NAVIGATION
62. Page
KALIMAH KESEMBILAN
بِسْمِ اللّهِ الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ
فَسُبْحَنَ اللهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَوَتِ والأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ
Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. (Ar-Rum,17)
Wahai saudaraku!
Kamu bertanya kepadaku tentang hikmah pengkhususan solat pada lima waktu yang telah ditentukan itu. Kami hanya akan mengisyaratkan kepada satu daripada hikmah-hikmahnya yang amat banyak.
Ya, sebagaimana setiap satu waktu solat menjadi permulaan perubahan yang penting serta oleh sebab ia juga merupakan cermin tasarruf Ilahi (pelaksanaan urusan Allah) yang agung dan tempat pemantulan ihsanat kulliyyah Ilahiyyah (anugerah Allah yang menyeluruh) dalam tasarruf tersebut, maka solat yang bermakna memperbanyak lagi tasbih dan ta’zim kepada al-Qadir Dzul Jalal serta kesyukuran dan pujian di atas segenap nikmat-Nya yang tidak terhitung yang telah terhimpun di antara dua waktu pada waktu-waktu tersebut telah diperintahkan.
Untuk memahami sedikit makna yang halus dan dalam ini, maka perlulah mendengar lima nuktah (keterangan) ini bersama nafsuku.
63. Page
Nuktah Pertama: Makna solat ialah mensucikan, mengagungkan dan mensyukuri Allah Taala. Iaitu mensucikan Allah dengan mengucapkan “Subhanallah” melalui perkataan dan perbuatan terhadap sifat Jalal-Nya (kebesaran). Solat juga bermakna mengagungkan Allah dengan mengucapkan “Allahu Akbar” melalui lafaz dan amalan terhadap sifat Kamal-Nya (kesempurnaan). Juga bersyukur dengan mengucapkan “Alhamdulillah” melalui lisan, tubuh badan dan hati terhadap sifat Jamal-Nya (keindahan).
Maknanya: Tasbih, takbir dan tahmid adalah ibarat benih-benih solat. Kerana itulah ketiga-tiga perkara ini terdapat dalam seluruh pergerakan dan zikir-zikir semasa solat. Kerana itu jugalah kalimah-kalimah yang diberkati ini diulangi sebanyak tiga puluh tiga kali selepas solat untuk mengukuhkan dan menguatkan makna solat. Makna solat dikukuhkan dengan intisari-intisari yang mujmal (ringkas) ini.
Nuktah Kedua: Makna ibadah ialah, hamba melihat kekurangan, kelemahan dan kefakiran dirinya sendiri di hadrat Ilahi lalu bersujud dengan ketakjuban dan kasih sayang di hadapan kesempurnaan Rububiyyah, qudrat Samadaniyyah dan rahmat Ilahiyyah. Yakni sebagaimana kesultanan Rububiyyah-Nya menghendaki pengabdian dan ketaatan, kekudusan dan kesucian Rububiyyah juga menuntut supaya hamba melihat kekurangan dirinya sendiri lalu beristighfar dan mengumumkan dengan tasbih dan “Subhanallah” bahawa Rabb-nya suci dan bebas daripada kekurangan, munazzah dan mu’alla (bersih dan tinggi) daripada fikiran-fikiran batil orang-orang yang sesat dan muqaddas dan mu’arra (suci dan bebas) daripada kekurangan semua alam semesta.
Di samping itu juga kesempurnaan qudrat Rububiyyah juga mengingini supaya dengan melihat kedaifan diri dan kelemahan makhluk,
64. Page
hamba menyebut “Allahu Akbar” lalu rukuk dengan khudu’ (merendah diri) dalam istihsan (penghargaan) dan kekaguman terhadap keagungan kesan-kesan qudrat Samadaniyyah lalu berlindung dan bertawakal kepada-Nya.
Malah khazanah rahmat Rububiyyah yang tidak berpenghujung juga menghendaki supaya hamba menzahirkan hajatnya sendiri dan kefakiran serta keperluan seluruh makhluk dengan lisan permohonan dan doa, serta mengumumkan kurniaan dan nikmat pemberian Rabbnya dengan syukur dan pujian serta “Alhamdulillah”. Ini bermakna bahawa segala perbuatan dan perkataan dalam solat mengandungi makna-makna ini dan kerananyalah solat telah ditetapkan oleh Allah.
Nuktah Ketiga: Sebagaimana insan merupakan suatu misal yang dikecilkan bagi alam besar ini dan surah al-Fatihah yang mulia merupakan gambaran yang bercahaya bagi al-Quran yang suci ini, solat juga merupakan suatu intisari nurani yang syumul bagi semua jenis ibadah dan peta suci yang mengisyaratkan kepada warna-warna ibadah bagi semua kategori makhluk.
Nuktah Keempat: Sebagaimana jarum-jarum jam mingguan yang menghitung semua saat, minit, jam dan harinya memandang satu sama lain, menggambarkan satu sama lain dan mengambil kedudukan satu sama lain, demikianlah juga alam dunia ini yang merupakan jam terbesar Allah Taala. Putaran siang dan malamnya yang ibarat jarum saatnya, tahun-tahun yang mengira minit, peringkat umur insan yang mengira jam dan pusingan umur alamn yang mengira hari memandang satu sama lain, menggambarkan satu sama lain, mengambil kedudukan satu sama lain dan mengingatkan satu sama lain.
Contoh: Waktu Subuh sehingga terbitnya matahari menyerupai dan memperingatkan permulaan musim bunga, detik-detik kehadiran
65. Page
manusia di dalam rahim ibu, serta hari pertama daripada enam hari penciptaan langit dan bumi dan mengingatkan urusan-urusan Ilahi yang terdapat padanya.
Waktu Zohor pula menyerupai dan mengisyaratkan pertengahan musim panas, kesempurnaan masa muda, zaman penciptaan manusia dalam umur dunia dan memperingatkan kepada tajalliyat (penzahiran) rahmat dan limpahan-limpahan nikmat yang terdapat padanya.
Waktu Asar pula menyerupai musim luruh, masa tua dan ‘Asr as-sa‘adah (kurun kebahagiaan) Nabi Akhir Zaman Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan mengingatkan kepada urusan Ilahi dan pemberian nikmat ar-Rahman yang terdapat padanya.
Waktu Maghrib pula memahamkan tentang tajalliyat Jalaliyyah (penjelmaan kehebatan Allah) serta menyedarkan dan membangkitkan manusia daripada lena kelalaian dengan mengingatkan ghurubnya (hilangnya) kebanyakan makhluk di penghujung musim luruh serta kematian insan dan kemusnahan dunia pada permulaan Qiamat.
Waktu Isyak pula memberitahu tentang urusan-urusan jalaliyyah bagi al-Qahhar Dzul Jalal dengan mengingatkan penyelubungan semua kesan alam siang dengan kafan hitam alam kegelapan serta penyelimutan bumi yang telah mati dengan kafan putih musim sejuk termasuk kematian jejak-jejak peninggalan insan yang telah mati dan kemasukannya di bawah tirai kelupaan dan penutupan dunia yang menjadi medan ujian ini buat selamanya.
Waktu tengah malam pula memperingatkan kepada manusia tentang betapa berhajatnya roh manusia kepada rahmat ar-Rahman dengan memahamkannya tentang musim sejuk, kubur dan Alam Barzakh.
Tahajjud pada waktu tengah malam pula memberitahu dan menyedarkan tentang betapa perlunya suatu cahaya dalam ‘kemalaman’
66. Page
kubur dan dalam kegelapan barzakh serta mengumumkan betapa layaknya Allah yang merupakan Pemberi Nikmat Hakiki kepada kesyukuran dan pujian dengan mengingatkan nikmat-nikmat-Nya yang tidak berkesudahan itu dalam semua perubahan ini.
Subuh kedua pula mengingatkan Subuh Hari Kebangkitan. Ya, sekiranya subuh malam ini dan musim bunga bagi musim sejuk ini adalah sangat maakul, perlu dan pasti, maka subuh Mahsyar dan musim bunga barzakh juga adalah pasti sepertinya.
Ini bermakna, setiap lima waktu ini, sebagaimana ia berada pada permulaan suatu perubahan yang penting dan mengingatkan perubahan-perubahan yang besar, menerusi isyarat tasarruf (urusan) harian yang agung bagi qudrat Samadaniyyah, ia turut mengingatkan mukjizat qudrat dan hadiah-hadiah rahmat-Nya pada setiap tahun, kurun dan alaf.
Ini bermakna, solat fardhu yang merupakan tugas fitrah sebenar, asas ubudiyyah dan hutang yang pasti itu adalah sangat sesuai dan munasabah pada waktu-waktu tersebut.
Nuktah Kelima: Secara fitrahnya insan adalah terlalu daif walhal semua benda mengganggu, menyedihkan dan menyakitkannya. Dia juga sangat lemah walhal musibah dan musuhnya amat banyak. Malah dia terlalu fakir walhal hajat-hajatnya amat banyak. Malah dia malas serta tidak berupaya walhal taklif (tanggungjawab) hidup amat berat. Malah kemanusiaan juga telah menghubungkannya dengan alam semesta walhal kehilangan dan perpisahan semua perkara yang disayangi dan disenangi sentiasa menyakitinya. Malah akal pula menunjukkan kepadanya matlamat-matlamat yang tinggi dan buah-buahan yang abadi walhal tangannya pendek, umurnya singkat, keupayaannya kurang dan kesabarannya sedikit.
67. Page
Maka, dapat difahami dengan jelas bahawa bagi roh yang berada dalam keadaan begini, bermuraja‘ah (merujuk) dan memberitahu keadaannya, memohon taufiq dan bantuan melalui rayuan dan solat di hadrat al-Qadir Dzul Jalal dan ar-Rahim Dzul Jamal pada waktu subuh adalah amat perlu dan ia (solat Subuh) menjadi noktah persandaran yang amat perlu untuk dia (roh) menanggung tugas-tugas yang akan diberikan kepadanya dan dipikulnya di dunia siang yang menyusuli waktu subuh itu.
Masa pada waktu Zohor itu ialah masa kesempurnaan siang, kecondongannya ke arah menghilang, detik-detik kematangan kerja-kerja harian juga waktu istirehat yang sementara daripada himpitan kesibukan urusan serta waktu roh memerlukan masa rehat daripada kelalaian dan kebingungan yang terhasil daripada dunia yang fana dan kerja-kerja yang tidak kekal serta berat dan merupakan detik terzahirnya pemberian nikmat Ilahi.
Sesungguhnya sesiapa yang tidak memahami bahawa Solat Zohor yang bermakna roh manusia menyelamatkan diri daripada kesempitan dan meloloskan diri daripada kelalaian lalu keluar daripada perkara yang tidak bermakna dan tidak kekal itu lantas pergi ke pintu al-Qayyum al-Baqi yang merupakan Pemberi Nikmat sebenar sambil mendakap tangan, mensyukuri dan memuji semua nikmat-Nya kemudian meminta bantuan dan menzahirkan kelemahannya dengan rukuk di hadapan kebesaran dan keagungan-Nya dan bersujud di hadapan kesempurnaan-Nya yang tidak akan lenyap dan keindahan-Nya yang tiada bandingan, seterusnya mengumumkan ketakjuban, kasih sayang dan kerendahannya adalah sangat baik, menarik, perlu dan munasabah bukanlah manusia (yang sebenar).
Masa pada waktu Asar itu mengenang dan memperingatkan kepada musim luruh yang menyedihkan, masa tua yang mensayukan dan
68. Page
musim akhir zaman yang memilukan. Ia juga masa selesainya tugasan harian serta masa terbentuknya satu jumlah agung kurnia Ilahi seperti kesihatan, keselamatan dan kerja baik yang diterimanya pada hari itu. Manakala, melalui isyarat condongnya matahari gergasi itu ke arah ghurub, ia adalah suatu masa yang memberitahu bahawa insan merupakan orang suruhan yang bertamu dan semua perkara adalah sementara dan tidak tetap.
Sekarang, hanya insan yang sebenar boleh memahami bahawa mendirikan solat Asar yang bermaksud roh insan yang mengingini keabadian dan diciptakan untuknya itu amat memuja kurniaan dan merasai kepiluan akibat perpisahan, lalu bangun mengambil wudhuk untuk mendirikan solat Asar pada waktu Asar itu dalam keadaan mempersembahkan munajat ke hadrat Samadaniyyah al-Qadim al-Baqi dan al-Qayyum as-Sarmadi, kemudian berlindung di bawah keprihatinan rahmat yang tidak akan lenyap dan tidak berpenghujung sambil bersyukur dan memuji nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung, lantas ruku’ dalam rasa kehinaan di hadapan kemuliaan Rububiyyah-Nya kemudian sambil bersujud dengan rasa rendah diri di hadapan kesarmadian Uluhiyyah-Nya, menemui hiburan dan kerehatan rohani yang hakiki lalu bersedia menjadi hamba di hadrat kemuliaan-Nya adalah satu tugas yang amat tinggi, satu khidmat yang amat munasabah dan satu pelunasan hutang fitrah yang amat kena pada tempatnya bahkan ia menjadi satu perolehan kebahagiaan yang sangat menarik.
Masa pada waktu Maghrib itu mengingatkan kepada masa menghilangnya makhluk-makhluk yang sensitif dan indah bagi dunia musim panas dan musim luruh dalam perpisahan yang menyedihkan akibat permulaan musim sejuk. Ia juga mengingatkan kepada waktu manusia berpisah dari semua kekasihnya dalam perpisahan yang menyakitkan
69. Page
akibat kematiannya lalu memasuki kubur. Seterusnya ia mengenang dan mengingatkan kepada masa semua penghuni dunia berpindah ke alam lain-lain, ketika lampu medan ujian ini dipadamkan dengan kematian dunia dalam goncangan sakarat dan juga merupakan waktu yang memberi amaran keras kepada mereka yang memuja para kekasih yang terbenam dalam kelenyapan.
Justeru, bagaimanakah boleh dinamakan manusia kepada sesiapa yang tidak memahami bahawa menunaikan solat Maghrib yang memberi makna; untuk menunaikan solat Maghrib pada waktu begini, roh manusia yang secara fitrahnya menjadi cermin kerinduan kepada Dzat
al-Jamal al-Baqi menoleh wajahnya ke arah takhta agung al-Qadim lam yazal (yang masih ada) dan al-Baqi la yazal (yang tidak akan lenyap) yang melakukan kerja-kerja agung, memutar dan mengubah alam-alam yang besar ini, lantas dia mengungkapkan “Allahu Akbar” atas benda-benda fana ini dan menarik tangan-tangannya daripada mereka lantas mendakap tangan untuk berkhidmat kepada al-Maula dan berdiri di hadrat ad-Daim al-Baqi lalu dengan mengucapkan “Alhamdulillah”, dia bersyukur dan memuji kesempurnaan-Nya yang tiada kekurangan, keindahan-Nya yang tiada bandingan, dan rahmat-Nya yang tiada akhiran, lalu dengan mengucapkan: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ dia mempamerkan ubudiyyah dan memohon pertolongan daripada Rububiyyah-Nya yang tiada pembantu, Uluhiyyah-Nya yang tiada sekutu dan kesultanan-Nya yang tiada wazir, malah dia rukuk kepada kebesaran-Nya yang tiada akhiran, Qudrat-Nya yang tiada sempadan, dan kemuliaan-Nya yang tiada kelemahan dengan menzahirkan kedaifan dan kelemahannya, kefakiran dan kehinaannya bersama-sama seluruh alam semesta, dia mentasbihkan Rabb al-‘Azim-nya dengan menyebut, سُبْحَانَ رَبِّي الْعَظِيمِ kemudian dia bersujud kepada keindahan Dzat-Nya
70. Page
yang tidak akan hilang, sifat Qudsiyyah-Nya yang tidak akan berubah dan kesempurnaan Sarmadi-Nya yang tidak akan berganti, menyatakan kasih sayang dan ubudiyyah-nya dengan meninggalkan selain-Nya dalam ketakjuban dan kerendahan lantas dia menemui al-Jamil al-Baqi, ar-Rahim as-Sarmadi sebagai gantian kepada semua yang fana.
Lalu dengan berkata سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى dia mentaqdiskan Rabb al-A’laa-nya yang munazzah (disucikan) daripada kelenyapan dan bebas daripada kekurangan, lalu dia bertasyahhud, duduk menghadiahkan tahiyyat-tahiyyat mubarak (yang diberkati), selawat-selawat toyyibah seluruh makhluk atas namanya sendiri kepada al-Jamil lam yazal dan al-Jalil la yazal,Dengan mengucapkan salam kepada Rasul-Nya yang mulia dia memperbaharui bai’ahnya dan menzahirkan ketaatan kepada perintah-perintah-Nya untuk memperbaharui dan menerangi imannya dia menyaksikan peraturan berhikmah istana alam semesta ini kemudian dia menjadi saksi kepada Wahdaniyyah (keesaan) as-Sani’ Dzul Jalal serta menjadi saksi kepada risalah Muhammad al-Arabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang menjadi bentara kesultanan Rububiyyah, penyampai Mardhiyyah-Nya (perkara-perkara yang diredhai-Nya) dan penterjemah ayat-ayat kitab alam semesta ini merupakan satu tugas yang amat latif (santun) dan bersih, satu khidmat yang amat mulia dan lazat, satu ubudiyyah yang amat menarik dan cantik, satu hakikat yang amat benar, satu bicara yang kekal dan satu kebahagiaan yang berterusan di rumah tamu yang fana ini?
Masa pada waktu Isyak itu merupakan waktu sisa-sisa kesan peninggalan siang hari yang masih ada di ufuk langit turut menghilang lalu dunia malam meliputi alam semesta. Ia memperingatkan tasarrufat Rabbaniyyah al-Qadir Dzul Jalal yang merupakan مُقَلِبُ الْلَيلِ والنَّهَارِ (pengubah malam dan siang) ketika penukaran muka surat putih itu
71. Page
kepada muka surat hitam ini dan bersama urusan Ilahi al-Hakim Dzul Kamal yang merupakan مُسَخِّرُ الشَّمْسِ والقَمَرِ (penggerak matahari dan bulan) semasa penukaran muka surat hijau musim panas yang indah kepada muka surat putih musim sejuk yang dingin.
Malah Waktu itu turut mengingatkan urusan Ilahi Khaliq al-mauti wa al-hayah (Pencipta kematian dan kehidupan) dalam perpindahan sisa-sisa kesan peninggalan ahli kubur secara keseluruhannya ke alam lain dengan terputusnya ia daripada dunia ini bersama peredaran masa.
Ia juga ialah satu masa yang mengingat dan mengenangkan tasarrufat jalaliyyah (kehebatan) dan tajalliyat jamaliyah (keindahan) bagi Khaliq al-ardhi wa as-samawat (Pencipta bumi dan langit) ketika tersingkapnya alam Akhirat yang luas, kekal dan agung setelah kemusnahan dunia yang sempit, fana dan hina secara keseluruhan dan kematiannya dengan sakaratnya yang amat besar.
Malah hanya Dzat yang boleh menukar, menulis, memadam dan menyelak siang dan malam, musim sejuk dan panas, dunia dan akhirat seperti halaman sebuah kitab dengan senang sahajalah yang boleh menjadi al-Malik (Pemilik) dan al-Mutasarrif (Pengurus) Hakiki, al-Ma’bud (yang disembah) dan al-Mahbub (yang dikasihi) Sebenar alam semesta ini. Ini merupakan suatu keadaan yang membuktikan kewujudan al-Qadir al-Mutlaq yang menguasai semua ini.
Maka untuk menunaikan solat Isyak pada waktu Isyak yang dalam makna begitu, roh manusia yang lemah dan daif tidak berkesudahan, fakir dan berhajat tiada akhiran, masih tenggelam menuju kegelapan suatu masa hadapan yang tidak berpenghujung malah masih terhuyung-hayang dalam peristiwa-peristiwa yang tiada penamat menyebut َلَا أُحِبُ الأَفِلِينَ seperti Saidina Ibrahim ‘Alaihi as-Salam;
72. Page
Seterusnya dia berlindung di hadrat al-Ma’bud lam yazal, al-Mahbub la yazal dengan solat lalu bermunajat dengan al-Baqiy as-Sarmadi di alam yang fana ini, dalam kehidupan yang sementara, di dalam dunia yang gelap dan di dalam masa depan yang gelita; lalu dia melihat dan meminta keprihatinan rahmat ar-Rahman ar-Rahim dan nur hidayah-Nya yang akan menabur cahaya kepada dunianya, menerangi masa depannya, akan menyapu ubat kepada luka-luka yang terjadi akibat perpisahan dan kehilangan maujudat dan para kekasihnya melalui secebis perbualan abadi dalam beberapa minit yang sedikit daripada satu umur yang kekal; seterusnya buat sementara waktu dia turut melupakan dunia yang melupakan dan bersembunyi daripadanya lantas meluahkan masalah-masalahnya melalui tangisan hati di pintu rahmat; malah (sebagai persediaan) untuk menghadapi sebarang kemungkinan, sebelum memasuki tidur yang menyerupai kematian, dia melaksanakan tugas ubudiyyah yang terakhir lalu untuk menutup buku amalan hariannya dengan husn al-khatimah, dia bangun untuk solat iaitu hadir menghadap hadrat al-Ma’bud dan al-Mahbub al-Baqi sebagai ganti kepada semua kekasih fananya, satu al-Qadir al-Karim sebagai ganti kepada semua makhluk lemah yang dia mengemis daripada mereka dan hadrat al-Hafiz ar-Rahim untuk menyelamatkan diri daripada kejahatan pemudarat-pemudarat yang menggerunkannya malah memulakan dengan al-Fatihah, iaitu: Memuja-muji Rabb al-’alamin yang merupakan satu Dzat al-Kamil al-Mutlaq dan al-Ghaniy al-Mutlaq berbanding memuji dan berhutang budi kepada para makhluk yang tiada faedah, tidak layak (dipuji), tidak sempurna dan fakir.
Seterusnya dia meningkat kepada khitab إِيَّاكَ نَعْبُدُ iaitu bersama dengan rasa kerdil, ketiadaapaan dan keseorangannya, dia mendapat kedudukan sebagai seorang musafir yang manja dan petugas yang
73. Page
penting di alam semesta ini dengan bernaung kepada Malik Yaum ad-Din yang merupakan Sultan keazalian dan keabadian lalu dengan menyebut: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ dia mempersembahkan kepada-Nya ibadat dan permintaan bantuan yang wujud pada jamaah terbesar dan kelompok teragung alam semesta atas nama seluruh makhluk; dengan menyebut اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ dia meminta hidayah menuju Sirat Al-Mustaqim yang merupakan jalan nurani-Nya menuju kebahagiaan abadi dalam kegelapan masa hadapan.
Kemudian dengan memikirkan kebesaran Dzat Dzul Jalal yang mana matahari-matahari yang telah bersembunyi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang kini telah tidur dan bintang-bintang yang celik, yang masing-masing menurut perintah-Nya seperti askar,
dan setiap satunya menjadi lampu dan khadam di rumah tamu alam ini, dia melafazkan “Allahu Akbar” lalu tunduk rukuk, lalu memikirkan sujud teragung seluruh makhluk iaitu sujud jenis-jenis maujudat seperti makhluk-makhluk yang tidur pada malam ini pada setiap tahun dan pada setiap kurun termasuk bumi, termasuk dunia, masing-masing seperti tentera yang tersusun, bahkan masing-masing seperti askar yang patuh setelah melafazkan “Allahu Akbar” secara sangat teratur di atas ‘sejadah ghurub’ sewaktu dilepaskan daripada tugas ubudiyyah duniawi dengan perintah كُنْ فَيَكُونَ dalam kelenyapan iaitu waktu mereka dihantar ke alam ghaib.
Malah sepertimana mereka kembali bangkit dan bangun semula di musim bunga dalaة keadaan sebahagiannya sama dan sebahagiannya serupa lalu bersiap siaga berkhidmat kepada al-Maula menerusi laungan penghidupan dan pembangkitan yang datang daripada perintah كُنْ فَيَكُونَ maka, kerana mencontohi mereka, manusia kerdil ini turut berkata “Allahu Akbar” lalu bersujud dalam mahabbah (kasih sayang)
74. Page
yang bercampur ketakjuban, kerendahan diri yang bercampur kebaqaan dan tazallul (rasa hina) yang bercampur kemuliaan di gerbang hadrat ar-Rahman Dzul Kamal dan ar-Rahim Dzul Jamal itu.
Sudah tentu kamu telah memahami bahawa menunaikan solat Isyak yang merupakan satu cara untuk naik ke mikraj yang membawa maksud seperti di atas merupakan satu tugas khidmat, satu ubudiyyah dan satu hakikat benar yang amat menarik, sangat cantik, begitu menawan, sungguh tinggi, teramat mulia dan lazat dan tersangat maakul dan munasabah.
Maknanya, oleh sebab setiap satu daripada lima waktu solat ini merupakan isyarat perubahan yang agung, petanda urusan Rabbaniyyah yang besar dan alamat pemberian nikmat Ilahiyyah yang menyeluruh, sesungguhnya pengkhususan fardhu solat yang merupakan hutang dan perjanjian pada masa-masa tersebut adalah terlalu berhikmah.
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ العَزِيزُ الحَكِيمُ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مَنْ أَرْسَلَتَهُ مُعَلِّمًا لِعِبَادِكَ لِيُعَلِّمَهُم كَيفِيَّةَ
مَعْرِفَتِكَ وَالعُبُودِيَّةَ لَكَ وَمُعْرِفًا لِكُنُوزِ أَسْمَائِكَ، وَتُرْجُمَانًا لايَاتِ
كِتَابِ كَائِنَتِكَ وَمِرَاةً بِعُبُودِيَّتِهِ لِجَمَالِ رُبُوبِيَّتِكَ، وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِينَ، وَارْحَمْنَا وَارْحَمِ المُؤْمِنِينَ المُؤْمِنَاتِ. آمِينَ بِرَحْمَتِكَ يَا
أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ