NAVIGATION
118. Page
Kalimah ini terdiri daripada dua maqam yang tinggi dan satu tambahan yang bersinar.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْاَرْضِ زِينَةً لَهَا لنَبْلُوَهُمْ اَيُّهُمْ اَحْسَنُ عَمَلاً وَاِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَٓا اِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ
Al-Khaliq ar-Rahim, ar-Razzaq al-Karim dan as-Sani` al-Hakim menjadikan dunia ini dalam bentuk perayaan dan keraian untuk alam roh dan makhluk-makhluk rohani. Dia menghiasinya dengan ukiran yang menakjubkan bagi semua nama-Nya. Kemudian Dia memakaikan setiap roh yang besar atau kecil, yang mulia atau hina dengan tubuh yang telah dilengkapi dengan deria dan sesuai untuk beristifadah daripada pelbagai kecantikan dan nikmat tak terhitung yang berbeza-beza di dalam perayaan itu, memberikannya satu jasad jasmani dan menghantarnya ke pameran itu hanya untuk satu kali.
Malah, Dia juga membahagikan-bahagikan perayaan yang sangat luas dari segi masa dan tempat itu, kepada abad, tahun, musim hatta kepada hari dan benua lalu dari satu sudut Dia menjadikan setiap abad, tahun, musim, hatta hari dan setiap satu benua sebagai satu perayaan agung yang berbentuk lintasan rasmi untuk setiap golongan makhluk-Nya yang bernyawa dan masnu'at-Nya yang dari kalangan tumbuh-tumbuhan. Dia menjadikan terutamanya muka bumi, khususnya pada musim bunga dan musim panas sebagai satu siri perayaan yang sangat meriah dan hebat buat golongan makhluk kecil sehingga ia kelihatan menarik dan boleh menarik perhatian makhluk rohani, para malaikat dan penghuni langit yang berada di peringkat yang tinggi. Perayaan itu menjadi tempat untuk renungan yang begitu indah bagi ahli tafakur sehingga akal tidak terdaya untuk menggambarkannya.
Namun sebagai ganti kepada tajalli nama ar-Rahman dan al-Muhyi dalam pertamuan Ilahi dan perayaan Rabbani ini, nama al-Qahhar dan al-Mumit muncul di hadapan mereka dengan perpisahan dan kematian. Ini pula secara zahir tidak bersesuaian dengan keluasan kesyumulan rahmat وَسِعَتْ رَحْمَتِى كُلَّ شَيْئٍ -Nya. Namun, pada hakikat terdapat beberapa sudut kesesuaiannya dan salah satunya adalah seperti berikut:
119. Page
Setelah setiap kumpulan makhluk menamatkan giliran lintas hormatnya dan setelah hasil yang diinginkan telah diperolehi daripadanya, dengan penuh belas kasihan as-Sani’ al-Karim dan al-Fatir ar-Rahim menjadikan sebahagian besar daripada mereka merasa benci dan bosan dengan dunia. Dia menganugerahkan kecenderungan untuk berehat dan kerinduan untuk berhijrah ke alam yang lain. Semasa mereka dilepaskan daripada tugas kehidupan, Dia membangkitkan dalam roh mereka suatu kecenderungan rindu yang membara untuk pulang ke negara asal mereka.
Malah, ia tidaklah jauh daripada rahmat ar-Rahman yang tiada tepian itu. Ini kerana sebagaimana Dia memberikan gelaran syahid kepada seorang pejuang yang binasa demi tugasnya dalam kerja mujahadahnya serta memberi ganjaran dengan cara mengurniakan tubuh jasmani yang baqa’ di akhirat kepada biri-biri yang disembelih sebagai qurban dan memberikan pangkat sebagai tunggangan yang seperti Buraq untuk tuannya di atas Sirat, seperti itu juga, adalah tidak jauh daripada khazanah rahmat-Nya yang tidak akan luak bahawa terdapat sejenis ganjaran rohani dan upah maknawi berdasarkan persediaan sendiri untuk semua makhluk bernyawa dan haiwan yang lain yang binasa dalam tugasan fitrah Rabbani, dalam mentaati perintah Subhani yang khusus kepada mereka dan untuk makhluk bernyawa yang teruk menanggung kesusahan. Supaya sebelum mereka pergi dari dunia ini mereka tidak berasa sangat terluka bahkan berasa senang hati. لاَ يَعْلَمُ الْغَيْبَ اِلاَّ اللّٰهُ.
120. Page
Tetapi manusia yang merupakan makhluk bernyawa yang paling mulia dan yang paling banyak beristifadah dari segi bilangan dan cara dalam perayaan-perayaan itu, walaupun sangat menggilai dan mendambakan dunia, sebagai kesan rahmat, Dia memberikan satu kebencian kepada dunia dan suatu keadaan rindu yang membuak untuk pergi ke alam baqa’. Maka insan yang keinsanannya tidak tenggelam dalam kesesatan dapat beristifadah daripada keadaan itu. Lalu dia pergi dengan hati yang tenang.
Sekarang, sebagai contoh, kami akan menerangkan lima wajah daripada wajah-wajah yang menghasilkan keadaan itu:
Pertama: Dengan menunjukkan tanda kefanaan dan kelenyapan serta erti kepahitannya melalui musim usia tua di atas benda-benda duniawi yang indah dan menarik, Dia menyebabkan insan itu terkejut dengan dunia lalu mencari kehendak yang baqa’ menggantikan yang fana’ itu.
Kedua: Oleh sebab sembilan puluh sembilan peratus daripada semua kekasih yang telah ditunjukkan hubungannya oleh insan telah meninggalkan dunia ini dan menetap di alam lain, maka Dia mengurniakan suatu kerinduan ke tempat yang ditujui oleh para kekasih itu melalui dorongan rasa cinta yang tulus itu. Lalu Dia menyebabkan insan menyambut ajal dan kematian dengan penuh kegembiraan.
Ketiga: Dengan menyedarkan manusia tentang kedaifan dan kelemahan yang tidak berpenghujung padanya melalui beberapa perkara dan dengan memahamkan betapa beratnya beban dan tanggungjawab kehidupan, Dia membangkitkan kehendak yang bersungguh-sungguh untuk berehat dan keinginan yang tulus untuk pergi ke dunia lain.
Keempat: Melalui cahaya keimanan, Dia menunjukkan kepada orang yang beriman bahawa kematian bukanlah hukuman mati, tetapi penukaran tempat. Kubur bukanlah mulut telaga yang gelap, tetapi pintu menuju alam-alam yang bercahaya. Dunia ini pula, bersama-sama dengan kehebatannya hanyalah ibarat penjara jika dibandingkan dengan akhirat. Sudah tentu, keluar dari penjara dunia ini dan masuk ke taman-taman syurga, menyeberang ke alam kerehatan dan medan berterbangannya roh dari kehidupan jasmani yang mengganggu dan membingitkan dan meloloskan diri daripada hiruk-pikuk makhluk yang menjengkelkan lalu menuju ke hadrat ar-Rahman merupakan perjalanan bahkan kebahagiaan yang didamba dengan seribu nyawa.
121. Page
Kelima: Dengan memberitahu tentang perihal dunia melalui ilmu hakikat dan nur hakikat yang terkandung di dalam al-Quran, Dia menerangkan kepada orang yang mendengar al-Quran bahawa cinta dan hubungan kepada dunia adalah sangat tidak bermakna.
Yakni Dia berkata kepada insan dan mengisbatkan bahawa dunia ialah kitab as-Samad. Huruf dan kalimahnya tidak mengisyaratkan kepada diri huruf dan kalimah itu sendiri tetapi kepada dzat, sifat dan nama sesuatu yang lain. Oleh itu, ketahuilah maknanya dan berpeganglah padanya. Namun tinggalkanlah ukirannya dan pergi.
Dunia juga merupakan sebuah ladang. Semai dan tuailah hasilnya dan simpanlah ia. Buanglah sampah-sarapnya dan usah pedulikan!
Dunia juga merupakan himpunan cermin yang sentiasa bersilih-ganti di belakang satu sama lain. Oleh itu, kenalilah apa yang menjelma pada cermin-cermin itu dan lihatlah cahaya-cahaya-Nya. Fahamilah tajalli nama-nama yang muncul pada cermin-cermin itu. Cintailah apa yang telah dinamakan dan putuskanlah hubunganmu dengan serpihan kaca yang telah ditakdirkan akan binasa dan pecah itu!
Dunia juga merupakan tempat perdagangan yang akan berlalu pergi. Oleh itu, berdaganglah dan pulang. Janganlah berlari dan meletihkan diri secara sia-sia di belakang kafilah yang melarikan diri daripadamu dan tidak mempedulikanmu.
Dunia juga merupakan tempat mengambil angin yang sementara. Oleh itu, pandanglah ia dengan pandangan renungan dan perhatikanlah bukan kepada wajahnya yang hodoh, tetapi kepada wajahnya yang indah dan terselindung yang memandang kepada al-Jamil al-Baqi (Yang Maha Indah Selamanya). Lakukanlah lawatan yang menyenangkan dan berfaedah, kemudian kembalilah. Janganlah menangis dan risau seperti anak kecil yang belum berakal lantaran tertutupnya tirai yang memaparkan pemandangan yang indah dan menunjukkan kecantikan itu.
Dunia juga merupakan rumah pertamuan. Oleh itu makan dan minumlah dalam lingkungan keizinan Tuan Rumah Yang sangat Pemurah yang membinanya dan bersyukurlah kepada-Nya. Beramal dan bertindaklah dalam lingkungan undang-undang-Nya. Kemudian janganlah menoleh ke belakangmu. Keluar dan beredarlah. Janganlah mencampuri urusannya secara berlebihan dengan mengatakan sesuatu yang mengarut. Janganlah menyibukkan dirimu dengan hal-hal yang berpisah daripada dirimu dan tiada kena-mengena denganmu secara sia-sia. Janganlah mengikat dirimu dengan perkara-perkara yang sementara lalu hanyut di dalamnya!
122. Page
Demikianlah lima wajah ini memperlihatkan rahsia-rahsia dalam wajah sebenar dunia melalui hakikat-hakikat zahir di atas lalu sangat memudahkan perpisahan daripada dunia. Bahkan Dia menjadikan mereka yang sedar mencintainya. Dia memperlihatkan bahawa terdapat jejak rahmat-Nya pada setiap benda dan dalam setiap urusan-Nya.
Justeru, sebagaimana al-Quran mengisyaratkan kepada lima wajah tadi, ayat-ayat al-Quran juga mengisyaratkan kepada wajah-wajah khusus yang lain. Malang dan celakalah sesiapa yang tidak mendapat habuan daripada lima wajah itu.
Tinggalkanlah ratapan kerana musibah, datang dan bertawakkallah wahai yang kebuntuan!
Ini kerana, ketahuilah bahawa ratapan adalah musibah dalam musibah dan dalam kesilapan!
Jika engkau telah menemui Pemberi musibah, ketahuilah bahawa ia adalah musibah dalam anugerah dan dalam kelapangan!
Tinggalkanlah ratapan, bersyukurlah wahai yang kebuntuan!
Bagaikan bulbul yang sentiasa riang dengan keadaannya dan selalu tertawa
Jika engkau tidak dapat temui pemberi musibah,
Maka ketahuilah bahawa seluruh dunia adalah sia-sia dalam sengsara dan dalam derita!
Ketika di atasmu ada musibah sebesar dunia,
apalah yang kau jeritkan daripada musibah yang kecil?
Ayuh, mari bertawakkal!
Tersenyumlah di wajah musibah dengan tawakkal, moga ia turut tersenyum.
Sebaik sahaja ia tersenyum, ia mengecil, berlakulah perubahan.
Ketahuilah, wahai orang yang angkuh!
Kebahagiaan di dunia ini adalah dengan meninggalkannya.
Jika engkau mengenali Allah, Dia adalah mencukupi.
Jika engkau meninggalkannya (dunia) sekalipun, semua benda bersamamu.
Jika engkau angkuh, ia adalah bencana.
Apa pun yang engkau lakukan, semua benda menentangmu.
Maknanya, di dunia ini, perlu meninggalkannya (dunia) dalam kedua-dua keadaan.
123. Page
Meninggalkan dunia ialah memandang milik Allah dengan keizinan dan nama-Nya.
Jika engkau ingin berdagang, ia adalah dengan menukarkan umurmu yang fana kepada kebaqaan.
Jika engkau mahukan diri sendiri, sesungguhnya ia reput malah tidak berasas.
Jika engkau mahukan saujana dunia, lambang kefanaan ada di atasnya.
Maknanya, tidak ada manfaatnya di pasar ini, kerana barangannya semuanya reput.
Oleh itu, langkauilah ia. Barang-barang yang elok telah disusun di belakangnya.
Di hadapan pohon mulberi yang diberkati itu, ‘Said Lama’ telah bermadah melalui lidah ‘Said Baru’
Mukhatab-ku bukanlah Ziya Pasha, tetapi mereka yang terpesona dengan Eropah
Yang berbicara bukanlah diriku tetapi hatiku atas nama murid-murid al-Quran.
Kalimah-kalimah yang terlafaz ialah kebenaran
Awas! Jangan kau hairan!
Jangan sesekali kau melebihi batasnya
Kepada fikiran asing, jangan kau melencong!
Ia kesesatan, jangan kau dengar!
Pasti ia menyebabkan engkau menyesal.
Engkau melihat, orangmu yang paling bercahaya
Yang menjulang panji kebijaksanaan
Selalu berkata daripada kehairanan itu:
“Aduhai, tentang siapa dan kepada siapakah aku perlu mengadu
Aku juga keliru!”
124. Page
Al-Quran menyuruh, aku pun berkata
Sama sekali aku tidak gentar!
Daripada-Nya kepada-Nya aku mengadu
Bukan sepertimu, aku tidak keliru.
Tentang al-Haq kepada al-Haq aku meraung
Bukan sepertimu, aku tidak berlebih
Dari bumi ke langit aku akan mendakwa
Bukan sepertimu, aku tidak akan lari bercempera.
Kerana tiap dakwaan dalam al-Quran
Daripada nur kepada nur
Bukan sepertimu, aku tidak berundur.
Pada al-Quran hikmah sebenar, akan aku buktikan!
Falsafah yang sesat, walaupun sesen nilainya bukan
Pada al-Furqanlah berlian hakikat
(Deminya) aku serahkan nyawa
Bukan sepertimu, aku tidak akan menjualnya.
Daripada makhluk kepada al-Haq aku berjalan
Bukan sepertimu, aku tidak melencong
Di jalan berduri aku terbang
Bukan sepertimu, aku tidak memijaknya
Dari bumi ke langit aku bersyukur
Bukan sepertimu, aku tidak mengabaikannya.
Bagaikan teman, ku pandang ajal dan maut
Bukan sepertimu, aku tidak takut
Sambil tertawa aku masuk ke kubur
Bukan sepertimu, aku tidak gerun.
125. Page
Bukan sepertimu, aku tidak melihatnya bak mulut naga
Lubuk kesepian
Lorong kekosongan
Ia temukan semula aku dengan para kekasih
Aku tidak susah hati kerana pusara
Bukan sepertimu, aku tidak murka.
Ia pintu rahmat, pintu cahaya dan pintu kebenaran
Dengannya aku tidak pernah bosan, aku takkan berundur
Dengan menyebut “بِسْمِ اللّٰهِ” aku mengetuknya[1]
Aku tidak pernah menoleh ke belakang. Aku tidak gentar.
Dengan berkata Alhamdulillah aku menemui kerehatan dan aku akan berbaringan
Aku tidak akan merasai kesusahan dan tinggal dalam kesunyian
Dengan berkata Allahu Akbar aku mendengar azan kebangkitan dan aku akan bangun[2]
Aku tidak akan gentar akan Mahsyar teragung
Aku tidak akan lari daripada Masjid ulung.
Kerana kesantunan Tuhan, cahaya al-Quran, limpahan iman,
Aku tidak pernah bersedih
Tanpa henti aku akan berlari, ke naungan ‘Arasy ar-Rahman
Aku akan terbang
Bukan sepertimu, aku tidak akan terpesong
Insya-Allah.
Said Nursi
126. Page
هٰذِهِ الْمُنَاجَاةُ تَخَطَّرَتْ فِى الْقَلْبِ هٰكَذَا بِالْبَيَانِ الْفَارِسِىِّ
Oleh sebab munajat di bawah ini terlintas di hatiku dalam bahasa Parsi maka ia telah ditulis dalam bahasa Parsi. ia telah disertakan dalam Risalah Habab (biji benih) yang telah dicetak sebelum ini.
يَا رَبْ بَشَشْ جِهَتْ نَظَرْ مِيكَرْدَمْ دَرْدِ خُودْرَا دَرْمَانْ نَمِى دِيدَمْ
Ya Rabb! Untuk mencari penawar kedukaanku aku telah bersandar kepada keupayaan dan ikhtiarku tanpa tawakkal dan dengan kelalaian, aku menjelajahkan pandanganku pada enam dimensi yang disebut sebagai jihhah as-sittah (sudut yang enam). Malangnya aku tidak dapat menemui penawar kedukaanku. Lalu secara maknawi telah dikatakan kepadaku: “Tidak cukupkah kedukaan menjadi penawar untukmu?”
دَرْ رَاسْت مِى دِيدَمْ كِه دِى رُوزْ مَزَارِ پَدَرِ مَنَسْت
Ya, dalam kelalaian, aku memandang ke masa lalu di sebelah kananku untuk mencari ketenangan. Tetapi aku nampak bahawa semalam kelihatan seperti pusara ayahku dan masa lalu bagaikan perkuburan terbesar semua moyangku. Sebagai gantian ketenangan ia mendatangkan kengerian.[1]
وَ دَرْ چَپْ دِيدَمْ كِه فَرْدَا قَبْرِ مَنَسْت
Lalu aku melihat ke masa depan di sebelah kiri. Pun aku tidak dapat menemui penawar. Bahkan hari esok kelihatan sebagai kuburku dan masa hadapan pula seperti pusara terbesar bagi mereka yang sepertiku dan generasi yang mendatang. Maka ia tidak memberikan kemesraan bahkan kengerian.[2]
127. Page
Oleh sebab dari kiri juga tidak kelihatan kebaikan, maka aku memandang kepada hari ini. Aku nampak bahawa hari ini bagaikan sebuah keranda. Ia mengusung sekujur tubuhku yang menggelupur bagaikan disembelih.[1]
بَرْ سَرِ عُمُرْ جَنَازَهِ مَنْ اِيسْتَادَه اَسْت
Maka, dari sudut itu juga aku tidak dapat menemui penawar. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke bahagian atas pohon usiaku. Aku nampak bahawa satu-satunya buah bagi pohon itu ialah jenazahku yang tergantung di atas pohon itu dan ia memandang kepadaku.[2]
دَرْ قَدَمْ آبِ خَاِ خِلْقَتِ مَنْ وَ خَاكِسْتَرِ عِظَامِ مَنَسْت
Oleh sebab daripada sudut itu pun aku berputus asa, maka aku menundukkan kepalaku ke bawah. Aku perhatikan dan nampak bahawa tanah tulang-tulangku yang di bawah, di bawah tapak kaki telah bercampur aduk dengan tanah kejadian pertamaku. Ia bukan penawar bahkan menambah kedukaanku.[3]
چُونْ دَرْ پَسْ مِينِگَرَمْ بِينَمْ اِينْ دُنْيَاءِ بِى بُنْيَادْ هِيچْ دَرْ هِيچَسْت
Darinya juga aku memalingkan pandangan dan memandang ke belakangku. Aku nampak bahawa dunia yang tidak berasas dan fana bergolek di lembah kesia-siaan dan di dalam gelap ketiadaan. Ia bukan penawar bagi kedukaanku tetapi telah menambahkan racun kengerian dan kedahsyatan.[4]
128. Page
وَ دَرْ پِيشْ اَنْدَازَهِ نَظَرْ مِيكُنَمْ دَرِ قَبِرْ كُشَادَه اَسْت وَ رَاهِ اَبَدْ بَدُورِ دِرَازْ بَدِيدَارَسْت
Oleh sebab padanya juga aku tidak nampak kebaikan, maka aku telah menghantarkan pandanganku jauh ke hadapan. Aku nampak bahawa pintu kubur kelihatan terbuka di hujung jalanku dan jalan yang menuju keabadian di belakangnya berbalam-balam menerpa pandangan.[1]
مَرَا جُزْ جُزْءِ اِخْتِيَارِى چِيزِى نِيسْت دَرْ دَسْت
Justeru, untuk menghadapi bukan kemesraan dan ketenangan pada enam sudut itu, bahkan kedahsyatan dan kengerian yang aku peroleh, selain daripada juzuk ikhtiarku, di tanganku tiada sebarang benda untuk aku bersandar kepadanya menghadapi itu semua.[2]
كِه اُو جُزْءْ هَمْ عَاجِزْ هَمْ كُوتَاهُ هَمْ كَمْ عَيَارَسْت
Sedangkan senjata manusia yang dinamakan juzuk ikhtiar itu adalah lemah dan pendek. Malah pelarasannya tidak sempurna. Ia tidak dapat mengadakan. Tiada apa pun yang datang daripada tangannya selain usaha.[3]
نَه دَرْ مَاضِى مَجَاِ حُلُوْ نَه دَرْ مُسْتَقْبَلْ مَدَارِ نُفُوذَاسْت
Ia tidak dapat sama ada menyusup ke masa lalu atau merentas ke masa hadapan. Ia tidak memberikan faedah kepada cita-cita dan kesakitanku yang merujuk kepada masa lalu dan masa depan.[4]
129. Page
مَيْدَانِ اُو اِينْ زَمَانِ حَا و يَكْ آنِ سَيَّالَسْت
Ruang lingkup juzuk ikhtiar itu adalah masa sekarang yang sangat singkat dan sekelip mata ini.
بَا اِينْ هَمَه فَقْرَهَا وَ ضَعْفهَا قَلَمِ قُدْرَتِ تُو آشِكَارَه نُوِشْتَه اَسْت
دَرْ فِطْرَتِ مَامَيْلِ اَبَدْ وَاَمَلِ اَبَدْ وَاَمَلِ سَرْمَدْ
Justeru, bersama dengan semua keperluan, kedaifan, kefakiran dan kelemahanku, ketika di dalam keadaan yang sengsara menghadapi kedahsyatan dan kengerian yang datang daripada enam sudut, kehendak-kehendak yang mengunjur sehingga keabadian dan cita-cita yang tersebar hingga kesarmadian telah tertulis dengan pena qudrat pada lembaran fitrah dalam bentuk yang sangat jelas. Ia telah disertakan di dalam perihalku.
بَلْكِه هَرْ چِه هَسْت هَسْت
Bahkan apa jua yang ada di dunia terdapat contoh-contohnya di dalam fitrahku. Aku mempunyai hubungan dengan semua itu. Aku mengerah dan bekerja untuk itu semua.
دَائِرَهِ اِحْتِيَاجْ مَانَنْدِ دَائِرَهِ مَدِّ نَظَرْ بُزُرْگِى دَارَسْت
Lingkungan keperluan adalah sebesar dan seluas lingkungan pandangan.
خَيَالْ كُدَامْ رَسَدْ اِحْتِيَاجْ نِيزْ رَسَدْ
دَرْ دَسْت هَرْ
چِه نِيسْت دَرْ اِحْتِيَاجْ هَسْت
Hatta, ke mana sahaja khayalan pergi, lingkungan keperluan juga akan turut ke sana. Di sana juga terdapat hajat. Bahkan apa-apa yang tiada di tangan ada pada keperluan. Apa yang bukan tangan ada pada keperluan. Apa yang tiada di tangan pula adalah tidak terkira.
130. Page
دَائِرَهِ اِقْتِدَارْ هَمْچُو دَائِرَهِ دَسْتِ كُوتَاهِ كُوتَاهَسْت
Sedangkan lingkungan keupayaan adalah pendek dan sempit seperti lingkungan tanganku yang pendek.
پَسْ فَقْرُ حَاجَاتِ مَا بَقَدَرِ جِهَانَسْت
Maknanya, kefakiran dan keperluanku adalah sebanyak dunia.
وَ سَرْمَايَهِ مَا هَمْ چُو جُزْءِ لاَيَتَجَزَّا ئَسْتْ
Modalku pula adalah benda juz’i seperti juzuk yang tidak dapat dipecah-pecahkan.
اِينْ جُزْؤِ كُدَامْ وَ اِينْ كَائِنَاتِ حَاجَاتْ كُدَامَسْت
Justeru, di manakah hajat yang hanya dapat diperoleh dengan berbilion harta sebanyak alam ini? Di manakah juzuk ikhtiar yang sekadar lima sen ini? Semua ini adalah tidak laku untuk membeli itu semua. Semua itu tidak dapat diperoleh dengan juzuk ikhtiar ini. Oleh itu, adalah perlu untuk mencari suatu jalan penyelesaian yang lain.
پَسْ دَرْ رَاهِ تُو اَزْ اِينْ جُزْءْ نِيزْ بَازْ مِى گُزَسْتَنْ چَارَهِ مَنْ اَسْت
Jalan penyelesaian itu pula ialah perkara berikut: Meninggalkan juzuk ikhtiar itu juga lalu menyerahkan kerjamu kepada iradat Ilahi. Menghindarkan diri daripada daya dan kekuatan sendiri lalu bergantung kepada hakikat tawakkal dengan cara bernaung kepada kuasa dan kekuatan Allah Taala. Ya Rabb! Memandangkan inilah jalan untuk menyelamatkan diri, maka di jalan-Mu, aku tidak bergantung kepada juzuk ikhtiar dan aku membebaskan diri daripada sifat ananiyyahku itu.
آنْ كَسْ كِه بَحْرِ بِى نِهَايَتِ رَحْمَتْ يَافْتَ اسْت تَكْيَه نَه كُنَدْ بَرْ اِينْ جُزْءِ اِخْتِيَارِى كِه يَكْ قَطْرَه سَرَابَسْت
Semoga, inayah-Mu memegang tanganku kerana mengasihani kelemahan dan kedaifanku. Semoga rahmat-Mu juga membelasi kefakiran dan keperluanku lalu dapat menjadi tempat untukku berlindung. Semoga ia membuka pintunya untukku.
Ya, sesiapa sahaja yang menemui lautan rahmat yang tidak bertepi, sudah tentu dia tidak bergantung pada juzuk ikhtiarnya yang ibarat setitis fatamorgana. Tidak mungkin dia meninggalkan rahmat lalu merujuk kepadanya (juzuk ikhtiar).
اَيْوَاهْ اِينْ زَنْدِگَانِى هَمْ چُو خَابَسْت وِينْ عُمْرِ بِى بُنْيَادْ هَمْ چُو بَادَسْت
Aduhai! Kita telah terpedaya. Kita telah menyangka bahawa kehidupan duniawi ini adalah kekal. Akibat sangkaan itu kita telah kehilangan semuanya. Ya, kehidupan yang sementara ini adalah sebuah lena dan telah berlalu seperti mimpi. Umur yang tidak kukuh (mencengkam) itu juga berterbangan pergi seperti badai.
131. Page
اِنْسَانْ بَزَوَاْ دُنْيَا بَفَنَا اَسْت آمَاْل بِى بَقَاءِ آلاَمْ بَبَقَا اَسْت
Manusia angkuh yang bergantung kepada diri sendiri dan menyangkakan dirinya abadi terhukum dengan kelenyapan dan berlalu pergi dengan pantas. Dunia yang merupakan kediaman manusia pula terjerumus ke dalam gelap ketiadaan. Cita-cita adalah tidak baqa’ dan kesakitan-kesakitan kekal abadi di dalam roh.
بِيَا اَىْ نَفْسِ نَافَرْجَامْ وُجُودِ فَانِى خُودْرَا فَدَا كُنْ
خَالِقْ خُودْرَا كِه اِينْ هَسْتِى وَدِيعَه هَسْت
Memandangkan hakikat adalah begini, ayuhlah wahai nafsu bedebahku yang sangat rindukan kehidupan, sangat mahukan umur, sangat cintakan dunia serta diuji dengan cita-cita dan kesakitan yang tidak terkira! Sedar dan fikirkanlah baik-baik! Sebagaimana kelip-kelip kekal dalam kegelapan malam yang tidak berkesudahan kerana bergantung kepada cahaya kecilnya yang malap dan sebagaimana lebah madu menemui mentari siang kerana tidak bergantung kepada dirinya sendiri maka ia dapat menyaksikan bunga-bungaan yang merupakan teman-temannya disaduri sinar mentari, demikianlah juga dirimu. Sekiranya engkau bersandar kepada diri sendiri, wujud dan ananiyyahmu, engkau akan menjadi seperti kelip-kelip. Sekiranya engkau mengorbankan wujudmu yang fana di jalan al-Khaliq yang memberikan wujud itu kepadamu, engkau akan menjadi seperti lebah madu. Engkau akan menemui nur kewujudan yang tidak terkira. Maka berkorbanlah! Ini kerana wujud ini adalah titipan dan amanah kepadamu.
وَ مُلْكِ اُو وَ اُو دَادَه فَنَا كُنْ تَا بَقَا يَابَدْ اَزْ آنْ سِرِّى كِه نَفْىِ نَفْى اِثْبَات اَسْت
Malah ia adalah milik-Nya dan Dia yang telah memberikannya. Oleh itu, fanakan dan korbankanlah ia tanpa rasa terhutang budi dan takut supaya ia mendapat kebaqaan. Ini kerana menafikan penafian ialah pengisbatan. Yakni, sekiranya tiada adalah tiada, maka ia adalah ada. Jika tiada menjadi tiada ia menjadi ada.
132. Page
خُدَاىِ پُرْكَرَمْ خُودْ مُلْكِ خُودْرَا مِى خَرَدْ اَزْ تُو بَهَاىِ بِى گِرَانْ دَادَه بَرَاىِ تُو نِگَاهْ دَارَسْت
Al-Khaliq al-Karim membeli milik-Nya sendiri daripadamu. Dia membayar dengan harga semahal syurga. Dia juga memelihara harta itu untukmu dengan baik. Bahkan Dia menaikkan nilainya. Dia akan memberikannya semula kepadamu dalam bentuk yang baqa’ dan sempurna. Oleh itu wahai nafsuku! Jangan pernah berdiam diri! Lakukanlah perdagangan yang mempunyai lima keuntungan dalam satu sama lain ini. Semoga engkau terselamat daripada lima kerugian lalu mendapat lima keuntungan secara sekaligus.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
فَلَمَّا اَفَلَ قَالَ لَا اُحِبُّ الْآفِلِينَ لَقَدْ اَبْكَانِى نَعْىُ لاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ مِنْ خَلِيلِ اللّٰهِ
Rintihan لآَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ
yang terbit daripada Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam yang mengumumkan kelenyapan dan kematian alam semesta telah menitiskan air mataku.
فَصَبَّتْ عَيْنُ قَلْبِى قَطَرَاتٍ بَاكِيَاتٍ مِنْ شُئُونِ اللّٰهِ
Kerana itu, mata hati telah menangis dan menumpahkan titisan yang menangis. Sebagaimana mata hati menangis, tiap titis yang ditumpahkannya juga adalah sangat memilukan. Menyebabkan tangisan seolah-olah dirinya juga menangis. Titis-titis itu ialah ungkapan-ungkapan berbahasa Parsi berikut:
لِتَفْسِيرِ كَلاَمٍ مِنْ حَكِيمٍ اَىْ نَبِىٍّ فِى كَلاَمِ اللّٰهِ
Justeru, titis-titis itu ialah sejenis tafsir yang berada dalam Kalamullah bagi kata-kata seorang bijaksana utusan Ilahi yang merupakan Nabi dan Rasul.
نَمِى زِيبَاسْت اُفُولْدَه گُمْ شُدَنْ مَحْبُوبْ
Sesungguhnya kekasih yang ghaib bersama kelenyapan adalah tidak cantik. Ini kerana apa yang terhukum dengan kelenyapan tidak mungkin menjadi benar-benar cantik. Ia tidak mungkin dicintai dan tidak wajar dicintai oleh hati yang dicipta untuk cinta abadi dan merupakan cermin as-Samad.
133. Page
نَمِى اَرْزَدْ غُرُوبْدَه غَيْب شُدَنْ مَطْلُوبْ
Sesungguhnya kehendak yang terhukum dengan kelenyapan adalah sia-sia untuk difikirkan. Ia tidak dapat menjadi rujukan kepada cita-cita. Adalah tidak wajar untuk menyesal dengan kesedihan dan kedukaan di belakangnya. Maka, bagaimanakah hati boleh memuja dan terikat dengannya serta kekal begitu?
نَمِى خَواهَمْ فَنَادَه مَحْو شُدَنْ مَقْصُودْ
Sesungguhnya aku tidak pernah mahukan tujuan yang binasa dalam kefanaan. Ini kerana aku adalah fana dan aku tidak pernah mahukan yang fana. Apa yang aku mahu lakukan dengannya?
نَمِى خَوانَمْ زَوَالْدَه دَفْن شُدَنْ مَعْبُودْ
Sesungguhnya aku tidak akan memanggil dan berlindung kepada sembahan yang disemadikan dalam kelenyapan. Ini kerana aku sangat memerlukan dan sangat lemah. Apa yang lemah tidak akan dapat mencari penawar kepada kedukaanku yang sangat besar. Ia tidak akan dapat menyapu penyembuh kepada luka-lukaku yang abadi. Bagaimanakah sesuatu yang tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri daripada kelenyapan boleh menjadi sembahan?
عَقْل فَرْيَادْ مِى دَارَدْ نِدَاءِ لَا اُحِبُّ الْآفِلِينَ مِى زَنَدْ رُوحَمْ
Ya, akal yang hanya mengutamakan yang zahir meratap bagaikan berputus asa dengan melihat kelenyapan benda-benda yang dipujanya di alam semesta yang tidak tetap ini. Roh yang mencari kekasih yang baqa’ juga mengumumkan rintihan لاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ
نَمِى خَواهَمْ نَمِى خَوانَمْ نَمِى تَابَمْ فِرَاقِى
Aku tidak mahu! Aku tidak ingin! Aku juga tidak mampu menanggung perpisahan!
نَمِى اَرْزَدْ مَرَاقَه اِينْ زَوَاْ دَرْ پَسْ تَلاَفِى
Sesungguhnya pertemuan-pertemuan yang dipahitkan dengan kelenyapan yang pantas tidak patut disedihkan dan dibimbangi. Ia langsung tidak layak untuk dirindui. Ini kerana sebagaimana kehilangan lazat ialah kesakitan, maka membayangkan kehilangan lazat juga ialah kesakitan. Semua diwan para pencinta yakni buku-buku puisi yang merupakan madah-madah cinta setiap mereka adalah ratapan yang datang daripada bayangan kelenyapan itu. Sekiranya engkau memerah jiwa semua diwan puisi itu, nescaya ia akan menitiskan ratapan yang menyakitkan.
134. Page
اَزْ آنْ دَرْدِ گِرِينِ لآَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ مِى زَنَدْ قَلْبَمْ
Justeru, kerana kedukaan dan musibah pertemuan-pertemuan yang berbaur dengan kelenyapan dan rasa cinta majazi yang menyakitkan itulah hatiku menangis dan menjerit dengan tangisan لاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ seperti Ibrahim ‘Alaihis Salam.
دَرْ اِينْ فَانِى بَقَا خَازِى بَقَا خِيزَدْ فَنَادَنْ
Jika engkau mahukan kebaqaan di dunia yang fana ini, sesungguhnya kebaqaan muncul daripada kefanaan. Maka carilah kefanaan dari sudut nafsu ammarah supaya engkau menjadi baqa’.
فَنَا شُدْ هَمْ فَدَا كُنْ هَمْ عَدَمْ بِينْ كِه اَزْ دُنْيَا بَقَايَه رَاهْ فَنَادَنْ
Bebaskanlah diri daripada akhlak mazmumah yang merupakan asas-asas pemujaan dunia. Jadilah fana! Korbankanlah benda-benda dalam lingkungan pemilikan dan hartamu di jalan al-Mahbub al-Haqiqi. Lihatlah kesudahan maujudat yang memperlihatkan ketiadaan. Ini kerana jalan yang menuju kebaqaan dari dunia ini adalah menerusi kefanaan.
مِى زَنَدْ وِجْدَانْ لاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ فِكِرْ فِيزَارْ مِى دَارَدْ اَنِينِ
Fikiran insan yang tenggelam dalam asbab, akan kehairanan daripada gempa kelenyapan dunia ini lalu menangis tersedu-sedan bagaikan berputus asa. Sanubari yang mahukan kewujudan hakiki memutuskan hubungan dengan para kekasih majazi dan maujudat yang akan lenyap melalui rintihanلاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ seperti Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam lalu mengikat dirinya kepada al-Maujud al-Haqiqi dan al-Mahbub as-Sarmadi.
بِدَانْ اَى نَفْسِ نَادَانَمْ كِه دَرْ هَرْ فَرْدَازْ فَانِى دُو رَاهْ هَسْت
بَا بَاقِى دُو سِرِّ جَانْ جَانَانِى
Wahai nafsuku yang tidak sedar diri! Ketahuilah bahawa secara zahir dunia dan maujudat adalah fana. Tetapi engkau boleh menemui dua jalan yang membawamu kepada al-Baqi pada setiap benda yang fana. Engkau juga akan dapat melihat dua kilauan dan dua rahsia daripada tajalli keindahan al-Mahbub la yazal yang merupakan kekasih sebenar. Tetapi syaratnya ialah jika engkau dapat melepasi rupa yang fana dan dirimu sendiri.
135. Page
كِه دَرْ نِعْمَتْهَا اِنْعَامْ هَسْتْ وَ پَسْ آثَارَهَا اَسْمَا بِگِيرْ مَغْزِى و مِيزَنْ دَرْ فَنَا آنْ قِشْرِ بِى مَعْنَا
Ya, kelihatan pemberian nikmat dalam nikmat. Keprihatinan ar-Rahman dapat dirasai. Jika engkau memahami pemberian nikmat daripada nikmat, maka Engkau akan menemui al-Mun‘im (Maha Pemberi Nikmat). Malah setiap hasil karya as-Samad adalah seperti sepucuk surat yang memberitahu tentang nama-nama as-Sani’ Dzul Jalal. Jika engkau melangkau daripada ukiran kepada makna, engkau akan menemui yang dinamakan (iaitu Allah) melalui jalan nama. Memandangkan engkau boleh menemui intipati dan isi hasil seni yang fana ini, maka ambillah ia. Engkau boleh membuang kulit dan cangkerangnya yang tiada makna ke dalam arus kefanaan tanpa rasa kasihan.
بَلِى آثَارَهَا گُويَنْد زِاَسْمَا لَفْظِ پُرْ مَعْنَا بِخَانْ مَعْنَا و مِيزَنْ دَرْ هَوَا آنْ لَفْظِ بِى سَوْدَا
Ya, sesungguhnya tiada sebarang kesan pun pada masnu'at melainkan ia merupakan lafaz banyak makna yang mempunyai bentuk dan memperbacakan banyak nama as-Sani’ Dzul Jalal. Memandangkan masnu'at itu adalah lafaz-lafaz dan kalimah-kalimah qudrat, maka bacalah makna-maknanya. Letakkanlah ia ke dalam hatimu. Lemparkanlah lafaz-lafaz tanpa makna yang tinggal tanpa gentar ke udara kelenyapan. Janganlah memandang ke belakangmu dengan penuh minat dan menjadi sibuk dengannya.
عَقْل فَرْيَادْ مِى دَارَدْ غِيَاثِ لَا اُحِبُّ الْآفِلِينَ مِيزَنْ اَىْ نَفْسَمْ
Justeru, oleh sebab akal duniawi yang terdiri daripada memuja apa yang zahir dan modalnya adalah daripada maklumat-maklumat yang tidak perlu menarik rantaian pemikiran sebegini ke arah kesia-siaan dan ketiadaan, maka ia meratap bagaikan putus asa akibat kehairanan dan kehilangannya. Ia mencari jalan benar yang menuju kepada hakikat. Memandangkan roh telah menarik tangannya daripada benda-benda yang binasa dan yang menemui kelenyapan, hati juga telah menghindari kekasih-kekasih majazinya dan sanubari juga telah memalingkan wajahnya daripada makhluk yang fana, maka engkau juga wahai nafsuku yang tidak berdaya, nyatakanlah rayuan لاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ seperti Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam dan selamatkanlah dirimu.
136. Page
چِه خُوشْ گُويَدْ اُو شَيْدَا جَامِى عِشْقِ خُوىْ
Untuk memalingkan wajah-wajah daripada banyak perkara kepada keesaan, renunglah kepada kata-kata indah Maulana Jami yang mabuk dengan penuh kecintaan bagaikan fitrahnya telah diadun dengan cinta. Katanya:
يَكِى خَواهْ١ يَكِى خَوانْ٢ يَكِى جُوىْ٣ يَكِى بِينْ٤ يَكِى دَانْ٥ يَكِى گُوىْ٦
Yakni:
نَعَمْ صَدَقْتَ اَىْ جَامِى هُوَ الْمَطْلُوبُ هُوَ الْمَحْبُوبُ هُوَ الْمَقْصُودُ هُوَ الْمَعْبُودُ
Ya wahai Jami, kata-katamu sangat benar. Hanya Dialah al-Mahbub (kekasih), al-Matlub (yang diminta), al-Maqsud (yang ditujui) dan al-Ma’bud (yang disembah) yang hakiki.
كِه لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ بَرَابَرْ مِيزَنَدْ عَالَمْ
Ini kerana alam ini bersama dengan semua maujudatnya bersama-sama melafazkanلَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ melalui lidah-lidah yang berlainan dan dengan alunan-alunan yang berasingan dalam halaqah agung zikir Ilahi. Semuanya menjadi saksi kepada keesaan-Nya. Ia menyapu ubat kepada luka yang terguris disebabkanلاَ اُحِبُّ الْآفِلِينَ. Ia memperlihatkan al-Mahbub la yazal sebagai ganti kepada para kekasih majazi yang telah diputuskan hubungannya.
137. Page
Dua puluh lima tahun sebelum ini di Puncak Nabi Yusha’ yang terletak di persisiran Selat Bosphorus, ketika aku mengambil keputusan untuk meninggalkan (kesibukan) dunia, untuk mengembalikanku kepada dunia dan kepada keadaanku yang lama, beberapa orang teman rapatku telah datang kepadaku. Maka aku berkata: Kalian berikanlah aku masa sampai esok hari untuk aku beristikharah. Menjelang pagi, dua lauhah (papan kenyataan) berikut terlintas di hatiku. Kedua-duanya menyerupai puisi tetapi kedua-duanya bukan puisi. Demi lintasan yang berkat itu aku tidak mengusiknya. Ia telah dikekalkan sebagaimana ia datang. Ia ditambah di penghujung Kalimah Kedua Puluh Tiga. Oleh sebab ia berkait dengan maqam ini maka ia telah dibawa ke sini.
Lauhah ini ialah lauhah yang menggambarkan hakikat bagi dunia mereka yang sesat.
Janganlah mengajakku kepada dunia
Aku telah sampai ke sana dan ku dapati ia fana
Apabila kelalaian menjadi hijab
Ku lihat nur kebenaran adalah terselindung
Aku dapati semua benda dan maujudat
Masing-masing adalah fana dan bermudarat
Jika engkau kata kewujudan, aku telah memakainya
Rupanya ia adalah ketiadaan, ku merasai banyak musibah
Jika engkau kata kehidupan, aku telah merasainya
Ku dapati ia azab di dalam azab
Akal menjadi hukuman itu sendiri
Ku lihat kebaqaan sebagai bala
Usia menjadi punca kehendak
Ku lihat kesempurnaan punca kesia-siaan
Amal menjadi riya’ itu sendiri
Ku lihat cita-cita punca kesakitan
Pertemuan menjadi kelenyapan itu sendiri
Ku lihat penawar punca kesakitan
Cahaya-cahaya ini menjadi kegelapan
Ku lihat para kekasih ini sebagai yatim
Suara-suara ini menjadi ratapan kematian
Ku lihat mereka yang hidup ini sebagai mati
Ilmu berubah menjadi prasangka
Dalam hikmah ku lihat seribu kerosakan
Kelazatan menjadi kesakitan itu sendiri
Ku lihat pada kewujudan seribu ketiadaan
Jika kau kata kekasih, aku telah menemuinya
Rupanya dalam perpisahan ku lihat banyak kesakitan
138. Page
Lauhah ini ialah lauhah yang mengisyaratkan kepada hakikat dunia bagi ahli hidayah dan al-muqarrabin.
Apabila kelalaian menemui kelenyapan
Ku lihat nur kebenaran adalah terang
Wujud menjadi bukti kepada dzat
Lihatlah, kehidupan sebagai cermin kebenaran
Akal menjadi anak kunci khazanah
Lihatlah, kefanaan sebagai pintu kebaqaan
Kilau kesempurnaan telah padam
Lihatlah, mentari keindahan tetap menyala
Kelenyapan menjadi pertemuan itu sendiri
Lihatlah, kesakitan sebagai kelazatan itu sendiri
Umur menjadi amalan itu sendiri
Lihatlah keabadian sebagai usia itu sendiri
Kegelapan menjadi pembalut cahaya
Lihatlah, di dalam kematian ada kehidupan sebenar
Semua benda menjadi mesra
Lihatlah, semua suara sebagai zikir
Semua zarah maujudat
Lihatlah, masing-masing sebagai penzikir yang bertasbih
Ku temui kefakiran sebagai khazanah kekayaan
Lihatlah, pada kelemahan ada kekuatan sebenar
Jika engkau telah temui Allah
Lihatlah, semua benda adalah milikmu
Sekiranya engkau dimiliki al-Malikul Mulki
Lihatlah, milik-Nya adalah milikmu
Jika engkau angkuh dan memiliki diri sendiri
Lihatlah, ia adalah bala yang tidak terhitung
Ia azab yang tiada batasan rasailah
Lihatlah, ia adalah sangat berat
Jika kau benar-benar hamba yang kenal Tuhan
Lihatlah, ia ketenangan yang tiada batasan
Terdapat pahala yang tidak terhitung dan kecapilah ia
Lihatlah, kebahagiaan tanpa penghujung
139. Page
Dua puluh lima tahun sebelum ini, pada bulan Ramadhan, selepas Solat Asar, aku membaca puisi Asmaul Husna Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Lalu timbul satu hasrat padaku untuk menulis satu munajat melalui Asmaul Husna. Namun, waktu itu ia telah ditulis sebanyak ini. Aku mahu menandingi Munajat Asmaul Husna yang berkat bagi tuan guruku yang mulia itu. Mana mungkin! Aku tidak mempunyai bakat menulis puisi. Lalu aku tidak dapat melakukannya lalu ia terbengkalai. Munajat ini telah dilampirkan kepada Risalah Jendela yang merupakan Surat Ketiga Puluh Tiga bagi Kalimah Ketiga Puluh Tiga. Kerana kesesuaiannya dengan maqam ini maka ia telah diambil ke sini.
حَكِيمُ الْقَضَايَا نَحْنُ فِى قَبْضِ حُكْمِهِ هُوَ الْحَكَمُ الْعَدْلُ لَهُ الْاَرْضُ وَ السَّمَاءُ
عَلِيمُ الْخَفَايَا وَ الْعُيُوبُ فِى مُلْكِهِ هُوَ الْقَادِرُ الْقَيُّومُ لَهُ الْعَرْشُ وَ الثَّرَاءُ
لَطِيفُ الْمَزَايَا وَ النُّقُوشِ فِى صُنْعِهِ هُوَ الْفَاطِرُ الْوَدُودُ لَهُ الْحُسْنُ وَ الْبَهَاءُ
جَلِيلُ الْمَرَايَا وَ الشُّونُ فِى خَلْقِهِ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ لَهُ الْعِزُّ وَ الْكِبْرِيَاءُ
بَدِيعُ الْبَرَايَا نَحْنُ مِنْ نَقْشِ صُنْعِهِ هُوَ الدَّائِمُ الْبَاقِى لَهُ الْمُلْكُ وَ الْبَقَاءُ
كَرِيمُ الْعَطَايَا نَحْنُ مِنْ رَكْبِ ضَيْفِهِ هُوَ الرَّزَّاُقُ الْكَافِى لَهُ الْحَمْدُ وَ الثَّنَاءُ
جَمِيلُ الْهَدَايَا نَحْنُ مِنْ نَسْجِ عِلْمِهِ هُوَ الْخَالِقُ الْوَافِى لَهُ الْجُودُ وَ الْعَطَاءُ
سَمِيعُ الشَّكَايَا وَ الدُّعَائِ لِخَلْقِهِ هُوَ الرَّاحِمُ الشَّافِى لَهُ الشُّكْرُ وَ الثَّنَاءُ
غَفُورُ الْخَطَايَا وَ الذُّنُوبِ لِعَبْدِهِ هُوَ الْغَفَّارُ الرَّحِيمُ لَهُ الْعَفْوُ وَ الرِّضَاءُ
Wahai nafsuku! Menangis dan menjeritlah seperti hatiku dan katakanlah: Aku fana, aku tidak mahukan yang fana. Aku lemah, aku tidak mahukan yang lemah. Aku telah menyerahkan rohku kepada ar-Rahman. Aku tidak mahu selain-Nya. Aku mahu, tetapi aku mahu teman yang baqa’. Aku adalah zarah, tetapi aku mahukan mentari kesarmadian. Aku bukan apa-apa dalam yang bukan apa-apa tetapi aku mahukan semua maujudat ini sekaligus.
140. Page
Petikan ini adalah cebisan daripada Surat Kesebelas. Kerana kesesuaian maqamnya, maka ia telah diambil ke sini.
Suatu masa, ketika aku ditawan, tatkala aku menatap bentuk yang menunjukkan kehebatan dan keadaan yang melahirkan kehairanan bagi pohon Pain, Sedar dan Juniper yang rimbun di puncak gunung, semilir yang sangat latif telah bertiup. Oleh sebab ia telah mengubah keadaan itu kepada liuk lentuk bagaikan gemalai tarian bercampur hiruk-pikuk yang sangat hebat dan menawan serta tasbih yang mengundang jazbah, maka tatapan yang menghiburkan itu bertukar menjadi renungan iktibar dan bisikan hikmah. Tiba-tiba kata-kata Ahmad al-Jizri yang dalam bahasa Kurdi berikut: هَرْكَسْ بِتَمَاشَاگَهِ حُسْنَاتَه زِهَرْجَاىْ تَشْبِيهِ نِگَارَانْ بِجَمَالاَتَه دِنَازِنْ telah terlintas di hatiku. Maka, untuk mengifadahkan makna-makna iktibarnya, hatiku telah menangis seperti berikut:
يَا رَبْ هَرْ حَىْ بِتَمَاشَاگَهِ صُنْعِ تُو زِهَرْجَاىْ بَتَازِى
زِنَشيِبُ اَزْ فِرَازِى مَانَنْدِ دَلاَّلاَنْ بِنِدَائُ بِآوَازِى
دَمْ دَمْ زِجَمَاِ نَقْشِ تُو دَرْ رَقْصُ بَازِى
زِكَمَاِل صُنْعِ تُو خُوشْ خُوشْ بَگَازِى
زِشِيرِينِى آوَازِ خُودْ هَىْ هَىْ دِنَازِى
اَزْ وَىْ رَقْصَ آمَدْ جَذْبَه خَازِى
اَزِينْ آثَارِ رَحْمَتْ يَافْتِ هَرْ حَىْ دَرْسِ تَسْبِيحُ نَمَازِى
اِيسْتَادَسْت هَرْ يَكِى بَرْ سَنْگِ بَالاَ سَرْفِرَازِى
دِرَازْ كَرْدَسْت دَسْتهَارَا بَدَرْگَاهِ اِلٰهِى هَمْ چُو شَهْبَازِى
بَجُنْبِيدَسْت زُلْفهَارَا بَشَوْ اَنْگِيزِ شَهْنَازِى
بَبَالاَ مِيزَنَنْد اَزْ پَرْدَه هَاىِ هَاىِ هُوىِ عِشْق بَازِى
مِيدِهَدْ هُوشَه گِيرِينْهَاىِ دِيرِينْهَاىِ زَوَالِى اَزْ حُبِّ مَجَازِى
141. Page
بَرْ سَرِ مَحْمُودْهَا نَغْمَهَاىِ حُزْن اَنْگِيزِ اَيَازِى
مُرْدَهَارَا نَغْمَهَاىِ اَزَلِى اَزْ حُزْن اَنْگِيزِ نَوَازِى
رُوحَه مِى آيَدْ اَزُو زَمْزَمَهِ نَازُ نِيَازِى
قَلْب مِيخَوانَدْ اَزِينْ آيَاتْهَا سِرِّ تَوْحِيدْ زِعُلُوِّ نَظْمِ اِعْجَازِى
نَفْس مِيخَواهَدْ دَرْ اِينْ وَلْوَلَهَا زَلْزَلَهَا ذَوْقِ بَاقِى دَرْ فَنَاىِ دُنْيَا بَازِى
عَقْل مِيبِينَدْ اَزِينْ زَمْزَمَهَا دَمْدَمَهَا نَظْمِ خِلْقَتْ نَقْشِ حِكْمَتْ كَنْزِ رَازِى
آرْزُو مِيدَارَدْ هَوَا اَزِينْ هَمْهَمَهَا هَوْهَوَهَا مَرْگِ خُود دَرْ تَرْكِ اَذْوَاِ مَجَازِى
خَيَاْ بِينَدْ اَزِينْ اَشْجَارْ مَلاَئِكْ رَا جَسَدْ آمَدْ سَمَاوِى بَاهَزَارَانْ نَىْ
اَزِينْ نَيْهَا شُنِيدَتْ هُوشْ سِتَايِشْهَاىِ ذَاتِ حَىْ
وَرَقْهَارَا زَبَانْ دَارَنْد هَمَه هُو هُو ذِكْر آرَنْد بَدَرْ مَعْنَاىِ حَىُّ حَىْ
چُو لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ بَرَابَرْ مِيزَنَدْ هَرْ شَىْ
دَمَادَمْ جُويَدَنْد يَا حَقْ سَرَاسَرْ گُويَدَنْد يَا حَىْ
بَرَابَرْ مِيزَنَنْد اَللّٰهْ
فَيَا حَىُّ رَيَا قَيُّومُ بِحَقِّ اِسْمِ حَىِّ قَيُّومِ
حَيَاتِى دِهْ بَاِينْ قَلْبِ پَرِيشَانْ رَا اِسْتِقَامَتْ دِهْ
بَاِينْ عَقْلِ مُشَوَّشْ رَا آمِينْ
Makna bagi bait-bait berbahasa Parsi tentang buah pohon Pain, Sedar, Juniper dan Poplar Hitam di kawasan Tepelice di Tanah Tinggi Barla.
هَرْكَسْ بِتَمَاشَاگَهِ حُسْنَاتَه زِهَرْجَاىْ تَشْبِيهِ نِگَارَانْ بِجَمَالاَتَه دِنَازِنْ
Terlintas di hatiku. Untuk mengifadahkan makna-makna renungan itu, hatiku juga menangis seperti berikut: Untuk menatap keindahan-Mu, semua orang bergegas datang dari semua tempat. Mereka bermanja dengan keindahan-Mu.
142. Page
يَا رَبْ هَرْ حَىْ بِتَمَاشَاگَهِ صُنْعِ تُو زِهَرْجَاىْ بَتَازِى
Ya Rabb! Setiap benda hidup muncul dari semua tempat untuk menatap-Mu dan memandang kepada muka bumi yang merupakan hasil seni-Mu.
زِنَشيِبُ اَزْ فِرَازِى مَانَنْدِ دَلاَّلاَنْ بِنِدَائُ بِآوَازِى
Dari atas dan bawah, mereka keluar dan menjerit seperti para juruhebah.
دَمْ دَمْ زِجَمَاِلِ نَقْشِ تُو دَرْ رَقْصُ بَازِى
Pohon-pohon yang umpama juruhebah itu menikmati ukiran keindahan-Mu lalu meliuk-lentuk menari.
زِكَمَاِل صُنْعِ تُو خُوشْ خُوشْ بَگَازِى
Pohon-pohon itu keriangan dengan kesempurnaan seni-Mu lalu menghasilkan suara-suara yang merdu.[1]
زِشِيرِينِى آوَازِ خُودْ هَىْ هَىْ دِنَازِى
Seolah-olah kemerduan suara mereka turut meriangkan mereka lalu menyebabkan mereka bermanja dengan penuh kemanjaan.
اَزْ وَىْ رَقْصَ آمَدْ جَذْبَه خَازِى
Justeru kerana itulah pohon-pohon itu telah menari dan mahukan jazbah.
اَزِينْ آثَارِ رَحْمَتْ يَافْتِ هَرْ حَىْ دَرْسِ تَسْبِيحُ نَمَازِى
Melalui kesan-kesan rahmat Ilahi inilah setiap yang bernyawa mengambil pelajaran tasbih dan solat yang dikhususkan kepada dirinya sendiri.
اِيسْتَادَسْت هَرْ يَكِى بَرْ سَنْگِ بَالاَ سَرْفِرَازِى
Selepas mengambil pelajaran, setiap pohon tegak berdiri di atas batu yang tinggi sambil mengangkat kepalanya ke langit.
دِرَازْ كَرْدَسْت دَسْتهَارَا بَدَرْگَاهِ اِلٰهِى هَمْ چُو شَهْبَازِى
Setiap satunya telah mengambil kedudukan yang hebat untuk beribadat sambil memanjangkan ratusan tangannya ke gerbang Ilahi seperti Shahbaz Qalandar.[2]
بَجُنْبِيدَسْت زُلْفهَارَا بَشَوْ اَنْگِيزِ شَهْنَازِى
Mereka melambai-lambaikan ranting-ranting kecil yang seperti juraian rambut dan dengannya pohon-pohon itu memperingatkan keseronokan yang latif dan kenikmatan yang tinggi kepada mereka yang turut menatap.[3]
143. Page
بَبَالاَ مِيزَنَنْد اَزْ پَرْدَه هَاىِ هَاىِ هُوىِ عِشْق بَازِى
Mereka mengalunkan suara yang seolah-olah menyentuh urat-urat dan perasaan yang paling lembut daripada tabir-tabir keriuhan cinta.[1]
مِيدِهَدْ هُوشَه گِيرِينْهَاىِ دِيرِينْهَاىِ زَوَالِى اَزْ حُبِّ مَجَازِى
Daripada keadaan ini datang makna yang seperti berikut kepada fikiran: Tangisan yang datang daripada kesakitan kelenyapan rasa cinta yang majazi, memperingatkan satu rintihan pilu yang amat mendalam.
بَرْ سَرِ مَحْمُودْهَا نَغْمَهَاىِ حُزْن اَنْگِيزِ اَيَازِى
Mereka memperdengarkan bentuk alunan berbaur kesedihan bagi para kekasih di atas kepala semua pencinta yang telah berpisah daripada kekasihnya seperti para Mahmud (Sultan Mahmud).
مُرْدَهَارَا نَغْمَهَاىِ اَزَلِى اَزْ حُزْن اَنْگِيزِ نَوَازِى
Mereka kelihatan bagaikan mempunyai tugas memperdengarkan alunan-alunan azali dan suara-suara yang menghamburkan kesedihan kepada para si mati yang telah terputus daripada mendengar suara dan kata-kata duniawi.
رُوحَه مِى آيَدْ اَزُو زَمْزَمَهِ نَازُ نِيَازِى
Daripada keadaan ini, roh pula telah faham seperti berikut: Sesungguhnya benda-benda adalah irama rayuan manja yang datang membalas tajalli nama-nama as-Sani’ Dzul Jalal melalui tasbihat.
قَلْب مِيخَوانَدْ اَزِينْ آيَاتْهَا سِرِّ تَوْحِيدْ زِعُلُوِّ نَظْمِ اِعْجَازِى
Hati pula membaca rahsia tauhid daripada setiap pohon yang ibarat ayat-ayat besar itu sebagai ketinggian nazam (gubahan) kemukjizatan ini. Yakni, terdapat ketersusunan, seni ciptaan dan hikmah yang begitu hebat pada penciptaan pohon-pohon itu sehingga sekiranya semua asbab alam semesta diandaikan sebagai pelaku yang terpilih dan berkumpul (untuk menjadikannya), nescaya mereka tidak mungkin dapat menirunya.
بَبَالاَ مِيزَنَنْد اَزْ پَرْدَه هَاىِ هَاىُ هُوىِ چَرْخِ بَازِى مُرْدَهَارَا نَغْمَهَاىِ اَزَلِى اَزْخُزْنِ اَنْگِيزِ نَوَازِى
144. Page
نَفْس مِيخَواهَدْ دَرْ اِينْ وَلْوَلَهَا زَلْزَلَهَا ذَوْقِ بَاقِى دَرْ فَنَاىِ دُنْيَا بَازِى
Nafsu pula sebaik sahaja ia melihat keadaan itu, ia nampak seluruh muka bumi bagaikan bergolek dalam gempa perpisahan yang berbaur kebingitan. Maka ia mencari satu kenikmatan yang baqa’. Lalu ia memahami bahawa engkau akan menemuinya dengan meninggalkan pemujaan dunia.
عَقْل مِيبِينَدْ اَزِينْ زَمْزَمَهَا دَمْدَمَهَا نَظْمِ خِلْقَتْ نَقْشِ حِكْمَتْ كَنْزِ رَازِى
Akal pula menemui susunan penciptaan, ukiran hikmah dan khazanah rahsia yang sangat bermakna daripada irama haiwan dan pohonan dan daripada desir tumbuhan dan udara. Dia memahami bahawa setiap benda bertasbih memuji as-Sani’ Dzul Jalal melalui banyak sudut.
آرْزُو مِيدَارَدْ هَوَا اَزِينْ هَمْهَمَهَا هَوْهَوَهَا مَرْگِ خُود دَرْ تَرْكِ اَذْوَاِ مَجَازِى
Hawa nafsu pula mendapat kelazatan yang begitu enak daripada deruan angin dan desiran daunan sehingga ia melupakan semua kelazatan majazi kepadanya lalu dengan meninggalkan kelazatan majazi yang merupakan nyawa hawa nafsu itu ia mahu mati dalam kelazatan hakikat ini.
خَيَاْ بِينَدْ اَزِينْ اَشْجَارْ مَلاَئِكْ رَا جَسَدْ آمَدْ سَمَاوِى بَاهَزَارَانْ نَىْ
Khayalan pula melihat seolah-olah para malaikat yang diwakilkan untuk pokok-pokok itu telah masuk ke dalamnya lalu memakai pohon-pohon yang dipakaikan dengan ney (seruling Turki) yang banyak di setiap dahannya sebagai tubuh. Seolah-olah as-Sultan as-Sarmadi telah memakaikan itu semua kepada mereka dengan bunyian ribuan ney dalam satu acara perasmian yang hebat sehingga pohon-pohon itu memperlihatkan keadaan mereka bukan seperti jisim yang kaku dan tiada perasaan bahkan sangat bermakna dan mempunyai perasaan.
145. Page
اَزِينْ نَيْهَا شُنِيدَتْ هُوشْ سِتَايِشْهَاىِ ذَاتِ حَىْ
Justeru, ney-ney itu adalah murni dan memberi kesan bagaikan datang daripada pemuzik yang samawi dan tinggi (kedudukannya). Fikiran tidak mendengar keluhan-keluhan perpisahan yang menyakitkan yang telah didengari oleh para pencinta yang diketuai oleh Maulana Jalaluddin ar-Rumi daripada ney-ney itu. Bahkan ia mendengar ucapan kesyukuran Rahmani dan pujian Rabbani yang dipersembahkan kepada Dzat al-Hayy al-Qayyum.
وَرَقْهَارَا زَبَانْ دَارَنْد هَمَه هُو هُو ذِكْر آرَنْد بَدَرْ مَعْنَاىِ حَىُّ حَىْ
Memandangkan tiap-tiap pohon telah menjadi tubuh dan daun-daun juga telah menjadi lidah, maka ia bermakna bahawa setiap satunya mengulang-ulang zikir ‘Hu Hu’ melalui ribuan lidah dan menerusi sentuhan udara. Semuanya mengumumkan bahawa as-Sani’nya ialah al-Hayy al-Qayyum menerusi ucapan tahiyyat hidup mereka.
چُو لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ بَرَابَرْ مِيزَنَدْ هَرْ شَىْ
Ini kerana, semua benda melafazkan لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ lalu mereka bekerja dengan cara berzikir bersama-sama dalam halaqah zikir alam semesta yang agung.
دَمَادَمْ جُويَدَنْد يَا حَقْ سَرَاسَرْ گُويَدَنْد يَا حَىْ بَرَابَرْ مِيزَنَنْد اَللّٰهْ
Saban waktu, mereka meminta hak-hak kehidupan dari khazanah rahmat daripada Allah Taala melalui lidah persediaan dengan melafazkan Ya Haq. Sekalian mereka juga dari awal hingga akhir menyebut nama Ya Hayy melalui lidah kehidupan yang terzahir pada mereka.
فَيَا حَىُّ رَيَا قَيُّومُ بِحَقِّ اِسْمِ حَىِّ قَيُّومِ
حَيَاتِى دِهْ بَاِينْ قَلْبِ پَرِيشَانْ رَا اِسْتِقَامَتْ دِهْ
بَاِينْ عَقْلِ مُشَوَّشْ رَا آمِين
146. Page
Suatu masa di Barla, pada malam hari, di satu tempat yang tinggi di Gunung Pain, aku telah mengamati wajah langit. Tiba-tiba ungkapan-ungkapan yang akan dinyatakan nanti telah terlintas. Ia ditulis seolah-olah aku secara khayalan telah mendengar perbualan bintang-bintang melalui lisanul hal-nya. Oleh sebab aku tidak tahu tentang Nazam dan Syair maka ia tidak menepati kaedah puisi. Ia ditulis sebagaimana ia terlintas. Ia telah dipetik daripada Surat Keempat dan daripada penghujung Hentian Pertama Kalimah Ketiga Puluh Dua.
Dengarlah juga khutbah menawan bebintang ini
Perhatikanlah bagaimana hikmah menyusun bintang-bintang yang bercahaya itu?
Semuanya bertutur bersama, dengan lidah yang benar:
“Kami semua adalah burhan yang memancarkan cahaya kepada kehebatan kerajaan al-Qadir Dzul Jalal.
Kami juga saksi kepada kewujudan as-Sani’ malah kepada keesaan dan kekuasaan-Nya.
Kami merupakan mukjizat menawan yang menyaduri wajah bumi itu untuk dijelajahi malaikat.
Serta ribuan mata langit yang memandang kepada bumi dan memberi tumpuan[1] kepada syurga.
Daripada (pohon)Tuba penciptaan ke belahan langit ke semua dahan Bima Sakti.
Kamilah buah-buah yang sangat indah yang diletakkan melalui tangan hikmah al-Jamil Dzul Jalal.
Tiap-tiap kami adalah masjid bergerak, rumah berputar, sarang yang tinggi, lampu bersinar, bahtera yang besar dan pesawat terbang bagi penghuni langit ini.
Tiap-tiap kami ialah mukjizat qudrat al-Qadir Dzul Kamal, al-Hakim Dzul Jalal, kehebatan seni al-Khaliq, keajaiban hikmah, kebijaksanaan penciptaan dan alam cahaya.
147. Page
Kami memperlihatkan dan memperdengarkan seratus ribu burhan melalui seratus ribu bahasa sebegini kepada insan yang benar-benar insan.
Semoga butalah mata mereka yang tidak beragama dan semoga mereka tidak dapat lagi melihat wajah kami dan tidak akan mendengar lagi kata-kata kami!
Kerana kamilah ayat-ayat yang menyatakan kebenaran.
Mohor kami satu, tanda kami satu, kami patuh kepada Rabb kami.
Kami pentasbih dan berzikir dengan penuh pengabdian.
Kamilah mereka yang jazbah yang tergolong dalam halaqah agung Bima Sakti.”
Demikianlah kata-kata mereka yang aku dengari secara khayalan.
Tambahan bagi Risalah Taqdir yang membicarakan tentang jalan al-Quran yang paling pendek.
Kami kagum apabila melihat kemasukan enam puluh enam perkataan ke dalam tawafuq pada muka surat pertama dalam naskhah yang telah ditulis secara bersusah payah oleh seorang penyalin yang paling tiada pengalaman yang tidak tahu tentang tawafuq. Maka kami meletakkan isyarat. Lalu kami menyalinnya dalam bentuk yang sama seolah-olah tiada lagi kalimah yang serupa melainkan semuanya bertawafuq. Daripadanya kami faham bahawa tambahan yang kecil ini mempunyai kepentingan yang besar. Ia bermanfaat untuk semua. Oleh sebab tidak semua orang membaca Risalah Taqdir maka ia tidak dimanfaatkan. Rahsia ini mengisyaratkan bahawa ia diambil daripada Risalah Taqdir yang susah lalu ditulis di tempat yang senang.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Sesungguhnya jalan yang membawa kepada Allah adalah sangat banyak. Semua jalan yang benar telah diambil daripada al-Quran. Tetapi sesetengah jalan adalah lebih pendek, lebih selamat dan lebih umum berbanding dengan sesetengah yang lain. Sesungguhnya salah satu daripada jalan-jalan itu ialah jalan al-‘ajzu (kelemahan), al-faqru (kefakiran), asy-syafaqah (kasih) dan at-tafakkur (tafakur) yang aku dapati daripada al-Quran melalui kefahamanku yang cetek.
148. Page
Ya, sesungguhnya kelemahan juga adalah seperti cinta bahkan merupakan satu jalan yang lebih selamat kerana melalui jalan 'ubudiyyah ia dapat sampai ke tahap mahbubiyyah (yang dicintai). Kefakiran juga dapat membawa kepada nama ar-Rahman. Rasa kasih juga adalah seperti cinta bahkan jalan yang lebih tajam dan lebih luas kerana ia membawa kepada nama ar-Rahim. Malah tafakur juga adalah seperti cinta. Bahkan merupakan jalan yang lebih kaya dan lebih terang kerana ia membawa kepada nama al-Hakim. Jalan ini adalah seperti jalan-jalan yang tersembunyi, bukan sepuluh langkah seperti Lataif ‘Asyarah. Ia juga bukan langkah-langkah yang diorak menuju tujuh martabat Nufus as-Sab’ah. Bahkan ia terdiri daripada empat langkah. Selain daripada tariqat ia juga adalah hakikat dan syariat. Janganlah disalah fahami, ia bermakna melihat kelemahan, kefakiran dan kekurangannmu di hadapan Allah Ta‘ala. Bukan bermakna melakukan semua itu ataupun memperlihatkannya kepada makhluk. Wirid bagi jalan yang singkat ini ialah: Mengikut Sunnah, melaksanakan segala fardhu dan meninggalkan dosa-dosa besar. Terutamanya menunaikan solat dengan menyempurnakan rukun dan melakukan zikir dan wirid selepas solat.
Ayat فَلاَ تُزَكُّوا اَنْفُسَكُمْ mengisyaratkan kepada Langkah Pertama.
Ayat وَلاَ تَكُونُوا كَالَّذ۪ينَ نَسُوا اللّٰهَ فَاَنْسَيهُمْ اَنْفُسَهُمْ mengisyaratkan kepada Langkah Kedua.
Ayat مَا اَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّٰهِ وَمَا اَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ mengisyaratkan kepada Langkah Ketiga.
Ayat كُلُّ شَيْئٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَهُ mengisyaratkan kepada Langkah Keempat.
Penjelasan ringkas bagi empat langkah di atas adalah seperti berikut.
149. Page
Pada langkah pertama: Tidak menyucikan diri (jangan menganggap diri kalian suci dari dosa). Itulah yang telah diisyaratkan oleh ayat فَلاَ تُزَكُّوا اَنْفُسَكُمْ. Ini kerana berdasarkan kepada perangai dan fitrahnya, manusia menyayangi dirinya sendiri. Bahkan yang paling utama dan hakikatnya, manusia hanya menyayangi dirinya. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya untuk dirinya. Dia memuji dirinya dalam bentuk yang hanya layak kepada al-Ma’bud. Melalui penyucian yang hanya layak kepada al-Ma’bud, dia menyucikan dan membebaskan dirinya daripada segala keaiban. Dia sedaya upaya tidak mahu melihat dirinya layak dengan segala kekurangan dan menidakkannya. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya bagaikan dia menyembah dirinya. Hatta dia telah menggunakan peralatan dan persediaan yang diamanahkan dalam fitrahnya dan diberikan kepadanya untuk memuji dan bertasbih kepada al-Ma’bud al-Hakim untuk dirinya sendiri. Maka dia menzahirkan maksud ayat مَنِ اتَّخَذَ اِلٰهَهُ هَوَيهُ. Dia (hanya) nampak dirinya sendiri, bergantung kepada dirinya sendiri dan hanya menyukai dirinya sendiri. Justeru, pembersihan dan penyuciannya pada langkah ini adalah dengan cara tidak membersih dan membebaskannya (diri sendiri).
Pada langkah kedua: Ayat وَلاَ تَكُونُوا كَالَّذ۪ينَ نَسُوا اللّٰهَ فَاَنْسَيهُمْ اَنْفُسَهُمْ memberitahu bahawa manusia telah melupakan dirinya dan dia tidak tahu tentang dirinya sendiri. Apabila dia memikirkan kematian, dia menyerahkannya kepada yang lain. Jika dia nampak kefanaan dan kelenyapan, dia tidak pernah menganggap bahawa itu untuk adalah untuk dirinya. Dia melupakan dirinya sendiri pada maqam tanggungjawab dan khidmat, tetapi pada maqam mendapat ganjaran dan mengambil manfaat daripada peluang dia memikirkan dirinya dan bersungguh-sungguh membiasakannya. Sesungguhnya ini adalah apa yang dikehendaki oleh nafsu amarah pada dirinya. Maka penyucian, pembersihan dan pentarbiahannya pada maqam ini adalah bertentangan dengan keadaan itu. Yakni tidak lupa apabila melupakan diri sendiri. Yakni melupakan diri dalam peluang dan ketamakan namun memikirkannya pada kematian dan khidmat.
150. Page
Pada langkah ketiga: Ayat مَا اَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّٰهِ وَمَا اَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ memberitahu bahawa kehendak nafsu manusia sentiasa menganggap bahawa kebaikan itu datang daripada dirinya. Lalu dia masuk ke dalam kebanggaan dan ujub. Maka pada langkah ini apa yang dilihatnya hanyalah kecacatan, kekurangan, kelemahan dan kefakiran pada dirinya. Kemudian dia memahami bahawa semua kebaikan dan kesempurnaan merupakan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh al-Fatir Dzul Jalal kepadanya lalu dia menggantikan rasa bangga dengan bersyukur dan menggantikan sifat sukakan pujian dengan memuji Ilahi. Penyuciannya pada martabat ini melalui rahsia زَكَّيهَا مَنْ اَفْلَحَ قَدْ adalah seperti berikut: Manusia mengetahui bahawa kesempurnaannya adalah pada ketidaksempurnaan, kekuatannya pada kelemahan dan kekayaannya adalah pada kefakirannya.
Pada langkah keempat: Ayat كُلُّ شَيْئٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَهُ memberitahu bahawa nafsu manusia menganggap bahawa dirinya adalah bebas dan tidak terikat serta memang maujud. Maka daripadanya dia mendakwa sejenis rububiyyah. Dia membawa keingkaran yang penuh permusuhan terhadap al-Ma’bud-nya. Justeru, dengan menyedari hakikat yang akan datang berikut dia dapat menyelamatkan diri daripadanya. Hakikat itu ialah: Melalui makna nama pada dirinya, setiap benda adalah fana, hilang, baharu dan tiada. Tetapi melalui makna hurufnya dan dari sudut tugas mencerminkan nama-nama as-Sani’ Dzul Jalal dan dari sudut tugasan, dia ialah saksi, yang disaksikan, yang mewujudkan dan diwujudkan. Penyucian dan pembersihannya pada maqam ini adalah seperti berikut:
Terdapat ketiadaan pada kewujudannya dan kewujudan pada ketiadaannya. Yakni, jika dia menganggap dirinya terjadi dengan sendiri dan dia yang memberikan kewujudan, maka dia berada di dalam gelap ketiadaan seluas alam semesta. Yakni, jika dia bergantung kepada kewujudan dirinya sendiri lalu lalai daripada al-Mujid al-Haqiqi, maka cahaya kewujudan dirinya yang seperti kelip-kelip itu akan berada dan tenggelam di dalam gelap ketiadaan dan perpisahan yang tiada tepian. Tetapi apabila dia meninggalkan ananiyyah dan nampak bahawa dirinya sememangnya bukanlah apa-apa dan wujudnya cermin tajalli al-Mujid al-Haqiqi, maka dia akan mendapat semua maujudat dan kewujudan yang tiada penghujung. Kerana hati yang menemui Dzat Wajib al-Wujud yang semua maujudat ialah penerima kepada jilwah-jilwah nama-Nya akan menemui semuanya.
151. Page
Penutup: Penjelasan bagi empat langkah di jalan kelemahan, kefakiran, syafaqah dan tafakur ini telah dinyatakan dalam dua puluh enam Kalimah yang berkenaan dengan ilmu hakikat, hakikat syariat dan hikmah al-Quran. Di sini kami hanya akan mengisyaratkan secara ringkas kepada satu atau dua noktah.
Ia seperti berikut: Ya, jalan ini adalah lebih pendek. Ini kerana ia hanyalah empat langkah. Sesungguhnya, apabila kelemahan melepaskan tangannya daripada nafsu, maka ia secara langsung akan menyerahkannya kepada al-Qadir Dzul Jalal. Manakala rasa cinta yang merupakan jalan yang paling berkesan menarik tangan daripada nafsunya, tetapi ia bergantung kepada kekasih majazi. Namun setelah kekasih itu menemui kelenyapannya, barulah ia pergi kepada al-Mahbub al-Haqiqi.
Jalan ini juga adalah lebih selamat. Ini kerana padanya tidak terdapat dakwaan-dakwaan nafsu yang mengarut dan jauh tersasar. Ini kerana pada dirinya tidak ditemui selain daripada kelemahan, kefakiran dan kekurangan untuk ia melampaui batasannya.
Jalan ini juga adalah lebih umum dan merupakan jalan terbesar. Ini kerana ia tidak terpaksa untuk mengganggap bahawa alam semesta dihukum dengan penghapusan seperti ahli wahdatul wujud demi mendapatkan rasa berada di hadapan Allah yang berterusan lalu ia menghukumkan لاَ مَوْجُودَ اِلاَّ هُوَ ataupun seperti ahli wahdatus syuhud yang mengandaikan bahawa alam semesta adalah terhukum dengan kurungan di dalam penjara kelupaan mutlak demi rasa berada di hadapan Allah yang berterusan lalu mengatakan لاَ مَشْهُودَ اِلاَّ هُوَ.
Bahkan oleh sebab al-Quran telah membebaskan alam semesta daripada penghapusan dan pemenjaraan dengan cara yang sangat zahir, maka diri manusia juga tidak mempedulikannya dengan cara menyingkirkan maujudat daripada khidmat atas nama mereka sendiri. Lalu manusia menggunakan maujudat itu atas nama al-Fatir Dzul Jalal dan dengan cara memperkerjakan mereka dalam tugas penerimaan dan pencerminan Asmaul Husna, maka manusia memandang kepada mereka menerusi makna hurufnya. Maka ia terselamat daripada kelalaian mutlak dan memasuki rasa berada di hadapan Allah yang berterusan dan menemui jalan menuju Allah Ta‘ala pada setiap benda.
Hasilnya: Sesungguhnya jalan ini menyingkirkan maujudat daripada khidmat atas nama maujudat itu sendiri dan tidak memandangnya dengan makna namanya.