NAVIGATION
302. Page
Firman Allah
﴿وَبَشِّر الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ كُلَّما رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذاَ الَّذِي رُزِقْنا مِنْ قَبْلُ وَأتُوا بِهِ مُتَشابِهًا وَلَهُمْ فِيها أزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيها خالِدُونَ﴾
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. Al-Baqarah: 25
Tahukah kamu bahawa susunan ayat ini seperti ayat-ayat yang lain. Ia ada 3 persefektif.
1. Susunan ayat-ayat yang sebelumnya.
2. Jumlah ayat dengan ayat yang lain.
3. Hal keadaan ayat.
Pertama: Tahukah kamu bahawa pengakhiran ayat-ayat ini ada kaitan yang menjelaskan ayat-ayat yang akan datang, dengan perjalanan yang panjang merentasinya berlainan dengan ayat-ayat yang lalu.
Tidakkah kamu lihat bahawa Al-Quran ketika di permulaan surah, ia memuji dirinya dan orang-orang beriman kerana iman dan amal soleh mereka. lihatlah bagaimana ayat ini menunjukkan hasil dari iman dan amal soleh!