Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 23-24

261. Page

﴿وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ { فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ


23. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (al-quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

24. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. Al-Baqarah.

PENDAHULUAN KEBENARAN KENABIAN NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASALLAM

             Tahukah kamu sebagaimana telah dijelaskan ayat yang lalu bahawa tujuan asas Al-Quran adalah tauhid kepada Allah. Ia juga menjelaskan tujuan kedua dari empat tujuan iaitu menyatakan kebenaran akan kenabian Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dengan mukjizatnya yang sempurna yang tidak dapat ditandingi iaitu Al-Quran. Saya telah perincikan bukti-bukti kenabian baginda di dalam buku saya yang lain (Zulfaqar). Di sini saya ringkaskan sebahagiannya dalam enam permasalahan:


262. Page

Permasalahan Pertama: Tahukah kamu bahawa kajian yang menyeluruh tentang keadaan para nabi teknik yang berterusan dengan qiyas/perbandingan rahsia(2) yang akan membuahkan dapatan bahawa pusingan kenabian para nabi, asasnya dan bagaimana pergaulan mereka bersama umat mereka- dengan syarat mengasingkan masalah mengikut masa dan tempat- dapatan itu akan menunjukkan dengan tepat dan sempurna pada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam – yang baginda adalah guru bagi semua manusia pada usia kematangan manusia. Dapatan juga akan menunjukkan dengan cara yang lebih baik dan dengan perbandingan yang baik bahawa baginda juga utusan Allah. Maka semua nabi dengan mukjizat yang mereka ada adalah saksi benarnya Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam- yang mana ia adalah bukti yang jelas akan kewujudan Allah dan keesaannya. Fikirkanlah!

(2) Ia adalah perbandingan yang di mana penafian kebenaran menjadi samar-samar antara asal dan cabangnya. Ia perlu kepada penyelidikan dan kajian.

             Permasalahan Kedua: Tahukah kamu bahawa semua keadaan dan pergerakan baginda Sallahu Alaihi Wasallam sekalipun di luar kebiasaan (mukjizat), ia menunjukkan semuanya adalah benar dan kemuncak kepada kebenaran. Adakah kamu tidak melihat bagaimana keadaan baginda Sallahu Alaihi Wasallam ketika peristiwa di dalam gua jika mengikut logik akal baginda sukar untuk melepaskan diri?

             Baginda berkata dengan kepercayaan yang tinggi, yakin dan tenang

﴿لا تَحْزَنْ إِنَّ اللهَ مَعَنَا

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Al-Taubah:40

Sepertimana permulaannya dengan tindakan yang tidak mempedulikan tentangan, tanpa ada rasa takut dan teragak-agak serta sangat tenang, sikap ini menunjukkan baginda berpegang dengan kebenaran. Begitu juga baginda menghidupkannya dengan menyudahkan tindakannya – dengan cara menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat- dengan berpegang pada kebenaran dan menghubungkannya dengan cara hidup itu adalah bukti kebenaran baginda. Ini cuma satu dari perbuatan baginda. Jika kamu melihat kepada keseluruhan tindakan dan perihal baginda, akan nampak jelas di mata kamu bukti kenabiannya seperti kilat yang memancar. Perhatikanlah!


           


263. Page

Permasalahan Ketiga: Tahukah kamu masa yang lalu dan sekarang serta akan datang bersatu menunjukkan kebenaran baginda sepertimana diri baginda bukti atas kenabiannya. Mari kita mempelajari empat perkara yang menggembirakan ini:

             Pertama, kita mengambil berkat dengan mempelajari tentang diri baginda Sallahu Alaihi Wasallam. Maka sudah pasti kita mesti mengetahui empat perkara ini:

             Pertama: “ Celak bukanlah seperti orang yang memakai celak”. Bermaksud benda yang diciptakan tidak akan sama seperti penciptanya- sekalipun kedua-duanya sempurna- sehingga mencapai tingkatan semula jadi dan fitrah. Kedua-duanya tidak dapat mengambil alih kedudukannya, tetapi ia adalah pergerakan berlaku tanpa dirancang dan tersilap yang menunjukkan kecantikannya (sedangkan di dalamnya adalah buruk).

             Kedua: Sesungguhnya akhlak yang tinggi berhubung dengan kebenaran dengan kukuh. Kelangsungannya dan gabungan kesemuanya adalah dengan membenarkannya (mempercayainya). Sekiranya kepercayaan itu lebih tinggi dalam kalangannya ia akan menjadi seperti daun kering ditiup angin.

             Ketiga: Sepertimana ada kecenderungan dan tarikan pada perkara yang bersesuaian, begitu juga akan ada penolakan dan mengelakkan diri dari perkara yang berlawanan.

             Keempat: Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada peraturannya yang mana peraturan itu bukan untuk semua. Ia seperiti kuatnya tali tapi jahitannya lemah.

             Setelah kamu faham permasalahan ini, tahukah kamu bahawa peninggalan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, tindakannya dan sejarah hidupnya menjadi saksi bahawa baginda memliki budi pekerti yang tinggi yang diakui oleh musuh baginda. Dalam diri baginda terhimpun kelebihan yang tinggi dan menyeluruh. Dari budi pekertinya itu lahirlah kemuliaan pada diri baginda, ketenangan yang tidak akan menyebabkan kehinaan. Sepertimana ketinggian malaikat tidak akan diganggu oleh syaitan. Begitulah juga budi pekerti yang tinggi keseluruhannya tidak akan dicemari dengan tipu daya dan dusta. Adakah kamu tidak melihat seseorang yang terkenal dengan keberaniannya tidak akan bertolak ansur dengan pembohongan kecuali dengan susah payah (kita menghasutnya)? Bagaimana sekiranya mereka ramai? Maka di sini terbuktilah peribadi baginda seperti matahari yang menjadi bukti kebenarannya.


264. Page

Begitu juga apabila kamu meneliti perihal baginda Sallahu Alaihi Wasallam, dari umur empat tahun hingga empat puluh tahun, sedangkan tempoh remaja hingga dewasa gelora jiwa yang mendesak mereka menzahirkan apa yang tersembunyi di dalam diri dengan pelbagai ragam. Kamu mendapati baginda ketika itu meningkat dewasa, bergaul dengan orang ramai dengan pergaulan yang baik, sangat kuat, sangat menjaga kehormatan diri secara berterusan dan berdisiplin. Tidak ada apa-apa yang menunjukkan baginda berkelakuna tidak baik, sekalipun ketika berhadapan dengan orang-orang yang degil yang cerdik. Kamu juga melihat beginda ketika permulaan umur empat puluh tahun, baginda bergaul dan berkhidmat dengan baik dan menjadikan kebiasaan itu satu tabiat yang tetap yang tidak disanggah. Jelas nampak padi diri baginda bahawa dirinya adalah personaliti yang unik yang telah mengubah dunia dengan perubahan yang menakjubkan. Semua itu adalah dari Allah.


             Permasalahan keempat: Tahukah kamu bahawa lembaran kitab suci yang terdahulu yang mengandungi kisah-kisah para nabi yang diceritakan oleh nabi kita yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bukti kenabian baginda, dengan mengambil perhatian pada empat perkara ini:

             Pertama: Sesiapa yang cinta pada kesenian, faham ikatan hidup yang ada padanya, pandai menggunakannya pada tempatnya , kemudian membina kekuatan atasnya, itu menunjukkan bahawa dia mahir dan cekap dalam kesenian itu.

             Kedua: Sekiranya kamu mengenali tabiat manusia, kamu tidak akan melihat seseorang yang berani, tidak teragak-agak, tidak mempedulikan dengan mudah untuk berbalah dan berdusta walaupun perkara itu kecil, pada puak yang kecil, ketika mendakwa sesuatu walaupun sia-sia, dengan kemuliaan sekalipun lemah. Bagaimana pula bagi seseorang yang ada kemuliaan pada tahap yang sangat tinggi, ketika bercakap sesuatu dalam keadaan yang sangat terhormat, pada satu kaum yang sangat ramai, ketika menghadapa kekasaran yang sangat sukar, sekalipun beliau seorang yang buta huruf; tidak tahu membaca. Beliau membicarakan tentang perkara yang tidak dapat dielakkan oleh akal dan menzahirkannya dengan sempurna dan bersungguh-sungguh, mewar-warkannya kepada semua orang, apakah ini semua tidak menunjukkan bahawa baginda adalah benar? Bukankah semua itu dari Allah?


265. Page

Ketiga: Kebanyakan ilmu-ilmu yang diketahui dalam kalangan orang-orang di bandar- dengan mempelajari adat dan perihal, dengan memahami realiti dan tingkah laku- adalah tidak dipelajari dalam kalangan orang-orang yang tinggal di pendalaman. Berdasarkan perkara ini, maka sudah pasti bagi sesiapa yang membahas dan berusaha menyelidik keadaan orang-orang di pendalaman- terutama sekali pada kurun yang lalu- hendaklah meletakkan dirinya dalam kehidupan mereka. 

             Keempat: Jika seorang buta huruf berdebat dengan ilmuan yang mahir – sekalipun dalam ilmu sorof - kemudian dia menjelaskan pandangannya terhadap permasalahan tersebut dengan membenarkan sumbernya yang disepakati, serta membetulkan permasalahan yang menjadi perselisihan. Apakah itu semua tidak menunjukkan kecerdikannya dan ilmunya adalah kurniaan tuhan?

             Apabila kamu sudah faham empat perkara ini, tahukah kamu bahawa Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam yang berbangsa arab ini, sekalipun baginda buta huruf menceritakan kepada kita dengan berpandukan Al-Quran akan kisah-kisah orang-orang terdahulu dan para nabi, dengan gaya cerita seolah-olah baginda sendiri ada dan menyaksikan peristiwa tersebut. Baginda menjelaskan perilhal keadaan mereka dan rahsia mereka kepada pemimpin di dunia dengan percakapan yang hebat yang memerlukan tahap kecerdikan yang tinggi. Baginda telah menceritakan kepada kita tanpa terkesan, faham ikatan hidup yang ada padanya serta asasnya sebagai permulaan bagi dakwahnya, dan membenarkan apa yang telah disepakati dalam kitab-kitab terdahulu, membetulkan apa yang diselisihkan. Baginda seolah-olah ruh yang berjalan sebagai cerminan dari wahyu tuhan meliputi semua masa dan tempat. Baginda masuk ke masa lalu dan menjelaskan kepada kita seolah-olah baginda menyaksikannya sendiri. Maka semua perkara ini adalah bukti kenabian baginda dan salah satu mukjizatnya. Maka kesemua bukti-bukti kenabian para nabi dikira bukti maknawi bagi mereka, manakala semua mukjizat para nabi dikira mukjizat maknawi bagi mereka.


266. Page

Permasalahan kelima: Untuk menjelaskan tentang sejarah zaman kegemilangan terutama sekali permasalahan kepulauan arab, di sini juga ada empat perkara:

             Pertama: Apabila kamu perhatikan di dunia ini, kamu akan dapati bahawa sangat susah dan sukar untuk meninggalkan sesuatu kebiasaan yang dilakukan sekalipun ia perkara yang kecil pada satu puak yang kecil. Atau untuk meninggalkan sesuatu tabiat sekalipun ia lemah pada satu kelompok walaupun hina. Begitu juga seorang raja sekalipun baginda agung dan dengan azam yang kuat,

M/S 147

pada zaman yang serba mencabar ini. Bagaimana kamu menghadapi orang yang tidak pandai? Yang berpegang pada sesuatu (yang mempunyai pandangan yang kuat dan berpegang dengannya) pada masa yang pendek dengan keazaman yang kuat –  berdasarkan apa yang dia buat -  meninggalkan adat kebiasaan (yang tidak elok) yang telah berakar umbi dengan kuat dan menjunjung akhlak mulia. Yang mana adat itu telah sebati dengan mereka dan berterusan berlaku dalam kehidupan mereka. Maka baginda datang menyemai adat yang baik serta akhlak yang mulia dengan menyempurnakannya sekaligus sahaja ke dalam hati mereka yang mana bilangan mereka sangat ramai dan sangat mempertahankan cara hidup mereka yang lama. Apakah kamu tidak nampak ini sebagai mukjizat?

             Kedua: Sesebuah negara itu sebenarnya adalah individu yang ada padanya. Ia terbentuk secara beransur-ansur seperti perkembangan seorang kanak-kanak. Undang-undangnya yang terlaksana dan terbentuk menjadi kukuh adalah secara perlahan-lahan. Apakah tidak dikira sebagai mukjizat nabi kita Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam yang membentuk negara yang agung dengan sekaligus dan serentak, ia tersedia dalam keadaan tamadun yang tinggi, memiliki asas-asas yang tinggi yang kekal serta menguasai negara-negara besar yang lain dengan sekaligus sahaja, dengan menguasai mereka bukan setakat secara zahir, tetapi menguasai mereka secara halus, fizikal dan rohani.


267. Page

Ketiga: Kita mungkin mampu menguasai seseorang atau sesebuah negara dengan kekerasan dan paksaan secara zahir sahaja. Tetapi untuk menguasai fikiran, menyentuh hati serta mendidik akhlak dan pada masa yang sama memerintah mereka ini adalah termasuk dari mukjizat. Perkara ini tidak akan mampu dilakukan kecuali dia dikurniakan dengan mukjizat kenabian.

             Keempat: Idea-idea,buah fikiran serta pegangan boleh diajarkan dengan cara menakutkan seseorang, dengan cara memberi dorongan, ancaman dan diberi tanggungjawab. Ia cuma memberi kesan yang sedikit dan hanya kekal dalam waktu yang pendek yang menghalang dari menguasai pemikiran pada satu masa. Manakala sesiapa yang mengajarnya sehingga sampai ke hati, menggerakkan semua pancainderanya, menyingkap apa yang tersembunyi, membetulkan akhlak, menonjolkan keistimewaan yang tersembunyi serta menjadikan naluri kemanusiaan bersemangat, dan memperlihatkan nilai percakapan mereka; itu semua berpunca dari cahaya kebenaran dan salah satu dari mukjizat. Di mana kamu melihat seseorang yang sangat keras hatinya yang menguburkan anak perempuannya hidup-hidup, dia tidak berasa sedih dan terkesan pada dirinya. Selepas itu kamu melihatnya selepas memeluk Islam, dia menunjukkan belas kasihan kepada binatang kecil seperti semut dan berasa sakit seolah-olah dia sendiri yang merasanyai. Demi Allah, adakah perubahan jiwa ini bertepatan dengan undang-undang?

             Sekarang kamu sudah faham semua perkara ini. Mari perhatikan pula beberapa perkara yang lain pula, iaitu:

             Sejarah dunia telah menyaksikan bahawa seseorang yang mempunyai kehebatan yang luar biasa ialah orang yang mampu membangkitkan persediaan umum, menyedarkan tabiat manusia (baik atau buruk), mencari jalan untuk menyingkap perasaan umum. Apabila sesiapa yang tidak membangkitkan jiwa yang sedang tidur usahanya akan jadi sia-sia dan tidak berpanjangan sekalipun ia baik pada dirinya.

             Sejarah juga menunjukkan kepada kita bahawa manusia yang paling agung ialah seseorang yang mampu untuk menyedarkan seseorang satu perkara, dua atau tiga kesedaran ini.

268. Page

Iaitu kesedaran tentang kemuliaan yang berpanjangan, kesedaran persaudaraan, kesedaran untuk berkasih sayang dan kebebasan. Apakah perbuatan menyedarkan ribuan perasaan dan kesedaran yang mulia dan tersembunyi ini dan menjadikannya dengan cepat tersebar dalam kalangan masyarakat badawi kemudian berkembang ke seluruh kepulauan Arab di padang pasir yang luas itu tidak di kira sebagai mukjizat?

             Ya, ia adalah cahaya matahari yang sebenar.


             Maka semua perkara yang kami sebutkan ini sekiranya akalnya tidak dapat menerimanya, kami bawanya ke kepulauan arab, selepas 13 abad kepulauan ini dan selepas manusia di sana telah mencapai hidup yang bertamadun! Maka kamu wahai orang yang degil pilihlah dari 100 orang ahli falsafah itu orang yang paling sempurna antara mereka dan lihatlah usaha mereka dalam masa 100 tahun. Sekiranya mereka telah melakukan satu perkara dari 100 bahagian sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam yang bersesuain dengan zamannya. Sekiranya kamu telah lakukan- tetapi kamu tidak akan dapat lakukan- maka takutlah kamu balasan terhadap orang yang degil!

             Ya, semua ini adalah mukjizat. Ia adalah salah satu dari mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

             Tahukah kamu juga bahawa sesiapa yang mahu usahanya berjaya, dia hendaklah mempunyai hubungan yang ikhlas dengan adat Allah, mengenal sistem fitrah, tahu kesesuaian dengan hubungan kemasyarakatan. Jika tidak sistem fitrah dunia ini tidak akan bersepakat dengannya.

             Begitu juga sesiapa yang bergerak dengan satu cara dalam hidup bermasyarakat, dia hendaklah tidak menyalahi cara bertindak masyarakat itu yang biasa mereka lakukan. Jika tidak, dia akan diterbangkan oleh bulatan di belakangnya kemudian jatuh di tangannya. Maka siapa yang akan menolong usahanya seperti nabi kita, telah terbukti baginda berpegang dengan kebenaran.


269. Page

Apabila kamu faham semu ini, perhatikanlah akan kebenaran syariat Allah berserta tentangan yang hebat dan perubahan yang menakjubkan. Pada masa kini, kamu dapat lihat ia memelihara keiseimbangan undang-undang fitrah dan hubungan kemasyarakatan yang secara keseluruhannya tidak dapat dicapai oleh akal dengan kesempurnaannya yang bersesuaian dan ketulusannya. Setiap kali masa berlalu akan nampak perkaitan yang ada padanya, dan akan memperlihatkan bahawa agama Islam adalah agama fitrah bagi setiap jenis manusia. Ia adalah agama yang benar, jadi ia tidak akan terputus kecuali sedikit saja. Adakah kamu tidak melihat ubat yang digunakan untuk menyembuhkan racun yang membunuh dalam masyarakat adalah seperti “mengaharamkan riba dan mewajibkan zakat”. Kedua-dua peraturan ini adalah dari ribuan permasalahan dalam syariat Islam.

             Sekarang apabila kamu sudah faham empat perkara penting dan tiga lagi bersamanya, tahukah kamu Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam sekalipun baginda buta huruf, tidak mempunyai kekuatan jika dilihat secara zahir, tidak menghukum untuk dirinya dan orang-orang terdahulu, tidak cenderung untuk menjadi pemerintah dan mengusai sesuatu, tetapi hati baginda kuat dan tenang ketika menghadapi situasi yang merbahaya dan urusan yang penting. Dengan membawa perutusan yang agung, baginda memenangi idea-idea yang ada, mencuri hati, membentuk jiwa, mencabut dari akar hati mereka adat-adat dan akhlak yang buruk yang telah lama berakar umbi. Kemudian baginda menanam akhlak yang mulia dan adat yang baik ke dalam hati mereka dengan kuat dan kukuh seoalah-olah ia telah sebati dengan daging dan darah mereka. Baginda telah menggantikan hati mereka yang keras kerana akhlak yang keji dengan perasaan yang halus, menonjolkan naluri kemanusiaan mereka, kemudian mengeluarkan mereka dari kehinaan dan mengangkat mereka tahap yang tinggi dan bertamadun, menjadikan mereka guru dalam kalangan masyarakat mereka dan mengasaskan negara yang menandingi negara-negara lain seperti tongkat Nabi Musa. Ketika negara itu muncul, ia seperti cahaya yang memancar dan menerangi alam. Ia membakar tali-tali kezaliman dan kerosakan,


270. Page

dan menjadikan kekuasaan negara yang kuat itu dalam masa yang pendek mengusai timur dan barat. Apakah ini semua tidak menunjukkan bahawa kaedah baginda adalah betul dan baginda benar dalam dakwaannya?

             Permasalahan keenam: Dalam perbincangan akan datang, lebih-lebih lagi dalam permasalahan syariat, maka sudah pasti kita perlu mengambil perhatian pada empat perkara penting dalam permasalahan ini:

             Pertama: Seseorang itu sekalipun ia mempunyai bakat luar biasa, dia cuma mampu untuk mengusai empat atau lima perkara sahaja.

             Kedua: Percakapan seseorang terkadang  berbeza dengan orang yang berbual tentangnya. Seperti mana ia menunjukkan kedangkalan seseorang dan kebodohannya, ia juga menunjukkan kemahiran orang lain dan kecekapannya. Sesuatu ayat adalah percakapan, sekiranya dilihat dari kedua-duanya pada permulaan dan pengakhirannya, teknik dan kaitan antara keduanya, menyenaraikan kesesuaian ayat dengan perkataan yang lain, meneliti kandungan yang sepadan, maka ketika itu ia telah menggunakannya dengan baik. Kemudian ia mencari tanah yang subur dan bercucuk tanam di situ, kemudian akan nampak padanya yang dialah yang mempunyai bakat luar biasa dan pemilik nukilan itu. Maka setiap inti keseluruhan Al-Quran yang terdiri dari keseniannya dan petikannya adalah apa yang kita bincangkan di atas.

             Ketiga: Kebanyakan perkara yang biasa berlaku sekarang disebabkan sempurna permulaannya dan pertengahannya sehingga ia menjadi mainan kanak-kanak, kalaulah ia berlaku sebelum ini selama dua dekad, sudah pasti ia dikira sebagai perkara ajaib. Maka apa-apa yang disimpan di memori masa mudanya, kenangannya dan keunikannya pada masa-masa yang berlalu ini, ia akan menjadi himpunan perkara ajaib dan mukjizat.

             Keempat: Sesuatu pengajaran boleh menjadi bermanfaat sekiranya ia bersedia dan menyamai fikiran orang ramai. Orang yang ramai yang dipanggil sebagai orang awam tidak mampu untuk berfikir sesuatu realiti kebenaran dengan begitu saja (tanpa ada contoh), mereka tidak mampu memahaminya kecuali dengan disertai bayangan yang biasa mereka fikirkan.

271. Page

Maka untuk perkara penting ini, Al-Quran menggambarkan hakikat kebenaran dengan menggunakan perumpamaan, perbandingan dan misalan, dan memelihara orang awam yang tidak berbincang tentang realiti kebenaran dari terjerumus ke dalam bahaya. Maka ia akan menyebabkan mereka samar-samar dan tidak mengambil peduli dalam permasalahan yang dipercayai oleh orang ramai dengan berpandukan mata zahir, berbanding dengan apa yang sebenarnya berlaku. Walaupun begitu mereka terpandu kepada kebenaran kerana ada tanda-tanda yang menunjukkannya.

             Apabila kamu sudah faham perkara penting ini, tahukah kamu bahawa agama dan syariat Islam diasaskan atas bukti logik akal yang terhimpun keseluruhannya dari semua ilmu dan teori yang mengandungi hubungan yang hidup pada semua ilmu asas, yang terdiri dari ilmu mendidik jiwa, ilmu hati, ilmu mendidik emosi, ilmu mengurus jasad, ilmu mengurus tempat tinggal, ilmu politik, ilmu undang-undang dunia, undang-undang, ilmu perhubungan dan kemasyarakatan dan lain-lain lagi.


             Sekalipun syariat telah menjelaskan dan menerangkan tentang perkara yang pasti dan sangkaan, juga perkara  yang tidak pasti dan tidak diterima akal dan masa, ia menghimpunkan keistimewaan dan meletakkannya sebagai asas yang boleh diambil sebagai jalan penyelesaian, membahagikannya dan menghidupkannya sesuai dengan akal. Sekarang semua ilmu ini bahkan satu pertiga daripadanya selepas 13 abad-sekalipun berkembang idea-idea dan meluas hasilnya, begitu juga di tempat-tempat yang bertamadun dan dalam kalangan cerdik pandai- tidak dapat dikuasai oleh seseorang. Maka sesiapa yang menghiaskan perasaannya dengan keadilan dia akan membenarkan bahawa hakikat kebenaran syariat ini sentiasa berada di luar kemampuan manusia, lebih-lebih lagi pada masa itu. Benarlah firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 24: Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya.

             Apa yang lebih membanggakan ialah apa yang disebutkan oleh orientalis bernama Thomas Carlyle(2), seorang ahli falsafah Amerika yang menyunting kata-kata ilmuan Jerman yang terkenal iaitu Johann Wlofgang Von Goethe(3), beliau berkata dengan kagum selepas menyelidik kebenaran Al-Quran:

(2) Thomas Carlyle adalah seorang penulis berbangsa enggeris. Beliau dilahirkan pada tahun 1795, meninggal pada tahun 1881. Beliau seorang pengkritik yang hebat dan sejarawan. Tindakan beliau banyak memberi kesan di zaman Viktor. Antara tulisan beliau yang popular adalah Al-Abtal (Hero), ia adalah kajian tentang ilmu dan sejarah orang yang berpengaruh. Beliau telah memilih nabi kita Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam sebagai contoh manusia yang paling tinggi ketamadunannya dan kemanusiaannya.
(3) Johann Wolfgang Von Goethe adalah seorang ilmuan Jerman. Beliau dilahirkan di bandar Frankfurt pada tahun 1749 dan meninggal pada tahun 1832. Beliau adalah salah seorang yang terkenal dan orang penting dalam ilmu sejarah sastera Jerman dan sejarah dunia. Beliau banyak menulis syair, skrip lakonan dan novel. Beliau sangat mementingkan fizik. Beliau bekerja mengurus lakonan dan banyak menyelidik tentangnya.


272. Page

Bolehkah sempurnanya alam yang bertamadun ini dalam lingkungan syariat Islam? Kemudian beliau sendiri memberi jawapan: Ya, bahkan penyelidik sekarang mendapat manfaat melaluinya. Kemudian Thomas berkata: Ketika aku menyelidik kebenaran Al-Quran, ia seperti api yang berjalan menerangi dan merendahkan kedudukan semua agama dan kebenaran memihak kepadanya. Kerana fantasi orang kristian dan karut-marut orang yahudi tidak menghasilkan apa-apa. Maka ahli falsafah ini membenarkan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah: Maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya.


             Sekiranya kamu kata Al-Quran dan yang menafsirkannya-yakni hadis- diambil dari setiap ringkasan ilmu, dan mengusai semua ringkasan itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh seorang individu.

             Jawapannya adalah: Semua ringkasan dengan menggunakannya dengan baik dan sesuai pada tempatnya, menggunakannya pada bumi yang subur berserta tanda-tanda yang tidak pernah didengar- yang telah kami sebutkan pada perkara kedua- ia tersingkap seperti kaca dari penguasaan yang sempurna tentang ilmu tersebut. Menyelidik dengan tepat dan sempurna tentang ilmu tersebut ia menjadi ringkasan mengikut ilmu itu. Maka tidak mungkin seseorang boleh melakukannya.

             Tahukah kamu bahawa hasil dari apa yang dibincangkan di atas adalah teori-teori di bawah, iaitu:





273. Page

1.      Seseorang tidak dapat menguasai banyak ilmu pada satu masa.

2.      Percakapan seseorang sebenarnya adalah dari perbezaan dua orang, dengan melihat salah satu dari mereka adalah emas (bernilai) manakala satu lagi adalah arang (tidak bernilai).

3.      Semua ilmu adalah hasil dari berfikir yang berterusan, dan ia sempurna bersama masa yang berlalu.

4.      Kebanyakan teori masa lalu menjadi sesuatu yang tidak perlu difikirkan lagi.

5.      Perbandingan masa lalu dengan masa kini adalah perbandingan yang lemah dan membezakan.

6.      Kebanyakan penghuni padang pasir tidak tersembunyi kesederhanaan hidup mereka dan keikhlasan mereka oleh tipu daya dan komplot yang bersembunyi di sebalik kehidupan orang bandar.

7.      Kebanyakan ilmu terhasil dari pertemuan adat kebiasaan dan realiti hidup, dengan mengkaji keadaan tabiat manusia dengan persediaan masa dan keadaan sekeliling.

8.      Sesungguhnya cahaya pandangan manusia tidak dapat menembusi masa depan, dan tidak dapat melihat cara dan teknik yang khusus.

9.      Sepertimana kehidupan manusia mempunyi tempoh yang biasa yang akan berhenti, begitu juga sistem dunia ini ada tempohnya yang akan terhenti.

10.   Lingkungan masa dan tempat memberi pengaruh yang besar terhadap jiwa manusia.

11.   Kebanyakan perkara pelik masa lalu telah menjadi perkara biasa dengan terciptanya teori.

12.   Kecerdikan seseorang sekalipun luar biasa, tidak mampu untuk mewujudkan sesuatu ilmu dan menyempurnakannya sekaligus, bahkan ia juga seperti kanak-kanak yang sedang berkembang.

Apabila kamu mendatangkan permasalahan ini dan meletakkannya di depan mata kamu, maka asingkan ia dari khayalan masa dan andaian yang melingkarinya. Kemudian berenanglah (carilah) di persisiran masa kini di pantai masa, sambil melaluinya kamu keluar dari kepulauan bahagia sambil melihat ke kepulauan arab. Kemudian angkatlah kepala kamu dan pakailah (terimalah) apa yang telah dijahit (disediakan) untuk kamu dari segala idea-ideanya, kemudian lihatlah ke padang pasir yang luas itu, pasti perkara pertama yang melintasi mata kamu ialah:


274. Page

Sungguh kamu akan nampak seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak ada kerajaan yang boleh dibanggakan dan mengusai orang ramai. Di bahunya ada kebenaran yang lebih mulia dari permukaan bumi. Dia mula melaksanakan satu syariat yang mengandungi kebahagiaan untuk semua manusia. Syariat itu umpama ringkasan dari semua ilmu tuhan dan ilmu yang benar. Ia mengandungi kehidupan bukan seperti pakaian tetapi seperti kulit, ia mampu melebar sesuai dengan persediaan manusia. Ia membuahkan hasil untuk kebahagiaan dunia dan akhirat, ia menyusun perihal keadaan semua jenis manusia seperti sebuah pengurusan. Jika ditanya dari mana datangnya peraturan ini dan ke mana ia hendak membawa kita, sudah pasti ia akan menjawab dengan jawapan yang luar biasa: Kami datang dari kalam yang azali (dari Allah), memberi manfaat pada fikiran manusia selama-lamanya. Maka selepas melepasi dunia ini kami akan memberikan gambaran dari sudut tanggungjawab. Kami juga sentiasa menemani mereka dengan perlindungan kami dan rahsia kami. Kami menjadi makanan untuk ruh mereka dan menjadi bukti (kebenaran) untuk mereka.


             Maka dengan ini, apakah kamu tidak membaca firman Allah di dalam surah Al-Baqarah: Maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya. (23,24)

             Tahukah kamu firman Allah dalam ayat yang sama: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran)(23), ayat ini menunjukkan bahawa manusia -disebabkan leka dari tujuan pensyariatan hukum adalah untuk memberi tunjuk ajar kerana kejahilan mereka, kerana ia adalah untuk mempersiapkan idea-idea yang baik- mereka terjerumus ke dalam keraguan dan syak wasangka yang berpunca dari tiga perkara: 

         


275. Page

Pertama: Mereka mengatakan ada kesamaran dan persoalan di dalam Al-Quran yang menafikan sifatnya yang luar biasa (menafikan mukjizatnya) yang diasaskan atas sastera yang baik untuk menjelaskan kebenaran dan mengambil manfaat darinya.

             Kedua: Mereka mengatakan Al-Quran terlalu umum dan samar-samar dalam menerangkan hakikat sebenar kejadian dan ilmu yang berkaitan dengan makhluk yang ada serta menafikan cara mendapatkan ilmu dengan belajar dan diajar.

             Ketiga: Mereka mengatakan sebahagian ayat Al-Quran secara zahirnya cenderung untuk tidak sependapat dengan logik akal yang menyebabkan ia tidak berpijak dengan realiti dan itu yang menyebabkan ia bersalahan dengan kebenarannya.

             Jawapannya adalah- semoga Allah memberikan taufiq- wahai orang-orang yang syak wasangka, tahukah kamu bahawa apa yang kamu gambarkan itulah menjadi sebab kekurangan kamu. Itulah juga bukti kebenaran mukjizat Al-Quran.

             Jawapan kepada keraguan pertama tentang wujudnya kesamaran dan persoalan di dalam Al-Quran:

             Tahukah kamu bahawa tunjuk ajar Al-Quran adalah untuk semua manusia. Orang ramai kebanyakan mereka adalah orang awam, orang minoriti mengikut orang majoriti tentang sesuatu ilmu. Isi Al-Quran ditujukan kepada semua orang yang mana orang berilmu juga mengambil manfaat dan bahagian mereka. Sekiranya tidak, orang awam tidak akan mendapat apa-apa manfaat darinya. Fikiran orang awam juga tidak terlepas dari adat kebiasaan mereka dan khayalan, jadi mereka tidak mampu untuk mencari hakikat kebenaran dan perkara yang diterima akal kecuali dengan andaian semata-mata dan menggambarkannya mengikut apa yang biasa terjadi. Tetapi dengan syarat ia tidak menghalang pandangan mereka dari gambaran itu sehingga menyebabkan mereka menerima perkara mustahil, jisim dan arah, tetapi membawa mereka kepada kebenaran.

             Contohnya: Orang ramai membayangkan tindakan Allah terhadap semua makhluknya seperti perbuatan seorang raja yang duduk di singgahsananya. Kerana itu Allah berfirman di dalam surah Toha ayat 5:

﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

 Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.


276. Page

Apabila pancaindera (perasaan) manusia menjadi perkara utama, maka teknik penyampaian dan metod pengajarannya mestilah meraikan kefahaman mereka dan menghormati apa yang dirasakan oleh mereka, menepati akal mereka serta memuliakan fikiran mereka. Seperti seseorang yang bercakap dengan kanak-kanak. Dia menjadi seperti kanak-kanak ketika bercakap supaya kanak-kanak itu faham dan dapat mendekatinya. Maka teknik Al-Quran dalam situasi ini yang meraikan manusia dinamakan sebagai “menurunkan (merendahkan) konsep ketuhanan kepada akal manusia”. Konsep ini adalah untuk mendekati fikiran manusia, maka dengan ini


ia meletakkan perkara yang samar-samar ada cerminannya pada pandangan manusia. Apakah kamu tidak melihat kebanyakan kata-kata sastera banyak menggunakan perumpamaan untuk menggambarkan sesuatu makna yang mendalam, atau untuk menggambarkan sesuatu maksud yang berlainan? Semua perumpamaan ini adalah sebahagian dari perumpamaan yang perkara yang tidak jelas, kerana ia adalah gambaran dari kebenaran yang tidak jelas (pada fikiran manusia).

             Manakala tuduhan mereka bahawa Al-Quran mempunyai persoalan yang tidak terjawab (mushkil) (1), sama ada kerana maksudnya yang terperinci dan mendalam, kerana seninya yang ringkas dan kompleks, maka masalah Al-Quran dari sudut ini adalah sama ada untuk mengunci sesuatu perkataan dan mengikat ayat-ayatnya yang menafikan penyampaiannya pada manusia. Maka ditekankan di sini Al-Quran bukanlah bersifat seperti ini. Maka wahai orang-orang yang menuduh, apakah cara penyampaian Al-Quran ini tidak mendekatkan manusia pada kebenaran yang mendalam yang dulunya jauh dari fikiran manusia dengan memahamkan mereka dengan cara yang lebih mudah? Kerana cara penyampaian Al-Quran itu menepati keperluan manusia, maka renungkanlah!

(1) Ia adalah sesuatu perkara yang perlu kepada berfikir dan meneliti untuk memahaminya. Dikatakan juga sebagai topik perbincangan yang mengandungi maksud yang pelbagai dan maksud yang sebenar cuma satu sahaja. Maksudnya yang sebenar tersembunyi kerana banyak maknanya dan tidak dapat dibezakan bentuknya. Oleh sebab itu ia perlu kepada penyelidikan dan penelitian.


277. Page

Manakala jawapan untuk keraguan kedua, iaitu kesamaran Al-Quran dalam membincangkan kejadian makhluk sepertimana yang telah ditemui dalam kajian sains yang terkini:

             Tahukah kamu bahawa perkembangan alam ini menuju ke arah kesempurnaan, manakala manusia pula berkembang dengan meningkatkan nilai diri. Peningkatan nilai diri seperti benih yang berkembang dan membesar dengan melakukan percubaan yang banyak, ia terbentuk dan membesar disebabkan idea dan fikiran yang datang secara berterusan. Maka ia akan melahirkan teori secara teratur di mana yang lalu tidak akan terhimpun sekiranya tidak ada yang awal. Manakala yang terdahulu tidak akan menjadi permulaan kecuali setelah menjadi ilmu yang dikenalpasti.

             Maka berdasarkan rahsia ini, sekiranya seseorang ingin mengajarkan satu teori atau memahamkan satu ilmu- yang ia terhasil dari percubaan yang banyak- kemudian mengajak orang ramai untuk menerimanya dalam tempoh sepuluh abad, maka ia tidak ada memberi apa-apa faedah melainkan ia hanya mengelirukan fikiran manusia serta menjerumuskan manusia ke dalam falsafah yang mengarut dan kesilapan.

             Contohnya: Sekiranya Al-Quran berkata: “Hai manusia lihatlah kepada matahari yang tenang itu (1), bumi yang bergerak serta million makhluk yang berhimpun dalam satu masa, sudah pasti kamu dapat menggambarkan keagungan penciptanya ”, sudah pasti orang ramai akan tertipu atau tersalah faham dengan diri mereka dan besar diri disebabkan apa yang mereka rasa secara zahir- atau tersilap rasa- mereka melihat permukaan bumi

(1) Ketika saya sakit, saya di antara tidur dan terjaga, terlintas di fikiran saya firman Allah:
(والشمس تجرى لمستقر لها)
38. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya.


278. Page

Bermaksud di tempatnya supaya tetap dan tepat sistemnya. Iaitu peredarannya untuk menghasilkan tarikannya yang sistematik bagi sistem suria. Kalaulah matahari itu tenang (tidak bergerak) ia akan rosak. (Ini adalah mainan tidur yang lembut yang membuai orang yang tidur)

Penulis menyebut di dalam tulisan beliau yang lain dari sudut yang perlu difikirkan: Matahari itu seperti pokok yang berbuah yang bergoncang supaya buahnya tidak jatuh di atas kereta kerana tarikan graviti yang ada padanya.


dan peredaran matahari adalah perkara biasa yang tidak perlu difikirkan. Walhal sebenarnya kekeliruan fikiran lebih-lebih lagi dalam tempoh sepuluh dekad sudah pasti sebahagian kita akan suka menafikan sistem pengajaran dan penyampaian (ilmu atau wahyu).

             Maka dengan ini, kamu jangan sesekali menyangka bahawa apa-apa yang berkaitan dengan hari kiamat serta keadaannya yang tidak diketahui itu seperti teori-teori yang boleh mengetahui tentang masa hadapan. Kerana pancaindera kita ketika mana ia tidak bersangkutan (tidak dapat mengenal pasti) dengan mana-mana bahagian darinya, maka teori itu kekal pada tahap ia berkemungkinan benar. Maka dibolehkan untuk percaya dan menerimanya. Maka yang menjadi haknya yang jelas untuk ia mewar-warkannya. Tetapi bagi kita pula, ketika teori itu pada tahap kemungkinan benar dan boleh berlaku pada pandangan mereka- kerana salah pancaindera yang menilainya- hingga ke tahap tidak perlu difikirkan lagi pada pandangan mereka, maka di sudut penyampaiannya ia adalah samar-samar dan mutlak sebagai penghormatan terhadap pancaindera mereka dan menjaga fikiran mereka dari kekeliruan. Walaupun begitu Al-Quran telah menunjukkan dan memberi tanda serta menjelaskan kebenaran, membuka pintu dengan memberi peuang untuk berfikir dan mengajaknya berfikir berpandukan tanda-tanda dan bukti.


279. Page

Maka dengan ini, mukjizat Al-Quran telah membuktikan kebenaran yang sebenar. Sekiranya kamu orang yang adil, apabila kamu meneliti kata-kata “Bercakaplah dengan manusia mengikut tahap akal mereka”, kemudian kamu lihat bahawa fikiran orang ramai disebabkan tiada persediaan masa dan peluang, ia tidak mampu untuk menanggung dan mencerna teori-teori ini – yang mana ia adalah hasil dapatan dari buah fikiran yang bersambung-sambung- maka ketika ini kamu akan tahu bahawa apa yang dipilih oleh Al-Quran dalam sasteranya (cara penyampaiannya) yang samar-samar dan mutlak adalah bukti mukjizatnya.

             Manakala jawapan kepada keraguan ketiga, iaitu kecenderungan sebahagian ayat Al-Quran untuk menafikan logik akal dan apa yang telah dibuktikan oleh teori sains:

             Tahukah kamu bahawa tujuan asal Al-Quran adalah untuk mengajak manusia kepada empat perkara asas iaitu: menyatakan pencipta yang sebenar, kenabian Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, hari perhimpunan di hari kiamat dan keadilan. Maka Al-Quran menyebut tentang makhluk-makhluk yang ada kerana ia adalah rangkaian dan sambungan untuk menunjukkan bukti. Kerana Al-Quran diturunkan bukan untuk belajar Geografi atau Ilmu Falak, tetapi ia menyebut tentang makhluk-makhluk untuk menunjukkan ciptaan tuhan dan sistem yang hebat mengikut undang-undang yang sebenar yang ditentukan Allah.

             Sekarang ini kesan penciptaan Allah, dengan ada tujuan dan sistemnya jelas kelihatan pada semua ciptaannya. Bagaimana ia terjadi kita tidak dipersoalkan kerana ia bukan tujuan asal penurunan Al-Quran. Maka ketika itu, selama mana kita mencari bukti, selama mana ia mesti diketahui oleh orang yang mendakwanya, selama mana ia baik untuk menjelaskan buktinya, maka bagaimana pengajaran dan penyampaian itu tidak dapat menjinakkan rasa kepercayaan mereka dan membawa maklumat ilmiah mereka untuk cenderung kepada sebahagian ayat Al-Quran secara zahir. Bukan untuk menunjukkan bukti kepadanya,


280. Page

tetapi dari sudut memberikan perumpamaan, atau mencari maksud yang tersembunyi di sebalik ayat Al-Quran (1) serta meletakkan tanda dan bukti untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar untuk orang yang mencari kebenaran.


             Contohnya: Sekiranya Al-Quran berkata pada dalam keadaan mencari bukti: “ Wahai manusia, kamu fikirkanlah tentang diamnya matahari serta pergerakannya yang mengelilingi, pergerakan bumi hari-hari dan tahunan serta diamnya ia secara zahir. Fikirkanlah tentang keunikan tarikan di antara bintang-bintang, lihatlah kepada keunikan elektrik dan juga gabungan yang tidak terhenti di antara anasir-anasir 70, lihatlah kepada himpunan ribuan binatang dalam satu titisan air supaya kamu mengetahui bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu!” kata-kata sudah pasti akan menyebabkan bukti lebih tersembunyi dan samar-samar serta tidak jelas dengan berganda-ganda daripada yang mendakwanya. Ini cuma akan menafikan cara-cara mendapatkan bukti.

             Kemudian kerana ia dari sudut kiasan, beberapa maksudnya tidak mengandungi kebenaran atau pembohongan. Tidakkan kamu lihat kata-kata قال , huruf alif yang ada padanya adalah untuk meringankan sebutan, sama ada asalnya huruf wau atau qaf atau kaf.

             Hasilnya: Al-Quran diturunkan kepada semua manusia untuk semua zaman, maka tiga perkara penting ini menjadi bukti mukjizatnya. Yang mengajarkan Al-Quran yang mempunyai mukjizat ini, sesungguhnya penglihatan baginda yang memberi peringatan serta pandangannya yang kritis lebih teliti, lebih mulia dan lebih mahir dari orang yang dikaburi oleh khayalan. Teknik baginda yang benar lebih hebat, terkini, lebih mulia dan tinggi dari orang yang menipu dan memperdaya manusia.

             Permasalahan ketujuh:

             Tahukah kamu bahawa kebanyakan buku sejarah dan sirah baginda telah banyak menyebut tentang mukjizat baginda yang dapat dirasa, juga mukjizat yang terkenal dalam kalangan orang ramai. Para pengkaji telah mentafsirkannya, maka kerana mempelajari ilmu yang telah hilang, kami telah ringkaskan apa yang ada di dalam buku-buku mereka dengan menyebut jenis-jenisnya:

(1) Ia adalah proses mencari beberapa maksud di sebalik zahir ayat Al-Quran berpandukan perkataannya atau kedudukan perkataan tersebut dan tidak menjauhkan penggunaannya dan maksud sebenar Al-Quran. Ia adalah keistimewaan bahasa arab yang dibincangkan di dalam Ilmu Balaghah. Seperti kata penguat untuk menunjukkan keingkaran seseorang atau teragak-agak, atau seperti tujuan sesuatu percakapan yang ditujukan kepada seseorang serta bukti dan kemungkinan berlaku disertakan dengan hakikat sebenar.

281. Page

Tahukah kamu bahawa mukjizat yang nampak sekalipun yang meriwayatnya adalah berbentuk Aahad(2) bukan Mutawatir(3), tetapi hadis yang seperti itu dikira Mutawatir dari sudut maknanya.


             Tiga jenis mukjizat:

             Pertama: Mukjizat yang berlaku sebelum baginda diangkat menjadi nabi, ia ada berbagai jenis. Ia seperti terpadamnya api majusi, keringnya air tasik Sawah, keruntuhan istana Parsi, serta berita gembira yang tersebar. Ia seolah-olah memberi gambaran pada orang ramai bahawa zaman yang baginda Sallahu Alaihi Wasallam dilahirkan adalah dapat dirasai serta mempunyai kemuliaan. Maka didatangkan dengan mukjizat yang dapat dirasai sebelum kedatangan baginda.

             Kedua: Berita dan cerita peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan, antaranya pembukaan Kisra dan Qaisar, kekalahan dan kemenangan Orang Rom, pembukaan Mekah dan lain-lain lagi. Rohnya seolah-olah terbang dan mengoyak masa tertentu, tempat dan orang-orang tertentu. Ia melalui masanya dan berlaku seperti mana yang kita saksikan.

Lakaran yang pelik ini dijumpai dengan tidak sengaja di halaman perbincangan ini ketika saya menyalinnya di Diyar Bakr di Perpustakaan Judat Bak pada 19 Februari pada malam jumaat. Kebetulan pula kejatuhan Batlis dan penahanan Badiuzzaman adalah pada malam tersebut. Seolah-olah lakaran ini terhasil di muka surat ini pada malam tersebut adalah satu isyarat –Allah lebih mengetahui- pertumpahan darah (pembunuhan) orang yang bersama-sama dengan pengarang kerana diburu dan ditahan pada malam tersebut di Batlis.

(2) Hadis Aahad: Ialah yang diriwayatkan dari Nabi Sallahu Alaihi Wasallam oleh seorang atau dua orang atau ramai yang mana bilangan mereka tidak sampat had bilangan hadis Mutawatir. Perawi yang berikutnya juga adalah dalam bilangan yang sama. Begitulah bilangan mereka sehingga sampai kepada kita dengan sanad Aahad.
(3) Hadis Muatawatir: Ialah hadis yang diriwayatkan sekumpulan perawi yang dipercayai tidak berbohong dari permulaan sanad hadis hingga perawi yang terakhir.


282. Page

Lakaran ini juga menggambarkan seekor ular membelit pengarang dengan ekornya dan pada masa yang sama kepala ular itu terputus, ia cuma seorang lelaki yang buruk – moga Allah memutuskan kepalanya- begitu juga ia menggambarkan aliran takungan air yang mana pengarang jatuh ke dalamnya dan terluka serta terkurung di situ. Beliau berada di situ selama 30 jam menanti maut di setiap detik.

Ketiga: Mukjizat yang dapat dirasai dan dilihat yang terjadi ketika nabi mencabar dan dicabar dan ketika berdakwah, seperti batu bercakap, pokok bergerak, bulan terbelah dan keluar air dari celah-celah jari baginda. Al-Zamakhshari berkata: Mukjizat jenis ini hampir seribu, ia tergolong dalam Mutawatir dari sudut maknanya sekalipun peristiwa terbelahnya bulan tidak mengubah maknanya pada sesiapa yang mengingkari Al-Quran.

Sekiranya kamu kata: Bukankah peristiwa bulan terbelah itu sepatutnya diketahui dan terkenal di seluruh dunia? 

Jawapannya adalah: Kerana perbezaan ketampakan bulan dan adanya awan, serta tiada kemudahan untuk menerokai langit seperti zaman kini, juga disebabkan ia berlaku pada waktu yang tidak disedari, kerana bulan cuma ada di waktu malam, kerana ia terbelah seketika sahaja, maka sudah pasti kebanyakan orang tidak dapat melihatnya. Walaupun begitu telah ada beberapa riwayat yang menyatakan kebanyakan rombongan musafir melihat peristiwa itu.

Ia juga kerana ibu kepada semua mukjizat ini adalah Al-Quran yang memberi keterangan dan bukti yang menunjukkan tujuh arah di dalam ayat tersebut.

Apabila kamu sudah faham permasalahan ini, sekarang dengarlah apa yang akan diterangkan kepada kamu tentang susunan ayat dari tiga sudut. Ia adalah susunan himpunan ayat sebelumnya, susunan ayat sebahagiannya dengan sebahagian yang lain serta susunan keadaan dan perkaitan ayat dengan ayat yang lain. 


283. Page

Susunan pertama ada dua jenis:

             Pertama: Firman Allah يا أيها الناس wahai manusia, adalah untuk menyatakan ketauhidan. Mengikut tafsir Ibnu Abbas ia adalah menyatakan kenabian Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam yang mana ia adalah bukti ketauhidan yang paling jelas.

             Kemudian ia menguatkan kenabian itu dengan mukjizat. Mukjizat yang terunggul adalah Al-Quran, dan mukjizatnya yang paling halus adalah sasteranya dan susunannya.

             Islam telah bersetuju bahawa Al-Quran adalah mukjizat, cuma para penyelidik berbeza pendapat pada teknik mukjizat. Tetapi ia tidak menggangggu satu sama lain, bahkan setiap mereka memilih satu teknik darinya.

             Pendapat pertama: Peristiwa yang akan berlaku di masa hadapan

             Pendapat kedua: Menghimpunkan hakikat kebenaran dan ilmu

             Pendapat ketiga: Ia terpelihara dari perbezaan dan kekurangan

             Pendapat keempat: Keunikan ayat dan rekaannya pada potongan dan permulaan sesuatu ayat dan surah.

             Pendapat kelima: Ia datang dari individu yang buta huruf.

             Pendapat keenam: Ketinggian susunan sasteranya hingga ke tahap di luar kemampuan manusia dan lain-lain lagi.

             Tahukah kamu bahawa untuk mengenali mukjizat jenis ini secara terperinci, ia memerlukan kajian terhadap tafsiran-tafsiran ini. Secara ringkasnya ia dikenali dengan tiga teknik, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Abdul Qadir Al-Jirjani seorang ilmuan Balaghah, Al-Zamakhshari, Al-Sakaki dan Al-Jahiz (2).

(2) Beliau adalah Amru Bin Bahar Bin Mahbub Al-Kinani Al-Laisi Abu Usman (163-255 H, 780-869 M). Beliau adalah salah seorang pakar sastera dan ketua Puak Jahiziyyah dalam kalangan Muktazilah. Beliau dilahirkan dan meninggal di Basrah. Beliau ditimpa sakit renggang anggota di akhir umurnya. Ketika meninggal ada buku di dadanya kerana beberapa jilid buku jatuh ke atasnya dan itu yang menyebabkan kematiannya.

Teknik pertama: Kaum arab kehidupan mereka dahulu tinggal di pendalaman dan buta huruf. Mereka ada persekitaran yang unik yang seseuai dengan mereka. Mereka mengambil perhatian terhadap perubahan besar yang berlaku di alam ini. Himpunan syair-syair mereka dan ilmu sastera mereka, kebanggaan mereka dengan keindahan bahasa di pasar Ukkaz(3), mereka adalah kaum yang cerdik. Mereka adalah kaum yang paling memerlukan fikiran yang baik.

             Fikiran mereka seperti musim bunga. Maka Al-Quran menyaingi mereka dengan sasteranya yang memukau  dan memadamkannya dan begitu juga dengan syair yang mereka banggakan iaitu Muaallaqat Al-Saba’h (Syair yang tujuh) yang digantung di dinding Kaabah dengan dakwat emas.

 (3) Nama pasar yang paling terkenal pada zaman jahiliyyah.


284. Page

Sekalipun mereka sangat halus dan pandai berkarya- kerana mereka adalah sasterawan arab- mereka tidak menentang Al-Quran dan tidak merendahkan kalimahnya dengan mulut mereka sekalipun baginda selalu mencabar mereka, mengkritik mereka, menghina mereka dan memperbodohkan angan-angan mereka, merangsang sendi mereka, memburukkan mereka sekalipun ada di kalangan mereka yang menyingkap bahu langit dengan kepalanya. Ada di kalangan mereka yang mengalahkan bumbung dan dinding dengan kesombongannya. Maka kalaulah bukan kerana mereka hendak dan mencubanya, maka sudah pasti mereka akan rasa lemah, mereka diam tidak membantah sedikit pun. Maka kelemahan mereka itulah bukti mukjizat al-Quran.

             Teknik kedua: Para ilmuan dan pengkaji serta ilmuan bahasa yang mengetahui ciri-ciri percakapan yang halus, keistimewaannya dan kelembutannya telah mengkaji Al-Quran surah demi surah, meneliti setiap sepuluh ayat-ayatnya, satu ayat demi ayat, perkataan demi perkataan. Maka dari situ mereka menyaksikan ia menghimpunkan keistimewaan, kehalusan dan kebenaran yang tidak ada pada percakapan manusia. Saksi-saksi itu ada ribuan orang. Yang menunjukkan bahawa mereka benar dalam penyaksian mereka adalah Al-Quran yang melakukan perubahan yang sangat besar dalam kehidupan manusia, mengasaskan agama yang luas, ia kekal sepanjang zaman dengan ilmu yang ada padanya. Setiap kali masa menjadi tua (berlalu) ia kembali muda, setiap kali masa berulang ia ada. Maka itulah firman Allah :

﴿إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Al-Najm: 4


285. Page

Teknik ketiga: Sepertimana yang telah dinyatakan Al-Jahiz: Para sasterwan arab sekalipun mereka sangat perlu untuk mengalahkan dakwaan Nabi Sallahu Alaihi Wasallam dan sangat dengki dan kasar pada baginda, mereka tidak menentang Al-Quran yang mana cara itu lebih selamat dan mudah. Tetapi mereka menentang baginda dengan pedang di mana cara itu lebih sukar dan merbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang banyak. Sedangkan mereka sangat cerdik dalam berpolitik, tidak mungkin mereka tidak dapat melihat pertentangan dua kaedah ini. Jadi sesiapa yang mengelakkan kaedah pertama sekalipun dia mampu- sedangkan dia sangat hebat dalam hebat dalam dakwaannya- kemudian memilih cara yang menghabiskan hartanya dan membahayakan nyawanya dia adalah orang yang bodoh. Dia jauh dari orang yang memerintah dunia selepas mereka mendapat petunjuk. Ataupun dia berasa lemah untuk menggunakan kaedah pertama jadi dia terpaksa memilih kaedah kedua.

             Sekiranya kamu kata: Mampukah seseorang menentang Al-Quran dengan cara yang pertama?

             Jawapannya adalah: Sekiranya mereka mampu, sudah pasti orang ramai akan berlumba-lumba mengerahkan tenaga mereka untuk menentangnya. Sekiranya mereka tamak pasti mereka akan melakukannya kerana mereka sangat perlu kepadanya. Sekiranya mereka menentangnya sudah pasti akan nampak kerana sukanya mereka dan banyak sebab akan terzahir. Sekiranya ia berlaku sudah pasti akan ada orang yang sentiasa menentangnya dan akan diceritakan: Al-Quran telah ditentang, lebih-lebih pada ketika itu. Sekiranya ada yang sentiasa menentangnya dan fanatik sudah tentu perkara ini menjadi terkenal kerana ia adalah peristiwa yang penting. Sekiranya ia terkenal, sudah tentu sejarah telah merakam peristiwa ini sepertimana ia merakam ketidakwarasan Musailamah yang berkata: Gajah, apakah itu gajah. Tahukah kamu apakah itu gajah, ia adalah binatang yang berekor pendek dan mempunyai belalai yang panjang.


286. Page

Seandainya kamu kata: Musailamah adalah orang yang pandai berbahasa, jadi bagaimana percakapannya menjadi hina dan lucu lebih dari orang lain?

             Jawapannya adalah: Kerana dia menghadapi sesuatu yang lebih tinggi dari kata-katanya dengan berganda-ganda ketinggiannya. Adakah kamu tidak melihat sekiranya seseorang yang kacak jika dibandingkan dengan Nabi Yusuf Alaihis Salam, sudah tentu dia akan menjadi hodoh walaupun dia seorang yang kacak. Maka di sini ternyatalah penentangan terhadap Al-Quran tidak mungkin berlaku. Jadi Al-Quran adalah mukjizat.

             Seandainya kamu kata: Bagi orang yang menuduh Al-Quran, kebanyakan penentangan dan keraguan mereka adalah terhadap susunan Al-Quran dan perkataan-perkataannya. Seperti perkataan

إن هنان (1), والصابؤن (2 ), الذي استوقد نارا (3), dan sebagainya mempunyai kesalahan tatabahasa?


             Jawapannya adalah: Kamu lihatlah kata-kata penutup Al-Sakaki di dalam bukunya Miftah Al-Ulum di mana dia membuatkan mereka kelu dengan kata-katanya “ Adakah mereka tidak mengambil perhatian (cuba memahami) bahawa sesiapa yang mengulang kata-katanya dalam tempoh yang panjang sekalipun ia pandai berbahasa, bagaimana dia tidak perasan bahawa ada kesalahan yang nampak di mata orang-orang bodoh itu?”

(1) Perkataan ini dari Surah Toha ayat 63, persoalan di sini ialah bacaan yang membariskan huruf nun  dengan baris sabdu pada huruf إن , yang sepatutnya menyebabkan perkataan selepasnya dibaca nasob. Bacaan nasab ada di dalam Qiraat Nafi’, Ibnu A’mir, Hamzah, Al-Kasaei, Abu Bakar dari A’sim.
(2) Perkataan ini dari Surah Al-Maidah ayat 69. Persoalan di sini ialah perkataan ini marfu’ sekalipun ia ataf (bersambung) dengan perkataan yang nasob. Bacaan nasob adalah qiraat Ibnu Katsir, Ibnu Mahison, Said Bin Jubair Al-Jahdari.
(3) Ayat ini dari Surah Al-Baqarah ayat 17. Persoalan di sini ialah perumpamaan kata plural dengan kata tunggal dari ayat sebelumnya مثلهم كمثل الذي


287. Page

Manakala persefektif kedua susunan ayat-ayat itu ialah:

             Tahukah kamu bahawa ayat-ayat yang lalu ketika ia mengarahkan manusia untuk beribadah, fikiran kita akan mentafsirkan bagaimana kami hendak menyembah Allah? Al-Quran seolah-olah menjawab: Sembahlah sepertimana yang diajarkan Al-Quran. Kita bertanya lagi: Bagaimana kami hendak kenal pasti ia adalah kata-kata Allah. Maka Al-Quran akan menjawab: ﴿

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا

  

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Al-Baqarah: 23.

             Manakala susunan sebahagian ayat dengan sebahagian yang lain:

             Ayat di atas (Al-Baqarah: 23) telah diturunkan pada masanya yang bersesuaian. Ketika ia mengarahkan untuk beribadah, ia seolah-olah ditanya: Bagaimana kami hendak tahu itu adalah perintah Allah supaya kami dapat mentaatinya? Maka dijawab kepadanya: Sekiranya kamu ragu-ragu, cubalah kamu untuk diri kamu sendiri (laksanakan ia) supaya kamu rasa yakin itu adalah perintah Allah.

             Dari persefektif lain pula, susunan ayat Al-Quran ketika ia memuji dirinya dengan kata-kata

﴿ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ﴾ 

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Al-Baqarah:2.

Kemudian diikuti dengan pujiannya terhadap orang-orang beriman, kemudian ia mengubah topiknya dari memuji orang-orang beriman dengan menghina orang-orang kafir dan munafik. Kemudian ia menyudahkannya dengan perintah beribadah dan mentauhidkan Allah. Di sini Al-Quran kembali kepada topiknya yang pertama iaitu tentang keraguan yang bermaksud: Al-Quran ini tidak ada ruang untuk diragui dan syak. Keraguan kamu itu tidak lain adalah kerana penyakit dalam hati kamu dan kedengkian kamu. Sepertima kata-kat syair:


288. Page

Terkadang mata menidakkan cahaya matahari kerana ia rabun # Dan mulut pula menidakkan rasa air kerana sakit

             Manakala susunan ayat فأتوا بسورة من مثله maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-quran itu, tahukah kamu bahawa ayat ini adalah jawab (jawab syarat) bagi kata kerja syarat (feil syarat). Kata kerja ini mesti ada bagi menjawab kata kerja syarat. Kerana ia bertujuan untuk menunjukkan mukjizat, jadi perkataan تشبثوا bergantung/berpegang diandaikan ada. Kerana ia bertujuan untuk menyatakan sesuatu, ia bukan sesuatu yang wajib, maka sesuatu perkara yang wajib itu perlu kepada balasan. Ia adalah wajib yang mana ia adalah bermaksud perintah. Seterusnya kewajipan untuk bergantung itu tidak nampak kepastiannya untuk rasa ragu. Maka dikatakan andaian ayat yang digulung itu termasuk dalam ayat mukjizat. Jadi ia diandaikan berbunyi “Sekiranya kamu ragu-ragu bahawa Al-Quran itu kata-kata Allah, maka kamu perlu belajar cara mukjizatnya, kerana mukjizat tidak ada pada kata-kata manusia sedangkan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam adalah manusia. Sekiranya kamu ingin menzahirkan mukjizatnya, kamu cubalah sendiri supaya nampak kelemahan kamu. Maka kamu perlu bergantung pada sesuatu untuk membuat surah sepertinya”.

             Allah sajalah yang memiliki kebaikannya. Alangkah sesuainya kata-kata Allah. Alangkah jelasnya mukjizatnya!

             Manakala susunan ayat وادعوا شهدآءكم من دون الله dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, ayat ini ada tiga persefektif:

             Pertama: Mereka berkata: Kelemahan kami tidak menunjukkan kelemahan manusia. Maka Al-Quran menjawab mereka yang menyebabkan mereka kelu: وادعوا شهدآءكم dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong. Bermaksud orang-orang yang berpengaruh dan ketua-ketua kamu.

             Kedua: Mereka menyangka sekiranya mereka menentang Al-Quran, siapa yang akan bersama mereka dan mempertahankan mereka? Maka Al-Quran membisukan mereka dengan katanya bahawa setiap ideologi mesti ada yang menyokongnya. Jika kamu menentangnya sudah pasti akan ada penyokong yang mempertahankan kamu.


289. Page

Ketiga: Al-Quran seolah-olah berkata: Ketika Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam meminta pertolongan dari Allah dengan membawa bukti, Allah telah membenarkan baginda dan membawa bukti untuknya dengan memberikan baginda kekuatan mukjizat atas dakwah baginda. Sekiranya tuhan-tuhan kamu dan penyokong-penyokong kamu ada feadah untuk kamu, maka ajaklah mereka. Semua ini cuma pengakhiran penghinaan untuk mereka.

             Manakala susunan ayat فإن لم تفعلوا sekiranya mereka tidak mendatang satu surah sepertinya, dari zahir ayat ini kita andaikan ia berkata “Sekiranya kamu telah mencuba, sekarang lihatlah. Sekiranya kamu tidak mampu akan terserlahlah kelemahan kamu dan kamu tidak melakukannya”.

             Manakala susunan ayat ولن تفعلوا kamu sekali-kali tidak akan membuatnya (mencipta surah), seolah-olah setelah mengatakan ayat di atas, mereka berkata: Apa yang kami tidak lakukan tidak menunjukkan kelemahan manusia pada apa yang akan datang. Al-Quran berkata: Kamu sekali-kali tidak akan membuatnya. Kata-kata ini menunjukkan mukjizat dari tiga persefektif.

             Pertama: Pemberitahuan tentang masa hadapan dan ia berlaku sepertimana yang diberitahu. Tidakkah kamu lihat million buku-buku arab banyak kecenderungan untuk meniru sastera Al-Quran dan banyak yang mengkritiknya. Sekiranya kamu memeriksanya tidak ada satu pun apa yang mereka tiru itu sama dengan Al-Quran. Seolah-olah Al-Quran ada keistimewaan yang khas untuk dirinya. Sekiranya Al-Quran itu rendah tahapnya dari semua sastera; itu adalah mustahil mengikut kesepakatan ulama’. Jadi ia adalah lebih tinggi melebihi perkara yang lain.

             Kedua: Kata-kata yang tepat dan melemahkah mereka dengan menafikan perbuatan mereka dan memburukkan mereka serta menggerakkan sendi-sendi mereka pada perkara yang menjadi persoalan, juga pada dakwaan yang agung ini menunjukkan tanda yang penting bahawa ia boleh dipercayai, jujur serta tenang dengan apa yang ia ada dan apa yang ia katakan.

             Ketiga: Al-Quran seolah-olah berkata: Sekiranya kamu orang yang paling pandai dalam sastera dan manusia yang paling perlu kepadanya, pada masa yang sama kamu tidak mampu, sememangnya manusia tidak mampu untuk mendatangkan sepertinya.


290. Page

Ia juga menunjukkan bahawa hasil dari Al-Quran adalah Islam. Sepertimana orang dahulu tidak dapat mencabarnya,begitulah juga orang-orang pada masa hadapan.

             Manakala susunan ayat فاتقوا النار التي وقودها الناس والحجارة Maka takutlah kamu akan neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu, tahukah kamu ayat yang lalu diakhiri dengan ayat ini mengandungi makna berikut dalam kehalusan sasteranya: “Sekiranya kamu tidak mendatangkan surah sepertinya dan kamu sekali-kali tidak akan dapat melakukannya”. Jelas ini ayat ini adalah melemahkan orang dan ia adalah mukjizat. Ia adalah kata-kata Allah, maka kamu mesti beriman padanya dan mematuhi perintahnya. Di antaranya perintahnya adalah: Wahai manusia, sembahlah Allah agar kamu dapat mengelakkan diri dari api neraka, takutlah api neraka. Ayat ini ringkas dan ia adalah mukjizat.

             Manakala susunan ayat التي وقودها الناس والحجارة yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu, tahukah kamu tujuan perkataan sebelumnya iaitu فاتقوا adalah untuk menakutkan. Ia bermaksud untuk menguatkannya dengan menggerunkan mereka dan menekan mereka dengan kata-kata وقودها الناس. Kerana apa yang  menjadi kayu api (bahan bakarnya) adalah manusia lebih menakutkan dan menggerunkan. Kemudian ia dihubungkan dengan perkataan batu, kerana apa yang membakar batu itu akibatnya lebih dasyat. Kemudian ayat ini menyebut tentang penegahan penyembahan berhala: Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah Allah dan menyembah berhala sudah pasti kamu akan masuk api neraka yang akan membakar penyembahnya dan apa yang mereka sembah.

             Manakala susunan ayat أعدت للكافرين yang telah disediakan untuk orang-orang yang kafir, ia adalah penjelasan dan penyataan tentang perlunya ada balasan atas perbuatan mereka. Bermaksud: Musibah ini bukan seperti banjir besar dan bencana lain sepertinya yang menimpa orang-orang yang zalim, tetapi ia menimpa semua orang-orang baik dan terpilih. Bencana yang disebutkan di atas ini khusus untuk orang-orang kafir, tidak ada sesiapa yang selamat kecuali yang mengikut perintah Al-Quran.

             Manakala perkataan أعدت menunjukkan bahawa neraka jahannam adalah makhluk yang ada tidak seperti sangkaan Muktazilah.


291. Page

Sesungguhnya apa yang menunjukkan kepada kamu dan memberi pengajaran pada kamu dengan pantas bahawa neraka ini adalah kekal adalah apabila kamu berfikir tentang alam ini dengan fikiran yang bijak, kamu akan dapati bahawa api adalah makhluk yang hebat yang mengusai. Seolah-olah ia adalah unsur asas bagi semua yang tinggi dan rendah, kamu akan faham bahawa adanya perkara utama dan hasil yang unik yang menunjukkan ia kekal selama-lamanya.

             Tidakkah kamu lihat seseorang yang melihat orang lain berpeluh membasahinya akan mengatakan ada buah tembikai di kepalanya!

             Begitulah juga seseorang yang melihat api sudah tentu ia merasakan kesudahannya adalah kesengsaraan dibakar api neraka jahannam!

             Begitu juga siapa yang melihat kenikmatan, kesenangan dan kelazatan hidup, sudah tentu dia merasakan dia akan mendapat syurga.

             Kalau kamu kata: Sekiranya neraka jahannam ada sekarang, di mana tempatnya?

             Jawapannya adalah: Kami dari Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya bahawa ia ada sekarang, tetapi kami tidak dapat menentukan tempatnya .

             Kalau kamu kata: Kebanyakan zahir hadis menyebut bahawa ia ada di lapisan bawah bumi. Di dalam satu hadis ada menyebut: Sesungguhnya apinya lebih dasyat dan lebih panas dari api di dunia dengan dua ratus kali ganda, matahari juga termasuk dalam kategori neraka jahannam?(1)

(1) DIrekodkan oleh Al-Bukhari dalam bukunya Sahih Bukhari, hadis dari Ismail Bin Abu Uwais berkata: Telah menceritakan kepadaku Malik dari Abu Al-Zanad Dari Al-A’raj dari Abu Hurairah R.A berkata, nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Api kamu adalah satu bahagian dari 70 bahagian api neraka jahannam. Baginda ditanya: Sekiranya begitu, sudah pasti ia memadai. Baginda berkata: Api neraka itu digandakan panasnya dengan 69 bahagian kesemuanya seperti kepanasannya.


292. Page

Jawapannya adalah: Lapisan bawah bawah diibaratkan sebagai tempatnya, kerana di bawah bulatan bumi adalah tempatnya. Telah terbukti dalam teori hikmah(1) bahawa di tempatnya neraka itu sangat panas hingga 200,000 kali ganda. Setiap kali dikorek lapisan bawah bumi sebanyak 64 sentimeter, kepanasan akan bertambah, jadi bila sampai ke tempatnya suhunya lebih kurang 200,000. Teori ini bertepatan dengan hadis yang disebut tadi yang mengatakan bahawa api neraka jahannam lebih panas dari api dunia dengan 200 kali ganda.


             Begitu juga di dalam hadis tersebut menyebut bahawa satu bahagian dari api neraka itu sangat sejuk dan ia membakar dengan kesejukannya(2). Hadis ini bertepatan dengan teori ini, di mana api di tempatnya mengandungi tingkatan api yang kesemuanya merebak ke atas. Telah nyata dalam tabiat semula jadi bahawa api ada tingkatannya yang menarik sekaligus kepanasan yang ada di sekelilingnya serta terus membakar dengan kesejukannya dan jadilah air itu ais yang membeku.

(1) Ia adalah ilmu yang berkaitan dengan keadaan diri benda hidup (semua makhluk) mengikut keadaan dirinya mengikut kemampuan manusia. Hikmah Tabiiyyah pula ialah ilmu yang membincangkan tentang keadaan jisim sesuatu makhluk yang mana kewujudannya diluar kawalan manusia.
(2) Hadis ini telah direkodkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam bukunya Sahih Bukhari, dari Abu Hurairah dari Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila cuaca panas memuncak, sejukkanlah ia dengan solat. Sesungguhnya panas yang bersangatan itu datang dari hembusan neraka jahannam. Ia telah mengadu pada Allah: Wahai tuhan kami, sebahagian badanku memakan sebahagian yang lain. Maka Allah mengizinkannya untuk menghembus dua kali. Sekali pada musim sejuk dan sekali pada musim panas. Hembusan itu lebih panas dari kepanasan yang kamu rasa dan lebih sejuk dari kesejukan yang kamu rasa.


293. Page

Kalau kamu kata: Dalam perut bumi dan lingkuangannya adalah kecil. Jadi bagaimana lapisan 9 neraka jahannam yang menyamai 9 lapisan langit dan bumi berada di situ?

             Jawapannya adalah: Ya benar, mengikut lilitan dan lipatannya, sekiranya ia dilitupi oleh bumi, tetapi berdasarkan alam akhirat bumi ini membesar hingga 900,000 kali ganda dari saiz asal bumi. Bahkan alam yang kita lihat ini seperti penghalang yang menghalang dengan mengikat api itu dengan cabang-cabangnya. Jadi lapisan bawah bumi cuma tempatnya dan rahsianya ataupun pusat operasinya.

             Begitu juga tidak semestinya neraka yang berada di bawah bumi itu bersambung dengan bumi. Kerana asal sesuatu makhluk cabangnya menghasilkan matahari dan bulan, bumi kita dan dua planet yang lain. Jadi apa-apa yang terhasil merangkumi semua cabang di mana saja ia berada. Kekuasaan Allah itu luas, makhluknya tersebar di merata tempat. Di mana neraka jahannam itu bergerak (berada), ia tidak dinafikan kewujudannya.

             Di dalam satu hadis ada menyebut “Sesungguhnya neraka jahannam itu terlipat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Jadi ia mungkin berbentuk bujur bagi bumi kita yang berkecai apabila Allah memusnahkannya, ia akan terbelah dan jelas nampak neraka itu seoalah-olah ia menunjukkan taringnya pada pelaku maksiat. Inilah sebab yang berkemungkinan puak Muktazilah sangka bahawa neraka tidak wujud sekarang dan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kesilapan.

             Manakala susunan ayat وإن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا  Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad),  huruf و di sini ialah mengikut kesesuaian di antara dua ayat yang bersambung sebelum ini yang membawa andaian (bermaksud) “ sepertimana yang telah diajarkan Al-Quran kepada kamu”.


294. Page

Perkataan إن di datangkan untuk menunjukkan sikap teragak-agak menggantikan perkataan إذا yang menunjukkan keadaan yang tetap sekalipun keraguan mereka itu memang nyata. Ini menunjukkan kerana adanya sebab menghilangkan keraguan bermakna keraguan itu ada, bahkan mustahil ditetapkan sebagai kemestian.

             Kemudian keraguan pada perkataan  إن adalah berdasarkan kepada teknik, bukan dikiaskan kepada yang bercakap iaitu Allah.

             Jumlah ayat كنتم في ريب menggantikan perkataan ارتبتم (yang mempunyai maksud yang sama) sekalipun ia lebih ringkas, ia menunjukkan bahawa punca keraguan adalah kerana tabiat mereka yang sakit dan diri mereka sendiri. Keadaan keraguan mereka sekalipun ia meliputi hati mereka menunjukkan bahawa kegelapan keraguan itu tersebar dari hati kemudian ia mengusai diri mereka, jadi mereka dalam kegelapan sepanjang perjalanan mereka.

             Perkataan ريب dalam keadaan kata nama am untuk menunjukkan ia adalah umum. Bermaksud apa-apa saja keraguan yang kamu ragukan jawapannya hanya satu, iaitu: Sesungguhnya Al-Quran ini adalah mukjizat dan ia adalah benar. Itu adalah salah kamu kerana melihatnya secara singkat. Jadi setiap keraguan tidak perlu kepada satu jawapan yang khas. Bukankah kamu lihat seseorang yang melihat sumber air dan merasainya dengan penuh kenikmatan tidak perlu lagi merasa setiap aliran yang berpunca darinya!

             Perkataan من di dalam ayat مما نزلنا menunjukkan perkataan yang ada di dalamnya iaitu في شيء مما  (pada sesuatu daripada apa yang diturunkan).

             Perkataan نزلنا menunjukkan bahawa punca keraguan mereka adalah bagaimana Al-Quran diturunkan. Jadi jawapan yang tuntas adalah menegesahkan Al-Quran sememangnya diturunkan.

             Pemilihan kata di atas menunjukkan bahawa penurunan Al-Quran adalah secara beransur-ansur, bukan perkataan أنزلنا yang dipilih yang menunjukkan penurunan secara sekaligus. Ia juga menunjukkan apa yang mereka debatkan mengenai perkara ini dengan kata mereka: Kalaulah bukan kerana ia diturunkan secara sekaligus, tetapi mengikut peristiwa yang berlaku secara beransur-ansur , masa demi masa, waktu tertentu dan surah demi surah.


295. Page

Pemilihan kata عبد hamba menggantikan perkataan nabi dan Muhammad, menunjukkan keagungan seorang nabi dan tingginya sifat penyembahan (ibadah) dan juga menguatkan perintah menyembah Allah.

             Ia juga menunjukkan menolak keraguan bahawa Nabi Sallahu Alaihi Wasallam adalah manusia yang paling banyak beribadah dan paling banyak membaca Al-Quran, maka fikirkanlah!

             Jumlah ayat فأتوا بسورة من مثله ayat perintah فأتوا bawalah adalah untuk melemahkan pencabar, menentang, memperbodohkan, mengajak untuk melawan dan percubaan untuk membongkar kelemahan mereka.

             Perkataan بسورة  satu surah menunjukkan mendiamkan mereka dengan hujah-hujah, menjadikan mereka kelu dan mereka kekal begitu. Kerana permulaan penentangan ialah Al-Quran berkata: Kamu ciptalah Al-Quran yang lain seperti Al-Quran yang ada dengan sempurna yang ada kebenarannya, ilmunya serta pemberitahuan tentang masa hadapan berserta susunannya yang halus dari seseorang yang buta huruf!

             Kedua: Al-Quran berkata: Sekiranya kamu tidak dapat melakukannya, maka buatlah yang lain tetapi dengan susunan yang lebih halus darinya!

             Ketiga: Al-Quran berkata: Sekiranya kamu tidak melakukan yang diminta tadi, maka ciptalah sekadar sepuluh surah.

             Keempat: Sekiranya kamu masih tidak mampu, maka sekurang-kurangnya ciptalah satu surah yang panjang.


             Kelima: Sekiranya kamu masih rasa susah, ciptalah satu surah sekalipun ia pendek seperti surah Al-Kausar dari seorang buta huruf yang serupa dengan surah tersebut.

             Keenam: Sekiranya kamu tidak mampu untuk membawanya dari seorang yang buta huruf, maka datangkan ia dari seorang yang mahir dan penulis yang cekap!  

             Ketujuh: Sekiranya yang keenam ini juga sukar, mintalah tolong rakan-rakan kamu untuk membuatnya!


296. Page

Kelapan: Sekiranya kamu masih tidak dapat melakukannya, mintalah tolong dari semua manusia dan jin. Mintalah tolong dari hasil himpunan buah fikiran mereka dari Nabi Adam sampai hari kiamat. Buah fikiran mereka ada di tangan kamu di dalam buku-buku yang menggunakan tatabahasa arab yang sangat mempertahankan adat resam dan sangat menentang Al-Quran. Lebih-lebih lagi dari pengkaji yang sekiranya kamu melihatnya orang yang sangat rendah akalnya. Sekalipun dia bodoh dia pasti berkata: Tidak ada buku-buku lain yang sepertinya. Buku itu sekiranya ia lebih rendah dari yang lain, itu tidak boleh diterima. Sekiranya ia melebihi buku-buku yang lain, itulah yang sepatutnya berlaku sepertimana yang telah disebutkan tadi.

             Ya, Al-Quran itu tidak dapat ditandingi selama 13 abad. Begitulah masa berlalu, dan begitulah yang akan berlaku sampai hari kiamat.

             Kesembilan: Al-Quran berkata: Kamu jangan mencari alasan dengan mengatakan kamu tidak ada penolong sedangkan kamu tidak menunjukkan pada kami. Ajaklah penolong-penolong kamu, orang-orang yang taksub dengan kamu, tanyalah hati kamu, adakah kamu berani membenarkan dakwaan kamu yang songsang itu?!

             Apabila kamu sudah faham kesemua ini, fahamilah Al-Quran bagaimana ia melemahkan dengan katanya-katanya yang ringkas dengan menunjukkan perkara di atas, ia membuatkan mereka kelu dan membuatkan mereka meninggalkannya dan berlalu dengan urusannya.

             Tahukah kamu bahawa lemahnya manusia untuk menandingi surah yang paling pendek yang bermula dengan إن adalah satu perkara yang tidak perlu berfikir. Manakala surah yang bermula dengan الم dikatakan ia adalah: Allah telah mengalihkan kekuatan mereka untuk menentang. mazhab yang paling tepat tentang surah yang bermula dengan الم adalah Abdul Qadir Al-Jirjani, Al-Zamakhsyari dan Al-Sakaki. Mereka berpendapat bahawa kemampuan manusia tidak sampai ke tahap susunan yang tinggi dan bernilai.

             Al-Sakaki berpendapat bahawa mukjizat adalah sesuatu yang boleh dirasa. Ia tidak dapat digambarkan dan tidak dapat dijelaskan. Tetapi ia mestilah dirasai sendiri.


297. Page

Manakala penulis Dalail Al-I’jaz berpendapat bahawa mukjizat boleh digambarkan. Kami sependapat dengannya dalam perbahasan ini.

             Pemilihan kata سورة berbanding perkataan نجم، طائفة، نوبة menunjukkan penyebab keraguan mereka, iaitu: Kalaulah bukan kerana turun sekaligus kepadanya?! Bermaksud kamu datangkan surah sekalipun dengan pengganti yang pelik!

             Ia juga menunjukkan bahawa ia mengandungi makna menghadkan penurunan surah satu persatu kerana faedah yang banyak sepertimana yang diterangkan oleh Al-Zamakhsyari. Ia juga mengandungi makna teknik yang unik untuk sesuatu puak.

             Perkataan من مثله  yang sepertinya mengandungi 2 makna; bermaksud seperti yang diturunkan, atau dari seperti yang diturunkan kepadanya.

             Tahukah kamu bahawa hak gambaran ayat yang pertama adalah مثل سورة منه , tetapi ia diimbangkan dengan ayat من مثله untuk menunjukkan supaya memberi perhatian kepada kemungkinan yang lain. Bermaksud penentangan kamu akan mengalahkan dakwaan kamu sekiranya ia membawa datang yang sepertinya kerana tiada pengetahuan.


             Ia juga menunjukkan bahawa penentangan akan mengalahkan mukjizat sekiranya yang ditentang itu dari sekumpulan yang sepertinya.

             Ia juga menunjukkan membawa fikiran kita kepada kitab-kitab lain seperti Al-Quran tentang cara penurunannya untuk mengimbangkan pendengar. Jadi mereka tahu akan ketinggian Al-Quran. 


298. Page

Ayat وادعوا شهدآءكم من دون الله dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, pemilihan kata ادعوا dari kata استعينوا، استمدوا menunjukkan siapa yang menyahut panggilan mereka dan menyokong mereka tidak akan kehilangannya, tetapi mereka sentiasa ada dan tidak perlu kepada ajakan.

             Perkataan شهدآء mengandungi 3 makna:

1.      Orang-orang yang handal dalam sastera

2.      Pendokong-pendokong kamu

3.      Tuhan-tuhan kamu.

             Melihat kepada makna pertama adalah satu keperluan pada mereka, kerana merekalah menepis hujah-hujah disebabkan ketidakmampuan kami itu tidak menunjukkan mereka mereka juga tidak mampu.

             Melihat kepada makna kedua, ia adalah mematikan hujah mereka, memutuskan alasan mereka bahawa kami tidak ada penolong kerana tidak ada pilihan baginya kecuali penyokongnya dan penolongnya.

             Melihat kepada makna ketiga, membuatkan mereka kelu dan mempersenda mereka kerana tuhan-tuhan yang mereka harap dapat menolong dan mempertahankan mereka. Bagaimana tuhan-tuhan mereka tidak menolong mereka dalam urusan yang sangat penting ini?

             Sandaran perkataan شهدآء kepada perkataan كم menunjukkan bahawa ia adalah khas. Ia menguatkan makna pertama bahawa pembesar-pembesar kamu ada bersamu kamu. Di antara mereka ada kepakaran, sekiranya mereka mampu sudah tentu mereka akan menolong kamu beramai-ramai.

             Bersambung makna yang kedua, bermaksud kami menerima pertolongan orang yang sentiasa bersama-sama dengan kamu dan taksub dengan kamu. Mereka juga berani untuk menolong perkara yang secara logik akalnya adalah palsu.

             Ia juga menambah makna yang kedua yang memperbodohkan mereka bahawa tuhan-tuhan mereka yang mereka sembah itu, kenapa ia tidak menolong mereka.


299. Page

Jumlah ayat من دون الله  :

             Melihat kepada makna pertama: Ia adalah umum. Bermaksud setiap yang pandai sastera di dunia selain Allah. Begitu juga dengan mukjizatnya, ia tidak datang melainkan dari Allah.

             Melihat kepada makna kedua: Ia menunjukkan lemahnya mereka dan kebohongan mereka dengan kata-kata mereka: “Allah menjadi saksi, Allah bersaksi bahawa kami mampu membuatnya”. Kerana kebiasaan orang yang lemah akan memberi alasan bersumpah dengan nama Allah dan menjadikannya sebagai saksi atas apa yang mereka tidak mampu melakukannya untuk mencari bukti.

M/S 166

             Melihat kepada makna ketiga: Ia menunjukkan bahawa penentangan mereka terhadap Nabi Sallahu Alaihi Wasallam tidak lain melainkan pertemuan di antara syirik dan tauhid kepada Allah, serta pertemuan di antara benda mati dengan pencipta langit dan bumi.

             Jumlah ayat إن كنتم صادقين sekiranya kamu orang yang benar menunjukkan kata-kata mereka: Sekiranya kami hendak, kami akan cakap seperti ini.

             Ia juga menunjukkan bahawa mereka bukanlah orang yang benar kecuali setelah ia diperintahkan. Tetapi mereka adalah ahli falsafah. Mereka tidak terjerumus dalam keraguan ketika mencari kebenaran melainkan kerana mereka sendiri yang menjerumuskan diri ke dalamnya.

             Jawapan bagi kata kerja ini telah dinyatakan sebelum ini iaitu buatlah.

             Manakala jumlah ayat فإن لم تفعلوا ولن تفعلوا hingga ke akhir ayat, tahukah kamu bahawa jumlah ayat إن كنتم صادقين adalah hujah Al-Quran dengan Qiyat Istisnaei, iaitu mengecualikan kesalahan yang lalu untuk menghasilkan kesilapan akan datang.

             Kesimpulannya: Sekiranya kamu benar, kamu akan menentang dan merekacipta satu surah. Tetapi kamu tidak melakukannya dan tidak akan melakukannya. Maka ia menghasilkan bahawa kamu tidak benar. Lawan kamu iaitu Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bagindalah yang benar. Jadi Al-Quran adalah mukjizat. Maka kamu mesti beriman dengannya untuk mengelakkan kamu dari azab seksa. Lihatlah bagaimana Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dan ia menjadi mukjizat!


300. Page

Kenyataan yang menyebut kesalahan yang lalu dengan ayat إن لم تفعلوا   menunjukkan mereka memberi rasa syak dengan perkataan  إن bahawa mereka berani merasa ragu-ragu. Dengan perkataan ini juga mewajibkan ada kesalahan yang lalu untuk mewujudkan kesalahan yang akan datang.

             Kemudian ia menyebut hasilnya iaitu kesalahan yang akan datang. Bermaksud kamu tidak akan menjadi orang yang benar ialah sebab yang wajib yang mewajibkannya adalah firman Allah فاتقوا النار untuk menakutkan mereka dan memberi ancaman kepada mereka.

             Manakala ayat إن لم تفعلوا yang lalu dengan melihat kepada perkataan لم , dan perkataan yang menunjukkan akan datang إن , adalah untuk membawa fikiran mereka kepada masa lalu, seolah-olah ia berkata: “ Lihatlah kepada ungkapan-ungkapan kamu yang yang digantung dihias dengan emas itu! Adakah ia menyamai Al-Quran, atau ia hampir menyamainya?”

             Pemilihan kata تفعلوا bukan kata تأتوا menunjukkan dua perkara penting:

             Pertama: Menunjukkan bahawa punca mukjizat adalah lemahnya mereka sendiri dan ia berpunca dari perbuatan yang sia-sia.

             Kedua: Ringkasnya Al-Quran dan tepat, di mana kata kerja فعل sepertimana ia di dalam ilmu sorof ada mizan (acuan) kata kerja dan jenis-jenisnya. Begitu juga pada teknik-teknik sumber perbuatan dan ringkasan cerita. Seolah-olah ia adalah pusat bagi ayat-ayat yang menjadi peribahasa baginya.

             Manakala ayat ولن تفعلوا , tahukah kamu bahawa ia adalah untuk penguat dan perkataan لن menunjukkan selama-lamanya dan pasti. Ia juga menunjukkan bahawa Al-Quran tenang dan serius, tidak ada keraguan pada hukum hakamnya, seolah-olah ia adalah hati bagi ayat-ayatnya.


301. Page

Manakala ayat فاتقوا bukan perkataan تجنبوا menunjukkan apa yang menggantikannya sebagai balasan bagi sesiapa yang beriman dan menjauhi syirik yang mana ia adalah sebab masuk ke dalam neraka.


             Manakala perkataan النار datang dalam bentuk kata nama khas untuk menunjukkan perjanjian. Bermaksud neraka yang dijanjikan itu dan berlegar dalam fikiran manusia melalui perantaraan dari para nabi dari Nabi Adam hingga sekarang.

             Perkataan tersebut diikuti dengan التي (kata hubung) sekalipun ia memang diketahui, juga kerana penurunan ayat نارا وقودها الناس والحجارة sebelum ayat ini, jadi orang yang mendengarnya telah mendengarnya, kata hubung itu terletak pada tempatnya.

             Ayat وقودها الناس والحجارة  bahan bakarnya adalah manusia dan batu tujuannya adalah untuk menakutkan. Perasaan itu dikuatkan dengan ancaman dan mengugut. Ia mengancam dengan menyebut perkataan manusia sepertimana yang dipilih dan dikuatkan dengan perkataan batu sepertimana ia memburukkannya. Bermaksud apa yang kamu harapkan dari berhala-berhala kamu supaya mereka menolong kamu itu sekarang menjadi alat untuk menyeksa kamu.

             Manakala ayat أعدت للكافرين  ia telah disedikan untuk orang-orang yang kafir tahukah kamu bahawa ia bermaksu “disediakan untuk kamu”. Tetapi al-quran menyebutnya secara ringkas dan sebagai kaedah yang menyeluruh bagi kebanyakan ayat Al-Quran untuk menunjukkan besarnya bukti hukuman. Asalnya ia adalah “ Ia disediakan untuk kamu sekiranya kamu kufur kerana sesungguhnya ia disediakan untuk orang-orang kafir. Maka di sini perkara yang zahir mengantikan perkara yang disembunyikan.

             Perkataan أعدت dalam bentuk kata kerja yang menunjukkan masa lalu (feil madhi) menunjukkan bahawa neraka jahannam ada sekarang, sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini.