NAVIGATION
86. Page
Ini akan menyebabkan orang awam akan berjauhan dari orang berkedudukan, timbul hasad dengki serta kebencian berbanding menghormati mereka atau patuh dan sayang. Orang-orang berkedudukan pula akan menzalimi dan menghukum mereka dan menghina berbanding menunjukkan kasih sayang, ihsan dan lemah lembut. Alangkah sedihnya! Kerana inilah zakat menjadi sebab orang kaya merendah diri dan berkasih sayang seterusnya memadamkan rasa sombong dan menipu. Orang miskin pula yang serba kekurangan dan lemah disebabkan zakat ini mereka dikasihi dan mendapat ihsan yang akan memandamkan kerendahan dan kehinaan!
Jika kamu hendak mencari bukti, lihatlah kerosakan dan kehinaan zaman moden ini, ada bukti yang kamu boleh nampak. Tidak ada cara lain untuk mendamaikan dan mendekatkan jarak lapisan masyarakat ini melainkan dengan menjadikan zakat- yang mana ia adalah salah satu rukun Islam- undang-undang tertinggi untuk mengubah keadaan masyarakat.
﴿وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِما أُنْزِلَ اِلَيْكَ وَما أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).. Al-Baqarah:4
Katahuilah bahawa Al-Quran menyusun ayat-ayatnya dengan tidak mengkhususkan ayat dengan meletakkan tanda tertentu sebagai satu maksud dalam beberapa maksud, disebabkan rahsia yang halus dan ringkas, itulah yang menjadi mukjizatnya, iaitu:
87. Page
Sastera (arab)/ teknik penyampaian ialah kesamaan penyampaian untuk keadaan manusia. Bermaksud Al-Quran bercakap dengan semua lapisan masyarakat yang pelbagai dan masa yang berbeza. Jadi untuk meraikan kepelbagaian ini dan merentasi masa supaya semua orang dapat mengambil pengajaran mengikut kemampuan kefahamannya, Al-Quran kerap kali tidak menyebut sesuatu secara khusus supaya ia menjadi sesuatu yang umum dan dapat dibezakan, juga menyebut sesuatu secara umum supaya ia merangkumi semua dan untuk pembahagian, serta meletakkan susunan tertentu supaya ia dapat difahami melalui banyak sudut, serta ia juga mengandungi kepelbagaian maksud yang baik dari sudut sastera dan boleh diterima dalam ilmu bahasa arab supaya setiap orang dapat menerimanya mengikut tahap kemampuan kefahaman masing-masing. Fikirkanlah!
Cara susunan ayat ini berbanding ayat yang lalu:
Menyebut sesuatu secara khusus selepas umum untuk mengishtiharkan pada orang yang menjadi saksi bahawa kemulianlah untuk mereka yang beriman dalam kalangan ahli kitab, untuk menolak tangan-tangan yang menolak Allah melalui perkataan mereka. Ia memberi kesan pada orang seperti Abdullah Bin Salam(1) dan membuatkan orang lain juga ingin menjadi sepertinya.
88. Page
Menyebut perkataan (للمتقين) untuk menjelaskan hidayah Allah merangkumi semua manusia dan perutusan baginda adalah untuk semua bangsa.
Ia juga adalah perincian selepas ringkasan untuk menjelas rukun iman yang ada dalam hati orang beriman dengan ayat (يؤمنون بالغيب) kerana ia menunjukkan tentang beriman dengan kitab-kitab dan hari kiamat secara jelas, beriman dengan para rasul dan malaikat secara tersirat.
Di sini Al-Quran tidak meringkaskan ayatnya dengan menggunakan (والمؤمنون بالقرأن) untuk menyamakan maksudnya dengan sentuhannya yang tersirat dan menghias keistimewaanya dengan satu perkara. Ayat
(والذين يؤمنون بما أنزل إايك) lebih berkesan, kerana perkataan الذين menunjukkan bahawa sifat beriman itu adalah punca sesuatu hukum. Sesuatu zat berserta semua sifatnya mengikut iman itu dan dikuasainya.
Perkataan يؤمنون digunakan berbanding perkataan "المؤمنين" menunjukkan bahawa iman itu sentiasa ada setiap masa, iman sentiasa diperbaharui dengan penurunan ayat Al-Quran dan sentiasa nampak.
Perkataan ما menunjukkan bahawa beriman secara umum apa yang diturunkan kepada baginda itu sudah mencukupi, ia juga merangkumi beriman secara menyeluruh tentang hadith nabi.
89. Page
Perkataan أنزل menunjukkan bahawa beriman dengan Al-Quran itu bermaksud beriman dengan apa yang diturunkan Allah, sepertimana beriman dengan Allah bermaksud beriman dengan kewujudannya, beriman dengan hari kiamat bermaksud beriman dengan kedatangannya (kejadiannya). Perkataan ini menunjukkan masa lalu- sedangkan ketika itu Al-Quran belum lagi diturunkan sepenuhnya - menunjukkan bahawa ia pasti akan diturunkan dengan sempurna, di samping perkataan يؤمنون menunjukkan keadaan sentiasa berlaku atau akan datang yang dapat dikesan pada perkataan أنزل yang menunjukkan masa lalu. Bahkan pada penurunan ayat ini, kamu dapat lihat banyak penggunaan ayat menggunakan perkataan yang menunjukkan masa lalu (feil madhi) untuk menerangkan perkara akan datang, begitu juga penggunaan perkataan yang menunjukkan akan datang digunakan untuk menerangkan perkara yang lalu. Ini kerana terdapat sentuhan yang halus pada pengguanaannya, kerana sesiapa yang mendengar perkara yang lalu, fikirannya menjadi aktif, dia tersedar bahawa dia tidak keseorangan, dia teringat di belakangkangnya itu ada barisan yang panjang. Sehinggakan masa-masa yang lalu itu seperti tangga, generasi yang datang selepasnya duduk di belakangnya. Mereka memberi perhatian pada apa yang disampaikan dengan bersungguh-sungguh dan serius, ia adalah penyampaian tuhan yang menyebabkan semua orang dari setiap masa terdiam. Jadi apa yang telah berlaku itu hakikatnya di setiap masa, ia menjadi ringkasan pada yang sedikit. Meraikan yang banyak itu lebih tepat dari sudut sasteranya (teknik penyampaian).
Perkataan (إليك) menggantikan perkataan "عليك" menunjukkan bahawa risalah tuhan ini adalah tanggungjawab Nabi Sallahu Alaihi Wasallam dan menanggungnya dengan tanggungjawab dan taat. Ia juga menunjukkan bahawa besarnya tanggungjawab ini dengan dibantu oleh Jibril dengan menyampaikan wahyu.
90. Page
Perkataan على menunjukkan tingginya perantaraan penurunan itu. Jadi penggunaan perkataan (إليك) berbanding ayat "إلى نحو محمد" menunjukkan bahawa nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam cuma seorang penyampai, perutusan itu adalah kata-kata Allah.
Ia juga adalah perkataan untuk menguatkan dan menggambarkan maksud penurunan ayat Al-Quran yang mana ia adalah wahyu yang mengandungi kata-kata Allah yang ditujukan kepada semua manusia. Bahagian ini menyingkap apa yang tersirat pada ayat yang khusus. Jadi jelas pada perkataan ini dengan melihat pada rangkumannya terhadap tafsiran-tafsiran ini dengan begitu ringkas sekali.
(وما أنزل من قبلك) Serta beriman dengan apa yang telah diturunkan sebelum kamu (wahai Muhammad)
Tahukah kamu bahawa ayat-ayat seperti ini mengandungi tarikan serta unsur-unsur mendidik, contohnya mereka beriman dengan perkara tersebut dan tidak berpecah.
Susunan ayat ini dan perkaitannya ada 4 tafsiran:
Pertama: Perkaitan kenyataan itu dengan buktinya. Iaitu wahai manusia, sekiranya kamu beriman dengan Al-Quran, kamu juga hendaklah beriman dengan kitab-kitab yang terdahulu, kerana Al-Quran yang membenarkan kitab-kitab tersebut dan menjadi saksinya. Buktinya adalah surah Al-Baqarah ayat 97
﴿مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
Yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya). Al-Baqarah:97.
91. Page
Kedua: Perkaitan bukti dengan perkara yang dibuktikan. Iaitu wahai ahli kitab, sekiranya kamu beriman dengan para rasul yang terdahulu serta kitab-kitabnya, kamu juga hendaklah beriman dengan Al-Quran dan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Kerana mereka telah diberitakan tentang kedatangan baginda, juga kerana bukti
iman mereka dan penurunan Al-Quran, serta bukti kenabian para rasul kesemuanya itu telah disebutkan kebenarannya tentang mereka di dalam Al-Quran dengan cukup sempurna. Lebih-lebih lagi tentang Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Jadi Al-Quran itu adalah kata-kata Allah yang menjadi bukti untuk menafikan sesuatu, dan nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam menyebutnya dengan cara yang terbaik.
Ketiga: Ayat ini menunjukkan bahawa tumpuan Al-Quran- iaitu agama Islam yang hidup pada zaman yang gemilang- adalah seperti pokok yang akarnya kuat mencengkam pada masa yang lalu. Ia tersebar dalam setiap nadi manusia dan menyerap dalam kehidupannya dan kekuatannya. Cabangnya meninggi ke langit masa hadapan dengan menyebarkan rantingnya yang berbuah. Ia bermaksud kehidupan Islam mengusai masa lalu dan akan datang.
Keempat: Ayat ini menunjukkan kerinduan ahli kitab untuk beriman dan mereka mula berjinak-jinak dengan Islam serta untuk memudahkan mereka. Seolah-olah ayat ini berkata “ Tidak susah untuk kamu mengikuti jalan ini kerana kamu tidak keluar dari pegangan asal kamu, bahkan ia akan menyempurnakan kepercayaan kamu dan membina apa yang menjadi asas pada kamu kerana Al-Quran akan memberi keseimbangan/keadilan dan menyempurnakan akidah dan kepercayaan kamu.
92. Page
Al-Quran juga menghimpunkan semua kebaikan yang ada pada kitab-kitab terdahulu dan syariat masa lalu. Cuma saja Al-Quran menjadi asas pada pecahan yang ada yang terjadi akibat perubahan masa dan tempat. Sepertimana perubahan yang berlaku pada ubat dan pakaian ketika 4 musim, perubahan yang berlaku pada cara mendidik dan mengajar mengikut tahap umur seseorang, begitulah juga hikmah Al-Quran dan maslahatnya mengubah hukum-hukum cabangnya mengikut peringkat umur. Berapa banyak cabang hukum di dalam Al-Quran yang sesuai pada satu masa dan menjadi ubat ketika kanak-kanak ia tidak sesuai pada peringkat umur yang lain, dan menjadi ubat pada waktu remaja. Kerana inilah A-Quran memadamkan sebahagian cabang hukumnya. Bermaksud menerangkan tempoh tamat hukum tersebut dan memasuki tempoh yang lain.
Pada ayat (من قبلك) ada beberapa tafsiran:
Tahukah kamu bahawa tidak ada satu perkataan pun di dalam AL-Quran yang tidak sesuai dengan tempatnya, atau ada perkataan lain yang lebih baik darinya. Bahkan setiap perkataan seperti permata yang tersusun yang terikat dengan perkaitan yang tertentu. Jika kamu hendak, perhatikan pada perkataan tersebut, kamu akan dapat lihat tafsiran yang pelbagai daripada perkataan yang unik ini.
Ayat ini (من قبلك) menunjukkan 5 tafsiran yang berkaitan dengan 5 maksud yang mendalam dalam permasalahan kenabian.
Maksud yang mendalam itu ialah: Baginda Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam adalah seorang nabi, nabi yang paling sempurna, utusan yang terakhir, baginda diutuskan untuk semua kaum, syariatnya membatalkan syariat yang lalu serta menghimpunkan kebaikan semua syariat yang lain.
93. Page
Manakala tafsiran yang zahir dari maksud yang pertama perkataan ini ialah:
Ayat (من قبلك) dikatakan apabila teknik menjadi satu dan jalan menjadi satu, seolah-olah perkataan ini menjelaskan bahawa hujah kenabian nabi-nabi terdahulu dan membenarkan kitab-kitab mereka adalah satu hujah yang kesemuanya dengan kaedah Tanqih Manat dan Tahqiq Manat (1) berbanding perbandingan pertama terhadap kenabian nabi Muhammad Sallalu Alaihi Wasallam dan penurunan Al-Quran. Seolah-olah semua mukjizat mereka adalah mukjizat yang unik membenarkan kenabian nabi Muhammad Sallalu Alaihi Wasallam.
Manakala tafsiran kedua yang zahir dari maksud yang kedua yang menyempurnakannya adalah:
Ayat (من قبلك) berdasarkan kepada pemerhatian, kebiasaannya “raja akan keluar di hadapan orang ramai”, mengikut kaedah; manusia yang sempurna yang memerlukan guru kedua untuk menyempurnakan guru pertama, juga untuk menandingi kecekapan dan kelebihan orang sekarang terhadap orang terdahulu, ayat ini menjelaskan bahawa nabi Muhammad Sallalu Alaihi Wasallam adalah raja bagi semua nabi, lebih sempurna dari mereka. Begitu juga Al-Quran menghimpun dan menjelaskan dengan lebih baik dari kitab-kitab mereka.
Manakala makna yang tersirat yang terakhir dari maksud yang ketiga:
Ayat (من قبلك) berdasarkan kaedah “apabila sesuatu itu banyak ia akan berantai dan tidak tetap, yang banyak pula apabila ia tetap ia tidak terputus” , dengan mengisyaratkan kebalikan makna yang lalu bermaksud bahawa nabi Muhammad Sallalu Alaihi Wasallam adalah penutup para nabi.
94. Page
Manakala maksud zahir dari makna keempat iaitu tanggungjawab dakwah pada semua:
Bermaksud “Engkau wahai Muhammad datang selepas mereka dan mereka semua orang terdahulu dari engkau”. Mengikut kaedah “orang yang datang kemudian mengambil tanggungjawab orang terdahulu dengan sepenuhnya dan melaksanakannya”, menunjukkan setiap dari mereka mendahului kamu, jadi kamu menjadi pengganti mereka, dan rasul bagi setiap kaum.
Ya, semuanya berlaku seperti itu. Fitrah manusia menjadi hakim, hikmahnya dapat dilihat, kerana umat manusia sebelum zaman bahagia mereka adalah manusia yang saling berjauhan dan berselisih. Mereka tidak ada persediaan dan pendidikan. Dakwah dan tarbiah tidak sampai kepada mereka. Kemudian mereka tertumpu kepada zaman bahagia selepas itu, mereka cenderung untuk bersatu dan bertukar-tukar fikiran, budaya, bergaul dengan kaum yang lain. Sebahagian mereka mencari maklumat tentang orang lain sehingga melahirkan banyak cara untuk mendapatkan informasi dan berita. Maka jadilah bumi ini seperti sebuah kerajaan, ia seperti satu wilayah, satu negeri, tersebarlah kasih sayang dalam kalangan manusia, sempurnalah dakwah dan perutusan baginda untuk semua makhluk.
Manakala tafsiran yang tinggi dengan maksud yang kelima:
Ayat (من قبلك) yang menunjukkan perkataan "من" sehingga "إلى" , perkataan "إلى" yang menunjukkan kesudahan; bermaksud “perutusan telah tamat dengan kedatangan kamu wahai Muhammad kerana syariat kamu menyempurnakan syariat yang lain”. Ia bermaksud syariat nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam adalah yang terakhir dan menghimpunkan semua syariat yang lalu.
95. Page
Tahukah kamu bahawa tanda-tanda untuk melihat penyerapan perkataan-perkataan ini bagi 5 tafsiran ini ialah:
5 tafsiran ini seperti sungai-sungai yang mengalir di bawah ayat-ayat tersebut, sehingga menerbitkan kesempurnaannya pada ayat-ayat tersebut, yang lain pula menyempurnakan ayat yang lain, memahamkan potongan ayat yang lain. Maka serendah-rendah air yang mengalir atas permukaan itu menunjukkan ia menyentuh sesuatu perkataan dengan sedalam-dalamnya (dengan terperinci). Makna ini juga berkaitan dengan ayat yang berdekatan dengannya.
(وبالآخرة هم يوقنون)
Tahukah kamu bahawa maksud ayat ini kembali kepada tujuan yang ke-4 iaitu permasalahan padang mahsyar.
Saya dapat faham 10 bukti dari susunan ayat Al-Quran. Saya telah sebutkannya di dalam tulisan saya yang lain (Al-Kalimah Al-Asyarah). Jadi sesuailah saya menyebutnya di sini.
Sungguh perhimpunan di padang mahsyar itu akan berlaku.
Kerana semua makhluk ada pengaturnya yang mempunyai tujuan yang sempurna.
Dalam penciptaan semua makhluk ada hikmah yang sempurna.
Sekiranya tidak, akan sia-sialah alam ini, fitrah akan dizalimi.
Punca dari semua bukti ini adalah penetapan hukum secara keseluruhan dengan setiap perkara yang semuanya mempunyai bukti yang benar atas susunan setiap jenis.
Begitu juga dalam perlbagai jenis seperti hari dan tahun dan lain-lain diulang-ulang mengikut jenisnya.
96. Page
Begitu juga ia menjelaskan tentang persediaan jiwa manusia yang menunjukkan kedatangan hari mahsyar.
Ia menunjukkan impian manusia yang tidak pernah berhenti.
Ia menunjukkan rahmat tuhan.
Ia menunjukkan kata-kata baginda yang benar.
Ia menunjukkan bahawa Al-Quran menyebut mukjizatnya dengan firman-Nya
﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا﴾
Padahal sesungguhnya ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat. (Nuh:14)
Dan firman-Nya
﴿وَمَا رَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيدِ﴾
Dan tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya. (Fusslilat:46)
Itulah 10 tafsiran yang sempurna, kunci kebahagiaan yang abadi dan pintu syurga.
Manakala keterangan bukti pertama ialah: Sekiranya ia tidak membawa semua makhluk kepada kebahagiaan yang abadi, sudah tentu undang-undang yang menakjubkan yang dibuat oleh pencipta alam ini menjadi sia-sia tidak berguna. Semua maksud dan ikatan pada sistem itu akan menjadi seperti habuk yang berterbangan. Jadi semua undang-undang itu adalah untuk menghubungkan manusia dengan kebahagiaan.
97. Page
Bermaksud: Semua perkara dan maksud undang-undang ini ia akan berbuah di alam akhirat. Sekiranya tidak, sudah pasti terpadam semua tujuannya, terputus semua ikatan, mengoyak semua sebab, undang-undang ini menjadi sia-sia sekalipun kekuatan yang bergabung dalam undang-undang itu jelas sekali menyatakan bahawa ia bukanlah sesuatu yang pecah dan musnah.
Bukti kedua: Ia adalah satu bentuk pemeliharaan tuhan sejak azali iaitu mempunyai hikmah tujuan yang sempurna, di mana ia memelihara kebajikan dan sistem semua makhluk. Bahkan setiap ilmu dan pengetahuan membawa berita gembira tentang kebahagiaan yang abadi. Sekiranya tidak, sudah pasti kita akan mengingkari hikmah semua sistem dan kebajikan yang ada yang mana akal kita telah menerimanya dan mengakuinya. Kerana ketika itu yang bermanfaat seperti tidak memberi manfaat, hikmah tidak mempunyai hikmah, kebajikan yang tidak memberi kebaikan, semua ini hanya sia-sia.
Bukti ketiga yang menafsirkan bukti kedua: Iaitu kesenian juga menyaksikan bahawa Maha Pencipta telah memilih pada setiap perkara dengan jalan yang paling singkat, arah yang paling dekat, gambaran yang paling ringan dan terbaik. Semua ini menunjukkan bahawa semua perkara ini tidak sia-sia, sungguh-sungguh dan benar. Semua ini tidak lain melainkan untuk membawa kebahagiaan yang abadi. Sekiranya tidak, sudah pasti kewujudan semua makhluk ini menjadi seperti tiada dan sia-sia, semua perkara tidak berguna, maha suci engkau ya Allah, engkau tidak menciptakan semua ini dengan sia-sia.
Bukti keempat yang menjelaskan bukti ketiga: Iaitu adakah terdapat perkara sia-sia pada fitrah ini dengan bukti ilmiah?
Sekiranya kamu membuka fikiran kamu tentang hikmah kejadian yang paling besar iaitu alam ini, fikirkanlah
98. Page
tentang alam yang paling kecil iaitu manusia. Kajian ilmiah telah menjelaskan dan membuktikan bahawa: Di dalam tubuh manusia ada hampir 600 tulang yang kesemuanya ada fungsinya yang tersendiri. Ada 600,000 saraf yang mana ia adalah saluran darah yang kesemuanya ada fungsi tersendiri, ada 124,000 bukaan/pintu yang di mana setiap satunya berfungsi untuk 5 perkara iaitu menarik, pertahanan, mencengkam, menggambarkan sesuatu dan melahirkan yang mana setiap satunya mempunyai manfaat masing-masing.
Sekiranya alam yang paling kecil pun begitu, bagaimana manusia yang paling besar itu menjadi lebih rendah darinya? Sekiranya tubuh manusia tidak ada kepentingan berbanding dengan akalnya sehingga ke tahap tidak ada yang sia-sia, dapatkah kamu gambarkan kita meremehkan jiwanya serta merendahkan kesannya seperti cita-cita dan fikiran? Kalaulah bukan kerana kebahagiaan yang abadi, sudah tentu semua tujuan saling bercampur dan menjadi sia-sia. Demi Allah, bolehkah diterima akal yang kamu mempunyai sebutir permata yang nilainya seperti dunia ini, kamu mengambil berat terhadapnya dengan ketinggiannya dan menutupnya/melindunginya sehinggakan kamu tidak membenarkan satu habuk pun hinggap di atasnya, kemudian tiba-tiba kamu memecahkan permata itu menjadi pecahan yang kecil dan memadamkan kesannya. Sudah tentu perkara ini tidak terjadi sama sekali!
Kamu tidak mengambil peduli dengan penutupnya kecuali kerana kelebihan yang ada pada benda yang di dalamya. Begitu juga sekiranya kamu cuba memahami kekuatan yang terbina dalam diri seseorang, kesihatan anggotanya, persiapannya untuk meneruskan hidup serta menyempurnakannya, apakah hakikat kehidupan ini yang ada pada semua makhluk tidak mampu memahamkan kamu, kekuatan yang sempurna yang ……………… secara berterusan di dalam sistem ini, kesempurnaan yang membawa kepada kesempurnaan di dalam sistem ini, serta perantaraan untuk menyempurnakannya dan menyingkap kekuatan yang abadi itu.
99. Page
Bukti kelima dan naluri (fitrah atau lintasan hati) yang menunjukkan maksud tujuannya ialah: Kewujudan pelbagai jenis tanda kiamat yang berulang-ulang pada setiap jenis menunjukkan kedatangan kiamat yang besar.
Sekiranya kamu hendak, saya bawakan contoh di sini. Lihat pada masa kamu secara mingguan. Sepertimana ia ada masa/jam yang berbeza, bergerak secara berputar, memutarkan jarum yang kebiasaannya salah satunya dalam kiraan saat. Ia terkehadapan dan memberitahu tentang gerakan jarum minit, ia mengira dan memberitahu gerakan masa. Ia juga yang menghasilkan dan memberitahu tentang gerakan jarum yang mengira hari-hari dalam seminggu. Penyempurnaan pusingan yang lalu menunjukkan bahawa jarum yang selepasnya menyempurnakan putarannya. Begitulah Allah seperti jam yang besar, masanya adalah alam ini. Ia mengira panjangnya hari dan tahun, umur manusia dan tempoh hidup dunia. Melihatkan kepada saat, minit, jam serta hari dalam masa kamu, subuh datang selepas malam, musim bunga selepas musim sejuk,- berdasarkan pada pergerakan masa tersebut- ia menunjukkan isyarat yang tersembunyi dan halus akan datangnya hari kiamat.
Sekiranya kamu bertanya: Kiamat yang pelbagai itu tidak menghimpunkan manusia dengan sebenar-benarnya, bagaimana kamu memberi tanda kiamat yang besar supaya dapat membawa manusia ke arah kiamat itu dengan sebenar-benarnya?
Jawapannya adalah: Manusia seperti makhluk yang lain, di mana fikiran memberi peluang kepada cita-cita manusia dan jiwanya satu peluang yang luas sehingga melangkaui tiga masa (masa lalu, kini dan akan datang).
100. Page
Jika diberi ketiga-tiga masa ini, impiannya belum tentu tercapai, kerana cahaya pemikiran akan menjadikan apa yang dimahukan itu bernilai, nilainya menjadi umum, pandangannya menyeluruh, kesempurnaanya tidak terjangkau, keseronokannya berpanjangan, kesakitannya juga berpanjangan. Manakala seorang lagi kemahuannya itu sedikit, nilainya lebih bersifat peribadi, pandangannya terhad, kesempurnaannya terhalang, keseronokannya sementara, kesakitannya mendesaknya. Jadi kewujudan pelbagai jenis kiamat pada pelbagai perkara, bagaimana ia tidak menunjukkan hari kiamat secara khusus pada seorang manusia?
Bukti keenam: Ia persediaan yang tidak terhenti pada manusia.
Benar, gambaran manusia dan fikirannya tidak pernah terhenti, yang lahir dari impiannya yang tidak berkesudahan, yang terhasil dari kecederungannya yang tidak tetap, yang berkembang tanpa had, tersembunyi dalam persediaannya yang tidak terhenti, tertanam dalam jiwanya yang dimuliakan Allah. Semua ini menunjukkan di sebalik tabir hari kiamat yang menghala ke arah kebahagiaan yang kekal abadi. Fikirkanlah!
Bukti ketujuh yang menggembirakan: Iaitu kasih sayang Allah datang dengan membawa rahmat yang terbesar iaitu kebahagiaan yang abadi. Kerana dengan kebahagiaan itulah rahmat itu menjadi kasih sayang, nikmat menjadi nikmat, dengannya juga semua makhluk selamat dari jeritan yang kuat yang berpunca dari kesedihan yang lahir dari perpisahan yang kekal yang menjadi nikmat itu menjadi satu bencana, sekiranya tidak ada kebahagiaan yang abadi, sudah tentu semua nikmat yang ada ini tidak berguna, sudah tentu manusia akan merasa besar diri dan tidak mengakui rahmat Allah kerana perkara ini tidak perlu difikirkan lagi.
101. Page
Wahai Syafiq muridku yang tersayang, lihat perkara yang paling halus, kesan dari kasih sayang Allah, iaitu kasih sayang, kelembutan dan kerinduan. Kemudian lihatlah perasaan kamu selepas perpisahan yang abadi, yang sentiasa berterusan, bagaimana kamu dapat melihat perasan kamu meminta tolong, khayalan kamu menjerit, jiwa kamu bergelora kerana cinta dan rindu - yang mana kedua-duanya adalah nikmat dan nikmat terbaik dan halus untuk kita – keadaan perasaan kamu ketika itu bukankah ia bencana yang amat besar pada kamu?
Adakah boleh diterima akal kasih sayang itu boleh menolong untuk menahan perpisahan yang abadi dan berterusan ke atas cinta dan rindu?
Sudah tentu tidak, tetapi kasih sayang itu akan mengusai perpisahan yang abadi secara berterusan, keadaan yang berterusan itu pula mengusai perpisahan yang abadi dan menghapuskannya.
Bukti kelapan: Kata-kata nabi Muhammad Salllahu Alaihi Wasallam yang benar dan dipercayai. Kata-kata baginda telah membuka pintu kebahagiaan yang abadi, bahawa kesatuan nabi-nabi dari Nabi Adam sehingga baginda atas kenyataan ini adalah satu hujah yang kukuh atas dakwaan ini dan juga atas perkara-perkara yang disepakati bersama.
Bukti kesembilan: Al-Quran telah memberitahu, kerana penurunannya yang mengakui mukjizatnya dari tujuh sudut dalam masa 13 kurun itu sendiri adalah buktinya. Perkara ini telah disebutkan di dalam buku Al-Kasyshaf dan Al-Miftah.
102. Page
Bukti kesepuluh: Ia mengandungi ribuan bukti yang disebut dalam kebanyakan ayat Al-Quran seperti
﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أطْوارًا﴾
Padahal sesungguhnya ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat. Nuh:14
Juga firman Allah:
﴿وَمَا رَبُّكَ بِظَلاّمٍ لِلْعَبيد﴾
Dan tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Fussilat:46
Dan juga ayat-ayat yang lain. Al-Quran telah menyebut banyak ayat yang menunjukkan tentang peristiwa padang mahsyar.
Perumpamaan yang ditunjukkan pada ayat pertama:
Lihatlah pada kejadian manusia, berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lain. daripada air mani berkembang menjadi zigot, kemudian menjadi embrio, kemudian menjadi tulang dan daging. Daripadanyalah terbentuk manusia. Setiap peringkat mempunyai sistem tersendiri, undang-undang tertentu, pergerakan yang berterusan yang menyingkap tujuan, kehendak dan pilihan.
Kemudian perhatikan bagaimana dia mengekalkan hidupnya. Ia menukar bajunya setiap tahun, kemudian ia berubah dan tersusun, bermaksud meruntuhkan halangan kemudian membangunkannya berbanding dengan menukar perkara yang halus yang tersebar di setiap anggota yang telah dicipta Allah dengan sistem yang khusus.
103. Page
Kemudian perhatikan pada perkembangan sistem manusia itu yang membawa keperluan setiap anggota badan. Bagaimana ia tersebar di seluruh badan dengan begitu menakjubkan sekali. Bagaimana ia terbahagi mengikut sistem pembahagian mengikut keperluan setiap anggota, selepas ia selesai pembahagian itu dengan sistem yang tersusun, peraturan tertentu, dengan pergerakan yang unik dari empat yang terpilih, dan menjadi matang di empat peringkat selepas empat pertukaran yang unik, yang diambil dari tenaga yang terhasil dari sumber yang tersebar di alam ini dengan sistem yang tersusun, undang-undang tertentu dan peraturan yang tertentu.
Setiap peraturan dan sistem perkembangan itu membuktikan tentang penciptanya, tujuan dan hikmahnya. Bagaimana tidak, sekiranya kamu perhatikan pada kumpulan objek yang halus tersebut contohnya, ia tersembunyi menjadi unsur-unsur udara ia menjadi pada perkara lain, satu bahagian dari hitamnya mata “Al-Habib”. Ketika itu kamu akan tahu bahawa zarah itu pada lapangannya adalah seperti pekerja yang diarahkan untuk pergi ke tempat yang telah ditugaskan untuknya. Sekiranya kamu fikirkan dengan teliti kamu akan percaya bahawa pergerakan zarah itu bukanlah pergerakan spontan atau semula jadi dan sengaja, tetapi ia telah digerakkan oleh sistem yang telah disusun untuknya, ia tidak berkembang melainkan dengan mengikut sistem yang telah ditentukan untuknya, ia tidak berkembangan ke peringkat yang lain melainkan ia telah dijalankan oleh pergerakan yang unik dan tersusun. Ia melalui semua perkembangan itu sehinggalah ia sampai ke tempatnya, serta tidak terpesong dari dari arah tujuannya.
104. Page
Dapatannya adalah sesiapa yang telah memerhatikan perkembangan hidup yang pertama, dia tidak lagi ragu-ragu akan kebangkitan manusia kali kedua (dihidupkan setelah dimatikan).
Ya, sepertimana perhimpunan askar yang diizinkan untuk beristirehat dan berpecah, apabila mereka dipanggil oleh wisel mereka akan datang dari setiap arah dan tempat bersembunyi, mereka akan berhimpun di bawah panji-panji mereka. Perkara ini lebih mudah dan senang dari mengarahkan mereka pada kali pertama untuk berhimpun membawa senjata. Begitulah juga zarah-zarah yang terhasil di antara mereka keserasian dan bercampur dalam satu tubuh, apabila Malaikat Israfil meniup sangka kala mereka akan datang dari setiap pelusuk kerana mentaati arahan penciptanya, perkara ini menjadi lebih mudah dan lebih logik pada akal dari menciptanya pada kali pertama.
Manakala dari sudut kekuasaan Allah, perkara yang besar pada kita menjadi sangat kecil pada Allah.
Kemudian secara zahirnya sesuatu yang asal akan kembali dengan pecahannya yang asal dan lebihan darinya serentak. Ia sepertimana yang ditunjukkan oleh besarnya tubuh orang yang dihimpunkan di padang mahsyar serta makruh hukumnya memotong kuku dan rambut serta lain-lain bagi orang yang sedang junub dan disunatkan untuk menanamnya(5). Hakikatnya adalah tulang yang ada diakhir belakang manusia (di bawah punggung) sudah mampu untuk menjadi benih untuk membentuk semula manusia(6).
105. Page
Manakala firman Allah (wama rabbuka bizallamin lil abid) Tidaklah tuhanmu menzalimi hamba-hambanya. Ali Imran:182.
Tahukah kamu, kita melihat orang yang zalim dan melampaui batas mereka hidup dalam penuh kenikmatan, sepanjang hidupnya selesa dan tenang. Kemudian kita lihat pula orang yang dizalimi, dia miskin dan hidup beragama, baik akhlakhnya tetapi hidupnya sempit, hina dan tertindas. Kemudian datang kematian dan kedua-duanya pun mati. Persamaan ini dilihat sebagai satu kezaliman, sedangkan keadilan dan hikmah Allah yang disaksikan oleh semua makhluk-Nya tidak ada sedikit pun kezaliman. Jadi sudah tentu perlukan perhimpunan kedua supaya orang yang zalim itu mendapat balasannya dan orang yang tertindas mendapat habuannya. Jadi di sini jelaslah kemuliaan keadilan Allah, fikirkanlah.
Manakala tafsiran pada ayat (Wabil Aakhirati hum yuqinun) Dan dengan hari kiamat mereka yakin (beriman). Al-Baqarah:4
Tahukah kamu bahawa perkara utama di sini adalah huruf wau, kemudian perkataan (Bil aakhirati) diawalkan dan alif dan lam yang ada pada perkataan tersebut, kemudian ditafsirkan mengikut perkataan ini, kemudian diikuti dengan perkataan (yuqinun) berbanding perkataan “yu’minun”.
Manakala huruf wau yang digunakan pada awalnya untuk menyatakan sesuatu itu secara khusus setelah menyebut sesuatu secara umum adalah untuk menyatakan beriman dengan hari kiamat adalah rukun iman kerana ia adalah salah satu dua perkara yang dibincangkan dalam kitab-kitab samawi.
106. Page
Perkataan (Bil Aakhirati) diawalkan untuk menunjukkan keistimewaan, ia menunjukkan penentangan terhadap kata-kata ahli kitab ketika mereka berkata (Lan tamassanannari illa ayyamam ma’dudat – kita tidak akan dibakar api neraka kecuali beberapa hari sahaja). Al-Baqarah:80, dan penafian mereka terhadap nikmat yang dapat dirasai di akhirat, hari akhirat mereka hanyalah secara maknawi dan bukan secara hakikat dan benar-benar terjadi.
Manakala alif dan lam menunjukkan masa/perjanjian, iaitu menunjukkan bahawa hari akhirat yang dijanjikan itu disebut dalam semua kitab samawi. Ia juga menunjukkan ia benar-benar akan terjadi dan ada dalam fikiran manusia secara fitrahnya dan benar-benar akan terjadi.
Penggunaan perkataan (aakihirah) yang bermaksud pengakhiran hidup untuk menunjukkan kepada fikiran kita bahawa kehidupan yang pertama akan berpindah kepada kehidupan yang kedua.
Perkataan (hum) menunjukkan pengecualian, ia menentang kepercayaan orang yang tidak beriman dengan nabi Muhammad dalam kalangan ahli kitab tidak dikira sebenar-benar iman, tetapi mereka menyangka mereka beriman.
Perkataan (yuqinun) digunakan berbanding perkataan “yu’minun” sedangkan maksud iman adalah membenarkan serta yakin, letaklahlah jari di tempat itu untuk menghilang rasa syak itu, kerana hari kiamat itu tempat berhimpun perkara yang meragukan (pada fikiran manusia).
107. Page
Begitu juga dengan menyebut perkataan ini, ia menutup jalan mencari alasan dengan “seseungguhnya kami beriman, jadi sesiapa yang tidak beriman, berimanlah”.
Firman Allah: ( Ulaaika ala hudan min rabbihim) Mereka mendapat petunjuk dari tuhan mereka. Al-Baqarah:5
Tahukah kamu tumpuan yang jelas di dalam ayat ini ada beberapa perkara: Iaitu susunan ayat ini dengan ayat yang sebelumnya, kemudian dengan jelas menyebut (ulaaika) kemudian lebih mendalam, kemudian dengan lebih tinggi pada perkataan (ala), kata nama am pada perkataan (hudan) diikuti perkataan (summa) dan ketuhanan pada perkataan (rabbihim).
Dari sudut susunannya, tahukah kamu bahawa semua perkataan-perkataan ini berkaitan dengan ayat sebelumnya dengan kaitan yang bersesuaian.
Antaranya: Soalan tentang contoh, seolah-olah pendengar apabila dia mendengar bahawa tugas Al-Quran adalah memberi petunjuk dan disebabkan hidayah itu ia bersifat dengan satu sifat, jadi pendengar suka untuk bersifat seperti itu (mendapat hidayah) dan melihat hidayah itu, maka Allah menjawab dengan (ulaaika ala hudan min rabbihim).
Antaranya: Soalan tentang sebab, seolah-seolah pendengar bertanya: Kenapa mereka berhak mendapat petunjuk dan dikhaskan untuk mereka? Jawapannya adalah mereka semua mempunyai sifat-sifat itu(sifat orang beriman) sekiranya kamu fikirkan mereka selayaknya mendapat petunjuk.