NAVIGATION
53. Page
بسم الله الرحمن الرحيم
Surah pertama dari surah-surah Az-Zahrawain[1]
Jika anda berkata : Di dalam Al-Quran yang padat dan bermukjizat ini terdapat beberapa perkara yang kerap diulang-ulang seperti lafaz basmalah, ayat فبأي آلا ربكما تكذبان, ayat ويل يومئذ للمكذبين, kisah Nabi Musa dan lain-lain, sedangkan yang diulang-ulang itu boleh menyebabkan jemu serta menafikan unsur ilmu balaghah.
Maka dijelaskan di sini bahawa terdapat sebuah kata-kata yang menyebutkan ‘tidak semestinya semua yang bersifat menyala itu boleh membakar’. Ertinya, pengulangan sesuatu perkara itu mungkin menjemukan, namun ia tidaklah bersifat mutlak. Ada ketika pengulangan itu dipandang baik, ada ketikanya ia menjengkelkan. Seperti mana makanan manusia, ada yang berbentuk al-qut iaitu makanan asas dan yang berbentuk tafakkuh iaitu buah-buahan. Makanan asasi jika dimakan secara berulang-ulang, ia menimbulkan rasa selesa dan jiwa merasa puas.
[1] Az-Zahrawain ialah merujuk kepada 2 surah iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Terdapat hadith riwayat daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bacalah Al-Quran kerana ia nanti datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah surah Az-Zahrawain iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran, kerana keduanya nanti datang di hari kiamat seakan awan yang melindungi pembacanya sekumpulan burung yang membuka kepak dan sayap. Kedua surah ini akan membela pembacanya. Sesiapa yang mengambilnya ia mendapat keberkatan. Sesiapa yang mengabaikannya ia akan kerugian. Kedua surah ini tidak mampu diatasi oleh ahli sihir”. Sahih Muslim, 1/553, no. 804
54. Page
Sementara memakan buah secara kerap adalah menjemukan. Nikmatnya hanya dirasai jika ia dimakan secara berkala. Demikianlah juga ungkapan kata-kata. Ada yang tergolong dalam kategori makanan asasi untuk akal dan jiwa. Kata-kata seperti ini setiap kali diungkapkan ia menimbulkan keselesaan dan dianggap menyenangkan seperti mana cahaya matahari. Ada kata-kata yang tergolong dalam jenis ‘buah-buahan’ dan pelengkap. Kesedapannya hanya dirasai ketika rupa dan jenisnya dipelbagaikan.
Maka, itulah hakikat Al-Quran! Seluruh isinya adalah makanan asasi yang menguatkan hati manusia. Membacanya secara berulang-ulang tidak menjemukan. Semakin kerap ia dibaca, semakin banyak kebaikan diterima. Di dalam Al-Quran terdapat ruh kepada makanan asasi. Setiap kali pengulangan bacaan dibuat, ia akan menerbitkan gemerlapan dan melepaskan cahaya kebenaran. Sebahagian dari cahaya tersebut ada yang membentuk asas dan pegangan hidup serta cahaya yang terbentuk dalam bentuk yang abadi seperti lafaz بسم الله الرحمن الرحيم. Justeru cubalah rasainya wahai sekalian manusia!
Ini antara justifikasi penerimaan kepada idea pengulangan. Selain justifikasi tersebut, kisah Nabi Musa contohnya disebutkan beberapa kali dengan penonjolan idea dan versi yang bersesuaian dengan keadaan tersebut.
55. Page
Kisah Nabi Musa secara keseluruhan lebih luas berbanding ‘babak tongkat’[1] yang diceritakan di pelbagai tempat dalam Al-Quran. Al-Quran menghuraikan kisah tersebut dengan tinta emas dan ia boleh menyebabkan ‘ahli-ahli sihir linguistik’ tersungkur sujud disebabkan anasir balaghahnya.
Demikian juga dengan Basmalah yang memiliki beberapa aspek seperti meminta bantuan, mengambil berkat, menumpukan topik, matlamat, senarai kandungan yang terpapar inti pati[2] kepada seluruh isi Al-Quran.
Basmalah juga mempunyai beberapa maqam tertentu seperti maqam tauhid, maqam tanzih (menyucikan Allah), maqam pujian kepada Allah, maqam keagungan dan keindahan Allah, maqam ihsan dan sebagainya.
Selain itu, di dalam basmalah juga terdapat isi-isi tersirat. Ia mengisyaratkan kepada empat prinsip yang tersohor iaitu tauhid, kenabian, kebangkitan manusia dan keadilan Tuhan. Sementara kebanyakan surah lain lebih menumpukan kepada satu prinsip sahaja sementara prinsip lain disentuh secara sampingan. Justeru, kenapa tidak boleh wujud satu pihak (basmalah) yang memilliki suatu ciri khusus yang menghimpunkan segala pengajaran umum terhadap seluruh surah-surah yang lain? Malah kandungannya menyeluruh jika dibandingkan dengan halatuju surah yang lain dan kedudukannya.
[2] Maksudnya ialah setiap topik, objektif dan daftar isi di dalam Al-Quran terkandung di dalam lafaz basmalah.
56. Page
﴿الم﴾
اعلم أن ههنا "مباحث أربعة":
المبحث الأول:
أن الإعجاز قد تنفّس من أُفق ﴿الم﴾ لأن الإعجاز نورٌ يتجلى من امتزاج لمعات لطائف البلاغة، وفي هذا المبحث لطائفُ كلٌّ منها وإن دقَّ، لكن الكل فجرٌ صادق.
منها: أن ﴿الم﴾ مع سائر أخواتها في أوائل السور تنصّف كل الحروف الهجائية التي هي عناصر كل الكلمات. فتأمل!
ومنها: أن النصف المأخوذ أكثر استعمالا من المتروك.
ومنها: أن القرآن كرر من المأخوذ ما هو أَيْسَرُ على الألسنة كالألف واللام.
ومنها: أنه ذكر المقطّعات في رأس تسع وعشرين سورة عدة الحروف الهجائية.