NAVIGATION
112. Page
Manakala hurul alif dan lam untuk menunjukkan perkara sebenar. Seolah-olah ia berkata: Sekiranya kamu berminat untuk mengetahui keadaan sebenar orang-orang berjaya itu, lihatlah pada perkataan (ulaaika) yang akan menerangkan pada kamu tentang orang-orang tersebut, seolah-olah ia berkata: Orang-orang yang kamu dengar mereka itu adalah orang-orang yang berjaya sekiranya kamu ingin mengenali mereka lihatlah pada perkataan (ulaaika) mereka itu adalah mereka (yang dimaksudkan). Atau kerana jelasnya hukum/kenyataan kata-kata “bapanya seorang hamba” jelas dan terang.
Perkataan (muflihun) disebut secara umum, kerana Al-Quran menyampaikan isinya pada setiap tuntutan manusia yang berbeza. Ada di antara mereka meminta dielakkan dari api neraka, ada yang mahu masuk syurga, ada sebahagian mereka mencari keredhoan Allah, ada yang mahu melihat kecantikan Allah dan lain-lain lagi. Ia disebut secara umum supaya kebaikannya merangkumi semua dan setiap orang mencapai apa yang diimpikan.
( Innal lazina kafaru sawaaun alaihim aanzartahum am lam tunzirhum la yu’minun) Sesungguhnya orang kafir sama sahaja keadaan mereka sama ada engkau memberi amaran kepada mereka atau engkau tidak memberi amaran, mereka tidak akan beriman. Al-Baqarah: 6.
Tahukah kamu bahawa zat yang satu di alam sifatnya yang azali kedua-duanya mulia, mulia dan sempurna. Dengan kemuliaan kedua-duanya di alam sifat perbuatan akan zahirlah kelembutan, kegagahan, kecantikan dan wibawa.
113. Page
Kemudian dengan cenderung kepada alam perbuatan akan melahirkan perhiasan, kebebasan, perhiasan dan kesucian.
Dengan melihat alam akhirat yang termasuk dalam alam yang dapat melihat kekuasaan Allah akan zahirlah kelembutan Allah dengan adanya syurga dan cahaya, dan neraka jahannam utuk menunjukkan kemarahan Allah.
Di alam zikir pula ia terbahagi kepada memuji Allah dan bertasbih.
Di dalam Al-Quran pula kata-kata Allah ada pelbagai jenis arahan dan tegahan.
Jika dilihat dari sudut pendidikan ia terbahagi kepada memberi ransangan, memberi amaran, membawa berita gembira dan peringatan.
Di alam perasaan pula akan timbullah rasa harap dan takut serta lain-lain lagi.
Kemudian termasuk dalam tugas memberi tunjuk ajar adalah sentiasa seimbang di antara harap dan takut, supaya perasaan harap itu menggerakkan manusia supaya berusaha sedaya upaya melakukan amalan kebajikan, serta perasaan takut itu tidak berlebihan dengan rasa takut yang berpanjangan . Jadi janganlah manusia itu berputus asa dari rahmat Allah tanpa berbuat apa-apa. Dia tidak selamat dari diseksa kemudian dia sedih dan tidak peduli. Inilah hikmah Allah yang berterusan, Al-Quran bukan saja memberi galakan tetapi pada masa yang sama memberi amaran, memuji orang-orang yang membuat kebaikan tetapi pada masa yang sama mengeji orang-orang yang melakukan kejahatan.
114. Page
Sekiranya kamu bertanya: Mengapa Al-Quran tidak menghubungkan (pujian dan cercaan) sepertimana ia menghubungkan ayat seperti ayat (Innal abrara lafi naim, wa innal fujjara lafi jahim: Sesungguhnya orang yang berbakti (dengan taat dan melakukan kebaikan) pasti berada dalam (syurga yang penuh) dengan kenikmatan. Dan sesungguhnya orang yang derhaka pasti berada dalam neraka. Al-Infitar:13-14)?
Jawapannya adalah: Kebaikan menghubungkan sesuatu ayat bergantung pada kesesuaian dan sebab, sebab yang sesuai berbeza bergantung kepada tujuan ayat itu diturunkan. Ketika mana berbeza maksud tujuan ayat-ayat Al-Quran, jadi tidak elok menghubungkannya, kerana memuji orang-orang beriman adalah kehangatan dan permulaan untuk memuji Al-Quran dan hasil darinya, serta diturunkan kerananya. Manakala mengeji orang-orang kafir bertujuan untuk memberi ancaman yang tidak ada kaitan dengan memuji Al-Quran.
Kemudian lihat di sini beberapa tafsiran susunan ayat di bawah:
Pertama: Permulaan ayat yang menggunakan perkataan (Inna) dan (Allazina) kerana kedua-duanya lebih mudah dan senang untuk kamu terimanya ketika penurunan ayat. Kedua-duanya banyak disebut di dalam Al-Quran(2) kerana nilainya dari sudut sastera dan penyampaian yang mempunyai maksud yang umum dan tidak dikhususkan pada sesuatu ketika disebutkan dalam setiap ayat.
n.
Manakala perkataan (Inna) ia bertujuan membuka pintu ke arah kebenaran dan menyampaikan hukum kepadanya . Seolah-olah ia menenggelamkan sesuatu dakwaan untuk sampai kepada kebenaran.
115. Page
Contohnya: Ayat ini seperti ayat itu. Bermaksud hukum dan dakwaan ini bukan khayalan, bukan rekaan, bukan ujian, bukan juga perkara baru, tetapi ia adalah kebenaran yang tetap. Yang dikatakan perkataan إن untuk menunjukkan sesuatu perkara yang benar-benar berlaku ialah tanda bagi kebenaran ini dan perkara penting di sini yang mana ia digunakan untuk menolak rasa ragu dan ingkar sekalipun ia tidak ada dalam ayat tersebut, itu menunjukkan bahawa Nabi Sallahu Alaihi Wasallam sangat menjaga iman mereka.
Manakala perkataan الذين tahukah kamu ia menunjukkan kebenaran (perkara) yang baru yang dapat dirasa oleh akal sebelum mata kita. Ia kemudian terbentuk tetapi belum lagi kuat. Tetapi ia mula lahir dengan mencampurkan sesuatu, mengambil sebab disertai dengan pelbagai perkara pelik. Oleh sebab kerana inilah kamu lihat perkataan الذين yang digunakan untuk menggambarkan hakikat yang berubah lebih mudah pada lidah dan banyak digunakan. Ketika mana munculnya pengasas kebenaran iaitu Al-Quran, kepelbagaian itu menjadi lemah dan hilang cabang-cabangnya. Kepelbagaian yang lain mula terbentuk dan muncul kebenaran yang lain. Tidakkah kamu lihat di zaman jahiliyyah bagaimana kepelbagaian itu terbentuk atas ikatan yang panjang dan pegangan masyarakat terbentuk atas dasar perkauman? Ketika Al-Quran datang, ia memotong ikatan itu dan merobohkan kepercayaan mereka dan membina ikatan dan kepercayaan yang lain serta mempelbagaikannya, cabang-cabangnya adalah ikatan keagamaan, fikirkanlah! Ketika mana Al-Quran menerangi manusia dengan cahayanya, ia kembali berbunga. Ia mengubah hati-hati mereka dengan cahayanya. Maka terhasillah kebenaran yang bercahaya yang mana ia mengkelaskan jenis-jenis orang beriman. Kemudian ia memburukkan jiwa yang keji yang degil menerima cahaya itu. Maka lahirlah pegangan yang beracun iaitu yang mana ia adalah ciri-ciri orang kafir.
116. Page
Begitu juga di antara dua perkataan الذين ada perkaitan kerana menunjukkan perkara sebenar yang berlawanan di antara keduanya.
Tahukah kamu kata hubung seperti alif dan lam digunakan untuk menunjukkan 5 perkara, yang paling popular adalah ia digunakan untuk menunjukkan perjanjian/masa. Perkataan الذين di sini menunjukkan ketua-ketua kafir seperti Abu Jahal, Abu Lahab, dan Umayyah Bin Khalaf. Mereka semua mati dalam keadaan kafir. Jadi perkataan ini adalah pemberitahuan tentang masa hadapan. Ayat-ayat Al-Quran yang lain yang seperti ayat ini adalah sinaran yang melahirkan mukjizat yang termasuk dalam 4 jenis mukjizat maknawi.
Perkataan كفروا orang-orang kafir, tahukah kamu bahawa kufur adalah kegelapan yang terhasil dari mengingkari sesuatu yang masuk akal seperti kedatangan Nabi Sallahu Alaihi Wasallam.
Sekiranya kamu kata: Adakah Al-Quran itu boleh diterima yang maknanya berbeza-beza?
Jawapannya adalah: Setiap ayat Al-Quran ada 3 permasalahan:
Pertama: Ia adalah kata-kata Allah.
Kedua: Makna yang dimaksudkan itulah yang benar, tidak menerima kedua-dua perkara ini dikira kafir.
117. Page
Ketiga: Makna yang dimaksudkan di sini adalah: Sekiranya ayat itu jelas atau sudah ditafsirkan, maka kita harus beriman dengannya setelah mengkajinya, tidak menerima ayat itu dikira kafir. sekiranya ayat itu jelas atau perlu dikaji (1) yang mana ia berkemungkinan mengandungi maksud yang lain, maka boleh menolaknya berdasarkan tafsiran yang ada, bukan dengan mengikut hawa nafsu tanpa ada ilmu. Penolakan ini tidak dikira kafir. Seperti ayat Al-Quran juga adalah Hadis Mutawatir, cuma saja penolakan dalam permasalahan pertama adalah setelah ia disahkan sebagai mutawatir.
Kalau kamu kata: Kufur itu adalah bodoh. Sedangkan dalam ayat Al-Quran Allah berfirman: يعرفونه كما يعرفون أبنآءهم Mereka (orang-orang kafir) mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka , jadi di manakah persamaannya?
Jawapannya adalah: Kufur itu ada 2 bahagian:
Pertama: Orang jahil yang menolak sesuatu kerana dia tidak tahu. Kedua: Orang jahil yang tahu tetapi menolak sesuatu kerana tidak mahu menerimanya, dia yakin tapi tidak mahu berpegang dengannya, dia percaya tapi tidak tunduk pada kewujudannya. Fikirkanlah!
Kalau kamu kata: Adakah dalam hati syaitan itu ada pengetahuan tentang perkara ini?
118. Page
Jawapannya adalah: Tidak ada, kerana mengikut fitrah, hatinya yang sentiasa sibuk dengan kesesatan dan fikiran yang sentiasa memikirkan kekafiran untuk menyesatkan manusia tidak akan putus memikirkan perkara tersebut. Semua itu tidak hilang dari fikirannya supaya pengetahuannya tentang akidah ini boleh mengambil tempat.
Kalau kamu kata: Kafir itu sifat hati. Bagaimana orang yang memakai tali pinggang dan kopiah dikatakan kafir?
Jawapannya adalah: Syariat Islam dikira dengan tanda-tanda untuk menunjukkan sesuatu yang tersembunyi, sehingga nampak sebab-sebabnya yang zahir yang menepati ilat (tetapi bukan ilat). Ketika memakai tali pinggang, ia menghalang dari menyempurnakan rukuk. Manakala memakai kopiah menghalang dari menyempurnakan sujud yang mana ia menghalang tanda kehambaan. Menyerupai orang kafir yang menunjukkan kita menerima cara hidup mereka dan kecenderungan mereka. maka selagi mana tidak dapat diputuskan sesuatu dengan menafikan sesuatu yang tersembunyi, ia dihukum berdasarkan perkara yang zahir (nampak).
Kalau kamu kata: Sekiranya tidak ada peringatan, kenapa perlu ada tanggungjawab?
Jawapannya adalah: Supaya dapat memberi alasan terhadap mereka (1).
Kalau kamu kata: Ayat Al-Quran yang memberitahu tentang keingkaran mereka sudah pasti akan menghalang mereka dari beriman, maka bagaimana hendak diberi tanggungjawab pada sesuatu yang mustahil berlaku?
119. Page
Jawapannya adalah: Pemberitahuan Al-Quran dan sifat maha mengetahui dan berkehendak Allah tidak berkaitan dengan kekufuran mereka, juga tidak perlu kepada sebab. Tetapi sifat-sifat itu berkaitan dengan kekufuran mereka kerana mereka yang memilih untuk kufur. Nanti akan dijelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Dari sinilah dikatakan: “ Sesuatu yang berlaku kerana pilihan tidak menafikan pilihan itu”.
Kalau kamu kata: Keimanan mereka setelah mereka beriman adalah sesuatu yang tidak masuk akal seperti “ Asal bisu yang bercakap” (2)
Jawapannya adalah: Mereka tidak dipertanggungjawabkan secara keseluruhan sehingga menyebabkannya mustahil.
Maksud perkataan كفروا yang mana ia kata kerja masa lalu menunjukkan bahawa mereka memilih kekufuran walaupun setelah jelas kebenaran. Jadi memberi peringatan kepada mereka tidak mendatangkan apa-apa faedah.
Perkataan سواء adalah ringkasan bagi kata-kata: Peringatan kamu kepada mereka seperti tidak mendapat peringatan kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah ataupun mereka tetap tidak beriman. Bermaksud tidak perlu memberi peringatan dan tidak perlu kerana mereka tetap tidak beriman.
120. Page
Perkataan عليهم menunjukkan bahawa mereka tetap di bumi dan tidak mengangkat kepala mereka serta tidak mendengar arahan yang ditujukan kepada mereka.
Ia juga menunjukkan bahawa “ bukanlah sama ke atas kamu” kerana kamu ada kebaikan dalam menyampaikan dakwah. Di dalam firman Allah
﴿مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلاَّ الْبَلاَغُ﴾
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja. Al-Maidah: 99
manakala ayat أأنذرتهم أم لم تنذرهم sama ada kamu memberi peringatan kepada mereka atau tidak , huruf hamzah dan perkataan أم di sini adalah seperti perkataan سواء yang disebut secara harfi (tidak memberi apa-apa makna, cuma untuk mengulang) ia adalah penguat bagi perkataan سواء yang pertama atau sebagai asas dengan melihat kepada pembahagian kedua-duanya yang mempunyai dua makna yang disebut untuk persamaan.
Kalau kamu kata: Mengapa disebut tentang persamaan dengan ayat Istifham (ayat tanya)?
Jawapannya adalah: Apabila kamu ingin memberi peringatan pada seseorang tentang perbuatannya yang tidak berfaedah dengan cara yang lembut dan berkesan, kamu mestilah bertanya untuk membawa fikirannya kepada perbuatannya itu. Maka dari situ dia akan faham dan tenang menerima nasihat.
Hubungan antara ayat tanya dan persamaan itu mengandungi makna pada persamaan itu, kerana yang bertanya itu tahu akan kewujudannya dan ketiadaannya.
Begitu juga kebanyakan jawapan pada persamaan ini terlindung.
121. Page
Kalau kamu kata: Mengapa disebut perbuatan memberi peringatan itu dalam bentuk kata kerja masa lalu (feil madhi)?
Jawapannya adalah: Supaya boleh dikatakan: Wahai Muhammad, kamu telah mencubanya! Fikirkanlah!
Kalau kamu kata: Kenapa Al-Quran menyebut أم لم تنذرهم sekalipun tidak memberi apa-apa feadah perbuatan tidak memberi peringatan itu secara zahirnya?
Jawapannya adalah: Sepertimana peringatan dapat mengubah seseorang, begitu juga diam dapat mempengaruhi seseorang.
Kalau kamu kata: Mengapa peringatan itu diberi dengan menakutkkan orang saja, sedangkan baginda adalah pemberi berita gembira?
Jawapannya adalah: Peringatan dengan menakutkan adalah sesuai untuk orang kafir, kerana menolak kemudharatan itu lebih penting dari mendapat manfaat serta cara itu lebih berkesan. Kerana dengan menakutkan mereka, akan menggerakkan jiwa mereka dan membangunkan mereka supaya mereka menerima dan membuahkan hasil selepas firman-Nya لا يؤمنون mereka tidak beriman “ Sama ada kamu memberi berita gembira pada mereka atau tidak”.
Tahukah kamu bahawa setiap ayat mempunyai makna secara zahir dan maksud tersembunyi. Begitu juga dengan ayat ini mempunyai banyak makna dan tujuan, di mana ayat ini disebut untuk mengurangkan tekanan terhadap baginda , meringankan beban, dan menghiburkan baginda dengan contoh kesedihan para nabi terdahulu, kerana banyak ayat Al-Quran bercakap dengan ayat seperti ayat ini. Seperti kata-kata Nabi Nuh Alaihis Salam
لا تذر على الأرض من الكافرين ديارا
Wahai tuhanku! Janganlah engkau biarkan seorang pun daripada orang kafir itu hidup di atas muka bumi. Nuh: 26
122. Page
Ini juga kerana ayat-ayat Al-Quran seperti cermin yang melihat, kisah para nabi seperti pusingan bulan yang melihat kepada keadaan nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Seolah-olah ayat ini berkata: Inilah undang-undang fitrah (semulajadi) yang ditentukan oleh tuhan yang mana kita wajib mematuhinya.
Tahukah kamu setelah kita merungkai permasalahan ayat ini, himpunan ayat ini sehingga ayat ولهم عذاب أليم bagi mereka azab seksa yang pedih, ayat ini berakhir dengan memburukkan orang kafir dan menghina mereka, membuatkan mereka lari dan juga mengandungi arahan yang tersembunyi, merendahkan penghuninya, menghukum mereka, mengancam mereka, menyatakan dengan perkataannya bahawa kekufuran itu akan dibalas dengan azab yang pedih, menghilang nikmat, melahirkan kesakitan yang dasyat, menghilangkan nikmat yang tinggi, dengan jelas ayat ini menyebut kekufuran adalah perkara yang paling buruk dan memudharatkan, di mana ia menyebut perkataan كفروا mereka kufur berbanding perkataan لم يؤمنوا mereka tidak beriman untuk menunjukkan bahawa mereka kerana tidak beriman itu menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kegelapan kufur yang mana ia adalah bencana yang merosakkan jiwa dan ia juga adalah tempat lahirnya keperitan.
Perkataan لا يؤمنون mereka tidak beriman disebut berbanding perkataan لا يتركون الكفر mereka tidak meninggalkan kekufuran untuk menunjukkan bahawa mereka di samping kerugian yang mereka dapat, mereka juga kehilangan iman yang mana ia adalah punca segala kebahagiaan.
Ayat ختم الله على قلوبهم Allah menutup hati-hati mereka menunjukkan bahawa hati dan perasaan mereka – yang mana kehidupannya, kegembiraannya serta kesempurnaannya dengan kemulian tuhan ia mencapai cahaya iman- selepas mereka kafir, hati dan perasaan mereka menjadi seperti binaan yang menyeramkan, tidak berpenghuni, dan dipenuhi dengan perkara bahaya dan serangga. Jadi rumah itu dikunci dan diselak pintunya supaya ia dijauhi. Rumah itu ditinggal untuk kala jengking dan ular.