NAVIGATION
58. Page
ย
Kalimah ini terdiri daripada dua maqam. Maqam keduanya ialah Pedoman Masa Muda. Oleh sebab ia telah ditulis secara berasingan maka ia tidak dimasukkan ke dalam kalimah ini.
ย
ุจูุณูู ู ุงููููู ุงูุฑูุญูู ูู ุงูุฑูุญููู ูย
ย
ููููููุฒูููู ู ููู ุงููููุฑูุขูู ู ูุง ูููู ุดูููุงุกู ููุฑูุญูู ูุฉู ููููู ูุคูู ูููููู
ููู ูุง ุนููููู ูููุงูู ุงูุดููุนูุฑู ููู ูุง ููููุจูุบูู ููููย
ย
Sekiranya engkau mahu membandingkan di antara al-Quran al-Hakim dengan ilmu-ilmu falsafah dari segi hikmah yang diperoleh daripadanya, pengajaran iktibarnya dan darjat-darjat ilmunya, maka perhatikanlah kepada kata-kata yang akan datang berikut:
Sesungguhnya menerusi penerangannya yang tajam, al-Quran Muโjiz al-Bayan telah mengoyak tabir adat dan kebiasaan yang dipanggil dengan nama โadiyat di seluruh alam semesta dan merupakan keluarbiasaan serta mukjizat qudrat yang ada di atas maujudat. Ia telah mendedahkan hakikat-hakikat yang ajaib itu kepada mereka yang berakal lantas menarik pandangan iktibar mereka. Lalu ia membongkar satu khazanah ilmu yang tidak luak kepada akal-akal itu.
Manakala hikmah falsafah menyembunyikan semua mukjizat qudrat yang merupakan keluar biasaan di dalam tabir โadiyat lalu melintas di atasnya bagaikan orang yang bodoh dan tidak peduli. Apa yang ia pamerkan hanyalah perkara-perkara pelik yang lari daripada keluarbiasaan, keluar daripada susunan penciptaan dan turun daripada kesempurnaan fitrah. Ia mempersembahkannya satu persatu kepada makhluk yang berakal sebagai hikmah yang mempunyai iktibar.
59. Page
Sebagai contoh, falsafah melihat penciptaan insan yang merupakan mukjizat qudrat yang paling lengkap sebagai perkara biasa dan memandangnya tanpa rasa peduli. Namun ia merwara-warakan (kejadian) seorang insan yang telah keluar daripada kesempurnaan penciptaan manusia yakni sama ada berkaki tiga atau berkepala dua dengan riuh kepelikan sebagai sesuatu yang perlu diambil iktibar.
Contohnya lagi: Falsafah melihat urusan pemberian rezeki kepada semua anak kecil daripada khazanah ghaib dalam keadaan tersusun yang merupakan mukjizat rahmat yang paling latif dan umum sebagai biasa malah menutupnya dengan tabir kekufuran. Tetapi ia melihat urusan pemberian makanan dengan sehelai daun hijau kepada seekor serangga di dasar lautan yang keluar daripada susunan, terpisah dari puaknya dan terasing bersendirian (sebagai hebat). Malah ia (falsafah) mahu mengalirkan air mata semua nelayan melalui sifat pengasih dan pemurah yang terjelma daripada perkara itu.[1]
Justeru, lihatlah harta dan kekayaan al-Quran al-Hakim dari sudut ilmu, hikmah dan makrifah Ilahiyyah-nya dan kefakiran dan kemuflisan falsafah pada sudut ilmu, pengajaran dan mengenali as-Saniโ. Ambillah iktibar. Justeru, disebabkan rahsia inilah al-Quran al-Hakim adalah sangat terang dan hakikat-hakikat tingginya adalah lengkap. Oleh sebab itu ia tidak memerlukan khayalan puisi.
ย
60. Page
Ya, salah satu sebab lain mengapa al-Quran bukanlah madah puisi atau syair walaupun terdapat nizam (peraturan) dan intizam (susunan) yang sempurna pada darjat kemukjizatan al-Quran Muโjiz al-Bayan dan susunan penciptaan penuh kesenian pada kitab alam semesta yang telah ditafsirkan melalui uslub-uslub yang tersusun ialah: Bintang bagi setiap ayatnya tidak masuk di bawah kaedah wazan (ukuran atau timbangan yang digunakan dalam puisi Arab) supaya ia menjadi paksi kepada sebilangan besar ayat dan menjadi saudaranya. Juga supaya ia menjadi pengikat kepada hubungan maknawi yang wujud di antara mereka, al-Quran membentuk tali hubungan kepada tiap-tiap ayat di dalam lingkungan yang luas itu. Seolah-olah tiap-tiap ayat yang berasingan memiliki mata yang memandang dan wajah yang menghadap kepada kebanyakan ayat, maka di dalam al-Quran terdapat ribuan al-Quran. Al-Quran memberikan salah satu daripada mata dan wajah itu kepada setiap masyrab (aliran). Ia adalah seperti yang telah diterangkan dalam Kalimah Kedua Puluh Lima iaitu di dalam Surah al-Ikhlas mempunyai dan mengandungi satu khazanah ilmu Tauhid yang terdiri daripada enam ayat yang setiap satunya mempunyai sayap sebanyak tiga puluh enam Surah al-Ikhlas.
Ya, ia sama seperti bertaburannya bintang di langit dari segi luaran. Setiap bintang tidak masuk ke bawah sebarang kaitan malah mengunjurkan tali hubungan sebagai isyarat kepada hubungan tersembunyi di antara maujudat kepada tiap-tiap bintang pada lingkungan sekitarnya yang setiap satunya sebagai paksi kepada kebanyakan bintang. Seolah-olah tiap sebutir bintang memiliki mata yang memandang dan wajah yang menghadap kepada semua bintang seperti bintang bagi ayat (yang dimaksudkan). Maka lihatlah kesempurnaan susunan di dalam keteraburan dan ambillah iktibar! Ketahuilah rahsia ayatย ููู ูุง ุนููููู ูููุงูู ุงูุดููุนูุฑูย dan fahamilah juga rahsia ayatย ููู ูุงููููุจูุบูู ููููย melalui perkara ini bahawa tugas puisi ialah menghiasi hakikat-hakikatnya yang kecil dan malap dengan khayalan-khayalan yang besar dan terang lalu menjadikan ia diminati. Walhal hakikat-hakikat al-Quran adalah sangat besar, tinggi, terang dan gemilang sehingga jika dibandingkan dengan hakikat-hakikat itu, khayalan yang paling besar dan terang menjadi sangat kecil dan malap. Sebagai contoh: Hakikat-hakikat tidak terkira seperti: ููููู ู ููุทูููู ุงูุณููู ูุงุกู ููุทูููู ุงูุณููุฌูููู ููููููุชูุจู,ย ููุบูุดูู ุงูููููููู ุงููููููุงุฑู ููุทูููุจููู ุญูุซููุซูุงย danย ุงููู ููุงููุชู ุงููุงูู ุตูููุญูุฉู ููุงุญูุฏูุฉู ููุงูุฐูุงููู ู ุฌูู ููุนู ููุฏูููููุง ู ูุญูุถูุฑููููย merupakan saksi kepada perkara ini.
61. Page
Jika engkau mahu melihat dan merasai bagaimanakah setiap ayat al-Quran menyuraikan gelap kekufuran dan kelalaian melalui penyebaran nur kemukjizatan dan nur hidayah yang masing-masing seperti an-Najm as-Thaqib (bintang yang bercahaya), maka andaikanlah dirimu berada pada zaman jahiliyyah dan di padang pasir badwi dalam keadaan berikut: Setiap benda telah dibaluti tabir kejumudan dan kesemulajadian di bawah gelap kejahilan dan kelalaian. Kemudian dengari dan renungilah daripada lidah mulia al-Quran ayat-ayat seperti:
ุงููุญููููู ู ุงููุนูุฒููุฒู ุงููููุฏูููุณู ุงููู ููููู ุงููุงูุฑูุถู ููู ููู ูุง ุงูุณููู ููุงุชู ููู ู ูุง ููููู ููุณูุจูุญู
Bagaimanakah maujudat alam yang telah mati ataupun tidur itu dibangkitkan dalam otak mereka yang mendengar melalui gema ููุณูุจูุญู, berjaga dan bangun lalu berzikir? Bagaimanakah al-Quran memperlihatkan bintang-bintang yang masing-masing ialah bebola api pada wajah langit yang gelap dan makhluk-makhluk sengsara di muka bumi itu dalam bentuk wajah langit sebagai mulut, semua bintang sebagai kalimah yang menunjukkan hikmah dan masing-masing ialah nur yang membawa kepada hakikat serta (memperlihatkan) bumi sebagai kepala, daratan dan lautan sebagai lidah, semua haiwan dan tumbuhan sebagai kalimah yang menghamburkan tasbih pada pandangan mereka yang mendengar melalui laungan: ุชูุณูุจููุญ ูููู ุงูุณููู ููุงุชู ุงูุณููุจูุน ููุงููุงูุฑูุถู ?
Sebaliknya, dengan memandang dari zaman ini sehingga ke zaman itu, engkau tidak akan dapat merasai kehalusan rasa yang disebutkan.ย
62. Page
Ya, jika engkau memandangnya melalui satu keadaan di mana ayat-ayat itu menyebarkan nurnya sejak zaman itu, menjadi ilmu yang dikenali melalui peredaran zaman, bersinar dengan cahaya-cahaya Islam yang lain dan mengambil warna siang dengan mentari al-Quran ataupun melalui tabir kebiasaan yang hanya permukaan dan biasa, sudah tentu engkau tidak akan benar-benar nampak apakah jenis kegelapan yang telah disuraikan oleh setiap ayat di dalam zam-zam kemukjizatan yang sangat manis. Engkau tidak akan dapat mengecapi jenis kemukjizatan yang sebegini di dalam banyak jenis kemukjizatan.
Jika engkau mahu melihat darjat kemukjizatan al-Quran Muโjiz al-Bayan yang paling tinggi, maka perhatikanlah menerusi teropong perumpamaan berikut:
Mari kita mengandaikan sebatang pohon rimbun dan ajaib yang sangat tinggi dan pelik. Pohon tersebut telah disembunyikan di sebalik tabir ghaib yang luas dan di tingkat yang tertutup. Adalah dimaklumi bahawa sebatang pohon memerlukan satu hubungan, keserasian dan keseimbangan antara semua anggotanya yang lain seperti dahan, buah, daun, dan bunganya seperti anggota tubuh manusia. Setiap juzuknya mendapat bentuk dan diberikan rupa daripada pohon itu berdasarkan jenisnya.
63. Page
Justeru, jika seseorang yang tidak kelihatan (hatta sekarang ini pun masih belum kelihatan) muncul, lalu melukiskan setiap anggota pohon itu di atas tabir (langit), melakarkan sempadan-sempadannya, lalu melukis suatu gambaran dengan kesesuaian dan keserasian daripada dahan ke buah dan daripada buah ke daun, kemudian memenuhkan ruang di antara pangkal dan hujung yang amat jauh daripada satu sama lain dengan lukisan yang sesuai yang boleh memperlihatkan bentuk dan rupa yang sama bagi anggotanya, sudah tentu tidak akan ada kesangsian bahawa pelukis itu nampak dan amat mengetahui tentang pohon ghaib itu melalui pandangannya yang menembusi keghaiban, lantas dia menggambarkannya.
Sama seperti itu, penjelasan Furqani al-Quran Muโjiz al-Bayan berkenaan hakikat mumkinat (perkara-perkara yang mungkin berlaku) iaitu berkenaan hakikat pohon penciptaan yang memanjang daripada permulaan dunia sampai kepada penghujung akhirat yang paling jauh dan menjulang dari bumi ke langit dan daripada zarah kepada matahari itu telah memelihara keserasian itu dan telah memberikan gambaran yang sesuai kepada setiap anggota dan buah sehingga semua muhaqqiq berkata Masya-Allah dan Barakallah kepada apa yang telah digambarkan oleh al-Quran di penghujung kajian mereka lalu menyatakan: โAl-Quran, engkau sahajalah yang membongkar dan mendedahkan rahsia alam semesta dan menyingkap misteri penciptaannya.โ
64. Page
ย
ูููููููู ุงููู ูุซููู ุงููุงูุนูููู, Sesungguhnya tiada kesalahan dalam perumpamaan. Kita mengandaikan nama dan sifat Ilahi, urusan dan perbuatan Rabbani ibarat sebatang pohon Tuba Nur yang lingkungan besar pohon nurani itu mengunjur dan merentas dari keazalian menuju keabadian. Sempadan keluasannya merimbun di ruang angkasa yang tiada sempadan dan meliputinya. Melalui keserasian sebanyak itu, hakikat-hakikat nama, sifat, urusan dan perbuatan-Nya telah menerangkan hakikat nurani yang sempadan urusannya memanjang daripada sempadan ayat-ayat: ย ููุญูููู ุจููููู ุงููู ูุฑูุกู ููููููุจููู, ููุงูููู ุงููุญูุจูู ููุงููููููู dan ูููู ุงูููุฐูู ููุตููููุฑูููู ู ููู ุงููุงูุฑูุญูุงู ู ูููููู ููุดูุงุกู dan telah tersebar sehingga ke sempadan ayat-ayat berikut: ููุงูุณููู ููุงุชู ู ูุทููููููุงุชู ุจูููู ูููููู, ุฎููููู ุงูุณููู ููุงุชู ููุงููุงูุฑูุถู ููู ุณูุชููุฉู ุงููููุงู ู dan ูู ุณูุฎููุฑู ุงูุดููู ูุณู ููุงููููู ูุฑู dengan semua dahan dan tangkainya, tujuan dan buahnya dalam bentuk yang sesuai dengan satu sama lain, munasabah kepada satu sama lain, tidak akan merosakkan satu sama lain, tidak akan merosakkan ketetapan satu sama lain dan tidak akan menakutkan satu sama lain sehingga semua ahli kasyaf dan hakikat dan semua ashabul irfan dan hikmah yang berjalan di daerah malakut berkata: โSubhanallah!โ kepada penerangan Furqani itu dan dengan mengucapkan: โBetapa benar, betapa tepat, betapa indah dan betapa sesuainya (ayat-ayat suci ini)!โ mereka mengakui kebenarannya. ูููููููู ุงููู ูุซููู ุงููุงูุนูููู
Sebagai contoh: Al-Quran menggambarkan dan mentakrifkan peringkat enam rukun iman dan semua ranting dan tangkainya hatta buah-buah dan bunga-bunganya yang paling halus yang memandang kepada semua daerah mumkinat (kemungkinan) dan daerah wujub (kewajipan) serta ibarat sebatang dahan bagi dua pohon agung itu dalam satu bentuk keseimbangan dengan memelihara satu keserasian yang begitu hebat di antara mereka dan menzahirkan martabat itu dalam sejenis keserasian sehingga akal manusia tidak mampu untuk memahaminya dan hairan dengan keindahannya.ย
65. Page
Dalil bahawa al-Quran telah memelihara indahnya keserasian, kesempurnaan hubungan dan keseimbangan yang sempurna di antara lima Rukun Islam yang ibarat tangkai daripada dahan keimanan itu dan di antara perkara ranting yang paling halus, adab yang paling kecil, tujuan yang paling jauh, hikmah yang paling dalam, buah yang paling juzโi bagi rukun-rukun itu ialah kesempurnaan susunan, keseimbangan, keserasian yang baik dan keteguhan Syariat teragung Islam yang lahir daripada nas, wajah, isyarat dan rumusan al-Quran yang syumul itu.
Kerana itulah al-Quran merupakan saksi teradil yang tidak mungkin dicela dan bukti muktamad yang tidak mungkin mendatangkan keraguan. Ini bermakna, adalah tidak mungkin bahawa penerangan al-Quran hanya bersandarkan kepada ilmu yang juzโi pada manusia terutamanya kepada ilmu seorang yang ummi, bahkan al-Quran bersandar kepada ilmu yang melaut dan merupakan kalam bagi Dzat yang boleh melihat kesemua benda secara sekaligus dan menyaksikan semua hakikat di tengah-tengah keazalian dan keabadian. Ayat โุงููุญูู ูุฏู ูููููู ุงูููุฐูู ุงูููุฒููู ุนูููู ุนูุจูุฏููู ุงููููุชูุงุจู ููููู ู ููุฌูุนููู ูููู ุนูููุฌูุงโย mengisyaratkan kepada hakikat ini.
ุงููููููู ูู ููุง ู ูููุฒููู ุงููููุฑูุขูู ุจูุญูููู ุงููููุฑูุขูู ูู ุจูุญูููู ู ููู ุงูููุฒููู ุนููููููู ุงููููุฑูุขูู ูููููุฑู ูููููุจูููุง ูู ููุจููุฑูููุง ุจููููุฑูุงููุงููู ูุงูู ูู ุงููููุฑูุขูู ุขู ูููู ููุง ู ูุณูุชูุนูุงููย
* * *
ย