NAVIGATION
117. Page
وَاِذَا قُرِى الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَاَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Justeru, wahai syaitan! Sekarang jika engkau masih boleh mengatakan apa-apa lagi, maka sila sila nyatakan.
Maka syaitan berkata: Aku tidak boleh menghadapi semua ini. Aku tidak boleh mempertahankannya. Namun terdapat ramai orang yang bodoh yang mendengar (kata-kata)ku. Ada juga syaitan-syaitan yang menyerupai manusia dan mereka membantuku. Terdapat ramai Firaun dari kalangan ahli falsafah. Mereka mempelajari perkara-perkara yang membelai keakuan mereka daripadaku. Mereka akan menghalang penyebaran kata-katamu yang seperti ini. Oleh sebab itu aku tidak akan menyerahkan senjata kepadamu.