NAVIGATION
174. Page
﴿وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَهۡزِءُونَ ٱللَّهُ يَسۡتَهۡزِئُ بِهِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِي طُغۡيَٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ ﴾ [ البقرة:14-15]
( dan apabila mereka bertemu golongan beriman, mereka berkata : kami golongan beriman, dan apabila mereka bersunyi dengan golongan syaitan mereka, mereka berkata kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok sahaja, Allah akan memperolokkan mereka, dan membiarkan mereka teraba-raba di dalam kesesatan mereka ). Al-Baqarah : 14-15.
Ketahuilah bahawa kontek ayat ini masih seperti kontek ayat-ayat sebelumnya, iaitu urutan jenayah yang keempat, maksudku memperolok dan menghina jenayah-jenayah yang terdahulu seperti memperbodoh, menjadi perosak dan merosak.
Dan kontek antara kumpulan-kumpulan ayat tersebut ialah umpama iman yang ianya adalah noktah kebergantungan untuk jauh dari keperitan dan noktah bantuan untuk mencapai harapan, ia punya tiga ciri-ciri khas yang hakiki :
Pertama : Kemuliaan jiwa yang lahir dari noktah kebergantungan, dan antara ciri kemuliaan jiwa adalah tidak akan mundur untuk dihina.
Kedua : Belas kasihan yang cirinya tidak rela dihina dan diperkecilkan.
Ketiga : Menghormati kebenaran dan mengetahui nilainya, kerana orang yang tinggi nilai menghormati kebenaran, ia punya jiwa yang unik, tidak akan meremehkan kebenaran, kerana ia orang yang tenang, dan lawannya iman adalah munafik, ia bertentangan dengan ketiga- tiga ciri khas tersebut.
Adapun ciri-ciri khas kemunafikan yang lahir darinya : Jiwa yang hina, cenderong kepada fasad, sombong yang menghina orang lain.
175. Page
Apabila kamu telah mengenali perkara ini, maka ketahuilah bahawa kemunafikan akan mewarisi jiwa yang hina, ia melahirkan kehinaan, antaranya riak, suka membodek iaitu menipu, ini yang disebut oleh ayat (apabila mereka bertemu dengan golongan beriman, mereka berkata : kami sudah beriman).
Oleh kerana kemunafikan itu merosakkan hati, kerosakan itu melahirkan jiwa yang yatim, ertinya tidak boleh bersahabat, menjaga dan memiliki, ini melahirkan rasa takut dan sentiasa membuatkannya ingin berselindung, ini yang diisyaratkan oleh ayat (apabila mereka bersunyi-sunyi).
Dan nifaq juga memutus silatur Rahim, dan pemutusannya akan menghilangkan belas kasihan, bila hilang belas kasihan akan melahirkan kerosakan, iaitu fitnah, khianat dan lemah, inilah yang memaksanya berlindung dibalik sesuatu untuk mencari sokongan, Al-Quran mengisyaratkannya dengan kata ( (pergi) kepada syaitan-syaitan mereka).
Kemudian nifaq juga adalah kejahilan yang sering ragu-ragu, ini melahirkan tiada berpendirian, tiada ketetapan, tiada arah, tidak boleh dipercayai kepada mereka, inilah yang memaksa mereka sentiasa memperbaharui janji mereka, Allah taala mengisyaratkan perkara ini dengan kata ( Sesungguhnya kami bersama kamu).
Kemudian ketika mana mereka perlu kepada alasan, mereka sebenarnya menghina kebenaran kerana kehinaan mereka, mereka memurahkan ketinggian nilai kerana rendahnya nilai mereka, dan menghina orang mulia kerana kehinaan dan kelemahan diri mereka yang lahir dari keegoan, dan berkata : ( kami hanya memperolok-olok sahaja).
176. Page
Dan ketika pendengar menantikan kata-kata balasan kepada mereka dari golongan beriman, ia melihat Allah taala yang menjawab bagi pihak golongan beriman, ini mengisyaratkan kepada kemuliaan mereka, juga sebagai lambang bahawa penghinaan mereka jika dibandingkan dengan balasan Allah ibarat tiada apa-apa, dan ia juga mengisyaratkan kepada pembodohan mereka, mengancam mereka dan menjawab kepada mereka, bagaimana hendak menghina golongan yang Allah taala penjaga mereka? Firman Allah taala ( Allah lah yang memperolok-olokkan mereka) ertinya Allah menghukum mereka di atas penghinaan mereka dengan sekeras-keras balasan dalam bentuk penghinaan dan kemurkaan terhadap mereka di dunia dan akhirat dengan cabaran yang berterusan, dan ayat ( dan ia membiarkan mereka bergelumang dengan kelampauan mereka berterusan) adalah pendedahan, perincian dan gambaran kepada balasan penghinaan mereka juga dalam bentuk penghinaan.
Adapun kontek kedudukan mengikut setiap kumpulah ayat pula, ketahuilah bahawa kumpulan ayat ( Apabila mereka bertemu golongan beriman mereka berkata kami telah beriman ) yang dibawa untuk menyembunyikan kebenaran, ketegasan kata (apabila) yang mengisyaratkan kepada kepastian, kesengajaan dan bertujuan, ertinya : mereka telah berazam dengan sengaja dan berhasrat menemui golongan beriman.
Dan kata (mereka bertemu) isyarat kepada kesengajaan mereka bertemu golongan beriman di jalanan, malah di hadapan orang ramai.
177. Page
Dan kata (golongan yang telah beriman) menggantikan “orang-orang yang beriman” adalah isyarat kepada berhubung langsung dengan mereka dan sering berintraksi, juga menunjukkan mereka ada keterikatan dengan orang beriman dalam bentuk keimanan, dan paksi utama untuk melihat ciri-ciri orang yang beriman adalah ciri imannya itu sahaja.
Dan kata (mereka berkata) mengisyaratkan kepada ayat “ sesungguhnya mereka berkata dengan mulut-mulut mereka apa yang tiada di dalam hati mereka”, dan kata-kata mereka itu hanya suatu kepuraan, menunjuk-nunjuk, memuji-muji, mengelak tuduhan, dan berusaha membawa kebaikan kepada golongan beriman, padahal ingin mengintip rahsia-rahsia mereka.
Dan kata (Kami telah beriman) tanpa sebarang kata pengukuh padahal ketika itu sangat memerlukannya, dan didatangkan pula mengguna jumlah kata kerja, untuk mengisyaratkan bahawa tiada rasa keinginan dihati mereka, dan rasa asyik yang menggerakkan mereka untuk bersungguh-sungguh dan mengukuhkan kenyataan mereka.
Juga ketiadaan taukid (kata pengukuh) mengisyaratkan bahawa terdesaknya mereka untuk pertahankan diri, seolah-olah mereka berkata : Penafian kamu tidak pada tempatnya, bahkan ia sesuatu yang tiada, kerana kami tidak layak untuk ditohmah.
Ia juga menunjukkan bahawa kata taukid tidak mempromosikan mereka.
Dan ia juga memberi gambaran bahawa hijab pembohongan mereka yang nipis dan dhaif akan terkoyak jika ditarik.
178. Page
Dan pada tindakan mereka memberi gambaran bahawa mereka tidak mungkin mengajak ke arah sesuatu yang tetap dan berterusan, kerana tujuan mereka dari kepuraan itu adalah untuk menyertai kebaikan yang ada pada golongan beriman, dan mengintip rahsia-rahsia mereka dengan dakwaan beriman tersebut.
Adapun kumpulan ayat ( dan apabila mereka bersunyi-sunyi dengan rakan-rakan syaitan mereka, mereka berkata : sesungguhnya kami bersama kamu ) maka kata “Dan” yang terhimpun pada kata (Dan apabila) mengisyaratkan bahawa percakapan ini didatangkan untuk menerangkan bahawa mereka tiada jalan lain. Dan untuk menerangkan ketiadaan pendirian mereka yang terkepung di antara dua syarat ini (dua kata “apabila” yang terkandung maksud syarat ), dan Jazam (kepastian) yang ada pada kata “apabila” mengisyaratkan bahawa mereka yang rosak dan merosakkan itu melihat bahawa mencari perlindungan itu satu tugas yang darurat.
Dan kata (mereka bersunyi-sunyi) mengisyaratkan bahawa perbuatan khianat membuat mereka merasa takut, dan ketakutan itu membuat mereka menutup-nutup.
Dan kata (kepada) menggantikan kata (Bersama) bersesuaian dengan kata (bersunyi-sunyi) ia mengisyaratkan bahawa kelemahan dan kedhaifan mereka membuat mereka berselindung, dan juga perbuatan fitnah dan merosak mereka ketika menyampaikan rahsia-rahsia golongan beriman kepada golongan kafir.
Dan kata (Syaitan-syaitan) mengisyaratkan bahawa ketua-ketua mereka adalah seperti syaitan-syaitan yang menutup-nutup dan membisik-bisik, dan mereka juga seperti syaitan-syaitan yang berbahaya, dan mengikut telunjuk syaitan yang tiada gambaran lain kecuali kejahatan sahaja.
179. Page
Adapun kata ( mereka berkata sesungguhnya kami bersama kamu) yang diungkapkan untuk membersihkan diri mereka, memperbaharui janji mereka, dan mengakui tetapnya mereka di atas jalan tersebut, maka ketahuilah bahawa ia adalah taukid tanpa penafian di sini, dan meninggalkan taukid bersama penafian di sana, ialah satu isyarat dan petunjuk bahawa tiada rasa rindu yang bergerak dihati orang yang berbicara di sana, tapi ada rasa tersebut di sini.
Adapun penggunaan jumlah Ismiah di sini, dan jumlah fi’liah di sana, kerana membawa maksud tetap dan berterusan di sini, dan tiada ketetapan di sana.
Adapun ayat (sesungguhnya kami hanya memperolok) maka ketahuilah ia tidak guna huruf ataf (penyambung), di mana penyambung (innama) berada di tengah antara kesempurnaan menghubung (Kamal Ittisal) dan kesempurnaan memutus (Kamal inqita’), malah jumlah ini adalah kata ganti dari satu sudut, dan kata taukid dari sudut yang lain, kedua-duanya dari jenis kamal ittisal, dan jawab kepada soal yang ditakdirkan dari sudut yang lain, ia dari kamal inqita’ kerana jawapannya dalam bentuk khabar, dan soalannya dalam bentuk insyaiyyah mengikut kebiasaannya.
Dan adapun bentuk taukid yang seakan-akan kata ganti itu tujuannya untuk menghina kebenaran dan ahli-ahlinya, dan memberi penghargaan kepada kebatilan dan ahli-ahlinya, itu tujuan ayat ( sesungguhnya kami Bersama kamu).
Dan adapun bentuk jawapan kepada soalan yang ditakdirkan, ia seolah-olah syaitan mereka berkata kepada mereka : jika kamu bersama kami, berada di jalan kami, kenapa kamu berpakat dengan golongan beriman? Jadi kamu ini sama ada di jalan mereka atau kamu memang tiada jalan? Lalu mereka mohon maaf dan menjawab ( sesungguhnya kami hanya memperolok), mereka jelas mengaku bahawa mereka bukan dikalangan orang Islam sedikit pun, dan mereka mengisyaratkan dengan kata (innama=hanya) menandakan mereka bukan mundar mandir tanpa pendirian tertentu, dan penggunaan kata isim (mustahziuun) menunjukkan bahawa memperolok itu keadaan dan sifat mereka, dan perbuatan mereka ini bukanlah serius sangat.