Kalimah Kelapan Belas

152. Page

KALIMAH KELAPAN BELAS

 

Kalimah ini mempunyai dua Maqam. Maqam keduanya belum ditulis.


Maqam Pertama:

 

Maqam pertamanya terdiri daripada tiga Noktah.

Noktah Pertama:

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذ۪ينَ يَفْرَحُونَ بِمَا اَتَوْا وَيُحِبُّونَ اَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيمٌ


Noktah ini ialah tamparan mendidik bagi nafsu amarahku.

 

Wahai nafsu dunguku yang terpesona dengan kebanggaan, gilakan kemasyhuran, sangat sukakan pujian dan tiada tandingan dalam kesombongan! Sekiranya dakwaan oleh benih kecil yang merupakan punca buah tin yang memberikan ribuan biji buah dan dakwaan oleh tangkai hitam yang kering dan kecil bagi anggur yang ratusan gugus yang dilekatkan padanya yang menyatakan bahawa semua buah dan tangkai itu sebagai kebolehan mereka sendiri dan semua yang beristifadah daripada mereka perlu memuji dan menghormati tangkai dan benih itu merupakan dakwaan yang benar, maka kemungkinan engkau juga (wahai nafsu) mempunyai hak untuk bermegah dan sombong disebabkan nikmat-nikmat yang dipikulkan ke atasmu.

Walhal engkau sentiasa layak kepada celaan. Ini kerana engkau bukanlah seperti benih dan tangkai itu. Lantaran kewujudan juzuk ikhtiarimu, engkau mengurangkan nilai nikmat-nikmat itu melalui sikap bermegahmu. Engkau memusnahkannya dengan kesombonganmu dan engkau menidakkannya dengan sikap kufur nikmatmu dan engkau merampasnya dengan menjadikannya sebagai milikmu. Tugasmu bukanlah bermegah tetapi bersyukur. Yang munasabah denganmu ialah sifat tawadhuk dan rasa malu bukannya sukakan kemasyhuran. Hakmu bukanlah pujian tetapi istighfar dan penyesalan. Kesempurnaanmu bukannya sikap mementingkan diri bahkan mementingkan hidayah.

Ya, di dalam tubuhku engkau menyerupai hamparan alam yang ada di dunia. Kalian berdua telah diciptakan untuk menerima kebaikan dan untuk menjadi tempat rujukan kejahatan. Maksudnya kalian berdua bukanlah pelaku dan sumber bahkan kalian merupakan munfail (yang terkesan) dan tempat (berlaku). Kalian hanya mempunyai satu kesan. Itu pula adalah kerana kalian menjadi sebab kejahatan kerana kalian tidak menerima kebaikan yang datang daripada kebaikan mutlak dalam bentuk yang baik. 


153. Page

Kedua-dua kalian juga telah diciptakan sebagai tabir supaya keburukan zahir yang cantiknya tidak kelihatan disandarkan kepada kalian lalu kalian menjadi wasilah kepada penyucian Dzat Muqaddas Ilahi. Ini kerana kalian telah memakai satu bentuk yang sama sekali berlawanan dengan tugas fitrah kalian. Walaupun kalian telah mengubah kebaikan kepada kejahatan disebabkan ketidakmampuan kalian, namun kalian seolah-olah bersekutu dengan al-Khaliq kalian. Maknanya, sikap menyanjung nafsu dan alam adalah sangat bodoh dan zalim.

Janganlah juga berkata: “Aku ialah penerima. Sesungguhnya yang menerima keindahan akan menjadi indah.” Maka, oleh sebab engkau tidak menyerupai keindahan, maka engkau bukanlah penerima tetapi laluan.

Janganlah juga berkata: “Aku telah dipilih dari kalangan makhluk. Buah-buah ini diperlihatkan menerusiku. Maknanya aku mempunyai keistimewaan.” Tidak! Hasya! Bahkan, mula-mula ia diberikan kepadamu. Ini kerana engkau lebih muflis, lebih berhajat dan lebih sakit berbanding dengan orang lain, maka mula-mula ia diberikan kepadamu.[1]

 

Noktah Kedua: Noktah ini menjelaskan satu rahsia ayat اَحْسَنَ كُلَّ شَيْئٍ خَلَقَهُ. Ia seperti berikut:

 

Pada setiap benda, hatta pada benda-benda yang tampak paling teruk memiliki satu sudut kecantikan yang hakiki. Ya, setiap benda dan setiap peristiwa di alam semesta, sama ada ia sendiri memang cantik maka ia disebut sebagai husnu bizzat ataupun ia cantik dari sudut natijah maka ia disebut sebagai husnu bilghair. Terdapat sesetengah peristiwa yang zahirnya hodoh dan bercelaru tetapi di sebalik tabir zahir itu terdapat kecantikan-kecantikan dan keteraturan yang sangat terang.


[1] Sesungguhnya aku juga sangat menyukai sikap Said Baru menutup mulut dan mendiamkan nafsunya setahap ini dalam perdebatan ini dan aku mengucapkan ribuan Barakallah.




154. Page

Sebagai contoh: Di sebalik tabir hujan ribut dan tanah lecak di musim bunga tersembunyi senyuman bagi bunga-bunga yang indah dan tumbuh-tumbuhan yang tersusun. Di sebalik tabir pemusnahan yang menyayukan dan perpisahan yang memilukan di musim luruh, di samping terdapat perlepasan haiwan-haiwan kecil yang halus yang merupakan teman bunga-bunga yang manja daripada tugas kehidupan untuk memelihara mereka daripada kesempitan dan kesengsaraan peristiwa-peristiwa musim sejuk yang merupakan penerima tajalli-tajalli sifat Jalal as-Subhan, terdapat juga penyediaan tempat untuk satu musim bunga yang menawan, segar dan indah di sebalik tabir musim sejuk itu. Terdapat begitu banyak kemekaran bunga-bunga maknawi yang bersembunyi di bawah tabir-tabir peristiwa seperti ribut, gempa bumi dan wabak. Lantaran peristiwa-peristiwa yang zahirnya kelihatan hodoh, maka sebahagian benih-benih persediaan yang tidak dapat tumbuh dan membiak seperti benih, bertunas lalu menjadi cantik.

Seolah-olah tiap-tiap perubahan yang umum dan peralihan yang menyeluruh merupakan hujan maknawi. Tetapi oleh sebab insan memuja apa yang zahir dan mementingkan diri sendiri maka dia memandang kepada zahir lalu menghukumnya dengan keburukan. Dari sudut sikap mementingkan diri sendiri dan dengan cara menghukum melalui natijah yang hanya memandang kepada dirinya, manusia menghukum bahawa (perkara yang kelihatan buruk itu) sebagai buruk. Walhal, sekiranya tujuan satu benda yang merujuk kepada manusia hanyalah satu, namun yang merujuk kepada nama-nama as-Sani’nya adalah beribu-ribu.

Sebagai contoh: Manusia beranggapan bahawa rumput dan pohon berduri yang merupakan salah satu mukjizat besar qudrat al-Fatir sebagai memudaratkan dan tidak bermakna. Walhal tumbuh-tumbuhan berduri itu merupakan para pahlawan yang telah dipersiapkan dari kalangan tumbuh-tumbuhan dan pokok. Contoh lain: Hambatan burung helang ke atas burung pipit secara zahirnya adalah tidak sesuai dengan rahmat. Walhal kebolehan burung pipit itu meningkat melalui hambatan itu. 


155. Page

Contohnya lagi: Mereka menganggap salji sebagai sangat sejuk dan tawar. Walhal di sebalik tabir kesejukan yang tawar itu terdapat tujuan panas yang begitu banyak dan natijah-natijah yang begitu manis seperti gula yang tidak dapat dihuraikan.

Di samping sikap mementingkan diri dan menyanjung apa yang zahir, oleh sebab insan menghukum setiap benda melalui wajah yang memandang dirinya, dia menganggap sangat banyak benda yang merupakan adab itu sendiri sebagai menyalahi adab. Contoh: Alat kelamin manusia. Pada pandangan manusia, membicarakan tentangnya adalah sesuatu yang mengaibkan. Tetapi, tabir keaiban itu adalah pada wajahnya yang memandang manusia. Sebaliknya wajah-wajah yang memandang kepada penciptaan, kesenian dan tujuan-tujuan fitrah adalah tabir-tabir yang jika dipandang melalui pandangan hikmah, maka ia merupakan adab itu sendiri. Keaiban tidak pernah sesuai dengannya. Justeru, sesetengah ungkapan al-Quran al-Hakim yang merupakan sumber bagi segala adab adalah dari sudut wajah-wajah dan tabir-tabir ini.

Sesungguhnya terdapat wajah-wajah yang cantik yang memandang kepada kesenian dan penciptaan yang sangat indah dan berhikmah di sebalik wajah-wajah zahir bagi makhluk-makhluk dan peristiwa-peristiwa yang kelihatan hodoh kepada kita merujuk kepada as-Sani’nya. Terdapat tabir-tabir yang sangat indah yang menyembunyikan hikmah-hikmahnya. Terdapat begitu banyak kecelaruan dan percampuran dari segi zahir, namun ia merupakan tulisan suci yang sangat tersusun.


156. Page

Noktah Ketiga: اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ  memandangkan kecantikan seni di alam semesta adalah benar-benar wujud dan qat’i, sudah tentu kesahihan risalah Ahmadiyyah (Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam) perlu ada melalui satu ke-qat’i-an di tahap sebagai saksi. Ini kerana keindahan seni dan hiasan bentuk pada masnu'at yang indah itu menunjukkan bahawa terdapat iradah tahsin (kehendak memperelok) yang penting dan talab tazyin (kemahuan untuk menghias) yang kuat pada pencipta mereka. Kehendak serta kemahuan itu pula, memperlihatkan bahawa pada as-Sani’ itu terdapat satu mahabbah yang tinggi dan minat yang suci terhadap kesempurnaan seni yang telah dizahirkan pada hasil seni-Nya. Mahabbah dan minat itu pula mahu menghadap dan memberi tumpuan yang lebih banyak kepada insan yang merupakan diri yang paling bercahaya dan sempurna di kalangan masnu'at. Insan pula ialah buah pohon penciptaan yang memiliki akal. Buah pula ialah juzuk yang pandangannya umum dan perasaannya menyeluruh yang paling lengkap, paling jauh dan paling banyak. Seseorang yang pandangannya umum dan perasaannya menyeluruh pula, tidak lain dan tidak bukan ialah seseorang yang paling tinggi dan paling menyinar yang menjadi mukhatab kepada Seniman Dzul Jamal itu, bertemu dengan-Nya dan menggunakan perasaan menyeluruhnya dan pandangan umumnya semata-mata untuk menyembah as-Sani’nya, untuk mengkagumi hasil seni-Nya dan mensyukuri nikmat-Nya.

Sekarang kelihatan terdapat dua papan tanda dan dua daerah.

Pertama: Daerah rububiyyah yang sangat hebat dan tersusun serta papan tanda seni yang sangat kemas dan rapi.

Kedua: Daerah 'ubudiyyah  yang sangat bercahaya dan berbunga dan papan tanda tafakur, pujian, syukur dan keimanan yang sangat luas dan lengkap. Daerah kedua sedaya upaya bertindak atas nama daerah pertama. Maka difahami secara zahir bahawa ketua daerah itu yang berkhidmat untuk semua maksud yang memelihara kesenian as-Sani’ itu adalah sangat rapat dengan as-Sani’ itu dan sekilas pandang difahami bahawa beliau adalah sangat dikasihi dan diterima oleh-Nya. 


157. Page

Agaknya adakah akal dapat menerima bahawa Seniman hasil seni indah ini yang suka memberi nikmat yang menyukai kesenian setahap ini hatta mempedulikan setiap jenis rasa di dalam mulut, tidak mempedulikan hasil seni terindah-Nya yang menghadap kepada-Nya dengan penuh sanjungan menerusi riuh-rendah kekaguman yang boleh menggemakan langit dan bumi serta melalui alunan kesyukuran dan takbir dalam penghargaan yang boleh membawa daratan dan lautan ke dalam jazbah; tidak bercakap dengannya; dan tidak menjadikannya sebagai rasul dengan penuh perhatian serta tidak mahu keadaannya yang baik tidak merebak kepada yang lain juga? Kalla! (tidak, sama sekali tidak.) Tidak bercakap dengannya dan tidak menjadikannya sebagai Rasul adalah tidak mungkin.

اِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللّٰهِ الْاِسْلاَمُ

مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّٰهِ وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ

 

 

Di dalam tahanan yang memilukan dan sunyi, inilah tangisan-tangisan yang menangis bagi sekeping hati yang menangis di waktu subuh.

 

Pada dinihari berhembus bayu tajalli

Bangunlah wahai mataku di waktu dini hari

Wahai yang memohon ‘inayah di pintu Ilahi

Diniharilah tempat bertaubat bagi mereka yang berdosa

Bangunlah wahai hatiku di waktu subuh

 Bertaubatlah pohonlah keampunan di pintu Ilahi.

 

سَحَرْ حَشْرِيسْت دَرُو هُشْيَارْ دَرْ تَسْبِيحْ هَمَه شَىْ

 بَخَوابِ غَفْلَتْ سَرْسَمْ نَفْسَمْ حَتَّى كَىْ

عُمُرْ عَصْرِيسْت سَفَرْ بَاقَبْر مِى بَايَدْ زِهَرْ حَىْ

بِبَرْخِيزْ نَمَازِى چُو نِيَازِى گُو بِكُنْ آوَازِى چُونْ نَىْ


بَگُو يَا رَبْ پَشِيمَانَمْ خَجِيلَمْ شَرْمسَارَمْ اَزْ گُنَاهْ بِى شُمَارَمْ

اَزْ حَيَاتْ بِى قَرَارَمْ aku menangis

پَرِيشَانَمْ ذَلِيلَمْ اَشْك بَارَمْ غَرِيبَمْ بِى كَسَمْ ضَعِيفَمْ نَاتُوَانَمْ عَلِيلَمْ عَاجِزَمْ اِخْتِيَارَمْ بِى اِخْتِيَارَمْ

اَلْاَمَانْ گُويَمْ عَفُوْ جُويَمْ مَدَدْ خَواهَمْ زِدَرْگَاهَتْ اِلٰهِى

(Bahasa Farsi)

 

Maksudnya: Kala dinihari yang mengingatkan Hari Kebangkitan ,

Semua benda telah bangun dan sibuk bertasbih kepada Allah,

Wahai nafsuku yang degil!

Berapa lamakah lena kelalaian ini akan berterusan?

Usiamu di waktu Asar amat hampir ke waktu Maghrib,

Perjalananmu pula menuju ke kubur seperti setiap yang bernyawa...

Bangunlah! Dirikanlah solat yang penuh dengan rayuan!

Biarlah suaramu merdu seperti ‘Ney’ (serunai Turki)...

Katakanlah: Ya Rabb!

Aku menyesal, aku keji, aku malu, dosaku tidak terkira...

Aku derita, aku hina, aku menumpahkan airmata...

Hidupku sementara, aku asing, aku tiada sesiapa, aku daif, aku tidak berdaya...

Aku sakit, aku lemah, aku si tua yang tiada upaya...

Tuhanku! Aku memohon keselamatan, aku mengharap keampunan, aku inginkan bantuan di pintu-Mu!