Kalimah Ketiga Puluh Dua

405. Page

KALIMAH KETIGA PULUH DUA

 

Kalimah ini mempunyai tiga Mauqif (Hentian)

 

Kalimah ini ialah satu tambahan yang menerangkan Kilauan Kelapan Kalimah Kedua Puluh Dua. Kalimah ini merupakan tafsiran kepada lisan pertama daripada lima puluh lima lisan maujudat alam yang telah menjadi saksi kepada keesaan Ilahi (yang sebenarnya telah diisyaratkan di dalam Risalah Qatrah.) Kalimah ini ialah satu hakikat yang telah dipakaikan dengan pakaian perumpamaan pada hakikat yang sangat banyak bagi ayat لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ اِلاَّ اللّٰهُ لَفَسَدَتَا

.

 

Mauqif Pertama:


بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ اِلاَّ اللّٰهُ لَفَسَدَتَا لَا اِلهَ اِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَ يُمِيتُ وَ هُوَ حَى لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ وَ اِلَيْهِ الْمَصِيرُ


Pada suatu malam di bulan Ramadhan, aku telah menyatakan bahawa pada tiap-tiap ayat daripada sebelas ayat kalam tauhid ini terdapat satu martabat tauhid dan khabar gembira.

 

Daripada martabat-martabat itu, hanya makna pada ayat لاَ شَرِيكَ لَهُ  sahaja aku nyatakannya dalam bentuk perbualan perumpamaan dan perdebatan secara andaian yang boleh difahami oleh orang awam yang biasa. Lisanul hal-nya (bahasa yang difahami melalui keadaan) adalah dalam bentuk lisanul qal (bahasa yang dituturkan dengan lidah). Aku menulis perbualan tersebut atas permintaan dan hasrat saudara-saudara yang berkhidmat denganku dan sahabat-sahabat masjid yang aku hargai. Ia adalah seperti berikut:

 

(Di sini) kita mengandaikan seseorang yang mewakili para sekutu yang disangkakan (wujud) oleh semua golongan yang syirik, kufur dan sesat seperti penyembah alam, penyembah asbab dan musyrikin. Peribadi andaian itu mahu menjadi Rabb kepada salah satu benda di kalangan maujudat alam dan dia mendakwa bahawa dia adalah pemilik yang hakiki. Justeru, pendakwa itu mula-mula berjumpa dengan sebutir zarah yang merupakan maujudat terkecil. Kepada zarah, melalui lisan hukum alam dan lidah falsafah dia menyatakan bahawa dia adalah Rabb dan pemilik hakikinya.

 


406. Page

 

Maka zarah itu pun berkata melalui lisan hakikat dan lidah hikmah Rabbani: “Aku melakukan tugas-tugas yang tidak terkira. Aku masuk dan bekerja ke dalam ciptaan yang berbeza-beza. Sekiranya padamu terdapat ilmu dan kekuatan yang boleh menjadikanku melakukan semua tugas itu serta di dalam zarah-zarah sepertiku yang tidak terkira dan terhitung yang berlegar dan melakukan kerja bersama[1]; sekiranya padamu terdapat satu hukum dan kekuasaan yang boleh menggunakan semua zarah sepertiku itu lalu mengambilnya ke bawah perintahmu; sekiranya engkau boleh menjadi pemilik dan pentadbir hakiki kepada maujudat yang aku menjadi sebahagian daripadanya, contohnya sel-sel darah merah dalam darah dengan kesempurnaan penyusunan, maka dakwalah kepadaku bahawa engkau adalah Rabb dan sandarkanlah aku kepada selain Allah Taala. Jika tidak diam! Sebagaimana engkau tidak boleh menjadi Rabb kepadaku, engkau juga tidak boleh campur tangan. Ini kerana terdapat satu penyusunan yang begitu sempurna pada tugas-tugas dan pergerakan kami sehingga sesuatu yang tidak memiliki hikmah yang tidak berkesudahan dan ilmu yang luas tidak mungkin campur tangan. Sekiranya ia masuk campur, ia akan mencelarukannya. Sedangkan seseorang yang kaku, lemah dan buta sepertimu dan dua tangannya berada di tangan benda yang buta seperti tasaduf (unsur kebetulan) dan hukum alam, tidak dapat menghulurkan tangan pada mana-mana sudut.”

 


[1]Ya, sebagaimana setiap benda yang bergerak, daripada zarah sehingga planet-planet memperlihatkan keesaan melalui tanda as-Samad yang ada pada diri mereka melalui pergerakan-pergerakan mereka juga mengikat semua tempat yang dilaluinya atas nama keesaan. Mereka memasukkannya ke dalam pemilikan al-Malik mereka sendiri. Hasil-hasil seni yang tidak bergerak daripada tumbuh-tumbuhan sehingga bintang-bintang yang tetap pula adalah ibarat mohor keesaan kerana makhluk-makhluk ini memperlihatkan bahawa tempat mereka berada adalah surat-surat as-Sani’-Nya sendiri. Maknanya setiap tumbuhan, buah, masing-masing ialah mohor keesaan dan tanda ketunggalan kerana mereka memperlihatkan bahawa tempat-tempat dan tanah air mereka adalah surat as-Sani’ mereka atas nama keesaan. Kesimpulannya, setiap satu benda mengikat semua benda kepada nama keesaan melalui pergerakannya. Maknanya sesuatu yang tidak boleh memegang semua bintang di tangannya tidak boleh menjadi Rabb walaupun kepada satu zarah.




407. Page

Lalu pendakwa itu berkata seperti apa yang dikatakan oleh Maddiyyun: “Sekiranya begitu, maka jadilah pemilik kepada dirimu sendiri! Mengapakah engkau menyatakan bahawa engkau bekerja untuk yang lain?”

 

Sebagai jawapan, zarah berkata kepadanya: “Kalaulah aku mempunyai otak sebesar matahari, ilmu yang meluas seperti sinarannya, qudrat yang menyeluruh seperti bahangnya, perasaan yang luas seperti tujuh warna pada sinarannya, wajah yang memandang, mata yang sentiasa melihat setiap tempat yang aku lawati dan setiap kerja yang aku lakukan dan sekiranya aku memiliki kata-kata yang sentiasa dituruti, maka (ketika itu) mungkin aku telah melakukan kebodohan sepertimu lalu aku mendakwa bahawa aku adalah pemilik kepada diriku sendiri. Cepat, berambus dari sini! Engkau tidak akan dapat apa-apa daripadaku! Usahamu hanya sia-sia di sini!”

 

  Apabila wakil mereka yang syirik itu berputus asa daripada zarah, dengan berkata: “Aku akan mendapatkan hasil daripada sel darah merah”, dia berjumpa dengan sel darah merah yang ada dalam darah. Atas nama sebab-sebab dan melalui lisan hukum alam dan falsafah, dia berkata: “Aku ialah Rabb dan pemilikmu!

 

Maka sel darah merah yakni makhluk merah yang bulat itu menjawab kepadanya melalui lisan hakikat dan lidah hikmah Ilahi: “Aku tidak bersendirian. Sekiranya engkau boleh menguasai semua yang sepertiku dalam tentera darah yang cop, tugas dan peraturan kami adalah sama, sekiranya padamu terdapat hikmah yang teliti dan qudrat yang agung yang boleh menjadi pemilik kepada semua sel badan di mana kami telah lalui dan kami digunakan dengan penuh hikmah, maka perlihatkanlah! Sekiranya engkau boleh memperlihatkannya, mungkin di dalam dakwaanmu terdapat suatu makna. Sedangkan si bingung sepertimu dan melalui hukum alam yang tuli dan kekuatan yang buta di tanganmu, engkau bukan sahaja tidak mampu menjadi pemilik bahkan engkau tidak dapat campur tangan walau sebesar zarah. Ini kerana penyusunan pada kami adalah sangat sempurna sehingga yang boleh menguasai kami hanyalah satu Dzat yang nampak, mendengar, mengetahui dan melakukan hampir semua benda.”

408. Page

“Kerana itu diamlah! Tugasku adalah sangat penting dan penyusunanku adalah sangat sempurna sehingga aku tidak mempunyai waktu untuk memberi jawapan kepadamu dan kepada kata-katamu yang celaru sebegini” kata sel darah merah lagi lalu menghalau wakil kesesatan itu.

  

Kemudian, oleh sebab tidak dapat memperdayakan sel darah merah, maka pendakwa itu menemui rumah kecil pada tubuh yang dinamakan sebagai sel. Melalui lisan falsafah dan hukum alam dia berkata: “Aku tidak dapat memahamkan maksudku kepada zarah dan sel darah merah. Ada kemungkinan engkau akan memahami kata-kataku. Ini kerana engkau telah dijadikan daripada beberapa benda seperti sebuah rumah yang kecil. Oleh itu aku boleh menjadikanmu.” “Jadilah engkau sebagai ciptaan dan milikku yang sebenar!” katanya lagi.

 

Sebagai jawapan, sel itu berkata kepadanya melalui lisan hikmah dan hakikat: “Secara zahir aku adalah satu benda yang kecil. Tetapi terdapat tugas-tugasku yang sangat besar, hubungan-hubunganku yang sangat halus dan kaitan-kaitanku yang terikat dengan semua sel badan dan bentuk himpunannya. Sebagai contoh aku mempunyai tugas-tugas yang sangat dalam dan sempurna terhadap urat-urat vena dan arteri, kepada saraf-saraf perasa dan saraf penggerak serta kepada deria-deria seperti penarik, penolak, penghasil dan pembuat gambaran.




409. Page

Sekiranya padamu terdapat satu kuasa dan ilmu yang boleh membentuk, menyusun dan menggunakan seluruh badan dan seluruh urat, saraf dan deria; sekiranya padamu terdapat satu kuasa yang telus, hikmah yang menyeluruh yang boleh menguruskan semua yang sepertiku dan sel-sel badan yang merupakan saudara kami dari segi ciptaan dan bentuk, maka perlihatkan! Kemudian dakwalah: “Aku boleh menjadikan engkau!” Jika tidak, ayuh pergi! Sel darah merah membawa rezeki kepadaku. Sel darah putih pula melawan penyakit-penyakit yang menyerangku. Aku ada kerja, janganlah engkau menyibukkanku. Malah sesuatu yang lemah, kaku, pekak dan buta sepertimu tidak boleh mengkucar-kacirkan keadaan kami dari mana-mana sudut. Ini kerana pada kami terdapat satu susunan[1] yang sangat halus dan teliti serta sempurna sehingga sekiranya al-Hakim al-Mutlaq, al-Qadir al-Mutlaq dan al-‘Alim al-Mutlaq yang menguasai kami tiada, maka penyusunan kami akan rosak dan aturan kami akan bercelaru.”



[1]As-Sani’ al-Hakim telah menjadikan badan manusia ibarat sebuah bandar yang sangat tersusun. Sebahagian urat saraf melakukan tugas telegraf dan telefon. Sebahagiannya lagi ibarat saluran paip air dan menjadi laluan untuk peredaran darah yang merupakan air kehidupan. Darah pula, di dalamnya telah dicipta dua jenis sel darah. Jenis pertamanya dinamakan sel darah merah iaitu sel yang mengagihkan makanan kepada sel-sel badan. Melalui satu undang-undang Ilahi, ia menyampaikan makanan kepada sel-sel tubuh (bagaikan peniaga dan pegawai pengagih makanan). Yang satu lagi ialah sel darah putih. Iaitu sel yang dikira minoriti jika dinisbahkan dengan yang pertama. Tugasnya ialah melindungi seperti askar berhadapan dengan musuh-musuh seperti penyakit kerana apabila mereka memasuki posisi bertahan mereka mengambil satu keadaan yang menakjubkan yang pantas melalui dua pergerakan berpusing seperti (pengikut) Maulawi.
Bentuk umum darah pula memiliki dua tugasan umum.
Pertama: Memperbaiki kerosakan sel di dalam tubuh badan.
Kedua: Menghimpunkan sisa-sisa sel lalu membersihkan tubuh. Terdapat dua jenis urat yang bernama vena dan arteri. Satunya membawa dan mengagihkan darah yang bersih dan ia merupakan aliran darah yang bersih. Satu bahagian lagi ialah laluan darah yang tercemar yang menghimpunkan sisa-sisa. Jenis urat yang kedua ini pula membawa darah kepada tempat nafas diambil yang dipanggil paru-paru.
As-Sani’ al-Hakim telah menjadikan dua unsur di udara. Yang pertama nitrogen dan yang kedua ialah oksigen. Oksigen pula, apabila ia bersentuh dengan darah di dalam nafas, ia menarik unsur legap karbon yang mengotorkan darah kepada dirinya sendiri seperti vakum. Keduanya bersebati dan mengubahnya kepada satu bahan udara beracun yang dinamakan asid karbonik. Ia juga menghasilkan suhu badan serta membersihkan darah. Ini kerana as-Sani’ al-Hakim telah memberikan satu hubungan yang kuat yang dinamakan sebagai afiniti iaitu tarikan kimia dalam ilmu Kimia kepada oksigen dan karbon kerana apabila dua unsur tersebut berada hampir dengan satu sama lain, melalui undang-undang Ilahi itu dua unsur tersebut bergabung. Adalah sabit dari sudut Sains bahawa haba terhasil daripada sebatian tersebut.
Ini kerana, sebatian adalah sejenis pembakaran. Hikmah kepada rahsia ini ialah terdapat pergerakan yang berbeza bagi zarah-zarah bagi setiap satu daripada dua unsur itu. Semasa bersebati setiap dua zarah yakni zarahnya bersebati dengan zarah dari pihak satu lagi lalu bergerak dengan satu pergerakan. Menjadi satu pergerakan yang terapung. Ini kerana, sebelum bersebati terdapat dua pergerakan, namun sekarang dua zarah telah menjadi satu. Maka setiap dua zarah bergerak bagaikan satu zarah.
Pergerakan yang satu lagi, melalui undang-undang as-Sani’ al-Hakim berubah menjadi haba. Lagipun pergerakan memang menghasilkan haba. Ia adalah peraturan yang diakui. Justeru berdasarkan kepada rahsia ini, sebagaimana suhu tubuh pada badan manusia dipastikan melalui sebatian kimia ini, oleh sebab karbon dalam darah telah diambil maka darah juga menjadi bersih. Justeru, semasa nafas masuk ke dalam tubuh, di samping membersihkan air kehidupan tubuh, ia juga menyalakan api kehidupan. Apabila ia keluar, ia memberikan buah-buah kalimah yang merupakan mukjizat qudrat Ilahi pada mulut. فَسُبْحَانَ مَنْ تَحَيَّرَ ف۪ي صُنْعِهِ الْعُقُولُ


410. Page

Lantas pendakwa (ketuhanan diri sendiri) itu turut berputus asa dengannya. Maka dia beredar lalu bertemu dengan tubuh badan seorang manusia. Sekali lagi melalui lisan hukum alam yang buta serta falsafah yang dungu dia berkata seperti apa yang dikatakan oleh Tabi‘iyyun. “Engkau adalah milikku. Akulah yang menjadikanmu. Aku mempunyai hak ke atasmu.”

 

Sebagai jawapan, badan manusia itu berkata melalui lidah hakikat dan hikmah serta lisanul hal penyusunan: “Sekiranya padamu terdapat kuasa dan ilmu yang boleh menjadi pengurus hakiki kepada semua yang sepertiku dan kepada semua badan manusia yang mempunyai tanda kekuasaan dan cop fitrah yang sama dengan apa yang ada di atas wajah kami, sekiranya engkau memiliki satu harta dan penguasaan yang boleh menjadi pemilik kepada gedung-gedung rezekiku daripada air dan udara sampai kepada tumbuhan dan haiwan, serta sekiranya padamu terdapat kuasa yang tidak berpenghujung dan hikmah yang tiada batasan yang boleh menggunakan latifah-latifah maknawi seperti roh, hati dan akal yang sangat luas dan tinggi yang aku menjadi pembalutnya dengan penuh hikmah lalu memperibadatkannya dengan menempatkannya dalam sarung yang sempit dan rendah sepertiku, maka tunjukkanlah kemudian katakanlah: “Aku telah menjadikanmu!” Jika tidak, diam! Malah melalui penyaksian peyusunan paling sempurna padaku dan melalui isyarat lambang keesaan pada wajahku, as-Sani’-ku iaitu Dzat yang al-Qadir dan al-‘Alim kepada setiap benda, nampak dan mendengar segalanya, jari si bingung dan lemah sepertimu tidak dapat mengacau dan tidak boleh masuk campur ke atas hasil seni-Nya walaupun sebesar zarah.

 


411. Page

Wakil golongan syirik itu tidak dapat menemui tempat untuk campur tangan pada tubuh juga, lalu dia pergi berjumpa dengan bangsa manusia. Dia berkata dalam hati: “Kemungkinan dalam kumpulan yang berserabut dan bercampur aduk ini, sebagaimana syaitan mengganggu perbuatan-perbuatan ikhtiari (pilihan) dan ijtimai (kemasyarakatan) mereka, kemungkinan aku juga boleh mengganggu keadaan tubuh dan fitrah mereka dan akan menemui satu tempat yang boleh aku campur tangan. Apabila aku menemui satu tempat padanya, maka aku boleh melaksanakan keputusanku ke atas badan dan sel-sel tubuh yang menghalauku.” Oleh sebab itu, sekali lagi dia berkata dengan lisan hukum alam yang pekak dan falsafah yang bingung: “Kalian kelihatan seperti sesuatu yang sangat bercelaru.” “Aku ialah Rabb dan pemilik kalian dan aku berhak!” Katanya lagi.

 

Waktu itu melalui lisan kebenaran dan hakikat serta melalui lidah hikmah dan penyusunan, insan berkata: “Sekiranya padamu terdapat satu kuasa dan hikmah yang boleh menjadikan kemeja yang dipakaikan kepada bumi dan ditenun dan dijahit dengan penuh hikmah daripada semua ratusan ribu jenis haiwan dan tumbuhan yang seperti kami dan daripada tenunan serta benang yang berwarna-warni serta permaidani kecil yang dihampar di atas muka bumi, ditenun daripada ratusan ribu jenis benda hidup dan dijadikan dalam bentuk yang sangat berukir serta memperbaharui lalu menyegarkan setiap masa; sekiranya padamu terdapat kuasa yang meliputi dan hikmah yang menyeluruh yang boleh menguruskan alam bebola bumi yang kami merupakan buahnya dan alam yang kami merupakan benihnya serta boleh menghantar bahan-bahan yang diperlukan dalam kehidupan kami dengan neraca hikmah daripada seluruh pelosok alam kepada kami, serta sekiranya padamu terdapat satu keupayaan yang boleh menjadikan semua makhluk sepertiku yang telah pergi dan akan datang yang mempunyai tanda kekuasaan yang sama dengan apa yang ada di wajah kami, mungkin engkau boleh mendakwa akan satu rububiyyah kepadaku. Jika tidak, sila diam! Janganlah engkau memandang kepada keserabutan pada bangsaku lalu mengatakan: “Aku boleh campur tangan”.

Ini kerana penyusunan adalah sempurna. Keadaan yang engkau sangka bercampur aduk itu merupakan satu penyalinan melalui kesempurnaan susunan menurut kitab taqdir qudrat. Ini kerana kesempurnaan penyusunan haiwan dan tumbuhan yang jauh lebih rendah daripada kami dan di bawah pemantauan kami memperlihatkan bahawa keserabutan pada kami adalah sejenis penulisan.

 

Mungkinkah sama sekali bahawa yang meletak dan menyusun benang pakan yang terhampar ke semua penjuru sebidang permaidani kecil dengan penuh berseni itu adalah orang lain, bukannya tukang tenun permaidani? Mungkinkah Pencipta sebiji buah bukannya pencipta pokok? Mungkinkah yang menjadikan benih bukanlah pencipta jisim yang berbiji? 


412. Page

(Sebenarnya) Mata engkau adalah buta. Engkau tidak nampak mukjizat qudrat pada wajah kami dan keluarbiasaan fitrah pada perihal kami. Sekiranya engkau nampak engkau akan faham bahawa as-Sani’-ku ialah Dzat yang seperti berikut: Tiada sebarang benda dapat bersembunyi daripada-Nya. Tiada sebarang benda pun boleh bermalas-malas dengan-Nya lalu menyusahkan-Nya. Kepada-Nya bebintang adalah semudah zarah. Dia boleh mewujudkan musim bunga semudah menjadikan sekuntum bunga. Dia adalah Dzat agung yang meletakkan faharasat alam semesta yang agung di dalam perihalku dengan susunan yang sempurna. Adakah sesuatu yang kaku, lemah, buta dan pekak sepertimu boleh mencampuri urusan ciptaaan Dzat yang sebegini? Oleh itu diamlah engkau! Berambus!” lalu menghalau peribadi andaian itu.

 

Kemudian. Pendakwa itu pergi kepada permaidani luas yang dihamparkan di atas muka bumi dan kemeja yang sangat terhias dan terukir yang dipakaikan kepada bumi lalu atas nama sebab-sebab, melalui lisan hukum alam dan lidah falsafah, dia berkata: “Aku boleh bertindak ke atas engkau. Aku pemilikmu atau aku berhak ke atasmu.” Begitulah dakwaannya.

 

Waktu itu, atas nama hak dan hakikat serta melalui lisan hikmah, kemeja dan permaidani[1] itu berkata kepada pendakwa itu: “Sekiranya padamu terdapat kuasa dan kesenian yang boleh menenun dan mewujudkan semua kemeja dan permaidani yang dipakaikan kepada bumi sebanyak tahun dan kurun, kemudian ditanggalkan secara tersusun lalu digantung kepada pita masa lalu dan akan dipakaikan semula, kemudian program-program dan jenis-jenisnya dilakar dan ditentukan dalam daerah taqdir dengan kesempurnaan penyusunan, dipasang kepada pita masa hadapan dan mempunyai ukiran yang berbeza-beza secara tersusun dan berhikmah; sekiranya engkau mempunyai dua tangan maknawi yang berhikmah dan berkuasa yang boleh sampai daripada penciptaan bumi sehingga kemusnahannya bahkan daripada keazalian sehingga keabadian; sekiranya padamu terdapat satu keupayaan dan hikmah yang boleh mewujudkan semua yang ada pada semua selendangku dan boleh membaiki dan memperbaharuinya dengan kesempurnaan susunan dan hikmah; jika engkau boleh menggenggam dan mewujudkan bebola bumi yang merupakan peraga yang memakai kami dan menjadikan kami sebagai cadarnya, maka dakwalah rububiyyah kepadaku. Jika tidak, ayuh keluar! Engkau tidak akan mendapat tempat di sini. Malah pada kami terdapat tanda wahdaniyyah (keesaan) dan lambang ahadiyyah (ketunggalan). Sesiapa yang seluruh alam semesta bukanlah di dalam genggaman urusannya, tidak dapat melaksanakan semua benda dengan semua urusannya secara sekaligus, tidak dapat melakukan kerja-kerja yang tidak terkira secara serentak, tidak berada dan memandang di setiap tempat, tidak bebas daripada tempat, tidak memiliki hikmah, ilmu dan kuasa yang tidak terhingga, maka dia tidak boleh menjadi tuan kami dan tidak boleh mencampuri urusan kami.”


[1] Tetapi permaidani itu di samping bernyawa, ia juga berada dalam satu goncangan yang tersusun. Ukiran-ukirannya sentiasa digantikan dengan penuh hikmah dan penyusunan. Ini supaya ia memperlihatkan jilwah nama-nama yang berlainan bagi Penenunnya secara berasingan.




413. Page

Kemudian pendakwa itu pergi. Dia berkata, mungkin aku boleh menipu bebola bumi lalu mendapat peluang di sana. Lalu dia pun pergi. Sekali lagi, atas nama sebab-sebab dan melalui lisan hukum alam juga dia berkata kepada bebola bumi[1]: “Oleh sebab engkau bersiar tanpa hala tuju begini, engkau memperlihatkan bahawa engkau tiada pemilik. Jika begitu, engkau boleh menjadi milikku.”

 

Maka waktu itu atas nama hak dan melalui lidah hakikat, bebola bumi berkata kepadanya dengan satu suara seperti bunyi guruh: “Jangan mengarut! Bagaimana pula aku boleh menjadi tiada hala tuju dan tidak bertuan? Adakah engkau telah menjumpai mana-mana noktah dan tali yang paling kecil dalam pakaianku dalam keadaan tidak teratur? Adakah engkau dapati sesuatu yang tidak berhikmah dan tiada seni (padanya) sehingga engkau mengatakan kepadaku bahawa aku tidak bertuan dan tiada hala tuju? Sekiranya engkau boleh menjadi pemilik sebenar kepada lingkungan besar yang aku lalui dalam setahun dalam satu jarak sejauh lebih kurang dua puluh lima ribu tahun[2] berdasarkan pergerakan tahunanku dan aku laksanakan tugas khidmatku dengan neraca dan hikmah yang sempurna; serta kepada saudara-saudaraku dan sepuluh planet yang ada tugasan sepertiku dan kepada semua lingkungan yang mereka lalui; sekiranya padamu terdapat satu hikmah dan kuasa yang tidak terhingga yang boleh mewujudkan lalu menempatkan matahari yang merupakan imam kami dan kami berkait dengannya dan kami terikat kepadanya melalui tarikan rahmat serta boleh mengikatku dan bintang-bintang siarah kepadanya seperti batu tarbil dan boleh memutarkan dan menggunakannya dengan susunan dan hikmah yang sempurna, maka dakwalah rububiyyah kepadaku. Jika tidak pergi jahanam denganmu! Aku ada kerja. Aku mahu menjalankan tugasku!


[1] Kesimpulannya: Zarah menyerahkan pendakwa itu kepada sel darah merah (eritrosit). Sel darah merah menyerahkannya kepada sel tubuh. Sel tubuh pula kepada badan manusia. Badan manusia pula kepada bangsa manusia. Bangsa manusia menyerahkannya kepada kemeja bumi yang ditenun dengan jenis-jenis benda hidup. Kemeja bumi juga kepada bebola bumi. Bebola bumi menyerahkannya kepada matahari. Matahari pula menyerahkannya kepada semua bintang. Setiap satunya berkata: “Pergi, kalau engkau boleh menguruskan apa yang di atasku, maka selepas itu datanglah kepadaku dan berusahalah untuk menguruskanku. Sekiranya engkau tidak dapat mengalahkannya engkau tidak akan mendapatkanku. Ini bermakna, sesuatu yang kata-katanya tidak diterima oleh semua bintang tidak boleh memperdengarkan ketuhanannya walaupun kepada sebiji zarah.
[2] Sekiranya separuh diameter bagi satu lingkungan adalah lebih kurang seratus lapan puluh juta kilometer, maka lingkungan itu sendiri boleh menjadi dua puluh lima ribu tahun.


414. Page

Susunan-susunan yang hebat, pergerakan-pergerakan yang dahsyat serta pengerahan-pengerahan yang berhikmah pada kami semua juga memperlihatkan bahawa Pencipta kami adalah seperti berikut:

Semua maujudat daripada zarah kepada bintang-bintang dan matahari-matahari ibarat askar yang taat dan patuh kepada perintah-Nya. Dia adalah al-Hakim Dzul Jalal dan al-Hakim al-Mutlaq yang boleh mengatur matahari dengan planet-planet dengan senang sebagaimana Dia menyusun dan menghias sebatang pokok dengan buah-buahnya.”

 

Kemudian, oleh sebab tidak mendapat peluang di bumi, pendakwa itu pergi kepada matahari. Dia berkata di dalam hati: “Benda ini adalah sesuatu yang sangat besar. Kemungkinan dengan menemui satu lubang padanya aku boleh membuka satu jalan. Maka aku juga dapat menundukkan bumi.” Atas nama kesyirikan dan melalui lisan falsafah yang telah kesyaitanan, dia berkata seperti yang dikatakan oleh golongan Majusi: “Engkau adalah raja dan pemilik dirimu sendiri. Engkau boleh bertindak seperti yang engkau mahu.”

 

Maka atas nama hak dan melalui lisan hakikat dan menerusi lidah hikmah Ilahi, matahari menjawab kepadanya: “Hasya! Seratus ribu kali Hasya wa Kalla! Aku adalah petugas yang patuh. Aku adalah pelita di rumah tamu Majikanku. Aku tidak boleh menjadi pemilik yang sebenar kepada lalat bahkan kepada sayapnya. Ini kerana pada tubuh lalat terdapat permata maknawi dan hasil seni antik seperti mata dan telinga yang begitu unggul. Sedangkan itu semua tiada di kedaiku. Ia juga adalah di luar daerah kekuasaanku,” katanya lagi lalu menempelak pendakwa itu.

 

Kemudian pendakwa itu kembali dan berkata melalui lisan falsafah yang telah kefiraunan. “Memandangkan engkau bukanlah pemilik dan empunya kepada dirimu sendiri, dan engkau adalah khadam, maka atas nama sebab-sebab, engkau adalah milikku.” 


415. Page

Waktu itu, atas nama hak dan hakikat dan melalui lisan 'ubudiyyah, matahari berkata: “Aku hanya boleh dimiliki oleh Dzat yang yang menjadikan semua bebintang yang tinggi sepertiku, lalu menempatkannya di langit-langit-Nya dengan hikmah yang sempurna, memutarkannya dengan kehebatan yang sempurna dan menghiasinya dengan hiasan yang sempurna.”

Kemudian pendakwa itu berkata dari hatinya: Bintang-bintang adalah sangat sesak, kelihatan berselerak dan bercampur aduk. Kemungkinan di dalam mereka, atas nama mereka yang mewakilkanku aku boleh mendapatkan sesuatu. Lalu dia masuk ke dalam gugusan bintang. Atas nama sebab-sebab, untuk mereka yang syirik dan melalui lisan falsafah yang telah meliar, dia berkata seperti yang dikatakan oleh golongan Sabiin yang menyembah bintang. “Oleh sebab kalian sangat berselerak maka kalian berada di bawah penguasaan pemerintah yang berlainan.”

 

Waktu itu atas nama semua bintang sebutir bintang berkata: “Betapa bingung, tiada otak, bodoh dan tiada matanya engkau sehingga engkau tidak nampak dan memahami tanda keesaan dan lambang ahadiyyah (ketunggalan) pada wajah kami. Engkau tidak mengetahui aturan tinggi dan undang-undang 'ubudiyyah kami sehingga engkau menyangka kami tidak teratur.

 

Kami semua adalah hasil ciptaan dan petugas bagi al-Wahid al-Ahad yang memegang langit yang merupakan lautan kami dan alam semesta yang merupakan pohon kami dan ruang angkasa alam tidak berpenghujung yang merupakan tempat kami mengembara ini di dalam genggaman urusan-Nya. Seperti lampu-lampu elektrik untuk keramaian, kami semua adalah para saksi nurani yang memperlihatkan kesempurnaan rububiyyah-Nya serta burhan-burhan bercahaya yang mengumumkan kekuasaan rububiyyah-Nya. Tiap-tiap kelompok kami adalah para petugas nurani yang memperlihatkan kehebatan kekuasaan-Nya dan memberikan cahaya pada kediaman-kediaman yang tinggi, rendah, duniawi, barzakhi dan ukhrawi di dalam daerah kekuasaan-Nya. Ya, setiap kami ialah mukjizat qudrat al-Wahid al-Ahad, buah tersusun pohon penciptaan, burhan bercahaya wahdaniyyah (keesaan), kediaman bagi para malaikat, pesawat dan masjidnya, lampu alam-alam tinggi dan mataharinya, saksi kekuasaan rububiyyah, hiasan ruang angkasa alam, istana dan bunganya, seekor ikan bercahaya di laut langit dan mata indah[1] di wajah langit. Dalam ketenangan umum himpunan kami terdapat suatu kesunyian, dalam hikmah terdapat pergerakan, di dalam kehebatan terdapat satu hiasan, di dalam penyusunan terdapat suatu keindahan ciptaan, di dalam keseimbangan terdapat kesempurnaan hasil ciptaan.


[1] Kami adalah isyarat-isyarat yang memandang, menonton dan mempertontonkan keajaiban ciptaan Allah Taala. Yakni, ia bermakna langit kelihatan bagaikan menonton keajaiban ciptaan Ilahi di muka bumi melalui mata yang tidak terkira banyaknya. Seperti malaikat-malaikat langit, bintang-bintang juga memandang kepada bumi yang merupakan himpunan keajaiban dan kepelikan dan menyebabkan makhluk-makhluk yang berakal turut mamandangnya dengan penuh ketelitian. 

416. Page

Walaupun kami telah mengumumkan keesaan, keahadan, kesamadan, sifat-sifat jamal, jalal dan kamal as-Sani’ Dzul jalal kami ke seluruh alam semesta melalui lidah-lidah yang tidak terhitung, engkau telah menuduh para petugas yang sangat suci, bersih, taat dan patuh seperti kami dengan kecelaruan, keserabutan dan ketiadaan tugas hatta tidak bertuan. Maka sesungguhnya engkau layak menerima penampar,” tempelaknya lagi.

 

Seperti merejam syaitan, sebutir bintang memberi tamparan yang dahsyat ke wajah pendakwa itu lalu mencampaknya dari bintang sehingga ke dasar neraka. Ia mencampakkan hukum alam[1] yang bersamanya ke lembah-lembah waham, mencampak tasaduf ke lubang ketiadaan, para pensyirik ke dalam gelap ketidaklogikan dan kemustahilan serta falsafah ke darjat asfala safilin.

 

Bersekali dengan semua bintang, bintang itu membaca firman suci لَوْ كَانَ فِيهِمَۤا ءَالِهَةٌ إِلاَّ اللهُ لَفَسَدَتَا. Makhluk-makhluk nurani itu mengumumkan bahawa (langsung) tiada ruang walaupun sebesar sayap lalat untuk kesyirikan campur tangan (dalam urusan) bermula daripada sayap lalat sehingga kandil-kandil langit.

 

سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الحْكِيمُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سِرَاجِ وَحْدَتِكَ فِي كَثْرَةِ مَخْلُوقَاتِكَ، وَدَلاَّلِ وَحْدَانِيَّتِكَ فِي مَشْهَرِ كَائِنَاتِكَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

 


[1] Namun selepas tersungkur, hukum alam telah bertaubat. Ia memahami bahawa tugas sebenarnya bukanlah memberi kesan dan perbuatan bahkan menzahirkan dan mendapat kesan. Ia juga mengetahui bahawa ia adalah sejenis buku catatan taqdir Ilahi cuma sebuah buku catatan yang boleh diganti dan diubah dan sebagai sejenis program qudrat Rabbani, sejenis syariat fitrah al-Qadir Dzul jalal dan sejenis himpunan undang-undang-Nya. Ia telah melaksanakan tugas 'ubudiyyahnya dengan kesempurnaan kelemahan dan kepatuhan. Ia mendapat nama sebagai fitrah Ilahi dan kesenian Rabbani.




417. Page

بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا


Di bawah ini ialah petikan berbahasa Arab yang mengisyaratkan kepada sekuntum bunga di taman keazalian ayat yang telah dinyatakan di atas.


حَتَّى كَاَنَّ الشَّجَرَةَ الْمُزَهَّرَةَ       قَصِيدَةٌ مَنْظُومَةٌ مُحَرَّرَةٌ

وَ تُنْشِدُ لِلْفَاطِرِ الْمَدَائِحَ الْمُبَهَّرَةَ     اَوْ فَتَحَتْ بِكَثْرَةٍ عُيُونُهَا الْمُبَصَّرَةَ

لِتُنْظِرَ للِصَّانِعِ الْعَجَائِبَ الْمُنَشَّرَةَ    اَوْ زَيَّنَتْ لِعِيدِهَا اَعْضَائَهَا الْمُخَضَّرَةَ

لِيَشْهَدَ سُلْطَانُهَا آثَارَهُ الْمُنَوَّرَةَ     وَ تُشْهِرَ فِى الْمَحْضَرَةِ مُرَصَّعَاتِ الْجَوْهَرِ


وَ تُعْلِنَ لِلْبَشَرِ حِكْمَةَ خَلْقِ الشَّجَرِ    بِكَنْزِهَا الْمُدَخَّرِ مِنْ جُودِ رَبِّ الثَّمَرِ

سُبْحَانَهُ مَا اَحْسَنَ اِحْسَانَهُ      مَا اَزْيَنَ بُرْهَانَهُ مَا اَبْيَنَ تِبْيَانَهُ


Terjemahan bebas untuk buah fikiran berbahasa Arab: Seolah-olah setiap pohon yang telah mekar bunganya itu adalah qasidah tersusun yang tertulis indah. Qasidah itu mengalunkan madah mendalam untuk al-Fatir Dzul jalal, lantas menyatakannya melalui lisanul hal-nya bagaikan penyair. Ataupun, tiap pohonan yang mekar bunganya itu, telah membuka ratusan ribu mata yang memandang, agar sekalian mata itu memandang keajaiban ciptaan as-Sani’ Dzul jalal yang dicambah dan dipamerkan, bukan melalui satu atau dua mata, bahkan melalui ribuan mata. Agar mereka yang teliti memandang begitu. Ataupun tiap pohon yang mekar bunganya itu telah mendandan dirinya dengan hiasan yang paling menawan di atas anggotanya yang telah kehijauan, di dalam perayaannya yang khusus di dalam musim bunga yang merupakan perayaan umumnya dan dalam satu detik yang bagaikan perarakan rasmi.

 

Sehinggalah ia menyaksikan as-Sultan Dzul jalal, hadiah-hadiah dan kesantunan yang dikurniakan kepadanya dan kesan-kesan nuraninya. Serta mempamerkan kegemilangan rahmat-Nya kepada pandangan makhluk di musim bunga dan di atas muka bumi yang merupakan tempat pameran kesenian Ilahi. Ia mengumumkan hikmah penciptaan pohon kepada manusia. Biarlah ia memperlihatkan kesempurnaan qudrat Ilahi dengan memperlihatkan bahawa di dahannya yang halus terdapat khazanah-khazanah yang sangat penting dan pada buah-buah kurnia Ilahi terdapat harta-harta yang sangat penting.


خَيَاْل بِينَدْ اَزِينْ اَشْجَارْ مَلاَئِكْرَا    جَسَدْ آمَدْ سَمَاوِى بَا هَزَارَانْ نَىْ


اَزِينْ نَيْهَا شُنِيدَتْ هُوشْ    سِتَايِشْهَاىِ ذَاتِ حَىْ

وَرَقْهَارَا زَبَانْ دَارَنْد هَمَه هُو هُو   ذِكْر آرَنْد بَدَرْ مَعْنَاىِ حَىُّ حَىْ


چُو لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُو بَرَابَرْ مِيزَنَدْ هَرْشَىْ دَمَادَمْ جُويَدَنْد يَاحَقْ

سَرَاسَرْ گُويَدَنْد يَا حَىْ بَرَابَرْ مِيزَنَنْداَللّٰهْ


418. Page

Terjemahan bebas untuk buah fikiran berbahasa Parsi: Mata khayalan melihat bahawa pohon-pohon telah berubah menjadi jasad-jasad malaikat yang mengalunkan irama dengan ribuan ‘ney’ langit. Dan telinga akal mendengarkan pujian dan syukur kepada al-Hayy daripada ‘ney-ney’ itu. Dan daun-daunnya menjadi lidah-lidah yang sentiasa menzikirkan “huwa”, “huwa” bagaikan melafazkan “ya Hayy!”, “ya Hayy!” Setiap benda bersama-sama menzikirkan “لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُو”. Saling sahut-menyahut melafazkan ya Haq! Dari awal hingga akhir masing-masing bersama-sama melafazkan “ya Hayy” dan “ya Allah!”

 

وَ نَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

“…dan Kami turunkan air yang diberkati dari langit”

 

 

Sedikit Tambahan bagi Mauqif Pertama.

 

Dengarlah kepada ayat: اَفَلَمْ يَنْظُرُوا اِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَ زَيَّنَّاهَا  sehingga ke akhirnya.

 تَرَى سُكُوتًا فِى سُكُونَةٍ حَرَكَةً فِى حِكْمَةٍ  ثُمَّ انْظُرْ اِلَى وَجْهِ السَّمَاءِ كَيْفَ

تَلَئْلاُءً فِى حِشْمَةٍ تَبَسُّمًا فِى زِينَةٍ الخ

مَعَ اِنْتِظَامِ الْخِلْقَةِ مَعَ اِتِّزَانِ الصَّنْعَةِ تَشَعْشُعُ سِرَاجِهَا تَهَلْهُلُ مِصْبَاحِهَا

تَلَئْلاُءُ نُجُومِهَا تُعْلِنُ لِاَهْلِ النُّهَى سَلْطَنَةً بِلاَ اِنْتِهَاءٍ

 

Ungkapan di atas ialah terjemahan berbahasa Arab bagi ayat اَفَلَمْ يَنْظُرُوا اِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَ زَيَّنَّاهَا  sehingga akhir.

 


419. Page

Berikut adalah perincian terjemahannya:

 

 ثُمَّ انْظُرْ اِلَى وَجْهِ السَّمَاءِ كَيْفَ تَرَى سُكُوتًا فِى سُكُونَةٍYakni ayat mulia ini mengalihkan pandangan perhatian kepada wajah langit yang terhias indah. Supaya melalui pandangan yang teliti, mereka yang memandang itu akan nampak satu kesunyian di dalam ketenangan yang luarbiasa lalu memahami bahawa ia mendapat keadaan itu kerana perintah dan suruhan al-Qadir al-Mutlaq. Jika tidak, sekiranya mereka tiada hala tujuan, sepatutnya jirim-jirim dahsyat yang tidak terkira, bebola-bebola yang sangat besar itu dan pergerakan mereka yang sangat laju di antara satu sama lain mengeluarkan suatu keriuhan yang boleh memekakkan telinga alam semesta. Malah nescaya berlaku kecelaruan di dalam gempa kehuru-haraan yang sangat dahsyat sehingga boleh menghancurkan alam semesta. Sudah dimaklumi bahawa apabila dua puluh ekor kerbau bergerak di kalangan satu sama lain maka ia menyebabkan keriuhan yang sangat bising. Sedangkan para pengkaji bintang memberitahu bahawa di kalangan bintang terdapat bintang-bintang yang seribu kali lebih besar daripada bumi dan tujuh puluh kali lebih laju daripada peluru meriam. Justeru, fahamilah darjat qudrat dan suruhan as-Sani’ Dzul jalal dan al-Qadir Dzul kamal daripada kesenyapan jirim-jirim di dalam ketenangan serta darjat kepatuhan dan ketaatan bintang-bintang kepada-Nya.

حَرَكَةً فِى حِكْمَةٍ  Ayat ini memerintahkan juga supaya melihat satu pergerakan di dalam hikmah di wajah langit. Ya, pergerakan yang sangat menakjubkan dan agung adalah di dalam hikmah yang sangat teliti dan luas. Sebagaimana seorang seniman yang memutarkan roda-roda gendeng kilang dan jentera putarnya di dalam suatu hikmah memperlihatkan tahap kesenian dan kemahirannya pada darjat kebesaran dan penyusunan kilang. Demikianlah juga darjat qudrat dan hikmah al-Qadir Dzul jalal yang memberikan keadaan seperti kilang kepada matahari yang besar berserta dengan planet-planet dan memutarkan bebola-bebola besar yang menggerunkan di sekitarnya itu umpama batu tarbil dan seperti roda-roda kilang. Ia akan terzahir kepada pandangan menurut nisbah itu.


420. Page

تَلَئْلاُءً فِى حِشْمَةٍ تَبَسُّمًا فِى زِينَةٍ  yakni: Pada wajah langit, di dalam kehebatan yang hebat sebegitu terdapat satu sinaran dan satu senyuman di dalam satu hiasan. Ia memperlihatkan bahawa as-Sani’ Dzul Jalal memiliki satu kekuasaan yang sangat agung dan satu kesenian yang sangat indah. Sebagaimana lampu-lampu elektrik yang banyak di hari-hari keramaian memperlihatkan darjat kehebatan sultan dan darjat kesempurnaan pada kemajuan tamadun. Demikianlah juga langit-langit luas memperlihatkan kesempurnaan kekuasaan dan keindahan seni as-Sani’ Dzul jalal melalui bintang-bintangnya yang hebat dan berhias itu kepada pandangan perhatian.

مَعَ اِنْتِظَامِ الْخِلْقَةِ مَعَ اِتِّزَانِ الصَّنْعَةِ  Ia juga “Lihat dan fahamilah ketersusunan makhluk di wajah langit dan keseimbangan hasil-hasil seni di dalam neraca-neraca yang halus supaya engkau tahu bahawa as-Sani’ mereka adalah sangat al-Qadir dan al-Hakim. Ya, sebagaimana mereka telah memperlihatkan tahap keupayaan dan hikmah Dzat yang menggerakkan jirim-jirim ataupun haiwan-haiwan yang kecil dan berlainan, memutarkannya untuk satu tugas, mendorong setiap satunya di jalan yang tertentu melalui satu neraca yang khusus serta memperlihatkan tahap ketaatan dan kepatuhan jirim-jirim yang bergerak kepada-Nya, langit yang luas, bersama dengan kebesarannya yang dahsyat, bintang-bintangnya yang tidak terhitung, bintang-bintang itu juga dengan kebesarannya yang dahsyat serta melalui pergerakannya yang pantas, ketidakmelampauan mereka daripada had walaupun sebesar zarah dan walaupun sedetik, tidak berlengah dengan tugas mereka walaupun selewat satu persepuluh minit memperlihatkan bahawa as-Sani’ Dzul jalal mereka menjalankan urusan rububiyyah-Nya dengan satu neraca khusus yang sangat teliti kepada pandangan perhatian.

 

Malah sebagaimana Surah an-Naba’ dan ayat-ayat lain membicarakan tentang penundukan matahari, bulan dan bintang, ungkapanتَشَعْشُعُ سِرَاجِهَا تَهَلْهُلُ مِصْبَاحِهَا تَلَئْلاُءُ نُجُومِهَا تُعْلِنُ لِاَهْلِ النُّهَى سَلْطَنَةً بِلاَ اِنْتِهَاءٍ pula adalah tentang memasang satu lampu yang memberikan cahaya dan memanaskan seperti matahari di atap langit yang terhias, menjadikan matahari sebagai wadah cahaya untuk penulisan maktubat as-Samad di atas lembaran musim sejuk dan musim panas melalui khat-khat malam dan siang dan menjadikan rembulan di kubah langit yang seumpama jarum-jarum yang bersinar bagi jam-jam besar di menara dan bangunan yang tinggi sebagai sebatang jarum jam untuk jam terbesar masa, meninggalkan seolah-olah satu hilal yang berlainan kepada setiap malam dalam bentuk hilal yang bermacam-macam kemudian menghimpun dan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal, menggerakkannya di kediaman-kediamannya dengan kesempurnaan neraca dan perkiraan yang teliti serta menyadur wajah langit yang indah dengan bebintang yang bersinar dan tersenyum di kubah langit tentunya satu syiar kekuasaan rububiyyah yang tidak berpenghujung. Ia merupakan isyarat satu uluhiyyah yang hebat yang merasakannya kepada mereka yang berakal. Maka ia menyeru ahli fikir kepada keimanan dan tauhid. 

 


421. Page

 

“Perhatikanlah pada lembaran warna kitab alam semesta,

Lihatlah apa yang pena emas qudrat coretkan?

Tiada lagi noktah gelap pada hati pemilik basirah,

Bagaikan Tuhan telah menulis ayat-ayat-Nya dengan nur.

Perhatikan! Betapa alam semesta yang menghairankan adalah hikmah yang sangat bermukjizat.

Perhatikan! Betapa cakerawala alam semesta adalah satu tatapan yang tinggi.

Dengarlah juga akan bebintang, kepada khutbahnya yang menawan itu,

Perhatikanlah warkah cahaya, apakah yang telah diakui oleh hikmah?

Semuanya telah bertutur, berkata dengan lidah kebenaran.

Kami adalah burhan pemancar nur kepada kehebatan kekuasaan al-Qadir Dzul jalal.

Kami juga para saksi kepada kewajipan as-Sani’, keesaan dan kekuasaan-Nya.

Kami adalah ribuan mata yang teliti, memandang bumi langit ini dan memerhatikan syurga untuk menonton para malaikat mukjizat indah yang menyaduri muka bumi.

Kamilah ribuan buah cantik yang dipasang dengan tangan hikmah al-Jamil Dzul jalal daripada Tuba penciptaan kepada bahagian langit dan semua dahan Bima Sakti.

Tiap-tiap kami adalah masjid bergerak, rumah berputar, sarang yang tinggi,

Lampu bersinar, bahtera gergasi dan pesawat terbang bagi penghuni langit ini.

Tiap-tiap kami adalah mukjizat qudrat al-Qadir Dzul kamal, al-Hakim Dzul jalal, kehebatan ciptaan al-Khaliq, keajaiban hikmah, kebijaksanaan penciptaan dan cahaya alam.

Kami memperlihatkan seratus ribu burhan melalui seratus ribu bahasa sebegini, kami memperdengarkannya kepada insan yang benar-benar insan.

Moga butalah mata mereka yang tidak beragama.

Mereka tidak nampak wajah kami. Mereka tidak mendengar kata-kata kami.

Sedangkan, kamilah ayat-ayat yang menyatakan kebenaran.”

Mohor kami satu, tanda kami satu, kami patuh kepada Tuhan kami.

Kami pentasbih dan berzikir dengan penuh pengabdian.

Kamilah mereka yang jazbah yang tergolong dalam halaqah agung Bima Sakti.”

 


 

422. Page

Mauqif Kedua:

Daripada Kalimah Ketiga Puluh Dua.

بِسْــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ اَللّٰهُ الصَّمَدُ

Mauqif ini mempunyai tiga maqsad.

 

Maqsad Pertama: Oleh sebab wakil ahli syirik dan kesesatan yang tersembam akibat penampar sebutir bintang itu tidak dapat menjumpai tempat untuk kesyirikan walaupun sebesar zarah di mana-mana tempat daripada zarah sehingga ke bintang, maka dia mengalah daripada dakwaan yang sebegitu.

 

Tetapi untuk memberikan keraguan-keraguan tentang keesaan, dia mahu membuat was-was seperti syaitan kepada ahli tauhid tentang ahadiyyah dan wahdah (keesaan) melalui tiga soalan yang penting.

 

Soalan Pertama: Melalui lidah golongan zindiq dia berkata: Wahai ahli Tauhid! Aku tidak menemui apa-apa perkara atas nama mereka yang mewakilkanku. Aku tidak dapat mengeluarkan satu bahagian pada maujudat dan aku tidak dapat mengisbatkan jalanku. Tetapi, bagaimanakah kalian mengisbatkan al-Wahid al-Ahad yang memiliki qudrat yang tidak berpenghujung? Mengapakah kalian tidak melihat bahawa campur tangan oleh tangan-tangan lain bersama dengan qudrat-Nya sebagai boleh diterima?

 

Jawapan: Telah diisbatkan dalam Kalimah Kedua Puluh Dua bahawa tiap-tiap maujudat, zarah dan bintang ialah burhan bercahaya kepada kewajiban wujud al-Wajib al-Wujud dan al-Qadir al-Mutlaq. Tiap-tiap rantaian di seluruh alam semesta merupakan dalil qat’i kepada keesaan-Nya. Sebagaimana al-Quran al-Hakim telah mengisbatkan dalam burhan-burhannya yang tidak terkira, ia lebih banyak menyebutkan burhan-burhan yang paling zahir kepada pandangan umum.

Sebagai contoh: Melalui ayat-ayat seperti وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْض وَاخْتِلاَفُ اَلْسِنَتِكُمْ وَ اَلْوَانِكُمْ

dan ayat  وَلَئِنْ سَاَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللّٰهُal-Quran al-Hakim memperlihatkan penciptaan langit dan bumi sebagai satu burhan kepada wahdaniyyah pada tahap yang sangat jelas sehingga mahu tidak mahu, setiap orang yang berakal terpaksa mengakui al-Khaliq Dzul jalal-nya secara dharuri pada penciptaan bumi dan langit seperti mana ayat لَيَقُولُنَّ اللّٰهُ. Sebagaimana kami telah bermula daripada zarah sampai kepada bintang dan langit dalam Mauqif Pertama, kami telah memperlihatkan tanda ketauhidan. Melalui ayat-ayat jenis ini, al-Quran al-Hakim menolak kesyirikan daripada bintang dan langit sehingga kepada zarah. Ia mengisyaratkan seperti berikut dan secara maknawi berkata: Sudah tentu sistem suria yang merupakan daripada lingkungan hasil-hasil seni al-Qadir al-Mutlaq yang menjadikan langit dan bumi tersusun seperti ini secara jelas adalah di dalam genggaman urusan-Nya. 


423. Page

Memandangkan al-Qadir al-Mutlaq itu memegang matahari berserta planet-planetnya di dalam genggaman urusan-Nya, Dia menyusun, mengerah dan menggerakkannya. Sudah tentu bebola bumi yang merupakan sebahagian daripada sistem suria itu dan terikat dengan matahari juga adalah pada genggaman urusan-Nya dan pada pengurusan dan tadwir-Nya (pemutaran). Memandangkan bebola bumi adalah dalam genggaman urusan-Nya dan pada pengurusan dan tadwir-Nya, secara jelas hasil-hasil seni yang ditulis dan diwujudkan di muka bumi dan ibarat buah-buah tanah dan tujuannya juga adalah dalam genggaman rububiyyah-Nya dan dalam tarbiyah-Nya.

Memandangkan semua hasil seni yang dihamparkan dan ditaburkan ke seluruh muka bumi, yang menyaduri dan menghiasi wajahnya, sentiasa diperbaharui, datang dan pergi serta bumi dipenuhi dan dikosongkan dengannya adalah dalam genggaman qudrat dan ilmu-Nya, serta diukur dan disusun dengan neraca keadilan dan hikmah-Nya dan memandangkan semua jenis adalah dalam genggaman qudrat-Nya, maka sudah tentu diri-diri kecil yang ibarat anggota-anggota tersusun dan sempurna bagi jenis itu, perumpamaan-perumpamaan kecil alam, papan-papan tanda bagi jenis-jenis alam semesta, faharasat kecil kitab alam secara jelas adalah dalam genggaman rububiyyah, pewujudan, tadwir dan tarbiah-Nya. Memandangkan setiap benda hidup adalah dalam genggaman tadbir dan tarbiah-Nya, sudah tentu, sel-sel kecil, sel-sel darah, organ dan saraf yang membentuk tubuh benda hidup itu secara jelas adalah dalam genggaman ilmu dan qudrat-Nya. Memandangkan setiap sel dan setiap sel darah dalam darah adalah di bawah perintah dan dalam lingkungan urusan-Nya dan bergerak dengan undang-undang-Nya, sudah tentu bahan asas bagi semua ini dan zarah-zarah yang ibarat cuban dan spring (alat penting dalam mesin tenun) kepada ukiran seni dan tenunan ukiran pada semua itu tidak dapat tidak adalah dalam genggaman qudrat dan dalam lingkungan ilmu-Nya dan melakukan pergerakan yang tersusun dan melaksanakan tugas yang sempurna dengan perintah, keizinan dan kekuatan-Nya. Memandangkan pergerakan setiap zarah dan pelaksanaan tugasnya adalah melalui undang-undang, keizinan dan perintah-Nya, sudah tentu pemeribadian wajah, kewujudan tanda-tanda pembeza pada wajah semua yang boleh membezakannya daripada yang lain, kewujudan perbezaan-perbezaan yang berlainan pada suara dan lidah-lidah seperti wajah, secara jelas adalah melalui ilmu dan hikmah-Nya. Justeru renunglah ayat berikut yang mengisyaratkan kepada rantaian ini dengan menyebutkan permulaan dan penamat: وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلاَفُ اَلْسِنَتِكُمْ وَ اَلْوَانِكُمْ اِنَّ فِى ذٰلِكَ َٓلايَاتٍ لِلْعَالِمِينَ


424. Page

Sekarang, kami berkata: “Wahai wakil ahli syirik! Demikianlah burhan-burhan yang kuat seperti rantaian alam semesta mengisbatkan jalan ketauhidan dan memperlihatkan al-Qadir al-Mutlaq. Memandangkan penciptaan langit dan bumi memperlihatkan as-Sani’ al-Qadir, qudrat-Nya yang tidak terhingga dan bahawa qudrat yang tidak terhingga adalah dalam kesempurnaan yang tiada penghujung, sudah tentu Dia mempunyai sifat secara mutlak tidak memerlukan para sekutu. Yakni, Dia tidak berhajat kepada para sekutu dari mana-mana sudut. Walaupun Dia tidak berhajat, namun mengapakah kalian pergi di jalan yang gelap ini? Apakah yang kalian perlukan sehingga terpaksa masuk ke dalamnya? Malah ketika Dia langsung tidak berhajat kepada para sekutu dan alam semesta sama sekali tidak memerlukan mereka, maka sekutu pewujud dan rububiyyah juga adalah tidak logik seperti sekutu uluhiyyah. Kewujudan mereka adalah mustahil.

 

Ini kerana kami telah mengisbatkan bahawa qudrat pada as-Sani’ langit dan bumi adalah sangat sempurna dan tidak berpenghujung. Sekiranya terdapat sekutu, maka satu qudrat tidak terhingga lain akan mengalahkan qudrat yang tidak berpenghujung dan sangat sempurna itu lalu menetapkan sebahagian tempat dan menamatkan kekuasaannya (di situ) dan membiarkannya dalam keadaan lemah secara maknawi. Ia meletakkan satu batasan walaupun ia adalah mutlak tanpa batasan. Ia juga menuntut supaya satu benda yang tidak berpenghujung, tanpa sebarang keterpaksaan memberi penamat dan menjadikan berbatas pada waktu yang tidak berpenghujung kepada suatu benda yang tidak terbatas. Sesungguhnya itu adalah perkara paling tidak maakul bagi kemustahilan ini dan ketidaklogikan yang paling teruk.

Malah Dia adalah “مُسْتَغْنىً عنهم”  (tidak memerlukan itu semua) dan “ممتنعون بالذات” (secara sendirinya terhalang) daripada para sekutu. Yakni sebagaimana Dia langsung tidak berhajat kepada mereka, kewujudan mereka juga adalah mustahil. Maka dakwaan mereka adalah dakwaan semata-mata. Yakni, oleh sebab tiada sebab yang boleh mengetengahkan dakwaan itu secara akal, mantiq dan fikiran, maka ia adalah ibarat kata-kata yang tidak bermakna. Menurut ilmu usul, ia dinamakan sebagai perkara yang tahakkumi. Yakni semata-mata dakwaan yang tidak bermakna. Daripada dustur ilmu Kalam dan Ilmu Usul, dikatakan لاَ عِبْرَةَ لِلْاِحْتِمَالِ الْغَيْرِ النَّاشِىِ عَنْ دَلِيلٍ  dan وَ لَا يُنَافِى الْاِمْكَانُ الذَّاتِىُّ الْيَقِينَ عِلْمِىّ  yakni, satu kebarangkalian yang tidak bersumber daripada satu dalil dan petanda tidak mempunyai kepentingan. Ia tidak boleh menambahkan keraguan kepada ilmu yang qat’i. Ia tidak boleh menggoyahkan satu hukum yang yakin.


425. Page

 Sebagai contoh: Ada kemungkinan dan kebarangkalian bahawa Laut Barla sendiri (Tasik Egirdir) telah menjadi sirap ataupun telah berubah menjadi minyak. Tetapi oleh sebab kebarangkalian dan kemungkinan itu tidak berpunca daripada satu petunjuk, maka ia tidak boleh memberikan kesan, syak dan keraguan kepada ilmu kita yang qat’i tentang kewujudan tasik tersebut dan kewujudan air di dalamnya.

Sesungguhnya kami telah bertanya seperti ini daripada setiap penjuru maujudat dan setiap sudut alam semesta sebagaimana telah diperlihatkan dalam Mauqif Pertama, daripada zarah sampai kepada bintang sebagaimana kelihatan dalam Mauqif Kedua, daripada penciptaan langit dan bumi, sehingga kepada pengkhususan pada wajah, hatta jika ditanya daripada mana-mana benda sekalipun, ia telah memperlihatkan penyaksian kepada wahdaniyyah dan tanda ketauhidan melalui lisanul hal. Engkau juga sudah nampak. Oleh itu, tiada satu petunjuk pun pada maujudat alam semesta yang kebarangkalian syirik (boleh) dibina di atasnya. Maknanya, oleh sebab dakwaan syirik (kewujudan sekutu) hanyalah dakwaan semata-mata, kata-kata yang tiada makna serta dakwaan yang kosong, maka (perbuatan) mendakwa kesyirikan merupakan kejahilan yang sejati dan sumber kebodohan.

Justeru, wakil ahli kesesatan tidak dapat mengatakan apa-apa lagi terhadap perkara ini. Dia cuma berkata: “Petunjuk kepada kesyirikan ialah penyusunan sebab-sebab di alam semesta. Oleh sebab setiap benda berkait dengan satu sebab, yakni sebab-sebab mempunyai kesan-kesan yang sebenar. Jadi sekiranya mereka memberikan kesan, maka mereka boleh menjadi sekutu.

 

Jawapan: Kerana tuntutan kehendak dan hikmah Ilahi dan kerana keinginan banyak nama untuk menzahirkan diri, maka musabbab-musabbab telah diikat dengan asbab. Setiap sesuatu telah diikat dengan suatu sebab. Tetapi kami telah mengisbatkan secara qat’i di banyak tempat dan pada Kalimah-kalimah yang berlainan bahawa tidak terdapat kesan pewujudan yang sebenar pada asbab. Sekarang, kami hanya mengatakan sekadar berikut: 


426. Page

Di dalam sebab-sebab, secara jelas yang paling mulia, kehendaknya yang paling luas, urusannya yang paling banyak ialah manusia. Perbuatan manusia yang paling jelas antara perbuatan-perbuatannya yang dilakukan dengan pilihannya sendiri ialah al-‘aqlu, al-kalamu dan al-fikru. Yakni makan, berkata dan berfikir. Tiap-tiap perbuatan makan, berkata dan berfikir itu pula ialah satu rantaian yang sangat tersusun, menakjubkan dan berhikmah. Daripada seratus juzuk rantaian tersebut hanyalah satu juzuk yang diberikan kepada tangan pilihan insan. Sebagai contoh di dalam rantaian perbuatan yang bermula daripada makan dan pemberian makanan kepada sel-sel badan sehingga pembentukan buah-buahan daripada makanan tersebut, apa yang diberikan kepada tangan pilihan insan hanyalah menggerakkan mesin pengisar dalam mulut iaitu giginya lalu mengunyahnya. Daripada rantaian bercakap, yang dilakukan hanyalah menyedut udara ke dalam acuan-acuan makhraj huruf dan mengeluarkannya. Sedangkan ketika satu kalimah di mulut hanyalah seperti sebiji benih, ia boleh menjadi ibarat sebatang pokok. Di dalam udara ia memberikan buah-buah seperti jutaan kalimah yang sama. Ia memasuki jutaan telinga mereka yang mendengar. Hanya tangan khayalan pada insan yang boleh sampai kepada tunas perumpamaan ini. Bagaimanakah tangan pilihan yang pendek boleh sampai?

 

Memandangkan insan yang merupakan makhluk termulia dan pemilik pilihan yang paling banyak di kalangan asbab, maka sekiranya tangannya terikat daripada pewujudan yang sebenar seperti ini, bagaimanakah benda-benda kaku, binatang, unsur dan hukum alam yang lain boleh menjadi pengurus yang sebenar? Tetapi, tiap-tiap sebab itu adalah sampul dan merupakan kulit luar untuk hasil seni Ilahi. Juga merupakan penjaja kepada hadiah-hadiah ar-Rahman. Sudah tentu, bekas hadiah seorang raja ataupun kain yang membalut hadiah ataupun orang yang diberikan hadiah ke tangannya lalu mendatangkannya tidak boleh menjadi sekutu kepada kerajaan raja itu. Orang yang menganggap mereka sebagai sekutu kepada-Nya telah melakukan satu perkara yang mengarut yang merepek. Begitu juga sebab-sebab zahir dan perantara-perantara luaran tidak boleh memiliki bahagian daripada rububiyyah Ilahi pada mana-mana sudut. Mereka tidak mempunyai habuan selain daripada khidmat pengabdian.

 

Maqsad Kedua: Oleh sebab wakil ahli syirik itu tidak dapat mengisbatkan jalan kesyirikan pada mana-mana sudut; oleh sebab dia telah berputus asa daripada mengisbatkannya; serta oleh sebab dia mahu berusaha merosakkan jalan ahli tauhid melalui keraguan dan kesangsiannya, dia bertanyakan soalan kedua yang seperti berikut: 


427. Page

“Wahai Ahli Tauhid! Kalian mengatakan قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ اَللّٰهُ الصَّمَدُ  al-Khaliq  bagi alam ini adalah esa, al-Ahad dan as-Samad. Malahan Dialah al-Khaliq setiap benda. Berserta dengan ahadiyyah Dzat-Nya, secara langsung tali kendali setiap benda di tangan-Nya, anak kunci setiap benda dalam genggaman-Nya, Dia memegang ubun-ubun setiap benda, satu kerja tidak menjadi penghalang kepada satu kerja yang lain. Dia boleh bertindak pada semua benda melalui semua keadaannya dalam satu detik. Bagaimanakah satu hakikat yang pelik begini boleh diimani? Adakah satu Dzat yang tertentu boleh melakukan kerja-kerja yang tidak terhitung di tempat-tempat yang tidak terkira tanpa sebarang kesulitan?”

 

Jawapan: Soalan ini boleh dijawab melalui penerangan bagi satu rahsia ahadiyyah dan samadiyyah yang sangat mendalam dan halus serta sangat tinggi dan luas. Fikiran manusia pula hanya boleh memandang rahsia itu melalui satu teropong perumpamaan dan melalui pencerapan contoh. Tiada yang seumpama dan sama dengan Dzat dan sifat Allah Taala. Tetapi, urusannya boleh diperhatikan melalui contoh dan perumpamaan. Justeru, kami juga akan mengisyaratkan kepada rahsia itu melalui perumpamaan berbentuk maddi.

 

Perumpamaan Pertama: Ia seperti berikut:

Telah diisbatkan dalam Kalimah Keenam Belas bahawa satu Dzat yang tertentu memperoleh sifat menyeluruh melalui perantaraan cermin-cermin yang berlainan. Ketika ia satu juzuk yang hakiki, ia menjadi satu kulli yang memiliki urusan yang banyak. Ya, sebagaimana bahan-bahan seperti kaca dan air menjadi cermin kepada benda-benda berbentuk jasmani, satu benda yang jasmani memperoleh satu kemenyeluruhan pada cermin-cermin itu. Begitu juga kepada benda-benda yang nurani dan rohani, udara dan debu kosmik (benda-benda halus yang mengisi ruang-ruang kosong) dan sebahagian maujudat alam misal masing-masing berubah menjadi perantara perjalanan dan pengembaraan ibarat cermin dan dalam kelajuan kilat dan khayalan sehingga, para nurani dan rohani itu menjelajah dengan kelajuan khayalan pada cermin-cermin yang bersih itu dan di kediaman-kediaman yang latif itu. Dalam satu detik benda-benda itu boleh masuk ke dalam ribuan tempat. Setiap cermin juga, oleh sebab mereka adalah nurani dan pantulan mereka adalah diri mereka sendiri dan memiliki keistimewaan mereka, maka mereka menguasai bagaikan memang berada di setiap tempat dan ia bertentangan dengan makhluk yang berbentuk jasmani.

Sebagaimana pantulan dan contoh benda jasmani yang legap tidak menjadi diri kejasmanian itu sendiri, mereka juga tidak menjadi pemilik kepada keistimewaan mereka dan dikira sebagai mati. 


428. Page

Sebagai contoh: Walaupun matahari adalah satu benda juz’i yang telah diperibadikan namun melalui perantaraan benda-benda yang bersinar ia menjadi sesuatu yang kulli. Ia memberikan satu persatu pantulannya dan satu matahari misali kepada semua benda yang berkilau di muka bumi hatta kepada setiap buih air dan zarah-zarah kecil kaca berdasarkan kepada keupayaan mereka. Haba dan cahaya matahari serta tujuh warna dalam cahayanya dan sejenis contoh bagi dzat-nya terdapat pada setiap jisim yang berkilau. Andaikata matahari mempunyai ilmu dan akal nescaya setiap cermin menjadi ibarat sejenis kediaman, singgahsana dan bangkunya lalu berhubungan secara langsung dengan setiap benda dan dengan setiap yang berakal, melalui perantaraan cermin-cermin, hatta boleh saling berhubungan melalui anak mata ibarat satu telefon. Satu benda tidak boleh menjadi penghalang kepada satu benda yang lain. Satu perbualan tidak akan menjadi aral kepada satu perbualan yang lain. Di samping berada di setiap tempat, ia tidak pernah berada di mana-mana tempat.

Agaknya, sekiranya matahari yang ibarat satu cermin yang maddi, juz’i dan kaku bagi satu nama daripada seribu satu nama iaitu nur bagi satu dzat itu pun mampu mendapat kerja-kerja yang kulli di tempat-tempat yang kulli bersekali dengan perihalnya yang sebegitu, maka adakah mungkin bahawa Dzat Dzul Jalal itu tidak boleh melakukan kerja-kerja yang tidak terkira bersama dengan keahadan dzat-Nya dalam satu masa?

 

Perumpamaan Kedua: Oleh sebab alam semesta adalah ibarat sebatang pokok, maka setiap pokok boleh menjadi contoh kepada hakikat-hakikat alam semesta. Justeru kami juga menganggap pohon Chenar yang rimbun dan besar di hadapan bilik kami ini sebagai contoh kecil kepada alam semesta lalu kami akan memperlihatkan jilwah keahadan yang berada di alam semesta melaluinya. Ia seperti berikut: Pokok tersebut paling tidak mempunyai sepuluh ribu biji buah. Setiap sebiji buahnya paling tidak mempunyai ratusan biji benih yang bersayap. Semua sepuluh ribu biji buah dan sejuta benih menzahirkan ciptaan seni dan pewujudan secara bersama dalam satu masa. Ini kerana, pada benih asal pohon tersebut dan pada akar dan batangnya terdapat jilwah iradah Ilahi yang juz’i, tersendiri dan dinamakan sebagai simpul kehidupan.

429. Page

Melalui intisari perintah Rabbani, undang-undang berpusat pembentukan pohon tersebut terdapat di hujung setiap rantingnya, dalam setiap buahnya dan di samping setiap benihnya. Ini kerana ia dilakukan dengan cara tiada satu pun daripada itu semua yang meninggalkan kekurangan pada mana-mana urusannya dan tidak menjadi penghalang kepada satu sama lain.

 

Jilwah iradah dan undang-undang perintah yang satu itu tidak berpecah lalu pergi ke setiap tempat sepertimana cahaya, haba dan udara. Ini kerana ia tidak meninggalkan sebarang kesan pada jarak-jarak jauh di tengah-tengah tempat yang telah dia pergi dan pada hasil seni yang berbeza dan tidak kelihatan sebarang kesannya.

Sekiranya ia berlaku dengan penyebaran nescaya jejak dan kesannya akan kelihatan. Bahkan ia sendiri berada di sisi setiap benda tanpa terbahagi dan berkembang. Kerja-kerja yang menyeluruh itu tidak berlawanan dengan ketunggalan dan peribadinya. Hatta boleh dikatakan bahawa jilwah iradah, undang-undang perintah dan simpul kehidupan itu berada di sisi setiap benda dan tidak berada di merata tempat. Seolah-olah undang-undang perintah itu mempunyai mata dan telinga sebanyak bilangan buah dan benih yang ada di pohon yang rimbun itu. Bahkan setiap juzuk pokok itu adalah ibarat pusat bagi perasaan-perasaan undang-undang perintah itu sehingga perantara-perantara yang panjang menjadi tabir lalu masing-masing bukannya menjadi halangan bahkan menjadi wasilah pemudah dan pendekat seperti wayar-wayar telefon. Lalu yang paling jauh adalah seperti yang paling dekat.

Memandangkan satu jilwah juz’i sifat Dzat al-Ahad as-Samad seperti iradah secara jelas menjadi punca tanpa perantara kepada jutaan kerja di berjuta-juta tempat, maka sudah tentu, melalui tajalli qudrat dan iradah Dzat Dzul jalal, kita mesti meyakini kebolehan-Nya untuk mengurus ke atas pohon penciptaan bersekali dengan semua juzuk dan zarahnya pada tahap menyaksikan. Sebagaimana telah diisbatkan dan diterangkan dalam Kalimah Keenam Belas, kami mengatakan:


430. Page

“Memandangkan melalui rahsia kenuranian, makhluk-makhluk yang lemah dan patuh seperti matahari dan ciptaan-ciptaan berseni yang separuh nurani yang terikat dengan bahan seperti para rohani, undang-undang berbentuk perintah dan jilwah-jilwah berbentuk iradah yang merupakan intipati kehidupannya dan pusat urusannya yang ibarat nur dan roh maknawi bagi pohon Chenar itu secara jelas boleh didapati pada tempat dan dalam kerja yang sangat banyak sedangkan ketika itu mereka berada di satu tempat dan mereka merupakan satu juzuk peribadi. Walaupun mereka merupakan sesuatu berbentuk juz’i yang terikat dengan bahan, namun mereka mendapat ketetapan sebagai satu kulli yang mutlak. Dalam satu masa, melalui satu juzuk ikhtiar, secara jelas mereka memperoleh kerja-kerja berlainan yang sangat banyak. Engkau juga nampak dan engkau tidak dapat mengingkarinya.

 

Agaknya, benda apakah yang boleh menyembunyikan diri daripada tawajjuh keahadan di dalam tajalli sifat dan jilwah perbuatan yang terzahir melalui iradah yang menyeluruh, qudrat yang mutlaq dan ilmu yang meliputi bagi satu Dzat tersuci yang mujarrad dan mu’alla daripada bahan, munazzah dan mubarra’ daripada pembatasan kaitan dan gelap kelegapan, semua cahaya ini dan semua benda yang bercahaya itu adalah bayang dan naungan yang legap bagi nur-nur kekudusan nama-nama-Nya, semua yang wujud, semua kehidupan, alam arwah, alam barzakh dan alam misali masing-masing merupakan cermin keindahan-Nya yang separuh telus, sifat-Nya meliputi dan urusan-Nya adalah menyeluruh, maka kerja apakah yang boleh menjadi sulit kepada-Nya? Tempat manakah yang boleh diselindungkan daripada-Nya? Diri manakah yang boleh tinggal jauh daripada-Nya? Peribadi manakah yang boleh mendekatinya tanpa memperoleh sifat yang kulli? Adakah benda-benda pernah dapat berselindung daripada-Nya? Pernahkah satu kerja menjadi penghalang kepada satu kerja yang lain? Adakah mana-mana tempat yang boleh tinggal sunyi daripada hadrat-Nya? Tidak bolehkah wujud satu penglihatan maknawi-Nya yang boleh memandang dan pendengaran maknawi-Nya yang boleh mendengar semua maujudat sepertimana yang dinyatakan oleh Saidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma? Tidak bolehkah rantaian benda-benda menjadi ibarat wayar dan urat kepada arus perintah dan undang-undang-Nya yang pantas? Tidakkah halangan-halangan dan aral menjadi wasilah dan perantaraan kepada urusan-Nya? Tidak bolehkah sebab-sebab dan perantara-perantara menjadi tabir luaran semata-mata? Tidakkah Dia boleh berada di mana-mana walaupun tidak terdapat di mana-mana? Bolehkah Dia berhajat kepada tempat dan kawasan? Bolehkah kejauhan dan kekerdilan serta tabir-tabir peringkat kewujudan menjadi penghalang kepada kehampiran dan urusan dan penyaksian-Nya? Bolehkah urusan-urusan seperti perubahan, penggantian, pengisian dan pembahagian yang merupakan keistimewaan-keistimewaan benda-benda maddi, mungkin, legap, banyak, terikat dan terbatas serta keperluan-keperluan khusus dan terbatas bagi bahan, kemungkinan, benda-benda yang legap, banyak, terikat dan terbatas menjadi saingan kepada Dzat Wajib al-Wujud, Nur al-Anwar dan al-Wahid al-Ahad yang mujarrad daripada bahan, serta Dzat al-Aqdas yang yang munazzah daripada ikatan, mubarra’ daripada had, muqaddas daripada kesilapan dan mu’alla daripada kekurangan? Adakah sebarang kelemahan menjadi sesuai dengan-Nya? Bolehkah kesilapan mendekati selendang kemegahan-Nya?


431. Page

Penutup Maqsad Kedua: Suatu masa, ketika aku berada dalam satu tafakur berkenaan keahadan, aku telah memandang kepada buah-buah pohon Chenar di tepi bilikku. Lantas satu rantaian tafakur berbahasa Arab terlintas di hatiku. Aku menulisnya dalam Bahasa Arab sebagaimana ia telah datang. Kemudian aku akan memberitahu satu maknanya yang pendek.

 

نَعَمْ فَالْاَثْمَارُ وَالْبُذُورُ١:

مُعْجِزَاتُ الْحِكْمَةِ٢ خَوَارِقُ الصَّنْعَةِ٣ هَدَايَاءُ الرَّحْمَةِ٤  بَرَاهِينُ الْوَحْدَةِ٥ بَشَائِرُ لُطْفِهِ فِى دَارِ الْآخِرَةِ٦

شَوَاهِدُ صَادِقَةٌ٧ بِاَنَّ خَلاَّقَهَا لِكُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ٨ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيمٌ٩


كُلُّ الْاَثْمَارِ وَالْبُذُورِ١٠:

مَرَايَاءُ الْوَحْدَةِ فِى اَطْرَافِ الْكَثْرَةِ١١ اِشَارَاتُ الْقَدَرِ١٢ رُمُوزَاتُ الْقُدْرَةِ١٣ بِاَنَّ تَلكَ الْكَثْرَةَ مِنْ مَنْبَعِ الْوَحْدَةِ١٤ تَصْدُرُ شَاهِدَةً لِوَحْدَةِ الْفَاطِرِ فِى الصُّنْعِ وَالتَّصْوِيرِ١٥ ثُمَّ اِلَى الْوَحْدَةِ تَنْتَهِى ذَاكِرَةً لِحِكْمَةِ الْقَادِرِ فِى الْخَلْقِ وَالتَّدْبِيرِ١٦ وَكَذَاهُنَّ تَلْوِيحَاتُ الْحِكْمَةِ بِاَنَّ صَانِعَ الْكُلِّ١٧ بِكُلِّيَّةِ النَّظَرِ اِلَى الْجُزْئِىِّ يَنْظُرُ ثُمَّ اِلَى جُزْئِهِ١٨ اِذْ اِنْ كَانَ ثَمَرًا فَهُوَ الْمَقْصُودُ الْاَظْهَرُ مِنْ خَلْقِ هذَا الشَّجَرِ١٩ فَالْبَشَرُ ثَمَرٌ لِهٰذِهِ الْكَائِنَاتِ


فَهُوَ الْمَطْلُوبُ الْاَظْهَرُ٢٠ لِخَالِقِ الْمَوْجُودَاتِ وَالْقَلْبُ كَالنَّوَاةِ فَهُوَ الْمِرْآةُ الْاَنْوَرُ لِصَانِعِ الْكَائِنَاتِ٢١ مِنْ هٰذِهِ الْحِكْمَةِ صَارَ الْاِنْسَانُ الْاَصْغَرُ فِى هٰذِهِ الْمَخْلُوقَاتِ هُوَ الْمَدَارُ الْاَظْهَرُ لِلنَّشْرِ وَالْمَحْشَرِ فِى هٰذِهِ الْمَوْجُودَاتِ وَالتَّخْرِيبِ وَالتَّبْدِيلِ لِهذِهِ الْكَائِنَاتِ٢٢


 

Permulaan Petikan Berbahasa Arab di atas ialah seperti di bawah:

 

فَسُبْحَانَ مَنْ جَعَلَ حَدِيقَةَ اَرْضِهِ مَشْهَرَ صَنْعَتِهِ مَحْشَرَ حِكْمَتِهِ مَظْهَرَ قُدْرَتِهِ مَزْهَرَ رَحْمَتِهِ مَزْرَعَ جَنَّتِهِ مَمَرَّ الْمَخْلُوقَاتِ مَسِيلَ الْمَوْجُودَاتِ مَكِيلَ الْمَصْنُوعَاتِ فَمُزَيَّنُ الْحَيْوَانَاتِ مُنَقَّشُ الطُّيُورَاتِ مُثَمَّرُ الشَّجَرَاتِ مُزَهَّرُ النَّبَاتَاتِ مُعْجِزَاتُ عِلْمِهِ خَوَارِقُ صُنْعِهِ هَدَايَاءُ جُودِهِ بَشَائِرُ لُطْفِهِ

تَبَسُّمُ الْاَزْهَارِ مِنْ زِينَةِ الْاَثْمَارِ تَسَجُّعُ الْاَطْيَارِ فِى نَسْمَةِ الْاَسْحَارِ تَهَزُّجُ الْاَمْطَار عَلَى خُدُودِ الْاَزْهَارِ تَرَحُّمُ الْوَالِدَاتِ عَلَى الْاَطْفَاِل الصِّغَارِ تَعَرُّفُ وَدُودٍ تَوَدُّدُ رَحْمٰنٍ تَرَحُّمُ حَنَّانٍ تَحَنُّنُ مَنَّانٍ لِلْجِنِّ وَ الْاِنْسَانِ وَ الرُّوحِ وَ الْحَيْوَانِ وَ الْمَلَكِ وَ الْجَانِّ


432. Page

Justeru, makna pendek bagi tafakur berbahasa Arab ini ialah:

 

Sebagaimana semua buah dan tiap-tiap benih kecil di dalamnya adalah mukjizat hikmah Rabbani. Keluarbiasaan kesenian Ilahi. Hadiah rahmat Ilahi. Burhan maddi keesaan Ilahi. Pemberi khabar gembira bagi kesantunan-kesantunan Ilahi di alam akhirat. Saksi yang benar kepada keluasan qudrat dan kesyumulan ilmu-Nya, ini semua juga ialah cermin-cermin keesaan-Nya di setiap ceruk alam kathrah dan di sekitar sejenis alam yang telah menjadi banyak seperti pohon itu.

Mereka mengalihkan pandangan-pandangan daripada kathrah kepada wahdah. Melalui lisanul hal, setiap satunya berkata: ‘Janganlah hilang tumpuan dan lemas di dalam pohon besar yang merimbun itu kerana seluruh pohon itu adalah pada Kami. Sifatnya yang banyak adalah termasuk dalam keesaan Kami. Hatta sebagaimana setiap benih yang ibarat jantung setiap buah juga menjadi cermin berbentuk maddi bagi keesaan, menyebutkan dan membaca semua nama yang dizikirkan dan disebutkan oleh pohon besar itu dalam bentuk zikir yang jahri (terang-terangan) melalui zikir hati yang terselindung.

Sebagaimana buah-buah dan benih-benih itu menjadi cermin-cermin keesaan, mereka juga merupakan isyarat-isyarat taqdir yang disaksikan dan simbol-simbol qudrat yang berjisim. Ini kerana melalui itu semua, taqdir mengisyaratkan, manakala melalui kalimah-kalimah itu qudrat secara simbolik berkata:

“Dahan dan ranting pokok yang banyak telah datang daripada sebiji benih itu dan memperlihatkan keesaan pencipta pohon itu pada pewujudan dan pemberian rupa. Kemudian, selepas pohon itu merimbun, menjadi banyak dan tersebar, ia menghimpunkan semua hakikatnya dalam sebiji buah dan menyematkan semua maknanya dalam sebiji benih. Melaluinya ia memperlihatkan hikmah pada penciptaan dan tadbir al-Khaliq Dzul jalal. Begitulah juga pohon alam semesta ini mendapat kewujudan dan didikan daripada sumber keesaan yang sama. Sebagaimana insan yang merupakan buah alam semesta itu memperlihatkan keesaan dalam banyak maujudat, hatinya juga melihat rahsia keesaan di dalam kathrah (benda yang banyak) melalui mata keimanan. Buah-buah dan benih-benih itu ialah isyarat halus hikmah Rabbani.”

 Hikmah mengifadahkan dan berkata kepada mereka yang berakal melalui mereka seperti berikut: 


433. Page

“Pandangan dan tadbir kulli yang menghadap kepada pohon itu memandang kepada sebiji buah melalui sifat kulli dan umumnya. Ini kerana buah itu ialah misal kecil kepada pohon itu. Malah itulah maksud daripada pohon itu. Pandangan kulli dan tadbir ‘umumi itu juga turut memandang kepada setiap benih di dalam sebiji buah. Ini kerana, benih membawa semua makna dan faharasat pokok. Maknanya, Dzat yang mentadbir pokok menghadap kepada setiap buah yang merupakan maksud daripada kewujudan pokok dan tujuan pewujudannya melalui semua nama-Nya yang berkait dengan tadbir itu. Malahan pohon besar itu kadang-kadang dicantas dan dipotong untuk buah-buah yang kecil itu dan sesetengah bahagiannya dimusnahkan untuk pembaharuan. Untuk menghasilkan buah-buah yang lebih baik dan kekal ia dicantumkan.

 

Demikianlah juga manusia yang merupakan buah pohon alam semesta ini, dialah tujuan daripada kewujudan dan pewujudannya. Dialah juga tujuan pewujudan maujudat. Hati manusia yang merupakan benih buah itu juga adalah cermin yang paling bercahaya dan paling sempurna bagi as-Sani’ alam semesta. Justeru, daripada hikmah inilah manusia yang kerdil ini menjadi punca kepada perubahan-perubahan agung seperti Yaum an-Nusyur dan Hari Kebangkitan. Menjadi sebab kepada pemusnahan dan penggantian alam semesta. Untuk mengadilinya, pintu dunia ditutup dan pintu akhirat dibuka. Memandangkan perbahasan Hari Kebangkitan telah sampai, maka adalah amat sesuai untuk menerangkan satu nuktah hakikat yang memperlihatkan jazalah (kelancaran) penerangan dan kekuatan ifadah berkenaan pengisbatan Hari Kebangkitan oleh al-Quran Mu’jiz al-Bayan. Ia seperti berikut: 


434. Page

Natijah tafakur ini memperlihatkan bahawa sekiranya perlu seluruh alam semesta wajar dimusnahkan supaya manusia diadili dan supaya dia memperoleh kebahagian abadi. Malah kelihatan dan wujud satu qudrat yang boleh memusnah dan menggantikannya. Tetapi terdapat peringkat-peringkat Hari Kebangkitan. Beriman kepada sebahagiannya adalah fardhu. Perlu mengetahuinya. Bahagian yang satu lagi dapat dilihat berdasarkan tahap peningkatan roh dan fikir. Ilmu dan makrifatnya menjadi perlu. Untuk mengisbatkan martabat yang paling mudah dan senang secara qat’ dan kuat, al-Quran al-Hakim memperlihatkan satu qudrat yang boleh membuka daerah Hari Kebangkitan yang paling luas dan paling besar. Justeru, martabat Hari Kebangkitan yang perlu diimani oleh semua ialah, selepas manusia mati, roh-roh mereka akan pergi ke maqam-maqam yang lain. Jasad mereka akan mereput. Tetapi satu juzuk kecil yang dipanggil ‘ajbuz zanab yang akan menjadi ibarat benih dan tunas daripada tubuh manusia akan terus kekal. Kemudian pada hari Qiamat, Allah Taala akan menjadikan semula tubuh manusia di atasnya dan menghantar rohnya kepadanya. Justeru, martabat ini adalah amat senang sehingga jutaan contohnya dilihat pada setiap kali musim bunga. Justeru, kadang-kadang untuk mengisbatkan martabat tersebut ayat-ayat al-Quran memperlihatkan satu daerah seperti itu supaya ia dapat memperlihatkan urusan satu qudrat yang boleh menghasilkan Hari Kebangkitan dan yaum an-nusyur semua zarah.

Kadang-kadang juga al-Quran memperlihatkan kesan-kesan qudrat dan hikmah yang menghantar semua makhluk kepada kefanaan lalu boleh mendatangkan mereka semula.

Kadang-kadang al-Quran memperlihatkan urusan dan kesan-kesan qudrat dan hikmah yang boleh menyuraikan bintang lalu menghancurleburkan langit.

Kadang-kadang al-Quran memperlihatkan urusan-urusan dan tajalli qudrat dan hikmah yang boleh mematikan semua benda hidup dan akan membangkitkannya semula secara sekali gus melalui satu laungan.

Kadang-kadang al-Quran memperlihatkan tajalli qudrat dan hikmah yang boleh menghasilkan Hari Kebangkitan dan yaum an-nusyur semua benda hidup di muka bumi secara berasingan.

 Kadang-kadang, al-Quran memperlihatkan kesan-kesan qudrat dan hikmah yang akan menghancurkan bebola bumi secara keseluruhan, menerbangkan gunung-ganang, mengemaskannya semula lalu akan mengubahnya kepada satu bentuk yang lebih cantik.

Maknanya, selain daripada Hari Kebangkitan yang mengimani dan makrifahnya difardhukan kepada semua, Dia boleh menjadikan juga martabat-martabat Hari Kebangkitan yang banyak melalui qudrat dan hikmah itu. Sekiranya hikmah Rabbani telah mengehendaki, sudah tentu berserta dengan Hari Kebangkitan dan yaum an-nusyur manusia Dia akan melakukan semua itu juga ataupun melakukan sebahagiannya yang penting.


435. Page

Satu Soalan: Kalian berkata: “Engkau banyak menggunakan kiasan perumpamaan di dalam Kalimah-kalimahmu. Sedangkan menurut ilmu Mantiq, kiasan perumpamaan tidak mengifadahkan sesuatu yang yakin. Dalam masalah-masalah berbentuk keyakinan, burhan yang berbentuk mantiq adalah diperlukan. Menurut ulama Usul Fiqh, Kiasan perumpamaan digunakan dalam matalib (tuntutan) yang padanya sangkaan yang ghalib adalah mencukupi. Engkau juga kadang-kadang menyatakan perumpamaan-perumpamaan dalam bentuk cerita. Cerita biasanya adalah khayalan. Ia tidak boleh menjadi hakiki dan kadang-kadang bertentangan dengan kenyataan.”

Jawapan: Menurut ilmu Mantiq, telah dikatakan bahawa secara zahirnya kiasan perumpamaan tidak mengifadahkan keyakinan yang putus. Tetapi, terdapat sejenis kiasan perumpamaan yang lebih kuat daripada burhan-burhan mantiq yang berbentuk yakin. Ia adalah lebih yakin berbanding dengan dharb (satu istilah dalam ilmu mantiq) pertama bagi bentuk pertama ilmu mantiq. Bahagian itu pula ialah: Memperlihatkan hujung hakikat menyeluruh melalui perantaraan satu perumpamaan juz’i lalu hukumnya membina hakikat itu. Undang-undang hakikat itu memperlihatkan dalam satu tajuk yang khusus. Ini supaya hakikat teragung tersebut diketahui dan bahan-bahan yang juz’i dikembalikan kepadanya. Sebagai contoh, melalui perantaraan kenuranian, ketika matahari adalah satu dzat, ia terdapat pada semua benda yang berkilau. Melalui perumpamaan ini diperlihatkan satu undang-undang hakikat bahawa tidak boleh ada keterikatan untuk nur dan nurani.

 

Jauh dan dekat menjadi satu. Sedikit dan banyak menjadi sama. Tempat tidak boleh menetapkannya. Contohnya lagi: Pembentukan dan taswir melalui satu undang-undang perintah buah-buah dan daun-daun pokok pada satu pusat, dalam satu masa, dalam satu cara dengan penuh senang dan secara sempurna adalah satu perumpamaan yang memperlihatkan hujung satu hakikat yang agung dan undang-undang yang kulli. Hakikat itu dan undang-undang hakikat itu mengisbatkan dalam bentuk yang sangat qat’i kerana alam semesta yang luas juga adalah seperti pohon itu. Ia adalah tempat zahir dan medan kelangsungan undang-undang hakikat dan rahsia ahadiyyah itu. Justeru, kiasan-kiasan perumpamaan dalam semua Kalimah adalah dari jenis ini kerana ia adalah lebih kuat dan lebih meyakinkan berbanding dengan burhan qat’i yang berbentuk mantiq.

 


436. Page

Jawapan kepada Soalan Kedua: Adalah dimaklumi bahawa dalam ilmu balaghah, sekiranya makna hakiki satu lafaz dan kalam hanya menjadi alat renungan kepada satu maksud yang lain, maka ia dinamakan lafaz kinayah. Makna asli satu kalam yang dinamakan kinayah bukanlah punca kebenaran dan penipuan. Bahkan, makna kinayah-nyalah punca kebenaran dan penipuan. Sekiranya makna kinayah itu adalah betul, maka kalam itu adalah benar. Walaupun makna asli adalah dusta sekalipun ia tidak merosakkan kebenarannya. Sekiranya makna kinayah tidak betul sekalipun, dan sekiranya makna aslinya adalah benar, maka kalam itu adalah dusta. Sebagai contoh, daripada contoh-contoh kinayah: Dikatakan فِلاَنٌ طَو۪يلُ النَّجَادِ. Yakni sarung pedangnya adalah panjang. Kalam ini adalah kinayah kepada ketinggian tubuh seseorang itu. Sekiranya orang itu tinggi, walaupun pedang, sarung dan talinya tiada, namun kalam ini tetap benar dan betul. Sekiranya saiz orang itu tidak tinggi, walaupun secara zahirnya dia mempunyai pedang, sarung dan talinya yang panjang sekalipun, kalam itu tetap dusta. Ini kerana makna aslinya bukanlah maksud sebenarnya. Justeru, seperti cerita-cerita Kalimah Kesepuluh dan Kedua Puluh, cerita-cerita semua Kalimah yang lain adalah daripada bahagian kinayah yang hakikat-hakikat di penghujung cerita-cerita yang sangat betul dan terlalu benar dan sesuai dengan kenyataan adalah makna kinayah bagi cerita-cerita itu. Makna-makna asli mereka ialah satu teropong perumpamaan. Walau apa pun yang terjadi, ia tidak mungkin memudaratkan kebenaran dan kehakikatannya. Malahan cerita-cerita itu masing-masing merupakan perumpamaan. Cuma untuk memahamkan semua orang, lisanul hal telah diperlihatkan dalam bentuk lisanul qal dan peribadi maknawi ditunjukkan dalam bentuk peribadi fizikal.

 

Maqsad Ketiga: Selepas mendapat jawapan yang qat’i, memuaskan dan membuatkannya terdiam terhadap soalan keduanya[1] wakil semua ahli kesesatan menyoal soalan ketiga. Dia berkata: “Dalam al-Quran, kalimah-kalimah sepertiاَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ , اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ  memberitahu bahawa terdapat al-Khaliq dan ar-Rahim yang lain-lain. Malah kalian juga berkata bahawa Khaliq al-‘Alam memiliki kesempurnaan yang tidak berpenghujung. Padanya terhimpun martabat-martabat tertinggi bagi semua jenis kesempurnaan. Sedangkan kesempurnaan benda-benda diketahui melalui lawannya. Sekiranya tiada kesakitan maka tidak akan ada kelazatan yang sempurna. Sekiranya tiada kegelapan, maka cahaya tidak akan muncul. Sekiranya tiada perpisahan maka pertemuan tidak akan memberikan kelazatan dan begitulah seterusnya.

[1] Maknanya ialah soalan pada permulaan Maqsad Kedua. Bukannya soalan kecil ini yang berada di penghujung penutup.




437. Page

Jawapan: Kepada bahagian pertama kami boleh menjawab melalui lima isyarat.

 

Isyarat Pertama: Oleh sebab al-Quran dari awal sampai akhir telah mengisbatkan dan memperlihatkan tauhid maka ia adalah dalil yang qat’i bahawa kalimah-kalimah al-Quran al-Hakim yang jenis itu bukanlah seperti yang kalian fahami. Bahkan ungkapan اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ, bermakna Dia adalah pada martabat terbaik bagi martabat-martabat penciptaan. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa terdapat al-Khaliq yang lain. Bahkan penciptaan mempunyai banyak peringkat seperti sifat-sifat yang lain.

اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ  bermakna: Dia adalah “al-Khaliq Dzul jalal yang berada di martabat-martabat khaliqiyyah (sifat sebagai pencipta) yang paling indah dan paling tinggi.

 

Isyarat Kedua: Ungkapan-ungkapan seperti اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ, tidak memandang kepada al-Khaliq yang berbilang-bilang. Bahkan memandang kepada jenis-jenis makhluk. Yakni Dia adalah al-Khaliq yang menjadikan setiap benda dalam bentuk yang paling sesuai dengan setiap benda dan dalam peringkat yang paling baik sebagaimana ayat-ayat seperti اَحْسَنَ كُلَّ شَيْئٍ خَلَقَهُ  mengifadahkan makna tersebut.

 

Isyarat Ketiga: Pada hakikatnya, pembandingan pada ungkapan-ungkapan seperti:

اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ, اَللّٰهُ اَكْبَرُ , , خَيْرُ الْفَاصِلِينَ خَيْرُ الْمُحْسِنِين bukanlah pembandingan dan penimbangtaraan di antara sifat dan perbuatan Allah Taala dengan makhluk yang memiliki contoh-contoh sifat dan perbuatan itu. Ini kerana kesempurnaan-kesempurnaan pada jin, insan dan malaikat di seluruh alam adalah bayangan yang lemah berbanding dengan kesempurnaan-Nya. Maka bagaimanakah ia boleh menjadi setara? Bahkan ukurannya adalah berdasarkan pandangan manusia, terutamanya pandangan mereka yang lalai. Sebagai contoh, seorang askar memperlihatkan kesempurnaan kepatuhan dan penghormatan terhadap koperalnya, dia nampak semua kebaikan daripadanya dan dia jarang memikirkan raja. Kalau dia memikirkan baginda pun dia tetap memberikan terimakasihnya kepada koperal.

  


438. Page

Justeru, kepada seorang askar yang begini boleh dikatakan: “Wahai sahabat, Raja adalah lebih besar daripada koperalmu. Berterimakasihlah kepadanya sahaja.” Sekarang, kata-kata ini bukanlah ukuran kekuasaan yang juz’i dan palsu bagi seorang koperal dengan kekuasaan yang hebat dan hakiki bagi seorang raja pada realitinya. Ini kerana perbandingan dan penimbangtaraan itu tidak bermakna. Bahkan ia adalah berdasarkan kepada pandangan keutamaan dan kaitan oleh askar tersebut. Ini kerana, dia mengutamakan koperalnya, mengucapkan terima kasih kepadanya dan hanya menyayanginya. Justeru seperti ini, sebab-sebab zahir yang disangka sebagai pencipta dan pemberi nikmat menjadi tirai kepada al-Mun’im al-Haqiqi pada pandangan mereka yang lalai. Mereka yang lalai berpegang kepada sebab-sebab itu lalu hanya tahu bahawa nikmat dan kurniaan hanyalah daripadanya. Maka mereka memberikan pujian dan penghargaan mereka kepada sebab-sebab itu. Al-Quran menyatakan bahawa “Allah Taala adalah al-Khaliq yang lebih besar dan lebih indah dan al-Muhsin yang lebih baik. Kalian pandanglah kepada-Nya dan berterimakasihlah kepada-Nya.

 

Isyarat Keempat: Sebagaimana penimbangan dan pembandingan berlaku dalam maujud yang nyata, kedua-duanya juga boleh berlaku dalam benda-benda yang mungkin hatta berbentuk andaian. Memandangkan terdapat martabat-martabat yang bermacam-macam dalam kebanyakan perihal. Begitulah juga dalam perihal nama-nama Ilahi dan sifat Qudsi. Boleh ditemui martabat-martabat yang tidak terkira menurut (tahap) akal. Sedangkan, Allah Taala berada di martabat yang paling sempurna dan terbaik bagi martabat-martabat yang mungkin dan dapat digambarkan bagi sifat dan nama-nama itu. Seluruh alam semesta adalah saksi kepada hakikat ini melalui kesempurnaan-kesempurnaannya. لَهُ الْاَسْمَاءُ الْحُسْنَى  yakni penyifatan semua nama-Nya dengan tahap yang terbaik mengifadahkan makna tadi.

 

Isyarat Kelima: Ukuran dan pelebihan ini bukanlah perbandingan antara Allah Taala dengan yang selain-Nya. Bahkan terdapat dua jenis tajalli dan sifat-Nya.

Pertama: Tasarruf-Nya melalui rahsia wahidiyyah, di bawah tirai para perantara dan sebab-sebab dan di bawah urusan satu undang-undang yang umum.

Kedua: Tasarruf -Nya melalui tawajjuh khusus yang tiada tabir dan secara langsung menerusi rahsia ahadiyyah.

Justeru, ini bermakna ihsan, pewujudan dan kebesaran-Nya yang terjadi secara langsung melalui rahsia keahadan adalah lebih besar, lebih baik dan lebih tinggi daripada kesan-kesan keihsanan, pewujudan dan kebesaran-Nya yang kelihatan melalui rupa luaran para perantara dan sebab-sebab.

 


439. Page

Sebagai contoh: Kita mengandaikan seorang raja tetapi raja yang juga merupakan seorang wali, yang semua petugas dan panglima-Nya adalah tirai semata-mata. Kita mengandaikan semua hukum dan urusan berada di tangannya. Maka raja itu memiliki dua jenis tindakan dan urusan.

 

Pertama: Perintah-perintah yang diberikan serta urusan-urusan yang diperlihatkannya dalam bentuk para petugas dan panglima yang zahir dan berdasarkan kepada kelayakan pangkat melalui satu undang-undang yang umum.

 

Keduanya: (Perintah dan urusan yang) bukan melalui undang-undang yang umum dan tanpa menjadikan para petugas yang zahir juga sebagai tirai. Boleh dikatakan kurniaan hebat dan urusan-Nya yang secara langsung adalah lebih baik dan lebih tinggi.

 

Demikianlah juga al-Khaliq alam semesta yang merupakan Sultan keazalian dan keabadian. Sebenarnya Dia telah menjadikan perantara dan sebab sebagai tirai kepada urusan-urusannya dan telah memperlihatkan kehebatan rububiyyah-Nya. Tetapi Dia telah meninggalkan satu telefon yang khusus di dalam hati hambanya dengan cara mentaklifkannya dengan 'ubudiyyah yang khas supaya manusia meninggalkan sebab-sebab di belakang mereka lalu bertawajjuh kepada-Nya secara langsung. Dengan menyuruh mereka berkata: اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِيَّاكَ نَسْتَعِينُ, Dia mengalihkan wajah hambanya daripada alam semesta kepada diri-Nya. Justeru, makna اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ ,اَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ  dan اَللّٰهُ اَكْبَرُ  turut memandang kepada makna itu.

 

Seterusnya ialah jawapan kepada bahagian kedua soalan daripada wakil kesyirikan melalui Lima Tanda.

 

Tanda Pertama: Dalam soalan (sebelum ini) si wakil itu ada berkata: “Sekiranya sesuatu itu tiada lawannya, maka bagaimanakah benda itu boleh mendapat kesempurnaan?”

Jawapan: Pemilik soalan ini tidak mengetahui kesempurnaan hakiki. Dia hanya menyangkakan satu kesempurnaan yang nisbi. Sedangkan keistimewaan-keistimewaan, kelebihan-kelebihan dan ketinggian-ketinggian yang memandang kepada yang lain dan terhasil melalui penisbahan kepada yang lain bukanlah hakiki bahkan adalah nisbi dan daif. Sekiranya yang lain jatuh daripada pandangan maka mereka juga akan jatuh. 


440. Page

Sebagai contoh: Kelazatan dan kelebihan nisbi bagi kepanasan adalah melalui kesan yang menyakitkan bagi kesejukan. Kelazatan nisbi bagi makanan adalah melalui kesan sakit kelaparan. Sekiranya itu semua lenyap, maka ini semua juga akan berkurang. Ini kerana kelazatan, rasa cinta, kesempurnaan dan kelebihan hakiki ialah kesempurnaan dan kelebihan yang tidak dibina dengan gambaran yang lain, terdapat pada dirinya sendiri dan sememangnya merupakan hakikat yang tetap. Semua keistimewaan sendiri seperti kelazatan kewajiban, kelazatan hidup, kelazatan rasa cinta, kelazatan makrifah, kelazatan keimanan, kelazatan kebaqaan, kelazatan rahmat, kelazatan rasa kasih, keindahan cahaya, keindahan mata hati, kebaikan kata-kata, kebaikan sifat pemurah, kebaikan perangai, kecantikan rupa, kesempurnaan dzat, kesempurnaan sifat dan kesempurnaan perbuatan tidak akan berganti sama ada terdapat kewujudan yang lain atau tidak.

 

Justeru, semua kesempurnaan as-Sani’ Dzul jalal, al-Fatir Dzul jamal dan al-Khaliq Dzul kamal adalah hakiki dan asli. Yang lain dan apa yang selain-Nya tidak boleh memberi kesan kepada-Nya. Mereka hanya boleh menjadi penerima yang dimuliakan dengannya.

 

Tanda Kedua: Dalam kitab Syarh al-Mawaqif, As-Sayyid Syarif al-Jurjani telah berkata: “Sebab rasa cinta adalah sama ada kelazatan ataupun manfaat atau musyakalah (yakni kecenderungan kepada sesuatu yang mempunyai persamaan) ataupun kesempurnaan. Ini kerana kesempurnaan disukai kerana dzat-nya.” Yakni, jika engkau menyayangi suatu perkara, engkau menyayanginya sama ada untuk kelazatan, ataupun untuk manfaat ataupun untuk hubungan peribadi seperti kecenderungan kepada anak-anak dan ataupun kerana ia adalah sempurna. Sekiranya kesempurnaan, maka sebab dan tujuan yang lain tidak diperlukan. Ia disukai kerana  dirinya sendiri.

Sebagai contoh, pada masa dahulu semua orang menyukai insan-insan yang memiliki kesempurnaan. Walaupun tiada sebarang hubungan dengan mereka, insan-insan sempurna itu dicintai dengan penuh penghargaan. Justeru, oleh sebab semua kesempurnaan Allah Taala, semua keistimewaan Asmaul Husna-Nya dan semua kelebihan-Nya adalah kesempurnaan-kesempurnaan yang hakiki maka itu semua memang disukai kerana dirinya sendiri. Semuanya adalah مَحْبُوبَةٌ لِذَاتِهَا. Dzat Dzul jalal  yang merupakan al-Mahbu Bilhaq dan al-Habib al-Haqiqi, menyukai dan mencintai kesempurnaan-kesempurnaan-Nya yang hakiki dan kecantikan-kecantikan asma-Nya dalam bentuk yang sesuai dengan diri-Nya. 

441. Page

Dia juga menyukai dan mencintai hasil seni dan hasil-hasil seni-Nya serta kecantikan makhluk-makhluk-Nya yang merupakan para penzahir dan cermin-cermin kesempurnaan itu. Dia menyayangi para nabi dan wali-Nya terutama al-Habib al- akram-Nya yang merupakan penghulu para rasul dan sultan para wali. Yakni, dengan menyayangi keindahan-Nya sendiri Dia menyayangi kekasih-Nya yang merupakan cermin keindahan-Nya itu. Dengan menyayangi nama-nama-Nya sendiri, Dia menyayangi kekasih-Nya dan para ikhwannya yang merupakan penzahir yang lengkap dan mempunyai kesedaran. Dengan menyayangi kesenian-Nya, Dia menyayangi kekasih-Nya dan mereka yang serupa dengannya yang merupakan juruhebah dan jurupamer kesenian itu. Dengan menyayangi hasil-hasil seni-Nya, Dia menyayangi kekasih-Nya dan mereka yang berada di belakangnya itu yang memuji dan menghargainya dengan melafazkan “masya-Allah, Barakallah, alangkah indahnya mereka dijadikan”. Dengan menyayangi kecantikan makhluk-makhluk-Nya, Dia menyayangi dan mencintai al-Habib al-akram-Nya dan para pengikut dan ikhwannya yang lengkap dengan semua kecantikan akhlak-akhlak itu.

 

Tanda Ketiga: Segala kesempurnaan di seluruh alam semesta ialah ayat-ayat kesempurnaan Dzat Dzul jalal dan isyarat-isyarat keindahan-Nya. Bahkan jika kecantikan, kesempurnaan dan keindahan di seluruh alam dinisbahkan kepada kesempurnaan hakiki-Nya maka kecantikan, kesempurnaan dan keindahan itu adalah satu bayangannya yang lemah. Kami akan mengisyaratkan secara ringkas kepada lima hujah bagi hakikat ini.

  

Hujah Pertama: Sebagaimana sebuah istana yang sempurna, hebat, terukir dan terhias dengan jelas menandakan kepakaran dan kemahiran juru bina yang sempurna dan sebagaimana kemahiran jurubina dan kepakaran mengukir itu yang merupakan perbuatan yang sempurna secara daruri menandakan seorang pelaku, tukang dan jurubina serta mengisyaratkan kepada gelaran dan nama seperti pengukir dan pelukis. Nama-nama yang sempurna itu juga tanpa keraguan menandakan kesempurnaan bagi kesenimanan jurubina itu. 


442. Page

Sebagaimana kesempurnaan seni dan sifat itu dengan jelas menandakan kesempurnaan persediaan dan kemampuan jurubina itu dan sebagaimana kesempurnaan persediaan dan kemampuan itu secara daruri menandakan kesempurnaan Dzat dan ketinggian perihal jurubina itu, sama seperti itu juga, istana alam dan karya yang sempurna dan berhias ini secara jelas menandakan perbuatan-perbuatan yang sangat sempurna. Ini kerana kesempurnaan-kesempurnaan pada karya itu lahir daripada kesempurnaan-kesempurnaan perbuatan itu dan memperlihatkannya. Kesempurnaan perbuatan pula mahu tidak mahu, menandakan satu pelaku yang sempurna. Kesempurnaan nama-nama pelaku itu yakni kesempurnaan nama-nama seperti al-Mudabbir, al-Musawwir, al-Hakim, ar-Rahim dan al-Muzayyin yang dinisbahkan kepada karya-karya itu. Kesempurnaan nama-nama dan gelaran-gelaran pula tanpa keraguan dan kesangsian menandakan kesempurnaan sifat-sifat pelaku itu. Ini kerana, sekiranya sifat tidak sempurna, maka nama-nama dan gelaran-gelaran yang lahir daripada sifat tidak akan menjadi sempurna. Kesempurnaan sifat-sifat itu, secara jelas menandakan kesempurnaan urusan-urusan asli-Nya. Ini kerana, asas-asas sifat ialah urusan-urusan yang asli itu. Kesempurnaan urusan yang asli pula secara ‘ilmal yaqin menandakan kesempurnaan Dzat yang mempunyai urusan dan satu kesempurnaan yang sesuai sebegitu sehingga cahaya kesempurnaan itu, walaupun ia telah melepasi tirai-tirai urusan, sifat, nama, perbuatan dan kesan-kesan, ia tetap memperlihatkan kecantikan, keindahan dan kesempurnaan yang sebanyak ini di alam semesta. Justeru, selepas kewujudan kesempurnaan asli yang hakiki sebanyak ini telah sabit melalui burhan qat’i, maka engkau boleh memahami apakah nilai kesempurnaan-kesempurnaan nisbi yang tinggal dari sudut memandang kepada yang lain dan melebihi yang seumpama dan berlawanan dan betapa ia menjadi sangat malap.

 

  Hujah Kedua: Apabila alam semesta ini dipandang dengan pandangan untuk mencari iktibar, melalui satu keyakinan yang benar, sanubari dan hati merasai bahawa terdapat suatu keindahan dan kesempurnaan yang sangat hebat bagi Dzat yang mencantikkan, menghiasai dan mengelokkan alam semesta ini dengan jenis-jenis kecantikan maka Dia melakukan begitu dan begini.

 

  Hujah Ketiga: Adalah dimaklumi bahawa seni-seni yang seimbang, tersusun, sempurna dan indah adalah bersandar kepada satu program yang sangat baik. Program yang sempurna dan baik pula menandakan ilmu yang sempurna, akal yang baik dan kemampuan roh yang elok. Maknanya, ia adalah kecantikan maknawi bagi roh kerana ia muncul pada seninya melalui perantaraan ilmu. Justeru, alam semesta ini, melalui kecantikan maddinya yang tidak terkira, ia adalah lelehan kecantikan-kecantikan yang maknawi dan berbentuk ilmu. Kecantikan dan kesempurnaan yang ilmi dan maknawi itu tentunya merupakan jilwah-jilwah kecantikan, keindahan dan kesempurnaan sarmadi yang tidak terkira.


443. Page

Hujah Keempat: Adalah dimaklumi bahawa yang memberi cahaya semestinya bercahaya. Yang menerangi sepatutnya terang. Kurniaan datang daripada kekayaan dan kelatifan datang daripada yang latif. Memandangkan begitu, pemberian kecantikan dan keindahan sebanyak ini kepada alam semesta, pemberian kesempurnaan yang berlainan kepada maujudat memperlihatkan suatu keindahan yang sarmadi sebagaimana cahaya menunjukkan matahari. Memandangkan maujudat adalah seperti sebatang sungai yang besar di atas muka bumi, maka maujudat menerangi dan berlalu menerusi kilauan-kilauan kesempurnaan. Sebagaimana sungai itu bersinar melalui jilwah-jilwah matahari, maujudat yang mengalir ini juga bersinar buat sementara waktu melalui kilauan kecantikan, keindahan dan kesempurnaan lalu pergi. Oleh sebab maujudat yang datang selepasnya memperlihatkan sinaran dan kilauan yang sama maka difahami bahawa sebagaimana jilwah-jilwah dan kecantikan-kecantikan yang mengalir pada buih-buih kecil air bukan daripada diri mereka bahkan merupakan kecantikan dan jilwah cahaya matahari, begitulah juga kecantikan-kecantikan dan kesempurnaan-kesempurnaan yang bersinar sementara dalam aliran alam semesta ini merupakan kilauan-kilauan keindahan nama-nama bagi satu Mentari Sarmadi.

 

نَعَمْ تَفَانِى الْمِرْآتِ زَوَاُ الْمَوْجُودَاتِ مَعَ تَجَلِّى الدَّائِمِ مَعَ الْفَيْضِ الْمُلاَزِمِ مِنْ اَظْهَرِ الظَّوَاهِرِ اَنَّ الْجَمَاَلِ الظَّاهِرَ لَيْسَ مُلْكَ الْمَظَاهِرِ مِنْ اَفْصَحِ تِبْيَانٍ مِنْ اَوْضَحِ بُرْهَانٍ لِلْجَمَالِ الْمُجَرَّدِ لِلْاِحْسَانِ الْمُجَدَّدِ لِلْوَاجِبِ الْوُجُودِ لِلْبَاقِى الْوَدُودِ


 

Hujah Kelima: Adalah dimaklumi bahawa sekiranya orang-orang yang datang daripada tiga atau empat jalan yang berlainan memberitahu tentang peristiwa yang sama, maka ia menandakan bahawa peristiwa itu adalah benar di tahap mutawatir yang mengifadahkan perkara yang yakin. Justeru, semua ahli kasyaf, dzauq, syuhud dan musyahadah yang daripada peringkat berlainan bagi semua muhaqqiq, daripada turuq yang berlainan bagi para wali, maslak yang berlainan bagi para asfiya’ dan daripada mazhab yang berlainan bagi para hukama’ hakiki yang sangat berlainan dari segi masyrab, maslak, persediaan dan kurun telah bersepakat melalui kasyaf, dzauq dan syuhud bahawa kecantikan dan kesempurnaan yang kelihatan pada segala makhluk di alam semesta dan pada cermin-cermin maujudat merupakan tajalli kesempurnaan dan jilwah keindahan nama-nama Dzat Wajib al-Wujud yang Maha Esa. Justeru, ijma’ semua ini merupakan satu hujah pasti yang tidak akan goyah. Aku mengira bahawa pada tanda ini wakil golongan sesat terpaksa menutup telinganya lalu melarikan diri untuk tidak mendengarnya. Sememangnya kepala mereka yang gelap, seperti kelawar tidak mampu bertahan untuk melihat nur-nur ini. Oleh itu, selepas ini kita tidak akan mempedulikan sangat akan mereka.


444. Page

Tanda Keempat: Kelazatan, kecantikan dan keindahan sesuatu benda lebih merujuk kepada rupa luaran mereka berbanding dengan merujuk kepada sesuatu yang serupa dan berlawanan dengannya.

Sebagai contoh, kepemurahan ialah satu sifat yang baik dan menarik. Yang Pemurah, mendapat satu kelazatan yang seribu kali lebih menarik daripada kelazatan nisbi yang diperolehnya dari sudut mengatasi para pemurah yang lain melalui penikmatan dan kegirangan mereka yang dianugerahkannya. Pemilik rasa kasih dan belas juga mendapat kelazatan hakiki pada darjat kerehatan makhluk-makhluk yang dibelasinya.

 

Sebagai contoh: Kelazatan yang diambil oleh seorang ibu melalui perantaraan rasa kasih daripada kebahagiaan dan kerehatan anak-anaknya adalah sangat kuat sehingga menyebabkan si ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi kerehatan anak-anaknya. Hatta kelazatan rasa kasih itu menyebabkan ibu ayam menyerang singa untuk memelihara anak-anaknya.

Justeru, memandangkan kelazatan, kecantikan, kebahagiaan dan kesempurnaan yang hakiki pada sifat-sifat yang tinggi tidak memandang kepada bandingan dan lawan, bahkan memandang kepada rupa luaran dan apa yang berhubung kait dengannya, maka sudah tentu keindahan pada rahmat Dzat Dzul Jamal wal Kamal yang al-Hayy al-Qayyum, al-Hannan al-Mannan, ar-Rahim dan ar-Rahman pula, memandang kepada yang dirahmati. Bagi Dzat ar-Rahman ar-Rahim itu terdapat makna-makna yang tinggi, kudus, baik dan suci (yang dinamakan dengan urusan yang layak dengan-Nya ) seperti rasa cinta dan sayang dalam bentuk yang sesuai dengan-Nya menurut darjat kebahagiaan, penikmatan dan ketenangan bagi mereka yang menikmati belas kasihan-Nya terutamanya mereka yang menikmati jenis-jenis rahmat dan rasa kasih yang tidak berpenghujung-Nya di syurga yang baqa’.


Oleh sebab tiada keizinan syara’ yang dinamakan kelazatan yang suci, cinta yang murni, kegirangan yang munazzah dan keseronokan yang kudus, maka terdapat perkara-perkara yang sangat munazzah dan muqaddas yang kami tidak dapat ingati namun kami telah mengisbatkan pada banyak tempat bahawa terdapat rasa cinta, girang dan keseronokan yang jauh lebih tinggi, lebih mulia, lebih suci dan lebih murni daripada apa yang setiap satunya kami telah lihat di alam semesta dan kami telah rasai di kalangan maujudat. Sekiranya engkau mahu merenung tiap-tiap kilauan makna-makna tersebut, maka renungilah melalui teropong perumpamaan-perumpamaan berikut: 


445. Page

Untuk memberikan satu jamuan yang enak kepada mereka yang sangat fakir, lapar dan memerlukan, seseorang yang pemurah, berakhlak mulia dan pengasih telah menyediakan jamuan di atas salah sebuah kapalnya yang sedang belayar. Dia sendiri memerhatikannya dari atas. Maka engkau akan memahami betapa kenikmatan secara penuh rasa terhutang budi oleh mereka yang fakir itu, kelazatan secara penuh kesyukuran oleh mereka yang lapar itu dan kegembiraaan secara penuh pujian oleh mereka yang memerlukan itu adalah amat menyeronokkan dan menggirangkan hati orang yang pemurah itu dan amat menyenangkannya.

Justeru, sekiranya keseronokan manusia yang bukannya pemilik hakiki bagi satu hidangan yang kecil bahkan ibarat seorang pegawai pengagih boleh menjadi seperti ini, maka engkau boleh mengkiaskan makna-makna suci rasa cinta dan natijah-natijah rahmat yang menjadi milik ar-Rahman ar-Rahim yang kami tidak berdaya mengungkapkannya yang menumpangkan jin, insan dan haiwan ke atas bumi besar yang memperjalan dan melayarkan mereka di lautan angkasaraya alam dan merupakan sebuah bahtera Rabbani lalu membentangkan satu hamparan hidangan yang jenis-jenis makanan yang tidak terkira adalah lengkap di atas permukaannya lalu di samping menjemput semua benda hidup kepada jamuan itu dalam bentuk satu sarapan yang kecil, Dia membuka satu hidangan untuk makanan sebenar kepada hamba-hamba-Nya yang tidak terkira yang sangat memerlukan dan sangat merindu dalam masa yang tiada penghujung dalam bentuk kelazatan-kelazatan dan latifah-latifah adalah tidak terkira dengan menjadikan setiap syurga-Nya sebagai satu hamparan nikmat di sebuah negara baqa’ abadi yang sangat sempurna, semua jenis kelazatannya adalah lengkap dan sarmadi.

 

Contohnya lagi: Selepas mencipta satu hasil seni seperti fonograf (peti nyanyi) yang cantik dan bersuara tanpa cakera, seorang tukang yang mahir yang suka memperlihatkan kemahirannya yang penuh kesenian memasang, menguji dan memperlihatkannya. Sekiranya alat itu memperlihatkan natijah-natijah yang telah difikirkan dan diingini oleh tukang itu dalam bentuk yang paling sempurna, maka dia akan berasa sangat bangga, sangat gembira dan sangat senang hati. Dia akan melafazkan barakallah kepada dirinya sendiri. 


446. Page

Justeru, sekiranya seorang insan yang kerdil merasa senang hati sebegini disebabkan satu hasil seni kecilnya yang tidak mewujudkan dan tiruan semata-mata dan dengan berfungsinya sebuah fonograf dengan baik, agaknya, bagaimanakah pula as-Sani’ Dzul Jalal yang telah menjadikan alam semesta yang luas ibarat satu alat muzik dan sebuah fonograf, Dia telah menjadikan muka bumi dan semua benda hidup di atas muka bumi dan terutamanya kepala manusia di kalangan benda hidup sebagai fonograf Rabbani dan muzik Ilahi yang sangat hebat sehingga kebijaksanaan manusia menggigit jarinya disebabkan ketakjuban di hadapan hasil seni itu.

Justeru, oleh sebab semua hasil-hasil seni itu telah memperlihatkan natijah-natijah yang diminta daripada mereka di tahap tertinggi dan dalam bentuk yang sangat indah, ketaatan mereka terhadap perintah-perintah takwiniyyah yang dinamakan dengan ibadat khusus, tasbihat khusus dan tahiyyat tertentu, makna-makna muqaddas dan urusan-urusan munazzah yang terhasil daripada penghasilan tujuan-tujuan Rabbani yang diminta daripada mereka dan tidak dapat kami ungkapkan dengan kebanggaan, kegembiraan dan kegirangan adalah sangat tinggi dan suci sehingga sekiranya semua akal manusia bersepakat lalu menjadi satu akal, sekali lagi ia tidak dapat mencapai keaslian mereka dan tidak dapat meliputinya.

Contohnya lagi, seperti seorang penguasa yang menjaga keadilan, suka melaksanakan kebenaran dan mendapat kenikmatan daripadanya. Dia gembira dan merasai kelazatan dengan memberikan hak-hak mereka yang dizalimi, dengan menerima ucapan terima kasih mereka dan dengan menghukum mereka yang zalim dan dengan menebus kembali dendam mereka yang teraniaya. Maka engkau boleh mengkiaskan makna-makna suci yang datang daripada pemberian hak pada bukan sahaja jin dan manusia bahkan semua maujudat, yakni dengan memberi hak kewujudan dan hak kehidupan kepada setiap benda, memelihara kewujudan dan kehidupannya daripada para pelampau, menghentikan dan menamatkan maujudat yang dahsyat daripada sifat melampau dan daripada tajalli agung keadilan dan rahmat terhadap semua benda hidup selain daripada pengadilan jin dan manusia lebih lebih lagi di mahsyar dan negara akhirat oleh al-Hakim al-Mutlaq, al-‘Adil Bilhaq, al-Qahhar Dzul Jalal.’


447. Page

Justeru seperti tiga contoh tadi, sebagaimana pada tiap-tiap satu daripada seribu satu nama-nama Ilahi terdapat peringkat-peringkat kecantikan keindahan, kelebihan dan kesempurnaan yang sangat banyak, terdapat juga sangat banyak martabat rasa cinta, kebanggaan, kemuliaan dan kebesaran. Maka daripada inilah para muhaqqiqin yang wali yang menjadi penerima nama al-Wadud berkata “intipati seluruh alam semesta ialah rasa cinta. Semua pergerakan maujudat adalah melalui rasa cinta. Undang-undang injizab (ketertarikan) dan jazbah (keasyikan) dan jazibah (daya penarik) pada semua maujudat adalah daripada rasa cinta.

 

Salah seorang daripada mereka telah berkata:


فَلَكْ مَسْت مَلَكْ مَسْت نُجُومْ مَسْت * سَمٰوَاتْ مَسْت شَمْس مَسْت قَمَرْ مَسْت زَمِينْ مَسْت عَنَاصِر *

مَسْت نَبَاتْ مَسْت شَجَرْ مَسْت بَشَرْ مَسْت سَرَاسَرْ ذِى حَيَاتْ مَسْت*

هَمَه ذَرَّاتِ مَوْجُودَاتْ بَرَابَرْ مَسْت دَرْمَسْتَسْت *

Yakni: Menurut persediaannya, semua orang adalah mabuk (secara maknawi) pada tajalli rasa cinta Ilahi dan daripada minuman rasa cinta itu. Adalah dimaklumi bahawa setiap hati menyukai setiap yang berbuat baik kepadanya dan mencintai kesempurnaan yang hakiki dan terpesona dengan keindahan yang tinggi. Ia amat mencintai sesiapa yang berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang mencintai dan mengasihi mereka. Agaknya, sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini, tidakkah difahami bahawa al-Jamil Dzul jalal, al-Mahbub Dzul kamal yang mempunyai ribuan khazanah kebaikan pada setiap nama-Nya, yang menggembirakan semua yang kita sayangi melalui kurniaan-kurniaan-Nya, yang menjadi sumber ribuan kesempurnaan, yang menjadi punca ribuan peringkat keindahan dan dinamakan dengan seribu satu nama-Nya adalah sangat layak kepada rasa cinta dan kasih dan adalah munasabah untuk seluruh alam semesta mabuk dan angau dengan rasa cinta-Nya? Justeru daripada rahsia inilah sebahagian para wali yang menerima nama al-Wadud berkata “kami tidak mahukan syurga. Satu kilauan rasa cinta Ilahi adalah mencukupi untuk kami buat selamanya.” Kerana itulah juga sebagaimana telah datang dalam hadith: Sedetik menatap keindahan Ilahi di syurga, adalah melebihi semua kelazatan syurga. Justeru, kesempurnaan rasa cinta yang tidak berpenghujung ini pula, lahir melalui nama Dzat Dzul Jalal sendiri dan makhluk-makhluk-Nya dalam daerah keesaan dan ahadiyyah. Ini bermakna, semua kesempurnaan yang dibayangkan di luar lingkungan itu bukanlah kesempurnaan.


448. Page

Tanda Kelima: Lima Noktah:

 

Noktah Pertama: Wakil golongan sesat berkata: Dunia telah dilaknati dan dipanggil dengan nama bangkai dalam hadith kalian. Malah semua ahli kewalian dan ahli hakikat menghina dunia. Mereka menyatakannya sebagai fana dan keji. Sedangkan engkau memperlihatkannya sebagai punca dan hujah kepada semua kesempurnaan Ilahi dan engkau membicarakan tentangnya dengan penuh kecintaan.

 

Jawapan: Dunia mempunyai tiga wajah.

 

Wajah Pertama: Memandang kepada nama-nama Allah Taala. Memperlihatkan ukiran-ukiran mereka. Melalui makna harfinya, ia menjadi cermin kepada mereka. Wajah dunia yang ini ialah tulisan Samadaniyyah yang tidak terkira. Wajah dunia yang ini adalah sangat cantik. Bukan kepada kebencian bahkan ia layak kepada kecintaan.

 

Wajah Kedua: Memandang kepada akhirat. Sebagai ladang akhirat. Kebun bagi syurga. Taman bebunga rahmat. Wajah ini juga adalah baik seperti wajahnya yang sebelum ini. Bukan dibenci, bahkan ia layak dicintai.

 

Wajah Ketiga: Wajah dunia yang memandang kepada hawa nafsu manusia, menjadi tirai kelalaian dan merupakan tempat permainan hawa nafsu ahli dunia. Wajah ini adalah hodoh. Ini kerana ia fana, akan hilang, menyakitkan dan menipu. Justeru, penghinaan diriwayatkan di dalam hadith dan yang dibenci oleh ahli hakikat adalah pada wajah ini. perbahasan al-Quran al-Hakim yang penuh pengutamaan dan penuh pujian tentang alam semesta dan maujudat pula memandang kepada dua wajah yang sebelum ini. Dunia yang diingini oleh para sahabat dan semua ahlillah (pencinta Allah) adalah pada dua wajah yang disebut pada permulaan. Sekarang, mereka yang menghina dunia ada empat golongan.

 

Pertama: Ahli Makrifah. Mereka menghinanya kerana ia menjadi halangan untuk mengenal, mencintai dan beribadat kepada Allah Taala.

 

Kedua: Ahli Akhirat. Mereka menghinanya sama ada kerana kerja-kerja dunia yang penting menghalang mereka daripada amalan ukhrawi ataupun melalui satu keimanan di tahap syuhud, berbanding dengan kesempurnaan dan kecantikan syurga, mereka melihat dunia sebagai hodoh. Ya, ia adalah seperti seseorang yang kacak tetap kelihatan hodoh apabila dibandingkan dengan Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam. Maka sebanyak mana dunia memiliki kecantikan, namun jika dibandingkan dengan kecantikan syurga ia ibarat tiada apa-apa.

 


449. Page

Ketiga: Mereka ini menghina dunia kerana dunia tidak lekat di tangannya. Penghinaan ini bukan datang daripada rasa bencikan dunia bahkan muncul daripada rasa cintanya.

 

Keempat: Mereka ini menghina dunia kerana mereka mendapat dunia tetapi dunia tidak kekal (pada tangan mereka) lalu berlalu pergi. Maka mereka pun marah. Mereka menghinanya untuk mendapat ketenangan. Mereka menyatakan bahawa ianya keji. Penghinaan ini pula juga muncul daripada rasa cinta mereka kepada dunia. Sedangkan penghinaan yang diterima ialah rasa benci yang datang daripada rasa cinta kepada akhirat dan rasa cinta makrifatullah. Maknanya, penghinaan yang makbul ialah dua bahagian yang mula-mula. Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan mereka. Amin.

بِحُرْمَةِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ

 

Mauqif Ketiga:

بِسْـــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪

Mauqif ketiga ini ialah dua noktah. Ia juga merupakan dua mabhas.

 

Mabhas Pertama: Menurut rahsia وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪

Daripada setiap benda terdapat banyak wajah yang ibarat jendela-jendela yang menghadap kepada Allah Taala. Hakikat-hakikat semua maujudat, hakikat seluruh alam semesta bersandar kepada nama-nama Ilahi. Hakikat setiap benda bersandar sama ada kepada satu nama atau kepada banyak nama. Kesenian pada benda-benda juga setiap satunya bersandar kepada satu nama. Hatta, sebagaimana ilmu hikmah yang hakiki bersandar kepada nama-Nya al-Hakim, ilmu perubatan yang benar kepada nama-Nya asy-Syafi, ilmu kejuruteraan kepada nama-Nya al-Muqaddir dan begitulah seterusnya. Setiap satu ilmu bersandar kepada satu nama dan berakhir padanya, hakikat semua ilmu, kesempurnaan manusia dan peringkat-peringkat manusia yang kamil bersandar kepada nama-nama Ilahi. Hatta sebahagian muhaqqiqin di kalangan para wali telah berkata: “Hakikat sebenar bagi benda-benda ialah nama-nama Ilahi. Perihal bagi benda-benda pula ialah bayangan hakikat-hakikat itu. Hatta secara zahir sahaja sekalipun boleh dilihat sampai dua puluh jilwah ukiran nama-nama Ilahi pada satu benda yang hidup. Kami akan berusaha mendekatkannya kepada kefahaman melalui satu perumpamaan. Kami akan merungkainya dengan cara menepisnya melalui dua atau tiga penapis yang berasingan. Sepanjang mana pun kami terangkan ia tetap pendek. Tidak patut merasa bosan. Ia seperti berikut: 


450. Page

Jika seorang pelukis dan pengukir arca yang sangat mahir mahu membuat sekuntum bunga yang sangat cantik dan gambar dan arca seorang rupawan yang sangat cantik di kalangan jenis yang latif bagi insan (wanita), mula-mula dia menentukan bentuk umum bagi kedua-dua benda itu dengan beberapa garisan. Dia melakukan penentuan itu adalah melalui satu penyusunan dan anggaran. Dengan bersandar kepada ilmu kejuruteraan dia menentukan sempadan. Ya, penyusunan dan anggaran itu memperlihatkan bahawa ia dilakukan dengan satu hikmah dan ilmu yakni perbuatan-perbuatan penyusunan dan penyempadanan bergerak dengan jangka lukis ilmu dan hikmah. Oleh itu, di sebalik penyusunan dan penyempadanan, makna-makna ilmu dan hikmah sedang menguasai. Maka, jangka lukis ilmu dan hikmah akan memperlihatkan dirinya sendiri. Maka ia telah memperlihatkan dirinya sehingga dia mula melukis benda-benda seperti mata, telinga, hidung, daun dan helaian rambu-rambu yang sangat halus dalam sempadan-sempadan itu. Sekarang kita nampak bahawa anggota-anggota yang ditentukan dengan pergerakan jangka lukis di dalamnya menjadi amat berseni dan amat membantu. Jika begitu, terdapat makna-makna ciptaan berseni dan bantuan di sebalik yang memusingkan jangka lukis ilmu dan hikmah sedang menguasai dan akan memperlihatkan dirinya sendiri. Justeru, kerana itulah ia memperlihatkan kebolehan kepada satu kecantikan dan perhiasan. Oleh itu, yang menggerakkan ciptaan dan bantuan ialah iradah pembaikan dan niat menghias. Oleh itu, merekalah yang menguasai lalu mula menghias dan menerangi. Lantas ia telah memperlihatkan keadaannya yang tersenyum dan telah memberikan bentuk yang bernyawa. Sudah tentu yang menggerakkan makan pembaikan dan penerangan itu ialah makna kesantunan dan kepemurahan. Ya, dua makna itu boleh menguasai tahap itu padanya sehingga seolah-olah bunga itu ialah satu kesantunan yang bertubuh dan arca itu ialah sifat pemurah yang berjasad.

 

Sekarang, yang menggerakkan makna kepemurahan dan kesantunan dan membangkitkannya ialah makna-makna tawaddud dan ta’arruf. Yakni makna-makna memperkenalkan dirinya melalui bakatnya dan mempercintakan dirinya kepada makhluk sedang menguasai di belakang. Perbuatan memperkenalkan dan mempercintakan tentunya muncul daripada kecenderungan rasa belas dan iradah nikmat. Memandangkan rahmat dan iradah nikmat menguasai di belakang, maka dia akan memenuhkan arca itu dengan jenis-jenis nikmat, akan menghiasnya dan akan meletakkan gambar bunga itu juga kepada satu hadiah. Justeru, dia telah memenuhkan tangan, pelukan dan poket arca-arca itu dengan nikmat-nikmat yang bernilai dan telah memasang gambar bunga itu juga satu permata berwarna merah. Maknanya yang menggerakkan rahmat ini dan iradah nikmat ialah tarahhum dan tahannun. Yakni makna mengasihani dan mengasihi menggerakkan rahmat dan nikmat. 

451. Page

Yang menggerakkan makna tarahhum dan tahannun pada Dzat yang al-Mustaghni dan langsung tidak berhajat kepada sesiapa itu dan mendorongnya kepada kemunculan sudah tentu ialah keindahan dan kesempurnaan maknawi pada Dzat itu kerana ia berdua sentiasa mahu menzahirkan diri. Rasa cinta yang merupakan juzuk yang paling menawan bagi keindahan itu dan rahmat yang merupakan bahagiannya yang paling manis pula, sentiasa mahu dilihat melalui cermin kesenian dan mahu melihat diri sendiri melalui mata para perindu. Yakni keindahan dan kesempurnaan oleh sebab dirinya sendiri selalu disukai, maka mereka menyayangi diri mereka sendiri melebihi semua benda. Keduanya bukan sahaja kecantikan, malah kecintaan. Kesatuan kecantikan dan cinta adalah daripada noktah ini. Memandangkan keindahan menyayangi dirinya sendiri, sudah tentu ia mahu melihat dirinya sendiri pada cermin-cermin. Justeru nikmat-nikmat yang menarik dan buah-buah yang baik yang diletakkan kepada arca dan dipakaikan ke atas gambaran, membawa satu demi satu kilauan keindahan maknawi tersebut menurut keupayaan masing-masing. Ia memperlihatkan kilauan-kilauan itu kepada pemilik setiap keindahan dan kepada yang lainnya.

 

Sama seperti itu juga as-Sani’ al-Hakim membataskan dan menyusun syurga dan dunia, langit dan bumi, tumbuhan dan haiwan, jin dan insan, malaikat dan rohaniyyat, semua benda yang kulli dan juz’i dan semua bentuk-bentuknya melalui jilwah nama-nama-Nya. Dia memberikan satu kadar yang tertentu. Bersama dengannya, Dia menyebabkan benda-benda ini membacakan nama-nama al-Muqaddir, al-Munazzim, dan al-Musawwir. Dia menentukan batas-batas bentuk umumnya dalam bentuk yang mampu memperlihatkan nama al-‘Alim dan al-Hakim


452. Page

Kemudian, melalui pembaris ilmu dan hikmah Dia mula melukis benda itu di dalam batasan itu dalam bentuk yang mampu memperlihatkan makna-makna ciptaan berseni dan bantuan dan memperlihatkan nama-nama as-Sani’ dan al-Karim.

 

Kemudian, melalui tangan nurani kesenian dan melalui berus inayah, Dia memberi warna-warna kecantikan dan perhiasan kepada anggota-anggota lukisan itu seperti mata, telinga, daun dan rerambu sekiranya ia adalah seorang manusia dan sekuntum bunga. Sekiranya ia adalah muka bumi, maka Dia memberikan warna-warna kecantikan dan perhiasan kepada galian-galian, tumbuhan dan haiwan-haiwannya. Sekiranya ia adalah syurga, maka Dia memberikan warna-warna kecantikan dan perhiasan kepada taman-taman, mahligai-mahligai dan bidadari-bidadarinya. Begitulah seterusnya... kiaskanlah yang lain-lainnya.

Dia juga menghias dan meneranginya dengan makna-makna lutuf dan kepemurahan menguasai pada-Nya sampai ke tahap seolah-olah maujud yang terhias dan ciptaan yang berseri itu menjadi ibarat satu kelatifan yang berjisim dan kepemurahan yang berjasad dan ia menyebut nama al-Latif dan al-Karim.

Seterusnya, yang mendorong lutuf dan kepemurahan itu kepada jilwah ini sudah tentu ialah tawaddud dan ta’arruf. Yakni urusan-urusan mempercintakan diri-Nya kepada benda hidup dan memberitahu tentang diri-Nya kepada yang berakal kerana ia mengajar nama al-Wadud dan al-Makruf di belakang nama al-Latif dan al-Karim dan didengari daripada lisanul hal ciptaan berseni. Kemudian, Dia menghiaskan maujud yang berhias dan makhluk yang cantik itu dengan buah-buah yang lazat dan natijah-natijah yang menawan lalu mengubahnya daripada hiasan kepada nikmat dan daripada lutuf kepada rahmat. Dia memperbacakan nama al-Mun’im dan ar-Rahim dan memperlihatkan jilwah dua nama itu di sebalik tirai-tirai yang berbentuk zahir. Kemudian yang mendorong ar-Rahim dan al-Karim pada Dzat yang Mustaghni ‘alal itlaq (langsung tidak berhajat kepada sesuatu benda) kepada jilwah ini sudah tentu ialah urusan-urusan tarahhum dan tahannun kerana ia memperbacakan dan memperlihatkan nama al-Hannan dan ar-Rahman. Yang mendorong makna-makna tarahhum dan tahannun ini kepada jilwah sudah tentu satu keindahan dan kesempurnaan yang asli kerana ia mahu menzahirkan dirinya. Ia memperbacakan nama al-Jamil dan nama al-Wadud dan ar-Rahim yang tersemat dalam nama al-Jamil. Ini kerana keindahan itu disukai kerana dirinya sendiri. Keindahan dan yang memiliki keindahan pula menyukai diri sendiri. Ia juga adalah kecantikan dan rasa cinta. Kesempurnaan juga secara sendiri adalah dikasihi dan disukai tanpa sebab. Ia juga mencintai dan dicintai. 


453. Page

Memandangkan keindahan pada tahap kesempurnaan yang tidak berpenghujung dan kesempurnaan pada tahap keindahan yang tidak berpenghujung dicintai pada tahap yang tidak berpenghujung dan layak kepada rasa cinta dan rindu, sudah tentu ia mahu kelihatan dengan cara melihat dan memperlihatkan kilauan-kilauan dan jilwah-jilwahnya pada cermin-cermin berdasarkan kepada kebolehan cermin-cermin tersebut. Maknanya, keindahan asli dan kesempurnaan-kesempurnaan sejati pada Dzat as-Sani’ Dzul Jalal dan al-Hakim Dzul Jamal dan al-Qadir Dzul kamal sentiasa inginkan tarahhum dan tahannun dan kedua-duanya mendorong nama ar-Rahman dan al-Hannan kepada tajalli.

Tarahhum dan tahannun pula mendorong nama ar-Rahim dan al-Mun’im-Nya kepada jilwah dengan cara memperlihatkan rahmat dan nikmat. Rahmat dan nikmat pula melazimkan urusan-urusan tawaddud dan taarruf-Nya lalu mendorong nama al-Wadud dan al-Ma’ruf-Nya kepada tajalli. Ia memperlihatkan itu semua pada satu tabir ciptaan berseni.

Tawaddud dan ta‘arruf pula menggerakkan makna-makna kelatifan dan kepemurahan. Ia memperbacakan nama al-Latif dan al-Karim-Nya pada sesetengah tabir ciptaan berseni. Urusan-urusan lutuf dan kepemurahan pula menggerakkan kerja-kerja menghias dan menerangi. Ia memperbacakan nama al-Muzayyin dan al-Munawwir-Nya melalui lidah kecantikan dan kenuranian ciptaan berseni. Urusan-urusan menghias dan mencantikkan itu pula, melazimkan makna ciptaan dan inayah. Ia memperbacakan nama as-Sani’ dan al-Muhsin melalui wajah indah ciptaan berseni itu. Ciptaan dan inayah itu pula, melazimkan satu ilmu dan hikmah. Ia memperbacakan nama al-‘Alim dan al-Hakim melalui anggota-anggota ciptaan berseni itu yang tersusun dan berhikmah. Ilmu dan hikmah itu pula melazimkan kerja-kerja menyusun, melukis dan membentuk. Ia memperbacakan dan memperlihatkan nama al-Musawwir dan al-Muqaddir melalui bentuk dan rupa ciptaan berseni-Nya.

Justeru, as-Sani’ Dzul Jalal telah menjadikan semua hasil-hasil seni-Nya dalam bentuk yang begitu sehingga, kebanyakannya, terutamanya bahagian benda hidup memperbacakan banyak nama Ilahi. Seolah-olah Dia telah memakaikan dua puluh baju dan membalut dua puluh tirai yang berbeza-beza di atas satu sama lain kepada setiap ciptaan berseni-Nya. Dia telah menulis nama-Nya yang berbeza-beza pada setiap baju dan tirai.

 


454. Page

Sebagai contoh: Terdapat banyak muka surat pada penciptaan luaran seorang rupawan daripada bahagian kedua manusia (wanita) dan penciptaan sekuntum bunga yang indah sebagaimana telah diperlihatkan dalam perumpamaan. Maka kiaskanlah hasil-hasil seni lain yang besar dan menyeluruh dengan dua contoh yang juz’i ini.

 

Muka Surat Pertama: Muka surat ini ialah rupa yang memperlihatkan bentuk dan kadar umumnya. Ia mengingatkan nama Ya Musawwir, Ya Muqaddir dan Ya Munazzim.

 

Muka Surat Kedua: Muka surat ini ialah rupa ringkas bunga dan manusia yang terhasil melalui perkembangan anggota-anggota yang berbeza pada bentuk-bentuknya. Pada muka surat itu ditulis banyak nama seperti al-‘Alim dan al-Hakim.

 

Muka Surat Ketiga: Dengan memberikan kecantikan dan perhiasan yang berbeza-beza kepada anggota yang berbeza-beza bagi dua makhluk itu, banyak nama seperti as-Sani’, dan al-Bari’ ditulis pada muka surat itu.

 

Muka Surat Keempat: Perhiasan dan kecantikan begitu diberikan kepada dua ciptaan berseni itu sehingga seolah-olah kelatifan dan kepemurahan telah berjisim dan menjadi berpuluh-puluh. Muka surat itu mengingatkan dan membaca banyak nama seperti Ya Latif dan Ya Karim.

 

Muka Surat Kelima: Dengan meletakkan buah-buah yang lazat kepada bunga itu serta meletakkan anak-anak yang comel dan akhlak-akhlak yang terpuji bagi rupawan itu, muka surat itu memperbacakan nama-nama seperti Ya Wadud, Ya Rahim dan Ya Mun’im.

 

Muka Surat Keenam: Nama-nama seperti Ya Rahman dan Ya Hannan dibaca pada muka surat pemberian nikmat dan kurniaan itu.

 


455. Page

Muka Surat Ketujuh: Kilauan kecantikan dan keindahan begitu kelihatan pada nikmat-nikmat dan natijah-natijah itu sehingga ia layak kepada satu kesyukuran yang suci dan rasa cinta yang murni yang telah diadun dengan satu kerinduan dan kasih yang hakiki. Pada muka surat itu dibaca nama Ya Jamil Dzul kamal dan Ya Kamil Dzul Jamal.

 

Justeru, sekiranya hanya sekuntum bunga, dan seorang manusia yang rupawan dan rupa maddi dan zahirnya sahaja memperlihatkan nama-nama sebanyak ini, maka tidakkah engkau boleh mengkiaskan di tahap manakah semua bunga, seluruh benda hidup dan maujudat yang besar dan kulli membacakan nama-nama yang tinggi dan kulli. Malah engkau boleh mengkiaskan sebanyak mana insan membaca dan memperbacakan nama-nama kudus yang nurani seperti al-Hayy, al-Qayyum dan al-Muhyi dari sudut roh, hati dan akal dan melalui muka surat-surat kehidupan dan latifah-latifahnya.

Justeru, syurga adalah sekuntum bunga. Kumpulan bidadari juga adalah sekuntum bunga. Muka bumi juga sekuntum bunga. Musim bunga juga sekuntum bunga. Langit juga sekuntum bunga. Bintang-bintang ialah ukiran-ukiran yang disadurkan kepada bunga itu. Matahari juga sekuntum bunga. Tujuh warna pada sinarannya ialah sulaman warna bagi bunga itu. Alam ialah seorang insan yang cantik dan besar sebagaimana insan ialah sebuah alam yang kecil. Para bidadari, jamaah rohani, jenis malaikat, kelompok jin dan bangsa manusia telah dilukis, disusun dan diwujudkan seperti seorang yang cantik. Malah sebagaimana setiap satunya juga, melalui sifat kulli dan setiap satu daripadanya memperlihatkan nama-nama as-Sani’ Dzul Jamal secara bersendirian, mereka juga masing-masing merupakan cermin-cermin-Nya yang berbeza untuk keindahan, kesempurnaan, rahmat dan rasa cinta-Nya. Juga merupakan saksi yang benar kepada keindahan, kesempurnaan, rahmat dan rasa cinta-Nya yang tidak berkesudahan. Juga merupakan ayat-ayat dan tanda-tanda keindahan, kesempurnaan, rahmat dan rasa cinta itu. Justeru, jenis-jenis kesempurnaan yang tidak berpenghujung itu juga lahir dalam daerah wahidiyyah dan keesaan. Maknanya, kesempurnaan-kesempurnaan yang disangkakan di luar daerah itu bukanlah kesempurnaan.


456. Page

Justeru, fahamilah bahawa hakikat-hakikat benda bersandar kepada nama-nama Ilahi dan bergantung kepadanya, bahkan hakikat-hakikat hakiki menjadi jilwah nama-nama itu, dan bahawa setiap benda berzikir dan bertasbih kepada as-Sani’-nya dengan banyak sudut dan dengan banyak bahasa. Ketahuilah satu makna وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪  dan lafazkanlah سُبْحَانَ مَنِ اخْتَفَى بِشِدَّةِ ظُهُورِهِ. Fahamilah juga rahsia pengulangan dan zikir pada ayat seperti وَهُوَالْعَزِيزُالْحَكِيمُ, وَ هُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ  dan وَ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ  yang ada di penghujung-penghujung ayat. Sekiranya engkau tidak boleh membaca nama-nama Allah pada sekuntum bunga dan jika engkau tidak dapat melihatnya dengan jelas, maka pandanglah kepada syurga, perhatikan musim bunga dan renungilah muka bumi. Nescaya engkau akan dapat membaca nama-nama Allah yang ditulis pada syurga, musim bunga dan muka bumi yang merupakan bunga-bunga rahmat yang besar itu dengan jelas. Engkau akan memahami dan nampak jilwah-jilwah dan ukiran-ukirannya.

 

Perbahasan Kedua bagi Noktah Kedua


Daripada Mauqif Ketiga bagi Kalimah Ketiga Puluh Dua

 

Apabila tidak dapat menemui sebarang benda untuk dipegang dan membina kesesatannya di atasnya serta apabila terpaksa,wakil golongan sesat berkata seperti berikut:

  Oleh sebab aku berpendapat bahawa bagiku kebahagiaan dunia, kelazatan hidup, kemajuan tamadun dan kesempurnaan hasil kerja adalah dengan tidak memikirkan akhirat, tidak mengenali Allah, cintakan dunia, kebebasan dan percaya kepada diri sendiri, maka dengan bantuan syaitan, aku telah dan masih memandu ramai manusia ke jalan ini.

 

Jawapan: Atas nama al-Quran, kami pun berkata: Wahai manusia yang kebuntuan! Fikir baik-baik! Janganlah dengar kepada wakil golongan sesat! Jika engkau mendengarnya, sesungguhnya kerugianmu adalah amat besar. Sedangkan roh, akal dan hati juga berasa gerun untuk memikirkannya. Di hadapanmu ada dua jalan:

 


457. Page

Pertama: Jalan kesengsaraan yang ditunjukkan oleh wakil kesesatan.

Kedua: Jalan kebahagiaan yang diperkenalkan oleh al-Quran al-Hakim.

 

Justeru, engkau telah melihat dan memahami perbandingan yang amat banyak di antara dua jalan itu di dalam kalimah-kalimah yang banyak khususnya dalam Kalimah Kecil. Sekarang bersesuaian dengan tempatnya, mari lihat dan fahami semula satu daripada seribu perbandingannya. Ia seperti berikut:

 

Jalan kesyirikan, kesesatan, kefasikan dan kemungkaran menjatuhkan manusia ke tahap yang paling rendah. Di dalam kesakitan yang tiada batasan, ia memikulkan bebanan yang teramat berat ke pinggangmu yang daif dan lemah. Ini kerana sekiranya insan tidak mengenali Allah dan tidak bertawakkal kepada-Nya, pada waktu itu insan ibarat haiwan fana yang sangat lemah dan daif, terlalu berhajat dan fakir, terdedah kepada musibah yang tidak terkira, menderita dan sedih lalu oleh sebab sentiasa menanggung kesakitan demi kesakitan perpisahan daripada semua benda yang dicintai dan ada hubungan dengannya, pada akhirnya, dia meninggalkan semua kekasihnya yang tinggal di dalam perpisahan yang menyakitkan lalu menuju kegelapan kubur secara bersendirian. Di samping itu, bersama dengan kehendak yang sangat juz’i, keupayaan yang kecil, kehidupan yang singkat, umur yang pendek dan fikiran yang malap, sepanjang hayatnya dia turut bertarung secara sia-sia dengan kesakitan dan cita-cita yang tidak berkesudahan. Dia berusaha secara sia-sia tanpa hasil untuk mencapai keinginan dan tujuannya yang tidak terkira. Malah walaupun tidak boleh memikul dirinya sendiri, dia memikulkan beban dunia yang besar ke pinggang dan kepalanya yang malang. Maka dia mengecap azab neraka sebelum ke neraka.

 

Ya, untuk tidak merasai kesakitan yang pedih dan azab maknawi yang dahsyat itu, melalui kemabukan kelalaian daripada jenis ibtalul his (menghilangkan perasaan), golongan sesat tidak merasainya buat sementara waktu. Tetapi waktu dia akan merasainya ialah apabila dia telah menghampiri kubur. Dia akan merasainya secara tiba-tiba. Ini kerana sekiranya dia tidak menjadi Hamba Allah yang sebenar, dia akan menyangka bahawa dia adalah pemilik kepada diri sendiri. 

458. Page

Walhal, dia tidak boleh menguruskan kewujudannya di dunia yang bergelora ini dengan kehendak yang kecil dan keupayaan yang sedikit itu. Dia melihat ribuan kelompok musuhnya bermula daripada mikrob yang bermudarat sampai kepada gempa bumi adalah dalam keadaan menyerang kehidupannya. Dalam ketakutan yang menyakitkan, dia sentiasa memandang pintu kubur yang baginya kelihatan menakutkan. Dalam keadaan begitu walaupun dia mempunyai hubungan dengan bangsa manusia dan dunia dari segi kemanusiaan, namun oleh sebab dia tidak memikirkan bahawa dunia dan manusia di bawah urusan Dzat yang al-Hakim, al-‘Alim, al-Qadir, ar-Rahim dan al-Karim bahkan menyerahkan itu semua kepada tasaduf (kebetulan) dan alam, maka masalah-masalah dunia dan hal-ehwal manusia sentiasa mengganggunya. Bersama dengan kesakitannya sendiri, dia turut merasai kesakitan insan lain. Gempa, taun, taufan, kemarau, banjir, kefanaan dan kelenyapan dunia mengazabnya dalam bentuk yang sangat mengganggu dan dalam bentuk musibah yang gelap-gelita.

 

Orang yang dalam keadaan begitu tidak layak kepada belas dan kasih-sayang. Ini kerana dia sendiri yang menyebabkan keadaan yang dahsyat itu berlaku kepada dirinya. Ia adalah sepertimana yang telah disebutkan dalam Kalimah Kelapan tentang perbandingan keadaan antara dua bersaudara yang masuk ke dalam perigi. Salah seorang daripadanya tidak berpuashati dengan kelazatan dan hiburan yang bersih, sedap, sopan, menarik dan halal di taman yang indah, jamuan yang enak dan di kalangan teman-teman yang baik. Lalu dia meminum minuman yang kotor dan najis demi kelazatan yang haram dan jijik. Dia menjadi mabuk lalu mengkhayalkan seolah-olah dirinya berada di tengah musim sejuk, di tempat yang kotor, bahkan bersama-sama binatang buas. Lantas dia menggigil, menjerit dan berteriak. Maka dia memang tidak layak kepada belas kasihan. Ini kerana dia menggambarkan teman-temannya yang bermaruah dan mulia sebagai binatang buas lalu mencela mereka. Malah, dia turut menggambarkan bahawa makanan yang lazat dan bekas-bekas yang bersih dalam jamuan itu adalah jijik dan kotor lalu dia mula memecahkannya. Dia juga menggambarkan kitab-kitab mulia yang berjilid dan surat-surat yang bermakna sebagai ukiran yang tidak bermakna dan biasa. Dia mengoyakkan dan membuangnya ke tanah dan begitulah seterusnya. Maka, orang yang seperti ini tidak layak kepada belas kasihan, bahkan patut ditampar.


459. Page

Sama seperti itu juga, oleh sebab seseorang itu menyangka bahawa dewan pertamuan dunia as-Sani’ al-Hakim ini ialah mainan tasaduf (kebetulan) dan hukum alam lalu menggambarkan bahawa pemergian makhluk ciptaan-Nya yang memperbaharui tajalli Asma’ Ilahi ke alam ghaib kerana tamatnya tugas melalui peredaran masa adalah ketiadaan dan penghapusan. Dia mengkhayalkan bahawa gema-gema tasbih adalah ratapan kelenyapan dan perpisahan abadi dan menganggap bahawa muka surat maujudat yang merupakan tulisan as-Samad ini sebagai tidak bermakna dan bercampur-aduk, menganggap pintu kubur yang membuka jalan ke alam rahmat sebagai mulut kegelapan ketiadaan dan menganggap ajal ialah giliran untuk berpisah daripada semua kekasih walaupun ia adalah undangan untuk bertemu dengan para kekasih hakiki, maka di samping dia membiarkan dirinya di dalam azab yang dahsyat, malah oleh sebab dia mengingkari, merendahkan dan menghina maujudat, nama-nama Allah dan tulisan-tulisan-Nya akibat kemabukan kekufuran dan kegilaan kesesatan yang lahir daripada kehendaknya yang buruk, maka sebagaimana orang itu tidak layak kepada belas kasihan dan kasih-sayang, dia juga layak kepada azab yang dahsyat. Dia tidak layak kepada belas kasihan dari mana-mana sudut.

Justeru wahai golongan sesat dan mungkar yang malang! Mana satukah pencapaian, ilmu, kesempurnaan, kemodenan dan kemajuan kalian yang boleh menghalang kejatuhan yang dahsyat dan berdepan dengan keputusasaan yang menyedihkan itu? Di manakah kalian dapat menemui ketenangan hakiki yang paling diperlukan dan dihajati oleh roh manusia?

 

Mana satukah hukum alam, sebab, sekutu, penemuan, bangsa dan sembahan batil kalian yang kalian percayai, harapkan dan kalian telah sandarkan karya Ilahi dan kurniaan Rabbani kepadanya yang boleh menyelamatkan kalian daripada kegelapan mati yang menurut kalian adalah penghapusan abadi lalu dapat menolong kalian melintasi sempadan kubur, barzakh, Mahsyar dan titian Sirat secara bijaksana dan dapat membawa kepada kebahagiaan abadi? Sedangkan, oleh sebab kalian tidak dapat menutup pintu kubur, secara pasti, kalian adalah pengembara di jalan ini. Pengembara yang seperti ini hanya bersandar kepada Dzat yang semua lingkungan yang besar dan sempadan yang luas ini adalah di bawah perintah dan urusan-Nya.


460. Page

Malahan pula, wahai golongan sesat dan lalai yang malang! Natijah bagi percintaan yang haram ialah pengecapan azab yang tiada belas. Berdasarkan rahsia kaedah ini, oleh sebab kalian telah menggunakan kemampuan rasa cinta dan makrifah serta peralatan syukur dan ibadah pada fitrah kalian yang sepatutnya digunakan untuk dzat, sifat dan nama Allah kerana nafsu dan dunia dalam bentuk yang haram, maka sudah tentu kalian patut menerima hukuman-Nya. Ini kerana, kalian telah menyerahkan cinta milik Allah kepada nafsu kalian. Maka kalian mendapat bala yang tiada sempadan bagi nafsu yang menjadi kekasih kalian. Ini kerana kalian memberikan kerehatan sebenar kepada kekasih kalian itu. Malah, kalian tidak menyerahkannya kepada al-Qadir al-Mutlaq yang merupakan kekasih hakiki dengan tawakkal, maka kalian merasai kesakitan yang berterusan. Di samping itu, kalian telah menyerahkan cinta yang menjadi milik nama dan sifat Allah kepada dunia dan kalian telah membahagi-bahagikan karya-karya kesenian-Nya kepada sebab-sebab alam, maka kalian menanggung bencananya. Ini kerana sebahagian kekasih kalian yang tidak terkira itu tidak mengucapkan selamat tinggal, membelakangi dan membiarkan kalian lantas berlalu pergi. Sebahagiannya pula langsung tidak mengenali kalian. Jika kenal sekalipun ia tidak menyukai kalian. Jika suka sekalipun ia tidak memberi faedah kepada kalian. Maka kalian sentiasa menanggung azab daripada perpisahan yang tidak terkira dan kelenyapan buat selamanya yang tiada harapan.

 

Justeru, inilah wajah sebenar dan perihal semua perkara yang disebut sebagai kebahagiaan hidup, kematangan manusia, kebaikan tamadun dan kelazatan kebebasan oleh golongan sesat. Kemungkaran dan kemabukan ialah tabir. Keduanya tidak merasakan kesakitan itu buat sementara waktu. Maka katakanlah: “Alangkah dungunya akal mereka!”

 

Walaubagaimanapun, jalan nurani al-Quran pula merawat semua luka yang dideritai oleh kaum yang sesat melalui hakikat-hakikat keimanan. Ia juga menyuraikan kegelapan di jalan sebelum ini. Ia menutup semua pintu kesesatan dan kemusnahan dengan cara berikut: Ia merawat kedaifan, kelemahan, kefakiran dan keperluan manusia kepada al-Qadir ar-Rahim melalui tawakkal. 

461. Page

Apabila manusia menyerahkan beban kehidupan dan tubuhnya kepada qudrat dan rahmat-Nya dan tidak memikulkannya ke atas diri sendiri, nescaya dia menemui suatu ketenangan yang seolah-olah dia sendiri yang menunggangi kehidupan dan nafsunya itu. Dia memberitahu bahawa dirinya bukanlah seekor haiwan yang bertutur bahkan insan sebenar dan tetamu ar-Rahman yang diterima. Dengan memperlihatkan bahawa dunia adalah rumah pertamuan ar-Rahman dan maujudat di dunia pula adalah cerminan nama Ilahi dan dengan memberitahu bahawa hasil seni-Nya pula ialah tulisan-tulisan as-Samad yang diperbaharui setiap waktu, dengan cara yang baik, ia merawat luka-luka insan yang datang daripada kefanaan dunia, kelenyapan benda-benda dan kecintaan kepada yang fana dan menyelamatkan manusia daripada kegelapan prasangka. Malah ia memperlihatkan kematian dan ajal sebagai permulaan untuk berjumpa dan bertemu semula dengan para kekasih yang telah pergi ke alam barzakh dan berada di alam baqa’. Dengan cara ini, ia merawat luka-luka kematian yang dilihat sebagai perpisahan abadi daripada para kekasih menurut pandangan golongan sesat. Ia mengisbatkan bahawa perpisahan itu adalah pertemuan itu sendiri. Dengan mengisbatkan bahawa kubur adalah pintu yang dibuka menuju alam rahmat, negara kebahagiaan, taman syurga dan negara cahaya ar-Rahman, ia melenyapkan ketakutan manusia yang paling dahsyat lalu memperlihatkan bahawa pengembaraan barzakh yang paling menyakitkan, mencabar dan susah adalah perjalanan yang paling seronok, indah dan menggembirakan. Ia menutup kubur dan mulut naga itu dan membuka pintu ke taman yang indah. Yakni, ia memperlihatkan bahawa kubur bukanlah mulut naga bahkan pintu yang dibuka menuju taman rahmat.

 

Ia juga berkata kepada orang mukmin:

Jika ikhtiarmu (pilihanmu) adalah juz’i, maka serahkanlah kerjamu kepada kehendak menyeluruh al-Malik-mu sendiri.

Jika keupayaanmu tidak seberapa, maka bergantunglah kepada qudrat al-Qadir al-Mutlaq. Jika hidupmu sebentar, maka fikirkanlah kehidupan yang baqa’.

Jika umurmu pendek, jangan risau, engkau memiliki umur yang abadi.

Jika fikiranmu malap, masuklah ke bawah cahaya mentari al-Quran dan pandanglah dengan nur keimanan kerana, sebagai ganti kepada fikiranmu yang seperti kelip-kelip, setiap ayat al-Quran memberikanmu cahaya seperti sebutir bintang.

Sekiranya engkau mempunyai cita-cita dan kesakitan yang tidak terkira, sesungguhnya pahala yang tidak berpenghujung dan rahmat yang tiada sempadan sedang menantimu.

Jika engkau mempunyai keinginan dan tujuan yang tidak terkira, janganlah risau memikirkannya. Semua itu tidak boleh memuati dunia ini. Tempat semua itu adalah di tempat lain dan Pemberinya juga adalah yang lain.


462. Page

Ia juga berkata: Wahai insan! Engkau tidak memiliki dirimu sendiri. Engkau dimiliki oleh al-Qadir yang qudrat-Nya tidak terkira dan ar-Rahim Dzul Jalal yang rahmat-Nya tidak terbatas. Oleh itu janganlah engkau menyusahkan diri dengan memikul kehidupanmu ke atas diri sendiri. Ini kerana Dia yang memberikan kehidupan dan Dia jugalah yang menguruskannya. Malah jangan risau, dunia bukannya tiada pemilik. Maka janganlah engkau risau dengan memikulkan beban dunia ke atas kepalamu kerana memikirkan keadaan-keadaannya yang menakutkan. Ini kerana pemiliknya ialah al-Hakim dan al-‘Alim. Engkau juga adalah tetamu, maka janganlah campur tangan dan menghuru-harakan urusannya dengan cara yang tidak memberi faedah. Malah maujudat seperti manusia dan haiwan tidak dibiarkan tanpa tujuan bahkan merupakan para pekerja yang ada tugas. Mereka di bawah pemerhatian al-Hakim ar-Rahim. Janganlah mendatangkan kesakitan kepada rohmu dengan memikirkan kesakitan dan kesusahan mereka. Janganlah mencurahkan kasih sayangmu melebihi rahmat al-Khaliq ar-Rahim mereka. Tali kendali semua benda daripada mikrob sehingga taun, taufan, kemarau dan gempa bumi yang seolah-olah merupakan musuhmu adalah di tangan ar-Rahim al-Hakim itu. Dia al-Hakim dan tidak pernah melakukan kerja yang sia-sia. Dia ar-Rahim, sifat rahim-Nya melimpah ruah. Dalam setiap kerja yang dilakukan-Nya terdapat suatu kelatifan.

 

Ia juga berkata: Alam ini secara zahirnya adalah fana. Tetapi ia menghasilkan keperluan-keperluan alam abadi. Secara zahirnya ia akan lenyap dan sementara tetapi ia memberi buah-buahan yang baqa’ dan memperlihatkan tajalli nama-nama yang baqa’ bagi Dzat yang baqa’. Secara zahirnya kelazatannya adalah sedikit dan kesakitannya banyak, tetapi keprihatinan-keprihatinan ar-Rahman ar-Rahim adalah kelazatan hakiki yang tidak akan lenyap. Kesakitan pula, menghasilkan kelazatan maknawi dari sudut pahala. 


463. Page

Memandangkan apa yang ada dalam lingkungan halal adalah mencukupi untuk semua kelazatan, kegembiraan dan kenikmatan bagi roh, hati dan diri, maka janganlah masuk ke dalam daerah haram. Ini kerana kadang-kadang satu kelazatan di daerah itu memiliki seribu kesakitan. Malah ia menjadi sebab kehilangan keprihatinan ar-Rahman yang merupakan kelazatan yang hakiki dan berkekalan. Malah sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, di jalannya, kesesatan menyebabkan manusia jatuh ke tahap asfala safilin yang tiada satu tamadun dan falsafah pun dapat menemui cara dan tiada satupun kemajuan manusia dan kesempurnaan ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada telaga kegelapan yang dalam itu. Sedangkan al-Quran al-Hakim mengeluarkan manusia daripada asfala safilin itu kepada a’la ‘illiyyin dengan keimanan dan amal soleh. Dengan dalil-dalil yang muktamad, ia mengisbatkan janji penyelamatannya. Ia memenuhkan telaga yang dalam itu dengan anak-anak tangga peningkatan maknawi dan peralatan kesempurnaan rohani. Malah, ia sangat memudahkan dan menyenangkan perjalanan manusia di bahagian yang menuju keabadian yang panjang, beribut dan tidak menentu. Bahkan ia memperlihatkan kenderaan-kenderaan yang boleh memendekkan perjalanan selama seribu tahun bahkan lima puluh ribu tahun dalam masa sehari. Malah, dengan memperkenalkan Dzat Dzul Jalal yang merupakan Sultan keazalian dan keabadian ia memberikan manusia kedudukan sebagai hamba yang menurut perintah dan tetamu yang menunaikan tanggungjawab kepada-Nya. Ia menjamin kerehatan yang sempurna bagi pengembaraan manusia di rumah tamu dunia dan rumah-rumah barzakh dan akhirat. Seorang petugas yang jujur bagi seorang Sultan boleh bersiar-siar dalam daerah negara dan melintasi setiap sempadan negeri-Nya dengan senang dengan menggunakan kenderaan yang pantas seperti kapal terbang, kapal dan kereta api. Begitulah juga manusia yang bernaung kepada Sultan al-Azali dengan keimanan dan mentaati-Nya dengan amal soleh. Dia boleh melintasi rumah-rumah dunia ini dan ruang-ruang alam barzakh dan Mahsyar dan begitulah seterusnya. Dia boleh melintasi sempadan luas semua alam yang ada selepas kubur sepantas kilat dan buraq. Sehinggalah dia menemui kebahagiaan abadi. Sesungguhnya al-Quran mengisbatkan hakikat itu dengan pasti dan memperlihatkannya kepada asfiya’ dan aulia’.

 

Malah hakikat al-Quran turut berkata: Wahai mukmin! Janganlah menyerahkan kemampuan cinta padamu yang tiada batasan kepada nafsu amarah yang hodoh, kekurangan, jahat dan memudaratkanmu. Janganlah jadikannya sebagai kekasih dan kehendaknya sebagai sembahan dirimu. Bahkan serahkanlah kemampuan cinta yang tidak terbatas padamu itu kepada Dzat yang layak kepada cinta yang tidak terbatas, yang boleh mengurniakanmu ihsan yang tidak berkesudahan, menggembirakanmu di masa hadapan buat selamanya, menggembirakan semua orang yang berhubung kait denganmu dan mereka yang engkau gembira dengan kebahagiaan mereka dengan kurniaan-Nya, memiliki kesempurnaan yang tiada batasan, Pemilik keindahan yang paling kudus, tinggi, suci, tiada cela, tanpa kekurangan dan tidak lenyap,

464. Page

semua nama-Nya adalah paling indah, pada setiap nama-Nya terdapat terlalu banyak nur kecantikan dan keindahan, syurga memperlihatkan keindahan rahmat-Nya dan rahmat keindahan-Nya melalui semua kecantikan dan nikmatnya dan semua kecantikan, keindahan, keelokan dan kesempurnaan yang menarik dan dicintai di alam semesta mengisyaratkan dan menunjukkan serta menjadi petanda kepada keindahan dan kesempurnaan-Nya. Jadikanlah Dia sebagai kekasih dan yang disembah.

 

Al-Quran juga berkata: Wahai manusia! Janganlah serahkan kemampuan cintamu yang merujuk kepada nama-nama dan sifat Allah kepada maujudat yang lain yang tidak kekal. Janganlah mengagih-agihkannya kepada makhluk-makhluk yang tiada faedah. Ini kerana makhluk-makhluk dan kesan-kesannya adalah fana. Tetapi Asmaul Husna yang ukiran-ukiran dan tajallinya kelihatan pada kesan-kesan dan ciptaan-ciptaan berseni itu adalah baqa’ dan kekal. Pada setiap nama dan sifat terdapat ribuan martabat ihsan dan keindahan, ribuan peringkat kesempurnaan dan rasa cinta. Perhatikanlah olehmu hanya kepada nama ar-Rahman kerana syurga adalah tajalli-Nya, kebahagiaan abadi adalah kilauan-Nya dan semua rezeki dan nikmat di dunia adalah satu titisan-Nya.

 

Justeru, perhatikanlah kepada perbandingan ayat لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِى اَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ اَسْفَلَ سَافِلِينَ اِلاَّ الَّذ۪ينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحَاتِ 

yang mengisyaratkan kepada perihal golongan sesat dengan ahli iman pada sudut kehidupan dan tugas serta kepada ayat فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَ الْاَرْضُ  yang memberi petunjuk tentang kesudahan dan akibat mereka. Ayat-ayat ini mengifadahkan perbandingan yang telah kami jelaskan dengan cara yang sangat tinggi dan bermukjizat. Oleh sebab ayat pertama dan hakikat yang telah diifadahkan secara bermukjizat dan ringkas oleh ayat itu telah dijelaskan secara terperinci dalam Kalimah Kesebelas maka kami menyerahkannya ke sana (sila rujukinya).

 


465. Page

Manakala kami akan memperlihatkan betapa ayat kedua mengifadahkan hakikat yang sangat tinggi hanya dengan satu isyarat yang kecil.

 

Ia adalah seperti berikut: Melalui mafhum muwafaqah (kefahaman dengan makna yang tersurat), ayat itu berfirman begini: “Langit dan bumi tidak menangisi kematian golongan sesat. Manakala melalui mafhum mukhalafah (kefahaman dengan makna yang tersirat sebaliknya), ia memberi makna bahawa langit dan bumi menangisi kematian golongan yang beriman. Yakni, memandangkan golongan sesat mengingkari tugas-tugas langit dan bumi, tidak mengetahui maknanya, menjatuhkan nilainya, tidak mengenal as-Sani’ langit dan bumi serta membenci dan memusuhi kedua-duanya, maka sudah tentu langit dan bumi tidak menangisi mereka bahkan membenci yakni mendoakan keburukan ke atas mereka dan gembira dengan kebinasaan mereka. Melalui mafhum mukhalafah, al-Quran berfirman bahawa langit dan bumi menangisi kematian orang beriman. Ini kerana ahli iman mengetahui tugas-tugas langit dan bumi. Mereka mengakui hakikat sebenar kedua-duanya. Mereka memahami maksud dan tujuan yang diifadahkan oleh kedua-duanya melalui keimanan. Mereka berkata: “Alangkah indah kejadian kedua-duanya dan alangkah mulia bakti kedua-duanya.” Mereka memberikan nilai yang munasabah kepada kedua-duanya dan menghormatinya. Atas nama Allah mereka mencintai kedua-duanya dan mencintai nama-nama yang dicerminkan oleh kedua-duanya. Justeru, kerana rahsia inilah langit dan bumi bersedih bagaikan menangis dengan kematian golongan beriman.

 

 

Satu soalan yang penting

 

Kalian berkata bahawa cinta bukanlah berbentuk pilihan. Malah aku menyukai makanan dan buah-buahan yang lazat adalah kerana keperluan fitrah. Aku mencintai ayah, ibu dan anak-anakku. Aku mencintai teman hidupku (isteri). Aku mencintai sahabat dan teman-teman. Aku mencintai para Nabi dan wali. Aku mencintai kehidupan dan masa mudaku. Aku mencintai musim bunga, benda-benda yang indah dan dunia. Mengapa pula aku tidak boleh mencintai ini semua? Bagaimanakah aku boleh menyerahkan semua cinta ini kepada dzat, sifat dan nama-nama Allah? Apakah maknanya ini?


466. Page

Jawapan: Dengarlah empat nuktah berikut:

 

Nuktah Pertama: Secara zahirnya cinta tidak berbentuk pilihan. Tetapi melalui pilihan, wajah cinta boleh beralih daripada seorang kekasih kepada kekasih yang lain. Sebagai contoh: Dengan memperlihatkan kehodohan seorang kekasih ataupun memperlihatkan bahawa ia adalah tabir atau cermin kepada kekasih lain yang layak kepada cinta sebenar, maka wajah cinta boleh diubah daripada kekasih majazi kepada kekasih sebenar.

 

Nuktah Kedua: Kami tidak mengatakan “jangan mencintai” para kekasih yang telah kalian sebutkan. Bahkan kami berkata: “Cintailah mereka kerana Allah dan atas nama cinta-Nya”. Sebagai contoh: Mencintai makanan yang lazat, buah-buahan yang sedap dari sudut ia adalah kurniaan Allah dan pemberian nikmat oleh ar-Rahman ar-Rahim itu merupakan kecintaan pada nama-nama ar-Rahman dan al-Mun’im-Nya. Malah merupakan satu kesyukuran maknawi. Perkara yang menunjukkan bahawa cinta itu bukan kerana nafsu semata-mata bahkan adalah atas nama ar-Rahman ialah pencarian rezeki dengan rasa qana’ah dalam daerah yang dihalalkan-Nya dan memakannya dalam keadaan berfikir dan bersyukur.

 

Penghormatan dan kecintaan kepada ibu bapa atas nama rahmat dan hikmah yang menyediakan mereka dengan kasih sayang serta menjadikan mereka mendidik kalian melalui tangan mereka yang pengasih adalah merujuk kepada cinta Allah. Tanda bahawa cinta, penghormatan dan kasih-sayang itu adalah kerana Allah ialah: Kalian lebih mencintai, menghormati dan menyayangi mereka walaupun mereka telah tua, tidak meninggalkan apa-apa faedah lagi kepada kalian dan (seolah-olah) mencampak kalian ke dalam kesusahan. Seruan kepada lima martabat penghormatan dan kasih-sayang (terhadap ibu bapa) ke atas para anak oleh ayat اِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرُ اَحَدُهُمَا اَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَٓا اُفٍّ, memperlihatkan bahawa pada pandangan al-Quran, hak kedua ibu bapa adalah sangat penting dan menderhakai keduanya adalah sangat jelik.


467. Page

Memandangkan bapa mahukan bukan orang lain tetapi anaknya sendiri menjadi lebih baik daripada dirinya, maka sebagai balasannya anak juga tidak boleh mendakwa hak terhadap bapanya. Maknanya tiada sebab perbalahan di antara ibu bapa dan anak dari segi fitrah. Ini kerana, punca perbalahan datang sama ada daripada rasa ghibtah (cemburu pada kebaikan) ataupun dengki. Sedangkan perasaan ini tiada pada ayah terhadap anaknya. Ataupun perbalahan datang daripada ketidakadilan. Anak tidak mempunyai hak untuk membuat dakwaan hak terhadap bapanya. Walaupun dia melihat bapanya bersalah, dia tidak boleh menderhakainya. Maknanya orang yang menderhakai bapanya dan melukai perasannya ialah manusia yang telah berubah menjadi binatang buas.

 

Mencintai dan menjaga anak-anak kalian dengan penuh kasih-sayang dan belas kerana mereka adalah hadiah Dzat ar-Rahim al-Karim itu juga adalah merujuk kepada al-Haq. Manakala tanda yang menunjukkan bahawa rasa cinta itu adalah kerana Allah ialah kesabaran dan kesyukuran semasa kematian mereka dan tidak meratap bagaikan berputus asa. Iaitu berkata: “ اَلْحُكْمُ لِلّٰهِ, dia adalah makhluk indah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadaku untuk aku asuh. Dia adalah milik-Nya. Sekarang hikmah-Nya telah dilaksanakan dan Dia mengambilnya daripadaku. Dia membawanya ke tempat yang lebih baik. Sekiranya aku mempunyai satu hak zahir pada anak yang dimiliki itu, namun seribu hak yang sebenar adalah milik al-Khaliq-nya” lalu berserah.

 

Sahabat dan teman pula, sekiranya mereka adalah sahabat-sahabat Allah dengan sebab keimanan dan amalan soleh, berdasarkan rahsia al-hubbu fillah, cinta itu juga merujuk kepada al-Haq.

 

Sayangi dan cintailah teman hidup kalian dari sudut dia adalah hadiah rahmat Ilahi yang menawan dan indah. Tetapi janganlah mengikat cinta kalian itu kepada kecantikan paras-rupanya yang cepat pudar. Bahkan kecantikan yang paling menawan dan manis bagi wanita ialah kesantunan budi pekerti di dalam kelembutan dan kesucian yang terkhusus bagi kewanitaan. Kecantikan yang paling berharga dan mempesona ialah kasih-sayangnya yang tinggi, benar, tulus, jujur dan nurani. Keindahan kasih-sayang dan kesantunan budi pekerti itu akan berterusan dan bertambah sehingga akhir nyawanya. Hak-hak penghormatan terhadap makhluk yang daif dan latif itu dipelihara dengan rasa cinta yang sebegitu. Jika tidak, dengan kelenyapan kecantikan paras rupa, dia yang tidak berdaya itu akan kehilangan haknya ketika dia sangat memerlukannya.

 


468. Page

Mencintai para Nabi dan wali pula, dari sudut mereka merupakan hamba Allah yang makbul, adalah atas nama Allah dan kerana-Nya. Dari sudut pandangan itu ia adalah milik-Nya. Mencintai dan memelihara kehidupan dari sudut ia adalah modal dan dafinah (harta karun) paling berharga yang diberikan Allah kepada manusia dan kepadamu dan dapat memperolehkan kehidupan baqa’ dan khazanah yang menghimpunkan peralatan kesempurnaan yang baqa’ serta menjaganya dan menggunakannya untuk berbakti kepada Allah, maka pada satu sudut cinta itu tetap milik al-Ma’bud.

 

Menghargai, mencintai dan memanfaatkan keindahan dan kecantikan masa muda dari noktah pandangan bahawa ia adalah nikmat Allah yang latif, menawan dan baik adalah sejenis cinta penuh kesyukuran yang dihalalkan. Mencintai musim bunga dari sudut ia adalah sahifah ukiran yang paling halus dan paling cantik bagi nama-nama nurani Allah dan pentas pameran keunggulan seni karya as-Sani’ al-Hakim yang paling indah dan gemilang dengan tafakur ialah mencintai nama-nama Allah. Mencintai dunia dari sudut ia adalah ladang akhirat, cermin asma’ Ilahi, tulisan-tulisan Allah, dan sebuah dewan pertamuan yang sementara dengan syarat nafsu amarah tidak campur tangan merupakan milik Allah.

Hasilnya: Cintailah dunia dan makhluk-makhluk padanya dengan makna harfiyyah-nya (menurut makna huruf). Janganlah mencintainya dengan makna ismiyyah-nya(makna menurut nama). Katakanlah: “Betapa indah ia telah dijadikan.” Janganlah berkata: “Alangkah cantiknya ia.” Janganlah memberi ruang untuk cinta-cinta yang lain masuk ke dalam batin hatimu. Ini kerana batin hati adalah cermin as-Samad dan terkhusus untuk-Nya. Katakanlah اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا حُبَّكَ وَ حُبَّ مَا يُقَرِّبُنَا اِلَيْكَ.

Justeru, jika semua cinta yang telah kita senaraikan adalah dalam bentuk ini, di samping memberikan kelazatan yang tiada kesakitan, dari satu sudut juga ia adalah penghubung yang tidak akan lenyap. Ia menambahkan cinta Ilahi. Ia juga cinta yang halal dan kesyukuran yang menjadi kelazatan sebenar dan fikiran yang menjadi rasa cinta sebenar.

 

Contoh: Sebagaimana jika seorang Raja yang mulia[1] mengurniakan kalian sebiji epal, terdapat dua jenis cinta terhadap epal itu dan padanya terdapat dua kelazatan.

 

Pertama: Ia disukai kerana ia adalah epal dan kerana padanya terdapat kelazatan yang khusus untuk epal dan sesedap epal. Cinta itu tidak merujuk kepada Raja. Bahkan orang yang mengigit epal itu dan memakannya di hadapan Raja menyukai bukan raja tetapi epal itu dan mencintai dirinya. Kadang-kadang berlaku bahawa Raja tidak menyukai cinta yang berdasarkan nafsu itu lalu membencinya. Kelazatan epal juga adalah sedikit. Ia akan lenyap. Selepas epal itu dimakan, kelazatan itu juga akan pergi dan yang tinggal hanyalah kesedihan.

[1] Pada satu masa dua ketua puak telah datang menghadap Raja. Mereka melalui keadaan sama seperti yang ditulis.




469. Page

Kedua: Cinta yang kedua pula ialah keprihatinan agung yang ada dalam epal dan diperlihatkan melalui epal. Orang yang menganggap epal itu seolah-olah contoh dan rupa keprihatinan agung menzahirkan kecintaannya kepada Raja. Maka pada buah itu yang merupakan bungkusan keprihatinan terdapat kelazatan yang mengatasi kelazatan seribu biji epal. Justeru, kelazatan itu ialah kesyukuran itu sendiri. Cinta itu adalah satu kecintaan yang penuh penghormatan terhadap Raja. Jika semua nikmat dan buah-buahan seperti ini dicintai kerana kelazatannya, dan jika dinikmati secara lalai dengan kelazatan zahirnya sahaja, maka cinta itu adalah menurut nafsu. Kelazatan-kelazatan itu juga adalah sementara dan menyakitkan

Jika seseorang mencintainya dari sudut keprihatinan rahmat Allah dan buah-buah kurniaan-Nya dan jika dia mengambil kelazatan dengan penuh selera dalam bentuk menghargai peringkat kehalusan kurniaan dan keprihatinan itu, ia bukan sahaja kesyukuran maknawi malah merupakan kelazatan yang tidak menyakitkan.

 

Nuktah Ketiga: Terdapat tingkatan cinta terhadap nama-nama Allah. Sebagaimana kami telah jelaskan sebelum ini, kadang-kadang seseorang mencintai nama-nama melalui cinta kepada kesan-kesannya. Kadang-kadang seseorang mencintai nama-nama itu dari sudut ia adalah tanda kesempurnaan Ilahi. Kadang-kadang, manusia berhajat dan rindu kepada nama-nama kerana keperluan yang tiada batasan dari sudut kesyumulan fitrah lalu mencintainya kerana keperluan itu.

 

Sebagai contoh: Ketika kalian merasai keperluan meminta bantuan dalam keadaan lemah pada semua kaum keluarga yang kalian kasihi, fakir miskin dan makhluk-makhluk yang daif dan berhajat, lalu jika seseorang muncul dan melakukan kebaikan kepada mereka seperti yang kalian mahukan, maka kalian akan amat tertarik dengan gelaran pemberi nikmat dan nama pemurah pada orang itu dan kalian akan amat mencintai orang itu melalui gelaran tersebut. Seperti itu juga, fikirkanlah hanya kepada nama-nama ar-Rahman dan ar-Rahim Allah kerana kalian akan dapat mengkiaskan betapa nama ar-Rahman dan gelaran ar-Rahim itu layak untuk dicintai dan betapa roh manusia berhajat kepada dua nama itu kerana kedua-dua nama itu telah menggembirakan semua bapa, moyang, keluarga dan teman mukmin yang kalian sayangi dan kasihi di dunia melalui jenis-jenis nikmat dan melalui jenis-jenis kelazatan di syurga dan dengan memperlihatkan mereka dalam kebahagiaan abadi dan dengan memperlihatkan diri-Nya sendiri kepada mereka. 

470. Page

Kalian juga akan memahami betapa ungkapan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى رَحْمَانِيَّتِهِ وَعَلَى رَحِيمِيَّتِهِ  adalah pada tempatnya. Malah, jika kalian perhatikan, pasti kalian akan faham betapa roh kalian amat berhajat dan merindui nama al-Hakim dan gelaran al-Murabbi bagi Dzat yang mengatur, mentadbir dan mengurus dunia yang merupakan sejenis rumah dan maujudat di dalamnya yang ibarat keperluan yang mesra dan perhiasan yang indah bagi rumah kalian itu dengan penuh hikmah. Ini kerana kalian mempunyai hubungan dengannya dan kalian bersedih dengan segala kesengsaraannya dan makhluk-makhluk di dalamnya.

 

Malah, jika kalian perhatikan, kalian akan memahami betapa roh kalian amat berhajat kepada nama-nama al-Waris dan al-Ba‘is serta gelaran al-Baqi, al-Karim, al-Muhyi dan al-Muhsin bagi Dzat yang menyelamatkan semua insan yang ada hubungan dengan kalian dan kalian bersedih dengan kehilangan mereka daripada gelap ketiadaan semasa mereka mati lalu menempatkan mereka di suatu tempat yang lebih baik dari dunia ini.

 

Justeru oleh sebab nilai manusia adalah tinggi dan fitrahnya adalah syumul, maka secara fitrah dia berhajat kepada seribu satu nama Ilahi dengan ribuan jenis hajat dan peringkat yang banyak pada setiap nama. Keperluan yang berganda adalah kerinduan. Kerinduan yang berganda ialah kecintaan. Kecintaan yang berganda pula ialah keasyikan. Martabat-martabat cinta yang berdasarkan kesempurnaan roh berkembang berdasarkan martabat-martabat nama. Cinta kepada semua nama juga kembali kepada kecintaan kepada dzat. Ini kerana ia adalah gelaran dan tajalli nama-nama Dzat Dzul Jalal itu. Sekarang, hanya sebagai contoh, kami akan menerangkan satu martabat daripada seribu satu martabat nama-nama al-‘Adlu, al-Hakam, al-Haq dan ar-Rahim daripada seribu satu nama. Ia seperti berikut: Jika kalian mahu melihat nama ar-Rahman ar-Rahim dan al-Haq dalam lingkungan yang luas di dalam hikmah dan keadilan, maka perhatikanlah perumpamaan berikut:

 

Kita mengandaikan bahawa terdapat empat ratus kelompok yang berlainan dalam sebuah pasukan tentera. Pakaian yang disukai oleh setiap kelompok adalah berbeza. Begitu juga makanan yang digemari mereka. Senjata yang boleh digunakan dengan senang oleh mereka juga adalah berbeza serta begitulah juga ubat-ubatan yang boleh mengubati sakit mereka. 

471. Page

Dalam keadaan begini, kerana kesempurnaan kasih dan belas kasihannya, kerana keluarbiasaan dan kehebatan ilmu dan keluasannya, serta kerana keadilan dan hikmahnya yang menakjubkan, jika seorang Raja yang tiada bandingan memberikan sendiri semua pakaian, makanan, ubat dan senjata yang sesuai kepada mereka secara berlainan tanpa tersilap dan melupakan walau seorang tanpa membezakan pasukan dan bahagian yang berlainan bagi semua empat ratus kelompok itu, hatta walaupun mereka bercampur dengan satu sama lain, nescaya kalian memahami betapa baginda adalah sangat berkuasa, pengasih, adil dan pemurah. Ini kerana, jika terdapat anggota-anggota tentera yang terdiri daripada sepuluh bangsa dalam satu barisan, maka memberi pakaian yang berbeza-beza dan menyediakannya untuk mereka adalah sangat susah. Maka mahu tidak mahu, walau apapun jua jenisnya, pakaian itu tetap disediakan.

 

Justeru seperti itu juga jika kalian mahu melihat tajalli nama al-Haq dan ar-Rahman ar-Rahim di dalam keadilan dan hikmah Allah, maka perhatikanlah kepada pasukan tentera yang terdiri daripada empat ratus ribu bangsa tumbuhan dan haiwan yang hebat yang khemah-khemah mereka telah dibina di atas muka bumi pada musim bunga. Ini kerana walaupun semua bangsa dan kelompok itu bercampur di antara satu sama lain, walaupun pakaian, makanan, senjata, cara hidup, latihan dan waktu perlepasan mereka adalah berbeza, walaupun mereka tidak memiliki keupayaan untuk mencapai hajat dan tidak mempunyai lidah yang boleh membuat permintaan, namun tonton dan lihatlah gelaran al-Haq, ar-Rahman, ar-Razzaq, ar-Rahim dan al-Karim dengan neraca dan peraturan di dalam daerah hikmah dan keadilan. Bagaimanakah Dia mendidik, mentadbir dan mengurus tanpa kesilapan dan kelupaan dan tidak mencampur adukkan walaupun satu daripada mereka? Maka, adakah jari-jari lain yang boleh mempengaruhi kerja yang dilakukan dengan susunan dan peraturan yang luas yang menakjubkan sebegini? Apakah yang boleh menghulurkan tangannya untuk mengganggu keadaan, pentadbiran, rububiyyah dan urusan ini selain daripada al-Wahid al-Ahad, al-Hakim al-Mutlaq dan al-Qadir ‘ala kulli syai’? Sebab manakah yang boleh ikut masuk campur?

 

Nuktah Keempat: Kalian berkata: Apakah natijah dan faedah bagi cinta yang berbeza dan berlainan terhadap makanan, diri, isteri, kedua ibu bapa, anak-anak, teman-teman, para wali, para nabi, benda-benda yang cantik, musim bunga dan dunia sekiranya rasa cinta itu menurut apa yang diperintahkan oleh al-Quran?


472. Page

Jawapan: Untuk menjelaskan semua natijahnya kami perlu menulis sebuah buku yang tebal. Buat masa ini, kami akan mengisyaratkan secara ringkas hanya kepada satu atau dua natijah. Mula-mula akan diterangkan tentang natijah-natijahnya di dunia. Kemudian akan disebutkan tentang natijah-natijahnya yang muncul di akhirat. Ia seperti berikut:

 

Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini, bala musibah, kesakitan dan kesusahan bagi cinta kalian yang mengikut cara ahli dunia dan kerana nafsu adalah banyak. Kegembiraan, kelazatan dan kerehatannya adalah sedikit. Sebagai contoh: Kerana kelemahan, kasih sayang menjadi musibah yang menyakitkan. Kerana perpisahan, cinta menjadi kebakaran yang membawa bencana. Kerana kelenyapan, kelazatan menjadi syarbat yang beracun. Di akhirat pula, oleh sebab ia bukan kerana Allah, maka ia adalah tidak berfaedah ataupun jika ia telah masuk kepada perkara haram maka ia adalah azab.

 

Soalan: Bagaimanakah cinta terhadap para Nabi dan wali menjadi tidak berfaedah?

 

Jawapan: Ia adalah tidak berfaedah seperti cinta penganut Triniti (kepercayaan tiga dalam satu) kepada Nabi Isa ‘Alaihis Salam dan cinta golongan Syiah terhadap Saidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu. Sekiranya cinta-cinta itu adalah dalam bentuk yang dibimbing oleh al-Quran, kerana Allah dan atas nama cinta ar-Rahman, maka pada masa itu ia mempunyai natijah yang baik sama ada di dunia mahupun akhirat.

 

Adapun cinta kalian kepada makanan yang sedap dan buah-buahan yang baik di dunia pula adalah satu nikmat yang tidak menyakitkan dan kelazatan yang menjadi punca kesyukuran.

 

Cinta kepada diri kalian pula ialah mengasihaninya, mendidik dan menghalangnya daripada kehendak yang bermudarat. Pada masa itu, nafsu tidak akan menunggang kalian dan tidak akan menjadikan kalian tawanan kepada kehendaknya. Bahkan kalian yang menunggang nafsu kalian. Kalian akan mendorongnya kepada hidayah, bukan kepada kehendak. 


473. Page

Cinta kalian kepada teman hidup kalian, memandangkan ia terbina di atas kesantunan budi pekerti, sumber kasih-sayang dan hadiah rahmat, maka jika kalian benar-benar mencintai dan mengasihinya, dia juga akan bersungguh-sunguh mencintai dan menghormati kalian. Apabila kalian berdua sudah tua, keadaan itu akan bertambah. Kalian akan menjalani kehidupan dengan gembira. Sebaliknya, jika cinta itu adalah kerana kecantikan paras rupa yang berdasarkan cinta kerana nafsu, maka cinta itu akan cepat musnah dan merosakkan pergaulan yang baik.

 

Cinta kalian terhadap ibu bapa, oleh sebab ia adalah kerana Allah, maka ia adalah ibadah. Malahan kalian dapat menambahkan penghormatan dan cinta apabila mereka sudah tua. Sesungguhnya bersungguh-sungguh mengharapkan mereka panjang umur dan mendoakan kebaqaan mereka dengan perasaan yang paling tinggi dan dengan penuh tanggungjawab serta mencium tangan mereka dengan rasa hormat yang sejati dengan niat mudah-mudahan aku mendapat lebih banyak pahala disebabkan mereka memperolehkan kelazatan rohani yang tinggi. Sebaliknya jika ia adalah kerana nafsu dan dunia, apabila mereka telah tua dan mula menjadi beban kepada kalian, ia adalah satu kesakitan yang kejam dan menyedihkan. Ini kerana, akibat perasaan yang paling rendah dan hina, kalian merasa susah hati dengan kewujudan mereka dan mengharapkan kematian mereka yang mulia yang merupakan penyebab kehidupan kalian.

Cinta kalian kepada anak-anak pula yakni cinta terhadap anak-anak yang merupakan makhluk-makhluk comel dan menawan yang diamanahkan oleh Allah untuk dijaga dan dididik oleh kalian pula adalah cinta dan nikmat yang membahagiakan. Bukan sahaja kalian tidak akan merasai kesakitan yang banyak akibat musibah (yang menimpa) mereka malah kalian juga tidak akan meratap bagai berputus asa akibat kematian mereka. Sebagaimana telah disebutkan sebelum ini, oleh sebab al-Khaliq mereka adalah al-Hakim dan ar-Rahim, kalian boleh mengatakan bahawa bagi mereka kematian itu adalah satu kebahagiaan. Pada kalian pula, kalian akan memikirkan rahmat Dzat yang menganugerahkan mereka kepada kalian lalu kalian terselamat daripada kesakitan perpisahan.

 


474. Page

Cinta kalian kepada rakan-rakan pula, memandangkan ia adalah kerana Allah dan oleh sebab perpisahan hatta kematian mereka tidak menjadi penghalang kepada persahabatan dan persaudaraan kalian, maka kalian mendapat istifadah daripada cinta maknawi dan ikatan rohani tersebut. Kelazatan pertemuan menjadi kekal. Jika ia bukan kerana Allah, kelazatan sehari pertemuan menatijahkan kesakitan perpisahan selama seratus hari.[1]

 

Cinta kalian kepada para Nabi dan wali pula, oleh sebab alam barzakh yang kelihatan seperti tempat menakutkan yang gelap kepada ahli ghaflah itu kelihatan seperti kediaman-kediaman yang telah diterangi dengan tubuh mereka yang bercahaya itu maka ia tidak memberikan rasa gerun dan kedahsyatan untuk pergi ke alam itu bahkan sebaliknya memberi rasa cenderung dan kerinduan. Ia tidak akan menghilangkan kelazatan kehidupan duniawi.

 

Sebaliknya, sekiranya rasa cinta kepada mereka adalah seperti cinta manusia masa kini kepada orang-orang yang masyhur, maka kerana memikirkan kefanaan dan kelenyapan insan-insan yang kamil itu dan kereputan mereka dalam pusara terbesar yang dinamakan masa lalu, ia menambahkan satu lagi kesedihan kepada hidupmu yang menyakitkan. Yakni, seseorang itu memikirkan bahawa aku juga akan pergi ke sebuah kubur yang mereputkan insan-insan kamil itu. Maka dia memandang pusara dengan pandangan kerisauan lalu akan mengaduh. Manakala pada pandangan sebelum itu, dia berfikir bahawa: Mereka meninggalkan pakaian tubuh merekadi masa lalu, lalu memikirkan permastautinan mereka dengan penuh kerehatan di alam barzakh yang merupakan dewan menunggu. Maka dia memandang pusara dengan penuh kemesraan.

 

Cinta kalian kepada benda-benda yang cantik pula, memandangkan ia adalah kerana as-Sani’-nya, maka ia adalah dari jenis ucapan “Alangkah indah mereka dijadikan”. Di samping rasa cinta itu menjadi tafakur yang lazat, ia turut membuka jalan kepada dafinah martabat keindahan yang lebih tinggi, suci dan ribuan kali lebih cantik dan menyebabkan pandangan rasa memuja kecantikan dan menyanjung keindahan memandang kepadanya.

[1]Sesaat berjumpa kerana Allah adalah sama dengan setahun. Jika ia kerana dunia, maka setahun adalah sesaat.




475. Page

Ini kerana daripada hasil-hasil ciptaan yang cantik itu ia membawa kepada kecantikan perbuatan Ilahi. Daripadanya ia membuka jalan kepada hati ke arah kecantikan nama-nama-Nya. Daripada kecantikan nama-nama itu kepada kecantikan sifat-sifat-Nya dan daripada kecantikan sifat-sifat itu kepada keindahan Dzat Dzul Jalal yang tiada taranya. Justeru jika cinta ini dalam bentuk ini, maka ia adalah lazat, suatu ibadah dan tafakur.

 

Cinta kalian kepada masa muda pula, memandangkan kalian mencintainya dari sudut ia adalah nikmat Allah yang indah, sudah tentu jika kalian membelanjakannya dalam ibadat dan kalian tidak membunuhnya dengan cara melemaskannya dalam kemungkaran, maka ibadat-ibadat yang kalian dapat laksanakan pada masa muda itu adalah buah-buah baqa’ bagi masa muda yang fana. Apabila kalian sudah tua, di samping kalian memiliki buah-buahan baqa’ yang merupakan kebajikan masa muda, kalian juga terselamat daripada kemudaratan dan kedegilan masa muda. Malah, kalian juga memikirkan bahawa kalian memperoleh lebih banyak kesempatan untuk beribadat dan kelayakan untuk mendapat belas kasihan Ilahi di masa tua. Sebagai gantian kelazatan masa muda yang lima atau sepuluh tahun, kalian tidak akan bersedih dan menangisi masa muda selama lima puluh tahun dengan berkata: “Alangkah ruginya! Masa mudaku telah berlalu...” seperti mereka yang lalai (luahkan).

Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka yang begitu telah berkata:

لَيْتَ الشَّبَابَةَ يَعُودُ يَوْمًا فَاُخْبِرُهُ بِمَا فَعَلَ الْمَشِيبُ

Yakni: “Kalaulah masa mudaku dapat kembali di suatu hari, nescaya aku akan mengadu dan memberitahu apakah yang telah dilakukan oleh masa tua ke atasku.”

 

Cinta kepada pameran-pameran berhias seperti musim bunga pula, memandangkan ia adalah berdasarkan perbuatan menonton hasil seni Ilahi, maka kelazatan tatapan itu tidak akan lenyap dengan pemergian musim bunga itu. Ini kerana musim bunga adalah seperti warkah bersadur emas dan engkau boleh menatap makna-makna yang diberikannya pada bila-bila masa. Khayalan dan masa, kedua-duanya memperbaharui makna dan kecantikan musim bunga itu serta meneruskan kelazatan tatapan itu kepada kalian bagaikan lembaran pita wayang. Pada masa itu, cinta kalian tidak akan menjadi sedih, menyakitkan dan sementara. Bahkan Ia menjadi lazat dan menggembirakan.

 


476. Page

Cinta kalian kepada dunia pula, memandangkan ia adalah atas nama Allah, maka pada masa itu maujudat dunia yang dahsyat menjadi sahabatmu yang mesra. Oleh sebab kalian mencintainya dari sudut ia adalah kebun akhirat, maka kalian boleh mengambil modal dan buah yang boleh memberi faedah untuk akhirat pada setiap bendanya. Bukan sahaja musibah-musibahnya tidak menakutkan, malah kelenyapan dan kefanaannya juga tidak akan menyusahkan kalian. Kalian akan melalui tempoh permastautinan kalian di rumah tamu itu dengan penuh kerehatan. Sebaliknya, jika kalian mencintainya seperti mereka yang lalai, sudah beratus kali kami menyatakan bahawa kalian akan lemas dan pergi di dalam cinta yang menyusahkan, menekan, melemaskan, fana dan sia-sia itu.

 

Justeru, sesungguhnya kami telah memperlihatkan hanya satu peratus kelatifan daripada setiap satunya apabila sebahagian kekasih kalian adalah dalam bentuk yang dibimbing al-Quran. Jika ia tidak berada di jalan yang telah ditunjukkan oleh al-Quran, sesungguhnya kami telah mengisyaratkan hanya satu peratus daripada kemudaratannya. Sekarang jika kalian mahu mendengar dan memahami natijah-natijah para kekasih itu di negara baqa’ dan alam akhirat yang telah diisyaratkan oleh al-Quran al-Hakim melalui ayat-ayatnya yang nyata, maka kami akan memperlihatkan secara ringkas satu faedah daripada seratus faedah bagi setiap jenis cinta yang halal di akhirat melalui satu mukadimah dan sembilan isyarat.

 

Mukadimah: Dengan uluhiyyah-Nya yang tinggi, rahmat-Nya yang indah, rububiyyah-Nya yang besar, kesantunan-Nya yang mulia, qudrat-Nya yang agung dan hikmah-Nya yang latif, Allah Subhanahu wa Taala telah memperlengkap dan menghias tubuh insan yang kecil itu dengan deria dan perasaan yang banyak, dengan anggota dan kelengkapan yang sangat hebat, dengan organ dan alat yang berlainan dan dengan rasa dan deria maknawi yang bermacam-macam. Ini supaya dengan alat-alat yang bermacam-macam dan sangat banyak ini, Dia boleh merasakan, memberitahu, mengecapkan dan memperkenalkan kepada manusia itu tentang jenis-jenis nikmat-Nya, bahagian-bahagian kurniaan-Nya dan peringkat-peringkat rahmat-Nya yang tidak terhitung. Malah, supaya Dia boleh memberitahu, merasakan dan mempercintakan seribu satu jenis tajalli nama-Nya yang tidak terkira kepada manusia melalui alat-alat itu.


477. Page

Sebagaimana terdapat tugas dan 'ubudiyyah yang berbeza pada setiap alat dan kelengkapan yang sangat banyak pada insan itu, terdapat juga kelazatan, kesakitan, tugas dan ganjaran yang berbeza baginya. Sebagai contoh: Mata dapat menatap kecantikan pada rupa bentuk dan jenis-jenis mukjizat qudrat di alam mubsirat (yang dilihat). Tugasnya ialah bersyukur kepada as-Sani’-nya dengan mengambil iktibar. Kelazatan dan kesakitan yang dikhususkan kepada pandangan adalah dimaklumi, maka tidak perlu dihuraikan lagi. Telinga pula mendengar jenis-jenis suara, irama-irama yang lembut dan kehalusan rahmat Allah di alam masmu‘at (yang didengar). Terdapat pengabdian, kelazatan dan ganjaran yang berbeza. Deria bau merasai kelembutan rahmat pada kelompok bauan. Terdapat tugas kesyukuran dan kelazatan yang terkhusus padanya. Sudah tentu ganjaran-ganjarannya juga ada. Deria rasa pada lidah pula melakukan tugas dengan kesyukuran maknawi yang sangat bermacam-macam dengan memahami rasa semua makanan dan begitulah seterusnya. Terdapat tugas, kelazatan dan kesakitan yang berbeza-beza bagi kelengkapan manusiawi dan latifah-latifah yang besar dan penting seperti hati, akal dan roh.

 

Justeru, sudah tentu Allah dan al-Hakim al-Mutlaq akan memberikan ganjaran yang sesuai kepada setiap kelengkapan yang digunakan pada manusia ini. Natijah-natijah segera di dunia yang telah diterangkan sebelum ini bagi cinta-cinta yang berlainan itu akan dirasai oleh semua orang dengan sanubarinya dan dibuktikan dengan keyakinan yang benar. Natijah-natijahnya di akhirat pula, sebagaimana kewujudan dan kepastiannya yang muktamad telah diisbatkan secara ringkas melalui Hakikat Kedua Belas Kalimah Kesepuluh yang muktamad dan nyata serta melalui Enam Asas Kalimah Kedua Puluh Sembilan yang terang dan secara terperinci adalah sabit secara qat‘i melalui penyataan, paparan, kiasan dan isyarat ayat-ayat al-Quran yang merupakan اَصْدَقُ الْكَلاَمِ وَاَبْلَغُ النِّظَامِ كَلاَمُ اللّٰهِ الْمَلِكِ الْعَزِيزِ الْعَلاَّمِ  menerusi ayat-ayatnya yang nyata. Maka tidak perlu lagi untuk mendatangkan bukti-bukti yang lebih panjang. Sememangnya banyak bukti telah disebutkan di dalam kalimah-kalimah lain dan dalam Maqam Kedua yang berbahasa Arab bagi Kalimah Kedua Puluh Lapan yang mengenai syurga.


478. Page

Isyarat Pertama: Melalui nas al-Quran, natijah ukhrawi bagi cinta halal yang memberi kesyukuran terhadap makanan yang lazat dan buah-buah yang sedap ialah makanan-makanan yang lazat dan buah-buah yang sedap yang sesuai dengan syurga serta satu cinta yang penuh selera kepada makanan dan buah-buahan itu. Hatta kalimah Alhamdulillah yang kalian lafazkan di atas buah yang kalian makan di dunia akan diberi bentuk sebagai buah syurga lalu diberikan kepada kalian. Di sini kalian memakan buah, di sana kalian memakan Alhamdulillah. Seterusnya adalah sabit melalui nas hadith, isyarat al-Quran dan kehendak hikmah dan rahmat bahawa kesyukuran maknawi kerana kalian merasai pemberian nikmat Ilahi dan tolehan ar-Rahman di dalam nikmat dan makanan itu akan diberikan di syurga dalam bentuk makanan yang sangat lazat.

 

Isyarat Kedua: Natijah cinta kepada diri sendiri dalam bentuk yang halal di dunia, yakni mendidiknya bukan dengan cinta yang dibina di atas kecantikan diri bahkan dengan kasih-sayang yang dibina untuk menyempurnakan setelah nampak kekurangannya. Natijah mendorong diri kepada kebaikan ialah Dia memberikan para kekasih yang sesuai dengan diri itu di syurga.

Memandangkan diri telah menggunakan kehendak dan nafsunya dengan baik di jalan Allah di dunia, maka dia telah menggunakan anggota dan perasaannya dengan cara yang baik. Sebagai natijah cinta yang halal dan penuh pengabdian kepada-Nya di dunia, sesungguhnya telah dijelaskan dan dibuktikan dengan banyak ayat bahawa di negara baqa’ itu, al-Karim al-Mutlaq akan menganugerahkan bidadari yang setiap satunya ibarat syurga kecil yang bernyawa. Dia memakaikannya tujuh puluh perhiasan yang berlainan yang merupakan tujuh puluh jenis perhiasan dan contoh kesantunan syurga yang berbeza, lalu menghiasi tubuhnya dengan tujuh puluh jenis kecantikan yang akan menggembirakan dan membelai semua perasaan dan deria pada diri di syurga. Malah natijah cinta kepada masa muda di dunia yakni membelanjakan tenaga masa muda pada ibadah pula ialah usia muda yang abadi di syurga.

 


479. Page

Isyarat Ketiga: Natijah ukhrawi bagi cinta kepada teman hidup kalian dalam daerah yang halal yakni perbuatan menjaga teman hidup kalian daripada kenusyuzan dan daripada dosa-dosa yang lain dengan cinta sejati yang berpaksikan kasih-sayangnya yang latif, budi pekertinya yang luhur dan akhlaknya yang indah pula ialah; ar-Rahim al-Mutlaq telah menjanjikan bahawa teman hidup itu akan dikembalikan semula sebagai teman hidup yang abadi di negara kebahagiaan dalam rupa yang lebih cantik, dalam bentuk yang lebih berhias, dalam keadaan yang lebih menawan berbanding dengan para bidadari serta sebagai sahabat, pencinta dan kekasih yang mesra, lembut dan abadi yang akan mengimbau kisah-kisah lalu di dunia dan akan mengingatkan kenangan-kenangan lama dengan penuh kenikmatan. Sudah tentu Dia akan menunaikan perkara yang telah dijanjikan-Nya.

 

Isyarat Keempat: Natijah cinta yang halal kepada dua ibu bapa dan anak-anak: Melalui nas al-Quran, al-Arham ar-Rahimin tetap mengurniakan pertemuan abadi di negara baqa’ kepada keluarga bahagia itu dalam bentuk kelazatan perbualan yang suci dan pergaulan baik yang sesuai dengan syurga walaupun maqam mereka berbeza. Di syurga juga, Dia menyerahkan anak-anak kecil yang mati sebelum berumur lima belas tahun yakni yang belum sampai ke usia baligh yang dinamakan مُخَلَّدُونَ وِلْدَانٌ dalam bentuk kanak-kanak syurga dan dengan keadaan yang sesuai dengan syurga, dengan rupa yang didandan rapi dan comel ke dalam dakapan ibu bapa mereka lalu menggembirakan rasa keibubapaan mereka. Dia mengurniakan mereka kenikmatan dan kelazatan abadi itu. Ini kerana, oleh sebab mereka belum memasuki usia mukallaf, maka mereka akan kekal sebagai kanak-kanak yang abadi, comel dan menawan. Di syurga terdapat perkara yang tertinggi bagi setiap perkara yang lazat di dunia. Namun, telah disangkakan bahawa sikap keibubapaan yang menyeronokkan yakni kenikmatan menyayangi anak-anak dan membelai mereka tiada di syurga kerana syurga bukannya tempat melahirkan zuriat. Justeru, perkara itu juga ada dalam bentuk ini. Malahan ia terdapat dalam bentuk yang paling seronok dan menggembirakan. Justeru, inilah berita gembira kepada mereka yang kematian anak sebelum usia baligh.

 


480. Page

Isyarat Kelima: Natijah mencintai teman-teman yang soleh menurut hukum اَلْحُبُّ فِى اللّٰهِ  melalui nas al-Quran: Adalah sabit bahawa Allah akan mempertemukan seseorang itu dengan teman-temannya dalam bentuk perbualan mesra dan yang tiada perpisahan dan suci yang digambarkan melalui ayat عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ. Yakni, mereka duduk di atas bangku-bangku syurga yang dibina secara berhadapan lalu dengan cara yang tertib, ceria, baik dan manis, mereka bercerita tentang kisah hidup di dunia dan kenangan-kenangan lama dan menggembirakan satu sama lain.

 

Isyarat Keenam: Natijah cinta kepada para Nabi dan wali menurut huraian al-Quran: Di samping mendapat istifadah daripada syafaat dan bantuan para Nabi dan wali di dalam barzakh dan hari kebangkitan, melalui perantaraan cinta itu, mereka juga mendapat limpahan daripada maqam dan limpahan-limpahan yang sangat tinggi dan layak kepada mereka. Ya menurut rahsia اَلْمَرْءُ مَعَ مَنْ اَحَبَّ, seseorang yang biasa, boleh memasuki maqam dan kedudukan yang paling tinggi kerana mengikut insan dicintainya yang tinggi maqamnya.

 

Isyarat Ketujuh: Natijah cinta yang halal kepada benda-benda yang cantik dan musim bunga, yakni natijah mencintai kecantikan perbuatan di sebalik kesan-kesan itu dan keteraturannya seterusnya mencintai tajalli-tajalli nama yang indah di sebalik keteraturan perbuatan itu dan seterusnya mencintai tajalliyat sifat-sifat di belakang nama-nama yang indah tersebut dan begitulah seterusnya dengan pandangan betapa indahnya ia dicipta ialah kalian dapat melihat tajalli nama-nama dan keindahan serta sifat-sifatnya di dalam nama-nama itu dalam syurga di negara baqa’ dalam bentuk yang seribu kali ganda lebih cantik berbanding dengan ciptaan-ciptaan berseni yang dilihatnya sebagai cantik (di dunia dahulu). Hatta Imam Rabbani Rahimahullah telah berkata bahawa latifah-latifah syurga adalah tamsilan tajalli nama-nama Ilahi. Maka cubalah renungkan!

 


481. Page

Isyarat Kelapan: Natijah ukhrawi bagi cinta penuh tafakur terhadap dua wajah dunia yang baik di dunia iaitu dunia adalah kebun akhirat dan cerminan nama-nama Ilahi: Akan diberikan sebuah syurga yang baqa’ seluas dunia tetapi tidak fana seperti dunia. Malah, nama-nama yang hanya bayangan lemahnya telah diperlihatkan di dunia akan diperlihatkan pada cermin-cermin syurga itu dalam bentuk yang paling gemilang. Malah, natijah mencintai dunia pada wajahnya sebagai kebun akhirat juga: Dia akan memberikan sebuah syurga yang akan menjadikan dunia sebagai kebun kecil bagi syurga yang menghasilkan tunas-tunas sampai ke satu tahap sahaja. Yakni, walaupun pancaindera dan perasaan manusia di dunia ibarat tunas-tunas kecil sahaja, namun, di syurga ia akan berkembang dalam bentuk yang paling sempurna dan persediaan manusia yang ibarat biji benih di dunia akan diberikan kepadanya dalam bentuk yang berkembang mekar dengan jenis-jenis kelazatan dan kesempurnaan. Sebagaimana perkara di atas menjadi kewajaran rahmat dan hikmah, ia juga adalah sabit melalui nas-nas hadith dan isyarat al-Quran. Malah memandangkan, ia bukanlah cinta tercela kepada dunia yang merupakan punca setiap kesalahan, bahkan ia telah mencintai dua wajah dunia yang memandang kepada nama-nama dan akhirat adalah kerana nama-nama itu dan ia telah memakmurkan dua wajah itu dengan ibadah berbentuk fikir, seolah-olah dia telah beribadat dengan seluruh dunianya, maka sudah tentu penerimaannya akan ganjaran sebesar dunia adalah kehendak rahmat dan hikmah. Malah memandangkan dia telah mencintai kebunnya dengan cinta akhirat dan mencintai cermin nama-nama Ilahi dengan cinta Allah, maka sudah tentu dia mengingini kekasih seperti dunia. Itu pula ialah syurga sebesar dunia.

 

Soalan: Apa gunanya syurga yang sebesar dan seluas itu?

Jawapan: Sekiranya mungkin, jika kalian menjelajahi seluruh pelusuk bumi dan menjelajah kebanyakan bintang dengan kepantasan khayalan, nescaya kalian boleh mengatakan seluruh alam adalah “millikku”. Perkongsian oleh malaikat, insan dan haiwan tidak akan merosakkan kenyataan tersebut. Demikian juga sekiranya syurga penuh sekalipun, kalian tetap boleh mengatakan bahawa syurga itu adalah “milikku”. Rahsia tentang pemberian sebuah syurga seluas lima ratus tahun kepada sebahagian ahli syurga yang terdapat dalam hadith Nabi, telah diterangkan dalam Kalimah Kedua Puluh Lapan.


482. Page

Isyarat Kesembilan: Natijah iman dan mahabbatullah: Adalah sabit dengan kesepakatan ahli kasyaf dan tahqiq bahawa seribu tahun kehidupan dunia dalam kebahagiaan tidak boleh mengatasi sesaat kehidupan di syurga dan seribu tahun kehidupan syurga juga tidak boleh mengatasi sesaat melihat dan menyaksikan[1] Dzat Dzul Jalal yang merupakan pemilik keindahan dan kesempurnaan yang kudus dan suci. Ini kerana hakikat ini adalah sabit dengan hadith yang qat’i dan nas al-Quran.

 

Semua orang merasai dalam hati nuraninya keterujaan penuh kerinduan untuk melihat seseorang yang masyhur dengan kesempurnaan seperti Nabi Sulaiman ‘Alaihis Salam dan merasai kerinduan dengan keterujaan untuk menyaksikan seseorang yang unggul dengan keindahan seperti Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam. Agaknya, jika kalian dapat mengkiaskan betapa melihat satu Dzat yang seluruh kecantikan dan kesempurnaan syurga yang ribuan tahap lebih tinggi daripada kecantikan dan kesempurnaan seluruh dunia merupakan tajalli keindahan dan kesempurnaan-Nya adalah sangat diharapkan dan mengandungi keterujaan serta menyaksikan-Nya adalah sangat dikehendaki dan dirindui, maka kiaskanlah!






[1] Melalui nas hadith, penyaksian itu adalah melebihi segala kelazatan syurga sehingga boleh melupakannya. Selepas penyaksian, kecantikan dan keindahan mereka yang menyaksikannya akan bertambah sehingga apabila mereka kembali, ahli keluarga di istana-istana mereka sukar untuk mengenali mereka walaupun setelah diamati dengan teliti. Demikianlah yang warid (tercatat) di dalam hadith.




483. Page

 

اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا فِى الدُّنْيَا حُبَّكَ وَ حُبَّ مَا يُقَرِّبُنَا اِلَيْكَ

وَ الْاِسْتِقَامَةَ كَمَا اَمَرْتَ وَ فِى اْلآخِرَةِ رَحْمَتَكَ وَ رُويَتَكَ



سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ

اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى مَنْ اَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ


اٰمينَ

 

"Ya Allah kurniakanlah pada kami di dunia ini kecintaan kepada-Mu, kecintaan terhadap perkara-perkara yang dapat mendekatkan kami kepada-Mu, dan keistiqamahan seperti yang Engkau telah perintahkan.

Kurniakan kasih sayang-Mu serta perkenan untuk melihat-Mu di akhirat.

 

Maha Suci Engkau Ya Allah. Kami tiada ilmu kecuali apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami.

Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Ya Allah limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi Muhammad yang Engkau telah utuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam dan kepada keluarga serta para sahabat baginda.

Amin.”

 

  

  

Peringatan: Janganlah kalian merasakan bahawa huraian yang panjang di penghujung kalimah ini sebagai panjang. Ia sebenarnya adalah pendek jika dilihat kepada kepentingannya. Malah sepatutnya ia dihuraikan dengan lebih panjang. Bukan aku yang berkata di dalam semua kalimah. Bahkan yang berkata atas nama isyarat al-Quran ialah hakikat. Hakikat pula sentiasa mengatakan yang hak. Ia berkata benar. Jika kalian terlihat sesuatu yang salah ketahuilah sesungguhnya bahawa tanpa aku sedari, fikiranku telah masuk campur, mencelarukannya dan telah melakukan kesalahan.

 

Said Nursî





484. Page

Munajat

 

Ya Rabb! Apabila pintu istana yang besar tidak dibuka, seseorang yang mengetuknya akan mengetuknya dengan suara seseorang lain yang biasa dengan istana itu supaya pintu itu dibuka. Begitulah juga diriku yang tidak berdaya. Aku mengetuk pintu rahmat-Mu dengan suara dan munajat hamba yang dicintai-Mu Uwais al-Qarani. Sebagaimana Engkau telah membuka pintu-Mu untuknya, maka dengan rahmat-Mu bukalah juga untukku.

 

اَقُولُ كَمَا قَالَ

Aku berkata sebagaimana beliau berkata:

 

اِلٰهِى اَنْتَ رَبِّى وَ اَنَا الْعَبْدُ وَ اَنْتَ الْخَالِقُ وَ اَنَا الْمَخْلُوقُ

Ya Allah Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu, Engkau Pencipta dan aku dicipta

وَ اَنْتَ الرَّزَّاقُ وَ اَنَا الْمَرْزُوقُ وَ اَنْتَ الْمَالِكُ وَ اَنَا الْمَمْلُوكُ

Engkau Pemberi rezeki dan aku penerima rezeki, Engkau Pemilik dan aku dimiliki

وَ اَنْتَ الْعَزِيزُ وَ اَنَا الذَّلِيلُ وَ اَنْتَ الْغَنِىُّ وَ اَنَا الْفَقِيرُ

Engkau Mulia dan aku hina, Engkau Kaya dan aku fakir

وَ اَنْتَ الْحَىُّ وَ اَنَا الْمَيِّتُ وَ اَنْتَ الْبَاقِى وَ اَنَا الْفَانِى

Engkau Hidup dan aku mati, Engkau Baqa’ dan aku fana

وَ اَنْتَ الْكَرِيمُ وَ اَنَا اللَّئِيمُ وَ اَنْتَ الْمُحْسِنُ وَ اَنَا الْمُسِيئُ

Engkau Mulia dan aku tercela, Engkau Pembuat kebaikan dan aku pelaku keburukan

وَ اَنْتَ الْغَفُورُ وَ اَنَا الْمُذْنِبُ وَ اَنْتَ الْعَظِيمُ وَ اَنَا الْحَقِيرُ

Engkau Pengampun dan aku berdosa, Engkau Agung dan aku rendah

وَ اَنْتَ الْقَوِىُّ وَ اَنَا الضَّعِيفُ وَ اَنْتَ الْمُعْطِىُّ وَ اَنَا السَّائِلُ

Engkau Kuat dan aku daif, Engkau Pemberi dan aku peminta

وَ اَنْتَ الْاَمِينُ وَ اَنَا الْخَا ئِفُ وَ اَنْتَ الْجَوَّادُ وَ اَنَا الْمِسْكِينُ

Engkau Pengaman dan aku takut, Engkau Dermawan dan aku miskin

وَ اَنْتَ الْمُجِيبُ وَ اَنَا الدَّاعِى وَ اَنْتَ الشَّافِى وَ اَنَا الْمَرِيضُ

Engkau Pengkabul dan aku pemohon, Engkau Penyembuh dan aku pesakit

فَاغْفِرْلِى وَ تَجَاوَزْ عَنِّى وَ اشْفِ اَمْرَاضِى يَٓا اَللّٰهُ يَا كَافِى

Maka ampunilah aku dan redhailah aku, sembuhkanlah penyakitku wahai Allah yang Maha Mencukupkan

يَا رَبُّ يَا وَافِى يَا رَحِيمُ يَا شَافِى يَا كَرِيمُ يَا مُعَافِى

فَاعْفُ عَنِّى مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ

Ya Rabb, Ya Wafi, Ya Rahim, Ya Syafi, Ya Karim, Ya Mu‘afi

Maka ampunilah aku dari segala dosa

وَ عَافِنِى مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَارْضَ عَنِّى اَبَدًا

Dan sihatkanlah daku dari segala penyakit dan redhailah aku selamanya.

بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Dengan rahmat-Mu ya Arham ar-Rahimin

وَ آخِرُ دَعْوٰيهُمْ اَنِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ