Tafsir Surah Al-Bakarah, Ayat 8

140. Page

Jika kamu kata: Perkara ini bertepatan dengan hikmah tuhan, di mana sudut rahmah tuhan pada perkara ini?

             Jawapannya adalah: Tidak dapat digambarkan pada hak mereka kecuali ditiadakan atau ada tetapi diseksa. Kewujudan manusia walaupun diseksa itu adalah satu rahmat tuhan dan itu lebih baik daripada ditiadakan sekiranya kamu berfikir. Kerana ditiadakan itu adalah satu kejahatan yang tulen, sehinggakan ketiadaan/ditiadakan/dihapuskan itu adalah satu musibah dan kejahatan sekiranya kamu fikir untuk menyelesaikannya. Manakala wujudnya manusia itu dikira sangat baik sekalipun di dalam neraka.


             Begitu juga fitrah manusia- apabila ia mengetahui bahawa seksaan boleh menghilangkan jenayah dan perlakuan buruknya- dia akan rela untuk dibalas untuk meringankan keaibannya disebabkan perlakuan buruknya. Dia akan berkata: Seksaan itu betul dan saya layak diseksa. Bahkan disebabkan cintakan keadilan adalah satu perkara yang disukai. Berapa banyak orang berpengaruh di dunia ini yang mahu dikenakan hukuman terhadap mereka untuk menghilang keaiban disebabkan jenayah yang mereka lakukan.

             Begitu juga keberadaan mereka di dalam neraka selama-lamanya dan menjadi rumah mereka, tetapi selepas berlalunya seksaan itu tanpa kelayakan , mereka akan diberikan layanan yang baik dan diringankan seksaan sebagai balasan sebahagian perbuatan baik mereka. Perkara ini disebutkan di dalam beberapa hadith(2). Ini adalah satu rahmat tuhan untuk mereka walaupun mereka tidak layak. Firman Allah:

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ


Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Al-Baqarah: 8

(2) Di antara hadith ini adalah apa yang diriwayatkan dari Nabi Sallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka adalah dia dipakaikan selipar daripada api neraka yang menyebabkan otaknya mendidih kerana kepanasan selipar itu.


141. Page

Sepertimana ayat sebelum ini yang menghubungkan kata tunggal dengan kata tunggal supaya sama pada hukumnya, menghubungkan ayat dengan ayat untuk menggabungkan tujuannya, begitulah ayat Al-Quran menghubungkan satu cerita dengan cerita yang lain supaya sesuai dengan tujuannya. Antara intipati menghubungkan cerita orang kafir dengan orang munafik adalah: menghubungkan ringkasan 12 ayat kepada dua ayat ini, kerana ketika mana ayat ini bermula dengan memuji Al-Quran, ia kemudian memuji orang-orang beriman dan kemudian diikuti dengan menyebut keburukan lawan mereka dengan konsep: Kamu akan mengenali sesuatu melalui lawannya. Ia juga adalah untuk menyempurnakan tunjuk ajar dengan menyebut orang-orang munafik sebagai penyempurnaan pembahagian orang-orang yang tidak baik.

             Sekiranya kamu bertanya: Kenapa Al-Quran meringkaskan sebutan orang-orang kafir dengan hanya 2 ayat dan menyebut tentang orang-orang munafik sebanyak 12 ayat?

             Jawapannya adalah kerana beberapa perkara:

             Pertama: Musuh yang tidak dikenali sangat merbahaya. Sekiranya dia tersembunyi itu lebih buruk. Sekiranya dia berbohong akan mengundang keburukan yang sangat besar. Sekiranya dia berada di dalam akan lebih merbahaya, kerana berada di dalam diri manusia akan mematahkan sendi-sendi, memisahkan kekuatan berbanding dengan apa yang ada di luar. Ia juga akan menyebabkan munculnya ketaksuban yang melampau. Alangkah malangnya kerana jenayah nifaq ini sangat besar dalam Islam dan keadaan yang bercampur aduk ini adalah berpunca darinya. Oleh itu Al-Quran banyak menyebut tentangnya.

             Kedua: Orang-orang munafik kerana percampuran mereka dengan orang-orang beriman, dia mula berjinak dengan mereka sedikit demi sedikit, mula rapat dengan iman sedikit demi sedikit. Dia bersedia untuk melarikan diri (membenci dirinya) dari keadaan dirinya disebabkan buruknya amalannya dan memperbodohkan pergerakannya. Jadi kalimah tauhid dari mulutnya akan turun ke hati. 


142. Page

Ketiga: Jenayah yang dilakukan oleh orang munafiq melebihi jenayah orang kafir seperti merendah-rendahkan Islam, menipu, menyamar, membuat helah, pembohong dan menunjuk-nunjuk.

             Keempat: Kebanyakan orang munafiq terdiri dalam kalangan ahli kitab dan Jazbarah . Mereka sangat pandai membuat helah dan konspirasi serta mempunyai kecerdikan seperti syaitan (pandai menghasut). Jadi menerangkan tentang mereka dengan panjang lebar itu lebih baik dalam penyampai dakwah Islam.

             Manakala untuk merungkai perkataan-perkataan yang ada di dalam ayat ini, tahukah kamu perkataan

(من الناس) adalah khabar muqaddam bagi perkataan (من) dari satu sudut.

             Jika kamu bertanya: Orang munafiq adalah orang yang cerdik?

             Jawapannya adalah: Sekiranya mereka cerdik, tujuannya yang satu di sini adalah untuk menimbulkan rasa kagum. Seolah-olah ia berkata keadaan orang munafiq yang hina itu adalah sesuatu yang istimewa, kerana manusia itu dimuliakan. Dia tidak sepatutnya merendahkan dirinya dengan begitu hina sekali.

             Sekiranya kamu bertanya: Kenapa perkara ini disebut di hadapan (khabar muqaddam)?

             Jawapannya adalah: Untuk membangkitkan rasa takjub, sesuatu perkara itu mesti diletak di hadapan (disebut dahulu dalam ayat), supaya perhatian ditumpukan kepada sifat perkara yang mula-mula disebut yang mana ia adalah tujuannya. Sekiranya tidak dilakukan demikian, perhatian akan ditumpukan pada perkara selepasnya (khabar).

             Perkataan (الناس) mengandungi beberapa makna yang lembut:


143. Page

Pertama: Ia tidak memalukan orang munafiq dengan menyebut mereka secara jelas, tetapi menutup keaiban mereka menggunakan perkataan (الناس) (manusia/orang ramai) untuk menunjukkan bahawa ia adalah amat sesuai dengan politik nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Sekiranya nabi membuka keaiban mereka, orang-orang beriman akan ragu-ragu dengan mereka. Mereka tidak selamat dari bisikan-bisikan yang ada dalam hati mereka, keraguan mereka akan membawa kepada ketakutan, ketakutan akan membawa kepada menunjuk-nunjuk, seterusnya membawa kepada nifaq. Sekiranya nabi menyebut mereka secara jelas, sudah pasti nanti nabi akan dituduh sebagai orang yang tidak mempercayai pengikutnya. Kerana sebahagian kejahatan sekiranya disembunyikan, ia akan lenyap sedikit demi sedikit dan pelakunya akan berusaha menyembunyikannya. Sekiranya mereka didedahkan - berdasarkan sabda baginda “Jika kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu hendak”  (2)– sudah pasti baginda sudah mendedahkan mereka terjadilah apa yang dijangka, sudah pasti perkara ini tersebar dan baginda tidak peduli.


             Kedua: Penggunaan perkataan ini (الناس) menunjukkan bahawa dengan tidak melihat semua sifat-sifat yang dinafikan dari orang munafiq, jadi sifat umumnya adalah: kemanuasiaan juga dinafikan dari mereka, kerana manusia yang dimuliakan tidak akan mendapat kehinaan seperti ini.


             Ketiga: Ia menunjukkan bahawa nifaq adalah sesuatu yang tidak khusus pada satu kumpulan atau tingkatan masyarakat, tetapi ia ada pada semua jenis manusia dari kelompok apa pun.

             Keempat: Ia menunjukkan bahawa nifaq menghilangkan sebab-sebab/pengajaran/sudut pandang setiap manusia. Maka sudah pasti ia akan membangkitkan kemarahan setiap orang padanya, setiap orang akan memberi amaran padanya supaya dia tidak menyebarkan racun itu, sepertimana ia membiarkan ketua sebuah kumpulan, kebodohan individu dalam kalangan mereka menggerakkan kemarahan mereka.

             Manakala ayat من يقول آمنا

(2) Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukahari, diriwayatkan dari Abu Mas’ud Uqbah Bin Amru Al-Ansari R.A, beliau berkata: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya apa yang diketahui oleh orang ramai akan kata-kata nabi yang pertama ialah: Jika kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu hendak (suka). 

144. Page

Sekiranya kamu bertanya mengapa perkataan يقول datang dalam bentuk tunggal dan perkataan آمنا dalam bentuk plural, sedangkan puncanya adalah satu?

             Jawapannya adalah: Ia menunjukkan sesuatu yang menarik iaitu:

             Menzahirkan bahawa yang bercakap itu bercakap dengan dirinya sendiri. Jadi perkataan يقول untuk bercakap dengan dirinya, perkataan آمنا untuk bercakap dengan orang lain dari sudut hukum.

             Ayat ini adalah tentang dakwaan tentang keimanan mereka. Ayat ini menunjukkan penolakan terhadap dakwaan mereka dari 2 sudut. Ayat ini juga menunjukkan kekuatannya dari 2 sudut. Perkataan يقول menunjukkan bahawa kata-kata mereka bukanlah dari kepercayaan dan perbuatan mereka, tetapi mereka menuturkan iman itu hanya di mulut mereka, bukan dari hati. Perkataan yang digunakan ini menunjukkan sebab mereka terus mempertahankan perbuatan mereka itu adalah kerana pandangan manusia, bukan dari dalam diri mereka. Mereka menggunakan perkataan yang menunjukkan masa lalu dengan berkata; kami bergaul dengan ahli kitab, kami telah beriman dahulu, bagaimana pula kami tidak beriman sekarang. Perkataan نا menunjukkan mereka berkata; kami kumpulan yang bersatu, kami bukan seperti seseorang yang berbohong dan mereka-reka cerita.

             Ayat بالله وباليوم الاخر (kami beriman) dengan Allah da hari kiamat, tahukah kamu bahawa ayat al-quran membalas pada sesuatu dakwaan, atau bertindak dengan menghilangkankan harapan, atau meringkaskan sesuatu kenyataan.

             Pertama; mereka mengatakan beriman pada Allah dan hari kiamat untuk menzahirkan ketaqwaan mereka. Itu adalah perkara yang paling mudah diterima. Mereka menyebut urutan rukun iman dengan kata hubung ‘dan’. 


145. Page

Kedua; dalam ayat ini Allah menyebut rukun iman dengan diringkaskan kepada 2 perkara untuk menunjukkan bahawa perkara terbesar yang mereka dakwa bukanlah menunjukkan mereka beriman, kerana keimanan mereka pada kedua-duaya bukanlah tepat. Allah mengulang huruf ba untuk menunjukkan jauh dan berbeza, kerana beriman dengan Allah adalah dengan mengimani kewujudannya dan keesaannya. Manakal hari kiamat adalah dengan percaya dengan kebenaran dan kedatangannya nanti.

             Ayat وما هم بمؤمنين sedangkan mereka tidak beriman :

             Sekiranya kamu bertanya; mengapa ia tidak datang dalam perkataan وما آمنوا yang mana lebih serupa seperti perkataan آمنا – datang dalam bentuk feil madhi.


             Jawapannya adalah; supaya tidak berlaku percampuran di antara dua perkataan. Supaya maksud pembohongan itu tidak kembali pada perkataan itu kerana perkataan itu sendiri menghalang dari maksud pembohongan. Penafian tentang keimanan mereka dan pembohongan mereka terkandung dalam perkataan ‘ kami beriman. Ia datang dalam bentuk Jumlah Ismiyyah – Frasa Nama- untuk menunjukkan mereka sentiasa tidak beriman.

             Sekiranya kamu bertanya: Kenapa ia tidak menunjukkan penafian terhadap keadaan yang berterusan sekaipun perkataan ما didahulukan?

             Jawapannya adalah; kerana penafian bermaksud keadaan yang berat, berterusan bermaksud keadaan yang ringan, jadi penafian itu lebih mendalam dan dekat dari ketepatannya.

             Sekiranya kamu bertanya, apa fungsi huruf ba pada khabar ما ?

             Jawapannya adalah: Untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah orang yang benar-benar beriman sekalipun nampak beriman secara zahirnya. Ini kerana terdapat perbezaan di antara ayat ما زيد سخيا dan

 ما زيد بسخي . Ayat pertama bermaksud Zaid tidak mulia dengan perbuatannya sekalipun dia layak dan termasuk dalam golongan itu. Ayat kedua bermaksud Zaid dirinya sendiri tidak boleh menerima kemuliaan sekalipun dia melakukan kebaikan.