah benar dan memperlihatkan perkara itu dengan memberhentikan matahari.
Ya, sesungguhnya bumi yang besar ini meninggalkan tugasnya untuk mengesahkan sepatah kata yang terbit daripada Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang berbangsa Arab. Matahari yang besar itu pula menjadi saksi kepadanya. Fahamilah sejauhmana kesengsaraan bagi sesiapa yang tidak mempercayai orang seperti ini dan tidak mentaati segala perintahnya. Dan juga sejauh mana kebahagiaan orang yang mempercayainya dan berkata bagi perintah-perintahnya:
سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
("Kami mendengar dan kami taat",)
Dan katakanlah:
اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى الْإيْمَانِ وَالْإِسْلَامِ.
(“Alhamdulillah di atas anugerah iman dan Islam.")
257. Page
Isyarat Kelapan Belas:
Mukjizat terbesar yang kekal bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah al-Quran al-Hakim. Terdapat dalam mukjizat ini beratus-ratus dalil kenabian dan kemukjizatan mukjizat tersebut telah dimuktamadkan dengan empat puluh aspek.
Kalimah Kedua Puluh Lima yang berkaitan dengan penerangan bagi mukjizat yang agung ini telah menerangkan empat puluh aspek kemukjizatan al-Quran secara ringkas sebanyak seratus lima puluh muka surat. Oleh itu kita menyerahkan mukjizat yang agung ini yang merupakan gudang mukjizat-mukjizat ke Kalimah Kedua Puluh Lima tersebut. Di bawah ini kami akan menjelaskan dua atau tiga nuktah.
Nuktah Pertama:
Jika ada yang berkata: Sesungguhnya kemukjizatan al-Quran adalah dalam bidang Balaghah, Sedangkan, sepatutnya semua peringkat merasai satu habuan daripada kemukjizatan tersebut. Sayangnya kemukjizatan yang terdapat dalam ilmu Balaghah tidak dapat difahami kecuali hanya satu dalam seribu orang alim yang muhaqqiq?
Jawapan: Sesungguhnya al-Quran al-Hakim memiliki satu jenis kemukjizatan bagi setiap peringkat. Bahkan al-Quran membuat setiap orang merasai kewujudan kemukjizatan al-Quran dengan salah satu bentuk di bawah ini, sebagai contoh:
· Al-Quran menunjukkan kemukjizatan dalam bidang balaghah yang luar biasa bagi peringkat ahli Balaghah dan ahli Fasahah.
· Al-Quran menunjukkan kemukjizatan al-Quran dalam gaya bahasa yang cantik, aneh dan tinggi bagi peringkat penyair dan pemidato. Gaya bahasa al-Quran walaupun dikagumi namun tiada seorang pun yang dapat meniru gaya bahasa tersebut. Berlalunya zaman tidak menjadikan gaya bahasanya itu tua. Malah ia sentiasa muda dan segar. Gaya bahasa al-Quran adalah prosa yang tersusun dan puisi yang berbentuk prosa yang membawa kemuliaan dan kemanisan.
· Kemudian al-Quran menunjukkan kemukjizatan dalam pemberitahuan-pemberitahuan mengenai perkara ghaib yang luar biasa bagi peringkat para peramal dan para pemberitahu mengenai perkara ghaib.
· Malah, Al-Quran menunjukkan kemukjizatan mengenai pemberitahuan mengenai umat-umat yang telah lalu dan peristiwa-peristiwa mereka; serta keadaan-keadaan dan peristiwa-peristiwa pada masa hadapan, alam barzakh dan akhirat bagi peringkat ahli sejarah dan ulama dalam peristiwa-peristiwa alam semesta.
Serta al-Quran menunjukkan kemukjizatan dalam undang-undang al-Quran yang suci bagi peringkat pakar dalam ilmu kemasyarakatan dan ahli politik. Ya, sesungguhnya syariat yang agung yang berpunca daripada al-Quran menampilkan rahsia kemukjizatan ini.
· Selain itu, al-Quran menunjukkan bagi peringkat orang yang berkecimpung dalam ilmu makrifat ketuhanan dan hakikat penciptaan yang suci dalam al-Quran, atau al-Quran menjadikan peringkat ini merasakan wujudnya kemukjizatan ini.
Al-Quran menunjukkan juga bagi peringkat ahli tarikat dan ahli kewalian kemukjizatan dalam rahsia-rahsia ayat-ayat al-Quran yang sentiasa bergelora seperti laut.
Demikianlah al-Quran al-Karim membuka tingkap di hadapan setiap peringkat yang berjumlah empat puluh peringkat lalu menunjukkan kemukjizatan al-Quran.
Malah apabila dibacakan al-Quran ke atas peringkat orang awam yang bersandarkan pada telinga mereka dan faham sedikit sebanyak makna-makna al-Quran. Orang awam yang memiliki telinga itu mengesahkan bahawa al-Quran tidak menyerupai kitab-kitab yang lain. Orang awam ini berkata, “Sama ada al-Quran ini berada di bawah semua kitab yang telah kita dengar. Namun tidak mungkin bagi seseorang untuk mengatakan kata-kata ini hatta musuh. Ini adalah mustahil seratus peratus. Atau sama ada al-Quran ini berada di atas semua kitab yang telah kita dengar. Jika demikian maka al-Quran adalah mukjizat.”
258. Page
Kami akan menjelaskan sedikit sebanyak kemukjizatan yang difahami orang awam ini yang memiliki pendengaran untuk membantunya.
“Sesungguhnya apabila al-Quran yang bersifat mukjizat ini muncul maka ia mencabar seluruh alam dan membangkitkan dalam diri manusia dua keinginan yang kuat iaitu:
Pertama: Keinginan untuk meniru bagi para pencinta al-Quran, atau dengan kata lain keinginan untuk meniru gaya bahasa al-Quran yang dicintai dan keinginan untuk bercakap seperti al-Quran.
Kedua: Keinginan untuk mengkritik dan menentang bagi musuh-musuh al-Quran, atau dengan kata lain keinginan untuk membatalkan dakwaan kemukjizatan dengan cara menyaingi al-Quran dengan sesuatu yang seperti gaya bahasa al-Quran.
Dengan kedua-dua keinginan yang amat kuat ini tertulislah berjuta-juta buku berbahasa Arab di bidang ini. Ini adalah jelas. Apabila dibuat perbandingan dengan al-Quran maka akan berkata setiap orang yang mendengar al-Quran, "Sesungguhnya al-Quran tidak menyamai satu daripada kitab-kitab itu." Oleh itu, sama ada al-Quran itu berada di bawah semua kitab tersebut, dan ini adalah mustahil seratus peratus, selain itu tiada seorang pun (hatta syaitan) dapat mengatakan sedemikian[96], ataupun sama ada al-Quran itu berada di atas semua kitab-kitab tersebut. Jika demikian sesungguhnya al-Quran yang memiliki mukjizat dan penerangan itu berada di atas semua kitab yang ditulis.”
Al-Quran menunjukkan kemukjizatan sehingga kepada peringkat orang awam yang jahil yang tidak memahami makna tanpa mendatangkan rasa bosan.
“Ya, sesungguhnya seorang awam yang yang jahil berkata, “Jika aku mendengar bait-bait syair yang paling cantik dan paling masyhur sebanyak dua atau tiga kali aku akan berasa bosan, sedangkan al-Quran ini tidak membuatku berasa bosan sama sekali, bahkan menambah bagiku kerinduan untuk mendengarnya berkali-kali, oleh itu al-Quran bukanlah kata-kata manusia.”
Al-Quran juga menunjukkan kemukjizatan kepada kanak-kanak (yang berusaha untuk menghafal al-Quran) dengan tetapnya al-Quran yang besar itu di dalam ingatan yang kecil bagi budak-budak yang halus, lemah dan masih mentah yang tidak dapat untuk menetapkan dalam ingatan mereka satu muka surat daripada buku-buku lain namun berbeza dengan al-Quran. Al-Quran sangat sangat mudah bagi mereka walaupun terdapat banyak ayat yang hampir serupa yang menyebabkan kekaburan dan gangguan dalam menghafal.
Al-Quran menunjukkan kemukjizatan kepada para pesakit dan orang yang hampir mati yang terkesan dengan kata-kata dan bunyi bising (walau sedikit) sedikit kemukjizatan di mana sesungguhnya mereka berpendapat bahawa bunyi gemuruh dan gema yang lembut dan cantik yang terbit daripada al-Quran adalah seperti air zamzam.
259. Page
Kesimpulan: Al-Quran menunjukkan kemukjizatan dengan empat puluh aspek bagi empat puluh peringkat yang berlainan dan bagi manusia yang berbeza, atau dengan kata lain al-Quran telah menjadikan mereka merasai kewujudan kemukjizatan al-Quran tanpa seorang pun yang dihalang daripada merasai mukjizat itu.
Hatta di sana terdapat satu jenis tanda kemukjizatan al-Quran yang ditujukan kepada peringkat yang hanya memiliki sepasang mata[97], namun tidak memiliki telinga atau hati atau ilmu iaitu, sesungguhnya kalimat-kalimat al-Quran (yang ditulis dan dicetak dengan kaligrafi al-Hafiz Usman atau resam Usmani), merujuk satu dengan yang lain, sebagai contoh:
Jika ditebuk kertas-kertas di bawah kalimat, (وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ)“dan yang kelapannya anjing mereka” )dalam surah al-Kahfi maka kita akan temui kalimat Qitmir (قِطْمِيرٍ). Begitu juga dalam surah Fatir dengan sedikit penyengetan maka akan difahami nama anjing tersebut.
dan kalimat (مُحْضَرُونَ) yang diulang sebanyak dua kali dalam surah Yasin timbul saling bertindihan. Kalimat (لمُحْضَرُونَ) dalam surah as-Saafat kedua-dua kalimat ini saling merujuk . Dalam waktu yang sama kedua-duanya melihat satu dengan yang lain, dan jika ditebuk tempat salah satu daripada kalimat itu maka akan timbul kalimat-kalimat yang lain dengan sedikit penyengetan.
Dan kalimat (مَثْنَى) dalam surah Saba’ dan pada permulaan surah Fatir saling memandang salah satu dengan yang lain dan tidak mungkin berlakunya kebetulan kedua-dua kalimat (مَثْنَى) memandang satu dengan yang lain daripada tiga kalimat (مَثْنَى) dalam seluruh al-Quran.
Contoh-contoh ini sangat banyak, yang mana satu kalimat yang berada di lima atau enam tempat saling merujuk dengan yang lain dengan sedikit penyengetan di belakang kertas-kertas. Aku melihat ayat-ayat di dalam mushaf tersebut yang satu ayat berhadapan dengan ayat lain pada halaman yang bertentangan dengan warna merah, lalu aku berkata ketika itu, “keadaan ini juga termasuk adalah sebagai tanda dalam mukjizat," Lalu aku melihat kemudiannya bahawa terdapat di sana ayat-ayat yang banyak bagi al-Quran yang satu ayat merujuk dengan ayat yang lain dengan hikmah di bawah helaian-helaian al-Quran yang banyak.”
Sesungguhnya terdapat juga satu bentuk daripada tanda kemukjizatan dalam penulisan al-Quran al-Hakim yang mana tertib surah-surah al-Quran itu dibuat dengan bimbingan Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Sedangkan tertib al-Quran yang dicetak dan tersebar adalah dengan ilham Ilahi. Ini kerana keadaan ini sesungguhnya bukanlah satu perkara yang tidak disengajakan, dan tidak bersumber daripada pemikiran manusia, tetapi di sana terdapat kekurangan dari sudut mutu cetakan yang mengakibatkan pemesongan-pemesongan/ penyengetan-penyengetan tersebut, jika cetakan itu dalam keadaan yang bersistem dan sempurna maka kalimat-kalimat tersebut akan berada di atas kalimat-kalimat lain dengan sempurna.
Terdapat dalam setiap muka surat bagi surah-surah Madaniyah yang sederhana panjang dan panjang bagi al-Quran, lafaz Allah yang diulang dengan ulangan yang cantik. Pengulangan ini dan menampilkan kesesuaian bilangan[98] yang menarik[99] yang memiliki makna-makna[100] di atas kedua-dua muka surat di satu helai kertas dan di muka surat-muka surat yang berhadapan[101] bersama pengulangan sebanyak lima kali atau enam kali, tujuh kali atau lapan kali atau sembilan kali atau sebelas kali.
Nuktah Kedua:
Oleh sebab sihir menjadi tumpuan pada zaman Saidina Musa‘Alaihis Salam, maka mukjizatnya yang penting telah datang dengan apa yang menyamai sihir. Manakala ilmu kedoktoran menjadi tumpuan pada zaman Nabi Isa‘Alaihis Salam. Oleh itu kebanyakan mukjizat-mukjizat Nabi Isa datang dari jenis ini. Demikianlah juga halnya pada zaman Saidina Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam di semenanjung Arab, terdapat empat perkara yang menjadi ikutan:
Pertama: Ilmu Balaghah dan ilmu Fasahah.
Kedua: Syair dan pidato
Ketiga: Ramalan dan pemberitahuan tentang perkara ghaib.
Keempat: Mengetahui kejadian masa lalu dan realiti alam semesta.
Demikianlah Al-Quran yang memiliki mukjizat dan penerangan telah datang dan mencabar para pemilik keempat-empat perkara ini. Oleh itu, ahli Balaghahlah orang yang pertama dan sebelum sesiapa pun yang terpaksa duduk berlutut mendengar al-Quran dengan penuh kehairanan dan kekaguman.
260. Page
Kemudian al-Quran menjadikan para penyair dan para pemidato dalam kehairanan dan kekaguman dengan membuat mereka kagum, terpesona dan tertarik dengan tarikan yang amat sangat. Ini membuatkan mereka dengan rela menurunkan syair-syair mereka yang paling baik iaitu al-Mu'allaqat as-Sab'ah yang masyhur dan tertulis dengan tinta emas yang tergantung di dinding Kaabah untuk dibangga-banggakan. Al-Quran juga merendahkan taraf dan nilai syair-syair mereka.
Kemudian al-Quran menutup mulut para ahli sihir dan peramal yang memberitahu mengenai perkara-perkara ghaib, menjadikan mereka lupa akan pemberitahuan-pemberitahuan mereka mengenai perkara ghaib, mengusir jin mereka, dan menamatkan era ramalan.
Kemudian al-Quran menyelamatkan sesiapa yang mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai kejadian-kejadian umat yang telah terdahulu, keadaan-keadaan dan peristiwa-peristiwa alam daripada perkara-perkara khurafat dan pembohongan dengan mengajar mereka mengenai kejadian-kejadian zaman lalu yang sebenar dan kejadian-kejadian alam yang disinari nur.
Keempat-empat kategori di atas telah berlutut di hadapan al-Quran dengan rasa kagum dan hormat yang sempurna dan menjadi pelajar bagi al-Quran. Tiada seorang pun yang mempunyai kudrat untuk menentang walaupun satu surah buat selama-lamanya.
Jika dikatakan: Bagaimana kita mengetahui bahawa seseorang tidak dapat menentang al-Quran dan penentangan itu adalah mustahil?
Jawapan: Jika penentangan itu adalah satu perkara yang mungkin maka akan terdapat di sana seseorang yang berusaha, kerana bagi mereka penentangan adalah keperluan yang amat sangat. Agama, harta, nyawa dan tanggungan mereka berada dalam bahaya. Mereka beranggapan bahawa penentangan mereka akan menyelamatkan mereka daripada bahaya. Jika penentangan itu mungkin berlaku, maka sudah tentu mereka akan benar-benar berusaha.
Apabila mereka berusaha untuk menentang maka orang kafir, orang munafik yang menyokong penentangan tersebut dan jumlah mereka sangat banyak sekali turut menyokong dan beriltizam melakukan penentangan bahkan menyebarkan penentangan tersebut kepada setiap manusia, sebagaimana mereka telah menyebarkan segala keburukan terhadap Islam. Jika memang mereka telah menyebarkan penentangan tersebut dan memang telah melakukan penentangan maka sudah tentu akan tertulis dalam sejarah dan kitab dengan sepenuh kehebatan dan keangkuhan. Realitinya, inilah sejarah dan kitab-kitab dalam bidang tersebut. Namun tidak ditemui satu penentangan pun kecuali dalam beberapa perenggan Musailamah al-Kazzab. Di samping itu sesungguhnya al-Quran al-Karim telah mencabar mereka dengan jalan mengusik dan mengkocak perasaan mereka yang sensitif serta membangkitkan sifat keras kepala mereka secara berkekalan selama dua puluh tiga tahun dengan berkata:
“Datangkanlah satu kitab yang sepadan atau seperti al-Quran yang datang daripada seorang ummi seperti Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang Ummi. Jika kamu gagal melakukan perkara tersebut, maka anggaplah beliau bukannya seorang ummi, tetapi seorang sangat alim dan penulis yang besar.
Dan jika kamu tidak dapat melakukan perkara itu juga, janganlah kamu kumpulkan seorang tetapi kumpulkanlah setiap seorang daripada ulama dan ahli balaghah kamu. Hendaklah kamu berkerjasama dan kumpulkan juga tuhan-tuhan sandaran kamu untuk menolong dan membantu kamu.
Dan jika kamu tidak dapat melakukan ini juga maka mintalah tolong daripada kitab-kitab balaghah yang ditulis pada waktu dahulu, dan panggil pembantu kalian daripada generasi terdahulu kemudian datangkanlah seperti al-Quran dan tunjukkanlah.
Marilah, Jika kamu tidak dapat melakukan itu juga, maka datangkanlah sepuluh surah seperti sepuluh surah al-Quran bukannya keseluruhan al-Quran.
Dan jika kamu tidak dapat melakukan perkara itu juga untuk mendatangkan sepuluh surah dengan bentuk yang hakiki dan sebenar. Maka datangkanlah sepuluh surah yang terdiri daripada hikayat-hikayat dan cerita-cerita yang berbeza-beza, dan mestilah sama dari sudut ilmu balaghah dan prosa al-Quran.
261. Page
Dan jika kamu tidak dapat melakukan itu juga maka datangkanlah satu surah sahaja seperti satu surah al-Quran, tidak panjang tetapi pendek, dan jika tidak maka sesungguhnya agama, jiwa, harta dan tanggunganmu akan jatuhdalam bahaya di dunia dan di akhirat.
Al-Quran telah mencabar semua manusia dan jin bukannya dua puluh tiga tahun sahaja namun sejak seribu tiga ratus tahun dengan cara mencabar ke atas lapan peringkat. Al-Quran telah mencabar mereka dan masih mencabar. Namun orang kafir yang terdahulu telah mencampakkan diri, jiwa, harta dan tanggungan mereka ke dalam bahaya. Mereka memilih jalan yang bahaya iaitu jalan perang. Dan mereka tidak memilih jalan yang paling mudah dan paling ringkas iaitu jalan penentangan. Oleh itu penentangan adalah tidak mungkin.
Adakah mana-mana orang yang berakal akan menelusuri (khasnya kaum lelaki yang hidup di semenanjung Arab pada zaman itu dan lebih khas lagi kaum lelaki yang cerdik seperti kaum Quraisy) jalan yang paling sukar, dengan meninggalkan jalan yang paling ringkas dan paling mudah dengan mencampakkan diri, harta dan keluarganya dalam bahaya dan kemusnahan. Kemudian menelusuri jalan yang paling sukar jika mungkin bagi seorang sasterawan daripada kalangan mereka untuk mendatangkan satu surah seperti satu surah daripada al-Quran lalu menolong dan menyelamatkan mereka daripada serangan dan cabaran al-Quran?
Kesimpulan: Penentangan itu tidak mungkin melalui huruf(kata-kata), oleh itu mereka terpaksa untuk memerangi dengan pedang sebagaimana kata seorang penyair al-Jahiz yang masyhur.
Jika dikatakan: Sebahagian ulama yang muhaqqiq telah berkata, “Sesungguhnya tidak mungkin berlaku penentangan terhadap satu surah, satu ayat, sebahagian ayat bahkan satu kalimat daripada al-Quran dan tidak mungkin itu berlaku buat selama-lamanya”, Sesungguhnya kami dapati bahawa kata-kata ini amat berlebih-lebihan, dan tidak diterima akal kerana di dalam kata-kata manusia terdapat ayat-ayat yang menyerupai ayat-ayat al-Quran, maka apakah hikmah daripada kata-kata ini?
Jawapannya: Terdapat dua aliran dalam kemukjizatan al-Quran:
Aliran utama yang diikuti oleh ramai berkata bahawa: “Sesungguhnya keindahan Balaghah al-Quran dan kelebihan-kelebihan makna dalam al-Quran adalah di atas kemampuan manusia dan kudrat mereka.”
Aliran kedua yang diutamakan berkata: Sesungguhnya penentangan satu surah daripada al-Quran adalah termasuk dalam kudrat dan keupayaan manusia, tetapi Allah telah memalingkan manusia daripada perkara tersebut sebagai mukjizat bagi Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Sebagaimana Seorang lelaki yang boleh berdiri di atas kedua-dua kakinya. Tetapi jika seorang Nabi berkata kepada lelaki ini sebagai tanda mukjizat bagi Nabi tersebut, “Kamu tidak akan berdiri buat selamanya”. Lelaki itu tidak dapat berdiri. Ini adalah sebuah mukjizat. Mazhab yang lemah (marjuh) ini dinamakan sebagai mazhab Sorfah iaitu Allah swt memalingkan jin dan manusia daripada keupayaan untuk mendatangkan satu surah seperti satu surah al-Quran. Kalaulah mereka dipalingkan dan dihalang sudah mereka dapat menentang terhadap satu surah al-Quran. Maka kata-kata ulama yang berkata bahawa tidak mungkin untuk mendatangkan satu kalimah seperti kalimah al-Quran adalah satu hakikat. Inilah pandangan mazhab sorfah, kerana Allah memalingkan mereka daripada penentangan itu demi kemukjizatan Nabi. Mereka tidak dapat untuk membuka mulut dalam penentangan. Jika mereka dapat membuka mulut maka sesungguhnya mereka tidak dapat untuk mengucapkan satu perkataan tanpa izin Ilahi.
Adapun menurut mazhab yang kuat dan mazhab majoriti maka sesungguhnya pendapat yang diterangkan para ulama, baginya terdapat aspek yang halus iaitu:
“Sesungguhnya kalimat-kalimat dalam al-Quran al-Hakim dan ayat-ayat al-Quran yang melihat satu dengan yang lain, kadang-kadang satu kalimat yang melihat kepada sepuluh tempat namun terdapat di sana sepuluh nuktah balaghah dan sepuluh munasabah. Sebagaimana yang telah kami terangkan dalam tafsir yang disebut sebagai “Isyaratul I’jaz” (isyarat-isyarat kemukjizatan) sebahagian contoh daripada noktah-noktah dalam beberapa ayat-ayat daripada surah al-Fatihah dan dalam beberapa ayat-ayat di awal surah al-Baqarah seperti (الٓمٓ ذٰلِكَالْكِتَابُ لَا رَيْبَ ف۪يهِ ).
Sebagai contoh menetapkan seketul batu yang sebagai satu ikatan bagi semua ukiran yang berbilang-bilang dan berbeza-beza di atas dinding istana yang terhias, di tempat yang batu itu boleh melihat kepada semua ukiran adalah tergantung kepada pengetahuan seluruh dinding bersama ukirannya.
262. Page
Sebagaimana menetapk ananak mata di kepala manusia ke tempatnya akan tergantung di atas pengetahuan munasabah dan hubungan-hubungan semua anggota tubuh badan satu dengan yang lain dan tugas-tugas anggota badan yang ajaib dan munasabah mata itu dengan terhadap tugas-tugas itu. Begitu juga sesungguhnya sebahagian ahli hakikat yang banyak mendahului dalam mengharungi hakikat-hakikat. Mereka melihat banyak munasabah dan hubungan antara kalimat-kalimat al-Quran. Mereka juga melihat banyak aspek-aspek yang melihat pada seluruh ayat-ayat. Khasnya ulama ilmu huruf, mereka telah telah pergi amat jauh, dan menerangkan bagi mereka yang ahli dalam ilmu huruf setiap huruf al-Quran dengan kadar satu lembar daripada rahsia-rahsia dan mereka telah mengisbatkan perkara tersebut.
Memandangkan al-Quran adalah firman Allah Yang Maha pencipta segala sesuatu maka setiap kalimah daripada kalimah-kalimah al-Quran mungkin menjadi seperti hati dan benih atau dengan kata lain al-Quran mungkin menjadi seperti hati bagi tubuh maknawi yang terdiri daripada rahsia-rahsia dan dan mungkin menjadi seperti benih bagi pohon maknawi.
Ya, kadang-kadang terdapat dalam kata-kata manusia banyak perkataan yang seperti perkataan-perkataan al-Quran, bahkan seperti ayat-ayat al-Quran. Tetapi perkataan-perkataan al-Quran telah ditetapkan di tempat tersebut dengan meraikan banyak munasabah-munasabah. Maka mestilah ada ilmu yang menyeluruh sehingga perkataan-perkataan itu ditetapkan di tempat masing-masing secara yang paling sesuai.
Nuktah Ketiga: Pada satu hari Allah telah menganugerahkan nikmat-Nya berupa satu tafakkur yang hakiki ke dalam hatiku dengan ungkapan-ungkapan dalam bahasa Arab secara mujmal untuk menjelaskan intipati al-Quran al-Mu’jizul bayan yang merupakan satu mukjizat dan penjelas sebagai ringkasan yang diringkas.
Dan sekarang kami akan menulis tafakkur tersebut dalam bahasa Arab seperti asalnya kemudian kami akan menjelaskan maknanya.
“سُبْحَانَ مَنْ شَهِدَ عَلَى وَحْدَانِيَّتِهِ، وَصَرَّحَ بِأَوْصَافِ جَمَالِهِ وَجَلاَلِهِ وِكَمَالِهِ القُرْآنُ الحَكِيمُ المُنَوَّرة جِهَاتُهُ السِّتُّ الحَاوِي لِسِرِّ إِجْمَاعِ كُلِّ كُتُبِ الأَنْبِيَاءِ وَالأَوْلِيَاءِ وَالمُوَحِّدِينَ المُخْتَلِفِينَ فِي الأَعْصَارِ وَالمَشَارِبِ وَالمَسَالِكِ المُتَّفِقِينَ بِقُلُوبِهِمْ وَعُقُولِهِمْ عَلَى تَصْدِيقِ أَسَاسَاتِ القُرْآنِ وَكُلِّيَّاتِ أَحْكَامِهِ عَلَى وَجْهِ الإِجْمَالِ، وَهُوَ مَحْضُ الوَحْيِ بِإِجْمَاعِ المُنْزِلِ وَالمُنْزَلِ وَالمُنْزَلِ عَلَيْهِ، وَعَيْنُ الهِدَايَةِ بِالبَدَاهَةِ، وَمَعْدنُ أَنْوَارِ الإِيمَانِ بِالضَّرُورَةِ، وَمَجْمَعُ الحَقَائِقِ بِاليَقِينِ، وَمُوصِلٌ إِلَى السَّعَادَةِ بِالعَيَانِ، وَذُو الأَثْمَارِ الكَامِلة بِالمُشَاهَدَةِ، وَمَقْبُولُ المَلَكِ وَالإِنْسِ وَالجَانِّ بِالحَدْسِ الصَّادِقِ مِنْ تَفَارقِ الأَمَارَاتِ وَالمُؤَيَّدِ بِالدَّلاَئِلِ العَقْلِيَّةِ بِاتِّفَاقِ العُقَلاَءِ الكَامِلِينَ، وَالمُصَدَّقِ مِنْ جِهَةِ الفِطْرَةِ السَلِيمَةِ بِشَهَادَةِ اطْمِئْنَانِ الوِجْدَانِ، وَالمُعْجِزَةُ الأَبَدِيَّةُ البَاقِي وَجْهُ إِعْجَازِهِ عَلَى مَرِّ الزَّمَانِ بِالمُشَاهَدَةِ، وَالمُنْبَسِطة دَائِرَةُ إِرْشَادِهِ مِنَ المَلأِ الأَعْلَى إِلَى مَكْتَبِ الصِّبْيَانِ يَسْتَفِيدُ مِنَ عَيْنِ دَرْسِ المَلاَئِكَةِ مَعَ الصَّبِيِّينَ، وَكَذَا هُوَ ذُو البَصَرِ المُطْلَقِ يَرَى الأَشْيَاءِ بِكَمَالِ الوُضُوحِ وَالظُّهُورِ، وَيُحِيطُ بِهَا وَيُقَلِّبُ العَالَمَ فِي يَدِهِ، وَيَعْرِّفُهُ لَنَا كَمَا يُقَلِّبُ صَانِعُ السَّاعَةِ السَّاعَةَ فِي كَفِّهِ وَيُعَرِّفُها لِلنَّاسِ، فَهَذَا القُرْآنُ العَظِيمُ الشَّأنِ هُوَ الذِّي يَقُولُ مُكَرَّرًا: “اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ، فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ”.
Penjelasan makna-makna tafakkur ini adalah seperti berikut:
Sesungguhnya Arah-arah yang enam yang dimiliki al-Quran yang merupakan satu mukjizat dan penerangan itu yang sifatnya adalah terang bersinar dan bercahaya yang tidak mungkin dimasuki oleh waham dan perkara-perkara syubhah.
Ini kerana di belakangnya terdapat Arasy yang agung yang menjadi tempat sandarannya, pada arah itu terdapat nur wahyu.
Di hadapannya dan tujuannya terdapat kebahagiaan dunia dan akhirat dan telah memanjangkan tangannya ke alam yang abadi dan akhirat. Terdapat nur syurga dan kebahagiaan.
Di atasnya, terdapat cop kemukjizatan yang bersinar dan berkilauan.
Di bawahnya, terdapat tiang-tiang bukti dan dalil.
Di dalamnya, terdapat semata-mata hidayah yang murni.
Di kanannya, al-Quran membawa akal-akal dengan ungkapan“أَفَلاَ يَعْقِلُونَ” yang diulang-ulang sehingga ucapan dengan “صَدَقْتَ”.
Di kirinya, al-Quran menganugerahkan hati pelbagai rasa rohani, lalu ia menjadikan suara hati sebagai saksi dan membawanya untuk mengucapkan“بارك الله”.
263. Page
Maka dari sudut manakah, para pencuri waham dan perkara-perkara syubhat dapat menyusup masuk ke dalam sudut-sudut al-Quran yang merupakan mukjizat dan penerangan dari pelbagai arahnya?
Ya, sesungguhnya al-Quran al-Mu’jizul Bayan adalah pengumpul bagi rahsia ijma’ kitab-kitab para Nabi, para wali dan para ahli tauhid yang berbeza zaman, masyrab dan jalan bersuluk, ungkapan ini bermaksud bahawa semua orang yang mempunyai hati dan akal telah menerima dan menyebut secara menyeluruh pelbagai hukum yang terdapat dalam al-Quran dan asas-asasnya dalam kitab-kitab mereka sambil membenarkannya. Ia bermaksud sesungguhnya mereka adalah seperti akar-akar bagi pohon samawi al-Quran.
Sesungguhnya al-Quran bersandar pada wahyu dan al-Quran itu sendiri adalah wahyu kerana sesungguhnya Allah yang memiliki kekuasaaan adalah Dzat yang telah menurunkan al-Quran memperlihat dan membuktikan dengan perantaraan mukjizat Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa al-Quran adalah wahyu. Al-Quran yang turun juga turut menerangkan kemukjizatan yang telah terbit atasnya (al-Quran) bahawa ia (al-Quran) datang dari ‘Arasy. Adapun kebingungan seorang yang diturunkan al-Quran ke atasnya iaitu Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam pada awal turunnya wahyu dan kegelisahan Nabi ketika turunnya wahyu, dan keikhlasannya dan pengagungannya terhadap al-Quran yang lebih banyak daripada sesiapa pun itu menunjukkan bahawa al-Quran adalah wahyu yang turun ke atasnya (Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam) sebagai tetamu dari zaman azali.
Kemudian, sesungguhnya Al-Quran itu adalah semata-mata hidayah kerana yang menyalahinya dan bertentangan dengannya adalah kesesatan kekafiran yang dapat disaksikan.
Sesungguhnya al-Quran itu secara tuntas adalah sumber bagi nur keimanan, maka tiada keraguan bahawa lawan bagi nur keimanan adalah kegelapan dan kami telah banyak mengisbatkan perkara ini dalam banyak "kalimah" dan “risalah” secara thabit dan qat'i.
Sesunguhnya al-Quran adalah tempat terkumpulnya hakikat-hakikat dengan keyakinan yang mana perkara-perkara khurafat dan khayalan tidak dapat menyusup masuk ke dalam kitab suci ini.
Ya, sesungguhnya al-Quran menetapkan bahawa ia adalah hakikat itu sendiri malah dalam perbahasan-perbahasannya yang berkenaan dengan alam ghaib adalah sama seperti perbahasan-perbahasannya yang berkenaan dengan alam syahadah dan sesungguhnya di sana tidak terdapat percanggahan dengan kesaksian dunia Islam yang penuh dengan pelbagai hakikat yang ia bentuk, dan dengan syariat yang kukuh dan murni yang telah dizahirkannya dan juga dengan pelbagai kesempurnaan mulia yang telah dijadikannya sebagai perhiasan.
Kemudian sesungguhnya al-Quran membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat dengan disaksikan oleh mata tanpa sebarang keraguan dan al-Quran membimbing manusia ke arah kebahagiaan itu. Bagi sesiapa yang memiliki keraguan maka hendaklah ia membaca (seluruh) al-Quran sekali lalu dan mendengar padanya apa yang al-Quran katakan.
Kemudian sesungguhnya buah al-Quran adalah luar biasa dan hebat yang berdenyut dengan kehidupan. Oleh itu pohon al-Quran telah menyebarkan seluruh akarnya dalam pelbagai hakikat dan ia berdenyut dengan kehidupan kerana sesungguhnya hidupnya buah menunjukkan hidupnya pokok. Kemudian lihatlah berapa banyak al-Quran telah membuahkan buah-buah yang sempurna dan hebat yang memiliki kehidupan dan nur seperti ahli sufi dan para wali pada setiap zaman.
Kemudian sesungguhnya al-Quran diterima oleh manusia, jin dan malaikat dan disukai oleh mereka dengan keyakinan dan kepuasan yang lahir daripada tanda-tanda yang tersebar dan tidak terhad kerana apabila al-Quran dibacakan maka mereka akan berkerumun di sekelilingnya dengan kerinduan dan keghairahan seperti kelkatu.
264. Page
Kemudian sesungguhnya selain al-Quran adalah wahyu, al-Quran juga adalah jelas dan tidak perlu pada takwil dan dikukuhkan dengan dalil-dalil aqli.
Ya, sesungguhnya kesepakatan orang yang berakal yang sempurna adalah saksi ke atas itu. Para ulama menetapkan secara bersepakat, yang diketuai oleh para imam ilmu kalam dan cerdik pandai dalam bidang falsafah seperti Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd, pelbagai asas al-Quran dengan pelbagai dasar dan juga dalil-dalil mereka.
Al-Quran diakui oleh fitrah yang sihat. Setiap fitrah yang sihat membenarkan al-Quran jika fitrah itu tidak memiliki masalah atau penyakit. Ini kerana ketenteraman sanubari dan ketenangan hati hanya tercapai dan menjadi sempurna dengan nur al-Quran. Oleh itu, sesungguhnya fitrah yang sihat membenarkan al-Quran dengan kesaksian ketenteraman sanubari.
Ya sesungguhnya fitrah berkata kepada al-Quran dengan lidahnya, “Sesungguhnya kesempurnaan fitrah kami tidak tercapai dan tidak sempurna tanpamu.” Hakikat ini telah kami isbatkan pada banyak tempat.
Kemudian sesungguhnya adalah tuntas dan jelas bahawa al-Quran adalah satu mukjizat yang abadi dan kekal. Kemukjizatannya muncul ke atasnya pada setiap ketika dan tidak terpadam dan juga tidak pudar seperti mukjizat-mukjizat lain. Waktu dan ajal al-Quran tidak akan berakhir. Al-Quran adalah abadi dan kekal.
Kemudian terdapat keluasan dalam martabat bagi petunjuk al-Quran, di mana saidina Jibril menerima pelajaran yang sama bersama seorang budak kecil yang duduk secara bersebelahan. Kedua-duanya mengambil bahagian masing-masing daripada al-Quran. Ahli falsafah yang paling cerdik seperti Ibnu Sina membaca pelajaran yang sama bersama seorang daripada kalangan orang awam daripada ahli tilawah dan qiraat dan mereka duduk bersebelahan dan masing-masing mengambil bahagian masing-masing dan kadang-kadang orang awam itu dengan kekuatan dan kemurnian imannya mendapat faedah yang lebih daripada Ibnu Sina.
Kemudian sesungguhnya terdapat di dalam al-Quran satu mata yang memandang dan menyaksi dan mencakupi seluruh alam semesta seperti lembaran-lembaran buku, dan menerangkan tingkatan-tingkatan dan alam-alamnya. Sebagaimana seorang tukang jam membalik, membuka, menunjuk dan memperkenalkan jamnya, begitu juga al-Quran yang telah memegang alam semesta di hadapannya membalik, memperkenal dan menunjukkan alam semesta itu.
Maka ini adalah al-Quran yang agung berkata, “فاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله” (Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah) dan al-Quran mengisytihar keesaan.
اللَّهُمَّ اجْعَلِ القُرْآنَ العَظِيمَ لَنَا فِي الدُّنْيَا قَرِينًا، وَفِي القَبْرِ مُؤْنِسًا، وَفِي القِيَامَةِ شَفِيعًا، وَعَلَى الصِّرَاطِ نُورًا، وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا، وَفِي الجَنَّةِ رَفِيقًا، وَإِلَى الخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيلاً وَإِمَامًا. اللَّهُمَّ نَوِّرْ قُلُوبَنَا وَقُبُورَنَا بِنُورِ الإِيمَانِ وَالقُرْآنِ، وَنَوِّرْ بُرْهَانَ القُرْآنِ بِحَقِّ وَبِحُرْمَةِ مَنْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ القُرْآنُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ مِنَ الرَّحْمَنِ الحَنَّانِ، آمِينَ.
(Ya Allah jadikanlah al-Quran yang Agung sebagai pendamping bagi kami di dunia, penghilang kesunyian ketika di dalam kubur, sebagai pemohon syafaat pada hari kiamat, sebagai nur di atas titian sirath, sebagai pelindung dan penyekat terhadap api neraka, sebagai teman di dalam syurga, sebagai petunjuk dan pemimpin ke arah segala kebaikan, Ya Allah, berilah nur pada hati dan kubur kami dengan nur iman dan al-Quran, dan berilah nur pada bukti al-Quran dengan hak dan kehormatan orang yang diturunkan al-Quran ke atasnya (iaitu Nabi Muhammad) Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam daripada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi kasih sayang.)
Isyarat Kesembilan Belas yang memiliki satu Nuktah
Telah ditetapkan dalam isyarat-isyarat terdahulu secara sabit dan qat'i yang tiada keraguan di dalamnya bahawa Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah utusan Allah.
Sesungguhnya Muhammad al-‘Arabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah thabit kerasulannya dengan ribuan dalil yang qat'i merupakan dalil yang paling terang dan bukti cemerlang yang paling qat'i atas keesaan Allah dan kebahagiaan abadi. Maka dalam isyarat ini kami akan paparkan di sini satu pengenalan ringkas dan menyeluruh sebagai ringkasan bagi satu ringkasan bagi dalil yang bersinar jelas dan bukti yang boleh berkata-kata ini.
265. Page
Sebagaimana baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah seorang bukti dan natijahnya adalah makrifatullah (mengenal Allah), maka adalah satu kemestian untuk mengenali bukti dan aspek baginda menjadi bukti. Maka di sini kami akan menerangkan aspek baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai dalil dan aspek kesahihannya dengan khulasah yang amat ringkas. Perkara itu adalah seperti berikut:
Sebagaimana Dzat Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam itu sendiri adalah petunjuk atas kewujudan Pencipta alam semesta dan atas keesaan-Nya dan begitu juga sebagaimana makhluk-makhluk yang wujud di alam semesta ini menunjukkan kewujudan Allah, maka sesungguhnya petunjuk ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam mengisytiharkan dengan lidahnya bahawa dirinya adalah petunjuk dan melalui dilalah (petunjuk) oleh semua maujudat di alam semesta. Oleh kerana baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah petunjuk maka kami akan mengisyaratkan pada ketulenan petunjuk ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam layak menjadi petunjuk, istiqamah petunjuk ini sebagai petunjuk, kebenaran petunjuk ini sebagai petunjuk dan kebetulan petunjuk ini sebagai petunjuk dalam “lima belas asas”.
Asas Pertama: Sesungguhnya petunjuk ini yang menunjuk kepada Pencipta alam semesta ini dengan diri dan lidahnya dan juga dengan segala keadaan dan kata-katanya itu adalah disahkan benar dari sudut hakikat alam semesta dan juga petunjuk itu adalah seorang yang benar, kerana dalil-dalil yang terdapat daripada semua yang wujud ke atas keesaan adalah sama seperti pengesahan terhadap sesiapa yang mengisytiharkan keesaan itu. Ini bermakna bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam disahkan benar oleh seluruh alam semesta berkenaan dakwaan yang baginda isytiharkan, bahawa keesaan Tuhan yang merupakan kesempurnaan yang mutlak dan kebahagiaan yang abadi yang juga merupakan kebaikan yang mutlak adalah serasi, sepadan dan bersesuaian dengan keelokan dan kesempurnaan seluruh hakikat alam semesta, Oleh itu, adalah satu kemestian bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah benar dalam dakwaannya.
Oleh itu sesungguhnya Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah bukti yang berkata-kata bagi keesaan Allah dan kebahagiaan yang abadi. Baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah benar dan dibenarkan dakwaannya.
Asas Kedua: Sebagaimana Petunjuk yang benar dan dibenarkan itu Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam memiliki ribuan mukjizat iaitu yang paling banyak dalam kalangan seluruh Nabi, dan memiliki syariat yang tidak dimansuh dan seruan dakwah yang meliputi seluruh jin dan manusia, maka semestinyalah petunjuk itu Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam merupakan ketua bagi seluruh Nabi ‘Alaihimus Salam. Jika demikian maka petunjuk itu Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah orang yang mengumpulkan rahsia bagi seluruh mukjizat para Nabi dan kesepakatan mereka. Ini bermaksud bahawa kekuatan ijma’ seluruh Nabi dan kesaksian mukjizat-mukjizat mereka membentuk noktah sandaran bagi kebenaran dan keberhakan Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai petunjuk.
Dan sesungguhnya Baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah sultan dan pengajar bagi seluruh wali dan ahli taqwa yang telah mencapai kesempurnaan dengan didikan, tunjuk ajar dan nur syariatnya. Oleh itu pada Baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam terhimpun rahsia karamah mereka dan rahsia pembenaran mereka dengan Ijma’ dan rahsia kekuatan pencapaian-pencapaian mereka kerana mereka telah menelusuri dan berjalan di jalan yang telah dilalui oleh guru dan pengajar mereka dan membiarkan pintu jalan itu terbuka, kemudian mereka menemui hakikat sebenar. Oleh itu semua karamah, pencapaian dan ijma’ mereka membentuk satu noktah sandaran bagi kebenaran dan kesahihan guru mereka yang suci.
Kemudian sesungguhnya bukti keesaan itu Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam (sebagaimana yang telah dijelaskan dalam isyarat-isyarat terdahulu) memiliki mukjizat-mukjizat yang cemerlang yang qat'i secara yakin dan irhasat yang luar biasa dan dalil-dalil kenabian yang tiada syak dan keraguan di dalamnya, yang mana (mukjizat, irhasat dan dalil tersebut) mengesahkan bukti ituSollallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan satu pengesahan yang jika seluruh alam semesta berkumpul maka tidaklah dapat membatalkan pengesahannya (mukjizat, irhasat dan dalil tersebut) bagi bukti itu Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam .
266. Page
Asas Ketiga: Sesungguhnya penyeruSollallahu ‘Alaihi wa Sallam kepada keesaan itu dan pemberi khabar gembira dengan kebahagiaan abadi yang memiliki mukjizat-mukjizat yang cemerlang itu, memiliki akhlak yang tinggi dalam dirinya yang diberkati, sifat-sifat yang mulia dalam tugas kerasulannya, ciri-ciri khas yang berharga dalam syariat dan agama yang menjadi tugasnya untuk menyampaikannya yang mana musuh ketatnya mengakuinya dan ia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak menemui satu ruang untuk mengingkarinya.
Sebagaimana ia memiliki akhlak yang paling tinggi dan paling baik, dan memiliki sifat-sifat yang paling tinggi dan paling sempurna dan ciri-ciri khas yang paling berharga dan paling utama dalam diri, tugas dan agamanya maka tiada keraguan bahawa ia adalah contoh bagi semua kesempurnaan yang terpendam di dalam makhluk yang ada, dan contoh, wakil, guru bagi akhlak yang tinggi itu.
Oleh itu segala kesempurnaan yang terdapat dalam diri, tugas dan agamanya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah noktah sandaran yang kuat dan kukuh bagi kesahihan dan kebenarannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang tidak goyah dari mana-mana sudut.
Asas Keempat: Sesungguhnya penyeru pada keesaan dan kebahagiaan itu merupakan sumber kesempurnaan dan pengajar akhlak yang tinggi. Penyeru ini tidak bercakap daripada dirinya sendiri dan tidak pula dari keinginannya, akan tetapi baginda disuruh supaya bercakap. Ya, sesungguhnya Pencipta alam semestalah yang menyuruhnya berkata-kata. Oleh itu, penyeru ini menerima pelajaran daripada Gurunya yang bersifat azali kemudian penyeru ini mengajar orang lain, kerana sesungguhnya Pencipta alam semesta ini telah menunjuk dan menerangkan dengan ribuan dalil bagi kenabian (sebahagian telah disebut dalam isyarat-isyarat terdahulu), dan dengan penciptaan Pencipta semua mukjizat tersebut bagi Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bercakap dengan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menyampaikan kata-kata-Nya.
Adapun al-Quran yang diturunkan ke atasnya maka Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam menerangkannya dengan 40 wajah bagi kemukjizatan yang muncul ke atasnya dan yang tersurat di dalamnya bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah penterjemah bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam menerangkan dengan segala keikhlasan, ketaqwaan, kesungguhan, amanah dan segala keadaan dan setiap fasa kehidupannya dalam dirinya bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak bercakap dan tidak berkata-kata dengan namanya dan tidak juga daripada buah fikirannya tetapi Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bercakap dan berkata-kata dengan nama Penciptanya.
Kemudian, sesungguhnya seluruh ahli hakikat yang mendengar kepadanya telah membenarkannya dengan penyingkapan dan penyelidikan dan mereka beriman kepadanya dengan ilmu yakin bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak bercakap daripada dirinya sendiri dan bukan daripada kehendaknya bahkan Pencipta alam semesta ini menyuruhnya bercakap, mengajarnya dan menjadikannya mengajar manusia. Oleh itu sesungguhnya kebenaran dan kesahihannya adalah bersandarkan pada ijma’ empat asas yang kuat dan kukuh ini.
Asas Kelima: Kemudian, sesungguhnya penterjemah bagi kalam yang azali itu selalu melihat roh-roh, bercakap dengan malaikat dan juga memberi tunjuk ajar kepada jin dan manusia. Oleh itu penterjemah itu tidak menerima pelajaran daripada alam manusia dan jin tetapi menerima pelajarannya daripada alam yang berada di atas alam roh dan alam malaikat. Penterjemah ini juga memiliki pelbagai hubungan dan boleh menjenguk apa yang ada atas alam-alam tersebut, maka mukjizatnya yang telah disebut terdahulu dan telah dinukil kepada kita secara mutawatir dan qat'i telah menetapkan hakikat ini. Oleh itu tiada siapa pun yang campur tangan dalam apa-apa yang ia (penterjemah itu) beritahu atau sampaikan sama ada jin, ruh dan malaikat bahkan malaikat al-muqarrabin selain Jibril ‘Alaihis Salam. Tidak seperti campur tangan mereka terhadap apa-apa yang diberitahu oleh para tukang tilik dan sesiapa yang memberitahu mengenai perkata ghaib. Malah Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam mendahului saidina Jibril yang merupakan temannya dalam kebanyakan masa dan mendahuluinya.
267. Page
Asas Keenam: Sesungguhnya Rasul yang merupakan penghulu bagi malaikat, jin dan manusia dan Rasul itu merupakan buah bagi pokok alam semesta yang paling terang dan paling sempurna. Rasul ini juga merupakan contoh bagi rahmat Ilahi, contoh kecintaan Rabbani, bukti yang paling bersinar bagi kebenaran, lampu yang paling terang bagi hakikat, kunci teka-teki bagi alam semesta, penyingkap bagi penciptaan yang tersembunyi, penjelas bagi hikmah alam semesta, penyeru kepada kesultanan Ilahi dan orang yang menyifatkan bagi kesultanan itu, pemberi sifat bagi segala kecantikan ciptaan dan rekaan Rabbani, model yang paling sempurna bagi segala kesempurnaan yang terdapat dalam benda-benda yang wujud dari sudut persiapannya yang menyeluruh. Oleh itu, sesungguhnya sifat-sifat dan ketokohan maknaw baginda menunjukkan atau menjadi bukti bahawa ia adalah sebab utama bagi alam semesta ini bermaksud bahawa pencipta alam semesta ini telah melihat pada tokoh ini kemudian mencipta alam semesta atau boleh dikatakan bahawa sesungguhnya jika Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menciptanya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam maka tidaklah Allah mencipta alam semesta juga.
Ya, sesungguhnya pelbagai hakikat al-Quran dan pelbagai nur keimanan yang datang dengannya kepada jin dan manusia dan apa-apa perhiasan yang ada dalam dirinya berupa pelbagai akhlak yang mulia dan pelbagai kesempurnaan yang tinggi adalah saksi yang qat'i bagi hakikat ini.
Asas Ketujuh: Sesungguhnya bukti bagi kebenaran dan pelita bagi hakikat ini telah memperlihatkan satu agama dan syariat yang mencakupi perlembagaan-perlembagaan yang merealisasikan kebahagiaan dunia dan akhirat dan dengan keuniversalan kedua-duanya ini, kedua-duanya (agama dan syariat) telah menjelaskan pelbagai hakikat dan tugas alam semesta dan juga semua nama dan sifat pencipta Alam semesta dengan satu penerangan yang sempurna.
Maka agama Islam ini dan syariat itu yang memiliki sifat mencakupi lagi sempurna dan juga yang memperkenalkan alam semesta dengan memperkenalkan identiti kedua-duanya yang mana sesungguhnya setiap orang yang mendalami intipati kedua-duanya maka dia akan memahami tanpa syak bahawa agama itu adalah penerangan dan penyampaian Pencipta alam semesta yang cantik ini yang memperkenalkan alam semesta ini bersama diri-Nya.
Kemudian, sebagaimana ketika seorang pembina istana membuat satu pengenalan yang layak bagi istana itu, maka dia akan menulis satu sinarai tarif yang menunjukkan dirinya dengan sifat-sifat itu. Demikianlah juga dalam agama ini dan syariat Nabi Muhammad itu Kelihatan satu kesyumulan, ketinggian, dan kebenaran yang menunjukkan bahawa kedua-duanya telah terbit daripada Pencipta dan pengatur alam semesta yang mengatur alam semesta ini dan mengurusnya dengan satu pentadbiran dan aturan yang cantik itu jugalah yang mengatur agama ini dengan satu aturan yang baik.
Ya, sesungguhnya sistem yang paling sempurna dan cantik ini memerlukan susun atur yang paling cantik.
Asas Kelapan: Sesungguhnya Muhammad yang berbangsa Arab (yang bersifat dengan sifat-sifat yang tersebut di atas yang juga bersandar pada noktah-noktah sandaran yang kuat dan tidak goyah buat selama-lamanya), membuat pengisytiharan atas nama alam ghaib sambil menghadap ke alam syahadah di atas kepala-kepala jin dan insan, bercakap kepada banyak kaum dan bangsa yang berada di sebalik abad-abad yang akan datang pada masa akan datang sambil menyeru dengan satu seruan yang didengari oleh semua jin dan manusia serta semua tempat dan semua zaman. Ya, sesungguhnya kami mendengarnya.
Asas Kesembilan: Kemudian, sesungguhnya baginda bercakap dengan khitab yang tinggi dan kuat yang didengari oleh seluruh zaman. Ya, sesungguhnya setiap zaman mendengar gema suaranya.
Asas Kesepuluh: Kemudian, sesungguhnya telah muncul daripada sirah, kehidupan dan tingkah laku tokoh itu bahawa baginda melihat, kemudian memberitahu apa yang baginda lihat. Ini kerana, sesungguhnya dalam waktu yang paling bahaya baginda berkata dengan keyakinan yang paling sempurna tanpa sebarang keraguan, kecelaruan dan kekeliruan dan kadang-kadang baginda mencabar alam secara bersendirian.
268. Page
Asas Kesebelas: Sesungguhnya baginda juga menyeru dengan segala kekuatannya dengan satu seruan dakwah yang kuat, dan mengajak bersama seruan itu separuh bumi dan seperlima manusia untuk mengucapkan “لبيك” sebagai jawapan daripada suara seruannya dan membuatkan mereka mengucapkan "سمعنا وأطعنا" (Kami mendengar dan kami mentaati)
Asas Kedua Belas: Kemudian baginda menyeru dengan kesungguhan Dan Baginda juga mendidik dengan didikan yang kukuh yang mana baginda mengukir perlembagaannya di atas dahi pelbagai zaman dan di atas batu di seluruh tempat dengan mengabadikanya pada wajah zaman dan mengekalkannya.
Asas Ketiga Belas: Sama juga sesungguhnya baginda berkata-kata dan menyeru dengan segala keyakinan dan ketenangan sambil bersandarkan pada kekuatan dan kekukuhan hukum-hukum yang baginda sampaikan, yang mana jikalau seluruh alam berkumpul maka tidaklah menjadikan baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam berundur daripada hukum-hukumnya dan tidak dapat untuk menjadikannya menyesal. Saksi ke atas asas ini adalah seluruh kehidupan dan sirahnya yang mulia.
Asas Keempat Belas: Sesungguhnya baginda menyeru dan menyampaikan juga dengan segala ketenangan dan keyakinan yang mana baginda tidak terus berada dalam rasa terhutang budi kepada sesiapa. Baginda tidak gelisah di hadapan sebarang masalah. Baginda melaksanakan hukum-hukum yang dengannya baginda datang sebelum sesiapa pun dengan keikhlasan dan kebenaran yang sempurna dan tanpa sebarang keraguan dan menerima hukum-hukum itu kemudian mengisytiharkannya. Saksi ke atas asas ini adalah apa yang berkenaan dengan sifat zuhud, tidak berhajat pada manusia dan menjauhi perhiasan dunia yang fana yang masyhur bagi kawan dan lawan.
Asas Kelima Belas: Sesungguhnya ketaatannya pada agama yang telah datang dengannya juga lebih daripada sebelum sesiapa pun. Kehambaannya kepada Penciptanya adalah lebih banyak daripada sesiapa pun. Ketakwaannya dan perbuatannya menjauhi perkara yang dilarang adalah lebih banyak daripada sesiapa pun. Setiap satu daripada itu adalah bukti yang qat'i bahawa baginda adalah seorang penyampai bagi Sultan yang azali dan abadi, seorang utusan kepunyaan-Nya, seorang hamba yang paling ikhlas bagi al-Ma’bud bil Haq tersebut dan seorang penterjemah bagi kata-kata-Nya yang azali.
Kesimpulan bagi lima belas asas di atas: Sesungguhnya tokoh yang bersifat dengan sifat-sifat yang tersebut ini berkata berkali-kali dan berterusan dengan segala kekuatannya dalam seluruh umurnya, فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ"
(Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah). Dan tokoh ini mengisytihar keesaan.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ بِعَدَدِ حَسَنَاتِ أُمَّتِهِ.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ العَلِيمُ الحَكِيمُ
يَا اللهُ، يَا رَحْمَانُ، يَا رَحِيمُ، يَا فَرْدُ، يَا حَيُّ، يَا قَيُّومُ، يَا حَكَمُ، يَا عَدْلُ، يَا قُدُّوسُ، بِحَقِّ اسْمِكَ الأَعْظَمِ وَفُرْقَانِكَ الأَحْكَمِ وَرَسُولِكَ الأَكْرَمِ اجْعَلْ طَلَبَةَ رَسَائِلِ النُّورِ نَاشِرِينَ لأَسْرَارِ القُرْآنِ، وَقلُوبَهُمْ مُظْهِرَةً لأَنْوَارِ الإِيمَانِ، وَوَفِّقْهُمْ وَسَدِّدْهُمْ للاسْتِقَامَةِ عَلَى السُّنَّةِ السَّنِيَّةِ وَالطَّرِيقَةِ المُحَمَّدِيَّةِ، وَاجْعَلْهُمْ سُعَدَاءُ في الدَّارَيْنِ، آمِينَ، آمِينَ، آمِينَ.
Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atasnya dan ke atas keluarganya dengan bilangan kebaikan umatnya.
Maha Suci Engkau tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang telah engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya engkau adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang, Wahai Tuhan Yang Maha Esa, Wahai Tuhan yang Maha Hidup Yang Maha kekal Mengurus. Wahai tuhan Yang Maha Menetapkan Hukum, Wahai Tuhan Yang Maha Adil, Wahai Tuhan yang Maha Suci, dengan hak namamu yang Maha agung dan dengan al-Quran milik-Mu yang bersifat pembeza antara hak dan batil, yang paling bijaksana dan dengan rasulmu yang paling Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam Jadikanlah para penuntut risalah Nur ini sebagai para penyebar rahsia-rahsia al-Quran dan jadikanlah hati mereka sebagai hati yang menampilkan pelbagai nur iman dan berilah mereka taufik dan tetapkanlah mereka untuk beristiqamah di atas sunah yang mulia ini dan di atas jalan Nabi Muhammad ini dan jadikanlah mereka bahagia di dunia dan di akhirat. Amin amin amin.
Said an-Nursi
269. Page
Anugerah Ilahi dan kesan ‘Inayah Rabbani
Kami katakan dengan harapan kami dapat habuan daripada isi ayat: وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya. (Surah ad-Dhuha: ayat 11)
Saya akan sebut kesan bantuan Allah Taala dan rahmat-Nya ketika mengarang risalah ini iaitu “Risalah Mukjizat Ahmadiyyah sehingga para pembaca dapat melihat risalah ini dengan penuh perhatian.
Sama sekali tiadalah dalam hatiku dan juga niatku untuk mengarang risalah ini, kerana telah ditulis dua kalimah iaitu “Ketiga Puluh Satu” dan “Sembilan Belas” sekitar kerasulan Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Namun terdapat satu lintasan di hatiku memaksaku untuk mengarang risalah ini. Sedangkan kekuatan daya ingatanku sudah menjadi lemah akibat pelbagai musibah yang telah menimpaku. Aku juga tidak menuruti jalan apa yang telah aku tulis dengan caraku iaitu dengan cara menukilkan "seseorang telah berkata atau telah dikatakan." Sama juga, Ini kerana aku tidak memiliki kitab-kitab hadith atau sirah. Walaupun begitu, aku telah memulakan penulisannya dengan berkata, " توكلت على الله "(Aku telah bertawakal kepada Allah.)
Lalu berkat taufiq daripada Allah menemaniku dan daya ingatanku yang aku miliki banyak membantuku jika dibandingkan dengan kekuatan daya ingatan Said yang lama. Lalu dalam setiap dua jam atau tiga jam sebanyak 30 atau 40 muka surat ditulis dengan cepat. Dan sebanyak 15 muka surat pernah ditulis dalam sejam. Pelbagai riwayat dan nukilan itu adalah daripada kitab imam al-Bukhari, Muslim, al-Baihaqi, at-Tirmizi, asy-Syifa milik al-Qadhi 'Iyad, Dalail an-Nubuwwah milik Abu Nuaim, at-Tabari. Hatiku pernah menggeletar, kalau memang terdapat di dalam nukilan terdapat kesilapan maka itu adalah satu dosa kerana sesungguhnya itu adalah hadith yang mulia, tetapi telah jelas bagi kami bahawa terdapat di dalamnya bantuan Ilahi, Dan oleh kerana terdapat di sana keperluan pada risalah ini maka kami berharap pada Allah agar risalah ini ditulis dengan betul dengan izin Allah. Dan aku berharap daripada saudara-saudaraku apabila terdapat kesalahan dalam beberapa lafaz hadith atau dalam nama para perawi agar mereka memperbetul lalu mereka melihat dengan kemaafan.
Said Nursi
“Ya, guru kami telah menyuruh kami menulis dan kami menulis draf/ manuskrip. Guru kami itu tidak memiliki apa-apa kitab dan beliau tidak merujuk pada mana-mana kitab dan beliau bercakap secara spontan dan dengan cepat. Kami menulis dan dalam tempoh dua atau tiga jam, kami menulis 30 atau 40 muka surat bahkan lebih. Ini telah memberi kami satu keyakinan bahawa taufiq Allah ini adalah karomah bagi mukjizat kenabian Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.”
Khadamnya yang tetap: Abdullah Jawisy
Khadamnya dan penulis draf: Sulaiman Sami
Penulis draf dan saudaranya di akhirat: al-Hafiz Khalid
Saudaranya dan penulis draf dan salinan: al-Hafiz Muhammad Taufiq
270. Page
Oleh kerana "Kalimah Kesembilan Belas" sekitar kerasulan Ahmad dan lampirannya adalah sekitar mukjizat terbelahnya bulan dan kedua-duanya diletakkan di sini sesuai dengan tempatnya.
بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Lama’ah Keempat Belas ini mengandungi Empat Belas Titisan.
Titisan Pertama: Terdapat tiga Pentakrif menyeluruh yang besar yang mengenalkan Rabb kita kepada kita.
Pertama: Kitab Alam semesta ini yang telah kita dengar sepintas lalu tentang penyaksiannya daripada pengajaran ketiga belas daripada Risalah an-Nur melalui tiga belas kilauan.
Kedua: Khatamul Anbia’ Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan ayat teragung kitab besar ini.
Ketiga: Al-Quranul Karim yang mulia.
Sekarang, kita perlu mengenali dan mendengar ajaran Khatamul Anbia’ (penutup sekalian Nabi) Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan dalil kedua yang boleh bertutur itu.
Ya, pandanglah kepada peribadi maknawi dalil itu. Muka bumi adalah sebuah masjid. Makkah adalah mihrab dan Madinah adalah mimbar. Rasulullah Sollallahu Alaihi wa Sallam yang merupakan dalil yang jelas itu adalah imam kepada semua ahli iman, khatib kepada seluruh manusia, ketua sekalian Nabi, penghulu segala wali, mengepalai halaqah zikir yang terdiri daripada seluruh Nabi dan wali, pohon nurani yang semua Nabi adalah akar hidupnya, semua wali adalah buah-buah ranumnya kerana setiap Nabi yang bersandar kepada mukjizat-mukjizat mereka dan sekalian wali yang bergantung kepada karomah mereka membenarkan dan memperakui dakwah baginda.
Ini kerana Nabi Sollallahu Alaihi wa Sallam itu melafazkan dan mendakwa bahawa لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰه. Semua yang di kanan dan kiri, yakni para penzikir nurani yang beratur di sebelah masa lalu dan masa depan berkata صَدَقْتَ وبالحق نَطَقْتَ secara maknawi dengan mengulangi kalimah yang sama dan berhimpun padanya. Waham manakah yang mampu untuk campur tangan terhadap dakwaan yang dikuatkan oleh perakuan-perakuan yang tidak terhitung sebegini?
Titisan Kedua: Sebagaimana dalil tauhid yang nurani itu diperkuat dengan ijma’ dan riwayat yang mutawatir bagi dua sayap (masa lalu dan masa hadapan), begitulah juga ratusan isyarat kitab-kitab samawi seperti Taurat dan Injil[102], ribuan tandairhasat, isyarat-isyarat masyhur para hatifin (jin-jin yang mengkhabarkan perkara ghaib), penyaksian tawatur oleh para kahin (tukang tilik), petunjukribuan mukjizat seperti peristiwa bulan terbelah dan kebenaran syariatnya menguatkan dan membenarkan baginda, akhlak mahmudah yang amat sempurna pada diri baginda, budi pekerti mulia baginda dalam tugasnya pada kecantikannya yang tidak berpenghujung, ketaqwaan, ubudiyyah, kesungguhan, keteguhan luar biasa baginda yang memperlihatkan sifat amanahnya yang sempurna, kekuatan imannya, keyakinannya yang bersangatan dan sifat tsiqah (kebolehpercayaan)baginda yang tidak berpenghujung memperlihatkan dengan terang seperti matahari bahawa baginda adalah sangat benar dalam dakwahnya.
271. Page
Titisan Ketiga: Jika kamu mahu, mari kita pergi ke Asrus Sa‘adah (kurun kebahagiaan) dan Semenanjung Arab. Walaupun secara imaginasi, mari kita melihat Rasul Mulia Sollallahu Alaihi wa Sallam melaksanakan tugas dan menziarahi baginda.
Maka perhatikanlah, kita melihat seseorang yang istimewa dengan budi pekerti yang baik dan paras rupa yang indah dan di tangannya terdapat kitab yang bermukjizat, pada lidahnya terdapat khitab (ucapan) yang mengetahui hakikat sedang menyampaikan khutbah azali kepada sekalian Bani Adam bahkan kepada jin, insan dan malaikat bahkan semua maujudat. Dengan cara merungkai dan mensyarahkan rahsia yang ajaib yang merupakan rahsia penciptaan alam serta membuka dan mendedahkan misteri terselindung yang merupakan rahsia alam semesta, baginda memberi jawapan yang sangat maakul dan memuaskan kepada tiga soalan besar yang susah dan dahsyat yang ditanyakan kepada semua maujudat dan meninggalkan semua akal dalam kehairanan iaitu: “Siapakah kamu?”, “Dari manakah kamu datang?” dan “Ke manakah tujuanmu?”.
Titisan Keempat: Lihatlah! Baginda menyebarkan cahaya kebenaran yang jika kamu memandang alam semesta dengan pandangan yang selain daripada daerah hakikat petunjuknya yang nurani itu, sudah tentu kamu akan melihat alam semesta ibarat dewan ratapan umum dan maujudat sebagai asing bahkan musuh kepada satu sama lain, benda-benda kaku ibarat jenazah-jenazah yang dahsyat dan semua benda hidup bagikan anak-anak yatim yang menangis akibat tamparan kelenyapan dan perpisahan.
Sekarang lihat! Dengan nur yang disebarkan oleh baginda, dewan ratapan umum itu telah berubah menjadi dewan zikir dalam kelazatan dan juzbah. Maujudat yang asing dan musuh itu masing-masing telah bertukar menjadi sahabat dan saudara. Benda-benda kaku yang mati dan bisu itu masing-masing telah menjadi petugas yang mesra dan pekerja yang patuh. Anak-anak yatim yang menangis, mengadu dan tiada sesiapa itu masing-masing telah menjadi penzikir di dalam tasbih atau pensyukur selepas perlepasan tugas.
Titisan Kelima: Dengan nur itu juga, segala pergerakan, perbezaan, penggantian dan perubahan di alam semesta keluar daripada ketiadaan makna, kesia-siaan dan keadaan seperti permainan kebetulan lalu masing-masing naik ke martabat maktubat Rabbani, lembaran ayat-ayat kejadian, cerminan Asma’ Ilahi dan alam juga naik ke martabat sebuah kitab hikmah as-Samad. Apabila diterangi dengan nur itu, kedaifan dan kelemahan serta kefakiran dan keperluannya yang tidak berkesudahan yang menjatuhkan insan ke tahap yang lebih rendahdaripada semua binatang, akal yang menjadikan insan lebih malang daripada semua haiwan dan merupakan alat pembawa kesedihan, kesakitan dan kebimbangan itu menaikkan insan ke atas semua makhluk. Dengan kelemahan, kefakiran, akal dan rayuan yang telah disinari itu, diamenjadi sultan yang dimuliakan serta dengan tangisan, dia menjadi khalifah muka bumi yang manja.
Maknanya, jika tiada nur itu, alam semesta, insan hatta semua benda juga akan jatuh sia-sia. Ya, semestinyabaginda diperlukan di alam semesta yang hebat begini. Jika tidak, alam semesta dan cakerawala tidak perlu ada.
Titisan Keenam: Justeru, oleh sebab baginda adalah pemberitahu dan pemberi khabar gembira tentang kebahagiaan abadi, pendedah dan pemaklum tentang rahmat yang tiada penghujung, juruhebah dan penonton keindahan kekuasaan rububiyyah, pembongkar dan penunjuk khazanah Asma’ Ilahi, maka jika kamu memandang begini yakni melalu sudut ubudiyyah baginda, kamu akan melihatnya sebagai contoh mahabbah, tamsilan rahmat, kemuliaan keinsanan dan buah pohon penciptaan yang paling nurani. Jika kamu memandangnya melalui sudut kerasulannya pula, kamu akan melihat dalil kebenaran, lampu hakikat, mentari hidayah dan wasilah kebahagiaan. Justeru lihatlah bagaimana nurnya telah menakluki timur dan barat seperti kilat yang menyilaukan mata serta separuh dunia dan satu perlima manusia menerima hadiah hidayahnya lalu menjadikannya tempat jiwa berlindung. Apakah yang terjadi kepada nafsu dan syaitan kita sehingga tidak menerima “لآَ اِلٰهِ اَلاَّ اللّٰهْ”
yang merupakan asas seluruh dakwah baginda dengan semua martabatnya?
272. Page
Titisan Ketujuh: Justeru lihatlah! Betapa cepatnya baginda mencabut dan mengangkat adat, akhlak mazmumah yang ganas bagi kaum-kaum berlainan yang ganas, taksub dengan adat mereka serta keras kepala yang ganas secara sekaligus di semenanjung yang luas itu lalu melengkapkan mereka dengan semua akhlak mahmudah dan menjadikan mereka muallim kepada seluruh dunia dan ustaz kepada masyarakat yang bertamadun. Lihat, ia bukanlah pemaksaan yang zahir bahkan ia membuka dan menundukkan akal, roh, hati dan nafsu. Baginda telah menjadi kekasih hati, muallim akal, murabbi nafsu dan sultan roh.
Titisan Kelapan: Kamu mengetahui bahawa hanya pemerintah yang besar dengan semangat yang tinggi sahaja boleh mengangkat selama-lamanya adat kebiasaan yang kecil seperti tabiat merokok pada kaum yang kecil bilangannya.
Walhal cuba kamu perhatikan! Baginda telah menghapuskan adat-adat kebiasaan yang besar dan banyak bagi kaum-kaum besar yang keras kepala dan taksub melalui kekuatan zahir yang kecil dan semangat yang sedikit dalam masa yang singkat lalu sebagai gantiannya baginda meletakkan dan mengukuhkan akhlak-akhlak yang tinggi secara tetap sehingga ia menjadi sebati dengan darah dan urat mereka.
Banyak lagi urusan luar biasa seperti ini yang dilakukan oleh baginda. Justeru, kami menyumbat Semenanjung Arab ke dalam mata mereka yang tidak nampak ‘Asrus Sa‘adah itu.
Ayuh! Suruhlah mereka datangkan ratusan ahli falsafah dan pergilah ke sana dan bekerjalah selama seratus tahun. Agaknya adakah mereka boleh melakukan satu peratus perkara yang telah dilakukan baginda selama setahun menurut keadaan masa itu?
Titisan Kesembilan: Kamu juga mengetahui bahawa dalam perbicaraan yang ada perdebatan, bersama dengan musuh-musuhnya, seseorang yang kecil, dengan kemuliaan yang kecil, dalam jemaah yang kecil, dan dalam masalah yang kecil tidak mampu untuk menyatakan penipuan yang kecil tetapi memalukan tanpa berselindung, tanpa rasa takut, tanpa memperlihatkan kesan dan kerisauan di tahap tidak merasakan helahnya kepada mereka.
Sekarang lihatlah kepada baginda; sebagai petugas yang sangat besar, dengan pangkat yang amat besar, dalam keadaan yang amat berhajat kepada kepercayaan yang besar, dalam jemaah yang sangat besar, dalam perseteruan yang amat besar, dalam masalah yang sangat besar, dalam dakwah yang sangat besar dan dalam tugasan yang amat besar, adakah wujud sebarang percanggahan dalam kata-kata yang baginda sebutkan dengan kebebasan yang sangat tinggi, tanpa ketakutan, tanpa keraguan, tanpa berselindung, tanpa kerisauan, dengan kemurnian yang sejati, dengan kesungguhan yang besar, malah dengan cara yang keras dan tinggi yang boleh menimbulkan kemarahan para seterunya?Adakah mungkin ia bercampur dengan sebarang muslihat? Tidak sama sekali!
“اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْىٌ يُوحَى” Ya, kebenaran tidak pernah menipu. Mereka yang melihat hakikat tidak pernah tertipu. Jalan baginda yang benar adalah bebas daripada muslihat. Apakah yang khayalan mampu lakukan kepada mata baginda yang melihat kebenaran supaya ia (khayalan) kelihatan seperti hakikat dan menipu mata itu?
Titisan Kesepuluh: Justeru lihatlah, baginda memperlihatkan hakikat-hakikat dan membuktikan masalah-masalah yang sangat mengujakan, sangat menarik, sangat perlu dan sangat dahsyat. Kamu mengetahui bahawa rasa ingin tahu ialah perkara yang paling banyak menggerakkan manusia. Hatta jika dikatakan kepadamu: “Jika kamu memberikan separuh umurmu dan separuh hartamu, maka seseorang daripada Bulan dan Musytari akan datang. Dia akan menceritakan kepadamu apa yang ada dan tiada dan keadaan di bulan dan Musytari. Dia juga akan memberitahu secara benar tentang masa depanmu dan secara benar tentang apa yang berlaku kepadamu. Maka jika kamu mempunyai rasa ingin tahu, nescaya kamu akan memberikan hartamu itu.”
Walhal,baginda menceritakan tentang khabar-khabar Sultan yang sangat hebat, yang di negara-Nya bulan adalah seperti lalat yang berlegar di sekeliling kipas. Kipas yang merupakan Bumi itu pula berputar di sekeliling sebuah lampu. Manakala lampu yang merupakan Matahari itu pula adalah sebutir lampu daripada ribuan lampu di sebuah rumah tamu daripada ribuan tempat tinggal milik Sultan itu.
Baginda membicarakan tentang alam yang ajaib sebegitu secara hakiki dan memberi khabar tentang perubahan yang sebegitu hebat hatta sekiranya ribuan bebola Bumi menjadi bom dan meletup, ia tidak akan menakjubkan setahap itu.
Lihat! Dengarlah surah-surah seperti “اَلْقَارِعَةُ” “اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ” “اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ” di lidah baginda. Baginda memberikan khabar dengan benar tentang masa hadapan yang begitu dahsyat sehingga jika dibandingkan kepadanya masa depan duniawi itu ibarat setitis air fatamorgana. Baginda memberi khabar dengan bersungguh-sungguh tentang kebahagiaan yang sangat hebat sehingga jika dibandingkan kepadanya semua kebahagiaan duniawi adalah seperti nisbah satu panahan kilat yang cepat lenyap dinisbahkan dengan mentari yang sarmadi.
273. Page
Titisan Kesebelas: Di sebalik tabir zahir alam semesta ini yang menakjubkan dan mempunyai rahsiasebegini sudah tentu dan semestinya keajaiban-keajaiban begini menanti kita.
Seseorang yang boleh memberi khabar tentang keajaiban begini,tokohyang hebat dan luar biasa bermukjizat sebegini adalah perlu. Kelihatan juga daripada gerak jalantokoh inibahawa baginda telah melihat, sedang melihat dan menceritakan apa yang baginda lihat.
Baginda mengajar kita dengan sangat teguh tentang apakah yang diingini oleh Tuhan langit dan bumi yang menjaga kita dengan nikmat-nikmat-Nya dan apakah perkara yang diredhai-Nya. Ketika perlu meninggalkan semua perkara dan berlari serta mendengar kepadaRasulyang mengajar tentang hakikat-hakikat yang lebih banyak menimbulkan rasa ingin tahu dan penting seperti semua ini adalah perlu. Maka apakah yang berlaku kepada ramai insan yang menjadi tuli dan buta bahkan menjadi gila sehingga tidak melihat hakikat ini, tidak mendengar dan tidak memahaminya?
Titisan Kedua Belas: Justerusebagaimana baginda menjadi dalil bertutur dan dalil yang benar pada tahap kebenaran keesaan al-Khaliq maujudat, baginda juga adalah dalil muktamad dan dalil yang nyata tentang Hasyir dan kebahagiaan abadi.Bahkan, sebagaimanabagindaadalah sebab kecapaian kebahagiaan abadi dan wasilah kesampaiannya melalui hidayahnya begitu juga, melalui doanya dan rayuannya, baginda adalah sebab kewujudan kebahagiaan abadi itu dan wasilah pewujudannya. Berdasarkan kemunasabahan maqam, kami mengulangi rahsia berikut yang telah ada dalam perbahasan Hasyir.
Maka lihatlah! Baginda berdoa dalam satu solat yang teragung sebegitu sehingga seolah-olah semenanjung ini, bahkan seluruh dunia menunaikan solat dan merayu melalui solat baginda yang agung. Lihatlah, baginda merayu dalam jemaah yang terbesar sebegitu sehingga seolah-olah kesemua insan nurani dan kamil daripada anak-anak Adam daripada zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam sehingga masa kita sekarang, bahkan sehingga kiamat mencontohi baginda dengan patuh dan mengaminkan doa baginda.
Serta lihatlah, baginda berdoa untuk satu hajat yang umum seperti kebaqaan sehinggakan, bukan sahaja penduduk dunia, bahkan penghuni langit, bahkan semua makhluk menyertai rayuan baginda lalu berkata dengan lisanul hal mereka: “Oh, benar, wahai Tuhan kami! Berilah, perkenankanlah doa baginda. Kami juga mahukannya.”
Malah, Baginda merayu dengan penuh kefakiran, penuh kesedihan, penuh kecintaan, penuh kerinduan dan penuh tadharru’ sehingga seluruh alam semesta menangis menyertai doa baginda.
Lihat, baginda berdoa untuk satu maksud dan tujuan yang tinggi sebegitu sehingga baginda mengeluarkan insan dan alam bahkan seluruh makhluk daripada Asfala Safilin, kejatuhan, ketiadaan nilai dan ketiadaan faedah kepadaA’la ‘Illiyyin yakni kepada kebernilaian, kebaqaan dan tugas mulia.
Lihat, baginda meminta dan merayu dengan esakan yang penuh dengan pintaan bantuan yang begitu tinggi dan dengan rintihan yang penuh dengan permohonan rahmat yang begitu manis sehingga seolah-olah baginda mendengarkannya kepada semua maujudat, langit dan ‘Arasy lalu membawa mereka kepada kecintaan dan menyebabkan mereka melafazkan: “Amin, Allahumma Amin” kepada doa baginda.
Lihat! Baginda meminta hajatnya daripada al-Qadir yang as-Sami’ dan al-Karim, daripada satu al-‘Alim yang al-Basir dan ar-Rahim sebegitu kerana Dia sentiasa melihat, mendengar, memperkenan dan mengasihi suatu kehendak yang paling tersembunyi dan rayuan yang paling terselindung bagi satu makhluk yang paling tersembunyi dengan penyaksian. Ini kerana, Dia sentiasa memberikan apa yang dimintanya walaupun melalui lisanul hal.
Dia sentiasa memberi dalam bentuk yang begitu penuh dengan sifat al-Hakim, al-Basir dan penuh sifat ar-Rahim sehingga tidak akan meninggalkan keraguan kerana tarbiah dan tadbir itu adalah terkhusus kepada as-Sami’ dan al-Basir dan khas kepada al-Karim dan ar-Rahim yang hebat begitu.
274. Page
Titisan Ketiga Belas: Agaknya, apakah yang diingini oleh kemuliaan bangsa manusia, keunggulan alam dan masa dan kebanggaan semesta yang sebenar-benarnya dengan mengambil insan-insan mulia Bani Adam ke belakangnya, berdiri di atas bumi dan menadah tangan menghadap ‘Arasy yang tinggi dan berdoa? Lihat dan dengar! Baginda mengingini kebahagiaan abadi. Inginkan kebaqaan. Inginkan pertemuan. Inginkan syurga. Baginda meminta dengan semua nama-nama suci Ilahi yang memperlihatkan hukum-hukum dan keindahan-keindahannya pada cerminan maujudat. Hatta, sekiranya jika tiada sebab-sebab pewajib bagi tuntutan yang tidak terkira itu seperti rahmat, inayah, hikmah dan keadilan nescaya satu doa baginda itu akan menjadi sebab kepada pembinaan syurga yang mudah kepada qudrat-Nya seperti mewujudkan musim bunga kita. Ya, sepertimana kerasulan baginda menjadi sebab kepada pembukaan medan ujian ini, seperti itu juga ubudiah baginda turut menjadi sebab kepada pembukaan negara yang satu lagi.
Agaknya adakah penyusunan hebat yang disaksikan yang menyebabkan ahli akal dan tahqiq berkata “لَيْسَ فِى الْاِمْكَانِ اَبْدَعُ مِمَّا كَانَ”, kecantikan seni yang tiada kekurangan dan keindahan Rububiyyah yang tiada tandingan dalam rahmat itu, dapat menerima kehodohan, kekejaman, kecelaruan sebegini sama sekali sedangkan Dia mendengar kehendak-kehendak dan suara-suara yang paling kecil dan paling tidak penting lalu menunaikannya namun melihat hasrat-hasrat yang paling penting dan perlu sebagai tidak penting lalu tidak mendengar, tidak memahami dan tidak melaksanakannya? Tidak sama sekali. Hasya wa Kalla! Seratus ribu kali tidak! Keindahan sebegini tidak akan menerima kehodohan sebegini dan tidak mungkin menjadi hodoh.
Wahai teman-teman khayalanku! Cukuplah buat masa ini. Kita perlu kembali ke belakang. Sebaliknya jika kita tinggal selama seratus tahun di zaman itu, di semenanjung itu, kita tetap tidak akan kenyang walaupun telah menghabiskan dan menjelajahi satu peratus urusan-urusan luarbiasa dan tugas-tugas ajaiban baginda secara sempurna.
Sekarang mari, kita akan melihat satudemi satu kurun yang akan kita pulang di atasnya. Perhatikanbagaimanakah setiap kurun telah mengembangkan bunga dengan limpahan yang diambil daripada Mentari Hidayah itu. Ia memberikan jutaan buah-buahan yang bercahaya seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafii, Bayazid al-Bistami, Syah Jailani, Syah Naqsyibandi, Imam al-Ghazali dan Imam Rabbani.
Dengan menangguhkan perincian apa yang kita lihat ke waktu yang lain, kita perlu mendatangkan selawat yang mengisyaratkan kepada sebahagian mukjizatnya yang pasti kepada pemilik mukjizat dan pembawa hidayah itu.
عَلَى مَنْ اُنْزِلَ عَلَيْهِ الْفُرْقَانِ الْحَكِيمُ مِنَ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ مِنَ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَلْفُ اَلْفِ صَلاَةٍ وَ اَلْفُ اَلْفِ سَلاَمٍ بِعَدَدِ حَسَنَاتِ اُمَّتِهِ عَلَى مَنْ بَشَّرَ بِرِسَالَتِهِ التَّوْرَيةُ وَ الْاِنْجِيلُ وَ الزَّبُورُ وَ بَشَّرَ بِنُبُوَّتِهِ الْاِرْهَاصَاتُ وَ هَوَاتِفِ الْجِنِّ وَ اَوْلِيَاءِ الْاِنْسُ وَ كَوَاهِنُ الْبَشَرِ وَ انْشَقَّ بِاِشَارَتِهِ الْقَمَرُ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَلْفُ اَلْفِ صَلاَةٍ وَ سَلاَمٍ بِعَدَدِ اَنْفَاسِ اُمَّتِهِ عَلَى مَنْ جَاءَتْ لِدَعْوَتِهِ الشَّجَرُ وَ نَزَلَ سُرْعَةً بِدُعَاءِهِ الْمَطَرُ وَ اَظَلَّتْهُ الْغَمَامَةُ مِنَ الْحَرُّ وَ شَبَعَ مِنْ صَاعٍ مِنْ طَعَامِهِ مِاٰتٌ مِنَ الْبَشَرِ وَ نَبَعَ الْمَاءُ مِنْ بَيْنِ اَصَابِعِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ كَالْكَوثَرُ وَ اَنْطَقَ اللّٰهُ لَهُ الضَّبَّ وَ الظَّبْىَ وَ الْجِذْعَ وَ الذِّرَاعَ وَ الْجَمَلَ وَ الْجَبَلَ وَ الْحَجَرَ وَ الْمَدَرَ صَاحِبِ الْمِعْرَاجِ وَ مَازَاغَ الْبَصَرُ سَيِّدِنَا وَ شَفِيعِنَا مُحَمَّدٍ اَلْفُ اَلْفِ صَلاَةٍ وَ سَلاَمٍ بِعَدَدِ كُلِّ الْحُرُوفِ الْمُتَشَكِّلَةِ فِى الْكَلِمَاتِ الْمُتَمَثِّلَةِ بِاِذْنِ الرَّحْمنِ فِى مَرَايَا تَمَوُّجَاتِ الْهَوَاءِ عِنْدَ قِرَاءَةِ كُلِّ كَلِمَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ قَارِءٍ مِنْ اَوَّلِ النُّزُوِ اِلَى آخِرِ الزَّمَانِ وَ اغْفِرْلَنَا وَ ارْحَمْنَا يَا اِلٰهَنَا بِكُلِّ صَلاَةٍ مِنْهَا آمِينَ
275. Page
Saya pernah menerangkan dalil kenabian Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah kami isyaratkan secara ringkas dalam Maktub Kesembilan Belas dalam risalah berbahasa Turki yang bernama Syu‘a‘at Makrifatun Nabi dan dalam kalimah ini. Padanya juga wajah-wajah kemukjizatan al-Quranul Hakim telah disebutkan secara ringkas. Dalam satu risalah berbahasa turki yang bernama Lama‘at dan dalam Kalimah Kedua Puluh Lima aku telah menerangkan bahawa al-Quran adalah mukjizat dengan empat puluh wajah secara ringkas dan aku telah mengisyaratkan empat puluh wajah kemukjizatannya. Dalam empat puluh wajah itu, dalam sebuah tafsir berbahasa Arab bernama Isyaratul I’jaz (Isyarat Kemukjizatan) tentang balaghah pada susunannya sahaja aku telah menulis dalam empat puluh muka surat. Sekiranya kamu berhajat kamu boleh merujuk kepada tiga kitab itu.
Titisan Keempat Belas: Al-Quranul Hakim yang merupakan khazanah mukjizat dan mukjizat agung, mengisbatkan kenabian Muhammad dan keesaan Ilahi pada tahap yang seqat’i itu sehingga ia tidak meninggalkan hajat kepada dalil yang lain. Kami juga akan mengisyaratkan kepada takrifnya dan satu atau dua kilauan kemukjizatannya yang telah menjadi sasaran kritikan.
Justeru al-Quranul Hakim yang memperkenalkan Tuhan kita kepada kita adalah terjemahan azali bagi kitab besar alam semesta ini. Penterjemah abadi bagi bermacam-macam-macam lidah yang membaca ayat-ayat takwiniyyah (dalil-dalil penciptaan), pentafsir kitab alam ghaib dan alam syahadah ini, pembongkar perbendaharaan maknawi nama-nama Ilahi yang tersembunyi di muka bumi dan langit, kunci hakikat-hakikat terselindung di sebalik baris-baris peristiwa, khazanah tolehan ar-Rahman dan khitab-khitab azali-Nya yang berada di sebalik tabir alam syahadah ini dan datang dari sudut alam ghaib, mentari, asas dan struktur alam maknawi agama Islam, serta peta alam-alam ukhrawi, kata-kata penerang, tafsir penjelas, dalil qat’i, penterjemah yang terang bagi Dzat, Sifat, Asma’ dan urusan Ilahi. Al-Quran adalah Murabbi (pentarbiah) alam keinsanan ini, air dan cahaya bagi agama Islam yang merupakan keinsanan terbesar, hikmah hakiki bangsa manusia, mursyid (pembimbing) dan petunjuk hakiki yang membawa manusia kepada kebahagiaan.
Ia adalah sebuah kitab hikmah dan sebuah kitab syariat, sebuah kitab doa dan sebuah kitab ‘ubudiyyah, sebuah kitab perintah dakwah, sebuah kitab zikir, sebuah kitab fikir. Serta satu-satunya kitab suci lengkap yang mengandungi banyak buku yang boleh menjadi rujukan kepada semua keperluan maknawi insan. Serta ia adalah kitab samawi yang ibarat sebuah perpustakaan suci yang menunjukkan satu risalah yang sesuai kepada masyrab yang berbeza dan maslak yang berlainan bagi semua wali dan siddiqin, bagi semua ‘arifin dan muhaqqiqin serta sesuai dengan selera masyrab masing-masing dan akan menerangi masyrab itu. Serta sesuai dengan perjalanan setiap maslak dan akan menggambarkannya.
Perhatikanlah kepada kilauan kemukjizatan pada pengulangan ayat-ayatnya yang dianggap sebagai sebab kekurangan. Oleh sebab al-Quran adalah sebuah kitab zikir, kitab doa dan kitab seruan, pengulangan di dalamnya adalah mustahsan. Bahkan lebih perlu dan lebih balaghah. Bukan seperti sangkaan para pengkritik. Kerana ciri-ciri zikir ialah penerangan melalui pengulangan. Ciri-ciri doa ialah penetapan melalui kekerapan. Ciri-ciri perintah dan seruan ialah pengukuhan melalui keacapan. Semua orang tidak mampu untuk membaca semua al-Quran setiap masa. Tetapi biasanya mereka mampu untuk satu surah. Kerana itu maqasid al-Quran yang paling penting dimasukkan dalam kebanyakan surah-surah yang panjang lalu setiap surah menjadi ibarat sebuah al-Quran kecil.
Maknanya untuk tidak menghalang sesiapa sahaja maka sesetengah maksud seperti Tauhid, Hasyir dan Kisah Nabi Musa ‘Alaihis Salam telah diulang-ulang. Seperti keperluan jasmani juga hajat-hajat maknawi juga adalah berlainan. Insan berhajat kepada sesetengahnya pada setiap nafas. Seperti hawa (udara) untuk tubuh dan huwa[103] (Dia yakni Allah) untuk roh. Kepada sesetengahnya setiap jam seperti “بِسْمِ اللّٰهِ” dan begitulah seterusnya.
Maknanya, pengulangan ayat lahir daripada keberulangan keperluan. Dengan mengisyaratkan kepada keperluan itu dan membangkitkannya lalu menggalakkannya ia berulang untuk menggerakkan kerinduan dan selera.
276. Page
Al-Quran juga adalah pengasas. Ia adalah asas-asas satu Dinul Mubin (Agama yang jelas). Ia adalah dasar-dasar alam Islam ini, pengubah kehidupan bermasyarakat manusia dan jawapan kepada soalan-soalan berulang kepada pelbagai peringkat. Untuk menguatkan pengasas, pengulangan adalah diperlukan. Untuk mengukuhkan, kekerapan adalah perlu. Untuk menyokong, penetapan, pembuktian dan pengulangan adalah perlu. Ia membahaskan tentang masalah-masalah yang besar dan hakikat-hakikat yang terperinci sehingga untuk menempatkannya di hati semua, ia perlu diulang banyak kali dalam bentuk yang berlainan. Bersama ini secara zahirnya ia adalah pengulangan. Tetapi secara makna terdapat banyak makna, banyak faedah dan banyak wajah serta peringkat pada setiap ayat. Ia disebutkan untuk makna, faedah dan maksud yang berlainan pada setiap tempat. Ibham dan ijmal al-Quran pada sesetengah masalah-masalah kauniyyah-nya(berkaitan alam) pula adalah kilauan kemukjizatan yang berbentuk bimbingan. Ia tidak akan boleh menjadi sasaran kritikan dan punca kekurangan seperti yang dianggap oleh mereka yang mulhid.
Jika kamu berkata: Agaknya mengapakah al-Quranul Karim tidak membahaskan tentang maujudat seperti yang dilakukan oleh falsafah? Mengapa ia menghuraikan sesetengah masalah secara mujmal (ringkas)? Mengapa al-Quran menyebut tentang sesetengahnya secara penuh kemudahan yang zahir yang akan membelai pandangan umum, tidak akan melukakan perasaan orang ramai dan tidak melemahkan serta meletihkan fikiran awam?
Sebagai jawapan kami boleh berkata bahawa falsafah telah menyesatkan jalan hakikat. Itulah sebabnya. Daripada pengajaran-pengajaran dan kalimah-kalimah yang lepas sudah tentu kamu faham bahawa al-Quranul Hakim membicarakan tentang alam semesta ini supaya ia memberitahu tentang Dzat, Sifat dan Asma’ Ilahi. Yakni, dengan menerangkan makna-makna kitab alam semesta ini supaya ia dapat memperkenalkan al-Khaliq-nya.
Maknanya, al-Quran memandang maujudat bukan kerana dirinya (maujudat) bahkan kerana Penciptanya. Al-Quran berkhitab kepada umum. Ilmu dan hikmah pula melihat maujudat kerana maujudat. Lebih-lebih lagi ia berkhitab kepada ahli sains.
Oleh itu, memandangkan al-Quran menjadikan maujudat sebagai dalil, dan dalil pula perlu zahir dan mudah difahami oleh pandangan umum; Memandangkan al-Quranul Mursyid juga berkhitab kepada segenap lapisan manusia dan lapisan yang paling ramai ialah lapisan masyarakat awam, maka sudah tentu irsyad (bimbingan) menghendaki supaya ia dapat memujmalkan perkara yang tidak penting dengan ibham dan dapat mendekatkan perkara yang terperinci dengan tamsilan. Untuk tidak menjatuhkan masyarakat awam ke dalam kata-kata yang menipu, ialah tidak mengubah perkara-perkara yang jelas pada pandangan-pandangan zahir mereka dalam bentuk yang tidak perlu bahkan merugikan.
Contohnya ia menyebut tentang Matahari ialah lampu dan pelita yang berputar. Ini kerana ia tidak membicarakan tentang matahari kerana matahari atau perihalnya. Bahkan kerana ia adalah paksi sejenis penyusunan dan markas susunan. Ia membicarakan tentang penyusunan dan susunan pula kerana itu adalah cerminan makrifah as-Sani’. Ya, al-Quran menyebut وَالشَّمْسُ تَجْرِى, matahari berputar. Dengan ungkapan berputar ini, dengan mengingatkan tentang tindak-tanduk qudrat yang tersusun pada putaran Musim Sejuk dan Panas, siang dan malam ia memahamkan tentang keagungan as-Sani’.
Justeru, biarlah apa jua hakikat putaran ini, maksud yang dikehendaki tidak akan memberi kesan kepada penyusunan yang ditenun dan disaksikan. Al-Quran juga menyebut: “وَ جَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا”, dengan ungkapan pelita ini, ia memahamkan tentang rahmat dan kurniaan al-Khaliq dengan mengingatkan bahawa alam adalah seperti istana, benda-benda di dalamnya pula adalah perhiasan, makanan dan keperluan yang telah disediakan untuk manusia dan benda hidup, manakala matahari pula ialah lilin yang berbakti.
277. Page
Sekarang lihat, apakah yang dikatakan oleh falsafah yang bingung dan becok? Cuba perhatikan, ia berkata: “Matahari ialah ketulan api besar yang cair. Ia memutarkan planet-planet sekitar yang telah bercerai daripadanya. Kebesaran saiznya adalah seperti ini dan keadaannya dalah seperti itu begitu begini... selain daripada kedahsyatan yang menakutkan dan ketakjuban yang menggerunkan, ia tidak memberi kesempurnaan ilmu kepada roh. Ia tidak membicarakannya seperti perbahasan al-Quran. Sebagai kiasan kepada hal ini, kamu dapat memahami apakah nilai masalah-masalah falsafah yang secara batinnya adalah kosong dan zahirnya adalah bising. Janganlah terpedaya dengan kehebatan luarannya (falsafah) lalu kamu tidak menghormati penerangan al-Quran yang sangat mengkagumkan.
Peringatan! Terdapat enam titisan pada Titisan Keempat Belas dalam Risalah an-Nur yang berbahasa Arab. Terutamanya terdapat enam nuktah pada Titisan Keempat. Ia menerangkan lima belas daripada empat puluh jenis mukjizat al-Quranul Hakim. Kita ringkaskan di sini dengan berpada padanya. Jika kamu mahu rujuklah kepadanya. Kamu akan menemui satu khazanah mukjizat.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ شِفَاءً لَنَا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَ مُونِسًا لَنَا فِى حَيَاتِنَا وَ بَعْدَ مَمَاتِنَا وَ فِى الدُّنْيَا قَرِينًا وَ فِى الْقَبْرِ مُونِسًا وَ فِى الْقِيَامَةِ شَفِيعًا وَ عَلَى الصِّرَاطِ نُورًا وَ مِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا وَ فِى الْجَنَّةِ رَفِيقًا وَ اِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيلاً وَ اِمَامًا بِفَضْلِكَ وَ جُودِكَ وَ كَرَمِكَ وَ رَحْمَتِكَ يَا اَكْرَمَ الْاَكْرَمِينَ وَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ آمِينَ
(Ya Allah, jadikanlah al-Quran sebagai kesembuhan bagi kami daripada segala penyakit, teman ketika sepi dalam hidup kami dan juga selepas kematian kami, teman di dunia, dan teman ketika sepi di kubur, pemohon syafaat pada hari kiamat, nur ke atas titian sirath, penghalang dan hijab daripada neraka, teman di dalam syurga, dan petunjuk dan imam menuju segala kebaikan seluruhnya, dengan keutamaan, kemurahan, kedermawanan dan rahmat-Mu, wahai tuhan yang Maha Mulia, wahai tuhan yang Maha Pengasih. Amin.}
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى مَنْ اُنْزِلَ عَلَيْهِ الْفُرْقَانُ الْحَكِيمُ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ آمِينَ
(Ya Allah berilah selawat serta salam ke atas seorang yang diturunkan al-Quran yang merupakan pembeza antara hak dan batil dan yang bijaksana, dan ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya. Amin.)
Said Nursî
278. Page
Lampiran bagi "KalimahKesembilan Belas" dan "KalimahKetiga Puluh Satu"
Sekitar peristiwa terbelahnya bulan
بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ القمر وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ
(Hari kiamat telah hampir dan bulan telah terbelah dan jika mereka melihat satu tanda kebesaran mereka berpaling dan mereka berkata, "Itu adalah sihir yang berterusan.)
Sesungguhnya para ahli falsafah dan para pengikut mereka yang bodoh dan hilang pertimbangan ingin menggerhanakan mukjizat terbelahnya bulan dengan waham yang rosak. Mukjizat ini merupakan mukjizat yang terang seperti bulan purnama daripada pelbagai mukjizat Rasul yang mulia. Mereka berkata, "Kalaulah terbelahnya bulan itu memang berlaku maka seluruh alam mengetahui kejadian ini dan dinukil oleh sejarah manusia."
Jawapan: Sesungguhnya peristiwa terbelahnya bulan telah dinyatakan dengan penyataan secara tiba-tiba pada waktu malam ketika manusia dalam keadaan leka agar menjadi bukti bagi dakwaan kenabian di hadapan kelompok yang hadir dan saksi yang telah mendengar berkenaan dakwaan itu namun mereka mengingkarinya. Ketika itu tamadun tidak tersebar dan tidak maju tetapi masih terhad. Ilmu astronomi (kaji langit) dan ilmu falak ketika itu masih sedikit dan terlalu sederhana. Ditambah pula terdapat pelbagai sebab yang menghalang untuk melihat bulan seperti perbezaan tempat terbit dan terdapat kabut dan awan. Sudah tentu hatidaklah menjadi satu kemestian diperlihatkan pada seluruh pelusuk alam dan dirakam oleh seluruh sejarah.
Maka sekarang dengarlah pada lima noktah daripada noktah yang banyak yang akan menghilangkan awan waham ini dari wajah mukjizat terbelahnya bulan.
Noktah Pertama: Sesungguhnya al-Quran al-Hakim telah mengisytiharkan bagi seluruh alam peristiwa ini dengan firman-Nya, وَ انْشَقَّ الْقَمَرُ "Dan telah terbelah bulan" walaupun sifat keras kepala orang kafir pada zaman itu dan di tempat itu memang diketahui dan masyhur dalam sejarah Namun tiada siapa dalam kalangan orang kafir yang ingkar terhadap al-Quran untuk mendustakan ayat ini. Atau dengan kata lain sesungguhnya mereka tidak dapat membuka mulut untuk mengingkari peristiwa yang al-Quran telah beritahu mengenainya. Kalaulah peristiwa ini tidak berlaku secara thabit dan qat'i bagi kaum kafir pada zaman itu maka sudah pasti mereka telah mendustakan peristiwa itu dengan pendustaan yang besar dan mereka menyerang untuk membatalkan dakwaan kenabian dengan mewar-warkan kata-kata ini, padahal tiada kitab sejarah dan sirah yang menukilkan sekitar peristiwa ini apa-apa daripada kaum kafir bahawa peristiwa itu tidak berlaku, akan tetapi yang dinukilkan kepada kita bahawa kaum kafir yang telah menyaksi dan melihat peristiwa itu berkata, "Sesungguhnya itu adalah sihir." sebagaimana yang diterangkan oleh ayat, "dan mereka berkata, وَ يَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ "itu adalah sihir yang berterusan," dan ia (Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ) telah menzahirkan sihir pada kita. Dan jika kafilah-kafilah yang berada di tempat lain telah melihatnya maka peristiwa itu adalah satu hakikat, jika tidak maka ia (Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ) telah menyihir kita." Kemudian pada pagi keesokannya kafilah-kafilah yang datang dari Yaman dan dari tempat lain memberitahu bahawa mereka telah melihat kejadian seperti ini. Lalu kaum kafir berkata mengenai kebanggaan alam Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, "Sesungguhnya sihir Anak Yatim Abu Talib telah mencapai langit", (tidak sama sekali tidak).
Noktah Kedua: Kebanyakan para penyelidik yang agung seperti Sa'dudin at-Taftazzani telah berkata, "Sesungguhnya peristiwa terbelahnya bulan adalah mutawatir seperti mutawatirnya peristiwa terpancarnya air dari jari-jari Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam , peristiwa pemberian minum seluruh tentera, peristiwa tangisan batang kayu yang kering yang menjadi tempat bersandar bagi NabiSollallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika menyampaikan khutbah dalam masjid kerana berpisah daripada Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Semua jemaah pula mendengarnya. Dengan kata lain peristiwa ini dinukil oleh satu kelompok yang banyak dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang mustahil bagi mereka untuk melakukan dan berpakat untuk berbohong. Oleh itu, mereka (para penyelidik) berkata bahawa peristiwa itu adalah mutawatir seperti mutawatirnya kemunculan satu komet yang masyhur pada seribu tahun yang lalu seperti komet Halley dan kewujudannya adalah thabit yang qat'i secara mutawatir seperti wujudnya pulau Sarandib yang tidak pernah kita lihat.
Maka perbuatan menimbulkan keraguan yang berdasarkan waham berkenaan masalah-masalah yang memang disaksikan dan thabit secara qat'i adalah satu kebodohan dan kedunguan. Memadailah bahawa peristiwa itu tidak mustahil. Walau bagaimanapun peristiwa terbelahnya bulan adalah mungkin seperti peristiwa terbelahnya gunung disebabkan oleh gunung berapi.
279. Page
Noktah Ketiga: Sesungguhnya mukjizat adalah untuk menetapkan dakwaan kenabian dan untuk memuaskan orang yang mengingkari dakwaan kenabian itu, dan bukannya untuk memaksa mereka. Maka adalah satu kewajiban untuk menyatakan mukjizat sebagai cara yang memberi kepuasan bagi para pendengar berkenaan dakwaan kenabian, maka menyatakannya di tempat lain, atau menzahirkan mukjizat itu dengan penzahiran yang terlalu nyata setahap yang memaksakan semua untuk menerimanya adalah berlawanan dengan rahsia taklif. Paksaan juga adalah menafikan hikmah Allah yang Maha Bijaksana dan Pemilik nama al-Jalal. Kerana sesungguhnya rahsia taklif mewajarkan pembukaan pintu di hadapan akal tanpa mencabut hak membuat pilhan bagi akal. Maka jika Allah yang Maha Pencipta telah membiarkan peristiwa terbelahnya bulan berterusan beberapa jam untuk menunjukkannya pada seluruh alam sebagaimana yang dikehendaki oleh ahli falsafah, dan dirakam dalam seluruh sejarah manusia, maka tidaklah peristiwa itu pada ketika itu menjadi satu bukti bagi dakwaan kenabian sepertimana peristiwa Samawi yang lain, dan tidaklah ia menjadi khas bagi kerasulan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka jadilah ia mukjizat yang mudah difahami yang memaksa akal untuk mempercayai dan mencabut hak untuk memilih bagi akal, lalu akal mengesahkan kenabian tersebut sama ada ia hendak atau enggan. Orang seperti Abu Jahal yang memiliki ruh yang rendah seperti arang adalah sama seperti Abu Bakr as-Siddiq yang memiliki ruh yang tinggi seperti berlian dan hilanglah rahsia taklif. Maka bagi rahsia taklif inilah peristiwa itu berlaku secara tiba-tiba, pada waktu malam dan pada waktu manusia dalam keadaan lalai dan Allah menjadikan perbezaan tempat terbit, kabut, awan dan sebab-sebab lain menjadi penghalang untuk melihat peristiwa itu, dan Allah tidak nyatakan bagi seluruh alam, atau dengan ungkapan lain tidak menjadikan peristiwa itu dirakam oleh sejarah.
Noktah Keempat: Oleh kerana peristiwa terbelahnya bulan telah berlaku hanya seketika, pada waktu malam dan ketika semua umat manusia dalam keadaan lalai, maka sudah tentu peristiwa tersebut tidak dapat disaksikan (pada waktu yang sama) di seluruh dunia. Malah kalau telah muncul bagi beberapa orang, maka mereka tidak mempercayai apa yang mereka lihat, walaupun mereka mempercayainya namun tidak syak bahawa peristiwa penting seperti ini tidak menjadi modal yang kekal bagi sejarah yang telah melalui jalan perkhabaran yang satu. Malah telah terbit dalam beberapa kitab satu tambahan bahawa bulan ini telah turun di atas bumi selepas terbelah namun telah ditolak oleh para penyelidik, mereka berpendapat mungkin ditambah oleh seorang munafik dengan niat merendahkan nilai mukjizat yang cemerlang ini.
Kemudian, sebagai contoh, England pada waktu itu diselubungi kabut kejahilan. Pada waktu itu pula di Sepanyol adalah waktu bermulanya matahari terbenam. Di Amerika pula masih siang. Di China dan Jepun masih pagi, dan di tempat lain terdapat pelbagai sebab yang menjadi penghalang, Berdasarkan ini semua maka mukjizat ini tidak dapat dilihat sama sekali.
Sekarang lihatlah pada seorang pembantah yang tidak guna akalnya ini, ia berkata, "Sesungguhnya sejarah orang England, China, Jepun dan Amerika tidak menyebut dan tidak bercakap mengenainya, Oleh itu, peristiwa itu tidak berlaku." Seribu kebencian ke atas orang-orang yang ampu-mengampu terhadap Eropah seperti dia.
280. Page
Noktah Kelima: Sesungguhnya peristiwa terbelahnya bulan bukanlah satu peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan terjadi secara sendiri berdasarkan pada beberapa sebab semula jadi sehingga ia dikira sebagai sebahagian daripada aturan semula jadi yang biasa berlaku. Bahkan peristiwa ini dilakukan oleh Pencipta matahari dan bulan yang Maha Bijaksana dengan cara yang luar biasa untuk mengesahkan kerasulan rasul-Nya dan untuk pencerahan dakwaannya. Peristiwa ini telah dinyatakan untuk menegakkan hujah ke atas manusia yang dikehendaki oleh hikmah Rububiyyah bersesuaian dengan rahsia bimbingan, rahsia taklif dan hikmah kerasulan. Peristiwa terbelahnya bulan ini untuk tidak memperlihatkan kepada mereka yang rahsia kebijaksanaan tidak berkehendak bagi mereka untuk melihatnya, dan manusia yang belum lagi sampai kepada mereka dakwaan kenabian di negeri-negeri yang ada di dunia, berdasarkan pada pelbagai sebab yang menghalang mereka untuk melihat peristiwa itu seperti tidak muncul bulan di beberapa negeri dengan sebab kabut, awan dan perbezaan tempat terbit bulan, terbitnya matahari di beberapa negara, sebahagian pula masih pagi, sebahagian pula baru terbenam matahari, maka telah disembunyikan peristiwa itu. Namun jika telah diperlihatkan bagi mereka semua maka ia diperlihatkan sebagai natijah daripada isyarat Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan sebagai mukjizat bagi kenabian. Maka ketika itu kerasulannya akan mencapai ke tahap terlalu nyata dan akan memaksa semua manusia untuk mengesahkanya tanpa meninggalkan hak memilih bagi akal. Rahsia taklif juga telah hilang, sedangkan iman adalah dengan pilihan akal.
Dan jikalau peristiwa itu diperlihatkan sebagai satu peristiwa samawi semata-mata maka telah terputuslah hubungan dan kaitannya dengan kerasulanSollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan tiadalah peristiwa itu memiliki hubungan yang khas dengan Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam .
Hasilnya adalah tiada syubhah yang tinggal berkenaan kemungkinan berlakunya peristiwa terbelahnya bulan dan ia adalah thabit secara qat'i.
Sekarang kita mengisyaratkan enam bukti daripada pelbagai bukti yang menjadi dalil atas berlakunya peristiwa itu[104], sebagai berikut:
Pertama: Ijma’ para sahabat yang adil atas berlakunya peristiwa ini.
Kedua: Kesepakatan semua pentafsir dalam kalangan para penyelidik bahawa peristiwa itu telah berlaku ketika mereka mentafsirkan ayat, "telah terbelah bulan",
Ketiga: Riwayat dan nukilan semua ahli hadith yang benar dan mereka merupakan ahli riwayat yang sahih bahawa peristiwa ini telah berlaku dengan sanad-sanad yang sahih dan dengan pelbagai jalan.
Keempat: Kesaksian semua wali dan golongan siddiqin dalam kalangan ahli kasyaf dan ilham.
Kelima: Pengesahan para imam dalam bidang ilmu kalam dan para ulamanya yang memiliki ilmu yang dalam walaupun mereka berbeza satu dengan yang lain dengan perbezaan yang besar dari sudut cara suluk mereka.
Keenam: Penerimaan Umat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang tidak berkumpul atas kesesatan dengan nas yang qat'i berkenaan peristiwa itu membuktikan bahawa terbelahnya bulan adalah terang seperti matahari.
Hasil: Sesungguhnya apa yang telah kami sebut sehingga ini adalah untuk penyelidikan dan untuk penghujahan dan mendiamkan khusus sedangkan selepas ini maka ayat-ayat ini adalah untuk hakikat dan iman.
281. Page
Ya, sesungguhnya penyelidikan berkata begitu sedangkan hakikat berkata begini: Sebagaimana penutup dewan kenabianSollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan bulan yang menerangi bagi langit kerasulan, Allah telah menunjukkan mahbubiyah miliknya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam (keadaan Nabi sebagai orang yang dicintai Allah) dan kecemerlangannya ke atas para penduduk langit dan penduduk alam yang tinggi dengan mikraj yang merupakan keramat yang agung dan mukjizat yang besar bagi kewalian yang berada dalam kehambaannya yang telah mencapai martabat Mahbubiyah (atau dengan mikraj yang merupakan perbuatan Allah Yang Maha benar menjalankan satu jisim yang berasal dari bumi di langit) dan menetapkan penguasaan Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Begitu juga Allah membelah bulan yang ada kaitan dengan bumi dan yang bergantung di langit kepada dua bahagian dengan isyarat seorang yang berasal dari bumi dan ditunjukkan bagi penduduk bumi satu mukjizat bagi kerasulan seorang manusia yang berasal dari bumi ini, yang mana sesungguhnya Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah terbang ke puncak kesempurnaan dengan dua sayap nurani seperti kerasulan dan kewalian seperti dua sayap nurani yang terhampar bagi bulan sehingga sampai ke kawasan Qaba Qausain atau lebih dekat daripada itu. Kemudian baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam menjadi sumber kebanggaan bagi penduduk langit dan penduduk bumi.
عليه وعلى آله الصلوات والتسليمات ملء الأرض والسماوات.
﴿سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ العَلِيمُ الحَكِيمُ﴾
Ke atasnya dan ke atas keluarganya pelbagai selawat dan pelbagai ucapan salam sepenuh bumi dan langit
Maha Suci Engkau tiadalah ilmu bagi kami melainkan apa yang engkau telah ajarkan pada kami. Sesungguhnya engkau adalah tuhan Yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Said an-Nursi
Satu bahagian daripada lampiran mukjizat-mukjizat Nabi Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam
Penutup: Sekitar dalil-dalil kerasulan Nabi MuhammadSollallahu ‘Alaihi wa Sallamdan jawaban ringkas bagi soalan yang berkaitan dengan kemusykilan pertama daripada tiga kemusykilan yang penting yang ada pada penutup asas yang ketiga daripada risalah mikraj Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallamdalam bentuk satu senarai.
Pertanyaan: "Mengapakah Mikraj yang agung ini khas bagi Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallamyang berbangsa Arab?"
Jawapan: Sesungguhnya kemusykilan kamu yang pertama telah dirungkaikan secara terperinci dalam tiga Puluh kalimat” yang lalu. Kami menerangkan di sini hanya indeks ringkas sebagai isyarat yang ringkas yang menunjuk pada kesempurnaan dzat Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan dalil-dalil kenabiannya bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling layak bagi mikraj yang agung itu sebagai berikut:
Pertama: Sesungguhnya Husain al-Jisri iaitu seorang pengkaji telah mengeluarkan 114 isyarat pemberian khabar gembira berkenaan kenabian seorang yang bernama Ahmad ke atas pemiliknya iaitu Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam daripada kitab-kitab suci seperti Taurah, Injil dan Zabur dengan amat pelbagai penyelewengan yang berlaku ke atas isyarat-isyarat tersebut dalam kitab-kitab tersebut dan ia telah paparkan isyarat-isyarat tersebut dalam kitabnya ar-risalah al-Hamidiyah.
282. Page
Kedua: Sesungguhnya telah dinukilkan kepada kita secara sejarah dan dengan gambar yang sahih pelbagai khabar gembira beberapa ketika sebelum kebangkitan Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam mengisyaratkan pada kenabiannya, dan juga mengisyaratkan bahawa baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah Nabi akhir zaman sebagaimana yang telah dijelaskan oleh dua orang pendeta yang masyhur iaitu Syiq dan Sathih yang terkenal dalam sejarah.
Ketiga: Sesungguhnya ratusan perkara luar biasa yang dikenal sebagai irhasat seperti jatuhnya patung-patung di Kaabah, dan merekahnya gerbang istana yang masyhur milik Kisra Parsi pada malam kelahiran Nabi yang disebut sebagai Ahmad ke atas pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah masyhur menururt sejarah.
Keempat: Sesungguhnya sirah dan sejarah mengisbatkan dengan penyelidikan para penyelidik bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah dikurniakan mukjizat yang mencecah seribu seperti pemberian minum olehnya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam kepada pasukan tentera dengan air yang terbit dari jari-jarinya, tangisan dan rengekan sebatang kayu yang kering dalam masjid seperti rengekan unta di hadapan manusia yang ramai disebabkan perpindahan mimbar dan perpisahan kayu itu daripada Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan seperti terbelahnya bulan dengan nas ayat, وَ انْشَقَّ الْقَمَرُ "dan terbelahlah bulan".
Kelima: Ahli yang adil dan teliti tidak ragu bahawa di sana terdapat akhlak yang mulia yang paling tinggi dalam tokoh ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan kesepakatan kawan dan lawan dan sesungguhnya terdapat dalam tugas dan penyampaiannya sifat-sifat yang tinggi dengan kesaksian hal ehwal perhubungan tokoh ini, dan terdapat juga sifat-sifat yang terpuji yang paling tinggi dalam syariatnya yang paling mulia dan paling sempurna dengan kesaksian akhlak-akhlak mulia yang terdapat dalam agama Islam.
Keenam:Sesungguhnya rasulSollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah memperlihatkan kehambaan yang agung dalam agamanya dengan gambaran yang paling terang terhadap apa yang diminta oleh ketuhanan untuk kelihatan sebagai kewajaran kebijaksanaan sebagaimana yang saya isyaratkan padanya dalam "Isyarat Kedua" bagi "Kalimah Kesepuluh".
Sesungguhnya Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam secara jelas adalah seorang individu merupakan seorang penyeru dan seorang yang memperkenalkan dengan gambaran yang paling cantik bagi kecantikan yang dimiliki oleh Pencipta alam semesta dalam kesempurnaan-Nya yang mutlak dengan apa yang diminta olehnya daripada penyataan dan pengisytiharan dengan satu perantara sedikit sebanyak, yang bersesuaian dengan kebijaksanaan dan hakikat.
Sama juga, dengan penyaksian, sesungguhnya rasulSollallahu ‘Alaihi wa Sallam juga adalah seorang individu yang mengumumkan dengan suara yang lantang mengenai kesempurnaan ciptaan Pencipta alam semesta dalam kecantikannya yang mutlak dengan apa yang dihendaki daripadanya daripada persembahan dan penunjukan bagi pandangan mata dengan menarik perhatiannya pada makhluk.
Kemudian, adalah muktamad bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah pengisytihar mengenai semua tingkatan tauhid dan Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam berada di kedudukan yang paling tinggi bagi tauhid dengan apa yang dikehendaki Tuhan sekalian alam daripada pengisytiharan kewahidan pada peringkat makhluk.
Dan begitu juga, dengan jelas sesungguhnya RasulSollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah cermin yang paling jelas dan paling murni yang memantulkan kecantikan zat-Naya, keindahan nama al-Jamal-Nya dan kehalusan kecantikan-NYA Pemilik alam semesta atas kehendak-Nya untuk melihat dan menjadikannya melihat kecantikan yang disucikan itu melalui tanda kecantikan atas kesan-kesan-Nya yang terlalu banyak bersesuaian dengan hakikat dan kebijaksanaan. Serta, Bagindalah orang yang mencintai Allah dan menjadikan makhluk lain pun mencintai-Nya.
283. Page
Dan dengan jelas RasulSollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah pengisytihar yang paling agung mengenai pelbagai khazanah alam ghaib milik Pencipta istana alam semesta ini, iaitu khazanah yang dipenuhi dengan pelbagai mukjizat yang paling indah dan permata yang paling mahal. Kemudian Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam menyifat dan memperkenalkannya dalam gambaran yang paling agung, dengan apa yang dikehendaki oleh Pencipta yang memiliki kecantikan berkenaan penyataan khazanah-Nya itu dan pengisytiharan mengenai-Nya serta pemberitahuan dan pengenalan kesempurnaan-Nya dengan perantaraan khazanah-khazanah tersebut.
Dan dengan jelas sesungguhnya baginda adalah seseorang yang melaksanakan tugas bimbingan dan kepimpinan bagi jin dan manusia dengan al-Quran yang bijaksana, malah bagi golongan ruhani dan para malaikat dalam gambaran yang paling agung dengan apa yang dikehendaki Pencipta alam ini daripada penciptaan-Nya terhadap individu ini yang dihiasi dengan pelbagai keajaiban dan perhiasan, dan Allah memasukkan ke dalamnya (alam ini) mereka yang mempunyai perasaan dalam kalangan makhluk-makhluk ciptaan-Nya untuk berjalan, bersiar-siar, mengambil pengajaran dan tafakur serta (Allah) mengajarnya pelbagai makna dan nilai pelbagai ciptaan-Nya dan kesan-kesan-Nya bagi mereka dan bagi ahli musyahadah dan tafakur sesuai dengan kebijaksanaan-Nya.
Dan secara jelas juga sesungguhnya baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah seseorang yang menyingkap pelbagai hakikat al-Quran mengenai teka-teki yang terkunci yang mengandungi maksud dan tujuan daripada pertukaran alam semesta dan seorang yang merungkai teka-teki yang membingungkan berkenaan benda-benda yang ada, teka-teki itu adalah tiga soalan yang kukuh Siapakah kamu? Dari manakah kamu? Ke manakah kamu? dalam satu gambaran yang paling jelas dan satu derajat yang paling agung dengan apa yang dikehendaki oleh Allah yang Maha Adil dalam hukuman dan yang Maha Bijaksana bagi alam semesta ini melalui penyingkapan teka-teki itu dan menghurai teka-teki itu bagi semua yang memiliki perasaan dengan perantaraan seorang utusan.
Dan dengan jelas juga, sesungguhnya baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah seseorang yang telah datang dengan al-Quran yang mulia dan menjelaskan dengan kitab itu dalam gambaran yang paling tinggi dan sempurna pelbagai perkara yang diredhai dan pelbagai tuntutan Pencipta yang memiliki kekuasaan bagi alam ini dan yang berkehendak untuk memperkenalkan diri NabiSollallahu ‘Alaihi wa Sallam pada orang yang memiliki perasaan dalam kalangan makhluk ciptaan-Nya dengan perantaraan pelbagai ciptaan-Nya yang cantik, dan berkehendak untuk menjadikan zatnya (Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ) dicintai di sisi mereka dengan perantaraan pelbagai nikmat yang berharga dan tidak ternilai, dan sebagai habuan bagi pengenalan dan pemupukan cinta ini, Allah berkehendak dengan satu kemestian agar baginda (Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ) menyampaikan keredhaan dan keinginan ketuhanan-Nya bagi orang yang memiliki perasaan dengan perantaraan seorang rasul.
Dan dengan jelas juga sesungguhnya baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam merupakan seorang yang melaksanakan bimbingan dengan pelaksanaan yang terbaik. RasulSollallahu ‘Alaihi wa Sallam juga seorang yang menunaikan tugas kenabian dengan tugas yang paling utama dengan al-Quran yang mulia dalam martabat yang paling agung dan dengan gambaran dan bentuk yang paling sempurna, dengan apa yang dikehendaki Tuhan sekalian alam daripada pengalihan wajah insan ini dari kathrah (bilangan yang ramai) menuju wahdah, dari alam fana ke alam baqa dengan perantaraan seorang pembimbing. Insan ini adalah buah alam semesta, yang Tuhan sekalian alam telah memberinya satu persiapan yang luas seluas alam, menyediakannya untuk kehambaan yang menyeluruh, dan menjadikan pelbagai perasaannya terpesona dengan banyak dan dunia.
Dan jika makhluk yang paling mulia adalah yang memiliki kehidupan. yang paling mulia dalam kalangan mereka yang memiliki kehidupan adalah mereka yang memiliki perasaan, yang paling mulia dalam kalangan mereka yang memiliki perasaan adalah manusia yang hakiki. Oleh itu, orang yang telah melaksanakan (dalam kalangan manusia yang hakiki) tugas-tugas yang tersebut tadi dengan pelaksanaan yang paling sempurna dalam martabat yang paling sempurna tidak syak lagi adalah orang yang akan naik ke Qaba Qausain dengan mikraj yang agung itu, akan mengetuk pintu kebahagiaan yang abadi, akan membuka khazanah rahmat-Nya Subhanahu wa Ta’ala dan akan menyaksikan pelbagai hakikat ghaib bagi keimanan.
284. Page
Ketujuh: Dengan penyaksian terdapat dalam pelbagai makhluk buatan-Nya pelbagai pembaikan dalam kecantikan yang amat sangat, penghiasan dalam keunikan yang amat sangat, dan sesungguhnya pembaikan dan penghiasan seperti ini menunjukkan dengan jelas atas kewujudan kehendak yang kuat untuk pembaikan, dan untuk tujuan penghiasan di sisi Pencipta bagi pelbagai ciptaan itu. Oleh itu, dengan kemestian, kehendak dan tujuan yang kuat itu menunjukkan wujudnya keinginan yang kuat, dan kecintaan yang suci bagi Pencipta itu terhadap ciptaannya.
Oleh itu, dapat difahami bahawa makhluk yang paling dicintai bagi Pencipta yang Maha Indah yang mencintai ciptaan-Nya adalah ciptaan yang paling menyeluruh, dan yang memperlihatkan dalam diri (Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ) pelbagai kehalusan ciptaan dengan penyataan yang sempurna, yang mengenali dan memperkenalkan pelbagai kehalusan ciptaan, yang menjadikan dirinya dicintai dan yang mempercantikkan kecantikan pelbagai ciptaan yang lain dengan ucapan "Masya-Allah."
Dengan penyaksian juga ia adalah yang menjadikan langit bergema dengan gema al-Quran dan menggoncang alam semesta dengan iramanya melalui kata-katanya iaitu Subhanallah, Masya- Allah, Allahu Akbar! terhadap pelbagai kelebihan dan keeelokan yang mencantik dan menghias semua ciptaan, pelbagai kelembutan dan pelbagai kesempurnaan yang menerangi pelbagai benda yang ada dan yang menjadikan daratan dan lautan dalam keghairahan dengan pengindahan, penghormatan, tafakkur, pengisytiharan, zikir dan tauhid.
Maka tidak syak bahawa pemergian individu yang agung ini (yang ditambah pada neraca timbangannya apa-apa yang dilakukan oleh semua umatnya daripada kebaikan dengan rahsia, “السبب كالفاعل” penyebab adalah seperti pelaku" yang mana semua selawat milik seluruh umatnya menambah kesempurnaan maknawinya (Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ), yang dianugerahkan dengan segala limpahan rahmat dan kecintaan ilahi yang tiada penghujung ditambah pula dengan pelbagai natijah daripada tugas yang dilaksanakan dalam kerasulannya dan balasan maknawinya) ke syurga, Sidratul Muntaha, Arasy dan Qaba Qausain dengan tangga mikraj dan ia adalah kebenaran, hakikatdan kebijaksanaan sebenar.
Said an-Nursi
285. Page
Ditambahkan di sini (sesuai dengan keadaan) “Martabat Kelima Belas” yang bercakap mengenai kerasulan Nabi Ahmad ‘Alaihis Salati was Sallam bagi ‘Rislah Ayat al-Kubra’
Kemudian, sesungguhnya seorang pengembara di dunia ini, bercakap kepada akalnya sendiri, "sebagaimana aku mencari Pemilik dan Penciptaku dengan segala yang ada di alam semesta ini, maka tiada keraguan pada pertamanya dan sebelum segala sesuatu kita perlu pergi bersama ke zaman kebahagiaan untuk menziarahi (Nabi) MuhammadSollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang berbangsa Arab iaitu Dzat yang paling masyhur dan paling sempurna dalam kalangan maujudat malah dengan pengesahan musuh-musuhnya. Individu ini adalah pemimpin yang paling agung, penguasa yang paling mashur bagi maujudat, dari segi kata-kata adalah paling agung, dari segi akal paling terang, yang menyinari empat belas kurun itu dengan keutamaan sendiri dan al-Quran milik Allah, malah untuk kita bertanya kepadanya berkenaan apa yang kita cari." Lalu pengembara itu memasuki zaman ini dengan akalnya, Dan ia mendapati bahawa zaman itu menjadi zaman kebahagiaan manusia yang sebenarnya dengan ketokohan yang dimiliki oleh pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Memang Baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menjadikan dalam waktu singkat kaum yang paling badawi (mundur) paling buta huruf kepada guru dan pemerintah dunia dengan nur yang datang dengannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Malah pengembara itu mula menyiasat sambil berkata pada akalnya, "Kemudian ke atas kita, pertama sekali dan sebelum segala sesuatu untuk mengetahui kadar dan nilai Rasul yang mulia dan luar biasa dan istimewa ituSollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan kebenaran kata-katanya, kebenaran pemberitahuannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sedikit sebanyak, kemudian bertanya kepadanya mengenai Pencipta kita." Hanya akan diisyaratkan di sini satu isyarat pendek bagi "Sembilan dalil menyeluruh" daripada dalil-dalil qat'i yang tidak terhad yang pernah pengembara itu temui.
Pertama: Kewujudan semua sifat-sifat mulia dan ciri-ciri yang terpuji dalam tokoh ini malah dengan pengesahan musuh-musuhnya, dan kemunculan ratusan mukjizat di tangannya yang telah dinukil dengan nukilan yang qat'i. Sebahagian daripadanya adalah mutawatir seperti peristiwa terbelahnya bulan dengan isyarat jarinya dalam ayat yang jelas ﴿وَانْشَقَّ القَمَرُ﴾"dan terbelahnya bulan”[105], larinya tentera musuhnya dengan masuk sedikit tanah dalam genggamannya yang tokoh ini lemparkan ke arah mereka ke dalam mata mereka dengan kejelasan ayat﴿وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللهَ رَمَى﴾"dan tidaklah kamu melempar ketika kamu melempar namun Allah yang melempar"[106], dan pemberian minum olehnya daripada air yang mengalir seperti air Kauthar dari celah-celah jarinya yang lima bagi semua tenteranya yang kehausan sehingga kenyang.
Oleh kerana telah dijelaskan lebih daripada 300 mukjizat dengan dalil-dalilnya yang qat'i dalam Risalah bernama Mukjizat Ahmadiah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam " yang luar biasa yang memiliki keramat yang iaitu "Maktub kesembilan belas". Pengembara itu membiarkan pejelasan semua itu ke Risalah itu berkata, "Sesungguhnya tokoh ini yang memiliki pelbagai mukjizat yang cemerlang sampai ke had ini ditambah pula dengan pelbagai akhlak yang mulia dan pelbagai kesempurnaan yang menunjukkan dengan pasti bahawa ia adalah pemilik kata-kata yang paling benar, dan mestilah ia mustahil helah, pembohongan dan tipu daya yang merupakan kelebihanorang-orang yang rosak akhlaknya.
286. Page
Kedua: Keadaannya membawa di tangannya firman Pemilik alam semesta ini yang diterima dan dibenarkan pada setiap zaman lebih daripada 300 juta manusia, dan keadaan al-Quran yang agung yang merupakan firman itu sebagai mukjizat dari tujuh aspek.
Dan telah diterangkan secara terperinci dalam ‘Kalimah Kedua Puluh Lima’ yang bernama Risalah ‘Mukjizat Al-Quran’ yang merupakan risalah yang masyhur dan satu matahari bagi risalah an-Nur dengan dalil-dalilnya yang kuat bahawa al-Quran adalah mukjizat dengan 40 wajah dan Al-Quran juga adalah kata-kata Pencipta alam semesta. Oleh itu pengembara ini mengalihkannya pada risalah itu. Kemudian ia berkata "Sesungguhnya tidak mungkin terbit daripada peribadi ini SAW (yang merupakan penterjemah dan penyampai bagi firman yang benar dan hakikat itu sendiri) pembohongan yang bermakna perbuatan jenayah ke atas firman itu dan perbuatan khianat terhadap pemiliknya.
Ketiga: Sesungguhnya baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah muncul dengan syariat, Islam, kehambaan, doa, iman, dakwah yang tiada tolok bandingnya dan tidak mungkin ada yang sepertinya dari sudut keasliannya, dan tiada sepertinya dan tidak akan ada buat selamanya kerana sesungguhnya syariat itu yang telah terbit daripada seseorang yang Ummi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengurus selama 14 kurun dan seperlima penduduk bumi dengan adil dan benar dan dengan undang-undangnya yang teliti yang tiada had baginya dan ia tiada sepertinya.
Malah sesungguhnya Islam yang muncul daripada segala perbuatan, perkataan, keadaan seorang tokoh yang Ummi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai seorang petunjuk, dan rujukan bagi 350 juta manusia pada setiap zaman, pembimbing dan pengajar bagi akal mereka, pemberi nur dan pemurni hati mereka, murabbi dan penyuci bagi jiwa mereka, paksi tersingkapnya ruh mereka, sumber bagi peningkatan ruh mereka, dan tidak ada sepertinya dan tidak akan ada sepertinya buat selamanya.
Kemudian sesungguhnya kecemerlangan dan kedahuluannya ke atas semua dalam semua jenis ibadat yang terdapat dalam agamanya, keadaannya lebih bertaqwa daripada setiap orang dan paling takut kepada Allah, penjagaannya bagi pelbagai rahsia yang paling kecil dengan penjagaan yang sempurna dalam menghadap pelbagai mujahadah yang berterusan yang tiada sepertinya dan keadaan yang bergolak dan susah. Lelaki itu melaksanakan semua perkara di atas dengan apa yang ada padanya tanpa meniru sesiapa pun dan dengan aspek yang paling sempurna dan mengikat antara permulaan dan penyudah yang tiada seperti Baginda itu dan tidak akan ada buat selamanya.
Kemudian sesungguhnya baginda menyifatkan Tuhannya dengan makrifah rabbaniyyah (pengetahuan ketuhanan) dalam al-Jaushan al-Kabir yang merupakan satu daripada ribuan doa dan munajatnya dengan satu sifat yang mana tidak dapat ahli makrifat dan ahli kewalian yang telah datang dan telah pergi sejak zaman itu untuk mencapainya bersamaan dengan talahuq al-Afkar (perbauran fikiran) tidak mencapai martabat makrifat itu dan tidak ke darjat itu dalam pemberian sifat berkenaan Tuhan. Ini semua menunjukkan bahawa tiada yang sepertinya dalam berdoa. Maka sesiapa yang melihat ke tempat yang diterangkan di dalamnya terjemah yang ringkas bagi makna-makna yang terdapat dalam satu perenggan daripada 99 perenggan yang terdapat dalam al-Jaushan al-Kabir pada awal risalah munajat itu maka ia akan berkata, "Tiada yang seperti al-Jaushan ini juga." buradan 4 e kadar bak
Kemudian sesungguhnya baginda telah menunjukkan satu kekukuhan, ketetapan dan keberanian dalam menyampaikan risalah dan dalam seruan dakwah kepada manusia pada kebenaran, yang mana tanpa menunjukkan sebarang kesan bagi keraguan, kebimbangan dan rasa takut daripadanya, cabarannya secara bersendirian terhadap seluruh alam, kemampuannya menghadapi alam secara bersendirian, kemampuannya menjadikan Islam memerintah alam, walaupun terdapat permusuhan pelbagai negara yang besar dan agama yang agung malah permusuhan kaum, kabilah dan bapa saudaranya dengan permusuhan yang ketat. Semua itu menunjukkan bahawa tiada sepertinya juga dalam penyampaian dan dakwah dan tidak akan berlaku.
287. Page
Kemudian sesungguhnya baginda telah membawa dalam iman satu kekuatan yang luar biasa, keyakinan yang luar biasa,penyingkapan yang bermukjizat dan keyakinan yang tinggi yang menerangi alam. Sesungguhnya tiadanya perwarisan yang ditinggalkan oleh fikiran, akidah, pelbagai kebijaksanaan orang yang bijaksana, ilmu para ketua rohani yang menguasai pada zaman itu berupa syubhah, keraguan, kelemahan dan sebarang waswas tidak dalam keyakinan, penyandaran dan ketenangannya walau pun terdapat bangkangan, pertentangan dan keingkaran terhadapnya. Sesungguhnya permohonan limpahan daripada Allah yang dilakukan oleh semua wali (yang diketuai oleh para sahabat) yang meningkat naik secara maknawi dan dalam pelbagai tingkatan keimanan daripada martabat keimanannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam pada setiap waktu dan kewujudan mereka terhadapnya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam derajat yang paling tinggi. Setiap itu menunjukkan secara jelas bahawa keimanan baginda juga tiada tandingannya.Dan pengembara itu telah memahami bahawa tiada keraguan bahawa pemilik syariat seperti ini tiada yang sepertinya, tiada yang seperti Islam, kehambaan yang luar biasa, tiada doa yang sepertinya, dakwah yang menyeluruh yang mengagumkan alam semesta, keimanan yang bersifat mukjizat tidak mungkin untuk berlaku pembohongan baginya sama sekali, tidak mungkin baginya untuk melakukan tipu daya. Pengembara ini memahami ini dan akalnya mengesahkannya.
Keempat: Maka sebagaimana ijma’ para Nabi ‘Alaihimus Salam adalah satu bukti yang amat kuat atas kewujudan dan keesaan Allah, ia juga merupakan kesaksian yang teguh, thabit dan amat kukuh atas kebenaran tokoh ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan kerasulannya kerana setiap apa yang merupakan paksi bagi kebenaran para Nabi dan kenabian mereka berupa pelbagai sifat yang suci, pelbagai mukjizat dan pelbagai tugas maka semuanya terdapat dalam dirinya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam aspek yang paling sempurna dan ini disahkan secara sejarah dengan makna bahawa para Nabi Alaihimus Salam tersebut telah memberitahu berkenaan kedatangannya dengan lidah kata-kata mereka dalam Taurat, Injil dan Zabur dan dalam suhuf mereka. Mereka memberi khabar gembira berkenaan perkara tersebut, dan telah diterang dan ditetapkan dengan jelas lebih 20 bahagian daripada bahagian-bahagian yang paling jelas daripada isyarat-isyarat yang memberi khabar gembira bagi kitab-kitab yang suci dalam "Maktub Kesembilan Belas". Mereka juga mempercayai dengan lidah/bahasa keadaan mereka (atau dengan kenabian dan mukjizat mereka) bahawa individu itu Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang lebih mendahului daripada sesiapa, dan yang paling sempurna dalam perjalanan suluk dan tugas mereka dan menanda tangani dakwaannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Dan sebagaimana mereka menunjukkan ke atas keesaan dengan lidah kata-kata mereka dan dengan ijma’. Begitu juga mereka bersaksi atas sifatnya sebagai orang yang benar dengan lisan al-hal!! dan dengan kesepakatan. Pengembara itu mengetahuinya.
Kelima: Sebagaimana ribuan para wali (yang telah sampai pada kebenaran, hakikat, pelbagai kesempurnaan, pelbagai karamah, pelbagai penyingkapan, pelbagai musyahadah melalui pelbagai perlembagaan, pendidikan dan pengikutan tokoh ini ke atas pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam) menunjukkan keesaan. Sesungguhnya mereka juga bersaksi dengan ijma’ dan kesepakatan atas kebenaran dan kerasulan Rasul ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan guru dan pembimbing mereka.
Pengembara ini telah berpendapat bahawa penyaksian para wali dengan nur kewalian sebahagian perkara dari alam ghaib yang diberitahu oleh Rasul yang mulia ini, dan juga keyakinan dan pengesahan kesemua mereka, dengan nur keimanan iaitu dengan ‘ilmal yaqin atau dengan ‘ainal yaqin atau haqqal yaqin menunjukkan seperti matahari tahap keabsahan dan benarnya Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan guru atau pembimbing mereka.
288. Page
Keenam: Sebagaimana jutaan (ahli ilmu yang teliti dan murni, ahli penyelidik yang benar, ahli bijaksana yang beriman dan pintar yang telah sampai ke kedudukan yang paling tinggi dalam tingkat ilmu dengan cara mempelajari dan mengkaji pelbagai hakikat yang suci, yang Rasul yang Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah datang dengannya dan pelbagai ilmu yang tinggi yang ia cipta, makrifat ketuhanan yang ia singkap sedangkan ia adalah ummi) menetapkan keesaan yang ia merupakan asas bagi dakwaan Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan pelbagai bukti mereka yang kukuh. Mereka juga membenarkannya dengan kesepakatan. Sesungguhnya kesaksian secara bersepakat atas benarnya pengajar dan guru yang paling agung. Mereka turut bersepakat bahawa kata-katanya adalah hakikat dan juga hujah bagi kerasulan dan ke"benar"annya seperti terangnya siang hari. Sesungguhnya sebagai contoh, Risalah an-Nur dengan 100 bahagiannya adalah hanya satu bukti atas kebenarannya.
Ketujuh: Dan pengembara itu mendapati bahawa pengesahan satu kelompok yang besar yang disebut sebagai "keluarga dan para sahabat Radhiyallahu ‘Anhum"dan mereka adalah keturunan Adam yang paling masyhur selepas para Nabi ‘Alaihimus Salam dalam firasat, ilmu (dan makrifat), pelbagai kesempurnaan dan mereka adalah yang paling layak untuk dihormati, paling masyhur, paling banyak berpegang pada agama, dan yang paling jauh pandangannya. Kami katakan bahawa pengembara tersebut mendapati bahawa pengesahan mereka yang tidak goyah dan keimanan mereka yang kuat dengan kesepakatan dan ijma’ bahawa Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling benar di dunia, paling mulia dan yang paling banyak memiliki kebenaran dan hakikat, sebagai natijah daripada penyelidikan, pemeriksaan dan penelitian mereka berkenaan kesempurnaan kecintaan dan kerinduan dan dengan sepenuh ketelitian dan kesungguhan bagi seluruh keadaan, pemikiran dan tindakanrasul yang Mulia ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, sama ada yang tersurat dan yang tersirat adalah bukti seperti siang yang menunjukkan adanya sinaran matahari.
Kelapan: Sebagaimana alam semesta ini yang menjadi bukti pada pencipta, penulis dan maha pengukirnya yang telah mewujudkan, mengurus dan menyusunnya; dan Ia bertindak di alam semesta ini dengan melukis, memberi ukuran dan mengurus. Seakan-akan alam ini adalah sebuah istana, buku, tempat pameran, tempat persiaran atau pemandangan yang cantik. Begitu juga tiada syak ini memerlu, memesti dan menunjukkan dalam setiap keadaan atas kewujudan seorang pendakwah yang agung, penyingkap yang benar, guru yang bersifat penyelidik, pengajar yang benar yang mengetahui pelbagai tujuan Tuhan dalam mencipta alam semesta dan mengajarkannya dan mengajarkan pelbagai kebijaksanaan tuhan dalam pelbagai perubahan alam, mengajarkan pelbagai natijah yang ada dalam pelbagai pergerakan tugasnya, mengisytihar nilai intipati alam dan kesempurnaan pelbagai benda yang terdapat dalam alam tersebut dan mengungkap makna-makna kitab yang besar itu. Pengembara itu telah mengetahui bahawa tiada syak bahawa terdapat di alam semesta ini menerusi apa yang telah disebut itu bersaksi atas benarnya Rasul yang mulia ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan orang yang paling utama bagi melaksanakan pelbagai tugas ini dan sesungguhnya ia adalah seorang yang paling agung yang ditugas dan diperintah yang memiliki sifat benar milik Maha Pencipta alam semesta.
Kesembilan: Sebagaimana terdapat di sana di belakang tabir, Dzat yang Maha berkehendak untuk mempamerkan pelbagai kemahiran-Nya dan pelbagai kesempurnaan kepakaran-Nya melalui pelbagai ciptaan-Nya yang indah dan bijaksana ini . Dzat ini juga berkehendak untuk memperkenalkan diri-Nya dan menjadikan Dzat-Nya dicintai melalui pelbagai makhluk-Nya yang cantik dan dihiasi yang tiada batasnya ini. Dzat ini juga berkehendak dengan pelbagai nikmat yang tidak terhad, lazat dan berharga, untuk menjadikan hamba-hambanya mensyukuri dan memuji-Nya. Dzat ini turut berkehendak untuk menjadikan mereka beribadah kepada-Nya sebagai balasan sifat rububiyyah-Nya dengan satu ibadah yang penuh dengan rasa berhutang budi kesyukuran, penuh kehambaan dengan pendidikandan dan sara hidup yang umum yang penuh dengan belas kasihan dan perlindungan bahkan dengan pelbagai makanan dan hidangan ketuhanan yang telah disediakan dengan penyediaan yang memberi ketenangan dan mengenyangkan dengan pelbagai rasa lidah yang paling halus dan semua jenis yang menyelerakan. Dan berkehendak menjadikan mereka beriman, berserah diri dan mematuhi ketuhanan-Nya dengan menyatakan ketuhanan-Nya dengan pelbagai tindakan dan urusan yang agung dan hebat dan dengan keberkesanan perbuatan dan penciptaan yang mengagumkan dan bijaksana seperti pertukaran musim, dan penggulungan dan pertukaran malam dan siang. Allah juga berkehendak pada setiap waktu untuk menunjukkan sifat pembenaran dan keadilan-Nya, dari segi penjagaan-Nya ke atas kebaikan dan orang yang baik, menghapus kejahatan dan orang yang jahat, memusnahkan orang zalim dan para pendusta dengan tamparan dari langit pada setiap waktu.
289. Page
Maka sudah tentu dan walau apa pun bahawa makhluk yang paling dicintai di sisi Dzat yang berselindung dalam alam ghaib, hamba yang paling benar bagi-Nya dan seorang yang merungkai dan menyingkap teka-teki penciptaan alam semesta ini dan pelbagai perkara yang tidak dapat difahami dengan melaksanakan pelbagai tujuan penciptaannya tersebut adalah satu pelaksanaan yang sempurna dan yang sentiasa bergerak dengan nama Pencipta itu dan yang meminta pertolongan daripada-Nya dan meminta taufik daripada-Nya. Sudah tentu yang menerima bantuan dan taufiq sememangnya adalah Rasul yang mulia ini Muhammad yang berasal daripada bangsa Quraisy Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam .
Kemudian pengembara itu bercakap pada akalnya sambil berkata, "Sebagaimana kesemua hakikat yang sembilan yang tersebut ini menjadi saksi atas kebenaran Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ini maka sudah tentubahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah paksi kemuliaan bagi keturunan Adam dan paksi kebanggaan alam ini dan memang berhak untuk disebut sebagai kebanggaan alam dan kemuliaan keturunan Adam. Sudah tentu bahawa penguasaan kehebatankesultanan maknawi bagi al-Quran yang merupakan mukjizat dan keterangan (yang berada di tangannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan ia adalah firman Allah yang Maha Pengasih) ke atas setengah bumi dan kesempurnaan ketokohannya dan sifat-sifatnya yang tinggi, untuk menunjukkan bahawa tokoh paling penting bagi alam ini adalah ketokohannya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan kata-kata yang paling penting mengenaiAllah yang mencipta adalah sabda Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam .
Maka datanglah sekarang dan lihatlah, sesungguhnya asas bagi semua dakwaan tokoh yang luar biasa ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan tujuan seluruh kehidupannya adalah bersandarkan pada kekuatan ratusan mukjizatnya yang qat'i yang nyata dan cemerlang, dan juga bersandarkan pada ribuan hakikatnya yang tinggi dan kukuh dalam agamanya dan ia adalah dalil dan saksi di atas kewujudan Allah yang Wajib kewujudan, keesaan, sifat dan nama-namaNya, dan juga penetapan kewujudan Allah yang wajib kewujudan-Nya dan pengisytiharan dan pemberitahuan mengenainya.
Maka ini bermakna, sesungguhnya matahari maknawi bagi alam semesta ini dan bukti milik Pencipta kita yang paling terang adalah Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan kekasih Allah yang mana terdapat di sana tiga jenis ijma’ yang besar. yang tidak memperdaya dan tidak terpedaya ini menyokong kesaksiannya dan membenarkan kesaksian Rasul ini dan membenarkan dan menandatanganinya:
Pertama: Pengesahan satu kelompok yang dipenuhi nur (dengan ijma’) yang masyhur sebagai keluarga Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam di dunia, yang mengandungi ribuan wali qutub dan wali yang agung yang memiliki pandangan yang tajam, dan penglihatan yang tajam menjenguk ke alam ghaib, seperti Imam Ali Radhiyallahu ‘Anhu yang berkata, "Kalaulah disingkap tirai alam ghaib maka tidak bertambah keyakinanku" dan seperti Ghaus yang paling agung Abdul Qadir al-Jilani (Semoga Allah menyucikan rahsianya) yang pernah menyaksikan (ketika ia berada di atas bumi) ‘Arasy yang agung dan keagungan arca malaikat Israfil Alaihis Salam.
Kedua: Pengesahan satu jemaah yang masyhur di alam semesta yang disebut sebagai para sahabat yang bersepakat dengan keimanan yang kuat yang menjadikan mereka mengorbankan diri, harta, bapa, dan keluarga mereka. Kelompok ini yang dahulunya adalah kaum badawi yang pernah hidup dalam lingkungan orang buta huruf, jauh daripada kehidupan bermasyarakat dan kosong daripada pemikiran politik. Mereka tidak memiliki kitab dan mereka hidup dalam kegelapan pada zaman fatrah, yang dalam zaman yang singkat bertukar menjadi guru, pembimbing, diplomat dan pemerintah yang adil bagi kebanyakan umat dan pemerintahan di bidang tamadun dan ilmu dan paling tinggi dalam kehidupan kemasyarakatan dan politik. Mereka mengatur alam dari timur ke barat dengan pengurusan yang mengagumkan alam.
290. Page
Ketiga:Pengesahan satu kelompok yang amat besar yang tidak terkira dalam kalangan ulamak yang merupakan para penyelidik yang mendalami ilmu. Mereka juga membesar dalam umatnya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Pada setiap zaman, jumlah mereka adalah ribuan. Mereka maju dalam setiap ilmu dengan kecerdikannya dan yang berkerja dalam pelbagai bidang. Pengesahan mereka adalah dengan serasi dan dengan ‘ilmal yaqin.
Lalu pengembara itu meletakkan satu keputusan bahawa kesaksian tokoh ini Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ke atas keesaan bukannya kesaksian yang bersifat peribadi dan bersifat sebahagian tetapi ia adalah kesaksian umum dan menyeluruh yang tidak goyah. Syaitan pula tidak dapat keluar untuk menghadapinya buat selamanya walaupun semua mereka berkumpul ke atasnya.
Telah disebut dalam "martabat kelima belas" daripada (Maqam Pertama) satu isyarat pendek pada pelajaran ini yang diterima oleh pengembara di bumi ini dan bermusafir dalam kehidupan, (yang telah mengembara dengan akalnya dalam zaman kebahagiaan) daripada madrasah yang penuh dengan nur sebagai berikut:
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الوَاجِبُ الوُجُودِ الوَاحِدُ الأَحَدُ الِّذي دَلَّ عَلَى وُجُوبِ وُجُودِهِ فِي وَحْدَتِهِ فَخْرُ العَالَمِ وَشَرَفُ نَوْعِ بَنِي آدَمَ بِعَظَمَةِ سَلْطَنَةِ قُرْآنِهِ وجمال سعة دِينِهِ وَكَثْرَةِ كَمَالاَتِهِ وَعُلْوِيَّةِ أَخْلاَقِهِ حَتَّى بِتَصْدِيقِ أَعْدَائِهِ وَكَذَا شَهِدَ وَبَرْهَنَ بِقُوَّةِ مِئَاتِ مُعْجِزَاتِهِ الظَّاهِرَةِ البَاهِرَةِ المُصَدِّقَة المُصَدَّقَةِ وَبِقُوَّةِ آلاَفِ حَقَائِقِ دِينِهِ السَّاطِعَةِ القَاطِعَةِ بِإِجْمَاعِ آلِهِ ذَوِي الأَنْوَارِ وَبِاتِّفَاقِ أَصْحَابِهِ ذَوِي الأَبْصَارِ وَبِتَوَافُقِ مُحَقِّقِي أُمَّتِهِ ذَوِي البَرَاهِينِ وَالبَصَائِرِ النَّوَّارَةِ”.
(Tiada tuhan melainkan Allah yang wajib kewujudan-Nya yang Maha Satu dan Maha Esa, yang kewujudan-Nya dalam keesaan-Nya ditunjukkan oleh kebanggaan alam dan kemuliaan bagi keturunan Adam dengan keagungan kesultanan al-Quran-Nya, kecantikan keluasan agamanya, dengan banyaknya kesempurnaannya, dengan ketinggian akhlaknya malah dengan pengesahan musuh-musuhnya. Begitu juga ia bersaksi dan menjadi bukti dengan kekuatan ratusan mukjizatnya yang nyata dan cemerlang yang mengesah dan disahkan dan dengan kekuatan ribuan hakikat agamanya yang bersinar yang qat'i dengan ijma’ keluarganya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang memiliki nur dan dengan kesepakatan para sahabatnya yang memiliki mata hati dan dengan keserasian para penyelidik dalam kalangan umatnya yang memiliki pelbagai bukti dan juga memiliki mata hati yang bersinar dengan nur.)
Said an-Nursi
291. Page
[1] Bukhari, j 24/ ms 282
[2]Hadis Nabi, Sirah Halbiah 2/210
[3]Syifa Syarif 1/309
[4]Hadis Nabi, Hakim 4/514
[5]Hadis Nabi, Al Bidayah Wa Annihayah 6/146
[6]Daarimi, 1/24
[7]Sirah Halbiah 3/433
[8] Sirah Nabi Mukhtar, ms 159
[9]Ibnu Majah, 2/926
[10]Syifa Syarif 1/315
[11]Hakim 2/675 – Dalail Baihaqi 6/45
[12]Mukjamul Awsat, 6/127 – Dalail Baihaqi 6/36
[13] Mir’atul Khiban 1/34 - Sirah Nabi Mukhtar, ms 152
[14]I’lam An-Nubuwwah , ms 141
[15]Dalail an-Nubuwwah 6/50 - Khasaisul Kubra, 2/111
[16]Tarikhul Kabir, 5/138
[17]Mukjamul Kabir, 4/202 – Mu’jamul Zawaid, 7/23
[18]Bukhari , 1/27
[19]Bukhari , 3/133
[20]Bukhari , 4/1489
[21]Hakim, 3/363
[22]As-Syifa’ as-Syarif, 1/362
[23]Mu’jamul Kabir, 10/66
[24]Sirah al-Halbiah, 3/208
[25]Khasais Al-Kubra, 1/234
[26]Bukhari, 3/1323
[27]Bukhari, 3/1323 – Muslim 4/2309.
[28]Syifa’ 1/351
[29]Bukhari 4/1515
[30]Bukhari 4/1516
[31]Hakim, 3/368
[32]Syifa, 1/351
[33]Sirah Ibn Hisyam, 2/201
[34]Syifa, 1/333
[35]Syifa, 1/353
[36]Zaadul ma’ad 3/412
[37]Syifa, 1/352
[38] Baihaqi , Dalail an-Nubuwwah, j 2, ms 80
[39] Baihaqi , Dalail an-Nubuwwah, j 2, ms 80
[40] Baihaqi , Dalail an-Nubuwwah, j 2, ms 80
[41] Baihaqi , Dalail an-Nubuwwah, j 2, ms 80
[42] Oleh sebab ada dua riwayat, maka telah disebut melalui dua wajah. Jangan disangka ini adalah bertentangan dengan yang sebelum ini.
[43]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 273
[44]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 257
[45]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 251
[46]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 269
[47] Injil Yukha, Bab 14, Ayat 17
[48] Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 204
[49]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 209
[50]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 234
[51]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 195
[52]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 234
[53] As-Syifa as-Syarif, Qadi ‘Iyadh, ms 263
[54] Ya, Baginda merupakan seorang pemimpin dan sultan yang mempunyai pengikut dan rakyatnya paling kurang tiga ratus lima puluh juta pada setiap abad daripada kebanyakan abad dalam masa seribu tiga ratus lima puluh tahun. Mereka taat kepada perintahnya dengan sepenuh penyerahan diri dan jujur. Serta mereka memperbaharui baiah kepadanya dengan mengucapkan salam.
[55] Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 187
[56]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 187
[57]Hadis Nabi S.A.W., Kanzul Ummal, 1/352
[58]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 187
[59]Hadis Nabi, Yusuf an-Nabhani, j 1, ms 187
[60] Aulia Calabi yang merupakan pengembara terkenal telah membaca ayat “Ummatuhul Hamidun” (أمته الحامدون) ini dalam Injil yang ditulis di atas kulit rusa dalam terjemahan Syamun Safa. Ayat yang diturunkan mengenai Rasulullah S.A.W iaitu [ seorang anak lelaki], [ia adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim], [Dia menjadi Rasul], [ Tidak menjadi pembohong], [Dia], [tempat lahirnya adalah Mekah], [dia datang dengan sifat soleh], [nama nya yang suci], (Mawamit telah diubah daripada Mamad dan Mamad juga daripada Muhammad)[ Ahmad Muhammad], [mereka yang ikut dia], [ menjadi pemilik dunia ini], [dia juga menjadi pemilik dunia],
[61]Iaitu menjadi seperti Ali R.A.
[62]Sirah Halbiah, 1/328, - Tarih Madinah Damsyik, 3/434
[63]Tarikh Yakubi, 1/236 – Sirah Nabi Mukhtar 97.
[64]Yusuf an-Nabhani, 1/ 248
[65]Bukhari 1/4
[66]Sirah al-Halbiah, 1/446 – Kanzul Ummal 12/99
[67]Ad-Durrul Manthur, 3/579
[68]Yusuf an-Nabhani, 1/268
[69]Yusuf an-Nabhani, 1/298
[70]Yusuf an-Nabhani, 1/298
[71]Yusuf an-Nabhani, 1/312
[72]Tarikh Madinah Damsyiq, 39/25
[73] Al Isabah 2/402
[74]Dalail an-Nubuwwah, 2/259
[75]Yusuf an-Nabhani, 1/329
[76]Yusuf an-Nabhani, 1/328
[77]Bukhari 3/1403
[78]Yusuf an-Nabhani, 1/355
[79]Mustadrak 2/673
[80]Sirah al-Halbiah, 1/114
[81]Dalail an-Nubuwwah, 1/18
[82] Khasais Al-Kubra 1/80 – Sirah An-Nabi Mukhtar, 106
[83]Yusuf an-Nabhani, 1/375.
[84]Tabaqat al-Kubra, 1/112
[85]Tabaqat al-Kubra 1/154
[86]Tabaqat al-Kubra 1/130
[87]Sirah Halbiah 1/218
[88]Khasais Al-Kubra 1/140
[89]Khasais Al-Kubra 1/141
[90]Tabaqat al-Kubra 1/112
[91]Mirkat Al-Mafatih 3/69
[92] Sultan “laulaka laulak” adalah sultan yang kesultanannya masih berlanjutan sejak seribu tiga ratus lima tahun. Terdapat pengikut dan rakyatnya paling kurang tiga ratus lima juta pada setiap abad. Baginda telah mengambil separuh penduduk bumi di bawah benderanya dan pengikutnya taat kepada perintahnya dengan cara memperbaharui baiahnya denga selawat dan salam setiap hari dengan penuh kerendahan hati dan mentaati perintahnya.
[93]Mustadrak, 2/155
[94] Fathul Bari 11/3597, Faidhul Qadir 5/7376, Tuhfatul Ahwazi 7/3058
[95] Riwayatnya pada sahih al-Bukhari 4/1743, Sahih ibnu Hibban 1/252, Sunan an-Nasai al-Kubra 6/377
[96]Perbahasan yang penting bagi Surat ke-26 adalah nota kaki dan penerangan ayat ini.
292. Page
[97]Wajah kemukjizatannya terhadap peringkat orang-orang yang hanya memiliki mata dan tidak memiliki telinga dan hati telah menjadi amat ringkas dan kurang di sini. Tetapi wajah kemukjizatan ini telah ditunjukkan dalam Surat ke-29 dan ke-30 (nota kaki kecil) secara amat terang, bercahaya, jelas dan terbuka sehingga orang buta pun boleh melihatnya. Kami telah mempertuliskan satu Quran yang akan memperlihatkan wajah kemukjizatan itu. Insyallah ia akan dicetak dan semua orang akan melihat wajah yang indah itu.
Nota kaki kecil: kami pernah berniat dan membayangkan penulisan Surat ke-30 telah dengan cara yang jelas. Tetapi Risalah itu telah memnyerahkan tempatnya kepada buku Isyaratul-I’jaz dan ia sendiri tidak kelihatan. (Pengarang)
[98] Bersekali dengan lafaz al Quran yang berhias dan bersajak dan uslubnya yang fasih dan unggul serta kelebihan balaghahnya yang menarik pandangan kepada dirinya sendiri adalah banyak menurut golongan golongan ahli zikir dan munajat, maka sesungguhnya ia memberikan kesungguhan yang agung, rasa berada di hadrat Ilahi dan sebagai himpunan lintasan pemikiran serta tidak merosakkan. Sedangkan kelebihan kefasihan, seni lafaz, nazam dan sajak seperti itu merosakkan kesungguhan, merosakkan kesungguhan dan ketenangan walaupun ia menunjukkan kehalusan. Sehingga sesungguhnya aku seringkali membaca munajat yang terkenal bagi Imam Syafii dan ia merupakan munajat yang paling indah, paling bersungguh dan paling tinggi nazamnya berbanding dengan yang lain serta menjadi sebab kemarau dan kemahalan harga barang Mesir diangkat.
Walau bagaimanapun, aku dapati bahawa oleh sebab ia berbentuk puisi dan sajak, maka ia merosakkan kesungguhan yang tinggi agung bagi munajat tersebut. Ia adalah wirid saya sejak lapan ke sembilan tahun. Maka aku tidak dapat menggabungkan kesungguhan yang hakiki dengan sajak dan nazam yang terdapat padanya. Daripada perkara tersebut, aku telah memahami bahawa terdapat sejenis kemukjizatan pada qafiyah-qafiyah Al-Quran yang khusus, fitrah dan agung pada nazam dan kelebihannya. Kerana itu al-Quran dapat menjaga kesungguhan yang hakiki dan ketenangan yang sempurna maka ia tidak merosakkannya. Sekiranya golongan ahli munajat dan zikir tidak memahami kemukjizatan begini melalui akal maka sesungguhnya mereka merasainya melalui hati. (Pengarang)
[99] Satu hikmah kemukjizatan maknawi bagi Al-Quran Mu’jizul bayan ialah:
Al-Quran menerangkan tahap keimanan Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang paling besar dan paling gemilang yang mendapat berkatnya daripada Ismul A’zam. Ia dengan uslub yang fitrah menerangkan dan mengajar martabat agung bagi agama yang benar yang agung ini yang sangat syumul dan dan sangat tinggi yang menjelaskan hakikat-hakikat tinggi alam akhirat dan alam rububiyyah seperti peta yang suci. Malah ia menerangkan khitab Pencipta alam semesta dengan keagungan dan kehebatan yang tidak terbatas dari sudut bahawa Dia adalah Rabb segala maujudat.
Sudah tentu walaupun semua akal manusia bersepakat lalu menjadi satu akal, nescaya ia tidak mampu untuk menandingi penerangan Al-Furqan yang seperti ini dan kenyataan Al-Quran yang dalam bentuk sebegini. Ini adalah berdasarkan rahsia ayat:
﴿قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَن يَأْتُواْ بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لاَ يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ﴾ . Maka “di manakah bumi dan di manakah Kejora?”. Ini kerana, dari sudut tiga asas itu, al-Quran tidak mampu ditiru dan tidak mampu ditandingi.
[100] Sesungguhnya ayat-ayat dihabiskan dengan sempurna pada penghujung semua muka surat Al-Quran. Ia tamat dengan qafiah/saja’ yang indah. Rahsianya ialah:
Ayat mudayanah yang merupakan ayat terpanjang diambil sebagai kayu ukur untuk satu muka surat dan surah al-Ikhlas dan al-Kauthar untuk satu baris, maka terzahirlah keistimewaan Al-Quran yang indah dan tanda-tanda kemukjizatannya.
[101] Perbincangan pada maqam ini telah dilihat cukup dengan perumpamaan yang amat sedikit, kurang, lemah, pendek dan tanda-tanda kecil dari segi karomah namun amat penting, hebat dan besar serta amat berhias, indah dan menggalakkan dari segi kejayaan Risalah An-Nur. Tambahan pula apabila hakikat yang besar dan keramat yang indah itu terbentuk dengan nama tawafuq bersama lima, enam jenisnya yang mempunyai rantaian karomah Risalah An-Nur, sejenis kilauan kemukjizatan Al-Quran yang dapat disaksikan dengan mata juga dengan isyarat sumber bagi tanda-tanda ghaib.
Tidak lama kemudian kami telah mempertuliskan satu naskhah Al-Quran bersadur emas yang memperlihatkan kilauan kemukjizatan yang muncul daripada tawafuq lafaz Allah dalam Al-Quran. Lapan risalah kecil yang bernama “Rumuzat as-Samaniyyah” telah ditulis bagi menerangkan hubungan-hubungan yang latifcserta indah juga isyarat-isyarat ghaib yang muncul daripada tawafuq huruf-huruf al-Quran. Turut ditulis satu karomah daripada Karomah al-Ghausiyyah (merujuk kepad Syeikh Abdul Qadir al-Jailani) serta tiga karomah Saidina Ali dan lima buah risalah bernama “Isyarat Al-Quraniyyah” yang membenarkan, mengalu-alukan dan menghargai Risalah An-Nur menerusi rahsia tawafuq. Ini bermakna, sesungguhnya hakikat yang agung itu telah dirasai secara ringkas semasa risalah Mukjizat-mukjizat Muhammad Sollallahu ‘alaihi wa Sallam sedang ditulis. Tetapi, malangnya, yang kelihatan dan yang dapat dilihat penulis hanyalah satu kuku daripada kuku-kukunya. Kemudian ia telah berlari pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
[102] Huseyin al-Jisri telah mengeluarkan seratus empat belas isyarat daripada kitab-kitab samawi itu dalam risalah Hamidiyahnya. Jika sebanyak ini ditemui selepas tahrif (pemesongan), sudah tentu sebelum itu terdapat lebih banyak tasrihat (penjelasan)
[103] Penggunaan kalimah Huwa dalam ayat ini adalah untuk menjaga keindahan balaghah. Kalimah hawa dan huwa hampir sama bunyinya tetapi berlainan maksudnya. Untuk lebih mendalami perkara ini, sila rujuk nuktah Huwa dalam Pedoman Masa Muda.
[104]Iaitu terdapat 6 hujjah mengenai kejadiannya secara ijma’ sebanyak enam kali. Malangnya bahagian ini menjadi pendek, sedangkan ia perlu banyak kenyataan.
[105] Surah al-Qamar, 1
[106] Surah al-Anfal, 17