NAVIGATION
8. Page
Harapan Objektif
Seorang ilmuan yang berkecimpung dalam bidang tafsir Al-Quran perlu memiliki kelayakan akademik yang tinggi dan jitu. Ia mestilah seorang individu yang mempunyai pelbagai karekter ilmiah, pemikiran yang rencam, fleksibel serta hati yang ikhlas dan jujur.
Setiap ciri-ciri keistimewaan mempunyai kelebihan tertentu di mana kesan ijtihad dan kelebihan khususnya tidak semestinya kelihatan.
Ketika penulis sedang merencana untuk mereliasasikan penulisan ini - dan ia menjadi rancangan utama penulis sejak sekian lama penulis berada di Arab Saudi - , terdetik di hati penulis kemahuan tersebut di waktu sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama[1], dan dalam keadaan serba kekurangan dan wujudnya kelemahan diri, penulis mula menulis segala yang berkaitan dengan isyarat dan idea mukjizat Al-Quran serta segala ilmu tentang kehalusan uslub dan hakikat-hakikatnya yang terlintas dalam minda. Namun penulis tidak berkesempatan melakukan rujukan di waktu tersebut. Di dalam hati hanya berkata, jika sempat melakukan rujukan, itulah yang dihasratkan, namun jika tidak, penulis menganggap ia sebagai tanggungjawab yang perlu dilunaskan kemudian.
[1] Seperti yang dilaporkan ialah sebahagian murid beliau iaitu Hamzah, Muhammad Syafiq dan Muhammad Madi
9. Page
Kemudian peperangan yang besar meletus. Di saat sedang berada di medan perang, jika ada kesenggangan masa, penulis akan mencoret idea-idea yang muncul di minda, sama ada ketika berada di atas gunung atau di lembah landai. Terdapat perbezaan pada uslub penulisan disebabkan situasi yang berubah-ubah. Walaupun ia perlu diperiksa dan diperhalusi, penulis tidak berhasrat untuk merubah segala idea yang telah dicatat kerana ia dicoret dengan hati yang begitu fokus dengan keikhlasan luar biasa. Keikhlasan sedemikian tidak lagi wujud selepas itu. Penulis merancang untuk mendedahkannya kepada para ilmuan - andai ia diiktiraf oleh mereka - bukan atas kapasiti ia sebagai penulisan tafsir, tetapi sebagai penulisan yang memiliki nilai-nilai tafsir. Penulis diselubungi oleh satu kemahuan kepada perkara yang berada di luar kemampuan diri. Seandainya para ilmuan menerimanya, ia bakal menjadi motivasi untuk penulis meneruskan penulisan.