Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 7

122. Page

Ini juga kerana ayat-ayat Al-Quran seperti cermin yang melihat, kisah para nabi seperti pusingan bulan yang melihat kepada keadaan nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Seolah-olah ayat ini berkata: Inilah undang-undang fitrah (semulajadi) yang ditentukan oleh tuhan yang mana kita wajib mematuhinya.

             Tahukah kamu setelah kita merungkai permasalahan ayat ini, himpunan ayat ini sehingga ayat ولهم عذاب أليم bagi mereka azab seksa yang pedih, ayat ini berakhir dengan memburukkan orang kafir dan menghina mereka, membuatkan mereka lari dan juga mengandungi arahan yang tersembunyi, merendahkan penghuninya, menghukum mereka, mengancam mereka, menyatakan dengan perkataannya bahawa kekufuran itu akan dibalas dengan azab yang pedih, menghilang nikmat, melahirkan kesakitan yang dasyat, menghilangkan nikmat yang tinggi, dengan jelas ayat ini menyebut kekufuran adalah perkara yang paling buruk dan memudharatkan, di mana ia menyebut perkataan كفروا   mereka kufur berbanding perkataan لم يؤمنوا mereka tidak beriman untuk menunjukkan bahawa mereka kerana tidak beriman itu menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kegelapan kufur yang mana ia adalah bencana yang merosakkan jiwa dan ia juga adalah tempat lahirnya keperitan.

             Perkataan لا يؤمنون mereka tidak beriman disebut berbanding perkataan لا يتركون الكفر  mereka tidak meninggalkan kekufuran untuk menunjukkan bahawa mereka di samping kerugian yang mereka dapat, mereka juga kehilangan iman yang mana ia adalah punca segala kebahagiaan.

             Ayat ختم الله على قلوبهم Allah menutup hati-hati mereka menunjukkan bahawa hati dan perasaan mereka – yang mana kehidupannya, kegembiraannya serta kesempurnaannya dengan kemulian tuhan ia mencapai cahaya iman- selepas mereka kafir, hati dan perasaan mereka menjadi seperti binaan yang menyeramkan, tidak berpenghuni, dan dipenuhi dengan perkara bahaya dan serangga. Jadi rumah itu dikunci dan diselak pintunya supaya ia dijauhi. Rumah itu ditinggal untuk kala jengking dan ular. 


123. Page

Ayat وعلى سمعهم   (Allah menutup) pendengaran mereka menunjukkan bahawa kehilangan nikmat yang besar iaitu mendengar disebabkan kufur, kerana pendengaran itu tugasnya adalah – apabila iman sudah tetap dibelakang saluran telinganya ke otak dan bersandar padanya- untuk merasai panggilan alam dan memahaminya, untuk mendengar suara makhluk-makhluk dan memahami tasbih mereka. Begitu juga pendengaran itu untuk mendengar lagu-lagu tiupan angin, mendengar tembakan petir di waktu langit mendung, mendengar bunyi ombak menghempas pantai, mendengar bunyi ketukan batu, mendengar bunyi titisan hujan, mendengar kicauan burung seperti kata-kata tuhan, memahami tasbih yang memuji, seolah-olah semua makhluk mempunyai muzik yang istimewa dari setiap mereka, yang menggerakkan hatinya perasaan sedih yang memuncak dan kerinduan yang mendalam. Ia sedih kerana memikirkan orang tersayang dan orang yang rapat yang menjadikan kesedihan itu satu perasaaan yang istimewa, bukan kerana ketiadaan orang tersayang yang menyebabkan hatinya suram. Apabila pendengaran itu gelap kerana kekufuran, ia menjadi tuli untuk mendengar semua suara-suara yang menyedapkan telinga. Ia cuma mendengar suara sekumpulan yang sedang kesedihan dan rintihan kematian. Di dalam hatinya dia merasakan keseorangan- kehilangan orang tersayang dan- kegusaran- perasaan tidak dapat memiliki sesuatu.

             Disebabkan rahsia inilah menyebabkan syariat menghalalkan bunyi-bunyi yang menggerakkan kerinduan yang memuncak dan kesedihan yang mendalam, serta mengharamkan sebahagiannya yang menyebabkan keinginan nafsu dan perasaan sedih berseorangan. Apa-apa yang tidak ditentukan oleh syara’, bezakanlah ia mengikut kesannya terhadap jiwa dan perasaan kamu.

             


124. Page

Ayat وعلى أبصارهم غشاوة Allah menutup penglihatan mereka menunjukkan hilangnya nikmat yang dapat dirasa disebabkan kekufuran. Kerana penglihatan itu tugasnya ialah apabila cahayanya menyala dan bersambung dengan cahaya iman yang berada di jaringannya yang memanjang dan bergerak, semua makhluk akan nampak seperti syurga yang dihiasi bunga-bungaan dan bidadari. Cahaya mata itu akan menjadi lebah yang berterbangan atas bunga-bunga itu dan menghirup jus (madu) pengajaran, buah fikiran, kelembutan, kedekatan, kasih sayang dan kejayaan. Ia mengambil apa yang dibawanya itu dan meletakkannya pada jiwanya serta mencapai kemuliaan.

             Apabila penglihatan itu gelap – mohon perlindungan dari Allah darinya- disebabkan kekufuran ia akan terpesong. Di matanya dunia menjadi penjara, ia terlindung dari kebenaran, semua makhluk menjadi liar, hatinya akan dilemparkan dengan kesakitan yang meliputinya tubuhnya dari kepala hingga kaki.


Ayat ولهم عذاب عظيم untuk mereka (orang-orang kafir) seksaan yang pedih menunjukkan ia adalah buah pokok Zaqqum (1) untuk orang kafir di akhirat nanti di dalam neraka jahanam dan menunjukkan kemurkaan Allah.


Perkataan لا يؤمنون adalah kata penguat bagi perkataan سواء untuk menunjukkan persamaan.

﴿خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ


(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. Al-Baqarah: 7


(1) Ia adalah pokok untuk penghuni neraka. Ia disebut di dalam Al-Quran dalam beberapa ayatnya, begitu juga di dalam hadis.

125. Page

PENGENALAN

Tahukah kamu kita patut berhenti di sini untuk mendengar pendapat orang lain, kerana di belakang ayat ini ada peperangan yang besar di antara puak Muktazilah, Jabariyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Peperangan seperti inilah yang menghentikan penyelidikan. Maka sesuailah di sini kita menyebut asas-asasnya agar dapat mengambil faedah darinya:

Pertama: Sesungguhnya mazhab  Ahli Sunnah Wal Jamaah berada pada landasan yang betul. Yang selainnya melampaui batas atau sia-sia.

Kedua: Telah terbukti benar bahawa tidak ada yang memberi kesan di alam ini kecuali Allah. Maka tidak ada pilihan tentang perkara ini (2).


Ketiga: Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Maka pahala dan dosa bukan perkara yang sia-sia. Maka ketika ini tidak ada paksaan. Sepertimana isu tauhid kepada Allah yang menentang puak Muktazilah, isu mensucikan Allah dari apa yang tidak layak menentang puak Jabariyah.

Keempat: Setiap sesuatu ada dua sudut. Pertama: Jihah Mulkiyyah (penguasaan), ia terkadang baik dan terkadang buruk. Sama bentuknya seperti belakang cermin. Kedua: Jihah Malakut (alam ghaib seperti ruh dan jiwa) ini kembali kepada pencipta. Perkara ini jelas nampak pada setiap sesuatu seperti di hadapan cermin. Maka penciptaan perkara buruk bukanlah satu keburukan. Kerana penciptaannya dari sudut penguasaan Allah itu adalah sesuatu yang baik. Juga kerana penciptannya itu menyempurnakan kebaikan, jadi ia akan menjadi baik kerana perkara lain (perkara tidak baik). Maka kamu jangan cenderung pada pendapat Muktazilah.

(2) Sepertimana kata-kata Muktazilah bahawa seseorang hamba itu dialah yang mencipta perbuatannya.


126. Page

Kelima: Sesuatu perkataan yang datang dari Isim Masdar adalah tetap tidak berubah serta tidak ada pecahan kata darinya (4). Manakala Isim Masdar itu sendiri ia dapat dipecahkan secara menisbahkannya dengan mengambil pengajaran. Maka di sini pencipta pembunuhan bukanlah pembunuh. Biarkan puak Muktazilah bermain-main dengan hujah mereka!


Keenam: Perbuatan kita secara zahirnya kebanyakannya adalah hasil bagi perbuatan-perbuatan yang bersambung yang penghujungnya adalah kecenderungan jiwa yang dipanggil sebagai “bahagian membuat pilihan”. Atas asas inilah berlakunya perselisihan pilihan perbuatan manusia. 


             Ketujuh: Kehendak Allah secara keseluruhannya melihat kepada kebiasaannya bergantung kepada sebahagian kehendak hambanya. Maka tidak ada paksaan di sini.

             Kelapan: Sesuatu pengetahuan bergantung pada yang diketahuinya. Yang diketahui itu tidak menepati ilmunya sehinggalah ia ada bersamanya. Maka sesuatu perbuatan tidak dicari sebabnya dengan menyerahkannya pada Qadar Allah.

             Kesembilan: Untuk mencipta sesuatu dari puncanya bergantung pada usaha punca itu dengan mengambil kira undang-undang (sistem/sunnatullah) Allah dengan mengikut syarat-syaratnya. Benih untuk mengusahakannya dan ikatan kehidupan itulah yang dicari. Dengan membuka ikatan itu, terungkailah permasalahannya.

             Kesepuluh: Sesuatu yang tepat (sahih) tanpa bukti yang menyokongnya adalah mustahil. Maka jangan mencari sebab atas semua perbuatan Allah. Bahkah perbuatan Allah adalah pilihan, inilah yang tepat.

(4) Isim Fael tidak dapat dipecahkan dari Isim Jamid sepertimana yang sedia maklum dalam Ilmu Sorof.

127. Page

Kesebelas: Sesuatu perkara yang berlaku sudah pasti ada yang melakukannya. Jika tidak akan terjadi sesuatu yang tepat (sahih) tanpa bukti yang menyokongnya, ini adalah mustahil seperti yang telah disebutkan. Manakala perkara yang digambarkan (1), kamu mengkhususkannya tanpa ada pengkelasan itu tidak semestinya mustahil.


             Kedua belas: Seorang pencipta haruslah ada dirinya(2) sebelum dia mencipta yang lain. Manakala perkara yang digambarkan maka ia adalah tepat tanpa kesudahan hingga ke sempadan wajib itu memadai. Maka tidak semestinya perkara yang boleh berlaku itu tidak ada pencipta.


             Ketiga belas: Tahu akan kewujudan sesuatu tidak mewajibkan kita mengetahui akan keadaannya. Tidak tahu akan keadaannya pula tidak bermaksud sesuatu itu tidak ada. Maka tanpa gambaran tentang hakikat pilihan Allah tidak menafikan kewujudan pilihan itu.   

             Apabila kamu sudah faham asas-asas ini, sekarang dengarlah yang berikut ini:

             Kami Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat: Hai puak Muktazilah, sesungguhnya seoarang hamba tidak menciptakan sesuatu dengan puncanya seperti hasil yang berlaku dari puncanya(3). Tetapi ia adalah punca kepada sebab sahaja (seorang hamba hanyalah berusaha) . Kerana tidak ada di alam ini yang memberi kesan kecuali Allah. Beginilah tauhid menyelesaikan permasalahannya.


             Kami berpendapat hai puak Jabariyah bahawa seseorang hamba tidak dipaksa, tetapi dia ada pilihan dalam perbuatannya, kerana Allah itu Maha Bijaksana. Dengan inilah Allah terhindar dari segala penghinaan.

(1) Ia adalah sesuatu yang tidak wujud kecuali seseorang yang menggambarkannya di dalam fikirannya selama mana ia menggambarkannya. Itulah dia “apakah ia” dengan syarat ia kosong.
(2) Tidak dapat mencipta sesuatu kecuali ia juga mesti ada sebelum mencipta. Ketika ta’luq dua sifat Qudrah dan Iradah Allah secara separa dan keseluruhan pada sesuatu perkara, jadi perkara itu mesti ada.
(3) Dia bukan memberi kesan yang terhasil dari puncanya. Inilah yang dikatakan usahanya.


128. Page

Jika kamu kata: Setiap kali dijelaskan tentang pilihan seorang hamba, yang nampak hanyalah paksaan.

             Jawapannya adalah:

             Pertama: Perasaan dan fitrah manusia menyaksikan bahawa pilihan dan paksaan adalah perkara yang tersembunyi dan ia berbeza. Kewujudannya adalah pasti. Tidak menjadi dosa/bukan tanggungjawab pada kita sekiranya kita tidak dapat menggambarkannya.


             Kedua: Pendapat kami bahawa kecenderungan manusia adalah perkara yang wujud sepertimana pendapat Asyairah(1). Maka bertindak menggunakannya adalah perkara yang boleh digambarkan pada seseorang hamba (menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan). Sekiranya ia adalah perkara yang boleh digambarkan sepertimana pendapat Al-Maturidiyyah(2), maka perkara yang digambarkan itu adanya ia tidak memerlukan hujah yang sempurna(3) yang mewajibkannya(4). Maka ketika ini kita boleh mengetepikannya (kerana kebanyakan perbuatan tidak berlaku walaupun ada kecenderungan untuk melakukannya). Fikirkanlah.

(1) Ia adalah kumpulan idea islamiyah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai disiplin ilmu akidah yang diambil menjadi landasan dalam akidah. Asasnya adalah menafsirkan sifat Allah bertepatan dengan maksud bahasa, untuk mensucikan Allah dari menyerupai makhluk. Idea ini pendapat Abu Al-Hasan Al-Asya’ri; pengarang buku Al-Ibanah.
(2) Ia adalah salah satu kumpulan Islam yang mengenalkan akidah dengan bukti logik akal berpandukan bukti Al-Quran dan hadith. Pelopornya adalah Abu Mansur Muhammad Al-Maturidi. Beliau meninggal pada tahun 323 H.
(3) Ia adalah apa yang perlu ada pada perkara yang hendak dibuktikan. Pendapat lain pula ia adalah sekumpulan bukti yang diperlukan untuk membuktikan sesuatu. Definisi lain ialah bukti yang sempurna untuk membuktikan sesuatu yang ada, bermaksud dibelakangnya hendaklah tidak ada sesuatu yang tidak dapat membuktikan kewujudannya.
(4) Kerana tidak perlu kepada kehendak keseluruhan.


129. Page

Manakala perkara yang berlaku dari puncanya biasanya bergantung pada puncanya yang asasnya adalah kecenderungan untuk melakukan perbuatan itu- yang mana kecenderungan itu belum terjadi sehinggalah kita mewajibkan siapa yang melakukannya begitu dan begini itu boleh berlaku tanpa pencipta, atau ia menjadi sahih (benar) tanpa bukti, atau ia tiada untuk membolehkannya layak menjadi pencipta dari puncanya atau menjadi sebab bagi pahala dan dosa.

             Jika kamu kata: Ilmu Allah yang azali serta kehendakNya yang azali melenyapkan pilihan manusia.

             Jawapannya adalah: Tahu tentang perbuatan dengan pilihan tidak menafikan pilihan (kerana yang memberi kesan adalah kuasa bukan pengetahuannya).  

             Begitu juga ilmu Allah yang azali meliputi semua seperti langit tidak perlu kepada rantaian, seperti awal tahun sehingga kita perlu mencari apa yang terjadi tanpa merujuk kepada sebab-sebabnya yang berlegar-legar di fikiran.

             Begitu juga sesuatu pengetahuan mengikut apa yang sudah diketahui. Bermaksud bagaimana keadaan perkara yang diketahui itu. Begitulah pengetahuan itu meliputinya. Maka jangan kamu mencari alasan apa yang diketahui itu sebagai takdir Allah (yang tidak boleh diubah).

             Begitu juga kehendak Allah tidak berkaitan (tidak berlaku) pada sesuatu peristiwa saja, atau pada sebab-sebabnya saja sehingga menyebabkan manusia tidak dapat memilih dan mencari sebab. Tetapi kehendak Allah itu bergantung pada peristiwa dan sebabnya pada satu masa.


             Jadi mengikut kaedah ini, contohnya sekiranya seseorang membunuh orang lain dengan menggunakan pistol, kemudian kita kata bahawa pembunuhan ini terjadi tanpa ada sebab dan tembakan, adakah orang itu mati sekarang ini atau tidak?


130. Page

Puak Jabariyah akan berkata: Kalau orang itu tidak dibunuh, dia tetap akan mati. Kerana banyaknya perkaitan dan penolakan di antara sebab dan peristiwa itu.

             Puak Muktazilah akan berkata: Orang itu tidak mati, kerana peristiwa yang berlaku itu boleh membelakangi (tidak berlaku mengikut) kehendak Allah.

             Manakala Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata: Kami berhenti di sini dan diam. Kerana dengan mengatakan tidak ada sebab akan membuatkan tiada kehendak Allah dan tiada pengetahuan dengan perkara yang berlaku. Kerana perkaitan kehendak Allah ada pada satu masa (sebab dan peristiwa). Pendapat yang tidak betul ini akan menyatakan perkara yang mustahil pada Allah. Fikirkanlah.

 

PENDAHULUAN KEDUA

             Tahukah kamu penyembah alam semulajadi berpendapat: Sebab-sebablah yang memberi kesan yang sebenar-benarnya. 

             Orang Majusi(2) berpendapat: Kejahatan itu ada pencipta yang lain.


             Puak Muktazilah mendakwa: Manusialah yang mencipta perbuatannya  yang ada pilihan itu.

(2) Mereka adalah penyembah matahari, bulan dan api. Mereka digelar dengan nama tersebut sejak kurun ke 3 masihi.

131. Page

Asas kepada tiga perkara tersebut dibina atas kesamaran, kesalahan dan melampaui batas, mengetepikan kebenaran, tipu helah dan ………………… Kerana mereka berterusan dalam sangkaan begitu untuk mensucikan tuhan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam jerangkap syirik. Jika kamu hendak penerangan yang terperinci, mari fahamkan perkara-perkara ini yang akan menghilangkan keraguan itu.

             Pertama: Sepertimana pendengaran manusia, percakapan, perhatian dan fikiran mereka yang berasingan berkaitan dengan sesuatu yang lain sebagai rantaian bagi yang sebelumnya, begitulah juga perbuatan yang akan dilakukannya adalah berasingan yang tidak berkaitan dengan sesuatu yang lain kecuali sebagai rantaian yang sebelumnya.

             Kedua: Nilai seorang manusia bergantung pada siapa dirinya. Nilai dirinya bergantung pada perbuatannya. Nilai perbuatannya bergantung pada niatnya.

             Ketiga: Manusia itu ke mana pun dia, dia menuju ke arah kebinasaan dan terkurung. Kerana inilah kamu lihat manusia kebiasaannya mereka tidak menyandarkan sesuatu yang remeh atau perkara kecil kepada seseorang yang agung dan berpangkat tinggi. Bahkan mengikut sangkaan mereka juga, menyibukkan diri dengan urusan yang remeh tidak sesuai dengan pangkat mereka, impian mereka tidak memberi peluang kepada urusan yang sia-sia, serta tidak dapat menandingi cita-cita mereka.


             Keempat: Termasuk dalam tabiat manusia apabila dia berfikir untuk mengurus keadaan dirinya, dia berusaha mengukurnya, mengaitkannya serta asasnya pada dirinya terlebih dahulu. Kemudian kepada anak bangsanya pula. Sekiranya dia tidak berjaya, di sampingnya ada beberapa perkara yang boleh dilakukan. Sehinggakan perkara yang wajib ada yang tidak menyerupai perkara mumkin dari sudut apa pun; apabila difikirkan ia akan menyebabkan kuasa (anasir) yang buruk menjadi panduan, ukuran yang salah menjadi undang-undang, sekalipun Maha Pencipta tidak melihat kepada perkara ini kerana kekuasaan Allah tidak ada sekatan. 


132. Page

Kelima: Sesungguhnya kekuasaan Allah, ilmu-Nya dan kehendaknya-Nya seperti cahaya matahari, meliputi semua benda, mencampuri semua urusan, ia tidak dapat disekat dan tidak dapat diukur. Sepertimana semua sifat itu ta’luq (berkaitan) pada perkara yang terbesar seperti a’rasy, ia juga berkaitan dengan yang terkecil seperti (sel, atom). Sepertimana Allah menciptakan matahari dan bulan, Allah menciptakan mata serangga dan nyamuk. Sepertimana Allah meletakkan sistem yang canggih pada semua makhluk, Allah meletakkan sistem yang kompleks dalam perut binatang yang kecil. Sepertimana Allah mengikat planet-planet dan bintang-bintang dengan sistem yang dipanggil sebagai Tarikan Umum, begitulah juga Allah meletakkan sistem diri manusia berpandukan sistem tadi seolah-olah ia adalah alam yang kecil bagi sistem tersebut. Kerana dengan adanya mukjizat itu, akan berlawanan tingkatan kekuasaan. Sesiapa yang terhalang oleh mukjizat yang mana sesuatu yang lain menyamai kekuasaan-Nya, kerana di sana mukjizat melawat kekuasaan-Nya. Fikirkanlah.

             Keenam: Perkara pertama kekuasaan Allah itu ia mengusai semua makhluk. Ia jelas nampak dan cantik pada semua perkara sepertimana yang telah disebutkan. Sepertimana Allah Taala menjadikan permukaan matahari cantik dan menjadikan permukaan bulan menyinari, Allah juga menjadikan keadaan malam dan mendung itu cantik menyinari.

             Ketujuh: Ukuran keagungan Allah dan skala kesempurnaan sifat-Nya tidak dapat difikirkan oleh manusia, dan tidak dapat dilihat. Tetapi ia dapat dilihat pada semua ciptaan-Nya, peristiwa yang berlaku dan semua perbuatan-Nya.

             Ya, satu zarah menjadi cermin (pada kekuasaan Allah), bukan ukuran.


133. Page

Apabila kamu sudah faham permasalahan ini, tahukah kamu perkara yang wajib bagi Allah tidak dapat diukur pada perkara yang boleh berlaku atau tidak. Kerana ia berbeza seperti bintang dengan bintang yang lain. tidakkah kamu lihat penyembah alam, puak muktazilah dan orang majusi – kerana dikuasai oleh kesamaran yang kuat dalam fikiran mereka - mereka berpendapat bahawa sesuatu perkara itu berlaku kerana ada sebabnya, mereka berpendapat manusialah yang mencipta perbuatannya dan berpendapat ada tuhan yang lain mencipta kejahatan. Mereka menyangka dan samar-samar bahawa Allah dengan keagungan-Nya, kebesaran-Nya dan sucinya Allah dari perkara yang tidak patut, bagaimana Allah boleh menerima perkara yang sia-sia ini? Mereka sudah tersimpang jauh! Bagaimana akal mereka dikuasai oleh kesamaran yang tidak berguna ini?


             Perkara ini juga terkadang menguasai orang-orang beriman. Jadi jauhilah dari fikiran begini!

             Merungkai permasalahan ayat 7 surah Al-Baqarah dan susunannya:

             Tahukah kamu perkaitan perkataan (ختم) dengan perkataan (لا يؤمنون) dan diikuti dengannya menunjukkan sesuatu perbuatan akan disudahi dengan balasan.

Kemudian perkataan الختم menunjukkan Istia’rah Murakkabah(1) menunjukkan teknik perumpamaan untuk menunjukkan kesesatan mereka. Kerana maksud yang ada padanya menghalang sampainya kebenaran ke dalam hati. Penggunaan perkataan tersebut menggambarkan hati adalah rumah yang dibina Allah untuk menyimpan isi hati manusia. Kemudian kerana buruknya pilihan mereka, ia ditutup dan rosak serta apa yang di dalamnya menjadi racun. Ia dikunci dan ditutup agar dijauhi orang.

(1) Ia adalah Majaz Murakkab sepertimana yang dinamakan oleh Al-Qazwini yang digunakan untuk sesuatu yang serupa dengan maksudnya yang asal. Ia terbahagi kepada 3: Tamsiliyyah, Murashahah dan Mujarradah. Bahagian yang dimaksudkan di sini ialah Tamsiliyyah yang bermaksud susunan ayat yang digunakan bukan pada tempatnya kerana ada persamaan serta ada bukti yang menghalangnya dari maksudnya yang asal. 


134. Page

Manakala perkataan الله ia mengandungi peralihan dari percakapan orang pertama kepada orang ketiga. Di samping itu ada kesesuaian di antara lafaz Allah yang berkaitan dengan perkataan لا يؤمنون pada niat mereka. bermaksud lafaz Allah menunjukkan kelembutan, iaitu ketika datang cahaya mengenal Allah kepada mereka, tetapi mereka tidak membuka pintu hati mereka untuknya, Allah menguasai mereka dan menutup pintu itu.

             Perkataan على, tahukah kamu -berdasarkan perkataan ختم adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek- perkataan على menunjukkan perkataan ختم bermaksud penanda. Seolah-olah ia berkata: Allah menjadikan penutup itu sebagai penanda dan simbol yang ditandai oleh malaikat kepada hati mereka.

             Perkataan على menunjukkan bahawa yang ditutup itu ialah pintu yang tertinggi di dalam hati, bukan pintu yang rendah yang mana ia adalah penglihatan ke dunia.

             Perkataan قلوبهم di dahulukan dari perkataan mendengar dan melihat kerana ia adalah tempat iman. Kerana ia juga adalah tanda pertama yang Allah ciptakan untuk ia berbicara dengan dirinya, supaya perasaannya kembali kepada fitrahnya. Apabila seseorang kembali kepada dirinya, dia akan berasa sangat lemah dan akan mencari pendamping. Dia sangat perlukannya untuk merealisasikan impiannya. Oleh itu dia terpaksa mencari pendamping, tidak ada pendamping dan tidak ada penolong melainkan iman.

            

135. Page

Yang dimaksudkan dengan hati di sini ialah sentuhan ketuhanan yang mana ia zahir pada perasaan manusia, kebalikan dari fikirannya, bukan jasadnya (yang seperti tiub untuk menyalurkan air). Yang dimaksudkan dengan hati di sini ialah ia adalah lambang sentuhan ketuhanan bagi jiwa manusia seperti tiub di dalam jasadnya. Sepertimana jasad manusia adalah mesin kehidupan yang mengalirkan air kehidupan ke seluruh badan, apabila ia tertutup dan tidak berfungsi, jasad itu akan mati. Begitulah juga sentuhan ketuhanan itu menyebarkan cahaya kehidupan yang sebenar ke seluruh jasad manusia yang terdiri daripada makna dirinya, keadaannya dan cita-citanya. Apabila hilang cahaya iman –kita mohon perlindungan dari Allah- hilanglah keistimewaannya yang menjadi rebutan semua makhluk seperti bayang-bayang yang tidak bergerak dan gelap.

             Ayat وعلى سمعهم , perkataan على diulang untuk menunjukkan kedua-dua deria mendengar dan melihat ada saluran bukti masing-masing. Saluran bukti untuk hati adalah akal dan perasaan, manakala pendengaran adalah melalui mendengar penyampaian dan sumber dari luar. Ia juga menunjukkan bahawa menutup pendengaran bukan seperti menutup hati.

             Perkataan pendengaran datang dalam bentuk tunggal berbanding 2 perkataan lain (hati dan penglihatan)sebagai ringkasan dan simbol bahawa ia adalah sumber sesuatu disebabkan tidak kata kata plural. Juga kerana pendengar itu adalah seorang individu, yang diperdengarkan pula pada setiap orang secara individu, mendengar seorang demi seorang. Kerana perkongsian ini seolah-olah pendengaran mereka bersambung dan menjadi satu.  Kerana penyatuan ini, mereka menjadi satu dan tergambarlah pendengaran mereka menjadi satu. Juga kerana seorang individu tidak perlu untuk mendengar kesemuanya, jadi perkataan ini di datangkan dalam bentuk tunggal. Manakala hati dan penglihatan berlainan pula perkaitannya, teknik kedua-duanya jelas, bukti kedua-duanya (sumber) tidak sama, mengajar kedua-duanya ada kepelbagaian dan pembahagian.

136. Page

Kerana inilah perkataan tunggal diletakkan di antara dua perkataan plural, perkataan mendengar datang selepas perkataan hati kerana mendengar adalah ketua dalam jiwa manusia(2) dan paling dekat dengannya, juga penglihatannya yang menyamai 6 arah(3).


             Ayat وعلى أبصارهم غشاوة , tahukah kamu ayat ini datang dalam bentuk Jumlah Ismiyyah (Frasa Nama) untuk menunjukkan apa yang tersembunyi dari penglihatan yang dapat menghimpunkan bukti-bukti yang tepat berbanding dengan pendengaran dan hati; ia sentiasa diperbaharui. Allah menggunakan perkataan ختم (pada hati dan pendengaran) bukan perkataan غشاوة untuk menunjukkan bahawa ia adalah balasan atas perbuatan mereka. Manakala perkataan غشاوة untuk menunjukkan bahawa mereka menanggung perkara tersebut. Ia juga menunjukkan bahawa mendengar dan menerima di hati itu boleh dipilih, manakala penglihatan pula adalah paksaan dan pilihan pula dengan membutakan mata (tidak mahu melihat/tidak ambil peduli kerana mengikut hawa nafsu). Perkataan غشاوة menunjukkan bahawa penglihatan ada satu arah dan ia boleh mengingkari sesuatu. Bermaksud membutakan mata adalah penghalang yang tidak diketahui sehinggalah kita terpelihara darinya. Ayat وعلى أبصارهم didahulukan untuk mengarahkan mata-mata itu ke arah mata mereka, kerana mata adalah cerminan rahsia hati.

             Manakala ayat ولهم عذاب عظيم , tahukah kamu sepertimana yang Allah sebutkan pada ayat yang lalu tentang kepahitan pokok yang dilaknat itu di dunia, begitulah juga Allah menyebut kepahitan ini di akhirat nanti, iaitu buah Zaqqum. 

(2) Ia adalah sifat yang tertanam dalam diri, hakikatnya ia menghasilkan dalam jiwa manusia satu keadaan yang disebabkan oleh perbuatannya. Keadaan diri ini dinamakan sebagai suasana jiwa. Ia dinamakan hal keadaan selama mana ia cepat hilang. Apabila ia selalu berulang-ulang dan jiwa sudah terbiasa dengannya sehingga tertanam sifat itu dan sukar untuk hilang, ia akan mengusainya. Perkara lain yang boleh dibandingkan dengannya adalah kebiasaan dan sikap manusia.
(3) Ini adalah gambaran yang terperinci dari pengarang buku ini. Kerana manusia boleh mendengar dari semua arah, tetapi hanya boleh melihat apa yang ada di depannya sahaja.


137. Page

Mengikut tabiat bahasa arab, ayat tersebut dengan perkataan lain berbunyi (وعليهم عقاب شديد) , perkataan على digantikan dengan huruf lam, perkataan عقاب digantikan dengan perkataan عذاب , perkataan شديد digantikan dengan perkataan عظيم , sekalipun kedua-dua perkataan tersebut ada maksud yang sesuai. Ia menunjukkan merendahkan mereka, memburukkan mereka dengan jelas. Seolah-olah ayat itu memberi berita kematian kepada mereka dengan berkata: Tidak ada manfaat, tidak ada kesenangan dan tidak ada nikmat yang lebih besar melainkan azab siksa. Seperti kata-kata syair (1): (Mereka disambut dengan pukulan yang menyakitan). Ayat lain yang seperti ayat ini

﴿فَبَشِّرْهُمْ بِعَذابٍ ألِيمٍ 

Maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Ali Imran:21


Huruf lam pada ayat ولهم عذاب عظيم untuk menunjukkan akibat sesuatu perbuatan dan ganjarannya. Seolah-olah ia berkata “Terimalah upah perbuatan kamu”.

             Pada perkataan عذاب ada petunjuk rahsia yang mengingatkan mereka tentang azab untuk mereka dan keseronokan mereka dengan maksiat di dunia. Ayat ini seolah-olah berkata “Rasalah kepahitan keseronokan kamu”.

             Pada perkataan عظيم ada petunjuk rahsia yang mengingatkan mereka tentang keadaan orang yang mempunyai nikmat yang besar di syurga. Seolah-olah ia berkata kepada mereka: Lihatlah apa yang telah kamu sia-siakan untuk mendapat nikmat yang besar ini, bagaimana kamu boleh terjerumus ke dalam azab yang menyakitkan ini.

             Ia juga adalah kata penguat bagi perkataan عذاب .

             Sekiranya kamu mempersoalkan: Kafir adalah maksiat yang berlaku dalam jangka masa yang pendek, kenapa balasannya kekal selama-lamanya? Bagaimana perkara ini sesuai dengan keadilan tuhan?

           (1) Ini adalah keratan kedua syair Amru Bin Ma’dikaribu di dalam bukunya pada muka surat 149. Permulaan syair ini adalah: Kuda itu telah melaluinya dengan lambat oleh kuda yang lain. Syair ini kemudian digunakan untuk menggambarkan perumpamaan tentang merendahkan orang lain.

138. Page

Sekiranya dia diselamatkan, bagaimana perkara ini bertepatan dengan hikmah tuhan sejak azali?

             Sekiranya dia diselamatkan, bagaimana rahmat tuhan akan menolongnya?

             Jawapannya adalah: Sekiranya dia diselamatkan balasan itu tidak akan dihentikan, kerana kafir yang terhenti pada satu masa itu adalah satu jenayah yang tidak terhenti dari 6 sudut:

             Pertama: Seseorang yang mati dalam keadaan kafir sekiranya dia kekal hidup, dia menjadi kafir selama-lamanya kerana rosaknya sanubari hatinya. Hati yang rosak ini bersedia untuk melakukan jenayah yang tidak berkesudahan.

             Kedua: Kafir itu sekalipun ia terhenti pada satu masa, sebenarnya ia adalah jenayah yang tidak berkesudahan, kerana ia mendustakan orang-orang yang tidak kafir yang mengakui ketauhidan Allah.

             Ketiga: Kafir adalah kufur pada nikmat Allah secara berterusan.


             Keempat: Kafir adalah satu jenayah yang berterusan yang berkaitan dengan zat dan sifat tuhan.

             Kelima: Perasaan manusia -  di sebalik kata hadith ini  “ Tidak melapangkan aku bumi dan langit ”(1)– sekalipun secara zahir dan kekuasaannya terhalang dan akan berakhir, tetapi pengusaannya yang sebenar tersebar dan berpanjangan hingga selama-lamanya. Maka ia dari sudut ini tidak berkesudahan dan dengan kekufuran pula ia melumuri mereka dengan kekotoran dan melemahkan mereka.

(1) Hadis ini “Langit dan bumiku tidak melapangkanku, tetapi yang melapangkanku adalah hati hambaku yang beriman” disebutkan di dalam buku Ihya Ulumuddin dengan lafaz yang hampir sama. Al-I’raqi mengulas: Saya tidak melihat hadis ini ada asalnya, lihat di dalam buku Kasfh Al-Khafa’ oleh Al-Ajluni 2/195. Al-Sayuti berkata di dalam Al-Durr Al-Muntasirah: Imam Ahmad telah merekodkan hadis ini di dalam buku Al-Zuhd, diriwayatkan dari Wahab Bin Munabbih: Sesungguhnya Allah membuka langit untuk ……………….. sehingga dia dapat melihat arasy. Kemudian dia berkata: Maha Suci Allah, alangkah agungnya engkau! Allah berkata: Sesungguhnya langit dan bumi lemah untuk melapangkan aku. Yang melapangkan aku adalah hati hambaku yang beriman, yang tetap dan lembut. Ibnu Hajar Al-Haisami berkata di dalam buku Al-Fatawa Al-Hadisiyyah: Sekumpulan ahli sufi yang menyebut hadis ini mereka tidak maksudkannya secara zahir konsep penyatuan dan perubahan kerana kedua-duanya dikira kafir. Ahli sufi yang yang baik mereka adalah orang yang sangat mengenal Allah, apa yang wajib bagi Allah dan apa yang mustahil bagi-Nya. Apa yang mereka maksudkan di dalam hadis ini ialah hati orang beriman dipenuhi dengan iman kepada Allah, cinta pada-Nya dan mengenal-Nya.   


139. Page

Keenam: Sesuatu yang berlawanan sekalipun ia keras terhadap lawannya, ia menyamai lawannya pada kebanyakan ketentuan. Jadi sepertimana iman membuah kenikmatan yang abadi, kafir juga akan melahiran kesengsaraan yang abadi.

             Jadi sesiapa yang menggabung keenam-enam perkara ini, akan terhasillah balasan yang tidak berkesudahan sebagai balasan terhadap jenayah yang tidak berkesudahan. Inilah dia tunjang keadilan.

             Jika kamu kata: Sekiranya perkara ini adil, apakah hikmah wujudnya kejahatan yang menyebabkan pelakunya disiksa?

             Jawapannya adalah: Sepertimana yang kamu dengar buat kali ini, kebaikan yang banyak tidak akan dibiarkan supaya kejahatan yang sedikit mengambil alih. Kerana kejahatan itu walaupun sedikit ia adalah banyak/kerana perbuatan ini dikira kejahatan yang banyak. Ketika mana terlaksananya hikmat tuhan, akan muncullah ketetapan kebenaran yang mana ia lebih tinggi dari kebenaran yang sebenar. Semua ini tidak akan muncul kecuali dengan wujudnya kejahatan. Kejahatan ini tidak boleh dihalang dan disekat melainkan dengan menakutkannya. Ancaman ini tidak akan berkesan pada perasaan manusia melainkan dengan membuktikan ancaman ini dan merealisasikannya dengan mewujudkan seksaan. Kerana perasaan manusia tidak terkesan dengan sebenar-benarnya – seperti fikiran dan kesamaran- dengan ancaman melainkan setelah diceritakan hakikatnya yang sebenar secara diam-diam dengan pecahan-pecahan tanda-tandanya. Jadi hikmah Allah setelah menakutkan manusia dengan api di dunia, Allah menciptakan neraka di akhirat.

            


140. Page

Jika kamu kata: Perkara ini bertepatan dengan hikmah tuhan, di mana sudut rahmah tuhan pada perkara ini?

             Jawapannya adalah: Tidak dapat digambarkan pada hak mereka kecuali ditiadakan atau ada tetapi diseksa. Kewujudan manusia walaupun diseksa itu adalah satu rahmat tuhan dan itu lebih baik daripada ditiadakan sekiranya kamu berfikir. Kerana ditiadakan itu adalah satu kejahatan yang tulen, sehinggakan ketiadaan/ditiadakan/dihapuskan itu adalah satu musibah dan kejahatan sekiranya kamu fikir untuk menyelesaikannya. Manakala wujudnya manusia itu dikira sangat baik sekalipun di dalam neraka.


             Begitu juga fitrah manusia- apabila ia mengetahui bahawa seksaan boleh menghilangkan jenayah dan perlakuan buruknya- dia akan rela untuk dibalas untuk meringankan keaibannya disebabkan perlakuan buruknya. Dia akan berkata: Seksaan itu betul dan saya layak diseksa. Bahkan disebabkan cintakan keadilan adalah satu perkara yang disukai. Berapa banyak orang berpengaruh di dunia ini yang mahu dikenakan hukuman terhadap mereka untuk menghilang keaiban disebabkan jenayah yang mereka lakukan.

             Begitu juga keberadaan mereka di dalam neraka selama-lamanya dan menjadi rumah mereka, tetapi selepas berlalunya seksaan itu tanpa kelayakan , mereka akan diberikan layanan yang baik dan diringankan seksaan sebagai balasan sebahagian perbuatan baik mereka. Perkara ini disebutkan di dalam beberapa hadith(2). Ini adalah satu rahmat tuhan untuk mereka walaupun mereka tidak layak. Firman Allah:

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ


Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Al-Baqarah: 8

(2) Di antara hadith ini adalah apa yang diriwayatkan dari Nabi Sallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka adalah dia dipakaikan selipar daripada api neraka yang menyebabkan otaknya mendidih kerana kepanasan selipar itu.