NAVIGATION
180. Page
Adapun ayat ( Allah akan memperolok mereka) maka ketahuilah bahawa ia tidak bersambung dengan ayat-ayat sebelum ini, bahkan ia datang secara terpisah, kerana ia jika ataf :
sama ada ataf kepada (innama nahnu mustahziuun) ini menuntut ia menjadi taukid kepada ayat (inna maakum).
Atau ataf kepada ayat (qalu) yang menjadikan ia sebagai kata-kata mereka.
Atau ataf kepada ayat (qalu) yang menjadikannya terikat dengan waktu bersunyi-sunyi, walaupun penghinaan Allah ini berterusan.
Atau ataf kepada ayat (iza khalau) yang menjadikan kata-kata ini sebagai penyempurna kepada sifat tiada pendirian mereka.
Atau ataf kepada ayat (iza laqu) yang ia memastikan tujuan setiap ayat ini hanya satu, walaupun ayat yang pertama menerangkan perbuatan, yang kedua pembalasan, dan ini adalah rentetan yang batil, penyambung yang tidak sah, tiada andaian lain kecuali ayat itu datang sebagai pemula untuk menjawab kepada soalan yang ditakdirkan.
Kemudian pada permulaan ini ada isyarat dan petunjuk bahawa betapa buruk dan jahatnya mereka hingga ke tahap memaksa jiwa setiap orang yang mendengar dan melihat untuk bertanya : bagaimanakah balasan orang yang begini amalannya?
Kemudian pembukaan dengan kalimah (Allah) ketika fikiran pendengar sedang menunggu-nunggu jawapan balas daripada golongan beriman, ia isyarat penghargaan Allah terhadap golongan beriman dan kasih sayangnya pada mereka, di mana Allah menjawab menggantikan mereka.
181. Page
Dan ia juga tanda ancaman terhadap mereka, agar tidak menghina golongan yang sandarannya kepada yang Maha mengetahui perkara-perkara ghaib.
Dan ia juga isyarat agar hentikan perbuatan tersebut, dan jangan melihat kepada penghinaan mereka seperti tiada apa-apa, malah lihatlah pada pembalasannya.
Kemudian istilah kemurkaan Allah swt kepada mereka juga mengguna kata memperolok – iaitu kata yang tidak layak pada zatnya Allah swt – sebagai balasan balik yang setimpal, dan ia mengisyaratkan bahawa kemurkaan adalah hukuman memperolok, itulah natijah yang sepatut baginya, walaupun yang dimaksudkan berterusan diperolok, iaitu dihina.
Dan ia juga mengisyaratkan bahawa perbuatan hina mereka tidak membawa faedah, malah memudaratkan, menjadi penyebab penghinaan Allah terhadap mereka, seperti orang yang menyangka ia menghina kamu walaupun kamu melihatnya seperti orang gila, kamu hanya ingin ia bercakap hatta sekadar mengutuk kamu, supaya kamu boleh mentertawakannya, maka penghinaannya itu adalah sebahagian dari penghinaan kamu.
Kemudian pada kata ( yastahziu) guna “fiil mudharik”, walaupun sebelumnya kata (mustahziun) guna “Isim Fail”, ini mengisyaratkan bahawa kemurkaan Allah swt dan penghinaannya terhadap mereka sentiasa diperbaharui, agar mereka merasai kepedihan dan terkesan dengannya, di mana jika tidak berterusan begitu akan kurang kesannya, bahkan mungkin tiada kesan, oleh itu dikatakan syarat untuk dirasai haruslah berbeza.
Adapun ayat (Wa yamudduhum fi tugyanihim ya’mahun) iaitu mereka merayu dengan sebab-sebab kesesatan dan menuntutnya, maka Allah swt pun memberikan kepada mereka.
182. Page
Pada kata (yamuddu) isyarat kepada menolak pemencilan diri (I’tizal).
Dan pada kandungan (yamuddu) ada tuntutan perpanjangan, ia isyarat kepada menolak paksaan, iaitu mereka memilih dengan pilihan yang buruk dan minta dipanjangkan, maka Allah taala memanjangkan kepada mereka dan membuka seluasnya kepada mereka.
Dan penyandaran kata “tugyan=melampau” pada kata “mereka” bermaksud : bahawa mereka punya pilihan, ia isyarat menolak alasan mereka dipaksa.
Dan pada kata “Tugyan” isyarat kepada mudharat mereka berkembang menenggelamkan segala kebaikan seperti banjir, dan meruntuhkan teras kesempurnaan, tidak tinggal kecuali hampas yang tidak berguna.
Dan kata “ya’mahun” bererti mereka dalam kehairanan dan keraguan, ini mengisyaratkan bahawa mereka tiada haluan, dan tiada tujuan tertentu.
﴿أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ ﴾ [ البقرة:16]
Ketahuilah bahawa kontek ayat ini dengan ayat sebelumnya ialah : ayat ini adalah konklusi dan gulungan daripada perincian yang terdahulu, dan ia membayangkannya dengan gambaran yang tinggi dan menarik, dan mengkhususkannya dengan selok belok perniagaan sebagai permisalan, kerana golongan yang ditujukan ini berada di barisan hadapan dalam merasai kemanisan berniaga dan kepahitanya ketika melakukan perjalanan musim panas dan musim sejuk.