NAVIGATION
146. Page
﴿يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ { فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ﴾
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab Seksa Yang Tidak Terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Al-Baqarah (9-10).
Keterangan ayat;
Ayat ini menghina orang munafik, merendahkan mereka, mengancam dan memberi amaran kepada mereka, kemudian menimbulkan rasa pelik dengan sikap mereka. Ia juga menerangkan maksud kata-kata mereka dan sebab-sebab mereka berkata begitu. Ia menjelaskan tentang 4 jenayah yang berpunca dari nifaq, iaitu tipu daya, melakukan kerosakan, memperbodohkan orang-orang beriman dan menghina mereka. Ayat ini menggambarkan perbuatan mereka menggunakan perumpamaan- Istia’rah Tamsiliyyah- dengan menggambarkan penerimaan mereka terhadap hukum Allah dan layanan mereka terhadap nabi dan orang-orang beriman – dengan menzahirkan keimanan mereka kerana habuan dunia dan menyembunyikan kekufuran, manakala Allah dan nabi melayan mereka seperti orang beriman untuk memperdaya mereka, sekalipun jenayah nifaq ini adalah kufur yang paling teruk. Perbuatan mereka digambarkan seperti dua orang yang saling memperdaya, atau seperti pemburu dengan mangsanya yang ingin keluar dari lubangnya kemudian ia lari ke lubang yang lain.
Manakala susunan ayat tentang jenayah yang pertama mereka dari perkataan يخادعون hingga بما كانوا يكذبون , kamu lihatlah kandungannya yang terdiri dari rantaian yang tersusun di dalam tujuh ayat. Iaitu memperlekehkan mereka dengan meminta perkara yang mustahil, memperbodohkan mereka dengan menyusahkan diri mereka dengan niat yang bermanfaat, memperbodohkan mereka kerana tidak dapat membezakan antara keburukan dan kebaikan, menghina mereka dengan kekotoran/kerosakan keturunan mereka, penyakit dan kematian. Kemudian menghina mereka dengan menambah kesakitan mereka dengan meminta penyembuhan, mengancam mereka dengan kesakitan bersangatan yang akan melahirkan kesakitan yang merebak, kemudian menghebahkan kepada orang ramai tentang tanda yang paling buruk iaitu pembohongan.
147. Page
Manakala jalinan dan susunan tujuh ayat tersebut serta memberi tumpuan pada hukum yang ada padanya; sepertimana kamu apabila hendak menyekat seseorang dari melakukan sesuatu dan menasihatinya dengan berkata: Hei, kalau kamu cerdik perkara ini adalah mustahil!
Hei, sekiranya kamu suka diri kamu, maka ini akan merosakkan kamu!
Hei, sekiranya kamu boleh merasa, mengapa kamu tidak dapat membezakan yang buruk dan baik?!
Hei, sekiranya kamu tidak ada pilihan, maka sekurang-kurangnya kamu tahu kerosakan akhlak kamu. Ia ada penyakit yang mengubah kebenaran dan memperlihatkan kemanisan sebagai kepahitan!
Sekiranya kamu mencari ubat, ia akan menambah kesakitan kamu dan tidak akan sembuh. Kamu seperti orang yang diuji dengan penyakit tidak dapat tidur malam. Dia berusaha untuk tidur yang mengakibatkan dia susah hati dan menghilangkan rasa mengantuk, atau seperti orang yang ditimpa sakit jiwa yang merasakan adanya kecelakan yang menyebabkannya ditimpa dua penyakit sekaligus.
Sekiranya kamu mencari keseronokan, di sini ada kesakitan yang amat sangat yang mengkibatkan kesakitan yang lebih perit yang tidak ada yang lain sepertinya yang ada padanya keseronokan yang pelbagai.
Sekiranya kamu tidak mengambil perhatian dan tidak terhalang, maka tidak ada untuk kamu melainkan akan ditanda dengan tanda yang buruk, kemudian akan dihebahkan pada orang ramai untuk menghalang kemasukan kerosakan kamu pada manusia.
Begitu juga Allah berkata kepada hati orang-orang munafik dengan firmannya يخادعون الله mereka hendak memperdayakan Allah sebagai ganti mereka hendak memperdayakan nabi untuk memperbodohkan mereka. Bagaiamana mereka hendak memperdayakan nabi sedangkan nabi adalah penyampai dari Allah. Jadi tipu daya mereka terkena pada Allah. Memperdaya Allah adalah mustahil, membuat perkara mustahil adalah bodoh. Kebodohan seperti ini yang mengagumkan kamu?
148. Page
Ayat ini diikuti dengan وما يخدعون إلا أنفسهم padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri , untuk memperlekeh mereka. Bermaksud apa yang kamu lakukan tidak ada kebaikan, yang ada hanya keburukan. Keburukan itu berbalik kepada kamu, seolah-olah kamu memperdaya diri kamu sendiri.
Ayat ini disudahi dengan وما يشعرون sedangkan mereka tidak menyedarinya , untuk menunjukkan kebodohan mereka. bermaksud hai orang-orang bodoh, kamu telah menjadi lebih sesat dari binatang, kamu seperti batu-batu yang tidak dapat merasa perbezaan antara buruk dan baik.
Kemudian diikuti dengan ayat في قلوبهم مرض Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), untuk menghina mereka kerana rosaknya sanubari mereka. Bermaksud sekiranya kamu tidak apa pilihan, sekurang-kurangnya kamu tahu itu adalah satu penyakit. Rohani kamu telah rosak! Nifaq dan hasad adalah penyakit jiwa yang menyelewangkan kebenaran dan mengubahnya sehingga kamu menyangka yang manis itu pahit dan yang pahit itu manis, yang hitam menjadi putih, yang putih menjadi hitam. Jadi kamu jangan mengikuti penyakit itu.
Kemudian Allah menambah lagi dalam firmannya فزادهم الله مرضا maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka, untuk merendah-rendahkan mereka. Bermaksud sekiranya kamu mencari ubat dan penawar untuk mengubati penyakit marah dan hasad kamu, perbuatan ini cuma menambahkan lagi penyakit kamu. Kamu seperti seseorang yang mematahkan tangannya sendiri kemudian ingin membalas dendam, kamu memukulnya dengan tangan kamu yang cedera itu, bertambahlah kecederaannya.
149. Page
Kemudian Allah berkata ولهم عذاب أليم dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, untuk mengancam mereka. Bermaksud sekiranya kamu mencari keseronokan maka sikap munafik kamu itu cuma ada kesakitan segera yang bersangatan yang akan menghasilkan pula kesakitan yang lebih perit nanti. Ia bukan seperti penyakit maksiat yang lain yang mempunyai keseronokan yang sedikit dan sementara.
Kemudian Allah menutup ayat ini dengan firmannya بما كانوا يكذبون dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran), untuk memberi tanda yang buruk pada mereka. Bermaksud sekiranya kamu tidak mengambil pengajaran dan tidak berhenti dengan sikap kamu, kamu akan dihebahkan kepada manusia sebagai pembohong supaya penyakit kamu tidak merebak kepada orang lain.
Manakala susunan ayat di antara pecahan setiap ayat:
Pertama: Iaitu ayat يخادعون الله والذين امنوا :
Pemberitahuan tentang perbuatan tipu daya mereka dengan menggunakan perumpamaan, lebih-lebih lagi dari sudut saling memperdaya , menggunakan perkataan Allah sebagai ganti perkataan nabi, dan perkataan (والذين آمنوا) sebagai ganti perkataan (المؤمنين) sebagai kenyataan dan penjelasan bahawa mustahil mereka dapat mencapai matlamat mereka menggunakan tipu helah mereka. Juga menjadikan perkara yang mustahil untuk dicapai itu sebagai tumpuan dengan gambaran yang dapat menjauhkan jiwa dan menakutkannya, kerana penggunaan Istia’rah Tamsiliyyah yang menyebabkan orang lain menjauhkan diri.
Di dalam perumpamaan itu juga ada gambaran yang berterusan yang menyebabkan hati membencinya.
Di dalam ayat ini juga terdapat perumpamaan Musyakalah(2) seperti ayat وجزاء سيئة سيئة مثلها dan balasan perbuatan jahat adalah kejahatan seperti itu juga. Al-Syura: 4. Apa yang terhasil adalah tipu daya mereka tidak berjaya, kerana di dalam ayat Musyarakah perbuatan pelaku adalah sebab perbuatan objeknya. Di dalam ayat ini pula objek menjadi sebab untuk menyekat tipu daya pelaku dan tidak ada kesan dari perbuatannya. Tetapi menjadikan tipu daya itu gambaran yang lemah/berpecah sebagai kebalikan dari tujuaannya apabila kamu merendahkan seseorang kerana kebodohannya, sedangkan pada masa yang sama dia menyembunyikan bahawa dia tahu perkara tersebut untuk menghina kamu.
150. Page
Di dalam ayat ini juga dengan jelas menggunakan kalimah Allah untuk menunjukkan tujuan mereka yang mustahil untuk dicapai, kerana memperdaya nabi Sallahu Alaihi Wasallam bermaksud memperdaya Allah yang menyebabkan akal terhalang dari membuat helah.
Di dalam ayat (الذين آمنوا) dengan menjadikan hubungan keimanan ini tumpuan untuk menunjukkan bahawa orang-orang munafiq mengambil hati orang-orang beriman dengan menunjukkan keimanan dan menggerakkan punca iman mereka untuk disukai dan dapat berdamping dengan mereka.
Ia juga menunjukkan bahawa orang-orang beriman yang bersinar akal mereka, mereka tidak dapat disembunyikan dari tipu daya orang-orang munafiq. Di sini akan zahirlah kerencatan tipu helah mereka.
Kedua: Ayat وما يخدعون إلا أنفسهم padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri :
Ia menunjukkan sempurnanya kebodohan mereka berbanding perbuatan mereka, seperti orang yang melemparkan batu ke dinding, batu itu melantun untuk mencederakan kepalanya. Mereka menggunakan kecerdikan mereka untuk menyusahkan orang-orang beriman padahal ia mengenai mereka kembali. Seolah-olah mereka memperdaya diri mereka sendiri.
Penggunaan perkataan يخادعون mereka ingin memperdaya menggantikan perkataan يضرون menunjukkan bahawa mereka berada di puncak kebodohan, kerana tidak ada orang yang waras sengaja memudaratkan diri, dan tidak ada yang menipu diri sendiri melainkan dia adalah keldai dalam bentuk manusia!
Perkataan أنفسهم diri mereka sendiri adalah simbol yang tersembunyi menunjukkan sikap munafiq dan tipu helah mereka adalah untuk memenuhi nafsu mereka yang terhasil dari tuntutan jiwa mereka.
151. Page
Sekiranya kamu mempersoalkan: Ayat ini menunjukka tipu daya mereka cuma memudaratkan diri mereka sahaja, ia tidak memudaratkan Islam dan penganutnya. Di samping itu juga Islam tidak melihat perkara lain lebih mudarat sepertimana ia melihat nifaq ini dan pecahannya yang tersebar seperti racun di dalam Islam?
Jawapannya adalah: Apa yang kamu lihat tentang bahaya yang menyerang dan racun yang merebak adalah kerana tabiat mereka yang rosak, fitrah mereka yang kotor, perasaan mereka yang rosak seperti penyakit berjangkit. Helah dan tipu daya mereka bukanlah berpunca dari pilihan mereka, kerana mereka hendak memperdaya Allah dan rasulnya, sedangkan Allah mengetahui setiap perkara dan baginda menerima wahyu tentang perkara tersebut. Orang-orang beriman pula tidak diperdaya dengan tipu helah mereka walaupun beberapa kali mereka tetap tidak tertipu. Maka ternyatalah mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri.
Ketiga: Ayat (وما يشعرون) sedangkan mereka tidak menyedarinya :
Kesimpulan ayat ini menunjukkan mereka tidak tahu, kerana mereka tidak berasa sekiranya mereka cerdik maka perbuatan mereka ini bukan perbuatan orang yang waras. Sekiranya mereka binatang mereka akan bertindak mengikut naluri. Jadi sudah tentu mereka berasa dan menyedari kemudaratan. Jadi ternyatalah di sini mereka seperti benda tidak bernyawa yang tidak ada pilihan.
152. Page
Keempat: Ayat في قلوبهم مرض Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),:
Ayat ini menjelaskan bahawa mereka tidak mengetahui tuntutan hukum akal perasaan (deria rasa)menyebabkan zahirnya penyakit di dalam jiwa mereka. Sekurang-kurangnya mereka perlu tahu itu adalah penyakit supaya mereka dapat menghindari dari tuntutannya dan menghukum ke atasnya. Kerana kebiasaan orang sakit akan mengubah kebenaran, menyelewengkan yang betul dan mengubah yang pahit menjadi manis seperti yang telah kita bincangkan.
Perkataan (في) menunjukkan bahawa hasad dan dengki mereka adalah penyakit yang ada dalam hati mereka yang telah disebutkan sebelum ini.
Perkataan القلب hati , menunjukkan bahawa seperti mana diri hati itu sakit, semua anggota badan akan terganggu. Begitu juga penyakit hati nifaq dan tipu daya akan menyebabkan jiwa terpesong dari jalan Islam yang sebenar, kerana hati itu adalah punca kehidupan dan penggeraknya.
Ayat (في قلوبهم) di dalam hati mereka di dahulukan dari perkataan (مرض) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), untuk menunjukkan pengkhususan itu dari 2 sudut. Ia menunjukkan dengan cara berlawanan bahawa iman adalah cahaya. Fungsinya adalah memberi kesan yang baik, sihat dan istiqamah pada seluruh anggota badan.
Ia juga menunjukkan kerosakan yang berlaku pada asasnya (puncanya) akan menyebabkan proses pemulihan pada cabangnya menjadi sia-sia.
Perkataan (مرض) menunjukkan putusnya alasan mereka (tidak diterima) dan satu tamparan buat mereka bahawa fitrah manusia bersedia menerima kebenaran, sedangkan kerosakan dan kemusnahan adalah penyakit.
153. Page
Perkataan ini dibariskan tanwin untuk menunjukkan penyakit itu tersembunyi dan sukar dilihat sehinggalah ia dirawat.
Kelima: Ayat (فزادهم الله مرضا) maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka,
Ketika mereka tidak mengetahui bahawa itu adalah penyakit supaya mereka dapat menghindarinya, bahkan mereka memohonnya dari Allah dalam keadaan mengganggap perkara itu baik, jadi Allah tambahlan lagi penyakit itu untuk mereka. Kerana “sesiapa yang meminta dia akan mendapatnya”.
Huruf fa adalah untuk kesudahan yang buruk- sekalipun kewujudan penyakit itu bukanlah sebab bertambahnya penyakit itu – huruf ini menunjukkan mereka tidak mengenal pasti penyakit itu dan tidak mencari jalan untuk merawatnya. Tetapi melakukan melakukan perbuatan yang akan menambahkan lagi penyakit itu seperti orang yang memukulnya musuhnya yang lebih kuat dengan tangannya yang sakit. Jadilah mereka seperti meminta sakit yang lebih lagi. Justeru Allah menambahkan mereka penyakit itu dengan mematahkan cita-cita mereka dan mereka berputus asa dan terganggu disebabkan kemenangan orang-orang beriman, juga dengan membalikkan musuh mereka dalam keadaan dengki yang membakar hati mereka disebabkan kemenangan orang-orang beriman. Maka kedua-dua penyakit putus asa dan dengki itu melahirkan ketakutan, kelemahan dan kehinaan dan menguasai hati mereka.
Kemudian Allah tidak berkata "فزاد الله مرضهم" , tetapi menjadikan objek kata kerja (Maf’ul bih- مرض) sebagai Tamyiz untuk menunjukkan bahawa penyakit hati boleh merebak kepada anggota badan dan mengganggu semua perbuatan. Seolah-olah penyakit keji ini menguasai
kewujudan mereka. seolah-olah kewujudan mereka adalah diri penyakit itu. Pertambahan luka penyakit itu dan bintik-bintik yang mengandungi air disebabkan luka akan menambahkan lagi diri penyakit itu. Kerana “rumah yang menyalakan api” bermaksud api sudah memenuhi rumah itu sehingga rumah itu seolah-olah menjadi api yang marak berbanding “api membakar rumah” kerana api yang membakar rumah datang dari mana-mana sudut.
154. Page
Keenam: Ayat ولهم عذاب أليم dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya :
Huruf lam menunjukkan manfaat yang diterima. Sekiranya mereka mendapat manfaat sudah pasti manfaat itu adalah keperitan yang menyeksakan di dunia atau seksaan di akhirat yang menyakitkan. Mustahil mereka mendapat manfaat. Dengan menyifatkan seksaan itu adalah perit sedangkan keperitan itu menunjukkan seksaan itu menguasai kewujudan mereka dan meliputi diri mereka dan tersebar di dalam hati mereka di mana ia berubah menjadi seksaan. Maka jadilah seksaan itu diri mereka sendiri, seperti arang menukar ketulannya yang menyala menjadi api. Apabila orang yang berkhayal melihat gambaran seksaan ini dan mendengar di sampingnya suara tangisan akibat sakit dan perit serta teriakan yang menghasilkan kehidupan baru dikelilingi oleh seksaan akan beranggapan bahawa seksaan itulah yang menangis dan menderita. Alangkah dasyatnya amaran ini untuk orang bercita-cita mendapatkannya!
Ketujuh: Ayat بما كانوا يكذبون dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran) :
Allah mengaitkan seksaan dengan jenayah yang mereka lakukan dengan pendustaan untuk menunjukkan dasyatnya dan kejinya perbuatan ini dan betapa buruknya ia. Ayat ini adalah saksi yang benar untuk menunjukkan dasyatnya kesan racun pendustaan ini. Ini kerana ia adalah asas kepada kufur, kufur pula adalah pendustaan dan ketua pendusta.
155. Page
Pendustaan ini adalah tanda pertama orang munafiq(3). Pendustaan ini mencabar kekuasaan Allah, melawan hikmah tuhan, memusnahkan akhlak yang mulia, menukar pandangan yang agung menjadi rantaian yang busuk, ia menyebabkan racun tersebar dalam Islam dan mengubah keadaan manusia. Dialah yang mengikat diri manusia dari mencapai kesempurnaan dan menyekatnya dari mara ke hadapan. Contoh sebenar yang berlaku adalah Musailamah Al-Kazzab(4), dia sangat hina dan rendah martabatnya. Ia adalah beban yang sangat berat di bahu manusia yang menghalangnya dari tujuannya yang sebenar. Ia adalah bapa kepada riya’ dan ibu kepada kepura-puraan. Kerana inilah Allah melaknat perbuatan dusta ini dan memberi amaran kepada semua manusia.
Maka wahai manusia, lebih-lebih lagi orang Islam, ayat ini mengajak kamu mendalaminya secara mendalam!
156. Page
Wahai sekalian manusia, terutama orang-orang Islam, ayat ini menyeru kamu agar meneliti.
Jika kamu kata : Pembohongan untuk sesuatu maslahat yang dimaafkan?
Dikatakan pada kamu : itu jika maslahat yang sangat darurat, walaupun ia keuzuran yang palsu, namun ia telah tercatat di dalam ilmu Usul Syariah, dan perkara ini tidaklah setepat itu, iaitu “ perkara yang tidak terhasil disebabkan ia boleh terdedah kepada penggunaan yang buruk” tidak boleh dijadikan ilat (Sebab) dan asas untuk sesuatu hukum, sepertimana sesuatu kepayahan yang tidak cukup syarat, tidak boleh dijadikan ilat untuk Qasar (solat), malah untuk jadi ilat safar[1] (pun tidak boleh), jika kita boleh terima pun, kemudharatan yang mengatasi manfaat telah difatwakan pembatalannya, dan maslahat itu terpakai ketika tiada mudharat. Dan apa yang kamu lihat menggoncangkan suasana dunia itu, adalah saksi bahawa penggunaan mudharatan mengatasi keuzuran yang bermaslahat, kecualilah ia dalam bentuk “Ta’ridh”[2] dan “kinayah”[3] yang keduanya bukanlah penipuan, maka jalannya ada dua : sama ada diam, di mana “ tidak semestinya perkara yang mengiringi setiap kata benar itu, berkata semua yang benar”. Sama ada benar, di mana kebenaran adalah asas Islam, dan cirri khasnya Iman, bahkan Iman itu Membenarkan dan ia adalah puncaknya, malah ia penghubung kepada setiap yang sempurna, ia adalah kehidupan untuk budi pekerti yang tinggi, dan ia adalah dasar pengikat sesuatu dengan hakikatnya, ia yang memperlihatkan kebenaran di lidah, ia adalah pusaran yang melonjakkan manusia, ia adalah system dunia Islam, ia yang mempercepatkan bangsa manusia meluncur naik -seperti Burak- menuju ka’bah kesempurnaan, ia yang menjadikan manusia terbawah dan terfakir lebih mulia dari para sultan, dengannya para sahabat Nabi saw mengatasi semua manusia, dan dengannya juga Nabi Muhammad Al-Hashimi saw melangkah naik ke martabat tertinggi di kalangan manusia.