NAVIGATION
76. Page
Sedangkan kefahaman manusia berbeza mengikut status sosial, dirasai dengan cara yang berbeza, kecenderungan mereka berbeza, mereka merasa istimewa juga berbaza, keseronokan berbeza, perangai juga berbeza. Berapa banyak sesuatu perkara itu dipandang baik oleh satu kelompok tetapi ia tidak baik pada kelompok yang lain, kelompok itu menikmatinya tetapi kelompok yang lain tidak, fikirkanlah!
Jadi kerana rahsia inilah Al-Quran banyak menyebut sesuatu secara umum berbanding secara khusus supaya setiap orang dapat merasai dan memahaminya. Al-Quran telah menyusun ayat-ayatnya dan meletakkan di tempat yang memberi peluang kepada beberapa tafsiran agar semua orang memahaminya mengikut kemampuan masing-masing. Fikirkanlah!
Justeru itu, perlbagai tafsiran itu dibolehkan dengan syarat ia menepati tatabahasa bahasa arab dan sasteranya, serta boleh diterima oleh keadah usul fiqh.
Jadi di sini jelas bahawa termasuk dari mukjizat Al-Quran itu ialah susunan ayat-ayatnya dan jalinannya sesuai setiap masa dan sesuai dengan semua peringkat masyarakat.
Firman Allah
﴿اَلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ﴾
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. Al-Baqarah:3
77. Page
Tahukah kamu bahawa tafsiran ayat ini yang terhasil dari ayat yang lain pujian Al-Quran keseluruhannya tertumpu pada memuji orang-orang beriman dengannya adalah hasil untuknya. Kerana ia adalah bukti yang kuat untuknya, hasil dari petunjuknya serta ia menjadi saksi kepada mereka. Dan disebabkan mereka merindui perkara-perkara ghaib, ini menunjukkan sudut yang lain dari tafsiran ayat ini yang merupakan petunjuk dan ia idolanya.
Makala tafsiran perkataan (الذين) dan (المتقين) , gandingan meninggalkan maksiat dan perbuatan baik yang mana kedua-duanya adalah kawan karib. Kerana sesuatu yang baik datang selepas meninggalkan yang jahat.
Adakah kamu tidak tahu bahawa taqwa itu datang dengan meninggalkan maksiat? Al-Quran telah menyebut tentangnya secara berurutan. Pertama: Meninggalkan perkara syirik, kedua: Meninggalkan maksiat, ketiga: Meninggalkan apa-apa selain Allah.
Perbuatan baik pula adalah sama ada dengan hati, perbuatan dan harta. Amalan hati yang paling ketara adalah beriman. Amalan fizikal yang menonjol adalah solat yang mana ia adalah tiang agama. Manakala puncak amalan harta adalah zakat, ia adalah jambatan Islam.
Tahukah kamu ayat (الذين ىؤمنون بالغيب) sekalipun kamu melihatnya ringkas, tetapi apabila ia digandingkan dengan yang seertinya dengannya, kamu akan dapatinya sangat terperinci.
78. Page
Perkataan (الذين) yang digunakan berbanding alif dan lam untuk menunjukkan sesuatu dengan ada kaitan saja, di sini seolah-olah ia tidak ada sifat tetapi di sini digunakan untuk menunjukkan rindu pada iman dan mengagungkannya. Ia juga menunjukkan bahawa iman adalah cahaya pada sesuatu yang menyebabkan perkara lain menjadi lebih rendah darinya.
Perkataan (يؤمنون) yang digunakan berbanding perkataan (مؤمنون) untuk menggambarkan dan menzahirkan keadaan yang baik itu pada pandangan orang yang membuat andaian, untuk menunjukkan ia sentiasa diperbaharui, serta kemuliaannya yang dibantu oleh bukti-bukti yang ada di bumi dan diri manusia. Setiap kali bukti bertambah, iman juga bertambah.
Perkataan (بالغيب) bermaksud beriman dengan hati dengan ikhlas dan tidak munafiq. Sekalipun dia tidak nampak dia beriman dengan perkara ghaib.
Tahukah kamu iman adalah cahaya yang terhasil kerana beriman dengan apa yang dibawa oleh Nabi Salllauhu Alaihi Wasallam secara keseluruhannya tentang agama Islam.
Jika kamu bertanya: Sangat sedikit dalam kalangan orang awam yang mampu menggambarkan tentang iman.
79. Page
Tidakkah kamu lihat orang genius seperti Al-Sakaki(1) ilmuan yang cerdik, luas ilmunya serta pakar, terkadang tidak mampu untuk mengetahui dengan terperinci syair Imruul Qais(2) atau syair orang badawi yang lain? Disebabkan ini mencari bukti akan kewujudan iman itu perlukan tafsir dan penerangan. Orang awam boleh diminta untuk memberi penjelasan dengan soalan yang berkisar tentang kenyataan atau penafian. Contohnya begini: Saudara, bolehkah akal saudara menerima bahawa pencipta alam ini yang mana arah sisinya ada 6 yang di dalam genggamannya dia mampu bertindak pada satu arah dari semua arahnya atau tidak? Jika orang itu berkata tidak, penafian arah itu terbukti pada kefahamannya. Itu sudah mencukupi. Fikirkanlah!
80. Page
Pada tafsiran Al-Sa’d(4) tentang iman, beliau berkata: Ia adalah cahaya yang dicampakkan Allah ke dalam hati hambanya yang dikehendaki selepas hambanya mencari hidayah dengan membuka hatinya kepada Allah. Maka Allah pun memberikan hidayahnya.
Iman adalah cahaya bagi jiwa manusia dan dan sinaran matahari yang menerangi jiwa, fikiran dan perasaan manusia secara keseluruhannya. Ia menyebarkan kelembutannya pada semua makhluk. Mengasaskan perkaitan jiwa manusia dengan perkara yang lain. Ia memberikan kekuatan dalam hati manusia yang menyebabkan mereka mampu mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Ia memberikan kelapangan pada manusia yang menyebabkan mereka mampu menanggung apa yang telah berlaku dan mampu menghadapi cabaran masa depan.
Sepertimana iman adalah sinaran matahari, ia juga adalah pancaran kebahagiaan yang abadi iaitu kebangkitan di padang mahsyar. Sinaran itu akan menumbuhkan benih impian dan cita-cita, menumbuhkan pucuk-pucuk persediaan yang ada dalam jiwa manusia. Kemudian ia tumbuh sepanjang masa selama-lamanya. Berubahlah pucuk-pucuk itu seperti poko Tuba (pokok di dalam syurga)(5).
81. Page
Ayat (ويقيمون الصلوة) tahukah kamu bahawa susunan ayat ini tentang sinaran matahari di siang hari, dan ia mengkhususkan solat berbanding amalan yang lain untuk menunjukkan bahawa ia adalah sumber semua kebaikan serta lambang kebaikan. Ia seperti Surah Al-Fatihah di dalam Al-Quran, manusia di alam ini, kerana ia adalah ibadah yang melengkap ibadah puasa, haji dan zakat dan ibadah-ibadah yang lain, kerana ia melengkapkan ibadah-ibadah yang lain. Ia ibadah yang merangkumi ibadah makhluk yang lain seperti malaikat yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah, batu yang bersujud, pokok yang tegak berdiri, serta binatang-binatang yang tunduk kepada Allah.
Perkataan (يقيمون) digunakan berbanding perkataan "المقيمين" untuk menunjukkan pergerakan kehidupan yang luas dan supaya kita mengambil perhatian terhadap tuhan kita dalam masyarakat Islam ini pada pendengar. Kemudian meletakkan keadaan yang baik dan tersusun itu di sekeliling manusia seperti sebuah khayalan. Tujuannya adalah untuk menggerakkan dan menyedarkan mereka supaya mengambil pengajaran. Kerana sesiapa yang mengambil perhatian pada drum tentera yang dipukul ketika tentera melalui orang ramai akan membuatkan mereka mengambil perhatian dan tertarik. Bunyi itu akan menggerakkan mereka kepada keadaan yang baik dan mengumpulkan mereka di bawah peraturan yang baik. Dia berharap agar dia termasuk dalam golongan itu. Begitulah juga dengan keperibadian nabi Muhammad yang sudah diketahui oleh ramai orang di alam ini. (Allah lah sebaik-baik contoh)
82. Page
Ayat ini tidak diringkaskan menggunakan perkataan "يصلون", tetapi ia disempurnakan dengan ayat
(يقيمون الصلاة) untuk menunjukkan kepentingan meraikan perbuatan mendirikan solat dengan menyempurnakan rukunnya, sentiasa mendirikannya, menjaga solat, bersungguh-sungguh serta menjadikannya bernilai di pasar dunia ini. Fikirkanlah!
Solat mempunyai nilai yang tinggi dan mahal harganya. Ia adalah bakti yang suci seorang hamba kepada tuhannya. Kerana nilainya itu, setiap jiwa pasti merinduinya, rukunnya mengandungi banyak rahsia sepertimana yang telah dijelaskan di dalam buku Al-Futuhat Al-Makkiyyah(1). Kerana rahsia-rahsia itu menyebabkan semua jiwa dan perasaan akan menyukainya. Ia adalah seruan maha pencipta ke tempat berhimpun, mereka datang sebanyak 5 kali sehari siang dan malam untuk bermunajat kepadanya yang mana ia seperti menuju kepada Allah. Jadi kerana itu hati kita pasti merinduinya, di dalam solat hati kita sentiasa menggambarkan kebesaran-Nya. Akal kita akan mengarahkan kita supaya patuh pada undang-undang tuhan, kerana manusia perlukan semua itu kerana dia adalah manusia, kerana dia adalah makhluk yang rendah. Alangkah celakanya orang yang meniggalkan solat! Alangkah ruginya siapa yang malas! Alangkah bodohnya siapa yang tidak mengenai betapa bernilainya ia! Bodohnya dia, dia jauh dari rahmat Allah kerana dia tidak melihat keistimewaannya.
83. Page
(ومما رزقناهم ينفقون)
Sepertimana solat adalah tiang agama dan kekuatan bagi yang mendirikannya, begitu juga zakat adalah jambatan dan dengannya ia dapat menolong penganutnya.
Syarat sedekah supaya ia menjadi pemberian yang baik:
1. Pemberi sedekah tidak membazir dan mengalami kerugian.
2. Pemberi sedekah tidak mengambil sumbangan orang lain kemudian menggunakan untuk memberi sedekah, tetapi hendaklah dikeluarkan dari hartanya sendiri.
3. Pemberi sedekah tidak member sesuatu dengan harapan akan mendapat balasan yang lebih banyak dan tidak takut miskin.
4. Sedekah bukan setakat dengan harta sahaja, tetapi dengan ilmu, idea dan perbuatan.
5. Orang yang menerima sedekah hendaklah tidak menggunakannya pada perkara yang sia-sia, tetapi dibelanjakan untuk kebaikan dan keperluan asas.
Semua perkara di atas adalah konsep ihsan, dengan memahami semua syarat-syarat ini, tepat sekali Al-Quran memahamkan manusia dengan menggunakan ayat (ومما رزقناهم ينفقون) berbanding menggunakan perkataan "يتصدقون" atau "يزكون" atau perkataan-perkataan lain.
Penggunaan kata (من) bermaksud menolak pembaziran.
Perkataan (مما) diawalkan bermaksud bersedekah menggunakan harta sendiri.
Perkataan (رزقنا) menunjukkan Allah lah yang memberinya harta, dia sebagai perantara untuk memberi sedekah.
84. Page
Perkataan ini bersambung dengan kata ganti nama (نا) bermaksud jangan takut miskin, kamilah yang memberi rezeki(2).
Ia juga menunjukkan sedekah itu adalah umum, merangkumi sedekah dengan ilmu, idea dan lain-lain lagi.
Ia juga menunjukkan syarat bagi penerima sedekah agar mereka menggunakannya untuk kebaikan dan keperluan asas.
Di dalam satu hadith sahih menyebut: Zakat ialah jambatan Islam(3). Bermaksud jambatan yang digunakan oleh orang Islam untuk menolong saudara islamnya dengan menyeberangi jambatan tersebut. Kerana ia adalah perantara arahan itu. Bahkan ia juga titian dalam hidup bermasyarakat, ia adalah ikatan untuk kelangsungan hidup di antara mereka. ia juga adalah ubat bagi racun yang berada di lapisan masyarakat.
85. Page
Diakui bahawa kewajipan berzakat dan pengharaman riba mempunyai hikmat yang besar, kepentingan yang tinggi, kasih sayang Allah yang luas. Jika kamu teliti sejarah di dunia ini dan berfikir tentang keburukan semua manusia , kamu akan lihat punca utama semua kerosakan yang ada serta buruknya akhlak dalam masyarakat adalah disebabkan dua perkataan ini;
Pertama: “ Jika aku sudah kenyang, bukan tanggungjawab aku orang lain mati kerana lapar”.
Kedua: “ Kamu berusahalah supaya aku boleh makan, bekerjalah sampai letih supaya aku dapat berehat”.
Perkataan pertama yang memperdaya yang sampai kepada tujuannya serta mengeji perkara ini dan yang menggegarkan alam ini yang menyelamatkan kita dari kemusnahan dan memutuskannya adalah “zakat”.
Perkataan kedua yang zalim yang mengawal dan sombong serta menghancurkan perbezaan semua lapisan masyarakat dan akan memasukkannya ke neraka Haraj dan Maraj, yang menyambung dan penyembuh bagi perkataan itu adalah “pengharaman riba”.
Tahukah kamu bahawa undang-undang kemasyarakatan hendaklah tidak menjauhkan lapisan masyarakat, tidak memisahkan orang-orang berkedudukan dengan orang awam, menjarakkan orang kaya dengan orang miskin sehingga sampai memutuskan persaudaraan di antara mereka. Di samping itu juga dengan meremehkan kewajipan dan dan pengharaman riba menyebabkan bertambahnya jurang kedudukan di antara lapisan menyarakat, orang-orang berkedudukan semakin jauh dari orang awam sampai ke tahap tidak ada hubungan langsung.
86. Page
Ini akan menyebabkan orang awam akan berjauhan dari orang berkedudukan, timbul hasad dengki serta kebencian berbanding menghormati mereka atau patuh dan sayang. Orang-orang berkedudukan pula akan menzalimi dan menghukum mereka dan menghina berbanding menunjukkan kasih sayang, ihsan dan lemah lembut. Alangkah sedihnya! Kerana inilah zakat menjadi sebab orang kaya merendah diri dan berkasih sayang seterusnya memadamkan rasa sombong dan menipu. Orang miskin pula yang serba kekurangan dan lemah disebabkan zakat ini mereka dikasihi dan mendapat ihsan yang akan memandamkan kerendahan dan kehinaan!
Jika kamu hendak mencari bukti, lihatlah kerosakan dan kehinaan zaman moden ini, ada bukti yang kamu boleh nampak. Tidak ada cara lain untuk mendamaikan dan mendekatkan jarak lapisan masyarakat ini melainkan dengan menjadikan zakat- yang mana ia adalah salah satu rukun Islam- undang-undang tertinggi untuk mengubah keadaan masyarakat.
﴿وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِما أُنْزِلَ اِلَيْكَ وَما أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).. Al-Baqarah:4
Katahuilah bahawa Al-Quran menyusun ayat-ayatnya dengan tidak mengkhususkan ayat dengan meletakkan tanda tertentu sebagai satu maksud dalam beberapa maksud, disebabkan rahsia yang halus dan ringkas, itulah yang menjadi mukjizatnya, iaitu: