Kilauan Kedua Belas

155. Page

Kilauan Kedua Belas

 

Berkenaan dengan dua nuktah al-Quran yang bersempena dua soalan juz’I Tuan Ra’fet.

 

بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَ عَلَى اِخْوَانِكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهُ وَ بَرَكَاتُهُ

Saudaraku Tuan Ra’fet yang mulia dan setia!

 

Soalanmu datang pada waktuku yang tidak bersedia/sesuai/tepat sehingga meletakkan aku dalam satu kedudukan yang sulit. Dua soalan ini, walaupun secara zahirnya adalah juz’I, tetapi oleh sebab ia ada kaitan dengan dua nuktah al-Quran serta soalan kalian yang berkaitan dengan bebola Bumi, malah oleh sebab ia menyentuh kritikan-kritikan tentang bumi adalah tujuh lapis serta tujuh lapisan langit dalam ilmu Geografi dan Astronomi, maka ia menjadi penting kepadaku. Oleh sebab itu, tanpa memandang kepada bentuk kejuz’ian bentuk soalan, dalam bentuk yang ilmiyyah dan kuli, maka di sini akan diterangkan secara ringkas tentang dua nuktah dua ayat yang suci. Kamu juga akan mendapat habuan daripadanya terhadap soalannya yang juz’i.

 

 



156. Page

Nuktah Pertama: Dua Noktah. Noktah Pertama:

 

Menurut rahsia ayat [وَكَاَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَاتَحْمِلُ رِزْقَهَا اللّٰهُ يَرْزُقُهَا وَاِيَّاكُم] dan [ اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ], rezeki adalah secara langsung di tangan al-Qadir Dzul Jalal dan terbit daripada khazanah rahmat-Nya.

 

Oleh sebab rezeki setiap makhluk bernyawa berada di bawah janji Rabbani-Nya maka sepatutnya makhluk tidak mati akibat kelaparan. Sedangkan secara zahir, kelihatan amat ramai mereka yang mati akibat kelaparan dan ketiadaan makanan.

 

Maka perungkai kepada hakikat dan rahsia ini ialah Janji Rabbani adalah hakikat. Tidak ada yang mati akibat ketiadaan rezeki. Ini kerana al-Hakim Dzul Jalal itu menyimpan di dalam tubuh makhluk bernyawa sebahagian rezeki yang telah dihantar ke tubuh makluk itu dalam bentuk lemak dan minyak dalaman untuk bekalan simpanan.

 

Hatta Dia telah menyimpan sebahagian rezeki yang telah dihantar oleh-Nya ke dalam setiap sel tubuh di dalam suatu sudut sel itu juga. Maka apabila tidak datang rezeki dari luar pada masa mendatang maka Dia menjadikannya ibarat satu bekalan simpanan untuk digunakan. Justeru, mereka mati sebelum rezeki simpanan yang telah disimpan itu kehabisan. Ini bermakna, kematian itu bukanlah kerana ketiadaan rezeki bahkan mereka mati angkara satu adat yang lahir daripada pilihan yang buruk dan satu penyakit yang muncul daripada kebiasaan yang teruk itu akibat meninggalkan adat itu.



157. Page

 Ya, rezeki fitrah yang disimpan dalam bentuk lemak pada tubuh benda hidup mencukupi untuk empat puluh hari yang sempurna menurut batas pertengahan. Hatta akibat satu penyakit atau kelemasan rohani, ia boleh melebihi dua empat puluh hari. Hatta tiga belas tahun sebelum ini surat khabar telah menulis bahawa kerana kedegilan yang dahsyat ada seorang lelaki di penjara London telah kekal sihat dan selamat meneruskan kehidupannya tanpa memakan sesuatu selama tujuh puluh hari.

 

Memandangkan rezeki fitrah berterusan dari empat puluh hari hingga tujuh puluh ke lapan puluh hari dan memandangkan tajalli nama ar-Razzaq kelihatan di atas muka bumi dalam bentuk yang sangat luas dan memandangkan rezeki-rezeki mengalir dan melihatkan kepala daripada buah-buah susu dan batang-batang kayu dalam bentuk yang langsung tidak disangka-sangka, maka sekiranya manusia yang penuh kejahatan tidak campur tangan dengan pilihan yang buruk, maka sudah tentu  nama itu akan sampai menghantar bantuan kepada makhluk bernyawa itu sebelum rezeki fitrah itu kehabisan dan tidak akan memberi jalan kepada kematian akibat kebuluran.



158. Page

Oleh itu, mereka yang mati angkara kebuluran itu mati sebelum empat puluh hari, maka kematian mereka yang seperti itu pastinya bukan kerana ketiadaan rezeki, bahkan menurut rahsia   ia berpunca daripada satu kebiasaan yang datang daripada pilihan yang buruk dan daripada satu alasan yang berpunca daripada meninggalkan adat dan daripada suatu penyakit. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa tidak mungkin berlaku kematian kerana kebuluran.

 

 

Ya, kelihatan dengan musyahadah bahawa rezeki adalah nisbah songsang antara iqtidar dan ikhtiar (upaya dan pilihan). Sebagi contoh: Sebelum lahir ke dunia lagi, seekor anak haiwan, ketika ia benar-benar terhalang daripada iqtidar dan ikhtiar ketika masih di dalam rahim ibu, ia diberikan rezeki dalam bentuk ia tidak berhajat walaupun sekadar mengerakkan mulut.

 

 

Kemudian, apabila lahir ke dunia, walaupun iqtidar dan ikhtiarnya tiada, namun oleh sebab ia memiliki satu tahap potensi dan perasaan dengan deria, ia hanya memerlukan satu pergerakan sekadar  boleh melekapkan mulutnya, rezeki yang paling sempurna, paling berkhasiat dan paling mudah dihadam diberikan ke dalam mulutnya daripada paip buah susu dalam bentuk yang paling santun dan dalam fitrah yang paling menakjubkan. Kemudian, setelah munculnya satu tahap hubungan kepada iqtidar dan ikhtiar, maka rezeki yang mudah dan lazat itu mula agak mengada-mengada kepada anak itu. Paip-paip buah susu itu terputus dan rezekinya dihantar daripada tempat-tempat yang lain. Namun oleh sebab iqtidar dan ikhtiarnya tidak bersedia mengikut rezeki, maka ar-Razzaq al-Karim menghantar rasa kasih dan rahmat ayah dan ibunya sebagai pembantu kepada iqtidar dan ikhtiarnya.



159. Page

Setiap kali apabila iqtidar dan ikhtiarnya menjadi sempurna, maka waktu itu, rezekinya tidak akan berlari dan disuruh berlari kepadanya. Rezeki kekal di tempatnya. Ia berkata: Marilah cari, temuiku dan ambillahku!  Ini bermakna rezeki adalah perkadaran songsang di antara iqtidar dan ikhtiar. Hatta kami telah terangkan dalam banyak risalah bahawa haiwan-haiwan yang paling tidak berupaya dan paling tiada pilihan hidup dengan lebih baik dan mendapat makanan yang lebih baik.

 

Noktah Kedua: Terdapat jenis-jenis bagi imkan. Terdapat bahagian-bahagian seperti imkan aqli (kemungkinan berlaku diterima akal), imkan urfi (uruf) dan imkan adi (adat). Sekiranya sesuatu peristiwa tidak berada dalam daerah imkan aqli, maka ia boleh ditolak. Tetapi sekiranya ia tidak berada dalam daerah imkan urfi, maka ia boleh menjadi mukjizat tetapi tidak boleh senang-senang menjadi karomah. Sekiranya bandingan peristiwa itu tidak ditemui dari segi uruf dan kaedah maka ia hanya boleh diterima melalui satu burhan qat’I yang di tahap syuhud.

 

Justeru, berdasarkan kepada rahsia ini, keadaan-keadaan luar biasa Sayyid Ahmad Badawi yang tidak memakan roti selama empat puluh hari adalah dalam daerah imkan al-urfi. Malah ia boleh jadi karomah serta satu adat yang luar biasa juga. Ya, keberadaan Sayyid Ahmad Badawi dalam keadaan-keadaan yang menakjubkan dan penuh keasyikan diriwayatkan di tahap sesuatu yang mutawatir. Perihal beliau makan sekali dalam empat puluh hari benar-benar terjadi. Tetapi bukan selalu begitu. Kejadian seperti itu berlaku beberapa kali dari jenis karomah. Ada satu kebarangkalian iaitu oleh sebab keadaan fananya tidak memperlihatkan keperluan kepada makan, maka jika dinisbahkan kepadanya maka ia dikira sebagai adat.



160. Page

Telah diriwayatkan secara tsiqah tentang perkara-perkara luar biasa daripada ramai wali dari jenis Sayyid Ahmad Badawi. Memandangkan sebagaimana yang telah kami isbatkan dalam Noktah pertama, rezeki yang disimpan boleh bertahan sehingga lebih empat puluh hari dan tidak makan selama itu adalah mungkin berdasarkan adat dan keadaan itu telah diriwayatkan secara tsiqah daripada manusia-masnusia yang luar biasa, maka pastinya ia tidak boleh dipertikaikan.

 

Soalan Kedua: bersempena soalan ini, akan diterangkan dua permasalahan penting. Ini kerana mereka tidak dapat naik ke langit al-Quran menerusi kaedah-kaedah cetek dan prinsip-prinsip sempit serta neraca-neraca kecil ilmu Geografi dan Astronomi  serta oleh sebab mereka tidak dapat menyingkap tujuh tingkat makna pada bebintang ayat-ayat al-Quran, maka mereka telah berusaha untuk mengkritik bahkan mengingkari ayat al-Quran bagaikan orang gila.

 

Masalah penting pertama: Berkenaan bumi juga mempunyai tujuh lapisan seperti langit. Permasalahan ini kelihatan tiada hakikatnya kepada ahli-ahli falsafah era baharu. Ilmu sains mereka terhadap bumi dan langit tidak menerimanya. Mereka menyanggah sebahagian hakikat-hakikat iman dengan menjadikan perkara ini sebagai perantara. Secara ringkas, kami akan menuliskan beberapa isyarat berkenaan perkara ini.

 



161. Page

Isyarat Pertama:

Pertama: Makna ayat adalah berlainan dan anggota-aggota makna itu juga dan apa yang dibenarkan juga adalah berlainan. Justeru, sekiranya tidak terdapat satu anggota daripada anggota-anggota yang banyak bagi makna yang menyeluruh itu, maka makna itu tidak boleh diingkari. Daripad banyak anggota bagi makna menyeluruh yang berkaitan dengan tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi, tujuh perkara yang dibenarkan kelihatan secara zahir.

 

Kedua: Menurut Sarih ayat, tidak disebutkan tujuh lapis bumi. [اَللّٰهُ الَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوَاتٍ وَمِنَ الْاَرْضِ مِثْلَهُنَّ] hingga akhir. Zahir ayat berkata: Allah telah mencipta bumi seperti tujuh lapis langit itu dan Dia telah menjadikan bumi sebagai tempat tinggal kepada makhluk-makhluk-Nya. Dia tidak mengatakan Aku telah menjadikan bumi tujuh lapisan. Persamaan pula adalah satu perumpamaan dari segi sifat bumi sebagai makhluk dan sifat bumi sebagai tempat tinggal kepada makhluk.

 



162. Page

Isyarat Kedua: sekecil manapun bebola bumi berbanding langit, namun oleh sebab ia ibarat tempat pameran, penerima, tempat berhimpun dan markas, maka sebagaimana hati setara dengan jasad, bebola bumi juga sebagai jantung dan  sebuah markas maknawi adalah setara dengan langit yang besar tiada sempadan. Kerana itu tujuh* iklim bumi sejak dahulu dalam ukuran kecil malah tujuh benuanya yang dikenali dengan nama Eropah, Afrika, Antartika, dua Asia,  dua Amerika, malah bersekali dengan lautan Timur, Barat, Utara dan Selatan, tujuh benua yang dimaklumi di atas permukaan ini dan di permukaan dunia baru, serta tujuh lapisan daripada teras bumi sehingga ke kerak luarnya yang berhubung dan berlainan yang sabit menurut hikmah dan ilmu sains, serta mengandungi tujuh puluh elemen yang asas dan juz’I yang telah menjadi paksi kehidupan serta tiga jenis elemen menyeluruh yang dikenali sebagai tujuh lapisan, serta tujuh lapisan bersekali dengan empat elemen yang dinamakan air, udara, api dan tanah, bahan galian (logam) tumbuhan dan haiwan yang dinamakan tiga muwalid, dan tujuh lapisan alam serta dari sudut ia menjadi alam dan tempat tinggal bagi  jin, ifrit dan semua makhluk berkesedaran dan bernyawa yang lain, melalui penyaksian ramai ahli kasyaf dan ashab asy-syuhud tujuh lapis alam bumi adalah sabit malah terdapat tujuh planet lain yang menyerupai planet bumi kita, serta sebagai isyarat kepada kewujudan tujuh lapisan yakni tujuh bebola bumi kepada sifat bumi sebagai tempat kediaman dan tempat tinggal kepada mahluk-makhluk bernyawa termasuk bebola Bumi secara isyarat dan petunjuk, telah difahami daripada ayat al-Quran sebagai tujuh lapisan.

 

Dalam keadaan itu, tujuh jenis dalam tujuh bentuk membuktikan kewujudan tujuh lapisan bumi. Makna terakhir yang melupakan yang kelapan adalah penting pada sudut pandangan yang lain. Ia tidak termasuk dalam tujuh itu.



163. Page

Isyarat Ketiga: Memandangkan al-Hakim al-Mutlaq tidak melakukan pembaziran dan Dia tidak menciptakan perkara yang sia-sia, dan memandangkan kewujudan makhluk adalah untuk makhluk yang berkesedaran, dan makhluk mendapat kesempurnaannya melalui yang berkesedaran, dan menjadi meriah dengan yang berkesedaran dan selamat daripada kesia-siaan melalui yang berkesedaran. emandangkan secara musyahadah al-Hakim al-Mutlaq dan al-Qadir Dzul Jalal itu memeriahkan unsur udara, alam air, lapisan tanah dengan makhluk-mahkluk bernyawa, dan memandangkan sebagaimana udara dan air tidak menjadi penghalang kepada penjelajahan haiwan, bahan-bahan/unsur-unsur yang legap seperti tanah dan batu juga tidak menjadi penghalang kepada perjalanan bahan-bahan seperti elektrik dan rontgen (sinar-x). Maka sudah tentu al-Hakim Dzul Kamal dan As-Sani’ yang tidak akan lenyap itu tidak akan membiarkan tujuh lapisan menyeluruh bebola bumi kita yang berhubung dengan satu sama lain dari terasnya hingga ke kerak luar yang merupakan tempat tinggal dan markas kita dan padang-padang luas di dalamnya, alam-alamnya dan gua-guanya kosong dan sunyi. Sudah pasti Dia telah memeriahkannya. Dia telah mencipta makhluk-makhluk berkesedaran yang sesuai dan cocok dengan pemeriahan alam-alam itu lalu menempatkan mereka di sana. Memandangkan maklhuk-makhluk berkesedaran itu perlulah terdiri daripada jenis malaikat dan jenis rohani, maka sudah tentu jika lapisan yang paling legap dan keras dinisbahkan kepada mereka maka ia adalah seperti laut kepada ikan dan udara kepada burung. Hatta api yang dahsyat di teras bumi juga jika dinisbahkan kepada makhluk-makhluk berkesedaran itu maka ia semestinya adalah seperti nisbah kepanasan matahari kepada kita. Oleh sebab  para ruhaniyyin dijadikan daripada nur, maka kepada mereka, api adalah seperti nur.

 



164. Page

Isyarat Keempat: Dalam maktub(surat) kelapan belas, telah disebutkan satu perumpamaan berkenaan dengan gambaran-gambaran yang diterangkan oleh ahli kasyaf yang di luar sifat akal berkenaan keajaiban-keajaiban lapisan-lapisan bumi. Kesimpulannya adalah seperti berikut: Bebola bumi ialah sebiji benih di alam syahadah. Di alam misali dan alam barzah pula ia bagaikan sebatang pohon yang besar dalam saiz yang akan setanding dengan langit. Penglihatan ahli kasyaf bahawa lapisan yang khusus kepada para Ifrit di atas bebola bumi adalah sejauh perjalanan selama seribu tahun bukanlah dalam benih bebola bumi yang menjadi milik alam syahadah bahkan merupakan penampakan ranting-ranting dan lapisannya di alam misali. Memandangkan satu lapisan bebola bumi yang pada zahirnya tidak penting memiliki penampakan yang sebegini di alam yang lain, maka sudah tentu boleh dikatakan tujuh lapisannya adalah setara dengan tujuh lapis langit dan untuk memperingatkan noktah-noktah yang telah disebut, ayat al-Quran memberi isyarat dengan cara memperlihatkan bumi yang kecil ini adalah setara dengan tujuh lapisan langit.

 



165. Page

Masalah penting Kedua: [تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوَاتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ] hingga akhir dan [ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّيهُنَّ سَبْعَ سَمٰوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيمٌ]

 

Banyak ayat al-Quran seperti dua ayat di atas menerangkan langit sebagai tujuh langit. Maka adalah sesuai di sini untuk menulis satu kesimpulan bagi hanya satu permasalahan  yang telah kami terangkan dalam Tafsir Isyaratul I’jaz secara sangat mujmal kerana keterpaksaan meringkaskannya di dalam medan peperangan pada tahun pertama Perang Dunia Pertama. Ia seperti berikut:

 

Hikmah dahulu kala membayangkan langit adalah Sembilan. Mereka telah menerima tujuh lapisan langit bersekali dengan Arasy dan Kursi yang pada Lisan syariat dan membayangkan langit dalam bentuk yang menakjubkan. Ifadah-ifadah cemerlang oleh bijak pandai genius bagi hikmah silam itu telah menyebabkan bangsa manusia berada di bawah penguasaannya selama berkurun-kurun. Hatta ramai ahli tafsir terpaksa menselarikan zahir ayat-ayat ini dengan mazhab para ahli hikmah itu. Dengan cara itu tertariklah satu tabir terhadap kemukjizatan al-Quran al-Hakim. Manakala falsafah baharu yang dinamakan hikmah yang baharu melakukan tafrit yang  bertentangan dengan ifrat falsafah lama tentang langit yang tidak menerima lintasan dan rentasan serta  koyakan dan cantuman lalu mereka seolah-olah mengingkari kewujudan langit. Yang terdahulu melakukan ifrat dan yang kemudian melakukan tafrit lalu mereka tidak mampu memperlihatkan hakikat dengan sempurna.

 




166. Page

Adapun hikmah suci al-Quran al-Hakim meninggalkan ifrat dan tafrit itu lalu telah memilih batas pertengahan (jalan tengah) dan berkata: as-Sani’ Dzul Jalal telah mencipta langit sebanyak tujuh lapisan. Bintang-bintang yang bergerak adalah bagaikan ikan yang berenang dan bertasbih di langit. Di dalam hadis telah disebutkan:   yakni langit ialah sebuah lautan yang ombaknya telah kaku. Justeru kami akan mengisbatkan hakikat al-Quran ini dalam bentuk yang sangat ringkas menerusi tujuh kaedah dan tujuh wajah makna.

 

Kaedah Pertama: adalah sabit menurut ilmu sains dan hikmah bahawa alam angkasa lepas yang tiada sempadan ini bukanlah ruang kosong yang tidak berpenghujung bahkan dipenuhi dengan unsur yang dinamakan gas eter.

 

Kaedah Kedua: Adalah sabit menurut ilmu sains dan akal bahawa terdapat satu unsur -yang memenuhkan ruang angkasa lepas- bagi jirim-jirim tinggi yang merupakan pengikat undang-undang seperti graviti dan daya tolak dan penyebar dan pemindah kekuatan pada unsur-unsur seperti cahaya, haba dan elektrik.

 



167. Page

Kaedah Ketiga: Unsur eter, di samping ia kekal sebagai eter, adalah sabit berdasarkan kajian bahawa ia turut terdapat dalam pembentukan yang berlainan dan dalam rupa yang berbeza-beza seperti unsur-unsur lain. Ya, sebagaimana tiga jenis benda (gas, cecair dan pepejal) seperti (wap, air dan ais) terjadi pada bahan yang sama, demikianlah juga daripada unsur eter juga langsung tiada halangan akal bahawa ia boleh menjadi tujuh lapisan dan ia juga tidak boleh menjadi paksi kepada apa jua sanggahan.

 

 

Kaedah Keempat: sekiranya diperhatikan kepada jirim-jirim langit, maka akan kelihatan bahawa pada lapisan-lapisan alam tinggi itu terdapat perbezaan dan kelainan. Sebagai contoh lapisan di mana terdapatnya lingkungan gergasi dalam bentuk awan yang dinamakan Bima Sakti yang dikenali sebagai Sungai Langit atau Galaksi tentunya tidak menyamai bintang-bintang pada lapisan tetap. Seolah-olah bintang-bintang lapisan tetap itu telah masak dan ranum seperti buah-buahan musim panas. Adapun bintang-bintang yang dilihat dalam bentuk awan pada galaksi itu baru muncul dan mula ranum. Lapisan yang tetap juga, melalui keyakinan yang benar, kelihatan kelainannya dengan lapisan Sistem Suria. Demikianlah perbezaan tujuh sistem lain dan tujuh lapisan di antara satu sama lain dapat difahami dengan rasa dan keyakinan.



168. Page

Kaedah Kelima: Adalah sabit berdasarkan keyakinan, rasa, istiqra’ dan eksperimen bahawa sekiranya terdapat tanzim dan tasykil pada sesuatu bahan dan dijadikan ciptaan lain daripada bahan itu, maka sudah tentu ia boleh terjadi dalam lapisan dan bentuk yang berbeza. Sebagai contoh: apabila bermula pembentukan pada unsur berlian, daripada bahan itu lahir jenis-jenis habuk yakni debu, arang serta berlian. Contohnya lagi: Apabila berlaku pembentukan api, maka ia boleh diasingkan kepada lapisan lidah api, asap dan arang.

 

Contohnya lagi: Apabila Hidrogen dan Oksigen dicampurkan maka daripada campuran itu terbentuklah lapisan seperti air, ais dan wap. Maka dapat difahami bahawa sekiranya pembentukan dibuat pada satu bahan, maka lapisan-lapisan diasingkan. Oleh itu, oleh sebab qudrat al-Fatir telah bermula pembentukan pada unsur Eter, maka sudah tentu sebagai lapisan yang berbeza melalui rahsia [فَسَوَّيهُنَّ سَبْعَ سَمٰوَاتٍ] Dia telah menciptakan tujuh jenis lapisan langit daripadanya.



169. Page

Kaedah Keenam: Tanda-tanda yang telah disebutkan secara daruri menjadi petunjuk kepada kewujudan dan keberbilangan langit. Memandangkan secara pasti langit adalah berbilang dan oleh sebab melalui lidah  al-Mukhbir as-Sadiq dan al-Quran mu’jiz al-bayan menyakan ia adalah tujuh, maka sudah pasti  ia adalah tujuh.

 

Kaedah Ketujuh: Oleh sebab ungkapan-ungkapan seperti tujuh, tujuh puluh dan tujuh ratus dalam bahasa arab mengifadahkan jumlah yang banyak, maka ada kemungkinan terdapat lapisan yang banyak bagi tujuh lapisan yang menyeluruh itu.

 

Kesimpulan: Al-Qadir Dzul Jalal telah mencipta tujuh lapis langit daripada unsur gas eter lalu meratakannya dan telah menyusunnya dengan susunan yang sangat terperinci dan halus dan Dia telah menanam dan menyemai bintang-bintang di dalam unsur gas eter itu. Memandangkan al-Mu’jiz al Bayan ialah satu khutbah azali yang bercakap kepada semua lapisan insan dan jin, maka sudah tentu tiap-tiap satu lapisan bangsa manusia akan mendapat habuan daripada tiap-tiap satu ayat al-Quran dan akan terdapat banyak makna yang berbeza-beza bagi ayat-ayat al-Quran dalam bentuk yang akan menyumbang kefahaman bagi setiap lapisan.



170. Page

Ya, keluasan sasaran ucapan al-Quran, keluasan pada makna-makna ,isyaratnya, pemeliharaan dan keserasiannya terhadap tahap-tahap kefahaman daripada orang awam yang paling biasa sehingga kepada orang khawas yang khusus, memperlihatkan bahawa tiap-tiap satu ayat memiliki dan memandang kepada satu wajah pada tiap-tiap lapisan.

 Justeru, berdasarkan kepada rahsia ini, mereka telah memahami makna tujuh lapisan yang berlainan sebagai tujuh lapisan manusia pada makna menyeluruh tujuh langit. Ia seperti berikut: Dalam ayat [فَسَوَّيهُنَّ سَبْعَ سَمٰوَاتٍ], ada kelompok manusia yang cetek pandangan dan sempit pemikiran memahaminya sebagai lapisan-lapisan udara yang sepoi-sepoi bahasa.

 

Satu kelompok manusia lagi yang telah menjadi dungu dengan ilmu astronomi memahaminya sebagai bintang-bintang dan orbitnya yang masyhur dengan tujuh planet pada lidah manusia.

 

Satu kelompok manusia lagi memahaminya sebagai tujuh planet langit yang lain yang menjadi tempat menetap makhluk yang bernyawa yang menyerupai planet kita.



171. Page

Satu kelompok manusia lagi yang memahaminya sebagai tujuh sistem suria bersama-sama dengan bumi kita terbahagi kepada tujuh lapisan.

 

Satu kelompok manusia lagi memahami bahawa pembentukan bahan eter terbahagi kepada tujuh lapisan.

Satu lagi kelompok manusia yang berfikiran luas memahami bahawa terdapat enam lapisan langit lain selain manusia, dengan mengatakannya bahawa dia adalah langit dunia ini yang disadur dengan bintang-bintang dengan menganggap semua langit kelihatan sebagai satu.

 

Dan satu lapisan ketujuh bangsa manusia dan kelompoknya yang paling tinggi pula tidak melihat langit yang tujuh hanya terbatas kepada alam syahadah sahaja. Bahkan memahami bahawa terdapatnya tujuh langit yang setiap satunya ialah bungkusan yang luas, dan atap yang meliputi bagi alam ukhrawi, alam ghaib, alam duniawi dan alam misali.



172. Page

Dan demikianlah pada sifat menyeluruh ayat ini, terdapat banyak lagi makna juz’I seperti makna-makna tujuh lapisan yang telah disebutkan. Setiap orang mendapat habuannya berdasarkan kefahamannya dan semua orang akan menemui rezekinya pada hidangan samawi itu.

 

Memandangkan ayat itu mempunyai sangat banyak pembenaran yang benar sebegini bagi ayat itu. Sekarang, sanggahan yang sebegini kepada ayat dengan alasan mengingkari langit oleh para ahli falsafah yang tiada akal dan ahli astronomi yang dungu menyerupai anak-anak bodoh dan cemerkap yang melempar batu kepada bintang dengan niat menjatuhkan bintang-bintang di langit.

 

Ini kerana sekiranya satu pembenaran daripada makna ayat secara kulli ini adalah benar, maka makna yang kulli itu menjadi benar dan haq.

 

Hatta sesuatu tiada pada realiti tetapi berlegar-legar  pada lidah umum, (demi menjaga fikiran-fikiran umum) ia boleh termasuk dalam kulli itu. Sedangkan kita telah melihat banyak anggota yang benar dan hakikinya. Sekarang perhatikan kepada Geografi yang tidak insaf dan batil serta kepada Astronomi yang dungu, pening dan mabuk! Bagaimanakah dua ilmu ini membuat kesalahan  dengan sangat tidak benar.


173. Page

Ia menutup matanya daripada makna menyeluruh yang benar, hakiki,sadiq dan tidak nampak pembenaran-pembenaran yang sangat benar. Dengan menyangkakan sesuatu yang pelik berbentuk khayalan sebagai makna ayat, ia melempar batu (melukakan hati) kepada ayat, lalu mereka telah memecahkan kepada mereka dengan batu yang mereka lempar sendiri dan menghilangkan/menerbangkan kepercayaan mereka.

 

Kesimpulan: Oleh sebab fikiran-fikiran maddi yang tiada iktiqad yang ibarat jin dan syaitan itu tidak dapat naik ke lapisan-lapisan langit al-Quran yang serba tujuh itu yang diturunkan di atas tujuh qiraat, tujuh wajah, tujuh mukjizat, tujuh hakikat dan tujuh rukun serta oleh sebab mereka tidak dapat mengetahui apa yang ada dan apa yang tiada pada bintang-bintang ayat al-Quran, maka mereka memberikan khabar yang dusta dan salah. Lalu turunlah bintang berapi seperti pembuktian yang telah disebutkan daripada bintang-bintang ayat itu ke atas kepala mereka lalu membakar mereka. Ya, langit al-Quran itu tidak boleh dinaiki menerusi falsafah ahli falsafah yang berpikiran jin. Bahkan bintang-bintang ayat dapat dinaiki dengan mikraj hikmah hakiki dan dengan sayap iman dan Islam.

 

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى شَمْسِ سَمَاءِ الرِّسَالَةِ وَ قَمَرِ فَلَكِ النُّبُوَّةِ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ نُجُومِ الْهُدَى لِمَنِ اهْتَدَى


سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ