NAVIGATION
107. Page
Begitu juga dengan menyebut perkataan ini, ia menutup jalan mencari alasan dengan “seseungguhnya kami beriman, jadi sesiapa yang tidak beriman, berimanlah”.
Firman Allah: ( Ulaaika ala hudan min rabbihim) Mereka mendapat petunjuk dari tuhan mereka. Al-Baqarah:5
Tahukah kamu tumpuan yang jelas di dalam ayat ini ada beberapa perkara: Iaitu susunan ayat ini dengan ayat yang sebelumnya, kemudian dengan jelas menyebut (ulaaika) kemudian lebih mendalam, kemudian dengan lebih tinggi pada perkataan (ala), kata nama am pada perkataan (hudan) diikuti perkataan (summa) dan ketuhanan pada perkataan (rabbihim).
Dari sudut susunannya, tahukah kamu bahawa semua perkataan-perkataan ini berkaitan dengan ayat sebelumnya dengan kaitan yang bersesuaian.
Antaranya: Soalan tentang contoh, seolah-olah pendengar apabila dia mendengar bahawa tugas Al-Quran adalah memberi petunjuk dan disebabkan hidayah itu ia bersifat dengan satu sifat, jadi pendengar suka untuk bersifat seperti itu (mendapat hidayah) dan melihat hidayah itu, maka Allah menjawab dengan (ulaaika ala hudan min rabbihim).
Antaranya: Soalan tentang sebab, seolah-seolah pendengar bertanya: Kenapa mereka berhak mendapat petunjuk dan dikhaskan untuk mereka? Jawapannya adalah mereka semua mempunyai sifat-sifat itu(sifat orang beriman) sekiranya kamu fikirkan mereka selayaknya mendapat petunjuk.
108. Page
Sekiranya kamu bertanya penerangan yang lalu lebih membuka peluang untuk mencari sebab dari yang ini dari menerangkan secara keseluruhan.
Jawapannya adalah: Terkadang penerangan secara ringkas lebih jelas dari penerangan secara terperinci, lebih-lebih lagi sekiranya apa yang hendak diberi perhatian itu datang dari kumpulan yang banyak. Kerana disebabkan perkara yang dipecahkan akan menyebabkan pendengar bercampur fikirannya dengan perkara yang terperinci dan akan menyebabkan dia lupa. Sebab-sebab itu akan terhalang dari mencampuri perkara yang dibahagikan yang mana terkadang ia tidak disedari akan kemunculannya. Jadi ringakasan pada perkataan (ulaaika) adalah supaya ia bercampur.
Antaranya lagi: Persoalan tentang hasil dari mendapat petunjuk dan keuntungannya, kenikmatan serta keseronokan yang ada padanya, seolah-olah pendengar bertanya apa nikmat dan keseronokan mendapat petunjuk hidayah? Jawapannya adalah, ia mempunyai kebahagian dunia dan akhirat, hasil dan keuntungan hidayah itu ia sendiri adalah satu nikmat yang amat besar, keseronakan yang memuncak, bahkan ia adalah syurga bagi roh kita, sepertimana kesesatan itu seperi neraka jahannam. Kemudian dengan petunjuk hidayah itu dia menuai kejayaan di akhirat.
Manakala sentuhan perkataan (ulaaika) menunjukkan bahawa menyebut sifat-sifat mereka yang banyak itu menyebabkan ia berkumpul di fikiran dan hadir di akal serta dapat dibayangkan. Jadi perkara-perkara yang telah disebutkan itu akan membuka pintu luar, perkara luar itu pula akan memuliakan mereka, ia kan menyinari mereka dalam kalangan manusia seolah-olah dia mengangkat kepalanya dan membuka matanya, dia tidak nampak melainkan dirinya sendiri.
109. Page
Manakala maksud kejauhan pada perkataan (ulaaika) sekalipun nampak dekat pada ayat itu untuk menunjukkan tingginya kedudukan mereka, kerana orang yang melihat dari jauh akan nampak orang yang paling tinggi, sekalipun jauh masa dan tempat itu lebih baik untuk menerangkan sesuatu. Ini adalah kerana ayat ini sepertimana
masa bahagia ia menjadi lidah peringatan dan ia turun dengannya. Begitulah juga setiap masa yang akan datang ia menjadi peringatan untuk mereka. Ia seperti perempuan muda yang suci ketika ia diturunkan, bukan ia turun kemudian diceritakan. Jadi sifat-sifat yang disebutkan dahulu yang menceritakan tentang mereka dengan disebut (ulaaika) nampak dari jauh, juga kerana kelihatan dari jauh itu dapat diketahui kehebatan dan ketinggian mereka.
Manakala perkataan (ala), tahukah kamu bahawa rahsia keserasian di antara sesuatu perkara yang menyebabkan setiap perkara menjadi cermin yang menyuluh dirinya, yang itu menyuluh yang ini dan yang ini menyuluh yang itu. Sepertimana potongan cermin menampakkan pada kamu padang pasir yang luas, begitu juga sesuatu perkataan banyak mengingatkan kamu akan khayalan yang panjang, keadaan sesuatu perkataan akan menggambarkan kisah yang menarik, kata-kata itu akan berlegar-legar dalam fikiran kamu dengan perumpamaan yang tinggi. Sepertimana perkataan (baaraza) akan membuka pintu peperangan, perkataan (samarah) membuka pintu syurga, fikirkanlah. Maka dengan ini perkataan (ala) di dalam fikiran kita adalah seperti saluran ke arah perumpamaan bahawa petunjuk Al-Quran adalah cahaya tuhan untuk orang-orang beriman agar mereka dapat menjalani kehidupan mereka, dengan petunjuk itu mereka berada di jalan yang betul menuju ke arah kesempurnaan.
110. Page
Perkataan (hudan) disebut secara umum menunjukkan ia bukanlah (hudan lil muttaqin) di mana kata nama am yang berulang secara khas ia dikira khas. Jadi ini adalah sumbernya dan yang itu hasilnya, ia adalah sifat yang dapat dirasai yang tetap seperti hasil perkataan yang pertama.
Perkataan (min) menunjukkan bahawa penciptaan mereka dan taufik hidayah yang memberikan petunjuk adalah dari Allah (kerana melalui jalan yang betul itu adalah pilihan manusia dan usaha mereka, manakala hidayah pula sifat yang tetap dan ia dari Allah).
Perkataan (rabb) menunjukkan bahawa hidayah adalah urusan Allah, sepertima Allah memberi rezeki pada manusia Allah juga memberi hidayah pada mereka.
Firman Allah (wa ulaaika humul muflihun) Dan merekalah orang-orang yang berjaya. Al-Baqarah: 5.
Tahukah kamu beberapa perkara yang diberi tumpuan pada ayat ini iaitu: Huruf wau, perkataan (ulaaika) yang diulang-ulang, kata ganti nama (ka), huruf alif dan lam, dan (almuflihun) serta tidak menjelaskan tentang konsep kejayaan.
Manakala perkataan yang dimulakan ia adalah berdasarkan sebab, sepertimana perkataan (ulaaika) yang pertama menunjukkan hasil dari petunjuk itu adalah kebahagiaan yang segera, ia menunjukkan kepada hasil yang seterusnya iaitu kebahagiaan di akhirat.
111. Page
Sekalipun kedua-dua ini adalah hasil dari apa yang telah disebutkan, yang lebih penting di sini adalah perkataan (ulaaika) yang pertama berkaitan dengan perkataan (allazina) yang pertama, yang zahirnya mereka adalah orang-orang beriman yang terdiri dari kalangan hamba, mengambil kekuatannya dari rukun Islam, dan lihat ayat sebelum ayat (wabil aakhirati hum yuqinun).
Perkataan (ulaaika) yang kedua ada tanda yang tersembunyi untuk perkataan (allazina) yang kedua. Secara zahirnya mereka adalah dari kalangan ahli kitab yang beriman, tempat tumpuan di sini adalah rukun iman dan yakin akan kedatangan hari kiamat. Fikirkanlah!
Manakala pengulangan perkataan (ulaaika) ia menunjukkan perbezaan hasil dari keyakinan itu pada sebab dan alasan mendapat hidayah untuk membezakan mereka dan memuji mereka. Cuma saja yang lebih baik adalah perkataan (ulaaika) yang kedua menunjukkan perkataan yang pertama itu beserta hukumnya. Seperti kamu kata: Itu orang berilmu, itu pula orang yang terhormat.
Manakala kata ganti nama (ka) di samping ia adalah untuk pengecualian, ia bermaksud menentang ahli kitab yang tidak beriman dengan nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Ia ada perkara yang tersembunyi; iaitu perkataan (hum) yang terletak di tengah-tengah mubtada’ dan khabar peranannya adalah menukar mubtada’ untuk satu khabar sebagai topik bagi banyak hukum, yang baki menjadi andaian. Ini kerana perkataan (hum) mengingatkan tentang andaian yang tidak menetapkan sesuatu, dan menyebabkan kesukaran untuk menentukan hukum (dapatan) yang sesuai. Sepertimana kamu menyebut nama Zaid pada pendengar, mereka sudah pasti akan memperkatakan sesuatu tentangnya. Mereka akan berkata dia berilmu, dia bekerja, dia begitu dan begini, kemudian kamu kata fikirkanlah! Begitulah juga perkataan (ulaaika) kemudian selepasnya perkataan (hum) akan menggerakkan andaian kita supaya mencari tafsiran dan menetapkannya dengan perantaraan kata ganti nama untuk menetapkan hukum yang sesuai dengan sifat mereka.
112. Page
Manakala hurul alif dan lam untuk menunjukkan perkara sebenar. Seolah-olah ia berkata: Sekiranya kamu berminat untuk mengetahui keadaan sebenar orang-orang berjaya itu, lihatlah pada perkataan (ulaaika) yang akan menerangkan pada kamu tentang orang-orang tersebut, seolah-olah ia berkata: Orang-orang yang kamu dengar mereka itu adalah orang-orang yang berjaya sekiranya kamu ingin mengenali mereka lihatlah pada perkataan (ulaaika) mereka itu adalah mereka (yang dimaksudkan). Atau kerana jelasnya hukum/kenyataan kata-kata “bapanya seorang hamba” jelas dan terang.
Perkataan (muflihun) disebut secara umum, kerana Al-Quran menyampaikan isinya pada setiap tuntutan manusia yang berbeza. Ada di antara mereka meminta dielakkan dari api neraka, ada yang mahu masuk syurga, ada sebahagian mereka mencari keredhoan Allah, ada yang mahu melihat kecantikan Allah dan lain-lain lagi. Ia disebut secara umum supaya kebaikannya merangkumi semua dan setiap orang mencapai apa yang diimpikan.
( Innal lazina kafaru sawaaun alaihim aanzartahum am lam tunzirhum la yu’minun) Sesungguhnya orang kafir sama sahaja keadaan mereka sama ada engkau memberi amaran kepada mereka atau engkau tidak memberi amaran, mereka tidak akan beriman. Al-Baqarah: 6.
Tahukah kamu bahawa zat yang satu di alam sifatnya yang azali kedua-duanya mulia, mulia dan sempurna. Dengan kemuliaan kedua-duanya di alam sifat perbuatan akan zahirlah kelembutan, kegagahan, kecantikan dan wibawa.