NAVIGATION
1. Page
KALIMAH
KESEPULUH
RISALAH HASYIR
MAKLUMAN
Tujuanku menulis risalah ini dalam bentuk perumpamaan, tamsilan dan cerita adalah untuk memudahkan kefahaman dan untuk menunjukkan bahawa hakikat-hakikat Islam adalah sangat logik, sesuai, kukuh dan saling bersandar antara satu sama lain. Makna bagi semua cerita adalah hakikat-hakikat yang terdapat di penghujungnya; semua cerita itu hanya mengisyaratkan hakikat-hakikat itu dalam bentuk kinayah (kiasan). Maknanya semua ini bukanlah cerita khayalan bahkan adalah hakikat.
2. Page
Kalimah Kesepuluh
Perbahasan Hasyir
بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
“فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ”
“Maka perhatikanlah kepada kesan-kesan Rahmat Allah, bagaimanakah Dia menghidupkan bumi selepas kematiannya. Sesungguhnya demikianlah Dia menghidupkan orang yang telah mati dan Dia adalah berkuasa ke atas setiap sesuatu.” (Ar-Rum: 50)
Saudara, jika engkau inginkan penerangan tentang Hasyir dan akhirat dalam bentuk yang mudah dan dengan bahasa awam dan jelas, maka marilah lihat dan dengar cerita perumpamaan yang pendek ini bersama nafsuku:
Pada suatu masa, dua orang pergi ke sebuah negara (perumpamaan kepada dunia ini) yang indah seperti syurga. Mereka melihat bahawa semua orang membiarkan pintu-pintu rumah, kediaman dan kedai terbuka dan mereka tidak mempedulikan penjagaannya. Harta dan duit dibiarkan di tempat lapang tanpa pemilik. Seorang daripada lelaki itu memanjangkan tangannya kepada setiap benda yang diingininya, sama ada untuk mencuri ataupun merampasnya. Dia menuruti hawa nafsunya lalu melakukan segala jenis kezaliman dan keburukan. Para penduduk juga tidak berapa menghiraukannya.
Sahabatnya yang seorang lagi berkata kepadanya: “Apa yang sedang engkau lakukan? Engkau akan dihukum dan akan menyebabkan aku turut terjebak ke dalam musibah. Harta-harta ini ialah harta negara. Penduduk-penduduk ini serta anak pinak mereka telah menjadi tentera atau pegawai. (Khidmat) mereka digunakan dalam tugas-tugas tersebut secara tidak rasmi. Kerana itulah mereka tidak berapa mempedulikanmu. Tetapi peraturan adalah amat ketat. Telefon dan pegawai-pegawai baginda raja berada di setiap tempat.”
“Cepatlah pergi dan berlindung kepada baginda!” Ujarnya lagi.
Tetapi si bingung itu berdegil dan berkata: “Tidak! Ia bukan harta negara, bahkan ia adalah harta wakaf dan tiada pemiliknya. Semua orang boleh menggunakannya menurut apa yang dia mahu. Aku tidak nampak apa-apa sebab yang boleh menghalangku daripada menggunakan benda-benda yang cantik ini.”
“Aku tidak akan percaya selagimana aku tidak nampak dengan mataku sendiri” katanya lagi.
Malah seperti ahli falsafah, dia menyatakan
3. Page
banyak kesangsian.
Maka bermulalah perdebatan yang serius antara kedua-duanya.
Mula-mula si bingung itu berkata: “Siapakah raja itu? Aku langsung tidak mengenalinya!”
Kemudian sahabatnya menjawab: “Engkau sedia tahu bahawa tidak mungkin sebuah kampung tiada penghulu. Sebatang jarum tidak mungkin ada tanpa tukangnya dan satu huruf tidak mungkin ada tanpa penulisnya. Bolehkah alam ini tiada pemerintah? Tambahan pula, harta yang banyak ini datang daripada alam ghaib dalam setiap jam (1) seperti datangnya sebuah keretapi yang penuh dengan harta yang sangat bernilai dan berseni. Harta itu dituangkan di sini dan keretapi berlalu pergi. Bagaimana ia boleh tidak bertuan? Bagaimanakah papan-papan iklan dan papan-papan kenyataan yang kelihatan di setiap tempat dan setiap simbol, cop dan lambang yang kelihatan di atas setiap harta dan setiap bendera yang berkibaran di semua tempat itu tiada pemiliknya?
Difahami bahawa engkau telah membaca secebis tulisan orang barat. Engkau tidak boleh membaca tulisan-tulisan Islam ini. Tambahan pula engkau tidak bertanya daripada orang yang tahu. Mari aku bacakan firman yang paling besar kepadamu.
Si bingung itu berpaling dan berkata: “Baiklah, raja ada tapi adakah pemanfaatanku yang amat sedikit ini memberi kemudaratan kepadanya? Apakah yang berkurangan daripada khazanahnya? Tambahan pula, di sini penjara tiada dan hukuman tidak kelihatan.”
Sebagai jawapan, sahabat itu berkata kepadanya: “Wahai sahabatku! Sebenarnya negara yang kelihatan ini ialah sebuah medan latihan. Malah ia merupakan tempat pameran hasil ciptaan-ciptaan seni kesultanan yang menakjubkan. Ia juga merupakan rumah-rumah tamu-Nya yang sementara dan tidak tetap. Tidakkah engkau melihat bahawa setiap hari satu kafilah datang dan satu lagi pergi dan menghilang. Ia sentiasa dipenuhkan dan dikosongkan. Selepas suatu masa, negara ini akan diganti. Penduduk-penduduk ini akan dipindahkan ke sebuah negara yang lain dan berkekalan. Di sana semua orang akan mendapat sama ada balasan atau ganjaran terhadap apa yang telah mereka lakukan.”
Sekali lagi si bingung yang pengkhianat itu berdegil lalu berkata: “Aku tak percaya! Mungkinkah sama sekali bahawa negara ini dimusnahkan lalu berpindah ke negara lain?”
Atas dasar ini sahabatnya yang amanah telah berkata: “Memandangkan engkau berdegil dan berkeras sehingga ke tahap ini, mari aku tunjukkan kepadamu dua belas gambaran daripada bukti-bukti yang tiada sempadan dan tidak terkira bahawa ada
(1) Isyarat kepada tahun. Ya, musim bunga ialah sebuah gerabak gudang rezeki dan datang dari alam ghaib.
4. Page
sebuah mahkamah tertinggi, tempat ganjaran dan ihsan serta tempat balasan dan penjara. Sebagaimana setiap hari negara ini dikosongkan dari satu sudut, maka pasti datang suatu hari di mana semuanya akan dikosongkan dan dimusnahkan.
Gambaran Pertama: Mungkinkah sama sekali bahawa dalam sebuah kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang hebat begini, tidak terdapat ganjaran kepada orang-orang taat yang memberikan khidmat yang baik dan balasan kepada mereka yang menderhaka. Di sini bagaikan tiada. Maknanya terdapat sebuah mahkamah tertinggi di tempat yang lain.
Gambaran Kedua: Lihatlah kepada perjalanan dan urusan ini! Sebagaimana rezeki-rezeki yang sempurna dan lengkap diberikan bermula daripada yang paling fakir, paling lemah sehingga kepada semua; pesakit-pesakit yang tiada sesiapa, dijaga dengan sangat baik. Malah terdapat makanan-makanan yang amat mahal dan lazat, bekas-bekas, tanda-tanda yang diperindah, pakaian-pakaian yang berhias dan jamuan-jamuan yang hebat.
Lihat, selain orang-orang yang bingung sepertimu, semua orang sangat mengambil berat dengan tugasnya. Sesiapa pun tidak melampaui hadnya walaupun sebesar zarah. Individu yang paling besar, berkhidmat dengan ketaatan yang paling besar secara tawadhuk di bawah rasa ketakutan dan kekaguman.
Maknanya, pemilik kerajaan ini mempunyai sifat pemurah yang sangat besar dan sifat belas kasihan yang amat luas. Dia juga memiliki keagungan yang sangat besar, kemuliaan dan maruah yang sangat agung. Walhal sifat pemurah pula sentiasa mahu memberi nikmat. Rahmat pula tidak mungkin berlaku tanpa ihsan. Keagungan pula sentiasa mahu menjaga maruah. Kehormatan dan kemuliaan sentiasa ingin memberi pengajaran kepada mereka yang biadab. Sedangkan apa yang layak dengan rahmat dan kemuliaan itu tidak dilaksanakan di negara ini walaupun satu daripada seribu. Si zalim kekal dalam kesombongannya, manakala yang dizalimi masih dalam kehinaannya lalu berpindah dari sini. Maknanya hal ini ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.
Gambaran Ketiga: Lihat! Segala urusan berjalan dengan hikmah dan aturan yang amat tinggi serta muamalah-muamalah dilakukan dengan keadilan dan neraca yang amat hakiki. Walhal hikmah pemerintahan pula sentiasa ingin menyantuni mereka yang berlindung di bawah naungan penjagaan kerajaan. Keadilan pula sentiasa ingin menjaga hak-hak rakyat-Nya supaya kehormatan kerajaan, keagungan pemerintahan dapat dijaga. Sedangkan di tempat-tempat ini, apa yang layak
5. Page
kepada hikmah dan keadilan itu tidak dilaksanakan walaupun satu daripada seribu. Kebanyakan mereka yang bingung seperti engkau, berlalu pergi dari sini tanpa dihukum. Maknanya, ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.
Gambaran Keempat: Lihat, batu-batu permata yang tiada bandingan yang berada dalam pameran serta makanan-makanan yang tiada tandingan yang berada dalam hidangan yang tidak terbatas dan terhitung itu menunjukkan bahawa terdapat sifat pemurah yang tidak terhingga dan khazanah-khazanah yang melimpah ruah tidak terkira bagi raja tempat-tempat ini.
Walhal kepemurahan dan khazanah yang tidak akan luak sebegini sentiasa mengingini sebuah tempat pertamuan kekal dan di dalamnya terdapat semua yang dikehendaki.
Ia juga sentiasa mahukan mereka yang menikmati kelazatan daripada pertamuan itu meneruskannya di sana supaya mereka tidak merasai kesakitan akibat kehilangan dan perpisahan. Ini kerana sebagaimana hilangnya kesakitan ialah kelazatan; begitu jugalah hilangnya kelazatan ialah kesakitan. Lihatlah pameran-pameran ini! Dan perhatikanlah iklan-iklan ini. Dengarilah juruhebah-juruhebah itu kerana mereka membentuk dan memasyhurkan hasil-hasil seni agung bagi seorang raja yang menzahirkan mukjizat. Mereka menunjukkan kesempurnaan-Nya. Mereka menerangkan keindahan maknawi-Nya yang tiada bandingan. Mereka membicarakan kelatifan sifat indah-Nya yang tersembunyi.
Maknanya terdapat kesempurnaan dan keindahan maknawi yang sangat penting dan menakjubkan. Kesempurnaan yang tersembunyi dan tiada kekurangan pula, mahu mempamerkannya di atas mereka yang menghargai, mengagumi dan menyaksikannya lalu mengucapkan Masya-Allah.
Keindahan yang tersembunyi dan tiada tandingan pula, sentiasa mahu melihat dan dilihat iaitu, mahu melihat keindahan-Nya sendiri dengan dua cara: Pertama, menyaksikan sendiri cermin-cermin yang berlainan. Kedua, menyaksikan dengan pandangan para penonton yang merindu dan pengkagum yang takjub.
Ia juga sentiasa mahu melihat dan dilihat serta inginkan kesaksian yang kekal dan penyaksian yang abadi. Keindahan yang kekal itu sentiasa mahukan kewujudan berterusan para penonton dan pengkagum yang merindu.
Ini kerana keindahan yang berterusan, tidak akan redha kepada perindu yang sementara. Kerana menggambarkan kelenyapan, rasa cinta si penonton yang terhukum dengan kelenyapan yang abadi akan berubah kepada permusuhan. Rasa takjub dan rasa hormatnya akan cenderung (untuk bertukar) kepada penghinaan.
6. Page
Ini kerana manusia adalah musuh kepada perkara yang tidak diketahui dan tidak diperolehnya. Sedangkan, semua orang berlalu dengan cepat dari rumah pertamuan ini lalu menghilang. Mereka hanya melihat cahaya bahkan bayangan yang lemah bagi kesempurnaan dan keindahan itu buat seketika lalu pergi sebelum puas. Maknanya mereka dipindahkan ke sebuah tempat persiaran yang kekal.
Gambaran Kelima: Lihat, dalam kerja-kerja ini kelihatan bahawa terdapat rasa kasih yang amat besar bagi raja yang tiada bandingan itu. Ini kerana baginda segera membantu setiap mereka yang ditimpa musibah. Baginda menjawab setiap permintaan dan permohonan. Hatta, lihatlah, jika baginda melihat satu hajat yang paling kecil daripada rakyatnya yang paling bawah, baginda menunaikannya dengan penuh kasih. Sekiranya kaki seekor biri-biri bagi seorang pengembala tercedera, baginda menghantar sama ada ubat atau doktor haiwan.
Mari kita pergi; di pulau itu ada satu perhimpunan yang besar. Semua pembesar negara ini telah berkumpul di sana. Lihat! Seorang petugas mulia yang membawa satu tanda yang amat besar sedang membaca perutusan. Beliau meminta beberapa perkara daripada rajanya yang pengasih itu. Semua penduduk berkata: “Ya, ya, kami juga mahu.” Mereka membenarkan dan menyokong beliau.
Sekarang dengar, kekasih raja ini berkata: “Wahai raja yang memelihara kami dengan nikmat-nikmatnya! Tunjukkanlah kepada kami semua asal dan sumber bagi contoh-contoh dan bayangan-bayangan yang telah engkau tunjukkan. Ambillah kami ke tempat kekuasaanmu. Jangan musnahkan kami di padang-padang pasir ini. Ambillah kami ke hadratmu. Kasihanilah kami. Suapkanlah kami di sana nikmat-nikmat lazatmu yang telah engkau rasakannya kepada kami di sini. Janganlah engkau menyeksa kami dengan kelenyapan dan pemisahan. Janganlah engkau hapuskan rakyatmu yang taat, rindu dan bersyukur kepadamu ini dengan membiarkan mereka tanpa hala tujuan!” katanya dengan penuh rayuan. Engkau juga mendengar.
Agaknya, mungkinkah sama sekali bahawa seorang raja yang sangat pengasih dan berkuasa dengan qudrat begini melaksanakan kehendak yang paling kecil bagi orang yang paling bawah dengan prihatin, tetapi tidak menunaikan kehendak yang paling tinggi bagi pegawai mulianya yang paling dikasihi? Walhal kehendak kekasih itu juga adalah kehendak semua. Malah, ia adalah apa yang diredhai raja, kelaziman rahmat dan keadilan-Nya. Malah, kehendak itu adalah senang dan tidak berat kepada-Nya. Ia tidak akan menjadi seberat tempat-tempat
7. Page
persiaran sementara yang ada dalam rumah-rumah pertamuan ini.
Memandangkan baginda telah membelanjakan begitu banyak untuk tempat bersiar selama lima enam hari untuk menunjukkan misal-misalnya lalu membina negara ini, maka sudah tentu baginda akan menunjukkan semua khazanah, kesempurnaan dan kepakaran hakiki-Nya di pusat pemerintahannya dalam bentuk yang begitu hebat dan akan membuka tempat-tempat persiaran yang sangat mengkagumkan sehingga akan menyebabkan akal-akal berada dalam ketakjuban.
Ini bermakna, orang-orang yang berada di medan ujian ini bukannya tiada hala tujuan. Istana-istana kebahagiaan dan penjara-penjara kesengsaraan menanti mereka.
Gambaran Keenam: Maka marilah lihat. Semua keretapi, kapal terbang, peralatan, pameran, gedung dan urusan yang hebat ini menunjukkan bahawa ada sebuah kerajaan yang sangat hebat(2) sedang mentadbir dari sebalik tabir. Kerajaan yang begini
(2) Sebagai contoh: Sepasukan tentera yang ramai di medan latihan yang menerima arahan “ambil senjata!” dan “pasang benet!” menurut peraturan perang pada zaman ini secara umumnya menyerupai kawasan pohon berduri. Kem bagi pasukan tentera yang mendapat arahan “pakai pakaian seragam kalian!” dan “gantung lencana kalian!” untuk satu lintasan hormat pada setiap hari perayaan pula kesemuanya adalah seumpama kebun yang indah, berwarna-warni, berbunga mekar daripada hujung ke hujung. Begitulah juga di medan muka bumi. Seperti malaikat, jin, manusia dan haiwan yang merupakan jenis-jenis tentera Sultanul Azali yang tidak terhitung, kelompok tumbuhan yang tidak berakal juga, dalam perjuangan memelihara kehidupan, menerusi perintah “كُنْ فَيَكُونُ”, apabila menerima perintah Ilahi “gantunglah senjata-senjata dan peralatan kalian untuk pertahanan” dan apabila semua pokok dan tumbuhan berduri di atas muka bumi dari atas ke bawah mengenakan benet-benet kecil mereka, maka keadaannya juga menyerupai kem bagi pasukan tentera yang menakjubkan yang telah memasang benet-benet mereka.
Malahan, oleh sebab tiap-tiap hari dan minggu dalam musim bunga adalah ibarat perayaan bagi tiap-tiap kelompok tumbuhan dan oleh sebab setiap kelompoknya juga telah mempamerkan lencana-lencana indah yang telah disematkan oleh Sultan kepada setiap mereka dalam satu bentuk lintas hormat kepada pandangan penyaksian dan kesaksian Sultanul Azali itu untuk mempamerkan hadiah-hadiah indah yang telah dianugerahkan oleh Sultan itu sendiri kepada mereka dan
8. Page
memerlukan rakyat yang sesuai dengannya.
Walhal engkau sedang melihat bahawa semua rakyat telah berkumpul dalam dewan tamu ini. Dewan tamu pula setiap hari dipenuhkan dan dikosongkan. Semua rakyat berada di medan ujian ini untuk latihan. Medan pula diganti setiap jam dan semua rakyat berhenti untuk menonton selama beberapa minit di tempat pameran ini bagi menyaksikan contoh-contoh keihsanan yang bernilai dan keantikan karya-karya berseni yang hebat bagi baginda raja.
Tempat pameran pula berubah dalam setiap minit. Yang pergi tidak akan kembali dan yang datang sentiasa akan pergi. Justeru, hal ini menunjukkan dengan pasti bahawa selepas dewan tamu, medan dan tempat pameran ini terdapat istana-istana yang kekal, tempat-tempat tinggal yang abadi, kebun dan khazanah-khazanah yang penuh dengan asal-usul yang murni dan tinggi bagi contoh-contoh dan gambaran-gambaran itu. Maknanya mujahadah di sini adalah kerana perkara-perkara tersebut. Di sini baginda mengarahkan kerja. Di sana baginda memberi bayaran. Di sana ada kebahagiaan menurut persediaan masing-masing.
Gambaran Ketujuh: Mari kita bersiar sebentar dan kita lihat apa yang ada dan tiada dalam penghuni yang bertamadun ini.
Maka lihatlah! Di setiap tempat, di setiap sudut, banyak kamera telah dipasang dan mengambil gambar. Lihat! Ramai penulis telah duduk di setiap tempat, menulis sesuatu dan merakamkan setiap perkara. Mereka mencatatkan khidmat yang paling remeh dan peristiwa paling biasa. Ya, atas bukit itu telah dipasang kamera gergasi(3) khusus untuk raja yang merakamkan gambar semua yang berlaku di seluruh tempat ini. Ini maknanya, baginda telah memerintahkan agar semua perlakuan dan pekerjaan yang berlaku dalam kerajaannya dicatatkan.
(3) Sebahagian makna-makna yang diisyaratkan oleh gambaran ini telah diterangkan dalam Hakikat Ketujuh. Cuma, isyarat dan hakikat satu kamera yang besar khusus kepada Sultan di sini ialah Lauh Mahfuz. Dalam Kalimah Kedua Puluh Enam, pembuktian kewujudan Lauh Mahfuz telah diisbatkan seperti berikut: Setiap data pengenalan yang kecil merasakan kewujudan satu pengkalan data yang besar, setiap dokumen yang kecil mengingatkan terdapatnya satu buku catatan yang besar dan setiap titisan kecil yang banyak mengisyaratkan kepada satu sumber air yang besar. Sama seperti itu juga, sudah tentu daya ingatan manusia, buah-buah pokok, biji-biji buah dan benih-benihnya yang ibarat data-data kecil, masing-masing seperti Lauh Mahfuz yang kecil serta ibarat titis-titis kecil yang menitis daripada pena yang menulis Lauh Mahfuz yang besar akan memberitahu, mengingatkan dan membuktikan satu memori besar, sebuah buku catatan gergasi dan sebuah Lauh Mahfuz agung. Bahkan ia menunjukkannya kepada akal-akal yang tajam.
9. Page
Ini bermakna, bahawa baginda mengarahkan setiap peristiwa dicatatkan dan gambarnya dirakamkan. Justeru, pengawasan dan penjagaan yang teliti ini sudah tentu adalah untuk muhasabah. Sekarang, mungkinkah sama sekali bahawa seorang penguasa yang melindungi yang tidak mencuaikan sekecil-kecil amalan rakyatnya yang paling bawah, tidak menjaga, tidak menghisab dan tidak memberi ganjaran dan balasan bagi sebesar-besar amalan rakyatnya yang paling atas. Walhal perlakuan-perlakuan yang akan menyentuh kemuliaan dan keagungan serta langsung tidak akan diterima oleh sifat dan rahmat baginda, lahir daripada orang-orang besar itu. Di sini baginda tidak menghukum mereka. Maknanya ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.
Gambaran Kelapan: Mari, aku bacakan kepadamu titah-titah ini yang datang daripada baginda. Lihat, baginda berkali-kali menjanjikan dan memberi ancaman yang keras seperti berikut: “Beta akan mengambil kalian dari sana lalu membawa kalian ke pusat kerajaan beta dan beta akan menggembirakan orang yang taat dan memenjarakan yang derhaka. Beta akan memusnahkan tempat sementara itu lalu membina sebuah negara lain yang mengandungi istana-istana dan penjara-penjara yang kekal.”
Malah perkara yang dijanjikan baginda adalah sangat mudah baginya serta sangat penting untuk rakyatnya. Memungkiri janjinya pula adalah amat bertentangan dengan kemuliaan kekuasaan baginda.
Maka lihatlah wahai si bingung! Engkau membenarkan wahammu yang menipu, akalmu yang mengarut dan nafsumu yang memperdaya. Engkau mendustai raja yang tidak terpaksa untuk memungkiri dan menyalahi janji dari mana-mana sudut dan memungkiri janji adalah langsung tidak sesuai dengan kehormatannya serta semua urusan yang kelihatan menjadi saksi kepada kebenarannya. Sudah tentu engkau layak menerima hukuman yang besar.
Perumpamaan engkau menyerupai keadaan berikut:
Seorang pengembara menutup matanya daripada sinaran matahari. Dia memandang kepada khayalannya. Wahamnya mahu menerangi jalannya yang dahsyat dengan cahaya lampu suluh kepala yang seperti seekor kelip-kelip.
Memandangkan baginda telah berjanji, sudah tentu baginda akan melaksanakannya. Ini kerana baginya pelaksanaan itu adalah sangat mudah dan amat perlu kepada kita, kepada semua benda, kepada baginda dan kepada kerajaannya. Maknanya, terdapat sebuah mahkamah tertinggi dan sebuah kebahagiaan agung.
Gambaran Kesembilan: Sekarang mari! Kita perhatikan sesetengah ketua daerah dan jamaah yang
10. Page
setiap seorangnya(4) memiliki telefon khusus masing-masing untuk bercakap sendiri dengan raja. Malah sesetengah mereka telah menghadap hadrat baginda. Apa yang dikatakan mereka? Dengan sepakat mereka memberitahu bahawa baginda telah mempersiapkan sebuah tempat yang amat hebat dan dahsyat untuk memberi ganjaran dan balasan. Baginda memberikan janji yang kuat dan ancaman yang keras. Malah, kemuliaan dan ketinggian baginda sekali-kali tidak akan dicemari dengan sifat memungkiri janji lalu menerima kehinaan. Walhal para pengkhabar itu bukan sahaja ramai pada tahap mutawatir malah memiliki kesepakatan pada tahap kekuatan ijma’ mengkhabarkan bahawa pusat dan sumber kerajaan agung yang sebahagian kesannya kelihatan ini berada di sebuah negara lain yang jauh dari sini. Bangunan-bangunan di medan ujian ini adalah sementara. Kemudian ia akan diganti dengan istana-istana yang kekal. Tempat-tempat ini akan berubah.
Kerana sebuah kerajaan yang hebat dan kekal yang keagungannya difahami melalui karya-karyanya ini tidak akan dibina dan berdiri di atas perkara-perkara yang sementara, tidak berterusan, tidak tetap, tidak penting, sentiasa berubah, tidak kekal, kurang dan tidak sempurna sebegini. Maknanya, ia berdiri di atas perkara-perkara kekal, tetap, tidak akan lenyap, berterusan, sempurna dan hebat yang layak baginya. Maknanya ada sebuah negara lain dan sudah pasti ia akan dipindahkan ke tempat itu.
Gambaran Kesepuluh: Ayuh, hari ini adalah Nowruz, perayaan musim bunga Raja.(5) Akan berlaku suatu penggantian dan akan muncul perkara-
11. Page
perkara yang mengkagumkan. Pada hari yang indah bagi musim bunga ini, kita boleh pergi bersiar-siar di padang hijau yang berbunga indah itu.
Maka lihatlah! Para penduduk juga datang ke arah ini. Lihat, ada suatu kesaktian! Bangunan-bangunan itu tiba-tiba runtuh lalu berubah menjadi suatu bentuk lain!
Lihat, ada suatu mukjizat. Bangunan-bangunan yang telah runtuh tadi tiba-tiba dibina di sini. Seolah-olah padang pasir yang tandus itu telah menjadi bandar yang maju!
Lihat, seperti tirai-tirai panggung wayang, setiap saat ia menunjukkan suatu alam yang lain, berubah menjadi rupa yang lain!
Perhatikanlah semua ini kerana terdapat aturan yang sangat sempurna dalam tirai yang bercampur-baur, laju, banyak dan hakiki sebegitu sehingga setiap benda diletakkan di tempatnya. Tirai-tirai panggung wayang khayalan juga tidak boleh teratur sebegini. Berjuta-juta ahli sihir yang mahir juga tidak mampu menghasilkan ciptaan-ciptaan berseni ini. Maknanya, raja yang tidak kelihatan bagi kita itu memiliki mukjizat-mukjizat yang amat besar.
Wahai si bingung! Engkau bertanya:
“Bagaimanakah negara yang besar ini akan diruntuhkan dan akan dibina di tempat lain?”
Engkau sendiri melihat bahawa setiap jam berlaku banyak perubahan dan pergantian seperti penggantian negara yang tidak diterima akal engkau itu. Daripada pengumpulan, penyuraian dan hal-hal itu, difahami bahawa ada tujuan lain dalam perhimpunan, penyuraian, pembinaan dan perobohan pantas yang kelihatan ini. Untuk perhimpunan selama sejam perbelanjaan selama sepuluh tahun digunakan. Maknanya, keadaan-keadaan ini bukanlah maksud sebenar bahkan tamsilan dan peniruan. Baginda melakukannya dengan kesaktian supaya gambar-gambarnya diambil dan digabung. Natijah-natijahnya dipelihara dan ditulis.
Sebagaimana setiap yang berlaku di padang latihan telah dirakam dan dicatatkan, maknanya muamalah akan berlangsung dan berkisar di atas perkara-perkara ini di sebuah tempat perhimpunan yang terbesar. Ia juga akan dipertontonkan secara berterusan di sebuah tempat pameran yang agung. Maknanya, keadaan-keadaan sementara dan tidak tetap ini memberikan gambaran-gambaran yang tetap dan hasil-hasil yang kekal. Maknanya, perayaan-perayaan ini adalah untuk kebahagiaan yang agung, sebuah mahkamah yang tertinggi dan tujuan-tujuan mulia yang tidak kita ketahui.
Gambaran Kesebelas: Marilah wahai temanku yang keras kepala! Mari kita naiki kapal terbang atau keretapi yang pergi ke timur atau ke barat iaitu masa lalu dan masa akan datang. Mari kita lihat apakah jenis kesaktian-kesaktian yang telah
12. Page
ditunjukkan oleh raja sakti itu di tempat-tempat yang lain.
Maka lihatlah, keajaiban seperti rumah, medan dan tempat pameran yang telah kita lihat terdapat di setiap sudut.
Tetapi, berdasarkan seni dan rupa, semua itu adalah berbeza daripada satu sama lain. Namun perhatikan hal ini baik-baik kerana di kediaman-kediaman yang tidak tetap itu, di padang-padang yang sementara dan di tempat-tempat pameran tidak kekal itu diperlihatkan aturan suatu hikmah yang sangat nyata, isyarat ‘inayah yang sangat jelas, tanda-tanda keadilan yang amat tinggi dan buah-buahan rahmat yang amat luas.
Semua yang mempunyai basirah (mata hati) akan memahami dengan yakin bahawa hikmah yang lebih sempurna daripada hikmah-Nya, ‘inayah yang lebih indah daripada ‘inayah-Nya, rahmat yang lebih syumul daripada rahmat-Nya dan keadilan yang lebih tinggi daripada keadilan-Nya tidak akan ada dan tidak boleh digambarkan.
Sekiranya kita bayangkan seperti apa yang telah engkau anggap bahawa rumah-rumah yang kekal, tempat-tempat yang tinggi, kedudukan-kedudukan yang tetap, kediaman-kediaman yang abadi, penduduk-penduduk yang menetap, rakyat-rakyat yang bahagia tiada di daerah negara-Nya, sedangkan dimaklumi bahawa negara yang tidak kekal ini tidak boleh memperlihatkan hakikat-hakikat hikmah, ‘inayah, rahmat dan keadilan tersebut dan sekiranya tempat lain yang akan menerima mereka juga tidak ada, pada masa itu kita perlu mengingkari hikmah yang di hadapan mata kita, mengingkari ‘inayah yang telah kita saksikan, mengingkari rahmat yang telah kita lihat dan mengingkari keadilan yang tanda-tanda dan isyarat-isyaratnya yang amat kuat kelihatan ini dengan kebodohan seperti mengingkari matahari. Walhal kita melihat cahaya matahari di pertengahan siang.
Jika tidak, perlu diterima bahawa pemilik urusan-urusan yang berhikmah dan perbuatan-perbuatan yang mulia dan anugerah-anugerah yang mengandungi rahmat itu - tidak sama sekali tidak - sebagai pemain yang bodoh, penzalim yang kejam.
Namun ini adalah perubahan hakikat-hakikat kepada sebaliknya. Walhal perubahan hakikat adalah mustahil dan tidak mungkin menurut persetujuan semua ahli pemikir kecuali hanya si bodoh skeptis yang mengingkari kewujudan semua benda.
Maknanya, ada sebuah negara lain selain daripada negara ini. Padanya terdapat sebuah mahkamah tertinggi, sebuah tempat pengadilan tinggi dan sebuah tempat pemuliaan agung supaya belas kasihan, hikmah, ‘inayah dan keadilan terzahir secara sempurna.
Mari, sekarang kita akan pulang. Kita akan berjumpa dengan para ketua dan pegawai kumpulan-kumpulan itu dan kita akan melihat kepada
13. Page
peralatan-peralatan mereka. Ini supaya kita nampak adakah peralatan-peralatan itu telah diberikan hanya untuk digunakan dalam tempoh yang singkat di medan itu, ataupun telah diberikan untuk memperoleh kehidupan bahagia yang panjang di tempat lain?
Kita tidak mampu melihat semua orang dan setiap peralatan. Tetapi sebagai contoh, kita akan melihat kad pengenalan dan buku data pegawai itu. Dalam kad pengenalan ini terdapat pangkat, gaji, tugas, tuntutan dan peraturan tindakan pegawai itu.
Lihat! Jawatan ini bukan untuk beberapa hari; bahkan diberikan untuk suatu masa yang amat panjang. Ada tertulis: “Engkau akan mengambil gaji itu pada tarikh sekian daripada khazanah perbendaharaan yang khusus”. Walhal tarikh itu akan tiba selepas masa yang panjang dan setelah medan ini ditutup.
Tugas itu pula bukan untuk medan sementara ini. Bahkan ia telah diberi untuk memperoleh kebahagiaan yang berterusan di sisi raja.
Tuntutan-tuntutan itu pula bukan hanya untuk kehidupan beberapa hari di dewan tamu ini. Bahkan boleh jadi untuk kehidupan yang panjang dan penuh bahagia.
Peraturan itu pula, secara bulat-bulat menunjukkan bahawa pemilik kad pengenalan adalah calon untuk tempat lain dan berkerja untuk alam yang lain.
Lihat, dalam buku-buku itu terdapat cara penggunaan alat-alat kelengkapan dan tanggung jawabnya. Walhal jika tidak ada suatu tempat yang tinggi dan kekal selain medan ini buku yang lengkap itu dan kad pengenalan yang qat’i itu, akan menjadi langsung tidak bermakna. Malah pegawai yang dihormati, panglima yang dimuliakan dan ketua yang disanjung itu akan jatuh ke suatu darjat yang lebih rendah daripada semua penduduk, lebih teruk, lebih buntu, lebih hina, lebih malang, lebih miskin dan lebih lemah daripada semua.
Maka kiaskanlah dengannya. Jika engkau memerhatikan apa jua perkara, ia akan menjadi saksi bahawa selepas kefanaan ini akan ada kebaqaan.
Wahai sahabat! Maknanya negara sementara ini adalah ibarat sebuah ladang, sebuah medan latihan dan sebuah pasar. Sudah tentu akan datang selepasnya sebuah mahkamah tertinggi dan sebuah kebahagiaan agung.
Jika engkau mengingkarinya, engkau terpaksa mengingkari semua data, buku, kelengkapan dan dustur pada para pegawai, bahkan semua peraturan di negara ini, hatta kerajaan ini dan melazimkan pendustaan kewujudan kesemua urusan yang sedang berjalan. Waktu itu engkau tidak boleh dikatakan sebagai manusia dan makhluk yang mempunyai akal. Engkau akan menjadi lebih bodoh daripada para skeptis.
Awas, jangan menyangka bahawa dalil-dalil
14. Page
penggantian negara hanya terbatas kepada dua belas gambaran ini. Bahkan terdapat tanda-tanda dan dalil-dalil yang tidak terhad dan terkira bahawa negara yang tidak tetap dan berubah-ubah ini akan digantikan kepada negara yang tidak akan lenyap dan tetap. Malah terdapat isyarat dan alamat yang tidak terhad dan terhitung bahawa para penduduk ini akan diambil daripada rumah-rumah pertamuan sementara ini dan akan dihantar ke pusat kerajaannya yang berkekalan.
Lebih-lebih lagi, mari aku tunjukkan kepada engkau satu lagi bukti yang lebih kuat daripada kekuatan dua belas gambaran.
Justeru lihatlah! Dalam kumpulan besar yang kelihatan di kejauhan itu terdapat seorang utusan mulia pemilik pangkat yang besar yang telah kita lihat di pulau sebelum ini sedang membuat pengumuman. Mari kita pergi dan dengar.
Lihatlah utusan mulia yang berseri itu. Beliau menyampaikan firman agung yang digantung di tempat yang tinggi itu kepada penduduk dan berkata seperti berikut: “Bersiap sedialah kalian! Kalian akan pergi ke sebuah negara lain yang kekal iaitu sebuah negara yang jika dibandingkan dengannya, maka negara ini bagaikan sebuah penjara. Kalian akan pergi ke pusat kerajaan raja kita lalu menerima belas kasihan dan ihsan-ihsan baginda. Itu pun jika kalian mendengar dan mentaati firman ini dengan baik. Namun, jika kalian membantah dan tidak mematuhinya, kalian akan dicampak ke penjara-penjara yang dahsyat”.
Engkau juga melihat bahawa dalam firman agung itu terdapat lambang bermukjizat yang langsung tidak boleh ditiru. Semua orang selain daripada orang-orang bingung seperti engkau mengetahui dengan yakin bahawa firman itu adalah titah raja dan pada utusan mulia bercahaya itu terdapat lambang-lambang yang hebat sehingga semua orang selain orang-orang yang buta seperti engkau memahami dengan yakin bahawa utusan itu merupakan penterjemah perintah raja yang paling benar.
Agaknya bolehkah diterima bahawa masalah penggantian negara yang telah didakwa dan disampaikan oleh utusan mulia itu dengan titah agung tersebut bersama dengan semua kekuatannya dibantah?
Ya, tidak boleh diterima! Melainkan jika engkau mengingkari semua perkara yang telah kita lihat ini. Wahai sahabat, sekarang giliranmu. Katakanlah apa saja yang ingin engkau katakan!
Apa yang akan aku katakan, bolehkah dikatakan lagi sesuatu yang lain terhadap perkara ini? Bolehkah dikatakan apa-apa lagi tentang kewujudan matahari pada waktu tengah hari?
Aku hanya boleh mengatakan Alhamdulillah, seratus ribu kali syukur kerana aku telah terselamat daripada penguasaan waham dan hawa nafsu serta
15. Page
daripada tawanan nafsu dan kehendaknya lalu bebas daripada penjara dan kurungan abadi.
Aku juga percaya bahawa ada tempat kebahagiaan yang lain selain daripada dewan pertamuan yang huru-hara dan tidak tetap ini di sisi raja dan kita juga bakal ke sana.
Demikianlah cerita tamsilan yang merupakan kinayah yang terdiri daripada hasyir dan akhirat ini telah tamat di sini.
Sekarang dengan taufiq Ilahi kita akan menyeberang ke hakikat-hakikat yang tinggi. Sebagai perbandingan kepada dua belas gambaran yang lalu, kami akan menerangkan dua belas hakikat yang saling bersandaran yang bermula dengan satu mukadimah.
16. Page
Mukadimah
Kami telah menyentuh beberapa masalah yang diterangkan melalui beberapa isyarat di tempat-tempat lain iaitu dalam Kalimah Kedua Puluh Dua, Kesembilan Belas dan Kedua Puluh Enam.
Isyarat Pertama: Ada tiga hakikat tentang orang yang bebal dengan sahabatnya yang amanah dalam cerita sebelum ini. Pertama ialah nafsu amarah dan hatiku. Kedua ialah pendokong-pendokong falsafah dan murid-murid al-Quran. Ketiga ialah umat Islam dan golongan kafir.
Kesesatan yang paling dahsyat bagi pendokong-pendokong falsafah, golongan kafir dan nafsu amarah adalah kerana tidak mengenali Allah.
Orang yang amanah itu telah berkata dalam cerita sebelum ini: “Tidak mungkin ada suatu huruf tanpa penulis, tidak mungkin ada suatu undang-undang tanpa hakim.”
Kita juga berkata: “Bagaimanakah wujud sebuah kitab, terutamanya kitab yang dalam setiap kalimahnya telah ditulis sebuah kitab dengan pena yang kecil, dan dalam setiap hurufnya telah ditulis sebuah qasidah yang tersusun dengan pena yang halus. Maka adalah terlalu mustahil kitab itu tiada penulis.
Begitu juga adalah terlalu mustahil dalam kemustahilan bahawa alam ini tidak berpengukir. Ini kerana alam ini adalah sebuah kitab yang sangat hebat sehinggakan setiap sahifahnya (muka suratnya) mengandungi kitab yang banyak. Hatta dalam setiap kalimahnya ada sebuah kitab. Dalam setiap hurufnya ada sebuah qasidah.
Muka bumi adalah sehelai sahifah; alangkah banyak kitab di dalamnya.
Sebatang pokok ialah sebuah kalimah. Alangkah banyak sahifahnya!
Sebiji buah ialah satu huruf. Sebutir biji ialah setitik noktah. Dalam noktah itu terdapat program dan intisari sebatang pohon yang besar.
Maka, sebuah kitab yang sebegini hanya boleh menjadi ukiran pena qudrat bagi Dzat Dzul Jalal yang memiliki sifat-sifat jalal dan jamal, qudrat dan hikmah yang tidak berpenghujung. Maknanya keimanan ini perlu melalui penyaksian alam, kecuali bagi mereka yang telah mabuk dengan kesesatan.
Malah sebuah rumah tidak terjadi tanpa tukang terutamanya rumah yang dihias dengan hasil seni yang hebat, ukiran yang ajaib dan perhiasan yang menakjubkan. Hatta, terkandung pada setiap seketul batunya kesenian seperti sebuah istana. Mana-mana akal tidak boleh menerima akan ketiadaan tukang bahkan rumah itu memerlukan seniman yang sangat mahir. Terutamanya dalam istana itu, kediaman-kediaman yang sebenar dibina dalam setiap saat lalu diubah bagaikan layar-layar wayang dengan aturan yang sempurna seperti menukar pakaian. Hatta
17. Page
dalam setiap layar sebenar, diwujudkan bermacam-macam kediaman kecil. Begitu juga alam ini. Ia memerlukan pencipta yang bijak, berilmu dan perkasa yang tidak terbatas.
Ini kerana alam semesta yang hebat ini adalah sebuah istana yang seperti berikut:
Bulan dan matahari adalah lampu-lampunya, bintang-bintang adalah lilin-lilinnya, masa adalah seutas tali dan selembar pitanya. As-Sani’ Dzul Jalal memasang alam yang lain padanya lalu memperlihatkannya setiap tahun. Dia memperbaharui gambar-gambarnya yang teratur dalam tiga ratus enam puluh cara pada alam yang telah digantungkan-Nya itu. Dia mengubahnya dengan aturan dan hikmah yang sempurna. Dia menjadikan muka bumi sebidang hamparan nikmat sehingga pada setiap musim bunga, Dia menghias dengan tiga ratus ribu jenis ciptaan-Nya. Dia memenuhkannya dengan jenis-jenis ihsan-Nya yang tidak terhad dan tidak terhitung.
Yakni dengan cara yang walaupun dalam keadaan bercampur dan berbaur, mereka dibezakan antara satu sama lain dengan cara yang sangat istimewa dan berlainan. Kiaskanlah sudut-sudut yang lain dengan perkara ini. Bagaimanakah sebuah istana yang sebegini tidak dipedulikan oleh as-Sani’-nya?
Demikianlah juga mengingkari matahari di tengah hari yang tidak berawan, walaupun tajallinya dapat dilihat dan pantulannya dapat disaksikan di atas permukaan laut dan semua buih, pada semua benda yang berkilat di daratan dan pada setiap butiran salji. Ia merupakan satu kekarutan bagi kegilaan yang sangat pelik.
Ini kerana, dengan mengingkari dan tidak menerima kewujudan satu matahari pada ketika itu, maka kita perlu menerima kewujudan matahari-matahari kecil sebagai benar dan asli mengikut bilangan titisan, kadar buih-buih kecil dan jumlah butir-butir tersebut.
Sebagaimana kita perlu menerima hakikat satu matahari yang besar dalam setiap zarah kecil sedangkan ia hanya boleh memuati sebutir zarah, begitulah juga kita melihat alam semesta yang teratur ini yang sentiasa berubah dengan hikmah secara bergilir dan disegarkan setiap waktu dalam susunan.
Sesungguhnya, tidak mengakui al-Khaliq Dzul Jalal dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya adalah perkara gila bagi kesesatan dan perkara karut bagi kegilaan yang lebih teruk daripada itu. Ia bermakna, kita perlu menerima satu uluhiyyah yang mutlak pada setiap benda sehingga pada setiap zarah. Ini kerana setiap butir zarah udara boleh masuk dan berfungsi pada setiap kuntum bunga, setiap biji buah dan setiap helai daun. Justeru, jika zarah itu tidak menjadi petugas, ia perlu mengetahui cara pembentukan, rupa dan peranan bagi semua ciptaan berseni yang boleh dimasuki dan dikerjakannya,
18. Page
supaya ia boleh bekerja di dalamnya. Ini bermakna, ia perlu memiliki ilmu dan kuasa yang meluas supaya ia boleh melakukan begitu.
Sebagai contoh, setiap butir zarah tanah memiliki kemampuan untuk menjadi sebab dan asas kepada semua benih dan biji yang berlainan. Jika ia tidak menjadi petugas, semestinya ia mengandungi alat-alat dan jentera maknawi sebanyak bilangan rumput dan pokok ataupun semestinya diberikan kepadanya suatu seni dan kuasa yang mengetahui dan boleh melakukan semua cara pembentukan mereka, mengenali dan boleh menjahit semua rupa yang dipakaikan kepada mereka. Kiaskanlah juga dengan semua maujudat lain.
Akhirnya, engkau akan memahami bahawa terdapat banyak dalil wahdaniyyah yang jelas pada semua benda. Ya, menjadikan semua benda daripada satu benda dan menjadikan semua benda sebagai satu benda adalah kerja yang khusus kepada al-Khaliq semua benda. Perhatikanlah Firman Allah yang agung وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪. Maknanya dengan tidak menerima al-Wahidul Ahad, maka kita perlu menerima tuhan-tuhan sebanyak maujudat.
Isyarat Kedua: Dalam cerita (sebelum ini) telah disebut dan dibincangkan tentang seorang pembantu yang mulia. Dengan melihat tanda-tandanya, semua yang tidak buta memahami bahawa orang itu bertindak dengan perintah raja dan merupakan hamba-Nya yang khusus. Sesungguhnya pembantu mulia itu ialah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Ya, sebagaimana matahari perlu memiliki cahaya begitulah juga as-Sani’ Maha Suci bagi alam semesta yang terhias begini perlu memiliki seorang Rasul yang mulia. Ini kerana sebagaimana mustahil bagi matahari tanpa cahaya, begitulah juga mustahil bagi Uluhiyyah untuk tidak memperlihatkan diri-Nya dengan mengutuskan para Rasul.
Serta mungkinkah berlaku sama-sekali bahawa keindahan yang sangat sempurna tidak mahu menunjukkan dirinya melalui perantaraan seorang pakar yang boleh memperlihatkan dan memperkenalkannya?
Malah mungkinkah kesempurnaan ciptaan yang sangat indah tidak mahu mempamerkan dirinya sendiri melalui perantaraan seorang bentara yang menarik semua perhatian ke atas-Nya? Serta mungkinkah sama-sekali bahawa kerajaan yang menyeluruh bagi Rububiyyah ‘ammah tidak mahu mengiklankan tentang wahdaniyyah dan samadiyyah-Nya melalui seorang utusan yang dzul janahain (memiliki dua sayap) pada peringkat kasrah (kebanyakan iaitu lawan kepada wahdah) dan juz’iyyat (benda-benda kecil) iaitu sebagaimana peribadi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam itu menjadi utusan bagi peringkat kasrah ke hadrat Ilahi dari sudut pengabdian menyeluruh, baginda juga adalah petugas hadrat Ilahi kepada peringkat kasrah dari
19. Page
sudut taqarrub dan risalah.
Malah mungkinkah sama-sekali bahawa pemilik kecantikan asli yang tidak terkira, tidak mahu melihat dan memperlihatkan betapa cantik keindahannya dan betapa halus kecantikannya pada cermin-cermin, yakni melalui perantaraan seorang rasul yang dikasihi? Ini kerana dia ialah kekasih maka dengan pengabdiannya dia mempersukakan dirinya dan menjadi cerminan kepada-Nya. Dia juga ialah rasul, maka dia menjadikan semua makhluk cinta kepada-Nya dan memperlihatkan keindahan nama-nama-Nya.
Malah mungkinkah sama-sekali pemilik khazanah yang penuh dengan mukjizat menakjubkan dan perkara-perkara menghairankan dan berharga tidak ingin dan tidak mahu menerangkan kesempurnaan-Nya yang tersembunyi dengan mempamerkannya di hadapan pandangan-pandangan masyarakat dan menzahirkannya kepada mereka melalui perantaraan pentakrif yang pakar mengenal permata dan pemasyhur yang arif menilai?
Serta mungkinkah Dia menghiaskan alam ini dengan ciptaan yang menerangkan kesempurnaan semua nama-Nya sambil menyamakan alam semesta ini seperti sebuah istana yang telah dihiaskan dengan seni-seni yang halus dan ajaib untuk tontonan, tetapi tidak melantik seorang guru yang mursyid?
Serta mungkinkah sama sekali pemilik alam semesta ini tidak merungkai maksud dan matlamat yang akan berlaku pada perubahan alam dengan perantaraan utusan yang memberitahu rahsia terkuncinya serta menyelesaikan misteri bagi tiga soalan musykil iaitu: Dari mana? Ke mana? Siapa engkau?
Serta mungkinkah sama-sekali as-Sani’ Dzul Jalal yang memperkenalkan diri-Nya kepada mereka yang berakal melalui ciptaan-ciptan indah ini dan mempersukakan diri-Nya dengan nikmat-nikmat berharga, namun tidak memberitahu melalui perantaran seorang utusan apakah mardhiyyah dan kemahuan-Nya daripada mereka yang berakal?
Serta mungkinkah sama-sekali Dia mencipta manusia dalam keadaan bergantung dengan kasrah dari segi akal dan siaga untuk pengabdian menyeluruh dari segi kemampuan, tetapi tidak mahu mengalih wajah-wajah mereka daripada kasrah (kebanyakan) kepada wahdah (keesaan) melalui perantaraan seorang pembimbing yang muallim?
Ada banyak lagi tugas nubuwwah sebegini sehingga setiap satunya adalah dalil yang qat’i bahawa Uluhiyyah tidak boleh berlaku tanpa risalah. Sekarang, agaknya siapakah yang telah muncul di dunia yang lebih ahli dan syumul - dengan sifat-sifat dan tugas-tugas yang diterangkan - daripada Muhammad al-‘Arabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam? Adakah sejarah telah menunjukkan seseorang yang lebih layak dan sesuai kepada jawatan risalah dan tugas tabligh berbanding baginda?
20. Page
Tidak, sama sekali tidak! Bahkan baginda adalah penghulu sekalian Rasul, imam semua nabi, ketua seluruh asfiya’, orang yang paling dekat bagi semua Muqarrabin, orang yang paling sempurna bagi seluruh makhluk dan raja semua mursyid.
Ya dengan ittifaq semua ahli tahqiqat, cukuplah sebuah laut hakikat seperti al-Quran dan mukjizat teragung yang merupakan mukjizat dengan empat puluh wajah untuk menunjukkan risalahnya yang seperti matahari selain daripada dalil-dalil kenabian yang tidak terkira dan terhitung daripada mukjizat-mukjizat baginda yang mencapai seribu seperti peristiwa terbelahnya bulan dan mengalirnya air daripada jejari baginda. Oleh sebab kita telah membahaskan sudut-sudut kemukjizatan al-Quran yang mencapai empat puluh sudut dalam risalah-risalah lain dan khususnya dalam Kalimah Kedua Puluh Lima, maka kita ringkaskannya sekadar ini.
Isyarat Ketiga: Janganlah terlintas di hati soalan seperti ini: Apakah keistimewaan manusia yang kerdil ini sehingga dunia yang besar ditutup dan dibuka satu daerah lain untuk memuhasabah amalannya?
Ini kerana insan yang kerdil ini memiliki keistimewaan yang besar, menjadi ketua maujudat ini dan merupakan bentara kerajaan Ilahi serta menzahirkan pengabdian menyeluruh dari segi kesyumulan fitrahnya.
Juga jangan terfikir tentang bagaimana dalam umur yang pendek manusia berhak kepada azab yang abadi?
Ini kerana kekufuran menjadi penghinaan kepada seluruh alam semesta kerana ia menjatuhkan alam semesta yang berada pada darjat dan nilai maktubat Samadaniyyah ke satu tahap rendah yang tidak bemakna dan tidak bertujuan.
Ini juga kerana kekufuran merupakan penafian serta pengingkaran kepada semua nama suci Ilahi yang tanda-tanda dan ukiran-ukirannya kelihatan pada maujudat ini. Malah kekufuran merupakan pendustaan kepada dalil-dalil tidak terkira yang menunjukkan hak dan kebenaran Allah Ta‘ala. Maka kekufuran itu adalah jenayah yang tiada taranya. Jenayah yang tiada taranya pula mewajibkan azab yang tidak berkesudahan.
Isyarat Keempat: Kita telah melihat melalui dua belas gambaran dalam cerita di atas bahawa tidak mungkin sama sekali ada sebuah negara seperti rumah tamu sementara bagi seorang raja yang hebat begitu, tetapi tidak ada sebuah negara abadinya yang lain, yang kekal kukuh, menzahirkan kehebatannya dan menjadi sumber kepada kerajaan agungnya?
Begitu juga tidak mungkin sama sekali bahawa al-Khaliqul Baqi bagi alam fana ini mewujudkan alam ini, tetapi tidak mewujudkan alam yang kekal. Serta mustahil bahawa as-Sani’us Sarmadi alam semesta yang sangat indah dan sementara mencipta alam ini tetapi tidak mewujudkan alam lain yang kekal kukuh dan berterusan. Juga tidak mungkin al-Fatir yang al-Hakim, al-Qadir, ar-Rahim bagi dunia yang diibaratkan seperti tempat pameran, medan ujian dan ladang mencipta alam ini tetapi tidak menjadikan Darul Akhirat yang menzahirkan semua maksudnya.
Hakikat ini boleh dimasuki melalui dua belas pintu. Pintu-pintu itu boleh dibuka dengan dua belas hakikat. Kami mulakan daripada yang paling pendek dan mudah.
Hakikat Pertama: Bab Rububiyyah dan kerajaan sebagai tajalli nama Rabb
Mungkinkah sama sekali bahawa untuk menunjukkan kesempurnaannya, urusan Rububiyyah dan kerajaan Uluhiyyah, terutamanya mewujudkan alam semesta yang sebegini dengan tujuan-tujuan yang sangat agung dan maksud-maksud yang tinggi tetapi tidak memberikan ganjaran sebagai balasan kepada orang-orang mukmin yang menyambut tujuan-tujuan dan maksud-maksudnya dengan keimanan dan pengabdian; dan tidak memberikan balasan kepada orang-orang sesat yang menyambut maksud-maksud itu dengan penolakan dan penghinaan?
Hakikat Kedua: Bab kepemurahan dan rahmat sebagai tajalli nama al-Karim dan ar-Rahim
Mungkinkah sama sekali bahawa Rabb alam ini yang memiliki kepemurahan, rahmat, keagungan dan keghairahan yang tidak berpenghujung dengan karya-karya yang telah ditunjukkan-Nya tidak memberikan ganjaran yang layak dengan kepemurahan dan rahmat-Nya dan balasan yang sesuai dengan keagungan dan keghairahan-Nya. Ya, jika dilihat kepada perjalanan dunia ini, kelihatan bahawa rezeki yang sesuai dengan setiap yang bernyawa diberikan bermula daripada yang paling lemah, paling daif sehingga yang paling kuat.
Rezeki yang paling baik diberikan kepada yang paling daif dan paling lemah.(6) Kepada setiap yang sakit ubat disampaikannya daripada tempat yang tidak disangka-sangka. Jamuan dan ikram dengan kepemurahan yang hebat sebegitu dilakukan sehingga menunjukkan dengan jelas bahawa ia telah
21. Page
disediakan oleh satu tangan sifat pemurah yang tidak berpenghujung.
Contohnya, memakaikan semua pohon dengan pakaian seperti sutera ibarat bidadari-bidadari syurga pada musim bunga lalu meriaskan dengan hiasan bunga-bunga dan buah-buahan lalu sambil menjadikannya hamba dan mempersembahkannya kepada kita bermacam-macam buah-buah yang paling manis, paling menarik dengan ranting-rantingnya yang merupakan tangan mereka yang lembut.
Serta menyuapkan kita dengan madu berubat yang paling manis melalui tangan serangga berbisa; serta memakaikan kita pakaian yang paling cantik dan lembut melalui tangan ulat yang tidak bertangan; serta menyembunyikan untuk kita khazanah rahmat yang besar dalam sebutir biji yang kecil.
Melalui semua ini dapat difahami dengan jelas bahawa ia adalah karya kepemurahan yang sangat indah dan rahmat yang sangat latif. Pelaksanaan tugas semua benda bermula daripada matahari, bulan dan bumi sehingga makhluk yang paling kecil, selain daripada manusia dan sebahagian binatang buas, dengan ketelitian yang sempurna, tidak melebihi hadnya walaupun sebesar zarah dan kewujudan ketaatan umum di bawah kehebatan yang agung menunjukkan bahawa pergerakan mereka adalah dengan perintah pemilik ketinggian dan keagungan yang besar.
Serta dengan kasih sayang yang penuh rahmat bagi semua ibu(7) sama ada pokok, haiwan atau insan itu dan pendidikan anak-anak mereka yang lemah dan daif dengan makanan yang latif seperti susu, dapat difahami dengan jelas bahawa tajalli rahmat yang amat luas telah melakukannya.
Memandangkan terdapat kepemurahan, rahmat, keagungan dan kemuliaan yang tidak berpenghujung sebegitu bagi pentadbir alam, maka keagungan dan kemuliaan yang tidak berpenghujung sentiasa mahu mengajar mereka yang biadab. Kepemurahan yang
22. Page
tidak berpenghujung sentiasa inginkan ikram yang tidak berpenghujung. Rahmat yang tidak berpenghujung sentiasa inginkan ihsan yang sesuai dengan dirinya.
Sedangkan, dalam dunia yang fana dan dalam usia yang pendek ini, ia hanya memuat dan menjelmakan satu juzuk daripada berjuta-juta juzuknya seperti setitis air daripada lautan. Maknanya akan ada sebuah negara kebahagiaan yang sesuai dengan kepemurahan itu dan rahmat tersebut. Jika tidak, mengingkari kewujudan rahmat yang kelihatan ini adalah perlu seperti mengingkari kewujudan matahari yang mengisi siang dengan cahayanya. Ini kerana kelenyapan tanpa kepulangan sekali lagi menyebabkan terpadamlah hakikat rahmat dengan mengubah rasa kasih kepada musibah, cinta kepada kebencian, nikmat kepada niqmah, akal kepada alat yang tercela dan kelazatan kepada kesakitan.
Malahan akan ada sebuah negara pembalasan yang sesuai dengan keagungan dan kemuliaan itu kerana kebiasaannya orang zalim kekal dalam kesombongannya dan yang dizalimi dalam kerendahannya pergi berlalu dari sini. Maknanya, ia dibiarkan dan ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi; bukannya tidak dipandang.
Kadang-kadang di dunia juga Dia memberi hukuman. Azab-azab yang datang kepada kaum-kaum yang ingkar dan menderhaka yang berlaku pada kurun-kurun yang lalu menunjukkan bahawa insan bukannya terbiar sendirian. Setiap masa dia sentiasa terdedah kepada tamparan jalal (kekuasaan) dan kemuliaan.
Ya, mungkinkah sama sekali terdapat tugas dan keupayaan yang penting bagi insan dalam semua maujudat dan jika Rabb insan turut memperkenalkan diri-Nya kepada insan dengan ciptaan-ciptaan-Nya yang teratur begini tetapi sebagai balasannya insan tidak mengenali-Nya dengan iman, serta jika Dia mempersukakan diri-Nya dengan buah-buah berhias bagi rahmat sebegini tetapi sebagai balasannya, insan tidak mempersukakan diri kepada-Nya dengan ibadat, serta jika Dia menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya dengan nikmat-nikmat-Nya yang bermacam-macam begini, tetapi sebagai balasannya, insan tidak menghormati-Nya dengan syukur dan pujian, tetapi tidak dihukum, terbiar tanpa tujuan namun Dzat Dzul Jalal pemilik ‘izzah dan kehormatan itu tidak menyediakan sebuah negara pembalasan?
Serta mungkinkah sama sekali ar-Rahmanur Rahim itu tidak memberikan sebuah negara ganjaran dan sebuah kebahagiaan abadi kepada orang-orang Mukmin yang menyambut dengan mengenali-Nya melalui iman sebagai balasan memperkenalkan diri-Nya, dengan mencintai dan mencintakan-Nya melalui ibadat sebagai balasan pencintaan diri -Nya
23. Page
dan dengan menghormati-Nya melalui kesyukuran sebagai balasan rahmat-Nya?
Hakikat Ketiga: Bab hikmah dan keadilan sebagai tajalli nama al-Hakim dan al-‘Adil
Mungkinkah sama sekali Dzat Dzul Jalal yang menunjukkan kerajaan rububiyyah-Nya dengan hikmah dan aturan, keadilan dan perhitungan yang berlaku pada zarah-zarah sehingga kepada matahari, tidak menyantuni orang-orang Mukmin yang berlindung kepada naungan rububiyyah-Nya dan yang melakukan tindakan yang munasabah dengan hikmah dan keadilan itu melalui iman dan pengabdian, dan tidak mengajar orang-orang biadab yang menderhaka kepada hikmah dan keadilan itu dengan kekufuran dan tughyan (keingkaran)?
Sedangkan di dunia yang sementara ini satu daripada seribu perkara yang layak kepada hikmah dan keadilan itu tidak dilaksanakan pada manusia bahkan ditangguhkan. Kebanyakan orang sesat berlalu pergi dari sini tanpa mengambil balasan dan ahli hidayah tanpa melihat ganjaran. Maknanya, ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi dan kepada sebuah kebahagiaan agung. Ya, kelihatan bahawa Dzat yang menguruskan alam ini melakukannya dengan hikmah yang tidak berpenghujung. Adakah engkau mahukan bukti tentangnya? Ia adalah pengutamaan-Nya kepada maslahat dan faedah pada semua perkara.
Adakah engkau tidak nampak bahawa kaedah pengutamaan faedah dan hikmah pada semua anggota, tulang dan urat saraf pada manusia, hatta pada sel-sel di setiap tempat dan bahagian dalam badan, hatta pada sesetengah anggotanya, sebanyak mana buah-buahan ada pada sebatang pokok, sebanyak itu pemasangan hikmah dan faedah kepada anggota tersebut, menunjukkan bahawa kerja dilakukan dengan tangan hikmah yang tidak berpenghujung?
Malah kewujudan aturan yang sangat hebat pada setiap penciptaan berseni menunjukkan bahawa itu adalah ukiran pencipta yang bijaksana tanpa batasan.
Ya, penetapan program yang teliti bagi sekuntum
24. Page
bunga yang cantik pada benihnya yang kecil, penulisan muka surat amalan, sejarah kehidupan, senarai peralatan bagi sebatang pohon yang besar pada sebutir benih dengan pena taqdir maknawi menunjukkan bahawa sebatang pena hikmah yang tidak berpenghujung melakukannya.
Wujudnya keindahan seni yang sangat tinggi pada kejadian setiap benda menunjukkan ia adalah ukiran bagi as-Sani’ yang sangat bijaksana. Ya, penetapan kandungan seluruh alam semesta dalam badan manusia yang kecil ini, dan anak-anak kunci semua khazanah rahmat dan cermin-cermin semua nama, menunjukkan wujudnya hikmah dalam keindahan seni yang sangat tinggi.
Sekarang mungkinkah sama sekali hikmah yang berkuasa dalam urusan rububiyyah yang sebegitu, tidak mahu menyantuni mereka yang berlindung di bawah naungan rububiyyah itu dan mereka yang taat dengan keimanan serta tidak menyantuni mereka selama-lamanya?
Adakah engkau inginkan dalil bahawa semua perkara telah dilakukan dengan keadilan dan neraca?
Memberikan kewujudan dan bentuk serta meletakkan semua benda di tempat yang sesuai dengan neraca yang teliti dan dengan ukuran-ukuran yang khusus menunjukkan bahawa urusan dilakukan dengan keadilan dan perhitungan yang sangat adil.
Memberikan hak kepada setiap yang berhak berdasarkan kemampuannya iaitu memberikan semua keperluan tubuhnya dan segala peralatan kekalnya dengan cara yang paling munasabah, menunjukkan adanya tangan keadilan yang tidak berpenghujung.
Pemberian jawapan yang berterusan kepada setiap yang diminta dan diinginkan dengan bahasa kemampuan (isti’dad), bahasa keperluan fitrah (ihtiyaj) dan dengan bahasa keterpaksaan (idhtirari) menunjukkan keadilan dan hikmah yang sangat tinggi.
Sekarang, mungkinkah sama sekali bahawa keadilan dan hikmah yang membantu hajat yang paling kecil bagi makhluk yang paling kecil begini mencuaikan hajat yang paling besar seperti kebaqaan bagi makhluk yang paling besar seperti manusia? Mungkinkah Dia meninggalkan permohonan bantuan dan permintaannya yang paling besar tanpa jawapan serta tidak menjaga kehebatan rububiyyah-Nya dengan menjaga hak-hak hamba-Nya? Sedangkan insan yang menjalani kehidupan yang singkat di dunia fana ini, tidak mungkin dan tidak boleh menzahirkan hakikat keadilan yang sebegitu. Tetapi ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.
Ini kerana keadilan yang hakiki mahu supaya insan yang kerdil ini mendapat ganjaran dan balasan, bukan pada nisbah kekerdilannya, bahkan pada nisbah besarnya jenayah, kepentingan hakikat keinsanan dan keagungan tugasnya.
25. Page
Memandangkan dunia yang fana dan sementara ini sangat jauh untuk menzahirkan keadilan dan hikmah yang sebegitu pada diri insan yang diciptakan untuk keabadian, sudah tentu akan ada sebuah neraka yang berterusan dan sebuah syurga yang abadi bagi Dzat al-Jalil Dzul Jamal yang merupakan al-‘Adil dan Dzat al-Jamil Dzul Jalal yang merupakan al-Hakim.
Hakikat Keempat: Bab Jud dan Jamal sebagai tajalli nama al-Jawwad dan al-Jamil
Mungkinkah sama sekali kepemurahan dan kedermawanan yang tidak berpenghujung, harta yang tidak akan luak, khazanah yang tidak akan habis, keindahan sarmadi yang tiada bandingan, kesempurnaan abadi yang tiada kecacatan tidak mengingini para pensyukur yang berhajat, para pencermin yang merindu dan para penonton yang mengaguminya yang akan berada selama-lamanya dalam sebuah negara kebahagiaan dan tempat pertamuannya?
Ya, menghiaskan muka dunia dengan ciptaan-ciptaan indah sebegini, menjadikan bulan dan matahari sebagai lampu, menjadikan muka bumi sebagai hamparan nikmat lalu memenuhkannya dengan jenis-jenis makanan yang paling lazat, menjadikan semua pohon berbuah sebagai suatu bekas dan memperbaharuinya banyak kali pada setiap musim menunjukkan kepemurahan dan kedermawanan yang tidak bersempadan.
Kepemurahan dan kedermawanan yang tidak terhitung serta khazanah dan rahmat yang tidak akan luak sebegini, sentiasa menginginkan sebuah negara pertamuan dan tempat kebahagiaan yang kekal serta dalamnya terdapat semua benda yang diingini. Malah ia pasti menginginkan supaya mereka yang menikmati kelazatan daripada pertamuan itu, meneruskannya di tempat kebahagiaan itu dan berkekalan di dalamnya supaya mereka tidak merasai kesakitan akibat kelenyapan dan perpisahan. Ini kerana sebagaimana kelenyapan kesakitan adalah kelazatan, kelenyapan kelazatan juga adalah kesakitan. Justeru, kedermawanan sebegitu tidak pernah mahu menyakitkan. Maknanya ia sentiasa menginginkan syurga yang abadi dan penghuni abadi yang berhajat di dalamnya.
Ini kerana kepemurahan dan kedermawanan yang tidak berpenghujung sentiasa ingin mengurniakan ihsan yang tidak berkesudahan dan sentiasa ingin memberikan nikmat. Sifat ihsan dan pemberian nikmat yang tidak berkesudahan pula sentiasa mengingini rasa terhutang budi dan penikmatan yang tidak berkesudahan. Ini pula sentiasa mengingini kewujudan berkekalan orang yang mendapat ihsan supaya orang itu menunjukkan kesyukuran dan rasa terhutang budinya terhadap
26. Page
pemberian nikmat yang berpanjangan dengan penikmatan berterusan itu.
Jika tidak, kelazatan juz’i yang dipahitkan dengan kelenyapan, tidak sesuai dengan kehendak kepemurahan dan kedermawanan yang sebegitu dalam suatu tempoh masa yang pendek. Begitu juga lihatlah pameran di seluruh penjuru alam yang merupakan pameran seni Ilahi. Perhatikanlah iklan-iklan Rabbani(9) yang berada di tangan-tangan tumbuhan dan haiwan di muka bumi. Dengarilah para anbia dan aulia yang menjadi juruhebah bagi keindahan rububiyyah.
Bagaimanakah secara sepakat, mereka menunjukkan, menerangkan dan menarik setiap perhatian kepada kesempurnaan as-Sani’ Dzul Jalal yang tiada kekurangan dengan mempamerkan ciptaan-ciptaan hebat-Nya.
Maknanya bagi as-Sani’ alam ini terdapat kesempurnaan yang sangat penting, mengkagumkan dan tersembunyi. Dia sentiasa ingin menunjukkan mereka dengan ciptaan-ciptaan luar biasa itu kerana kesempurnaan yang tersembunyi dan tiada kekurangan. Dia sentiasa ingin mempamerkannya ke atas mereka yang menghargai dan mengagumi serta menyaksikannya dengan berkata Masya-Allah.
Kesempurnaan yang berkekalan pula sentiasa ingin pada penzahiran yang berkekalan.
Penzahiran yang berkekalan pula sentiasa inginkan kewujudan mereka yang menghargai dan mengagumi sepanjang masa.
Ini kerana pada pandangan pengkagum yang tidak kekal,(10) nilai kesempurnaan akan menurun.
Maujudat yang sangat indah, berseni, berseri dan berhias yang telah ditaburkan di atas muka bumi ini itu memberitahu tentang kecantikan keindahan maknawi yang tiada bandingan dan memberitahu
27. Page
latifah-latifah bagi kecantikan tersembunyi yang tiada tandingan, seperti cahaya memberitahu tentang matahari. Kecantikan yang munazzah dan keindahan yang muqaddas menandakan kewujudan khazanah-khazanah tersembunyi yang banyak daripada tajalli keindahan muqaddas itu pada nama-nama bahkan pada setiap nama. Sesungguhnya keindahan yang tinggi, tiada tandingan dan tersembunyi sebegitu, sebagaimana ia ingin melihat kecantikan diri sendiri dalam cermin dan menyaksikan darjat-darjat kecantikan dan kiasan-kiasan keindahan pada cermin yang mempunyai akal dan rasa rindu, maka untuk melihat keindahan yang dikasihinya pada pandangan orang lain ia juga ingin dilihat. Maknanya ia ingin melihat keindahan dirinya sendiri dengan dua cara:
Pertama: Dia sendiri menyaksikan keindahan dirinya pada cermin-cermin yang setiap satunya mempunyai warna-warna yang berlainan.
Kedua: Menyaksikan keindahan dirinya melalui penglihatan para penonton yang merindu dan para pemuja yang mengaguminya.
Maknanya, kecantikan dan keindahan sentiasa ingin melihat dan dilihat. Melihat dan dilihat pula sentiasa inginkan kewujudan penonton yang merindu dan pemuja yang mengkagum. Oleh sebab kecantikan dan keindahan adalah abadi dan sarmadi, ia sentiasa menginginkan kewujudan para perindunya sepanjang masa. Ini kerana keindahan yang berkekalan tidak akan menerima kelenyapan perindunya.
Ini kerana dengan memikirkan kelenyapan, seorang penonton yang terhukum dengan kelenyapan yang tiada jalan kembali, kasih sayangnya akan berubah kepada kebencian dan rasa kagumnya akan beralih kepada peremehan dan penghormatannya kepada penghinaan.
Ini kerana sebagaimana insan yang mementingkan diri sendiri menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya, dia juga menentang perkara yang tidak mampu dicapainya. Malahan dia sentiasa membalas kasih sayang yang tidak berpenghujung, kerinduan yang tidak bersempadan dan keindahan yang layak kepada pemujaan dengan permusuhan, kebencian, dan keingkaran yang tersembunyi. Justeru, daripada ini rahsia mengapa orang kafir menjadi musuh Allah dapat difahami.
28. Page
Kedermawanan al-Jud, keindahan kecantikan yang tiada bandingan dan kesempurnaan yang tiada kekurangan itu memerlukan para pensyukur, perindu dan pemuja yang abadi sedangkan kita melihat dalam pertamuan dunia ini semua makhluk pergi dengan cepat lalu menghilang. Mereka hanya merasai sedikit ihsan kedermawanan itu. Selera mereka terbuka tetapi berlalu tanpa boleh memakannya. Mereka hanya melihat cahaya, bahkan hanya bayangan yang lemah bagi keindahan dan kesempurnaan itu dalam satu detik, tetapi mereka pergi sebelum kenyang. Memandangkan demikian maka ini bermakna mereka dibawa ke sebuah tempat persiaran yang kekal.
Kesimpulan: Sebagaimana alam ini dengan pasti menunjukkan as-Sani’ Dzul Jalal bersama semua maujudat-Nya, sifat dan nama-nama suci-Nya juga menunjukkan dan mengisyaratkan Darul Akhirat serta mengingininya.
Hakikat Kelima: Bab Syafaqah dan ‘Ubudiyyah Muhammad (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) sebagai tajalli nama al-Mujib dan ar-Rahim
Mungkinkah sama sekali bahawa Rabb Pemilik syafaqah (belas kasihan) dan kasih sayang yang tidak berpenghujung - yang melihat hajat paling kecil daripada makhluk yang paling kecil lalu membantu dari sudut yang tidak disangka-sangka dengan kesempurnaan syafaqah; dan mendengar suara yang paling tersembunyi daripada makhluk yang paling halus lalu membantu dan menjawab semua perkara yang diminta dengan lisanul hal dan maqal - melihat hajat paling besar daripada hamba-Nya yang paling besar,(12) daripada makluk-Nya yang paling dikasihi namun tidak melunaskan dan tidak membantu; serta mendengar doa yang paling tinggi namun tidak mengkabulkan?
29. Page
membantu; serta mendengar doa yang paling tinggi namun tidak mengkabulkan?
Ya, contohnya tentang kesantunan dan kesenangan yang kelihatan pada rezeki dan tarbiyah selemah-lemah haiwan dan anak-anaknya menunjukkan bahawa al-Malik alam ini melaksanakan rububiyyah dengan rahmat yang tidak berpenghujung.
Mungkinkah sama sekali bahawa satu syafaqah yang amat rahim setinggi ini dalam rububiyyah-Nya tidak mengkabulkan doa yang paling indah bagi makhluknya yang paling utama?
Seperti yang telah saya jelaskan mengenai hakikat ini dalam Kalimah Kesembilan Belas, di sini juga sekali lagi, mari kami terangkannya begini:
Wahai sahabat yang mendengarkanku bersama dengan nafsuku! Kita pernah menyatakan dalam cerita perumpamaan: Ada satu perhimpunan di sebuah pulau. Seorang utusan mulia sedang membaca satu titah. Hakikat yang telah diisyaratkannya adalah seperti berikut: Mari! Bayangkan kita keluar daripada zaman ini dan pergi ke ‘Asrus Sa’adah di Semenanjung Arab supaya kita boleh melihat dan menziarahi Rasul yang mulia ketika baginda menjalankan tugas dan melaksanakan ubudiyyah.
Perhatikan! Sebagaimana baginda menjadi sebab keberhasilan dan wasilah untuk mencapai kebahagiaan abadi dengan risalah dan hidayah(13) baginda, begitu juga, baginda adalah sebab kewujudan kebahagiaan itu dan pewujudan syurga melalui ubudiyyah dan doa baginda.
Maka lihatlah! Baginda berdoa untuk kebahagiaan abadi dalam solat yang sangat agung dan dalam ibadah yang amat tinggi, seolah-olah semenanjung ini, bahkan seluruh dunia menunaikan solat dan merayu melalui solatnya yang agung. Ini kerana sebagaimana ubudiyahnya mengandungi ‘ubudiyyah umat yang menuruti baginda, dengan rahsia muwafaqah (persamaan dan kesepakatan) risalah dan ibadah ia turut memiliki rahsia ‘ubudiyyah bagi semua anbia.
Baginda mendirikan solat agung itu dalam satu jemaah yang sangat besar dan merayu sehingga seolah-olah kesemua insan nurani dan kamil daripada anak-anak Adam daripada zaman Nabi Adam Alaihis Salam sehingga masa kita sekarang,
30. Page
bahkan sehingga kiamat mencontohi baginda dengan patuh dan mengaminkan doa baginda.(14)
Lihat, baginda juga berdoa untuk satu hajat yang umum iaitu kehidupan abadi sehingga bukan sahaja penduduk dunia bahkan penghuni langit, hatta semua makhluk menyertai rayuan baginda lalu berkata dengan lisanul hal mereka: “Oh, benar, wahai Tuhan kami! Berilah, perkenankanlah doanya. Kami juga mahukannya.”
Serta lihatlah! Baginda mengingini kebahagiaan abadi bagaikan orang yang bersedih, mencintai, merindui dan merayu dalam keadaan yang menyebabkan seluruh alam semesta menangis lalu mereka menyertai doa baginda.
Perhatikan, baginda meminta kebahagiaan untuk maksud dan tujuan yang tinggi sebegitu, lalu baginda berdoa sehingga baginda menyelamatkan insan dan semua makhluk daripada terjerumus kepada kefanaan mutlak, ketiadaan nilai, ketiadaan faedah, kesia-siaan yang merupakan Asfala Safilin kepada A’la ‘Illiyyin iaitu kebernilaian, kebaqaan, tugas yang tinggi dan darjat menjadi tulisan Samadaniyyah.
Perhatikan, baginda meminta dengan esakan dalam keadaan memohon bantuan yang sangat tinggi dan merayu dengan rintihan dalam keadaan memohon rahmat yang amat manis sehingga seolah-olah baginda mendengarkannya kepada semua maujudat, langit dan ‘Arasy lalu membawa mereka
31. Page
kepada keriangan dan menyebabkan mereka berkata: “Amin, Allahumma Amin” kepada doanya.(15)
Perhatikan, baginda juga sangat mengingini kebahagiaan dan kekekalan daripada al-Qadir yang as-Sami’ dan al-Karim, daripada al-‘Alim yang al-Basir dan ar-Rahim yang sentiasa melihat, mendengar, memperkenan dan mengasihi kehendak yang paling tersembunyi dan rayuan yang paling terselindung bagi makhluk bernyawa yang paling tersembunyi seperti yang kita saksikan. Dia akan sentiasa menjawabnya walaupun diminta dengan lisanul hal. Dia sentiasa memberi dan menjawab dengan cara yang sesuai dengan al-Hakim, al-Basir dan ar-Rahim sehingga tidak akan meninggalkan keraguan kerana tarbiah dan tadbir itu adalah terkhusus kepada as-Sami’ dan al-Basir dan khas kepada al-Karim dan ar-Rahim yang hebat begitu.
Mari kita dengar, agaknya apakah yang dikehendaki oleh Fakhrul Kainat yang merupakan kemuliaan bangsa manusia dan keunggulan alam dan masa, yang meletakkan semua bani Adam di belakangnya lalu berdiri di atas bumi ini dan mengangkat tangan menghadap ‘Arasy yang agung lalu berdoa dalam hakikat ‘ubudiyyah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang mengandungi intisari ibadat bangsa manusia?
Lihat, baginda memohon kebahagiaan abadi, memohon kebaqaan dan memohon syurga untuk diri dan umatnya. Baginda juga memohon untuk bersama dengan semua nama suci Ilahi yang menunjukkan keindahannya dalam cermin-cermin
(15) Ya, walaupun semua urusan al-Mutasarrif (Pentadbir) alam ini secara jelas dijadikan dengan penuh ketelitian, pengetahuan dan kebijaksanaan, maka adalah tidak mungkin dalam mana-mana sudut pun bahawa al-Mutasarrif itu tidak meneliti dan mengenal pasti tindak-tanduk dan seseorang yang paling istimewa di kalangan makhluk-makhluk-Nya. Malah adalah tidak mungkin dalam mana-mana sudut bahawa al-Mutasarriful ‘Alim itu, tidak mempeduli dan tidak mementingkan insan istimewa itu padahal Dia memerhatikan tindak-tanduk dan dakwahnya. Malah adalah tidak mungkin dalam mana-mana sudut bahawa al-Mutasarriful Qadir ar-Rahim itu tidak memperkenankan doa-doa baginda walaupun Dia mengambil berat tentang doa-doanya.
32. Page
maujudat. Engkau lihat, baginda memohon syafaat daripada nama-nama itu.
Kalaulah penyebab-penyebab dan dalil-dalil kewujudan yang tidak terhitung bagi Akhirat tiada, nescaya hanya satu doa baginda sahaja sudah cukup untuk menjadi sebab kepada pembinaan syurga yang bagi qudrat al-Khaliqur Rahim adalah semudah mewujudkan musim bunga(16) kita .
Ya, bagaimanakah mewujudkan syurga boleh menjadi berat kepada al-Qadirul Mutlaq yang menjadikan muka bumi sebagai satu mahsyar dan mewujudkan seratus ribu contoh bagi hari kebangkitan pada musim bunga kita? Maknanya sebagaimana risalah baginda menjadi sebab kepada pembukaan negara ujian ini dan mendapat rahsia لَوْلاَكَ لَوْلاَكَ لَمَا خَلَقْتُ الْاَفْلاَكَ sama seperti itu, ubudiyyah baginda juga menjadi sebab kepada pembukaan negara kebahagiaan yang satu lagi.
Agaknya mungkinkah sama sekali bahawa kecantikan ciptaan yang tiada kekurangan dan keindahan rububiyyah yang tiada bandingan dalam peraturan alam dan rahmat yang luas ini yang meninggalkan semua akal dalam kehairanan, menerima keburukan, kekejaman dan kecelaruan sebegini dengan tidak menjawab doa itu?
Yakni, Dia mendengar kehendak dan suara yang paling kecil dan paling tidak penting dengan penuh perhatian lalu menunaikan dan menjadikannya kenyataan tetapi melihat kehendak-kehendak yang paling penting dan perlu sebagai tidak penting lalu tidak mendengar, tidak memahami dan tidak melaksanakannya? Tidak sama sekali tidak, seratus ribu kali tidak! Keindahan yang sebegini, tidak akan
33. Page
menjadi buruk dengan menerima keburukan yang sebegitu. (17)
Maknanya, sebagaimana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah membuka pintu dunia dengan risalahnya, maka dengan ubudiyahnya pula, baginda akan membuka pintu akhirat.
عَلَيْهِ صَلَوَاتُ الرَّحْمٰنِ مِلْئَ الدُّنْيَا وَ دَارِ الْجِنَانِ اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَ رَسُولِكَ ذٰلِكَ الْحَبِيبُ الَّذِى هُوَ سَيِّدُ الْكَوْنَيْنِ وَ فَخْرُ الْعَالَمَيْنِ وَ حَيَاتُ الدَّارَيْنِ وَ وَسِيلَةُ السَّعَادَتَيْنِ وَ ذُو الْجَنَاحَيْنِ وَ رَسُولُ الثَّقَلَيْنِ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ وَ عَلَى اِخْوَانِهِ مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الْمُرْسَلِينَ آمِينَ
Hakikat Keenam: Bab kehebatan dan kesarmadian sebagai tajalli nama al-Jalil dan al-Baqi
Mungkinkah sama sekali bahawa kehebatan rububiyyah yang mengarah dan mentadbir semua maujudat daripada matahari dan pohonan sampai kepada zarah sebagai askar yang menurut perintah, berdiri di atas makhluk-makhluk fana yang sengsara yang melalui kehidupan sementara, tetapi Dia tidak mewujudkan daerah kehebatan yang sarmadi dan baqi dan daerah rububiyyah yang abadi dan tinggi?
Ya, urusan hebat seperti penukaran musim yang kelihatan di alam ini, pergerakan agung seperti perjalanan planet umpama pesawat, kepatuhan yang dahsyat seperti menjadikan bumi sebagai buaian kepada manusia dan matahari sebagai lampu kepada makhluk, dan perubahan yang luas seperti menghidupkan dan menghias bumi yang telah mati dan kering menunjukkan bahawa ada rububiyyah yang agung sebegini di sebalik tabir dan Ia menguasainya dengan kerajaan yang hebat. Kerajaan rububiyyah yang begini sentiasa inginkan rakyat yang layak dan inginkan juga tempat penzahiran yang sesuai bagi diri-Nya.
Walhal engkau melihat bahawa rakyat dan hamba-Nya yang paling syumul dan penting berdasarkan fitrahnya telah berkumpul dalam gambaran yang menyedihkan buat sementara waktu di rumah pertamuan dunia ini. Rumah pertamuan
34. Page
pula sentiasa dipenuhkan dan dikosongkan setiap hari.
Semua rakyat berada di medan ujian ini buat sementara waktu untuk latihan khidmat. Medan pula sentiasa berubah setiap saat. Semua rakyat itu berdiri selama beberapa minit di tempat pameran ini menyaksikan contoh-contoh kurniaan as-Sani’ Dzul Jalal yang sangat berharga dan kecantikan ciptaan-Nya yang hebat pada pameran pasar alam, untuk mengamatinya dengan pandangan perniagaan, lalu kemudian mereka menghilang. Tempat pameran ini pula berubah setiap minit. Yang pergi tidak akan kembali, yang datang sentiasa pergi.
Justeru hal dan keadaan ini menunjukkan dengan pasti bahawa di sebalik rumah pertamuan, medan dan tempat pameran ini, terdapat istana-istana kekal, tempat-tempat tinggal yang berterusan, kebun dan khazanah yang penuh dengan asal-usulnya yang paling suci dan tinggi yang telah kita lihat contoh-contoh dan gambarannya di dunia ini, yang akan menjadi tempat berlangsung dan penzahiran kepada kerajaan sarmadi itu.
Maknanya usaha di sini adalah untuk semua itu. Dia menyuruh kita berusaha di sini dan Dia memberi bayaran di sana. Di sana ada kebahagiaan bagi semua menurut persiapan masing-masing. Itu pun jika ia tidak dihilangkan. Ya, adalah mustahil bahawa kerajaan yang sarmadi begitu berdiri di atas mereka yang fana dan hina yang akan lenyap.
Lihatlah hakikat ini dengan teropong perumpamaan ini: Semasa engkau berjalan, engkau melihat di jalan itu ada sebuah rumah tumpangan. Seorang pembesar telah membina rumah tumpangan itu untuk tetamu-tetamu yang datang. Untuk tatapan dan iktibar selama satu malam kepada tetamu-tetamu itu, beliau telah membelanjakan jutaan emas untuk menghias rumah tumpangan tersebut. Tetamu-tetamu itu melihat sebahagian kecil daripada hiasan itu dalam suatu masa yang singkat, lalu merasai sesuatu yang sedikit lantas pergi sebelum puas.
Tetapi setiap tetamu mengambil gambar semua benda yang ada di dalam rumah tumpangan itu dengan kamera mereka sendiri.
Para pembantu pembesar itu juga mengambil dan merakamkan gambar perlakuan para tetamu dengan penuh teliti. Engkau juga melihat bahawa pembesar itu meruntuhkan kebanyakan hiasan yang bernilai itu setiap hari. Beliau mewujudkan hiasan-hiasan baru untuk tetamu-tetamu baru yang akan datang.
Selepas melihat semua ini, masihkah ada keraguanmu bahawa terdapat rumah-rumah yang sangat tinggi, serta khazanah-khazanah yang tidak akan luak dan sangat bernilai dan kedermawanan yang berterusan dan sangat besar bagi pembesar yang membina rumah tumpangan di jalan ini.
Pemberian yang telah beliau tunjukkan dalam rumah tumpangan itu membuka selera tetamu-tetamunya kepada perkara-perkara yang ada di
35. Page
sisinya dan membangkitkan minat mereka kepada hadiah-hadiah yang telah beliau sediakan untuk mereka.
Sama seperti itu juga, jika engkau perhatikan keadaan yang ada dalam dewan pertamuan dunia ini tanpa menjadi mabuk, engkau akan memahami sembilan asas:
Asas Pertama: Engkau akan memahami bahawa dunia ini juga bukan untuk dirinya sendiri seperti rumah tumpangan itu. Mustahil juga ia menjadi begini secara sendiri. Bahkan ia adalah sebuah dewan pertamuan-Nya yang dipenuhkan dan dikosongkan dan telah dibina dengan hikmah, untuk kafilah makhluk-makhluk yang datang singgah lalu berpindah.
Asas Kedua: Engkau juga akan memahami bahawa orang-orang yang duduk dalam rumah tumpangan ini adalah para tetamu. Rabb al-Karim sentiasa menjemput mereka ke Darus Salam.
Asas Ketiga: Engkau juga akan memahami bahawa perhiasan-perhiasan dalam dunia ini bukan hanya untuk kelazatan dan keseronokan. Ini kerana jika suatu masa ia memberi kelazatan, ia akan memberikan kesakitan yang lama dengan perpisahannya. Ia boleh merasakannya kepadamu dan membuka seleramu tetapi ia tidak akan mengenyangkan kerana sama ada umurnya pendek atau umurmulah yang pendek. Tidak cukup untuk mengenyangkan.
Maknanya perhiasan-perhiasan yang tinggi nilainya dan pendek tempohnya ini adalah untuk iktibar, kesyukuran dan galakan kepada asal-usulnya yang kekal untuk tujuan-tujuan lain yang sangat tinggi.
36. Page
Asas Keempat: Engkau juga akan memahami bahawa kecantikan-kecantikan di dunia ini pula(19) adalah ibarat contoh dan gambaran nikmat-nikmat yang disimpan dengan rahmat ar-Rahman untuk ahli iman di syurga.
Asas Kelima: Engkau juga akan memahami bahawa ciptaan-ciptaan berseni yang fana ini bukanlah untuk kefanaan. Mereka tidak diciptakan hanya untuk dilihat buat seketika lalu dihapuskan. Bahkan mereka dihimpunkan seketika di alam wujud lalu mengambil kedudukan yang dikehendaki supaya gambar-gambarnya diambil, rupa bentuknya dirakam, makna-maknanya diketahui dan natijah-natijahnya dicatatkan.
Contohnya, pemandangan-pemandangan yang berterusan dihasilkan untuk ahli keabadian. Ia juga menjadi wasilah kepada tujuan-tujuan lain di alam baqa’.
Sesungguhnya, semua perkara telah diciptakan untuk kebaqaan, bukan untuk kefanaan; bahkan walaupun kelihatan fana, ia adalah tamatnya tugas dan perlepasan yang dapat difahami seperti berikut, iaitu: “Sesuatu yang fana akan menjadi fana dari satu sudut, namun akan kekal baqa’ dari banyak sudut”.
Sebagai contoh, lihatlah bunga yang merupakan satu kalimah daripada kalimah-kalimah qudrat kerana bunga tersebut tersenyum lalu memandang kepada kita dalam masa yang singkat, namun secara tiba-tiba berselindung di sebalik tabir kefanaan. Ia pergi seperti satu perkataan yang keluar daripada mulutmu, tetapi meninggalkan ribuan perkataan
37. Page
yang sama pada telinga yang banyak. Ia meninggalkan makna-maknanya yang sebanyak deria akal yang mendengar dalam minda.
Ini kerana, selepas menyelesaikan tugasnya iaitu mengungkapkan makna, ia sendiri akan pergi, tetapi ia pergi setelah meninggalkan gambaran luarnya pada ingatan semua yang melihatnya dan meninggalkan perihal maknawinya pada setiap benihnya.
Seolah-olah tiap-tiap memori dan benih adalah gambar untuk penjagaan hiasannya dan tempat tinggal untuk kelangsungan kebaqaannya.
Sekiranya ciptaan yang berada di peringkat kehidupan yang paling rendah adalah begini, dapat difahami bahawa insan yang merupakan pemilik tingkatan hidup yang paling tinggi dan roh-roh yang kekal adalah sangat berkaitan dengan kebaqaan.
Dengan mengekalkan dan menjaga undang-undang pembentukan dan rupa gambaran yang hampir menyerupai roh bagi setiap tumbuhan besar yang berbunga dan berbuah dalam benih-benih yang seperti zarah-zarah kecil dengan kesempurnaan peraturan dalam perubahan-perubahan yang tidak menentu, maka dapat difahami bahawa roh manusia yang merupakan peraturan yang berkait dengan perintah Allah yang memiliki fitrah yang sangat syumul dan tinggi dan telah dipakaikan dengan tubuh luaran dan memiliki akal serta nurani adalah sangat terikat dan berkait dengan kebaqaan.
Asas Keenam: Engkau juga akan memahami bahawa bagi insan, lehernya tidak dililit dengan tali lalu dibiarkan berkeliaran meragut di mana sahaja yang diingininya. Bahkan gambaran semua amalannya sentiasa diambil, ditulis dan natijah semua perbuatannya dicatatkan untuk dihitung.
Asas Ketujuh: Engkau juga akan memahami bahawa pemusnahan makhluk-makhluk indah bagi alam musim panas dan musim bunga pada musim luruh bukanlah penghapusan bahkan pelepasan mereka daripada tugas secara keseluruhan. (20)
Pemusnahan itu juga merupakan pengosongan
38. Page
untuk melapangkan tempat kepada makhluk yang akan datang pada musim bunga yang baharu, persediaan serta persiapan tempat untuk para petugas baharu yang akan datang dan menginap, juga untuk kedatangan maujudat yang akan berkhidmat.
Malah ia juga merupakan peringatan as-Subhan kepada yang berakal daripada ghaflah yang melupakan tugasnya dan daripada kemabukan yang melupakan kesyukurannya.
Asas Kelapan: Engkau akan memahami juga bahawa terdapat sebuah alam yang lain dan baqa’ bagi as-Sani’ yang sarmadi bagi alam fana ini kerana Dia membawa para hamba-Nya ke sana dan menggalakkan mereka kepadanya.
Asas Kesembilan: Engkau akan memahami juga bahawa ar-Rahman Yang Maha Agung akan memberikan kurniaan-kurniaan yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar dan tiada hati pernah terlintas, kepada hamba-hamba-Nya yang amat istimewa di sebuah alam yang amat hebat. Amanna.. (Ya, kami beriman dengannya).
Hakikat Ketujuh: Bab al-Hifzu (penjagaan) dan al-Hafiziyyah (sifat menjaga) sebagai tajalli nama al-Hafiz dan ar-Raqib
Mungkinkah sama sekali bahawa sifat penjagaan yang mengawal semua benda basah-kering, kecil-besar, rendah-tinggi dalam aturan dan neraca yang sempurna di langit, di bumi, di darat dan di laut lalu menapis natijah-natijahnya dalam sejenis perhitungan, tidak menjaga, tidak menapis amalan-amalan dan perbuatan-perbuatan manusia yang berhubung kait dengan Rububiyyah ‘Ammah yang berada dalam fitrah yang besar seperti insan, dalam pangkat seperti khilafah agung dan memiliki tugas yang besar seperti amanah agung melalui penapis perhitungan dan tidak menimbangnya pada neraca keadilan dan tidak memberi balasan dan ganjaran yang sesuai? Tidak, sama sekali tidak!
Ya, Dzat yang mentadbir alam ini, menjaga semua perkara dalam peraturan dan neraca. Peraturan dan neraca pula ialah penzahiran hikmah bersama ilmu dan kehendak bersama takdir.
Ini kerana pada pewujudannya kita melihat setiap hasil seni dijadikan sangat teratur dan seimbang. Sebagaimana setiap bentuk yang telah diubah selama hidupnya adalah teratur, keseluruhannya juga adalah di bawah satu peraturan.
Ini kerana kita nampak bahawa al-Hafiz Dzul Jalal memelihara banyak bentuk bagi setiap perkara yang ditamatkan usianya dengan berakhirnya tugas dan berpindah lalu pergi dari alam syahadah ini dalam ingatan-ingatan yang diibaratkan luh-luh
39. Page
mahfuz(21) dan pada sejenis cermin majazi. Lalu Dia mengukir dan menulis kebanyakan sejarah kehidupannya dalam biji benih dan natijahnya serta mengekalkannya pada cermin-cermin zahir dan batin.
Contoh: Ingatan manusia, buah bagi pokok, biji buah dan benih bunga menunjukkan keluasan penguasaan undang-undang sifat menjaga.
Tidakkah engkau melihat bahawa semua maujudat yang berbunga dan berbuah bagi musim bunga yang besar dan semua sahifah amalannya, undang-undang pembentukan dan rupa bentuk gambaran yang khusus kepada diri mereka ini sendiri dijaga dengan menulisnya dalam benih-benih kecil yang terhad jumlahnya.
Dia menunjukkan bahawa penjagaan berlaku dengan kesyumulan yang sangat kuat iaitu dengan cara menyebarkan sahifah-sahifah amalan mereka dalam perhitungan khusus kepada mereka, lalu mewujudkan alam musim bunga yang besar yang lain dengan kesempurnaan peraturan dan hikmah pada musim bunga kedua.
Agaknya, sekiranya perkara-perkara yang sementara, biasa, tidak kekal dan tidak penting dijaga seperti itu, adakah dapat diterima bahawa amalan-amalan manusia yang memberi natijah yang penting pada alam ghaib, alam akhirat, alam arwah dalam Rububiyyah ‘Ammah, tidak dicatatkan dengan penuh perhatian dengan cara mengawasinnya dalam penjagaan? Tidak, sama sekali tidak!
Ya, difahami daripada tajalli sifat menjaga yang dengan cara tersebut bahawa terdapat kepedulian yang besar oleh al-Malik maujudat ini terhadap keteraturan semua perkara yang berlaku dalam kerajaan-Nya. Dia sangat teliti dalam tugas hakimiyyah-Nya. Dia sangat prihatin dalam rububiyyah kerajaan-Nya sehingga Dia menulis dan menuliskan sekecil-kecil peristiwa dan seremeh-remeh khidmat. Dia menjaga gambaran semua benda yang berlaku dalam kerajaan-Nya pada benda-benda yang banyak.
Sifat penjagaan ini menunjukkan bahawa sebuah buku perhitungan amal yang penting akan dibuka. Terutamanya amalan-amalan yang besar dan perbuatan-perbuatan yang penting bagi insan yang secara fitrah merupakan makhluk yang paling besar, terhormat dan paling mulia akan memasuki suatu perhitungan dan neraca yang penting dan sahifah amalan-amalannya akan disebarkan.
Agaknya, adakah dapat diterima sama sekali bahawa insan dimuliakan dengan khilafah dan amanah, menjadi saksi kepada keseluruhan urusan Rububiyyah lalu menyertai zikir dan ibadat kebanyakan maujudat dengan mengiklankan dirinya sebagai juruhebah wahdaniyyah Ilahiyyah, dalam
40. Page
daerah-daerah kebanyakan, seterusnya naik ke darjat pegawai dan penyaksi kemudian pergi ke kubur lalu tidur dengan senang dan tidak dibangunkan? Kecil besar daripada setiap amalannya tidak ditanya? Tidak pergi ke Mahsyar dan tidak melihat mahkamah tertinggi? Tidak, sama sekali tidak!
Bagaimanakah insan boleh pergi kepada ketiadaan lalu dapat melarikan diri dan masuk ke dalam tanah bersembunyi daripada al-Qadir Dzul Jalal yang semua kejadian yang merupakan mukjizat qudrat-Nya pada masa lalu menyaksikan(22) bahawa Dia berkuasa untuk semua kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan dan secara
41. Page
jelas mewujudkan musim sejuk dan musim bunga yang sangat menyerupai Qiamat dan Hasyir sepanjang masa?
Memandangkan di dunia ini insan tidak dihisab dan dihukum sesuai dengannya, sudah tentulah dia akan pergi ke sebuah mahkamah tertinggi dan sebuah kebahagiaan yang besar.
Hakikat Kelapan: Bab Wa‘ad dan Wa‘id sebagai tajalli nama al-Jamil dan al-Jalil.
Mungkinkah sama sekali bahawa as-Sani’ bagi masnu‘at (ciptaan berseni) ini yang merupakan al-‘Alimul Mutlaq dan al-Qadirul Mutlaq tidak menunaikan janji wa‘ad dan wa‘id Ilahi-Nya yang diulang-ulang yang telah dikhabarkan oleh para anbia secara tawatur dan penyaksian yang telah dibuat oleh semua Siddiqin dan para aulia secara ijma’ lalu Dia menunjukkan kelemahan dan kejahilan-Nya? Tidak sama sekali tidak.
Walhal wa‘ad dan wa‘id-Nya, langsung tidak menjadi berat kepada qudrat-Nya. Ia sangat ringan dan sangat mudah, iaitu semudah mengembalikan maujudat musim bunga yang lalu yang tidak terhitung dengan cara sebahagiannya sama (seperti akar-akar pokok dan rerumput) dan sebahagiannya serupa (seperti dedaun dan buah-buahan) pada musim bunga yang akan datang.
Manakala penunaian wa’ad adalah sangat perlu kepada kita, kepada setiap benda, kepada diri-Nya sendiri dan kepada kerajaan Rububiyyah-Nya. Memungkiri wa’ad pula adalah berlawanan dengan kemuliaan keupayaan-Nya dan bertentangan dengan keluasan ilmu-Nya. Ini kerana memungkiri janji datang sama ada daripada kejahilan ataupun kelemahan.
Wahai pengingkar! Adakah engkau tahu bahawa engkau sedang melakukan satu jenayah secara bodoh melalui kekufuran dan keingkaranmu? Ini kerana engkau membenarkan wahammu yang menipu, akalmu yang mengarut dan nafsumu yang memperdaya.
Seterusnya engkau mendustakan Dzat yang tidak terpaksa untuk memungkiri dan menyalahi janji dengan apa jua bentuk khilaf. Ini pula adalah tidak sesuai dengan kemuliaan dan kehormatan-Nya dari mana-mana sudut malah kepada semua perkara dan kerja yang kelihatan menjadi saksi kepada hak dan kebenaran-Nya.
Engkau melakukan jenayah besar yang tidak berpenghujung dalam kekerdilan yang tidak berpenghujung! Sudah tentu engkau layak kepada balasan abadi yang besar.
Justeru, membesarnya sebatang gigi sebahagian ahli neraka sebesar bukit telah dikhabarkan sebagai ukuran kebesaran jenayahnya.
Perumpamaanmu adalah ibarat pengembara berikut: Dia menutup matanya daripada cahaya matahari dan melihat kepada khayalan dalam
42. Page
kepalanya. Wahamnya mahu menyuluh jalannya yang dahsyat itu dengan cahaya lampu suluh kepalanya yang seperti seekor kelip-kelip.
Memandangkan Allah Ta‘ala yang maujudat ialah kalimah-kalimah benar-Nya yang menyatakan hakikat dan kejadian-kejadian alam ini adalah ayat-ayat-Nya yang bertutur yang menceritakan kebenaran telah berjanji, nescaya Dia akan menunaikannya. Dia akan membuka sebuah mahkamah tertinggi dan akan mengurniakan sebuah kebahagiaan yang besar.
Hakikat Kesembilan: Bab Ihya’ dan Imatah (urusan menghidup dan mematikan) sebagai tajalli nama al-Hayyul Qayyum, al-Muhyi dan al-Mumit.
Mungkinkah sama sekali bahawa al-Qadirur Rahim, al-‘Alimul Hakim menghidupkan sebuah bumi besar yang telah mati dan telah kering; membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis makhluk yang setiap satunya ajaib seperti kebangkitan manusia lalu menunjukkan qudrat-Nya dalam penghidupan tersebut; menunjukkan keluasan keilmuan-Nya dengan pembezaan dan pengasingan yang sangat hebat dalam percampuran dan kebauran yang tidak berpenghujung di dalam pembangkitan dan penyebaran itu; mengalih pandangan semua hamba-Nya kepada kebahagiaan abadi dengan menjanjikan Hasyir manusia melalui semua firman samawi-Nya; menyebabkan semua maujudat bekerjasama, berganding bahu, berpimpin tangan lalu menggerakkannya dalam daerah perintah dan kehendak-Nya, serta menunjukkan keagungan rububiyyah-Nya dengan menjadikan mereka pembantu dan penolong antara satu sama lain, menunjukkan bahawa Dia sangat memberi perhatian kepada manusia dengan menjadikan semua benda berkhidmat kepadanya dengan cara menjadikan manusia sebagai sebiji buah yang paling syumul, paling rapuh, paling halus, paling lembut dan paling manja bagi pohon alam semesta dan mengambilnya sebagai mukhatab kepada diri-Nya sendiri namun Dia tidak mendatangkan Qiamat? Tidak menjadikan dan tidak boleh menjadikan Hasyir? Tidak menghidupkan atau tidak boleh menghidupkan manusia? Tidak boleh membuka mahkamah tertinggi? Tidak boleh mencipta syurga dan neraka? Tidak, sama sekali tidak!
Ya al-Mutasarrif Zisha’n (Pemilik urusan) bagi alam ini mewujudkan di atas muka bumi yang sempit dan sementara ini misal-misal, contoh-contoh dan tanda-tanda yang amat banyak bagi Hasyrul Akbar (kebangkitan terbesar) dan medan qiamat pada setiap kurun, pada setiap tahun dan pada setiap hari.
Contohnya: Pada Hasyir musim bunga, kita melihat bahawa Dia membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis
43. Page
haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kecil dan besar dalam tempoh lima ke enam hari. Dia menghidupkan lalu mengembalikan semula akar semua pokok dan rumput dan sebahagian binatang sama dengan sebelumnya. Dia mewujudkan yang lainnya dalam satu bentuk keserupaan pada peringkat kesamaan.
Walhal, benih-benih kecil yang perbezaan dari segi maddi (bahan) amat sedikit itu dihidupkan dalam tempoh enam hari atau enam minggu dengan kesempurnaan peraturan dan neraca, dengan kecepatan, keluasan dan kesenangan yang hebat serta dengan kesempurnaan pembezaan dan pengenalpastian walaupun ia sangat bercampur aduk.
Maka mungkinkah sama-sekali bahawa sesuatu itu boleh menjadi berat kepada Dzat yang melakukan kerja-kerja ini? Mungkinkah Dia tidak boleh menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari dan tidak boleh membangkitkan manusia dengan satu laungan? Tidak sama sekali!
Andaikata terdapat seorang penulis yang luar biasa. Dia boleh menulis semula tiga ratus ribu kitab yang huruf-hurufnya sama ada telah rosak atau telah terpadam, dalam satu muka surat tanpa bercampur aduk, tanpa kesalahan, tanpa kesilapan dan tanpa kekurangan. Dia menulis semuanya bersama-sama dalam satu jam secara sangat cantik. Kemudian seseorang berkata kepada engkau bahawa penulis itu akan menulis semula kitab engkau yang telah jatuh ke dalam air yang telah ditulis oleh dirinya sendiri daripada ingatannya dalam tempoh satu minit. Maka bolehkah engkau berkata bahawa dia tidak akan boleh melakukannya dan aku tidak akan percaya?!
Ataupun, engkau melihat seorang raja yang sangat hebat. Untuk menunjukkan kekuasaannya atau untuk dijadikan iktibar dan tatapan, baginda mampu mengangkat gunung-ganang, menukar ganti (keadaan) negara dan mengubah laut kepada daratan hanya dengan satu isyarat.
Kemudian engkau melihat seketul batu yang besar telah bergolek ke lembah di kaki antara dua bukit, lalu menghalang laluan para tetamu yang telah dijemputnya ke majlis jamuannya sendiri dan mereka tidak boleh melintasinya. Jika seseorang berkata kepadamu: “Raja itu, akan mengangkat atau menghancurkan batu itu tidak kira sebesar manapun ia dengan satu isyarat. Baginda tidak akan membiarkan para tetamunya tersangkut di jalan.” Maka adakah engkau boleh mengatakan bahawa baginda tidak akan atau tidak boleh mengangkatnya?
Ataupun, seorang komander boleh membentuk semula satu pasukan tentera yang besar dalam tempoh satu hari. Jika seseorang berkata: “Komander itu boleh menghimpunkan batalion-batalion yang anggotanya telah bersurai untuk berehat dengan satu bunyi semboyan. Maka batalion-batalion tersebut akan masuk ke bawah
44. Page
peraturan dan perintahnya.” Jika engkau berkata: “Aku tidak percaya!” Maka engkau akan memahami betapa gilanya tindakan yang telah engkau lakukan.
Justeru, jika engkau telah memahami tiga perumpamaan ini, lihatlah an-Naqqashul Azali mengubah sahifah putih musim sejuk lalu membuka helaian hijau musim bunga dan musim panas lalu menulis lebih tiga ratus ribu jenis makhluk di atas sahifah muka bumi menggunakan pena qudrat dan taqdir-Nya dalam sebaik-baik bentuk di hadapan mata kita. Dia menulis semuanya bersama-sama, dalam satu sama lain tetapi tidak bercampur aduk, tidak menjadi penghalang kepada satu sama lain. Walaupun dari segi rupa bentuk antara satu sama lain adalah berlainan, tetapi Dia tidak pernah tersilap dan tersalah tulis.
Ya, al-Hakimul Hafiz menetapkan dan menjaga program roh bagi sebatang pokok yang paling besar dalam sebiji benih yang paling kecil seperti satu noktah. Adakah boleh dipersoalkan bagaimana Dia boleh menjaga roh-roh bagi mereka yang telah mati? Malah al-Qadir memutar bebola bumi seperti seketul batu tarbil (lastik). Adakah boleh dipersoalkan bagaimana Dia akan mengangkat atau menghancurkan dunia ini yang berada di atas jalan para tetamu-Nya yang menuju ke Akhirat?
Dzat Dzul Jalal mendaftar lalu menempatkan semula pasukan tentera bagi semua benda hidup dan zarah-zarah pada batalion-batalion bagi semua tubuh mereka dengan kesempurnaan aturan daripada tiada dengan perintah “كُنْ فَيَكُونُ” dan mewujudkan pasukan-pasukan tentera. Adakah boleh dipersoalkan bagaimana Dia boleh menghimpunkan zarah-zarah asasi dan bahagian-bahagian asli bagi tubuh yang seumpama batalion yang mengenali antara satu sama lain dengan masuk ke bawah peraturan tubuh dengan satu laungan?
Malah engkau melihat dengan matamu betapa banyak ukiran yang telah dihasilkan-Nya untuk menjadi contoh, perumpamaan dan tanda kepada Hasyir pada setiap putaran masa dunia, dalam setiap kurunnya, hatta dalam penukaran siang dan malam hatta dalam pewujudan dan penghilangan awan di ruang udara yang menyerupai Hasyir musim bunga.
Hatta, sekiranya engkau mengandaikan secara khayalan bahawa dirimu berada pada masa seribu tahun sebelumnya, kemudian engkau membandingkan di antara masa lalu dengan masa depan yang merupakan dua sayap bagi masa, engkau akan nampak contoh-contoh perumpamaan Hasyir dan Qiamat sebanyak bilangan kurun dan hari. Kemudian jika engkau mengingkari dengan menganggap Hasyir jasmani adalah jauh daripada akal lalu menghindarkan diri daripadanya, padahal engkau telah menyaksikan begitu banyak contoh dan perumpamaannya, nescaya engkau juga akan memahami bahawa itu suatu perkara yang amat gila.
45. Page
Lihat! Apakah yang dikatakan Firman Agung berhubung tentang hakikat yang telah kita bincangkan:
فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ
Kesimpulan: Tiada suatu pun yang menjadi halangan kepada Hasyir. Yang mewajarkannya pula adalah semua benda.
Ya, sudah tentu Rububiyyah yang hebat dan sarmadi dan Hakimiyyah yang agung dan menyeluruh sebegini bagi Dzat yang mematikan dan menghidupkan dunia besar yang merupakan Mahsyar keajaiban seperti seekor haiwan yang biasa ini; menjadikannya sejenis buaian dan sebuah kapal yang mendamaikan kepada manusia dan haiwan; menjadikan matahari lampu yang memberi cahaya serta memanaskan mereka dalam dewan pertamuan ini dan menjadikan planet-planet sebagai pesawat kepada para malaikat-Nya ini tidak dibina dan tidak berdiri di atas urusan-urusan dunia yang sementara, tidak kekal, tidak tetap, tidak penting, berubah-ubah, tidak baqa’, kurang dan tidak sempurna begini.
Maknanya, ada sebuah negara lain yang berterusan, tetap, tidak akan lenyap dan hebat yang sesuai dengannya. Terdapat sebuah negara baqanya yang lain.
Dia memperkerjakan kita untuknya dan menjemput kita ke sana. Semua ashabul arwah an-nayyirah (pemilik roh yang bercahaya), semua aqtabul qulub al-munawwarah (empunya hati yang diterangi) dan semua arbabul ‘uqul an-nuraniyyah (pemilik akal yang nurani) yang menyeberang daripada zahir kepada hakikat dan dimuliakan dengan qurbul hudhur-Nya menyaksikan bahawa Dia akan memindahkan kita ke sana. Mereka juga memberi khabar secara sepakat bahawa Allah telah menyediakan satu ganjaran serta balasan. Secara berulangkali mereka memberitahu bahawa Dia memberi janji yang sangat kuat dan ancaman yang sangat dahsyat.
Memungkiri wa’ad adalah kerendahan dan kehinaan. Ia tidak akan boleh menghampiri maqam tinggi kesucian-Nya dengan apa cara sekalipun. Manakala memungkiri wa‘id pula datang daripada sama ada kemaafan ataupun kelemahan. Sedangkan
46. Page
kekufuran adalah jenayah yang mutlak,(23) tidak layak kepada kemaafan. Manakala al-Qadirul Mutlaq, adalah munazzah dan muqaddas daripada kelemahan. Manakala para penyaksi dan pengkhabar; walaupun mereka berbeza dalam maslak, masyrab dan mazhab mereka sendiri, namun pada dasar masalah ini mereka bersatu dengan kesempurnaan kesepakatan. Berdasarkan bilangan, mereka berada pada darjat Mutawatir. Berdasarkan mutu, mereka berada pada kekuatan Ijma’. Berdasarkan kedudukan, setiap seorang mereka adalah sebutir bintang bagi bangsa manusia, mata bagi sesuatu golongan dan pembesar bagi sesuatu bangsa. Berdasarkan kepentingan, mereka adalah ahli ikhtisas (pakar) dan juga ahli isbat (pembukti). Sedangkan dalam sesuatu bidang ilmu atau kemahiran, dua orang ahli ikhtisas adalah diutamakan ke atas ribuan yang lain. Dalam pemberian khabar, dua pengisbat diutamakan ke atas ribuan para penafi. Contohnya: Dua orang yang mengkhabarkan kewujudan anak bulan Ramadhan, mensia-siakan penafian ribuan pengingkar.
Kesimpulan: Tidak akan ada satu pun berita yang lebih benar, dakwaan yang lebih kukuh dan hakikat yang lebih nyata daripada ini di dunia. Maknanya, tanpa kesangsian dunia adalah ladang. Mahsyar pula ialah tempat pengumpulan dan himpunan hasil. Manakala syurga dan neraka, masing-masing adalah sebuah gudang.
Hakikat Kesepuluh: Bab hikmah, ‘inayah, rahmat dan keadilan iaitu tajalli nama al-Hakim, al-Karim, al-‘Adil dan ar-Rahim.
Mungkinkah sama sekali bahawa tidak terdapat tempat-tempat tinggal yang kekal, para penghuni yang abadi, kedudukan-kedudukan yang baqa’ dan makhluk-makhluk yang menghuni di daerah negara dan di alam mulk dan malakut bagi al-Malikul Mulki Dzul Jalal yang menunjukkan kesan-kesan hikmah yang jelas, ‘inayah yang terang, keadilan yang nyata dan kasih sayang yang luas setahap ini di dewan pertamuan dunia yang tidak baqa’, di medan ujian
47. Page
yang tidak berterusan dan di tempat pameran dunia yang tidak kekal ini lalu, hakikat-hakikat bagi hikmah, ‘inayah, keadilan dan kasih sayang yang kelihatan ini menjadi sia-sia?
Adakah juga dapat diterima sama sekali bahawa al-Hakim itu memilih manusia antara semua mahluk ciptaan-Nya sebagai mukhatab yang menyeluruh dan sebagai cermin yang syumul kepada diri-Nya lalu merasakan, menimbangkan dan memperkenalkan kepadanya isi kandungan semua khazanah rahmat-Nya, mengenalkan diri-Nya kepada manusia dengan nama-nama-Nya, mencintainya dan menjadikan manusia mencintai-Nya, tetapi kemudian tidak menghantar manusia yang kebuntuan itu ke negaranya yang abadi serta tidak menjemput mereka ke tempat kebahagiaan yang kekal itu dan tidak membahagiakannya?
Adakah maakul sama sekali bahawa walaupun Dia memikulkan bebanan tugas sebesar pokok kepada setiap maujud hatta yang sebesar biji benih; meletakkan contoh-contoh hikmah sebanyak bunga-bunganya dan meletakkan maslahat sebanyak buah-buahnya, namun Dia memberi kepada semua tugas, hikmah dan maslahat itu satu tujuan yang hanya sebesar sebiji benih yang menghala kepada dunia?
Adakah maakul juga untuk Dia menjadikan kebaqaan duniawi yang tidak penting sebesar biji sawi itu sebagai tujuan, tetapi tidak menjadikan semua ini benih-benih kepada alam maknawi dan sebuah ladang kepada alam akhirat supaya mereka memberikan tujuan-tujuan yang hakiki dan sesuai?
Malah, adakah maakul untuk Dia membiarkan perayaan-perayaan penting sepenting ini tanpa tujuan, kosong dan sia-sia dan tidak mengalihkan wajah mereka kepada alam maknawi dan alam akhirat supaya Dia menunjukkan tujuan-tujuan mereka yang asal dan buah-buah mereka yang sesuai?
Ya, mungkinkah sama sekali bahawa dengan membuat benda-benda ini Dia menyalahi hakikat sebegitu, menunjukkan diri-Nya- tidak sama sekali tidak - bersifat dengan sifat-sifat yang berlawanan bagi al-Hakim, al-Karim, al-‘Adil dan ar-Rahim yang merupakan sifat-sifat hakiki diri-Nya lalu mendustakan semua hakikat alam, menolak semua penyaksian maujudat dan membatalkan semua isyarat makhluk ciptaan Allah yang menunjukkan kepada hikmah dan kepemurahan-Nya, keadilan dan Rahmat-Nya?
Begitu juga, adakah akal boleh menerima sama sekali bahawa Allah memikulkan tugas sebanyak bilangan rambut kepada insan dan perasaan-perasaan di dalamnya tetapi memberi kepadanya ganjaran duniawi yang hanya bernilai sekadar sehelai rambut dan Dia melakukan kerja yang tiada makna dalam keadaan yang berlawanan dengan keadilan hikmah hakiki-Nya?
Begitu juga, mungkinkah sama sekali bahawa
48. Page
Allah yang mengisbatkan dan menunjukkan bahawa diri-Nya adalah al-Hakimul Mutlaq dengan meletakkan hikmah dan maslahat yang banyak kepada setiap makhluk hidup dan malahan kepada setiap anggotanya seperti lidah, bahkan kepada setiap ciptaan sebanyak hasil-hasil dan buah-buah yang diletakkan-Nya pada sebatang pokok, kemudian Dia menjatuhkan semua kerjanya ke tahap kesia-siaan yang mutlak dengan tidak memberi dan meninggalkan kebaqaan, pertemuan dan kebahagiaan abadi yang paling besar bagi semua hikmah, paling penting bagi semua maslahat, dan yang paling perlu bagi semua natijah yang menjadikan hikmah itu hikmah, nikmat itu nikmat dan rahmat itu rahmat yang merupakan punca dan tujuan bagi semua hikmah, nikmat, rahmat dan maslahat?
Mungkinkah Dia menyamakan diri-Nya dengan orang berikut: Dia membina sebuah istana yang hebat, meletakkan beribu-ribu ukiran pada setiap batunya, ribuan perhiasan pada setiap sudutnya, ribuan alat dan kelengkapan rumah yang berharga dalam setiap biliknya tetapi kemudian tidak menutupnya dengan atap. Maka semua benda punah ranah dan rosak secara sia-sia? Tidak, sama sekali tidak.
Daripada al-Khairul Mutlaq hanya datang kebaikan. Daripada al-Jamilul Mutlaq hanya datang kecantikan. Daripada al-Hakimul Mutlaq tidak pernah datang sesuatu yang sia-sia.
Ya, jika sesiapa menunggang sejarah dengan berfikir dan pergi ke penjuru masa lampau, dia akan melihat rumah, medan, pentas dan alam yang telah mati sebanyak bilangan tahun seperti kediaman di dunia ini, padang ujian dan tempat pameran benda-benda yang kita lihat sekarang ini. Mereka menyerupai satu sama lain dari segi keteraturan, keajaiban dan cara mereka memperlihatkan kudrat dan hikmah as-Sani’. Sedangkan dari segi bentuk dan mutu semuanya berbeza antara satu sama lain.
Dia akan nampak aturan-aturan hikmah yang sangat jelas, isyarat-isyarat ‘inayah yang sangat zahir, tanda-tanda keadilan yang sangat tinggi dan buah-buah belas kasihan yang sangat luas di rumah-rumah yang tidak tetap, di medan-medan yang tidak kekal dan di tempat-tempat pameran yang tidak baqa’ itu.
Dengan syarat dia tidak buta basirah, dia akan mengetahui dengan yakin bahawa tidak akan ada hikmah yang lebih sempurna daripada hikmah itu, mustahil terdapat satu inayah yang lebih indah daripada inayah yang kesan-kesannya kelihatan itu, tidak ada satu keadilan yang lebih tinggi daripada keadilan yang tanda-tandanya kelihatan itu dan tidak boleh dibayangkan satu kasih sayang yang lebih syumul daripada kasih sayang yang dapat dilihat buah-buahnya itu.
Sebagai satu andaian yang mustahil, sekiranya
49. Page
tidak terdapat rumah-rumah yang kekal, tempat-tempat yang mulia, maqam-maqam yang tetap, kediaman-kediaman yang baqa’, penduduk-penduduk yang bermukim dan hamba-hamba yang bahagia dalam negara pemerintahan Sultanus Sarmadi yang menjalankan urusan-urusan ini dan menukar para tetamu dan dewan-dewan pertamuan ini, maka perbuatan menafikan hakikat-hakikat hikmah, keadilan, inayah dan belas kasihan yang merupakan empat unsur maknawi yang kuat dan syumul seperti cahaya, udara, air dan tanah serta mengingkari kewujudan-kewujudan unsur-unsur maknawi yang kelihatan seperti unsur-unsur zahir itu adalah wajar.
Ini kerana adalah dimaklumi bahawa dunia dan seisinya yang tidak baqa’ ini tidak mampu menzahirkan hakikat bagi nama-nama tersebut secara sempurna.
Jika di tempat lain pun tiada tempat yang boleh menzahirkan hakikat-hakikat itu sepenuhnya maka dengan tahap ketidakwarasan yang sama seperti mengingkari kewujudan matahari walaupun kita dapat melihat cahayanya yang memenuhi siang, kita perlu mengingkari hikmah yang ada di hadapan mata kita pada semua benda ini.
Kita juga perlu mengingkari inayah yang telah kita saksikan setiap masa dalam diri kita dan pada kebanyakan benda ini. Seterusnya perlu mengingkari keadilan(24) yang tanda-tandanya dapat dilihat dengan sangat jelas dan mengingkari kasih sayang yang kita lihat di setiap tempat ini.
Kita juga perlu menerima bahawa pemilik urusan yang penuh kebijaksanaan, perbuatan-perbuatan yang penuh kemuliaan dan ihsan yang penuh kasih sayang sebagai - tidak sama sekali tidak - penipu
50. Page
yang jahat dan zalim yang kejam.
Ini kerana ketiadaan tempat itu adalah pengubahan hakikat yang sangat mustahil.
Sesungguhnya pendokong-pendokong kedunguan skeptisme yang mengingkari kewujudan semua benda dan kewujudan diri sendiri pun tidak akan memikirkan perkara yang sebegini.
Kesimpulan: Oleh sebab tidak ada sebarang kemunasabahan antara pertemuan-pertemuan kehidupan yang luas, perpisahan kematian yang pantas, perhimpunan yang hebat, penyuraian yang cepat, perayaan yang agung dan tajalli yang besar dalam urusan dunia yang kelihatan ini dengan buah-buah kecil serta tujuan-tujuan yang tidak penting dan sementara bagi semua yang berkait dengan alam yang kita maklumi dalam satu masa yang pendek di dunia fana ini, maka ia seolah-olah menyerupai pemberian hikmah dan tujuan yang sebesar sebuah gunung kepada seketul batu kecil dan pemberian satu tujuan kecil yang sementara seperti seketul batu kecil kepada sebuah gunung yang besar.
Sesungguhnya keadaan ini tidak sesuai dengan mana-mana akal dan hikmah.
Maknanya ketidakmunasabahan sebegini antara maujudat dengan urusan-urusan dan tujuan-tujuannya yang berkait dengan dunia ini secara qat’i menunjukkan bahawa semua wajah maujudat ini tertumpu kepada alam maknawi. Di sanalah mereka memberi buah-buah yang sesuai dan mata-mata mereka memerhati nama-nama Allah yang suci. Tujuan mereka memandang kepada alam itu. Akar-akarnya berkembang di bawah tanah dunia dan tangkai-tangkainya merimbun di alam mithali. Manusia menanam dan ditanam di sini menurut keupayaannya dan dia akan menuai hasilnya di akhirat.
Ya, jika engkau memandang kepada perkara yang menuju kepada nama-nama Ilahi dan alam akhirat, engkau akan melihat bahawa setiap sebiji benih yang merupakan mukjizat qudrat memiliki tujuan sebesar sebatang pokok. Setiap bunga(25) yang merupakan kalimah hikmah memiliki makna sebanyak bunga-bunga pokok dan setiap buah yang merupakan hasil kehebatan seni dan puisi rahmat yang teratur itu, memiliki hikmah sebanyak buah-buahan bagi sebatang pokok. Kejadian buah-buah itu sebagai rezeki kita pula merupakan satu hikmah daripada
51. Page
ribuan hikmahnya iaitu tugasnya telah selesai. Ia mengungkapkan maknanya, mati dan ditanam dalam perut kita.
Perkara-perkara fana ini akan memberi buah-buahan yang baqa’, meninggalkan gambaran-gambaran yang kekal di tempat lain dan mengifadahkan makna-makna abadi dan melaksanakan zikir yang sarmadi dalam sudut yang lain.
Insan pula akan menjadi insan dengan melihat wajah mereka yang memandang kepada sudut tersebut dan mendapat jalan menuju kebaqaan dalam kefanaan. Maknanya terdapat maksud lain dalam maujudat yang berputar, berhimpun dan kemudian berpisah dalam kehidupan dan kematian ini.
Tiada salah untuk mengumpamakan Keadaan tersebut menyerupai keadaan yang dibentuk dan disusun untuk peniruan dan perumpamaan. Perhimpunan dan penyuraian yang singkat dilakukan dengan perbelanjaan yang besar supaya gambar-gambar diambil, digabung dan ditayangkan tanpa henti di panggung wayang. Sama seperti itu juga, salah satu tujuan manusia dalam menempuh kehidupan sendiri dan kehidupan bermasyarakat dalam tempoh yang singkat di dunia ini adalah supaya gambar-gambarnya diambil dan dibentuk serta natijah-natijah amalannya diambil dan dijaga supaya dapat dihitung dalam perhimpunan terbesar, ditayangkan dalam pameran raksasa dan untuk memperoleh kebahagiaan agung.
Hadith Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bermaksud, “dunia merupakan ladang akhirat” menggambarkan hakikat ini.
Memandangkan dunia ini ada dan di dalamnya terdapat hikmah, inayah, rahmat serta keadilan bersama kesan-kesannya, sudah tentu akhirat juga pasti wujud sama seperti kewujudan dunia.
Memandangkan setiap benda di dunia memandang ke alam itu dalam satu sudut, maknanya ia ditujukan ke sana. Mengingkari akhirat bermakna mengingkari dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Sebagaimana ajal dan kubur menunggu manusia, syurga dan neraka juga menunggu dan menantikan ketibaan manusia.
Hakikat Kesebelas: Bab Keinsanan dan Tajalli Nama al-Haq.
Mungkinkah sama sekali bahawa al-Haq dan al-Ma’bud Bilhaq, menjadikan manusia dalam bentuk dan tabiat seorang hamba yang paling penting kepada rububiyyah mutlaq-Nya dalam alam semesta ini dan rububiyyah ‘ammah-Nya kepada seluruh alam; mukhatab yang paling bertafakur kepada khitab Subhaniyyah-Nya, cermin yang paling syumul bagi penzahiran nama-nama-Nya; mukjizat qudrat yang paling indah pada ‘Ahsani Taqwim’ untuk tajalli Ismul A’zam dan kepada tajalli martabat
52. Page
Ismul A’zam yang terdapat pada setiap nama; peneliti yang memiliki paling banyak neraca dan alat untuk untuk membolehkannya menimbang dan mengenal isi kandungan khazanah-khazanah rahmat; paling berhajat kepada nikmat-nikmat-Nya yang tidak berpenghujung, paling banyak merasai kesakitan daripada kefanaan, paling banyak merindu kepada kebaqaan, paling lembut, paling manja, paling fakir dan paling berhajat di kalangan haiwan; paling sengsara dan paling malang menurut kehidupan duniawi dan paling mulia serta paling tinggi berdasarkan kemampuan, tetapi Dia tidak menghantarnya ke sebuah negara abadi yang sesuai dan layak dengannya serta dirinduinya?
Mungkinkah Dia melakukan suatu perbuatan yang sama sekali berlawanan dengan kebenaran diri-Nya sendiri dan melakukan ketidakadilan yang buruk pada pandangan mata kebenaran dengan menidakkan hakikat keinsanan?
Sekali lagi, adakah dapat diterima bahawa walaupun al-Hakim Bilhaq, ar-Rahimul Mutlaq; menganugerahkan keupayaan yang hebat kepada manusia, lalu manusia memikul amanah agung yang enggan dipikul oleh bumi, langit dan gunung yakni manusia mengetahui dan mengukur sifat-sifat al-Khaliq-nya yang menyeluruh, urusan-urusan-Nya yang kulli dan tajallinya-Nya yang tidak berpenghujung melalui neraca-neraca kecil dan ciptaan berseni yang kecil; serta menciptakannya sebagai makhluk yang paling rapuh, santun, manja, lemah dan daif di bumi; malah pada masa yang sama Allah menjadikannya sebagai pegawai pengatur kepada semua makhluk-makhluk-Nya yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan di dunia; menyuruhnya menyertai jenis zikir dan ibadat mereka; menunjukkannya sebagai satu tamsilan kepada urusan-urusan ilahi pada alam semesta dalam satu ukuran yang amat kecil; menyuruhnya mengisytiharkan rububiyyah subhaniyyah melalui perbuatan dan perkataan; mengutamakannya ke atas para malaikat dan memberi kepadanya tugas khilafah, tetapi tidak memberinya kebahagiaan abadi yang merupakan tujuan, natijah dan buah bagi semua tugasnya ini?
Mungkinkah Dia mencampak manusia ke darjat paling malang, paling buntu, paling bermusibah, paling bermasalah dan paling hina bagi semua makhluknya lalu menjadikan akal yang merupakan hadiah hikmah-Nya yang paling berkat, bercahaya dan alat untuk membahagiakan sebagai alat seksaan yang paling tercela dan gelap kepada si buntu itu lalu Dia melakukan kekejaman yang semuanya menyalahi hikmah mutlak-Nya dan keseluruhannya bertentangan dengan belas kasihan mutlak-Nya. Tidak, sama sekali tidak!
Kesimpulan: Kita telah lihat dan perhatikan pada kad pengenalan dan buku maklumat seorang
53. Page
pegawai, dalam cerita perumpamaan bahawa pangkat, tugas, gaji, arahan tindakan dan peralatannya menunjukkan kepada kita bahawa pegawai itu wujud bukanlah untuk medan perjuangan yang sementara, bahkan dia menuju ke sebuah negara yang kekal, maka dengan itu dia pun bekerja menurutnya.
Seperti itu juga; ahli-ahli tahqiq dan kasyaf telah bersepakat bahawa latifah-latifah dalam kad pengenalan hati manusia, sifat-sifat dalam buku maklumat akal dan peralatan dalam keupayaannya secara keseluruhan dan secara sepakat menuju kepada kebahagiaan abadi dan telah diberikan berdasarkannya dan disediakan menurutnya.
Contohnya jika dikatakan kepada ‘daya khayalan’ yang merupakan pembantu dan alat yang memberi gambaran kepada akal bahawa “kamu akan diberi umur dan kuasa untuk memerintah dunia selama sejuta tahun tetapi pada akhirnya kamu pasti akan lenyap,” maka daya khayalan itu akan berkata “alangkah malangnya” menggantikan “alangkah bertuahnya” dan akan bersedih. Itupun sekiranya waham tidak memperdaya dan nafsu tidak masuk campur.
Maknanya benda fana yang paling besar tidak mampu memuaskan alat dan perkakas keinsanan yang paling kecil. Justeru kerana persediaan inilah cita-cita insan yang telah menjangkau keabadian, fikiran-fikirannya yang telah meliputi alam semesta dan kehendak-kehendaknya yang telah tersebar kepada jenis-jenis kebahagiaan abadinya menunjukkan bahawa manusia ini diciptakan untuk keabadian dan akan pergi kepada keabadian. Dunia ini ialah sebuah dewan pertamuan untuknya dan sebuah ruang menunggu akhiratnya.
Hakikat Kedua Belas: Bab ar-Risalah dan at-Tanzil iaitu tajalli بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ.
Mungkinkah sama sekali bahawa waham-waham mengarut yang tidak memiliki kekuatan walaupun sekadar sayap lalat mampu menutup jalan akhirat yang telah dibuka dan pintu syurga yang telah dirasmikan oleh Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan semua kekuatannya bersandarkan kekuatan seribu mukjizatnya yang telah berlaku dan al-Quranul Hakim yang merupakan mukjizat dengan empat puluh wajah dengan semua keyakinan bersandarkan ribuan ayatnya yang pasti?
Sedangkan semua anbia telah mengukuhkan kata-kata baginda dengan bersandarkan mukjizat-mukjizat mereka. Semua aulia telah membenarkan dakwah baginda dengan bersandarkan kekasyafan dan karamah-karamah mereka. Semua asfiya’ pula telah menjadi saksi kepada kebenaran baginda dengan bersandarkan kajian-kajian mereka.
54. Page
Berdasarkan hakikat-hakikat yang lalu, difahami bahawa perbahasan Hasyir ialah hakikat yang sangat kukuh sehingga satu kekuatan yang boleh mengangkat, memecah dan melempar bebola bumi daripada tempatnya tidak dapat menggoncang hakikat itu. Ini kerana Allah Taala mengisbatkan hakikat itu dengan pelaziman semua nama dan sifat-Nya. Rasul-Nya yang mulia membenarkannya dengan semua mukjizat dan dalil-dalilnya. Al-Quranul Hakim mengisbatkannya dengan semua hakikat dan ayat-ayatnya. Manakala alam semesta ini mempersaksikannya dengan tanda-tanda penciptaan yang terdapat di dalamnya dan dengan urusan-urusannya yang berhikmah.
Mungkinkah sama sekali bahawa walaupun Dzat Wajibul Wujud dan seluruh maujudat (kecuali orang kafir) telah bersepakat dalam persoalan Hasyir, namun keraguan dan was-was yang jahat yang tidak memiliki kekuatan walaupun sekadar sehelai roma mampu menggoncang dan mengangkat hakikat-hakikat kukuh yang tinggi seperti gunung itu daripada tempatnya? Tidak sama sekali tidak!
Jangan sekali-kali menyangka bahawa dalil-dalil Hasyir hanya terbatas kepada dua belas hakikat yang telah kami bahaskan. Tidak, bahkan al-Quranul Hakim sendiri, sebagaimana ia telah mengajar kita dua belas hakikat yang sebelum ini, ia turut mengisyaratkan ribuan wajah lagi, lalu setiap wajah menjadi satu isyarat yang kuat bahawa al-Khaliq kita akan memindahkan kita dari negara fana ini ke sebuah negara yang baqa’.
Awas! jangan menyangka juga bahawa nama-nama Ilahi yang melazimkan Hasyir hanya terbatas kepada حفيظ, عادل, رحيم, كريم, حكيم yang telah kita bahaskan. Tidak! Bahkan semua nama Ilahi yang ternyata dalam pentadbiran alam, mewajarkan akhirat, bahkan menjadikannya suatu kewajipan.
Serta jangan menyangka bahawa tanda-tanda penciptaan alam yang mengisyaratkan kepada Hasyir hanya terbatas kepada apa yang telah kita bahaskan sebelum ini. Tidak! Bahkan terdapat wajah dan caranya yang boleh dibuka ke kanan dan kiri seperti tirai pada kebanyakan maujudat kerana sebagaimana satu wajahnya menjadi saksi kepada as-Sani’, wajah lainnya pula mengisyaratkan kepada Hasyir.
Sebagai contoh, sepertimana keindahan penciptaan insan dalam Ahsani taqwim menunjukkan as-Sani’; kelenyapannya dalam masa yang singkat bersama kebolehannya yang menyeluruh pada ahsani taqwim itu pula menunjukkan Hasyir. Kadang-kadang, jika dipandang dari satu wajah melalui dua pandangan; ia menunjukan as-Sani’ dan juga Hasyir.
Contohnya, penyusunan hikmah, penghiasan inayah, pengimbangan keadilan dan penyantunan rahmat yang kelihatan pada kebanyakan benda;
55. Page
sekiranya dilihat pada fitrahnya, ia kelihatan telah keluar daripada tangan kekuatan as-Sani’ul Hakim, al-Karim, al-‘Adil dan ar-Rahim. Begitu juga, jika dilihat pada kekuatan dan keabadian nama-nama ini bersama dengan kehidupan yang tidak penting dan sedikit bagi maujadat fana ini yang merupakan tempat zahir mereka, akhirat akan sentiasa dilihat. Maknanya, semua benda membaca dan menyebabkan benda-benda lain membaca امنت با لِلّٰهِ وباليوم الاخر melalui lisanul hal.
Penutup
Dua belas hakikat sebelum ini menyokong, melengkapkan dan menguatkan satu sama lain. Semua itu bersama-sama menunjukkan natijah secara sepakat. Waham manakah yang mempunyai kekuatan untuk melubangi dan menembusi dua belas tembok yang kukuh seperti besi bahkan seperti berlian ini sehingga ia boleh menggoyahkan keimanan Hasyir yang berada pada kubu kebalnya?
Ayat yang mulia مَا خَلْقُكُمْ وَلاَ بَعْثُكُمْ اِلاَّ كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ menyatakan bahawa penciptaan dan pembangkitan semua manusia, berdasarkan qudrat Ilahi adalah senang seperti mencipta dan membangkitkan seorang insan.
Ya, memang begitu. Dalam satu risalah yang berjudul ‘Noktah’, aku telah menulis hakikat yang telah diterangkan oleh ayat ini secara terperinci. Di sini, kita akan menyebutkan kesimpulannya sahaja dengan hanya beberapa perumpamaan. Jika kalian inginkan butirannya, rujuklah pada Risalah ‘Noktah’ itu.
Contoh: وَلِلّٰهِ الْمَثَلُ الْاَعْلَى - tiada kesalahan dalam tamsilan - sebagaimana dengan rahsia kenuranian, jika tajalli matahari berlaku dengan kehendaknya sendiri, maka tajalli yang telah ia berikan kepada sebutir zarah dengan senang juga boleh diberikan kepada semua benda lutsinar yang tidak berpenghujung dengan kesenangan yang sama. Malah dengan rahsia lutsinar, kemuatan pantulan matahari pada anak mata sebutir zarah kecil yang lutsinar adalah sama dengan permukaan laut yang luas. Serta dengan rahsia aturan, sepertimana seorang kanak-kanak memusingkan sebuah kapal permainan dengan jarinya, dia juga mampu memusingkan sebuah kapal perang yang besar.
Melalui rahsia kepatuhan, sebagaimana seorang panglima menggerakkan seorang tentera dengan satu arahan ‘berkawat!’, dia juga boleh menggerakkan satu pasukan tentera yang besar dengan kata-kata yang sama.
Malah melalui rahsia keseimbangan, kita andaikan sebuah neraca yang hakiki, sensitif dan sangat besar di ruang udara yang mana jika diletakkan dua butir kacang pada dua piringnya ia dapat merasainya dan jika diletakkan dua matahari
56. Page
juga ia boleh muat dan menimbangnya. Dengan kekuatan yang sama, yang mengangkat dan menurunkan dua biji kacang yang terdapat dalam dua bekas itu, sebiji ke langit dan sebiji ke bumi, jika terdapat dua matahari ia juga boleh mengangkat satunya ke langit dan menurunkan satunya ke bumi.
Memandangkan benda yang paling besar adalah sama dengan benda yang paling kecil dalam mumkinat yang biasa, kurang dan fana ini dan melalui rahsia-rahsia kenuranian, ketelusan, keteraturan, kepatuhan dan keseimbangan, benda-benda yang tidak terbatas dan tidak terhitung kelihatan sama dengan satu benda.
Sudah tentu, sepertimana dengan rahsia tajalli nurani qudrat al-Qadirul Mutlaq yang zati (tidak akan berubah), tidak berpenghujung dan sangat sempurna, rahsia ketelusan malakutiyyah semua benda, rahsia penyusunan hikmah dan taqdir, rahsia kesempurnaan kepatuhan urusan-urusan penciptaan semua benda dan rahsia keseimbangan kemungkinan yang terdiri daripada persamaan antara kewujudan mumkinat (makhluk) dan ketiadaannya; sedikit banyak, besar kecil adalah sama kepadanya, Dia boleh membawa seluruh manusia kepada Hasyir umpama seorang insan dengan satu laungan. Malah peringkat-peringkat kekuatan dan kedaifan bagi berlaku dengan kemasukan lawan benda itu ke dalamnya.
Contohnya tahap kepanasan dirasai dengan masuknya kesejukan. Peringkat-peringkat kecantikan difahami dengan masuknya kehodohan. Tingkat-tingkat cahaya diketahui dengan masuknya kegelapan.
Tetapi, jika sesuatu benda adalah zati dan bukan ‘aridhi, lawannya tidak akan boleh memasukinya. Ini kerana keadaan ini memerlukan himpunan dua perkara yang berlawanan. Ini pula adalah mustahil. Maknanya, tiada peringkat-peringkat pada satu benda yang asli dan zati (tidak akan berubah).
Memandangkan kuasa al-Qadirul Mutlaq adalah zati, dan bukan ‘aridhi seperti mumkinat (makhluk) dan berada pada kesempurnaan yang mutlak, maka adalah mustahil untuk kelemahan yang merupakan lawannya mencampurinya.
Maknanya, bagi Dzat Dzul Jalal, menjadikan sebuah musim bunga adalah semudah menjadikan sekuntum bunga. Jika disandarkan kepada asbab, menjadikan sekuntum bunga akan menjadi sesusah satu musim bunga. Menghidupkan dan membangkitkan semua manusia adalah semudah menghidupkan satu nyawa. Penjelasan-penjelasan kami bagi persoalan Hasyir daripada mula sampai sekarang yang berkisar pada gambaran-gambaran perumpamaan dan hakikat-hakikatnya adalah daripada limpahan al-Quranul Hakim. Ia adalah ibarat daripada penyediaan nafsu kepada penyerahan dan hati kepada penerimaan. Kata-kata sebenar
57. Page
adalah milik al-Quran kerana ia adalah kata-kata dan kata-kata adalah haknya. Mari kita dengar: فَلِلّٰهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ
﴿فَانظُرْ إِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ ذَلِكَ لَمُحْيِي المَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾ الروم:50
﴿قَالَ مَنْ يُحْيِي العِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ{ قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ﴾ يس:78-79
﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ { يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُم بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ﴾ الحج:1-2
﴿اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللّهِ حَدِيثاً﴾ النساء:88
﴿إِنَّ الأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ { وَإِنَّ الفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ﴾ الانفطار:13-14
﴿إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا { وَأَخْرَجَتِ الأَرْضُ أَثْقَالَهَا { وَقَالَ الإِنسَانُ مَا لَهَا { يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا {بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا { يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ { فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ { وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ﴾ الزلزلة:1- 8
﴿القَارِعَةُ{ مَا القَارِعَةُ{ وَمَا أَدْرَاكَ مَا القَارِعَةُ { يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالفَرَاشِ المَبْثُوثِ { وَتَكُونُ الجِبَالُ كَالعِهْنِ المَنفُوشِ { فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ { فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ { وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ { فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ { وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ { نَارٌ حَامِيَةٌ﴾ القارعة:1- 11
﴿وَلِلّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلاَّ كَلَمْحِ البَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾ النحل:77
Mari kita dengar ayat-ayat keterangan yang lain bagi al-Quran seperti ini lalu katakan amanna wa soddaqna. (Kami percaya dan membenarkannya.)
آمَنْتُ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَبِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ مِنَ اللهِ تَعَالَى وَالْبَعْث بَعْد الموت حق وأن الجنة حق والنار حق وأن الشفاعة حق وأن منكرا ونكيرا حق وأن الله يبعث من في القبور، أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
اللهم صل على ألطف وأشرف وأكمل ثمرات طوبى رحمتك الذي أرسلته رحمة للعالمين ووسيلة لوصولنا إلى أزين وأحسن وأجلى وأعلى ثمرات تلك الطوبى المتدلية على دار الآخرة أي الجنة.
58. Page
اللهم أجرنا وأجر والدينا من النار وأدخلنا وأدخل والدينا الجنة مع الأبرار بجاه نبيك المختار، آمين.
آمَنْتُ بِاللّٰهِ وَ مَلٰئِكَتِهِ وَ كُتُبِهِ وَ رُسُلِهِ وَ الْيَوْمِ الْآخِرِ وَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ مِنَ اللّٰهِ تَعَالَى وَ الْبَعْثُ بَعْدَ الْمَوْتِ حَق وَ اَنَّ الْجَنَّةَ حَق وَ لنَّارَ حَق وَاَنَّ الشَّفَاعَةَ حَق وَاَنَّ مُنْكَرًا وَ نَكِيرًا حَق وَاَنَّ اللّٰهَ يَبْعَثُ مَنْ فِى الْقُبُورِ اَشْهَدُ اَنْ لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى اَلْطَفِ وَ اَشْرَفِ وَ اَكْمَلِ وَ اَجْمَلِ ثَمَرَاتِ طُوبَاءِ رَحْمَتِكَ الَّذِى اَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ وَوَسِيلَةً لِوُصُولِنَا اِلَى اَزْيَنِ وَ اَحْسَنِ وَ اَجْلَى وَ اَعْلَى ثَمَرَاتِ تِلْكَ الطُّوبَاءِ الْمُتَدَلِّيَةِ عَلَى دَارِ الْآخِرَةِ اَىِ الْجَنَّةِ اَللّٰهُمَّ اَجِرْنَا وَ اَجِرْ وَالِدَيْنَا مِنَ النَّارِ وَ اَدْخِلْنَا وَ اَدْخِلْ وَالِدَيْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْاَبْرَارِ بِجَاهِ نَبِيِّكَ الْمُخْتَارِ آمِينَ
Wahai saudara yang membaca risalah ini dengan keinsafan! Jangan berkata, kenapa aku tidak boleh memahami keseluruhan Kalimah Kesepuluh ini sekaligus dan jangan bersusah hati kerana tidak memahami keseluruhannya! Ini kerana seorang cendekiawan hikmah seperti Ibnu Sina telah berkata (27) اَلْحَشْرُ لَيْسَ عَلَى مَقَايِيسَ عَقْلِيَّةٍ.
Beliau telah memutuskan bahawa persoalan Hasyir bukanlah perkara yang boleh difikirkan oleh akal. Malah semua ulama’ Islam juga telah bersepakat memutuskan bahawa Hasyir adalah masalah naqliyyah (berdasarkan nas) maka dalilnya adalah naqal dan akal tidak boleh sampai kepadanya. Oleh sebab itu, tentunya jalan yang sangat dalam dan secara maknawinya amat tinggi ini tidak boleh menjadi jalan raya yang umum bagi akal secara tiba-tiba.
Maka kita perlu mengucapkan seribu kesyukuran kerana dengan limpahan al-Quranul Hakim dan dengan rahmat al-Khaliqur Rahim, pada kurun yang sikap bertaqlid pada insannya telah musnah dan penyerahannya telah rosak ini, Dia telah menganugerahkan jalan yang dalam dan tinggi seperti itu. Ini kerana ia cukup untuk menyelamatkan keimanan kita. Maka kita perlu gembira dengan kadar yang telah kita fahami dan berusaha untuk menambahkan kefahamannya melalui pembacaan yang berulang kali.
Salah satu rahsia mengapa Hasyir tidak boleh difikirkan dengan akal adalah seperti berikut:
Hasyir yang agung berlaku dengan tajalli Ismul A’zam. Oleh sebab itu, dengan melihat dan menunjukkan perbuatan-perbuatan agung yang zahir melalui tajalli Ismul A’zam Allah Ta‘ala dan melalui tajalli setiap nama pada martabatnya yang tertinggi, maka Hasyir yang agung boleh diisbatkan dengan
59. Page
senang, diakui dengan yakin dan diimani dengan benar seperti musim bunga. Malah melalui limpahan al-Quran, begitulah yang dilihat dan ditunjukkan dalam Kalimah Kesepuluh ini.
Bukannya melalui dustur-dustur akal yang bersendirian, sempit dan kecil. Maka ia kekal lemah dan terpaksa bertaqlid.
60. Page
Susulan dan Tambahan Penting Untuk Kalimah Kesepuluh
Bahagian Pertama bagi Tambahan
بِسْـــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ *
فَسُبْحَانَ اللّٰهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَعَشِيَّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ *
يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذٰلِكَ تُخْرَجُونَ *
وَ مِنْ آيَاتِهِ اَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ اِذَا اَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ *
وَ مِنْ آيَاتِهِ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا اِلَيْهَا وَ جَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَ رَحْمَةً اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ *
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلاَفُ اَلْسِنَتِكُمْ وَ اَلْوَانِكُمْ اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ *
وَ مِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِالَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَابْتِغَاءُوكُمْ مِنْ فَضْلِهِ اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ *
وَ مِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَ طَمَعًا وَ يُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِى بِهِ الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ *
وَمِنْ آيَاتِهِ اَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْاَرْضُ بِاَمْرِهِ ثُمَّ اِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِنَ الْاَرْضِ اِذَا اَنْتُمْ تَخْرُجُونَ *
وَ لَهُ مَنْ فِى السَّمٰوَاتِ وَ الْاَرْضِ كُلٌ لَهُ
61. Page
قَانِتُونَ *
وَ هُوَ الَّذِى يَبْدَءُو الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَ هُوَ اَهْوَنُ عَلَيْهِ وَلَهُ الْمَثَلُ الْاَعْلَى فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ *
Nuktah terbesar dan hujah utama bagi ayat-ayat agung samawi yang menunjukkan kutub keimanan dan dalil-dalil agung yang qudsi yang membuktikan Hasyir akan diterangkan dalam Sinaran Kesembilan ini.
Ini adalah ‘inayah Rabbani yang halus bahawa: Tiga puluh tahun sebelum ini, Said Lama, pada penghujung mukadimah tafsir yang ditulisnya yang bernama Muhakamat, beliau telah berkata: “Maksud Kedua: Dua ayat dalam al-Quran yang mengisyaratkan Hasyir akan ditafsir dan diterangkan.” Kemudian, setelah berkata” بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ” beliau berhenti lalu tidak dapat meneruskannya lagi.
Syukur dan pujian kepada al-Khaliqur Rahim-ku sebanyak dalil-dalil dan tanda-tanda Hasyir. Ini kerana, Dia telah menganugerahkan taufiq selepas tiga puluh tahun. Ya, sembilan atau sepuluh tahun sebelum ini Dia telah mengurniakan dua kalimah iaitu Kalimah Kesepuluh dan Kalimah Kedua Puluh Sembilan yang memiliki hujah-hujah dan tafsiran-tafsiran yang terang dan sangat kuat bagi firman Ilahi:
فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شي قَدِيرٌ yang merupakan ayat pertama daripada dua ayat di atas. Ia telah membisukan para pengingkarnya.
Malah, selepas sembilan dan sepuluh tahun daripada (penulisan) dua kubu keimanan Hasyir yang kukuh dan tidak boleh diserang, Dia telah menganugerahkan tafsiran ayat-ayat terbesar yang telah disebutkan pada permulaan yang merupakan ayat kedua melalui risalah ini. Justeru, Sinaran Kesembilan ini; terdiri daripada sembilan maqam yang tinggi dan satu mukadimah yang penting yang diisyaratkan melalui ayat-ayatnya yang telah disebutkan.
Mukadimah ini ialah dua noktah yang terdiri daripada penerangan satu-satunya natijah menyeluruh daripada faedah-faedah rohani dan natijah-natijah kehidupan yang sangat banyak bagi keimanan terhadap Hasyir secara ringkas serta penzahiran bahawa keimanan kepada Hasyir ini adalah sangat penting dan perlu kepada kehidupan
62. Page
manusia terutamanya kepada kehidupan bermasyarakat. Ia turut memperlihatkan satu-satunya hujah menyeluruh daripada hujah-hujah akidah yang sangat banyak bagi keimanan kepada Hasyir ini dengan ringkas dan menyatakan bahawa akidah Hasyir itu adalah sangat jelas dan tiada keraguan.
Noktah Pertama: Sebagai satu ukuran, kami hanya akan memberi empat contoh daripada ratusan dalil Akidah Akhirat yang menjadi asas utama dalam kehidupan bermasyarakat dan peribadi insan dan dasar-dasar bagi kebahagiaan dan kesempurnaan.
Dalil Pertama: Hanya dengan memikirkan syurga, kanak-kanak yang merupakan golongan yang bilangannya adalah hampir separuh daripada jumlah keseluruhan manusia boleh bertahan untuk menghadapi kematian yang kelihatan dahsyat dan menyedihkan kepada mereka. Mereka juga boleh menemui kekuatan maknawi dalam tubuh mereka yang sangat daif dan rapuh. Walaupun mereka di dalam keadaan roh yang amat lemah dan cepat menangis disebabkan semua benda, namun, dengan syurga, mereka menemui suatu harapan lalu dapat menikmati hidup dengan gembira. Contohnya, dengan memikirkan syurga, seorang kanak-kanak akan berkata: “Adikku atau sahabatku telah mati. Dia telah menjadi burung syurga. Dia boleh bersiar-siar di syurga dan dia hidup lebih baik daripada kita. Jika tidak, kematian kanak-kanak sepertinya atau orang-orang dewasa di sekelilingnya yang setiap masa dilihat oleh pandangan gelisah mereka yang kebuntuan dan lemah itu akan menggugat daya bertahan dan kekuatan maknawi mereka serta menyebabkan semua perasaan mereka, roh, hati, akal bersama dengan mata mereka juga menangis. Maka sama ada kekuatannya akan hilang ataupun menjadi haiwan malang yang gila.
Dalil Kedua: Sesungguhnya dengan kehidupan akhirat sahajalah orang-orang tua yang merupakan separuh jumlah manusia boleh bertahan menghadapi kubur yang berada berhampiran dengan mereka. Mereka boleh menemui hiburan untuk menghadapi penamat kehidupan yang amat berkait dengan mereka dan penutupan dunia mereka yang indah pada masa terdekat. Hanya dengan harapan kehidupan abadi, mereka boleh menghadapi rasa putus asa yang menyakitkan dan dahsyat yang muncul daripada kematian dan kelenyapan pada roh dan jiwa mereka yang amat mudah tersentuh seperti kanak-kanak. Jika tidak, insan-insan mulia yang berhak kepada belas kasihan dan para bapa serta ibu yang gelisah dan sangat perlu kepada kerehatan hati dan ketenangan itu akan merasai kegalauan rohani dan kegelisahan jiwa yang sangat hebat sehingga dunia ini akan menjadi penjara yang gelap serta kehidupan juga akan menjadi azab yang kejam kepada mereka.
63. Page
Dalil Ketiga: Sesungguhnya hanya fikrah neraka yang boleh menahan perasaan yang sangat membara dan hawa nafsu serta kehendak yang melampau bagi para pemuda dan belia yang menjadi asas dalam kehidupan bermasyarakat manusia, daripada pencerobohan, kezaliman dan pemusnahan. Malah fikrah itu memastikan bahawa kehidupan masyarakat berterusan dengan aman damai. Jika tidak, sekiranya tiada kebimbangan neraka, menurut kaedah الحكم للغالب (kekuasaan itu bagi yang menang) di belakang hawa nafsu mereka, para belia yang mabuk itu akan mengubah dunia menjadi neraka kepada insan-insan yang daif dan lemah yang buntu dan menukar kemanusiaan yang mulia kepada kebinatangan yang hina.
Dalil Keempat: Markas yang paling syumul dan paksi yang paling penting, syurga, tempat berlindung dan kubu untuk kebahagiaan duniawi bagi manusia dalam kehidupan duniawinya ialah hidup berkeluarga. Rumah setiap orang ialah dunia kecilnya. Kehidupan serta kebahagiaan bagi rumah dan kehidupan keluarga itu pula menjadi nyata dengan rasa hormat yang sangat utuh, sejati dan penuh kesetiaan serta melalui kasih-sayang yang hakiki, penuh rasa kasih dan penuh pengorbanan.
Rasa hormat yang hakiki dan kasih-sayang yang sejati ini pula terhasil menerusi persahabatan yang abadi, perdampingan yang berpanjangan, kebersamaan yang sarmadi dan dengan memiliki fikrah dan akidah hubungan kebapaan, keanakan, persaudaraan dan persahabatan antara sama lain dalam satu masa yang tidak terbatas dan satu kehidupan yang tiada sempadan.
Contohnya seseorang berkata: “Isteriku ini ialah teman yang kekal di alam yang abadi dan dalam kehidupan yang berpanjangan. Tidak mengapa jika sekarang ini dia tua dan kurang cantik kerana dia memiliki kecantikan abadi dan kecantikan itu pasti datang. Dengan berkata “aku akan sentiasa melakukan pengorbanan dan memberi kasih sayang demi kenangan persahabatan yang kekal...” lalu dia akan menerima isterinya yang tua itu dengan cinta, belas dan kasih sayang seperti bidadari yang jelita. Jika tidak, selepas kemesraan yang palsu sesingkat satu atau dua jam; persahabatan yang berhadapan dengan perpisahan dan penceraian yang abadi pasti boleh memberikan kasih sayang yang majazi dan rasa hormat yang pura-pura, belas kasihan seperti haiwan yang sangat palsu, sementara dan tiada asas dan semua kepentingan dan perasaan lain yang berkuasa akan mengalahkan rasa hormat dan kasih sayang itu seperti yang berlaku di kalangan haiwan lalu mengubah syurga dunia itu kepada neraka.
Justeru satu daripada ratusan natijah keimanan Hasyir adalah berkait dengan kehidupan
64. Page
bermasyarakat insan. Sekiranya natijah-natijah lain turut dikiaskan kepada empat dalil yang telah disebutkan daripada ratusan sudut dan faedah-faedah bagi satu natijah ini, akan difahami bahawa perlakuan dan kewujudan hakikat Hasyir; adalah sepasti darjat hakikat yang tinggi dan hajat yang syumul bagi keinsanan. Bahkan ia adalah lebih jelas dan memberitahu lebih banyak kebenarannya (hakikat Hasyir) berbanding dalil dan penyaksian kewujudan keperluan dalam perut insan kepada kebenaran kewujudan makanan. Sekiranya natijah-natijah hakikat Hasyir ini keluar daripada kemanusiaan; ia akan membuktikan bahawa fitrah manusia yang sangat penting, tinggi dan bernyawa akan jatuh menjadi seperti bangkai yang jijik dan ibarat sarang mikrob. Moga-moga berdengunglah telinga para sosiologis, politikus dan moralis yang sangat berkait dengan pengurusan, akhlak dan kemasyarakatan manusia! Biarkan mereka datang! Tetapi dengan apakah mereka dapat mengisi kelompangan ini dan dengan apakah mereka dapat mengubati luka-luka yang parah ini?
Noktah Kedua: Noktah ini secara yang sangat ringkas akan menerangkan satu bukti daripada bukti-bukti hakikat Hasyir yang tidak terbatas yang muncul daripada ringkasan syahadah yang datang daripada semua rukun iman. Ia adalah seperti berikut:
Semua mukjizat, dalil kenabian, dan semua bukti kebenaran Baginda yang mengisyaratkan kepada risalah Saidina Muhamad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam secara bersama menjadi saksi lalu membuktikan kewujudan hakikat Hasyir. Ini kerana selepas wahdaniyyah, semua dakwaan baginda dalam kehidupannya bertumpu kepada Hasyir.
Semua mukjizat dan hujah baginda yang membenarkan semua nabi dan menjadikan semua orang membenarkan mereka, menjadi saksi kepada hakikat yang sama. Malah syahadahوَبِكُتُبِهِ yang meningkatkan darjat syahadah yang datang selepas kalimahوَبِرُسُلِهِ ke tahap yang nyata juga menjadi saksi kepada hakikat yang sama.
Mula-mula semua mukjizat, hujah dan hakikat yang mengisbatkan kebenaran al-Quran Mu’jizul Bayan, menjadi saksi kepada kebenaran dan kenyataan hakikat Hasyir dan mengisbatkannya. Ini kerana, hampir satu pertiga al-Quran ialah Hasyir dan pada kebanyakan permulaan surah-surah pendek ialah ayat-ayat Hasyir yang sangat kuat. Melalui ribuan ayatnya, al-Quran memberitahu, membuktikan dan menunjukkan hakikat yang sama secara terang-terangan dan secara tidak langsung.
Contoh: Di samping menunjukkan bahawa hakikat Hasyir adalah hakikat yang sangat penting dan wajib bagi alam dengan penuh kepastian pada
65. Page
permulaan tiga atau empat puluh surah seperti:
اِذَا الشَمْسُ كُوِّرَتْ *
يَا اَيُّهَاالنَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ اِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْئٌ عَظِيمِ *
اِذَا زُلْزِلَتِ الْاَرْضُ زِلْزَالَهَا * اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ * اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ *
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * هَلْ اَتَيكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ
Ayat-ayatnya yang lain juga menerangkan pelbagai dalil bagi hakikat itu lalu melahirkan keyakinan kepada para pembacanya.
Agaknya, mungkinkah aqidah Hasyir ini menjadi sesuatu yang tidak berasas seperti mengingkari kewujudan matahari bahkan seperti mengakui ketiadaan alam? Tidakkah ia mustahil dan batil seratus kali ganda? Sedangkan ia muncul seperti matahari. Melalui ribuan penyaksian dan dakwaan-dakwaan yang serupa di dalam sebuah kitab yang satu isyarat bagi satu ayatnya menghasilkan hakikat ilmiah dan ‘alamiah yang bermacam-macam dalam ilmu-ilmu Islam yang ada di hadapan mata kita.
Agaknya mungkinkah dari mana-mana sudut untuk mendustakan ribuan kata-kata, janji-janji dan ancaman-ancaman Raja yang sangat tegas dan mulia? Mungkinkah ia adalah tidak benar? Sedangkan, kadang-kadang satu pasukan tentera sanggup bergerak dan berperang semata-mata supaya satu titah Raja tidak didustai!
Agaknya walaupun hanya satu titah bagi Sultan maknawi yang agung yang menguasai, mendidik dan menguruskan roh, akal, hati dan nafsu yang tidak terhitung dalam lingkungan kebenaran dan hakikat tanpa henti selama tiga belas abad adalah cukup untuk mengisbatkan satu hakikat seperti ini, maka tidakkah azab neraka menjadi perlu untuk seorang yang sangat jahil dan bodoh yang tidak mengenali hakikat itu? Tidakkah ia merupakan sebenar-benar keadilan? Sedangkan Sultan itu telah memperlihatkan dan membuktikan hakikat Hasyir ini melalui ribuan keterangan.
Malah semua suhuf dan kitab samawi yang menguasai satu zaman dan era masing-masing juga turut menerima hakikat Hasyir yang telah diterangkan dan dibuktikan oleh al-Quran melalui perincian, penerangan dan pengulangan menurut kurun dan zamannya. Walaupun suhuf dan kitab-kitab itu menerangkannya tanpa perincian, secara berselindung dan ringkas namun dakwaan dan pembuktian yang kuat olehnya memperakui dakwaan al-Quran dengan ribuan tandatangan.
Bersesuaian dengan perbahasan ini, satu hujah
66. Page
Hasyir yang menyebutkan penyaksian semua rukun lain khususnya rukun beriman kepada para Rasul dan kitab kepada rukun ايمان با ليوم الاخر (beriman kepada Akhirat) pada penghujung Risalah Munajat dalam bentuk munajat yang sangat kuat, ringkas dan menghapuskan semua prasangka masuk ke sini mengikut keadaan asalnya.
Berikut ialah apa yang diungkapkan dalam munajat: “Wahai Rabbur Rahim-ku! Melalui ajaran Rasul Mulia-Mu dan ajaran al-Quranul Hakim-Mu aku telah faham bahawa pertamanya al-Quran dan Rasul Mulia-Mu, semua kitab suci dan para Rasul secara ijma’ dan sepakat sentiasa mengakui, menunjukkan dan memberi isyarat bahawa tajalli nama-nama Jalali dan Jamali yang contoh-contohnya dilihat di dunia ini dan di setiap sudut akan berterusan dalam keadaan yang lebih terang buat selama-lamanya.
Segala kurniaan yang tajalli dan contoh-contohnya disaksikan di alam fana ini akan berterusan dan kekal dalam keadaan yang lebih gemilang di negara kebahagiaan. Para perindu yang melihat contoh-contoh tersebut dengan kenikmatan lalu mendampinginya dengan kasih sayang dalam kehidupan dunia yang singkat ini akan terus mendampingi dan menyertainya di alam abadi.”
Pertama-tamanya Rasul mulia dan al-Quranul Hakim-Mu, semua Rasul yang merupakan pemilik roh-roh nurani, semua wali yang merupakan kutub hati-hati yang bercahaya dan semua Siddiqin yang merupakan sumber bagi akal-akal bercahaya yang tajam telah memberi khabar gembira tentang kebahagiaan abadi kepada semua manusia. Iaitu dengan bersandarkan kepada ratusan mukjizat mereka yang jelas dan ayat-ayatnya yang pasti dan bersandarkan kepada ribuan janji dan ancaman-Mu yang kerap kali Engkau ulangi dalam semua suhuf samawi dan kitab-kitab suci. Khabar gembira mereka juga bergantung kepada sifat-sifat Qudsi-Mu yang mewajarkan akhirat seperti qudrat, rahmat, ‘inayah, hikmah, jalal dan jamal, urusan-urusan-Mu, keagungan sifat Jalal-Mu dan kerajaan Rububiyah-Mu serta berdasarkan kepada penemuan-penemuan dan penyaksian mereka yang memberitahu tentang jejak-jejak dan tanda-tanda akhirat yang tiada batasan dan menurut iktikad serta keimanan mereka yang mencapai tahap ‘ilmal yaqin dan ‘ainal yaqin.
Mereka turut mengkhabarkan tentang adanya neraka untuk golongan sesat dan syurga untuk golongan yang mendapat hidayah. Mereka beriman dengan yakin dan mengakuinya.
“Wahai al-Qadirul Hakim! Wahai ar-Rahmanur Rahim! Wahai as-Sadiqul Wa’dil Karim! Wahai al-Qahhar dzul Jalal yang memiliki kemuliaan, keagungan dan ketinggian! Engkau adalah beratus ribu kali ganda muqaddas serta suci dan tinggi tanpa batasan daripada perbuatan mendustai dan menipu para kekasih-Mu yang benar seramai ini, janji-janji serta sifat-sifat dan urusan-urusan-Mu sebanyak ini; mendustai dan tidak melakukan apa yang benar-benar diperlukan oleh kerajaan Rububiyyah-Mu; menolak dan tidak mendengar doa-doa dan dakwaan tidak berkesudahan yang berkait dengan akhirat oleh para hamba makbul-Mu yang tidak terhitung yang dicintai-Mu dan mereka juga mencintakan diri mereka kepada-Mu dengan mengakui dan mentaati-Mu; juga daripada memperakui pengingkaran Hasyir oleh golongan sesat dan golongan kufur yang menghina keagungan kebesaran-Mu, merendahkan kemuliaan ketinggian-Mu, mencemuh kehormatan uluhiyyah-Mu dan meremehkan belas rububiyyah-Mu.
Kami mensucikan keadilan dan keindahan-Mu yang tidak berpenghujung dan rahmat-Mu yang tidak terbatas itu daripada satu kezaliman dan keburukan yang tidak berkesudahan begini dengan penyucian yang tidak terbatas.
Dan kami beriman dengan sepenuh daya kami secara haqqal yaqin, ‘ainal yaqin dan ‘ilmal yaqin bahawa penyaksian ratusan ribu utusan-Mu yang benar itu dan para anbiya’, asfiya’dan auliya’ yang merupakan para juruhebah sebenar kerajaan-Mu itu kepada khazanah-khazanah rahmat ukhrawi-Mu, perbendaharaan-perbendaharaan ihsanat-Mu di alam baqa’ dan tajalli-tajalli yang luar biasa indah bagi nama-nama indah-Mu yang muncul dengan sempurna di negara kebahagiaan adalah kebenaran
67. Page
dan hakikat. Isyarat-isyarat mereka adalah betul dan tepat. Khabar-khabar gembira mereka adalah benar dan kenyataan.
Dengan mengimani bahawa hakikat terbesar Hasyir ini adalah sinaran paling besar bagi nama al-Haq-Mu yang merupakan tempat rujuk, mentari dan pelindung bagi semua hakikat, lalu dengan perintah-Mu, mereka mendidik hamba-hamba-Mu dalam lingkungan kebenaran dan mengajarkannya sebagai hakikat sebenar.
Ya Rabb! Demi kebenaran dan kehormatan ajaran dan didikan mereka ini, kurniakanlah iman yang paling sempurna dan husnul khatimah kepada kami dan kepada murid-murid Risalah An-Nur. Jadikanlah kami orang yang mendapat syafaat mereka! Amin...
Malah, semua dalil dan hujah yang mengisbatkan kebenaran al-Quran, bahkan semua kitab samawi, semua mukjizat dan bukti yang mengisbatkan kenabian Habibullah bahkan semua anbiya’ turut mengisyaratkan kepada kewujudan akhirat yang merupakan dakwaan mereka yang paling besar. Begitulah juga kebanyakan dalil dan hujah yang menjadi saksi kepada kewujudan Wajibul Wujud dan keesaan-Nya turut menjadi saksi kepada kewujudan dan pembukaan negara kebahagiaan dan alam baqa’ yang menjadi tempat berlaku dan terzahirnya rububiyyah dan uluhiyyah yang paling besar.
Ini kerana, ia adalah seperti mana yang akan diterangkan dan dibuktikan dalam bahagian-bahagian yang akan datang. Sesungguhnya kewujudan Dzat al-Wajibul Wujud, semua sifat-Nya, kebanyakan nama serta sifat-sifat-Nya seperti rububiyyah, uluhiyyah, rahmat, ‘inayah, hikmah dan keadilan serta urusan-urusan-Nya akan menjadikan akhirat sebagai keperluan, menghendaki alam baqa’ sebagai kewajiban serta mengingini Hasyir dan Nasyir (kebangkitan dan pengumpulan) untuk ganjaran dan balasan sebagai kemestian.
Ya, memandangkan Allah yang azali dan abadi itu ada, sudah tentu akhirat yang menjadi pusat kerajaan uluhiyyah-Nya yang sarmadi juga sudah pasti ada. Memandangkan ada dan kelihatan satu rububiyyah mutlak yang sangat hebat, berhikmah dan pengasih pada alam dan makhluk-makhluk bernyawa ini, sudah tentu akan terdapat sebuah negara kebahagiaan abadi yang menyelamatkan kehebatan rububiyyah itu daripada kejatuhan, kebijaksanaan-Nya daripada kesia-siaan dan sifat kasih-Nya daripada kekejaman dan negara itu pasti akan dimasuki.
Memandangkan segala pemberian nikmat, ihsan, kebaikan, kepemurahan, ‘inayah dan rahmat yang tidak terhitung dan dilihat dengan mata ini menunjukkan kepada akal-akal yang belum terpadam dan hati-hati yang belum mati bahawa Dzat ar-Rahmanur Rahim wujud di sebalik tabir ghaib, sudah tentu akan ada dan berlaku kehidupan baqa’ di sebuah alam baqa’ yang menyelamatkan
68. Page
pemberian nikmat daripada penghinaan, menyelamatkan kurniaan daripada tipu daya, menyelamatkan ‘inayah daripada permusuhan, menyelamatkan rahmat daripada azab, menyelamatkan kebaikan dan kepemurahan daripada pengkhianatan serta menjadikan ihsan itu ihsan (betul-betul ihsan) dan nikmat itu nikmat.
Memandangkan di hadapan mata kita, sebatang pena qudrat yang menulis seratus ribu kitab tanpa kesilapan di halaman sempit muka bumi pada musim bunga sedang menulis tanpa penat; memandangkan Pemilik pena itu telah bersumpah dan berjanji seratus ribu kali bahawa “Aku akan menulis sebuah kitab yang cantik dan abadi di sebuah tempat yang luas dan lebih senang berbanding kitab musim bunga yang ditulis di tempat sempit yang bercampur aduk dalam satu sama lain ini dan akan membacakannya kepada kalian,” Dia bicarakan tentang kitab itu dalam semua firman-Nya. Sudah tentu dan semestinya asal kitab itu telah ditulis, nota-nota kakinya melalui Hasyir dan Nasyir akan ditulis juga dan buku amalan semua orang akan dicatatkan di dalamnya.
Memandangkan bumi ini dari segi mempunyai makhluk yang banyak dan dari segi menjadi sebagai tempat tinggal, tempat tumbuh, kilang, tempat pameran dan tempat perhimpunan bagi seratus ribu jenis aneka benda hidup dan bernyawa yang sentiasa bertukar lalu menjadi hati, markas, intisari, natijah dan sebab penciptaan bagi alam ini maka bumi ini mempunyai kepentingan yang amat tinggi sehingga disamakan dengan langit yang luas di sebalik kekerdilannya dan dalam firman-firman samawi sentiasa disebutkan رَبُّ السَّمٰوَاتِ وَ الْاَرْضِ...
Memandangkan ada bani Adam yang menguasai semua penjuru bumi yang dalam keadaan tersebut, menguruskan kebanyakan makhluknya, menguasai kebanyakan benda-benda hidup dunia lalu mengumpulkannya di sekelilingnya, mengatur, mempamer dan menghias kebanyakan ciptaan berseni dengan kejuruteraan keinginannya dan mengikut undang-undang keperluan sendiri secara sangat cantik dan mengumpulkan lalu menghias jenis-jenisnya yang sangat antik di suatu tempat seperti suatu senarai sehingga mendapat kepentingan dan penghargaan yang amat besar dengan cara menarik perhatian, pujian bukan sahaja oleh insan dan jin bahkan penduduk langit dan pandangan baik Pemilik alam semesta serta bersama kemuliaan ini menunjukkan bahawa dia adalah hikmah penciptaan, natijah yang besar, buah yang berharga dan khalifah alam semesta ini melalui ilmu-ilmu dan keseniannya, kerana telah mempamer dan mengatur hasil-hasil seni as-Sani’ alam ini yang bermukjizat dari segi dunia dengan sangat baik, tetapi ditinggalkan di dunia ini, ditangguhkan azabnya dan dilambatkan kerana tugasnya ini lalu mendapat keberhasilan bersama dengan keingkaran dan
69. Page
kekufurannya...
Memandangkan al-Mutasarrif yang sangat gagah, bijaksana dan pengasih menjadikan bumi yang besar sebagai sebuah gudang bagi setiap jenis sumber galian yang diperlukan bangsa manusia itu, gedung bagi setiap jenis makanan dan sebuah kedai bagi setiap jenis harta yang disukai bangsa manusia yang mana semua ini mengatasi segala kekuatan dan pilihannya walaupun bani Adam yang dalam keadaan ini adalah sangat daif dan lemah dari segi tabiat dan penciptaannya dan bersama dengan kelemahan dan kefakirannya yang bersangatan mempunyai keperluan dan kesakitan yang tidak berkesudahan adalah wujud serta melihat dan memelihara bangsa manusia seperti ini dan memberikan apa yang dia ingini...
Memandangkan Rabb dalam hakikat ini mengasihi manusia dan menyebabkan manusia mengasihi-Nya, bersifat baqa’ serta memiliki alam-alam-Nya yang kekal, dan melakukan setiap kerja dengan keadilan dan membuat semua benda dengan bijaksana...
Memandangkan kehebatan kerajaan dan kesarmadian penguasaan al-Hakimul Azali itu tidak akan muat dalam kehidupan duniawi yang pendek, dalam umur manusia yang sangat singkat di muka bumi yang sementara dan fana ini...
Memandangkan kezaliman dan penderhakaan mereka yang sangat besar yang menafikan dan menyalahi peraturan alam semesta, keadilan, keseimbangan dan keindahannya dan pengkhianatan, keingkaran dan kekufuran mereka di dunia ini terhadap Pemberi nikmat dan yang memeliharanya dengan kasih sayang yang berlaku dalam bangsa manusia kekal tanpa balasan, lalu si zalim yang kejam, meneruskan hidupnya dengan ketenangan manakala orang yang dizalimi menempuh kehidupannya dalam kepayahan sedangkan fitrah keadilan mutlak yang dapat dilihat kesan-kesannya di seluruh alam sangat menentang, tidak dapat menerima dan tidak membenarkan persamaan antara kematian orang-orang zalim yang kejam dengan orang-orang dizalimi dan yang putus harapan dengan cara tidak akan dibangkitan lagi...
Memandangkan sebagaimana Pemilik alam semesta telah memilih bumi daripada alam semesta dan bangsa manusia daripada bumi dan telah memberikannya kedudukan dan keutamaan yang sangat besar; malah Dia telah memilih para anbia’, awliya’ dan asfiya’ daripada bangsa manusia juga merupakan insan-insan sebenar yang bertepatan dengan maqasid (tujuan-tujuan) rububiyyah-Nya dan mencintakan diri mereka sendiri kepada-Nya dengan keimanan dan penyerahan lalu dengan menjadikan mereka teman rapat dan mukhatab kepada-Nya, maka Dia mengurniakan mereka dengan mukjizat dan kejayaan dan mengazab musuh-musuh mereka dengan tamparan-tamparan
70. Page
samawi; Dia memilih Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam daripada pendamping-pendamping-Nya yang bernilai dan dikasihi ini juga yang merupakan imam dan kebanggaan mereka lalu Dia menerangi separuh bebola bumi dan seperlima bangsa manusia yang penting dengan cahayanya dalam abad-abad yang panjang. seolah-olahnya alam ini dicipta untuknya; maka semua tujuan-Nya terzahir melalui baginda, agama dan al-Qurannya; walaupun baginda berhak dan layak untuk mengambil bayaran-bayaran perkhidmatan yang tidak terbatas dalam masa yang tidak terbatas yang sangat bernilai dan sehingga tahap boleh hidup jutaan tahun itu, namun baginda telah diberikan satu umur yang amat pendek sekadar enam puluh tiga tahun dalam kesusahan dan mujahadah yang amat banyak...
Agaknya adakah terdapat apa-apa kemungkinan, kebarangkalian dan kebolehan dari mana-mana sudut sehingga baginda tidak dibangkitkan bersama-sama dengan semua insan sepertinya dan sahabat-sahabatnya dan sekarang pula tidak bernyawa dan hidup secara roh? Mungkinkah mereka dihapuskan dengan penghapusan abadi? Tidak, seratus ribu kali Tidak dan mustahil!
Ya, seluruh alam semesta dan hakikat alam, mendakwa kebangkitannya dan meminta kehidupannya daripada Pemilik alam semesta.
Tiga puluh tiga ijma’ agung yang setiap satunya sekuat sebuah gunung dalam Ayatul Kubra yang merupakan Sinaran Ketujuh telah mengisbatkan bahawa alam semesta ini telah lahir daripada satu tangan dan ia adalah milik Dzat yang esa dan mereka telah menunjukkan wahdah dan keesaan-Nya yang menjadi punca kesempurnaan Ilahiyyah dengan jelas, Melalui wahdah dan keesaan, seluruh alam semesta menjadi tentera-tentera yang taat dan petugas-petugas yang patuh bagi Dzat al-Wahid itu.
Melalui kedatangan akhirat, terselamat dan sucilah kesempurnaan-Nya daripada kejatuhan, keadilan mutlak-Nya daripada kekejaman mutlak yang tercela, hikmah umum-Nya daripada kesia-siaan yang penuh kekejian, rahmat luas-Nya daripada penyeksaan yang penuh tipu daya dan kemuliaan qudrat-Nya daripada kelemahan yang penuh kehinaan.
Sudah tentu dan tanpa keraguan, dengan pewajaran hakikat-hakikat lapan ‘memandangkan’ daripada ratusan nuktah al-Imanu Billah ini, Qiamat akan berlaku, Hasyir dan Nasyir akan terjadi, negara balasan dan ganjaran akan dibuka. Supaya kepentingan dan kedudukan dunia yang telah disebutkan sebagai markas serta keutamaan dan nilai insan yang dapat dibuktikan; keadilan, hikmah, rahmat dan kerajaan al-Mutasarriful Hakim yang merupakan al-Khaliq dan Rabb dunia dan manusia yang disebutkan boleh dikukuhkan; para pendamping dan perindu sebenar Rabb al-Baqi yang telah disebutkan itu terselamat daripada penghapusan abadi; tokoh terbesar dan paling bernilai di kalangan para pendamping-Nya itu mendapat ganjaran bagi khidmat-khidmat sucinya yang menyebabkan seluruh alam gembira dan terhutang budi; dan supaya bersih, suci dan bebaslah kesempurnaan-Nya daripada kekurangan dan kecacatan, qudrat-Nya daripada kelemahan, hikmah-Nya daripada kebodohan dan keadilan-Nya daripada kezaliman.
Hasilnya: Memandangkan Allah ada, sudah tentu akhirat juga ada. Malah, tiga rukun iman tersebut menjadi saksi dan menunjukkan kepada Hasyir dengan semua dalil yang mengisbatkan mereka. Begitulah juga وَ بِمَلٰئِكَتِهِ وَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ مِنَ اللّٰهِ تَعَالَى yang merupakan dua rukun iman juga mewajarkan Hasyir lalu menyaksikan dan menunjukkan secara kuat kepada kewujudan alam baqa.
Sebagai contoh: Semua dalil dan penyaksian serta percakapan yang tidak terkira yang mengisbatkan kewujudan malaikat dan tugas-tugas ubudiyyah mereka turut menandakan kewujudan alam roh, alam ghaib, alam baqa’, alam akhirat, negara kebahagiaan yang pada masa depan akan dimeriahkan dengan jin dan manusia serta syurga dan neraka.
Ini kerana para malaikat boleh melihat dan memasuki alam-alam ini dengan izin Allah dan semua malaikat al-Muqarrabin yang berjumpa dengan manusia, seperti Jibril ‘Alaihis Salam,
71. Page
memberitahu tentang kewujudan alam-alam yang disebutkan serta tentang perjalanan mereka di alam-alam tersebut secara sepakat. Sebagaimana kita tahu dengan yakin tentang kewujudan benua Amerika yang belum pernah kita lihat melalui perkhabaran orang yang datang dari sana, maka sepasti itulah kita perlu beriman kepada kewujudan alam baqa, alam Akhirat dan syurga serta neraka melalui perkhabaran malaikat yang ibarat seratus tawatur dan begitulah kita beriman.
Malah semua dalil yang mengisbatkan rukun beriman dengan qadha’ dan qadar dalam Risalah Taqdir yang merupakan Kalimah Kedua Puluh Enam secara tidak langsung mengisyaratkan Hasyir, penyebaran suhuf amalan dan penimbangan amalan di Mizanul Akbar (neraca terbesar).
Ini kerana mencatat taqdir bagi setiap benda pada papan catatan, nizam dan neraca di hadapan mata kita, menulis perjalanan hidup setiap yang memiliki kehidupan pada daya ingatan, dalam benih-benih mereka dan pada papan-papan catatan dan mencatit serta menyalin buku-buku catatan amalan bagi setiap yang bernyawa terutamanya manusia pada lauh-lauh yang terpelihara; sudah tentu satu taqdir yang luas, satu perkiraan yang sangat bijaksana, satu catatan yang sangat teliti dan satu tulisan yang sangat memelihara sebegitu pastinya hanya boleh berlaku untuk ganjaran dan balasan yang berterusan pada penghujung perbicaraan yang menyeluruh di mahkamah tertinggi.
Jika tidak, semua catatan dan pemeliharaan yang luas dan sangat teliti itu, akan menjadi tidak bermakna dan tiada faedah serta berlawanan dengan hikmah dan hakikat. Jika sekiranya Hasyir tidak datang, nescaya semua makna yang pasti bagi kitab alam semesta ini yang ditulis dengan pena taqdir akan rosak, sedangkan perkara ini adalah mustahil dari segenap sudut dan kebarangkalian itu menjadi mustahil sebagaimana mustahilnya mengingkari kewujudan alam ini bahkan menjadi sesuatu yang mengarut.
Kesimpulan: Lima rukun iman, melalui semua dalilnya, sentiasa menunjukkan dan mengingini serta menyaksikan dan menuntut kejadian serta kewujudan Hasyir dan Nasyir serta kewujudan dan pembukaan alam akhirat. Ini kerana terdapat tiang-tiang dan bukti-bukti yang besar dan kukuh dan benar-benar sesuai dengan keagungan hakikat Hasyir. Maka hampir satu pertiga al-Quran Mu’jizul Bayan mengandungi Hasyir dan akhirat. Al-Quran menjadikannya sebagai batu asas dan landasan utama kepada semua hakikatnya dan membina semua benda di atasnya.
Mukadimah berakhir di sini.
Said Nursi
72. Page
Bahagian Kedua bagi Tambahan
Maqam ini ialah maqam pertama daripada sembilan maqam tentang sembilan peringkat bukti-bukti Hasyir yang telah dinyatakan secara bermukjizat dalam ayat berikut yang sebelum ini telah disebutkan pada permulaan:
Maqam Pertama
فَسُبْحَانَ اللّٰهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَعَشِيَّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ *
يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذٰلِكَ تُخْرَجُونَ *
Bukti yang jelas dan hujah yang muktamad tentang firman Allah mengenai Hasyir yang terdapat dalam ayat di atas akan dihuraikan di maqam ini. Insya-Allah. (28)
Telah diterangkan dalam ‘Keistimewaan Kedua Puluh Empat bagi Kehidupan’ bahawa kehidupan memandang kepada enam rukun iman dan mengisbatkannya. Ia memberi banyak isyarat kepada perlakuannya. Ya, memandangkan natijah, intipati dan hikmah penciptaan yang paling penting bagi alam semesta ini ialah kehidupan, sudah tentu hakikat yang tinggi itu tidak hanya terbatas kepada kehidupan duniawi yang fana, amat pendek, kurang dan menyakitkan ini.
Bahkan, tujuan dan natijah pohon kehidupan yang keagungan fitrahnya difahami dengan dua puluh sembilan keistimewaan kehidupan dan buah yang layak kepada keagungan pohon itu ialah kehidupan abadi dan kehidupan akhirat dan kehidupan di negara kebahagiaan yang bernyawa bersama dengan batu, pokok dan tanahnya.
Jika tidak, sepatutnya bagi makhluk yang berakal khususnya bagi manusia, pohon kehidupan yang dilengkapi peralatan penting yang tidak terkira ini tidak berbuah, tiada faedah dan tidak benar. Maka manusia yang merupakan makhluk paling penting, paling tinggi dan paling utama bagi alam semesta dan makhluk bernyawa ini yang berdasarkan modal dan kelengkapan - sebagai contoh - adalah lebih tinggi dua puluh tahap berbanding burung pipit, dalam sudut kebahagiaan kehidupan akan jatuh dua puluh tahap lebih rendah daripada burung pipit lalu
73. Page
menjadi si buntu yang paling malang dan paling hina.
Malah, akal yang merupakan nikmat yang paling berharga juga akan berterusan menyakiti hati manusia dengan memikirkan kesedihan masa silam dan ketakutan masa hadapan lantas menjadi bala paling teruk kerana mencampurkan satu kelazatan dengan sembilan kesakitan. Ini pula adalah batil seratus kali ganda. Maknanya, kehidupan duniawi ini mengisbatkan rukun beriman kepada akhirat dengan pasti dan ia menunjukkan lebih daripada tiga ratus ribu contoh Hasyir pada setiap musim bunga di hadapan mata kita.
Agaknya mungkinkah sama sekali bahawa al-Mutasarrif al-Qadir yang menyediakan semua keperluan dan peralatan yang diperlukan dan sesuai dengan kehidupanmu pada tubuh badan, taman dan tanah airmu dengan hikmah, ‘inayah dan rahmat dan menyampaikannya pada waktu yang sesuai, hatta mengetahui dan mendengar doa meminta rezeki yang khusus dan terperinci yang dibuat oleh perutmu dengan keinginan baqa’ dan hidup, menunjukan penerimaan doa tersebut melalui makanan-makanan lazat yang tidak terkira dan menggembirakan perut tersebut tidak mengetahui dan melihatmu dan tidak menyediakan sebab-sebab yang diperlukan untuk kehidupan abadi yang merupakan tujuan paling besar bagi bangsa manusia?
Mungkinkah Dia tidak menerima doa kebaqaan manusia yang merupakan perkara yang paling besar, penting, sesuai dan umum, dengan membina kehidupan akhirat dan dengan mewujudkan syurga?
Mungkinkah Dia tidak mendengar doa yang umum dan amat kuat yang menggemakan segenap muka bumi dan langit (yang dilakukan) oleh manusia yang merupakan makhluk terpenting alam semesta, bahkan raja dan natijah muka bumi lalu tidak mementingkannya sepertimana Dia mementingkan dan menggembirakan perut yang kecil?
Mungkinkah Dia menjadikan manusia mengingkari kesempurnaan hikmah dan rahmat-Nya yang melimpah? Tidak, seratus ribu kali tidak!
Malah, adakah dapat diterima sama sekali bahawa Dia mendengar suara yang sangat halus bagi suatu hidupan yang paling kecil, mendengar masalahnya, memberi penawar, menerima rayuannya dan memeliharanya dengan kesempurnaan perhatian dan pengutamaan, menjadikan hidupan itu berkhidmat dengan tekun kepada-Nya dan menjadikan makhluk-makhluk-Nya yang besar berkhidmat kepadanya namun kemudian Dia tidak mendengar suara yang lantang seperti guruh bagi suatu kehidupan yang paling besar, berharga, kekal dan manja? Tidak mempedulikan doa kebaqaan, kemanjaan dan rayuannya yang sangat penting?
74. Page
Seolah-olah Dia menyedia dan menguruskan seorang tentera dengan kesempurnaan perhatian tetapi langsung tidak memandang pasukan tentera yang taat dan hebat. Dia melihat zarah tetapi tidak melihat matahari. Dia mendengar bunyi nyamuk tetapi tidak mendengar bunyi guruh. Tidak, seratus ribu kali tidak!
Malah adakah akal boleh menerima daripada mana-mana sudut bahawa Dzat al-Qadirul Hakim yang sangat penyayang, pengasih, pembelas dan sangat menyukai hasil seni-Nya sendiri dan mencintakan diri-Nya dan lebih mencintai mereka yang mencintai-Nya, akan menghapuskan kehidupan dan roh yang merupakan inti dan permata kehidupan yang paling banyak mencintai diri-Nya, yang menarik serta dicintai dan yang secara fitrah memuja as-Sani’ dengan kematian abadi; lalu menyebabkan pencinta dan kekasih-Nya yang tercinta itu merajuk, sakit hati daripada diri-Nya sendiri buat selama-lamanya dan mengingkari dan menyebabkan yang lain mengingkari rahsia rahmat-Nya serta cahaya kasih-Nya dengan menyakitinya dengan parah? Tidak, seratus ribu kali tidak!
Keindahan mutlak yang menghiasi alam semesta ini dengan tajallinya dan rahmat mutlak yang menggembirakan semua makhluk, tentunya adalah tersangat bersih dan suci daripada kejelikan yang tidak berpenghujung dan keburukan mutlak serta daripada kezaliman mutlak dan kekejaman sebegini.
Natijah: Memandangkan terdapat kehidupan di dunia, sudah tentu mereka yang memahami rahsia kehidupan dan tidak menyalahgunakan kehidupan daripada kalangan manusia, akan mendapat kehidupan abadi di negara baqa’ dan syurga yang abadi. Amanna (Kami percaya).
Malah sinaran benda-benda yang berkilau yang terdapat di muka bumi akibat pantulan matahari dan kerlipan buih-buih kecil di permukaan laut hasil kilauan cahaya, tugas menjadi cerminan kepada buih-buih dan mentari-mentari khayalan yang datang selepas mereka dengan jelas menunjukkan bahawa kilauan-kilauan itu adalah pemantulan matahari yang tinggi. Itu semua mengingatkan tentang kewujudan matahari dengan pelbagai bahasa dan mengisyaratkan kepadanya dengan jari-jari cahayanya.
Sama seperti itu juga, melalui tajalli agung nama al-Muhyi bagi Dzat al-Hayyul Qayyum, sinaran benda-benda hidup di atas daratan dan dalam lautan dan ucapan “Ya Hayy” serta persembunyian mereka di sebalik tabir ghaib untuk memberi tempat kepada mereka yang datang sesudah mereka melalui qudrat Ilahi mereka menjadi saksi dan mengisyaratkan kepada kehidupan dan kewajipan kewujudan Dzat al-Hayyul Qayyum yang merupakan pemilik kehidupan yang sarmadi.
75. Page
Begitulah juga semua dalil yang menjadi saksi kepada ilmu Ilahi yang mana kesannya kelihatan pada penyusunan semua maujudat, semua bukti yang mengisbatkan kuasa yang menguruskan alam semesta, semua hujah yang mengisbatkan iradah dan kehendak yang menjadi penguasa dalam penyusunan dan pengurusan alam semesta, dan semua alamat dan mukjizat yang mengisbatkan risalah-risalah (kerasulan) yang menjadi wasilah kalam Rabbani dan wahyu Ilahi dan sebagainya. Sesungguhnya semua dalil yang menjadi saksi kepada tujuh sifat ilahi, secara sepakat menunjuk, menjadi saksi dan tanda kepada kehidupan Dzat al-Hayyul Qayyum.
Ini kerana sekiranya ada penglihatan pada sesuatu benda, maka tentulah kehidupannya juga ada. Jika ada pendengaran, itu adalah tanda kehidupan. Jika ada percakapan, ia mengisyaratkan kepada kewujudan kehidupan. Jika ada ikhtiar dan iradah, ia memperlihatkan kehidupan.
Begitu juga melalui semua dalil bagi sifat-sifat seperti qudrat mutlak, kehendak yang syumul dan ilmu yang meluas yang kewujudannya adalah pasti dan jelas melalui kesan-kesannya di alam semesta ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kewajipan wujud dzat al-Hayyul Qayyum.
Mereka juga menjadi saksi kepada kehidupan sarmadi-Nya yang menerangi seluruh alam semesta dengan satu bayangan-Nya dan menghidupkan keseluruhan darul akhirat bersekali dengan zarah-zarahnya dengan satu jelmaan-Nya.
Malah, kehidupan turut berkaitan dengan rukun keimanan kepada malaikat dan mengisbatkannya secara tidak langsung. Ini kerana memandangkan tujuan paling penting di alam semesta ini ialah kehidupan dan makhluk-makhluk bernyawa ialah ciptaan yang paling banyak membiak, kerana kebernilaiannya, maka naskhahnya diperbanyak dan makhluk bernyawalah yang memeriahkan rumah pertamuan dunia dengan kafilah-kafilahnya yang datang dan pergi; memandangkan bebola bumi telah penuh dengan jenis-jenis benda hidup sebanyak ini serta sentiasa dipenuhi dan dikosongkan kerana hikmah memperbaharu dan memperbanyak jenis-jenis benda hidup secara berterusan dan dengan diciptakan benda-benda hidup dengan banyak dalam benda-bendanya yang paling remeh dan telah reput juga ia menjadi tempat perhimpunan (mahsyar) haiwan-haiwan kecil; dan memandangkan kefahaman dan akal yang merupakan intisari yang paling murni yang telah ditapis bagi kehidupan dan roh yang merupakan jauhar yang paling halus dan kukuh dijadikan secara sangat banyak di bumi ini, lalu bumi ini seolah-olah dihidupkan dengan kehidupan, akal, kefahaman dan roh serta dimeriahkan begitu, maka sudah tentu, tidak mungkin jirim-jirim langit (planet) yang lebih latif, lebih bercahaya, lebih besar dan lebih penting terbiar mati, tidak bernyawa dan tiada kefahaman.
76. Page
Maknanya, dengan rahsia kehidupan, sudah tentu terdapat pemilik perasaan dan kehidupan serta penghuni-penghuni yang sesuai dengan langit yang akan memeriahkan langit, matahari dan bebintang, yang akan memberikan keadaan hidup dan memperlihatkan natijah penciptaan langit dan menjadi tempat khitabah Subhaniyyah; maka mereka itu ialah para malaikat.
Malah rahsia perihal kehidupan berkaitan dengan rukun keimanan kepada para rasul dan membuktikannya secara tidak langsung. Ya, alam semesta telah diciptakan untuk kehidupan dan kehidupan pula adalah jelmaan teragung, ukiran paling sempurna dan kesenian paling indah bagi al-Hayyul Qayyumul Azali. Kehidupan sarmadi pula menunjukkan dirinya dengan pengutusan para rasul dan penurunan kitab-kitab. Ya, sekiranya kitab-kitab dan para rasul tiada, kehidupan azali itu juga tidak akan diketahui.
Melalui percakapan seorang manusia, dapat difahami bahawa dia hidup dan bernyawa. Begitulah juga para rasul dan kitab-kitab yang diturunkan. Merekalah yang akan memperlihatkan kalimah-kalimah dan ucapan-ucapan bagi Dzat yang bercakap, berkata, mengarah dan melarang dan berucap di sebalik alam ghaib yang berada di bawah tabir alam semesta ini.
Sudah tentu sepertimana kehidupan di alam semesta telah memberi penyaksian yang pasti kepada kewajipan wujudnya al-Hayyul Azali secara pasti dan akan sentiasa mengisbatkannya dengan isyarat, ia juga sentiasa berkait dengan rukun-rukun pengutusan Rasul dan penurunan kitab yang merupakan sinaran, tajalli dan hubungan bagi kehidupan azali itu. Lebih-lebih lagi risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan wahyu al-Quran adalah ibarat roh dan akal bagi kehidupan, maka boleh dikatakan bahawa kebenaran-kebenarannya adalah pasti seperti kewujudan kehidupan.
Ya, kehidupan adalah pati yang telah ditapis daripada alam semesta ini. Kesedaran dan perasaan pula ialah intipati kehidupan yang telah ditapis daripada kehidupan. Manakala akal merupakan intisari perasaan yang telah ditapis daripada kesedaran dan perasaan. Roh juga, ialah intipati yang suci dan murni bagi kehidupan serta dirinya yang tetap dan bebas.
Sama seperti itu, kehidupan maddi dan maknawi Nabi Muhammad juga adalah pati kepada pati yang telah ditapis daripada kehidupan dan roh alam semesta. Risalah Muhammad pula merupakan intisari paling suci yang telah ditapis daripada perasaan, kesedaran dan akal alam semesta.
Bahkan melalui penyaksian kesan-kesannya, kehidupan maddi dan maknawi Nabi Muhammad ialah nyawa bagi kehidupan alam semesta. Manakala risalah Muhammad ialah kesedaran dan nur bagi
77. Page
kesedaran alam semesta. Melalui penyaksian hakikat-hakikat yang hidup, wahyu al-Quran pula ialah roh bagi kehidupan alam semesta dan akal bagi perasaan alam semesta.
Ya, ya, ya. Ssekiranya nur risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar dan pergi daripada alam semesta, alam semesta akan mati. Sekiranya al-Quran pergi, alam semesta akan menjadi gila dan dunia akan hilang kepala dan akalnya. Bahkan kepalanya yang telah tiada akal akan berlanggar dengan mana-mana planet lantas kiamat akan berlaku.
Kehidupan juga berkait dengan rukun beriman dengan qadha’ dan qadar dan mengisbatkannya secara tidak langsung. Ini kerana kehidupan ialah sinaran bagi alam syahadah dan meliputinya, merupakan natijah dan tujuan bagi kewujudan, cermin yang paling syumul bagi al-Khaliq alam semesta dan contoh serta intisari yang paling sempurna bagi aktiviti-aktiviti Rabbaniyyah. Maka tidak salah untuk menyatakan bahawa ia bagaikan sejenis programnya.
Sudah tentu rahsia kehidupan mewajarkan makhluk-makhluk alam ghaib iaitu makhluk masa silam dan masa hadapan, makhluk yang telah pergi dan akan datang, berada dalam satu bentuk yang siaga untuk menjunjung susunan, peraturan, makluman, penyaksian, penetapan dan perintah-perintah penciptaan yang ibarat kehidupan maknawi.
Benih asal sebatang pokok dan akarnya serta benih-benihnya pada pucuk dan buah-buahnya juga memiliki sejenis kehidupan yang sama seperti pokok. Bahkan benih-benih itu mengandungi kanun kehidupan yang lebih halus daripada kanun-kanun kehidupan bagi pokok.
Malah sebagaimana benih-benih dan akar-akar musim luruh yang lalu telah ditinggalkan sebelum musim bunga kini, biji-biji dan akar-akar yang akan ditinggalkan oleh musim bunga ini pada musim-musim bunga akan datang selepas ia berlalu juga membawa jelmaan kehidupan seperti musim bunga ini dan mengikut undang-undang kehidupan. Sama seperti di atas, semua dahan serta ranting pohon alam semesta juga, setiap satunya juga memiliki masa lalu dan masa hadapannya yang tersendiri.
Terdapat satu rantaian yang terbentuk daripada hal dan keadaan yang telah berlalu dan yang akan datang. Hal yang berlainan dan kewujudan yang banyak bagi setiap jenis dan setiap juzuknya pada ilmu Ilahi, membentuk satu rantaian kewujudan ilmu dan kewujudan ilmu juga mengandungi satu jelmaan maknawi bagi kehidupan umum sepertimana kewujudan jasmani sehingga takdir-takdir kehidupan diambil daripada lauh-lauh takdir yang bermakna dan bernyawa itu.
Ya, penuhnya alam arwah yang merupakan sejenis alam ghaib dengan roh-roh yang merupakan punca, bahan, inti dan diri kehidupan, maka sudah
78. Page
tentu jenis lain bagi alam ghaib serta bahagian keduanya yang dikatakan masa lalu dan akan datang juga mengingini dan memerlukan tajalli kehidupan. Malah, penyusunan yang sempurna, keadaan mereka yang bermakna, buah-buah yang bernyawa dan rupa bentuknya pada kewujudan ilmu sesuatu benda, menunjukkan bahawa ia memiliki sejenis kehidupan maknawi.
Ya, jelmaan kehidupan seperti ini yang merupakan sinaran mentari kehidupan azali, sudah tentu tidak boleh menjadi khusus hanya kepada alam syahadah, zaman masakini dan kewujudan luaran ini. Bahkan setiap alam mengandungi jelmaan sinaran itu masing-masing berdasarkan kemampuannya dan alam semesta bersama seluruh alamnya adalah bernyawa dan bersinar dengan jelmaan itu. Jika tidak, sebagaimana yang dilihat melalui pandangan mereka yang sesat, tiap-tiap alam di bawah kehidupan yang sementara dan hanya secara zahir akan menjadi jenazah yang besar dan dahsyat serta alam keruntuhan yang gelap.
Justeru, satu wajah yang luas bagi rukun keimanan kepada qadha’ dan qadar juga difahami dan menjadi kukuh dengan rahsia kehidupan, iaitu sebagaimana kehidupan alam syahadah dan benda-benda yang sedia ada dilihat dengan penyusunan dan natijah-natijahnya.
Begitu juga, bagi makhluk-makhluk yang telah pergi dan akan datang yang dikira daripada alam ghaib juga secara maknawi terdapat kewujudan maknawi yang bernyawa dan ketetapan ilmu yang setiap satunya mempunyai roh sehingga melalui lauh qadha’ dan qadar, kesan kehidupan maknawi itu dapat dilihat dan muncul dengan nama yang telah ditakdirkan.
79. Page
Bahagian Ketiga bagi Tambahan
Satu soalan yang berkaitan dengan Hasyir: firman Allah اِنْ كَانَتْ اِلاَّ صَيْحَةً وَاحِدَةً dan وَمَا اَمْرُ السَّاعَةِ اِلاَّ كَلَمْحِ الْبَصَرِ yang berulang-ulang dalam al-Quran menunjukkan bahawa Hasyir yang agung berlaku dalam satu detik secara sekelip mata. Akal yang sempit pula inginkan satu contoh yang boleh disaksikan supaya ia boleh menerima masalah yang terlalu luar biasa dan tiada bandingan ini dengan kefahaman yang yakin.
Jawapan: Dalam persoalan Hasyir terdapat kepulangan roh ke tubuh penghidupan tubuh dan pembinaannya. Maka ia adalah tiga perkara.
Perkara Pertama: Perumpamaan bagi kedatangan roh kepada tubuh ialah perhimpunan semula anggota-anggota pasukan tentera yang sangat tersusun ketika mereka telah bersurai untuk berehat melalui satu bunyi semboyan yang lantang. Ya, sepertimana sangkakala Israfil yang merupakan semboyannya adalah lebih hebat daripada semboyan tentera, roh-roh yang mendengar ucapan اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ yang datang dari sisi keazalian dan menjawab dengan قَالُوا بَلَى semasa di sisi keabadian dan di alam zarah, semestinya adalah ribuan kali lebih patuh, tersusun dan taat berbanding anggota-anggota tentera. Menerusi dalil-dalil yang pasti, Kalimah Ketiga Puluh telah mengisbatkan bahawa bukan roh sahaja, bahkan seluruh zarah juga adalah pasukan tentera as-Subhan dan askar-askar-Nya yang taat.
Perkara Kedua: Contoh kepada penghidupan semula tubuh badan adalah sebagaimana menghidupkan dan menyalakan seratus ribu lampu elektrik dari sebuah pusat pencawang pada malam perayaan dan di sebuah bandar yang besar bagaikan sekelip mata secara tiba-tiba adalah mungkin, maka memberikan cahaya kepada seratus juta lampu di atas muka bumi daripada satu pusat juga adalah begitu.
Memandangkan makhluk Allah yang seperti elektrik, petugas dan pemberi cahaya di rumah tamu-Nya memperoleh keadaan ini menerusi panduan pendidikan dan penyusunan yang diperoleh daripada al-Khaliq-nya, maka dalam lingkungan undang-undang hikmah Ilahi yang tersusun yang digambarkan oleh ribuan petugas nurani-Nya yang seperti elektrik, sudah tentu Hasyir yang agung juga boleh terjadi dalam sekelip mata.
Perkara Ketiga: Contoh bagi pembinaan tubuh badan secara tiba-tiba: (Perhatikanlah kepada) Penumbuhan semua dedaun bagi segala pokok yang seribu kali lebih banyak daripada jumlah bangsa
80. Page
manusia secara sempurna dan tiba-tiba sama seperti musim bunga sebelumnya dalam tempoh beberapa hari dalam musim bunga; pewujudan semua bunga, buah dan daun bagi semua pokok seperti hasil musim bunga yang lepas secepat kilat; pembangkitan, pengembangan dan penghidupan tunas-tunas kecil, benih-benih dan akar-akar yang tidak terbatas dan merupakan permulaan musim bunga itu secara serentak bersama-sama; penzahiran dan penyebaran keadaan “al-ba’su ba’dal maut” (kebangkitan selepas mati) pada jenazah-jenazah semua pokok seperti mayat berdiri yang terdiri daripada tulang-tulang dengan satu perintah secara tiba-tiba; penghidupan kelompok-kelompok haiwan kecil yang tidak terkira secara sangat berseni; lebih-lebih lagi hasyir atau kebangkitan kabilah-kabilah lalat yang mengingatkan kita tentang wudhuk dan kebersihan dengan sentiasa membersihkan muka, mata dan sayapnya serta membelai wajah kita di hadapan mata kita, terutamanya bilangan gerombolan ahli kabilahnya yang dihantar dalam satu tahun adalah lebih banyak daripada golongan bani Adam yang datang semenjak zaman Nabi Adam; pembinaan, penghidupan dan kebangkitan mereka bersama dengan kumpulan kabilah yang lain dalam tempoh beberapa hari pada setiap musim bunga.
Sudah tentu semua ini bukanlah satu perumpamaan bahkan ribuan perumpamaan tentang pembinaan jasad manusia di Hari Qiamat.
Ya, oleh sebab dunia ialah negara hikmah dan akhirat negara qudrat, maka pewujudan benda-benda di dunia secara berperingkat-peringkat dan masa demi masa telah menjadi kewajipan bagi hikmah Rabbaniyyah. Ini kerana banyak nama seperti al-Hakim, al-Murattib, al-Mudabbir dan al-Murabbi adalah diperlukan di dunia.
Manakala di akhirat, untuk menzahirkan lebih banyak qudrat dan rahmat berbanding dengan hikmah, maka benda-benda dibuat dalam satu detik secara tiba-tiba tanpa berhajat kepada bahan, tempoh, masa dan penantian.
Al-Quran Mu’jizul Bayan menyatakan bahawa وَمَا اَمْرُ السَّاعَةِ اِلاَّ كَلَمْحِ الْبَصَرِ اَوْ هُوَ اَقْرَبُ sebagai isyarat kepada urusan-urusan yang dilakukan dalam sehari dan setahun di sini, dibina di akhirat dalam satu detik dan sekelip mata.
Sekiranya engkau ingin memahami kedatangan Hasyir seperti kedatangan musim bunga yang akan datang secara pasti, sila pandang dan lihat dengan teliti kepada Kalimah Kesepuluh dan Kedua Puluh Sembilan yang berkaitan dengan Hasyir.
Jika engkau tidak mempercayainya seperti kedatangan musim bunga, marilah cucuk jarimu ke dalam mataku.
81. Page
Perkara Keempat: (Ini merupakan tambahan): Perumpamaan bagi kematian dunia dan kejadian qiamat pula ialah: Dengan perintah Allah, rumah kita ini akan musnah dalam satu detik apabila sebuah komet atau sebutir bintang berekor menghentam bumi dan rumah pertamuan kita. Ia adalah seperti keruntuhan sebuah istana yang dibina dalam masa sepuluh tahun dalam tempoh satu minit.
82. Page
Bahagian Keempat bagi Tambahan
قَالَ مَنْ يُحْيِى الْعِظَامَ وَهِىَ رَمِيمٌ
قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِى اَنْشَاَهَا اَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Yakni, manusia berkata: “Siapakah yang akan menghidupkan tulang-tulang yang telah reput?” Katakanlah: “Sesiapa yang membina dan menghidupkannya pada permulaan, dialah yang akan menghidupkannya semula.”
Seperti yang telah digambarkan dalam perumpamaan ketiga bagi Hakikat Kesembilan dalam Kalimah Kesepuluh: Pada suatu hari, di hadapan mata kita, seseorang telah membentuk semula sepasukan tentera yang besar. Kemudian jika seseorang berkata: Orang itu mampu mengumpul batalion tentera yang anggota-anggotanya telah bersurai untuk berehat dengan satu bunyi semboyan. Dia boleh memasukkan mereka ke bawah peraturan perbarisan. Wahai manusia, jika engkau berkata: “Aku tidak percaya”, maka engkau tentu faham bahawa itu adalah penafian yang sangat tidak waras.
Sama seperti itu, Dzat al-Qadir dan al-‘Alim mengikat dan menempatkan zarah dan perasaan halus bagi jasad-jasad seumpama batalion bagi semua binatang dan makhluk-makhluk lain yang memiliki kehidupan seperti tentera dengan peraturan yang sempurna dan neraca hikmah dengan perintah كن فيكون dan mewujudkan ratusan ribu jenis dan kumpulan benda hidup umpama pasukan tentera di atas muka bumi daripada tiada dan buat kali kedua, pada setiap kurun hatta pada setiap musim bunga.
Maka bolehkah dipersoalkan tentang bagaimanakah Dia boleh mengumpul zarah-zarah asas dan bahagian-bahagian asal yang mengenali satu sama lain dengan kemasukan ke bawah satu peraturan tubuh yang seumpama batalion melalui satu bunyi iaitu semboyan sangkakala Israfil dalam bentuk istib‘ad (melihat jauh daripada akal)? Jika dikatakan begitu, ia adalah satu kegilaan yang bodoh.
Kadang-kadang al-Quran menyebut tentang perbuatan yang ajaib bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala di dunia sebagai persiapan untuk menjadikan hati menerima perbuatan-Nya yang luar biasa di akhirat dan dalam bentuk persediaan untuk mempersiapkan akal kepada pembenarannya. Ataupun al-Quran menyebut tentang perbuatan ajaib bagi Allah yang berkait dengan masa depan dan ukhrawi dalam bentuk yang meyakinkan kita kepada mereka dengan bandingan yang banyak bagi apa yang kita saksikan. Sebagai contoh:
اَوَ لَمْ يَرَ الْاِنْسَانُ اَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَاِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ sehingga ke akhir surah.
Justeru, untuk mengisbatkan Hasyir, dalam perbahasan ini, pada masalah Hasyir, al-Quranul Hakim mengisbatkannya dengan tujuh atau lapan bentuk secara berlainan.
83. Page
Mula-mula, ia mengarahkan perhatian manusia kepada penciptaan pertama. Ia berkata: “Kalian melihat penciptaan kalian yang bermula daripada ‘nutfah’ kepada ‘‘alaqah’, daripada ‘‘alaqah’ kepada ‘mudghah’, daripada ‘mudghah’ sehingga kepada penciptaan manusia, maka bagaimanakah kalian boleh mengingkari penciptaan kali kedua? Ia adalah sama dengannya bahkan lebih mudah.”
Malah melalui kalimah اَلَّذِى جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْاَخْضَرِ نَارًا, Allah Subhanahu wa Ta’ala menunjukkan kurniaan agung yang telah diberikan oleh-Nya kepada manusia lalu berkata: “Dzat yang memberikan nikmat begini kepada kalian tidak akan membiarkan kalian tanpa tujuan. Kalian tidak akan memasuki kubur lalu berbaring tanpa dibangunkan kembali.”
Malah Dia berkata secara tidak langsung: “Kalian selalu melihat penghidupan dan penghijauan semula pohon-pohon yang telah mati. Namun oleh sebab kalian tidak dapat membandingkan kehidupan tulang-tulang sepertimana batang kayu, maka kalian melihatnya jauh daripada akal.”
Malah, adakah Pencipta langit dan bumi tidak berupaya untuk menghidupkan dan mematikan manusia yang merupakan buah bagi langit dan bumi? Adakah Pengurus pohon yang besar tidak mementingkan buah pohon itu lalu menjadikannya milik orang lain? Adakah kalian menyangka bahawa Dia menjadikan pohon penciptaan yang bersama semua bahagiannya telah diadun dengan hikmah sebagai sia-sia dan tiada maknanya dengan mengabaikan semua natijah bagi pohon tersebut?
Dia berkata: “Dzat yang akan menghidupkan kalian di Hari Hasyir nanti ialah Dzat yang seluruh alam semesta adalah ibarat askar yang patuh kepada-Nya. Mereka tunduk di hadapan perintah كن فيكون dengan penuh ketaatan.
Bagi-Nya mencipta sebuah musim bunga adalah semudah mencipta sekuntum bunga. Dia ialah Dzat yang bagi qudrat-Nya, mewujudkan semua binatang adalah semudah mewujudkan seekor lalat. Sesungguhnya qudrat bagi Dzat yang sebegitu tidak akan tercabar dengan pelemahan melalui soalan seperti مَنْ يُحْيِ الْعِظَامَ.
Kemudian, melalui ungkapan فَسُبْحَانَ الَّذِى بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْئٍ; (al-Quran menjelaskan bahawa) Dialah al-Qadir Dzul Jalal yang di tangan-Nya tali kendali setiap sesuatu dan di sisi-Nya kunci setiap sesuatu. Dia menukar malam dan siang, musim sejuk dan musim panas dengan mudah seperti helaian muka surat sebuah buku, dunia dan akhirat seperti dua tempat tinggal. Dia menutup ini dan membuka itu.
Memandangkan beginilah hakikatnya, sebagai natijah semua dalil: وَ اِلَيْهِ تُرْجَعُونَ iaitu, Dia akan
84. Page
menghidupkan kalian daripada kubur, lalu membawa kalian ke medan Hasyir dan akan menghitung amalan kalian di hadrat keagungan-Nya.
Maka ayat-ayat ini menjadikan akal bersedia untuk menerima Hasyir. Ia juga telah menjadikan hati turut bersedia kerana ia menunjukkan bandingannya dengan perbuatan duniawi.
Malah, kadang-kadang al-Quran menyebutkan perbuatan-perbuatan ukhrawi Allah dengan cara yang sangat hebat supaya ia mengingatkan tentang bandingan duniawi mereka agar tiada lagi ruang untuk istib’ad dan keingkaran. Contohnya: اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ sehingga akhir dan اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ hingga akhir dan اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ.
Justeru dalam surah-surah ini ia menyebut tentang perubahan agung dan urusan rububiyyah semasa Hari Qiamat dan Hasyir dengan cara yang hebat supaya manusia menerima perubahan yang memberikan kedahsyatan kepada hati dan tidak masuk akal itu dengan senang kerana dia telah melihat bandingan-bandingan mereka di dunia; contohnya di musim luruh dan musim bunga.
Isyarat kepada tafsiran umum bagi tiga surah ini juga mungkin menjadi sangat panjang. Oleh sebab itu kita akan menunjukkan hanya satu kalimah sebagai contoh.
Menerusi kalimah اِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ, al-Quran mengifadahkan bahawa semasa Hasyir, amalan semua orang dipamerkan secara tertulis dalam satu muka surat. Oleh sebab perkara ini sendiri sangat menakjubkan, akal tidak boleh memikirkannya. Tetapi, seperti yang diisyaratkan dalam surah ini, seperti mana terdapat bandingan bagi noktah-noktah lain pada Hasyir musim bunga maka bandingan bagi penyebaran suhuf (buku amalan) ini adalah sangat jelas.
Ini kerana bagi setiap pohon yang berbuah dan rumput yang berbunga juga mempunyai amalan, kerja dan tugas. Tumbuh-tumbuhan ini melakukan ubudiyyah menurut cara mereka bertasbih memperlihatkan nama-nama Allah. Justeru semua amalannya ini telah ditulis dalam semua benih dan biji mereka besekali dengan sejarah kehidupan mereka lalu tumbuh di musim bunga dan di suatu tempat yang lain.
Sepertimana tumbuh-tumbuhan itu menyebut tentang amalan induk (ibu) dan asal-usul mereka secara sangat fasih melalui bahasa bentuk dan gambaran yang telah ditunjukkan, setiap mereka menyebarkan lembaran amalan melalui semua dahan, ranting, daun, bunga dan buah-buahan masing-masing.
Justeru, kerana Dialah yang melakukan urusan tersebut di hadapan mata kita secara bijaksana, terpelihara, tersusun, penuh didikan dan lembut,
85. Page
maka Dia berkata: اِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ. Maka kiaskanlah noktah-noktah lain dengan ini. Jika engkau mempunyai kekuatan istinbatkanlah (keluarkanlah contoh-contoh yang seumpamanya).
Untuk membantu kalian, perkara berikut juga akan kami ceritakan: Demikianlah juga اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ. Sepertimana kalam ini memberi petunjuk kepada contoh yang jelas melalui perkataan takwir iaitu dengan makna membalut dan mengumpulkan, ia turut mengingatkan bandingannya.
Pertama: Ya, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membuka tirai ketiadaan, Atsir (simpanan iaitu benda yang memenuhi semesta) dan langit, lalu mengeluarkan sebutir lampu umpama berlian yang menyinari dunia seperti matahari daripada khazanah rahmat-Nya lalu memperlihatkannya kepada dunia. Setelah dunia ditutup, Dia akan membalut berlian itu dengan tirai-tirainya dan akan mengangkatnya.
Kedua: Ataupun ia merupakan pegawai yang ditugaskan untuk menyebarkan barang-barang cahayanya dan membalutkan cahaya dan kegelapan secara bersilih ganti ke atas bumi. Setiap senja Allah mengarahkan ia mengumpulkan barang dagangannya dan bersembunyi. Kadang-kadang disebabkan adanya tirai awan ia melakukan jual beli hanya seketika. Kadang-kadang bulan menjadi tirai di hadapan wajahnya lantas menjejaskan sedikit urusannya.
Sudah tentu pada suatu masa, sebaik sahaja petugas itu mengumpulkan barang dagangannya dan buku catatan urusannya ia akan meninggalkan tugasnya. Hatta walaupun tiada sebab pemberhentian tugas, dengan membesarnya dua titik yang ketika ini masih kecil tetapi mula membesar di atas wajahnya, dengan perintah Allah, matahari akan mengambil semula cahaya yang telah dilitupi ke atas muka bumi dengan izin Allah.
Maka Allah akan membalut matahari dan berkata: “Mari, tugasmu di bumi telah tamat. Pergilah ke neraka. Bakarlah mereka yang menyembahmu dan menghina petugas-petugas yang taat sepertimu dengan pengkhianatan (secara tidak benar)”.
Ia membaca firman اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ di wajahnya dengan wajahnya yang bertitik hitam.
86. Page
Bahagian Kelima bagi Tambahan
Ya, sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu para nabi yang merupakan orang-orang yang paling mulia bagi manusia menurut nas hadith secara sepakat mengkhabarkan tentang kewujudan akhirat dan perpindahan manusia ke sana dan Pencipta alam semesta ini akan mendatangkan hari akhirat yang dijanjikan-Nya dengan pasti secara ijma’ dan mutawatir serta sebahagiannya bersandar kepada kesaksian dan sebahagiannya kepada haqqal yaqin (keyakinan yang paling benar). Seratus dua puluh empat juta para wali Allah yang membenarkan khabar yang telah disampaikan oleh para rasul melalui kasyaf dan penyaksian secara ‘ilmal yaqin mengakui kewujudan akhirat itu.
Sesungguhnya semua nama as-Sani‘ul Hakim alam semesta ini memberi petunjuk kepada akhirat melalui tajalli-tajalli yang telah diperlihatkan oleh nama-nama itu di dunia ini. Ini kerana mereka secara jelas mewajarkan kewujudan sebuah alam yang kekal dan baqa’.
Sesungguhnya qudrat azali yang tidak terbatas yang menghidupkan jasad kaku pohon-pohon mati yang tidak terkira dan terhitung yang berdiri di atas muka bumi dalam musim bunga setiap tahun dengan perintah كن فيكون lalu menjadikannya tajalli kepada بعث بعد الموت, menghidup dan membangkitkan semula tiga ratus ribu jenis daripada pelbagai kelompok tumbuhan dan binatang sebagai ratusan ribu contoh bagi Hasyir dan Nasyir.
Manakala hikmah abadi yang tidak terkira dan tidak pernah membazir yang menguruskan sara hidup semua makhluk yang mempunyai roh yang berhajat kepada rezeki dengan penuh kasih sayang secara luar biasa dan menunjukkan jenis-jenis perhiasan dan kecantikannya yang tidak terkira dan terhitung dalam tempoh yang singkat pada setiap musim bunga, serta rahmat yang kekal dan inayah (pertolongan) yang berterusan secara jelas memestikan kewujudan akhirat.
Sesungguhnya cinta pada kebaqaan, rindu pada keabadian dan bercita-cita pada kesarmadian yang begitu hebat, kukuh dan berterusan dalam diri manusia yang merupakan buah paling sempurna bagi alam semesta, ciptaan yang paling disukai oleh al-Khaliq alam semesta dan yang paling banyak berhubung kait dengan maujudat alam semesta ini mengisbatkan secara sangat pasti bahawa selepas alam fana ini terdapat sebuah alam yang baqa’ dan sebuah Darul Akhirat dan Darus Sa‘adah melalui petunjuk dan tanda-tandanya yang jelas.
Maka sesungguhnya ini semua menjadikan kita menerima kewujudan akhirat secara yakin
87. Page
Sesungguhnya salah satu pengajaran paling penting yang diberikan oleh al-Quran kepada kita ialah keimanan dengan akhirat. Keimanan itu juga adalah sangat kuat.
Sesungguhnya dalam keimanan itu terdapat harapan dan ketenangan yang jika seratus ribu masa tua datang kepada seseorang, ketenangan yang lahir daripada keimanan itu adalah mencukupi.
Maka, dengan berkata اَلْحَمْدُلِلّٰهِ عَلىَ كَمَالِ اَلاْيمَانْ, kita orang tua perlu merasa gembira dengan masa tua kita.