Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 17-20

186. Page

 

﴿مَثَلُهُمۡ كَمَثَلِ ٱلَّذِي ٱسۡتَوۡقَدَ نَارٗا فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ وَتَرَكَهُمۡ فِي ظُلُمَٰتٖ لَّا يُبۡصِرُونَ صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيٞ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ أَوۡ كَصَيِّبٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٞ وَرَعۡدٞ وَبَرۡقٞ يَجۡعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمۡ فِيٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطُۢ بِٱلۡكَٰفِرِينَ يَكَادُ ٱلۡبَرۡقُ يَخۡطَفُ أَبۡصَٰرَهُمۡۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوۡاْ فِيهِ وَإِذَآ أَظۡلَمَ عَلَيۡهِمۡ قَامُواْۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَٰرِهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴾


Maksud ayat : 18-20 ( Al-Baqarah)


Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). 18


Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). 19


Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. 20


Ketahuilah bahawa asas Ikjaz Al-Quran Al-Karim adalah pada susunan sasteranya, dan susunan sasteranya ada dua bahagian :


Pertama : ia seperti taburan mutiara, serakan perhiasan, lekukan ukiran, bahan ciptaannya adalah susunan makna dari tatabahasa literal yang berada di antara kata-kata, seperti cairan emas di antara ketulan perak, dan hasil dari jenis ini adalah kesenian halus yang terkandung perbahasannya di dalam ilmu Maani.

[1]


[1] Ilmu Maani adalah Ilmu yang meneliti keistimewaan susunan kata-kata dalam memberi faedah, dan apa yang berhubung dengannya untuk mengindahkan bahasa, dan selainnya untuk mengelak dari berlaku sebarang kesalahan dalam pelaksanaan percakapan ketika itu. Lihat Miftah Ulum 274, Idhoh fi Ulum al-Balaghah 1/16, Maqalidul al-Ulum 93, Dustur al-Ulama 2/266, at-Ta’rifat 1/201, Taarif 524, dan Mukjam al-Mustalahat al-Balaghiah Tatawwuriha karangan Ahmad Matlub 3/276.

 



187. Page

Kedua : ia seperti pakaian kebesaran, perhiasan yang mahal, digunting dari uslubnya mengikut kadar ketinggian maknanya dan ditenun semula picisan kain dengan jahitan yang tersusun, maka dipakai di atas ketinggian makna, atau atas satu kisah atau atas satu tujuan secara Bersama, dan pembikin bahagian ini dan penaungnya adalah Ilmu bayan[1], dan antara perbahasan terpenting ilmu ini adalah Permisalan.

Sesungguhnya Al-Quran Al-Karim banyak menggunakan permisalan hingga mencapai seribu permisalan, kerana dalam permisalan ada rahsia yang halus dan hikmah yang tinggi, di mana ia menjadikan kesamaran itu ditewaskan oleh akal, dan khayalan dipaksa untuk dipimpin oleh pemikiran, dan ia mengubah yang ghaib menjadi hadir, yang difikiran menjadi boleh disentuh, yang sekadar sebuah makna kini punya jisim, dengannya juga yang berserakan menjadi berkumpulan, yang bercampur menjadi sebati, yang berkhilaf menjadi bersatu, yang terputus jadi bersambung, dan yang bertangan kosong jadi bersenjata, jika kamu ingin perinciannya maka berilah perhatian bersamaku pada apa yang diiramakan oleh pemilik Dalail al-I’jaz fi Asrar Balaghatihi[2], dengan katanya :

Fasal Kedudukan Tamsil (Permisalan) dan kesannya[3].

Ketahuilah bahawa antara yang di sepakati oleh para cendiakawan : ialah Permisalan apabila datang di belakang kata-kata, atau muncul secara ringkas dalam kata-kata, dan memindahkan gambaran asal kepada gambarannya, ia telah memakaikannya dengan kemegahan, memberinya kedudukan, mengangkat martabatnya, menyemarakkan apinya, menggandakan kekuatannya untuk menarik jiwa ke arahnya, menyeru hati kepadanya, dan berusaha memberi kesan kepadanya dari seluruh sudut hati secara pukal dan paksaan, dan menekan jiwa agar memberi padanya kecintaan dan kerinduan.

Jika ia suatu pujian ia akan menambah kemegahan dan kebanggaan, jiwa merasa lebih mulia dan besar, perasaan lebih kuat digoncang, lebih cepat mesra, lebih menambah keriangan, yang dipuji sangat teruja, hingga ia mewajibkan anugerah pada pemuji, dan ia memberinya dengan kemuncak pemberian dan penganugerahan, dan ia menjadi buah mulut dan ingatan, dan yang paling utama dan terbaiknya ia melekat dihati.

[1] Yang dimaksudkan dengan Ilmu al-Bayan adalah dasar dan kaedah menyampaikan sesuatu makna dengan cara berbilang, dengan susunan yang berbagai. Lihat Miftah al-Ulum 249, Idhoh fi Ulum al-Balaghah 201, at-Ta’rifat 200, Mukjam Maqalid al-Ulum 98, dan Mukjam al-Mustalahat al-Balaghiah wa Tatawwuriha karangan Ahmad Matlub 1/406.
[2] Kitab Imam Abdul Qaher Al-Jurjani (wafat 474h) dalam Ilmu Bayan dan Badi’, antara cetakan awalnya ditahqiqkan oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghi 1948, dan berkali-kali cetakannya sehingga muncul cetakan Syeikh Mahmud Syakir dengan cetakan Madani, Kaherah, tahun 1991m.
[3] Lihat kenyataan ini secara penuh di dalam Asrar al-Balaghah, nota syeikh Syakir dari muka surat 115-116. 


188. Page

Jika ia suatu kejian, sentuhannya menyakitkan, rejamannya amat mendalam, tujahannya amat keras, matanya amat tajam.

Jika ia suatu hujah, penerangannya amat cerah, penguasaannya amat ketara, penjelasannya amat jelas.

Jika ia suatu kebanggaan, kedudukannya amat jauh, kemuliaannya amat besar, lidahnya amat hebat.

Jika ia suatu permohonan maaf, ia sangat dekat dengan hati dan sangat mencengkamnya, bagi pemabuk sudah tiada selera, untuk menjauhkan kemarahan sangat berjaya, dan untuk mengetat ikatan perjanjian tiuplah ia, dan untuk berdamai dengan cara baik hantar lah ia.

Jika ia suatu nasihat, ia sangat melegakan hati, sangat mengajak ke arah berfikir, sangat sampai untuk beri peringatan dan ancaman, dan sangat baik untuk menghilangkan segala halangan, dan menampakkan matlamat, menyembuhkan yang sakit, melegakan yang menggelegak, begitulah kedudukannya jika kamu dalami seni-seni percakapan dan jenis-jenisnya, dan kamu ikuti bab-babnya dan bahagian-bahagiannya. (selesai).

Kemudian pada ayat-ayat akan datang ini ada petunjuk-petunjuk yang I’jaz, rahsia-rahsia ilmu Balaghah, maka kami menyebutnya di sini kerana bersesuaian dengan masalah-masalah yang dikemukan berikut, contoh Permisalan dalam kategori Pujian seperti yang disebut Al-Quran Al-Karim ketika menyifatkan para sahabat :

﴾ Perumpamaan mereka di dalam Injil adalah seperti tumbuhan yang mengeluarkan tunasnya, tunas itu menguatkannya, dan ia menjadi keras dan mampu tegak di atas batangnya, ia mengkagumkan para petaninya ﴿ Al-Fath : 29. Dan bolehlah dikiaskan dengan perumpamaan sepertinya.

Dan permisalan dalam kategori Kejian :

﴾ Perumpamaannya adalah seperti Anjing jika kamu mengendongnya menjelirkan lidah atau kamu biarkannya tetap menjelirkan lidah ﴿. Al-A’raf : 176


189. Page

﴾ Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan Taurat kemudian tidak melaksanakannya adalah seperti Kaldai yang memikul kitab-kitab ﴿. Al-Jumuah : 5.

﴾ Sesungguhnya kami telah meletak belenggu dileher mereka, dan tangan mereka diikat ke dagu, maka terngadah (kepala mendongak kerana ikatan tangan ke dagu, tetapi mata tertutup kerana merasa hina) lah mereka ﴿. Yasin : 8.

Maka kiaslah dengan yang seumpamanya.

 

Dalam kategori berhujah dan mengemukakan dalil :

﴾ Perumpamaan mereka seperti orang yang menyalakan api ﴿ Al-Baqarah : 17.

﴾ atau seperti hujan dari langit padanya beberapa kegelapan ﴿ Al-Baqarah : 19.

﴾ Perumpamaan orang-orang kafir ialah seperti pengembala menjerit (memanggil binatang ternakannya) dengan perkataan yang tidak didengari kecuali panggilan dan seruan (yang tidak difahami) ﴿ Al-Baqarah : 171.

﴾ Perumpamaan orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tuannya seperti labah-labah membuat rumah ﴿ Al-Ankabut : 41.

﴾ Dan Dia telah menurunkan daripada langit air, maka mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya, maka ﴿ Ar-Raad : 17.

﴾ Allah taala telah memperumpamakan seorang lelaki yang dimilki beberapa rakan kongsi dan seorang lelaki hanya menjadi milik seorang lelaki, adakah sama kedua perumpamaan itu? ﴿ Az-Zumar : 29.

Maka kiaslah ke atasnya.

Dan seumpama kategori Kebanggaan – walaupun tidak dinamakan kebanggaan- ialah keterangan tentang keagungan Allah taala, kesempurnaannya sebagai tuhan, fimannya :

( Mereka tidak mengagungkan Allah dengan keagungannya yang sebenar, padahal bumi seluruhnya di dalam gengamannya pada hari kiamat, dan langit digulung dengan tangan kanannya, maha sucinya Allah dan maha tinggi dari apa yang mereka persekutukan ) Az-Zumar : 67. Kiaslah seumpamanya.


190. Page

Dan contoh Permisalan dalam kategori mohon keuzuran, tidak ada kecuali cerita-cerita golongan pemohon keuzuran yang batil yang menjadi hujah ke atas mereka, seperti firmannya :

Mereka berkata : hati kami ada tutupan dari apa yang kamu seru kami kepadanya, dan ditelinga kami ada sumbatan, dan di antara kami dan kamu ada dinding, maka buatlah kerja kamu, kami juga bekerja) Fussilat : 5. Dan kiaslah dengan perumpamaan yang lain.

Dan contoh dari Syair :

Jangan kamu kira bahawa tarianku di antara kamu keriangan,

Burung juga menari ketika disembelih kerana sakit.

 

Contoh dalam kategori peringatan dalam menggambarkan kenikmatan dunia apa yang disebut Al-Quran Al-Karim :

( Ia seperti hujan yang mengkagumkan para petani akan tumbuhannya, kemudian menjadi kering, kamu melihatnya berwarna kuning, kemudian ia hancur lerai). Al-Hadid : 20.

( Apakah kamu tidak perhatikan bahawa sesungguhnya Allah telah menurunkan daripada langit air, lalu diaturkannya menjadi sumber-sumber air di muka bumi, kemudian ditumbuhkannya dengan air itu tanaman-tanaman yang pelbagai warnanya) Az-Zumar : 21.

( Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, semuanya enggan memikul amanat itu, dan mereka kawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh). Al-Ahzab : 72.

( Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu melihatnya tunduk terpecah belah kerana takutnya pada Allah, dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir ). Al-Hashr : 21.   

( Maka kenapa mereka (orang kafir) berpaling daripada peringatan (Allah), seolah-olah mereka seperti kaldai liar terkejut bertempiaran, lari dari singa). Al-Muddathir : 49-51.

( Perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan harta mereka di jalan Allah seumpama sebiji benih menumbuhkah tujuh tangkai, pada setiap tangkai itu ada seratus biji benih). Al-Baqarah : 261.

( Seumpama sebuah kebun ditanah tinggi yang disirami hujan lebat). Al-Baqarah : 265.

 



191. Page

Di dalam kategori menghapus amalan soleh dengan menyakiti orang lain dan riak :

( Apakah suka seseorang dari kamu untuk mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai, dia punya bermacam-macam buah di dalamnya, dan datang masa tuanya anak-anak masih lemah (kecil), tiba-tiba kebun itu dilanda ribut berapi maka terbakarlah..) Al-Baqarah : 266.

( Perumpamaan orang-orang yang kafir kepada tuhan mereka, amalan mereka seperti abu ditiup angin keras dihari angin kencang, mereka tidak mendapat manfaat apa-apa dari usaha mereka itu, demikian itulah kesesatan yang jauh). Ibrahim : 18.

 

Contoh daripada peringkat percakapan dalam kategori menyifatkan sesuatu :

( kemudian Dia menuju kepada langit yang ketika itu masih asap, lalu berkata kepada langit dan bumi : datanglah kamu berdua (mengadapku) denga sukarela atau terpaksa, keduanya menjawab : kami datang dengan sukarela). Fussilat : 11.

( dan difirmankan : “wahai bumi telanlah airmu, wahai langit Tarik balik airmu”, dan air pun menjadi surut dan selesailah urusan, dan bahtera (Nuh) berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan binasalah orang-orang yang zalim). Hud : 44.

( Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah taala membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh, dan cabangnya menjulang ke langit, ia memberi buahnya pada setiap musim dengan izin tuhannya.. ) Ibrahim : 24-25.

( Dan perumpamaan kata-kata yang buruk seperti pohon yang buruk, tercabut akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap menegak sedikit pun) Ibrahim : 26.

Dan contoh dari Syair :

Dan malam bergeraklah bintang-bintang dipaksinya

seperti taman terapung ditengah sungai bunga-bunganya.[1]


[1] Rangkap syair milik Ibn Nabih Al-Masry di dalam diwannya muka surat 6, ia dari Bahar Basit dalam qasidahnya yang dimulai dengan rangkap :
باكر صبوحك أهني العيش باكره      فقد ترنم فوق الأيك طائره



192. Page

Ketahuilah bahawa setiap ayat dari ayat-ayat perumpamaan punya peringkat, susunan, gambaran, dan cara persembahan yang pelbagai, setiap darinya pada setiapnya punya penjagaan dan jaminan bagi setiap kelompok kategori masingt-masing.

Sepertimana jika kamu mengambil gelas-gelas dari perak, dan hiasannya salutan emas, kemudian kamu ukirnya dengan batu permata, kemudian kamu berikan berbagai cahaya dengan menggunakan elektrik, kamu akan lihat padanuya tingkat-tingkat kecantikan, dan kepelbagaian hiasan, begitulah pada setiap ayat-ayat tersebut dari maksud asalnya dipindah ke bentuk perumpamaan yang melahirkan isyarat-isyarat, dan mengembangkan dari rumusan-rumusan kepada maqam-maqam, seolah-olah maksud asalnya disalurkan ke peringkat-peringkat, lalu setiap darinya mengambil warna dan bahagian masing-masing sehingga kata-kata tersebut menjadi himpunan kata-kata, bahkan menjadi himpunan segala-gala himpunan kata.

 

Fasal dan Mukhaddimah

Ketahuilah bahawa orang yang bercakap itu seperti mana ia memberi maksud yang berfaedah, kemudian memuaskan akal dengan menggunakan dalil, begitu juga ia mencampakkan ke dalam hati perasaan dengan menggunakan gambaran perumpamaan, lalu ia membentuk di hati rasa cenderung atau menjauh, dan mempersiapkannya untuk diterima.

Maka percakapan yang bagus itu ialah apa yang dapat dimanfaatkan akal dan hati bersama, seperti mana ia masuk ke akal, ia juga menitis ke hati, dan yang boleh menjamin dari dua sudut ini ialah permisalan, di mana ia mengandungi kias, dan membalikkannya di cermin perumpamaan secara hukum yang serasi dengan apa yang diumpamakan dengannya, seolah-olah dakwaan orang yang dimanjakan, seperti kamu berkata kepada ketua yang berkerja keras untuk kesenangan rakyatnya ;

“ Gunung yang tinggi menanggung beban salji dan kesejukan, demi untuk menghijaukan lembah-lembah di bawahnya”.


193. Page

Kemudian perkara yang membuat permisalan diperlukan ialah mendalam dan terperincinya makna, diguna permisalan untuk menonjolkannya, atau maksud yang terpisah-pisah dan bertebaran, diguna permisalan untuk mengikatnya.

 Perumpamaan antara yang pertama dalam Mutasyabihat Al-Quran, di mana ia pada para peneliti adalah sejenis pemisalan-pemisalan tahap tinggi, cara untuk menyampaikan sesuatu hakikat semata-mata  menggunakan akal.

Kerana orang awam selalunya tidak dapat menerima sesuatu hakikat itu kecuali dalam bentuk khayalan, dan mereka tidak memahami perkara-perkara yang menggunakan akal semata, kecuali dengan cara memberi gambaran, seperti (Allah talaa berada di Arash)[1] termasuk dalam kategori Mutasyabihat untuk menyantuni fikiran mereka dan meraikan kefahaman mereka.

Kemudian aku telah simpulkan - sebelum ini – antara perkara yang paling asas dalam ilmu Balaghah ialah muqaddimah untuk menerangkan 12 masalah dalam I’jaz Al-Quran Al-Karim, setiap darinya terikat dengan beberapa hakikat[2], ketika mana aku menyebut ayat-ayat perumpamaan di sini – sekaligus – sesuai dengan ringkasan masalah-masalah tersebut, maka kita kata dengan Allah kami memohon taufik :

Masalah Pertama :

Sesungguhnya kelahiran seni Balaghah ini hanyalah terkait susunan makna, tanpa mengira susunan lafaz, sepertimana yang berlaku kepada golongan “Lafziyyun Mutasollifun”[3], yang cinta pada lafaz menjadi penyakit kronik pada mereka, sehingga syeikh Abd Qadir Al-Jurjani menolak pandangan mereka dalam kitab Dalail Al-I’jaz wa Asrar Al-Balaghah, dan beliau mengkhususkan perdebatan dengan mereka lebih dari 100 muka surat.


[1] Al-A’raf : 54.
[2] Yang dimaksudkan ialah Risalah (Unsur Al-Balaghah) dari Rasail An-Nur.
[3] Golongan Lafzi yang melampaui kadar dan batas.

 



194. Page

Nazmu Maani (menyulam makna) : ibarat memberi maksud di antara beberapa kalimat dalam tata Bahasa, iaitu mencairkan makna secara literal di antara kata-kata untuk menghasilkan ukiran yang pelik.

Jika kamu meneliti pasti kamu nampak bahawa laluan biasa kepada sesuatu pemikiran dan perasaan itu datangnya dari penyulaman makna, dan ia lah yang mengukuhkan kanun mantik, dan Teknik mantiklah yang membawa dari fikiran kepada kenyataan, dan pemikiran yang sampai kepada kenyataan ialah yang terlaksana perincian sesuatu perkara dan nisbahnya, dan nisbah sesuatu perkara itu dialah penghubung kepada penyulaman yang sempurna, dan penyulaman yang sempurna adalah cengkerang kepada kecantikan yang menjadi sumber segala kecantikan, dan kecantikan ini adalah taman bagi bunga-bunga Balaghah yang dinamakan keindahan dan keistimewaan, dan itulah taman bunga yang dilewati dan dikunjungi oleh burung-burung yang bernama Bulagha’ (ahli Balaghah) dan perindu fitrah, burung-burung ini kicauannya menarik dan indah, ianya terlahir dari potongan gema rohani mereka yang bertebaran dari tiub-tiub sulaman makna.

Hasilnya : seluruh kewujudan ini berada di kemuncak balaghah, ia telah dibangun dan dinyanyikan oleh penciptanya dengan fasih dan bersastera, maka setiap bentuk dan setiap jenisnya – dengan sulaman yang tergabung di dalamnya – adalah satu mukjizat di antara mukjizat-mukjizat yang maha kuasa, maka kata-kata jika mencapai tahap reality, bertepatan sulaman dengan susunannya, ia akan mencapai kemuncak keindahan dengan seluruh sudutnya, jika tidak, hala tuju kepada penyulaman lafaz berlaku dalam buat-buat, dan menunjuk-nunjuk, seolah-olah ia jatuh ditanah kering dan pada fatamorgana yang menipu.

Rahsia penyelewengan dari balaghah yang normal ialah :

Ketika mana orang ajam (bukan Arab) tertarik ke arah penguasaan bahasa Arab dan hendak menjadi Arab, mulalah pembuatan lafaz kepada mereka menjadi sangat penting, dan rosak lafaz tersebut dengan percampuran pada keistimewaan bahasa al-Mudhari[1] yang menjadi asas kepada Balaghah Al-Quran Al-Karim, dan ia memberi warna yang berlainan dengan penyampaian Al-Quran, sedangkan bahan galian asalnya dari sentuhan kaum Mudhar dan mengikut citarasa mereka, tetapi kebanyakan golongan mutakhir ini mengikut hawa nafsu sukakan lafaz.


[1] Nisbah kepada Mudhar, satu keturunan dari Adnaniah, keturunan ini nasabnya dari Nadhar bin Nizar bin Maad bin Adnan (lihat Al-Bidayah wa An-Nihayah 2/156), telah tersebut di dalam kitab Al-Masohif milik Abu Daud As-Sajastani : “…. Ketika mana Umar ingin menulis (mashaf) Al-Imam, beliau memanggil beberapa sahabatnya dan berkata : jika kamu berselisih dari sudut Bahasa maka tulislah ikut Bahasa Mudhar, sesungguhnya Al-Quran diturunkan kepada seorang lelaki dari Mudhar” (Al-Masohif : 63). Di sebut di dalam tafsir al-Qurtubi “…. Mereka berhujjah dengan kata-kata Uthman (Affan) : telah turun Al-Quran dalam bahasa Mudhar”. lihat al-Qurtubi : 1/45, dan lihat al-Itqan : 1/134.


195. Page

Meleretkan kata-kata : Menghias lafaz hanya akan menjadi perhiasan apabila bertepatan dengan makna yang tabii.

Membesarkan sesuatu gambaran makna, hanya akan menjadi kemegahan baginya jika diizinkan kedudukannya.

Mencerahkan cara penyampaian hanya akan menjadi menarik apabila dibantu oleh persiapan objektifnya.

Keindahan tashbih hanya akan bertambah bagus jika terasas berdasarkan kesesuaian maksud dan diredai kehendak. Dan keagungan khayalandan dan pengembaraannya hanya akan menjadi balaghah apabila tidak menyakiti reality, dan tidak membebankannya, dan khayalan menjadi perumpamaan kepada hakikat, malah menjadi cabang-cabangnya.

Jika kamu inginkan contoh yang menyeluruh kepada rangkaian-rangkaiannya, maka hendaklah kamu kembali kepada ayat-ayat perumpamaan yang telah disebut.  

Masalah kedua :

Sesungguhnya sihir ilmu Bayan apabila muncul pada kata-kata, ia akan menjadikan lintasan-lintasan itu seperti bayang-bayang, yang sekadar makna seperti berjisim, benda-benda mati seperti punya ruh, tumbuh-tumbuhan seperti orang berakal, maka berlakulah di antaranya dialog, yang kadang-kadang mengheret kepada pertengkaran, dan kadang-kadang membawa kepada berbaik-baik, maka menari-narilah benda-benda mati pada pandangan khayalan, jika kamu ingin contoh selami potongan syair ini :

 

Atau dengarlah pecinta bumi bersama hujan di dalam syair ini :

Bumi mengadu kerinduannya kepadanya           dan ia memercikkan airnya seperti percikan ludah

Gambaran ini hanyalah cabang dari penyuaraan bumi yang kering dengan turunnya hujan setelah sekian lama, semestinya pada setiap khayalan di sana ada tunas-tunas kebenaran seumpama contoh ini, dan semestinya pada cerminan setiap Majaz ( kata kiasan ) ada cahaya kebenaran, jika tidak, sastera khayalan hanyalah satu khurafat tanpa asal usul, tidak memberi faedah kecuali hanya kekeliruan.

196. Page

Masalah ke tiga :

Ketahuilah bahawa kesempurnaan percakapan dan keindahannya, perhiasannya yang berbentuk ilmu Bayan dan keseniannya, dan keseniannya yang berbentuk gambaran perkara-perkara sebenar dan acuan ilmu Maani yang diambil daripada potongan-potongan kata pinjaman (Istia’rah) yang berbentuk perumpamaan, seolah-olah potongan-potongan kata itu adalah khayalan sebuah paparan cinema, seperti memperlihatkan kata “Buah” itu merangkumi kebun dan taman-tamannya, dan kata “beradu satu lawan satu” itu merangkumi sebuah peperangan.

Sesungguhnya perumpamaan-perumpamaan diasaskan berdasarkan kesesuaian kontek di antara benda-benda yang ada, dan pantulan dari system alam ini, dan mengaitkan (melintaskan)  suatu perkara dengan sesuatu perkara yang lain, seperti mengaitkan (melintaskan) melihat anak bulan di persada langit di dalam fikiran orang-orang arab yang membesar dengan pohon tamar yang dahannya berwarna putih dengan mayangnya yang lama, membengkok di samping gugusan tamar tersebut, di dalam Al-Quran ( Sehingga bulan itu Kembali menjadi seperti Mayang tamar yang lama) Yasin : 39.

Kemudian faedah seni perumpamaan ini seperti di dalam ayat tersebut ialah : Pembicara menggunakan perantara kata pinjaman berbentuk perumpamaan (Istia’rah Tamsiliyyah) yang memperlihatkan akar umbi yang mendalam, dan menghubungkan makna-makna yang berserakan, dan apabila diletakkan ditangan pendengar sebahagiannya, ia akan mampu untuk membawa maksudnya yang sebahagian lagi, maksud tersebut berpindah kepadanya kerana ada perantara yang menghubung, maka dengan melihat sebahagian, akan difahami sedikit demi sedikit sehingga sempurna, walaupun dalam keadaan gelap, maka sesiapa yang mendengar dari Jauhari (Syeikh Ali Tontowi Al-Jauhari) apa yang dikatanya Ketika menggambarkan Al-Kalam Al-Baligh : ialah apa yang berjaya ditusuk oleh fikrah, Khammar (ahli Bahasa) pula mengatakan : ia adalah apa yang dimasak di dalam periuk-periuk ilmu, Jammal (ahli Bahasa) pula mengatakan : ia adalah apa yang diambil dari pemacunya dan diletakkannya pada tempatnya makna yang berpindah kepada kesempurnaan maksud dengan susunan yang sangat berhati-hati.


197. Page

Setelah itu, hikmah dalam pembentukan seni ini ialah : pembicara dengan kehendaknya menyeru dan membangunkan maksud-maksud yang tersimpan di sudut-sudut hati, seolah-olah ia berkaki ayam dan tidak berpakaian, maka maksud-maksud tersebut keluar dan masuk ke dalam khayalan, dan ia dipakaikan dengan apa yang di dapati dari gambaran-gambaran yang datang di sebabkan susunan kata itu, atau kebetulan masuk, atau kerana kebiasaan, atau kerana perlu, dan ia tidak kurang dari melilit tuala di kepalanya dengan susunan kata itu, atau mencelupnya dengan warna tertentu, dan apa yang kamu dapatinya di dalam muqaddimah kitab-kitab bagaimana mahirnya mereka meletakkan pemula kata bersesuaian dengan maksudnya, itu antara yang contoh paling jelas dalam masalah ini.

Kemudian seni percakapan ini boleh jadi berdasarkan imaginasi pembicara, ia seperti di dalam persembahan Al-Quran, jangan kamu lupa.

Kemudian di peringkat persembahan (uslub) itu berbeza lagi, ada yang lebih lembut dari bayu apabila bertiup, ia mengisyaratkan kepada bentuk-bentuk percakapan, dan ada yang lebih tersembunyi dari pengintip-pengintip perang, tiada siapa dapat menciumnya kecuali yang punya kepakaran perang, seperti Az-Zamahsyari[1] dapat menghidu ayat ( من يحيي العظام وهي رميم    ) mengguna persembahan “ orang yang bertanding dimedan perang”[2].

Jika kamu mahu maka telitilah ayat-ayat yang disebut, kamu akan lihat kebenaran topik ini dalam gambaran yang paling halus.

Jika kamu mahu, ziarahlah imam Al-Busoiri[3], perhatikan bagaimana ia menulis senarai ubatannya dengan persembahan yang bijak, katanya :

Deraikanlah airmata, dari pelupuk mata yang penuh noda dosa, peliharalah rasa sesal dan kecewa kerana dosa.[4]

Beliau telah mengisyaratkan penggunaan uslub ini dengan kata : Al-Hamiyyah ( maksud asalnya “semangat” yang biasa diguna di dalam perang ).

Atau dengarlah daripada Hudhud Sulaiman, bagaimana ia mengisyaratkan kepada kejuruteraannya dengan katanya :

أَلَّاۤ يَسۡجُدُواْۤ لِلَّهِ ٱلَّذِي يُخۡرِجُ ٱلۡخَبۡءَ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ

Supaya mereka tidak sujud pada Allah yang mengeluarkan “ benda tersembunyi” yang ada dilangit dan bumi..[5]


[1]. Beliau adalah Mahmud bin Omar bin Muhammad bin Ahmad Al-Khawarizmi Al-Zamakhsyari, Jarallah, Abu Al-Qasim, dari kalangan tokoh ilmuan Agama, Tafsir, Bahasa, Sastera, dilahir di Zamkhsyar, sebuah kampung di Khawarizam, tahun 467h, telah bermusafir ke Mekah, dan berjiran dengan beberapa Ketika, maka digelar Jarallah, dan sering berpindah randah dari negeri ke negeri, kemudian kembali ke Jurjan, sebuah perkampungan di Khawarizam, dan wafat di sana tahun 538h, antara karangan beliau yang mashur tafsirnya Al-Kassyaf, lihat terjemahan beliau di Al-A’lam : 7/178. 

[2] . Lihat tafsir Al-Kassyaf : 4/33.

[3] . Beliau adalah Imam Syarafuddin, Muhammad bin Said bin Hammad bin Abdullah As-Sonhaji Al-Busoiri Al-Masri, Penyair yang mahir mengadun dan menyesuaikan maskud-maksudnya, dinisbah kepada daerah Busoir di Mesir, mempunyai Antologi Syair yang dicetak, dan telah terkenal antara syairnya Qasidah Al-Burdah dalam memuji Nabi saw. Dilahirkan pada tahun 608h – wafat pada tahun 698h, lihat Al-A’lam : 1/139. 

[4] . Bait 21 dari Qasidah Al-Busoiri.

[5] . An-Naml : 25.



198. Page

Masalah ke empat :

Ketahuilah bahawa Al-Kalam (percakapan) hanya akan mempunyai kekuatan dan kemampuan apabila bahagian-bahagiannya menepati kata-kata ini :

Ibarat-ibarat kami pelbagai, kecantikanmu hanya satu semuanya kepada kecantikan itu ditujukan.

Hendaklah saling berintraksi antara elemen-elemen percakapan itu dengan susunan dan kedudukannya, (jika) semuanya dimanfaatkan ditangan seseorang akan berjaya memperlihatkannya, dan semuanya digunakan dengan sepenuh kekuatannya akan mencapai tujuan bersama intipati-intipatinya yang khusus, seolah-olah tujuan bersama itu sebuah kolah yang diminum dari semua sudutnya yang basah, maka lahirlah dari sudut ini intraksi yang saling membantu, dari itu pula sistematik, dari ini pula kesesuaian, darinya pula keindahan dan kecantikan sebenar.

Inilah rahisa dari ilmu Balaghah, bersinar-sinar dari keseluruhan Al-Quran, apatah lagi pada ayat

 الٓمٓ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ 

Sepertimana kamu telah dengarinya dengan seumpamanya, firman Allah swt :

وَلَئِن مَّسَّتۡهُمۡ نَفۡحَةٞ مِّنۡ عَذَابِ رَبِّكَ

Masalah Kelima

Ketahuilah bahawa kekayaan kata, perbendaharaan dan keluasannya tergantung kepada asal kata itu sampai kepada asal maksud, begitu juga cara menyampaikan, bentuk kata-kata tersebut, dan kata-kata yang mengiringinya hendaklah mengisyaratkan, menunjukkan dan menggambarkan kepada kelaziman tujuan, perkara-perkara sampingannya dan cabang-cabangnya, seolah-olah dapat dilihat satu tingkat demi satu tingkat, dan satu peringkat demi satu peringkat.

Jika kamu inginkan contoh, maka telitilah pada firman Allah :

  Hingga ke akhirnya.وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ

 Hingga akhirnya, mengikut cara penafsiran yang lepas.وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ 


199. Page

Masalah Keenam :

Ketahuilah bahawa maksud-maksud yang terhasil dari pemetaan kalam yang diambil dengan ukiran alat photografi, ia melafazkan kata dalam pelbagai bentuk dan peringkat yang berbeza, ada yang seperti angin yang dapat dirasai, tidak dapat dilihat, ada yang seperti laut, boleh dilihat tapi tak boleh diambil, ada yang seperti air boleh diambil, tidak boleh dibentuk, ada yang seperti Pancalogam (campuran beberapa logam) boleh dibentuk tetapi tidak boleh ditentukan lagi asalnya, ada yang seperti permata yang diandam dan emas yang ditempa, tetapi masih boleh dikenali, kemudian dengan pengaruh tujuan dan kedudukan boleh jadi (kata-kata tersebut) membuatkan udara menjadi keras, kadang-kadang kamu akan menemui satu makna pada tiga keadaan, apakah kamu tidak lihat apabila jiwamu dipengaruhi sesuatu dari luar akan bergolakkah hatimu? Maka ia akan memberi kesan kepada perasaan, dan kesan itu akan menerbangkan makna yang diingini, dan melahirkan makna ikut pengaruh tadi, kemudian terhasillah sebahagian sahaja maksudnya, dan dari sebahagian itu membentuk bahagian yang lain, kemudian ia terbentuk lagi bahagian yang lain, maka pada setiap peringkat ini akan gugur dan terpakai sebahagiannya, dan akan tinggal sebahagian makna itu tergantung seperti tergantungnya sebahagian suara ketika membentuk huruf-huruf, seperti jerami ketika masih dipenuhi bijirin.

Antara ciri “al-Baligh” (nilai sastera yang tinggi) ia akan berfaedah jika kalam itu jelas dengan maksud, sesuai dengan keadaan, dan ia yang dikehendaki oleh pembicara, kemudian peringkat seterusnya mengirimkan maksud tersebut dengan nisbah darjah yang hampir, mengikut keterikatan petunjuk, dorongan isyarat, kualiti persembahan, meraikan susunan komposisi, sesuai dengan metod dan meneliti peringkat-peringkat pembicara.


200. Page

Kemudian ada di antara makna-makna yang berkaitan menggunakan ‘huruf angin’, ia tidak punya lafaz khusus, tidak punya kedudukan tertentu, malah ia seperti angin yang berlalu, kadang-kadang terselindung dibalik kalimat, kadang-kadang tersirat dibalik kata, kadang-kadang ia termasuk dalam penceritaan, jika kamu perahnya baru ia menitik, seperti rasa kesal yang tersirat di dalam ayat ( إني وضعتها أنثى ), dan rasa menyesal dalam syair ( ليت الشباب ), seperti rasa rindu, ingin memuji, menujukan kata, isyarat, rasa perit, rasa hairan, rasa teruja, rasa bangga dan lain-lain.

Kemudian ia ada syarat pergaulan yang baik di antara makna-makna yang bersesak-sesak itu, iaitu dengan pembahagian yang teliti dan prihatin mengikut peratus sumbangannya pada tujuan yang utama. Jika kamu inginkan contoh kepada isu ini, maka dari awal surah hingga ke ayat ini adalah contoh yang paling nyata terpapar di dalam penjelasan terdahulu.

 

Masalah ketujuh :

Ketahuilah bahawa khayalan yang tersirat di dalam metod mestilah cabangnya berasal dari benih yang sebenar, dan ia menjadi seperti cermin yang mengimbas -khayalan itu di dalam maksud-maksudnya- riflek-riflek dan telahan-telahan yang tersirat dari sumber-sumber luaran.

Dan falsafah ilmu Nahu yang punya ikatan-ikatan tertentu di dalam buku-bukunya juga dari kategori ini, seperti dikatakan : ‘Ar- raf’u li al-Fail’ kerana yang kuat akan mengambil yang kuat, jadi ikutilah kaedah ini.

 



[1] Amr bin Uthman bin Qanbar, Imam ahli Basrah, pemilik (Al-Kitab) dalam Ilmu Nahu, wafat tahun 196h. lihat pengenalan beliau dalam Bughyah Al-Wuat : 2/230.


201. Page

Masalah kelapan :

Ketahuilah bahawa Sibawaih[1] telah mewartakan bahawa huruf-huruf yang mempunyai berbilang maknanya seperti (min), (ila), (ba) dan selainnya, satu makna asal yang ada padanya tidak akan hilang, akan tetapi ia mengikut kedudukan dan tujuan, kadang-kadang ia menyerap makna yang tergantung, dan menariknya ke makna yang dalamnya, maka jadilah makna asal sebuah gambaran dan metod kepada makna baru.

Begitulah sesungguhnya yang mengetahui dengan fiqih Bahasa, apabila ia meneliti akan diketahui bahawa lafaz yang dikongsi biasanya punya makna yang sama, kemudian dengan ‘Munasabat’ akan berlaku ‘Tashbihat’, kemudian darinya menjadi ‘Majazat’, kemudian darinya menjadi fakta-fakta yang diketahui secara uruf, kemudian makna itu berkembang, sehinggakan (al-Ain) yag makna asalnya penglihatan atau sumber air, diguna juga untuk matahari dengan isyarat kepada alam atas melihat ke alam bawah, atau air kehidupan ibarat cahaya yang mengalir daripada mata air di gunung putih yang bersinar, dan kiaslah dengannya.

 

Masalah kesembilan

Ketahuilah bahawa setinggi-tinggi level ilmu Balaghah yang menggagalkan orang mengesan makna sampingan, fikiran seseorang dan gambaran yang mudah itu ialah kerana ia menjaga, merai dan melihat kepada pembicara sekaligus, berapa peratus keterikatan kalamnya dengan kalimat-kalimatnya, keseimbangan ayat-ayatnya yang akan memperlihatkan semuanya bersama dengan yang lain, ibarat ukiran yang bersambung-sambung hingga ke ukiran terbesar, sehinggakan seolah-olah pembicara itu menggunakan beberapa akal dengan akalnya, seperti pembina istana yang meletakkan batu-batu berwarna yang menghasilkan satu ukiran yang unik pada penglihatan dan selari dengan semua bahagiannya, seperti “Al-Ain” (kepelbagaian) yang punya titik persamaan di antara khulafa Ar-Rashidin, dan antara yang paling jelas dalam masalah ini adalah firman Allah taala :

 


[1] Amr bin Uthman bin Qanbar, Imam ahli Basrah, pemilik (Al-Kitab) dalam Ilmu Nahu, wafat tahun 196h. lihat pengenalan beliau dalam Bughyah Al-Wuat : 2/230.


202. Page

Masalah kesepuluh :

Ketahuilah bahawa kefasihan berbicara yang diterbitkan secara halus dan manis akan menjadikan makna-makna yang saling melengkapi dan bercampur-baur yang tersirat dan tersurat padanya itu menyatu, atau yang saling berlawanan itu terselaras, supaya kekuatan manfaat dan tujuan (mengeluarkan kata-kata itu) tidak terambil daripada sumber-sumber sampingan, bahkan pusatnya yang akan menarik kekuatan dari seluruh penjurunya, dan antara kefasihan juga adalah menentukan maksud, dan kefasihan juga bila terjelas pertemuan maksud-maksudnya.

 

Masalah kesebelas :

Ketahuilah bahawa keselamatan kata-kata adalah penyebab kesahehan dan kekuatannya, iaitu kata-kata itu hendaklah mengikut prinsip-prinsip dan punya bahan bukti, dan hendaklah mengikuti kelaziman dan sesuai dengan kata-kata pengiringnya, dan ada keterikatan (iaitu menggunakan kata-kata yang tidak mengelirukan) dengan topik yang sedia ada dan yang masih dalam andaian, dan cara mengadunkan kedua-duanya, ini membawa kepada melupus segala prasangka dan keraguan, seolah-olah setiap keterikatan menjadi jawapan kepada soalan yang dianggarkan, jika anda inginkan contoh maka lihatlah surah Al-Fatehah.

 

Masalah ke dua belas :

Ketahuilah bahawa metod (al-Asalib) ada tiga jenis :

 

Pertamanya :

Tanpa metod ( al-Uslub al-Mujarrad) yang warnanya satu, keistimewaannya ialah ringkas, fasih, selamat, istiqamah, maka ia lebih mudah difahami. Tempat penggunaannya dalam pergaulan, perbualan, dan pengajaran ilmu alat, jika kamu ingin contoh yang fasih tentangnya bacalah kitab-kitab Al-Jurjani.


203. Page

Kedunya :

Metod hiasan (al-Uslub al-Muzayyin), keistimewaannya memberi hiasan dan sinar, dan meransang hati dengan kerinduan atau kebencian, tempat yang sesuai baginya dalam ucapan memuji, mengeji, dan selain keduanya, siri-siri dialog dan seumpamanya, jika kamu keliru dengan contohnya maka masuklah dalam kitab “Dalail Ikjaz” dan “Asrar al-Balaghah” kamu akan lihat di dalam keduanya syurga-syurga hiasan.

Ketiganya :

Metod Tinggi (al-Uslub al-‘Ali), keistimewaannya keras, kuat, hebat, tinggi kerohaniannya, kedudukan yang sesuai untuknya : urusan ketuhanan, perkara-perkara usul, dan hikmah, jika kamu inginkan contoh yang jelas, satu gambaran menakjubkan, hendaklah kamu dapatkan Al-Quran, sesungguhnya di dalamnya ada apa yang mata tak pernah lihat, dan tidak pernah terlintas di hati yang paling bersastera.

 

( Tamat fasal ini, dan mukhaddimah secara ringkas)

 

Kemudian ketahuilah bahawa ruang pengamatan ayat kita ini ialah

 

مَثَلُهُمۡ كَمَثَلِ ٱلَّذِي ٱسۡتَوۡقَدَ نَارٗا فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ وَتَرَكَهُمۡ فِي ظُلُمَٰتٖ لَّا يُبۡصِرُونَ 


Al-Baqarah : 17


Pertama : susunannya dengan sebelumnya.

Kedua : susunan di antara jumlah-jumlahnya.

Ketiga : susunan metod jumlah demi jumlah.


Maka dengan melihat apa yang lalu, ketahuilah bahawa Al-Quran Al-Karim Ketika menjelaskan hakikatnya orang-orang munafik, dan menyebut jenayah mereka akan mengibaratkannya dengan permisalan “ 3 kisah lucu” :

204. Page

Pertamanya : Mengguna fantasi yang sangat sesuai kepada yang suka berimiginasi dari yang logik, dan terjamin menurut prasangka yang menimbulkan keraguan dan bertentangan dengan akal dan memandunya untuk menampakkan keburukan dalam gambaran biasa, dan menggambarkan sesuatu yang ghaib dengan gambaran yang boleh dilihat.

Keduanya : Meransang perasaan dan menggerak saraf agar selari apa yang boleh dirasai dan apa yang dipikirkan dengan membawa contoh dari akal agar dapat dilihat.

Ketiganya : mengaitkan makna-makna yang berserakkan dan memperlihat ikatan sebenar di antaranya melalui permisalan, dan juga meletakkan elemen fantasi agar penglihatan dapat mengesan perincian-perincian yang diabaikan oleh lisan.

 

Ketahuilah bahawa tempat kembalinya ayat-ayat ini yang sesuainya adalah kepada kelompok kisah Munafiqin, sepertimana ia begitu selari satu ayat demi satu darinya. Tidakkah anda lihat bahawa kesimpulan kisah ini mereka beriman dalam gambaran untuk mendapat keuntungn duniawi, kemudian menyembunyikan kekufuran, kemudian menampakkan kekeliruan dan keraguan, kemudian tidak menerima kebenaran, dan tidak mampu untuk kembali lagi, Ketika itumereka baru sedar.

 

Apakah yang paling sesuai? Keadaan ini dengan keadaan orang yang menyalakan kepada mereka api atau lampu, kemudian mereka tidak menjaganya dan terpadam, lalu mereka berada di dalam gelaplah, sehingga mereka tidak dapat melihat apa-apa dan semua benda menjadi tiada pada mereka.

Ketenangan malam ibarat mereka pekak, kegelapan malam dan terpadam cahayanya ibarat mereka buta, ketiadaan orang untuk berbicara dan penolong yang tidak membantu ibarat mereka bisu, dan tidak mampu kembali itu ibarat mereka hanya bayang-bayang yang beku tiada nyawa padanya.

205. Page

Kemudian yang ada di (Musyabbah bihi) perkara yang di samakan itu beberapa noktah asas yang selari dengan noktah asas yang ada di dalam (Musyabbah) perkara asal, seperti kegelapan melihat kepada kekufuran, kekeliruan kepada tiada pendirian, api kepada fitnah, dan kiaslah yang lainnya.

Jika kamu kata : di dalam permisalan itu ada “nur”, di mana nurnya munafik[1], supaya sempurna perlaksanaan contoh itu?

Akan dijawab padamu : jika tiada nur pada seseorang itu, mungkin ia boleh dapatkan dari sekitarnya, jika tidak ia akan dapatkan dari kaumnya, jika tiada juga mungkin ia boleh dapatkan dari temannya, jika tiada juga, dari dalam fitrahnya mungkin ia boleh dapat limpahan cahaya seperti penjelasan lalu, jika kamu tidak berpuas hati, mungkin dari lisannya (ada cahaya), melihat dari kacamata orang lain, atau dari kacamatanya sendiri agar tercatat sebagai manfaat dunia, jika tiada juga, maka diambil dari pandangan sebahgian orang, diambil cahaya itu dari orang-orang yang beriman, kemudiannya mereka murtad, jika tiada juga, anggaplah cahaya itu hanya satu isyarat yang mereka ambil manfaat darinya, sepertimana api adalah isyarat kepada fitnah. Jika anda tidak redha juga dengan penjelasan ini, maka diturunkan kemampuan mendapat hidayah kepada sekadar ada hidayah sahaja seperti yang diisyaratkan oleh ayat ( اشتروا الضلالة بالهدى) sesungguhnya ia (kata al-huda) adalah jiran terdekat untuk dijadikan permisalan.

Adapun dari sudut susunan di antara kata-katanya, maka hendaklah diketahui bahawa sulaman kata-kata ( مثلهم كمثل الذي استوقد نارا ) ia sangat bersesuaian dengan kedudukannya.


[1] . maksudnya ayat :  ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ Al-Baqarah : 17.



206. Page

Ya, keadaan si penyala api dalam gambaran seperti ini bertepatan dengan keadaan barisan pertama dari golongan yang dibicarakan oleh al-Quran al-Karim, mereka adalah penduduk kepulauan Arab, di mana tiada dari kalangan mereka kecuali pasti mengetahui keadaan tersebut dengan sendirinya atau dengan mendengarnya, malah merasai tahap kesan dan pengaruhnya, ini disebabkan oleh keterikan matahari mereka berlindung di bawah kegelapan malam, dan berjalan di dalamnya, dan kebanyakkan waktunya langit menutupi mereka, membuatkan jalan mereka menjadi buntu, malah mengheret mereka ke arah kebinasaan, dan ia juga terkadang membawa mereka ke simpang-simpang ke arah gua yang dipenuhi dengan benda-benda yang menyakiti, maka mereka tersesat jalan dan sangat perlu untuk menyalakan api atau lampu agar mereka dapat melihat rakan-rakan mereka dan merasai ketenangan, dan dapat melihat barang-barang kepunyaan mereka agar mereka dapat menjaganya, dan juga dapat mengetahui jalan untuk mereka laluinya, dan akan terlihat kepada mereka halangan-halangan dan gangguan-gangguan agar mereka boleh hindari, maka Ketika mereka baru hendak nikmati cahaya mereka tiba-tiba Cahaya itu disambar sesuatu dari langit, di mana mereka sedang berada dipuncak pengharapan dan baru hendak mencapai kejayaan yang diingini tiba-tiba jatuh kembali ke kancah putus asa secara mutlak, maka al-Quran catatkan keadaan ini dengan firmannya ( فلما أضأت ما حوله ذهب الله بنورهم).

Ketahuilah bahawa huruf Fa ( pada Falamma) menunjukkan kepada mereka menyalakan api itu untuk menikmati cahayanya, maka apabila menyala mereka merasa tenang dengan cahaya tersebut, dan ia diikuti dengan rasa kesal dan menyesal, alangkah beratnya kesan kehilangan api ke atas mereka Ketika mereka sedang menunggunya.

Kemudian kata syarat ini (lamma adhoat) memastikan nyalaan itu akan disambar cahayanya, dan tersembunyinya kepastian ini sudah menampakkan kepastian yang sepatutnya berlaku begitu : maka Ketika menyala mereka menikmati cahayanya dan sebuk, sehingga tidak menjaganya, tidak mempedulikannya, tidak menghargai nikmat tersebut, maka nikmat itu tidak mereka panjangkan dan dipanjangkan, lalu terpadamlah ia, kerana Ketika lalai dengan pemberian tersebut oleh kesebukan dengan perkara lain, - dengan rahsia ayat ( إن الانسان ليطغى ان راه استغنى )- menjadi sebab tidak dipanjangkan penyebab unuk terpadam, ia seolah-olah nyalaan itu sendiri menjadi sebab hilangnya cahaya.

207. Page

Adapun jumlah kata (وتركهم في ظلمات) setelah menyebut tentang kerugian mereka dengan kehilangan nikmat dengan hilangnya cahaya, diikuti dengan penghinaan terhadap mereka bagai ditimpa musibah apabila terjebak di dalam kegelapan.

Adapun jumlah kata (لا يبصرون) ketahuilah bahawa manusia apabila gelap menyelubunginya dan sesat jalannya, mungkin dia akan diam, dan menenangkan diri dengan memerhati teman-temannya dan para pengiringnya, jika ia tidak dapat melihat mereka, suasana sunyi menjadi musibah padanya seperti pergerakan malah lebih teruk dari itu.

Adapun ayat ( صم بكم عمي فهم لا يرجعون) ketahuilah bahawa manusia apabila terjebak di dalam ujian seperti ini, boleh jadi ia akan menenangkan diri, berfikir dan berharap ia akan selamat melalui empat cara seperti berikut :

Pertama : dia mengharapkan untuk mendengar suara-suara orang dari kampung atau orang-orang bermusafir, jika ia minta tolong mereka akan menolongnya, dan apabila berada di waktu malam yang tenang dan sangat sunyi akan menjadi sama dia dan orang yang pekak, maka bila Allah swt berfirman ( صم=menjadi pekak) maka terputuslah pengharapan ini.

Kedua : dia berfikir jika ia memanggil atau meminta tolong boleh jadi ada yang mendengar dan menolongnya, tetapi bila berada di malam yang sunyi pekat ini orang yang mempunyai lidah dan orang yang bisu itu sama sahaja, firman Allah swt (بكم) = menjadi bisu, seperti tersumbat batu dimulutnya maka terputuslah harapan ini.

Ketiga : dia berharap boleh selesai dengan melihat tanda tertentu atau api atau cahaya yang boleh membawanya ke tujuannya, tetapi apabila berada di malam yang tepu gelap gulitanya, mata tak terlihat apa pun, menjadi sama sahaja orang yang punya penglihatan dan orang yang buta, maka firman Allah swt ( عمي = menjadi buta) memadam pengharapan ini.

208. Page

Keempat : tiada pilihan lagi baginya kecuali berusaha untuk pulang, dan ketika kegelapan menyelubungi seperti ini ia seperti orang yang terjerumus masuk ke dalam becak dengan sendirinya dan enggan untuk keluar.

Ya, berapa banyak perkara yang berlaku kamu pergi kepadanya atas pilihan sendiri kemudian ditarik semula dari kamu upaya memilih itu untuk balik lagi kepadanya, kamu kehilangannya, dan ia meninggalkan kamu, firman allah swt ( فهم لا يرجعون)  untuk menutup pintu tersebut ke atas mereka, dan memutuskan tali terakhir yang mereka berpaut padanya, maka jatuhlah mereka ke dalam kegelapan putus asa, rasa asing, sunyi dan takut.

Adapun dari sudut ketiga, yang saya maksudkan : Menyusun ikatan-ikatan antara kumpulan-kumpulan kata, cuba lihat kepada kumpulan kata ( مثلهم كمثل الذي استوقد نارا) bagaimana berterbangannya bunga api kisah tersebut dari ikatan-ikatannya. Adapun kata ( المثل) mengisyaratkan kepada peliknya hal orang-orang munafik, bahawa kisah mereka amat pelik, kerana permisalan yang bermain di atas lidah-lidah dan diperkatakan oleh orang adalah kerana memiliki keanehan, di mana ciri-ciri istimewanya adalah keanehan. Kemudian kerana serasinya ia dengan kaedah asas dalam kata-kata permisalan yang dikatakan : Hikmah orang awam, atau falsafah am, maka yang kehendaki dari permisalan di sini adalah ciri mereka yang aneh, cerita mereka yang pelik, dan hal mereka sangat teruk, maka Ketika digambarkan menggunakan perumpamaan ia hanyalah pinjaman kata untuk menggambarkan keanehan tersebut, dan ia juga memberi maksud sesiapa yang mempunyai ciri-ciri seperti itu akan viral sebagai sesuatu yang menakutkan dan dilaknat, seperti orang menggunakan perumpamaan.

Adapun ( huruf kaf= seperti) jika kamu kata : kalau ia dibuang akan jadi Tashbihan Balighan ( satu nilai sastera yang tinggi dalam sastera Arab) maka ia jadi lebih tinggi nilai sasteranya? Maka akan dikatakan kepad anda : yang paling tinggi nilai sasteranya Ketika ini adalah menyebutnya, di mana ketika menyebutnya akan membangunkan fikiran agar memerhatikan permisalan itu secara dekat, ia akan berpindah dari satu poin penting ke poin yang penting seumpamanya juga pada apa yang disamakan, jika tidak ia mungkin meredah masuk di dalam permisalan tanpa maksud maka ia akan kehilangan beberapa perincian dalam pelaksanaannya.

209. Page

Adapun kata ( al-masal) yang kedua ia mengisyaratkan kepada hal orang yang menyalakan api dengan keanehannya, dan kewujudannya yang dirasai secara umum termasuk di dalam kategori melontarkan perumpamaan.

Adapun kata (al-Lazi=Yang) jika kamu tanya bagaimana ia datang secara sendiri padahal mereka berkumpulan? Akan dijawab padamu : jika sudah sama yang sebahagian dan yang penuh, yang sendiri dan yang berkumpulan, ia tidak lagi memberi kesan untuk berkongsi kata dalam ciri bersendiri sama ada banyak atau sikit, ia diperbolehkan dalam dua bentuk seperti ( كمثل الحمار ) penggunaannya secara sendiri (Mufrad) menunjukkan ia menjadi bebas setiap seorang untuk memiliki sifat buruk tersebut, dan menggambarkan kedahsyatannya, atau ( الذي) itu ( الذين ) Cuma ia diringkaskan.

Dan Adapun kata ( استوقد), huruf sinnya mengisyaratkan kepada berusaha menyalakan dan mengguna kata single sedangkan kata nama plural diguna pada ayat (نورهم) itu ada isyarat bahawa seseorang yang nyalakan api untuk jamaah, sungguh sangat menarik ketika menyalakan bersendiri dan Ketika menikmati cahaya secara beramai-ramai.

Adapun (نارا) =api sebagai kata ganti kepada lampu atau seumpamanya, mengisyaratkan kepada payahnya cahaya taklif. Ia juga mengisyaratkan bahawa mereka bercerah di bawah cahaya yang zahir sahaja iaitu api fitnah. Adapun kata api dalam bentuk umum itu mengisyaratkan kepada betapa perlunya mereka kepada api sehinggakan mereka redha sahaja dengan api apa pun yang ada.

Setelah itu mari kita teliti pula kumpulan ayat ini (فلما أضأت ما حوله ذهب الله بنورهم) untuk kita lihat bagaimana bercahayanya ikatan-ikatan kalimahnya ke atas kegelapan yang dahsyat itu, yang merupakan tujuan utama ayat ini, dan sesungguhnya kamu telah mendengar di dalam masalah yang keempat bahawa kekuatan kalam itu pada intraksinya di antara ikatan kalimat-kalimatnya :


210. Page

Adapun kata (أضاءت) ia mengisyaratkan bahawa nyalaan itu untuk cahayanya bukan untuk membakar.

Ia juga mengisyaratkan keadaan itu sangat dahsyat, Ketika terpancar sahaja cahaya tidaklah mereka lihat kecuali kebinasaan dan mengetahui kewujudannya, kalau tak kerananya nescaya bolehlah menyalahkan nafsu dan menenangkannya.

Adapun kata (ما حوله) ia mengisyaratkan kepada kedahsyatan itu menyelubungi dari empat penjuru, ia juga mengisyaratkan bahawa perlunya mengekalkan cahaya tersebut agar terselamat dari serangan kemudharatan itu dari enam penjuru.

Adapun kata (ذهب)  ia adalah balasan syarat, semestinya ia menjadi sesuatu yang lazim, kerana tersembunyinya perkara yang melaziminya seperti keterangan yang lalu, ini mengisyaratkan bahawa mereka tidak pernah merasainya dan tidak pernah tahu kadar nikmat padanya, maka Ketika nyalaan itu jiwa mereka disambar, dan ia melupakan segala aktivti dan kegembiraan yang pernah mereka rasai dulu, tiba-tiba Allah swt mengambilnya dari mereka.

Adapun menyandarkan kata (zahaba) kepada lafaz (Allah) ia mengisyaratkan kepada terputusnya dua pengharapan : harapan kemakmuran dan harapan kerahmatan, kerana ia mengisyaratkan bahawa balasan dari langit tidak akan membawa kemakmuran, ia juga mengisyaratkan bahawa itu adalah balasan bagi kecuaian seseorang, oleh sebab itulah Allah taala mengambilnya, maka terputuslah orang yang berpegang dengannya Ketika terputusnya asbab iaitu harapan kepada rahmat, di mana ia tidak membantu dari kebenaran untuk membatalkan kebenaran.

211. Page

Kemudian lihat pula kumpulan ayat (صم بكم عمي فهم لا يرجعون) agar anda dapat mendengar apa yang seru olehnya, di mana empat perkara ini punya berkongsi sempadan antara permisalan dan apa yang dipermisalkan, punya dinding antara keduanya, dan menghala kepada keduanya, ia berbicara soal dua pihak, cerminan kepada keduanya, memperlihatkan keadaan keduanya, dan natijah kepada keduanya yang akan memperdengarkan kisah kedua-duanya.

Adapun sudut yang memandang kepada perkara yang dijadikan permisalan :

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang terjebak ke dalam musibah seperti ini, yang masih ada harapan untuk selamat dengan mendengar suara penyelamat, Ketika kegelapan malamnya diselubungi kebisuan dan kepekakkan, kemudian terdengar suara orang meminta tolong, menjadi jelas lagi kepekakkan malam dan kebisuannya, kemudian datang petunjuk dengan melihat api atau cahaya, maka ia menjelaskan kebutaan malam ke atas kebutaannya, kemudian kembali lagi kepada asal, tertutuplah pintu untuk mereka, seperti orang yang jatuh ke dalam selut, setiap kali ia bergerak ia akan tenggelam lagi.

Adapun sudut yang memandang kepada permisalan :

Maka ketahuilah bahawa mereka Ketika terjebak di dalam kegelapan kufur dan nifaq ia memungkinkan mereka untuk selamat dari kegelapan tersebut dengan empat cara berikut :

Pertama : sepatutnya mereka mengangkat kepala mereka dan mendengar kepada kebenaran, dan mematuhi kepada petunjuk Al-Quran, akan tetapi bila gangguan hawa nafsu menjadi penghalang supaya gema Al-Quran hilang meresap ke dalam lubang telinga mereka, maka hawa nafsu merampas telinga mereka, memesong mereka dari jalan tersebut, ini yang dibelasungkawa oleh Al-Quran dengan kata (صم) yang mengisyarat bahawa tertutupnya pintu itu, iaitu seolah-olah telinga mereka sudah terputus, yang tinggal cuma lubangnya yang berkelarah, atau serpihan-serpihak telinga yang bergantungan di samping kepala mereka.

212. Page

Kedua : sepatutnya mereka menundukkan kepala mereka, dan berbincang dahulu dengan hati mereka soal kebenaran dan jalan tersebut, namun ketika itu kedegilan mencengkam lidah mereka, kedengkian pula mengheretnya dari depan hingga ke dalam, Al-Quran pula menyumbat batu ke dalam mulut itu dengan kata (بكم) yang mengisyaratkan kepada tertutupnya pintu itu di hadapan mereka, dan ia juga menunjukkan bahawa bila mereka mendiamkan diri dari mengakui kebenaran, ia seperti orang yang tercabut lidahnya, yang tinggal hanya mulut seperti gua yang tiada berpenghuni hanya merosakkan wajah sahaja.

Ketiga : sepetutnya mereka mengutus mata-mata mereka untuk melihat persekitaran agar mereka mendapat petunjuk yang lebih meyeluruh, akan tetapi kealpaan meletak tangannya di mata mereka, lalu ia mengembalikan buta pandangan ke kelopak mata mereka, maa Allah swt berfirman (عمي) sebagai isyarat bahawa mreka juga buta terhadap jalan tersebut, dan pembuangan alat tashbih juga mengisyaratkan bahawa mata-mata mereka yang sepatutnya menjadi penyuluh kepada kepala mereka, tetapi ia seolah-olah sudah tercabut, yang tinggal Cuma rongga mata sahaja yang kelihatan hodoh di wajah mereka.

Keempat : semestinya mereka tahu betapa teruknya keadaan mereka, agar mereka lari dari keadaan itu, lalu menyesali, bertaubat dan kembali, akan tetapi nafsu mereka telah menghiasi keburukan itu, ditambah fitrah mereka yang rusak kerana sering dipaksa ikut, nafsu dan syaitan yang sentiasa menguasai, oleh itu kata Al-Quran (mereka tidak akan kembali lagi) ia mengisyaratkan bahawa tertutupnya jalan terakhir untuk mereka, dan mereka terjebak dengan pilihan mereka, di mana tiada pilihan lagi bagi mereka untuk keluar, seperti orang yang terjebak di dalam lautan pasir.

 

أَوۡ كَصَيِّبٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٞ وَرَعۡدٞ وَبَرۡقٞ يَجۡعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمۡ فِيٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطُۢ بِٱلۡكَٰفِرِينَ يَكَادُ ٱلۡبَرۡقُ يَخۡطَفُ أَبۡصَٰرَهُمۡۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوۡاْ فِيهِ وَإِذَآ أَظۡلَمَ عَلَيۡهِمۡ قَامُواْۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَٰرِهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ 


Ketahuilah bahawa ayat ini juga akan disorot dari tiga sudut, susunannya berbanding ayat sebelumnya, susunannya di antara ayat-ayatnya, kemudian akan dilihat dari sudut kumpulan-kumpulan katanya, keterikatannya seumpama terikatnya kiraan perbatuan secara adatnya dengan jam, minit dan detik.


213. Page

Adapun dari sudut susunan antara ayat ini dan yang sebelumnya, ialah ia mengulangi penggunaan permisalan, mengindahkannya dengan memberi gambaran, ini mengisyaratkan bahawa perlunya memberi gambaran keadaan orang munafik Ketika berada dalam suasana dahsyat dan kekeliruan ini di bahagi kepada dua jenis :

Ringkasan permisalan yang pertama : orang munafik melihat dirinya berada di padang pasir bersendiri tanpa teman-temannya, seolah disingkir dari seluruh kumpulan makhluk yang ada, seolah terkeluar dari system matahari yang sebenar, ini menjadikan semua perkara pada pandngannya sudah tiada, semua makhluk di lihatnya adalah asing, sepi, diam, suasana di selubungi ngeri dan mengecewakan.

Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan mukmin yang melihat dengan Cahaya iman, seluruh yang ada semua kesayangannya, dan ia menyantuni semua makhluk tuhan.

Kesimpulan perumpamaan yang kedua ialah :

Sesungguhnya orang munafik menyangka bahawa seluruh alam mentertawa atas musibah yang mengenainya, malah mengancamnya dengan bala-balanya, menjerit-jerit melihat musibahnya, bahkan mengepungnya dengan ancamannya, seolah-olah semuanya Bersatu untuk memusuhinya, yang baik berubah menjadi musuh, keadaan ini terjadi kerana tiada dua perkara penting, iaitu bantuan dan sokongan seperti yang disebut sebelum ini.

Keadaan ini juga berbeza dengan keadaan mukmin yang mendengar dengan iman tasbih-tasbih seluruh makhluk dan suara-suara indah mereka.

Pengulangan tamsilan itu mengisyaratkan bahawa orang-orang munafiq itu terbahagi kepada kelompok bawahan secara umumnya sesuai untuk permisalan yang pertama, dan kelompok yang angkuh dan sombong bersesuaian dengan permisalan yang kedua.

Adapun dari sudut susunan kata di antara kelompok-kelompok kata :

Ketahuilah bahawa Al-Quran Ketika menyebut (أو كصيب من السماء) = atau seperti hujan dari langit, ia mengisyaratkan bahawa mereka yang terpaksa bermusafir di padang pasir yang mengerikan, di waktu malam yang gulita, di bawah hujan yang lebat, seolah-olah titisan hujan itu dicurah mengenai sasarannya dengan tepat, memenuhi seluruh ruang udara dengan titisannya, ini membangunkan minda yang mendengar dan menunggu keterangan sebab kenapa hujan yang asalnya adalah rahmat dan disukai menjadi musibah berat, firman Allah swt menggambarkan kedahsyatan tersebut (فيه ظلمات=di dalam kegelapan) ia mengisyaratkan bahawa hujan seperti kebiasaannya dengan gelapnya awan dan kelebatan titisannya, begitulah di sebabkan menyeluruhnya ia, banyaknya airnya, menutupi area tersebut, seolah-olah ia suatu keadaan malam yang retak-retak dengan titisan hitam yang turun di celah-celahnya.


214. Page

Kemudian tiada yang mendengar (di dalam kegelapan tersebut) kecuali akan menunggu penjelasan, seolah orang yang bercakap mendengar gema guruh dari pemikiran orang yang mendengar, maka firman Allah (ورعد = dan guruh) mengisyaratkan kepada gerun dan dahsyatnya suasana bahawa langit yang merupakan ratu kepada segala yang wujud telah berazam untuk membinasakan mereka, malah menjerit ke arah mereka dengan guruhnya, di mana mangsa yang ditimpa kedahsyatan ini akan berkhayal bahawa seluruh makhluk saling berkerjasama untuk menyakitinya dengan gerakan yang ngeri secara senyap-senyap, dan dengan percakapan yang menakutkan secara diam-diam, apabila ia mendengar guruh ia menyangka seluruh makhluk itu berbicara dengan kata-kata yang mengancamnya dan melaung ke arahnya, di mana ketakutan membuatkan ia mengira semua suara menghala ke arahnya.

Kemudian orang yang mendengar tidak mendengar guruh kecuali merasai kilat dipikirannya hanyalah teman biasanya, oleh itu firman Allah swt (وبرق =dan kilat) di sebut secara umum bahawa ia pelik dan menakjubkan.

Ya, ia (kilat) sendiri menakjubkan, di mana dengan kelahirannya mematikan alam dari kegelapan, seolah dilipat dan dicampakkan lenyap begitu sahaja, dan dengan kematiannya kilat secara mendadak menghidupkan kembali alam kegelapan, bagaikan api ketika terpadam seolah meninggalkan asap yang memenuhi dunia, begitulah keadaan mangsa ini apabila ia mendalami dengan penelitian, dan tidak sekadar melaluinya dengan pandangan biasa berdasarkan kebiasaan dan kesesuaian sehingga tersingkap segala perincian ciptaan yang maha kuasa.

Kemudian setelah gambaran tersebut, pemikiran orang yang mendengar akan aktif bertanya : bagaimana mereka menghadapinya? Di mana mereka bergantung?

Firman Allah swt (يجعلون أصابعهم في أذانهم من الصواعق حذر الموت) = mereka memasukkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka bila mendengar halilintar kerana takut mati, ini menunjukkan bahawa ia tidak dapat dihindari, dipauti atau di selamati lagi bagi mereka, sehingga mereka bagaikan orang yang lemas, nak berpaut pada apa yang tidak boleh dipaut, antara kedahsyatan itu mereka menggunakan seluruh jari pada tempat hujung jari, seolah-olah kegerunan memukul tangan mereka, lalu memasukkan semua jari mereka dalam keadaan sakit ke dalam telinga, di antara kebodohan mereka ialah menutup telinga supaya tidak disambar halilintar.



215. Page

Kemudian setelah itu terdetik di fikiran pendengar persoalan : adakah musibah itu menyeluruh atau khusus sahaja dan masih ada harapan?

Maka Allah swt berfirman (والله محيط بالكافرين) = dan Allah mengepung orang-orang kafir, ia menunjukkan bahawa musibah ini adalah balasan kekufuran mereka terhadap nikmat, yang diambil tindakan oleh Allah kerana penyelewengan mereka dari undang-undang ilahi yang diletak untuk semua.

Kemudian ketika ia mendengar guruh yang kuat ia berbicara pada dirinya bahawa kilat itu tidak akan membantu mereka untuk melihat jalan.

Maka firman Allah swt (يكاد البرق يخطف أبصارهم) = hampir-hampir kilat itu menyambar pandangan mereka, ia menunjukkan bahawa seperti guruh yang menyerang mereka menyebabkan mereka tidak boleh mendengar, begitu juga kilat yang menentang mereka dengan cahayanya dan menggelapkan pandangan mereka.

Kemudian setelah mendengar sahut-sahutan makhluk yang memusuhi mereka, akan terpacul dibenak pendengar : Apalah nasib mereka? Apa mereka nak buat? Dan apa yang patut mereka lakukan?

Maka firman Allah swt (كلما أضاء لهم مشوا فيه وإذا أظلم عليهم قاموا)= setiap kali cerah mereka akan berjalan di dalamnya, dan setiap kali gelap mereka tertegak di situ sahaja, ia menunjukkan bahawa teragak-agak, ragu-ragu, bimbang, menunggu sekecil-kecil peluang, sekecil-kecil cahaya untuk melihat jalan, bila terlihat sahaja mereka bergerak, tetapi seperti gerakan binatang yang disembelih, kerana bergetar-getar ruhnya, mereka melangkah dengan langkahan yang pendek dan mereka tahu ia tidak berfaedah, dan setiap kali gelap menyelubungi mereka secara tiba-tiba, mereka akan terhenti ditempat mereka.

Kemudian fikiran pendengar bersedia untuk membayangkan : kenapa mereka tidak mati sahaja? Atau buta atau sekaligus pekak, maka mereka boleh bebas dari bencana ini.


216. Page

Firman Allah swt (Dan jika Allah kehendaki pasti ia akan menghilangkan pendengaran mereka dan penglihatan mereka) iaitu mereka tidak berhak terlepas dari bencana itu, oleh itu kehendak Allah tidak terkait dengan mematikan mereka. Kalau terkait pun pasti akan terkait dengan hilang pendengaran dan penglihatan mereka, tetapi dikekalkan pendengaran untuk mendengar seksaan, dikekalkan penglihatan untuk melihat azab, itulah yang sepatutnya bagi orang yang sesat dan derhaka terhadap peraturan-peraturan Allah swt.

Kemudian kisah ini mengandungi beberapa perkara yang melambai-lambai dari persimpangannya secara berderet-deret : kebesaran dan kekuasaan ilahi, penyelenggaraannya terhadap semua makhluknya, apatahlagi apabila pendengar itu mengingati apa yang ditempuhinya tentang keajaiban guruh, kilat dan awan, maka sudah sepatutnya pendengar yang hatinya peka akan mengistiharkan dengan kata-kata : Subhanallah! Alangkah agungnya kekuasaan yang seluruh makhluk-makhluk ini terkesima dengan kehebatannya, dan musibah-musibah ini memperlihatkan kemurkaannya, maka firman Allah swt (Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala sesuatu).

Adapun kedudukan susunan kumpulan-kumpulan katanya :

Ketahuilah bahawa kata ( atau) pada ayat ( atau seperti hujan), mengisyaratkan bahawa permisalan ini terbahagi kepada dua, dan ia akan menonjolkan keserasian di antara kedua-dua permisalan itu, dengan apa yang dipermisalkan, dan ia menunjukkan persamaan yang selari.

Dan kata (atau) ini juga terkandung makna (bahkan) yang beri erti lebih, di mana permisalan yang kedua lebih menakutkan, dan jika (seperti hujan) tidak bersesuaian dengan permisalan pasti ia memerlukan takdir yang sesuai, dan mendiamkan dari menonjolkan takdir tersebut untuk meringkaskan, dan ringkasan pada kata itu supaya tidak berulang makna yang sama, dan membiarkannya di dalam khayalan pendengarnya yang memahaminya dari perbicaraan, dan jika dikata tidak sesuai, maka kata-katanya jadi begini : atau seperti orang-orang yang bermusafir di padang pasir yang sepi, di malam yang gelap, tiba-tiba mereka ditimpa musibah dengan hujan.


217. Page

Adapun pertukaran kata yang biasa diguna untuk hujan (Mator) kepada (soibin) mengisyaratkan bahawa titisan hujan tersebut seperti musibah-musibah yang dilontarkan kepada mereka, dengan tujuan mengenai mereka yang ketiadaan pelindung.

Dan sesungguhnya kata (dari langit) yang sememangnya hujan tidak datang kecuali dari arah langit, ia mengisyaratkan bahawa yang khas diumumkan, yang terikat dilepaskan, ia seumpama keterikatan pada ayat ( dan tiada dari makhluk yang melata di bumi, dan tiada burung yang terbang dengan kedua sayapnya) surah al-an’am : 38. Iaitu yang terkongkong mengambil ruang seluas langit.

Dan apa yang dihujahkan oleh beberapa ahli tafsir dengan kata (dari langit) di sini dengan ayat ( dan kami menurunkan dari langit dari gunungan yang padanya ada titisan hujan..Surah Nur : 43) bahawa turun hujan itu dari batuan dilangit, hingga ada yang mengkhayalkan kewujudan laut di bawah langit, maka pandangan yang berlebihan tidak menampakkan hakikat yang sebenar, malah maknanya : dari arah langit, dan keterikatannya sekadar dimaklumi. Dan ada yang berkata : langit itu apa yang di atasmu, maka awan seperti udara adalah langit.


218. Page

Merealisasikan kedudukan :

Iaitu jika anda melihat pada kekuasaan maka semua arah adalah sama, ia boleh turun dari arah mana sahaja, dan jika anda melihat pada hikmah ilahiyyah yang mengasaskan system yang sangat sempurna pada setiap sesuatu yang sudah tentu untuk memelihara keseimbangan secara umum yang dilaksanakan oleh wasilah-wasilah tertentu, maka hujan hanyalah dari kepulan wap air yang berserakan diudara merupakan satu per sepuluh dari bahagian-bahagian wap air yang bergabung di dalam titisannya.

Penjelasannya ;

Sesungguhnya butiran-butiran hujan ini jika di arahkan oleh kehendak ilahi, akan membentuk satu pasukan, akan menyelinap dari seluruh pelusuk, dari setiap jurang dan lereng, maka ia akan membentuk awan yang melimpah, kemudian dengan kehendak perintahnya akan bertambah tebal sesamanya, maka menjadi titisan-titisan yang diurus oleh para malaikat pelaksana peraturan-peraturan dan pengurus kepada system-system, agar tidak bertimpa dan bertembung sesama sendiri, maka mereka melepaskannya ke bumi, dan untuk memelihara keseimbangan di atas sana semestinya ada gantian kepada apa yang telah cair menjadi tititsan, maka diwapkan laut dan bumi maka penuhlah tempat-tempat tersebut.

Dan adapun orang yang menyangka adanya laut dilangit, maka andaiannya ia menggambarkan sesuatu yang majaz seperti yang benar, di mana ia melihat kehijauan langit seperti warna laut, dan oleh kerana langit mengandungi air lebih banyak dari laut yang luas, ini menjauhkan persamaannya dengan laut.  

Mula Ms 117


219. Page

Manakala firman Allah :

﴿وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ﴾ 

Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya. (Surah Al-Nur: 43).Tahukah anda, hujan batu yang bersinar-sinar yang disebutkan ini adalah perumpamaan hujan batu yang sejuk dan tenang. Seperti firman Allah di dalam surah Al-Insan ayat 16:

﴿قَوَارِيرَ مِنْ فِضَّةٍ﴾ 

(Keadaannya umpama) kaca, (sedangkan ia) dari perak.

 Ia adalah istiarah (perbandingan/perumpamaan) badiah. Begitu juga ayat dari surah Al-Nur tadi adalah Istiarah Badiah Ajibah Mustamlahah (perumpamaan yang menunjukkan ciptaan yang amat mengagumkan, unik dan sangat cantik). Begitu juga dengan keadaan syurga, ia bukanlah diperbuat daripada kaca dan perak. Tetapi perumpaan yang digunakan menunjukkan keadaan syurga yang jelas, bersih dan jernih seperti kaca serta putih bersinar seperti perak. Ini kerana kaca bukanlah perak kerana kedua-duanya adalah dua benda yang berbeza. Kedua-keduanya adalah perumpamaan berdasarkan perkataan Min (من) yang disebutkan dalam ayat.

             Begitu juga dengan ayat dari surah Al-Nur tadi mengandungi dua perumpamaan terhadap khayalan/andaian orang yang mendengarnya. Begitu juga khayalan/andaian yang dibina atas pemerhatian perumpamaan di antara keserupaan alam di langit dan alam di bumi. Pemerhatian itu terbina atas gambaran yang lalu dan jarak di antara bumi dan udara (atmosfera) ketika kesamaran gambarannya dari yang Maha Kuasa. Seolah-olah bumi ketika menampakkan gunung-ganangnya yang diselimuti salji yang putih dan cuaca sejuk, yang dihiasi bunga ketika musim bunga, kemudian terhias indah ketika musim panas dengan bunga-bunganya yang berwarna-warni. Di sini jelaslah hikmah pertukaran cuaca itu adalah tanda kekuasaan Allah. Udara bertukar untuk menunjukkan keadaannya dan berlalu bersamanya itu adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah yang agung. Kemudian muncul gumpalan awan yang meliputi gunung-ganang, banjaran dan lembah. Bumi bertukar berwarna warni dengan kebun dan taman. Pertukaran cuaca yang pantas itu adalah bukti kekuasaan Allah yang paling hebat.


220. Page

Berdasarkan kepada perumpamaan dan andaian ini, seni bahasa arab ini dengan baik sekali telah menyamakan awan dengan gunung-ganang, kapal, kebun dan taman, lembah-lembah serta kawanan unta, lebih-lebih lagi apa yang berlaku di musim panas, sepertimana yang anda dengar kata-kata orang arab dalam percakapan mereka. Maka khayalan sastera arab menggambarkan gumpalan awan di musim panas seperti kereta dan perenang di udara. Seolah-olah guruh menjaganya dan mengawalnya. Setiap kali tongkat kilat mengetuk/menggoncang ke atas kepala mereka di laut yang luas terbentang dan bergelora. Ketika itu gunung-ganang bergoncang. Kamu akan meihat gunung-ganang membelah lautan, kapal-kapal dilambung ombak dan angin, kebun dan taman digoncang bumi, rombongan manusia yang bermusafir bertempiaran lari kerana dirompak. Walaupun begitu mereka semua hidup dengan aturan pencipta mereka, seolah-olah setiap zarah dari kepulan asap tersembunyi di tempatnya dengan tenang dan diam sambil menunggu arahan penciptanya. Ketika ia dipanggil oleh petir- seperti wisel yang dikenali dalam kalangan askar- dengan laungan berhimpun dan berbaris!- mereka bergegas dari tempat mereka ke tempat berhimpun, maka terjadilah gumpalan awan. Selepas mereka menunaikan tugas, mereka diarahkan untuk berehat. Mereka semua berterbangan/kembali ke tempat mereka.


Berdasarkan kepada perumpamaan ini, di antara awan dan gunung- kerana peranan gunung adalah untuk menakung air menyebabkan terbentuknya awan menyebabkan mereka saling bergantungan- kerana salji yang merwarnai gunung dengan putihnya dan cuacanya yang sejuk, manakala gunung-ganang pula menyejukkan awan dengan kelembapannya dan suhunya yang sejuk. Kerana adanya persaudaraan di antara gunung dan awan dan perumpamaan yang banyak tentang mereka di dalam Al-Quran, saling bekerjasama di atas muka bumi, kamu akan lihat awan merendahkan diri pada gunung, manakala gunung pula seolah-olah pelabuhan bagi awan, ataupun tempat berkumpul atau tempat tinggal. Berdasarkan pemandangan ini, mereka layak mendapat contoh perumpamaan dalam sastera arab kerana saling bertukar dan meminjam kedua-dua sifat mereka di antara satu sama lain, seolah-olah tiada perumpamaan di antara mereka kerana saling bekerjasama.


221. Page

Sekarang apabila kamu telah faham kesesuaian perumpamaan dalam firman Allah

(وينزل من السماء) bermaksud turun dari arah langit, firman Allah ( من جبال) bermaksud dari gumpalan awan yang seperti gunung, firman Allah (من برد) bermaksud hujan batu pada warnanya dan kelembapannya.

             Berdasarkan ayat ini, adakah kamu berani menyatakan bahawa tafsiran ini yang diterima oleh sastera arab yang mengatakan hujan yang turun selama dua minit dari jarak 500 ratus tahun itu menyalahi aturan Allah? Sedangkan Allah lebih tahu dengan setiap ciptaannya!

Manakala ayat (فيه ظلمات) untuk memberi rasa takut. Perkataan (فيه)  diawalkan untuk menunjukkan bahawa orang yang mengandaikan malapetaka yang bakal menimpa dan orang yang sedang menanti mendengar khayalannya itu menyangka bahawa kegelapan malam sangat pekat.

Jumlah Zorof pada perkataan (الصيب) adalah tanda bahawa orang yang digemparkan dengan malapetaka itu menyangkan seluruh dunia dipenuhi air hujan. Jadi malam itu adalah keadaan yang berlainan keadaannya.

Perkataan plural (الظلمات) adalah tanda kegelapan malam yang berlapis-lapis dari hitamnya awan, ketebalan gugusannya, juga kerana keamatan hujan yang turun dan kepekatan malam.

Jumlah ayat Tankir pada perkataan (ورعد وبرق)  adalah gambaran tentang kegerunan mereka. Orang yang ditimpa bencana akan menumpukan perhatian dan pandangannya pada peristiwa tersebut. Kerana tarikan pandangan akan mudah tertarik pada cahaya kilat dan bunyi petir dengan tarikan yang amat menakjubkan. Ketika orang yang ditimpa bencana melihat kegelapan yang memenuhi ruang dan pandangan mata menjadi buta, mereka akan terpegun dan terdiam. Apabila mereka ternampak sesuatu, kemudian tersingkap kegelapan itu dengan munculnya cahaya, pandangan mata mereka akan tertarik dan terpegun ketakutan, sepertimana mereka melihat kegelapan yang amat gelap sebelum ini. Mereka tidak ada kekuatan disamping mengharap dengan pandangan yang putus asa. Begitulah juga keadaan mereka apabila tiba-tiba kegelapan menyelubungi mereka kemudian tersingkap dengan cahaya menyebabkan mereka kembali mengharap pertolongan. 


222. Page

Tahukah kamu petir dan kilat itu adalah dua tanda yang paling jelas di alam ghaib di tangan malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk menjaga awan untuk menyusun sistemnya.

             Di sana ada hikmah Allah yang menjadikan sesuatu ada sebabnya. Apabila awan terbentuk daripada wap air yang tersebar di udara, ia menjadi satu sistem yang menjana elektrik (cas negatif dan cas positif). Apabila kedua-duanya bertemu akan memancarkan kilat, kemudian ia memanah dengan panahan kuat yang memenuhi ruang yang mengegarkan lapisan yang ada dan mengeluarkan bunyi guruh. Keadaan ini tidak akan berlaku kecuali ia dikendalikan oleh sistem dan aturan yang dibuat oleh pemilik petir dan kilat.

             Perkataan (صيب) adalah zorfiyyah bagi (ورعد وبرق) .   Sedangkan zorof adalah perkataan awan (السحاب) . Ini adalah kerana orang yang terpegun dan terkejut dengan keadaan itu melihat hujan yang turun dari awan itu meliputi semua tempat.

             Perkataan(ورعد وبرق)  datang dalam bentuk tunggal (mufrad) sedangkan perkataan (الظلمات) dalam bentuk plural (jama’) kerana memberi maksud bahawa sumber ketakutan adalah khayalan orang yang ditimpa malapetaka apabila membayangkan langit bercakap dan menggertaknya dengan dentuman guruh dan panahan petir.

             Kedua-duanya adalah makna masdar bagi ayat tersebut dan permulaan yang baik

             Kedua-duanya juga adalah satu jenis sekalipun banyak bilangannya.

             Baris dua (tanwin) pada perkataan (ورعد وبرق) adalah kata ganti dari kata sifat. Bermaksud petir yang berdentum dengan kuat dan kilat yang sabung menyabung.

             Ia menunjukkan tidak ada kelembutan di situ kerana tarikan pandangan pada keadaan petir dan kilat.

             Ia juga memberi isyarat pada mereka kerana mereka tidak mengetahui tentang petir dan kilat itu kerana pendengaran dan penglihatan yang tersekat.

             Manakala keadaan ayat di dalam firman Allah

﴿أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ 

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat, mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. Al-Baqarah: 19


223. Page

Tahukah kamu ayat ini adalah jawapan bagi soalan yang telah ditentukan dan permulaan jawapan yang baik. Ini adalah kerana apabila pendengar memberi perhatian kepada kisah yang diceritakan dalam bentuk gambaran dan perumpamaan, akan menghasilkan keinginan yang tinggi untuk mengetahui keadaan malapetaka. Selepas selesai perumpamaan-perumpamaan tersebut dan tercapai tujuannya, ia beralih kepada mencari /menyelidik hal keadaan orang yang ditimpa bencana. Seolah-olah orang yang bertanya itu berkata: Bagaimana keadaannya orang yang ditimpa bencana ketika itu, dengan siapa mereka bergantung/berlindung? Maka Al-Quran menjawab mereka dengan kata: (Mereka meletakkan jari-jari mereka………….. ). Bermaksud tidak ada tempat berlindung ketika itu, mereka seperti orang yang lemas mencari tempat berpaut tetapi tidak ada tempat berpaut. Mereka ketika itu ingin mengelakkan diri dari tembakan meriam langit dengan menutup telinga mereka. Perkara itu adalah mustahil.

             Manakala Allah menyebut perkataan (يجعلون) menggantikan perkataan "يدخلون" adalah isyarat bahawa mereka mencari sebab tetapi tidak menjumpainya dan meletakkan jari mereka ke telinga kerana sangkaan mereka sahaja.

             Perkataan tersebut juga datang dalam bentuk Feil Mudhari’, iaitu kata kerja yang menunjukkan keadaan yang berlaku pada masa sekarang adalah sebagai tanda bahawa pendengar pada ketika itu dalam keadaan sangat terkejut. Di dalam khayalannya dia menyangka bencana telah berlaku sekarang dan berlaku di tempatnya.


             Ia juga bermaksud kejadian yang berlaku secara berterusan serta awan-awan yang berkumpul menjadi gumpalan.

             Perkataan (أصابعهم) digunakan sebagai ganti (أناملهم)  yang bermaksud jari telunjuk mereka untuk menunjukkan keadaan terperanjat yang bersangatan dengan menggunakan semua jari menggantikan jari telunjuk.

             Perkataan (آذانهم) menunjukkan ketakutan yang bersangatan dari bunyi petir yang membinasakan sehingga mereka menyangka kalaulah petir masuk ke gegendang telinga mereka, ruh mereka akan tercabut dari rongga mulut mereka. 


224. Page

Ia juga menunjukkan isyarat yang lembut bahawa sekalipun mereka tidak membuka telinga mereka untuk menyahut seruan kebenaran dan nasihat, mereka akan didera dari arah itu dengan serangan bunyi petir. Mereka akan musnah dan tidak ada apa yang boleh menghalang petir itu. Ia umpama orang yang bercakap dengan kata-kata kotor kemudian dia menyesal dan matanya menjadi malu.

             Perkataan (من الصواعق) menunjukkan penyatuan petir dan kilat kerana cemburu. Kerana ia adalah suara yang sangat kuat disertai dengan api yang membakar yang akan membakar apa yang ditemuinya.

             Perkataan (حذر الموت) menunjukkan bahawa bencana kematian itu akan memotong dan menghancurkan daging hingga ke tulang. Ia akan mengenai benda hidup. Jadi mereka sangat takut kepada mati dan sangat menjaga kehidupan.

             Jumlah ayat (والله محيط بالكافرين), tahukah kamu huruf (و) di sini menunjukkan ada sesuatu sebab. Sebab itu ialah ayat ini dan ayat sebelumnya seolah-olah berkata kepada mereka: “ Mereka adalah bangsa yang lari dari memajukan bumi, lari dari ketamadunan, mereka ingkar undang-undang Allah, mereka tidak patuh kepada nasihat. Mereka menyangka mereka terselamat dengan melarikan diri ke padang pasir. Di sana mereka rugi dan dikelilingi azab Allah”.

             Perkataan (الله) menunjukkan bahawa Allah lah tempat bergantung harap mereka yang terakhir. Kerana bencana itu datang menimpa mereka dan Allah lah yang menyelamatkan mereka ketika mula dan ketika berakhir dengan rahmat-Nya. Ketika mana mereka mendapat kemurkaan Allah hilanglah harapan mereka.  

Perkataan (محيط) menunjukkan bahawa bencana yang menimpa mereka adalah akibat dari kemurkaan Allah. Sepertimana langit dan awan, hujan dan malam yang menyerang mereka dari enam arah, begitulah kemurkaan Allah dan bencananya menimpa mereka. Pengetahuan Allah meliputi semua makhluknya, urusan pentadbiran Allah merangkumi setiap zarah. Seolah-olah perkataan tersebut berkata kepada mereka: Kamu tidak akan dapat lari dari hujan di langit dan bumi. Firman Allah

﴿فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللهِ﴾.

Maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah). Al-Baqarah:115


225. Page

Huruf Jar (الباء) menunjukkan mereka ditimpa musibah dan lari darinya, ketika itulah mereka terkena bencana itu.

Perkataan (بالكافرين) menunjukkan orang yang berpura-pura yakni orang munafiq dalam bentuk perumpamaan, supaya pendengar tidak leka dan tidak lupa maksud ayat tersebut.


Ia juga menunjukkan kesamaran/perumpamaan itu sampai ke tahap memendekkan jarak di antara keduanya sehingga mereka dapat melihat antara satu sama lain. Ketika itu bercampurlah kenyataan sebenar dengan khayalan mereka.

Ia juga menunjukkan gelapnya hati mereka, kewujudan diri mereka/jiwa mereka juga menyeksa mereka kerana kesilapan dan kejahatan mereka. Kerana sesiapa yang melihat kejahatannya, hatinya tidak akan tenang.

Jumlah ayat (يكاد البرق يخطف أبصارهم) Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka. Al-Baqarah:20

menunjukkan bahawa pendengar berkata: Tidakkah mereka mengambil manfaat (pengajaran) dengan kilat yang ringan berbanding dengan gelapnya hati mereka? Jawapannya adalah mereka lebih takut kepada bencana itu berbanding dengan mengambil pengajaran.

Perkataan ((يكاد menunjukkan pengajaran yang khusus bahawa wujudnya penyebab yang boleh menghilangkan penglihatan, tetapi ia masih ada kerana penyebabnya terhalang.

Perkataan (يخطف) penggunaannya adalah seperti dilarikan/dhilangkan oleh hantu dan burung helang. Dalam ayat ini ada sentuhan sastera yang lembut yang menarik perhatian fikiran kita. Ia menunjukkan bahawa kilat jauh lebih pantas dari pandangan mata sebelum pandangan itu sampai untuk melihat sesuatu. Ia melintasi pandangan mata dan memotongnya. Ketika mata mengerdip cahayanya telah hilang. Seolah-olah cahaya dari mata itu ketika ia keluar untuk melihat sesuatu gambar/pandangan, kilat mendahuluinya dan memberi cahaya pada malam hari. Ia merampas cahaya dari mata sebelum cahaya itu sampai ke tempatnya (Dengan pantas cahaya kilat mendahului pemandangan mata).


226. Page

Perkataan (أبصارهم) menandakan ia adalah cerminan dari hati, kerana pandangan orang-orang munafiq yang membutakan mata mereka dari melihat bukti dari ayat-ayat Al-Quran.

Ayat (كلما أضاء لهم مشوا فيه وإذا أظلم عليهم قاموا) Tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Al-Baqarah:20

menunjukkan bahawa pendengar apabila mendengar bencana yang bertukar-tukar, mereka bertanya tentang keadaan mereka dalam dua keadaan tersebut. Maka dijawab dengan ayat tersebut.

Perkataan (كلما) disebelah perkataan cahaya dan perkataan (إذا) di sebelah perkataan gelap menunjukkan bahawa mereka sangat berhati-hati terhadap cahaya itu bergegas untuk mendapatkan cahaya yang paling rendah. Ia juga mengandungi makna kiasan.

Perkataan أضاء لهم yang didahului oleh Lam Ajliyah (bermaksud kerana dan manfaat yang didapati); menunjukkan orang yang ditimpa bencana sangat terkejut. Dia lemas mencari hajatnya (menyelamatkan diri). Sehingga dia menyangka cahaya yang terpancar ke alam ini adalah kerananya. Sedangkan Allah yang memancarkannya kerana ribuan manfaat yang ada untuk alam ini.

Perkataan مشوا  bermaksud mereka mengambil peluang berjalan dengan cepat ke arah cahaya. Ia menunjukkan bahawa bencana itu telah menyebabkan mereka terduduk. Cara berjalan mereka yang cepat tadi sebenarnya hanyalah berjalan dengan lambat.


             Perkataan فيه menunjukkan jarak perjalanan mereka seperti pergerakan cahaya yang merentasi masa. Seolah-olah ia menentukan sesuatu tempat untuk mereka.

             Perkataan وإذا , huruf و menunjukkan bencana yang terus berlaku untuk menggandakan rasa sakit.

             Perbuatan melambat-lambatkan pada perkataan إذا berlawanan dengan perkataan كلما menunjukkan mereka dengan segera melarikan diri dan tidak nampak apa-apa lagi di sekeliling mereka (kerana takut). Maka ketika itu bencana menimpa mereka dan mereka terus lenyap.


227. Page

Perkataan أظلم yang bersandar kepada perkataan kilat menunjukkan bahawa kegelapan selepas adanya cahaya itu lebih dasyat dan perit.       

             Ia juga menunjukkan orang yang ditimpa bencana membayangkan/menyangka ketika mereka melihat kilat hilanglah gelap. Tetapi selepas itu cahaya hilang dan tempat itu menjadi gelap. Dia menyangka kilat itu akan menyalakan api dan mengeluarkan asap.

             Perkataan عليهم menunujukkan mereka terdedah kepada bencana itu dan kegelapan itu bukanlah secara tidak sengaja tetapi ia adalah balasan terhadap berbuatan mereka.

             Ia juga menunjukkan orang yang terkejut menyangka/membayangkan kegelapan yang menyelubungi itu menyasarkan manusia yang kerdil dan lemah, bukan makhluk yang lain dan menjadikannya sebagai target serangan dan membinasakannya.

             Perkataan قاموا menggantikan perkataan diam/tidak bergerak untuk menunjukkan bahawa ketika mereka ditimpa bencana dan mengenai mereka, mereka membongkokkan badan seperti orang bersujud sepertimana keadaan orang yang sedang tekun berkerja.

             Jumlah ayat (ولو شاء الله لذهب بسمعهم وأبصارهم) sekiranya Allah menghendaki, pasti Allah akan menghilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Al-Baqarah:20, huruf و menunjukkan kaitan bencana itu di dalam kekuasaan Allah. Allah mampu membuatkan pendengaran dan penghilang mereka hilang tanpa sebab. Sesungguhnya hikmah sesuatu kejadian itu akan menjelaskan semua sebab.

 Perkataan لو sekiranya , menunjukkan jika tidak ada kehendak maka kejadian itu tidak berlaku. Begitu juga kejadian itu tidak berlaku kerana tidak ada kehendak. Ia juga menunjukkan sebab sesuatu kejadian adalah kesudahannya.


228. Page

Perkataan شاء menghendaki, menunjukkan kaitan antara kejadian dan sebabnya adalah kehendak dan kuasa Allah. Dialah yang berkuasa memberi kesan/perubahan. Sebab-sebab sesuatu kejadian hanya menghalang kemuliaan dan kebesaran Allah yang maha kuasa dengan perkara-perkara yang remeh pada pandangan zahir akal kita.

Lafaz tuhan yang disebut jelas menggunakan nama Allah adalah untuk menghalang manusia dari mencari sebab sesuatu bencana dan menyibukkan diri dengannya. Ia juga mengajak fikiran kita supaya memahami bahawa kekuasaan Allah mengatasi segala sebab.

Manakala objek bagi kata kerja شاء dibuang di mana ia sepatutnya disebutkan mengikut kaedah yang biasa digunakan. Ketika ini ia boleh dikaitkan dengan perkataan yang ada berdekatannya yang bermaksud tidak ada kesan kehendak dan kekuasaan Allah ke atas makhluknya, dan tidak ada sesuatu yang boleh memberi kesan pada sifat ketuhanan sepertimana kehendak manusia memberi kesan kepada sesuatu seperti buruknya, keagungannya dan kerendahannya.


             Perkataan لذهب akan menghilangkan menunjukkan bahawa sesuatu sebab bukanlah perkara utama ketika berlaku sesuatu kejadian. Hatta apabila sesuatu kejadian itu ditiadakan kerana kuasa Allah yang mengawalnya dan memisahkannya dari berlaku. Kuasa Allah ada di setiap sebab. Apabila menjadikan sesuatu, ia menjadikannya dengan hikmah yang tersendiri mengikut sistem dan peraturannya. Kemudian Allah akan melepaskan kejadian itu ke tempatnya dan tidak melengah-lengahkannya. Contohnya suhu yang panas akan merosakkan jisim air. Kerana sistem dan aturan Allah, ia akan mengeluarkan haba/wap pada laluan tertentu, kemudian Allah akan membawanya ke tempat yang tertentu.

Perkataan ini juga menunjukkan pancaindera yang lima bukanlah terjadi secara semula jadi, bukan juga ruang kosong pada pendengaran dan penglihatan, tetapi ia adalah kurniaan dan pemberian Allah. Sebab-sebab adalah syarat sahaja kerana sesuatu yang berlaku kebiasaanya ada sebabnya. 


229. Page

Objek bagi kata kerja بسمعهم pendengaran mereka yang didahulu oleh huruf ba dan bukannya hamzah menunjukkan bahawa kuasa Allah apabila melakukan sesuatu tidak memerlukan sebab. Allah lebih berkuasa atas segala sesuatu. Allah melakukan sesuatu mengikut aturannya.

             Perkataan السمع dalam bentuk tunggal, manakala perkataan البصر dalam bentuk jamak/plural menunjukkan bahawa pendengaran ada satu sedangkan pandangan ada banyak. Ribuan orang mendengar satu perkara tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai pandangan yang berbeza.

             Jumlah ayat (إن الله على كل شيء قدير) sesungguhnya Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu. Al-Baqarah:20 Tahukah kamu ia adalah ayat menyimpulkan/ayat penutup untuk menyatakan kedasyatan ketika memberikan perumpamaan. Ia juga menunjukkan bahawa Allah tidak leka walaupun sedetik akan keadaan orang yang ditimpa bencana sebagai perumpamaan bahawa Allah juga tidak leka dengan segala perbuatan orang-orang munafik. Setiap zarah di muka bumi ini ada tangan yang mengusainya.

             Perkataan إن sesungguhnya  menunjukkan bahawa perkara ini (kekuasaan Allah) termasuk dalam perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Ia juga menunjukkan tentang besarnya sesuatu kejadian serta perinciannya, serta lemahnya manusia dan serba kekurangan yang menyebabkan fikirannya sentiasa bimbang dan menimbulkan keraguan tentang perkara ghaib.

             Manakala lafaz Allah disebut secara jelas menunjukkan pengusaan Allah, kerana kuasa yang mutlak dan sempurna adalah sifat ketuhanan.

             Perkataan على atas , menunjukkan kuasa yang menciptakan sesuatu daripada tiada tidak akan membiarkan ciptaannya tanpa diberi perhatian, bahkan ia diberikan perhatian oleh hikmah Allah dan pemeliharannya.


             Perkataan كل setiap, menujukkan kesan sesuatu sebab dan perkara yang terjadi hasil dari sesuatu sebab adalah satu pilihan untuk Allah (bukan paksaan) dengan kekuasaannya. 


230. Page

Perkataan شيء sesuatu, bermaksud yang dikehendaki dan semua mahkluk yang ada tidak terlepas dari berharap pada Allah, bahkan sentiasa mengharap pada-Nya yang maha kekal.

             Perkataan قدير maha berkuasa, menggantikan perkataan قادر yang berkuasa, menunjukkan bahawa kuasa bukanlah sekadar mengusai mahkluk, tetapi sifat itu ada diri dan tidak berubah, sentiasa ada, tidak bertambah dan tidak berkurangan kerana tidak mampu menewaskan lawannya sehingga menyebabkannya tersepit dan lemah.

             Perlu dimabil perhatian di sini, perkataan القدرة seperti perkataan yang lain yang sama dengannya dalam pecahan kata kerja, kata sifat yang pecahannya dari kata kerja seperti nama Allah yang lain (الرزاق الغفار المحيي اللميت) dan lain-lain lagi, kamu dengar dan fikirlah dengan baik!

 

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ { الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا للهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ  

  

21. Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

22. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkannya air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Al-Baqarah 21-22.