Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 11-12

157. Page

11. dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami orang-orang yang Mengadakan perbaikan."

12. Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. Surah Al-Baqarah : 11-12.

 

Ketahuilah bahawa cara susunan ayat ini dengan sebelum ialah :

 

Sesungguhnya Allah swt ketika menyebut yang pertama dari jenayah-jenayah yang terbit dari kemunafikan mereka adalah kezaliman mereka terhadap diri mereka sendiri, dan mereka melampaui hak-hak Allah taala dengan natijah-natijahnya mengikut susunan yang disebut. Kemudian diikuti dengan jenayah-jenayah kedua iaitu mereka melampaui hak-hak manusia dan melakukan kerosakan yang pelbagai sesama mereka.

Kemudian perkataan “ iza Qila ” terikat dengan iktibar kisah dengan perkataan “ Yaqulu ” pada ayat “ wa min an-nasi man yaqulu” dan terikat dengan iktibar tempat kembalinya dengan “ Yukhadiu’na ”, begitu juga ia terikat dengan iktibar dirinya dengan ayat “ Yakzibuna ”.

 

Dan berubah cara penyampaian dari Himliyyah[1] kepada Syartiyyah[2] sebagai tanda dan isyarat halus yang ditakdirkan di antara keduanya, seolah-olah ia berkata : “ bagi mereka azab yang pedih dengan apa yang telah mereka dustakan, di mana jika mereka berbohong mereka terfitnah, dan apabila mereka terfitnah mereka melakukan kerosakan, dan apabila mereka dinasihati mereka tidak menerima, dan ketika dikatakan kepada mereka : janganlah kamu melakukan kerosakan….hingga akhir”.

 

Adapun cara susunan antara jumlah yang tersurat dan tersirat di dalam ayat ini, maka ia adalah mata susunan dan ikatan, akan ku beri contoh pada kamu, iaitu :

 


[1] . Al-Himliyyah ialah Kes yang menyelesaikan dua pihak kepada dua mufrad, iaitu kes yang dihukum dengan menetapkan sesuatu untuk sesuatu (seperti Riba Haram) atau menafikan sesuatu darinya (seperti Penzalim tidak adil)( yang pertama kita tetapkan hukum haram pada riba, dan yang kedua kita menafikan keadilan dari penzalim). Lihat Maqalid al Ulum : 120, Dustur al-Ulama : 3/53, Mausuah Mustalahat Ilmu al-mantiq inda Al-Arab : 340.
[2][2] . As-Syartiyyah ialah Kes yang tidak boleh diselesaikan dua pihak kepada dua mufrad. Lihat Maqalid al Ulum : 120.


158. Page

Kamu apabila melihat seseorang berjalan di atas jalan yang akan mengheretnya ke arah kebinasaan, pertama kali kamu akan menasihatinya dengan berkata : perjalanan kamu ini akan menjerumuskan kamu ke arah kebinasaan, maka hindarilah!

 

Jika dia tidak berhenti dengan larangan itu, kamu akan kembali kepadanya dengan marah, larang, ucap takziah, dan kamu akan kuatkan larangan kamu agar ia terpasak di fikirannya, sama ada dengan menakutkannya dengan perkara yang ditakuti umum, atau dengan melembutkan hatinya dengan belas kasihan sejenis yang akan diterangkan nanti.

 

Jika orang tersebut masih degil, ketegar, tetap berkeras hendak menaiki kapal kejahilan bertingkat, dan ia pula tidak diam, malah memperahankan dirinya, keadaannya seperti keadaan setiap perosak yang melihat kerosakkannya itu suatu pembaikan – di mana kemanusiaan tidak boleh dibiarkan melakukan kerosakan mengikut si perosak - kemudian ia membuktikan dan mendakwa caraku ini yang benar, dan sudah diketahui ia memang begitu, maka tiada hak bagi kamu untuk menasihat, dan tidak perlu kepada nasihat kamu, malah kamu perlu belajar lagi, maka tiada jalan yang betul lagi selain jalan kami, maka jangan kamu berpalling lagi dengan adanya jalan yang lebih betul.

 

Dan jika orang yang berkeras itu punya dua wajah, perkataannya selalu lidah bercabang, mengikut nasihat kerana terpaksa dengan satu wajah, dan menyimpan apa yang terbuku dihatinya dengan wajah yang lain, malah ia akan berkata : saya musleh (pembuat baik) , maksudnya : zahirnya seperti yang kamu minta, batinnya seperti yang aku pendam. Kemudian ia akan mengukuhkan dakwaannya bahawa baik itu antara sifatku yang berterusan, bukan kerana aku baik sekarang, tetapi setelah jahat sebelum ini.


159. Page

Kemudian jika ia tetap melawan, sombong, berkeras nak sebarkan mazhabnya, nak promosi fahamannya, menyeleweng dari penasihatnya, menentang golongan yang benar sehingga tahap itu, kelihatan seperti tidak tertawar lagi dengan ubat kecuali ubat yang terakhir, maksudku : rawatan yang tidak berahsia lagi, iaitu merawatnya dengan memberi ingatan pada orang ramai, dan beritahu mereka bahawa ia adalah perosak yang tiada kebaikan padanya, kerana ia tidak menggunakan akal dan perasaannya sehingga tidak dapat merasai perkara yang begitu jelas.

 

Dan apabila kamu sudah memahami hubungan ayat-ayat yang dibentangkan di dalam contoh ini, kamu akan mengerti antara kumpulan ayat yang tersurat dan yang tersirat dengan ikatan yang ada pada ayat “Wa iza qila lahum” .. hingga ke akhirnya, sesungguhnya di antara ayat-ayat tersebut ada tersimpan system (susunan ayat) secara fitrah yang ringkas, terpancar darinya I’jaz.

 

Adapun susunan keadaan setiap kumpulan ayat :

 

Maka ketahuilah bahawa kumpulan ayat “Wa iza qila lahum la tufsidu fi al-ard” yang secara pastinya pada “iza” menjadi isyarat betapa perlunya melarang kemungkaran dan menandakan kewajipannya.

 

Binaan Maf’ul pada lafaz “Qila” isyarat bahawa larangan itu adalah fardhu kifayah secara umum.

 


160. Page

Dan “Lam” pada “lahum” isyarat bahawa larangan semestinya datang dalam bentuk nasihat bukan penguasaan, dan nasihat dalam bentuk yang lembut bukan menakutkan.

 

Dan “La Tufsidu” ialah ringkasan dari gambaran Kias Pengecualian[1], iaitu janganlah kamu buat begitu, jika tidak akan timbul darinya kekacauan, maka akan terputus tali ketaatan, akan terganggulah system keadilan, akan terungkailah ikatan persetujuan, maka akan lahir darinya fasad, maka janganlah kamu lakukan supaya kamu tidak terjerumus ke dalam kefasadan.

 

Dan lafaz “ Fi Al-Ard” pengukuh dan penguat kepada larangan, dan berterusannya arahan tersebut, di mana larangan penasihat selalunya sementara, maka semestinya dipanjangkan di dalam fikiran orang yang dinasihati dengan mewakilkan dalamannya untuk mengingatinya selalu, iaitu sama ada dengan menggerakkan naluri kasih sayang terhadap bangsanya, atau meransang naluri menjauh dari apa sahaja secara umum.

 

Dan “Fi Al-Ard” lah yang membangunkan dua naluri tadi, dan menyegarkan keduanya, di mana lafaz tersebut membisikkan kepada mereka bahawa kefasadan kamu ini menyebar kepada bangsa manusia, maka apa lagi kedengkian dan dendam kamu terhadap semua manusia yang di kalangan mereka ada yang maksum[2], orang-orang fakir, dan orang-orang yang kamu tidak kenali, apakah kamu tidak menyakiti mereka? Kenapa kamu tidak mengasihi mereka? Katakan kamu tidak mempunyai belas kasihan terhadap bangsa sejenismu, maka sekurang-kurangnya janganlah sampai kamu melihat pergerakkan kamu ini membawa maksud menjauhkan orang secara umum.


[1]. Al-Qiyas Al-Istisnaei ( Kiyas Pengecualian): adalah apa yang menjadi pengecualian itu atau lawannya disebut jelas di situ. Lihat At-Ta’rifat : 233, Mausuah Mustalahat Ilmu al-Mantiq inda al-Arab : 638.
[2] . Penggunaan orang Turkey bermaksud orang yang tidak berdosa.


161. Page

Maka jika kamu kata : apakah tujuan kepada mereka secara umum? Dan Bagaimana boleh merebak kefasadan mereka kepada semua?

 

Dikatakan kepada kamu : sepertimana orang melihat dengan kacamata hitam, melihat semua benda hitam dan jelek, begitu juga sesiapa yang pandangannya terhijab dengan kemunafikan, hatinya rusak dengan kekufuran, melihat semua perkara buruk dan dibenci, menumbuhkan dihatinya kedegilan, kedengkian terhadap semua manusia, malah terhadap seluruh makhluk.

 

Kemudian sepertimana patahnya gigi roda perisai akan memberi kesan kepada semua, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, begitu juga dengan munafiknya seseorang akan memberi kesan kepada system tubuh manusia yang siap tersistem dengan keadilan, keislaman dan ketaatan, tetapi yang mendukacitakan racun-racunnya yang berantaian itu kelihatan sehingga menampakkan kebodohan ini.

 

Adapun ayat “Qalu Innama nahnu muslihun”, kata “Qalu” adalah kata gantian kepada lafaz “tidak menerima nasihat” yang terlihat dari susunan kata membawa isyarat bahawa mereka mendakwa dan mengajak ke jalan mereka.

 

Dan pada kata “innama” ada dua keistimewaan :

 

1.   Kemasukannya mestilah diketahui benar atau sekadar dakwaan, padanya juga ada isyarat pemalsuan terhadap orang yang menasihati, dan menampakkan kukuhnya mereka di atas kejahilan yang bertingkat.

2.   Membawa maksud hanya, padanya ada isyarat bahawa kebaikan mereka langsung tidak tercemar kefasadan, dan mereka bukan seperti orang lain, itu adalah isyarat perli terhadap orang beriman.


162. Page

Dan penggunaan kata nama “Muslihun” ganti kata “Nuslih” memberi isyarat bahawa kebaikan adalah sifat kami yang tetap berterusan, dan hal kami ini adalah kebaikan sebenar yang diperolehi.

Kemudian mereka bermunafik lagi dalam bicara mereka, di mana mereka menyembunyikan sesuatu berbeza dari yang dizahirkan, secara diam mereka mendakwa kefasadan mereka adalah kebaikan, secara zahirnya mereka memperlihatkan bahawa amalan mereka untuk kebaikan orang beriman dan manfaat untuk mereka.

Adapun kumpulan ayat “ala innahum hummu al mufsidun wa lakin la yash’urun”; maka ketahuilah bahawa golongan munafik ketika bermain dengan kata-kata di dalam ayat yang lalu membawa beberapa maksud : mempromosi cara mereka, mendakwa punya kebaikan dan ia adalah sifat mereka yang berterusan, dan hanya itulah sifat mereka, dan keburukan tidak akan mempengaruhi kebaikan mereka, dan hukum ini (kebaikan yang ada pada mereka) adalah jelas diketahui, dan mereka memperolok-olokkan orang mukmin serta membuat tidak tahu terhadap pemberi nasihat, lalu Al-Quran yang mulia menjawab kepada mereka dengan jumlah ini yang mengandungi beberapa hukum, antaranya mengukuhkan sifat fasad (perosak) pada mereka, dan mereka telah bersatu dengan para perosak yang sebenar, dan kefasadan itu hanya berada pada mereka, dan hukum tersebut memang benar-benar sabit, dan orang ramai juga mengingatkan keburukan mereka, dan perbuatan buat-buat tidak tahu itu menafikan sifat rasa pada mereka, seolah-olah mereka itu adalah benda mati, jika kamu hendak lihatlah pada kata “ala” yang diguna untuk peringatan, bagaimana kamu hendak memalsukan peringatan tersebut dengan kempen mereka yang timbul dari dakwaan mereka pada ayat “Qalu”?! dan lihat kepada “Inna” yang diguna untuk kepastian, bagaimana kamu hendak menolak dakwaan mereka yang dimaklumi dengan “innama”, seolah-olah “inna” mengatakan hal mereka yang sebenar, iaitu dalaman yang rosak, tidak akan membantu kebaikan yang zahir. Dan lihat pada perletakan hanya pada kata “hum” bagaimana dilawan perli mereka yang terkandung pada “innama” dan “nahnu”. 


163. Page

Dan lihat pada makrifahnya kata “al-mufsidun”, maksudnya perosak yang sebenar, ia dapat dilihat pada diri mereka, bagaimana mereka mempertahankannya agar tetap berada dalam kontek “Innama” juga.

Dan lihat pada ( wa lakin la yash’urun) bagaimana mereka pertahankan kepalsuan mereka dari penasihat, dan sesungguhnya mereka tidak berhak untuk dinasihati kerana mendakwa sudah tahu, maka perhatikanlah!!

 ﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ

 أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لاَ يَعْلَمُونَ

  

13. Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." mereka menjawab: "Akan berimankah Kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. (Al Bakara: 13)

Ketahuilah bahawa bentuk susunan jenis ini sama dengan jenis yang pertama :

Dari sudut kedua-duanya adalah nasihat dan bimbingan, ia “atof” amar makruf, tahalliyah (memakai), dan targhib (menarik minat) ke atas nahi mungkar, thakhliyah (membuang) dan tarhib (menakutkan).

Dari sudut kedua-duanya tergolong dalam jenayah, ia “atof” mereka membodohkan orang mukmin dan bangganya mereka terhadap perbuatan merosak mereka, seperti mana diikat perbuatan merosak mereka dengan kerosakan mereka sendiri yang keduanya adalah dahan dari pokok zaqqum yang munafik.


164. Page

Adapun bentuk susunan antara kumpulan-kumpulan ayat :

Ketahuilah bahawa apa yang disebut pada ayat

:﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

13. apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman."

Kumpulan ayat ini dalam bentuknya mengisyaratkan kepada wajib menasihati secara kifayah agar beriman sejujurnya mengikut jumhur ulama yang mereka itu adalah manusia yang sempurna, hati mereka sentiasa mengarah mereka berbuat demikian, apabila dikatakan begitu :

﴿قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ

13. … mereka menjawab: "Akan berimankah Kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?"

Ayat ini memperlihatkan pemberontakan dan kebongkakkan mereka yang mendakwa bahawa mereka di atas kebenaran, seperti mana keadaan setiap orang dalam kebatilan melihat kebatilan itu sebagai benar, menganggap kejahilan itu sebagai ilmu, ketika itu kemunafikan telah merosak hati mereka, dengan kerosakan itu lahirlah kebongkakkan, dan cenderong kepada kerosakan.

Jika dilihat dari sudut “fasad” (kerosakan), mereka memberontak, jika dilihat dari sudut “ifsad” (merosak), mereka akan berkata sesama mereka dengan kata-kata yang menyesatkan.

Jika dilihat dari sudut kebongkakan, mereka berpandangan agama itu keras, kesempurnaan iman yang mendorong ke arah merasa cukup dan qanaah itu suatu yang hina, bodoh, dan fakir.