NAVIGATION
75. Page
MAKNA ISTILAH
‘Alaihi As-Salam Semoga dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan ke atasnya (para nabi)
‘Asr As-Sa‘adah Kurun Kebahagiaan, masa ketika Rasulullah berada di dunia sebagai Rasul
Ad-Daim Al-Baqi Zat yang Maha Kekal dan Baqa'
Ahli Dzauq Mereka yang mendapat kelazatan daripada keimanan dan al-Quran dengan kehampiran mereka kepada Allah
Ahli Ikhtisas Mereka yang pakar dalam sesuatu bidang
Ahli Musyahadah Mereka yang boleh menyaksikan apa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Al-‘Arifu Billah Orang yang mengenali Allah
Al-Ahad As-Samad Zat yang Maha Esa dan setiap benda bertumpu kepada-Nya
Al-Baqi la yazal Allah yang Maha kekal dan tidak akan lenyap
Al-Baqiy As-Sarmadi Allah yang Maha kekal selama-lamanya
Al-Fatir al-Hakim Allah yang Maha Berkuasa menguruskan dan Maha Bijaksana
Al-Ghaniy Al-Mutlaq Allah yang Kekayaannya adalah mutlak
Al-Hafiz Ar-Rahim Allah yang Maha Memelihara dan Maha Penyayang
Al-Hakim Allah yang Maha Bijaksana, Maha Berkuasa
Al-Hakim Dzul Kamal Allah yang Maha Bijaksana yang memiliki kesempurnaan
Al-Hayy Al-Qayyum Allah yang Maha Hidup dan tidak memerlukan bantuan
Al-Jalil la yazal Allah yang Maha Mulia, Maha Tinggi dan tidak akan lenyap
Al-Jamal Al-Baqi Allah yang sifat keindahan-Nya adalah kekal
76. Page
Al-Jamil Al-Baqi Allah yang Maha Indah dan Maha Kekal
Al-Jamil lam yazal Allah yang Maha Indah dan sentiasa kekal sedemikian
Al-Jawwad Al-Karim Allah yang Maha Pemurah dan Mulia, Maha Dermawan
Al-Kamil Al-Mutlaq Allah yang Maha Sempurna secara mutlak
Al-Karim Al-Mutlaq Allah yang Maha Mulia, Maha Dermawan secara mutlak
Al-Khaliq Allah yang Maha Pencipta
Al-Ma’bud Allah yang Maha Disembah
Al-Ma’bud lam yazal Allah yang Maha Disembah dan sentiasa kekal sedemikian
Al-Mahbub Al-Baqi Allah yang Maha Dikasihi dan Maha Kekal
Al-Mahbub la yazal Allah yang Maha Dikasihi dan tidak akan lenyap
Al-Malik Allah yang Maha Memiliki
Al-Maula Allah yang Maha Menguasai
Al-Qadim Al-Baqi Allah yang Maha Sedia dan Maha Kekal
Al-Qadim lam yazal Allah yang Maha Sedia dan sentiasa kekal sedemikian
Al-Qadir Allah yang Maha Berkuasa
Al-Qadir Al-Mutlaq Allah yang Maha Berkuasa secara mutlak
Al-Qadir Dzul Jalal Allah yang Maha Berkuasa yang memiliki ketinggian
Al-Qadir Dzul Jamal Allah yang Maha Berkuasa yang memiliki keindahan
Al-Qadir Kulli Syai’ Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Al-Qahhar Dzul Jalal Allah yang Maha Perkasa yang memiliki ketinggian
Al-Qayyum Al-Baqi Allah yang Maha Berdiri yang Maha Kekal
Al-Qayyum As-Sarmadi Allah yang Maha Berdiri yang Abadi
Al-Quran Al-Hakim Al-Quran yang memiliki hikmah dan kebijaksanaan
Arham Ar-Rahimin Allah yang paling Penyayang di kalangan yang penyayang
Ar-Rahim Allah yang Maha Penyayang
Ar-Rahim As-Sarmadi Allah yang Maha Penyayang yang abad
77. Page
Ar-Rahim Dzul Jamal Allah yang Maha Penyayang yang memiliki keindahan
Ar-Rahman Allah yang Maha Pengasih
Ar-Rahman Ar-Rahim Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ar-Rahman Dzul Kamal Allah yang Maha Pengasih yang memiliki kesempurnaan
Ar-Razzaq Allah yang Maha Memberi rezeki
Ar-Razzaq Al-Karim Allah yang Maha Memberi rezeki yang Maha Dermawan
Ar-Razzaq Ar-Rahim Allah yang Maha Memberi Rezeki yang Maha Penyayang
As-Samad Allah yang menjadi tumpuan segala makhluk
Azali Sifat yang menunjukkan bahawa kewujudannya tiada permulaan
Buraq Tunggangan yang khusus di dalam syurga dan menurut setengah riwayat, ia merupakan kenderaan yang ditunggangi oleh Rasulullah dalam peristiwa Israk Mikraj.
Dapur Qudrat Perumpamaan yang bermaksud dapur kekuasaan Allah yang menghasilkan pelbagai makanan untuk makhluk-Nya.
Dzauq Kelazatan, pengambilan kelazatan, keadaan suka
Dzul Jalal Yang memiliki ketinggian, kemuliaan
Fasiq Tidak mempedulikan perintah Allah, berdosa besar, buruk atau jahat perangai
Fitri Berkaitan dengan fitrah
Ghafil Orang yang lalai
Ghurub Waktu matahari terbenam, waktu makhluk lenyap apabila mati
Hadrat Hadapan (Allah, nabi, raja); pertemuan dengan Allah
Hasta Ukuran panjang dari hujung siku sampai ke hujung jari hantu atau 45.72 sentimeter
Hikmah Rabbaniyah Hikmah yang berkaitan dengan nama Allah ar-Rabb
Husn al-Khatimah Penamat yang baik; kematian yang baik
Istifadah Mengambil faedah atau manfaat
Istihsan Mengkagumi, meminati
78. Page
Jamiah Perhimpunan, pertubuhan
Kasyaf Penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati
Khaliq Al-Mauti wa Al-Hayah Pencipta kematian dan kehidupan
Khaliq Al-Ardhi wa As-Samawat Pencipta bumi dan langit
Khudu’ Sifat rendah hati
Latif Halus, seni, lembut (seperti perangai, perasaan dan lain-lain); sedap (makanan)
Lisan al-hal Bahasa yang difahami melalui keadaan
Mahabbah Kasih sayang, rasa cinta
Mahsyar Tempat berhimpun di Akhirat setelah tiupan sangkakala apabila semua manusia dibangkitkan dari kubur
Makhafatullah Rasa takut kepada Allah
Maknawi Berhubung dengan makna; mengikut ertinya
Makrifat Ilmu mengenali sesuatu; (dalam ilmu tasawuf ) ilmu mengenali hal kerohanian pada peringkat yang tertinggi atau sempurna
Malik Yaum ad-Din Raja di Hari Pembalasan
Mardhiyyah Perkara yang diredhai Allah
Maujudat Makhluk-makhluk yang diwujudkan oleh Allah
Mu’alla Tinggi
Mu’arra Jauh daripada sebarang kesalahan dan kekurangan
Mubarak Yang diberkati; beroleh keberkatan
Mujmal Diringkaskan; disimpulkan
Munazzah Dibersihkan daripada keburukan, kekurangan dan kecacatan
Muqaddas Disucikan; kudus
Noktah Titik, perkara, poin
Nuktah Keterangan; makna yang mendalam dan menarik
Qat‘i Muktamad, pasti, yakin, putus
79. Page
Qudrat Kuasa
Qudrat Samadaniyyah Kuasa as-Samad
Qudsiyyah Kesucian
Rabb Tuhan yang menguruskan dan mentadbir
Rabb Al-‘Alamin Rabb (Tuhan) seluruh alam
Rabb Al-‘Azim Rabb yang Maha Agung
Rabb Al-A’laa Rabb (Tuhan) yang tetinggi
Rabb Ar-Rahim Rabb yang Maha Penyayang
Rabbani Yang berkait dengan Allah Taala dari segi sifat Rabb-Nya
Rabbaniyyah Bersifat Rabbani
Raudhah Jannah Taman Syurga
Rububiyyah Sifat Allah dari segi pengurusan dan pentadbiran
Rububiyyah Ilahiyyah Sifat Rububiyyah Ilahi
Sa‘adah Ad-Darain Kebahagiaan di dua dunia (dunia dan akhirat)
Samawi Daripada langit
Sarmadi Abadi, kekal, bukan sementara
Sirat Al-Mustaqim Jalan yang lurus
Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam Allah telah berselawat dan mengucap salam ke atas Baginda.
Ta’zim Mengagungkan, amat hormat, penuh hormat dan sopan
Tadharru’ Ketundukan, kekhusyukan, merayu dengan rasa rendah hati setelah memahami kekurangan sendiri
Tahiyyat Ucapan penghormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya
Tahlil Lafaz La Ilaha illallah
Tajalli Tersingkap atau terbuka ; jelas dan nyata (sesuatu yang ghaib); kebenaran yang diperlihatkan Tuhan, wahyu penjelmaan, manifestasi, kemunculan
Tajalli Jamaliyah Penjelmaan nama dan sifat Allah dari segi keindahan
Tajalliyat Penjelmaan-penjelmaan
80. Page
Tajalliyat Jalaliyyah Penjelmaan nama dan sifat Allah dari segi ketinggian
Taklif Tanggungjawab, tugasan, penyerahan beban atau tugas yang berat kepada seseorang
Tasarruf Penggunaan, pengurusan, hak menggunakan
Tasarruf Ilahi Penggunaan dan pengurusan oleh Allah
Tasarruf Jalaliyyah Penggunaan dan pengurusan oleh Allah dari segi ketinggian
Tasarrufat Rabbaniyyah Urusan-urusan Allah yang bersifat Rabbani
Tasdik Pembenaran, pengakuan, mengakui kebenaran
Tasyahhud Lafaz dua Kalimah Syahadah semasa duduk tahiyat dalam solat
Taufiq Pertolongan (Allah), bantuan dalam kejayaan
Tawadhuk Merendahkan diri, tidak angkuh dengan khusyuk; patuh, setia, taat
Tawatur Keadaan mutawatir yakni diturunkan atau disampaikan dalam keadaan yang sama dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain yang mustahil kedustaannya; perkhabaran yang kuat
Tayyibah Yang baik, mulia, murni, elok
Tazallul Menghina diri, menjaga diri dalam kerendahan
Uluhiyyah Sifat Allah dari segi Tuhan yang disembah
Waham Prasangka, sangkaan atau alasan yang samar-samar, was-was
Wahdaniyyah Keesaan, ketunggalan
Wasilah Perantara, ikatan, perhubungan, pertalian
Wirid Lidah Zikir yang dilafazkan di lidah