NAVIGATION
66. Page
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
الٓرٰ كِتَابٌ اُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
Untuk naik kepada sebahagian hakikat-hakikat al-Quran al-Hakim dan Hadith yang tinggi dan mulia yang merupakan mufassir (pentafsir) hakiki al-Quran, kami akan mengisyaratkan kepada sebahagian bandingan hakikat-hakikat itu yang ibarat anak-anak tangga yang boleh membantu hati-hati yang kurang penyerahan dan kepatuhannya. Di penghujungnya, satu pengajaran renungan dan rahsia inayah akan diterangkan. Oleh sebab bandingan Hari Kebangkitan dan Qiamat daripada hakikat-hakikat itu telah disebutkan dalam Kalimah Kesepuluh terutamanya dalam Hakikat Kesembilannya maka ia tidak perlu diulang lagi. Cuma, sebagai contoh daripada hakikat-hakikat yang lain kami akan menyentuh tentang lima masalah.
Sebagai contoh, ayat: خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ. Ayat ini bermaksud “Kami telah menjadikan langit dan bumi dalam masa enam hari. Maka untuk membawa rasa qana‘ah kepercayaan yang kuat dengan hakikat tinggi yang mengisyaratkan bahawa dunia manusia dan alam haiwan akan hidup selama enam hari melalui hari-hari al-Quran yang terjadi daripada masa yang panjang mungkin seperti seribu ataupun lima puluh ribu tahun, kami memperlihatkan alam-alam yang sentiasa beredar, alam semesta yang sentiasa bergerak dan dunia-dunia yang sementara yang dijadikan oleh al-Fatir Dzul Jalal pada setiap kurun, setiap tahun dan setiap hari yang masing-masing ibarat satu hari kepada pandangan penyaksian. Ya, seolah-olah, dunia juga adalah tetamu seperti insan. Maka dengan perintah Dzat Dzul Jalal, alam ini penuh dan kosong[1] pada setiap musim.
67. Page
Sebagai contoh, ayat-ayat seperti:
وَكُلَّ شَيْئٍ اَحْصَيْنَاهُ فِى اِمَامٍ مُبِينٍ
وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُبِينٍ
لاَ يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَاُل
ذَرَّةٍ فِى السَّمٰوَاتِ وَلآَ فِى الْاَرْضِ وَلاَ اَصْغَرُ مِنْ ذٰلِكَ وَلآَ اَكْبَرُ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُبِينٍ
Ayat-ayat di atas mengifadahkan bahawa semua benda dengan semua keadaannya, sebelum wujud, selepas wujud dan setelah pergi adalah tertulis, ditulis dan sedang ditulis. Maka, untuk membawa rasa qana‘ah dengan hakikat tinggi yang bermaksud seperti di atas, kami memperlihatkan kepada pandangan penyaksian bahawa an-Naqqash Dzul Jalal memasukkan dan memelihara senarai kewujudan, sejarah hidup dan dustur pergerakan makhluk-makhluk yang sangat tersusun di atas muka surat muka bumi, pada setiap musimnya terutama apa yang ditukar-Nya pada Musim Bunga dalam biji-biji, benih-benih dan akar-akar mereka dalam bentuk yang maknawi. Selepas (makhluk-makhluk itu) lenyap, dengan pena taqdir yang sama, Dia menulis (perkara yang sama) pada benih-benih kecil di dalam buah-buahnya secara maknawi. Hatta pada setiap musim bunga yang sementara, Dia memelihara (perkara-perkara itu) pada benih-benih yang ibarat zarah-zarah kecil yang terbatas dan tulang temulang dan pada kayu-kayu yang telah mati bagi apa sahaja yang basah dan kering dengan penuh tersusun. Seolah-olah setiap Musim Bunga adalah seperti sekuntum bunga yang dilekatkan di atas muka bumi kemudian ditanggalkan, diletak dan diangkat oleh tangan al-Jamil dan al-Jalil dengan cara yang sangat tersusun dan rapi.
68. Page
Walaupun hakikat adalah begini, namun kesesatan yang paling menghairankan seperti berikut masih ada pada manusia:
Mereka menamakan kitab fitrah, ukiran seni dan tulisan hikmah yang dipanggil ‘alam semulajadi' oleh lidah ahli ghaflah ini sebagai sesuatu yang memberi kesan lalu menganggapnya sebagai sumber dan pelaku. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah senarai hasil seni Ilahi yang merupakan hanya satu jilwah pantulan bagi Lauh Mahfuz yang merupakan muka surat bagi pena taqdir. Maka اَيْنَ الثَّرَا مِنَ الثُّرَيَّا? Di manakah hakikat dan di manakah anggapan mereka yang lalai?
Sesungguhnya al-Mukhbir as-Sadiq Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberi gambaran tentang para hamalah al-‘arsy dan para malaikat muwakkal (yang diwakilkan) di bumi dan di langit dan tentang sebahagian malaikat yang lain.
Sebagai contoh: Dari kalangan mereka terdapat malaikat yang bertasbih melalui empat puluh ribu kepala yang pada setiap kepala terdapat empat puluh ribu lidah dan pada setiap lidah terdapat empat puluh ribu jenis tasbih.
Justeru untuk memahami hakikat di atas yang telah digambarkan oleh baginda, tentang penyusunan, sifat menyeluruh dan keluasan ibadat mereka, maka perhatikanlah kepada perkara berikut melalui ayat-ayat seperti:
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوَاتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَ سَخَّرْنَا الْجِبَاَل مَعَهُ يُسَبِّحْنَ
اِنَّاعَرَضْنَا الْاَمَانَةَ عَلَى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَالْجِبَالِ
69. Page
Allah Taala telah menjelaskan bahawa maujudat yang paling besar dan paling menyeluruh juga memperlihatkan bahawa ia bertasbih berdasarkan kepada sifat menyeluruhnya dan dalam bentuk yang sesuai dengan kebesarannya. Malah ia memang kelihatan begitu. Ya, sepertimana semua matahari, bulan dan bintang adalah kalimah-kalimah tasbih bagi langit yang merupakan sebuah lautan yang bertasbih, maka haiwan, tumbuhan dan pohonan pula adalah lafaz-lafaz tahmid muka bumi ini yang merupakan burung yang bertasbih dan melafazkan pujian.
Maknanya, sebagaimana tiap-tiap pokok dan bintang mempunyai (ucapan) tasbih tersendiri, sesungguhnya muka bumi, setiap benuanya, setiap gunung dan lembahnya, daratan dan lautannya, setiap lapisan langit dan setiap burujnya juga mempunyai (ucapan) tasbih yang menyeluruh. Maka sudah tentu muka bumi yang mempunyai ribuan kepala yang pada setiap kepalanya terdapat ratusan ribu lidah dan pada setiap lidah yang akan menterjemahkan dan memperlihatkan bunga-bunga tasbih dan buah-buah tahmidnya di alam misal dalam seratus ribu cara dan akan menjadi wakil dan mengumumkan tasbih dan tahmid itu di alam arwah juga mempunyai malaikat muwakkal yang sesuai dengannya.
Ya, sekiranya bermacam-macam benda menjadi satu jemaah, nescaya akan ada peribadi maknawinya. Sekiranya kumpulan-kumpulan itu bercampur lalu membentuk kesatuan, maka akan ada peribadi maknawi dan sejenis roh maknawi yang akan mewakilinya dan malaikat muwakkal yang akan melaksanakan tugas tasbihnya.
70. Page
Justeru berilah perhatian! Sebagai perumpamaan, pandang dan lihatlahlah kepada pohon Pain di hadapan bilik kita yang merupakan sebiji buah besar bagi lidah gunung di mulut Barla itu. Berapa ratuskah lidah-lidah ranting pohon yang ada pada tiap-tiap kepala bagi tiga kepala itu? Perhatikanlah juga pada setiap lidah, berapa ratuskah kalimah buah yang seimbang dan tersusun yang ada padanya? Perhatikanlah juga pada setiap buah. Berapa ratuskah huruf-huruf benih yang bersayap dan teratur (yang ada padanya)?
Sebagaimana engkau mendengar dan melihat betapa balaghahnya benih-benih kecil bermadah dan betapa fasih ia bertasbih kepada as-Sani’ Dzul Jalal yang memiliki perintah, اَمْرِ كُنْ فَيَكُونُ, sesungguhnya malaikat yang diwakilkan kepadanya juga mewakili tasbih-tasbihnya melalui lidahnya yang sangat banyak di alam maknawi. Sememangnya, menurut hikmah pun ia perlu begitu.
Berdasarkan kepada hakikat tinggi yang telah diifadahkan oleh ayat-ayat seperti:
اِنَّمَٓا اَمْرُهُ اِذَٓا اَرَادَ شَيْئًا اَنْ يَقُوَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
وَ نَحْنُ اَقْرَبُ اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
وَمَٓا اَمْرُ السَّاعَةِ اِلاَّ كَلَمْحِ الْبَصَرِ
تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ اِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ اَلْفَ سَنَةٍ
Al-Qadir al-Mutlaq menjadikan benda-benda dengan kesenangan, kepantasan, tanpa pembetulan dan tanpa sentuhan sehingga apa yang kelihatan dan difahami ialah Dia mewujudkan sesuatu dengan satu perintah semata-mata. Walaupun as-Sani’ al-Qadir itu terlalu hampir dengan masnu’at tetapi masnu’at adalah terlalu jauh daripada-Nya. Malah, walaupun Dia Maha Agung, namun Dia tetap menyusun perkara yang paling juz’i dan hina dengan penuh perhatian dan tidak membiarkannya keluar daripada kecantikan seni.
71. Page
Justeru sebagaimana susunan paling sempurna dalam kesenangan mutlak pada maujudat menjadi saksi kepada kewujudan hakikat al-Quran ini, perumpamaan yang akan datang juga memperlihatkan rahsia hikmahnya. Sebagai contoh: وَلِلّٰهِ الْمَثَلُ الْاَعْلَى, tugas-tugas yang diterima oleh matahari yang ibarat cermin yang legap bagi nama Nur daripada Asmaul Husna as-Sani’ Dzul Jalal melalui perintah Rabbani dan penundukan Ilahi mendekatkan hakikat itu kepada kefahaman. Ia seperti berikut:
Walaupun kedudukan matahari adalah sangat tinggi, namun ia sangat hampir dengan semua benda yang telus dan bersinar. Bahkan matahari lebih hampir kepada mereka berbanding dengan kehampiran mereka kepada diri mereka sendiri. Walaupun (ia kelihatan) seolah-olah memberi kesan kepada mereka dari banyak sudut melalui jilwahnya dan melalui benda yang menyerupainya yang agak menyerupai penguasaan, namun benda-benda yang telus itu adalah jauh daripadanya sejauh ribuan tahun. Benda-benda itu tidak boleh memberi kesan kepada matahari dari mana-mana sudut. Tidak mungkin benda-benda itu boleh mendakwa bahawa mereka adalah hampir (kepada matahari).
Malah keberadaan matahari yang bagaikan sentiasa ada dan sedia di dalam setiap zarah yang telus hatta dalam apa jua yang dimasuki cahayanya itu difahami melalui ketampakan biasan dan sejenis bayangan matahari berdasarkan kepada kebolehan dan warna zarah itu. Malah keluasan liputan dan ketelapan matahari itu bertambah menurut tahap keagungan sifat nuraninya. Kerana keagungan sifat nuraninyalah maka benda-benda yang paling kecil dan halus tidak dapat bersembunyi dan lari daripadanya.
72. Page
Ini bermakna, melalui rahsia kenuraniannya, keagungan dan kebesarannya tidak membuang benda-benda yang juz’i dan kecil keluar, bahkan sebaliknya mengambil kesemuanya ke dalam daerah liputannya. Sekiranya engkau mengandaikan kononnya matahari sebagai pelaku yang diberi pilihan pada jilwah-jilwah dan tugas-tugas yang diterimanya, maka dapat dikhayalkan bahawa (kemampuan) matahari melaksanakan tugasnya dengan penuh kesenangan, kepantasan dan keluasan yang bermula daripada zarah, titisan, permukaan laut sampai kepada planet adalah dengan keizinan Ilahi dan ia melakukan tindakan-tindakan agung itu hanya dengan satu perintah yang murni. Di hadapan perintah-Nya, zarah dengan planet adalah sama. Limpahan cahaya yang diberikan oleh-Nya kepada permukaan laut turut diberi kepada zarah dengan penuh tersusun menurut tahap kebolehannya.
Justeru, kita melihat dengan jelas bahawa matahari yang merupakan satu buih halus bercahaya di permukaan laut langit dan cermin kecil yang legap bagi jilwah nama Nur al-Qadir al-mutlaq itu merupakan pemilik bagi contoh-contoh tiga asas hakikat ini. Sudah tentu kita beriman dan perlu beriman bahawa, jika dinisbahkan kepada ilmu dan qudrat Dzat Dzul Jalal yang merupakan نُورَالنُّورِ, مُنَوِّرَالنُّورِ dan مُقَدِّرَالنَّورِ, nur dan bahang matahari adalah legap seperti tanah. Maka Dia adalah sangat dekat dan sentiasa berada bersama dengan setiap benda melalui ilmu dan qudrat-Nya. Manakala benda-benda adalah sangat jauh daripada-Nya.
73. Page
Difahami juga bahawa Dia melakukan kerja-kerja tanpa keberatan, pembetulan dan dengan begitu senang sepertimana Dia mewujudkan melalui kepantasan dan kesenangan perintah yang mutlak. Malah kita beriman dengan keyakinan iman di tahap penyaksian bahawa tiada sebarang benda yang juz’i dan kulli, kecil dan besar yang keluar daripada daerah Qudrat-Nya dan kebesaran-Nya meliputi semua benda itu.
Untuk membawa rasa qana‘ah kepada hakikat yang dalam dan tinggi yang membawa maksud: “Apakah hikmah pengaduan al-Quran yang berulang-ulang, ancaman besar dan janji-janji dahsyat terhadap bani Adam yang sangat lemah dan daif, sangat fakir dan berhajat dan dipersiapkan dengan pilihan yang hanya juz’i dan dengan usaha daif yang tidak mampu mewujudkan oleh Sultan keazalian dan keabadian yang sempadan keagungan rububiyyah dan kebesaran uluhiyyah-Nya yang menguasai bermula daripada وَمَا قَدَرُوا اللّٰهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْاَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمٰوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ sampai kepada وَاعْلَمُوا اَنَّ اللّٰهَ يَحُول بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ daripada اَللّٰه خَالِقُ كُلِّ شَيْئٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ وَكِيلٌ sampai kepada يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ daripada خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ sampai kepada خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ dan daripada مَا شَٓاءَ اللّٰهُ لَا قُوَّةَ اِلاَّ بِاللّٰهِ sampai kepada وَمَا تَشَاونَ اِلاَّ اَنْ يَشَاءَ اللّٰهُ? Dari sudut apakah ia menjadi wajar? Bagaimanakah ia kelihatan munasabah?...” maka lihatlah kepada dua perumpamaan yang akan datang:
74. Page
Perumpamaan Pertama: Terdapat sebuah kebun yang sangat luas milik seorang raja. Di dalamnya terdapat begitu banyak hasil seni ciptaan Ilahi yang berbuah dan berbunga. Maka, untuk menjaganya ramai petugas telah ditetapkan. Tugas bagi salah seorang petugasnya ialah hanya membuka penutup satu lubang pada tali air yang digunakan untuk mengairi kebun itu dan dijadikan minuman. Tetapi petugas itu telah bermalas-malasan. Dia tidak membuka penutup lubang itu. Lalu keseluruhan kebun itu telah rosak ataupun kekeringan. Maka, waktu itu semua petugas lain daripada hasil seni Rabbani al-Khaliq dan penjagaan hebat as-Sultan serta khidmat seperti petugas oleh cahaya, udara dan tanah berhak untuk mengemukakan dakwaan ke atas si dungu itu. Ini kerana dia telah menyebabkan khidmat mereka menjadi sia-sia atau memudaratkannya.
Perumpamaan Kedua: Seseorang yang rendah pangkatnya dalam bahtera Sultan yang besar telah meninggalkan tugasnya yang juz’i. Maka dia telah menjejaskan natijah-natijah khidmat semua petugas di dalam bahtera tersebut bahkan telah merosakkan sesetengahnya. Oleh sebab itu, adalah sangat wajar untuk pemilik kapal mengemukakan aduan ke atas orang itu bagi pihak semua petugas itu.
Orang yang bersalah itu pula tidak boleh berkata: “Aku orang biasa. Aku tidak patut dimarahi kerana kecuaianku.” Ini kerana, satu ketiadaan menatijahkan ketiadaan-ketiadaan yang tidak terkira. Tetapi kewujudan membuahkan hasil menurut keadaan dirinya sendiri. Ini kerana, walaupun kewujudan sesuatu bergantung kepada kewujudan semua syarat dan sebab, namun keluputan satu syarat dan ketiadaan satu juzuk bagi benda itu boleh menjadi punca kepada ketiadaan dan keluputannya. Malah benda itu turut dikira tiada dari sudut natijah. Kerana perkara inilah, maka ungkapan “pemusnahan adalah lebih mudah daripada pembaikan” telah menjadi satu kaedah yang masyhur.
75. Page
Memandangkan asas-asas kekufuran, kesesatan, kemelampauan dan kemaksiatan ialah keingkaran dan penolakan, pengabaian dan penidakan, maka walaupun pada rupa zahir ia kelihatan sangat tetap dan ada, namun pada hakikat ia adalah luput dan tiada. Kerana itulah kekufuran merupakan jenayah yang berjangkit. Sebagaimana ia menjejaskan natijah-natijah amalan seluruh maujudat, ia turut menabiri jilwah keindahan nama-nama Ilahi.
Justeru atas nama maujudat yang mempunyai hak untuk mengadu sebanyak ini, Sultan maujudat itu akan menunjukkan kemurkaan yang besar ke atas manusia yang derhaka itu. Kemurkaan-Nya pula adalah hikmah itu sendiri. Sudah tentu si penderhaka itu patut menerima ancaman yang dahsyat. Tidak diragukan juga bahawa dia memang patut mendapat wa‘id (janji balasan) yang keras itu.
Satu pukulan ke atas kepala orang yang lalai dan satu pengajaran yang mempunyai iktibar.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا اِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ.
Wahai nafsu bedebahku yang hanyut dalam kelalaian, melihat kehidupan ini sebagai manis lalu melupai akhirat dan mencari dunia! Adakah engkau tahu engkau menyerupai apa? (Ya) Burung Unta. Burung itu nampak pemburu tetapi tidak dapat terbang lalu membenamkan kepalanya ke dalam pasir supaya pemburu tidak nampak akan dirinya. (Sedangkan) tubuhnya yang besar berada di luar. Maka si pemburu pun nampak. Cuma burung unta tidak nampak kerana ia telah memejamkan matanya di dalam pasir.
76. Page
Wahai nafsu! Renungi dan lihatlah perumpamaan ini! (Fahamilah) bagaimana membataskan pandangan kepada dunia menukar kelazatan yang mulia kepada kesakitan yang pedih. Sebagai contoh: Di kampung ini (Barla) ada dua orang. Sembilan puluh sembilan peratus daripada kaum keluarga salah seorang daripadanya telah pergi ke Istanbul. Mereka hidup dengan baik. Hanya seorang sahaja masih tinggal di sini. Dia juga akan pergi ke sana. Kerana itu, orang itu rindukan Istanbul dan memikirkan tentangnya (Istanbul). Dia mahu bertemu semula dengan kaum keluarganya. Bila saja dikatakan kepadanya “pergilah ke sana” maka dia akan gembira dan pergi sambil tertawa.
Orang kedua pula sembilan puluh sembilan peratus daripada sahabatnya telah pergi dari sini. Sebahagiannya telah lenyap. Sebahagiannya pula telah masuk ke tempat-tempat yang bukan sahaja dia tidak nampak bahkan (tempat itu) tidak dapat dilihat. Mereka telah pergi dalam keadaan menderita. Begitulah sangkaannya. Sebagai gantian kepada mereka semua, orang yang kebuntuan itu hanya bermesra dengan seorang tetamu dan dia mahu menemui ketenangan padanya. Melaluinya, dia mahu menutup kesakitan perpisahan yang memedihkan itu.
Wahai nafsu! Pertamanya Habibullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, seterusnya semua kekasihmu berada di sebelah sana kubur. Mereka yang tingal satu atau dua orang di sini juga akan berlalu pergi. Janganlah pusingkan kepalamu kerana gerun daripada kematian dan takut daripada kubur! Pandanglah pada kubur dengan berani, dengarlah apa yang ia mahu! Senyumlah di hadapan wajah kematian secara jantan dan tengoklah apa yang ia inginkan! Awas, janganlah engkau lalai lalu menyerupai orang yang kedua!
77. Page
Wahai nafsuku, jangan berkata: “Zaman telah berubah dan kurun telah bertukar wajah. Semua orang telah hanyut dengan dunia dan memuja kehidupan. Mereka mabuk dengan masalah sara hidup.” Ini kerana kematian tidak berubah. Perpisahan tidak berubah dan tidak bertukar wajah menjadi kebaqaan. Kelemahan manusia dan kefakiran insan tidak berubah bahkan bertambah. Perjalanan manusia tidak terhenti malah ia semakin pantas.
Janganlah juga berkata: “Aku juga seperti orang lain.” Ini kerana semua orang hanya bersahabat denganmu sampai ke pintu kubur.
Manakala ketenangan yang kononnya adalah bersama dengan semua orang dalam musibah itu langsung tidak memberi erti di sebelah sana kubur. Malah janganlah menganggap bahawa dirimu tiada tujuan. Ini kerana, jika engkau memandang dewan pertamuan dunia ini melalui pandangan hikmah, maka tiada sebarang benda pun yang engkau lihat sebagai tidak teratur dan tiada tujuan.
Bagaimanakah engkau boleh terbiar tanpa peraturan dan tujuan? Kejadian-kejadian seperti gempa bumi yang merupakan bencana alam itu bukanlah permainan tasaduf (kebetulan). Sebagai contoh, engkau nampak bahawa baju-baju yang sangat tersusun dan amat terukir yang dipakaikan kepada muka bumi daripada jenis-jenis tumbuhan dan haiwan di atas satu sama lain dan di dalam satu sama lain itu adalah dihias dan disiapkan dengan tujuan-tujuan dan hikmah dari atas ke bawah. Engkau tahu tentang putaran dan pusingan bumi yang seperti maulawi di dalam jazbah (keasyikan zikir) itu adalah di dalam tujuan-tujuan yang sangat tinggi, di dalam kesempurnaan susunan dan melalui kesempurnaan penyusunan.
78. Page
Namun bagaimanakah boleh wujud dari kalangan bani Adam, terutamanya sebahagian golongan lalai yang tidak suka dengan ahli iman boleh menganggap bahawa peristiwa kehidupan yang bercampur dengan kematian seperti gempa bumi[1] yang menyerupai goncangan bahu[2] kerana kerimasan maknawi sebagai tiada tujuan dan tasaduf? Ini adalah sebagaimana yang diwara-warakan oleh seorang mulhid yang memperlihatkan bahawa kehilangan menyakitkan bagi semua mereka yang ditimpa musibah sebagai tidak berganti dan ibarat habaan mansura (debu yang berterbangan). Lantas dia mencampak mereka ke dalam putus asa yang dahsyat. Malah mereka melakukan kesalahan dan kezaliman yang besar.
Sedangkan (pada hakikatnya), dengan perintah al-Hakim ar-Rahim, peristiwa-peristiwa seperti itu ialah pengubahan harta fana ahli iman kepada hukum sedekah lalu membaqakannya. Peristiwa-peristiwa itu juga merupakan kaffarah di atas dosa-dosa yang lahir daripada sikap mengkufuri nikmat. Sebagaimana akan datang suatu hari, muka bumi yang ditundukkan itu melihat bahawa kesan-kesan manusia yang merupakan perhiasan di wajahnya itu bercampur dengan kesyirikan dan tanpa kesyukuran maka ia menganggapnya sebagai jelik lalu dengan perintah al-Khaliq, ia akan memadam dan membersihkan seluruh permukaannya melalui gempa bumi yang besar. Dengan perintah Allah, ia akan mencampak golongan syirik ke dalam neraka. Namun kepada ahli syukur, ia berkata: “Ayuh! Silakan ke syurga…”
79. Page
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
)إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا (١)وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا (٢)وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا (٣)يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (٤)بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (٥)يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( ٦)فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ(٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (٨
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya 2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, 3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" 4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: 5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). 6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. 7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Surah ini secara qat’i mengifadahkan bahawa sebagai penerima wahyu dan ilham, pada pergerakan dan gempanya, bebola bumi ini bergegar dengan perintah Allah Taala. Kadang-kadang ia menggigil. Dari satu sudut yang maknawi dan penting, bersempena dengan gempa bumi yang sedang berlaku, kepada enam atau tujuh soalan yang juz’i, sekali lagi dengan bantuan lintasan maknawi, jawapan-jawapannya telah datang kepada hati. Walaupun aku telah beberapa kali berniat untuk menulisnya secara terperinci, namun belum diizinkan. Maka ia akan ditulis secara ringkas.
80. Page
Soalan Pertama: Mengapakah gempa bumi ini memberikan azab dahsyat yang musibah maknawinya lebih menyakitkan berbanding dengan musibah maddi? Ini kerana ia mencabut kerehatan waktu malam daripada kebanyakan rakyat di kebanyakan negeri lalu melahirkan rasa takut dan putus asa yang datang daripada (kebarangkalian gempa) susulannya?
Jawapan dari sudut Maknawi: Telah dikatakan seperti berikut: Perkara yang menatijahkan azab ketakutan ini ialah penyiaran lagu-lagu yang sangat bertunjangkan hawa nafsu yang penuh tarikan dengan penuh keriangan dan kegembiraan bagaikan sedang mabuk melalui mulut radio dan kadang-kadang melalui suara (penyanyi) wanita pada waktu Solat Tarawih di bulan Ramadhan yang mulia di setiap penjuru markas keislaman yang diberkati ini.
Soalan Kedua: Mengapakah tamparan samawi (langit) ini tidak melanda negara-negara bukan Islam? Mengapakah ia menimpa umat Islam yang tidak berdaya?
Jawapan: Ia adalah seperti mana kesalahan dan jenayah berat ditangguhkan ke mahkamah-mahkamah besar, manakala jenayah ringan, segera diserahkan kepada mahkamah-mahkamah kecil. Berdasarkan kepada satu hikmah yang penting, sebahagian besar jenayah ahli kufur dilewatkan ke Mahkamah Agung Hari Kebangkitan, manakala hukuman bagi sebahagian kesalahan-kesalahan ahli Iman diberikan di dunia ini.[1]
81. Page
Soalan Ketiga: Mengapakah musibah yang datang disebabkan oleh kesalahan sesetengah orang ini melanda seluruh negara?
Jawapan: Musibah yang berbentuk umum adalah disebabkan oleh kesalahan sebilangan besar manusia. Sokongan mereka terhadap tindakan orang-orang yang zalim itu dari segi perbuatan ataupun pelaziman ataupun pengikutan adalah ibarat persekongkolan secara maknawi. Maka ia menjadi punca kepada musibah yang umum.
Soalan Keempat: Memandangkan musibah gempa bumi ini adalah natijah kesalahan dan kaffarah az-zunub (penghapusan dosa), mengapakah mereka yang tidak berdosa dan tidak membuat kesalahan turut menderita? Bagaimanakah ‘Adalatullah (keadilan Allah) boleh mengizinkannya?
Jawapan dari sudut maknawi: Oleh sebab masalah ini berhubung kait dengan rahsia taqdir, dengan menyerahkannya kepada Risalah Taqdir, maka apa yang boleh dinyatakan di sini hanyalah seperti berikut: وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذ۪ينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَٓاصَّةً yang bermaksud: “Berawaslah daripada satu musibah dan bala yang apabila ia datang ia tidak terkhusus hanya kepada orang zalim dan turut melanda mereka yang tidak berdosa.”
82. Page
Rahsia ayat ini: Sesungguhnya dunia ini ialah medan ujian dan medan imtihan serta negara tanggungjawab dan perjuangan. Imtihan dan tanggungjawab mewajarkan hakikat-hakikat kekal terselindung di sebalik tabir supaya melalui musabaqah (perlumbaan) dan mujahadah, maka para Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu dapat naik ke martabat a’la ‘illiyyin dan para Abu Jahal jatuh ke martabat asfala safilin. Sekiranya mereka yang tidak berdosa kekal sihat dan selamat dalam musibah-musibah seperti ini, maka para Abu Jahal akan masuk Islam sama seperti para Abu Bakar. Maka pintu peningkatan maknawi melalui mujahadah akan tertutup dan rahsia tanggungjawab akan rosak. Memandangkan kejatuhan mereka yang dizalimi dan zalim ke dalam musibah secara bersama-sama adalah wajar menurut hikmah Ilahi, maka agaknya apakah habuan daripada rahmat dan keadilan bagi mereka yang dizalimi yang tidak berdaya itu?
Sebagai jawapan kepada soalan ini, telah dikatakan: “Di dalam kemurkaan dan keberangan pada musibah itu terdapat jilwah rahmat terhadap mereka. Ini kerana sebagaimana harta-harta fana mereka yang maksum itu akan menjadi sedekah bagi pihak mereka lalu berubah menjadi harta yang baqa’, kehidupan mereka yang fana juga menjadi sejenis kesyahidan dari sudut memperolehkan satu kehidupan yang baqa’. Jika dibandingkan dengan kesusahan dan azab yang sedikit dan sementara itu, maka gempa bumi yang memperolehkan keuntungan yang besar dan berterusan bagi mereka itu adalah rahmat di dalam kemurkaan.
83. Page
Soalan Kelima: Mengapakah al-‘Adil dan ar-Rahim serta al-Qadir dan al-Hakim tidak memberikan hukuman yang khusus kepada kesalahan-kesalahan yang khusus bahkan menggunakan satu unsur yang besar? Bagaimanakah hal ini bersesuaian dengan keindahan rahmat-Nya dan kesyumulan qudrat-Nya?
Jawapan: Al-Qadir Dzul Jalal telah memberikan banyak tugas kepada setiap unsur. Dia juga menyebabkan unsur-unsur itu memberikan banyak natijah pada setiap tugasnya. Sekiranya satu natijah pada satu tugas bagi satu unsur adalah hodoh, buruk dan musibah sekalipun, namun natijah-natijah lain yang baik menyebabkan natijah ini juga menjadi baik. Sekiranya unsur yang telah membenci manusia itu dihalang daripada tugas demi menghalang kewujudan satu natijah yang jelik, nescaya waktu itu, kebaikan sebanyak natijah yang baik itu akan ditinggalkan.
Supaya satu keburukan tidak terjadi, menurut kaedah “tidak melakukan satu kebaikan yang perlu adalah keburukan”, maka keburukan sebanyak kebaikan itu akan dilakukan. Perkara ini adalah sangat jelik, menyalahi hikmah, menyalahi hakikat dan merupakan kekurangan. (Sedangkan) qudrat, hikmah dan hakikat adalah suci daripada kecacatan. Memandangkan sesetengah kesilapan adalah satu keingkaran yang syumul dan kemelampauan yang menghina hak banyak makhluk di tahap boleh membawa unsur-unsur dan bumi kepada keberangan, maka sudah tentu pemberian arahan kepada unsur yang besar dengan kata-kata, “didiklah mereka” untuk memperlihatkan kejelikan yang sangat luarbiasa bagi jenayah itu merupakan hikmah dan keadilan sebenar dan rahmat sebenar kepada mereka yang dizalimi.
84. Page
Soalan Keenam: Mereka yang lalai sering mewara-warakan bahawa gempa bumi adalah hasil daripada perubahan dan pergerakan unsur di dalam perut bumi lalu mereka memandangnya sebagai satu peristiwa yang kebetulan, semula jadi dan tiada tujuan. Mereka tidak nampak akan sebab-sebab dan natijah-natijah maknawi bagi peristiwa ini. Maka mereka tidak sedar. (Soalannya) adakah terdapat hakikat bagi apa yang dijadikan sandaran oleh mereka ini?
Jawapan: Ia tidak mempunyai sebarang hakikat kecuali kesesatan. Ini kerana setiap tahun, sayap yang merupakan satu anggota daripada ratusan anggota bagi seekor lalat daripada jumlah yang tidak terkira daripada kelompok lalat yang merupakan satu jenis daripada ribuan jenis di atas bebola bumi yang memakai dan menukar lebih daripada lima puluh juta kemeja yang terukir dan tersusun menerima jilwah kehendak, iradah, kemahuan dan hikmah. Maka kebergantungannya dan keadaannya yang tidak terbiar memperlihatkan bahawa ia bukanlah perbuatan dan keadaan yang penting bagi bebola bumi yang besar yang merupakan buaian, ibu, rujukan dan pelindung bagi makhluk yang mempunyai perasaan yang tidak terkira. Bahkan adalah tidak mungkin bahawa sebarang benda sama ada juz’i atau kulli boleh berlaku di luar iradah, ikhtiar dan kehendak Ilahi.
Tetapi melalui kehendak hikmah al-Qadir al-Mutlaq, Dia menjadikan sebab-sebab zahir sebagai tabir kepada perbuatan-Nya. Semasa Dia mahukan gempa bumi, kadang-kadang Dia menyuruh satu unsur bergerak dan menyalakannya. Biarpun gempa itu merupakan perubahan unsur, ia tetap berlaku dengan perintah dan hikmah Ilahi. Tidak mungkin yang lain. Sebagai contoh: Seseorang telah menembak seseorang dengan senapang.
85. Page
Sesungguhnya adalah satu kebodohan dan ketidakwarasan yang sangat teruk sekiranya orang yang menembak langsung tidak diberi perhatian dan sebaliknya yang ditumpukan hanyalah sudut bahawa serbuk letupan pada kelongsong pelurulah yang menembak. Maka hilanglah semua hak bagi mangsa bunuh yang malang itu. Sama seperti itu juga, melupakan perintah “Tembak!” oleh Allah ke atas sebutir bom yang dihimpunkan dengan hikmah dan iradah yang berada di dalam bebola bumi yang merupakan petugas patuh al-Qadir Dzul Jalal bahkan kapal dan pesawat-Nya demi untuk menyedarkan mereka yang lalai dan mungkar lalu melencong kepada (menyalahkan) alam, merupakan kebodohan yang paling teruk.
Pelengkap dan Nota Soalan Keenam: Untuk memelihara jalan mereka dan untuk menghadapi dan menghalang kesedaran ahli iman, golongan sesat dan tidak beragama menunjukkan satu penentangan yang sangat pelik dan kebodohan yang sangat menghairankan. Ia menyebabkan manusia menyesal menjadi manusia.
Sebagai contoh: Mutakhir ini, kerana kemaksiatan yang zalim dan gelap pada manusia semakin merebak, dan oleh sebab alam semesta dan unsur-unsur menyeluruh telah marah, maka untuk menyedarkan bangsa manusia dan untuk mengundurkan mereka daripada keingkaran yang dahsyat dan untuk memperkenalkan Sultan alam semesta yang mereka enggan kenali bukan melalui rububiyyah yang khusus bahkan melalui sifat-Nya sebagai Rabb dan al-Hakim seluruh dunia dan sekalian alam dan melalui tajalli yang menyeluruh dan luas dalam bentuk himpunan alam semesta dan daerah menyeluruh rububiyyah, maka al-Khaliq bumi dan langit pun telah menampar wajah manusia dengan bencana-bencana yang menyeluruh dan dahsyat yang berpunca daripada air, udara dan elektrik yang tiada bandingan dan tidak putus seperti gempa bumi, ribut dan perang dunia. Melaluinya Dia memperlihatkan hikmah, qudrat, keadilan, sifat al-Qayyum, kehendak dan penguasaan-Nya dengan cara yang sangat zahir.
86. Page
Walaupun begitu, sebahagian syaitan bodoh yang berupa manusia pula menyambut isyarat Rabbani dan tarbiah Ilahi yang menyeluruh itu dengan penentangan yang penuh kebodohan lalu berkata: “(Gempa bumi) ini adalah semula jadi, letupan satu unsur dan merupakan tasaduf (kebetulan). Manakala keberhentian semua jentera di Amerika selama lima jam, kemerahan angkasa dan ruang udara wilayah Kastamonu yang bagaikan terbakar itu adalah berpunca daripada kepanasan matahari dan pertembungannya dengan elektrik.”
Demikianlah mereka mengarut tanpa sebarang makna.
Angkara kejahilan tanpa batasan yang datang daripada kesesatan dan penentangan hodoh yang lahir daripada kezindikan, mereka tidak tahu bahawa setiap sebab hanyalah satu alasan dan satu tabir.
Sebagai gantian kepada seratus kilang dan bengkel sebesar sebuah kampung untuk menjalin dan menghasilkan kelengkapan sebatang pohon Pain yang seperti gunung, mereka memperlihatkan benih kecil pohon itu. Mereka berkata: “Sesungguhnya pohon ini keluar daripada benda (benih) ini” lalu mempamerkan sesetengah sebab luaran. Mereka seolah-olah mengingkari seribu mukjizat yang diperlihatkan oleh as-Sani’ pada pohon Pain itu.
87. Page
Mereka merendahkan urusan rububiyyah yang sangat besar yang dilakukan oleh al-Khaliq dengan ikhtiar dan hikmah ke tahap sia-sia. Kadang-kadang mereka meletakkan satu nama saintifik kepada satu hakikat yang sangat dalam, tidak mungkin diketahui, sangat penting dan mempunyai hikmah walau dalam seribu sudut. Seolah-olah dengan nama itu perihalnya telah difahami dan menjadi biasa, tiada hikmah dan tiada makna.
Justeru marilah! Pandanglah kepada darjat-darjat kebodohan dan kedunguan yang tidak terkira ini. Mereka meletakkan satu nama kepada satu hakikat majhul yang mendalam dan luas yang hanya boleh difahami sepenuhnya sekiranya ia dihuraikan dan hikmah-hikmahnya diterangkan melalui seratus muka surat. Bagaikan sesuatu yang telah maklum dia berkata “ini adalah ini”.
Sebagai contoh: Pertembungan satu unsur daripada matahari dengan elektrik. Mereka yang sesat dan mulhid mengembalikan peristiwa rububiyyah yang khusus dan mempunyai tujuan ini kepada salah satu undang-undang fitrah yang dinamakan ‘Adatullah dan mempunyai gelaran-gelaran bagi jenis iradah menyeluruh, ikhtiar umum dan penguasaan. Melalui pengembalian itu, mereka memutuskan hubungannya daripada iradah ikhtiar. Kemudian mereka mengambil dan menyerahkannya kepada tasaduf dan kesemulajadian.
Maka mereka memperlihatkan kejahilan yang berkali ganda lebih teruk daripada Abu Jahal. Mereka menjadi orang gila yang ingkar sepertimana seorang askar ataupun satu pasukan tentera menyandarkan peperangan yang telah dimenangi kepada satu peraturan dan undang-undang ketenteraan tetapi memutuskan hubungannya daripada komander, raja, kerajaan dan tindakan yang dirancang.
88. Page
Malah sekiranya seorang pakar yang sangat bermukjizat membuat seratus kilo makanan dan seratus hasta kain yang berlainan daripada cebisan kayu yang sebesar kuku sepertimana pewujudan sebatang pohon berbuah daripada sebiji benih, maka jika seseorang memperlihatkan cebisan kayu itu lalu berkata: “Kerja-kerja ini terjadi daripada benih ini secara semula jadi dan kebetulan” lalu merendahkan hasil-hasil seni dan bakat si pakar itu kepada sia-sia, sesungguhnya itu merupakan satu kedunguan yang sangat tinggi. Demikianlah keadaannya.
Soalan Ketujuh: Bagaimanakah difahami bahawa bencana alam ini memandang kepada orang Islam negara ini dan menjadikan mereka sebagai sasaran? Mengapakah ia lebih banyak melanda sebelah Erzincan dan Izmir?
Jawapan: Melalui petunjuk-petunjuk bagi banyak isyarat seperti pengkhususan peristiwa ini ke atas negeri-negeri ini yang tidak menjaga kehormatan bulan Ramadhan di dalam musim sejuk yang sangat dingin, pada malam yang gelita dan dalam kesejukan yang bersangatan serta gempa-gempa susulan untuk menyedarkan mereka yang lalai secara lembut kerana mereka masih belum sedar daripada kehairanan, sesungguhnya peristiwa ini menyasarkan, memandang dan menggegarkan ahli iman, malah ia sendiri turut menggigil demi menyedarkan mereka kepada solat dan rayuan.
Manakala gegaran yang lebih kuat di tempat-tempat seperti Erzincan yang malang mempunyai dua wajah.
89. Page
Pertama: Oleh sebab kesalahan mereka adalah sedikit maka ia disegerakan untuk menyucikannya.
Kedua: Terdapat kemungkinan bahawa akibat kekurangan atau kekalahan para pemelihara keimanan yang kuat dan benar serta kekurangan pelindung Islam di tempat-tempat seperti itu, maka dari sudut bahawa di sana terdapat satu pusat gerak kerja golongan zindik yang memberi kesan (buruk), maka yang paling awal ditampar ialah tempat-tempat itu.
لاَ يَعْلَمُ الْغَيْبَ اِلاَّ اللّٰهُ
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ