Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 21-22

230. Page

Perkataan شيء sesuatu, bermaksud yang dikehendaki dan semua mahkluk yang ada tidak terlepas dari berharap pada Allah, bahkan sentiasa mengharap pada-Nya yang maha kekal.

             Perkataan قدير maha berkuasa, menggantikan perkataan قادر yang berkuasa, menunjukkan bahawa kuasa bukanlah sekadar mengusai mahkluk, tetapi sifat itu ada diri dan tidak berubah, sentiasa ada, tidak bertambah dan tidak berkurangan kerana tidak mampu menewaskan lawannya sehingga menyebabkannya tersepit dan lemah.

             Perlu dimabil perhatian di sini, perkataan القدرة seperti perkataan yang lain yang sama dengannya dalam pecahan kata kerja, kata sifat yang pecahannya dari kata kerja seperti nama Allah yang lain (الرزاق الغفار المحيي اللميت) dan lain-lain lagi, kamu dengar dan fikirlah dengan baik!

 

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ { الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا للهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ  

  

21. Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

22. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkannya air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Al-Baqarah 21-22.

 


231. Page

PENDAHULUAN

             Tahukah kamu bahawa beribadah kepada Allah akan mengukuhkan akidah kita dan membentuknya menjadi baik dan kukuh. Ini kerana perasaan dan akal kita sekiranya tidak dibentuk dan dididik oleh ibadah (taat perintah Allah dan menjauhi segala larangannya) kesannya akan lemah dan keadaan Islam yang maju itu menjadi rendah.

             Tahukah kamu ibadah juaga adalah penyebab kebahagiaan dunia dan akhirat. Kerana ia mengatur kehidupan kita dan alam akhirat kita serta menyempurnakan jatidiri dan akhlak kita. Ia adalah sandaran yang mulia dan terhormat di antara hamba dan tuhannya.

             Berikut adalah beberapa persfektif sebab-sebabnya untuk kebahagiaan dunia yang menjadi ladang akhirat bagi kita:

             1. Manusia diciptakan dengan keistimewaan yang tersendiri berbanding makhluk yang lain. Mereka mempunyai tabiat yang lembut dan unik. Tabiat itu menghasilkan kecenderungan untuk memilih, suka perkara yang terbaik, suka pada perhiasan, dan fitrah untuk hidup dengan kehidupan yang sempurna sebagai seorang manusia.

             Di sebabkan kerana kecenderungan-kecenderungan tersebut, manusia perlu berusaha untuk mendapatkan makanannya, pakaian dan tempat tinggal untuk membelainya dan menjadikannya baik berbanding ciptaan yang lain. Dia tidak mampu hidup berseorangan, oleh itu dia perlu bercampur gaul dengan manusia yang lain supaya mereka dapat bekerjasama dan tolong-menolong serta saling menukar hasil usaha mereka antara satu sama lain. Sekiranya Allah yang maha bijaksana tidak meletakkan sesuatu peraturan pada manusia yang mempunyai kekuatan keinginan, perasaan marah dan mampu berfikir, yang mana peraturan itu sesuai dengan tabiat mereka untuk mengawal sikap mereka yang berubah-ubah …………………………. Tidak seperti binatang-binatang yang telah ditetapkan kekuatan mereka, akan timbullah sikap penting diri dan melampau.

             Kerana sikap penting diri dan melampau itu- disebabkan tiada undang-undang- sesuatu masyarakat perlu kepada peraturan untuk mengatur hasil usaha mereka. 


232. Page

Kerana akal sahaja tidak mampu untuk menilai keadilan, maka ia perlu kepada akal yang lebih sempurna supaya akal manusia boleh mengambil pengajaran darinya. Itulah yang dinamakan sebagai undang-undang yang sempuna iaitu syariat Allah!

             Kemudian untuk menjaga perlaksanaan syariat itu maka sudah pasti ia perlu kepada seseorang yang mahir, yang menyampaikannya dan menjadi tempat rujukan orang ramai. Sudah tentu orang itu ialah Nabi Sallahu Alaihi Wasallam!

             Kerana nabi itu, untuk memanjangkan/mengekalkan kebijaksanaannya tentang perkara zahir dan tersembunyi, baginda perlu kepada keistimewaan dan kelebihan dari segi jasadnya, peribadinya, sejarah hidupnya dan tindakannya, rupa parasnya dan akhlaknya. Baginda juga perlu kepada bukti kekuatan yang sesuai di antaranya dan tuhannya. Itulah dia mukjizat!


             Untuk mengasaskan/membentuk sikap patuh pada perintah dan menjauhi larangannya, ia perlu kepada gambaran/penerangan yang berterusan tentang keagungan tuhan dan pemilik alam di dalam fikiran mereka. Itulah dia memurnikan akidah!

             Untuk gambaran/penerangan yang berterusan tentang keagungan tuhan perlu kepada pemberi ingatan yang sentiasa mengingat dan mengulang-ulang dan sentiasa memperbaharui kerja. Sudah pasti pemberi ingatan yang sentiasa mengingat dan mengulang-ulang itu satu ibadah!

             2. Tujuan ibadah adalah untuk mengarahkan/memusatkan fikiran pada Allah. Ia bertujuan untuk mengukuhkan ketaatan kepada Allah. Ketaatan pula adalah untuk sampai kepada sistem yang sempurna dan mengikat diri dengan sistem tersebut. Ia bertujuan untuk menampakkan rahsia kebijaksanaan Allah. Kebijaksanaan itu disaksikan oleh mahirnya penciptaan makhluknya.

             3. Sesungguhnya manusia seperti pokok yang bersangkut/berselirat wayar-wayar elektrik di atasnya. Di kepalanya ada banyak suis-suis peraturan penciptaan dan undang-undang fitrah memanjang di atasnya. Cahaya syariat Allah berbalik semula kepadanya secara berpusat pada semua makhluk. Maka sudah pasti menjadi tanggungjawab manusia untuk menyempurnakannya, mengikatnya, kembali padanya dan berpegang pada pangkalnya untuk memudahkan perjalanannya supaya ia tidak tidak hilang, dipinggirkan dan dibuang di belakang pusaran yang bergerak di lapisannya. Sudah pasti ia adalah ibadah yang menuntut kepatuhan pada perintah dan menjauhi larangan. 


233. Page

4. Sesungguhnya patuh pada perintah dan menjauhi larangan itu akan menjadikan seseorang itu dipandang tinggi dalam masyarakat. Dia menjadi seperti orang penting, kerana dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan sensitiviti dan kemaslahatan awam. Dia seperti benang yang menyambung perenggan dan menulis undang-undang. Kalaulah bukan kerananya, sudah pasti kain itu koyak dan berterbangan (masyarakat rosak dan berpecah).

             5. Seorang muslim mempunyai talian/pergantungan yang kuat dan hubungan yang rapat dengan muslim yang lain. Kedua-dua sebab ini mengukuhkan persaudaraan di antara mereka dan menghasilkan cinta yang sebenar disebabkan akidah yang sama dan Islam. Manakala sebab munculmya akidah tersebut serta kesannya yang kuat adalah ibadah.

             Manakala dari sudut kesempurnaan diri, tahukah kamu bahawa manusia sekalipun tubuhnya kecil dan lemah, ia adalah mahkluk yang mempunyai ruh yang berharga dan persediaan yang semprna. Di dalamnya tersembunyi kecenderungan yang pelbagai yang tidak dapat dihitung, mempunyai cita-cita/impian yang tidak berkesudahan, terhimpun idea-idea yang sangat banyak, memiliki kekuatan yang tidak terbilang serta fitrah yang unik. Seolah-olah manusia itu satu senarai semak bagi segala jenis yang ada dan senarai makhluk yang ada.

             Maka ibadah adalah untuk membersihkan ruhnya dan meningggikan nilainya.

             Ia juga adalah untuk merungkai persediaannya dan perkembangannya untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi.

             Ia juga adalah cara untuk mendidik/membersihkan kecenderungannya dan keseronokannya, serta merealisasikan cita-citanya dan menjadikannya satu hasil yang banyak.

             Ia juga adalah cara untuk menyusun idea-ideanya dan menghimpunnya.

             Ia juga adalah untuk mengawal kekuatannya dan menghalangnya (dari melakukan kejahatan).


             Ia juga adalah (umpama) senibina/pertukangan hulu pedang untuk membersihkan tabiatnya yang semula jadi atas semua anggotanya sama ada yang zahir atau tersembunyi yang mana setiap anggota itu seakan-akan pintu ke alam yang khusus dan satu benda yang lain apabila tersingkap.

             Ia juga adalah penghubung untuk manusia mencapai kemuliaan yang layak dengannya serta kesempurnaan yang meninggikan kedudukannya, apabila ia dicapai dengan jiwanya, akal, hati, jasad dan ruhnya.


234. Page

Begitu juga ia adalah sebab yang lembut dan mulia, satu perhubungan yang mulia di antara seorang hamba dan tuhannya. Sebab ini adalah kesudahan sesuatu tingkatan kesempurnaan manusia.

             Sesungguhnya ikhlas dalam beribadah bermaksud sesuatu arahan itu dilakukan kerana ia diperintah untuk melakukannya, sekalipun setiap perintah mempunyai hikmahnya (3). Semuanya mempunyai ilat sebab untuk dipatuhi(4). Cuma saja ikhlas itu menjadikan ilat sebagai satu perintah Sekiranya hikmah itu adalah ilat maka ibadah itu tidak sah sekalipun ia (hikmah) betul maka ketika itu dikira harus.

(3) Definisi hikmah pada pendapat ahli usul fiqh adalah apa-apa yang menyebabkan sesuatu hukum itu dilaksanakan dikaitkan dengan sebabnya, atau kerana hukum itu dalam mengutamakan kemaslahatan umum dan menolak bahaya atau mengurangkan kadar bahaya. Ia juga bermaksud sesuatu keadaan yang sesuai (yang disebabkannya) untuk melaksanakan satu hukuman/arahan.

(4) Ilat bermaksud sebab sesuatu hukum dilaksanakan. Ia juga bermaksud sesuatu keadaan yang sesuai untuk dijadikan hukum

             Orang yang mendengar firman Allah

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا﴾ 

Wahai sekalian manusia! Beribadahlah, mereka akan tertanya: Apa hikmahnya? Mengapa? Apakah yang diperintahkan? Untuk apa?

             Hikmahnya telah diterangkan di pendahuluan.

             Manakala ilatnya dijawab Al-Quran dengan menyatakan tentang tuhan maha pencipta dan mentauhidkannya dengan firmannya  ربكم الذي خلقكم tuhan kamu yang menciptakan kamu, dan menyatakan kenabian dengan firmannya ﴿وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا  

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Al-Baqarah: 23


235. Page

Pendahuluan tentang ayat yang merendah orang musyrik:

Tahukah kamu bahawa perkataan لمّي menunjukkan sesuatu perkara terkesan oleh sesuatu sebab, manakala perkataan إنّي menunjukkan sesuatu sebab memberi kesan ke atas sesuatu perkara. Pendapat ini lebih baik.


             Iaitu kedua-duanya berperanan sebagai alat untuk membuktikan sesuatu yang sama dengan menyatakan yang mana lebih tepat, juga berperanan sebagai alat untuk membuktikan sesuatu perkara yang berlaku sama ada dengan cara berubah atau ganti.


             Kedua-duanya menyatakan tentang sesuatu perkara atau sifatnya.

             

             Kedua-duanya mewujudkan sesuatu atau mengekalkan sesuatu.


             Kedua-duanya bukti memulakan sesuatu atau menzahirkannya (mentadbir).


             Ayat ini menunjukkan kepelbagaian yang disebutkan. Ringkasannya di sini. Saya jelaskannya di buku yang lain.


             Manakala bukti menzahirkan sesuatu untuk menyatakan tentang Allah yang maha mencipta disebut di dalam ayat ini ialah: “Sistem yang bersatu di dalam alam ini”; di mana sistem itu ialah benang yang menjahit kemaslahatan dan hukum. Maka semua ayat Al-Quran yang menyebut manfaat sesuatu perkara dan hikmahnya adalah tukang tenun (penyambung/pengikat) bagi bukti ini dan menzahirkannya untuk memulia bukti itu. Kerana sistem/undang-undang yang menjaga kemaslahatan dan hukum itu seperti menyatakan akan kewujudan Allah yang mengadakan undang-undang/hukum. Ia juga menunjukkan maksud sebenar Allah yang mencipta sesuatu serta hikmahnya, Allah menerima kebenaran dan menolak perkara yang samar serta menerima sesuatu dengan membuta tuli. 

             Sekiranya kamu tidak merendahkan pandangan kamu untuk melihat sistem yang istimewa ini yang dihiasi dengan berbagai hikmah, dan tidak mampu memahaminya/mengakajinya dengan sempurna, maka lihat dengan pancaindra kamu (dengan meneliti)- yang terhasil dari fikiran kamu- hukum akal akal kamu (logik akal)-untuk melihat sistem yang mengejutkan/melampaui akal kita. Di situ kamu akan tahu bahawa ilmu/teori setiap makhluk akan nampak dengan sistem keseluruhannya yang tersusun dan sistematik yang tidak masuk akal (mengejutkan) bahawa ada yang lebih sempurna darinya. Kerana setiap jenis dari makhluk yang ada sama ada ia dibentuk oleh teorinya atau menerima untuk dibentuk. Teori adalah seperti sistem keseluruhannya, ia menunjukkan satu sistem yang teratur di mana sesuatu yang tidak bersistem tidak ada sistem keseluruhannya.

236. Page

Tidakkah kamu memahami kata- kata “Setiap orang berilmu dia mempunyai serban yang putih”, kata-kata ini membenarkan sistem keseluruhan itu apabila sesuatu perkara itu ada undang-undangnya. Maka setiap teori yang ada di alam ini disebabkan sistem keseluruhan itu yang terhasil dari pemahaman/penelitian yang tepat akan menghasilkan sistem yang sempurna dan meliputi semua perkara. Sesungguhnya setiap teori adalah bukti yang bercahaya yang menunjukkan kemaslahatan dan hasilnya yang saling bersangkutan seperti rumpun di dalam pusingan dan rantaian benda hidup, dan menunjukkan hikmah serta manfaat yang tersembunyi pada pertukaran sesuatu keadaan. Maka teori itu mengangkat pandangan kita kepada tujuan sesuatu penciptaan serta hikmahnya, seolah-oleh setiap teori adalah bintang yang bercahaya untuk menghalau gangguan syaitan.

             Sekiranya kamu hendak, saya bawakan contoh yang lain: Haiwan mikro organisma adalah haiwan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tanpa menggunakan mikroskop. Badannya yang kecil itu terdiri daripada alat/organ/bahagian-bahagian yang halus ciptaan Allah. Maka tidak perlu difikirkan lagi bahawa alat-alat itu serta fungsinya tidak terjadi dengan sendirinya tanpa ada sebab untuk mewujudkan jasadnya, sifat dan keadaannya. Boleh jadi ia kedua-dua pihak bersamaan seperti dua penimbang. Kalau ada yang lebih tepat dan betul, salah satu akan tiada. Maka dengan pandangan orang yang logik sudah pasti ada sebab yang menyebabkan tepat dan betul. Adalah mustahil sesuatu sebab itu adalah sebab semula jadi (tercipta dengan sendirinya). Kerana setiap benda ada sistem yang rumit yang membawa kepada penamat sesuatu ilmu dan perasaan/maklumat yang sempurna yang tidak mungkin digambarkan pada sebab-sebab tersebut yang direka oleh mereka sendiri. Sebab-sebab itu sekalipun ia sederhana dan sedikit serta tidak bergerak, ia tidak terlaksana dengan cara tertentu, tidak ditentukan pergerakannya sekalipun ia berulang-ulang di antara ribuan benda hidup yang tidak ada sesiapa yang lebih istimewa di antara mereka. 

237. Page

Maka bagaimana ia hidup pada tempat tertantu, bergerak dengan gerakan yang ditentukan, bagaimana sesuatu itu lebih tepat berlaku hingga melahirkan alat-alat yang unik serta canggih yang mengagumkan akal kerana sistemnya yang terperinci dan rumit. Bahkan kamu akan menerima apa yang kamu ada/tahu dan tenang untuk menzahirkannya jika setiap zarah dikaitkan dengan ilmu Plato dan Jalionus (1,2). Kamu yakin bawah di antara zarah-zarah itu ada banyak anggota. Perkara ini adalah falsafah yang akan memalukan para filosof, sekalipun permulaan/punca sesuatu sebab adalah tarikan graviti dan kuasa penolakan yang ada bersama dalam satu benda yang tidak dapat dipecahkan/dibahagikan. Perkara ini adalah seperti dua perkara yang berlawanan berhimpun/bercantum pada satu benda.

(1,2)

Plato adalah ahli falsafah dan ilmuan Yunani yang terdahulu. Ia dikira sebagai salah seorang ahli pemikir yang penting dalam sejarah tamadun barat. Salah satu karangannya yang popular adalah Al-Muhawarat.

Jalionus adalah seorang penulis dan doktor di Greek. Beliau pakar dalam ilmu bedah. Kajian dan tulisannya memberi impak yang besar dalam ilmu perubatan.

             Memang benar teori tarikan graviti dan teori penolakan dan teori-teori yang lain adalah nama undang-undang adat Allah dan perbuatannya yang dinamakan sebagai semulajadi. Teori-teori ini boleh diterima dengan syarat ia tidak berubah dari teori menjadi semulajadi, tidak terkeluar dari fikiran, tidak berubah menjadi realiti, dan tidak berubah dari alat menjadi yang memberi kesan.

             Apabila kamu telah faham sikit demi sedikit pada contoh ini dan dapat melihat keagungan Allah pada makhluknya yang kecil dan kelapanngannya pada yang sempit, angkatlah kepala kamu dan lihatlah dunia ini. Kamu akan dapat melihat dengan jelas bukti pemeliharaan Allah mengikut keluasan alam ini. Setiap ayat Al-Quran yang mengulang-ulang menyebut nikmat yang diberikan serta menyebut manfaatnya adalah jelas sebagai bukti kekuasaan Allah. Setiap kali Al-Quran menyuruh kita berfikir, ia menyuruh dengan seruan yang umum supaya kita dapat mencari bukti. Firman Allah:


238. Page

Ya, bagaimana hendak kita gambarkan sebab sesuatu mahkluk yang tidak mempunyai perasaan dan tidak mampu berusaha untuk mewujudkan rantaian yang membuatkan kita kagum. Bagaimana ia mampu satu dari jenisnya yang mana setiap jenisnya adalah ciptaan yang unik yang menunjukkan kekuasaan Allah. Setiap jenis beserta rantaiannya dapat disaksikan lidah kita (anggota) sebagai saksi bahawa perlu adanya pencipta yang maha tinggi bagi makhluk-makhluk ini.

             Jika ada yang berkata: Walaupun ada bukti yang kukuh ini, bagaimana manusia percaya bahawa sesuatu makhluk itu kekal tidak ada permulaan?

             Jawapannya adalah: Sesungguhnya pandangan yang berterusan (kerana mengkaji dan meneliti) akan memperlihatkan sesuatu yang mustahil itu boleh terjadi. Seperti orang yang melihat anak bulan hari raya, yang melihat rambut putih dari kening matanya seperti anak bulan, kerana manusia disebabkan jiwa dan hakikatnya yang mulia, ia berada di belakang kebenaran dan hakikat. Sesungguhnya kebatilan dan kesesatan berlaku di tangannya kerana tidak ada pilihan, tidak ada seruan dan tidak ada kebebasan. Tetapi ia berlaku kerana pandangannya yang cetek yang menyebabkan ia menerima pandangan itu secara terpaksa. Kerana setiap kali dia pura-pura leka dari melihat undang-undang ada kaitan dengan hikmah kejadiannya, dan berpura-pura tidak nampak/tidak tahu tentang pertembungan sesuatu pergerakan dan sesuatu benda kerana sifatnya yang azali menyebabkan kemungkinan pandangannya yang berterusan itu bersandar pada kesan yang hebat itu dan ciptaan yang unik akan membawa kepada pertembungan yang membuta tuli dan kenyataan yang salah.


239. Page

Seperti kata Al-Jisri (1) pada seseorang yang masuk ke istana yang terhias indah dan moden, dia tidak nampak pemilik istana itu, maka dia percaya tuannya tiada. Dia menyangka hiasannya yang indah dan binaannya berlaku kerana kesepakatan dan pertembungan serta undang-undang semula jadi.


             Begitu juga ketika mana seseorang pura-pura tidak nampak dan pura-pura leka dari melihat/memahami setiap hikmah dan manfaat di sebalik undang-undang alam ini dengan pilihan yang sempurna serta pengetahuan yang meliputi semua dan kuasa yang hebat akan membawa pandangan nya untuk mengakui pember kesan yang sebenar bagi benda-benda hidup.

             Maka dengan ini, dengan melihat setiap inci ciptaan Allah, perhatikanlah/fahamilah pada zahir kesan-kesan yang ada yang dinamakan sebagai “semula jadi” dengan syarat hendaklah mengoyak halangan/perlindungan yang terkumpul/berdekatan – Bagaimana jiwa dan akal kamu redha menerima bahawa sifat


muka cermin ada sebab yang memberi kesan yang sesuai untuk menyingkap permukaan langit dan menghimpunkan gambarannya yang meninggi dan melukis bintang dipermukaannya?! Bagaimana akal kamu boleh menerima perkara yang tidak jelas yang dinamakan sebagai tarikan umum sebagai sebab yang memberi kesan seperti manjaniq tali lastik (2) untuk mencengkam bumi dan bintang-bintang dan mengerakkanya mengikut undang-undang yang ditentukan?!


(1) Al-Jisri adalah Husain Bin Muhammad Bin Mustafa Al-Jisr. Beliau ada seorang ilmuan fekah dan sastera arab dari sekolah/pusat pengajian di Tarablus, Syria. Beliau dilahirkan pada tahun 1261 H dan meninggal pada tahun 1327. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah Al-Risalah Al-Hamidiyyah Fi Haqiqah Al-Diyanah Al-Islamiyyah dan Al-Husun Al-Hamidiyyah.
(2) Ia adalah senjata purba, salah satu senjata yang digunakan untuk melontar batu besar dan berat ke tembok kota untuk meruntuhkannya.

240. Page

Hasilnya apabila manusia memahami sesuatu perkara dengan pemahaman yang cetek tentang perkara yang tidak betul serta tidak melihat sebab yang sebenar, akan menyebabkan sesuatu perkara itu tidak dapat disahihkan/diputuskan dengan tepat. Kecuali jika dia memahaminya dengan betul dan bersungguh-sungguh menelitinya, jadi dia tidak mungkin akan menerima sedikit pun hujah permasalahan tersebut yang bersuara padanya dengan hikmah dan bukti. Kecuali jika dia berpura-pura bodoh dan leka dengan idea para ilmuan dan kebijaksanaan ahli politik dalam urusan yang tidak ada nilai.

             Jika kamu bertanya: Apakah itu tabiat semula jadi, helah/undang-undang serta kekuatan yang mereka laungkan dan mendekatkan diri mereka dengannya?

             Jawapannya adalah sifat semula jadi itu adalah tulisan yang tidak ada sumbernya, cetakan yang tidak ada pencetak, undang-undang tanpa kuasa. Tetapi ia adalah undang-undang fitrah yang tuhan jadikan sebagai peraturan di antara anggota badan di dunia ini.

             Sepertimana undang-undang terhasil dan dapatan dari teori perbuatan pilihan manusia, dan juga peraturan-peraturan politik sesuatu negara, maka begitu juga syariat dan peraturan adalah dua perkara yang diterima akal dan boleh dilaksanakan. Begitu juga dengan teori semula jadi adalah perkara yang boleh diterima sebagai kesimpulan adat kebiasaan yang Allah jadikan pada makhluknya.

             Adapun kesamaran tentang kewujudannya secara luaran ia seperti orang yang ganas membayangkan - melihat kumpulan askar yang bergerak dengan teratur- bahawa ada perkara luar yang mengikat mereka. Maka sesiapa yang wujud secara teruk dia akan membayangkan perkara semula jadi itu adalah disebabkan adanya faktor luar yang berterusan memberinya kesan.

             Hasilnya adalah sifat semula jadi itu adalah ciptaan Allah dan syariatnya secara fitrah, manakala undang-undang dan kekuatannya serta permasalahannya menjadi hukum bagi semua masalah tersebut.


241. Page

Manakala bukti keesaan Allah yang disebut dalam firmannya اعبدوا sembahlah kamu (kepada Allah) , tafsir Ibnu Abbas menyebut ia sebagai esakanlah Allah, ketahuilah kamu bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang menerangkan bukti-bukti keesaan Allah. Di dalam firman Allah

﴿لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلاّ اللهُ لَفَسَدَتَا

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Al-Anbiya’: 22


Ayat ini adalah bukti yang tidak perlu kepada bukti yang lain. Ia adalah bukti yang mencukupi dan jelas menunjukkan bahawa zat Allah tidak perlu bantuan dari makhluknya. Perkara ini adalah perlu bagi sifat ketuhanan.

             Ayat ini juga dengan lembut menunjukkan akan penyatuan, iaitu saling tolong-menolong di antara bumi dan langit serta kemampuan kedua-duanya menghasilkan keperluan bagi membantu kehidupan manusia dan haiwan, serta persamaan kesan-kesan alam ini, dan saling memerlukan, saling berpimpin tangan untuk menyempurnakan peraturan antara satu sama lain, saling memahami/saling bersepakat dan menyahut permintaan hajat antara satu sama lain. Setiap satu dari mereka melihat dengan pandangan keseluruhan kepada sesuatu perkara yang kecil, bergerak dengan teratur mengikut satu peraturan, serta melaungkan bahawa pencipta sistem yang satu ini adalah esa dan seolah-olah menyebut syair ini:

Pada setiap sesuatu itu ada tanda   Yang menunjukkan bahawa Allah itu maha esa. (Ini adalah syair Lubaid Bin Rabiah Al-a’miri)

             

242. Page

Begitu juga pencipta hendaklah bebas dari segala kekurangan, kerana kekurangan berasal dari ketiadaan persediaan benda hidup sedangkan zat Allah bebas dari sifat benda hidup.

Begitu juga Allah suci dari segala yang wajib pada makhluknya dan suci dari sifat-sifat yang terhasil dari zat benda hidup. Allah mesti ada dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Allah. Dalam firmannya Allah telah menyebut kedua-dua sifat ini:

فلا تجعلوا لله أندادا

Janganlah kamu menjadikan Allah itu berbilang-bilang. Al-Baqarah:22

             Manakala bukti penguasaan Allah di sebut dalam Al-Quran dalam firmannya

﴿وَالله الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الفُقَرَاءُ

Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadanya dalam segala hal). Muhammad:38

Tahukah kamu setiap satu zarah dari semua makhluk sama ada jasadnya, sifatnya, keadaannya dan dari semua sudutnya, ketika kamu melihatnya saling bergerak di antara semua makhluk tanpa berkesudahan pada jasadnya, sifat, keadaan dan kewujudannya. Apabila kekuatannya kembali, ia berdiri dan bergerak dengan gerakan tertentu dan memakai/mempunyai sifat yang khusus baginya. Ia hidup/bertindak dengan keadaan yang tersusun, ia berjalan mengikut undang-undang yang ditetapkan, dan menuju ke arah tertentu. Maka terbitlah hikmah dan kebaikan yang mana kedua-duanya tidak akan terhasil kecuali dengan cara bertindak yang tertentu. Apakah dia tidak menyeru dengan lidahnya yang khusus (hal keadaan dirinya menunjukkan ada pencipta ) dan melaungkan tujuan penciptanya dan hikmahnya?


243. Page

Sepertimana setiap zarah itu sendirinya adalah bukti ia adalah berseorangan, begitu juga bertambah buktinya bahawa dirinya adalah satu bahagian dari susunan yang saling bersilang/bercampur serta menjadi semakin sukar dikenalpasti. Setiap susunan ada kedudukannya. Setiap kedudukan ada pertalian. Setiap pertalian ada tugasnya. Setiap tugasan itu akan membuahkan kebaikan. Setiap tingkatan menunjukkan bukti wajib ada pencipta di alam ini. Ia seperti tentera yang berada di kem, barisan dan kumpulannya.

             Sekarang saya akan jelaskan susunan ayat ini mengikut jumlah ayat sebelumnya, kemudian susunan jumlah ayat sebahagiannya dengan yang lain, kemudian susunan keadaan setiap jumlah ayat.

             Susunan ayat sebelumnya: Tahukah kamu bahawa Al-Quran ketika membahagikan jenis-jenis manusia yang mukallaf yang terdiri dari orang-orang beriman, munafik, bertaqwa, kafir, aties serta orang-orang munafik yang selalu berbolak balik hati mereka, Al-Quran bercakap dengan mereka menggunakan ayat يا أيها الناس اعبدوا , yang bermaksud wahai manusia, sembahlah Allah, ia akan menyudahkan ayat dan menyusunnya seperti susunan binaan seorang arkitek, arahan dan perintah supaya beramal mengikut prinsip ilmu, mendahulukan qada’ ke atas qadar tuhan, menghidupkan dan mengadakan sesuatu atas kisah dan riwayat. Ketika ia menyebut perbahasan tentang tiga kumpulan, ia menyebutnya secara khusus dan menyeluruh, dan menyebut akibatnya. Ini menyebabkan sasaran yang ditujukan dan para pendengar bersedia dan memberi perhatian kepada percakapan tersebut.

             Kemudian pada tarikan ayat ini- menyebut mereka dengan kata ganti nama ketiga kemudian menyeru mereka menggunakan kata ganti nama kedua- ayat ayat mempunyai sentuhan bahasa yang lembut/permasalahan umum dalam ilmu bahasa arab sastera. Ia menyebut kebaikan seseorang atau keburukan seseorang sedikit demi sedikit.


244. Page

Dengan itu ia membangkit kesedaran dan memberi semangat agar cenderung untuk membuat kebaikan atau cenderung menyegerakannya. Ia menguatkan kecenderungan itu sedikit demi sedikit hingga memaksa seseorang untuk berhadapan dengan orang yang memanggilnya. Dengan melihat kepada kududukan ayat ini, ia membuatkan kecenderungan para pandengar dengan sifat-sifatnya untuk datang bercakap dengan orang tersebut, dan menariknya menyertai mereka. Maka dengan itu percakapan itu ditujukan kepadanya.

             Di dalam ayat ini juga terdapat permasalahan khusus: Meringankan bebanan tanggungjawabnya dengan kata-kata yang baik.

             Ia juga menunjukkan bahawa tidak ada perantara di antara hamba dan tuhannya dalam urusan ibadah.

             Manakala susunan ayat يا أيها الناس اعبدوا , yang bermaksud wahai manusia, sembahlah Allah, ia ditujukan kepada tiga kumpulan manusia pada tiga zaman, bermaksud:

             Wahai orang-orang yang sempurna iman, sembahlah Allah dengan yakin dan berterusan!

             Wahai orang-orang yang sederhana imannya, sembahlah Allah dengan menambah amalanmu!

             Wahai orang-orang yang kafir, laksanakan ibadah berserta syaratnya iaitu iman dan tauhid!

             Wahai orang-orang munafik, sembahlah Allah dengan ikhlas!

             Ibadah di sini seperti perkongsian, perhatikanlah!


245. Page

Perkataan ربكم tuhan kamu, bermaksud: Sembahlah Allah kerana dia adalah tuhan yang menjaga kamu. Maka sudah pasti kamu mesti menyembahnya.

             Tambahan perkataan ربكم tuhan kamu, menunjukkan bukti yang jelas bahawa Allah itu ada zatnya.

             Pada ayat جعل لكم الأرض فراشا Allah telah menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan, menunjukkan bahawa sifat itu ada.

             Pada ayat الذي خلقكم والذين من قبلكم Dialah yang menciptakan kamu dan menciptakan orang-orang sebelum kamu, menunjukkan bahawa zat dan sifat itu baharu (tidak kekal). Ayat lain yang menunjukkan bahawa zat yang kekal (Allah) adalah

﴿وَالله الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الفُقَرَاءُ

 Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadanya dalam segala hal). Muhammad: 38

             Begitu juga firman Allah yang berikut:

﴿ إِلَى رَبِّكَ الْمُنْتَهَى

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum tuhanmu lah kesudahan (segala perkara). Al-Najm:42

﴿فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِي إِلاّ رَبَّ الْعَالَمِينَ  

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan allah tuhan sekalian alam. Al- Syua’ra’: 77

﴿قُلِ اللهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ

Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", Kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya. Al-Ana’m: 91

﴿فَفِرُّوا إِلَى اللهِ﴾

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat). Al-Zariyat: 51

﴿ أَلا بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ  

Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Al-Ra’ad: 28

Bandingkanlah ayat-ayat ini dan perhatikanlah!


246. Page

Jumlah ayat الذي خلقكم Dialah yang menciptakan kamu, tahukah kamu bahawa Allah ketika menyuruh kita beribadah, arahannya mengandungi tiga perkara: Adanya tuhan yang disembah, Esanya tuhan yang disembah dan tuhan yang berhak disembah.

             Menjawab kepada persoalan ini yang mengandungi tiga perkara ini ialah: Bukti kewujudan Allah itu ada dua: Alam ini dan manusia.

             Bukti manusia ada dua jenis: Diri manusia dan asal-usulnya. Bukti manusia yang paling dekat dan jelas ialah firman Allah الذي خلقكم Dialah yang menciptakan kamu, dan bukti asal-usul manusia ialah   والذين من قبلكم dan dialah yang menciptakan orang-orang sebelum kamu.

             Manakala susunan ayat لعلكم تتقون mudah-mudahan kamu bertaqwa, tahukah kamu apabila Al-Quran mengaitkan ibadah dengan penciptaan mereka dan datuk nenek mereka, ia mengandungi maksud susunan ibadah atas penciptaan manusia itu ada dua:

             Pertama: Penciptaan mereka adalah untuk beribadah, dan kekuatan mereka untuk menerima taqwa. Sehingga sesiapa yang melihat persediaan itu bercita-cita dan berharap agar mereka beribadah seperti seseorang yang melihat kuku binatang buas maka dia akan membayangkan keganasannya.

             Kedua: Tujuan penciptaan mereka dan tugas mereka seperti yang diarahkan dan kesempurnaan yang perlu dicapai adalah ketaqwaan, itulah penyempurna ibadah.


             Jumlah ayat لعلكم تتقون mudah-mudahan kamu bertaqwa, bermaksud tujuan penciptaan kamu dan kesempurnaan kamu serta persediaan kamu adalah taqwa.


247. Page

Jumlah ayat جعل لكم الأرض فراشا Allah telah menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan, menunjukkan bukti yang paling hampir akan kewujudan Allah.

             Ia juga menunjukkan penolakan terhadap yang memberi kesan secara hakikatnya bagi sebab-sebab yang menyebabkan munculnya syrik. Bermaksud kejadian bumi sebagai hamparan adalah ciptaan Allah bukan terjadi secara semula jadi.

             Jumlah ayat والسماء بناء dan menjadikan langit sebagai binaan, menunjukkan dengan menyebut langit yang menjadi jiran/teman kepada bumi adalah bukti kewujudan Allah yang paling tinggi.

             Kemudian Allah menyebut وأنزل من السماء Dan dia telah menurunkan dari langit , sebagi bukti yang tersusun dan terhasil dari kewujudan penciptanya.

             Kesemua ayat-ayat yang lalu menunjukkan tetap adanya Allah, ia menyimpulkan akan keesaan Allah.

             Bentuk ayat yang tersusun menunjukkan sistem yang menunjukkan dengan jelas akan nikmat-nikmat Allah dalam firman Allah رزقا لكم menjadi rezeki untuk kamu, ayat ini juga menyatakan Allah adalah tuhan yang layak disembah kerana syukur atas nikmat itu adalah wajib.

             Ayat ini juga menunjukkan bahawa seperti mana bumi dan segala isinya berkhidmat untuk kamu, maka kamu juga mesti berkhidmat pada tuhan yang mengarahkan bumi berkhidmat untuk kamu.

Manakala ayat فلا تجعلوا لله أندادا Janganlah kamu menjadikan Allah itu berbilang-bilang, tahukah kamu bahawa susunan sistem itu mengandungi beberapa perancangan seperti firman Allah


248. Page

يا أيها الناس اعبدوا , yang bermaksud wahai manusia, sembahlah Allah, الذي خلقكم Dialah yang menciptakan kamu,الذي جعل لكم dialah yang menjadikan kamu, وأنزل من السماء Dan dia telah menurunkan (air hujan) dari langit. Ayat-ayat ini bermaksud apabila kamu menyembah tuhanmu janganlah kamu menyekutukannya kerana dialah tuhan kamu.

             Kerana dia pencipta kamu dan makhluk sejenis kamu, maka janganlah kamu menjadikan yang lain sebagai tuhan.

             Kerana dia yang menciptakan bumi sebagai hamparan dan menyediakannya untuk kamu. Kerana dia yang menciptakan langit dan menjadikannya bumbung sebagai binaan untuk kamu. Maka jangan kamu percaya kepada sebab-sebab semula jadi kerana itu yang akan melahirkan penyembahan berhala.

             Kerana dia yang menurunkan air ke bumi untuk memberi rezeki kepada kamu dan kehidupan kamu. Tidak ada nikmat di dunia ini melainkan semuanya dari Allah. Maka segalah syukur dan ibadah hanya untuk Allah.

             Manakala susunan ayat-ayat Al-Quran dan keadaan jumlah ayatnya, tahukah kamu perkataan

يا أيها  , yang bermaksud wahai/hai dalam ayat يا أيها الناس اعبدوا , yang bermaksud wahai manusia sembahlah Allah, banyak ayat Al-Quran diturunkan menggunakan perkataan ini (1) untuk menunjukkan sesuatu yang terperinci dan kelembutan,


kerana percakapan jenis ini menguatkan tiga perkara:

1. Perkataan يا untuk menyedarkan

2. Perkataan أَيُّ untuk mengambil pengajaran dan iktibar

3. perkataan هَا supaya memberi perhatian

249. Page

Percakapan di sini menunjukkan tiga perkara: Penerimaan kesusahan menanggung tanggungjawab dengan arahan yang sedap didengar, mengangkat manusia dari kerendahan yang tidak nampak ke darjat yang tinggi dengan perantara ibadah.

             Ia juga menunjukkan bahawa pendengar dipertanggungjawabkan dengan tiga sudut: Hatinya mengambil pengajaran dengan menerima dan patuh, akalnya percaya dan mengesakan Allah, jasad dan rohnya beramal dan beribadah.

             Ia juga menunjukkan bahawa pendengar ada tiga kumpulan. Orang beriman, orang kafir dan orang munafik.

             Ia juga menunjukkan tingkatan manusia. Ia ada tiga. Orang-orang yang khas, orang-orang pertengahan dan orang-orang awam.

             Ia juga menunjukkan hiasan yang biasa digunakan dan susunan yang cantik. Ia bermaksud bahawa seseorang yang memanggil individu yang lain dan dia menjawabnya. Kemudian yang dipanggil itu akan nampak tanda kebaikan pada orang yang memanggilnya dan terus menuju ke arahnya. Kemudian dia akan bercakap dengannya dan berbakti padanya.

             Maka berdasarkan perkara ini, semua kata-kata penguat  di dalam ayat-ayat ini dibina mengikut sasarannya.

             Manakala kata seru يا hai/wahai, kerana yang dipanggil itu adalah manusia, yang merangkumi semua tingkatan manusia yang berlainan yang terdiri dari orang yang lalai, orang yang tidak nampak, orang yang diam, orang yang bodoh, orang yang sibuk, orang yang mencintai, orang yang mencari dan orang yang sempurna. Seruan ini adalah untuk mengambil perhatian, untuk menghadirkan diri, untuk menggerakkan, untuk pengenalan, untuk orang memberi masa untuknya, untuk ditujukan pada seseorang, untuk membangkitkan kemarahan, untuk membuatkan orang rindu dan suka, untuk menambah/memperbanyak dan untuk mengegarkan naluri. 

250. Page

(1) Di dalam Al-Quran terdapat 142 ayat yang menggunakan perkataan ini. Dari permulaan Al-Quran yang bermula dengan Surah Al-Baqarah ayat 21 yang ditafsirkan di atas iaitu firman Allah
﴿يا أيها الناس اعبدوا ربكم الذي خلقكم﴾
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Ayat yang terakhir adalah dari Surah Al-Kafirun ﴿قل يا أيها الكافرون﴾
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
Terdapat juga ayat yang tidak digandingkan dengan perkataan ini يا   (kata seru) sebanyak 7 ayat. Iaitu pada Surah Al-Nisa’ ayat 133, firman Allah﴿إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ وَيَأْتِ بِآخَرِينَ﴾
Jika Allah menghendaki, nescaya ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain.
Surah Yusuf ayat 46, firman Allah
 ﴿يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ﴾
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! ".
Surah Al-Hijr ayat 57, firman Allah
﴿قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ﴾
Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal kamu wahai utusan tuhan?"
Surah Yasin ayat 59, firman Allah(وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ)
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
Surah Al-Zumar ayat 64, firman Allah
﴿قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ﴾
Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: "Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?"
Surah Al-Zariyat ayat 31, firman Allah
﴿قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ﴾
Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan tuhan?"
Surah Al-Waqiah ayat 51, firman Allah﴿ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ﴾
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat).
Manakala firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi ayat 19
﴿فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا﴾
Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ).
Perkataan أيها di sini bukanlah seruan dari ayat sebelumnya. Manakala perkataan أيتها ada dua kali di dalam Al-Quran. Pertama di dalam Surah Yusuf ayat 70, firman Allah
 
﴿ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ أَيَّتُهَا الْعِيرُ إِنَّكُمْ لَسَارِقُونَ﴾
Kemudian menyeru seorang penyeru:" Wahai orang-orang kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri ".
Yang kedua terdapat di dalam Surah Al-Fajr ayat 27, firman Allah,
 
﴿يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ﴾
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): " Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!”.
 


251. Page

Manakala maksud jauh yang terdapat pada يا sekalipun asalnya menunjukkan dekat, ia membawa maksud betapa besarnya dan mulianya tanggungjawab yang perlu dipikul (menyembah Allah).

             Ia juga menunjukkan jauhnya kedudukan hamba dengan tuhannya.

             Ia juga menunjukkan panjangnya masa orang yang dipertanggungjawabkan dari tempat dan masa ayat ini diturunkan.

             Ia juga menunjukkan bahawa manusia itu amat lalai.

             Manakala perkataan أي ia adalah tempat menerangkan tentang umum. Bermaksud percakapan ini adalah untuk semua makhluk. Maka ia dikhaskan untuk manusia untuk menanggung amanah melalui amalan Fardhu Kifayah (1), apabila manusia tidak mampu menanggung semua tanggungjawab pada semua makhluk. Ia juga bermaksud besarnya makna ijmal (makna keseluruhan) daripada tafsil (makna perincian) (2).


             Manakala perkataan ها , sekalipun ia adalah ganti mudhaf ilaih, ia menunjukkan supaya mengambil perhatian dengan adanya perkataan يا.

             Perkataan الناس manusia, menunjukkan teguran; -menunjukkan supaya mengambil perhatian -bermaksud: “Hai manusia, bagaimana kamu boleh lupa perjanjian kamu di azali?”

(1) Fardhu Kifayah ia kewajipan yang apabila ia telah dilaksanakan sekumpulan orang Islam yang mencukupi, maka orang Islam yang lain tidak perlu lagi melaksanakannya. Sekiranya ia tidak mencukupi, orang Islam yang tidak melibatkan diri dikira berdosa sekiranya dia tahu akan kewajipannya dan berdosa meninggalkannya tanpa ada alasan.
(2) Ini kerana ia mengandungi makna ijmal (makna keseluruhan)  dan ibham(kesamaran) kerana ia disebut tanpa mudhaf, cuma saja perkataan الناس menghilangkan makna ibham dan menjelaskan makna ijmal tersebut.


252. Page

Ia juga menunjukkan keuzuran; iaitu: “Hai manusia, sudah pasti kekurangan kamu itu disebabkan lalai dan lupa, bukan dengan sengaja dan bersungguh meninggalkannya!”

             Perkataan اعبدوا kamu semua sembahlah (Allah), ia adalah jawapan kepada seruan yang umum tadi. Seruan untuk semua jenis manusia yang menunjukkaan ketaatan, ikhlas, berterusan melakukan ibadah dan mentauhidkan Allah. Bermaksud taatlah kamu kepada Allah, ikhlaskan hatimu, tetaplah hatimu, tambahlah amalan kamu dan esakanlah Allah.

             Perkataan ربكم tuhan kamu, menunjukkan bahawa ibadah hendaklah digalakkan kerana ia adalah sandaran yang mulia dan tinggi. Begitu juga ia hendaklah dituntut melakukannya sebagai tanda syukur dan khidmat kepada tuhan dan kita semua berhajat kepadanya. 

             Manakala jumlah ayat الذي خلقكم والذين من قبلكم yang menjadikan kamu dan orang-orang sebelum kamu, tahukah kamu perkataan  الذي yang, menunjukkan bahawa mengenal Allah adalah melalui perbuatan-perbuatannya dan kesannya bukan dengan zatnya.


             Perkataan خلق dia telah menciptakan, sangat baik dengan menjadikan dan menghidupkan manusia dalam keadaan yang telah ditentukan. Ia menunjukkan bahawa persediaan manusia itu kerana disertakan dengan tanggungjawab.

             Ia juga menunjukkan bahawa ibadah adalah satu pekerjaan, kerana ia adalah hasil dari penciptaan manusia dan upahnya. Pahala adalah tanda redha Allah pada kita.


253. Page

Perkataan الذين yang, berdasarkan perkaatan yang samar ini, ia menunjukkan orang-orang sebelum kamu tidak kekal. Mereka mati dan hilang. Maklumat tentang mereka tidak kekal kecuali mereka adalah orang-orang sebelum kamu. Kamu pula hampir kepada kematian, maka ambillah pengajaran. Maka kamu janganlah tertipu dengan kehidupan dunia. Laksanakanlah ibadah kerana ia adalah jalan kebahagiaan yang abadi.

             Manakala ayat لعلكم تتقون mudah-mudahan kamu bertaqwa, tahukah kamu perkataan لعل mudah-mudahan, menunjukkan harapan pada perkara yang disukai. Dikatakan ia bermaksud tamak, pada perkara yang tidak disukai disebut sebagai belas kasihan.

             Maka harapan pada orang yang bercakap di sini adalah mustahil. Ia sama ada mustahil tetapi harus berlaku, dan dari sudut orang yang memberi arahan ataupun dari sudut orang yang menyaksikannya dan mendengar:

             Dari sudut orang yang diperintah, ia adalah Istiarah Tamsiliyah, sepertimana seseorang yang mempersiapkan orang lain untuk tujuan berkhidmat. Dia berharap orang itu tahu berkhidmat. Begitu juga Allah mempersiapkan manusia dengan persiapan yang sempurna dan mampu memikul tanggungjawab serta mampu membuat pilihan. Dalam perumpamaan ini menunjukkan hikmah ciptaan manusia adalah taqwa.

             Ia juga menunjukkan bahawa hasil dari ibadah adalah ketaqwaan.

             Ia juga menunjukkan bahawa taqwa adalah tingkatan yang paling tinggi.

             Ia juga menunjukkan sifat pemerintah adalah tamak dan menonjol dalam perjanjian yang telah diputuskan.


254. Page

Dari sudut orang yang mendengar, seolah-olah dia berkata: Beribadahlah dalam keadaan kamu mengharapkan taqwa, dan dalam keadaan sederhana di antara mengharap dan takut. Dari sudut ini ia menunjukkan manusia tidak sepatutnya mengharapkan ibadahnya semata-semata (tetapi mengharap pada Allah).

             Ia juga menunjukkan bahawa manusia tidak sepatutnya berasa cukup dengan ibadah yang dilakukan, tetapi dia perlu menunjukkan bukti bahawa dia benar (dengan perbuatannya). Maka dia hendaklah melihat apa yang lebih baik darinya.

             Dari sudut orang yang menyaksikan dan orang yang mendengar, seolah-olah dia seperti orang yang menyaksikan persiapan seseorang dan bersenjata melalukan persiapan, dia mengharap dari orang itu agar beribadah, seperti orang yang melihat kuku dan taring binatang buas sudah tentu dia menyangka binatang itu akan mengganas. Ia juga menunjukkan ibadah adalah tuntutan fitrah.

             Manakala perkataan تتقون kamu bertaqwa, ia menunjukkan – mengikut susunannya dalam ibadah beberapa tingkatan yang disebutkan- kepada beberapa tingkatan taqwa, iaitu:


             Taqwa dari melakukan kesyirikan.

             Taqwa dari melakukan dosa-dosa besar.

             Taqwa dengan menjaga hati dengan tidak berpaut kecuali pada Allah.

             Taqwa dengan menjauhi apa-apa yang mendapat balasan

             Taqwa dengan berhati-hati dengan mengawal marah.

             Ia juga lambang bahawa beribadah dengan ikhlas akan dikira ibadah.

             Ia juga menunjukkan bahawa ibadah adalah tujuan yang sebenar, tidak ada cara

lain selainnya.              Manakala jumlah aya

﴿الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya). Al-Baqarah: 22. Tahukah kamu bahawa ia menunjukkan ransangan supaya beribadah dengan menerangkan keagungan kekuatan maha pencipta. Ia membibitkan rasa rindu untuk beribadah dengan menyebut nikmatnya. Seolah-olah Allah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya yang menundukkan untuk kamu bumi dan langit berhak untuk disembah.


255. Page

Ia juga menunjukkan keistimewaan manusia dan tinggi nilainya dan kemuliaannya di sisi Allah. Seolah-olah Allah berkata: Sesungguhnya yang memuliakan kamu dengan menjadikan bintang-bintang yang tinggi dan rendah dengan keagungannya supaya kamu dapat mengambil faedah. Maka sudah pasti kamu perlu menzahirkan budi pekerti kamu untuk memuliakannya dengan menyembahnya.

             Ia juga menunjukkan penolakan terhadap sesuatu yang terjadi secara kebetulan dan teori semula jadi. Bermaksud setiap perkara yang kamu lihat sifatnya itu adalah dijadikan oleh penciptanya, ada tujuannya, dikhususkan untuk sesuatu dan disusun oleh sistem yang tinggi hikmahnya.

             Ia juga menunjukkan penolakan terhadap orang-orang yang berpegang dengan teori semula jadi, teori penyembah bintang yang darinya terhasil penyembahan berhala.

             Ia juga adalah peringatan bahawa sifat-sifat sesuatu jisim menunjukkan ada penciptanya. Kerana jisim-jisim adalah sama zarahnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Maka setiap sifat itu ada dan berlegar pada banyak perkara. Maka setiap jisim dengan sifatnya dan tindakannya ada tujuan dan hikmah, yang telah dikhususkan untuk sesuatu.

             Perkataan لكم untuk kamu, menunjukkan bahawa bumi dihamparkan kerana manusia. Bukan orang yang mengambil faedah itu manusia sahaja, sehingga yang lain menjadi sia-sia. Fikirkanlah!

             Perkataan فراشا hamparan, menunjukkan sentuhan kata-kata yang lembut yang ia adalah sentuhan yang mendalam yang berkait “ dengan berlaku tabiatnya tenggelam dalam air”.

             Ia juga menunjukkan hamparan itu dijadikan Allah, bukan terjadi dengan sendirinya. Kerana sifat semula jadi benda yang bulat akan dipenuhi dan dikelilingi air. Maka Allah yang Maha Pencipta dengan hikmah dan kasih sayangnya telah menampakkan sebahagian dari bumi itu dan menjadikannya hamparan, serta meletakkan nikmatnya di atas bumi.

             Ia juga adalah peringatan – mengikut teori “apabila sesuatu itu ada, maka yang perlu ada padanya akan ada”- bahawa bumi itu seperti lantai rumah yang rata,


256. Page

maka tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang ada padanya adalah luaran rumah. Ia diletakkan dengan ada tujuan dan hikmah.

             Ia juga menunjukkan bahawa bumi sederhana kejadiannya kerana tujuan dan hikmah tertentu. Ia terdiri daripada cairan yang tidak dapat dipijak kaki dan batuan yang sangat keras yang tidak dapat diambil manfaatnya serta bercucuk tanam. Maka ia menjadi sia-sia sekalipun ia emas. Maka bumi yang sederhana itu menunjukkan ia ada sifat-sifat tertentu, kejadian dan tujuan yang bijaksana.

             Manakala ayat والسماء بناء dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) menunjukkan bahawa setelah Allah menjadikan langit sebagai bumbung dan binaan yang kukuh, bintang-bintang menjadi lampu untuk kamu. Jadi kamu jangan menyangka ia adalah kejadian yang berlaku secara kebetulan untuk memisahkan bintang-bintang tersebut dan menyebarkannya sepertimana kamu sangka ia juga kejadian yang berlaku secara kebetulan pada kedudukan batu-batu permata yang berselerak ketika ia dilemparkan ke tanah.

             Tahukah kamu ayat ini menunjukkan kepada rahsia yang mengagumkan dan bernilai. Ia adalah:

             Jika kamu kata manusia adalah satu zarah (sangat kecil) berbanding dengan bumi, bumi pula satu zarah berbanding dengan semua planet yang ada. Begitulah juga semua benda adalah zarah kecil berbanding makhluk yang lain, manakala yang lain pula menjadi zarah kecil berbanding makhluk yang sejenisnya di rumah yang berharga ini (bumi). Begitulah juga dari sudut manusia mengambil manfaat yang sangat sedikit berbanding manfaat yang banyak di bumi ini, dan juga tujuan yang dapat diketahui oleh akal kita adalah sangat sedikit berbanding dengan hikmah dan ilmu yang Allah ketahui. Maka bagaimana Allah menciptakan alam ini untuk manusia supaya mereka mengambil manfaat sebagai satu tujuan yang sebenar?


257. Page

Jawapannya adalah ya. Tetapi semua itu adalah untuk ketenangan jiwa manusia, kelapangan akalnya, persediaan yang cukup serta banyaknya faedah yang didapati dari semua makhluk. Ia juga bertujuan agar manusia tidak bersesak-sesak, berpecah dan menjadi tegang untuk mendapatkan manfaat berbanding faedah secara keseluruhan berbanding secara pecahan (jika manfaat itu sedikit). – kerana faedah yang banyak secara keseluruhannya ada pada semua bahagian tanpa ada kesesakan dan pembahagian- maka Allah telah menjadikan Al-Quran sebagai manfaat yang unik (ajaib) bagi manusia berbanding ribuan manfaat yang manusia dapati dari langit dan bumi sebagai tujuan tertinggi. Seolah-olah ia adalah sebab sebenar untuk manusia. Ia bermaksud manusia mengambil manfaat dari bumi sebagai ruang untuk rumahnya, langit sebagai bumbung, bintang-bintang sebagai lampu, tumbuh-tumbuhan sebagai harta simpanan. Maka setiap orang berhak berkata: itu adalah matahariku, langitku, bumiku. Perhatikanlah dan fikirlah!

             Manakala perihal ayat

﴿وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ

Dan diturunkannya air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Al-Baqarah: 22.

Tahukah kamu kata kerja أنزل mengandungi kata ganti nama yang menunjukkan bahawa titisan hujan diturunkan dengan jumlah tertentu dan mempunyai hikmah tertentu. Setiap titisan hujan itu dikawal dengan sistem khas dengan tanda-tanda bahawa ia tidak bertembung dengan titisan yang lain dalam perjalanannya yang jauh, serta tiupan angin yang ada disekelilingnya. Ini menunjukkan bahawa pergerakannya bukan di bawah kawalannya, tetapi ia dibawah kawalan pemerintah yang mewujudkan undang-undang dan melaksanakannya.

             


258. Page

Perkataan من السماء menunjukkan dengan menyebutnya dengan jelas bukan dengan menggunakan kata ganti nama menunjukkan bahawa tujuan langit itu adalah arahnya bukan jisimnya secara khusus.

             Perkataan ماء sekalipun yang turun itu salji, hujan batu dan air, ia menunjukkan bahawa tujuan yang paling utama ialah untuk mengambil manfaat. Seperti firman Allah di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 30

:﴿وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ

Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup.

             Ia disebut dalam bentuk kata nama am untuk menunjukkan bahawa ia adalah air yang unik, sistemnya mengagumkan dan kamu tidak tahu bagaimana campuran kimianya (susunannya).

             Huruf fa pada perkataan فأخرج diletakkan untuk menunjukkan perkara yang terjadi selepasnya adalah terjadi dengan segera bukan tertangguh di antara turunnya air dan keluarnya hasil tumbuhan. Maka ia menunjukkan (ia menumbuhkan tumbuhan, memberinya khasiat, dan menghasilkan dari setiap pasangan itu sesuatu yang menarik).

             Manakala perkataan أخرج lalu dikeluarkannya yang mengandungi kata ganti nama ‘dia’ menunjukkan bahawa hasil yang tumbuh bukanlah disebabkan kerana dicambahkan atau disusun sahaja, tetapi Allah yang Maha Bijaksana yang menghidupkannya dan meletakkannya dengan sifatnya yang khusus yang tidak terdapat pada diri tumbuhan tersebut.

             Perkataan به disebabkan ia menarik makna sebenar iaitu menghubungkan, untuk menunjukkan kehalusan dan ketelitian buahan. Jadi air dilalukan kepadanya- berbeza dengan sifatnya- dengan perantaraan jaring penutup lalu memenuhi bekas buah-buahan dan melekatkannya.

             Perkataan من الثمرات buah-buahan yang menunjukkan tiada kesudahan pada pendapat ilmuan nahu iaitu Sibawaih, bermaksud objek yang pelbagai jenis pada pendengaran orang yang mendengar, bermaksud buah-buahan itu ada pelbagai jenis dari yang kamu inginkan.

           


259. Page

Perkataan لكم untuk kamu menunjukkan perkataan ini menguatkan makna nikmat yang dikurniakan Allah.

             Ia juga menunjukkan bahawa rezeki diturunkan untuk kamu (manusia), maka tidak ada masalah makhluk yang lain turut serta mendapat manfaat.

             Ia juga menunjukkan sebagaimana Allah mengkhususkan (menganugerahkan) nikmatnya untuk kamu, maka kamu hendaklah mengkhususkan syukurmu pada tuhanmu.

             Manakala perihal ayat فلا تجعلوا لله أندادا , huruf fa menunjukkan empat perkara, iaitu:


             Kerana Allah itu tuhan yang disembah, maka janganlah kamu sekutukannya.

             Kerana Allah itu yang Maha Kuasa, bumi dan langit dalam genggamannya, maka jangan kamu percaya ada yang Allah ada rakan kongsi.

             Kerana Allah itu yang memberi nikmat, maka jangan kamu syirik dalam menyuskurinya.

             Kerana Allah itu pencipta kamu, maka jangan kamu sangka Allah ada rakan kongsi.

             Manakala perkataan تجعلوا kamu jadikan kata ganti dari perkataan تعتقدوا kamu percaya, bermaksud firman Allah

إن هي إلا أسماء سميتموها

Bermaksud: Nama-nama yang tidak ada makna padanya yang kamu bayangkan ada pada Allah yang menciptakan kamu.

             Perkataan لله diawalkan kerana keutamannya dengan menjadikannya perkara utama untuk menunjukkan bahawa yang menimbulkan tegahan adalah syirik kepada Allah.

             Perkataan أنداد bermaksud yang sepertinya. Ada zat yang lain sepertinya, kedua-duanya adalah berlawanan. Ia juga menunjukkan bahawa perkara ini tidak betul dengan sendirinya.


260. Page

Perkataan di atas datang dalam bentuk plural untuk menunjukkan kemuncak kebodohan orang musyrik dan merendah-rendahkan mereka. Bermaksud bagaimana kamu menjadikan Allah -yang tidak ada yang lain sepertinya – berbilang-bilang dan ada tuhan lain sepertinya?

             Ia juga menunjukkan penolakan terhadap semua jenis persamaan. Sama pada zat, sifat dan perbuatan Allah.

             Ia juga menunjukkan penolakan terhadap semua jenis syrik yang terdiri dari penyembah berhala dan penyembah bintang, orang-orang kristian dan orang-orang yang berpegang pada sebab-sebab tertentu ketika berlaku sesuatu.

             Tambahan bagi perkara di atas: Hidupnya penyembahan berhala dan patung bermula dari penyembahan bintang, atau kerana percaya penyatuan dua jasad atau atau percaya pada jelmaan jasad.

             Ayat وأنتم تعلمون sedangkan kamu mengetahuinya , dengan perkataan lain yang sama maknanya di pengakhiran ayat, ia menunjukkan bahawa hidupnya agama Islam adalah dengan ilmu dan asasnya adalah akal. Maka ciri-cirinya adalah menerima hakikat sebenar dan menolak keraguan.

             Kemudian ayat ini memanjangkan kata-katanya dengan meringkaskannya dengan tidak menyebut objek kata kerjanya. Bermaksud : Sedangkan kamu tahu bahawa tidak ada yang layak disembah, tidak ada pencipta, tidak ada yang berkuasa secara mutlak dan tidak ada yang memberikan nikmat melainkan dia (Allah).

             Begitu juga kamu tahu bahawa ketuhanan (apa-apa yang mempunyai sifat yang mengagumkan) dan berhala bukanlah apa-apa, ia tidak berkuasa terhadap sesuatu. Ia adalah makhluk yang diciptakan yang kamu khayalkan. Maka fikirkanlah!