NAVIGATION
64. Page
ومنها: أن القرآن بفواتحه ومقاطعه بقي بعدُ كما كان قبلُ، لم يماثل ولم يقلَّد مع تآخذ أسباب التقليد والتأسِّي من شوق الأودَّاء وتحدي الأعداء، إن شئت شاهدًا فهذه ملايين من الكتب العربية! هل ترى واحدًا منها يوازيه، أو يقع قريبًا منه؟ كلا! بل الجاهل العاميّ أيضًا إذا قاسها معه وقابله بها ناداه نظره بـ "أن هذا ليس في مرتبتها"، فإما هو تحت الكل وهو محال بالضرورة، وإما هو فوق الكل وهو المطلوب، فهو نصيبه من درْك الإعجاز.
ومنها: أن من شأن صنعة البشر أنها تظهر أول ما تظهر خشنة ناقصة من وجوه، يابسة من الطلاوة، ثم تَتَكَمَّل وتحلو، مع أن أسلوب القرآن لما ظهر ظهر بطلاوةٍ وطراوةٍ وشبابيةٍ، وتحدّى مع الأفكار المعمَّرين -بتلاحق الأفكار وسرقة البعض عن البعض- وغلبهم فأعلن بالغلبة: "أنه مِن صُنع خالق القوى والقدر".
فيا من استنشق نسيم البلاغة!
أفلا يجتني نحلُ ذهنك عن أزهار تلك المباحث الأربعة شَهْدَ: "أشْهَدُ أَنَّ هذَا كَلاَمُ الله"؟!
65. Page
﴿ذلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ﴾
مقدمة
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya ia). Al-Baqarah: 2
Pengenalan
Ketahuilah bahawa asas sastera arab/ teknik penyampaian yang membuatkan sesuatu percakapan itu kelihatan menarik ialah dengan menjadikan keadaan saling melengkapi dan mempunyai perkaitan serta menyebut akibat dari tujuaannya yang asal, membuka seluas-luasnya setiap perkataannya supaya mencapai maksud ; yang mana ia seperti menghimpunkan ubat-ubatan atau kolam yang dapat diminum airnya dari kelilingnya, supaya ia menjadi bukti dan perumpamaan seperti apa yang dinukilkan dalam syair:
Perkataan-perkataan kami semuanya sudah pasti sedangkan kamu punya hanya satu# Semuanya itu dapat menunjukkan kecantikan/keindahan (yang dimaksudkan)(1)
(1) Syair ini tidak diketahui milik siapa. Ia disebut di dalam Sunan Inbu Majah 1/308, Murqah Al-Mafatih 11/302 dan Al-Burhan karangan Al-Zarkasyi.
66. Page
Contohnya perhatikan ayat
﴿وَلَئِنْ مَسَّتْهُمْ نَفْحَةٌ مِنْ عَذَابِ رَبِّكَ﴾
Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab tuhanmu. Al-Anbiya’:46(2)
(2) Maksud pertama yang dapat difahami pada perkataan (نفحة)
Ayat ini digunakan untuk menakutkan orang supaya mereka faham dari perkataan yang ringkas itu di sebalik kebalikan ayat lawan dengan lawan!
Tidakkah kamu lihat perkataan yang membuatkan kita ragu (إن) bagaimana ia menunjukkan sedikit dan jarang sekali berlaku.
Penggunaan perkataan “menyentuh” menggantikan perkataan menimpa (مست) menunjukkan sedikit dan ia datang dan berlalu pergi.
Isyarat penggunaan perkataan (نفحة) dan penghinaan dalam penggunaannya serta berbaris tanwin menunjukkan dengan jelas bahawa perkara itu sedikit.
Perkataan (من) menunjukkan sebahagian; bagaimana ia menunjukkan sebahagian dari perkara yang disebutkan.
Penggunaan perkataan(عذاب) menggantikan perkataan (النكال) untuk menunjukkan bagaimana ia menyebut tentang seksaan.
67. Page
Perkataan (رب) menunjukkan kelembutan, cuba anda fikirkan!
Setiap perkataan mempunyai maksud yang tertentu, cuba bandingkan ayat itu dan semua perkataan yang ada padanya, khasnya ayat
﴿الـم { ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ﴾
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Al-Baqarah:1-2
Ayat ini disebut untuk memuji Al-Quran dan menyatakan kesempurnaannya.
Setiap ayat perkataan saling memberi jawapan dan maksud mereka. Perkataan sumpah (الم)(4) mempunyai maksud tertentu dari satu sudut (2) penggunaan tanda isyarat (ذلك) menunjukkan ia dapat dirasa dan jaraknya, huruf alif dan lam pada perkataan (الكتاب) serta maksudnya untuk menyatakan bahawa ia tidak ada sebarang keraguan padanya. Jadi semua perkataan tersebut mempunyai maksud tertentu dan mempunyai bahagiannya. Ia memberi petunjuk dan menyingkap apa yang tersembunyi berpandukan bukti sekalipun ia kecil.
68. Page
Sekiranya kamu mahu, perhatikan pada perkataan sumpah (الم) , ketika mana ia menguatkan, ia juga membuatkan kita kagum yang ditujukan kepada pengkaji yang mencari apa yang dimaksudkan oleh ayat tersebut, untuk membuktikan dakwaan yang ia sebut.
Lihat pada penggunaan kata isyarat pada perkataan (ذلك), digunakan khas untuk menunjukkan sesuatu objek serta sifatnya; supaya kita tahu seperti mana ia menunjukkan sesuatu yang mengagumkam, kerana ia ketika ditunjukkan oleh perkataan (الم), atau disebut di dalam Taurat dan Injil, ia juga menunjukkan betapa besarnya perkara yang disumpah oleh Allah dan sempurnyanya ia yang telah disebut di dalam Taurat dan Injil!
Kemudian tumpukan perhatian pada perkara yang lebih logik supaya kita dapat memahami bahawa seperti mana ia mengagumkan kita dan menunjukkan betapa ia penting, ia juga menunjukkan bahawa Al-Quran seperti besi magnet yang menarik fikiran dan pandangan kita, yang memaksa kita khayal dengannya. Ketika itu sedikit demi sedikit ketika khayalan kita hilang, kita dapat melihat kebenarannya, kesempurnaannya dari sebarang kelemahan serta tipu helah orang yang menyembunyikan kebenarannya.
69. Page
Kemudian mari kita berfikir tentang maksud mendalam yang dapat difahami dari perkataan (ذلك), sepertimana ia menunjukkan kedudukan yang tinggi dan sempurna, ia juga menunjukkan ia jauh lebih baik dari apa yang kita tahu. Sama ada ia lebih rendah dari yang lain; ini adalah mustahil, atau lebih tinggi; ini adalah tepat.
Kemudian fikirkan pada huruf alif dan lam pada perkataan (الكتاب), ia menunjukkan secara khas kelebihan Al-Quran itu sahaja(2), ia juga memberi peluang berfikir bahawa Al-Quran yang menghimpunkan semua keistimewaan kitab-kitab terdahulu itu lebih baik dan lebih sempurna.
Perkataan ini juga menunjukkan bahawa ia bukan dicipta oleh orang yang buta huruf yang tidak tahu membaca dan menulis.
Manakala ayat (لا ريب فيه) ada dua maksud:
Kata ganti nama (ha dhamir) pada ayat di atas bermaksud hukum yang perlu dipatuhi, atau bermaksud Al-Quran itu sendiri.
70. Page
Pendapat yang pertama sepertimana yang disebut di dalam Miftah Al-Ulum(4) yang bermaksud yakin dan tidak ada sebarang keraguan. Jadi ia menjadi bukti dan kebenaran untuk menyatakan kesempurnaan Al-Quran.
(4) Ia adalah karangan ilmuan Sirajuddin Abu Yaakub Yusuf Bin Abu Bakar Bin Muhammad Bin Ali Al-Sakaki. Beliau meninggal tahun 626H. Beliau sangat memuliakan/teliti akan tulisannya dan beliau terkenal kerana sikapnya itu. Beliau membahagikan tulisannya kepada 3 bahagian asas. Bahagian pertama: Ilmu Sorof, bahagian kedua: Ilmu Nahu, bahagian ketiga: Ilmu Maani dan Ilmu Bayan. Lihat Miftah Al-Ulum 19, Asmak Al-Kutub 286, Abjad Al-Ulum 2/126 3/56, Iktifa’ Al-Qunu’ 357.
M/S 35
Pendapat kedua yang disebut di dalam Al-Kasyaf(1) adalah penguat akan kebenarannya.
Kesemua ini dari ayat (لا ريب فيه) dengan ayat
﴿وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ﴾
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding Dengan Al-Quran itu. Al-Baqarah:23
Kesemua ayat ini menunjukkan buktinya yang khusus.
(1) Nama buku tersebut adalah Al-Kasyaf An Haqaiq Al-Tanzil karangan ilmuan bernama Abu Qasim Jarullah Mahmud Bin Umar Al-Zamakhsyari Al-Khawarizmi. Beliau meninggal pada tahun 538H. Lihat juga dalam buku Abjad Al-Ulum 2/189, Asma’ Al-Kutub 242, Dan Kashf Al-Zunun 2/1475.
71. Page
Penggunaan perkataan لا disebabkan tiada keraguan. Satu syair menyebut:
Berapa banyak perkara yang memalukan ada perkara yang benar # Yang berpunca dari kefahaman yang salah . (Al-Mutannabi)
Ia juga menunjukkan bahawa ia tidak menerima sesuatu yang menyebabkan timbulnya keraguan, kerana ia berdiri di hadapannya dengan tanda-tanda yang menyeru apa yang ada disekelilingnya dan menghalau keraguan yang menghujaninya.
Penggunaan kata (فيه) berbanding perkataan yang lain menunjukkan ia mengajak kita melihat perkara yang tersirat, bahawa kebenarannya menghilangkan keraguan yang direka kerana hanya melihat yang zahir sahaja.
Maka sesiapa yang mencari maksud susunan ayat ini dengan merungkainya dan menemui perbezaannya!
Lihatlah sekali lagi ikatan ayat-ayat itu dan perihalnya, kamu dapat melihat bagaimana ia memberi ruangnya kepada maksud yang berkongsi dengan buktinya yang khas, bagaimana sasteranya meneranginya.
Ketahuilah bahawa ayat ini
﴿الـم { ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ﴾
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Al-Baqarah: 1-2.
72. Page
Tidak terikat dengan rantaian ayat yang lain kerana hubungan yang kuat di antara perkataan-perkataannya serta sangat kuat jalinannya hingga mengetepikan ayat yang selepasnya. Setiap perkataan sepertimana ia adalah bukti bagi yang lain, ia juga adalah penyebab bagi yang lain. Mukjizat ayat ini jelas pada 12 ayat yang lain dengan menjalinnya dan saling melengkapi.
Jika kamu ingin mengetahui lebih lanjut, baca ini:
Perkataan (الم) menunjukkan kelemahan pencabarnya, seolah-olah ia berkata: Siapa yang berani mencabarku dan tampil ke hadapan? Ia mengisyaratkan bahawa ia melemahkan pencabarnya.
Fikirkan pada ayat (ذلك الكتاب) , ia dengan terang menunjukkan ia mempunyai kelebihan berbanding kitab-kitab yang lain dan mengatasi mereka serta menunjukkan ia unik, tersendiri dan tidak ada yang setanding dengannya.
Fikirkan pada ayat (لا ريب فيه), sepertimana ia menjelaskan tidak ada keraguan padanya, ia juga menyatakan bahawa ia bercahaya dan menerangi dengan sebenar-benarnya.
Perhatikan pada ayat (هدى للمتقين), sepertimana ia memberitahu kita bahawa ia menunjukkan jalan yang lurus ia menyatakan bahawa ia bergabung dengan cahaya hidayah.
73. Page
Jadi setiap perkataan dan ayat tersebut jika dirujuk kepada maksud pertama bermakna ia adalah bukti bagi yang berdekatan dengannya, maksud kedua bermakna hasil dari setiap ayat tersebut.
Di sini saya sebutkan lagi untuk memberi contoh tiga perkataan yang berkaitan dengan 12 ayat supaya kita dapat bandingkan dengan ayat yang lain:
Perkataan (الم) mencabar semua penentangnya, ia adalah kitab yang paling sempurna, kitab yang benar, ia adalah petunjuk bagi manusia.
Ayat (هدى للمتقين), menunjukkan ia adalah jalan yang lurus, benar dan istimewa serta mukjizat.
Ayat ini juga menjelaskan 4 perkara:
Pertama: Mubtada’ dibuang, ia menunjukkan bahawa penggabungan itu diterima, seolah-olah Mubtada’ ada pada Khabar. Sehinggakan ia tidak berubah dalam fikiran kita.
Kedua: Menggantikan Isim Fael dengan Masdar(1), menunjukkan bahawa cahaya petunjuk telah bersatu dan menjadi sebahagian dari Al-Quran sepertimana warna merah berada pada sesuatu maka benda itu pun menjadi merah.
Ketiga: Perkataan (هدى) dalam bentuk Nakirah menunjukkan kemuncak ketelitian Al-Quran dalam memberi petunjuk sehingga tidak kotor/lekat kebanarannya/kemuncaknyn. Ia juga menunjukkan kemuncak keluasannya sehingga tidak dapat ditandingi ilmu yang lain.
74. Page
Kerana perkataan dalam bentuk Nakirah(3) bermaksud mempunyai maksud yang jelas dan teliti serta tersirat dan sangat luas hingga mengatasi yang lain. Terkadang penggunaan dalam bentuk Nakirah untuk menghina dan terkadang untuk memuji.
Keempat: Ringkasan perkataan (للمتقين) orang-orang beriman berbanding الناس يصيرون متقين به mereka bertaqwa disebabkan AL-Quran , menunjukkan kesan daripada hidayah. Ia juga bukti kepada benar-benarnya wujudnya hidayah itu. Kerana pendengar pada satu masa perlukan bukti dari orang yang lalu seperti mana orang yang selepasnya mengambil bukti darinya.
Jika kamu bertanya bagaimana munculnya sastera yang di luar kemampuan manusia disebabkan beberapa perkara kecil ini?
Jawapannya adalah: Ketika kita saling membantu dan bersatu ia ada rahsia yang unik, kerana apabila terhimpun kebaikan 3 perkara ia menjadi seperti 5, kemudian 5 seperti 10, 10 seperti 40 kerana saling melengkapi. Ini kerana setiap sesuatu ada perkongsian dan persamaan. Ia seperti kamu menghimpunkan dua buah cermin, ia akan menjadi cermin yang banyak, atau disuluh dengan cahaya akan membuatkan ia memantulkan lebih banyak cahaya.
75. Page
Begitulah juga apabila terhimpun satu perkara dan idea dan rahsianya adalah kamu akan setiap yang sempurna dan indah akan cenderung untuk bergabung dengan perkara yang serupa dengannya untuk menambah lagi kebaikan yang ada. Sehinggakan batu dengan batu yang lain pun apabila ia terlepas dari tangan tukangnya yang telah mengikatnya dengan kuat dan ia jatuh dari bumbung, ia akan mengelongsor dan menu menundukkan kepalanya supaya dia dapat melindungi/menyentuh kepala saudaranya supaya mereka saling berpaut agar tidak jatuh. Jadi manusia yang tidak memahami rahsia tolong menolong, otaknya lebih beku dari batu, kerana batu pun bertindak untuk menolong saudaranya!.
Jika kamu bertanya: Tanggungjawab hidayah dan sastera Al-Quran adalah memberi penjelasan dan menjaga fikiran manusia dari kekeliruan. Mengapa para pentafsir berselisih pendapat dengan banyak sekali berkenaan dengan ayat seperti ini, mereka menyebut kemungkinan yang pelbagai, mereka menerangkan susunan ayat yang sudah jelas. Bagaimana kami hendak mengetahui yang mana tepat dan benar?
Jawapannya adalah: Setiap penerangan mempunyai cara tersendiri terhadap pendengar dengan pendengar yang lain. Kerana Al-Quran bukan saja diturunkan untuk satu zaman sahaja, tetapi untuk semua genarasi. Bukan untuk satu lapisan masyarakat, tetapi untuk semua. Bukan untuk satu kelompok saja, tetapi untuk semua kelompok. Setiap mereka mempunyai kefahaman yang berbeza.
76. Page
Sedangkan kefahaman manusia berbeza mengikut status sosial, dirasai dengan cara yang berbeza, kecenderungan mereka berbeza, mereka merasa istimewa juga berbaza, keseronokan berbeza, perangai juga berbeza. Berapa banyak sesuatu perkara itu dipandang baik oleh satu kelompok tetapi ia tidak baik pada kelompok yang lain, kelompok itu menikmatinya tetapi kelompok yang lain tidak, fikirkanlah!
Jadi kerana rahsia inilah Al-Quran banyak menyebut sesuatu secara umum berbanding secara khusus supaya setiap orang dapat merasai dan memahaminya. Al-Quran telah menyusun ayat-ayatnya dan meletakkan di tempat yang memberi peluang kepada beberapa tafsiran agar semua orang memahaminya mengikut kemampuan masing-masing. Fikirkanlah!
Justeru itu, perlbagai tafsiran itu dibolehkan dengan syarat ia menepati tatabahasa bahasa arab dan sasteranya, serta boleh diterima oleh keadah usul fiqh.
Jadi di sini jelas bahawa termasuk dari mukjizat Al-Quran itu ialah susunan ayat-ayatnya dan jalinannya sesuai setiap masa dan sesuai dengan semua peringkat masyarakat.
Firman Allah
﴿اَلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ﴾
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. Al-Baqarah:3