Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 13

164. Page

Adapun bentuk susunan antara kumpulan-kumpulan ayat :

Ketahuilah bahawa apa yang disebut pada ayat

:﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

13. apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman."

Kumpulan ayat ini dalam bentuknya mengisyaratkan kepada wajib menasihati secara kifayah agar beriman sejujurnya mengikut jumhur ulama yang mereka itu adalah manusia yang sempurna, hati mereka sentiasa mengarah mereka berbuat demikian, apabila dikatakan begitu :

﴿قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ

13. … mereka menjawab: "Akan berimankah Kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?"

Ayat ini memperlihatkan pemberontakan dan kebongkakkan mereka yang mendakwa bahawa mereka di atas kebenaran, seperti mana keadaan setiap orang dalam kebatilan melihat kebatilan itu sebagai benar, menganggap kejahilan itu sebagai ilmu, ketika itu kemunafikan telah merosak hati mereka, dengan kerosakan itu lahirlah kebongkakkan, dan cenderong kepada kerosakan.

Jika dilihat dari sudut “fasad” (kerosakan), mereka memberontak, jika dilihat dari sudut “ifsad” (merosak), mereka akan berkata sesama mereka dengan kata-kata yang menyesatkan.

Jika dilihat dari sudut kebongkakan, mereka berpandangan agama itu keras, kesempurnaan iman yang mendorong ke arah merasa cukup dan qanaah itu suatu yang hina, bodoh, dan fakir.


165. Page

Jika dilihat dari sudut kemunafikan, mereka bermunafik dalam perbicaraan ini juga, di mana zahirnya : bagaimana kita nak menjadi seperti orang-orang bodoh, kita bukan orang-orang gila, kita kan orang-orang terpilih seperti mana yang kamu harapkan? Dan batinnya : bagaimana kita mahu jadi seperti orang-orang mukmin yang kebanyakannya fakir, sedangkan mereka pada pandangan kami adalah bodoh, berkelompok dari golongan bawahan.

Kamu hendaklah praktiknya dicelah-celah dua bahagian syartiah ini (Feel Syarat dan Jawabnya).

Kemudian Allah menyumbat batu ke mulut mereka dengan firmannya :

﴿أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ

13. Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh;

Ingatlah sesiapa yang memberontak sehingga ke tahap ini, jahil sampai ke peringkat ini, mereka sudah layak untuk di iklan di khalayak makhluk, dan dimasyhurkan mereka sebagai yang terbodoh, ini adalah hakikat yang tetap bahawa pembodohan mereka ini memang kerana kebodohan diri mereka sendiri.

Kemudian firmanNya :

﴿وَلَكِنْ لاَ يَعْلَمُونَ﴾  

Tetapi mereka tidak tahu.

Ini menunjukkan bahawa mereka tidak tahu dengan kejahilan mereka, menjadikan ia jahil bertingkat yang tidak termakan nasihat lagi, maka sepatutnya dipamerkan perkara ini sekali, kerana tidak akan faham nasihat kecuali orang mengetahui kejahilannya.

Adapun bentuk susunan dalam kedudukan setiap jumlah :

Pada kumpulan ayat :

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

13. apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman..


166. Page

Lafaz “Iza” dengan kejazaman[1]nya menunjukkan bahawa betapa perlunya amar makruf diiringi dengan bimbingan.

Binaan maf’ul pada “Qila” mengisyaratkan kepada wajibnya memberi nasihat ditahap fardhu Kifayah seperti mana disebut sebelum ini.

Dan lafaz “Aminu” menggantikan “ikhlaslah pada keimanan kamu”, menunjukkan bahawa iman tanpa ikhlas bukanlah keimanan.

Dan lafaz “kama amana” menggambarkan dengan uswah hasanah dan contoh yang baik, supaya mereka boleh ikhlas mengikut yang dicontohi.

Dan pada lafaz “An-Nas” ada dua nota : keduanya adalah penyebab yang menjadikan hati naluri sentiasa lakukan amar makruf, di mana lafaz “kama amana as-sufahak” mendorong dengan “ikutlah kebanyakkan orang, menyalahi mereka suatu kesalahan, sudah tentu hati tidak mahu mengikut ke arah itu”.

Dan juga menggambarkan bahawa mereka adalah manusia sahaja, seolah-olah sesiapa yang memusuhi mereka bukanlah manusia kecuali hanya sebuah gambar, sama ada mereka akan naik ke tahap kesempurnaan dan memonopoli hakikat kemanusian hanya untuk mereka, atau menurunkan mereka dari martabat kemanusiaan.

Adapun kumpulan ayat :

﴿قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ﴾ 

13. mereka menjawab: "Akan berimankah Kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?


[1] . Pentahqiq atau Penterjemah : Boleh jadi pengarang memaksudkan dengan “Kejazaman”nya itu ialah untuk Syarat, kerana “iza” bukanlah dikalangan “أدوات الشرط الجازمة”  dan ini tentu saja tidak luput dari pengetahuannya, di mana “iza” bermaksud kemungkinan besar berlaku di masa hadapan, ini berbeza dengan “in” yang membawa erti syak, dan “Lau” untuk menghalang, dan perkara ini akan berulang banyak kali, maka ambillah kefahaman seperti ini. 


167. Page

Ketahuilah bahawa bentuk susunan jenis ini sama dengan jenis yang pertama :

Dari sudut kedua-duanya adalah nasihat dan bimbingan, ia “atof” amar makruf, tahalliyah (memakai), dan targhib (menarik minat) ke atas nahi mungkar, thakhliyah (membuang) dan tarhib (menakutkan).

Dari sudut kedua-duanya tergolong dalam jenayah, ia “atof” mereka membodohkan orang mukmin dan bangganya mereka terhadap perbuatan merosak mereka, seperti mana diikat perbuatan merosak mereka dengan kerosakan mereka sendiri yang keduanya adalah dahan dari pokok zaqqum yang munafik.

Adapun bentuk susunan antara kumpulan-kumpulan ayat :

Ketahuilah bahawa apa yang disebut pada ayat :

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

13. apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman."

Kumpulan ayat ini dalam bentuknya mengisyaratkan kepada wajib menasihati secara kifayah agar beriman sejujurnya mengikut jumhur ulama yang mereka itu adalah manusia yang sempurna, hati mereka sentiasa mengarah mereka berbuat demikian, apabila dikatakan begitu :

﴿قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ﴾ 

13. … mereka menjawab: "Akan berimankah Kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?"

Ayat ini memperlihatkan pemberontakan dan kebongkakkan mereka yang mendakwa bahawa mereka di atas kebenaran, seperti mana keadaan setiap orang dalam kebatilan melihat kebatilan itu sebagai benar, menganggap kejahilan itu sebagai ilmu, ketika itu kemunafikan telah merosak hati mereka, dengan kerosakan itu lahirlah kebongkakkan, dan cenderong kepada kerosakan.

Jika dilihat dari sudut “fasad” (kerosakan), mereka memberontak, jika dilihat dari sudut “ifsad” (merosak), mereka akan berkata sesama mereka dengan kata-kata yang menyesatkan.


168. Page

Jika dilihat dari sudut kebongkakan, mereka berpandangan agama itu keras, kesempurnaan iman yang mendorong ke arah merasa cukup dan qanaah itu suatu yang hina, bodoh, dan fakir.

Jika dilihat dari sudut kemunafikan, mereka bermunafik dalam perbicaraan ini juga, di mana zahirnya : bagaimana kita nak menjadi seperti orang-orang bodoh, kita bukan orang-orang gila, kita kan orang-orang terpilih seperti mana yang kamu harapkan? Dan batinnya : bagaimana kita mahu jadi seperti orang-orang mukmin yang kebanyakannya fakir, sedangkan mereka pada pandangan kami adalah bodoh, berkelompok dari golongan bawahan.

Kamu hendaklah praktiknya dicelah-celah dua bahagian syartiah ini (Feel Syarat dan Jawabnya).

Kemudian Allah menyumbat batu ke mulut mereka dengan firmannya :

﴿أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ﴾ 

13. Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh;

Ingatlah sesiapa yang memberontak sehingga ke tahap ini, jahil sampai ke peringkat ini, mereka sudah layak untuk di iklan di khalayak makhluk, dan dimasyhurkan mereka sebagai yang terbodoh, ini adalah hakikat yang tetap bahawa pembodohan mereka ini memang kerana kebodohan diri mereka sendiri.

Kemudian firmanNya :

﴿وَلَكِنْ لاَ يَعْلَمُونَ﴾  

Tetapi mereka tidak tahu.

Ini menunjukkan bahawa mereka tidak tahu dengan kejahilan mereka, menjadikan ia jahil bertingkat yang tidak termakan nasihat lagi, maka sepatutnya dipamerkan perkara ini sekali, kerana tidak akan faham nasihat kecuali orang mengetahui kejahilannya. 


169. Page

Adapun bentuk susunan dalam kedudukan setiap jumlah :

Pada kumpulan ayat :﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ

13. apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman..

 

Lafaz “Iza” dengan kejazaman[1]nya menunjukkan bahawa betapa perlunya amar makruf diiringi dengan bimbingan.

Binaan maf’ul pada “Qila” mengisyaratkan kepada wajibnya memberi nasihat ditahap fardhu Kifayah seperti mana disebut sebelum ini.

Dan lafaz “Aminu” menggantikan “ikhlaslah pada keimanan kamu”, menunjukkan bahawa iman tanpa ikhlas bukanlah keimanan.

Dan lafaz “kama amana” menggambarkan dengan uswah hasanah dan contoh yang baik, supaya mereka boleh ikhlas mengikut yang dicontohi.

Dan pada lafaz “An-Nas” ada dua nota : keduanya adalah penyebab yang menjadikan hati naluri sentiasa lakukan amar makruf, di mana lafaz “kama amana as-sufahak” mendorong dengan “ikutlah kebanyakkan orang, menyalahi mereka suatu kesalahan, sudah tentu hati tidak mahu mengikut ke arah itu”.

Dan juga menggambarkan bahawa mereka adalah manusia sahaja, seolah-olah sesiapa yang memusuhi mereka bukanlah manusia kecuali hanya sebuah gambar, sama ada mereka akan naik ke tahap kesempurnaan dan memonopoli hakikat kemanusian hanya untuk mereka, atau menurunkan mereka dari martabat kemanusiaan.


[1] . Pentahqiq atau Penterjemah : Boleh jadi pengarang memaksudkan dengan “Kejazaman”nya itu ialah untuk Syarat, kerana “iza” bukanlah dikalangan “أدوات الشرط الجازمة”  dan ini tentu saja tidak luput dari pengetahuannya, di mana “iza” bermaksud kemungkinan besar berlaku di masa hadapan, ini berbeza dengan “in” yang membawa erti syak, dan “Lau” untuk menghalang, dan perkara ini akan berulang banyak kali, maka ambillah kefahaman seperti ini. 


170. Page

Adapun kumpulan ayat :

﴿قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ﴾ 

13. mereka menjawab: "Akan berimankah Kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?

 

Yang kesimpulannya : kami tidak akan menerima nasihat, bagaimana kami nak jadi seperti mereka yang hina itu, di mana mereka itu pada pandangan kami adalah golongan bodoh sahaja, yang tidak mungkin dibandingkan dengan kami golongan berpangkat dengan mereka. Pada lafaz “qalu” isyarat kepada mengelak diri, mengishtihar keingkaran, merasa tidak perlu pada nasihat, meninggi diri dan membuat pendakwaan.

Dan pada lafaz “ Anukminu” mengguna nada soal ingkar yang menunjukkan betapa membangkangnya mereka dalam kejahilan yang murakab, seolah-olah mereka dalam keadaan menyoal mengatakan : wahai pemberi nasihat tanyalah hatimu, adakah kamu lihat keinsafan dirimu menerima penolakkan kami?

Kemudian “qalu” terikat dengan tiga wajah yang membawa maksud : mereka berkata pada diri mereka sendiri, kemudian kepada anak keturunan mereka, kemudian kepada mursyid mereka, ia seperti mana keadaan orang yang dinasihati apabila menerima nasihat, pertama kali ia akan berbincang dengan dirinya, kemudian berdialog dengan anak keturunannya, kemudian barulah ia akan merujuk kepada pemberi nasihat dengan keputusan yang ditentukan mereka.

Maka di atas keputusan itu, ketika dikatakan kepada mereka apa yang telah dikatakan, mereka akan merujuk kepada hati dan jiwa mereka yang rosak dan kotor, itulah yang membuat mereka ingkar, maka perkataan mereka adalah terjemahan dari apa yang ada di dalam jiwa mereka.

Kemudian pandangan yang rosak itu dibawa kepada kawan-kawan mereka, kawan-kawan pun mencadangkan agar mereka ingkar, lalu diambillah kata-kata mereka itu.


171. Page

Kemudian barulah mereka merujuk kepada penasihat dengan cara penyampaian yang kesal dan cakap yang berpusing-pusing, mereka kelirukan dengan berkata : kami berbeza, tak boleh hendak kiaskan kami dengan mereka, mereka memang fakir, hidup terpaksa, pasrah, kehidupan keras dan kesufian mereka dalam beragama itu adalah keterpaksaan, adapun kami adalah golongan mulia dan berpangkat.

Maka dengan keegoan mereka menghalang penasihat dari kebenaran, dengan tipu helah mereka bercakap dengan lidah bercabang, ertinya, wahai tuan penasihat, jangan ingat kami ini bodoh, dan kami tak akan jadi bodoh pada pandangan kamu, malah kami akan lakukan seperti yang dilakukan oleh golongan yang benar-benar beriman, walaupun kehendak dalaman mereka, kami tidak akan menjadi seperti golongan beriman yang fakir, di mana mereka tiada langsung dalam perkiraan pada pandangan kami, dari kata-kata ini, ada isyarat tersembunyi menunjukkan mereka ini rosak, merosak, ego dan munafik.

(Seperti mana beriman golongan bodoh) iaitu : kamu menyangka mereka itu orang-orang yang sempurna, sedangkan mereka pada pandangan kami hina, fakir, terpaksa, walaupun mereka ramai, setiap mereka adalah orang bodoh kaumnya. Adapun pada dakwaan, mereka berbeza untuk dikias, ada isyarat bahawa Islam itu adalah gua golongan miskin, rumah golongan fakir, penjaga kebenaran, pemelihara keaslian, penghalang keegoan, pengekang kesombongan, dan tiada ukuran kesempurnaan dan keagungan kecuali ia.

Dan juga pada (perbezaan) ada isyarat kepada sebab kemunafikan biasanya ialah punya kehendak, ego, dan sombong, seperti ditafsirkan ( dan tidaklah kami melihat kamu kecuali diikuti oleh golongan hina dari kalangan kami yang jelasnya…) Hud : 27.


172. Page

Juga pada (perbezaan) ada isyarat tersembunyi bahawa Islam tidak akan jadi alat penguasa dan pembawa kemenangan di tangan ahli dunia dan pengejar pangkat, malah ia menjadi perantara untuk mengangkat kebenaran di tangan golongan fakir dan darurat, berlawanan dengan semua agama, dan sejarah menjadi saksi kepada hakikat ini.

Adapun ayat ( ketahuilah bahawa mereka adalah golongan bodoh ) maka ketahuilah bahawa Al-Quran Al-Karim ketika berkeras dan memandang buruk pada kemunafikan adalah kerana kebanyakan ujian-ujian kepada dunia Islam adalah dari jenis nifaq ini.

Kemudian penggunaan kata ( ala ) untuk menarik perhatian, dan memperbesarkan kebodohan mereka di khalayak umum, dan untuk mendapat reaksi dari pandangan umum terhadap kebodohan mereka. Dan asal makna (ala) apakah kamu tidak tahu bahawa mereka itu golongan bodoh? Ertinya : maka ketahuilah!!!

Kemudian penggunaan (Inna) adalah cerminan hakiki dan perantara kepadanya, seoalah ia berkata : rujuklah kepada kebenaran agar kamu tahu bahawa cakap-cakap kosong mereka itu sebenarnya tiada asalnya.

 

Kemudian kata ( Hum = Mereka) bermaksud hanya untuk membersihkan diri mereka, dan mempertahankan pembodohan mereka terhadap golongan beriman yang mereka maksudkan ( seperti berimannya golongan yang bodoh) ertinya : orang yang bodoh ialah orang yang meninggalkan Akhirat dengan memilih tipu daya dunia, kepentingan diri dan kelazatan yang fana, berbeza dengan orang yang membeli yang kekal dengan meninggalkan hawa nafsu yang fana.


173. Page

Kemudian Alif dan Lam pada kata ( As-Sufahak) untuk memperkenalkan hukum semasa, iaitu dimaklumi sesungguhnya mereka itu bodoh, juga membawa maksud sempurna, iaitu sempurna kebodohan yang ada pada mereka.

Adapun kata (akan tetapi mereka tidak tahu) padanya ada tiga isyarat :

Pertama : untuk membezakan kebenaran dari kebatilan, dan memisahkan haluan orang beriman dari haluan mereka memerlukan penelitian dan ilmu, ini berbeza dengan kefasadan dan fitnah mereka, kerana ia jelas dirasai sesiapa yang punya walau sedikit perasaan, oleh itu ayat pertama ini diakhiri dengan ( dan akan tetapi mereka tidak sedar).

Kedua : Kata (mereka itu tidak mengetahui) dan seumpamanya antara pemisah-pemisah ayat seperti ( mereka itu tidak berakal ) dan ( mereka itu tidak berfikir ) dan ( mereka itu tidak ambil peringatan ) dan seumpamanya mengisyaratkan bahawa Islam itu diasaskan menggunakan akal, hikmah dan ilmu, maka disebabkan itulah ia diterima oleh setiap akal yang sihat, tidak seperti agama-agama yang lain, yang terbina di atas taqlid dan taksub, pada ayat ini juga ada tanda berita baik seperti yang telah saya sebut ditempat lain.

Ketiga : berpaling dari mereka dan tidak pedulikan mereka, kerana mereka tidak mendengar nasihat, di mana mereka tidak mengetahui kejahilan mereka sehingga membawa kepada kebinasaan.