NAVIGATION
182. Page
Pada kata (yamuddu) isyarat kepada menolak pemencilan diri (I’tizal).
Dan pada kandungan (yamuddu) ada tuntutan perpanjangan, ia isyarat kepada menolak paksaan, iaitu mereka memilih dengan pilihan yang buruk dan minta dipanjangkan, maka Allah taala memanjangkan kepada mereka dan membuka seluasnya kepada mereka.
Dan penyandaran kata “tugyan=melampau” pada kata “mereka” bermaksud : bahawa mereka punya pilihan, ia isyarat menolak alasan mereka dipaksa.
Dan pada kata “Tugyan” isyarat kepada mudharat mereka berkembang menenggelamkan segala kebaikan seperti banjir, dan meruntuhkan teras kesempurnaan, tidak tinggal kecuali hampas yang tidak berguna.
Dan kata “ya’mahun” bererti mereka dalam kehairanan dan keraguan, ini mengisyaratkan bahawa mereka tiada haluan, dan tiada tujuan tertentu.
﴿أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ ﴾ [ البقرة:16]
Ketahuilah bahawa kontek ayat ini dengan ayat sebelumnya ialah : ayat ini adalah konklusi dan gulungan daripada perincian yang terdahulu, dan ia membayangkannya dengan gambaran yang tinggi dan menarik, dan mengkhususkannya dengan selok belok perniagaan sebagai permisalan, kerana golongan yang ditujukan ini berada di barisan hadapan dalam merasai kemanisan berniaga dan kepahitanya ketika melakukan perjalanan musim panas dan musim sejuk.
183. Page
Dan kontek kesesuaiannya ialah : bahawa jenis manusia diutuskan di dunia bukan untuk tinggal di sana, malah untuk berniaga dengan modal mereka dari persiapan-persiapan, dan penerimaan-penerimaan supaya mereka bercucuk tanam dan kemudian menguruskan hasil-hasilnya.
Dan kemudian kontek susunan di antara kumpulan ayat-ayat ini :
Sesungguhnya ia tersusun dengan susunan secara fitrah, selari mengikut susunan permisalan, iaitu peniaga yang ditipu mengalami kekecewaan, diberi padanya modal yang tinggi lalu dibelinya racun dan perkara yang memudaratkannya, maka dia bergelumanglah dengan perkara itu, maka ia tidak untung dan tidak mendapat faedah, malah mencampakkannya ke dalam kerugian demi kerugian, sia-sialah modalnya, kemudian sesat jalan pula, di mana ia tidak dapat kembali lagi.
Adapun susunan kedudukan jumlah ayat secara berkumpulan : kata “Ula-ika=mereka itu” di letakkan untuk menarik perhatian orang yang jauh.
Adapun “menarik perhatian” adalah isyarat kepada keadaan setiap pendengar apabila mendengar jenayah-jenayah tersebut akan terbetik sesuatu dihati mereka, rasa ingin menjauh, marah yang kian bertambah secara berperingkat di mana timbul rasa ingin melihat mereka dilegakan dengan kemarahan tersebut, dan menghadapi mereka dengan menjauh dan menghina.
Dan adapun “perkara yang boleh dirasai” isyarat bahawa bersifatkan dengan sifat-sifat pelik ini akan menggambarkan mereka di fikiran sehingga mereka menjadi sensitive dengan sebarang bayangan.
184. Page
Dan “perkara yang boleh dirasai” juga isyarat kepada sebab musabab terbukanya rahsia terus bergelumang dengan maksiat demi maksiat.
Dan adapun rasa jauh, ia isyarat kepada betapa jauhnya mereka dari jalan yang benar, mereka telah pergi yang tiada kembali lagi, hanya pemergian ditangan mereka, tetapi tidak kembali.
Dan kata ( allazina= orang yang) isyarat bahawa jenis perniagaan ini pelik dan kotor, berlaku dan mula menjadi asas dan laluan dilalui orang, di mana telah disebut sebelum ini bahawa Isim Mausul (kata penghubung) isyarat kepada hakikat-hakikat baru yang sedang berlangsung.
Dan kata ( ishtarau= mereka telah membeli) isyarat kepada menolak alasan mereka mengatakan “bahawa Fitrah kami bergitu”, seolah-olah Al-Quran mengatakan kepada mereka : tidak, Allah taala telah memberikan kepada kamu nafas sepanjang umur sebagai modal, dan meletakkan di dalam jiwa kamu persiapan untuk kesempurnaan, dan telah menanam di dalam hati kamu tunas kebenaran, ia adalah hidayah secara fitrah untuk membeli kebahagian, tetapi kamu membeli yang lainnya – malah meninggalkannya – iaitu kelazatan segera dan kemanfaatan duniawi, maka kamu telah memilih dengan seburuk-buruk pilihan iaitu jalan kesesatan berbanding manhaj hidayah, maka kamu telah merosakkan hidayah secara fitrah, dan kamu sia-siakan modal kamu.
Dan kata (kesesatan (ditukar) dengan hidayah) padanya ada isyarat bahawa mereka telah rugi bertingkat-tingkat, di mana mereka telah rugi dengan memilih kesesatan, begitu juga mereka telah rugi meninggalkan nikmat yang besar seperti hidayah.
185. Page
Adapun ayat ( maka tiada untung perniagaan mereka) maka ketahuilah bahawa mengkhususkan penafian untung ini, walaupun mereka telah rugi dan sia-siakan modal mereka, adalah isyarat kepada orang yang berakal tidak akan masuk ke dalam perniagaan yang tiada untung padanya, apatah lagi ada kerugian dan sia-sia modal.
Kemudian ketika menyandarkan fiil kepada perniagaan (Rabihat) yang sepatutnya “mereka tidak untung dalam perniagaan mereka”, ia mengisyaratkan bahawa perniagaan mereka ini dari semua bahagiannya dan semua keadaannya secara keseluruhan dan perantara-perantaranya juga tiada faedah padanya sama ada secara bahagian atau keseluruhan, ia tidak seperti sebahagian perniagaan yang tidak mendapat keuntungan pada hasil dan usahanya, akan tetapi pada bahagian tertentu ada faedahnya, dan servis perantara-perantara juga banyak manfaat, adapun perniagaan ini buruk semata-mata, mudarat semuanya, dan sandaran seumpama ini seperti kata (Nama lailahu = dia tidur malamnya) di ganti dengan kata (Nama fi al-lail = dia tidur pada waktu malam), di mana yang pertama memberi maksud bahawa malamnya tenang dan sunyi, seperti orang tidur yang tidak diganggu malamnya oleh sesuatu pun dan tiada apa-apa yang muncul.
Dan adapun ayat (tidaklah mereka mendapat hidayah) iaitu sepertimana mereka rugi dan sia-siakan harta, begitu juga mereka telah sesat jalan, maka ayat tersebut didatangkan sesuai hiasannya dengan ayat-ayat sebelumnya mengikut cara (Ishtarau).
Dan padanya ada isyarat tersembunyi kepada ayat (Hudan Lil-Muttaqin) di awal surah, seolah-olah Allah taala berfirman : Ia telah memberi Al-Quran sebagai hidayah, tetapi mereka tidak menerimanya.