NAVIGATION
11. Page
بسم الله الرحمن الرحيم
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Tuhan yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang mengajarkan Al-Quran. Dialah yang menciptakan manusia. dialah yang membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Puji-pujian dipanjatkan kepada Tuhan berserta selawat ke atas Nabi Muhammad yang diutuskan olehNya sebagai rahmat untuk seluruh alam. Tuhan menjadikan mukjizat agungNya menghimpunkan segala simbol dan isyarat terhadap hakikat penciptaanNya sebagai kekal di sepanjang zaman hingga hari kiamat. Ucapan sejahtera juga dititipkan kepada ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya.
Perlu diketahui bahawa :
Pertama : Objektif kami dari segala isyarat ialah menafsirkan sejumlah simbol di sebalik tulisan Al-Quran kerana mukjizat Al-Quran hanya terbit dari tulisan-tulisannya seperti mana sesuatu keindahan itu dapat dilihat dari ukiran-ukirannya.
Kedua : Objektif asas dan anasir utama Al-Quran ialah empat perkara iaitu Tauhid, Kenabian, Perhimpunan Mahsyar dan Prinsip Keadilan.
12. Page
Anak-anak Adam diumpamakan sebagai sebuah rombongan dalam sebuah perjalanan[1] yang merentasi perjalanan dari lembah masa silam melintasi padang pasir kehidupan menuju ke puncak masa hadapan dalam perjalanan menuju ke destinasi syurga. Mereka menemui pelbagai keadaan dan bertemu berbagai ciptaan, persis kerajaan fitrah mengutuskan seni hikmah[2] dan bertanya mereka : “Wahai anak-anak Adam, kamu dari mana dan mahu pergi ke mana? Apa yang kamu mahu lakukan? Siapa penguasa kamu? Siapa pemberi titah kepada kamu?”
Ketika perbualan sedang berlangsung, tiba-tiba bangkit seorang manusia dari anak-anak Adam.
[1] Perkataan سفر Lisan Al-Arab dalam Lisan Al-Arab (juz 4, hlm. 367).
[2] Di dalam At-Ta`rifat, hlm. 291 menyebutkan : Hikmah ialah suatu ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu berdasarkan realitinya berasaskan keupayaan manusia. Ia merupakan ilmu teori yang bukan bersifat semasa.
13. Page
Beliau tergolong dari kalangan rasul-rasul Ulul Azmi[1] yang juga merupakan penghulu segala manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w seraya menuturkan dengan mesej Al-Quran : “Wahai hikmah! Kami semua dari kelompok maujudat[2] telah muncul dengan kuasa Tuhan[3] dari ‘daerah’ tiada kepada ada.
[1] Rasul-rasul Ulul Azmi ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Lihat Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra, juz 8, hlm. 9, hadith no : 1751.
[2] Di dalam At-Tawqif `Ala Muhimmat At-Ta`arif (hlm. 719) ada menyebutkan : Perkara mawjudat (benda yang wujud) ada 3 jenis iaitu : Sesuatu yang wujud tanpa ada permulaan dan pengakhiran iaitulah diri Allah s.w.t sahaja, benda yang wujud serta mempunyai permulaan dan pengakhiran iaitu apa-apa yang ada di dunia dan benda yang wujud serta ada permulaan dan tiada pengakhiran iaitu manusia-manusia di akhirat.
[3] Di dalam At-Tawqif `Ala Muhimmat At-Ta`arif (hlm. 53) ada menyebutkan : Azali dan qadim ialah sesuatu tiada permulaan baginya. Ia boleh juga disebut kepada orang yang panjang umurnya secara majazi. Azali juga difahami sebagai kewujudan yang berterusan dalam tempoh tertentu yang berlaku di waktu yang lalu. Adapun istilah abad, ia bererti kewujudan yang berterusan di waktu sekarang. Azali juga bermaksud sesuatu yang wujud tanpa dimulai dengan tiada. Perkara yang wujud itu ada 3 kategori: wujud secara azali dan abadi iaitu Allah s.w.t, tidak azali tidak tidak abadi iaitu dunia, dan abadi tetapi tidak azali iaitu akhirat. Lawan kepada semua kategori tadi ialah mustahil kerana terdapat kaedah yang menyebutkan : “Apabila sabit sesuatu itu bersifat qidam (tiada permulaan), maka mustahil ia bersifat `adam (menerima ciri ketiadaan).”
14. Page
Kami semua adalah anak-anak Adam dibangkitkan dengan pelbagai perintah Tuhan, teristimewa[1] dari makhluk lain disebabkan oleh beban amanah yang dipertanggungkan. Kami sedang berada dalam sebuah perjalanan melalui jalan mahsyar menuju kebahagiaan abadi. Sekarang kami sedang sibuk dengan usaha mencapai kebahagiaan serta meningkatkan bekalan yang merupakan modal yang penting. Saya adalah ketua yang menyampaikan titah wahyu kepada mereka. Silakan ambil catatan saya ini. Ia adalah kalam Raja yang azali yang memiliki kilauan mukjizat. Itulah kitab Al-Quran yang memberikan pelbagai jawapan yang benar dan tepat.”
Justeru, inilah empat ciri yang utama yang mengiringi perjalanan manusia ke akhirat.
Seperti mana Maqasid yang empat ini wujud di dalam seluruh Al-Quran, maka ia juga zahir dalam setiap surah. Malah ia dapat dirasai dalam ayat-ayatnya. Atau di dalam setiap perkataan. Kerana setiap bahagian dalam Al-Quran itu umpama cermin kepada perkara lain. Ciri yang empat ini juga saling berkaitan di antara juzuk-juzuk dalam Al-Quran.
15. Page
Dari sudut ini, Al-Quran turut dikenali sebagai kitab universal dan general (kulli) yang mengandungi unsur partikular dan bahagian-bahagaian kecil (juz`iy).
Jika anda berkata : “Tunjukkan kepada saya maqasid yang empat tersebut dalam lafaz بسم الله dan الحمد لله.”
Saya menjawab : “Apabila turunnya lafaz بسم الله untuk mengajar para hamba, ia sebenarnya mengandungi perkataan yang ditakdirkan iaitu قل yang bermaksud ‘katakanlah’[1]. Ianya merupakan cara utama dalam mentakdirkan perkataan-perkataan Al-Quran[2]. Justeru frasa ‘katakanlah’ juga merupakan salah satu bentuk pengutusan rasul kepada manusia.
Kalimah بسم الله adalah simbol ketuhanan yang disembah. Perletakan huruf ba` (yang bermaksud ‘dengan’) di awal ayat mempunyai unsur ketauhidan.[3].